Panduan Amalan Pengajara & Pembelajaran Berkesan

Page 38

dengan mengamalkan Penambahbaikan Kualiti Berterusan (CQI) dan langkah jaminan kualiti di bawah Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF). UKM harus bersedia menghadapi cabaran seterusnya apabila kaedah rating dan ranking diperkenalkan dan bersedia sepenuhnya untuk diaudit dalam proses jaminan kualiti program pengajian. UKM mesti memastikan program yang disajikan mampu melahirkan siswazah yang mempunyai daya saing serta kebolehpasaran tinggi yang relevan dan sesuai dengan keperluan negara dan masyarakat ilmu.� Bab ini cuba menjelaskan falsafah, konsep, serta kaedah perlaksanaan Pendekatan Pendidikan Berasaskan Hasil (PBH) dengan lebih terperinci. Ia diharap dapat membantu meningkatkan kefahaman mengenai PBH di kalangan para pensyarah UKM agar PBH dapat dilaksanakan dengan penuh penghayatan. Keperluan PBH Pendekatan Pendidikan Berasaskan Hasil (PBH) ataupun Outcome-based Education (OBE) kini merupakan satu pendekatan pendidikan yang diamalkan oleh UKM dan semua institusi pengajian tinggi lain di Malaysia dalam semua bidang pengajian. Ini bertepatan dengan kehendak yang disarankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, agensi akreditasi pendidikan tempatan dan antarabangsa. Pendekatan ini merupakan satu keperluan yang ditetapkan oleh Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) yang kini di bawah pemantauan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Perkembangan ini telah dipercepatkan lagi dengan perubahan di dalam pendekatan akreditasi oleh badanbadan profesional seperti Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) yang kini mewajibkan pendekatan PBH bagi kesemua program kejuruteraan yang memerlukan akreditasi daripada Majlis Akreditasi Kejuruteraan (EAC). Bagaimanapun, sebab yang lebih penting di sebalik perlaksanaan PBH ialah kerana PBH dapat meningkatkan kualiti pelajar dan graduan secara lebih jelas, sistematik dan menyeluruh. PBH digerakkan hasil daripada keinginan untuk melihat pelajar dan graduan disediakan dengan hasil-hasil pembelajaran atau ciri-ciri menyeluruh. 28


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.