KAJIAN KES : Sebagai Alat Latihan Guru

Page 1



INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Kampus Pendidikan Teknik

KAJIANKES

Sebagai AlatLatihanGuru


IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

KAJIAN KES Sebagai Alat Latihan Guru

 Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik Kompleks Pendidikan Nilai • 71760 Bandar Enstek, Negeri Sembilan D.K. http://www.ipteknik.edu.my Telefon 606.797.9600 • Faks 606.797.9699 Terbitan Pertama: 2013

Semua hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan dalam sebarang bentuk dengan apa-apa cara sekalipun termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau sebagainya tanpa keizinan daripada penerbit. ISBN 978-967-12128-6-8


Jadual Kandungan Kata Pengantar Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendididikan Teknik Pengenalan Kajian Kes sebagai Alat Latihan Guru Cara menggunakan buku ini

Keliru + Keliru = ? Dilema Siapa suruh aku ajar PJ? English for Fun Menepati Masa Amalan Integriti Mentor Pembina Insan Guru! Ala … Cakap Je! Lestari…Oh…Opss…Lestari Hijau Sekolahku Kuyu Mataku Dah Abad ke-21 Betulkan yang Biasa dan Biasakan yang Betul Belajar Tajweed Ke Belajar Tafsir Dulu Ustazah? Best Giler … Macam-macam Ada! Lampiran

1 3 3 5 9 16 25 29 32 36 43 47 54 60 64 69 73 77


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Kata Pengantar Muhammad bin Ab Rahman, Ph.D. Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik

A

ssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya, saya diberi kesempatan merakamkan sepatah dua kata dalam buku KAJIAN KES SEBAGAI ALAT LATIHAN GURU bersama dengan PANDUAN MENGAJAR yang diterbitkan oleh IPG Kampus Pendidikan Teknik. Saya sangat gembira melihat kreativiti dan daya usaha para pensyarah yang terlibat dalam penulisan buku ini serta kesungguhan mereka untuk menghasilkan kajian kes sebagai alat latihan guru yang asli dan unik. Seterusnya, buku ini dapat menyumbang kepada bidang pendidikan guru. Semangat kerjasama juga jelas ketara dipamerkan antara para pensyarah dalam menyiapkan penulisan kajian kes mengikut bidang kepakaran masing-masing. Tumpuan pendidikan hari ini bukan sahaja kepada pemerolehan ilmu pengetahuan tetapi juga pembangunan kemahiran berfikir aras tinggi. Hal ini menuntut inovasi dalam pedagogi pendidikan guru supaya dapat menghasilkan guru yang mampu mendidik anak murid kita sehingga diiktiraf pada peringkat global. Dalam erti kata yang lain, jika kita ingin membangunkan tahap pemikiran anak murid, kita seharusnya memperkasa dulu keupayaan pemikiran guru kita. Oleh itu, pedagogi yang sedia ada perlu diinovasikan supaya mampu mencapai hasrat ini. Sesungguhnya, banyak disiplin telah mengaplikasikan kajian kes sebagai alat latihan. Sebagai contohnya, bidang perubatan, perundangan, perniagaan, pentadbiran awam, dan kemanusiaan. Kajian kes sebagai alat latihan juga boleh digunakan dalam bidang pendidikan. Buku ini mengandungi sebanyak 13 kajian kes yang boleh digunakan untuk melatih guru kita menguasai sesuatu konsep atau teori dengan berfikir secara kritis pada aras pemikiran yang tinggi dalam suatu situasi sebenar. Penggunaan kajian kes sebagai alat latihan adalah suatu teknik mengajar yang berkesan kerana memerlukan pelajar terlibat secara aktif untuk mengesktrak ilmu pengetahuan 1


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

daripada kes yang dikaji. Dengan cara sedemikian, mereka mempelajari konsep atau teori yang berkait dengan kes tersebut. Hal ini kerana kajian kes merupakan ‘kenderaan’ yang membawa satu bahagian realiti ke dalam bilik darjah untuk dikaji bersama-sama oleh pengguna kes dan pemimpin kes. Perbincangan dapat dicetuskan apabila meneroka isu kompleks yang dihadapi dalam situasi hidup sebenar. Pengaplikasian ilmu pengetahuan ini kepada konteks kerja atau dunia yang sebenar dapat mengasah minda pelajar untuk berfikir secara induktif untuk merapatkan teori dan amalan serta sekolah dan alam pekerjaan. Kes yang digunakan sebagai alat latihan biasanya mempaparkan suatu kerangka senario untuk dianalisis. Pelajar yang mengkaji kes ini dapat membangunkan kemahiran menaakul, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam situasi yang kompleks yang penuh dengan ambiguiti atau kekaburan. Kerap kali pelajar akan menggunakan alat untuk membuat analisis, sama ada kuantitatif atau kualitatif, mengikut kesesuaian kes yang dikaji. Latihan seperti ini mengasah pemikiran deduktif kerana memerlukan mereka mengenal pasti parameter sesuatu masalah, mengecam dan menjelaskan sesuatu kedudukan, menilai hala tuju tindakan yang diambil serta membuat hujah untuk menjustifikasikan sesuatu sudut pandangan. Saya sangat terharu dengan celik akal dan kreativiti para pensyarah di IPG Kampus Pendidikan Teknik yang telah menulis kajian kes dalam bidang kepakaran masingmasing untuk dijilidkan dalam buku ini. Inovasi ini seharusnya disebarkan seluasluasnya selaras dengan visi Institut Pendidikan Guru sebagai peneraju kecemerlangan pendidikan guru. Usaha juga perlu dicurahkan untuk memperbanyak lagi hasil penulisan seperti ini supaya dapat dikongsikan dengan warga pendidik guru yang lain. Saya mengesyorkan penggunaan buku dalam program perguruan praperkhidmatan, program perguruan dalam perkhidmatan dan latihan pembangunan profesionalisme keguruan di semua IPG untuk meraih faedah yang optimum daripada inovasi ini. Saya juga berharap kajian penyelidikan akan dilaksanakan untuk menilai keberkesanan buku ini supaya penambahbaikan dapat dibuat dalam edisi-edisi baharu buku ini. Akhir sekali, saya dengan berbesar hati mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan IPG Kampus Pendidikan Teknik kerana usaha yang gigih untuk menerbitkan buku KAJIAN KES SEBAGAI ALAT LATIHAN GURU dan PANDUAN MENGAJAR sebagai suatu inovasi dalam bidang pendidikan guru. Sekian, selamat maju jaya.

MUHAMMAD BIN AB RAHMAN Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik

2


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Pengenalan Kajian Kes Sebagai Alat Latihan Guru

K

ajian kes sebagai alat latihan adalah suatu bentuk pembelajaran berasaskan masalah. Kajian kes ini merupakan contoh yang kompleks yang memberi perspektif yang mendalam atau celik akal (insight) kepada konteks sesuatu dilemma, isu, konflik atau masalah. Hal ini dipaparkan dalam bentuk cerita yang menghuraikan situasi yang realistik dan kompleks dalam konteksnya yang tersendiri. Bahan penulisan untuk kajian kes yang boleh digunakan sebagai alat latihan biasanya berdasarkan pengalaman peribadi penulis, isu semasa, peristiwa yang telah berlaku, dapatan penyelidikan, tinjauan literatur dalam bidang berkenaan dan sebagainya. Kajian kes sebagai alat latihan yang berkesan seharusnya mempunyai ciri-ciri yang berikut: 

Menceritakan suatu kisah yang boleh dipercayai, realistik dan berupaya menarik minat

Membangkitkan suatu isu yang merangsangkan pemikiran

Memaparkan unsur-unsur yang berkonflik

Menimbulkan empati untuk watak utama dalam kes

Tidak memberi jawapan yang jelas

Menggalakkan pendirian terhadap isu berkenaan dan memihak kepada pihak yang dipilih

Membekalkan banyak maklumat tentang watak, konteks, lokasi dan tindakan yang diambil

Ringkas dan padat

Mengandungi data atau maklumat yang perlu dianalisis dan ditafsirkan

Kajian kes dapat mencabar pemikiran pelajar atau pengguna kes kerana jawapan tidak diberikan; malah kes tersebut membangkitkan soalan. Pengguna kes perlu melalui proses membuat keputusan untuk menemui penyelesaian kepada dilemma, konflik atau masalah yang dipaparkan dalam kes tersebut. Selain merangsangkan pemikiran dan membangunkan pelbagai kemahiran, kajian kes juga berupaya menyampaikan konsep teoretikal yang diaplikasikan dalam situasi sebenar; iaitu konsep teoretikal yang rumit 3


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

dikontekstualisasikan untuk memudahkan pemahamannya. Antara faedah menggunakan kajian kes sebagai alat mengajar termasuk: 

Penguasaan ilmu pengetahuan yang khusus kepada situasi yang dipaparkan dalam kes dari segi konsep yang berkait dengan situasi tersebut.

Pembangunan kemahiran untuk menangani isu yang dipaparkan dalam kes. Sebagai contohnya, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran menaakul secara praktik, kemahiran menganalisis, membuat penilaian dan sintesis serta kemahiran interpersonal dan intrapersonal.

Pembangunan kemahiran generik seperti komunikasi, kerja berpasukan, penyelesaian masalah, mengumpul dan menganalisis maklumat, pengurusan masa, dsb.

Memberi latihan untuk membina kemahiran menyelesaikan masalah terutamanya aspek kemahiran yang sangat bernilai apabila diaplikasikan tetapi jarang diberi peluang untuk mengkaji dan mengaplikasikannya dalam dunia sebenar; iaitu membuka peluang untuk menjana ilmu dan kemahiran yang baharu.

Pemupukan sikap dan nilai murni melalui perbincangan dan refleksi kendiri terhadap isu yang dipaparkan dalam kes.

Penglibatan pelajar secara aktif dalam perbincangan yang membantu pembelajaran tingkah laku atau behavioural learning.

Pendedahan pelajar kepada isu sebenar yang bakal mereka hadapi dalam dunia pekerjaan.

Peningkatan minat dan motivasi pelajar dalam bidang berkenaan seterusnya keinginan pelajar untuk terus mengkaji bidang tersebut.

Demonstrasi pengaplikasian konsep teoretikal iaitu merapatkan jurang antara teori dengan amalan.

Fokus adalah pada ‘mengapa’ dan ‘bagaimana’ mengaplikasikan sesuatu konsep atau teori; bukan pada mengingat fakta atau perkara remeh. Hal ini membawa kepada kefahaman konsep atau teori secara mendalam.

Orang dewasa mempunyai motivasi untuk belajar yang berlainan daripada kanak-kanak. Pendekatan androgogi adalah lebih sesuai untuk orang dewasa seperti guru pelatih atau pelajar yang sedang mengikuti program pendidikan guru. Orang dewasa sedar keperluan untuk belajar dan dapat membezakan antara ‘mengetahui’ dengan ‘melaksanakan’. Jika peluang untuk mengaplikasikan konsep atau teori yang baru sahaja dipelajari disediakan, maka mereka dapat melibatkan diri dengan sepenuhnya secara aktif untuk berlatih dan menggunakan pengetahuan baharu. Hal ini menghasilkan pembelajaran berfikrah yang 4


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

berkualiti. Kajian kes sebagai alat latihan guru dapat membekalkan pengalaman belajar seperti ini. Tambahan pula, pengguna kes dapat membandingkan keputusan atau kesimpulan mereka dengan apa yang sebenarnya berlaku untuk memperoleh maklum balas tentang ketepatannya. Pembelajaran dapat diperkasa atau ditingkatkan melalui aplikasi secara serta merta. Akhir kata, kajian kes sebagai alat latihan guru sememangnya sesuai untuk latihan dan pendidikan guru pelatih dalam program praperkhidmatan guru, guru terlatih dalam program dalam perkhidmatan guru dan juga pensyarah institusi pendidikan guru sebagai program pembangunan profesionalisme berterusan.

Cara menggunakan buku ini

P

enerbitan ini ialah hasil penulisan sekumpulan pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik. Kumpulan pensyarah daripada pelbagai bidang kepakaran diketuai oleh Jabatan Penyelidikan & Inovasi Profesionalisme Keguruan. Penerbitan ini terdiri daripada set dua buah buku, iaitu KAJIAN KES SEBAGAI ALAT LATIHAN GURU dan PANDUAN MENGAJAR. Buku KAJIAN KES SEBAGAI ALAT LATIHAN mengandungi 15 kajian kes. Kajiankajian kes tersebut merupakan penulisan fiksyen yang berdasarkan fakta atau peristiwa yang benar-benar telah berlaku. Kajian-kajian kes ini merangkumi beberapa aspek dan bahagian tertentu dalam bidang pendidikan guru. Setiap kes dipersembahkan mengikut struktur umum berikut: 

Latar belakang atau pengenalan kepada kes tersebut

Huraian konteks, pendekatan dan isu yang terlibat

Pembentangan fakta secara objektif tentang senario isu

Huraian sudut pandangan, keputusan dan kepentingan pihak atau watak utama dalam kes

Konsep atau teori yang berkait dengan kes berkenaan

5


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Setiap kajian kes disertai dengan panduan mengajar yang sepadan yang dijilidkan secara berasingan dalam buku PANDUAN MENGAJAR KAJIAN KES SEBAGAI ALAT LATIHAN GURU. Panduan mengajar ini menghuraikan langkah-langkah untuk menggunakan setiap kes dalam bilik darjah. Panduan mengajar ini adalah untuk rujukan pemimpin kes atau fasilitator. Panduan mengajar bagi setiap kes distrukturkan seperti berikut: 

Jenis kes:  Kes Masalah atau Keputusan  Kes Ilustratif  Kes Sejarah  Kes Semasa atau Beroperasi  Kes Peristiwa Kritikal Penjelasan setiap jenis kes ini diberi dalam Lampiran A.

Kesukaran Kes Dipertimbangkan dari tiga dimensi, iaitu Dimensi Analitikal, Dimensi Konseptual dan Dimensi Persembahan. Aras kesukaran setiap dimensi adalah daripada 1 (paling senang) hingga 3 (paling sukar). Penjelasan yang lebih lanjut diberikan dalam Lampiran B.

Sinopsis kes

Objektif pengajaran & pembelajaran kes tersebut

Kumpulan sasar

Strategi menggunakan kes

Cadangan soalan

Jawapan kepada soalan tertentu

Strategi menggunakan kes yang dihuraikan dalam buku PANDUAN MENGAJAR KAJIAN KES SEBAGAI ALAT LATIHAN GURU merupakan cadangan daripada penulis kes. Pemimpin kes adalah bebas untuk menentukan strategi yang paling sesuai dengan pengguna kes dengan berpandukan maklumat kesukaran kes yang diberikan.

6


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Kajian kes dalam buku KAJIAN KES SEBAGAI ALAT LATIHAN GURU boleh digunakan untuk perbincangan dalam kelas atau sebagai kuliah. Pemimpin kes boleh menggunakan keseluruhan kes atau sebahagian daripadanya mengikut objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak dicapai. Pemimpin kes boleh meminta pengguna kes mencadangkan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi atau hanya mengenal pasti parameter masalah. Secara umumnya, pendekatan yang berikut disarankan dalam menganalisis kes yang diberi: 

Apakah isunya?

Apakah tujuan analisis kes yang berkenaan?

Apakah konteks masalah?

Apakah fakta atau maklumat yang perlu dipertimbangkan?

Apakah alternatif bagi pihak yang perlu membuat keputusan?

Apakah syor pengguna kes? Mengapa?

Pemimpin kes juga perlu menilai prestasi pengguna kes dalam melaksanakan tugasan dan aktiviti kumpulan. Penilaian formatif yang berasaskan norma disyorkan untuk menggalakkan pembangunan optimum pengguna kes. Panel penulis dan editor set buku KAJIAN KES SEBAGAI ALAT LATIHAN GURU dan PANDUAN MENGAJAR KAJIAN KES SEBAGAI ALAT LATIHAN GURU berharap pengguna kes dan pemimpin kes yang menggunakan buku-buku ini dapat meraih manfaat yang optimum daripada kajian kes yang dipaparkan. Dengan cara sedemikian, objektif yang tersurat dan tersirat dapat dicapai daripada inovasi pengajaran dan pembelajaran ini. Sekian, selamat maju jaya.

YEE SYE FOONG FAZALI BIN HASHIM KARTINI ABDUL MUTALIB Panel Editor Jabatan Penyelidikan & Inovasi Profesionalisme Keguruan Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik

7


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

8

G U R U


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

Kes

G U R U

1

PANDUAN MENGAJAR

Keliru + Keliru = ? Wu Kam Yin Azlin binti Mohd Rosdi Salmiah bt Md Salleh



A R A S K E S U K A R A N K E S

JENIS KES

An al i t i k a l

2

Konseptual

3

Persembahan

1

Kes Semasa atau Beroperasi

Sinopsis Kes ini membincangkan masalah yang dihadapi oleh guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran konsep pecahan dalam mata pelajaran matematik di Sekolah Kebangsaan Taman Mawar. Cikgu Siti yang mempunyai diploma pendidikan telah diamanahkan untuk mengajar matematik Tahun 3. Kelas 3 Setia yang diajar Cikgu Siti merupakan kelas pada tahap sederhana. Kekurangan pengetahuan dan pengalaman dalam pengajaran matematik dan desakan daripada Guru Besar yang bercita-cita menjadi Guru Besar Cemerlang telah memaksa Cikgu Siti hanya memfokus untuk menghabiskan sukatan pelajaran. Sehingga timbulnya masalah murid keliru dalam pemahaman konsep pecahan kerana terpaksa menghafal sahaja apa yang cikgu cakap. Cikgu Siti hanya mampu mengajar mengikut pengetahuannya yang terhad. Usahanya untuk mendapatkan bantuan juga menemui jalan buntu kerana cikgu yang lain pun kurang memahami konsep tersebut dan cara mengajarnya. Hal ini telah juga mengakibatkan masalah kurang akauntabiliti dalam kalangan guru di sekolah tersebut. 9


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Objektif Objektif utama kes ini adalah untuk membantu guru pelatih dan guru sekolah rendah mengajar konsep pecahan dengan lebih berkesan. Tiga objektif khusus kes ini adalah seperti berikut: (a)

Pengguna kes dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh guru dan murid sekolah rendah dalam pengajaran dan pembelajaran konsep pecahan.

(b)

Pengguna kes dapat mencadangkan pendekatan yang lebih berkesan untuk mengajar konsep pecahan dan penambahan pecahan.

(c)

Pengguna kes dapat mengajar konsep pecahan dengan berkesan dalam pengajaran mikro.

Kumpulan Sasaran Kajian kes ini adalah untuk guru pelatih dan guru sekolah rendah.

Strategi Memimpin Kes (a)

Kes ini diedarkan kepada pengguna kes sehari sebelum sesi perbincangan.

(b)

Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 3 atau 4 orang ahli.

(c)

Setiap kumpulan diminta berbincang untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi, dan seterusnya menganalisis sebab dan akibat masalah dengan menggunakan gambar rajah tulang ikan.

(d)

Setiap kumpulan mencadangkan penyelesaian bagi setiap masalah yang telah dikenal pasti.

(e)

Setiap kumpulan perlu menyediakan beberapa Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang menggunakan pendekatan yang lebih berkesan untuk mengajar konsep pecahan.

(f)

Setiap kumpulan perlu melaksanakan pengajaran mikro mengikut RPH yang telah dicadangkan.

10


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

(g)

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Perbincangan bersama dijalankan selepas pengajaran mikro oleh setiap kumpulan.

Cadangan Soalan Perbincangan (a)

Apakah masalah yang dihadapi oleh Aminah?

(b)

Apakah masalah yang dihadapi oleh Cikgu Siti?

(c)

Mengapakah Aminah keliru?

(d)

Mengapakah Cikgu Siti menghadapi masalah dalam mengajar penambahan pecahan?

(e)

Apakah yang seharusnya Cikgu Siti buat? Terangkan sebab bagi jawapan anda.

(f)

Cadangkan aktiviti yang dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran konsep pecahan.

(g)

Terangkan pendekatan yang lebih berkesan untuk mengajar penambahan pecahan.

Maklumat Tambahan Bahan Bantu Mengajar Konsep Pecahan

Pengenalan tajuk pecahan kepada murid memerlukan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang dapat memudahkan pemahaman murid. Pendekatan yang berikut boleh digunakan untuk membantu murid memahami ‘Pecahan sebagai sebahagian daripada keseluruhan’. 1. Memotong kek

11


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

2. Melipat kertas berbentuk geometri seperti kertas berbentuk bulatan, segi empat sama, segi empat tepat dan segi tiga

Pecahan yang ditunjukkan di atas mewakili bahagian yang berlorek.

3. Melipat kertas berjalur pecahan

Bahagian yang berlorek mewailiki

2 5

daripada keseluruhan.

4. Menggunakan kad dialog

Saya bagi satu buah limau nipis kepada adik

Saya bagi setengah buah limau nipis kepada

saya.

adik saya.

12


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

5. Memperkenalkan konsep pecahan sebagai sebahagian daripada satu kumpulan benda.

Kesemuanya ada 7 keping biskut.

3 keping daripada 7 keping ialah

6. Menggunakan kad pecahan

Pecahan yang ditunjukkan mewakili bahagian yang diwarnakan.

13

.


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Cara mengajar penambahan pecahan

1

2

3

4

75

86

7

8

14


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

9

G U R U

10

15


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Kes

2

PANDUAN MENGAJAR

Dilema Yee Sye Foong



A R A S K E S U K A R A N K E S

JENIS KES

An al i t i k a l

3

Konseptual

3

Persembahan

2

Kes Masalah atau Keputusan

Sinopsis Kes ini memaparkan dilema yang dihadapi di sebuah institusi pendidikan guru dalam usaha membimbing seorang guru pelatih dalam program Praktikum atau latihan mengajar. Dilema tersebut berkisar antara tanggungjawab profesional untuk menghasilkan seorang guru terlatih yang berkualiti dengan sistem program pendidikan guru. Kes ini mengetengahkan beberapa kekangan dan isu yang terlibat dalam program Praktikum.

Objektif Objektif utama kes ini adalah untuk memaparkan dengan terperinci satu kes dalam program Praktikum. Isu dan kekangan yang dihadapi diketengahkan untuk memberi kesedaran tentang tindakan yang sewajarnya supaya kualiti guru yang dihasilkan tidak terjejas.

16


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Objektif khusus kes ini adalah seperti berikut: (a)

Pengguna kes dapat menentukan sama ada guru pelatih dalam kes ini dapat mencapai semua objektif praktikum yang telah ditentukan bagi program pengajiannya.

(b)

Pengguna kes dapat menganalisis Rancangan Pelajaran Harian (RPH), borang bimbingan praktikum PR1 dan refleksi berfokus guru pelatih tersebut untuk mencadangkan cara yang sesuai untuk membimbingnya.

(c)

Pengguna kes dapat menganalisis isu dan kekangan yang dihuraikan untuk mencadangkan penyelesaian kepada dilema yang dihadapi.

Objektif (a) adalah sesuai guru pelatih manakala objektif (b) dan (c) adalah sesuai untuk pensyarah dan guru pembimbing.

Kumpulan Sasaran Kes ini adalah sesuai untuk guru pelatih Sains yang akan menjalani Praktikum dan pensyarah serta guru pembimbing yang terlibat dengan program pendidikan guru.

Strategi Memimpin Kes (a)

Pemimpin kes mengedarkan kes kepada pengguna kes seminggu sebelum waktu interaksi.

(b)

Pengguna kes dibahagikan kepada kumpulan. Setiap kumpulan diberi 30 minit untuk membincangkan soalan yang dicadangkan. Soalan (a) hingga (d) adalah sesuai untuk guru pelatih. Pemimpin kes boleh memilih soalan yang sesuai mengikut objektif perbincangan untuk pensyarah dan guru pembimbing.

(c)

Setiap kumpulan diminta membentangkan hasil perbincangan melalui cara yang sesuai.

(d)

Pengguna kes diminta meramal keputusan penilaian Pn. Ain.

Cadangan Soalan Perbincangan (a)

Pn. Ain telah menandakan beberapa bahagian dalam Rancangan Pelajaran Harian (RPH) yang dihantar oleh Rina. Dengan merujuk Huraian Sukatan

17


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Pelajaran (HSP) Sains Tahun 5 yang dilampirkan, terangkan sebab Pn. Ain menandakan bahagian berikut:

(b)

(c)

(i)

‘Mengendalikan spesimen dengan betul dan selamat’ dan ‘Pelajar memaklumkan guru …’

(ii)

‘Guru mengedarkan Lembaran Kerja 1 dan meminta murid melukis rantai makanan dan membina siratan makanan.’

(iii)

‘Guru meminta murid menjawab soalan: Mengapakah rantai makanan penting?’

Baiki Rancangan Pelajaran Harian (RPH) Rina mengikut cadangan Pn. Ain. Kenal pasti bagaimana RPH anda dapat memupuk: (i)

Pembelajaran berfikrah (Pembelajaran berfikrah ialah proses pembelajaran yang membantu murid memperoleh ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran melalui pembangunan minda ke tahap yang optimum. Pembelajaran berfikrah berlaku melalui pendekatan seperti inkuiri penemuan, konstruktivisme, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran masteri.)

(ii)

Kemahiran berfikir pada aras tinggi

(iii)

Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

Daripada kajian kes ini, rumuskan sikap Rina dari segi: (i)

Membuat Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang lengkap sebelum melaksanakan pengajaran

(ii)

Melaksanakan pengajaran secara berpasangan pada setiap minggu dengan mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran

(iii)

Melengkapkan, mengemaskinikan dan menyerahkan portfolio praktikum kepada pensyarah pembimbing pada setiap kali bimbingan/penyeliaan dibuat.

(d)

Kaji lembaran kerja yang disediakan Rina. Beri komen tentang kualiti penilaian yang dilaksanakan melalui lembaran kerja tersebut:

(e)

Borang bimbingan praktikum PR1 yang telah disediakan Pn. Ain mencerminkan situasi daripada kaca mata Pn. Ain. Refleksi berfokus yang ditulis Rina pula mencerminkan situasi daripada tanggapan Rina. Kaji keduadua dokumen tersebut untuk mengenal pasti yang berikut: (i)

Kekuatan Rina

18


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

(f)

A L A T

L A T I H A N

G U R U

(ii)

Kelemahan Rina

(iii)

Masalah yang dihadapi Rina

(iv)

Cadangan strategi untuk membimbing Rina

Tajuk kajian kes ini adalah ‘DILEMA’. Terangkan dilema yang dimaksudkan dan siapa yang menghadapinya.

Cadangan Jawapan bagi Soalan (a) (i) Aktiviti pembelajaran yang dicadangkan dalam Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) adalah supaya murid membuat kajian lapangan di kawasan sekolah untuk meneliti tempat seperti padang, taman sains, kolam atau kawasan di bawah pasu bunga. Murid perlu mengenal pasti organisma yang hidup di tempat tersebut untuk membina siratan makanan. Oleh itu, kemahiran manipulatif adalah ‘Mengendalikan spesimen dengan betul dan selamat’ supaya kajian lapangan yang dilaksanakan tidak memudaratkan ekosistem tempat tersebut. Murid perlu memaklumkan cikgu jika menghadapi kesulitan seperti terjumpa organisma yang berbahaya, dsb. Rina mencari jalan keluar yang senang dengan hanya meminta murid mengkaji gambar dalam slaid yang dipaparkan. Oleh itu, murid tidak diberi peluang menguasai kemahiran manipulaitf yang disarankan dalam HSP. Rina sekadar menulis sahaja kemahiran ini dalam RPH. (ii)

Masa dalam kelas seharusnya digunakan secara optimum untuk berinteraksi bagi menguasai kemahiran seperti berkomunikasi, menjana idea, dsb. Meminta murid menjawab soalan dalam lembaran kerja adalah pasif dan tidak membawa kepada pembelajaran berfikrah. Aktiviti pembelajaran seharusnya merangsangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam kalangan murid.

(iii)

Soalan ini sukar dijawab oleh murid Tahun 5. Tambahan pula, jawapan yang diharapkan oleh Rina, iaitu ‘Rantai makanan adalah penting untuk mengimbangi ekosistem.’ adalah salah. Murid juga diminta menyiapkan lembaran kerja kedua dalam kelas ini. Hal ini merupakan latih tubi yang kurang bermakna. Aktiviti yang dicadangkan dalam HSP seperti menjalankan simulasi atau permainan yang berdasarkan siratan makanan atau menonton video spesis yang pupus kerana makan hanya satu jenis makanan tidak dilaksanakan.

19


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

(b) (i) Padi

Tikus

Ular

 Burung Helang

Ayam

Dengan melukis  tambahan dan menulis ‘Ayam’, cikgu merangsangkan murid untuk mengkaji semula makna rantai makanan. Dalam kes ini, Padi dimakan oleh kedua-dua Ayam dan Tikus. Juga tercetus dalam pemikiran murid bahawa hubungan pemakanan tidak semestinya dalam satu baris dari kiri ke kanan sahaja. Seterusnya, murid boleh buat hubungan baharu. Hasilnya ialah siratan makanan. Pendekatan konstruktivisme digunakan kerana murid membina ilmu pengetahuan baharu (iaitu siratan makanan) daripada ilmu pengetahuan sedia ada (iaitu rantai makanan) melalui cara yang membawa makna kepada murid. (ii)

Jika satu organisma dikeluarkan daripada siratan makanan, murid perlu meramal kesannya. Hal ini memerlukan murid menilai dan seterusnya mensintesis kesan kehilangan sesuatu organisma terhadap ekosistem. Sebagai contohnya, jika Ular dikeluarkan, apakah kesannya terhadap Tikus, Burung Helang dan ekosistem?. Murid perlu berfikir untuk menentukan (a) kesan terhadap organisma yang dimakan oleh organisma yang telah dikeluarkan, (b) kesan terhadap organisma yang memakan organisma yang telah dikeluarkan dan (c) akibat kepada ekosistem secara keseluruhan.

(iii)

Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dipupuk apabila guru mencabar murid dengan kemungkinan berikut: Rumput  Lembu  Harimau  Manusia Rumput  Lembu  Manusia  Harimau

Murid perlu memberi contoh situasi di mana rantai makanan tersebut mungkin berlaku. Sebagai contohnya, jika Harimau cedera dan susah mengejar Lembu atau tiada Lembu jadi Harimau terpaksa makan Manusia. Murid juga perlu mencari contoh lain rantai makanan seperti ini. Aktiviti seperti ini memberi peluang melatih murid berfikir secara kritis dan kreatif. (c) (i) RPH hanya diserahkan kepada Pn. Ain pada petang hari Ahad. Oleh itu, masa tidak mencukupi untuk berbincang dan membuat pembetulan yang lengkap sebelum Rina masuk kelas pada pukul 10.40 pagi keesokan harinya. RPH tidak lengkap dan tidak tepat kerana Rina tidak meneliti dan mengkaji HSP. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang tidak berupaya menarik minat murid kerana menekankan latih tubi dan latihan pada lembaran kerja. Rina kurang berusaha dan membuat yang menyenangkan dirinya sendiri sahaja.

20


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

(ii) Pengajaran berpasangan seharusnya dilaksanakan setiap minggu dengan menggunakan pelbagai strategi yang berlainan. Langkah ini dapat memberi keyakinan untuk mencuba strategi pengajaran yang baharu. Rina langsung tak buat dengan alasan tiada pasangan di sekolah. (iii)

Rina tidak menyerahkan portfolio kepada pensyarah pembimbingnya kerana kononnya tertinggal di rumah. Sama ada ini alasan sahaja atau pun betul, kita tidak pasti. Yang pasti ialah sikap Rina yang tidak bertanggungjawab kerana tidak menyediakan portfolio atau tertinggal portfolio di rumah.

(d)

Soalan tidak jelas dan tidak lengkap. Soalan adalah pada aras mengingat fakta sahaja. Jika Rina hendak murid mengisi tempat kosong dengan menonton video, maka yang diuji adalah kemahiran mendengar murid dan bukan pun pengetahuan sians mereka.

(e)

Jawapan terbuka daripada pengguna kes bersama dengan alasan untuk mengukuhkan jawapan.

(f)

Dilema boleh dihadapi oleh Pn. Ain, Rina, murid sekolah atau ibu bapa murid. Penerangan dilema adalah terbuka bersama dengan alasan yang sesuai.

Maklumat Tambahan Sedutan daripada Huraian Sukatan Pelajaran Tahun 5 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum sains mengutamakan pembelajaran berfikrah. Pembelajaran berfikrah adalah satu proses pemerolehan dan penguasaan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang dapat mengembangkan minda seseorang murid ke tahap yang optimum. Pembelajaran berfikrah akan berlaku melalui pelbagai pendekatan pembelajaran seperti inkuiri penemuan, kontruktivisme, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran masteri. Aktiviti yang dirancangkan dalam pembelajaran berfikrah mestilah dapat mencetuskan pemikiran kritis dan kreatif murid dan bukan berbentuk rutin. Murid perlu sedar secara eksplisit kemahiran berfikir dan strategi berfikir yang digunakan dalam pembelajaran. Soalan atau masalah yang beraras tinggi ditanyakan kepada murid dan murid diminta menyelesaikan masalah menggunakan daya kreatif dan kritis mereka. Murid dilibatkan secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran yang mengintegrasikan pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan penerapan sikap saintifik dan nilai murni. Pendekatan inkuiri penemuan merupakan pendekatan yang mementingkan pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri secara am bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling. Penemuan merupakan sifat utama inkuiri. Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep

21


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

dan prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Murid, melalui aktiviti seperti eksperimen akan menyiasat sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri. Guru kemudian membimbing murid untuk memahami konsep sains melalui hasil inkuiri penemuan tersebut. Kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik dikembangkan semasa proses penemuan ini. Namun demikian, perlu diingat bahawa pendekatan inkuiri penemuan tidak sesuai digunakan dalam semua situasi pengajaran dan pembelajaran. Beberapa konsep dan prinsip lebih sesuai didedahkan secara langsung oleh guru atau melalui inkuiri penemuan terbimbing. Penggunaan pelbagai kaedah pengajaran dan pembela-jaran meningkatkan minat murid terhadap sains. Pelajaran Sains yang tidak menarik tidak akan merangsang pelajar untuk belajar dan seterusnya memberi kesan kepada tingkah laku mereka. Pemilihan kaedah pengajaran mestilah berdasarkan kandungan kurikulum, kebolehan dan kepelbagaian jenis kecerdasan murid serta sumber prasarana yang ada. Pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran harus dirancang untuk membekalkan murid dengan pelbagai cara pembelajaran dan kecerdasan.

Berikut adalah penerangan ringkas tentang pengajaran dan pembelajaran .

Eksperimen

Eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam pelajaran sains. Murid menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemui konsep atau idea sains yang tertentu. Kaedah saintifik digunakan semasa eksperimen melibatkan kemahiran berfikir, kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Dalam melaksanakan kurikulum ini, di samping membimbing murid menjalankan eksperimen yang sesuai, guru juga harus memberi peluang kepada pelajar untuk mereka bentuk ekperimen sendiri. Ini melibatkan murid merangka cara eksperimen yang berkenaan boleh dijalankan, bagaimana menganalisis dan mengukur data serta bagaimana membentangkan hasil eksperimen mereka.

Perbincangan

Perbincangan adalah aktiviti di mana murid menyoal dan mengemukakan pendapat berlandaskan alasan yang sahih. Perbincangan boleh dijalankan sebelum, semasa atau selepas aktiviti. Guru boleh bertindak sebagai fasilitator dengan mengemukakan soalansoalan yang merangsang pemikiran dan membolehkan pelajar menonjolkan diri mereka.

