Panduan Amalan Pengajara & Pembelajaran Berkesan

Page 95

Sumber perseorangan (pakar sesuatu bidang)

Untuk menyediakan pengetahuan dan pengalaman daripada orang yang mahir dalam sesuatu topik.

Sediakan sumber perseorangan itu dengan : Topik perbincangan (hubungan objektif yang jelas) Tempoh sesi Pengetahuan dan pengalaman utama pelajar berkenaan tajuk Perkara-perkara khusus Jumlah dan latar belakang pelajar Menentukan keperluan kelengkapan sumber perseorangan tersebut. Mengenalpasti kehendak atau permintaan pelajar. Memberi keutamaan kepada pelajar berkaitan sumber pencapaian. Menggalakkan pelajar bertanya.

Simposium

Untuk menyediakan pelbagai sudut pandangan terhadap isu, masalah atau topik tertentu daripada panel pakar.

Mentafsirkan dengan jelas tentang isu, masalah atau topik yang akan dibincangkan dan berkongsi pendapat dengan ahli panel simposium. Pilih empat hingga enam ahli panel. Pilih ahli panel daripada pelbagai latar belakang dan pengalaman. Memastikan setiap ahli panel bersedia meringkaskan penyampaian isu, masalah atau perkara. Memastikan fasilitator memberi komen bagi setiap persembahan. Selepas persembahan, biarkan ahli panel menyertai perbincangan panel dengan bertanya antara satu sama lain atau respon kepada soalan-soalan penonton/rakan lain. Merancang perbincangan lanjutan semasa sesi selanjutnya.

85


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.