Panduan Amalan Pengajara & Pembelajaran Berkesan

Page 257

BAB 18 Bimbingan & Mentoran Zuria Mahmud

Pengenalan: Permentoran Sebagai Indikator Keinsanan Mentoran ialah hubungan membimbing yang berlaku antara seorang yang lebih berpengalaman yang dipanggil ‘mentor’ dan seorang yang kurang berpengalaman yang dipanggil ‘mentee’ (Chiles, 2007). Program mentoran telah berlaku di luar negara mahupun dalam negara di pelbagai organisasi korporat, institusi pengajian tinggi mahupun di sekolah menengah. Pada peringkat pengajian tinggi, mentoran boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk dan antara pelbagai kumpulan manusia. Terdapat program-program mentoran antara ahli akademik senior (malim) dan ahli akademik junior, antara pelajar senior dan pelajar junior, dan juga antara seorang ahli akademik dengan seorang atau beberapa orang pelajar. Proses mentoran di universiti dicirikan oleh hubungan yang mesra dan beretika antara mentee dengan mentor yang berpengalaman, prihatin, dan mampu menunjukkan contoh peranan positif dengan tujuan menyumbang kepada perkembangan positif mentee tersebut (Selwa, 2003). Mentoran pada waktu ini bukanlah indikator pencapaian utama seorang ahli akademik di universiti di Malaysia. Antara domain-domain KPI (Key Performance Indexes) atau Penunjuk Prestasi Utama yang menentukan pencapaian dan kenaikan pangkat seorang ahli akademik di universiti ialah pengajaran, penyelidikan, penerbitan, konsultasi dan khidmat masyarakat, serta pentadbiran. Tugas-tugas ini amat menarik, mencabar, serta sudah cukup untuk memenuhi kehidupan seharian seorang ahli akademik. Oleh itu soalan yang sering ditanya ialah kenapa kita perlu membebankan diri dengan tugasan sebagai seorang mentor yang tidak dianggap sebagai KPI sesebuah universiti? Menurut Albert Pine,

247


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.