Rumi 816

Page 1

Tahun ke 16 Jilid 816 Bertarikh 26 Oktober 1 November 2013

www.songkhlatoday.com

30฿

www.facebook.com/paktaifocus www.twitter.com/songkhlatoday

O B

PPWSS (Sbpac) ARAH AJK PROG. RADIO DAN TV

DBMT MENGEMASKINI UNTUK PLAN PENYIARAN BARU ศอ.บต. สั่งกก. ทีวีวิทยุจัดทัพใหม พรอมเดินเครื่องตามนโยบาย Oleh : Mansour Salleh

Ustaz Azhar Idrus pendakwah terkenal di Malaysia dan Selatan Thailand menjadi pelakun utama dalam sebuah fi lem dakwah” Uztaz, Mu Tunggu Aku Datang “ . CD soal jawab agama Ustaz Azhar ada jual di merata gerai dalam majlis pengajian agama dan di udara melalui radio di wilayah Selatan

MEMBINA UKHWAH DENGAN PERSATUAN PENIAGA THAILAND-TURKI

สรางสายใยแหงพี่นองกับสมาคมการคาไทย-ตุรกี

à» ´ãËŒºÃÔ¡ÒÃÃѺ½Ò¡à§Ô¹ÃÑ¡ÉÒ·ÃѾ (ÇÒ´ÕÍÐÎ ) ÊíÒËÃѺ¾Õ蹌ͧÁØÊÅÔÁ ãËŒÁÕâÍ¡ÒÊà´Ô¹·Ò§ä»áÊǧºØÞ ³ ¹¤ÃàÁ¡¡ÐÎ »ÃÐà·È«ÒÍØ´ÕÍÒÃÐàºÕ ¼ÙŒ½Ò¡ÁÕâÍ¡ÒÊä´ŒÃѺÃÒ§ÇÑÅ໚¹¤‹Òà´Ô¹·Ò§ä»»ÃСͺ¾Ô¸ÕÎÑ¨Þ ÁÙŤ‹Ò 180,000 ºÒ· ËÃ×ͤ‹Òà´Ô¹·Ò§ä»»ÃСͺ¾Ô¸ÕÍØÁàÃÒÐÎ ÁÙŤ‹Ò 60,000 ºÒ· à¾Õ§½Ò¡à§Ô¹ã¹ºÑÞªÕ ÃÑ¡ÉÒ·ÃѾ (ÇÒ´ÕÍÐÎ ) ·Ø¡ 2,000 ºÒ· ¨Ðä´ŒÃѺ 1 ÊÔ·¸Ôì ÃѺÊÔ·¸ ÃѺÃÒ§ÇÑÅ äÁ‹¨íÒ¡Ñ´¨íҹǹ ÃÕº½Ò¡Çѹ¹Õé ÃѺÊÔ·¸Ô졋͹ã¤Ã ÂÔ觽ҡÁÒ¡ ÂÔè§ÁÕâÍ¡ÒÊÁÒ¡ ¨ÑºÃÒ§ÇÑÅà´×͹¾ÄÉÀÒ¤Á¢Í§·Ø¡»‚ â·Ã. 0-2558-6200 µ‹Í 8035-6


1 Muka utama

Fokus 26 Oktober 1 November 2013

PPWSS (Sbpac) ARAH AJK PROG. RADIO DAN TV

DBMT MENGEMASKINI UNTUK PLAN PENYIARAN BARU

ศอ.บต. สั่งกก. ทีวีวิทยุจัดทัพใหม พรอมเดินเครื่องตามนโยบาย Oleh : Mansour Salleh “Pentingnya bahasa melayu kerana menjadi bahasa komunikasi di kalangan rakyat setempat. Mereka mudah memahami sekiranya berkomunikasi dengan bahasa ini. Oleh itu , kami dan kerajaan sedia mendokong dan membantu semua program yang boleh martabatkan 19 oktobor Ppwss , Pol. kolonel Thavee Sodsong setia usaha Ppwss ,Polis Major Jeneral Chamroon Den- Udom Ketua AJK program Radio dan TV bahasa melayu ( BM ) serta ahli dan AJK Dewan Bahasa Melayu Thailand (DBMT) telah mengadakan majlis musyawarat supaya mengemaskini dalam persiapan baru untuk menjalani program Radio dan TV selepas mengadapi beberapa kesulitan dalam pelaksanaan sebelum ini. Pol. kolonel. Thavee Sodsong selaku pengurusi majlis musyawarat tersebut berkata matlamat utama penubohan Stesyen Radio dan TV bahasa melayu untuk menjadi alat pelajaran pendidikan ilmu dan menjaga jatidiri bahasa rakyat di sini.

Dan menjadi benteng menjaga dan meyebara bahasa melayu. Kerana bahasa melayu adalah bahasa yang telah wujud di bumi ini berabad - abad lamanya, oleh itu kesedaran untok belajar dan menjaga budaya bahasa menjadi satu tanggongjawab yang besar. Mungkin, pasti bermula di sekolah dari peringkat sekolah rendah sehingga sekolah menengah. Pengantaran pelbagai ceritadengan bahasa Melayu melalui media elektronik dan media cetakan seperti radio televisyen dan bahan cetakan. Pembukaan ruang kepada rakyat dengan menyertai dalam bentuk kerja sama penerbitan dan penyebaran maklumat seluruh aspek.

