Amalan, Keberkesanan & Cabaran Pelaksanaan e-Pembelajaran di IPT Malaysia

Page 137

126 | Amalan, Keberkesanan & Cabaran Pelaksanaan e-Pembelajaran di IPT Malaysia ii. Kementerian Pengajian Tinggi disarankan supaya membuka lebih peluang kepada IPT untuk terus menjalankan penyelidikan demi mempertingkatkan aktiviti e-Pembelajaran seiring dengan teknologi global dengan menyediakan dana bagi penyelidikan yang berpotensi. iii. Bagi AKEPT pula, kursus berkenaan e-Pembelajaran perlu dianjurkan dengan lebih pesat bagi tujuan yang sama. AKEPT juga perlu menyediakan dana bagi membiayai bengkel yang berpotesi di peringkat IPT masing-masing. iv. Setiap IPT perlu memantapkan prasarana digital di seluruh kawasan kampus. Peningkatan kemudahan jalur lebar perlu diberi perhatian serius dan perkhidmatan ICT perlu dipantau secara sistematik. Cadangan Penambahbaikan dan Implikasi Berkaitan Jaminan Kualiti dan Perancangan Masa Depan i. Garis panduan mengenai standard bahan e-Kandungan yang dibangunkan secara bersama oleh CEMCA (Commonwealth of Educational Multimedia Centre for Asia) dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia perlu diedarkan dan diguna pakai oleh semua IPT Malaysia untuk mengawal kualiti bahan e-Pembelajaran yang terdapat di peringkat pengajian tinggi. ii. Setiap IPT perlu menjalankan kajian keberkesanan berkaitan e-Pembelajaran yang dilaksanaan di institusi masing-masing bagi memastikan bahawa penggunaan e-Pembelajaran betul-betul memberi impak maksima kepada proses pengajaran dan pembelajaran. iii. Kementerian Pengajian Tinggi perlu menubuhkan Institut e-Pembelajaran Kebangsaan iaitu sebuah pusat kecemerlangan berkaitan e-Pembelajaran yang antara lain boleh mengendalikan dan mengkoordinasi penyelidikan berkaitan e-Pembelajaran terutama daripada segi impak e-Pembelajaran terhadap pencapaian pelajar. iv. Penubuhan Institut e-Pembelajaran Kebangsaan dijangka mampu membantu menentukan hala tuju pelaksanaan e-Pembelajaran termasuk aplikasi terkini yang sesuai digunakan di peringkat pengajian tinggi. Penutup Bab ini telah membentang pelbagai cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan di peringkat IPT, Kementerian Pengajian Tinggi dan AKEPT bagi memperkasakan agenda e-Pembelajaran di peringkat pengajian tinggi di Malaysia.


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.