Simulasi

Simulasi adalah aktiviti yang dijalankan menyerupai yang sebenar. Simulasi boleh dilaksanakan melalui main peranan, permainan atau penggunaan model. Dalam main peranan, murid melakonkan sesuatu peranan secara spontan berdasarkan beberapa syarat yang telah ditentukan. Permainan pula mempunyai syarat yang perlu dipatuhi. Murid bermain untuk mempelajari sesuatu prinsip ataupun untuk memahami proses membuat keputusan. Model digunakan untuk mewakili objek atau keadaan sebenar.

22


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Murid akan dapat membayangkan situasi sebenar dan seterusnya memahami konsep dan prinsip yang dipelajari.

Projek

Projek adalah aktiviti yang secara umumnya dijalankan oleh individu atau dalam kumpulan untuk mencapai sesuatu hasil pembelajaran. Sesuatu projek secara umumnya memerlukan beberapa pelajaran atau tajuk dan mengambil masa yang panjang serta menjangkau waktu pembelajaran formal. Murid dikehendaki mengenal pasti kaedah untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan dan seterusnya merancang keseluruhan projek.

Lawatan dan Penggunaan Sumber Luar Bilik Darjah

Pembelajaran sains melalui lawatan ke tempat seperti zoo, muzium, pusat sains, institut penyelidikan, paya bakau dan kilang boleh menjadikan pembelajaran lebih berkesan, menyeronokkan dan bermakna. Untuk mengoptimumkan pembelajaran melalui lawatan, ia mesti dirancang secara rapi di mana murid perlu menjalankan aktiviti atau melaksanakan tugasan semasa lawatan. Perbincangan selepas lawatan perlu diadakan bagi membuat rumusan aktiviti yang dijalankan. SAINS TAHUN 5 Objektif Pembelajaran 3.1 Memahami rantai makanan

Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Hasil Pembelajaran

Murid menjalankan sesi sumbangsaran mengenai haiwan dan makanannya. Murid berbincang dan mengelaskan haiwan mengikut tabiat makanan: a) herbivor b) karnivor c) omnivor Murid membina rantai makanan untuk menunjukkan hubungan makanan antara organisma. Murid mengenalpasti pengeluar dan pengguna dari rantai makanan.

3.2 Mensintesis rantai makanan untuk membina siratan makanan

Murid membina siratan makanan berdasarkan beberapa rantai makanan yang diberi. Murid memerhati persekitaran sekolah untuk mengkaji siratan makanan seperti di padang, taman sains, kolam dan di bawah pasu bunga.

Murid  mengenalpasti haiwan dan makanannya  mengelaskan haiwan kepada herbivor, karnivor dan omnivor

23

Rantai makanan mesti bermula dengan tumbuhan sebagai pengeluar.

 membina rantai makanan.  mengnalpasti pengeluar  mengenalpasti pengguna Murid  membina siratan makanan.  membina siratan makanan pada pelbagai habitat.

Berdasarkan organisma yang dikenalpasti murid membina rantai makanan dan siratan makanan untuk habitat yang dikaji. Murid berbincang dan meramalkan kesan jika terdapat

Nota

 meramalkan kesan

Guru mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk aktiviti ini.


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

perubahan dalam populasi pada sesetengah spesies dalam siratan makanan yang telah dikaji. Murid menjalankan simulasi atau permainan berdasarkan siratan makanan. Murid menonton tayangan video untuk mengetahui pelbagai spesies yang menghadapi ancaman kepupusan disebabkan mereka hanya makan sejenis makanan sahaja. Murid membuat kesimpulan sesetengah spesies haiwan yang makan hanya sejenis makanan menghadapi kesukaran untuk bermandiri kerana sumber makanan mungkin kehabisan, contoh: a) panda hanya makan pucuk buluh, b) beruang koala hanya makan daun Eucalyptus, c) tenggiling hanya makan semut.

24

G U R U

jika terdapat perubahan dalam populasi pada spesies tertentu dalam siratan makanan  menerangkan kesan terhadap spesies haiwan tertentu yang makan sejenis makanan sahaja


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Kes

3

PANDUAN MENGAJAR

Siapa suruh aku ajar PJ? Roslan Khalid



A R A S K E S U K A R A N K E S

JENIS KES

An al i t i k a l

2

Konseptual

2

Persembahan

1

Kes Semasa atau Beroperasi

Sinopsis Kes ini menceritakan senario yang biasa dan mungkin akan berlaku di sekolah. Pengetahuan tentang prosedur dan isi kandungan mata pelajaran Pendidikan Jasmani adalah penting untuk guru yang mengajar Pendidikan Jasmani di sekolah. Sifat tidak prihatin dan ketiadaan jiwa pendidik boleh menyebabkan seorang guru didakwa di mahkamah kerana kecuaian. Persoalannya adakah faktor ketiadaan jiwa pendidik atau pengetahuan dan kemahiran mengajar Pendidikan Jasmani yang menjadi dominan dalam isu ini? Diharap kes ini dapat memenuhi secara tersirat dan tersurat tentang kesediaan guru pelatih untuk menjadi guru Pendidikan Jasmani.

Objektif Objektif utama kes ini adalah untuk memberi kesedaran kepada bakal guru tentang akauntabiliti dalam menjalankan tugas sebagai guru Pendidikan Jasmani. Objektif khusus kes ini adalah seperti berikut:

25


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

(a)

Menyatakan isi kandungan mata pelajaran Pendidikan Jasmani

(b)

Menghuraikan strategi, teknik dan kaedah mengajar Pendidikan Jasmani

(c)

Menerangkan liabiliti yang ditanggung oleh guru Pendidikan Jasmani ketika melaksanakan kelas amali

(d)

Menilai kepentingan guru Pendidikan Jasmani menghayati jiwa pendidik dalam pengajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani.

Kumpulan Sasaran Kes ini adalah sesuai bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Semester 4 yang mengambil kursus elektif Pendidikan Jasmani (PJM 3110) di Institut Pendidikan Guru. Kes ini juga boleh diguna oleh guru pelatih yang sedang mengikuti program perguruan di institusi pengajian tinggi yang lain. Kes ini adalah sesuai untuk guru pelatih yang akan menjalani Praktikum dan pensyarah serta guru pembimbing yang terlibat dengan program pendidikan guru.

Strategi Memimpin Kes (a)

Kes ini diedarkan kepada pengguna kes.

(b)

Pengguna kes dibahagikan kepada tiga atau empat orang dalam satu kumpulan.

(c)

Setiap kumpulan diberi masa 40 minit untuk mengkaji dan berbincang untuk menjawab soalan yang diberi.

(d)

Setiap kumpulan diberi masa 20 minit untuk membentangkan hasil kerja.

(e)

Pemimpin kes membimbing pengguna kes membuat rumusan.

Cadangan Soalan Perbincangan (a)

Nyatakan kelemahan Cikgu Adam. Jelaskan langkah-langkah yang patut diambil untuk mengelakkan kemalangan berlaku.

(b)

Cikgu Adam menyatakan beliau tidak terlatih dalam bidang Pendidikan Jasmani. Pada pendapat anda, apakah pengetahuan, ilmu disiplin dan kemahiran asas yang perlu dimiliki guru Pendidikan Jasmani untuk mengajar mata pelajaran tersebut di sekolah?

26


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

(c)

Jika anda keluarga pelajar tersebut yang telah ditimpa kemalangan, apakah tindakan undang-undang akan anda ambil?

(d)

Bolehkah kemalangan yang berlaku dielakkan jika Cikgu Adam menghayati jiwa pendidik dalam tugasnya? Terangkan jawapan anda.

(e)

Rakan Cikgu Adam ada menyatakan tentang ‘feel’ mengajar Pendidikan Jasmani. Apakah yang anda faham tentang ‘feel’ yang dimaksudkan oleh rakan Cikgu Adam itu?

Cadangan Jawapan bagi Soalan (a)

Cikgu Adam tidak menghayati dengan sepenuhnya jiwa tugas sebagai guru Pendidikan Jasmani serta tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman sebagai guru Pendidikan Jasmani. Untuk mengelak daripada kemalangan ini berulang, guru ini atau setiap guru yang mengajar Pendidikan Jasmani perlu mengetahui, menghayati dan mematuhi setiap prosedur yang perlu dipatuhi ketika melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah. Pihak sekolah juga harus memastikan guru yang berpengalaman dan mempunyai minat yang mendalam diberi tanggungjawab untuk menanggung liabiliti mengajar mata pelajaran ini. Pihak Kementerian pula harus memantau dari semasa ke semasa di samping merangka program dan memberi kursus jangka pendek kepada guru yang dirasakan perlu untuk menambahbaik ilmu mereka dalam bidang ini.

(b)

Pengetahuan, ilmu dan kemahiran yang diperlu dimiliki oleh guru Pendidikan Jasmani termasuk pengetahuan ikhtisas dari segi teori dan amali subjek ini. Sebagai contohnya, teori jenis latihan kecergasan, anatomi dan fisiologi, skil permainan, pendekatan, strategi dan kaedah pengajaran Pendidikan Jasmani secara berkesan.

(c)

Menyaman pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan sekolah atas dasar atau faktor kecuaian ketika menjalankan tugas.

(d)

Kemalangan ini boleh dielak jika Cikgu Adam tahu, faham dan melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh rasa tanggungjawab.

(e)

Di dunia ini tidak ramai manusia yang berpeluang mendapat hasil atau gaji daripada tugas atau kerja yang diminati. Seorang penyanyi yang berjaya biasanya mempunyai minat, bakat dan kecenderungan yang tinggi dalam bidang tersebut. Dalam bidang pendidikan, seseorang guru yang berjaya biasanya mempunyai minat dan kecenderungan yang tinggi dalam bidang pendidikan atau pengetahuan profesionalismenya. Ciri-ciri yang dinyatakan di atas akan melahirkan guru yang mempunyai jiwa dan perasaan yang mendalam terhadap profesionnya.

27


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Cadangan Aktiviti Lanjutan (a)

Pengguna kes diminta menyenaraikan soalan yang perlu ditanya untuk menyiasat punca kemalangan yang berlaku. Soalan yang disenaraikan, dikumpulkan dan dibahagikan mengikut soalan yang perlu ditujukan kepada: (i)

Cikgu Adam

(ii)

Guru Besar

(iii)

Pelajar yang ditimpa kemalangan

(iv)

Pelajar yang lain dalam kelas Cikgu Adam

(b)

Pengguna kes dibahagikan kepada empat kumpulan, iaitu kumpulan Cikgu Adam, Guru Besar, pelajar yang ditimpa kemalangan dan pelajar yang lain dalam kelas Cikgu Adam. Kumpulan tersebut diminta menyediakan jawapan kepada soalan yang telah disediakan dalam langkah 1.

(c)

Pemimpin kes memainkan peranan sebagai pegawai penyiasat yang dihantar oleh Pejabat Pendidikan Daerah. Wakil daripada setiap kumpulan yang berkenaan diminta melakonkan watak yang telah ditentukan dalam Langkah 2. Pengguna kes yang lain diminta memerhati dan menjawab soalan yang diberi.

28


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

PANDUAN MENGAJAR

Kes

4

English for Fun Wee Moon Leong



C A S E D I F F I C U L T Y L E V E L

TYPE OF CASE

An al y t i c a l

2

Conceptua l

2

Presentation

1

Current or Operating Case

Synopsis Cmmunicative language teaching or the communicative approach to language teaching, since it was first proposed in the 1970s has to a very large extent served as a major source of influence on language teaching practice around the world. Communicative language teaching sets as its goal the teaching of communicative competence. The senior teacher in this case study wholeheartedly adopts the communicative approach in his teaching, employing different communicative activities in his lessons. His class is full of fun and his students making good progress. Yet he is unsure if they can get through the upcoming examination. The junior teacher potrayed in this acse study is unsure of what approach to use. Ironically, neither does the Head of the Language Department.

29


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Objective The main objective of this case study is to re-visit the aim of learning the English language and the approach adopted to teach the language in this country. Are the aim and the teaching approach in line with each other? Furthermore, does the mode of assessment parallel the aim and the approach? The specific objectives are as follows: (a)

To reflect on one’s approach to language teaching

(b)

To highlight the mismatch between the communicative approach to teaching and ‘traditional’ language testing

(c)

To identify the purpose of test items

(d)

To suggest possible test items and formats for communicative language tests

(e)

To strategize the use of communicative activities leading to communicative competence

Target Group English Language teachers and trainers

Case Leading Strategy (a)

The questions are given to case users a week earlier to allow time for study and reflection.

(b)

To begin, based on question 1, case users as a whole group reflect on their approaches to language teaching and make short notes.

(c)

Case users then present, discuss, compare and contrast their approaches giving examples where appropriate.

(d)

Case users are then divided into 4 groups and each group is given question one question taken from questions 2 to 6.

(e)

Case users in their respective groups then discuss the given question.

(f)

Each group identify the issues raised and provide a solution to the issues.

(g)

Case users summarize their findings as a whole.

30


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Suggested Questions (a)

Reflect on your teaching, what approach to language teaching are you using?

(b)

Mr. Tan is using the communicative approach to language teaching. His lessons are well-liked by his students. Why do you think he is fearful that his students may not perform well in the state-run examination? Support your reasoning with examples.

(c)

A test is considered valid if it tests what it sets out to test. How would you test communicative competence? What type of test items and in what formats would you include in the state-run English Language test?

(d)

Teachers employ a great variety of communicative activities in using the communicative approach to language teaching. Discuss in your group whether these communicative activities are: (i)

piece-meal or stand-alone in nature without an overall structure or plan, or

(ii)

linked through a framework that will eventually lead to communicative competence in students?

(e)

How is the issue highlighted in this case study further compounded by individuals who represent the authority in this matter?

(f)

Mr. Tan’s adage is that ‘English is Fun’. The title of the case study is ‘English for Fun’. (i)

What message is the writer trying to get across by ‘English is Fun’ and ‘English for Fun’?

(ii)

Is it possible for ‘English is Fun’ to not become ‘English for Fun’? Explain your answer with examples.

31


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Kes

5

PANDUAN MENGAJAR

Menepati Masa Amalan Integriti Sabariah binti Ismail Normala binti Mohd Wan Ameran bin Wan Mat



A R A S K E S U K A R A N K E S

JENIS KES

An al i t i k a l

2

Konseptual

2

Persembahan

1

Kes Semasa atau Beroperasi

Sinopsis Isu yang diketengahkan dalam kes ini ialah masalah pelajar yang kerap lewat ke kuliah pada waktu pagi. Tiga orang pelajar dari kelas yang berlainan telah dikenal pasti mengalami ‘sindrom’ bangun lewat pada waktu pagi sejak mendaftar di sebuah Institusi Pengajian Tinggi untuk program persediaan pada bulan Jun 2011. Keadaan ini berlarutan sehingga kini. Mereka kerap hadir selepas 15 hingga 20 minit kuliah pertama bermula. Kebiasaanya kuliah di Institusi Pengajian Tinggi ini bermula pada pukul 8.00 pagi. Ada dalam kalangan pelajar ini sebenarnya mempunyai kenderaan

32


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

motosikal dan kereta untuk pergi ke tempat kuliah yang terletak tidak jauh dari kolej kediaman mereka. Mereka pernah diberi amaran secara lisan dan bertulis oleh mentor masing-masing. Mereka juga pernah dipanggil untuk berjumpa Ketua Unit Disiplin dan Tatatertib dan pernah dirujuk kepada kaunselor pelajar tetapi sikap mereka masih tidak berubah. Walaubagaimanapun, mereka lulus peperiksaan setiap semester dan berjaya memasuki semester seterusnya. Malah ada dalam kalangan mereka yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan setiap semester. Ketua Unit Disiplin dan Tatatertib memerlukan idea daripada pensyarah, mentor, Ketua Unit Psikologi dan Kaunseling dan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar untuk membantu menyelesaikan masalah ini supaya tidak menjalar kepada pelajar lain terutama pelajar baharu.

Objektif Objektif utama kes ini adalah untuk mengetengahkan masalah yang sedang berlaku di sebuah Institusi Pengajian Tinggi kerana masalah ini memerlukan perhatian segera supaya tidak menjejaskan kualiti guru yang dihasilkan oleh Institusi Pengajian Tinggi ini. Objektif khusus kes ini adalah seperti berikut: (a)

Pengguna kes perlu membuat analisis secara kritikal untuk mengenal pasti punca masalah yang dihadapi oleh tiga orang pelajar tersebut.

(b)

Pengguna kes dapat mencari penyelesaian bagi mengatasi masalah tersebut.

(c)

Pengguna kes dapat memahami kepentingan pengurusan diri untuk menjadi guru yang sentiasa menepati masa, berwibawa dan berketrampilan.

Kumpulan Sasaran Kes ini adalah sesuai untuk semua pelajar dan mentor. Kes ini sesuai digunakan untuk perbincangan semasa perjumpaan mentor-mentee agar pelajar dapat menyedari tentang kepentingan menepati masa semasa menghadiri kuliah.

33


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Strategi Memimpin Kes (a)

Kes ini diedarkan kepada pengguna kes sehari sebelum sesi interaksi perjumpaan mentor-mentee.

(b)

Pengguna kes dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan diberi 20 minit untuk membincangkan soalan yang berikut: (i)

Apakah punca masalah yang dihadapi oleh tiga orang pelajar tersebut?

(ii) Cadangkan cara penyelesaian masalah tersebut. (iii)

Terangkan kepentingan pengurusan diri guru pelatih untuk menjadi guru yang berwibawa dan berketrampilan.

(c)

Setiap kumpulan diminta memaparkan hasil perbincangan melalui cara yang sesuai. Hasil perbincangan boleh ditulis pada papan putih atau dipaparkan secara elektronik dengan menggunakan perisian komputer atau kemudahan Internet yang sesuai.

(d)

Pelajar diberi 20 minit untuk membaca dan mengkaji hasil perbincangan kumpulan lain yang dipaparkan.

(e)

Setiap kumpulan melantik seorang wakil untuk memainkan peranan berikut: (i) Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar (ii) Ketua Unit Disiplin dan Tatatertib (iii) Ketua Unit Psikologi dan Kaunseling (iv) Kaunselor Pelajar

(f)

Wakil-wakil yang dilantik diminta mensimulasikan mesyuarat Jawatankuasa Disiplin dan Tatatertib. Pemimpin kes akan memainkan peranan sebagai Pengarah Institusi Pengajian Tinggi yang berkenaan. Masa yang diperuntukkan adalah sebanyak 20 minit. Mesyuarat diakhiri dengan rumusan daripada ‘Pengarah’ bersama dengan keputusan tindakan yang seharusnya diambil.

Cadangan Penyelesaian Masalah (a)

Memperkenalkan sistem merit demerit. Sistem ini menggalakkan pelajar untuk mengutip mata dan mengelakkan daripada kekurangan mata. Setiap pelajar diberi 100 mata pada permulaan setiap bulan. Jika kehadiran pelajar adalah 100% bagi semester tersebut, pelajar akan menerima 10 mata. Berdasarkan

34


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Peraturan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Edisi 2011, “Pelajar yang hadir lewat melebihi 15 minit dari bermulanya sesuatu kuliah, tutorial dan kokurikulum tanpa alasan yang munasabah, akan dikira tidak hadir dalam jam berkenaan”. Jika pelajar terlibat dengan kesalahan seperti datang lewat, mata pelajar akan dikurangkan sebanyak 5 untuk setiap jam lewat. Setiap semester, mentor akan menyemak kad merit demerit mentee masing-masing. Jika mata pelajar kurang daripada 70%, pelajar akan dirujuk kepada kaunselor sebelum diambil tindakan Amaran Pentadbiran. Melalui tindakan Amaran Pentadbiran ini, pihak Institusi Pengajian Tinggi akan menghantar salinan surat kepada waris dan penjamin pelajar untuk memberi makluman tentang sikap pelajar. (b)

Mewujudkan sistem penilaian sahsiah dalam memberi markah prestasi pelajar. Markah ini akan dikira semasa memberi markah kerja kursus pelajar. Pensyarah mata pelajaran adalah orang yang lebih dekat dengan pelajar semasa di dalam bilik kuliah. Penilaian ini akan menggalakkan pelajar untuk datang awal sebelum kuliah bermula supaya markah mereka tidak terjejas.

(c)

Menyemak semula peraturan yang sedia ada supaya masih relevan dengan peredaran masa. Berdasarkan Peraturan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Edisi 2011, “Pelajar yang hadir lewat melebihi 15 minit daripada bermulanya sesuatu kuliah, tutorial dan kokurikulum tanpa alasan yang munasabah, akan dikira tidak hadir dalam jam berkenaan”. Perkara ini perlu ditegaskan memandangkan pelajar generasi kini kurang menitikberatkan ketepatan masa semasa berada di Institusi Pengajian Tinggi. Situasi lewat hadir kuliah akan mengakibatkan peratus kehadiran pelajar terjejas. Jika peratus kehadiran semester pelajar berada di bawah 70%, pelajar adalah tidak layak menduduki peperiksaan semester dan mesti mengulang kursus berkenaan pada semester akan datang.

(d)

Jabatan Hal Ehwal Pelajar bekerjasama dengan Unit Latihan Dalam Perkhidmatan untuk menganjurkan kursus pembangunan kemahiran bimbingan pelajar untuk mentor dan pensyarah. Kursus “mentoring” ini dicadangkan kerana pensyarah dan mentor perlu mempunyai kemahiran membimbing pelajar agar mereka menjadi guru yang berkualiti setelah tamat pengajian. Kursus ini membantu pensyarah meningkatkan kemahiran ‘mentoring’ dan ‘coaching’ seperti kemahiran berkomunikasi, asas kaunseling dan penyelesaian masalah.

35


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Kes

6

PANDUAN MENGAJAR

Mentor Pembina Insan Guru! Ismail bin Mohamed Fazali bin Hashim

 JENIS KES

A R A S K E S U K A R A N K E S

An al i t i k a l

3

Konseptual

2

Persembahan

2

Kes Semasa atau Beroperasi

Sinopsis Kes ini adalah berkaitan dengan pelaksanaan program Bina Insan Guru (BIG) yang melibatkan pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) sebagai mentor dan pelaksana program. Kes ini menggambarkan masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan program ini untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Masalah ini diterangkan melalui perbualan antara dua orang pegawai yang terlibat dengan merealisasikan matlamat program ini . Catatan pemerhatian terhadap salah satu aktiviti dalam program BIG ini menggambarkan apa yang berlaku semasa pelaksanaan aktiviti tersebut. Catatan pemerhatian ini adalah dari sudut perjalanan program, sikap pelajar dan tindakan mentor serta tindakan susulan yang diambil. Refleksi pelajar terhadap pengalaman yang

36


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

telah dilalui dalam program ini menggambarkan apa yang telah pelajar pelajari daripada pengalaman tersebut.

Objektif Amalan pelaksanaan program BIG pada masa kini menunjukkan seolah-olah terdapat kurang kefahaman tentang matlamat sebenar program BIG. Objektif utama kajian kes ini adalah untuk memberi kefahaman kepada pengguna kes tentang matlamat BIG yang dihasratkan dalam pembangunan kemahiran insaniah dan seterusnya menjelaskan peranan yang perlu dimainkan oleh mentor dalam program ini untuk menjayakannya seperti yang dihasratkan. Objektif khusus kajian kes ini adalah: (a)

Menjelaskan ciri-ciri guru yang hendak dibangunkan melalui program BIG

(b)

Mengenal pasti kaedah dan teknik yang sesuai yang boleh dilaksanakan dalam program BIG untuk pembangunan ciri-ciri insan guru

(c)

Menilai pelaksanaan program BIG

(d)

Mengenal pasti peranan mentor dalam pembangunan kemahiran insaniah (nilai murni dan keguruan) dalam pelaksanaan program BIG

Kumpulan Sasaran Kes ini adalah sesuai bagi semua pensyarah atau mentor yang terlibat membimbing pelajar dalam program BIG.

Strategi Memimpin Kes (a)

Kes ini diedarkan semasa waktu interaksi untuk menggalakkan sumbang saran yang spontan.

(b)

Tempoh masa yang disyorkan adalah dua jam.

(c)

Pengguna kes dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 4 hingga 5 orang setiap kumpulan. Perbincangan adalah selama 40 minit.

37


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

(d)

Setiap kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan selama 10 minit termasuk soal jawab daripada peserta lain

(e)

Sebanyak 20 minit diperuntukkan untuk perbincangan dan rumusan keseluruhan.

Cadangan Soalan Perbincangan (a)(i)

Berdasarkan enam domain kandungan program BIG, jelaskan ciri-ciri guru yang ingin dibangunkan melalui program BIG.

(ii)

Bagaimanakah ciri-ciri yang dinyatakan dalam (a)(i) dapat dibangunkan?

(iii)

Bina satu model yang menjelaskan pelaksanaan program BIG sehingga tercapai matlamat yang diharapkan.

(b)

Berdasarkan catatan pemerhatian dan refleksi yang ditulis oleh pelajar, kenal pasti kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam pelaksanaan aktiviti tersebut.

(c)(i)

Andaikan anda ialah mentor bagi kumpulan pelajar ini. Kenal pasti kemahiran insaniah (nilai murni dan keguruan) yang boleh diperhatikan dalam aktiviti yang dijalankan untuk membantu dalam proses membimbing pelajar membuat refleksi.

(ii) Ulaskan amalan kemahiran insaniah (nilai murni dan keguruan) dalam aktiviti yang diperhatikan. (d)

Cadangkan langkah-langkah yang patut dilaksanakan oleh mentor jika ingin mencapai sepenuhnya matlamat program BIG untuk melahirkan insan guru yang berkualiti bagi aktiviti seperti ini.

(e)

Menapakah tajuk kajian kes ini adalah ‘MENTOR PEMBINA INSAN GURU!’? Beri alasan bagi jawapan anda.

Cadangan Jawapan bagi Soalan (a)

Ciri-ciri guru yang dihasratkan melalui program BIG adalah berdasarkan enam domain kurikulum program BIG. Perbincangan perlu mengandungi penerangan tentang maksud setiap ciri yang dibincangkan, dan bagaimana ciri tersebut boleh dibangunkan dan diperkukuhkan melalui aktiviti program BIG seperti khidmat masyarakat. Model pelaksanaan program BIG yang dicadangkan adalah seperti berikut:

38


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

Kemahiran insaniah

G U R U

Kemahiran survival Konsep BIG

Pelaksanaan aktiviti

Refleksi

Kesedaran dalaman

Perkembangan kemahiran insaniah dan kemahiran survival

(b)

KEKUATAN:

7.30 pagi 1. Kedua-dua mentor hadir dalam program yang dilaksanakan. 2. Para pelajar bersama-sama mengangkat dan menyusun barang dalam bas (Gambar Foto 6.1). 3. Sikap sukarela dan saling membantu ketika membuat persediaan untuk pergi ke lokasi BIG (Gambar Foto 6.1). 4. Pelajar turut memastikan rakan-rakan mereka semuanya telah berada di dalam bas sebelum bertolak. 8.30 pagi 1. Elemen kerohanian tidak dipinggirkan dalam program ini. 2. Mentor turut serta bersama-sama di dalam bas (Gambar Foto 6.2). 3. Pelajar kelihatan bermotivasi semasa perjalanan pergi ke lokasi program BIG (Gambar Foto 6.2). 9.20 pagi 1. Taklimat awal diberikan sebelum pelajar turun dari bas. 2. Masyarakat tempatan memberi kerjasama yang baik serta sambutan mesra semasa ketibaan para pelajar di kampung mereka (Gambar Foto 6.3). 39


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

3.

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Kanak-kanak turut dibawa agar mereka dapat ‘terasuh’ dengan semangat kerjasama yang terjalin antara pelajar dengan masyarakat kampung (Gambar Foto 3).

9.30 pagi 1. Perancangan teliti yang telah dibuat oleh pelajar bersama masyarakat kampung menjadikan program ini dapat dilaksanakan dengan lancar. 2. Terdapat pelajar yang prihatin dan secara sukarela mengambil inisiatif mengumpulkan barang-barang berharga rakan-rakan mereka. 3. Pelajar menunjukkan keberanian dalam mengurus majlis perasmian program bersama masyarakat kampung (Gambar Foto 6.4). 4. Walaupun pelajar adalah kumpulan Pendidikan Bahasa Inggeris, mereka masih mampu membaca doa dalam majlis ini (Gambar Foto 6.4, 6.5, 6.6 dan 6.7) 5. Pelajar sanggup membuat kerja-kerja kotor (pembersihan) di kawasan berwuduk tanpa merungut, malah saling bantu membantu. 6. Kerjasama antara pelajar ini berlaku tanpa mengira kaum dan agama. 7. Pelajar pandai mengagihkan tugasan antara mereka sendiri bagi mengurus kerja-kerja dengan cekap walaupun melibatkan pelajar berbilang kaum dan agama. 8. Bersama-sama dengan penduduk kampung menikmati juadah makan tengah hari (Gambar 6.8) 2.00 Petang 1. Pelajar tidak meninggalkan kewajipan menunaikan solat zuhur berjemaah di masjid bersama-sama penduduk kampung (Gambar 6.9). 2. Persekitaran kampung sentiasa tenang serta masyarakatnya bekerjasama menjaga kebersihan alam sekitar. 3. Sungai itu bersih dan sesuai untuk ‘rehlah – berkelah, mandi manda (Gambar 6.9). 4. Mentor memberi penghargaan kepada usaha pelajar dengan membenarkan mereka mandi di sungai yang bersih itu. KELEMAHAN: 1. Para pelajar tidak begitu menepati masa khususnya semasa bergerak ke lokasi untuk menjalankan aktiviti. 2. Sesi refleksi tidak dijalankan bagi merumuskan pengajaran yang diperolehi dari keseluruhan aktiviti. 3. (catatan 4.00 ptg) Tiada interaksi yang jelas (tidak formal- perbualan lisan) antara pelajar dengan penduduk kampung. 4. Apabila keletihan, banyak pelajar yang lebih mementingkan diri sendiri dengan membiarkan rakan-rakan bekerja sedangkan dirinya berehat dalam bas (catatan 5.00 ptg).

40


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

(c)

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Gambar Foto 6.1: Bekerjasama – terdapat beberapa orang pelajar bekerjasama mengangkat barang serta keperluan ke dalam bas. Namun begitu, masih ada pelajar yang baru sampai ke lokasi (tempat menunggu bas). Seolah-olah semangat kerjasama antara mereka tidak begitu kuat. Catatan 8.10 pagi: Aspek kepimpinan yang baik berjaya ditonjolkan oleh pemimpin kumpulan dengan mengira peserta yang berada di dalam bas bagi memastikan jumlah peserta mencukupi (sikap bertanggungjawab) Catatan 8.20 pagi: Aspek spiritual (kerohanian) dapat dilihat melalui tindakan seorang pelajar membaca doa sebelum perjalanan dan juga semasa majlis perasmian secara sukarela (Gambar Foto 6.4). Gambar Foto 6.2: Bertolak ansur – mentor dan pelajar di dalam bas berkeadaan tenang sahaja (sabar) sementara menunggu semua pelajar menaiki bas Gambar Foto.6.3: Semangat perpaduan nasional – tidak dipraktikkan dengan pelajar berkumpul dalam kumpulan kaum masing-masing semasa sesi perkenalan dengan penduduk kampung Catatan 9.30 pagi: Kepimpinan - ditonjolkan dengan pengurusan majlis perasmian yang teratur dan pengagihkan saksama antara pelajar. Catatan 9.30 pagi: Semangat sukarela - mengumpulkan barangan dari rakanrakan untuk disimpan dan membuat kerja-kerja membersih kawasan (Gambar Foto 6.5, 6.6 dan 6.7) Gambar Foto 6.8: Kesopanan – makan dengan sopan beradab ketika makan tengah hari bersama-sama penduduk kampung yang hadir. Catatan 2.00 ptg : Aspek spiritual ditonjolkan lagi apabila para pelajar (muslim) bersolat jemaah bersama-sama penduduk kampung. Gambar Foto 6.9: Aprisiasi terhadap alam boleh ditonjolkan melalui kebersihan dan keindahan sungai ciptaan Tuhan yang sangat jernih (mengalir deras dan bersih) di sebelah masjid. Mentor boleh mengaitkan aliran air sungai yang melalui celah-celah batu dengan kehidupan seorang guru yang perlu mengatasi pelbagai masalah dalam tugasnya. Catatan 4.00 ptg dan Gambar Foto 6.10: Menghargai orang lain – ditunjukkan oleh mentor dengan membenarkan para pelajar mandi di sungai tersebut sebagai penghargaan kepada alam sekitar.

(d)

- Mentor wajib membuat refleksi akhir (keseluruhan) untuk menilai kekuatan dan kelemahan sama ada progam yang dilaksanakan atau sahsiah pelajar.

41


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

- Mentor perlu membuat teguran secara langsung jika terdapat kelakuan yang tidak sesuai sebagai seorang guru dalam kalangan pelajar. - Mentor perlu mengambil tindakan yang sesuai terhadap refleksi yang dihantar oleh pelajar selepas tamat program.

42


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Kes

7

PANDUAN MENGAJAR

Ala … Cakap Je! Zawahir Ismail Faridah Abdullah

 JENIS KES

A R A S K E S U K A R A N K E S

An al i t i k a l

2

Konseptual

2

Persembahan

1

Kes Ilustratif

Sinopsis Kes ini mengkaji permasalahan yang timbul semasa pengendalian majlis rasmi, iaitu perhimpunan bulanan. Fokusnya kepada usaha meningkatkan penguasaan ilmu bahasa dan kecekapan berkomunikasi secara bertatasusila dalam konteks sebenar dengan memberi tumpuan kepada aspek kesantunan bahasa dan protokol semasa pengendalian majlis. Sememangnya, hal ini tidak semudah ‘Ala ... cakap je!’.

Objektif Objektif utama kes ini untuk membolehkan pelajar mengetahui kemahiran dan pengetahuan yang perlu dikuasai sebelum dan semasa mengendalikan sesuatu majlis rasmi.

43


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Objektif khusus kajian kes ini adalah: (a)

Pengguna kes dapat membuat persediaan mental dan fizikal sebelum dan semasa majlis berlangsung

(b)

Pengguna kes dapat menggunakan protokol yang sesuai dalam majlis rasmi

(c)

Pengguna dapat menggunakan laras bahasa yang sesuai dalam komunikasi.

Kumpulan Sasaran Kes ini sesuai bagi pelajar yang mengikuti kursus Bahasa Melayu Kontekstual dan Bahasa Melayu Komunikatif.

Strategi Memimpin Kes (a)

Kes ini diedarkan kepada pengguna kes pada awal pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Kontekstual atau Bahasa Melayu Komunikatif.

(b)

Kes disimulasikan di dalam bilik kuliah atau di dewan serba guna.

(c)

Pengguna kes dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Perbincangan dalam kumpulan selama 15 minit. Setiap kumpulan diminta membuat justifikasi masalah yang terdapat dalam kes.

(d)

Setiap kumpulan membuat pembentangan dengan menggunakan peta pemikiran dan mengemukakan jalan penyelesaian tentang masalah yang berlaku semasa perhimpunan bulanan.

Cadangan Soalan Perbincangan (a)

Analisis dan kenal pasti faktor penyebab pelaksanaan pengendalian majlis yang tidak mengikut protokol dan etiket sosial. Terangkan jawapan anda.

(b)

Huraikan kesan pelaksanaan pengendalian majlis yang tidak mengikut prosedur terhadap: (i) Tetamu kehormat (ii) Para audiens (pelajar) 44


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

(iii) Pensyarah pembimbing yang membimbing pelajar yang terlibat (c)

Kenal pasti isi kandungan dan kemahiran utama yang perlu disampaikan dalam usaha melatih seorang pengacara majlis.Terangkan secara komprehensif.

