Panduan Amalan Pengajara & Pembelajaran Berkesan

Page 193

Pensyarah mendapati kesemua pelajar tidak pernah mendengar konsep atau kosakata ‘copyleft’. Lantas pensyarah meminta pelajar mencari maklumat mengenai ‘copyleft’ di Internet dan dimasukkan ke dalam forum atas talian untuk dibincangkan. Pada peringkat pertama pelajar menggunakan taksonomi berfikir aras rendah iaitu ‘mengenalpasti’ maksud ‘copyleft’ melalui pencarian di Internet dan dikongsi bersama maklumat berkenaan dan sumber URLnya di dalam forum atas talian. Pada peringkat kedua, pelajar diminta membandingkan ciri ‘copyright’ dan ‘copyleft’ di dalam forum di mana pelajar perlu menggunakan taksonomi berfikir aras pertengahan iaitu ‘membezakan’. Manakala di peringkat ketiga pula, pelajar diminta untuk memutuskan samada untuk bersetuju atau tidak bersetuju dengan ‘copyright’ dan ‘copyleft’ serta memberikan rasional mereka. Di tahap ini pelajar perlu menggunakan taksonomi berfikir aras tinggi. Ringkasnya, pengukuhan konsep yang dikuliahkan boleh dilakukan dalam forum atas talian yang tidak kenal sempadan fizikal dan masa. Dalam contoh ini (lihat Gambarajah 12.2), forum atas talian akan menjadi lebih relevan dan bermakna kepada pelajar kerana kandungannya berkait rapat dengan apa yang disampaikan dalam kuliah sebelum ini.

Gambarajah 12.2: Contoh Paparan Respon Pelajar 183


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.