Panduan Amalan Pengajara & Pembelajaran Berkesan

Page 41

•

Program akan menghasilkan graduan yang akan menjadi Jurutera Awam mampu menjalankan penyelidikan dalam bidang kejuruteraan samaada di peringkat pasca siswazah atau di dalam organisasi masing-masing. Begitulah seterusnya, OP perlu digubal agar bersesuaian dengan permintaan pihak-pihak berkepentingan (tetapi tidak semestinya memenuhi kehendak semua). Bagaimana pula untuk mencerminkan visi dan misi UKM dalam objektif program? OP hendaklah konsisten dengan visi dan misi UKM sebagai sebuah universiti yang memartabatkan Bahasa Melayu contohnya. Pencapaian OP harus boleh diukur dan dinilai secara berkala serta mesti diwar-war dan disebarluaskan. Kemungkinan, sesuatu program akan mempunyai 4 atau 5 atau kurang atau lebih OP. Sebagai contoh, OP bagi program Kejuruteraan Awam & Struktur, Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina, UKM yang disasarkan untuk dicapai graduan stelah beberapa tahun berada di alam kerjaya adalah seperti berikut: OP1: Seorang jurutera yang membina kerjaya di dalam bidang Kejuruteraan Awam dengan pengkhususan dalam bidang Kejuruteraan Struktur. OP2: Seorang jurutera yang mencapai tahap jurutera profesional di bawah Lembaga Jurutera Malaysia dan mengekalkannya. OP3: Seorang jurutera yang meneruskan pembelajaran sepanjang hayat, mendapatkan ilmu pengetahuan lanjutan dan kecemerlangan di dalam kerjaya. OP4: Seorang jurutera yang mampu untuk maju ke suasana kerja peringkat serantau dan antarabangsa. Hasil-Hasil Pembelajaran (HP) Hasil-hasil Pembelajaran (HP) adalah pernyataan-pernyataan mengenai ilmu pengetahuan (IP) (knowledge), kemahiran praktikal dan profesional (KPP) (practical and professional skills) dan kemahiran insaniah (KI/KG) (human/soft skills) yang disasarkan untuk dicapai pelajar semasa berada di universiti daripada mula sehinggalah tamat 31


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.