(d)

Bayangkan diri anda sebagai Amirul. Tuliskan catatan refleksi untuk mengenal pasti masalah sebenar yang dihadapinya.

(e)

Nyatakan dan terangkan perkara yang perlu diberi perhatian sebelum dan semasa pengendalian majlis untuk memastikan majlis rasmi berjalan dengan lancar.

Cadangan Jawapan bagi Soalan (b)

Pengacara majlis yang biasa mengendalikan majlis terlalu yakin. Pengacara majlis tidak menyediakan teks pengacaraan yang lengkap dan telah diedit oleh pihak kedua. Pengacara majlis tidak membuat rujukan tentang tetamu kehormat. (i)

Tetamu kehormat

Kredibiliti tetamu kehormat dari aspek protokol, etiket sosial, iaitu penghormatan kepada tetamu kehormat dan kedudukan jawatan. (ii)

Audeins

Pandangan audiens terhadap pengacara majlis. Persepsi yang negatif dan memperlihatkan sikap pengacara majlis. (iii)

Pensyarah pembimbing

Pensyarah pembimbing tidak menjalankan tugas dengan baik. Kredibiliti pensyarah pembimbing dan Jabatan Pengajian Melayu terjejas. (c)

Pengacaraan majlis melibatkan tiga perkara utama, iaitu perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Dalam ketiga-tiga proses, pengacara perlu mengetahui konsep pengurusan majlis dan merangkumi tindakan sebelum majlis, semasa majlis dan selepas majlis. Sebelum Majlis Pengacara perlu melihat kepada atur cara atau program yang akan dijalankan, iaitu tarikh, tempat, tetamu kenamaan, peserta dan jemputan. 45


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Selain itu, aspek yang paling penting dirancang oleh pengacara majlis ialah salutasi. Hal ini kerana salutasi memperlihatkan taraf hadirin. Dalam konteks budaya masyarakat di Malaysia taraf hadirin mengambarkan kedudukan seseorang. Taraf hadirin dapat membantu pengacara menyediakan teks pengacaraan yang betul dan tepat. Sekiranya pengacara tersalah menyebut nama tetamu keadaan itu dianggap sebagai kesalahan yang besar. Semasa Majlis Pengacara majlis perlu sentiasa merujuk atur cara majlis perasmian dalam buku program. Hal ini kerana buku program ialah nadi utama kelancaran sesuatu majlis. Selepas Majlis Penilaian pengacaraan majlis dan kelancaran majlis. Buku atur cara majlis perlu dilakukan post- mortem untuk dilihat kelancaran atur cara majlis. (d)

Catatan Refleksi Amirul Saya telah mengacara majlis perhimpunan bulanan IPGK. Namun begitu, saya dapati ada beberapa aspek yang perlu diberi perhatian sebelum, semasa dan selepas pengacaraan majlis. saya patut membuat perancangan yang teliti tentang atur cara majlis dan salutasi yang tepat dan membuat raptai pengacaraan.

(e)

Sebelum Majlis Teks pengacaraan Tugas dan tanggungjawab jawatankuasa yang terlibat contohnya Jawatankuasa Persiapan Dewan dan Jawatankuasa Sambutan Senarai semak Semasa Majlis Semua jawatankuasa berperanan dengan tugas masing-masing. Buku atur cara majlis perhimpunan bulanan Penyambut dan pengiring tetamu

46


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Kes

8

PANDUAN MENGAJAR

Lestari..Oh..Opss..Lestari Kartini binti Abdul Mutalib

A R A S K E S U K A R A N K E S

JENIS KES

An al i t i k a l

2

Konseptual

2

Persembahan

2

Kes Semasa atau Beroperasi

Sinopsis Kes ini berkaitan usaha ke arah melaksanakan Program ‘Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar’ di sebuah sekolah menengah yang terletak 35 kilometer daripada sebuah pekan kecil di salah sebuah negeri di Malaysia. Kes ini menggambarkan suasana, dilema serta isu-isu khusus yang dihadapi oleh pengetua sekolah pada peringkat awal sebelum sekolah lestari dilaksanakan. Isu ini ditulis dan diperhatikan dari perspektif seorang pemerhati luar dalam masa satu hari berada di sekolah tersebut.

47


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Objektif Objektif utama kes ini adalah untuk mengenal pasti sebab masalah yang timbul di sekolah dan mencadangkan strategi penyelesaian untuk mengatasi masalah dalam pelaksanaan Program ‘Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar’. Objektif khusus kes ini adalah seperti berikut: (a)

Pengguna kes perlu membuat analisis secara kritikal untuk mengenal pasti jenis-jenis masalah yang timbul di sekolah tersebut pada peringkat awal sebelum program dilaksanakan.

(b)

Pengguna kes dapat mencari penyelesaian bagi mengatasi masalah tersebut.

(c)

Pengguna kes dapat membuat rumusan tentang strategi dan peranan yang perlu dilakukan oleh warga sekolah dalam usaha memupuk nilai murni alam sekitar bagi sebuah sekolah lestari.

(d)

Pengguna kes menjalankan satu aktiviti yang sesuai bagi menunjukkan komitmen terhadap program sekolah lestari berserta gambar foto.

Kumpulan Sasaran Kes ini adalah sesuai untuk semua guru sekolah, guru pelatih, murid sekolah dan juga staf sokongan sekolah.

Strategi Memimpin Kes (a)

Kes ini dilaksanakan dengan menggunakan kaedah pembelajaran kooperatif jenis round-robin-brainstorming.

(b)

Kelas dibahagikan kepada kumpulan kecil (4-6 orang satu kumpulan) oleh pemimpin kes.

(c)

Setiap kumpulan melantik seorang pencatat dan ketua kumpulan.

(d)

Setiap kumpulan diberikan kajian kes ini untuk dikaji dan bincangkan. Antara soalan yang perlu dibincangkan dalam masa 30 minit adalah: (i)

Apakah jenis masalah/isu/kelemahan yang timbul di sekolah tersebut pada peringkat awal sebelum program dilaksanakan?

48


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

(ii)

Apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh pengetua sekolah untuk meningkatkan kesedaran warga sekolah terhadap program sekolah lestari?

(iii)

Apakah strategi dan peranan yang perlu dimainkan oleh warga sekolah dalam usaha memupuk nilai murni alam sekitar bagi sebuah sekolah lestari?

(e)

Ketua setiap kumpulan akan mendapatkan jawapan daripada semua ahli secara bergilir-gilir dalam bulatan.

(f)

Setiap jawapan akan dicatat oleh pencatat dalam nota pelakat pelbagai warna.

(g)

Nota pelekat ditampal pada kertas mahjong dan ditampalkan di tempat galeri masing-masing.

(h)

Setiap wakil kumpulan masing-masing akan menjelaskan jawapan kumpulan kepada kumpulan lain dan pemimpin kes.

(i)

Setiap kumpulan dikehendaki menjalankan satu aktiviti yang sesuai bagi menunjukkan komitmen kumpulan masing-masing terhadap program sekolah lestari dan disertakan dengan gambar foto aktiviti tersebut.

Cadangan Soalan Perbincangan (a)

Apakah jenis masalah/isu/kelemahan yang timbul di sekolah tersebut pada peringkat awal sebelum program sekolah lestari dilaksanakan?

(b)

Apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh pengetua sekolah untuk meningkatkan kesedaran warga sekolah terhadap program sekolah lestari?

(c)

Bagaimanakah strategi dan peranan yang perlu dilakukan oleh warga sekolah dalam usaha memupuk nilai murni alam sekitar bagi sebuah sekolah lestari?

(d)

Jalankan satu aktiviti yang sesuai bagi menunjukkan komitmen kumpulan anda terhadap program sekolah lestari dan sertakan gambar foto aktiviti tersebut.

49


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Cadangan Jawapan bagi Soalan (a)

(b)

Jenis masalah/isu/kelemahan yang timbul di sekolah tersebut pada peringkat awal sebelum program dilaksanakan adalah seperti berikut: 

tiada kesedaran dalam kalangan warga sekolah terhadap program sekolah lestari

nilai murni alam sekitar tidak dipraktikkan di sekolah (staf sokongan merokok, murid buang kertas merata-rata di dalam kelas, pekerja kantin guna banyak detergen, dsb.)

pembakaran secara terbuka dilakukan oleh tukang kebun

guru masih menggunakan cawan dan pinggan polisterina

botol plastik tidak diasing dan tidak dikitar semula – prinsip 5R iaitu amalan mesra alam tidak dipraktikkan

sampah sisa makanan (basah) tidak diasingkan daripada sisa pepejal

pembaziran air masih berlaku

pembaziran elektrik dibiarkan berlaku

Antara langkah yang perlu dilakukan oleh pengetua sekolah bagi meningkatkan kesedaran warga sekolah terhadap program sekolah lestari adalah: 

Mewujudkan visi dan misi pendidikan alam sekitar berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Menjadikan pendidikan alam sekitar sebahagian daripada perancangan dalam pengurusan, kurikulum dan ko kurikulum tahunan sekolah

Menubuhkan Jawatankuasa Sekolah Lestari yang terdiri daripada pentadbir, ahli PIBG, guru, staf sokongan dan wakil pelajar

Mewujudkan kerjasama antara pihak sekolah dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS), Bahagian Sekolah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan 50


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Malaysia dan lain-lain agensi kerajaan dan swasta untuk pelaksanaan program-program pendidikan alam sekitar 

Mewujudkan dan memantapkan koleksi bahan bacaan, rujukan dan multimedia alam sekitar di pusat sumber sekolah

Menyediakan sudut maklumat alam sekitar di dalam bilik darjah dan kawasan tertentu di sekolah

Menyebarkan mesej alam sekitar dalam perhimpunan, blog atau laman web

Memberikan pendedahan tentang nilai-nilai alam sekitar kepada ahli PIBG dan memperuntukkan sumber kewangan yang mencukupi dari tabung PIBG untuk membiayai program pendidikan alam sekitar

Menganjurkan bengkel, ceramah dan kursus alam sekitar kepada warga sekolah

Menganjurkan dan melaksanakan kempen kesedaran pendidikan alam sekitar

Mengadakan dan menguatkuasakan peraturan sekolah yang berkaitan dengan alam sekitar

Memastikan pihak pengusaha kantin dan staf sokongan melaksanakan amalan mesra alam dan mengurus pelupusan bahan buangan secara terancang

Merancang, mengurus dan memantau pelupusan sisa buangan berbahaya atau toksik seperti sisa dari makmal Sains, bilik Ekonomi Rumah Tangga (ERT) dan bengkel Kemahiran Hidup (KH) secara selamat melalui peraturan yang telah ditetapkan

Menyediakan laporan panitia untuk memastikan guru panitia melaksanakan pendidikan alam sekitar merentasi kurikulum

Memberikan pengiktirafan kepada individu atau kumpulan yang menyumbang dan terlibat secara aktif dalam melaksanakan program pendidikan alam sekitar

51


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

(c)

A L A T

L A T I H A N

G U R U



Merancang aktiviti penyebaran maklumat kepada masyarakat setempat untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar



Menggalakkan amalan mesra alam 5R, aitu Reduce (kurangkan penggunaan barang pakai buang, kertas tisu dan beg plastic), Reuse (guna semula botol minuman, surat khabar, buku, majalah dan baju lama), Recycle (kitar semula barangan dan melakukan kompos), Repair (baiki semula barangan, tidak membazir) dan Rethink (berfikir semula banyak kali sebelum membeli sesuatu yang mencemarkan alam atau daripada benda hidup yang terancam).

Antara strategi dan peranan yang perlu dimainkan oleh warga sekolah dalam usaha memupuk nilai murni alam sekitar bagi sebuah sekolah lestari adalah: Peranan yang perlu dimainkan oleh warga sekolah dibahagikan kepada empat komponen utama iaitu Jawatankuasa Pengurusan, Jawatankuasa Kurikulum, Jawatankuasa Kokurikulum dan Jawatankuasa Penghijauan mengikut seperti garis panduan sekolah lestari yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Semua pelajar, guru, staf sokongan termasuk pengawal keselamatan hendaklah diberikan peranan dan tanggungjawab masing-masing. Keempat-empat komponen utama hendaklah masingmasing menyediakan pelan tindakan sekolah lestari bagi tempoh lima tahun yang pertama.

52


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

Komponen Pengurusan

Kurikulum

Kokurikulum

Penghijauan

(d)

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Indikator pencapaian 

Misi

Carta organisasi jawatankuasa

Perancangan program

Prasarana pembelajaran

Peruntukan kewangan

Jaringan kerjasama

Pengajaran & pembelajaran

Stesen pengajaran & pembelajaran

Aktiviti kelab, persatuan dan unit beruniform

Projek kesedaran tentang alam sekitar

Pembangunan kaklumat & sebaran

Jaringan antara sekolah

Pembangunan keupayaan

Pertandingan aktiviti lestari seperti kitar semula sisa pepejal

Sistem pelaporan

Pelan tindakan penghijauan

Sistem pengurusan taman

Reka bentuk taman

Proses implementasi penghijauan

Kecekapan dan penjimatan pengurusan sumber

Pemantapan sikap guru, pelajar, kakitangan

Aktiviti debat/drama

Penggunaan produk & teknologi hijau

Projek-projek khas inisiatif warga sekolah termasuk inovasi alam sekitar

Tarikh Pemantauan

Contoh aktiviti yang sesuai bagi menunjukkan komitmen kumpulan terhadap program sekolah lestari adalah seperti kempen membuat bahan bantu mengajar menggunakan bahan terbuang.

53


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Kes

9

PANDUAN MENGAJAR

Hijau Sekolahku Kuyu Mataku Ahamad Shabudin bin Yahaya



A R A S K E S U K A R A N K E S

JENIS KES

An al i t i k a l

2

Konseptual

2

Persembahan

2

Kes Semasa atau Beroperasi

Sinopsis Kes ini adalah berkaitan dengan pelaksanaan Program Hari Hijau Alam Sekitar di sebuah sekolah menengah berasrama di Malaysia. Kes ini menggambarkan suasana, sebelum Program Hari Hijau Alam Sekitar dijalankan, serta situasi dan aktiviti yang telah dilaksanakan oleh warga sekolah semasa Program Hari Hijau Alam Sekitar diadakan. Kes ini ditulis dan diperhatikan dari perspektif seorang pemerhati luar.

54


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Objektif Objektif utama kes ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab dalam kalangan warga sekolah terhadap kepentingan hutan dan tumbuhan-tumbuhan serta amalan hijau melalui pelaksanaan Program Hari Hijau Alam Sekitar. Objektif khusus kes ini adalah seperti berikut: (a)

Pengguna kes dapat membuat analisis secara kritikal untuk mengenal pasti pengetahuan, sikap dan kesedaran warga sekolah terhadap kepentingan hutan dan tumbuhan-tumbuhan sebelum Program Hari Hijau Alam Sekitar dilaksanakan.

(b)

Pengguna kes dapat menilai kekuatan Program Hari Hijau Alam Sekitar yang dilaksanakan di sekolah tersebut.

(c)

Pengguna kes dapat menganalisis bagi mengenal pasti jenis masalah yang timbul pada masa Program Hari Hijau Alam Sekitar dilaksanakan.

(d)

Pengguna kes dapat mencadangkan langkah-langkah untuk menambah baik pelaksanaan Program Hari Hijau Alam Sekitar di sekolah menengah tersebut.

Kumpulan Sasaran Kes ini adalah sesuai untuk semua guru sekolah, guru pelatih, murid sekolah dan juga staf sokongan sekolah.

Strategi Memimpin Kes (a)

Kes ini dilaksanakan dengan menggunakan kaedah pembelajaran stesyen di mana setiap stesyen telah disediakan bahan seperti pen marker pelbagai warna, kertas mahjong dan pita pelekat.

(b)

Kelas dibahagikan kepada kumpulan kecil (4-5 orang satu kumpulan) oleh pemimpin kes.

(c)

Setiap kumpulan dikehendaki melantik seorang pencatat dan ketua kumpulan serta bergerak ke stesen masing-masing.

(d)

Setiap kumpulan diberikan kajian kes ini untuk dikaji dan dibincangkan. Antara soalan yang perlu dibincangkan dalam masa 40 minit adalah:

55


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

(i)

Bagaimanakah pengetahuan, sikap dan kesedaran warga sekolah terhadap kepentingan hutan dan tumbuhan-tumbuhan sebelum Program Hari Hijau Alam Sekitar dilaksanakan?

(ii)

Apakah kekuatan Program Hari Hijau Alam Sekitar yang dilaksanakan di sekolah tersebut?

(iii)

Kenal pasti jenis masalah timbul pada masa Program Hari Hijau Alam Sekitar dilaksanakan.

(iv)

Cadangkan langkah-langkah untuk menambahbaik pelaksanaan Program Hari Hijau Alam Sekitar di Sekolah Menengah Tunas Bakti.

(e)

Ketua setiap kumpulan akan mendapatkan jawapan daripada semua ahli secara bergilir-gilir dalam bulatan.

(f)

Setiap jawapan akan dicatat oleh pencatat pada kertas mahjong yang ditampal di stesen masing-masing.

(g)

Setiap wakil kumpulan akan menjelaskan jawapan kumpulan masingmasing kepada kumpulan lain dan pemimpin kes semasa sesi pembentangan.

Cadangan Soalan Perbincangan (a)

Bagaimanakah pengetahuan, sikap dan kesedaran warga sekolah terhadap kepentingan hutan dan tumbuhan-tumbuhan sebelum Program Hari Hijau Alam Sekitar dilaksanakan?

(b)

Apakah kekuatan Program Hari Hijau Alam Sekitar yang dilaksanakan di sekolah tersebut?

(c)

Kenal pasti jenis masalah yang timbul pada masa Program Hari Hijau Alam Sekitar dilaksanakan.

(d)

Cadangkan langkah-langkah untuk menambah baik pelaksanaan Program Hari Hijau Alam Sekitar di Sekolah Menengah Tunas Bakti.

56


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Cadangan Jawapan bagi Soalan (a)

Pengetahuan, sikap dan kesedaran warga sekolah terhadap kepentingan hutan dan tumbuhan-tumbuhan sebelum Program Hari Hijau Alam Sekitar dilaksanakan adalah seperti berikut:  Tukang kebun tidak menjaga pokok dan menyiram hanya setiap dua hari sekali  Sebilangan guru tidak berminat untuk menanam pokok dan membina taman sains  Murid mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang kepentingan hutan  Terdapat guru yang mengajar cara menanam pokok secara teori sahaja  Terdapat guru yang tidak mengajar murid membuat kompos secara praktikal  Terdapat warga sekolah yang tidak mempunyai kesedaran untuk membantu menjaga pokok (pokok dibiarkan rosak, dipotong dan dipijak sesuka hati oleh orang luar)

(b)

Kekuatan Program Hari Hijau Alam Sekitar yang dilaksanakan di sekolah tersebut adalah seperti berikut:  Pengetua datang awal ke sekolah  Tetamu jemputan hadir tepat pada masanya  Semua ahli Jawatankuasa Program Hari Hijau Alam Sekitar datang awal  Perjalanan atur perancangan

cara

program

berlangsung

tepat

seperti

 Ucapan perasmian tetamu jemputan selaras dengan tema program  Jabatan Perhutanan komited membekalkan anak benih pokok bagi tujuan program hijau

57


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

(c)

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Jenis masalah yang timbul pada masa Program Hari Hijau Alam Sekitar dilaksanakan adalah seperti berikut:  Pengumuman memakai baju hijau dilakukan di saat akhir dua hari sebelum program dijalankan menyebabkan sebilangan warga sekolah tidak memakai baju berwarna hijau  Pengumuman membawa cangkul dan peralatan menanam pokok juga dilakukan pada saat akhir  Pegawai Protokol datang lewat tanpa membawa teks ucapan  Taklimat tentang perjalanan program tidak dilakukan pegawai protokol sebaliknya dilakukan oleh Pengetua  Pengurus Acara tidak di lantik dalam ahli jawatankuasa Program  Pegawai Protokol kurang memainkan peranan  Kerusi untuk guru tidak mencukupi menyebabkan sebilangan guru berdiri  Pelan susun atur khemah dan kerusi telah diubah sebanyak tiga kali dan berbeza daripada pelan yang diputuskan dalam mesyuarat  Jamuan makan untuk semua warga sekolah sepatutnya diadakan sebaik tamat acara perasmian (lebih kurang 10.30 pagi)  Pembaziran makanan tengah hari telah berlaku kerana banyak guru telah pulang ke rumah  Kotak air mineral ditinggalkan di tepi pokok yang ditanam  Tidak semua guru sekolah menanam pokok  Staf sokongan tidak dilibatkan dalam program  Polibeg hitam bekas anak pokok bertaburan di kawasan penanaman pokok

58


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

(d)

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Langkah-langkah untuk menambah baik pelaksanaan Program Hari Hijau Alam Sekitar di Sekolah Menengah Tunas Bakti adalah seperti berikut:  Mengadakan mesyuarat pasca nilai bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan Program Hari Hijau Alam Sekitar dilaksanakan  Membuat pengumuman awal tentang pemakaian baju berwarna hijau dan membawa peralatan untuk menanam pokok  Melantik Pengurus Acara bagi mengurus program  Semua perkara yang diputuskan dalam mesyuarat terakhir dipatuhi  Melantik ahli Jawatankuasa Kebersihan bagi memantau kebersihan kawasan sekolah selepas program dijalankan.

59


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

PANDUAN MENGAJAR

Kes

10

Dah Abad ke-21 Yee Sye Foong



A R A S K E S U K A R A N K E S

JENIS KES

An al i t i k a l

2

Konseptual

2

Persembahan

2

Kes Semasa atau Beroperasi

Sinopsis Kes ini menceritakan senario take-off dalam hasrat kita melonjak ke arah pengajaran dan pembelajaran abad ke-21. Senario tersebut merupakan suatu keadaan yang mungkin telah sedia wujud dalam sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah pada hari ini. Senario ini dipaparkan melalui insiden seorang murid yang berbakat dalam muzik tetapi dihalang perkembangan bakatnya oleh guru yang serba ketinggalan zaman.

Objektif Objektif utama kes ini adalah untuk mengetengahkan beberapa kelemahan yang mungkin wujud yang menjadi penghalang kepada kemajuan sistem pendidikan kebangsaan selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025. Objektif khusus kes ini adalah seperti berikut:

60


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

(a)

Pengguna kes dapat membuat refleksi kendiri tentang kemungkinan wujudnya kelemahan yang tidak disedari yang menghalang kemajuan anak murid mereka

(b)

Pengguna kes dapat menyedari unsur-unsur utama pengajaran dan pembelajaran abad ke-21

(c)

Pengguna kes dirangsangkan untuk memajukan diri sendiri supaya dapat kekal relevan kepada sistem pendidikan global selain sistem pendidikan tempatan dan kebangsaan

Kumpulan Sasaran Kes ini adalah sesuai untuk guru muzik sekolah rendah secara khususnya dan semua warga pendidik termasuk mereka yang terlibat dalam pengurusan pendidikan secara amnya.

Strategi Memimpin Kes (a)

Pemimpin kes mengedarkan kes kepada pengguna kes seminggu sebelum waktu interaksi.

(b)

Setiap pengguna kes secara individu mengkaji dan menjawab soalan perbincangan secara jujur dan ikhlas.

(c)

Pengguna kes perlu mencari maklumat, jika diperlukan, daripada Internet atau Perpustakaan.

(d)

Pada masa interaksi seminggu kemudian, setiap pengguna kes perlu berkongsi dengan rakan pengguna kes yang lain tentang apa yang anda telah pelajari daripada kajian kes ini.

Cadangan Soalan Perbincangan (a)

Beena terfikir, “Kalau cikgu ajar bunyi jenis not muzik ini sebelum nama dan ejaannya, kan senang saya faham.� Adakah anda bersetuju dengan pendapat Beena ini? Beri sebab bagi jawapan anda.

61


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

(b)

(c)

(d)

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Cikgu Muz marah terhadap Beena dan menganggap Beena sebagai murid ‘bermasalah’ yang suka mebetulkan cikgu. (i)

Pada pendapat anda, adakah Beena ataupun Cikgu Muz yang ‘bermasalah’?

(ii)

Mengapakah Cikgu Muz menganggap Beena sebagai murid ‘bermasalah’?

(iii)

Apakah nasihat yang anda boleh beri kepada Cikgu Muz?

Mengikut Cikgu Daba, dalam abad ke-21, cikgu dan murid bekerjasama secara berpasukan untuk belajar bersama-sama. (i)

Layarilah Internet atau rujuklah bahan di Perpustakaan tentang pengajaran dan pembelajaran dalam abad ke-21. Kenal pasti unsur utama yang mencirikan pengajaran dan pembelajaran dalam abad ke21.

(ii)

Pada pendapat anda, apakah maksud Cikgu Daba dengan pernyataan tersebut?

(iii)

Buat penilaian kendiri tentang pendekatan yang digunakan untuk mengajar anak murid untuk menentukan sejauh mana pendekatan tersebut selaras dengan pengajaran dan pembelajaran dalam abad ke21.

Buat satu pelan tindakan untuk menangani cabaran pengajaran dan pembelajaran dalam abad ke-21.

Cadangan Jawapan bagi Soalan (a) Pendapat Beena adalah betul kerana muzik adalah berkait dengan bunyi. Oleh itu, guru muzik seharusnya mengajar bunyi dahulu sebelum simbol yang mewakili bunyi tersebut. Hal ini juga boleh digeneralisasikan kepada pengajaran dalam mata pelajaran yang lain. Sebagai contohnya, guru sains seharusnya mengajar tentang benda hidup dan apa benda hidup tersebut makan sebelum mengajar atau menyebut ‘rantai makanan’. Guru pendidikan moral seharusnya mengajar tentang amalan bekerjasama sebelum menyatakan perkataan ‘bekerjasama’. Guru kimia seharusnya mengajar tentang kewujudan jirim yang sangat halus sebelum menyebut istilah ‘atom’. Yang menjadi trend hari ini adalah guru mengajar istilah atau definisi dahulu. Cara ini memaksa murid menerima sesuatu yang kurang bermakna, yakni pembelajaran berfikrah tidak berlaku. Para pendidik seharusnya bertanya diri sendiri mengapakah guru perlu mengajar daripada

62


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

perkara yang khusus kepada perkara yang umum, iaitu daripada pengetahuan sedia ada kepada pengetahuan baharu. Hal ini berkait dengan fahaman konstruktivisme. Seterusnya, guru seharusnya bertanya diri sendiri apakah pendekatan yang mereka gunakan. (b) (i) Beena suka bertanya kerana bersifat ingin tahu (suatu ciri semula jadi yang baik) dan mindanya cergas membina makna daripada maklumat baharu mengikut teori konstruktivisme. Cikgu Muz bersifat egosentrik iaitu hanya melihat daripada sudut pandangan dirinya sendiri. Sebagai seorang guru, dia seharusnya memenuhi keperluan anak muridnya. Jika ilmu pengetahuannya cetek, seorang guru seharusnya rajin menimba ilmu baharu supaya tidak ketinggalan berbanding dengan muridnya. Yang bermasalah sebenarnya ialah Cikgu Muz. (ii) Kikiskan sifat angkuh dan mula menambah baik diri sendiri. Jangan menjadi penghalang kepada kemajuan murid kerana ego sendiri.

(e)

Ilmu pengetahuan berkembang dengan pesat sekali dalam abad ke-21. Apa yang terkini hari ini sudah ketinggalan zaman keesokan harinya. Oleh itu, guru dan murid hendaklah bersama-sama meneroka dan mencari makna bagi ilmu pengetahuan yang cepat berubah. Inilah pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 yang tiada lagi sempadan antara negara-negara mahupun antara cikgu dengan murid.

63


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

PANDUAN MENGAJAR

Kes

11

Betulkan yang Biasa dan Biasakan yang Betul Rashida binti Awang Noreha binti Sarkawi



A R A S K E S U K A R A N K E S

JENIS KES

An al i t i k a l

3

Konseptual

2

Persembahan

2

Kes Peristiwa Kritikal

Sinopsis Kes ini mengetengahkan masalah sikap pelajar suatu program lepasan ijazah semasa mereka ditugaskan mengurus penggelolaan aktiviti olahraga di bawah kursus Olahraga. Ketua kumpulan ialah orang yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan kelancaran perjalanan kelas ini. Sebagai ketua kumpulan, beliau terpaksa berhadapan dengan karenah ahli kumpulan dan pensyarah yang mengajar kursus tersebut. Pensyarah berkenaan telah berusaha untuk membentuk sikap yang positif dalam kalangan pelajar dengan memberi tugasan yang sesuai. Namun begitu, senario yang dihuraikan dalam kes ini jelas menunjukkan bahawa pelajar mempunyai banyak masalah dari segi kemahiran pengurusan kelas.

64


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Objektif Objektif utama kes ini adalah untuk pengguna kelas mengaplikasikan ilmu pengetahuannya dalam mengurus pengelolaan aktiviti olahraga. Objektif khusus kes ini adalah seperti berikut: (a)

Membolehkan pengguna mengenal pasti dan menganalisis masalah yang dihadapi

(b)

Membolehkan pengguna kes mengenal pasti punca masalah

(c)

Membolehkan pengguna kes mencadangkan penambahbaikan dalam cara pengurusan aktiviti olahraga

Kumpulan Sasaran Kes ini adalah sesuai untuk semua pelajar di institusi perguruan.

Strategi Memimpin Kes (a)

Kes ini diberikan kepada pengguna kes sebelum kelas bermula atau di berikan ruang waktu untuk pelajar memahami kes.

(b)

Pengguna kes dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang sesuai. Masa diberikan untuk perbincangan secara berkumpulan untuk menganalisis masalah dan mengenal pasti puncanya..

(c)

Pengguna kes membuat skrip lakonan senario yang seharusnya berlaku selepas interksi pertama di stadium.

(d)

Pengguna kes dan pemimpin kes berbincang dan memberi komen.

Cadangan Soalan Perbincangan (a)

Analisiskan senario sebelum pelajar bertolak ke stadium dan senario semasa pelajar berada di stadium untuk mengenal pasti masalah dan punca pengurusan kelas yang tidak berkesan. Jawapan anda hendaklah daripada perspektif:

65


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

(b)

A L A T

L A T I H A N

(i)

Amin selaku Ketua Kumpulan

(ii)

Pelajar lain dalam kelas

(iii)

Pensyarah selaku fasilitator

G U R U

Cadangkan perubahan sikap yang diperlukan bagi: (i)

Amin

(ii)

Pelajar lain dalam kelas

(iii)

Pensyarah yang mengajar kursus tersebut

(c)

Senaraikan tindakan Amin yang diambil bagi melicinkan pengurusan penilaian olahraga.

(d)

Buat jadual banding beza bagaimana penurunan maklumat dilakukan sebelum dan selepas ditegur oleh Pn. R.

(e)

Merujuk kepada petikan yang berbunyi “kelihatan Amin sedang bercakap dengan bersungguh-sungguh kepada rakan-rakannya yang berkumpul�, pada pandangan anda apakah yang sedang berlaku dan huraikan dengan lengkap.

Cadangan Jawapan bagi Soalan 1 (a)

Masalah yang timbul dan punca pengurusan kelas tidak berkesan - Ketua kumpulan tidak menjalankan peranannya sebagai penggerak dan penyebar maklumat yang tepat. - Pelajar tidak menjalankan tangungjawab sebagai pelajar dan membantu melicinkan kelas. - Suka membuat andaian dengan melakukan kebiasaan yang belum tentu betul. i) Selaku ketua kumpulan 

Tidak mendapatkan maklumat yang tepat dari sumber utama (pensyarah)

66


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Tidak melantik pembantu bagi memastikan maklumat dapat diturunkan kepada pelajar lain

ii) Selaku pelajar  Mengharapkan orang lain yang bertindak bagi pihaknya.  Tidak bertanggung jawab iii) Pensyarah  Membuat andaian pelajar lulusan universiti :*dapat menguruskan kelas dengan baik. *mempunyai kepimpinan yang boleh diteladani. oberwibawa menguruskan kelas olahraga oboleh menyelesaikan masalah (b) Cadangan perubahan sikap i) Amin – menjadi ketua yang bertanggung jawab, berwiba dan berketrampilan - Boleh memberikan arahan dengan jelas. - Bijak dalam memilih orang lain bagi menurunkan kuasa bagi membantu melicinkan tugasan. ii)Pelajar – proaktif dalam bertindak memberikan kerjasama iii)Pensyarah – tidak boleh membuat andaian terhadap keupayaan pelajar tanpa mengenalinya terlebih dahulu. -Meletakkan KPI yang tinggi hanya kerana lulusan universiti. c) Tindakan Amin -Bertindak memperbaiki kesilapannya dengan membentuk j/kuasa. -Berjumpa dengan pengurusan IPG bagi menguruskan peminjam alatan. -Membuat perjumpaan atau taklimat bersama semua pelajar bagi menjelaskan tugas setiap pelajar -Menelefon Puan R bagi memastikan maklumat yang diterima adalah benar dan semua maklumat penting dapat diterima.

67


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

d)

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Banding bezakan cara penurunan maklumat sebelum dan selepas perjumpaan pertama.

Bil

Sebelum

Selepas

1.

Menyampaikan maklumat kepada seorang wakil sahaja

1.

Menyampaikan maklumat kepada wakil setiap ketua dan menurunkan kuasa.

2.

Menerima maklumat bukan dari sumber utama dan menyebarkannya.

2.

Menghubungi punca sumber maklumat yang sebenar dan disahkan benar sebelum disebarkan.

3.

Mengunakan sms dan email hanya pada rakan yang ada dalam simpanannya

3.

Menggunakan sms, emel serta membuka blok group serta facebook. Semua kemudahan diguna pakai.

4.

Mendengar kabar angin

4.

Tidak mendengar khabar angin, mengadakan perbincangan sebelum keputusan dibuat

5.

Menjadikan pandangan sendiri hasil kebiasaan sebagai fakta atau (maklumat sebenar)

5.

Hanya maklumat yang disahkan benar disebarkan.

6.

Tidak memastikan hanya maklumat yang lengkap dihantar.(SMS yang dihantar tidak menyatakan tarikh ,masa dan pakaian) perkataan “ seperti jadual yang ditetapkan� adalah tidak lengkap.

6.

