Panduan Amalan Pengajara & Pembelajaran Berkesan

Page 10

Dr. Rosadah Abd Majid merupakan Ketua Unit Pusat Permata Pintar Negara UKM. Sebelum ini beliau pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah (Perkembangan & Inovasi Kurikulum PPA, UKM. Beliau adalah pensyarah di Fakulti Pendidikan UKM dalam bidang pendidikan khas: pengkhususan pemulihan, dan pintar cerdas berbakat. Dr. Mohd. Arif Ismail merupakan Timbalan Pengarah (Ko-Kurikulum) Pusat Perkembangan Pelajar, UKM. Beliau adalah pakar dalam bidang Teknologi Pendidikan, Fakulti Pendidikan, UKM dan banyak menjalankan penyelidikan dalam bidang sumber dan teknologi maklumat. Beliau merupakan Presiden, Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga adalah Penyelaras Program Badan Beruniform, Pusat Perkembangan Pelajar, UKM. Dr. Salleh Amat merupakan Timbalan Pengarah (Latihan & Perkembangan Akademik) di Pusat Pembangunan Akademik, UKM. Beliau adalah pensyarah di Fakulti Pendidikan, UKM. Pengkhususan beliau adalah dalam bidang bimbingan dan kaunseling dengan tumpuan kepada pengurusan personalia pelajar institusi pengajian tinggi.

X


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.