Amalan, Keberkesanan & Cabaran Pelaksanaan e-Pembelajaran di IPT Malaysia

Page 38

Tadbir Urus e-Pembelajaran di IPT Malaysia |

27

mampu mendedahkan pengurus/pegawai IPT kepada urus tadbir dan amalan terbaik teknologi e-Pembelajaran terkini. Bagi memastikan keberkesanan program atau aktiviti yang dianjurkan, pihak IPT, KPT dan AKEPT perlu memantau secara sistematik setiap program yang dianjurkan. Walaupun majoriti IPT mendapat sokongan daripada pihak pengurusan tertinggi universiti masing-masing, namun sokongan dalam bentuk insentif kepada pengamal e-Pembelajaran, bajet khusus untuk pembangunan dan perkembangan e-Pembelajaran perlu diwujudkan serta dimantapkan. Dapatan kajian ini juga membawa implikasi bahawa KPT, AKEPT dan setiap IPT perlu meletakkan komponen bajet e-Pembelajaran sebagai salah satu komponen terpenting dalam bajet tahunan. Perkara ini amat penting untuk melayakkan setiap IPT bersaing hebat dalam bidang pendidikan maya bersama institusi pendidikan lain di peringkat global. Penutup Bab ini memperihalkan status serta keberkesanan tadbir urus e-Pembelajaran di IPT Malaysia daripada perspektif pentadbir e-Pembelajaran di insitusi pendidikan tinggi yang terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian yang dimuatkan dalam bab ini menunjukkan bahawa kesedaran mengenai keperluan tadbir urus yang berkesan dalam melaksanakan e-Pembelajaran di IPT masing-masing adalah sangat penting. Justeru, beberapa cadangan dan pandangan tentang penambahbaikan telah dikemukakan untuk tindakan pihak yang terlibat dalam pengendalian e-Pembelajaran di IPT Malaysia.


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.