M’SIA TANGGA KE-18

DALAM STATISTIK FACEBOOK มาเลยรั้งอันดับที่ 18ใชเฟสบุคส

Mungkin ramai yang tidak tahu bukan semua pemimpin asing dibenar melawat Silicon Valley di Sans Francisco, Amerika Syarikat yang dilihat penuh dengan "rahsia besar" industri media baharu dan teknologi maklumat. Mengakui hakikat itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

berkata justeru lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di situ bulan lepas merupakan satu penghormatan besar yang didasari atas keterbukaan Malaysia dalam industri teknologi maklumat global. NONE"Ini merupakan satu penghormatan kerana pada kebiasaannya mereka tak perlu berurusan dengan sesebuah kerajaan," katanya dalam temu bual dengan Bernama, di Kemaman. Menurut Ahmad Shabery, pembabitan Malaysia dalam teknologi maklumat bukan perkara baharu terutama dengan penubuhan Koridor Raya Multimedia pada 1998, sekali gus "membuka" Malaysia kepada aliran maklumat. Dalam lawatannya ke wilayah teknologi maklumat itu pada 25 Sept lepas, Perdana Menteri mengadakan pertemuan peribadi dengan Pengerusi

bahasa melayu seperti program TV dan Radio 24 jam bahasa melayu dan Dewan Bahasa Melayu Thailand”, kata beliau. Program ini, pihak Ppwss telah mengada majlis perasmian pada awal tahun 2013 seraca besar – besaran lebeh daripada 5000 orang rakyat serta pegawai kerajaan ikuti majlis perasmian tersebut. Kemudian program ini, menghadapi pelbagai kusilitan dalam pelaksaan. Kini Ppwss ,sekali lagi usaha mencari jalan penyelsaian kesulitan tersebut supaya program dapat melaksana dengan baik. Sekiranya , program ini di sebaliknya maka imej Ppwss akan terjejas. dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg, di ibu pejabat laman sosial berkenaan di Menlo Park, selain melawat ibu pejabat Google dan Twitter. Najib dan Zuckerberg dilapor membincangkan mengenai kerjasama yang mungkin boleh dijalin antara Facebook dan Malaysia. Perbincangan juga berkisar terhadap usaha untuk merapatkan jurang digital dan mendekatkan kemudahan Internet serta peluang-peluang digital lain kepada mereka yang tidak berhubungan setakat ini. Ahmad Shabery berkata Facebook merupakan laman yang paling dikunjungi di Malaysia dan mempunyai 12,747,100 pengguna setakat ini, meletakkan negara di tempat ke-18 dalam statistik Facebook mengikut negara. "Berdasarkan jumlah itu, 70 peratus rakyat Malaysia memiliki akaun Facebook," katanya. Beliau juga berpandangan teknologi maklumat dan media baharu bukan ancaman sekalipun ada pihak yang mengambil kesempatan untuk menyalah guna kemudahan itu. - Bernama


Pandangan 2

Fokus 26 Oktober 1 November 2013

HAK MENENTUKAN NASIB SENDIRI สิทธิในการกําหนดชะตากรรมตนเอง

Hak untuk penentukan nasib sendiri (Right to Self-Determination) merupakan hak asasi manusia (HAM) yang fundamental dan tidak terpisahkan dari diri seorang manusia. Hak ini dicantumkan sebagai Pasal pertama oleh masyarakat internasional dalam dua instrumen utama HAM (Perjanjian Internasional mengenai Hak-hak Sipil dan Politik dan Perjanjian Internasional mengenai Hak-hak Ekonomi, Sosial dan Budaya), mengingat pentingnya hak ini bagi tatanan internasional dan perlindungan hak-hak individu. Mahkamah Pengadilan Internasional mengakui hak atas penentuan nasib sendiri sebagai HAM yang paling penting, dan ”menyangkut semua negara.” Semangat nasional anti kolonialisme yang menjiwai rakyat Patani dan juga menjadi ruh Piagam pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (PBB), membuka kesempatan bagi rakyat yang dijajah oleh bangsa asing untuk merdeka. Pelaksanaan program dekolonisasi PBB dibanyak negara-negara Asia Afrika mendapatkan sambutan yang sangat positif dengan wujudnya Konferensi Asia- Afrika (KAA) di Bandung pada 18-24 April 1955 dengan menyokong persatuan dan solidaritas antara Bangsa Asia dan Bangsa Afrika yang membawa

kesan yang ketara dengan munculnya banyak negara-negara baru merdeka di Asia dan Afrika setelah penyelenggaraan KAA ini. Gerakan pembebasan Patani telah mendapat pengakuan resmi kerajaan Siam (Thailand) dalam satu surat perjanjian CENERAL CONSENSUS ON PEACE DIALOUE PROCESS 28 Februari 2013 dengan BRN lalu hingga membolehkan tuntutan HAM seperti yang termaktub dalam tuntutan awal 5 perkara BRN, No 4 tentang hak pertuanan atas negara bangsa Patani sebagai tanda mula membagun kepercayaan dialog menuju perbincangan damai yang berkekalan dengan Siam. Fenomena ini membawa implikasi yang cukup serius bagi rejim Bangkok dimana dengan secara lansung rakyat melayu Patani telah memperoleh legitimasi secara yuridis bahawa hak menentukan nasib sendiri yang telah diakui dalam berbagai Instrumen Hukum Internasional. Berlatar belakangkan sejarah kebangkitan rakyat Patani yang panjang dan beterusan sejak 1902 sampai Januari 2004 telah mendesak rejim Bangkok menyelesaikan tuntutan rakyat Patani di empat wilayah selatan yang bergolak, maka untuk itu dirujukkan Deklarasi Wina (Vienna Declaration) dalam The World Conference on Human Rights pada tahun 1993 yang mencanangkan bahawa semua bangsa yang dijajah berhak untuk menentukan nasib sendiri, Siam tidak boleh abaikan hak tersebut dengan meneruskan sberbagai usaha untuk mengesahkannya mendorong tindakan-