Tidak menjadikan yang biasa itu sebagai kebiasaan tetapi membiasakan yang betul

68


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

PANDUAN MENGAJAR

Kes

12

Belajar Tajweed Ke Belajar Tafsir Dulu Ustazah? Sarimah binti Mokhtar



A R A S K E S U K A R A N K E S

JENIS KES

An al i t i k a l

2

Konseptual

2

Persembahan

2

Kes Semasa

Sinopsis Isu yang menjadi perbahasan di sini ialah berkaitan persoalan tentang mana yang perlu didahulukan sama ada perlu belajar tajwid dulu atau belajar Tafsir dulu.......10 orang pensyarah perempuan yang menghadiri kelas ini, termasuk saya sebagai fasilitator, tertanya-tanya mana yang lebih utama, nak belajar tajwid dulu ke belajar Tafsir..? Antara sebahagian pendapat yang diketengahkan bersetuju untuk belajar Quran dan tajwid dulu sebab masing-masing nak betulkan bacaan al-Quran. Maklumlah kata mereka...bacaan kami masih ada yang tak jelas dan berterabur ni ustazah!..ada pulak yang kata...tajwid pun saya tak pernah belajar, baru dengar hari ni....masyaAllah..berat tu masalah ni.....manakala yang sebahagian lagi menyokong padu kiranya lebih baik dimulakan dulu belajar Tafsir Quran kerana mudah nak memahami penghayatan amalan Islam di kalangan umat Islam dalam memahami kitab panduan yang diturunkan iaitu al-Quran dalam bahasa Arab. Isu pertama, berkaitan dengan persoalan yang 69


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

ditimbulkan adalah mana yang lebih dulu untuk dipelajari, sama ada belajar tajwid atau belajar Tafsir al-Quran terlebih dahulu. Kedua-duanya sama penting. Tapi...persoalannya...yang mana dulu nak belajar? Membaca al-Quran dengan bertajwid sangat dituntut, apatah lagi lebih utama sebagai umat Islam perlu memahami mesej yang tersurat dan tersirat dalam kitab al-Quran sebagai panduan yang perlu diterjemah dan diamalkan dalam kehidupan seharian sebagai individu Muslim yang berkualiti...nampak kedua-duanya penting,..tapi dalam masa singkat kelas ini diadakan pada 2 kali seminggu, iaitu hari Selasa dan Jumaat antara pukul 12.00 hingga 2.00 petang yang diperuntukkan ini dengan seorang ustazah iaitu Ustazah Sarimah Mokhtar (JPIPK) sebagai tenaga pengajar.......waduh! yang mana satu yang perlu didahulukan?

Objektif Objektif utama kes ini adalah untuk mencungkil cadangan dan idea bernas dari para penyarah perempuan (pengguna kes) yang terlibat secara sukarela untuk membantu memikirkan kelas mana yang patut didulukan; Quran Tajwid atau Tafsir dulu. Objektif khusus kes ini adalah seperti berikut: (a) Pengguna kes perlu menganalisis secara kritikal kepentingan keutamaan antara kedua-dua bidang yang perlu lebih dahulu dipelajari sama ada belajar baca Quran bertajwid dulu ke belajar Tafsir Quran dulu. (b) Pengguna kes dapat mencari jalan penyelesaian bagi masalah tersebut (c) Pengguna dapat memahami kepentingan ilmu al-Quran, Tajwid dan tafsir untuk pembentukan amalan penghayatan Islam setiap individu (d) Menyatakan konten/isi kandungan pelajaran Quran,Tajwid dan Tafsir Quran (e) Menyatakan strategi, teknik dan kaedah belajar Quran, Tajwid dan Tafsir Quran supaya mudah difahami berpandukan kitab panduan yang berbentuk inovatif “iaitu hukum tajwid bernombor�. (f) Pengguna kes dapat mengaplikasi ilmu yang dipelajari dalam kehidupan seharian secara individu dan kumpulan. (g) Mengeratkan silaturrahim antara sesama rakan sejawat dan membina jama’ah, team work atau kerja berpasukan serta membolehkan pengguna mengenal pasti dan menganalisis masalah yang dihadapi

70


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Kumpulan Sasaran Kes ini adalah sesuai untuk pensyarah perempuan, pelajar Islam di IPG, staf sokongan yang beragama Islam.

Strategi Memimpin Kes (a)

Menggunakan kaedah pembelajaran secara “halaqah” atau kooperatif jenis ‘round-robin-brainstorming’

(b)

Kelas dibahagikan kepada kumpulan kecil satu kumpulan halaqah yang diketuai oleh seorang Naqibah/ pemimpin kes.

(c)

Melantik seorang ketua kumpulan, penolong ketua kumpulan dan pencatat.

(d)

Setiap kumpulan diberikan kajian ini untuk dibincangkan dan berfikir

(e)

Membaca Quran bergilir-gilir dalam kumpulan, manakala yang lain menyemak dan menegur kesalahan bacaan dengan dipantau oleh Naqibah/pemimpin kes.

(f)

Setiap teguran akan dibuat pembetulan bacaan secara terus dan dibaiki bersama-sama bagi yang ada pengetahuan sedikit dan akan dibantu oleh Naqibah/ pemimpin kes.

(g)

Naqibah /pemimpin kes mengedarkan nota ‘Peta Minda hukum Tajwid’ untuk mudah difahami

(h)

Naqibah / pemimpin kes memperkenalkan buku panduan khusus berbentuk inovatif iaitu ‘Buku panduan Tajwid bernombor’ yang mengandungi Jilid 1 hingga Jilid 10 yang lebih mudah difahami yang dimuatkan bersama Ilmu Tafsir al-Quran sekailgus.

(i)

Menghasilkan buku catatan refleksi secara individu dan kumpulan daripada semua yang terlibat, sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Membuat kesimpulan untuk menjawab persoalan ,”BELAJAR TAJWEED KE BELAJAR TAFSIR DULU USTAZAH……..? Kes ini diberikan kepada pengguna kes sebelum kelas bermula atau diberikan ruang waktu untuk pengguna kes memahami kes.

71


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Cadangan Soalan Perbincangan (a)

Apakah jenis-jenis masalah/isu/kelemahan yang timbul pada peringkat awal sebelum kelas ini dilaksanakan?

(b)

Apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh Naqibah/pemimpin kes bagi meningkatkan kesedaran kefahaman tentang ilmu Quran, Tajwid dan Tafsir?

(c)

Bagaimanakah strategi dan kaedah yang perlu digunakan untuk mudah memahami ilmu-ilmu tersebut secara sekali gus?

(d)

Bagaimanakah bentuk pelan tindakan susulan untuk memastikan kelas yang dibuat ini terus dikekalkan dan dimantapkan dari semasa ke semasa?

72


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Kes

13

PANDUAN MENGAJAR

Best Giler ‌ Macam-macam Ada! Soon Yean Wan Zawaiah Bahrom Zailani Yaacob Abdul Hamid Tan



A R A S K E S U K A R A N K E S

An al i t i k a l

1

Konseptual

1

Persembahan

1

JENIS KES Kes Semasa

Sinopsis Kes ini memfokuskan kepada masalah pelaksanaan PdP yang tidak mampu menarik perhatian pelajar terhadap mata pelajaran Matematik. Guru Penolong Kanan akademik seharusnya bertindak untuk mengesan punca dan menangani masalah ini. Beberapa pertemuan dan perbincangan diadakan secara langsung dan tidak langsung bagi memberikan input yang dapat membantu menghasilkan cadangan-cadangan penambahbaikan PdP agar lebih berkesan.

73


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Objektif Keutamaan objektif adalah untuk memastikan minat murid terhadap sesuatu mata pelajaran dalam PdP yang menarik menerusi perkara-perkara berikut. (a)

Membolehkan pengguna kes mengenal pasti masalah yang dihadapi dalam kalangan guru terhadap mata pelajaran yang diajar.

(b)

Membolehkan pengguna kes memahami keperluan guru menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran yang diajar.

(c)

Melihat keperluan mempelbagaikan pendekatan PdP bagi menarik minat pelajar.

(d)

Memahami keperluan menerapkan konsep Seni Dalam Pendidikan dalam mata pelajaran yang diajar.

Kumpulan Sasaran Kajian kes ini sesuai untuk guru-guru dan bakal guru memantapkan kemahiran PdP di dalam kelas. Pengguna akan menggunakan pengetahuan ini bagi mempelbagaikan pendekatan PdP agar menjadikannya lebih menarik dan berkesan.

Strategi Memimpin Kes (a)

Kes ini diedarkan untuk perbincangan pelajar seminggu lebih awal.

(b)

Kelas diminta untuk membuat aktiviti main peranan bagi kes yang dibincangkan. Dengan membahagikan kepada kumpulan kecil seramai empat ke lima orang, setiap kumpulan akan membuat analisis secara kritikal bagi setiap perlakuan watak individu dalam kes ini. Akhir sekali sesi percambahan idea bagi mengatasi serta memperbaiki masalah ini.

Cadangan Soalan Perbincangan (a)

Kenal pasti dan analisis secara kritis faktor-faktor yang mempengaruhi ketidakberkesanan kaedah PdP yang menyumbang kepada perlakuan murid. Jawapan perlu mengambil kira pandangan daripada kumpulan berikut;

74


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

(i) Murid (ii) Guru (iii) Pengurusan sekolah. (b)

Dalam mengaplikasikan analisis keperluan kemahiran melaksanakan PdP, apakah potensi yang perlu ada untuk meningkatkan prestasi kerja guru?

(c)

Adakah anda fikir, setiap guru telah diberikan pendedahan melalui latihan dan perkembangan staf tentang cara mempelbagaikan kaedah PdP?

(d)

Buat analisis tentang masalah yang dihadapi oleh pihak pengurusan jika perkara ini berlarutan dan cadangan penyelesaian masalah.

(e)

Apakah latihan-latihan relevan yang perlu diikuti oleh guru bagi meningkatkan prestasi PdP yang bakal anda gunakan?

Cadangan Jawapan bagi Soalan 1.

Faktor yang menyumbang kepada ketidakberkesanan cara penyampaian P&P guru adalah seperti berikut :

Perspektif Murid 1. Guru mengajar menggunakan kaedah yang sama bagi setiap topik. 2. Aktiviti yang dijalankan tidak menyeronokkan. 3. P&P terlalu serius dan terlalu berpusatkan guru. 4. P&P terlalu berorientasikan peperiksaan serta mengejar sukatan.

Perspektif Guru 1. Kurang pendedahan tentang kaedah mempelbagaikan aktiviti dalam P&P. 2. Tiada kemahiran untuk mengintergrasi menyeronokkan murid.

elemen seni

yang lebih

3. Tekanan daripada pihak sekolah untuk menghabiskan sukatan meningkatkan prestasi pencapaian murid.

75

serta


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Perpektif Pengurusan Sekolah 1. Guru kurang berminat untuk mempelbagaikan teknik P&P. 2. Guru masih terpengaruh dengan teknik P&P tradisional. 3. Sekolah kekurangan peruntukan untuk menganjurkan kursus berkaitan.

76


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Lampiran A Jenis-jenis Kajian Kes

Kes Masalah atau Keputusan

Kes Ilustratif

- biasanya huraian situasi sebenar iaitu realistik

- menunjukkan kaedah/ prosedur/proses

- capaian kepada maklumat tambahan mungkin

- tidak memerlukan keputusan tetapi membantu

sukar

pengguna memahami kaedah/prosedur/proses

- membuat keputusan berdasarkan

dalam konteksnya yang praktikal

pertimbangan sendiri

Kes Sejarah

Kes Semasa atau Beroperasi

- memberi huraian lengkap apa yang terjadi

- kes bedah siasat atau pasca nilai

termasuk tindakan dan keputusan pihak yang

- merenung kembali isu semasa dengan

berkenaan

tujuan mengenal pasti sebab masalah

- mungkin cerita kejayaan atau kegagalan

timbul dan mencari penyelesaian untuk

- menjawab soalan, "Apa yang sepatutnya

mengatasi masalah

dilakukan?"

Kes Peristiwa Kritikal

- situasi telah pun berlaku - peristiwa kemuncak isu dihuraikan untuk dikaji - keputusan sebenar atau akibat dimaklumkan untuk perbandingan - maklumat tambahan dibekalkan jika diminta

77


P A N D U A N M E N G A J A R K A J I A N K E S S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Lampiran B Kesukaran Kes Aras 1

Aras 2

Aras 3

DIMENSI ANALITIKAL Melibatkan pemikiran kritis dan kemahiran penyelesaian masalah

Inilah masalahnya dan inilah penyelesaiannya.

DIMENSI KONSEPTUAL Melibatkan teori/ konsep/teknik yang diperlukan untuk memahami kes supaya dapat mencari penyelesaian

 Pengguna kes boleh memahami konsep dengan mengkaji kes yang diberi

 Pengguna kes memerlukan penjelasan konsep melalui perbincangan atau ulasan

 Satu konsep atau kombinasi konsep yang sukar difahami

DIMENSI PERSEMBAHAN Melibatkan penstrukturan maklumat dan kepentingan serta kerelevanan maklumat

 Kes yang pendek

 Maklumat tidak disusun mengikut urutan

 Kes yang panjang

Apakah penyelesaian lain yang boleh dipertimbangkan?

 Maklumat disusun mengikut format yang mudah  Hampir semua maklumat adalah relevan

 Inilah masalahnya.  Carilah penyelesaian yang sewajarnya.

 Ada maklumat yang senjaga dicicirkan  Ada maklumat yang tidak relevan dimasukkan

78

 Inilah situasinya.  Apakah masalahnya?  Apakah penyelesaiannya?

 Maklumat yang diberi perlu disusun semula  Banyak maklumat yang tidak relevan


INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Kampus Pendidikan Teknik

KAJIANKES

Sebagai AlatLatihanGuru


IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

KAJIAN KES Sebagai Alat Latihan Guru

 Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik Kompleks Pendidikan Nilai • 71760 Bandar Enstek, Negeri Sembilan D.K. http://www.ipteknik.edu.my Telefon 606.797.9600 • Faks 606.797.9699 Terbitan Pertama: 2013

Semua hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan dalam sebarang bentuk dengan apa-apa cara sekalipun termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau sebagainya tanpa keizinan daripada penerbit. ISBN 978-967-12128-4-4


Jadual Kandungan Kata Pengantar Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendididikan Teknik Pengenalan Kajian Kes sebagai Alat Latihan Guru Cara menggunakan buku ini Keliru + Keliru = ? Dilema Siapa suruh aku ajar PJ? English for Fun Menepati Masa Amalan Integriti Mentor Pembina Insan Guru! Ala … Cakap Je! Lestari…Oh…Opss…Lestari Hijau Sekolahku Kuyu Mataku Dah Abad ke-21 Betulkan yang Biasa dan Biasakan yang Betul Belajar Tajweed Ke Belajar Tafsir Dulu Ustazah? Best Giler … Macam-macam Ada! Lampiran

1 3 3 5 9 13 27 30 33 37 52 55 64 74 77 83 86 91


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Kata Pengantar Muhammad bin Ab Rahman, Ph.D. Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik

A

ssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya, saya diberi kesempatan merakamkan sepatah dua kata dalam buku KAJIAN KES SEBAGAI ALAT LATIHAN GURU bersama dengan PANDUAN MENGAJAR yang diterbitkan oleh IPG Kampus Pendidikan Teknik. Saya sangat gembira melihat kreativiti dan daya usaha para pensyarah yang terlibat dalam penulisan buku ini serta kesungguhan mereka untuk menghasilkan kajian kes sebagai alat latihan guru yang asli dan unik. Seterusnya, buku ini dapat menyumbang kepada bidang pendidikan guru. Semangat kerjasama juga jelas ketara dipamerkan antara para pensyarah dalam menyiapkan penulisan kajian kes mengikut bidang kepakaran masing-masing. Tumpuan pendidikan hari ini bukan sahaja kepada pemerolehan ilmu pengetahuan tetapi juga pembangunan kemahiran berfikir aras tinggi. Hal ini menuntut inovasi dalam pedagogi pendidikan guru supaya dapat menghasilkan guru yang mampu mendidik anak murid kita sehingga diiktiraf pada peringkat global. Dalam erti kata yang lain, jika kita ingin membangunkan tahap pemikiran anak murid, kita seharusnya memperkasa dulu keupayaan pemikiran guru kita. Oleh itu, pedagogi yang sedia ada perlu diinovasikan supaya mampu mencapai hasrat ini. Sesungguhnya, banyak disiplin telah mengaplikasikan kajian kes sebagai alat latihan. Sebagai contohnya, bidang perubatan, perundangan, perniagaan, pentadbiran awam, dan kemanusiaan. Kajian kes sebagai alat latihan juga boleh digunakan dalam bidang pendidikan. Buku ini mengandungi sebanyak 13 kajian kes yang boleh digunakan untuk melatih guru kita menguasai sesuatu konsep atau teori dengan berfikir secara kritis pada aras pemikiran yang tinggi dalam suatu situasi sebenar. Penggunaan kajian kes sebagai alat latihan adalah suatu teknik mengajar yang berkesan kerana memerlukan pelajar terlibat secara aktif untuk mengesktrak ilmu pengetahuan 1


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

daripada kes yang dikaji. Dengan cara sedemikian, mereka mempelajari konsep atau teori yang berkait dengan kes tersebut. Hal ini kerana kajian kes merupakan ‘kenderaan’ yang membawa satu bahagian realiti ke dalam bilik darjah untuk dikaji bersama-sama oleh pengguna kes dan pemimpin kes. Perbincangan dapat dicetuskan apabila meneroka isu kompleks yang dihadapi dalam situasi hidup sebenar. Pengaplikasian ilmu pengetahuan ini kepada konteks kerja atau dunia yang sebenar dapat mengasah minda pelajar untuk berfikir secara induktif untuk merapatkan teori dan amalan serta sekolah dan alam pekerjaan. Kes yang digunakan sebagai alat latihan biasanya mempaparkan suatu kerangka senario untuk dianalisis. Pelajar yang mengkaji kes ini dapat membangunkan kemahiran menaakul, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam situasi yang kompleks yang penuh dengan ambiguiti atau kekaburan. Kerap kali pelajar akan menggunakan alat untuk membuat analisis, sama ada kuantitatif atau kualitatif, mengikut kesesuaian kes yang dikaji. Latihan seperti ini mengasah pemikiran deduktif kerana memerlukan mereka mengenal pasti parameter sesuatu masalah, mengecam dan menjelaskan sesuatu kedudukan, menilai hala tuju tindakan yang diambil serta membuat hujah untuk menjustifikasikan sesuatu sudut pandangan. Saya sangat terharu dengan celik akal dan kreativiti para pensyarah di IPG Kampus Pendidikan Teknik yang telah menulis kajian kes dalam bidang kepakaran masingmasing untuk dijilidkan dalam buku ini. Inovasi ini seharusnya disebarkan seluasluasnya selaras dengan visi Institut Pendidikan Guru sebagai peneraju kecemerlangan pendidikan guru. Usaha juga perlu dicurahkan untuk memperbanyak lagi hasil penulisan seperti ini supaya dapat dikongsikan dengan warga pendidik guru yang lain. Saya mengesyorkan penggunaan buku dalam program perguruan praperkhidmatan, program perguruan dalam perkhidmatan dan latihan pembangunan profesionalisme keguruan di semua IPG untuk meraih faedah yang optimum daripada inovasi ini. Saya juga berharap kajian penyelidikan akan dilaksanakan untuk menilai keberkesanan buku ini supaya penambahbaikan dapat dibuat dalam edisi-edisi baharu buku ini. Akhir sekali, saya dengan berbesar hati mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan IPG Kampus Pendidikan Teknik kerana usaha yang gigih untuk menerbitkan buku KAJIAN KES SEBAGAI ALAT LATIHAN GURU dan PANDUAN MENGAJAR sebagai suatu inovasi dalam bidang pendidikan guru. Sekian, selamat maju jaya.

MUHAMMAD BIN AB RAHMAN Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik

2


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Pengenalan Kajian Kes Sebagai Alat Latihan Guru

K

ajian kes sebagai alat latihan adalah suatu bentuk pembelajaran berasaskan masalah. Kajian kes ini merupakan contoh yang kompleks yang memberi perspektif yang mendalam atau celik akal (insight) kepada konteks sesuatu dilemma, isu, konflik atau masalah. Hal ini dipaparkan dalam bentuk cerita yang menghuraikan situasi yang realistik dan kompleks dalam konteksnya yang tersendiri. Bahan penulisan untuk kajian kes yang boleh digunakan sebagai alat latihan biasanya berdasarkan pengalaman peribadi penulis, isu semasa, peristiwa yang telah berlaku, dapatan penyelidikan, tinjauan literatur dalam bidang berkenaan dan sebagainya. Kajian kes sebagai alat latihan yang berkesan seharusnya mempunyai ciri-ciri yang berikut: 

Menceritakan suatu kisah yang boleh dipercayai, realistik dan berupaya menarik minat

Membangkitkan suatu isu yang merangsangkan pemikiran

Memaparkan unsur-unsur yang berkonflik

Menimbulkan empati untuk watak utama dalam kes

Tidak memberi jawapan yang jelas

Menggalakkan pendirian terhadap isu berkenaan dan memihak kepada pihak yang dipilih

Membekalkan banyak maklumat tentang watak, konteks, lokasi dan tindakan yang diambil

Ringkas dan padat

Mengandungi data atau maklumat yang perlu dianalisis dan ditafsirkan

Kajian kes dapat mencabar pemikiran pelajar atau pengguna kes kerana jawapan tidak diberikan; malah kes tersebut membangkitkan soalan. Pengguna kes perlu melalui proses membuat keputusan untuk menemui penyelesaian kepada dilemma, konflik atau masalah yang dipaparkan dalam kes tersebut. Selain merangsangkan pemikiran dan membangunkan pelbagai kemahiran, kajian kes juga berupaya menyampaikan konsep teoretikal yang diaplikasikan dalam situasi sebenar; iaitu konsep teoretikal yang rumit 3


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

dikontekstualisasikan untuk memudahkan pemahamannya. Antara faedah menggunakan kajian kes sebagai alat mengajar termasuk: 

Penguasaan ilmu pengetahuan yang khusus kepada situasi yang dipaparkan dalam kes dari segi konsep yang berkait dengan situasi tersebut.

Pembangunan kemahiran untuk menangani isu yang dipaparkan dalam kes. Sebagai contohnya, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran menaakul secara praktik, kemahiran menganalisis, membuat penilaian dan sintesis serta kemahiran interpersonal dan intrapersonal.

Pembangunan kemahiran generik seperti komunikasi, kerja berpasukan, penyelesaian masalah, mengumpul dan menganalisis maklumat, pengurusan masa, dsb.

Memberi latihan untuk membina kemahiran menyelesaikan masalah terutamanya aspek kemahiran yang sangat bernilai apabila diaplikasikan tetapi jarang diberi peluang untuk mengkaji dan mengaplikasikannya dalam dunia sebenar; iaitu membuka peluang untuk menjana ilmu dan kemahiran yang baharu.

Pemupukan sikap dan nilai murni melalui perbincangan dan refleksi kendiri terhadap isu yang dipaparkan dalam kes.

Penglibatan pelajar secara aktif dalam perbincangan yang membantu pembelajaran tingkah laku atau behavioural learning.

Pendedahan pelajar kepada isu sebenar yang bakal mereka hadapi dalam dunia pekerjaan.

Peningkatan minat dan motivasi pelajar dalam bidang berkenaan seterusnya keinginan pelajar untuk terus mengkaji bidang tersebut.

Demonstrasi pengaplikasian konsep teoretikal iaitu merapatkan jurang antara teori dengan amalan.

Fokus adalah pada ‘mengapa’ dan ‘bagaimana’ mengaplikasikan sesuatu konsep atau teori; bukan pada mengingat fakta atau perkara remeh. Hal ini membawa kepada kefahaman konsep atau teori secara mendalam.

Orang dewasa mempunyai motivasi untuk belajar yang berlainan daripada kanak-kanak. Pendekatan androgogi adalah lebih sesuai untuk orang dewasa seperti guru pelatih atau pelajar yang sedang mengikuti program pendidikan guru. Orang dewasa sedar keperluan untuk belajar dan dapat membezakan antara ‘mengetahui’ dengan ‘melaksanakan’. Jika peluang untuk mengaplikasikan konsep atau teori yang baru sahaja dipelajari disediakan, maka mereka dapat melibatkan diri dengan sepenuhnya secara aktif untuk berlatih dan menggunakan pengetahuan baharu. Hal ini menghasilkan pembelajaran berfikrah yang 4


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

berkualiti. Kajian kes sebagai alat latihan guru dapat membekalkan pengalaman belajar seperti ini. Tambahan pula, pengguna kes dapat membandingkan keputusan atau kesimpulan mereka dengan apa yang sebenarnya berlaku untuk memperoleh maklum balas tentang ketepatannya. Pembelajaran dapat diperkasa atau ditingkatkan melalui aplikasi secara serta merta. Akhir kata, kajian kes sebagai alat latihan guru sememangnya sesuai untuk latihan dan pendidikan guru pelatih dalam program praperkhidmatan guru, guru terlatih dalam program dalam perkhidmatan guru dan juga pensyarah institusi pendidikan guru sebagai program pembangunan profesionalisme berterusan.

Cara menggunakan buku ini

P

enerbitan ini ialah hasil penulisan sekumpulan pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik. Kumpulan pensyarah daripada pelbagai bidang kepakaran diketuai oleh Jabatan Penyelidikan & Inovasi Profesionalisme Keguruan. Penerbitan ini terdiri daripada set dua buah buku, iaitu KAJIAN KES SEBAGAI ALAT LATIHAN GURU dan PANDUAN MENGAJAR. Buku KAJIAN KES SEBAGAI ALAT LATIHAN mengandungi 15 kajian kes. Kajiankajian kes tersebut merupakan penulisan fiksyen yang berdasarkan fakta atau peristiwa yang benar-benar telah berlaku. Kajian-kajian kes ini merangkumi beberapa aspek dan bahagian tertentu dalam bidang pendidikan guru. Setiap kes dipersembahkan mengikut struktur umum berikut: 

Latar belakang atau pengenalan kepada kes tersebut

Huraian konteks, pendekatan dan isu yang terlibat

Pembentangan fakta secara objektif tentang senario isu

Huraian sudut pandangan, keputusan dan kepentingan pihak atau watak utama dalam kes

Konsep atau teori yang berkait dengan kes berkenaan

5


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Setiap kajian kes disertai dengan panduan mengajar yang sepadan yang dijilidkan secara berasingan dalam buku PANDUAN MENGAJAR KAJIAN KES SEBAGAI ALAT LATIHAN GURU. Panduan mengajar ini menghuraikan langkah-langkah untuk menggunakan setiap kes dalam bilik darjah. Panduan mengajar ini adalah untuk rujukan pemimpin kes atau fasilitator. Panduan mengajar bagi setiap kes distrukturkan seperti berikut: 

Jenis kes:  Kes Masalah atau Keputusan  Kes Ilustratif  Kes Sejarah  Kes Semasa atau Beroperasi  Kes Peristiwa Kritikal Penjelasan setiap jenis kes ini diberi dalam Lampiran A.

Kesukaran Kes Dipertimbangkan dari tiga dimensi, iaitu Dimensi Analitikal, Dimensi Konseptual dan Dimensi Persembahan. Aras kesukaran setiap dimensi adalah daripada 1 (paling senang) hingga 3 (paling sukar). Penjelasan yang lebih lanjut diberikan dalam Lampiran B.

Sinopsis kes

Objektif pengajaran & pembelajaran kes tersebut

Kumpulan sasar

Strategi menggunakan kes

Cadangan soalan

Jawapan kepada soalan tertentu

Strategi menggunakan kes yang dihuraikan dalam buku PANDUAN MENGAJAR KAJIAN KES SEBAGAI ALAT LATIHAN GURU merupakan cadangan daripada penulis kes. Pemimpin kes adalah bebas untuk menentukan strategi yang paling sesuai dengan pengguna kes dengan berpandukan maklumat kesukaran kes yang diberikan.

6


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Kajian kes dalam buku KAJIAN KES SEBAGAI ALAT LATIHAN GURU boleh digunakan untuk perbincangan dalam kelas atau sebagai kuliah. Pemimpin kes boleh menggunakan keseluruhan kes atau sebahagian daripadanya mengikut objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak dicapai. Pemimpin kes boleh meminta pengguna kes mencadangkan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi atau hanya mengenal pasti parameter masalah. Secara umumnya, pendekatan yang berikut disarankan dalam menganalisis kes yang diberi: 

Apakah isunya?

Apakah tujuan analisis kes yang berkenaan?

Apakah konteks masalah?

Apakah fakta atau maklumat yang perlu dipertimbangkan?

Apakah alternatif bagi pihak yang perlu membuat keputusan?

Apakah syor pengguna kes? Mengapa?

Pemimpin kes juga perlu menilai prestasi pengguna kes dalam melaksanakan tugasan dan aktiviti kumpulan. Penilaian formatif yang berasaskan norma disyorkan untuk menggalakkan pembangunan optimum pengguna kes. Panel penulis dan editor set buku KAJIAN KES SEBAGAI ALAT LATIHAN GURU dan PANDUAN MENGAJAR KAJIAN KES SEBAGAI ALAT LATIHAN GURU berharap pengguna kes dan pemimpin kes yang menggunakan buku-buku ini dapat meraih manfaat yang optimum daripada kajian kes yang dipaparkan. Dengan cara sedemikian, objektif yang tersurat dan tersirat dapat dicapai daripada inovasi pengajaran dan pembelajaran ini. Sekian, selamat maju jaya.

YEE SYE FOONG FAZALI BIN HASHIM KARTINI ABDUL MUTALIB Panel Editor Jabatan Penyelidikan & Inovasi Profesionalisme Keguruan Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik

7


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

8

G U R U


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Kes

1 Keliru + Keliru = ? Wu Kam Yin Azlin binti Mohd Rosdi Salmiah bt Md Salleh

C

ikgu Siti bertukar ke Sekolah Kebangsaan Taman Mawar dua bulan yang lalu. Sekolah ini terletak di kawasan bandar negeri Perak. Beliau diarahkan untuk mengajar matematik Tahun Tiga walaupun beliau mempunyai ijazah dalam bidang Zoologi dengan diploma pendidikan sains dari sebuah institusi pengajian tinggi di Malaysia. Beliau baru empat tahun menceburi dunia pendidikan. Cikgu Siti ialah guru matematik bagi Kelas 3 Setia. Kelas ini merupakan kelas yang ketiga antara lima kelas Tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Taman Mawar. Walaupun murid Kelas 3 Setia tiada masalah disiplin, namun pencapaian akademik murid kelas ini adalah pada tahap sederhana. Kerap kali Cikgu Siti terpaksa mengajar berulang kali topik yang sama kerana muridnya mudah lupa. Masalah ini menyebabkan Cikgu Siti tertekan ditambah dengan beliau tidak ada pengalaman dalam mengajar subjek teras yang penting ini. Beliau terpaksa mengajar subjek tersebut dengan hati yang berat. Setiap hari, dengan pengetahuan yang terhad tentang pengajaran dan pembelajaran matematik, beliau mengajar murid dengan hasrat hanya untuk menghabiskan sukatan pelajaran sahaja. Sehinggalah pada suatu hari, terjadinya insiden ini ...

Dalam bilik darjah Dalam kelas 3 Setia, Cikgu Siti sedang mengajar topik penambahan pecahan kepada murid kelas 3 Setia. Cikgu Siti menulis satu soalan pada papan hitam. Soalan itu ialah 3 2 7  7 ? Cikgu Siti:

Hari ini kita akan belajar macam mana nak tambah pecahan. Cuba lihat soalan pada papan hitam ini. Ali, yang mana satu pengangka?

Ali:

Nombor yang kat atas cikgu, 2 dan 3.

9


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Cikgu Siti:

Ok, betul. Aina, yang mana penyebut?

Aina:

Nombor yang dibawah cikgu, 7.

Cikgu Siti:

Disebabkan penyebut sama, kamu boleh tambah terus pecahan ini. Tapi, penyebut biar sama. Ingat ye penyebut mesti sama.

Cikgu Siti menunjukkan cara penambahan pecahan, iaitu

2 7

 73  75. . Selepas itu, Cikgu

Siti memberi satu soalan lain, iaitu 82  83 dan menyuruh murid menjawabnya. Murid berbincang untuk menjawab soalan yang diberikan oleh Cikgu Siti, Cikgu Siti berjalan keliling kelas sambil memerhatikan cara murid menjawab soalan tersebut. Perbualan antara murid Cikgu Siti yang bernama Abu dengan Adam ... Abu:

Eh! Adam, tau tak macam mana nak tambah pecahan ni. Saya tak pandailah.

Adam:

Senang je, atas tambah atas, bawah biarkan jangan tambah. macam tulah.

Abu:

Ooo, senang sangat kalau macam tu.

23 8

5 8

Di sudut lain dalam kelas itu, Aminah dan Maisarah bertikam lidah tentang cara untuk menambah pecahan yang telah diberi oleh Cikgu Siti. Aminah:

Maisarah, kenapa kena tambah atas je? Bawah kenapa tak tambah? Boleh tak saya buat macam ni?

23 88

 165 ?

Maisarah:

Hah ye, betul juga. Kenapa tak tambah yang bawah? Tapi dah cikgu ajar jangan tambah. Kita ikut cakap cikgu je lah.

Aminah:

Mesti ada sebab kenapa tak boleh tambah nombor yang kat bawah. Tapi kenapa ya? Saya nak tanya cikgu lah.

Aminah memanggil Cikgu Siti. Cikgu Siti:

Ya, Aminah, kenapa? Apa masalah awak?

Aminah:

Cikgu kenapa kita tambah atas je? Kenapa bawah tak tambah? Betul tak jawapan saya ni? 8283  165 ?

10


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Aminah menunjukkan jawapannya kepada Cikgu Siti. Cikgu Siti:

Salah ni Aminah. Kamu tak boleh tambah yang bawah. Hanya tambah yang atas saja. Jadi, jawapannya ialah 85 bukan 165 .

Aminah:

Tapi, kenapa tak boleh tambah yang bawah cikgu?

Cikgu Siti:

Hmmm ... sebab memang macam tu cara nak tambah pecahan. Kamu ikut sajalah cara tu.

Sambil menggaru kepala dan mengerutkan dahinya, Aminah kelihatan keliru dan tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Cikgu Siti. Cikgu Siti berlalu pergi tanpa menghiraukan kekeliruan yang dihadapi oleh Aminah.

Dalam perjalanan balik ke Bilik Guru Cikgu Siti bercakap pada dirinya sendiri dalam perjalanan balik ke Bilik Guru. Betul juga apa yang ditanya oleh Aminah tadi. Kenapa pecahan di bawah tidak perlu tambah ye? Pandai juga budak ni ... sepatutnya aku kena jawab soalannya ... masalahnya aku pun tak tahu ... dari dulu lagi cikgu aku pun ajar macam tu ... nantilah nak tanya Cikgu Nani, dia dah lama mengajar matematik....

Dalam Bilik Guru Cikgu Siti:

Cikgu Nani sibuk tak? Saya ada soalan nak tanya cikgu ni, pasal tambah pecahan.

Cikgu Nani: Hmmm boleh je...apa dia? Cikgu Siti:

Tadi saya mengajar tambah pecahan yang penyebutnya sama kat Kelas 3 Setia. Masalahnya ada murid tanya kenapa pecahan di atas je tambah? Kenapa pecahan di bawah tak tambah? Saya kata buat je kerana saya pun tak tahu sebabnya cikgu...

Cikgu Nani:

Oooo...budak-budak kelas tu memang macam tu...suka tanya...bukan nak buat je apa kita ajar....

Cikgu Siti :

Tu laa...tapi kenapa ye cikgu?

Cikgu Nani:

Saya pun ajar macam tu, Siti...bukan apa kalau kita nak ajar satu persatu, nak ajar kenapa macam ni, kenapa macam tu alamak tak habis lah sukatan .... bukan tak tahu guru besar sekolah ni ... nak sangat jadi

11


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

guru besar cemerlang ... dalam mesyuarat kan selalu dia pesan kat kita ... pastikan ye cikgu-cikgu, sukatan mesti dihabiskan sebelum peperiksaan ... pastikan keputusan cemerlang ... saya tak mahu keputusan jatuh dan ada murid yang gagal ... saya juga nanti kena menjawapnya pada masa mesyuarat PIBG ... Cikgu Siti :

Hmmm...tu laa...

Cikgu Nani:

Sebenarnya kesian juga kat budak-budak ni ... kadang-kadang tak faham pun apa kita ajar juga ... kita minta budak hafal je jalan kerja ... buat macam ni, jangan buat macam tu ... tapi kita tak boleh buat apa Siti, sukatan mesti dihabiskan ... kalau nak mengajar sampai budak faham ...

