Panduan Amalan Pengajara & Pembelajaran Berkesan

Page 206

Penambahan Set Soalan Yang Lain di dalam Fail MCQ yang Sama 1. Buka HotPotatoes seperti langkah PEMBANGUNAN MCQ TEST. Ulang semua langkah hingga habis langkah Konfigurasi Hasil Configure Output. Simpan fail tersebut sebagai MCQ 2. 2. Buka fail yang asal dan klik Configure Output dan klik butang untuk membuat pautan kepada fail MCQ2. Klik Browse di ruangan Next Exercise dan pilih fail MCQ2 di lokasi yang sama. 3. Klik OK dan simpan fail anda di lokasi yang sama. 4. Eksport fail tersebut dan sesi pembangunan ujian anda selesai. Contoh Pembangunan Ujian atas Talian E-Mect Gambarajah 13.3 adalah antaramuka dan Gambarajah 13.4 ialah menu utama ujian atas talian (E-MECT) yang telah dibangunkan menggunakan Hot Potatoes sebagai salah satu perisian. MECT ialah satu Projek Ujian Bahasa Inggeris yang dibangunkan oleh kumpulan Norizan Abdul Razak et al. (2006). Pengubahsuaian ujian atas kertas ini di dalam bentuk atas talian dibuat pula oleh Shahrul Ridzuan Arshad dan Norizan Abdul Razak (2007) yang bertujuan untuk menilai empat komponen utama Bahasa Inggeris iaitu kemahiran receptive seperti mendengar dan membaca dan kemahiran productive seperti menulis dan bertutur. Objektif ujian ialah untuk menilai kompetensi pelajar di dalam kemahiran Bahasa Inggeris mengikut keperluan Bahasa Inggeris di persekitaran kerja Malaysia.

196


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.