Panduan Amalan Pengajara & Pembelajaran Berkesan

Page 269

serius, mentor boleh menjalankan aktiviti bimbingan seperti kumpulan tutor rakan sebaya, aktiviti sukarela, aktiviti lawatan, dan pelbagai aktiviti beramah mesra (makan, sukan, rekreasi). Aktivit-aktiviti ini akan dibincang dengan lebih terperinci dalam bahagian akan datang. Sebaliknya jika mentor mendapati menteenya mempunyai masalahmasalah mental dan emosi yang dalam (selepas melalui proses Dasari), mentor bolehlah merujuk mentee tersebut kepada unit kaunseling di universiti. Dampingi Mentee perlu didampingi sehinggalah mereka bergraduat dari sesebuah institusi. Cara mentor mendampingi menteenya ialah bertanya tentang perkembangan diri mentee sepanjang pengajiannya. Pendampingan yang paling berkesan ialah apabila mentor prihatin kepada keadaan mentee terutamanya dalam situasi-situasi kritikal seperti selepas peperiksaan, pulih dari sesuatu kesakitan, selesai sesuatu pameran tugasan, pameran, pertandingan, ataupun ucapan pada hari-hari istimewa seperti Hari Lahir, hari-hari perayaan, pada awal tahun, ataupun hari-hari keagamaan. Penulis masih teringat bagaimana penyelia program doktoral menghadiahkan sebatang pen kepada penulis dan beberapa rakan sekumpulan semasa hari konvokesyen. Mentor juga boleh menggalakkan hubungan erat dan saling menghargai dalam kalangan mentee di bawah jagaannya dengan berkongsi maklumat yang sesuai. Pada waktu ini terdapat pelbagai cara terutamanya media elektronik yang memudahkan seorang mentor menunjukkan keprihatinannya iaitu melalui telefon, kad ucapan digital emel dan lain-lain lagi. Dokumenkan Secara idealnya, setiap mentor harus mendokumenkan interaksi dengan mentee. Maklumat yang perlu disimpan dalam fail mentor ialah nama, alamat, telefon, email, gambar, dan perkembangan akademik. Dokumentasi membantu ahli akademik mengingati menteenya dengan lebih jelas dan perkara-perkara yang berlaku sepanjang interaksi mereka. Sumbangan mentor terhadap penganugerahan pelajar cemerlang sangat 259


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.