Panduan Amalan Pengajara & Pembelajaran Berkesan

Page 209

Kesahihan Pengambil Ujian Untuk memastikan pelajar yang mengambil ujian adalah pelajar yang berdaftar dan sah, setiap pelajar perlu mendaftar dan mendapatkan kata kunci (password). Soalan-soalan peribadi boleh ditanya setiap kali untuk memasuki bahagian baru ujian. Proses keselamatan ini adalah agak serupa seperti mana kita melakukan transaksi belian di atas talian di mana nama ibu atau tanda lahir akan ditanya setiap kali transaksi dilakukan. Penipuan & Plagiat Soalan yang dibangunkan perlu banyak supaya soalan boleh dipilih secara rawak dan setiap pelajar akan mendapat set soalan yang berbeza. Pemarkahan juga perlulah dibuat dengan teliti dan tidak memperuntukkan jumlah markah yang besar untuk satu soalan. Markah untuk setiap item perlu sedikit dan ini menjadikan penipuan atau plagiat tidak berbaloi dilakukan. Keupayaan Pelayan Komputer Pelayan mungkin akan menjadi terlalu padat dan tidak dapat berupaya untuk menangani pengguna yang ramai dan mungkin akan menjadi lambat jika ujian perlu diakses di dalam web. Serangan virus dan juga penggodam komputer yang memasuki sistem akan merosakkan keselamatan sistem dan menjadikan soalan itu bocor. Keselamatan pelayan ini menjadi satu isu kerana pelayan akan diakses oleh ramai pengguna sepanjang hari.

Kesimpulan Adalah diharapkan bab ini dapat membantu anda memahami konsep dan tatakaedah pembangunan ujian atas talian. Kepesatan dan pembangunan teknologi komputer yang semakin maju memungkinkan aspek yang lain seperti ujian penulisan dan pertuturan dapat dilakukan secara sinkronous dan mempunyai ciri-ciri kepintaran tiruan. Walaupun ujian atas talian akan mengambil masa untuk membangunkannya tetapi apabila ianya siap, ujian tersebut boleh diakses oleh ramai pengguna di pelbagai lokasi pada bila-bila masa dan memungkinkan pembelajaran jarak jauh dapat dinilai. 199


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.