Garis Panduan Perancangan Kejiranan Hijau

Page 38

GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU

c) Kepelbagaian Kegunaan Tanah Kepelbagaian guna tanah bermaksud pelbagai aktiviti seperti kediaman, perniagaan, kemudahan awam dan institusi berada di dalam lingkungan berjalan kaki. Pembangunan guna tanah pelbagai boleh terdiri daripada sama adai. Pembangunan Guna Tanah Pelbagai Secara Melintang (horizontal) Pembangunan guna tanah pelbagai secara melintang merupakan komposisi komponen perumahan dengan kegunaan lain yang diletak secara bersebelahan di sesebuah kawasan/kejiranan. atau Rajah 14 : Contoh pembangunan guna tanah pelbagai secara menegak

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

24

ii. Pembangunan Guna Tanah Pelbagai Secara Menegak (vertical) Pembangunan guna tanah pelbagai secara menegak merupakan komposisi guna tanah perumahan dan kegunaan lain mengikut tingkat berlainan dalam satu bangunan. Rajah 14 merupakan contoh pembangunan guna tanah pelbagai secara menegak. Setiap modul kejiranan hijau dicadangkan menyediakan pelbagai campuran guna tanah sama ada dalam sesebuah bangunan, sepanjang jalan atau sesuatu kejiranan.


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.