tindakan kekerasan kearah penghapusan bangsa melayu Patani sebagai rakyat penduduk asal selaras Paragraf 6 Resolusi Majelis Umum PBB Nomor 1514 (XV) Dengan demikian maka, pelaksanaan “right to self-determination” yang diwujudkan melalui kemerdekaan dalam rangka membentuk atau mendirikan negara (“state”), baik untuk membebaskan diri dari penjajahan, maupun untuk berintegrasi atau berasosiasi dengan negara yang lain. Hal itu dilakukan hanya sekali dan untuk selamanya. Patani telah dijajah oleh Siam tahun 1902 (perjanjian Anglo Bangkok), sebelumnya Patani memiliki beberapa simbol-simbol sendiri dan kini telah dinafikan penjajah antara lain : 1. Bendera kebangsaan Patani 2. Lagu Kebangsaan Patani negara merdeka 3. Perlembagaan negara melayu Islam Patani 4. Lambang Negara melayu Islam Patani 5. Sejara kerajaan kesultanan melayu Patani 6. Bahasa dan budaya kebangsaan Patani dan lain sebagainya. Sepuluh (10) inti sari / isi yang terkandung dalam Bandung Declaration / Dasasila Bandung : 1. Menghormati hak-hak dasar manusia seperti yang tercantum pada Piagam PBB. 2. Menghormati kedaulatan dan integritas semua bangsa. 3. Menghormati dan menghargai perbezaan ras serta mengakui persamaan semua ras dan bangsa di dunia. 4. Tidak ikut campur dan intervensi persoalan negara lain. 5. Menghormati hak setiap bangsa untuk mempertahankan diri baik sendiri maupun kolektif sesuai dengan piagam PBB. 6. Tidak menggunakan peraturan dari pertahanan kolektif dalam bertindak untuk kepentingan suatu negara besar. 7. Tidak mengancam dan melakukan tindak kekerasan terhadap integritas teritorial atau kemerdekaan politik suatu negara. 8. Mengatasi dan menyelesaikan segala bentuk perselisihan internasional secara jalan damai dengan persetujuan PBB. 9. Memajukan kepentingan bersama dan kerjasama. 10. Menghormati hukum dan juga kewajiban internasional. Oleh : Abu Hafez Al-Hakim http://www.deepsouthwatch.org/ms/ node/4826


3 Isu

Fokus 26 Oktober 1 November 2013

MEMBINA UKHWAH

DENGAN PERSATUAN PENIAGA THAILAND-TURKI สรางสายใยแหงพี่นองกับสมาคมการคาไทย-ตุรกี

Tujuannya untuk perhubungan perniagaan , kebudayaan dan persahabatan di antara negara Thailand dan Turki dan juga membantu beberapa aktiviti kebajikan . Persatuwan ini di tubah pada tangal 3hb. Septembor 2007 . Sekarang persatuan ini dapat pengiktirafan di kalangan para peniaga dan NGO2 dua negara. Sebenarnya Turki, sedar bahawa dia harus menjadi seorang “ kakak ” bagi setiap negara-negara Islam di dunia ini. Loyalitas dan totalitasnya dalam Halal Expo di Hatyai Penulis(kanan) Bersama Tuan Zaki (kiri) melayani kekhalifahan Usman Persatuan Penegaan Thailand- Turki- adalah salah sudah tidak diragukan lagi. Di kancah perpolitikan satu persatuan yang ada seluruh negara Islam atau dan perekonomian dunia pun Turki sebagai negara bukan Islam di dunia di bawah lambing Turki yang dengan mayoritas umat muslim yang disegani. berlandaskan kecintaan kepada Allah S.W.T. dan Saat ini kekhalifahan Usman memang telah runtuh menjunjung tinggi nilai-nilai moral yang terkandung dan Turki menjadi negara sekuler, tetapi lambat laun perubahan menuju peradaban emas itu akan di dalam Al-Qur’an dan Hadis Rasulullah s.a.w.

HIBURAN

pawagam mulai 28 November ini. Poster filem bertajuk "Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang" บันเทิง mula dipasang di papan utama iklan di panggung wayang di negara ini. Filem arahan Pierre Andre itu diterbitkan oleh Metrowealth.Turut berlakon di samping Ustaz Azhar ialah kumpulan Shiro, Zalif Sidek dan Along (Raja Lawak). Filem berunsur dakwah dan pengajaran ini dikatakan "menutup aurat" sepenuhnya, iaitu salah satu syarat yang ditetapkan Ustaz Azhar. Ustaz Azhar yang berasal dari Terengganu menjadi ikon anak muda apabila mereka berkongsi video kuliahnya melalui Facebook dan Youtube. Laman Facebook beliau, Ustaz Azhar Idrus Original mendapat 1,316,942 likes, antara yang paling tinggi di Malaysia. Buku beliau bertajuk, 'Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa' turut mendapat sambutan luar biasa sehingga diulang cetak beberapa kali oleh penerbitnya, PTS Publication. Bermula dengan kuliah kitab kecil-kecilan di surau Setelah meletup dengan kuliah sekitar Terengganu, kini kuliah Ustaz Azhar diadakan di agamanya, Ustaz Azhar Idrus kini berlakon seluruh negara dan mendapat sambutan hebat.- www. filem pula yang bakal ditayangkan di wartautara.com

kembali lagi dan Persatuan ini dapat metauladan aklak Islamiah dan amanah bagi semua pehak di Thailand . Saat ini kita berada di akhir zaman dan Turki disebut dalam hadis Rasulullah s.a.w. pada akhir zaman akan menjadi pemimpin bagi negara-negara Islam di dunia : (http://www.turkishislamicunion.com/hadiths. html) Persatuan ini ,sekarang dapat membantu masyarakat muslim khususnya di selatan Thailand dan juga di segi pendidikan kerana banyak sekolah sewasta turki yang Berjaya di Bankok dan Chiangmai, Insyaalah Persatuan ini akan membina satu sekolah pula di kota Hatyai, Songkhla . Persatuan ini ada perhubungan yang erat dengan Persatuan- persatuan Islam Turki yang akan memulihkan rasa cinta, ketentraman, dan kedamaian yang sedang terluka di bumi ini. Persatuan Islam Turki adalah solusi yang sangat jelas dan pasti terhadap keselamatan saudara kita di Palestina, Irak, Afganistan, Kirghistan, Turkistan Timur, Krimea, Kirkuk, Moro, Rohingya dan di belahan bumi lain. Persatuan Islam Turki akan merangkul setiap golongan, elemen masyarakat, dan semua agama (baik Kristen, Katolik, Budha, Hindu, maupun Atheis) yang ada di bumi ini. InsyaAllah tidak akan ada seorang manusiapun yang tertindas, kelaparan, diperlakukan tidak adil, bahkan terluka di dunia ini apabila Persatuan Islam Turki telah terbentuk. Allah S.W.T. berfirman dalam Q.S.AlImron:103, “Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuhmusuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat Oleh : Fabian Imanasa Asof/Ustaz Syukur bin Syafie https://www.facebook.com/photo.php?fbid= 10201955699874521&set=a.3589519657067.169 151.1245604111&type=3&theater

