Amalan, Keberkesanan & Cabaran Pelaksanaan e-Pembelajaran di IPT Malaysia

Page 8

Biodata Penyelidik /Penulis Prof. Dr. Mohamed Amin Embi merupakan pensyarah di Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan kini menyandang jawatan sebagai Timbalan Pengarah (e-Pembelajaran) Pusat Pembangunan Akademik UKM. Beliau banyak membangunkan sistem pengurusan pembelajaran serta merupakan pakar rujuk dalam bidang e-Pembelajaran. Beliau merupakan pemenang ISESCO Prize for Science and Technology 2010, Anugerah Akademik Negara (Pengajaran) 2006 dan Anugerah Melayu Cemerlang 2008 (Pendidikan). Beliau merupakan Pengerusi MEIPTA (2010-2012) dan Presiden Persatuan M-Pembelajaran Malaysia. Prof. Madya Dr. Zaidan Abdul Wahab adalah seorang pensyarah di Jabatan Fizik Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau juga pernah menjadi pakar rujuk kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dan industri perisian (Pendidikan) swasta khususnya dalam bidang pembangunan modul multimedia Fizik untuk pengajaran dan pembelajaran. Sekarang beliau berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah (Teknologi dalam Pengajaran&Pembelajaran) di Pusat Pembangunan Akademik (CADe) UPM. Beliau juga adalah Timbalan Pengerusi MEIPTA (2010-2012).

Prof. Dr. Abdul Halim adalah Timbalan Pengarah, Pusat Pembangunan Akademik (ADeC), Universiti Malaya yang bertanggungjawab terhadap e-Pembelajaran. Beliau merupakan pelopor dalam penggunaan LMS ‘open source’ Moodle ketika menjadi profesor sains alam sekitar di Institut Sains Biologi di universiti yang sama, tidak lama selepas LMS tersebut diperkenalkan. Sebagai pengamal e-Pembelajaran, beliau juga mahir dengan beberapa alatan Web 2.0 dan gemar mencubanya dalam pengajaran beliau.

Prof. Dr. Hanafi Atan ialah seorang pensyarah dalam e-Pembelajaran di Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam e-Pembelajaran dan merupakan penyelaras e-Pembelajaran USM yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan e-Pembelajaran sepusat untuk USM. Beliau juga merupakan Ketua Jurulatih e-Pembelajaran dan memberikan pelbagai jenis latihan e-Pembelajaran kepada staf akademik USM. Beliau mewakili USM dalam MEIPTA.


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.