Cikgu Siti:

Kita yang tersepit kan ... kesian budak-budak sekarang ...

Cikgu Nani:

Ajar je Cikgu Siti ... janji sukatan habis ... kalau tak kita yang kena ... tak apa budak-budak tu baru tahun 3, nanti mereka belajar lagi topik ni tahun depan ... biar cikgu tahun 4 pula yang ajar macam mana ...

Cikgu Siti:

Ok laaa macam tu...betul juga kan...nanti tak habis sukatan, teruk kita ... terima kasih Cikgu Nani...

Cikgu Siti berlalu begitu sahaja tanpa mendapat jawapan kepada persoalannya. Begitulah setiap hari Cikgu Siti mengajar murid-muridnya tanpa menghiraukan sama ada muridnya faham ataupun tidak. Yang penting sukatan pelajaran sempat habis sebelum hujung tahun. Cikgu Siti tahu semua rakan cikgu yang lain pun sepertinya. Semuanya bertungkus-lumus untuk mengekalkan kecemerlangan sekolah kerana itu adalah amanah guru besar yang hanya melihat pada kuantiti bukannya pada kualiti.

12


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Kes

2 Dilema Yee Sye Foong

P

raktikum merupakan komponen wajib dalam suatu program pendidikan guru. Praktikum ialah latihan praktik yang memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengamalkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah. Guru pelatih yang melalui program Praktikum ini dibimbing, diselia dan dinilai oleh pensyarah dan guru sekolah yang berpengalaman. Secara umum, objektif program Praktikum adalah seperti berikut: 1. Guru pelatih dapat menyepadukan teori dengan amali pengajaran dan pembelajaran. 2. Guru pelatih dapat mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran serta kemahiran mentaksir dan menilai. 3. Guru pelatih dapat merancang dan melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran secara berpasangan dan individu. 4. Guru pelatih dapat mengenal pasti dan menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran. 5. Guru pelatih dapat memupuk sikap positif, meningkatkan jati diri, menghayati dan mengamalkan nilai profesionalisme keguruan. 6. Guru pelatih dapat memperkembang potensi diri sebagai pendidik melalui pembinaan portfolio dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri. 7. Guru pelatih dapat mengoptimumkan kegunaan pelbagai sumber dan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 8. Guru pelatih dapat menguasai kemahiran fasilitator. 9. Guru pelatih dapat menguasai pelbagai strategi, perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum.

13


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Suatu kisah Praktikum Rina ialah guru pelatih yang sedang mengikuti program diploma pendidikan di sebuah institusi pendidikan guru. Kursus major Rina ialah Reka Bentuk & Teknologi (RBT) dan kursus minornya ialah Sains. Rina mempunyai pengalaman sebanyak dua tahun mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup pada peringkat sekolah menengah rendah. Dalam semester 3 pengajiannya, Rina perlu menjalani Praktikum di sekolah selama tiga bulan. Pensyarah penyelia kursus minor, Pn. Ain, telah meminta Rina berjumpanya sebelum melaporkan diri untuk Praktikum di sekolah. Rina:

Selamat pagi, Puan.

Pn. Ain:

Rina, selamat pagi. Sila duduk. Ada beberapa perkara kita kena bincang.

Pn. Ain pun mengingatkan Rina tentang penyediaan buku rekod pengajaran, portfolio dan jurnal mingguan. Pn. Ain:

Rina perlu sediakan RPH untuk setiap kelas ‌ bukan hanya RPH untuk kelas yang saya masuk mencerap. (RPH ialah singkatan untuk Rancangan Pelajaran Harian.)

Rina:

Untuk setiap kelas?

Pn. Ain:

Ya. Dah dimaklumkan semasa taklimat, kan? e-mel RPH kepada saya untuk disemak.

Rina:

(sambil senyum) Saya akan cuba.

Pn. Ain:

Rina kena masuk kelas sebaik saja dapat jadual waktu. Cara tu dapat cepat berkenalan dengan murid. Nanti lebih senang mengurus disiplin.

Rina:

(sambil senyum) Ya, puan.

Sebelum lawatan pencerapan yang pertama Rina telah melaporkan diri untuk Praktikum di sebuah sekolah dalam kawasan perumahan yang baharu di Shah Alam, Selangor pada 4 Februari 2013. Rina tidak menghantar RPH seperti yang diminta oleh pensyarahnya. Rina hanya menghantar RPH yang pertama melalui e-mel pada hari Ahad 17 Februari 2013. Pn. Ain akan mencerap Rina keesokan harinya.

14


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

From: <rina2013@gmail.com> To: <pn_ain@yahoo.com> Sent: Sunday, February 17, 2013 2:52 PM Subject: RPH Salam sejahtera Puan, Maaf lambat hantar RPH...

Rancangan Pelajaran Harian Tarikh Masa Kelas Bilangan murid Mata Pelajaran Tema Bidang Pembelajaran Objektif Pembelajaran

: : : : : : : :

18 Februari 2013 (Isnin) 10.40 -11.40 pg 5 Dahlia 50 Sains Menyiasat Benda-benda Hidup 2.0 Kemandirian spesis Murid akan dapat mensintesis rantai makanan untuk membina siratan makanan. 3.2.1 Membina siratan makanan 3.2.2 Membina siratan makanan bagi pelbagai habitat

Hasil Pembelajaran

:

Pengetahuan Sedia Ada Kemahiran Saintifik Kemahiran Proses Sains

:

Murid boleh membina rantai makanan.

:

Kemahiran Manipulatif Kemahiran Berfikir

: :

Memerhati, mengelaskan, berkomunikasi, mentafsirkan data Mengendalikan spesimen dengan betul dan selamat Mengumpulkan dan mengelaskan, membuat inferens, menghubungkaitkan, menganalisis, menjanakan idea

Sikap Saintifik & Nilai Murni

:

Minta dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling Menghargai keseimbangan alam semula jadi

Sumber Pengajaran & Pembelajaran

:

LCD, komputer riba, pen marker, kertas mahjong, pita pelekat

Penilaian

:

Interaksi lisan murid, kemahiran penyelesaian masalah secara berkumpulan

Langkah Berjaga-jaga

:

Pelajar memaklumkan guru

Prosedur:

15


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

Fasa /Masa

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran Kandungan

Catatan Guru

Murid

Orientasi (5 minit)

Slaid: Gambar rantai makanan

1) Guru mengimbas kembali kelas 1) Murid mencatat yang lepas dengan murid dan dalam buku nota. meminta murid mengingat 2) Murid menjawab kembali pengetahuan sedia ada dengan mengangkat tentang herbivor, karnivor dan tangan dan menulis omnivor serta simbol  pada papan hitam. 2) Guru meminta murid memerhati rantai makanan dalam gambar dan menyenaraikan bendabenda hidup pada papan hitam. 3) Guru dan murid menyemak bersama senarai benda hidup dalam slaid. 4) Guru meminta murid mengelaskan benda hidup dan membina rantai makanan dengan menggunakan senarai tersebut. Contoh : a) Padi  Tikus  Ular  Burung Helang b) Padi Ayam Ular Burung Helang c) Padi  Belalang  Burung Pipit Ular  Burung Helang 5) Guru menghubungkaitkan jawapan murid dengan pelajaran.

Memerhati Mentafsirkan data

Mencungkil idea (20 minit)

Membina siratan makanan

1) Guru menjelaskan siratan makanan pada slaid. 2) Guru membimbing murid membina siratan makanan dengan menggunakan rantai makanan daripada perbincangan lepas. Contoh siratan makanan: Belalang

1) Murid mencatat dalam buku nota. 2) Murid bebas untuk memberi idea dan pendapat.

Mengumpulkan dan mengelaskan

Murid duduk dalam kumpulan untuk berbincang dan menulis pada kertas mahjong dengan pen marker.

Berkomunikasi Mentafsir data

Padi  Burng pipit Burung helang Tikus Mensturktur semula idea (10 minit)

Membina siratan makanan

Ular

1) Guru membahagikan murid kepada 6 kumpulan. 2) Guru mengedarkan Lembaran Kerja 1 dan meminta murid melukis rantai makanan dan membina siratan makanan. 3) Guru meminta murid

16


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

membentangkan hasil kerja mereka. 4) Selepas semua kumpulan telah bentang, guru menanya murid: Apa akan berlaku jika salah satu haiwan dalam rantai makanan hilang? Jawapan: Bilangan haiwan sebelumnya akan bertambah. Mengaplikasi idea (15 minit)

Slaid : Rantai 1) Guru meminta murid merujuk makanan dan ms 24 dalam buku teks. siratan 2) Guru meminta murid: makanan Menyenaraikan benda hidup dalam gambar -

Berkomunikasi Menganalisis Menjana idea Murid membuat kerja secara individu.

Membina rantai makanan

Membina siratan makanan 3) Guru berbincang dengan murid. Refleksi (10 minit)

Perbincangan pelajaran Selesaikan Lembaran Kerja 2

Guru meminta murid menjawab soalan: Mengapakah rantai makanan penting? Jawapan: untuk mengimbangi ekosistem

Murid menyiapkan Lembaran Kerja 2 untuk meningkatkan pemahaman mereka.

Berkomunikasi Membuat gambaran mental Menjana idea

Pn. Ain pun meneliti RPH yang Rina hantar. Seterusnya, Pn. Ain memberi cadangan untuk memperbaikinya. --- On Sun, 17/2/13, <pn_ain@yahoo.com> wrote: From: <pn_ain@yahoo.com> To: <rina2013@yahoo.com> Subject: Re: Pembetulan RPH Sent: Sunday, February 17, 2013, 9:54 PM Salam sejahtera, Rina perlu menggunakan pendekatan inkuri penemuan dengan merangsang murid untuk berfikir sendiri bagi mendapatkan ilmu pengetahuan. Rina banyak membuat yang sebaliknya, iaitu memberi jawapan dan latih tubi melalui lembaran kerja dan latihan tambahan. Pendekatan seperti ini susah membawa kepada pembelajaran yang bermakna. Murid juga akan cepat bosan. Sila baiki yg berikut: Mengcungkil idea - buat arrow dari Ayam (rantai makanan b) kpd Padi dan Ular (rantai makanan a) dan tanya murid pendapat mereka. Minta murid buat contoh seperti yang cikgu baru berikan. Teruskan sehingga mendapat siratan makanan.

17


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Menstruktur semula idea - keluarkan Lembaran Kerja 1 kerana aktiviti ini pasif. Berikan murid kad dengan TIKUS, HARIMAU, MANUSIA, RUMPUT, PADI, BELALANG, ULAR, BURUNG HELANG, KUCING, BURUNG HANTU, RUSA, AYAM, dsb. Murid buat siratan makanan dengan melekat kad pada papan hitam dan melukis . Kemudian murid bentangkan. Bincangkan hubungan yg sebaliknya contohya HARIMAU  MANUSIA dan MANUSIA  HARIMAU. Tanya murid - boleh tak? Mengapa? Dalam siratan makanan yang murid telah bina, cikgu keluarkan satu (contoh TIKUS atau RUMPUT) dan minta murid buat cerita tentang apa yang akan berlaku. Fikirkan cadangan saya ... adakah ianya dpt meningkatkan daya pemikiran murid? JUGA teliti bahagian yang saya telah tandakan kuning terutamanya ‘Mengendalikan spesimen dengan betul dan selamat’. Cuba Rina fikirkan mengapa saya tandakan kuning dan betulkannya. Rujuk Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tahun 5. Sila baiki RPH ini. Kita berjumpa hari Isnin nanti ...

Pencerapan yang pertama Pn. Ain telah mencerap pengaajran Rina keesokan harinya. Rina telah membaiki RPH seperti yang diminta oleh Pn. Ain. Namun begitu, Rina tidak dapat melaksanakan pengajaran seperti yang dirancang. Selepas Rina habis mengajar, Pn. Ain pun berbincang dengan Rina. Rina:

Minta maaf, Puan. Murid suka buat bising. Ini kali pertama saya buat kelas dalam makmal. Murid tak biasa.

Pn. Ain:

(dengan nada yang sinis) Ya. (Dalam hatinya, Pn. Ain terfikir … dah dua minggu di sini, baru buat kelas pertama di makmal?) Di mana portfolio Rina?

Rina:

Saya tertinggal di rumah.

Pn. Ain:

Hmm. Kalau macam tu, saya tak dapat menilai pembinaan portfolio Rina. Perancangan adalah OK. Pelaksanaan tidak berjaya. Mengapa Rina tidak mengikut seperti yang telah dirancang?

Rina:

Murid tidak memberi perhatian.

Pn. Ain:

Mengapa murid tidak memberi perhatian?

Rina senyum dan tidak menjawab Pn. Ain. Pn. Ain:

Saya nampak ada budak yang duduk senyap baca buku teks. Mengapa Rina?

18


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Rina:

Saya tak nampak.

Pn. Ain:

Rina sekali pun tidak memanggil nama murid. Adakah Rina tahu nama murid? (Rina senyum..) Rina ada tak buat pengajaran berpasangan?

Rina:

Saya tak dapat buat kerana seorang saja di sini.

Pn. Ain:

Kan dah ditaklimatkan untuk buat pengajaran bersama guru pembimbing kalau tak ada pasangan di sekolah? Pengajaran berpasangan banyak faedahnya ‌ Rina kena buat.

Rina:

(dengan bersenyum) Ya, puan.

Selepas menerangkan semua ulasan yang tercatat dalam borang bimbingan praktikum PR1, Pn. Ain pun mengingatkan Rina untuk menghantar RPH lebih awal supaya boleh diperbaiki sebelum Rina mengajar. Pn. Ain juga meminta Rina menulis refleksi untuk kelas ini dan e-mel kepadanya.

Borang PR1 pencerapan pertama Borang PR1 ialah rekod komen dan bimbingan yang perlu diisi oleh pensyarah selepas setiap pencerapan. Yang berikut ialah borang PR1 yang diisi oleh Pn. Ain:

Petunjuk Tahap Tahap 1

Terdapat banyak kelemahan yang perlu diberi perhatian

Tahap 2

Terdapat beberapa kelemahan yang perlu diberi perhatian

Tahap 3

Pencapaian sederhana, masih perlu peningkatan

Tahap 4

Baik dalam banyak aspek

Tahap 5

Amat baik, cemerlang dalam banyak aspek

19


K A J I A N

Komponen PERANCANGAN

PELAKSANAAN

K E S

S E B A G A I

Aspek

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Tahap

Ulasan

a. Hasil Pembelajaran

1 2 3 4 5

Hasil Pembelajaran yang betul telah dikenal pasti.

b. Isi pelajaran

1 2 3 4 5

Isi adalah betul dan tepat. Namun begitu, soalan dalam bahagian refleksi perlu dibaiki.

c.

Strategi p&p

1 2 3 4 5

Strategi adalah betul dan sesuai. Namun, terdapat kekeliruan antara pengajaran dengan latihan pengukuhan seperti lembaran kerja. Masa bersemuka dengan murid seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengajar dan berinteraksi supaya murid dapat menguasai kemahiran; bukan untuk latih tubi. Hal ini kerana murid perlu memahami rantai makanan dan siratan makanan; bukan buat banyak2 contoh rantai makanan dan siratan makanan.

d. Sumber p&p

1 2 3 4 5

Sumber mencukupi tetapi penggunaannya perlu diperbaiki. Slaid kurang berkesan kerana teks kecil dan warnanya tak menarik. Gambar yang digunakan untuk merangsangkan murid juga tidak menarik dan tidak berupaya mencapai objektif yang diharapkan.

e. Penerapan nilai

1 2 3 4 5

Kurang nampak penerapan nilai selain daripada cikgu menyuruh murid senyap. Ada kalanya agak kasar arahan cikgu.

f.

Unsur kemahiran berfikir

1 2 3 4 5

Ada tercatat dalam RPH tetapi pelaksanaannya tak jadi.

a.

Permulaan

1 2 3 4 5

Tidak berkesan sungguhpun dalam RPH, perancangannya adalah betul.

b.

Perkembangan pengajaran

1 2 3 4 5

Tidak lancar dan berkisar sahaja pada apa yang murid telahpun tahu iaitu rantai makanan. Apa yang dirancang kebanyakannya tidak dilaksanakan sama sekali atau pelaksanaannya lemah. Tidak berupaya mencabar dan mencetuskan pemikiran murid ke tahap yang lebih tinggi.

c.

Pengurusan bilik darjah

1 2 3 4 5

Sangat lemah. Kelas tidak terkawal dan murid tidak menghiraukan cikgu. Suasana bilik darjah tidak memberangsangkan pembelajaran murid. Cikgu mesti berusaha membaiki keadaan ini.

d.

Komunikasi

1 2 3 4 5

Lemah. Cikgu nampaknya asyik marah murid sahaja; tak dapat mesra dengan murid. Juga tak kenal murid; nama mereka pun tak tahu apa tah personaliti dan karenah mereka.

e. Kualiti Pembelajaran

1 2 3 4 5

Sangat mengecewakan. Ada murid yang membaca buku teks dengan senyap; barang kali mereka rasa lebih sesuai mendapat ilmu dengan membaca sendiri daripada cikgu mengajar.

f.

1 2 3 4 5

Tidak dilaksanakan. Sebenarnya, apa yang dirancang adalah baik tetapi cikgu kurang mampu melaksanakannya. Mungkin kerana tidak memikir secara mendalam bagaimana nak sampaikan.

Penutup

20


K A J I A N

SIKAP & SAHSIAH

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

1 2 3 4 5

Kurang bermakna kerana kelemahan cikgu dalam memahami isi yang hendak disampaikan, strategi penyampaian (pelaksanaan) dan juga personaliti cikgu yang perlu diperbaiki.

h. Aplikasi nilai

1 2 3 4 5

Kurang jelas

a. Pemikiran Refleksi

1 2 3 4 5

Memuaskan tetapi tidak mendalami kelemahan yang ada pada diri sendiri. Oleh itu, mungkin sukar untuk cikgu memperbaikinya.

b.

Catatan Refleksi

1 2 3 4 5

Mengikut format tetapi perlu mencapai apa yang ditulis.

c.

Pembinaan portfolio

1 2 3 4 5

Cikgu tidak memberi portfolio untuk saya semak.

a. Penampilan Diri

1 2 3 4 5

Baik

b.

Keperihatinan

1 2 3 4 5

Cikgu perlu connect dengan murid; perlu mesra dan prihatin. Mengajar bukan kerja pukul 9 hingga 5 seperti kerja pejabat. Cikgu berurusan dengan manusia – iaitu budak. Cikgu perlu peka kepada apa yang dapat menarik minat mereka dan menggunakannya untuk mengajar mereka.

c.

Pekerti

1 2 3 4 5

Baik dan sopan

d. Sifat Profesional

1 2 3 4 5

Mendengar nasihat dan arahan.

g.

AMALAN REFLEKSI

K E S

Pencapaian hasil pembelajaran

ULASAN KESELURUHAN Kelas cikgu kurang berjaya kerana kelemahan yang berpunca daripada cikgu sendiri. 1.

Cikgu perlu mendalami sukatan pelajaran dan HSP mata pelajaran sains dan juga hasrat negara seperti yang kami telah bincangkan. Kemudian, memahami topik yang diajar dan bagaimana mencapai objektif melalui topik tersebut. Dalam mata pelajaran sains, perlu ajar isi kandungan sains, kemahiran proses sains dan kemahiran berfikir dengan menyebatikan kesemuanya. Cikgu hanya ajar isi kandungan sains sahaja.

2.

Cara penyampaian kurang menarik minat murid kerana cikgu tidak mengajar; hanya memberi arahan. Murid mula buat bising dan tidak memberi perhatian kerana cikgu kurang berkesan. Murid tidak seharusnya dipersalahkan.

3.

Bahan Bantu Mengajar (BBM) tidak berkesan dan tidak berupaya menarik minat murid. Cikgu perlu lebih passionate terhadap kerjaya keguruan; bukan sekadar nak lulus sahaja dan dapat pekerjaan. Ingat bahawa cikgu mengajar anak orang iaitu ibu bapa yang telah menaruh kepercayaan kepada cikgu untuk mendidik anak mereka. Oleh itu, jangan menghampakan mereka.

4.

Cikgu juga perlu lebih kuat bertanya saya untuk mendapatkan idea dan cadangan. Sebab itu saya minta e mel RPH untuk setiap kelas, bukan untuk kelas yang saya akan cerap sahaja.Berusahalah untuk meningkatkan prestasi dalam kelas akan datang.

21


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Refleksi Berfokus yang ditulis oleh Rina Amalan refleksi memerlukan guru pelatih merenung balik pengalaman mengajar. Guru pelatih perlu meneroka unsur-unsur yang ketara dan tersirat dalam proses mentafsir sebab musabab apa yang telah berlaku berdasarkan fakta, iaitu pemerhatian dan penilaian kendiri. Tujuan refleksi adalah supaya guru pelatih dapat mengesan keberkesanan pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran. Tafsiran daripada amalan refleksi dijadikan asas untuk menambah baik dan meningkatkan kualiti. Yang berikut ialah refleksi berfokus kepada kawalan kelas yang ditulis oleh Rina dalam jurnal praktikumnya.

PEMILIHAN

KAWALAN KELAS

TINDAKAN /BERFOKUS REVIEW /ANALISIS

BISIKAN HATI

Saya telah mencuba menggunakan BBM berupa slaid untuk memantapkan pengajaran hari ini di makmal sains. Harapan saya agar murid lebih memberi perhatian berbanding belajar di kelas yang tidak memakai BBM ICT.

Saya sangat kecewa dan hampir putus asa. Saya sangka dengan menjalankan pengajaran dan pembelajaran di makmal murid senang dikawal dan mudah menjalankan kerja berkumpulan kerana murid duduk dalam kumpulan.

Namun lain pula yang berlaku apabila ada kumpulan murid yang tidak memberi perhatian semasa saya membuat penerangan di hadapan. Mereka bercakap antara satu sama lain, membaca buku teks apabila saya bercakap dan bermain-main sesama rakan kumpulan sehingga kelas menjadi bising daripada kebiasaanya. Saya terpaksa mengeluarkan suara ke tahap yang paling kuat untuk menyuruh murid berhenti bercakap dan memberi perhatian. Murid berhenti bercakap namun, apabila saya memulakan sesi pembelajaran , kumpulan murid lelaki di bahagian belakang mula bercakap-cakap. Saya juga ada memberi peluang kepada mereka untuk melibatkan diri dalam

Saya juga menyangka BBM saya boleh membantu murid memberi perhatian pada hari ini. Walaupun perbincangan telah saya buat dengan rakan sejawat saya, tetapi RPH saya banyak yang perlu diubah .Saya masih tidak faham untuk menghasilkan RPH yang bagus dan betul mengikut format konstruktivisme. KESEDARAN BAHARU Kesilapan saya yang tidak mengasingkan ahli kumpulan murid yang berpotensi membuat bising kepada kumpulan lain telah menyebabkan murid tidak memberi perhatian dan bercakap semasa saya menerangkan pelajaran. Saya tidak mengenali murid juga telah menyebabkan murid tidak mengendahkan arahan saya untuk mereka melibatkan diri dalam perbincangan.

22

TINDAKAN SUSULAN Untuk membaiki kelemahan pada diri saya: Saya akan sentiasa berbincang dengan guru pembimbing untuk menghasilkan RPH yang lebih baik dan lembaran kerja. Saya juga akan membahagikan murid yang berpotensi membuat bising kepada kumpulan baharu yang tetap ahlinya agar masa dapat dijimatkan dan semangat berpasukan dapat diterapkan dalam kalangan murid. Saya juga akan cuba mengenali murid yang saya ajar terutama murid yang suka membuat masalah di dalam kelas agar mereka dapat melibatkan diri secara aktif dalam


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

perbincangan di papan putih namun mereka seolah-olah tidak mendengar dan melengahlengahkan masa. BBM (slaid) yang saya harapkan untuk PnP yang berkesan juga memberi masalah kepada saya kerana paparan di laptop saya menjadi terlalu besar dan sukar untuk dibaca. Ini menyukarkan saya walaupun di pancaran LCD elok. Tetapi, paparan di skrin layar juga tidak memuaskan hati kerana teks terlalu kecil dan warna teks juga tak dapat dibezakan daripada latar belakang.

A L A T

L A T I H A N

G U R U

pembelajaran. Selain itu, arahan saya juga mungkin tidak jelas dan menyebabkan murid tidak tahu apa yang perlu dibuat. Penyediaan BBM pada saat akhir juga telah menyebabkan penggunaannya tidak berkesan kepada murid kerana kelemahan pada paparan yang tidak memuaskan.

Saya juga akan merangkakan arahan yang sepatutnya agar murid memahami dengan jelas dan tahu apa yang akan dibuat. Saya juga akan menyediakan BBM lebih awal dan membuat percubaan agar paparan dapat dilihat oleh murid dengan jelas.

Pencerapan yang kedua Pn. Ain telah menelefon Rina kerana masih belum menghantar RPH. Rina memaklumkan dia sakit selama empat hari. Pn. Ain terpaksa menangguhkan pencerapan yang kedua selama satu minggu kerana Rina belum bersedia. Apabila Rina akhirnya menghantar RPH untuk disemak, Pn. Ain mendapati standard RPH tersebut masih pada tahap yang sama. Pn. Ain sampai awal ke sekolah untuk mencerap Rina. Pn. Ain terjumpa beberapa orang murid dari kelas Rina berdekatan tangga naik ke makmal sains. Amar:

Selamat pagi, Puan.

Pn. Ain:

Selamat pagi. Macam kenal ... kamu dari kelas Pn. Rina ke? Kamu buat apa di sini?

Amar:

Ya, Puan. Kami dari kelas Pn. Rina. Kami pengawas sekolah yang bertugas di sini semasa waktu rehat.

Pn. Ain:

Baguslah ... menjalankan tanggungjawab yang diberi.

Amar:

Puan ... puan datang hari ni untuk melihat cikgu mengajar ke?

Pn. Ain:

Ya .... suka tak Cikgu Rina mengajar?

Amar:

(dengan mata memandang ke bawah) OK

23


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Murid lain yang bersama Amar pun memandang ke bawah, tak berani memandang Pn. Ain. Pn. Ain dapat mengesan rasa tidak puas hati dengan Cikgu Rina. Namun begitu, nampaknya murid segan untuk meluahkan perasaan sebenar. Pn. Ain berfikir, “Murid ni nampak baik ... cara bertegur sapa yang sopan ... pandai berinteraksi dengan orang luar seperti saya ... pengawas lagi. Mereka macam terlalu hormat guru dan tidak mahu mengatakan yang tak baik tentang guru mereka.” Pn. Ain pun mencerap Rina mengajar. Pengajarannya diperhatikan tidak banyak kemajuan. Kawalan kelas lemah dan murid tidak menumpukan perhatian kepada apa yang cikgu cakap. Murid tidak berminat dengan cara Rina mengajar yang hanya mendedahkan isi kandungan diikuti latih tubi dengan soalan yang berulang-ulang. Rina juga menyampaikan banyak fakta yang salah. Pn. Ain meneliti buku rekod mengajar Rina dan terjumpa lembaran kerja yang berikut:

 Buat makanan 1) Bakteria - ________ 2) Yis – Roti 3) Kulat - ________

 Menyebabkan bahan organic reput dalam _________ dan _________

 Bacteria berbahaya tumbuh dalam makanan Keracunan makanan - ___________ boleh hapus bakteria

 Adalah ____________ kecil

Mikroorganisma

Penyakit merebak - Sentuh - ____________ - Bersin

24

Ada tiga jenis 1) __________ 2) __________ 3) __________ Kulat Yis

Kuman menyebabkan penyakit 1) __________ Campak Jerman ___________ Deman selsema


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Rina:

Minta maaf, Puan. Saya tak sihat dan tak buat persediaan yang baik.

Pn. Ain:

Ya ... banyak kesilapan fakta dalam pengajaran tadi.

Pn. Ain pun menerangkan kesilapan kepada Rina. Pn. Ain:

Rina perlu rujuk huraian sukatan pelajaran apabila menyediakan lembaran kerja. Soalan juga tidak jelas ... saya sendiri tak dapat jawab.

Rina:

Jawapan ada dalam pita video yang saya tayangkan.

Pn. Ain:

Adakah pita video ni sesuai untuk murid Tahun 5? (Rina senyum.)

Pn. Ain:

Rina kan telah didedahkan kepada sukatan pelajaran, HSP dan metodologi mengajar sains semasa dalam kuliah ... sepatutunya dah tahu semua ni.

Rina:

Masa kelas singkat sahaja ... lagi pun pensyarah kami, Dr. Noriah, jarang masuk kelas ... sering tiada di kampus.

Sebelum penilaian akhir Pn. Ain banyak menelefon dan mesej Rina untuk menghantar RPH. Pn. Ain menyemak RPH yang dihantar dan meminta Rina membuat pembetulan dengan harapan Rina dapat memahami kesilapannya dan membaiki pendekatan pengajarannya. Rina membetulkan apa yang diminta tetapi tidak mampu mengaplikasikan sepenuhnya ilmu yang diperoleh. Ada sedikit peningkatan yang dapat dikesan, contohnya penggunaan alat pengurusan grafik untuk membantu murid berfikir. Dengan hati yang berat, Pn. Ain telah pergi berjumpa Ketua Unit Praktikum, Haji Azman untuk mendapatkan nasihat dan maklumat. Pn. Ain:

Haji, jika pelatih perlu mengulangi Praktikum ... ?

Hj. Azman:

Kalau nak ulang, ada kesan terhadap pengesahan perkhidmatannya.

Pn. Ain:

Guru pelatih hanya dapat dua kali bimbingan sebelum dinilai. Sikitnya.

Hj. Azman:

Boleh bimbing lebih banyak jika diperlukan ... pergi satu atau dua kali ekstra, OK. Pakai bimbingan online lagi baik.

Pn. Ain:

Dahlah buat tu ... melalui e mel ... tapi masih kurang peningkatan. Sikap pelatih tu yang jadi masalah ... tak ambil berat.

25


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Semasa penilaian akhir Pn. Ain tidak berapa berpuas hati dengan banyak aspek pengajaran Rina semasa penilaian akhir. Gambar foto yang berikut menunjukkan suasana dalam bilik darjah semasa perbincangan kelas dalam penilaian akhir Rina oleh Pn. Ain.

GAMBAR FOTO 2.1

Gambar foto ini diambil oleh Pn. Ain dari bahagian belakang bilik darjah semasa Rina melaksanakan perbincangan yang melibatkan semua murid dalam kelas.

26


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Kes

3 Siapa suruh aku ajar PJ? Roslan Khalid

S

ekolah Kebangsan Taman Exwaizek terletak di pinngir bandar raya Kuala Lumpur. Bilangan murid yang belajar di sekolah ini seramai 800 orang dengan guru pula sebanyak 60 orang. Cikgu Adam adalah seorang guru yang mengajar Pendidikan Jasmani di sekolah ini. Beliau sedang disiasat oleh Guru Besar berhubung dengan kes kemalangan yang melibatkan seorang murid sewaktu kelas Pendidikan Jasmani. Berdasar maklumat yang diperoleh daripada pelajar, Cikgu Adam tidak berada di tempat kejadian ketika kemalangan itu berlaku.

Di bilik Guru Besar Guru Besar:

Cikgu, berdasarkan laporan yang saya perolehi, ketika kemalangan itu berlaku, anda tidak berada di tempat kejadian. Boleh cikgu cerita sedikit apa yang berlaku?

Cikgu Adam:

Benar, Tuan. Semasa kejadian, saya berada di tepi padang mengisi laporan PBS. (PBS ialah Pentaksiran Berasaskan Sekolah, iaitu satu bentuk taksiran baharu yang diguna untuk menggantikan sistem penilaian yang sedia ada. Sistem ini memerlukan guru merangka, menjalankan ujian, menilai dan merekod secara formatif sesuatu topik atau kemahiran yang ditentukan.)

Guru Besar:

Cikgu tak tahu ke prosedur mengajar PJ?

Cikgu Adam:

Tahu. Tapi saya telah menjalankan proses pdp (pengajaran dan pembelajaran) dengan betul cuma saya tinggalkan murid saya ketika mereka bermain secara kompetetif pada akhir proses pengajaran. Saya juga telah mengambil tindakan wajar dengan memastikan aspek keselamatan terjamin.

27


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Guru Besar:

Cikgu, cikgu kena faham, walau apa keadaan sekali pun, murid tidak boleh dibiar sendiri tanpa kehadiran guru.

Cikgu Adam:

Tuan, kalau macam tu saya punya PBS bila nak siap? Saya ada lapan kelas PJ yang saya ajar.

Guru Besar:

Cikgu. Ni salinan surat pekeliling dari Kementerian tentang prosedur pengajaran Pendidikan Jasmani di sekolah. Baca dan ‘framekan’ kat ruang tamu atau simpan dalam fail awak.

Di Bilik Guru Cikgu Adam sedang berbual dengan rakan sejawat tentang kejadian yang berlaku di padang dan di bilik Guru Besar. Cikgu Adam:

Aku bukannya opsyen PJ semasa latihan guru. (Cikgu Adam ialah lulusan suatu institusi pendidikan guru yang menawarkan pelbagai program major dan minor seperti Pendidikan Jasmani, Matematik dan Sains.) Manalah aku tau nak ajar PJ dengan baik. Dia pilih aku ajar apa pasal. Sekarang nak salahkan aku pula. Lagipun apa yang aku buat tu dah kira betullah. Aku bukan tinggalkan budak-budak tu terus. Aku mengajar berdasar pada RPH yang aku buat.

Rakan:

Kau tak boleh cakap macam tu. Sebagai guru, kita mesti serba boleh. Serba tahu. Kalau tak tau kita belajar. Kita bertanya pada rakan. Kau tau tak tentang liabiliti yang kita tanggung apabila mengajar di sekolah? Kau tau tak liabiliti tu apa ?

Cikgu Adam:

Waaa... kau cakap macam dalam drama TV la...Kau ni cikgu ke lawyer?

Rakan guru:

Cikgu ke lawyer ke…, apa yang penting ialah liabiliti yang kita tanggung apabila diberi tanggung jawab untuk memegang sesuatu tugas. Sebagai guru, kita mesti ada “feel” ketika menjalankan tugas. Kau tau “feel”?

Cikgu Adam:

Tak tau cikguu ... Ceciter … ceciter … cuba cerita.... cuba cerita )

28


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Di rumah pelajar yang ditimpa kemalangan Bapa pelajar yang ditimpa kemalangan sedang berbual dengan isterinya dalam bilik tidur tentang kejadian yang berlaku di sekolah siang tadi. Si Emak masih tidak berpuas hati dengan tindakan yang telah diambil oleh Si Bapa sewaktu di sekolah pada siang tadi. Emak:

Apa cikgu kat sekolah tu cakap kat awak.?

Bapa:

Hmmmmmm... dia minta maaf banyak-banyak...

Emak:

Cukup dengan minta maaf jer? Awak pun satu. Macam tak der mulut. Cubalah gertak sikit. Katala kita nak repot polis ker. Nak bawa ke JPN ker, MOM ker, MSN ker FAM ker.

Bapa:

Issshhh… Apa pasal awak tak cakap bawa ker PBB atau OIC jer. Takper aahhh. Anak kita bukan serius pun ... Tulang klavikel dia sedikit retak, otot deltoid dan gluteus maximus dia sedikit lebam dan luka. Jangan risau …, proses ‘clotting’ yang berlaku secara biologi akan mengatasi masalah lebam dan luka tu. Tulang yang sedikit retak tu akan pulih tapi ambil sedikit masa la. Jom kita ‘tidur’ yangggggg.