Pengarah Urusan Penerbit : Prasarn Sooksai Editor : Mansour Salleh Editor Artikel : Ustaz Syukur bin Syafie Dina Penterjemah : Puan Wan Rohani Wan Mokhtar Wartawan : Jiraporn Nhusong Koordinasi : Jamilah Alee Krafik : Sudawan Ruangrit


Fokus 26 Oktober 1 November 2013

Artikel

4

MENGKRITIK BIARLAH MEMBINA วิจารณเพื่อการสรางสรรค

gambar hiasan

KRITIK atau bidang kritikan biasanya hanya popular dalam bidang sastera. Kritik dan kritikan dalam bidang sastera biasanya membina dan membangun sastera ke arah pembangunan tamadun bangsa. Kini dalam politik juga sudah subur kritik dan kritikan. Tetapi kebanyakannya kritik dalam politik adalah kritikan yang tidak membina, malah menjatuhkan. Terbaharu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menegur sesetengah kumpulan rakyat Malaysia di luar negara yang hanya tahu mengkritik kerajaan tetapi tidak memberi sebarang sumbangan untuk kemajuan negara. Perdana Menteri berkata, kumpulan seperti ini tidak sepatutnya membuat kritikan negatif mengenai negara berdasarkan dakwaan yang dibuat sesetengah pihak atas kepentingan politik mereka. Dalam satu majlis makan malam yang dihadiri pelajar dan rakyat Malaysia di Hotel Grand Hyatt San Francisco, baru-baru ini, beliau berkata: "Orang seperti ini akan mengkritik negara tetapi tidak mempunyai sebarang idea bagaimana untuk memberi sumbangan kepada negara." Penulis berpandangan mereka seperti ini adalah mudah dipengaruhi oleh sesetengah pihak yang berkepentingan dan tidak menggunakan akal fikiran yang waras untuk membina negara dan membangun masyarakat. Kalangan mereka seperti ini juga adalah mereka yang tiada idea dan hanya mencari kesalahan orang lain. Bak kata peribahasa Melayu; 'hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri'. Mereka sengaja tidak mahu memahaminya. Kajian psikologi mengatakan, orang yang selalu mengkritik dan mencari kesalahan orang lain dikatakan mempunyai kekecewaan yang

sangat tinggi dalam dirinya. Jika dikaji secara ilmiah dan mendalam mereka ini biasanya mengalami banyak kekecewaan dan kegagalan dalam kehidupannya. Menurut Winston Churcill, politik hampir sama menariknya, dan sama berbahaya seperti peperangan. Dalam peperangan anda hanya boleh dibunuh sekali sahaja, dalam politik anda boleh dibunuh berkali-kali. Maksudnya jelas pembunuhan dalam politik adalah menghapuskan kuasa yang ada pada seseorang pemimpin. Justeru, ahli politik yang rakus lebih banyak memikirkan tentang keselamatan kerusi dan kuasa mereka berbanding dengan keselamatan negara dan kebajikan rakyat terbanyak. Adalah amat sukar untuk menjadi seorang ahli politik sejati yang bermoral tinggi. Sebenarnya, kerajaan sekarang lebih telus dan boleh dikritik asalkan kritikan tersebut membina berkaitan dengan apa juga bidang termasuk politik, sosial, ekonomi, pentadbiran, pendidikan dan juga bidang-bidang lain yang melibatkan kehidupan rakyat. Kita boleh mengkritik dan sewajarnya mempunyai idea untuk memberi sumbangan kepada negara. Bagi orang yang berjaya dan berpandangan jauh biasanya mengkritik apa yang negatif dalam kehidupan dan memberi idea yang membina serta membangun ke arah kemajuan negara. Tak rugi menegur sama ada melalui pandangan percakapan dan tulisan terutama kritikan yang membina. Agama juga menyuruh supaya melakukan kebaikan melalui percakapan. Nabi SAW bersabda: “Kebaikan itu banyak tetapi pengamalnya (yang melaksanakannya) sedikit.” (Riwayat Abu Hanifah) Inilah yang banyak terjadi dalam kehidupan masyarakat dan negara. Sifat cemburu atas kejayaan orang lain, dengki atas kebolehan seseorang serta tamak akan kejayaan menjadikan seseorang itu sentiasa mencari kesalahan atau keburukan. Ingatlah orang yang memberi petunjuk kepada kebaikan sama pahala seperti orang yang melakukannya. Oleh itu suburkan sifat kritik yang membina, cemburu yang memajukan, usaha bersaing yang positif ke arah lebih sihat dalam politik, ekonomi dan pendidikan yang diamalkan oleh bangsa lain yang kita fahami seharusnya disedari dan dijadikan pedoman serta pengajaran dalam kehidupan. Ini disebabkan kita masih ketinggalan dalam bidang ini jika dikaji secara ilmiah dan perenungan yang jauh tanpa persepsi negatif. www. wartautara.com Oleh Dr Aminudin Mansor

