Panduan Amalan Pengajara & Pembelajaran Berkesan

Page 26

Hasilnya amat memberangsangkan. Walaupun universiti ini tidak dikenali ramai, tetapi di United Kingdom, ia telah mencapai kedudukan keempat dari segi keboleh pasaran graduan-graduannya. Hasil pembelajaran di aras 7 (Sarjana) pula ialah: 1. Menunjukkan pengetahuan dan kefahaman lanjutan atau tambahan daripada tahap sarjana muda dan membangun atau mengguna idea lazimnya dalam konteks penyelidikan; 2. Menggunakan pengetahuan dan kefahaman bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan bidang pengajian dalam situasi baru dan konteks multidisiplin; 3. Mengintegrasi pengetahuan dan mengurus perkara kompleks; 4. Membuat penilaian dan keputusan dalam keadaan tanpa atau dengan maklumat terhad, mengambil kira tanggungjawab sosial dan etika yang berkaitan; 5. Menyampaikan rumusan, pengetahuan dan rasionalnya kepada pakar dan bukan pakar dengan jelas; dan 6. Menguasai kemahiran belajar untuk terus maju dengan autonomi yang tinggi. Hasil pembelajaran di aras 8 (Kedoktoran) pula ialah: 1. Menunjukkan kefahaman sistematik dan mendalam tentang satu displin pengajian serta penguasaan kemahiran dan kaedah penyelidikan berkaitan bidang tersebut; 2. Menunjukkan kebolehan menjana, mereka bentuk, melaksana dan mengubah suai sebahagian besar proses penyelidikan dengan keutuhan kesarjanaan; 3. Menyumbang kepada penyelidikan asal yang melebarkan sempadan ilmu melalui disertasi mendalam yang telah dibentang dan dipertahankan mengikut standard antarabangsa termasuk penulisan dalam penerbitan berwasit antarabangsa;

16


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.