Emak:

Ahhhhhhhh... tak senang! Saya pun tengah berlaku proses ‘clotting ni’.

29


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Kes

4 English for Fun Wee Moon Leong

M

r. Tan is having a whale of the time. Life has been good towards him. At 30, he can relax with a big smile on his face. If you ask him, he has probably been there, done that and seen it. Armed with a degree in English from a very reputable foreign university, Mr. Tan is one of those new age English Language teachers who are trained to lift the ever declining English Language proficiency levels besetting the country’s students. And Mr. Tan has risen to the challenge, providing much needed brainpower in the nation building process. As a result, Mr. Tan quickly rose up the ranks. In less than 6 years, he transformed himself from that of a novice to become one of the most popular and sought after English Language teachers in the district. To cap it all, he is now posted as the head of the English Language Department of a premier secondary school in the city. Mr. Tan has always believed in the adage that ‘English is fun’. His English lessons are always filled with a myriad of communicative activities. A firm believer in using English for communication, his lessons are usually very active, and full of life. His charges go through dramas, role-plays, choral speaking, mimes, treasure hunts, word puzzles and gap-filling quizzes. You name it and Mr. Tan has done it all and it’s fun all the way. Such is his teaching that in a short span of less than 6 months in his new school, parents have started clamouring after him for extra language lessons for their children. Lately, Mr. Tan has had a sudden change of mood. There’s a sinking feeling in his stomach. It is nearing the end of the school term and his students will be facing the standardised English Language examination, a state-wide test conducted by the local education authority. The tests traditionally are more focused on forms rather than meanings and he is on tenterhooks. Mr. Tan is worried sick that maybe his students may not fare well in the state examination. He is not sure if his students can tackle the questions especially those on verbs and tenses, and there’s the essay to write. It’s a nerve wrecking time and now all the fun is gone. Ram, a beginning teacher in a rural school is just six months into his teaching career. An English Language teacher by training, he has gone through all the required 30


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

components mandated in his teacher training course; learning theories, teaching approaches, methodologies and a whole gamut of English oriented learning. So much so that one could safely say that his mind is now skewed towards the English Language! Despite all the knowledge that he has been fed and as well as learnt in college, he is still a little unstable, a bit unsure of how English should be treated both by himself and his students. Ram:

Good morning Pn. BT

Pn. BT :

Good morning Ram. How are you getting on?

Ram:

I’m fine, thanks.

Pn. BT :

... and your teaching?

Ram:

All’s well, I guess. The students are getting along fine. I am having a great time learning the robes. You know, the tricks of the trade. Trying to polish up on my class control.

Pn. BT:

Oh, that comes with experience. Looking at you, I am not unduly worried. Young, enthusiastic, tall, dark and handsome. I’m sure the students will have your every attention.

Ram:

Oh no, I still have got a lot to learn and our students have such a poor command of English. Before I forget, officially, what approach are we required to use in teaching English to our students? I need to confirm it from you as the head of the Language department. I want to be on the right track, right from the beginning.

Pn. BT:

I have to look up on that. As the head of department, I oversee all languages in the school besides English. So sometimes I don’t have all the information on my fingertips but I’m sure it’s in some ‘panduan’ somewhere.

Ram:

If I’m not mistaken, we are required to use the communicative approach but I’m not that certain. Just need your confirmation. Also some issues concern me a lot like, do I focus on and teach the forms, I mean grammar or should I deal only on the meanings?

Pn. BT:

Hmmm. That’s a good question.

Ram:

I see the English Language as a means for communication. As a common language for people from diverse geographical regions and backgrounds to communicate effectively. I see English as a Lingua Franca. A language that binds and bonds people around the world.

31


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Pn. BT:

Vow..pow…wow. That’s way over Ram. English is officially a second language here. And it’s been that way for ages. I think you have gone too fast. My advice is you be punctual for your English class and teach what is requred according to the syllabus. That’s all you should worry about. You will not go wrong.

Ram:

I know Pn. BT but I’m not sure if I am teaching it correctly. Is it functional or notional, or situational or task-based? How should I approach it? And what about traditional grammar? Are we throwing that away? I guess it’s now communicative…? I’m sorry I am so confused now.

Pn. BT:

Well…er…don’t worry. I will call for a meeting. We will trash it all out.

Ram:

Who really is the authority on this? I really would like to get a clear picture on the position of English before it gets me into a rut. By the way, I will be setting the end of year English Language test for the first time and the past years’ English Language test papers I have looked at are all mostly grammar based with items like cloze passages and gap filling. So do I teach my students grammar per se or am I supposed to let grammar come naturally?

Pn. BT :

Well, er..I er….it’s a long story..

Ram:

Ok ok, I will wait for the meeting.

Pn. BT :

Take it easy Ram. One step at a time.

Ram

:

Ok, thanks a lot.

Pn. BT :

You’re welcome.

32


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Kes

5 Menepati Masa Amalan Integriti Sabariah binti Ismail Normala binti Mohd Wan Ameran bin Wan Mat

T

iga orang pelajar daripada satu kelas program ijazah perguruan di sebuah institusi pengajian tinggi, iaitu Wan, Faisal dan Ishak (bukan nama sebenar) didapati kerap lewat menghadiri kuliah pada waktu pagi. Biasanya mereka akan hadir lewat antara 15 hingga 20 minit. Pada 1 Julai 2013, tiga orang pensyarah yang mengajar kelas mereka telah mengadu tentang masalah ini kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP). Di bawah merupakan beberapa petikan dialog di tempat yang berlainan berkaitan kes ini.

Di bilik kuliah Pn. Nora adalah seorang pensyarah bidang Ekonomi Rumah Tangga yang tegas dan sentiasa mementingkan disiplin pelajar. Pn. Nora:

Kamu lewat 20 minit ke kuliah saya. Kenapa?

Ishak:

(bercakap bagi pihak rakan-rakan lain) Kami bangun lambat kerana tidur lewat untuk siapkan tugasan yang bertimbun-timbun ... diberikan oleh pensyarah-pensyarah dan perlu pula dihantar pada masa yang sama.

Pn. Nora:

Kamu bertiga ... saya telah mendapat maklumat bahawa kamu semua kerap lewat ke kuliah pada waktu pagi, macam yang kamu lakukan pada hari ini ...

Faisal:

Ya .. ke ... puan?

33


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Di pejabat JHEP Pn. Santhi ialah pegawai Jabatan HEP yang bertugas pada hari tersebut. Pn. Santhi:

Ishak ... Faisal ... Kamu tahu ke ... Kenapa saya panggil kamu pada hari ini? Tentu kamu berdua telah buat sesuatu sampai saya terima aduan daripada pensyarah-pensyarah kamu..

Faisal:

Pn ... Kami dah agak dah ... kerana pagi ni kami lewat ke kuliah.

Pn. Santhi:

Ok ... Ok ... Kamu dah tahu mengapa kamu dipanggil. Sekarang apa yang kamu perlu buat adalah tandatangan borang Maklumat Salah Laku ini dan dalam tempoh 7 hari kamu perlu menghantar surat tunjuk sebab, mengapa kamu lewat ke kuliah dan untuk pengetahuan kamu bertiga ... ini bukan merupakan kali pertama kamu berkelakuan begini. Kes kamu akan diserahkan kepada Unit Psikologi dan Kaunseling dan ibu bapa kamu juga akan diberitahu.

Wan:

Puan, ada kesan tak pada saya bila saya tandatangan borang Maklumat Salah Laku ini?

Pn. Santhi:

Untuk kesan jangka pendek, nama kamu akan tercatat dalam rekod pelajar bermasalah.

Wan:

Adakah kesalahan ini akan dicatat dalam testimoni saya?

Pn. Santhi:

Ya ...salinan borang ini akan disimpan di dalam fail peribadi kamu.

Wan:

Puan, saya dapat tahu bahawa sebelum ini senior-senior saya pernah buat hal yang sama tapi mereka berjaya tamatkan pengajian dan dapat posting ke sekolah pula tu.

Pn. Santhi:

Taklah, kamu salah faham ... Perkara ini akan dikemukakan kepada pihak pentadbiran nanti.

Di Unit Psikologi dan Kaunseling Kaunseling kelompok telah dijalankan kerana mereka mempunyai masalah yang sama iaitu kerap lewat ke kuliah pada waktu pagi. Pertemuan antara kaunselor pelajar dengan pelajar-pelajar berkenaan telah dijalankan. Yang berikut adalah sebahagian daripada alasan-alasan yang telah diberikan oleh pelajar-pelajar tersebut secara bertulis dan lisan. “Saya bangun awal tapi jarak antara asrama dan bilik kuliah jauh.� “Pelajar senior juga ramai yang datang lewat lepas juga dan dah jadi cikgu pun.�

34


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

“Saya tengok ramai pelajar yang datang lewat tapi tak ada apa-apa tindakan pada mereka pun.� “Pensyarah tak pernah tanya pun ...�

Perbincangan Pn. Santhi dengan Ketua Jabatan (KJ) HEP Pn. Santhi:

Saya telah menyiapkan laporan berkaitan dengan kes pelajar yang kerap lewat ke kuliah pada waktu pagi. Saya telah nyatakan apa yang pelajarpelajar tersebut telah katakan dan saya nyatakan juga rumusan yang saya terima daripada Ketua Unit Psikologi dan Kaunseling.

KJHEP:

Terima kasih Pn. Santhi. Saya akan bawa kes ini ke Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib yang dijadualkan pada minggu hadapan. Keputusan mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib akan dibawa ke Mesyuarat Pengurusan Tertinggi.

Pn. Santhi:

(berbisik dalam hati) Setiap kali selepas mesyuarat, tindakan tegas dikenakan ke atas pelajar. Namun begitu, perangai pelajar tidak berubah.

KJ HEP:

(berbisik dalam hati) Macam mana keadaan ini boleh berlaku ke atas pelajar yang telah menjalani proses temuduga sebelum dipilih melanjutkan pelajaran di sini? Apakah saya perlu berbincang dengan Ketua Jabatan terlibat sebelum memilih mentor untuk pelajar baharu? Apakah sesuatu perlu dilakukan kepada mentor? Mungkin saya perlu berjumpa Ketua Unit Latihan Dalam Perkhidmatan untuk berbincang tentang perkara ini.

Pn. Santhi:

Berdasarkan apa yang saya tahu, semua pelajar Institusi Pengajian Tinggi terikat dengan peraturan pelajar dan peraturan lain yang berkaitan. Malah kita telah memberi taklimat dan mengedar buku peraturan tersebut kepada setiap pelajar baharu semasa Minggu Orientasi.

KJ HEP:

Sebenarnya ada satu lagi perkara yang lebih serius. Surat Amaran Pentadbiran akan dikeluarkan jika pelajar mengulangi kesalahan yang sama. Selepas menerima surat Amaran Pentadbiran, pelajar akan berdepan dengan tindakan di bawah Akta 174 jika mereka mengulangi kesalahan yang sama.

Pn. Santhi:

Mengapa pelajar tidak takut membuat kesalahan datang lewat ke kuliah jika perbuatan mereka boleh dikenakan tindakan di bawah Akta 174?

35


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

KJ HEP:

Semasa Minggu Orientasi, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar atau Ketua Unit Disiplin akan memberi taklimat tentang kehadiran kuliah dan Akta 174. Sebagai contoh, mengikut Bahagian II Tatatertib Am Perkara 3 (b) Seseorang pelajar tidak boleh melanggar mana-mana peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, sama ada di dalam atau di luar kampus.

Pn. Santhi:

Ya lah encik. Saya pun peka tentang Akta 174. Sistem penilaian pelajar dahulu berbeza berbanding dengan sekarang. Sahsiah pelajar tidak lagi dinilai secara langsung apabila pensyarah menilai kerja kursus mereka. Markah diberi jika pelajar menjawab apa yang diminta oleh soalan ... Tapi pelajar sekarang banyak akal dan pandai cari alasan yang tidak munasabah ...

36


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Kes

6 Mentor Pembina Insan Guru! Ismail binti Mohamed Fazali bin Hashim

P

rogram Bina Insan Guru (BIG) merupakan suatu program yang dirancang oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dalam usaha melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Sebagai tanda kejayaan Program BIG, guru Malaysia bukan sahaja perlu menguasai kekuatan ilmu daripada pelbagai bidang tetapi perlu juga mengaplikasikan segala yang dipelajari melalui amalannya. Penghayatan yang mendalam terhadap pelbagai aktiviti yang dijalankan dalam program BIG ini dijangka mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap bakal guru selaras dengan hasrat negara. YAB Dato’ Seri Abdullah Badawi, Perdana Menteri Malaysia ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-9 di Parlimen telah menegaskan bahawa pendidikan haruslah kepada pembangunan modal insan secara holistik atau menyeluruh. Beliau menekankan pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi. Oleh yang demikian, program BIG ini telah dirancang secara menyeluruh untuk melahirkan modal insan yang bergelar guru. Program BIG ini mengandungi pelbagai aktiviti sebagai intinya; contohnya perkhemahan, khidmat komuniti dan sebagainya. Semua aktiviti ini dirancang serta dilaksanakan untuk membentuk insan guru secara menyeluruh dari semua aspek. Sesungguhnya, Program Bina Insan Guru seharusnya menjadi elemen yang berkesan untuk memastikan warga bakal pendidik menjadi insan yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat dan berbakti kepada nusa, bangsa dan juga negara. Pembangunan ciri dan kualiti insan guru melalui Program Bina Insan Guru (BIG) dilaksanakan berasaskan enam domain kandungan kurikulum program. Domain kandungan ini adalah sejajar dengan matlamat melahirkan insan guru yang memiliki ciri personaliti yang unggul dan profesionalisme yang tinggi dan diperkukuhkan melalui program tutorial.

37


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Kandungan Program BIG Kandungan domain program BIG adalah seperti berikut: 1. Kerohanian dan Akhlak Keguruan 1.1 Potensi diri insan guru  Potensi kendiri  Personaliti kerjaya  Citra diri insan guru 1.2 Nilai dan etika keguruan  Konsep nilai dan etika keguruan  Kemantapan akidah / ketuhanan (spiritual quotion) 1.3 Pembangunan insan guru yang seimbang  Domain pembangunan diri yang seimbang  Strategi pembangunan insan guru seimbang 2. Berilmu, Beramal dan Berbakti 2.1 Pembelajaran sepanjang hayat  Konsep dan kepentingan pembelajaran sepanjang hayat.  Pembinaan keupayaan diri (capacity building) 2.2 Pembinaan Pasukan  Perkongsian misi dan visi.  Kejelikitan berpasukan secara strategik 2.3 Hidup Berbakti  Kerja sebagai ibadah  Membangunkan kesejahteraan peribadi, masyarakat dan Negara  Kesanggupan berkorban dan menghadapi cabaran 3. Berakauntabiliti dan Amanah 3.1 Akauntabiliti professional  Perundangan, mandat dan maklumat. 3.2 Memahami realiti persekitaran  Kepekaan dan responsif kepada realiti persekitaran 3.3 Komitmen  Pelaksanaan peranan guru sebagai pendidik, pembimbing dan pembina akhlak  Proaktif terhadap keperluan dan kepentingan perkhidmatan pendidikan 3.4 Pengurusan dan tanggungjawab sosial  Kemahiran pengurusan hubungan dengan komuniti pendidikan dan agensi /pihak berkaitan  Kesedaran sosial dan perkhidmatan komuniti 4. Berdaya Tahan Yang Tinggi 4.1 Ketahanan fizikal – Membina kecergasan, ketahanan diri, keseronokan. 38


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

4.2 Ketahanan mental – Membina pemikiran positif, terbuka, dan melihat konflik sebagai cabaran 4.3 Ketahanan emosi - memahami dan mengawal emosi 4.4 Ketahanan spritual - kemantapan keyakinan dan menjaga kesucian akidah 5. Berjiwa Merdeka dan Perkasa 5.1 Pengurusan diri - pembinaan disiplin kendiri, berdikari, penampilan & keterampilan 5.2 Perubahan sikap – bersikap terbuka kepada tingkahlaku baru dan keadaan luar jangka 5.3 Kemahiran membuat keputusan – Berfikir dan bertindak secara bijaksana dalam membuat keputusan 5.4 Kemahiran menyelesaikan masalah – bertindak secara bijaksana dalam menyelesaikan masalah 5.5 Pengurusan perubahan - menerima dan mengurus perubahan 6. Kreatif dan Inovatif 6.1 Penguasaan kemahiran - kemahiran baharu - kesediaan menerima idea dan teknologi baru 6.2 Kemahiran berfikir aras tinggi - berupaya menggunakan ilmu dan kemahiran menjana ikhtiar untuk kemajuan dan kecemerlangan. 6.3 Guru sebagai pengamal refleksi 6.4 Guru sebagai agen perubahan – sebagai penjana perubahan dan berkemahiran mengurus perubahan dalam pendidikan

Definisi Kemahiran Insaniah Kemahiran Insaniah (KI) merangkumi aspek kemahiran generik. Walaupun tidak terdapat satu senarai kemahiran yang khusus tentang KI, tetapi kebanyakannya berkait dengan kemahiran seperti kepimpinan, kerjasama berpasukan, komunikasi dan pembelajaran berterusan. KI adalah antara elemen yang dikenal pasti amat kritikal dalam dunia pekerjaan yang bersifat global, apatah lagi dengan perubahan teknologi yang begitu pantas. Oleh itu, graduan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mesti menilai KI yang memenuhi dan menepati kehendak pasaran kerja dan kehidupan harian yang kian mencabar. Dalam usaha menentukan elemen KI untuk dilaksanakan dan diterima guna oleh IPT, kajian dan pandangan pakar serta pengalaman IPT yang telah melaksanakannya perlu diambil kira. Sebagai hasilnya, elemen utama yang di senaraikan seperti berikut telah dipilih untuk dilaksanakan di IPT: (i)

Kemahiran Berkomunikasi;

(ii)

Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah;

(iii)

Kemahiran Kerja Berpasukan;

(iv)

Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat; 39


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

(v)

Kemahiran Keusahawanan;

(vi)

Etika dan Moral Profesional

(vii)

Kemahiran Kepimpinan

L A T I H A N

G U R U

Sumber:http://www.ukm.my/ppa/index.php%3Foption%3Dcom_rokdownloads%26view%3Df ile%26task%3Ddownload%26id... di muat turun pada 18 Oktober 2013

Pelaksanaan Program BIG Hadi:

Aik! Termenung jauh nampak.

Bahar:

Aah! Hadi. Tak adalah. Ni tengah fikir ni. Rektor dah bising pasal BIG ni. Katanya, kita berbelanja besar untuk melaksanakan BIG tapi impak BIG tak nampaklah.

Hadi:

Apa maksud dia tak nampak impak BIG?

Bahar:

Laporan yang ada tentang BIG hanya mengenai kejayaan melaksanakannya sahaja tapi tidak menunjukkan keberkesanan program.

Hadi:

Jadi dia nak laporan keberkesanan program la ni? Buat aje la penilaian program. Minta kerjasama dari semua IPG untuk kutip data.

Bahar:

Nak buat penilaian program tu rasanya tak ada masalah. Yang aku tengah fikir tadi ialah adakah program BIG ini sebenarnya berjaya membentuk insan guru yang kita harapkan? Adakah dengan melaksanakannya terus dapat menghasilkan insan guru yang cemerlang, atau sebenarnya ada faktor-faktor tertentu yang akan menentukan kejayaan program tu?

Hadi:

Hebat! Tu lah cara seorang penyelidik berfikir. Kalau semua pentadbir dan pengurus berfikir seperti penyelidik, macam kau ni, tentu bila masuk mesyuarat taklah berbincang berdasarkan pengalaman sahaja, tetapi berdasarkan fakta dan data.

Bahar:

Amboi! Melambung puji aku. Pada kau, BIG ni berkesan ke?

Hadi:

Pada pendapat aku, sebenarnya nak ubah pelajar kita daripada orang biasa menjadi insan guru yang ada watak guru sebenar ... payah tu! Nak ubah dalaman seseorang bukan mudah.

Bahar:

Memanglah. Tapi ia tak mustahil, dan kena tahu caranya. Kita tidak boleh ubah tabiat dan sifat seseorang dan hanya orang itu sahaja yang boleh mengubah dirinya sendiri. Apa yang kita boleh buat ialah bantu

40


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

dia berubah dengan wujudkan kesedaran tentang apa yang dia perlu ubah, kenapa perlu berubah. Hadi:

Uh ‌ tak faham.

Bahar:

Maknanya kita kena bantu dia cari kelemahan diri yang perlu diperbaiki. Cari kekuatan diri untuk disuburkan lagi. Bila dia sedar apa nak kena ubah, kita minta dia ubah dan aplikasikan dalam situasi sebenar yang berlainan. Kalau dia berjaya berubah, kita beri peneguhan. Kalau kelemahan itu masih berulang, kita minta dia ubah lagi.

Hadi:

Kalau dia berdegil tak nak berubah?

Bahar:

Kita nak buat macam mana. Itu hak dia. Kalau aku ada kuasa, aku keluarkan saja daripada sistem. Bagi peluang kepada orang lain yang lebih layak.

Hadi:

Siapa nak buat kerja yang kau cerita panjang lebar tadi? Jurulatih ke mentor? Mampu ke mereka buat semua tu?

Bahar:

Mereka semua lah kena buat. Tapi sejauh mana mereka sedar tentang peranan masing-masing dan bagaimana mereka perlu memainkan peranan tersebut, itu yang aku tak pasti.

Hadi:

Jadi, apa nak buat sekarang?

Bahar:

Rasanya kita perlu buat pendedahan semula kepada semula pensyarah tentang matlamat BIG dan bagaimana nak capai matlamat tersebut. Tapi kau kenalah bantu aku buat penilaian program BIG dulu.

Hadi:

Ok! Tak ada masalah. Untuk memastikan wang cukai yang aku bayar digunakan sebaik mungkin, aku sanggup tolong kau.

Bahar:

Terima kasih. Senang kerja dengan orang yang professional macam kau ni.

41


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Catatan pemerhatian lapangan pelaksanaan BIG Berikut ialah catatan Bahar yang membuat pemerhatian ke atas satu aktiviti Khidmat Masyarakat Program BIG yang dijalankan oleh sekumpulan pelajar di sebuah kampung di kawasan pedalaman. 7.30 pagi

Saya tiba untuk menyertai satu program khidmat masyarakat BIG oleh pelajar di Kampung Besaria. Pada mulanya tiada pelajar kelihatan, tetapi tidak berapa lama kemudian, ternampak beberapa orang guru pelatih yang memakai T-shirt seragam bergerak dalam kumpulan ke arah kantin. Saya mengikut mereka ke kantin dan berjumpa dengan Pn. Fong (seorang mentor) yang akan mengiringi mereka dalam aktiviti ini. Saya memperkenalkan diri dan meminta kebenaran untuk turut sama dalam aktiviti tersebut untuk melakukan pemerhatian. Saya juga memberitahunya bahawa saya telah memaklumkan perkara ini kepada Pengarah dan penyelaras program BIG tentang hasrat saya ini. Dia bersetuju untuk membenarkan saya menyertai aktiviti tersebut. Sambil bersarapan, dia mengaku bahawa dia merupakan pensyarah yang baharu dan kumpulan ini adalah kumpulan pertama di bawah jagaannya. Satu kumpulan lagi adalah di bawah jagaan Pn. Rosmah, tetapi belum hadir ketika itu.

8.10 pagi.

Semua peserta mula menaiki bas. Beberapa orang pemimpin kumpulan mengira peserta yang telah menaiki bas, dan mencari-cari rakan-rakan yang belum menaiki bas.

GAMBAR FOTO 6.1

Para pelajar mula bergerak menaiki bas untuk ke lokasi khidmat masyarakat yang akan dijalankan.

42


K A J I A N

8.20 pagi.

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Apabila semua peserta sudah berada di dalam bas, seorang pelajar membacakan doa dan bas mula bergerak ke destinasi. Terdapat 37orang peserta menyertai aktiviti ini. Saya pun turut sama menaiki bas walaupun pada mulanya saya ingin mengikuti bas dengan kereta sendiri. Tetapi setelah berfikir bahawa saya mungkin dapat memerhati beberapa perkara yang mungkin berlaku di dalam bas, saya membuat keputusan untuk turut menaiki bas ke destinasi. Pn. Fong turut bersama saya menaiki bas, manakala Pn. Rosmah menaiki kereta sendiri bersama keluarganya terus ke destinasi.

GAMBAR FOTO 6.2

Pn. Fong turut menaiki bas bersama-sama dengan pelajar-pelajarnya.

9.00 pagi.

Semasa di dalam bas, tiada aktiviti khusus dijalankan. Masing-masing berada di tempat sendiri sambil berbual, termenung, tidur atau membuat kerja sendiri. Cuma ada beberapa orang yang berkumpul di satu sudut dan berbincang sesama mereka.

9.20 pagi.

Kami sampai ke Kampung Besaria. Sebelum turun bas, Pn. Fong memberi sedikit taklimat ringkas tentang tugasan mereka. Dia meminta semua peserta sentiasa membuat refleksi tentang apa yang berlaku supaya dapat membantu mereka membuat penulisan refleksi nanti. Pn. Fong membuka ruang untuk pertanyaan tetapi tiada soalan dikemukakan oleh pelajar. 43


K A J I A N

9.30 pagi.

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Semua peserta bergerak ke masjid di mana dalam pekarangannya, beberapa khemah telah didirikan untuk menyambut kehadiran kumpulan ini. Masjid ini terletak di tepi sebatang sungai yang bersih dan berarus deras. Barang-barang yang dibawa pelajar dikumpulkan di beberapa tempat dan peserta bekerjasama membuat persediaan untuk mengadakan satu majlis sambutan kecil.

GAMBAR FOTO 6.3

Para peserta program disambut oleh beberapa orang penduduk kampung sejurus tiba di perkarangan masjid.

Dalam majlis sambutan ini, seorang wakil kampung berucap mengalualukan kedatangan kumpulan ini ke kampung beliau. Pn. Yong pula memberikan ucapan balas mengucapkan terima kasih kerana penduduk kampung sudi menerima kehadiran kumpulan kami. Pn. Yong turut menjelaskan matlamat program ini dilaksanakan iaitu untuk mengeratkan hubungan guru pelatih dengan masyarakat dan memenuhi keperluan kursus perguruan. Wakil kampung tersebut memberikan taklimat ringkas tentang aktiviti yang akan dijalankan. Saya sebenarnya tidak dapat menggambarkan apakah aktiviti yang akan dilaksanakan sehinggalah wakil kampung tersebut menjelaskan apa yang akan dibuat. Menurut beliau, aktiviti yang akan dijalankan ialah aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan masjid dan kawasan sekitarnya. Peserta diagihkan kepada

44


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

beberapa kumpulan untuk memudahkan kerja. Kumpulan pelajar ini nampaknya diagihkan berdasarkan opsyen masing-masing dan tidak dicampurkan dengan opsyen yang lain. Sebelum memulakan aktiviti, seorang pelajar telah sukarela mengumpul barang-barang berharga rakan-rakan dalam satu beg yang mereka tidak mahu membawa barangan mereka ke sana ke sini. Kemudian barang-barang tersebut diserahkan kepada mentor untuk dijaga sepanjang aktiviti tersebut

GAMBAR FOTO 6.4

Bacaan doa oleh salah seorang pelajar sebelum memulakan majlis dan aktiviti gotongroyong membersihkan kawasan sekitar masjid.

10.30 pagi.

Peserta melaksanakan aktiviti membersihkan kawasan sekitar masjid dan tebing sungai. Semua peserta memainkan peranan masing-masing. Ada juga beberapa peserta membantu penduduk kampung memasak juadah tengah hari. Peserta yang terdiri dari pelbagai kaum bekerjasama membersihkan kawasan sekitar masjid. Hanya pelajar muslim sahaja yang membersihkan kawasan dalam masjid. Walau bagaimanapun, saya dapati para pelajar masih bergerak dalam kumpulan kaum masingmasing. Nampak seperti mereka masih kekok untuk bergaul dengan kawan-kawan daripada kaum yang berlainan.

45


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

GAMBAR FOTO 6.5

Pelajar bersama dengan beberapa orang kanak-kanak sedang menyental dinding kolah yang telah lama tidak dibersihkan.

GAMBAR FOTO 6.6

Sanggup mengharungi air longkang untuk memastikan kawasan sekitar bersih.

46


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

GAMBAR FOTO 6.7 Beberapa orang pelajar sedang membersihkan kawasan longkang dengan menggunakan cangkul.

Saya dapati nilai yang boleh ditonjolkan daripada aktiviti ini ialah sanggup membuat kerja kotor walau setinggi mana pun status kita dalam masyarakat. Ini akan membuang sifat sombong, riyak dan bangga diri yang mungkin ada dalam diri kita. Pemimpin pelajar juga perlu bijak mengatur tugasan supaya semua peserta boleh memainkan peranan masing-masing. 2.00 petang.

Semua peserta telah dijemput untuk makan tengah hari bersama dengan penduduk kampung yang hadir. Selepas makan tengah hari, peserta muslim solat berjemaah bersama penduduk kampung di masjid ini. Selepas itu para peserta menyambung semula kerja-kerja pembersihan dan mengemas semua peralatan yang digunakan.

47


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

GAMBAR FOTO 6.8 Bersama-sama penduduk kampung menikmati juadah makan tengah hari.

4.00 petang.

Satu majlis penutup ringkas diadakan dengan penyampaian cenderahati kepada wakil penduduk kampung. Kelihatan beberapa orang pelajar berjumpa dengan mentor untuk meminta kebenaran mandi-manda di sungai sekejap sebelum berkemas untuk pulang dan menunggu bas sampai. Mungkin mentor membenarkan mereka mandi kerana kelihatan mereka sangat gembira sambil mengajak kawan-kawan lain mandi sama. Saya bertanyakan Pn Fong sama ada sesi refleksi akan dibuat, tetapi menurutnya, pelajar hanya dikehendaki menulis refleksi masing-masing dan menghantar kepadanya untuk disemak.

48


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

GAMBAR FOTO 6.9 Sebahagian pelajar bermain air sungai sementara menunggu bas tiba untuk pulang.

5.00 petang.

Apabila bas sampai, semua pelajar sama-sama mengemas barangbarang dan menaiki bas untuk pulang. Terdapat pelajar yang terus naik bas dengan barang sendiri dan tidak turun membantu rakan-rakan lain membawa barang lain naik ke atas bas. Kami sampai semula di kampus kira-kira jam 6.30 petang.

49


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Refleksi aktiviti khidmat masyarakat gotong royong di Kampung Besaria Berikut ialah catatan refleksi seorang pelajar yang mengikuti aktiviti khidmat masyarakat gotong royong di Kampung Besaria. Bersyukur saya kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaan dan nikmat-Nya, kami telah berjaya mengadakan program Bina Insan Guru (BIG) pada 14 Julai 2012 iaitu pada hari Sabtu dan bertempat diKampung Besaria, Selangor. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk menyokong program Lestari di samping memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan. Sepanjang program ini, saya telah banyak mendapat pengalaman dan pengetahuan umum dalam usaha kami untuk menjayakan program ini. Pengalaman dan pengetahuan yang telah saya perolehi bermula daripada kami membuat perancangan awal lagi iaitu pemilihan lokasi untuk melaksanakan program BIG dan pembahagian tugasan yang diberi. Kami memilih lokasi ini kerana kami berpendapat bahawa berbakti kepada masyarakat adalah satu permulaan yang baik untuk membina kemahiran bermasyarakat serta kemahiran-kemahiran interpersonal yang lain. Hal ini telah mengajar saya supaya kita lebih menghargai peranan kami sebagai seorang guru nanti. Tambahan pula, kami juga berpeluang untuk memupuk semangat berpasukan dan bertanggungjawab serta mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan guru pelatih dan pensyarah. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai tugasan tertentu. Walaupun begitu, kami tetap membantu kumpulan yang lain untuk menyiapkan tugasan mereka. Selain itu, kami juga memperoleh pengalaman dan pengetahuan dalam usaha kami mendapatkan keperluan yang penting sebelum program dijalankan iaitu mendapatkan peralatan asas yang diperlukan untuk gotong royong itu nanti seperti cangkul, papan dan penyapu lidi serta mengumpul modal untuk membeli makanan dan barang-barang yang mungkin diperlukan. Saya bersyukur kerana kami dapat menghadapi semuanya dengan baik tanpa sebarang kekangan. Sepanjang program ini berlangsung, terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan yang saya dapat kenal pasti sepanjang program BIG ini.

50


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Kekuatan: Dari segi kekuatan, secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan program BIG ini kerana diadakan di satu kawasan masyarakat yang telah dapat memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan aktiviti ini. Kesemua aktiviti yang telah dirancang berjalan dengan lancar sebagaimana yang telah ditetapkan dalam program BIG tentatif ini. Lokasi untuk menjalankan aktiviti juga lebih selamat dan selesa serta mempunyai kemudahan yang cukup kondusif. Selain itu, dari segi keperluan makanan adalah mencukupi dan menyeronokkan apabila kami dapat makan bersama-sama selepas penat bergotong royong dengan masyarakat kampung. Hal ini dapat membina semangat kekeluargaan dan kasih sayang antara kami. Dari segi keselamatan pula, sepanjang program ini tidak ada berlaku sebarang kecederaan atau kemalangan yang serius. Tambahan pula, persiapan dalam kalangan ahli kumpulan khususnya kumpulan saya adalah rapi dan cukup bersedia dari segi peralatan. Kesemua peserta berjaya melaksanakan tugasan mereka dengan sempurna. Semua kumpulan dapat memberi kerjasama dan komitmen yang baik semasa gotong royong dijalankan.

Kelemahan: Dari segi kelemahan yang saya dapat lihat sepanjang program ini ialah kelemahan dari segi pembahagian tugasan bagi setiap guru pelatih. Pengurusan yang tidak teratur dapat lihat apabila sebahagian guru pelatih hanya mendapat satu tugasan biarpun pada perancangan awal setiap guru pelatih mendapat dua tugasan. Selain itu, program tentatif perlu dimaklumkan lebih awal iaitu sekurang-kurangnya seminggu awal dari tarikh program itu dijalankan supaya guru pelatih tahu apa yang mereka perlu buat dan dapat bersedia lebih awal. Kesimpulannya, program BIG pada kali ini telah mencapai objektif utamanya iaitu untuk menyokong Lestari serta memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan. Segalanya berjalan dengan begitu sempurna tanpa sebarang masalah. Namun begitu, kelemahan yang dikenal pasti juga perlu diambil kira supaya penambahbaikan boleh diberi untuk program sebegini yang bakal kami adakan pada masa akan datang.

51


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Kes

7 Ala ‌ Cakap Je! Zawahir Ismail Faridah Abdullah

P

erhimpunan Bulanan adalah satu aktiviti perhimpunan rasmi yang dianjurkan oleh Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK). Lazimnya, perhimpunan ini diadakan pada setiap awal bulan dan diurus tadbir oleh jabatan yang telah diamanahkan. Dalam Perhimpunan Bulanan pengurusan tertinggi IPGK dapat bertemu dengan kakitangan akademik dan pelajar-pelajar untuk menyampaikan maklumat terkini dan penjelasan tentang visi dan misi IPG. Selain itu, Perhimpunan Bulanan juga satu medan latihan kepada pelajar untuk mengendalikan majlis rasmi dengan bimbingan pensyarah.

