Amalan, Keberkesanan & Cabaran Pelaksanaan e-Pembelajaran di IPT Malaysia

Page 65

54 | Amalan, Keberkesanan & Cabaran Pelaksanaan e-Pembelajaran di IPT Malaysia Dapatan Status/Amalan Pelaksanaan Latihan e-Pembelajaran Data yang ditunjukkan dalam Rajah 5.1 menunjukkan bahawa kesemua IPT yang terlibat sebagai sampel dalam kajian ini mengendalikan latihan e-Pembelajaran kepada staf akademik di institusi masing-masing. Walau bagaimanapun, hanya 69.2% atau 18 IPT yang menjalankan latihan kepada staf sokongan (lihat Rajah 5.2), manakala hanya 50% IPT yang mengendalikan latihan e-Pembelajaran kepada pelajar di institusi masing-masing (lihat Rajah 5.3). Daripada sudut fokus kandungan latihan, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.4, latihan biasa tertumpu kepada memahirkan staf dengan aplikasi yang terdapat dalam LMS masing-masing (96.2%) dan pengenalan kepada e-Pembelajaran (84.6%). Sebahagian daripada IPT yang terlibat melaksanakan latihan berkaitan dengan Pedagogi e-Pembelajaran (57.7%) dan Pembangunan e-Kandungan (53.8%). Di samping itu, hanya satu pertiga daripada (34.6%) IPT yang memberi pendedahan tentang aplikasi Web 2.0 dalam latihan e-Pembelajaran kepada staf mereka.

Bilangan IPT

Rajah 5.1 Peratus/Bilangan IPT yang melaksanakan latihan berkaitan e-Pembelajaran terhadap staf akademik


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.