OlehHara HaraShintaro Shintaro Oleh

BAHASA DAN JATI

DIRI YANG SEMAKIN TERHAKIS

Bahasa Melayu di Thailand

Bahasa Melayu yang dituturkan di Thailand boleh dibahagikan kepada dua dialek besar, iaitu dialek Patani (‘Patani’ yang menggunakan satu huruf ‘t’ dimaksudkan sebagai bekas tanah jajahan Kerajaan Melayu Patani yang merangkumi tiga Wilayah Sempadan Selatan, manakala ‘Pattani’ dengan dua huruf ‘t’ dimaksudkan sebagai nama salah satu wilayah) dan dialek Satun. Bahasa Melayu dialek Satun dituturkan di Wilayah Satun yang terletak di Pantai Barat, dan amat mirip dengan dialek Kedah di Malaysia. Bahasa Melayu dialek Patani pula dituturkan di wilayah-wilayah yang terletak di Pantai Timur termasuk Wilayah Pattani, Wilayah Yala dan Narathiwat. Selain itu, dialek ini juga dituturkan di beberapa buah daerah di dalam Wilayah Songkla. Dialek yang diberikan tumpuan dalam tulisan ini ialah dialek Patani.


5 Isu

Fokus 26 Oktober 1 November 2013

MENGAPA PASTI ADA ROADMAP DAMAI ทําไมจะตองมี Roadmap สันติภาพ

Pertama; apabila berlakunya konflik dan konflik itu pula adalah konflik yang berpanjangan dan menggunakan masa yang lama untuk diselesaikan. Apabila konflik memakan masa yang lama ia akan melahirkan perasaaan seolah-olah tidak

ada jalan keluar dan putus harapan bila konflik ini akan tamat dan selesai. Oleh itu ia perlu untuk diadakan “jalan” atau garisan sebagai panduan kepada jalan keluar bahawa konflik ini akan menuju kearah mana dan bagaimana. Dengan adanya Roadmap ia akan memperlihatkan bahawa proses penyelesaian konflik sementara itu akan menuju ke arah mana, siapa akan membuat apa, dimana dan bagai mana. Didalam perjalanan yang memakan masa yang lama itu. Semua ini adalah proses-proses sebelum

MUSLIM DI KOREA Ustaz Munir, Pengarah Pusat Islam di : Seoul , Korea Selatan telah pendapat bahwa di Korea Selatan, populasi Muslim terus meningkat sejak diperkenalkannya Islam tak lama setelah Perang Korea. Komunitasi Muslim (baik orang Korea dan warga asing) ini berpusat di sekitar Seoul, di mana masjid besar yang pertama pada abad ke-20 dibangun pada tahun 1976 dengan menggunakan dana dari Misi Islam Malaysia dan negara-negara Islam lainnya. Selain kurang dari 40.000 umat Muslim

asli Korea, telah terjadi pertumbuhan yang lambat tapi jelas dari imigrasi Asia Selatan, Timur Tengah Indonesia dan Malaysia atau Thailand (kerana sebelum ini Imam Masjid pusat Seoul iailah Imam Abdulrasyid daripada Thailand) ke Korea Selatan, mayoritas menjadi Muslim, selama 1990-an dan 2000-an, biasanya datang sebagai tenaga kerja ekspatriat. Secara keseluruhan ada sampai 45.000 Muslim di Korea Selatan.

Pada tahun 1962, pemerintah Malaysia menawarkan hibah sebesar US$ 33.000 untuk sebuah masjid yang akan dibangun di Seoul. Namun, rencana itu gagal karena inflasi. Tidak sampai 1970-an, ketika hubungan ekonomi Korea Selatan dengan banyak negara Timur Tengah menonjol, menunjukkan bahwa minat terhadap Islam mulai bangkit kembali. Beberapa warga Korea yang bekerja di Arab Saudi masuk Islam, ketika mereka menyelesaikan masa tugas kerja mereka dan kembali ke Korea, mereka didukung sejumlah Muslim

diadakan perjanjian perdamaian. Kedua; apabila sudah diadakan perjanjian atau sudah ditandatangani perdamaian, bagai mana pula perjalanan seterusnya. Perkara-perkara inilah merupakan perkara-perkara penting dan perlunya diadakan Roadmap untuk memperlihatkan bahawa bagai mana perjalanan seterusnya agar ia menjadi kenyataan dan benar-benar berlaku. Ketiga; dalam situasi yang sedang berlangsung perbincangan seperti ini dan ditengah-tengah perbincangan antara kedua pihak, biasanya ia akan lahir perebutan memimpin. Jika satu pihak telah merebut untuk mencadangkan roadmap sebelum pihak lain, maka ia akan merasakan bahawa mereka adalah pihak penyerang dan dapat mengawal permainan. Contohnya, dalam konflik di Myanmar yang diadakan perbincangan dengan kumpulan-kumpulan minority di Myanmar yang mana kedua-dua pihak masing-masing mencadangkan Roadmap untuk dibincangkan didalam meja perundingan. Oleh : Prof.Dr.Norbert Ropers penduduk asli. Masjid Pusat Islam Seoul akhirnya dibangun di Itaewon1-Dong, Yonsan-Gu ,Seoul pada tahun 1976. Saat ini ada juga masjid di Busan, Anyang, Gwangju, Jeonju dan Daegu. Ustazah Fawziah Faisol Pengarah Sekolah Prince Sultan Islamic berkata Mesyarakat Muslim di Seoul dapat membina Sekolah interigasi di antara acdamik dan Islam seperti ada madah AlQuran bahasa Arab dan Pendidik Islam pada tahun 2009 untuk didik kanak2 Muslim Korea yang asli atau warga asing. Di Masjid pusat Seoul ada usha berdaawah agama berbagai espek seperti Jamaah Tabliq Krusus Agama mingguan dan Khutbah tiga bahasa iaitu Bahasa Korea , Arab dan inggris. Pada Raya Haji tahun 1434 pehak Korea Muslim Federation (KMF) juba mengada aktiviti korban berjamaah dan juga akan bagi danging separohnya ke Indonesia Thailand bangladesh dan negara miskin lain2 . Korea Muslim Federation (KMF) juga usha membina Masjid Jamia yang amat besar di KotaInchoen Korea sebagai pusat Ibadah , daawah dan kebudayaan. Oleh : Ustaz Syukur bin Syafie Dari : Seoul , Korea Selatan https://www.facebook.com/photo.php?fbid =10202216308949585&set=a.3589519657067. 169151.1245604111&type=3&theater