Majlis rasmi di sebuah institusi pendidikan guru Pada 19 Januari 2013 telah diadakan majlis Perhimpunan Bulanan dan Pelancaran Kempen Membaca Peringkat Kampus di sebuah Institut Pendidikan Guru (IPG). Pengarah dan Timbalan Pengarah IPGK adalah tetamu kehormat Perhimpunan Bulanan. Amirul ialah pelajar semester 2 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan yang telah diberi tanggung jawab untuk mengacarakan majlis tersebut. Ketika tiba giliran Pengarah untuk menyampaikan ucapannya, Amirul mengumumkan: Majlis diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Dr. Muhammad bin Yahaya, Pengarah IPG Kampus untuk menyampaikan ucapan. Audeins berbisik antara satu sama lain. Kelihatan beberapa orang pensyarah mula resah dan menunjukkan wajah kurang senang. Pengarah terdiam sejenak. Walau bagaimanapun, tetap melangkah ke pentas untuk menyampaikan ucapan. Ketika memulakan ucapan, beliau berjenaka dengan nada sinis, “Saya bukan adik beradik Dr. Mahmud�. Amirul memandang khalayak tanpa menyedari pengarah menyindirnya.

52


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Setelah selesai berucap, Amirul mengucapkan terima kasih dan memberi isyarat supaya pengarah turun pentas.Walau bagaimanapun, pengarah telah diberi taklimat oleh pengurus acara untuk terus berada di atas pentas untuk merasmikan Kempen Membaca. Amirul terus menjemput hadirin berdiri untuk menyanyikan lagu “Negaraku�. Setelah selesai majlis, beberapa orang pensyarah terus berjumpa dengan pengacara majlis. Berdasarkan perbualan dengan pensyarah, barulah Amirul menyedari bahawa beliau telah melakukan kesilapan yang besar semasa mengacarakan majlis tersebut. Kemudian, Amirul telah dipanggil oleh pensyarah pembimbingnya daripada Jabatan Pengajian Melayu. Hal ini kerana Jabatan Pengajian Melayu telah diamanahkan untuk mengelola Perhimpunan Bulanan tersebut. Puan Aminah:

Amirul, ketua jabatan saya nak berjumpa dengan awak di pejabatnya selepas kelas hari ni.

Amirul:

Baik, puan.

Di bilik Ketua Jabatan Pengajian Melayu Selepas kelas, Amirul terus ke bilik Ketua Jabatan Pengajian Melayu. Semasa di dalam kelas Amirul terdengar pelbagai pendapat dan komentar tentang perjalanan majlis yang dikendalikannya. Sepanjang hari hatinya gelisah. Sekurang-kurangnya dia sudah mendapat gambaran situasi yang bakal dihadapinya nanti. Semakin hampir dengan bilik ketua jabatan, debaran jantungnya kian kencang. Dia terfikir “habis aku hari ni�. Selepas menarik nafas panjang dia mengetuk pintu bilik Encik Rahman, Ketua Jabatan Pengajian Melayu. Amirul:

Assalamualaikum encik.

Encik Rahman:

Waalaikummusalam. Amirul, sila duduk.

Amirul:

Terima kasih, encik.

Encik Rahman:

Terima kasih Amirul kerana telah menjalankan tugas sebagai pengacara majlis. Walau bagaimanpun, saya dapati ada beberapa perkara yang tidak sepatutnya telah berlaku

Amirul:

Ya, encik. Saya hanya menyedarinya apabila ditegur oleh beberapa orang pensyarah.

Encik Rahman:

Ini bukan pertama kali awak mengacarakan majlis? Awak tak buat persiapan ke?

53


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Amirul:

Maaf encik, malam tadi saya menyiapkan tugasan sehingga pukul 3.00 pagi nak kena hantar hari ini...patutnya lagi dua minggu tapi Encik Abu Bakar dah minta hantar hari ini.

Encil Rahman:

Oh, ya ke...tapi awak dah diberitahu untuk mengacarakan majlis tersebut sejak seminggu yang lalu kan...

Amirul:

Hmmmm....betul encik tapi....kelas saya sampai malam.....

Encik Rahman:

Hmmmmm. saya harap lain kali awak akan lebih bersedia kerana kesilapan itu....besar salahnya terutama aspek protokol majlis. Awak patut tahu dan kursus tentang protokol telah beberapa kali dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Melayu.

Amirul:

Maafkan saya encik.

Selepas berjumpa dengan Amirul, Ketua Jabatan kurang berpuas hati dengan jawapan Amirul. Beliau menghubungi Encik Abu Bakar untuk mengetahui perkara sebenar.

Pertemuan Ketua Jabatan dengan En. Abu Bakar Encik Rahman:

Encik Abu Bakar, betul ke Amirul menyiapkan tugasan projek untuk dihantar pada hari ini.

En. Abu Bakar:

Eh, Encik Rahman, lambat lagi....!

Encik Rahman:

Hmmm...kalau macam tu kita kena lakukan sesuatu kepada pelajarpelajar kita....besar impaknya kesilapan pagi tadi tu...nampak sangat kita tak buat pemantauan.

En.Abu Bakar:

Petang Jumaat kita dah buat raptai....tetapi dia yang tak munculmuncul...kami terus buat raptai tanpa dia....walhal kita dah maklumkan. Mungkin dia ingat dah biasa jadi pengacara tak ada masalahlah...

Encik Rahman:

Dia ingat jadi pengacara tu...pegang mikrofon, cakap je......

54


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Kes

8 Lestari…Oh…Opss…Lestari Kartini binti Abdul Mutalib

S

ekolah Menengah Padang Permata adalah sebuah sekolah yang terletak 35 kilometer daripada sebuah pekan kecil di salah sebuah negeri di Malaysia. Pada minggu lepas, iaitu 24 Januari 2013, semua pengetua sekolah di negeri tersebut telah menghadiri satu taklimat bersama pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Jabatan Alam Sekitar Negeri untuk melaksanakan program ‘Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar’ seperti mana yang dinyatakan dalam Garis Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Sekolah Lestari yang diterbitkan oleh Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dan Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia. Bagi meningkatkan lagi keberkesanan sekolah sebagai pusat kecemerlangan alam sekitar, ‘Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar’ diperkenalkan bertujuan untuk membentuk satu persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Penglibatan dalam aktiviti-aktiviti sekolah lestari akan memberi peluang kepada warga sekolah untuk mengamalkan ciri-ciri mesra alam di persekitaran rumah, komuniti setempat, masyarakat dan akhirnya pada peringkat negara.

Semasa Perhimpunan Mingguan Pada hari Isnin minggu berikutnya, di tapak perhimpunan sekolah kelihatan Encik Mahirzain bin Alang Bongsu, Pengetua Sekolah Menengah Padang Permata menjelaskan tentang konsep dan program lestari yang bakal dilaksanakan di sekolah tersebut. Usaha ini adalah selaras dengan aspirasi kerajaan ke arah Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju dan masyarakat yang mementingkan kualiti alam sekitar. Program Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar diharapkan akan

55


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

memperkasakan sekolah sebagai pemangkin kepada proses pembentukan generasi yang bertanggungjawab dan sayangkan alam sekitar. Antara isi penting dalam ucapannya adalah seperti berikut: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera saya ucapkan kepada guru-guru kanan, guru-guru sekolah, murid-murid yang dikasihi dan warga sekolah yang saya hormati; Hari ini saya memfokuskan ucapan saya khusus kepada Program Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar. Tuan-tuan dan puan-puan, Program Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar ialah program yang telah dicetuskan semasa Simposium Pendidikan Alam Sekitar untuk Pengetua-Pengetua Sekolah Peringkat Kebangsaan pada 27-30 Ogos 2001 di Melaka, yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTE) dengan kerjasama Maktab Perguruan Teknik, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Program sekolah lestari bermatlamat untuk membudayakan Pendidikan Alam Sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam semua aspek di sekolah secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari. Usaha ini juga bertujuan untuk merealisasikan Dasar Alam Sekitar Negara yang mempunyai lapan prinsip dan tujuh strategi hijau. Strategi Hijau memfokuskan kepada aspek pendidikan dan kesedaran yang memberi kefahaman tentang konsep kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari, selaras dengan Prinsip-Prinsip Pembangunan Mampan dalam Agenda 21, Rio De Jenario. Lima objektif utama program sekolah lestari seperti mana yang dinyatakan dalam Garis Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Sekolah Lestari adalah memupuk nilai murni alam sekitar dalam kalangan warga sekolah; meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar; menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan; meningkatkan kerjasama antara sekolah dengan masyarakat dalam menjayakan pendidikan alam sekitar; dan mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari. Selain itu, program ini juga diharap dapat membangkitkan kesedaran dan sensitiviti tentang isu-isu alam sekitar. Pendekatan menyeluruh ini melibatkan perancangan dan penglibatan semua warga sekolah. Satu mesyuarat khas akan diadakan bersama guru-guru dan staf sokongan sekolah pada hari esok Selasa pada pukul 2.30 petang. Sekian, terima kasih.

56


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Encik Mahirzain kemudiannya merasmikan Program ‘Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar’ di Sekolah Menengah Padang Permata dengan logo berikut:

RAJAH 8.1 Logo Sekolah Lestari

Di belakang bangunan sekolah Di belakang bangunan sekolah, kedengaran bunyi seperti orang sedang menyapu sampah dan mencakar tanah. Oh!.. rupanya Wak Jozan tukang kebun sekolah sedang menyapu daun-daun dan ranting-ranting kering di sekitar bangunan Blok C bersama pembantunya Pak Seman. Wak Jozan:

Wah! Wah! Wah....kok lagi disapu...lagi banyak gugurnya, hari-haripun mau disapu, hari-hari mau dikumpulkan.... (leter Wak Jozan).

Pak Seman:

Opps....Wak ... jangan terlalu susah hati....kumpulkan saje daun-daun ini di hujung pagar....bakar sajela Wak....kan senang gitu.

57


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

GAMBAR FOTO 8.1 Sampah sedang dibakar di belakang Blok C

Bila melihat asap mula berkepul-kepul keluar dari timbunan daun-daun yang dibakar, Wak Jozan dan Pak Seman tersenyum sambil menyalakan pula api rokok masingmasing. Wak Jozan dan pembantu Pak Seman berasa senang hati, bersandar di tepi pagar sekolah dan tenggelam dalam khayalan bersama kepulan asap rokoknya.

Di Bilik Guru Kringgg ... loceng berbunyi tepat pada pukul 9.45 pagi menandakan waktu rehat sudah bermula. Di dalam bilik guru, beberapa orang guru sibuk menghidangkan makanan untuk untuk jamuan ringkas sempena hari jadi Pn. Meriah Hani. Pn.Chun See Buk:

Happy birthday, Meriah Hani!

Meriah Hani:

Thank you, Chun.

Pn.Radiosamy:

Ohh amma....pinggan dan cawan kita mungkin tidak cukupla.... (jeritnya menepuk dahinya).

Pn.Chun See Buk:

Don’t worry! ma.....Nah! Ini saya ada bawakan itu pinggan dan juga cawan polisterina, tidak perlu basuh... terus buang saje lo...

58


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Setelah jamuan ringkas selesai, semua sisa makanan dimasukkan ke dalam plastik, manakala cawan dan pinggan polisterina terus dimasukkan ke dalam satu bakul sampah yang sama di dalam bilik guru. Penuh bakul sampah tersebut dengan timbunan cawan dan pinggan polisterina yang telah digunakan.

GAMBAR FOTO 8.2 Jamuan hari jadi di bilik guru

Di bilik darjah Kring...loceng berbunyi lagi menandakan waktu rehat telah tamat. Semua murid berlari dan bergegas masuk ke bilik darjah masing-masing. Di kelas Tingkatan 2 Berani, ketua kelas yang bernama Badri, sedang membuat suatu pengumuman. Badri:

Sila buat nota Sejarah dalam buku masing-masing kerana Cikgu Larifah Hanim tiada di sekolah. Cikgu telah pergi menghadiri Kursus Bina Semangat di Hutan Lipur Tenggelam, Sg.Lembing.

Maimunah:

Apa tajuknya, Badri?

Badri:

Ooo ... Lupa la pulak. Opss ... Tajuknya ialah ‘Kedudukan Strategik Mendorong Penguasaan British’.

Selepas 15 minit, empat orang murid mula bermain kapal terbang kertas dan berlumbalumba membaling kapal terbang paling jauh ke bahagian belakang kelas. Permainan

59


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

kapal terbang mula menarik perhatian murid lain dan Tingkatan 2 Berani mula menjadi hingar bingar dengan gelak ketawa murid-murid. Khairul:

Lihat ... kapal terbang saya yang paling jauh. Saya nak buat banyak lagi kapal terbang.

Mamat:

Sayapun nak buat lebih banyak kapal terbang...Wah! Seronoknya cikgu tiada. Kawan-kawan, marilah kita semua main kapal terbang (jerit Mamat kegirangan).

GAMBAR FOTO 8.3 Murid bermain kapal terbang

Di kantin sekolah Di dapur kantin, bunyi pinggan-mangkuk berlaga-laga kedengaran. Kak Beda’ah tauke kantin mula merasa rimas dan naik darah. Kak Beda’ah: Bibi! mengapa bunyi bising sangat tu? (jerit Kak Beda’ah dari kaunter jualan kuih sambil mengira wang keuntungan). Bibi:

Banyaknya pinggan kotor la ...puan. Saya kena cuci dengan cepat, (jawab Bibi katanya sambil menuang detergen penuh ke dalam satu mangkuk sehingga meleleh keluar dari mangkuk tersebut). 60


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Selepas sepuluh minit, tiba-tiba Bibi menjerit kepada Kak Beda’ah. Bibi:

Puan, saya buang sampah la dulu, sampah banyak dan busuk pulak tu. (Bibi sambil menutup hidung dan terus berlari membiarkan air paip bercucuran ke dalam sinki).

GAMBAR FOTO 8.4 Sampah dibuang ke dalam tong sampah di belakang kantin

Tanpa membuang masa Bibi cepat-cepat mengumpul dan membuangkan semua kotak minuman, sisa kotoran dari atas meja makan dan botol air mineral ke dalam tong sampah di belakang kantin. Semua sampah kertas bungkusan nasi lemak juga dicampak oleh Bibi ke dalam tong sampah yang sama. Bibi terus mencapai penyapu di tepi dapur dan menyapu sampah seperti lipas kudung gayanya. Sampah yang dikumpulkan itu dimasukkan juga ke dalam tong sampah yang sama, manakala longgokan habuk ditolak terus ke dalam longkang. Bibi:

Wah! nampaknya saya sudah boleh berehat.... (bisik hati kecil Bibi)

Kak Beda’ah:

Bibi! Mari tolong saya di sini...

Bibi:

Baik puan, saya datang la ni.

61


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Dialog antara pengawal keselamatan sekolah Jam menunjukkan pukul 7.00 petang, suasana di Sekolah Menengah Padang Permata mula menjadi sunyi sepi dan bunyi cengkerik mula kedengaran. Langit semakin gelap menandakan seperti hendak hujan. Hanya kelihatan dua orang pengawal keselamatan swasta iaitu Encik Kashmir dan En. Waraq Khan yang baru bekerja selama dua hari sedang sibuk memeriksa kawasan sekolah. Mereka berjalan perlahan-lahan menuju ke blok A, pejabat pengetua dan seterusnya ke bilik guru. En. Khan:

Ooo...Kashmir, mari sini... lihat la... (panggil En. Khan kepada rakannya Kashmir).

En. Kashmir: Ayo..yoo...sikit sabarlah Khan...apa pasai mau kecoh-kecoh? (jawab Encik Kashmir sambil mengintai dari luar tingkap ke dalam bilik guru dengan mata terbeliak). En. Khan:

Oppss ... tadi itu ... kipas dan lampu semua sudah tutup, apa pasal sekarang sudah buka, siapa agaknya punya kerja? (En. Khan mengaru-garu kepalanya yang botak).

En. Kashmir:

Khan, saya rasa... saya punya hati sudah lain macamlah, janganjangan ini sekolah ada itu hantu...kasi buka itu semua lampu (jawab Encik Kashmir sambil tersengih-sengih).

En. Khan:

Jangan main-mainlah Kashmir... saya sudah rasa takut juga, marilah kita cepat lari dari sini... apa tunggu lagi?

En. Kashmir: Ya...satu...dua...tiga....cabut la..... Kedua-dua pengawal keselamatan yang ketakutan itu meninggalkan bilik guru dan kelihatan tergesa-gesa kembali semula ke pondok jaga di depan pagar utama sekolah.

62


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

GAMBAR FOTO 8.5 En..Khan dan En. Kashmir setelah selamat sampai ke pondok keselamatan sekolah

63


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Kes

9 Hijau Sekolahku Kuyu Mataku Ahamad Shabudin bin Yahaya

S

ekolah Menengah Tunas Bakti merupakan sebuah sekolah menengah berasrama di Malaysia. Sekolah ini mempunyai 50 orang guru, 10 orang staf sokongan dan 600 orang murid. Kajian kes ini mengetengahkan suatu isu di sekolah ini sebelum Program Hari Hijau.

Di kantin sekolah Cikgu Juliana dan Cikgu Sheila sedang menikmati sarapan pagi kira-kira pada pukul 8.30 pagi. Guru lain sibuk dalam kelas melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Cikgu Juliana: Hmmm….Cikgu Sheila, saya nampak rumput di kawasan sekolah dan kantin kita ni telahpun mula panjang dan berserabut. Apalah agaknya tukang kebun sekolah kita ni buat? Cikgu Sheila:

Laa…Kak Juliana tak tau ke? Tukang kebun kita tu hanya siram pokok dua hari sekali sahaja. Itupun kalau dia rajin....

Cikgu Juliana: Oh… patutlah semua pokok-pokok bunga dan pokok-pokok di kawasan sekolah kita ni semuanya layu belaka. Cikgu Sheila: Betul tu Kak Juliana …pokok layu….mataku kuyu…layu-kuyu... elok sangatlah tu....hehehe (ketawa hingga terhenjut-henjut bahunya). Cikgu Juliana: He..he..he (ketawa ambil menekup mulutnya).

64


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Di makmal sains Cikgu Maria bertembung dengan Cikgu Yazid di pintu makmal sains sekolah. Cikgu Maria:

Sukarlah Cikgu Yazid untuk mengajar tajuk ‘Memahami kepelbagaian tumbuh-tumbuhan dan kepentingannya sebagai satu warisan semula jadi negara’ (keluh Cikgu Maria perlahan).

CikguYazid:

Suruhlah murid bawa tumbuh-tumbuhan tersebut semasa kelas amali Setiap tahun saya suruh murid bawa sendiri tumbuh-tumbuhan dari rumah masing-masing (jawab Cikgu Yazid sambil tersenyum senang hati).

Cikgu Maria:

Sejak pindah ke sekolah ini saya pula hanya gunakan gambar-gambar dari Internet sahaja dan suruh murid hasilkan buku skrap. Apakah agaknya cara lain untuk mengajar tajuk ini?

CikguYazid:

Hmmm….apa kata kita bina taman sains sendiri di depan makmal ini, Cikgu Maria?

Cikgu Maria:

Susahlah Cikgu Yazid. Nanti banyak kerja kena buat. Siapa yang akan menanam pokok-pokok dan menjaga taman sains itu…tukang kebun pun banyak kerja lain (ulas Cikgu Maria lalu meninggalkan Cikgu Yazid sendirian).

CikguYazid:

He...he...he..sebenarnya akupun tak sanggup (bisik Cikgu Yazid dalam hatinya).

Di bilik darjah semasa mata pelajaran Geografi Di dalam bilik darjah Tingkatan 2 Ilmu, murid begitu berminat mendengar penerangan Cikgu Aziz, guru baharu Geografi mereka. Cikgu Aziz:

Ingatkah kamu semua tentang kejadian di Highland Towers, Hulu Kelang suatu ketika dahulu? Apakah yang menyebabkan berlakunya tanah runtuh dan hakisan tanah di tempat tersebut?

Aleesya:

Banyak hutan di sekeliling kawasan tersebut telah ditebang dan kawasan tersebut dijadikan kawasan perumahan elit.

Cikgu Aziz:

Betul jawapan awak Aleesya. Soalan lain dari cikgu adalah apakah fungsi lain hutan kepada manusia?

Nadia:

Hutan juga membekalkan sumber air yang bersih kepada manusia dengan adanya kawasan tadahan air, cikgu.

65


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Cikgu Aziz:

Ya, Nadia. Bagaimanakah pula caranya kita boleh mengekalkan hutan untuk generasi yang akan datang?

Shafik:

Masyarakat perlu melakukan program pemeliharaan dan pemuliharaan hutan.

Cikgu Aziz:

Bagus jawapan kamu semua, ada lagi jawapan lain yang boleh kamu semua fikirkan?

Adnan:

Pokok-pokok di hutan perlu diganti dengan cara menanam semula pokok-pokok yang baharu.

Di bilik darjah semasa mata pelajaran Kemahiran Hidup Cikgu Lee:

Hari ini kita akan belajar tentang ‘Penanaman Pokok Hiasan’. Cikgu akan lakukan tunjuk cara secara teori sahaja bagi menyediakan medium penanaman John Innes Potting Compost dan juga cara mengubah keratan berakar ke dalam beg politena. Caranya mudah sahaja.

Setelah 20 minit membuat tunjuk cara kepada kelas, dua orang murid bersuara kepada Cikgu Lee. Maimun:

Cikgu, saya tidak faham dan susah nak bayangkan bagaimana nak mengubah keratan berakar ke dalam beg politena tu.

Aida:

Betul tu cikgu, sayapun tidak fahamlah cikgu.. ...bagaimana nak sediakan kompos tu, sebab saya sendiripun tak pernah buat kompos.

Cikgu Lee:

Kelas, minggu ini cikgu sangat sibuk dan banyak kerja perlu cikgu siapkan, cikgu ajar teori sahaja kerana kita perlu habiskan sukatan pelajaran ini dengan cepat. Lagipun minggu depan ada ujian. Tambahan pula bukan senang nak buat baja kompos.

Dialog antara pembantu makmal dengan pekerja Terdapat tiga orang pekerja bangunan sedang mengangkat simen bagi pembinaan bangunan baharu makmal di sekolah tersebut, manakala pembantu makmal kelihatan sedang memantau para pekerja itu.

66


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Gaddafi:

Wah!, cepatnya sungguh kamu angkat guni-guni simen dari lori tu Ah Seng. Terror la kamu ni …patutlah itu bos sangat sayang pada kamu.

Ah Seng:

Apa susahnya …saya sudah buat satu jalan baru…apa bos selalu cakap ...itu …ahaa.. ‘short cut’ ma... (sambil mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal).

Kaliappan:

Ya la Gaddafi…jika tidak…ayyo…banyak jauh mau angkat itu semua guni simen…huhh! matilah saya.

Pembantu makmal:

Ye la...nasib baik ada itu jalan ‘short cut’, sayapun bukan tak nak tolong tapi tak larat nak mengangkat semua guni simen ini. Berat sangat berbanding badan saya yang kecil ni.

Setelah siap semua kerja-kerja pemunggahan simen, Ah Seng dan Kaliappan menunjukkan jalan ‘short cut’ tersebut kepada Gaddafi sambil diiringi oleh pembantu makmal sekolah. Gaddafi:

Ah Meng, apa pasal awak potong semua pokok di laluan ini? Banyak anak pokok mati akibat dipijak oleh kamu berdua. Simen juga telah tumpah ke atas pokok di jalan itu. Tentu pokok-pokok itu akan rosak dan mati.

Pembantu makmal:

Gaddafi:

Shhh....Tak pe…jangan buat bising la…, tiada siapa nampak, saya akan rahsiakan hal ini daripada pihak sekolah. Boleh caya punya la....

Hmm...siapalah yang akan tanam semula pokok-pokok tu? ... kesian pokok-pokok tu.

Pengurusan Program Hari Hijau Alam Sekitar di sekolah Pada 11 Jun 2011 bersamaan hari Sabtu, sekolah ini telah mengadakan Program Hari Hijau Alam Sekitar sempena Hari Alam Sekitar Sedunia yang disambut pada 5 Jun setiap tahun di seluruh dunia. Tema Hari Alam Sekitar Sekolah Menengah Tunas Bakti adalah Forests: Nature at Your Service selaras dengan penetapan tema oleh United Nation Enviroment Programme (UNEP) yang menekankan nilai hidup yang mengekalkan hutan kerana hutan mempunyai hubungan intrinsik antara kualiti hidup manusia dengan kesihatan. Masa depan manusia bergantung kepada pemuliharaan dan pemeliharaan hutan di seluruh dunia. Hutan bukan hanya menyediakan banyak sumber semula jadi yang penting, tetapi juga mengekalkan kualiti dan ketersediaan bekalan air tawar. Gangguan

67


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

terhadap ekosistem hutan akan menyebabkan berlakunya bencana alam seperti banjir, tanah runtuh dan hakisan tanah. Kesan penebangan hutan akan meningkatkan suhu global bumi. Objektif Program Hari Hijau Alam Sekitar ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kesedaran warga sekolah memahami isu berkaitan dengan hutan dan tumbuhtumbuhan, di samping meningkatkan kesedaran warga sekolah terhadap tanggungjawab pemuliharaan dan perlindungan alam sekitar dan seterusnya membudayakan amalan hijau dalam kalangan warga sekolah. Amalan hijau melalui pelaksanaan Program Hari Hijau Alam Sekitar dapat membantu mengawal suhu persekitaran kawasan sekolah, mengurangkan pencemaran udara daripada habuk dan asap kenderan dam boleh menjadi benteng bagi menghalang pencemaran bunyi bising, dapat mengawal hakisan tanah, membantu mengimbangi ekologi kehidupan di samping menyediakan persekitaran yang ceria, selesa, harmoni dan tenang. Program Hari Hijau Alam Sekitar ini dilaksanakan oleh pihak sekolah dengan bantuan dan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri serta pihak Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG). Pada hari tersebut Jabatan Perhutanan telah menghantar sejumlah 600 anak pokok pelbagai jenis untuk ditanam di kawasan sekolah tersebut. Setiap kelas dan guru masing-masing ditugaskan untuk menanam pokok di tempat-tempat tertentu dalam kawasan sekolah berasaskan satu pelan induk yang diletakkan pada papan kenyataan sekolah seminggu sebelum program dilaksanakan.

GAMBAR FOTO 9.1 Anak-anak pokok yang disumbangkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri

68


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

GAMBAR FOTO 9.2 Pelajar sekolah sedang menanam pokok di kawasan masing-masing Pada hari tersebut setiap warga sekolah diminta memakai baju berwarna hijau dan membawa cangkul serta peralatan untuk menanam pokok masing-masing. Pengumuman untuk memakai baju hijau dibuat dalam perhimpunan rasmi dua hari sebelum Program Hari Hijau Alam Sekitar ini diadakan. Atur cara program yang dicatatkan dalam brosur adalah seperti berikut: PROGRAM HARI HIJAU ALAM SEKITAR SEKOLAH MENENGAH TUNAS BAKTI SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2011 Tarikh : 11 Jun 2011 (Sabtu) Masa : 8.00 pagi – 12.00 tengahari Tempat : Sekolah Menengah Tunas Bakti 9.00 pg 9.30 pg

12.00 tgh

-

Ketibaan Jemputan Majlis Perasmian  Lagu Negaraku  Lagu Tema Hari Hijau  Doa  Ucapan Alu-Aluan Pengetua Sekolah Menengah Tunas Bakti  Ucapan Perasmian oleh Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perak  Gimik Perasmian - Acara menanam pokok oleh Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perak  Jamuan Pagi  Penyampaian Cenderamata - Majlis Bersurai

69


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Majlis Perasmian Program Hari Hijau Alam Sekitar Sejak awal pukul 7.45 pagi, Pengetua Sekolah Menengah Tunas Bakti, En. Abdul Halimi bin Osman, telahpun kelihatan bersedia menunggu kehadiran tetamu jemputan. Begitu juga dengan Pn.Susilawati binti Selamat (Guru Kanan Pentadbiran), Pn. Salmawani binti Kadri selaku Setiausaha Program Hari Hijau Alam Sekitar bersama dengan dua orang guru wanita, Pn. Norliza binti Dahlan dan Pn. Damia binti Sulung, ahli jawatankuasa sambutan. En. Abdul Halimi:

Selamat Pagi, Cikgu Salmawani. Bagaimana dengan persiapan Program Hari Hijau Alam Sekitar?

Cikgu Salmawani:

Semua AJK telah menjalankan tugas dan membuat persiapan seperti yang dirancangkan. Semuanya beres, En.Halimi.

En. Abdul Halimi:

Bagus!

Tuan Pengetua memandang kepada semua guru-guru yang ada sambil tersenyum senang hati. Tepat pukul 8.30 pagi, kelihatan kereta rasmi Jabatan Perhutanan Negeri yang membawa tetamu jemputan, iaitu Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri, Dato’ Shamsul bin Mubin, bagi acara perasmian menyusur perlahan-lahan tiba ke hadapan blok pentadbiran sekolah. Manakala pegawai protokol Encik Muthusamy a/l Kaliappan juga kelihatan tiba dan tergesa-gesa menghampiri tetamu jemputan tanpa membawa teks ucapan perasmian. Tetamu disambut oleh Tuan Pengetua, Guru Kanan Pentadbiran, Setiausaha Program dan juga barisan ahli Jawatankuasa Sambutan. Tetamu jemputan seterusnya dijemput ke bilik tetamu untuk menikmati minuman ringan, diberikan taklimat tentang perjalanan majlis oleh Tuan Pengetua dan diraikan bersama dengan Yang Dipertua PIBG Sekolah Menengah Tunas Bakti, Dato’ Yusop bin Alang Seman. Pegawai protokol Encik Muthusamy berdiri tegak di sisi pintu bilik tetamu. Tepat pukul 9.00 pagi para tetamu dibawa ke tapak perasmian di hadapan blok pentadbiran menghala ke padang sekolah. Kerusi tetamu disusun menghadap ke arah padang, manakala kerusi guru sekolah diletakkan di belakang tetamu. Bilangan kerusi yang disusun berjumlah 30 buah sahaja. Para pelajar duduk berkumpul di padang dan berhadapan dengan para tetamu serta guru sekolah. Terdapat sebilangan guru yang berdiri di tepi khemah tempat perasmian tetapi tidak semua warga sekolah memakai baju berwarna hijau.

70


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

GAMBAR FOTO 9.3 Tetamu jemputan melakukan acara gimik, iaitu menanam pokok

Semasa majlis perasmian dijalankan, tetamu jemputan memberikan ucapan yang sangat bernas dan menarik malah kelihatan begitu bersemangat dan ceria walaupun tanpa teks ucapan yang disediakan. Beliau bukan sahaja menjelaskan tentang kepentingan pokok kepada alam sekitar dan manusia tetapi juga saling hubungan antara pokok dengan kehidupan di dunia. Jabatan Perhutanan juga sangat komited dalam membantu usaha mana-mana pihak sama ada kerajaan atau swasta untuk menanam pokok di seluruh kawasan sekolah ataupun pejabat masing-masing. Selepas tamat perasmian, pada pukul 10.00 pagi semua tetamu jemputan dijemput menikmati jamuan ringan di bilik tetamu sekolah.

Selepas Majlis Perasmian Semasa para jemputan menikmati jamuan ringan, Ckgu Salmawani dapat berbual seketika dengan Cikgu Harliza, ahli jawatankuasa makanan. Cikgu Harliza:

Tahniah, Cikgu Salmawani. Program yang kita rancang akhirnya berjaya juga dilaksanakan. Tetamu juga hadir tepat pada masanya dan majlis berjalan dengan lancar.

Cikgu Salmawani:

Terima kasih Cikgu Harliza. Kejayaan ini adalah berkat usaha dan kerjasama semua ahli jawatankuasa program. Ada banyak perkara yang saya juga telah belajar daripada program ini.

71


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Cikgu Harliza:

Belajar...tentang apa?

Cikgu Salmawani:

Cikgu tidak tahukah? Kami telah mengubah kedudukan susunan khemah dan kerusi tetamu jemputan sebanyak tiga kali pada hari Jumaat yang lalu. Susunan yang ada pada hari ini sebenarnya berbeza daripada kedudukan asal yang dipersetujui dalam mesyuarat terakhir pada hari Selasa 7 Jun 2011.

Cikgu Harliza:

Oh! begitukah Cikgu?

Cikgu Salmawani:

Ya...malah saya juga belajar agar tidak mengangkat cawan di depan tetamu untuk menuang air...terima kasih..Cikgu Harliza.

Sebelum tetamu bertolak pulang, Tuan Pengetua telah menyerahkan sebakul buahbuahan tempatan sebagai cendera mata serta tanda terima kasih atas bantuan Jabatan Perhutanan Negeri dalam menjayakan Program Hari Hijau Alam Sekitar di Sekolah Menengah Tunas Bakti. Dua orang ahli jawatankuasa makanan kelihatan menjemput ahli jawatankuasa sambutan untuk duduk di meja tetamu dan menjamu selera serta menghabiskan lebihan makanan tetamu. Cikgu Harliza:

Jemputlah makan Cikgu Norliza dan Cikgu Damia. Saya sangat lapar dah ni....

Cikgu Norliza:

Terima kasih. Mari kita makan bersama Cikgu Damia.

Cikgu Damia:

Cukupkah makanan tu untuk kita? Nampak tinggal sedikit sahaja. Cikgu Norliza saje la makan. Saya tahan lagi ni.

Cikgu Norliza:

Memangla tak banyak dan tak cukup tapi tidak mengapa...mari kongsi kuih ni dengan saya.

Selepas majlis perasmian tamat, semua guru dan pelajar dibekalkan dengan air mineral dan juga roti. Beberapa kotak bekas air mineral kelihatan ditinggalkan oleh para pelajar di tepi pokok bunga di kawasan khemah perasmian.

72


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Penanaman pokok Para pelajar dan guru kelas masing-masing mula bergerak ke kawasan masingmasing untuk menanam pokok. Para pelajar juga dilihat begitu gembira dan penuh bersemangat menanam pokok masing-masing. Terdapat beberapa orang pelajar yang masih berbual-bual sesama sendiri di kawasan perasmian manakala hanya seorang staf sokongan datang membantu guru-guru menanam pokok di tepi pondok jaga. Amira:

Siti, saya terlupa membawa sarung tangan dan juga cangkul. Boleh saya pinjam cangkul awak?

Siti:

Alamak…saya sendiripun terlupa la bawa cangkul. Tak apa mari kita cuba pinjam daripada ketua kelas kita, Devi.

Amira:

Devi, saya nak pinjam cangkul awak boleh?

Devi:

Boleh apa salahnya. Tapi mengapa awak dan Siti pakai t-shirt warna kuning, bukankah cikgu dah pesan pakai baju warna hijau.

Amira:

T-shirt hijau saya basahlah, saya terbasuh semalam.

Siti:

Saya pulak tak basuh lagi t-shirt hijau saya selepas digunakan untuk latihan sukan semalam.

Akhirnya kesemua 600 pokok telah siap ditanam di kawasan yang ditetapkan pada pukul 11.45 pagi. Walau bagaimanapun polibeg hitam bekas anak pokok kelihatan banyak bertaburan berhampiran kawasan penanaman pokok. Kelihatan banyak kereta guru mula keluar satu persatu daripada kawasan sekolah manakala semua pelajar beransur-ansur pulang ke asrama masing-masing. Kebanyakan guru-guru telah pulang ke rumah masing-masing tanpa menunggu jamuan makan tengahari yang disediakan pada pukul 12.30 tengah hari.

