Panduan Amalan Pengajara & Pembelajaran Berkesan

Page 107

membina kepercayaan sesama ahli dan pengurusan konflik. Kemahiran-kemahiran ini perlu diajar secara langsung sama seperti mata pelajaran akademik yang lain. Disamping itu sangat penting juga agar kumpulan dibimbing membincangkan kemajuan mereka. Mereka perlu mengenal pasti tingkah laku mana yang membantu dan sebaliknya dan membuat keputusan untuk langkah selanjutnya. Pemprosesan yang dilakukan dalam kumpulan membolehkan ahli kumpulan belajar kemahiran kolaboratif dan memastikan setiap ahli mendapat maklum balas tentang penglibatan mereka. Ahli kumpulan juga perlu dibimbing supaya menggunakan kemahiran antara perseorangan dalam kumpulan kecil yang diperlukan untuk bekerja bersama sebagai satu pasukan dan juga sentiasa memantau keberkesanan mereka bekerja secara berkumpulan. Kesemua aspek ini sangat penting untuk memastikan pembelajaran koperatif benar-benar berlaku. Cadangan untuk mempertingkatkan keberkesanan pendekatan kolaboratif/koperatif termasuklah: i. Memastikan objektif yang hendak dicapai dibincangkan dengan jelas ii. Selesaikan konflik yang timbul dengan segera iii. Sediakan rubrik di peringkat permulaan untuk memandu proses pembelajaran dan penilaian hasil kerja kumpualan iv. Bantu pelajar membuat refleksi ke atas kemajuan mereka dari semasa ke semasa v. Beri harapan supaya setiap kumpulan menghasilkan kerja yang terbaik

Pembentukan & Saiz Kumpulan Satu aspek penting dalam pendekatan pembelajaran kolaboratif dan koperatif ialah mengenai bagaimana kumpulan dibentuk dan saiz yang ideal bagi pembentukan sesuatu kumpulan yang efektif. Perdebatan masih berlaku mengenai perkara ini. Kebanyakan pengkaji dalam bidang ini masih berselisih pendapat tentang sama ada perlu membentuk kumpulan berdasarkan kebolehan atau mencampurkan 97


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.