Panduan Amalan Pengajara & Pembelajaran Berkesan

Page 70

kedalaman kandungan pengajaran dan pembelajaran, keluasan dan aras kandungan kursus. Pandangan dan persetujuan daripada rakan kesepakaran adalah amat penting bagi memastikan ianya menepati hasil pembelajaran yang ditetapkan dan dapat diterima secara konsensus atau bersama. Penentuan jam pembelajaran ini perlu mengambil kira hasil pembelajaran agar aktiviti pembelajaran pelajar sesuai dan memberikan sumbangan yang signifikan kepada mereka. Adalah diharapkan pelajar akan mengetahui, memahami dan menghayati apa yang dipelajari setelah mereka menamatkan kursus tersebut. Dalam hal ini, pelajar perlu melaksanakan semua tugas yang diberikan dan sesuai dengan hasil pembelajaran yang ditetapkan. Apa yang perlu diberikan perhatian dalam menentukan jam pembelajaran pelajar adalah kesesuaian bebanan dimana ianya perlulah mengambil kira keseimbangan antara “terlalu terbeban� dan “terlalu mudah dan ringan�. Apa yang utama ialah kesesuaian dengan keperluan pelajar dan menepati tahap minimum kualiti yang ditetapkan dalam KKM. Bebanan pembelajaran pelajar perlu mengambil kira tempoh pengajian yang merangkumi minggu, semester dan sesi pengajian perlu diambil kira agar aktiviti pembelajaran yang dirangka sesuai dengan tahap keupayaan pelajar. Pensyarah dan penyelaras kursus perlu menjelaskan secara terperinci jam pertemuan untuk i) jumlah jam pertemuan rasmi secara kuliah atau pengajaran berjadual (official contact time), ii) jumlah jam pembelajaran terselia atau terpandu (supervised or guided learning time), iii) jumlah jam pembelajaran bersendirian/kumpulan (independent/self/group learning time), iv) penilaian dan juga tugasan. Kesemua aspek ini perlu dinyatakan dalam huraian kursus untuk panduan pelajar merancang jadual pembelajaran mereka. Pembahagian jam pembelajaran pelajar adalah penting bagi mengukur hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Pengiraan sistem kredit adalah berdasarkan kepada beban sebenar jam pembelajaran pelajar dan bukannya merujuk kepada jumlah jam pertemuan pelajar dengan penyarah mereka dalam setiap minggu dalam sesi pengajian. Jadual 4.1, 4.2 dan 4.3 mempamerkan contoh pembahagian agihan masa beban pembelajaran sebanyak 120 jam untuk kursus 3 kredit 60


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.