Panduan Amalan Pengajara & Pembelajaran Berkesan

Page 40

Keseluruhan proses pendidikan dari sudut rekabentuk kurikulum, kaedah pengajaran dan pembelajaran, kaedah pengukuran dan penilaian mesti disusun semula serta dipelbagaikan. Juga penambaikan kualiti berterusan (CQI) program mestilah berasaskan sistem pengurusan kualiti yang mantap. PBH akan mempelbagaikan kaedah pengajaran serta penilaian pencapaian mereka menjadikan kaedah dan penilaian bersifat lebih fleksibel. Objektif-Objektif Program (OP) Objektif-Objektif Program (OP) adalah pernyataan-pernyataan yang menyatakan pencapaian yang disasarkan untuk dicapai para graduan setelah beberapa tahun berada di alam kerjaya. Pernyataanpernyataan tersebut haruslah digubal melalui proses mendapatkan maklumbalas daripada pihak-pihak berkepentingan yang melibatkan kepentingan universiti, bakal majikan dan industri, pelajar, ibu bapa, kerajaan, penaja dsbnya. OP tidak seharusnya menjadi duplikasi kepada Hasil-Hasil Pembelajaran (HP), tetapi OP adalah apa yang kita kehendaki graduan kita capai dalam kerjaya mereka setelah beberapa tahun bekerja. Sebagai contoh, katakan setelah menjalankan kajiselidik dan mendapatkan maklumbalas daripada bakal majikan dan pihak industri, terdapat permintaan yang tinggi terhadap sesuatu bidang khusus berkaitan dengan Kejuruteraan Awam, katakan berkaitan dengan alam sekitar, maka satu OP yang boleh digubal ialah: • Program akan menghasilkan graduan yang akan menjadi Jurutera Awam yang memberi kepentingan terhadap alam sekitar dan pembangunan lestari. OP di atas telah mengambilkira satu pandangan potensi majikan dan industri yang dieksploitasikan oleh program kerana terdapat permintaan yang tinggi terhadap graduan sedemikian yang mungkin tidak diambilkira oleh program Kejuruteraan Awam yang lain di Malaysia. Maknanya graduan kita mempunyai satu nic tersendiri. Begitu juga, dari sudut kesesuaian dengan UKM sebagai sebuah universiti penyelidikan, mungkin OP yang sesuai adalah seperti berikut pula: 30


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.