Amalan, Keberkesanan & Cabaran Pelaksanaan e-Pembelajaran di IPT Malaysia

Page 101

90 | Amalan, Keberkesanan & Cabaran Pelaksanaan e-Pembelajaran di IPT Malaysia

Bilangan Pensyarah

Rajah 7.5 Pensyarah yang mengakui terdapat peningkatan aktiviti e-Pembelajaran sepanjang dua tahun kebelakangan ini

Data dalam Rajah 7.6 menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar mengakses kursus atas talian yang mereka ikuti seminggu sekali (37.7%), diikuti sekali sehari (29.6%) dan beberapa kali dalam sehari (17.6%). Bilangan pelajar yang langsung tidak pernah mengakses kursus atas talian mereka adalah sangat sedikit, iaitu 135 orang atau 2.1%. Rajah 7.7 menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar (71.4%) mengakses kursus atas talian mereka dari asrama, diikuti oleh dari makmal komputer (50.2%) dan dari rumah (46.9%). Seperti yang dipamerkan dalam Rajah 7.8 dan Rajah 7.9, kebanyakan mereka mengakses menggunakan laptop masing-masing (94.2%) dan 63.7 % pula menggunakan rangkaian WiFi yang disediakan di kampus masing-masing.


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.