Fokus 26 Oktober 1 November 2013

MADRASAH

Pendidikan 6

AL-FALAHIAH AL-ISLAMIAH DULU DAN SEKARANG มัดราซะอัลฟลลาหิยะหอดีตและปจจุบัน

Latar Belakang

Madrasah Al-Falahiah Al-Islamiah merupakan sebuah lembaga sekolah agama yang tertua di selatan Thailand. Terletaknya di kawasan kampong Padang langgar tempat 7 Mukim Banna Daerah Chana Wilayah Songkhla Selatan Thailand. Asasnya di bina oleh Tuan Guru Abd. Ghani Fikri pada tahun 1952 M. Kerana beliau di beri sambutan baik oleh masyarakat Islam tempatan dan masyarakat luar,maka beliau dapat membina sebuah Madrasah untuk belajar mengajar, maka menyebabkan jumlah pelajarnya meningkat lebih kurang 300 orang sedangkan guru hanya 6 orang. Pada masa itu. Setelah menjalankan tugas dan tanggung jawabnya selama 10 tahun, maka beliau menjemput Tuan Guru Ustaz Hj. Ibrahim Bin Mohd.Akib, sebagai pembantu dan berkerja sama dengannya demi memajukan Madrasah ini buat seterusnya. Pada tahun 1969 M. Telah di dirikan sebuah bangunan sekolah, dan pada tahun yang sama, Madrasah ini mendapat kebenaran dan pendaftaran dari kerajaan Siam sebagai sebuah sekolah rakyat supaya dapat mengajar dua bidang mata pelajaran yaitu :1. Bidang agama mulai dari peringkat Ibtidaiah hingga sampai peringkat Mutawasit 2. Bidang akademik mulai dari tingkatan 1 hingga sampai tingkatan 3 Matlamat Pendidikan di Madrasah Al-Falahiah Al-Islamiah 1. Untuk memberi ilmu pengetahuan dan didikan agama kepada umat Islam di kawasan ini khasnya dan kepada umat Islam di kawasan yang berhampiran umumnya. 2. Untuk memberi ilmu pengetahuan dalam bidang bahasa Arab dan bahasa Melayu supaya dapat membaca dan menulis dengan betul. 3. Untuk memberi ilmu pengetahuan di bidang akademik kepada pelajar-pelajar Islam agar dapat bergiat dengan pelajar–pelajar agama asing, dengan cara meningkat perestasi dan memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang ada kemam-

2. Bertujuan melahirkan pelajar yang seimbang dan boleh menyumbang kepada masyarakat secara positif dan konstruktif. 3. Usaha menjadi sebuah lembaga pendidikan yang maju dan makmur. 7.Rancangan sekolah / Projek sekolah kami 7.1 Perkembangan anak didik 1. Usaha mengadakan kegiatan untuk membina umat ke arah yang baik 2. Usaha mendorong pelajar untuk menjaga dan manfaat alam sekitar dan sumber daya alam. 3. Mengadakan pendidikan melalui pelajar yang berperangan penting Child center 4. Usaha mengadakan pendidikan kokurikulum. 5. Mendorong dan memperbaiki cara belajar mengajar kearah yang lebih maju 7.2 Perkembangan peserta didik 1. Mendorong para guru minat mengajar 2. Mendorong para guru membuat analisis ilmiah 3. Memberi sokongan dan motivasi kepada guru. 8.Matlamat akhir 1. Pelajar memperolehan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran 2. Pelajar menghayatan agama dan bernilainilai murni 3. Pelajar dapat perkembangan bakat dan potensi 4. Pembentukan jati diri 9.Matlamat sekarang 1. Sekolah berharap pelajar menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. 2. Pelajar boleh mengguna ICT untuk meningkatkan taraf profesionalisme 3. Mempunyai daya sain untuk masa depan. 4. Bermoral yang baik dan berbudi yang luhur. 10.Lambang kami Kuning – Merah Kuning artinya kemajuan Merah artinya kesabaran berdiri tegak 11.Bunga lambang sekolah Bunga bugenvil warna ungu Sekolah RungroteWittaya (Pondok tua Padang langgar) sekarang sudah dikenal dimana tempat dengan sebab pengetahuan yang unggul.

puan menyambung pelajaran mereka di peringkat perguruan tinggi atau di universiti, baik dalam negeri atau pun di luar negeri 4. Untuk membasmikan segala adat resam dan kepercayaan yang bertentangan dengan aqidah ahli sunnah wal jamaah. 5. Untuk memberi peluang pelancaran mereka setelah mereka tamat belajar di sekolah rendah kerajaan. 6. Untuk memberi bimbingan nasihat kepada umat Islam di mana–mana tempat yang perlu,. Madrasah Al- Falahiah Al-Islamiah Dalam Jangka Sekarang Madrasah Al- Falahiah Al-Islamiah terkenal dengan nama Pondok tua Padang langgar atu dengan nama rasmi “Rungrotewittaya school” 1.Motto Sekolah kami Membangunkan Pendidikan yang berkualiti Membinakan Akhlak Meningkatkan Keimanan 2.Identiti sekolah kami Beriltizam yang luhur berakhlak mulia 3.Jati diri sekolah kami Sekolah tauladani berbasis agama Islam 4.Misi sekolah kami 1. Melahirkan pelajar yang beriman berilmu berakhlak mulia berketerampilan dan sejahtera 2. Mengadakan latihan bagi guru untuk meningkatkan kemahiran dalam pelajarannya. 3. Membina lembaga pendidikan yang berkualiti. 4. Mendorong lingkungan masyarakat untuk berkerja sama dan mengeluar pendapat dalam rangka memajukan pendidikan. 5.Visi sekolah kami Sekolah RungroteWittaya (Pondok tua Padang langgar) memperkembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu melalui pendidikan untuk melahirkan pelajar yang dapat membersumbangan terhadap keharmonian dan By : Khadijah Saleh kemakmuran masyarakat dan negara. Guru kemahiran bahasa Melayu 6.Matlamat sekolah kami Madrasah Al-Falahiah Al-Islamiah 1. Berfungsi sebagai panduan kepada pendiwww.facebook.com /rungrotewittaya, Tel 074dik yang bergerak seiring dengan hasrat Negara 536-088-9 Hp : 081-986-2009


