Panduan Amalan Pengajara & Pembelajaran Berkesan

Page 123

dijalankan pada sesi pertama. Pengendalian sesi pertama akan menjadi lebih sukar dan mencabar kerana pelajar masih belum melakukan pembelajaran kendiri terhadap keperluan pembelajaran semasa mereka membincangkan stratergi mendapat maklumat tambahan melalui pertanyaan lanjut, pemeriksaan dan penyelidikan. Pelajar juga mungkin tidak dapat menyenarai jenis penyelidikan atau pemeriksaan lanjut yang perlu dilakukan. Oleh itu untuk pelajar tahun 1 semester 1 dicadangkan PBL tiga sesi digunakan. Dalam sesi PBL terakhir (samada ke 2 atau 3) pelajar dikehendaki merumus semua ilmu yang dipelajari dalam satu peta konsep. Peta ini mengandungi mekanisme bagaimana masalah/kes terjadi, faktor yang menyumbang kepada berlakunya masalah tersebut dan bagaimana langkah penyelesaian yang dicadangkan dapat menyelesaikan masalah tersebut. Pada sesi PBL terakhir untuk sebuah kes, penilaian prestasi setiap pelajar dilakukan secara lisan. Adalah menjadi tanggungjawab fasilitator untuk menilai prestasi pelajar dan memberi maklumbalas konstruktif secara individu dan secara berkumpulan. Pelajar juga boleh dilatih untuk membuat penilaian kendiri dan penilaian ke atas rakan secara lisan. Penilaian secara formal menggunakan borang khusus boleh dilakukan mengikut keperluan sesuatu kursus.

Cabaran Dalam Perlaksanaan PBL Cabaran Kepada Pensyarah 1. Beban pengajaran bertambah. 2. Memerlukan keyakinan yang tinggi mengendali pelajar dalam kumpulan kecil yang bersifat interaktif berbanding kuliah yang bersifat didaktif. 3. Tidak yakin pelajar dapat melakukan pembelajaran kendiri yang berkesan. 4. Rasa status pensyarah tercabar apabila tajuk yang biasanya diberi dalam bentuk kuliah, kini pelajar mempelajarinya sendiri. 5. Memerlukan komitmen yang tinggi dan memakan masa dalam penyediaan panduan fasilitator. 6. Kemahiran permudahcara memerlukan latihan dan dipraktis. 113


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.