Garis Panduan Perancangan Kejiranan Hijau

Page 19

GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU

elemen itu boleh dikitar atau diguna semula supaya kitar hidup sumber atau elemen itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya; (iii)

Penggunaan Tenaga Yang Cekap Perancangan kejiranan hijau juga memberi penekanan kepada penggunaan tenaga yang cekap. Penggunaan tenaga yang cekap bermaksud menggunakan tenaga secara cermat dan bijaksana untuk menjamin bekalan tenaga yang berterusan tanpa menjejaskan produktiviti atau kualiti hidup; dan

(iv)

Penggunaan Teknologi Hijau Dasar Teknologi Hijau menggalakkan penggunaan teknologi hijau dalam pembangunan dan kehidupan harian. Walaupun teknologi hijau merupakan produk/peralatan/ sistem yang kurang mencemarkan alam sekitar, menjimatkan tenaga dan sumber asli dan mampu menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui, namun teknologi ini melibatkan kos yang tinggi untuk dilaksanakan dan belum cukup untuk memenuhi keperluan penggunaan tenaga masa kini. Justeru, GPP ini amat menggalakkan penggunaan teknologi hijau bagi menyokong pembangunan kejiranan hijau.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

5

Justeru, hierarki konsep utama adalah seperti yang digambarkan di Rajah 1. Rajah 1 : Hierarki konsep utama garis panduan


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.