7 Pendidikan

Fokus 26 Oktober 1 November 2013

PENDIDIKAN ISLAM DI SELATAN THAILAND ระบบการศึกษาอิสลามในชายแดนใต

Sejarah pertumbuhan institusi pendidikan Islam di selatan Thailand sangat rapat hubungannya dengan sejarah kedatangan Islam di tiga wilayah bersempadan dengan Malaysia. Agama Islam bertapak di selatan Thailand bermula semenjak Tahun 1456 Masehi, akibat serangan kerajaan Melaka dipimpin oleh Bendahara Tun Perak terhadap kerajaan Pattani. Sebelum itu terdapat usaha menyibarluaskan Islam di negeri Patani oleh pedagang dari negeri Arab yang datang ke Patani melalui Gujarat India mahupun melalui negeri Cina, dan ulama dari negeri Parsi. Diperkuatkan dengan wujudnya bentuk pendidikan Islam pondok tradisional di Pattani semenjak Abad ke XVII M. Pada abad tersebut sudah wujud pengajian pondok tradisional dan cukup terkenal dengan sebutan

bahawa “Ilmu-ilmu mengenai keIslaman di Asia Tenggara seakan-akan berpusat di dua negeri, iaitu Patani dan Aceh.” (Mohd Saghir Abdullah, 1987). Pendidikan Islam di Selatan Thailand mempunyai tiga bentuk pelaksanaan: (i) Pondok tradisional, (ii) Madrasah, dan (iii) Sekolah Agama Rakyat; tetapi corak pendidikan Islam kedua dan ketiga itu sebahagiannya berasal dari Pondok tradisional yang telah dinaik taraf menjalani sistem persekolahan. Pada perkembangan selanjutnya Patani di pandang sebagai pusat pendidikan Islam tradisional yang terkenal di Asia Tenggara, pondok merupakan pusat penyebaran ilmu. Pondok tersebut dipimpin oleh tuan guru, kewujudannya mendapat sambutan baik daripada masyarakat tempatan. Meskipun beberapa buah pondok kini perubahan struktur pondok sudah menjadi madrasah dan selanjuitnya berubah menjadi sekolah berjalan sepenggal waktu, tetapi kepemimpinan dalam pentadbirannya masih memelihara corak kepemimpinan yang sama seperti dahulu dan masih diterima baik oleh masyarakat orang melayu Islam di selatan Thailand. Dapat dilihat bilangan kemasukkan pelajar sekolah agama rakyat bertambah dari tahun ke tahun. Hal tersebut terletak pada kredibiliti

PERLIS MAHU PAGAR

SEMPADAN DIGANTI TEMBOK KONKRIT เปอรลิสตองการกําแพงเขตแดนคอนกรีตแทนรั้วลวดหนาม PADANG BESAR - Kerajaan negeri Perlis akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan pusat bagi menggantikan pagar sempadan yang memisahkan Malaysia dan Thailand di sini dengan tembok konkrit yang lebih kukuh. Menteri Besar Perlis, Azlan Man berkata, pagar sempadan menggunakan kawat berduri itu yang dibina pada 1979 terlalu uzur dan memudahkan kegiatan pencerobohan serta penyeludupan. Bercakap kepada pemberita selepas meninjau pagar sempadan sepanjang 22.5 kilometer dari Bukit Kayu Hitam, Kedah ke Padang Besar itu, beliau berkata banyak kegiatan penyeludupan dikesan berlaku di kawasan pagar sempadan yang antara lain berpunca daripada masalah pagar sempadan. "Kawat berduri mudah dipatah dan dipotong bagi mewujudkan laluan haram atau lubang tikus. Hanya beberapa minit saja boleh dilakukan," katanya. Menurutnya kerajaan negeri akan mengemukakan cadangan penggantian pagar sempadan kepada tembok konkrit dalam tempoh terdekat supaya kedaulatan negara ini tidak dirobek dengan

kegiatan penyeludupan manusia dan barangan. Azlan percaya kos menyenggara tembok sempadan lebih rendah berbanding pagar kawat berduri yang telah berusia lebih 30 tahun. "Selama ini saya mendengar rungutan (mengenai pagar sempadan). Hari ini saya melawat dan mendapati kewajaran menggantikan pagar dengan tembok konkrit," katanya. Menteri Besar berkata, pihaknya akan berbincang dengan kerajaan Kedah kerana penggantian pagar sempadan akan lebih berkesan jika disekalikan dengan sempadan Kedah-Thailand. Beliau percaya pembinaan tembok konkrit bukan sahaja dapat mengurangkan kos penyenggaraan berbanding pagar tetapi juga dapat menangani pencerobohan dengan berkesan. Dalam lawatan itu, beliau turut bertemu anggota-anggota Batalion 3, Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertanggungjawab menjaga kawasan sempadan itu untuk bertanya khabar. Azlan turut meninjau operasi di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kurantina (ICQ) Padang Besar dan singgah di Kem Unit Pencegah Penyeludupan

