Panduan Amalan Pengajara & Pembelajaran Berkesan

Page 173

menyiapkan tugasannya. Kedua ialah teknik ‘One-to-One’ yakni seorang kepada seorang yang lain seperti berhubung melalui mel elektronik. Ketiga ialah teknik ‘One-to-Many’ yakni seorang kepada ramai orang seperti forum, blog dan buletin dalam talian. Keempat ialah teknik ‘Many-to-Many’ yakni konsep dari ramai kepada ramai seperti Wikipedia. Sejak mutakhir ini, penggunaan aplikasi ‘Manyto’Many’ ini nampaknya semakin popular penggunaannya dalam kalangan pengajar dan pelajar kerana kesesuaiannya dengan teori pembelajaran konstruktivisme sosial.

Peranan Instruktor & Pelajar dalam e-Pembelajaran Secara tradisionalnya, sebagai instruktor, anda berperanan sebagai pemberi maklumat ulung sementara pelajar hanya menerima dan memproses pengetahuan yang diberikan oleh instruktor tersebut. Dalam konteks ini, pelajar biasanya tidak mempunyai kebebasan untuk mencorak pembelajaran mereka dan bergantung kepada anda untuk mengatur segala pembelajaran mereka. Di dalam persekitaran e-Pembelajaran, anda berperanan lebih sebagai fasilitator atau pemantau. Pelajar mempunyai lebih autonomi untuk mencorak dan merancang pembelajaran mereka. Anda boleh bertindak membantu memotivasikan pelajar, memupuk interaksi sosial yang sihat serta memberikan dorongan kepada pelajar untuk bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pembelajaran mereka sendiri. Di dalam suasana e-Pembelajaran, pelajar lebih bertanggungjawab di dalam menguruskan pembelajaran mereka iaitu mengikut keperluan mereka sendiri. Sebagai instruktor, anda berfungsi sebagai fasilitator yang membantu pelajar mencapai objektif pembelajaran mereka. Seperti instruktor, di dalam e-Pembelajaran, pelajar juga mempunyai pelbagai peranan yang seharusnya dimainkan. Paloff dan Pratt (2001) menyenaraikan beberapa peranan yang dimainkan oleh para pelajar. Pertama, pelajar perlu mendapatkan serta membentuk pengetahuan yang diperolehi dan kemudiannya menyesuaikan ilmu pengetahuan tersebut mengikut keperluan mereka. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi akan digunakan sebaik-baiknya di dalam kehidupan sebenar mereka. Kedua, pelajar haruslah mampu 163


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.