73


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Kes

10 Dah Abad ke-21 Yee Sye Foong

B

eena ialah budak berumur 8 tahun yang sangat meminati muzik. Fon telinga MP3nya macam sebahagian daripada anatomi Beena; lansung tak ditanggalkan. Hari-hari Beeni dengar muzik dan memang menjadi hasratnya untuk bermain alat muzik; tak kira alat apa, asalkan Beena boleh buat muzik dengannya. Di sekolah Beena ada belajar muzik dan bermain recorder. Muzik ialah mata pelajaran yang paling digemari Beena. Setiap minggu Beena tak sabar menunggu kelas muzik di sekolah. Cikgu kelas muziknya ialah Cikgu Muz. Pada suatu hari, Beena balik dari sekolah menangis teresak-esak. Mak:

Nape ni, Beena … ? Bergaduh ke di sekolah?

Beena:

Tak … (sambil mengesat air mata) dimarah Cikgu Muz …

Mak:

Cikgu muzik ke? Tak buat kerja rumah ke?

Beena:

Tak … tak faham apa dia ajar. Ada semi … semi … bbr … kua …. Tak tau lah. Bila tiba main, saya salah masuk main … bukan giliran lagi …. Semua kawan gelak … cikgu marah … kata saya tak de bakat … (Beena mula menangis lagi.)

Mak:

Saya tak tau muzik … nak tolong pun tak dapat … Ha! Apa kata pakai i-pad yang ayah bagi … tengok kat You Tube cara nak main.

Beena:

Cikgu kata tak boleh tengok sebab banyak benda tak baik kat You Tube.

74


K A J I A N

K E S

Mak:

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Hai, anakku Beena … kan mak dah ajar … kalau tau mencuri tak baik, janganlah curi. Kalau ternampak benda tak baik kat You Tube, jangan tengoklah … Tengok hanya yang baik-baik aje.

Beena pun melayari You Tube. Beena belajar yang bunyi ada panjang dan ada pula yang pendek. Apabila bunyi yang panjang dan pendek digabungkan, kita dapat muzik. Yang Cikgu Muz ajar di sekolah yang Beena tidak faham ialah nama bagi bunyi yang panjang dan pendek. Bunyi yang paling panjang dipanggil semibreve. Bunyi yang lebih pendek daripada semibreve ialah minim, crotchet, quaver, semiquaver, demisemiquaver, dsb. Beena pun terfikir, “Panjang namanya dengan ejaan yang susah-susah … patutlah saya tak faham. Cikgu sendiri pun salah sebut dan eja. Kalau cikgu ajar bunyi jenis not muzik ini sebelum nama dan ejaannya, kan senang saya faham.” Keesokan harinya, Cikgu Muz sedang mengajar nama dan ejaan jenis not muzik sekali lagi kerana semalam banyak murid yang tidak faham. Cikgu Muz menggunakan lutsinar dan Over Head Projector (OHP). Cikgu Muz:

Ingat ejaan semibreve … S E M I B R E V E. Sekarang salin dalam buku nota.

Beena:

Cikgu, bunyinya macam mana? Panjang ke … pendek ke?

Cikgu Muz:

Itu kita belajar minggu depan. Sekarang salin …

Beena:

Cikgu, semalam saya jumpa ‘demisemiquaver’ kat You Tube.

Cikgu Muz:

Itu paling pendek.

Beena:

Hemidemisemiquaver lagi pendek cikgu.

Cikgu Muz:

Jangan pandai-pandai … buat kerja kamu.

Selepas kelas, Cikgu Muz pun balik ke Bilik Guru dan duduk di tempatnya. Cikgu Muz sangat marah. Cikgu Muz:

Saya tak tahan Beena dalam kelas muzik saya … budak bermasalah … asyik suka membetulkan cikgu.

Cikgu Daba:

Saya ajar Beena juga … matematik … budak zaman sekarang lain.

Cikgu Muz:

Mengada-ngada saja.

Cikgu Daba:

Bukan … mereka pandai berfikir. Budak generasi Z dalam abad ke-21.

75


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Cikgu Muz:

Apa tu generasi Z?

Cikgu Daba:

Muz masih dalam abad ke-20 kalau tak tau apa tu generasi Z. Beena pandai menggunakan gadget untuk mencapai maklumat. Sebab tu, Beena dah mendahului Muz.

Cikgu Muz:

Aku ada ijazah. Apa yang budak tu tau?

Cikgu Daba:

Beena pandai memproses maklumat yang dicapai. Beena juga cukup berkeyakinan diri untuk menyuarakan hujahnya ... cekap berkomunikasi. KBATnya lebih tinggi daripada kita. Kita boleh belajar daripada Beena. (KBAT ialah akronim untuk Kemahiran Berfikir pada Aras Tinggi.)

Cikgu Muz:

Apa! Dah gila ke? Kita kan cikgu dia …

Cikgu Daba:

Dalam abad ke-21, sempadan antara negara semakin kabur dengan globalisasi yang dimudahkan oleh Internet. Begitu juga, sempadan antara cikgu dengan murid.

Cikgu Muz:

Saya tak faham kata-kata hebat macam ‘globalisasi’. Apa sempadan kabur yang Daba cakap tu?

Cikgu Daba:

Cikgu dan murid bekerjasama secara berpasukan untuk belajar bersama-sama.

Cikgu Muz:

Tak fahamlah … Pening aku fikir banyak-banyak. Aku tau ajar muzik aje …

Cikgu Daba:

Itulah masalahnya.

76


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Kes

11 Betulkan yang Biasa dan Biasakan yang Betul Rashida binti Awang Noreha binti Sarkawi

D

alam memenuhi keperluan menyediakan guru yang terlatih, institusi perguruan telah menyusun program pendidikan guru yang dapat memenuhi kehendak pelanggan. Mereka yang memerlukan latihan profesional ini selalunya terdiri daripada mereka yang bertugas sebagai guru sandaran tidak terlatih yang sedang berkhidmat di insitusi pendidikan awam, swasta dan para graduan yang ingin menjadi guru. Mereka ini adalah lulusan dari universiti yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Guru pelatih ini perlu melaksanakan tugas mengajar anak didik semasa penggal persekolahan dan pada masa yang sama mendaftar sebagai guru pelatih separuh masa di institusi perguruan semasa dalam cuti. Kursus Dalam Cuti (KDC) adalah bergantung kepada mod yang dipilih. Mereka perlu melakukan pembelajaran berterusan secara atas talian ataupun secara modular sepanjang masa penggal persekolahan dan mengikuti interaksi yang padat semasa cuti persekolahan. Ada juga mod yang mana kurikulum sepenuh masa digunakan dan jam interaksi mesti dipenuhi semasa sesi interaksi. Pada kebiasaannya mod seperti ini memerlukan tempoh kursus dan interaksi yang lebih panjang. Awal sesi pengajian untuk tahun 2013 baru bermula. Suasana awal semester pengajian memberi pelbagai cabaran kepada pelajar lepasan ijazah yang baru bergelar bakal guru. Program perguruan sangat berbeza daripada program akademik di universiti kerana pelajar perlu berdikari dan mampu berfikir secara kreatif dan kritikal. Bagi pelajar yang pernah menjadi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), pengalaman di sekolah mungkin banyak membantunya. Setelah selama tiga bulan berada di sekolah, pelajar-

77


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

pelajar ini akan ke institusi perguruan untuk mengikuti kursus bagi membolehkan mereka diterima sebagai guru terlatih. Di institusi perguruan, mereka dididik untuk menjadi guru yang bertauliah. Amin ialah Ketua Kumpulan bagi kursus Olahraga. Di sinilah peranan Amin dan rakan-rakannya bermula sebagai guru pelatih.

Perbualan telefon antara Amin dengan Abu Amin:

Hello Abu ... Minggu depan kelas olahraga kita dah mula. Tolong ingatkan kawan-kawan, kelas hari Khamis jam 8.00 pagi. Jangan lewat ... saya dapat tau pensyarah kursus tu selalu membebel kalau pelajarnya datang lewat.

Abu:

Ya ... nanti saya sms dan email yang lain. Siapa yang ajar kelas kita?

Amin:

Rasanya Pn. R. Ada yang kata dia ni lain sikit. Cakap dia kena dengar dan ikut sahaja, jangan banyak tanya.

Abu:

Ya, saya dengar bukan dia sorang jer .. Memang macam tulah mana-manapun. Awak dah hubungi pensyarah tu untuk tanya maklumat lanjut.

Amin:

Tak perlulah, kitakan dah besar.. pemegang ijazah lagi, banyak tanya nampak macam kita ni sama macam budak baru lepas SPM lain tu.

Amin menghantar sms kepada rakan-rakan yang ada nombor telefon dalam simpanannya. Dia mengharapkan akan ada orang lain yang memanjangkan maklumat kepada rakan lain yang tiada nombor telefon dalam simpanannya. Smsnya berbunyi: “Salam kepada semua pelajar kelas P3, kelas olahraga akan berjalan seperti jadual yang ditetapkan. Sila berkumpul di depan Dewan Serba Guna. Arahan ketua kumpulan.�

Sebelum bas bertolak Pada 25 Mac 2013 bas telah menunggu di depan Dewan Serba Guna di kampus IPG. Amin sudahpun terpacak melihat rakan-rakannya menaiki bas untuk pergi ke Stadium bagi program Kejohanan Olahraga Tahunan. Program ini merupakan salah satu

78


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

keperluan dalam sukatan pelajaran kursus Olahraga. Walaupun sudah pukul 8.15 pagi, masih ada beberapa pelajar yang belum tiba. Kelihatan beberapa pelajar berjalan sambil berlenggang sedangkan yang lain telah lama menanti. Amin:

(sambil menjerit) Kawan-kawan ... minta tolong jalan laju sikit, kita dah lambat ni.

Minah:

Relakslah, ni cuti sekolah jalan bukannya jem. Kat sekolahpun kelas bukannya bermula ikut waktu dengan tepat.

Timah:

Ya, aku percaya puan tu pun datang lewat, lagipun ni kan cuti sekolah.

Amin:

Eh.. kenapa pakai baju kurung siap dengan kasut tumit tinggi ... ni kan kelas olahraga.?

Minah:

Dalam sms yang kau hantar tu ada tulis pakaian? Lagi pun ini kelas pertama, tentulah teori jer... (balasnya dengan sinis)

Tiba-tiba telefon Amin berdering. Amin:

Hello. Ya, puan. Kami sedang berkumpul, maaf lewat sikit, ada pelajar lambat. Ada juga yang pakai baju kurung ... macam mana puan?

Pn R:

Ha lewat ... pukul berapa awak nak sampai sini? Dah tu pakai baju kurung. Awak semua ni tak de KBAT ke?

Amin:

Maaf Pn. ... KBAT tu apa puan?

Pn R:

Awak uruskanlah ... yang saya tahu semua dah sedia di sini.

Amin:

Siapa yang pakai baju kurung? Sila tukar sekarang dengan segera.

Semasa bas mula bertolak Amin:

(menaiki bas) Ada siapa tahu maksud KBAT tak?

Suara ramai menjawab: Entah... Joyah:

Rasanya macam pernah dengar. Ada kursus kat sekolah tapi saya tak berapa ingatlah.

79


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Di stadium Pada pukul 7.45 pagi, muncul seorang pelajar lengkap berpakaian formal dengan menaiki motosikal. Pn R:

Awak datang ni ada apa?

Poh Hiang:

Ada kelas olahraga puan. Saya tak tahu dengan siapa puan.

Pn R:

Kelas olahraga!!... pakai macam ni. Kalau pakai macam ni boleh pergi ke kebun ke?

Poh Hiang:

Tak boleh puan..

Pn R:

Tak pa ...tak pa..memang dari dulu lagi kalau amali olahraga memang pakai baju kurung kan.?

Poh Hiang:

Ok, puan saya dah faham, saya minta izin tukar baju. Rumah saya dekat sini saja.

Pada pukul 8.45 pagi, kelihatan bas tiba di perkarangan stadium. Pelajar turun dari bas dengan lemah gemalai dan berlengang-lengguk menemui Pn R. Pn R:

Awak tau sekarang ni pukul berapa? Apa pasal lambat sangat ni?

Amin:

Maaf puan, balik salin baju.

Pn R:

Siapa yang balik salin baju tu kumpul di sini dan bagi tau saya apa yang menyebabkan awak pakai baju kurung untuk kelas olahraga saya ni.

Najwa:

Kami tak diberitahu puan.

Suhaimi:

Ingatkan kelas teori puan.

Munir:

Biasa puan ... kat sekolahpun ada yang mengajar Pendidikan Jasmani pakai baju kurung, tak der masalahpun.

Pn R:

Ya, lepas ni amali olahraga pakai sahaja baju kurung.. tak kisahlah lari pecut ke, lompat tinggi ker tak per. Ada sesiapa lagi yang nak awak salahkan atas kesilapan awak? Inikah sikap awak.

Tiba-tiba seorang pelajar perempuan muncul di stadium dengan memakai baju kurung. Pn R:

Ha, awak baru sampai! Pakai baju kurung pun bukan alasan untuk awak dikecualikan dari amali... biar kita tengok apa yang menjadi kebiasaan itu betul ker tidak....ikut rakan awak yang lain .

80


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Kelas olahraga tetap dijalankan seperti biasa. Tiada pengecualian yang diberikan kepada pelajar yang tidak berpakaian sukan yang lengkap. Sambil menjalankan pengajaran dan pembelajaran puan R sempat menyelitkan sindiran. Setelah 4 jam berlalu kelaspun berakhir. Pn R meninggalkan pelajar setelah membuat rumusannya. Sambil berjalan Pn R sempat menoleh kebelakang, kelihatan Amin sedang bercakap dengan bersungguhsungguh kepada rakan-rakanya yang berkumpul. Pn R:

...(monolog).....harap-harap adalah perubahan....sambil menghela nafas panjang.

Amin:

(menaiki

Interaksi terakhir Selepas dua bulan berlalu, pelajar kumpulan ini datang semula ke institusi perguruan tersebut untuk melengkapkan interaksi bagi kursus Olahraga. Pada interaksi kali ini, Amin masih menjalankan tugas selaku ketua bagi kelima-lima kelas yang mengambil kursus Olahraga. Tiga hari sebelum kelas bermula Amin telah menelefon Pn R . Amin:

Assalamualaikum Puan , Saya Amin dari kelas PI3. Ada apa maklumat berkaitan kelas Olahraga nanti puan?

Pn R:

Waalaikumsalam, ha Amin, pandai pulak nak telefon saya sebelum kelas bermula Kenapa, takut kena hentam macam dulu lagi ke?

Amin:

Tak lah puan, saya tak nak pisang berbuah dua kali, dah kena sekali cukuplah. Kali ini kita buat penilaian kan puan ?

Pn R:

Haa, pandai pun awak. Ok agaknya apa yang perlu awak buat?

Amin:

Kita akan buat berapa banyak penilaian Pn ?

Pn R:

Kita akan buat tiga kemahiran asas, lontaran, lompatan dan larian. Kita akan buat kaedah stesen.

Amin:

Ya, Puan, kami telah berbincang dan telah melantik AJK yang terdiri daripada lima kelas yang terlibat, kesemuanya telah disiapkan puan, borang markahpun ketua kelas telah sediakan.

Pn R:

Ok, kalau macam tu, kita jumpa nanti dan saya yakin awak boleh menjalankan tanggugjawab ini dengan baik.

Setelah mendapatkan maklumat berkaitan, Amin telah mengambil langkah seterusnya bagi memastikan maklumat yang lengkap dapat diterima oleh semua pelajar.

81


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Di padang Awal pagi lagi pelajar telah berkumpul di hadapan Dewan Serbaguna. Kelihatan payung, meja dan kerusi serta bendera telah ada di setiap tempat penilaian. Pelajar juga lengkap berpakaian seragam. Puan R bersama-sama beberapa orang pensyarah lain kelihatan tersenyum bila melihat ke arah padang. Amin:

Kawan-kawan...kita kumpul semua ikut kelas.

Pn R:

Assalamualaikum semua. Bagaimana dah sedia untuk penilaian? Jika saya melihat kepada persekitaran, saya percaya awak telahpun bersedia syabas...

Pelajar :

Waalaikumsalam....suuudahhhh ..(terdengar suara bergema)..

Pn R:

Baiklah sebelum kita mulakan penilaian, saya serahkan kepada Pn. N untuk memberikan taklimat.

Pn N:

Sebelum saya membahagikan anda mengikut stesen penilaian, saya sebenarnya nak ucapkan tahniah kerana saya sangat teruja bila melihat semuanya telah tersedia.. rasa macam nak buat kejohanan olahraga. Ikhlas saya katakan anda sebenarnya telah menunjukkan keupayaan menjadi seorang guru, kalau kita nak anak murid kita menjadi terbaik, kita kena jadi terbaik....

Pn. N telah membahagikan kelas mengikut acara yang dinilai. Di setiap tempat penilai telah ada pelajar yang menjadi pembantu pensyarah. Secara keseluruhannya, penilaian hari itu berjalan dengan licin dan bukan itu sahaja, air minuman juga tersedia untuk semua ... Kelihatan Pn. R tersenyum puas ...

82


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Kes

12 Belajar Tajweed Ke Belajar Tafsir Dulu Ustazah? Sarimah binti Mokhtar

T

ajwīd (‫ )ﺗﺠﻮﯾﺪ‬dari segi bahasa bermaksud melakukan sesuatu dengan elok yang berasal dari perkataan Jawwada. Pada istilah syarak, tajwid adalah ilmu yang boleh mengenalkan tempat bagi tiap-tiap huruf dengan memberi apa yang patut baginya dari segi sifat-sifat huruf itu seperti menyatakan dan menyembunyikan atau apa yang dimestikan bagi huruf-huruf itu dari sifat-sifat luar dari segi panjang, pendek, tebal, tipis dan sebagainya. Anggaran ilmu tajwid itu ialah menyampaikan dengan sedalamnya kesempurnaan tiaptiap sebutan dari ayat al-Quran. Para ulama menyatakan yang hukum bagi mempelajari tajwid itu adalah fardhu kifayah tetapi mengamalkan tajwid ketika membaca al-Quran adalah fardhu ain atau wajib kepada lelaki dan perempuan yang mukallaf. Pembelajaran ilmu tajweed merupakan satu teknik pembelajaran untuk memperbetulkan bacaan al-Quran dan sebutan huruf mengikut makhraj huruf (tempat keluar huruf hijaiyyah iaitu huruf ‘Alif hingga Ya). Membaca al-Quran dengan betul dan bertajweed akan mendapat pahala dan keberkatan dalam hidup seseorang muslim. Setiap orang Islam amat dituntut untuk belajar membaca al-Quran dengan betul, fasih, lancar dan bertajweed. Selain daripada membaca al-Quran dengan bertajwid, seseorang muslim sewajarnya menghayati serta memahami tafsir atau maksud al-Quran untuk diterjemahkan dalam kehidupan. Bermula bulan Ramadan beberapa bulan yang lalu…...tahun 1434 Hijrah, baru-baru ini, saya telah mencadangkan kepada rakan- rakan pensyarah untuk sama-sama mengadakan kelas tadarus al-Quran sesama pensyarah perempuan yang berminat untuk memperbetulkan bacaan al-Quran pada waktu rehat antara pukul 12.00 hingga 1.30 83


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

tengah hari. Seramai 30 orang pensyarah yang hadir di surau perempuan di Blok C, bersebelahan bilik Simulasi. Alhamdulillah sambutannya begitu menggalakkan.

Hari pertama (1 hb. Ramadhan 1434H) Tepat pukul 12.00 tengah hari kami berkumpul di surau tersebut. Mula-mula….macam biasalah kami berkenal-kenalan (Ta’aruf) antara satu sama lain. Penyarah yang hadir terdiri dari pensyarah perempuan dari semua peringkat umur antara 30-an hingga 50an. Di sinilah kami mula kenal mengenali antara satu sama lain, tambahan pula sebelum ini masing-masing sibuk sebagai pensyarah di IPGKT ni. Saya pula, baru sahaja melapor diri bertugas di IPGKT ni sebagai pensyarah di Jabatan Penyelidikan Inovasi, walaupun pada hakikatnya saya digelar “ustazah” kerana saya berkelulusan sarjana dalam Pendidikan Islam. Oleh itu, saya bercadang untuk meneruskan pengajian Quran dan Tajwid di surau IPGKT sebagaimana saya mengajar di masjid dan surau-surau di kampung saya. Peringkat permulaan, saya memberi tazkirah (peringatan) berkaitan dengan pengertian Tadarus al-Quran dan kelebihan bertadarus terutamanya di bulan Ramadhan. Seterusnya saya memperkenalkan secara ringkas apa yang dikatakan “Tajwid”. Semasa saya menyampaikan tazkirah, terfikir pulak di benak fikiran saya, mengapa saya tidak memulakan pengajaran Tafsir Quran terlebih dahulu? Mentafsir ayat Quran itu lebih utama dan lebih cepat ilmu pengamalan dan penghayatan Islam dapat diterjemahkan dari al-Quran, berbanding dengan ilmu tajwid hanya untuk memperbetulkan bacaan dan sebutan huruf..Tiba-tiba salah seorang dari mereka bingkas bertanya dengan penuh bersemangat….”Belajar Tajwid ke belajar tafsir dulu ustazah….?? Dengan terpinga-pinga memandang kepada semua orang di situ…betul jugak sama apa yang kami fikirkan ketika itu…Lalu saya menjawab, aah ye….tajwid penting untuk betulkan bacaan al-Quran… kita kene belajar, tafsir pun penting untuk memahami maksud ayat yang tersirat untuk kita beramal dalam kehidupan kita seharian. Maka saya pun memperkenalkan sikit berkaitan dengan Ilmu Tafsir yang dimaksudkan, Tafsir dari segi bahasa berasal dari kata ُ‫ﯾُﻔَ ّﺴِﺮ‬-‫ﺗَ ْﻔﺴِﺮا ﻓَﺴﱠﺮ‬Menurut Ibn Manzur: “‫”اﻟﺘﱠ ْﻔ ِﺴﯿْﺮُ َﻛﺸْﻒُ ا ْﻟﻤَﺮَ ا ِد ﻋَﻦِ اﻟﻠﱠﻔﻆِ ا ْﻟ ُﻤ ْﺸﻜِﻞ‬ “ Menerangkan maksud lafaz yang tidak jelas.” (b)Istilah: ” ‫” ِﻋ ْﻠ ٌﻢ ﯾُ ْﻔ َﮭ ُﻢ ﺑِ ِﮫ ﻛِﺘﺎ َبُ ﷲ ا ْﻟ ُﻤﻨَﺰﱠ ُل َﻋﻠَﻰ ﻧِﺒِﯿِّ ِﮫ ُﻣ َﺤ ﱠﻤﺪٌ وَ ﺑَﯿَﺎنُ َﻣﻌَﺎﻧِﯿ ِﮫ وا ْﺳﺘِﺨْﺮَ ا ُج أَﺣْ ﻜَﺎﻣِ ِﮫ وَ ﺣِ َﻜﻤِﮫ‬ “ Ilmu untuk memahami kitab Allah yang diturunkan ke atas nabi Muhammad saw dan menjelaskan maknanya serta mengeluarkan hukum-hukum dan pengajaran yang dipetik dari al-Quran” Kepentingan mempelajari ilmu tafsir kerana al-Quran sangat tinggi bahasanya sehingga kita sukar memahaminya, justeru memerlukan pentafsiran daripada Rasulullah saw, sahabat, tabiin dan ulama, memahami makna-makna al-Quran dengan lebih 84


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

sempurna dan tepat, mengambil dan mengeluarkan hukum yang terkandung di dalamnya, mengelakkan seseorang dari memahami ayat dengan cara yang salah atau menyeleweng dari maksud yang sebenar. Ilmu-ilmu yang diperlukan oleh seorang pentafsir termasuk ilmu bahasa, ilmu Qiraat, ilmu Usuluddin, ilmu Usul fiqh, ilmu Asbab al-Nuzul, ilmuNasikh-Mansukh, ilmu fiqh, ilmu hadith. Syarat menjadi seorang pentafsir mempunyai aqidah yang selamat, tidak mengikut hawa nafsu, memulakan dengan mentafsirkan al-Quran dengan al-Quran diikuti dengan hadith, kata-kata sahabat, kata para tabiin, ilmu yang berkaitan al-Quran, kefahaman yang mendalam, adab pentafsir mestilah ikhlas, beramal dan berakhlak mulia.

85


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Kes

13 Best Giler ‌ Macam-macam Ada! Soon Yean Wan Zawaiah Bahrom Zailani Yaacob Abdul Hamid Tan

P

ada 12 Mac 2013, Puan Melissa guru mata pelajaran Matematik bagi Kelas 3 Dahlia berjumpa Cikgu Osman Bin Abdullah iaitu Guru Penolong Kanan SK Bukit Bandar untuk membincangkan masalah seorang muridnya iaitu Mohammad Ehsan bin Harun yang selalu gagal menghantar kerja sekolah bagi mata pelajaran ini.

Di bilik Guru Penolong Kanan Puan Melissa: Saya dapati Mohamad Ehsan selalu tidak menghantar tugasan yang saya berikan. Dia akan memberi alasan lupa membawa buku, adiknya sudah menconteng kerjanya atau bukunya hilang. Cigku Osman: Bagaimana penglibatan pelajar ini di dalam kelas? Adakah dia dapat menjawab soalan yang dikemukakan? Puan Melissa: Bila di dalam kelas selalunya dia OK, Selalunya dia dapat menjawab dengan tepat. Keputusan peperiksaannya juga masih boleh tahan.

86


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Cigku Osman: Mungkin pelajar ini tak tahu bahawa awak ada memberi tugasan kepada kelasnya. Puan Melissa: Maklumlah dia selalu keluar kelas dengan alasan hendak pergi ke tandas atau ada urusan dengan guru yang lain serta mengambil masa yang lama pula untuk pulang. Saya pernah menghalang dia keluar ke tandas tetapi dia pula pernah terkencing di dalam kelas. Cigku Osman: Baiklah saya akan siasat hal ini dan akan menghubungi ibu bapanya untuk mengetahui kedudukan sebenar.

Perjumpaan di Bilik Guru dengan Guru Kelas Cigku Osman: Puan Fatimah, saya mendapat aduan daripada Puan Melissa yang mengatakan bahawa pelajar anda Mohammad Ehsan sering tidak menghantar tugasan dan selalu memberi alasan keluar dari kelas semasa PdP Matematik. Mengapa Puan tidak pernah melapor tentang pelajar yang bermasalah ini? Puan Fatimah: Eh ‌ Setahu saya, tugasan yang saya berikan sentiasa dihantar. Malahan pula dia sangat kreatif dalam menyiapkan tugasannya. Tengoklah bukti buku latihannya, sangat kreatif dan penuh hiasan berwarna warni. . Dalam masa yang sama kerjanya pun kemas. Saya memang selalu galakkan pelajar yang lain mencontohinya. Cigku Osman: Macam mana dengan kehadiran ke sekolahnya? Puan Fatimah: Mengikut rekod kedatangan dia tidak pernah tak hadir tanpa sebab. Pada pandangan saya dia pelajar yang OK dan tidak pernah membuat masalah semasa saya mengajar. Dia juga pelajar yang aktif dan selalu secara sukarela tampil ke depan kelas menyanyi, berlakon dan kadangkadang bercerita semasa saya mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu. Saya pernah dengar Puan Ching merungut tentang sikap Mohamad Ehsan yang tidak berminat mata pelajaran Bahasa Inggeris sehingga kadang-kadang dia tertidur pada waktu dia mengajar. Pada hal dia bertutur Bahasa Inggeris dengan kawan-kawan dan di rumah.

Terserempak dengan Guru Matematik di kantin Cigku Osman: Puan Fatin, awakkah yang mengajar Matematik kelas 2 Dahlia tahun lepas. Puan Fatin:

Mengapa Encik Osman, ada apa-apa masalah ke?

87


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Cigku Osman: Ingat lagi tak pelajar yang bernama Mohamad Ehsan. Saya mendapat laporan dari Puan Melissa yang menghadapi masalah dengan pelajar itu yang sering tidak menghantar tugasan dan selalu keluar dari kelas dengan sengaja. Tahun lepas semasa awak mengajarnya, adakah awak menghadapi masalah yang sama? Puan Fatin:

Seingat saya, pelajar tu macam ok sahaja. Keputusan peperiksaannya pun OK juga. Seingat saya tak ada pelajar yang bermasalah dalam kelas itu. Pada tahun lepas saya telah melantiknya sebagai ketua kumpulan bagi subjek Matematik.

Cikgu Osman bermonolog “ Pelik juga mengapa pelajar ni bermasalah semasa kelas Matematik. Pada hal dengan Puan Fatimah dan Puan Fatin dia ok aje. Dengan Puan Ching pun begitu juga....pada hal dia seorang pelajar yang bertutur dalam Bahasa Inggeris dalam percakapan hariannnya. Ini pasti ada yang tak kena. Saya mesti siasat dengan guru mata pelajaran yang lain ...�.

Semasa waktu rehat di kantin Cikgu Osman sengaja berada di kantin untuk mendapatkan maklum balas daripada murid-murid 3 Dahlia . Murid-murid: Selamat Pagi Encik Osman. Cigku Osman: Selamat Pagi, hari ni makan apa? Sedap tak? Kamaruzaman: Sedap dan dah kenyang Cikgu. Cigku Osman: Lepas rehat ni kamu ada kelas apa? Kaamruzaman: Oh, kami ada kelas Muzik dan Matematik lepas ni. Kelas Muzik tu best. Sebab tulah kita nak makan cepat-cepat dan nak beratur di depan bilik Muzik. Hanafi:

Oh... kelas Muzik best.... kita tak nak lewat ke kelas Muzik. Ada macam-macam aktiviti yang cikgu adakan di kelas, selalunya waktu muzik cepat sangat habis. Sebab tu kita nak sampai awal, cikgu.

Yahya:

Seorang lagi cikgu yang best dan kami suka ialah Cikgu Suriani, Dia pandai melukis, macam-macam gambar yang dia ajar kami lukis dan warnakan. Dia juga ajar kami buat topeng, puppet, anyaman,montaj

88


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

dan kolaj. Seronok sangat masa belajar subjek Seni Visual. Dia ajar tak macam cikgu yang lain. Cikgu Osman: Awak semua suka belajar Matematik? Cikgu Melissa sangat baikkan. Masa belajar Matematik pun best juga kan? Yahya:

Cikgu Melissa asyik tulis di papan putih sahaja. Kemudian dia soal, bila tak dapat jawab dia selalu marah-marah. Kami takut nak tanya soalan.

Hanafi:

Cikgu Matematik asyik paksa siapkan latihan dalam buku kerja sahaja. Bila lambat siap dia marah dan berleter. Boring dengar suara dia. Dia mengajar tak sama macam Cikgu Fatimah. Cikgu Fatimah suruh kami nyanyi, kadang-kadang berlakon dan ada juga pernah dia sediakan game masa belajar. Selalunya dia akan adakan pertandingan dalam kumpulan, dan kumpulan yang menang akan dapat hadiah pulak tu. Seronok sangat....

Kamaruzaman: Ya betul tu, Cikgu. Jomlah ke kelas Muzik, kita dah lambat ni...

Perjumpaan dengan bapa murid Cigku Osman: Salam....encik? Apa khabar? Sihat? Encik Harun: Waalaikumusalam..Baik, Alhamdulillah Cigku Osman: Ni bapa Mohamad Ehsan, ke? Encik Harun: Ya,..encik..kenapa dengan anak saya? Cigku Osman: Oooooo maaf ye..lupa nak perkenalkan diri...saya Cikgu Osman dari SK Bukit Bandar. Ni pasal anak encik ni..dia tidak le ada masalah apaapa..Cuma baru- baru ni saya dapat tahu dia selalu tidak hantar kerja rumah dan tidak berinat belajar dalam subjek Matematiknya. Tu yang nak tanya tentang dia kat rumah ada tak encik pastikan dia buat kerja sekolah. Sibuk sangat ke dia? Encik Harun: Oooooo.... pasal Ehsan, ye..? Kenapa dengan dia? Dia tak buat kerja sekolah ke? Atau ada sesuatu yang tidak kena dengan dia, ke? Kat rumah nampaknya dia OK jer....Setiap malam dia akan ke surau bersama saya dan selepas itu saya lihat dia ada membuat kerja sekolah bersama-sama kakaknya. Rasanya saya tidak nampak apa-apa masalah kat rumah. Di samping tu dia rajin membantu saya dan isteri saya di kedai makan.

89


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Cigku Osman: Ok le..Encik Harun...saya rasa cukup le maklumat tersebut. Terima kasih banyak-banyak atas kerjasama encik tu.. Saya minta diri dulu, ya. Encik Harun: Eehhhhh..cikgu...nanti le dulu..mari le minum di kedai saya ni. Jika nak makanpun...saya boleh belanja.. Cigku Osman: Terima kasih le Encik Harun....saya ada kerja nak diselesaikan di sekolah. Assalamualaikum. Encik Harun: Terima kasih le atas kesudian cikgu datang ke kedai saya ni..Waalaikumusalam..

90


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Lampiran A Jenis-jenis Kajian Kes

Kes Masalah atau Keputusan

Kes Ilustratif

- biasanya huraian situasi sebenar iaitu realistik

- menunjukkan kaedah/ prosedur/proses

- capaian kepada maklumat tambahan mungkin

- tidak memerlukan keputusan tetapi membantu

sukar

pengguna memahami kaedah/prosedur/proses

- membuat keputusan berdasarkan

dalam konteksnya yang praktikal

pertimbangan sendiri

Kes Sejarah

Kes Semasa atau Beroperasi

- memberi huraian lengkap apa yang terjadi

- kes bedah siasat atau pasca nilai

termasuk tindakan dan keputusan pihak yang

- merenung kembali isu semasa dengan

berkenaan

tujuan mengenal pasti sebab masalah

- mungkin cerita kejayaan atau kegagalan

timbul dan mencari penyelesaian untuk

- menjawab soalan, "Apa yang sepatutnya

mengatasi masalah

dilakukan?"

Kes Peristiwa Kritikal - situasi telah pun berlaku - peristiwa kemuncak isu dihuraikan untuk dikaji - keputusan sebenar atau akibat dimaklumkan untuk perbandingan - maklumat tambahan dibekalkan jika diminta

91


K A J I A N

K E S

S E B A G A I

A L A T

L A T I H A N

G U R U

Lampiran B Kesukaran Kes Aras 1

Aras 2

Aras 3

DIMENSI ANALITIKAL Melibatkan pemikiran kritis dan kemahiran penyelesaian masalah

Inilah masalahnya dan inilah penyelesaiannya.

DIMENSI KONSEPTUAL Melibatkan teori/ konsep/teknik yang diperlukan untuk memahami kes supaya dapat mencari penyelesaian

 Pengguna kes boleh memahami konsep dengan mengkaji kes yang diberi

 Pengguna kes memerlukan penjelasan konsep melalui perbincangan atau ulasan

 Satu konsep atau kombinasi konsep yang sukar difahami

DIMENSI PERSEMBAHAN Melibatkan penstrukturan maklumat dan kepentingan serta kerelevanan maklumat

 Kes yang pendek

 Maklumat tidak disusun mengikut urutan

 Kes yang panjang

Apakah penyelesaian lain yang boleh dipertimbangkan?

 Maklumat disusun mengikut format yang mudah  Hampir semua maklumat adalah relevan

 Inilah masalahnya.  Carilah penyelesaian yang sewajarnya.

 Ada maklumat yang senjaga dicicirkan  Ada maklumat yang tidak relevan dimasukkan

92

 Inilah situasinya.  Apakah masalahnya?  Apakah penyelesaiannya?

 Maklumat yang diberi perlu disusun semula  Banyak maklumat yang tidak relevan


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.