Garis Panduan Perancangan Pemuliharaan dan Pembangunan KSAS Kawasan Pesisiran Pantai

Page 16

10 GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR (KSAS) KAWASAN PESISIRAN PANTAI

4.3 

Pembangunan Fizikal Pembangunan di kawasan pantai perlu kajian hidraulik

Pembangunan depan pantai (shore-front) contoh pembangunan ialah limbungan kapal, pelabuhan loji penapisan minyak, talian paip, stesen penjana kuasa, limpahan marin marina, jeti, lapangan terbangan;

Pembangunan belakang pantai (backshore) contoh pembangunan ialah perumahan, resort, pusat rekreasi, hotel; dan

Pengorekan pasir di pantai dan muara sungai contoh pembangunan ialah lombong pasir, pendalaman untuk pengemudian kapal, penebatan banjir dan akuakultur.

Projek penambakan yang melibatkan kawasan 50 hektar (123.55 ekar) atau lebih dan aktiviti pengorekan pasir yang melibatkan kawasan 50 hektar atau lebih perlu menjalankan Kajian Penilaian Impak Alam Sekitar Terperinci (detailed Environmental Impact Assessment (EIA) Report).

Kawasan penampan perlu disediakan sebagai kawasan perantaraan antara satu kawasan aktiviti intensiti tinggi dengan satu kawasan aktiviti intensiti rendah.

Berasing daripada kawasan penempatan yang lain serta kawasan taman, rizab tumbuhan dan tanah lembap yang berfungsi sebagai penampan dan pelindung ekosistem pinggir laut.

Perancangan pembangunan perlu memastikan tiada perubahan kepada hidrologi dan pengaliran arus di kawasan sensitif alam sekitar pinggir laut yang boleh menjejaskan fungsi fizikal, kimia, dan/atau biologi asalnya.

Sempadan tapak pembangunan (footprint) kawasan penempatan perlu ditunjukkan dengan jelas, terang dan Garisan Pinggir Semula jadi (natural edges) perlu dikekalkan

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

kawasan pinggir laut seharusnya merupakan sistem kawasan pesisiran dan taman rizab yang menjalar sepanjang garis pantai, estuari, pulau, kawasan perikanan, yang


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.