kepemimpinan, sejauhmana kepemimpinan diamalkan menentukan hala tuju dan mempengaruhi isu pentadbiran sekolah (AbdulHamid, 2004). Penduduk masyarakat orang Melayu Islam di Selatan Thailand memiliki optimisme terhadap pendidikan Islam terutama sekolah agama rakyat, kerana keberkesanan pengurusan kepemimpinannya dapat menjaga dan memelihara jati diri sebagai orang melayu Islam, mengimbangi antara ilmu agama dengan ilmu akademik hingga membuka kemampuan dan peluang kepada anak bangsa Melayu Islam di selatan Thailand menyambung pengajian diperingkat yang lebih tinggi di dalam mahupun di luar negeri bidang agama ataupun akademik. Jaringan hubung kait antara penduduk orang melayu Islam di selatan Thailand dengan sekolah agama rakyat terutama sekolah yang ditukar kedudukannya daripada pondok menjadi sekolah tidak dapat dipisah dalam konteks perkembangan sejarah orang melayu Islam. Ahli politik muslim, pemimpin masyarakat, ahli koperat dan pengetua sekolah agama sejumlah besar berasal dari sistem pendidikan Islam ini dan sangat popular dikalangan penduduk Islam di selatan Thailand (Surin Pitsuwan, 1989). Oleh: Dr.Ahmadkamel Wanmusa (UPP) Padang Besar untuk mendengar taklimat yang disampaikan Ketua Imigresen Padang Besar Hazmi Sulaiman. Dalam taklimat itu, Hazmi berkata antara Januari dan Ogos lalu, warga negara Malaysia adalah paling ramai melepasi sempadan melalui Padang Besar berbanding rakyat Thailand membabitkan 151,769 yang keluar dan 147,251 yang masuk semula ke negara ini. Ini diikuti rakyat Thailand sebanyak 117,162 yang memasuki negara ini dan jumlah yang pulang ke negara mereka melalui Padang Besar sebanyak 116,453 orang. Mengenai kes pencerobohan, beliau berkata agensi keselamatan dan penguat kuasa di sempadan sentiasa mengambil langkah berhatihati bagi memastikan kegiatan yang memudaratkan negara dapat ditumpaskan termasuk kes pendatang tanpa izin. Turut menyertai menteri besar melakukan tinjauan itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Sempadan Perlis, Ahmad Bakri Ali; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Koridor, Kawasan Pertumbuhan Baru dan Bandar Baru Perlis, Sabry Ahmad; Pengerusi Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perlis, Mat bin Hassan serta Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Perlis Abdul Jamil Saad. - Bernama


Belajar bahasa Melayu 8

Fokus 26 Oktober 1 November 2013

บทสนทนาเกีย่ วกับอุปกรณการศึกษาในหองเรียน ตัวอยางการสนทนา BerapabuahmejaadadalambilikiniDalambilikiniadalapanbuahmeja ? ในหองนี้มีโตะ 8 ตัว มีโตะกี่ตัวในหองนี้ Kursijugaadalapanbuah เกาอี้ก็เชนเดียวกันมี 8 ตัว

Di manakahtiga orang pelajaritu ? นักเรียน 3 คนนั้นอยูที่ไหน Merekasudahbalik พวกเขากลับไปแลว

Bukuinibukusiapa ? หนังสือเลมนี้เปนของใคร

: Berapabatangpenseldiaada ? เขามีดินสอกี่แทง : Bukuinibukukawansaya หนังสือเลมนี้เปนของเพื่อนผมครับ

Bagaimanakertassehelaiini ? กระดาษแผนนี้เปนอยางไรบาง

Kertassehelaiinikotor กระดาษแผนนี้สกปรก

Diaadaduabatangpensel เขามีดินสอ 2 แทง

Bagus .Tiap-tiapminggukitabelajar เยี่ยม ทุกๆสัปดาหเราเรียน BahasaMelayudua jam sekali ภาษามลายูครั้งละ 2 ชั่วโมง BahasaMelayutidaksukarkalauandarajin ภาษามลายูไมยาก ถาคุณขยันเรียน Sayaberharapandaakanbelajarsendiri ผมหวังวาคุณจะฝกฝนดวยตนเองที่บาน Di rumah .Berjumpalagiya แลวพบกันใหมนะครับ

Sama-sama ดวยความยินดี

คําศัพทที่เกี่ยวของ

Buah(bu-ah) Batang(ba-tang) Orang Mereka(me-re-ka) Sudah(su-dah) Kertas(ker-tas) Helai(he-lai) Kotor(ko-tor) Bagus(ba-gus) Tiap-tiap Jam(jam) Kali(ka-li) Tidak(ti-dak) Sukar(su-kar) Berharap(ber-ha-rap) Rajin(ra-jin)

(ล.น) ผล,อัน,หลัง,ตัว ฯลฯ (ล.น) ที่ใชกับของที่มีลักษณะ ยาว เชน ดินสอ บุหรี่ คน(ลักษณนามของมนุษย) (ส.บุรุษที่สาม พหูพจน) เขาทั้งหลาย (ก.ช) แลว(บงบอกถึงการกระทําที่ลุลวงไปแลว) (น) กระดาษ (ล.น) ผืน,แผน ใชกับของที่มีลักษณะบาง เชน กระดาษ,ผา (ว) สกปรก (ว) ดี,งาม,สวย (ว) ทุกๆ (น) ชั่วโมง (น) ครั้ง,คราว,หน (ว) ไม,มิ (เปนคําปฏิเสธของคําถัดไป) (ว) ยาก,ลําบาก (ก) มีความหวัง,ตั้งความหวัง (ว) ขยัน

Oleh:Ustaz.Abdulrazak Bin Ciklang (facebook/Abu RaihanSakomy) อางอิงจากหนังสือ FUNDAMENTAL BAHASA MALASIA 1โดย รศ.ดร.สุมาลี นิมมานุภาพ

Terimakasih ขอบคุณ


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.