Refleksi

Page 1

Refleksi

Pensyarah Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran kami, Encik Zelkepli bin Shahrom dan Dr. Tey Kien Huat telah membagikan tajuk tugasan kepada kami pada 1 Ogos 2013. Tajuk tugasan pada kali ini memerlukan kami untuk

menghasilkan

satu

klip

video

yang

bertemakan

“integriti�

dan

menghasilkan satu bahan pembelajaran berasaskan web dengan mengandungi elemen-elemen teks, grafik, audio, video dan interaktif.

Yang pertamanya, saya telah pergi ke pusat sumber IPG Kampus Tun Hussein Onn untuk mencari buku-buku rujukan untuk memilih topik bahan pembelajaran untuk web. Untuk menghasilkan sebuah klip video yang bertemakan integriti saya membuat keputusan bahawa untuk memilih tajuk yang berkaitan dengan Pendidikan Moral sebagai bahan pembelajaran berasaskan web saya. Justeru, saya berpendapat bahawa saya mempunyai kekuatan dalam mencari buku-buku dengan menggunakan WebOpac di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn. Hal ini demikian kerana saya dapat mencari buku dengan lebih cepat dan tepat berbanding dengan kawan saya. Saya juga lebih pandai untuk mencari maklumat dalam sumber lain terutamanya di “blue spot� dalam tingkat atas pusat sumber. Akhirnya, saya memilih buku teks Pendidikan Moral Tahun 5 dan memilihkan topik Kerajinan.


Selain itu, saya dapat mempelajari teknik mencari maklumat daripada pelbagai sumber semasa mengumpulkan maklumat daripada pelbagai sumber untuk menyiapkan

tugasan ini. Hal ini demikian kerana untuk mendapatkan

maklumat yang berkaitan dengan nilai kerajinan, saya haruslah melayari internet dan juga membaca maklumat lain yang berkaitan dalam buku. Oleh kerana laman web yang dihasilkan perlu mengandungi elemen-elemen teks, grafik, audio, video dan interaktif, justeru, saya berasa diri mempunyai kekuatan dalam penggunaan enjin carian seperti Google, Baidu, Youtube dan lain-lain lagi. Saya sentiasa menggunakan “Google Image� untuk mendapatkan kebanyakan gambar yang berkaitan dengan kerajinan dan menggunakan Youtube untuk mencari pelbagai klip video sebagai rujukan dan juga contoh inspirasi saya.

Seterusnya, saya menghadapi satu masalah semasa menghasilkan video iaitu saya tidak pandai untuk menggunakan perisian menghasilkan video. Saya tidak mempunyai pengalaman dalam hasilan video, justeru saya tidak mengetahui perisian apa yang sesuai untuk menghasilkan video. Untuk menyelesaikan masalah ini, saya telah bertanyakan kepada Encik Zelkepli bin Shahrom yang merupakan pensyarah mata pelajaran ini. Dalam bimbingan pensyarah, saya mengetahui bahawa Windows Live Movie Maker merupakan satu perisian yang amat sesuai dan mudah digunakan untuk menghasilkan video. Walaubagaimanapun, semasa saya tidak mahir menggunakan Windows Live Movie Maker dan menghadapi masalah, saya menyelesaikan masalah ini dengan menaip masalah yang dihadapi pada Google. Dengan cara ini, saya telah mendapat pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah teknikal yang telah saya hadap. Cara kedua saya menyelesaikan masalah ialah mencari bahanbahan tutorial pada Youtube.


Masalah seterusnya yang telah saya menghadapi ialah video yang telah saya rekodkan mempunyai suara bising yang terlalu bising. Hal ini demikian kerana tempat saya merekodkan video merupakan kedai makanan dan dalam dapur tersebut tukang masak semua sedang sibuk dengan masakan dan juga persediaan bahan-bahan makanan. Justeru, periuk dan api yang kuat telah menyebabkan video saya telah saya rekodkan mempunyai suara bising yang sangat kuat. Justeru, saya telah mengatasi masalah ini dengan menaip “how to remove the sound of video” dalam Youtube dan saya berjaya mendapatkan video yang mengajar cara mengeluarkan suara video dengan menggunakan Windows Live Movie Maker. Justeru, rupa-rupanya cara membuang suara video adalah begitu senang dengan hanya memasukkan video dalam Windows Live Movie Maker dan menukarkan “Volume” video dari kuat kepada “Mute” dan kemudiannya menekankan “save movie” dan ini dapat membuangkan suara video yang bising. Saya juga belajar cara untuk memasukkan “narrator sound clip” ke dalam video dengan bantuan tutorial di Youtube.

Masalah

yang

telah

saya

menghadapi

ialah

saya

tidak

mahir

menggunakan program Ispring. Untuk memahami program iSpring ini, saya telah melayari internet dan mencari pautan Official Website untuk iSpring. Saya memahami bahawa iSpring boleh menjadikan powerpoint yang dihasilkan kepada sejenis flash yang interaktif (.swf). Dengan melayari laman web iSpring saya dapat mempelajari cara menggunakan iSpring dengan segeranya. Walaubagaimanapun, masalah seterusnya yang saya menghadapi ialah tidak tahu cara untuk memasukkan flash yang telah dihasilkan dalam laman web saya. Untuk menyelesaikan masalah ini, saya telah menggunakan Google dan mendapatkan maklumat bahawa untuk memasukan flash yang telah disediakan dalam Microsoft Office Publisher harus menggunakan HTML Code Fragment. Justeru, saya pula menggunakan Google untuk mendapatkan HTML code untuk flash dan telah mencuba beberepa HTML code dengan mempaparkan website


dan melihat hasilnya. Selepas mencuba beberapa HTML code saya telah berjaya memasukkan flash powerpoint dalam website saya.

Saya juga mempelajari cara untuk membuat latihan yang interaktif dengan menggunakan Hotpotatoes. Dengan adanya modul yang disediakan oleh Dr. Tey saya berasa penggunaan Hotpotatoes adalah banyak senang. Walaubagaimanapun,

saya

telah

menghadapi

satu

masalah

semasa

menggunakan Hotpotatoes The Masher. Masalah yang telah saya menghadapi ialah latihan tidak mempunyai tajuk dalam page index. Justeru, selepas menyemak apakah masalah saya, saya mengenalpasti bahawa rupa-rupanya saya tidak memberikan nama tajuk kepada setiap latihan semasa menghasilkan latihan, justeru, saya pula

menamakan setiap latihan dan ini telah

menyelesaikan masalah saya. Saya belajar haruslah menjadi lebih teliti dalam melakukan apa-apa jua perkara.

Saya berasa sangat puas hati semasa menyiapkan tugasan ini. Hal ini demikian kerana saya berjaya menyelesaikan masalah atas usaha sendiri dengan bantuan pensyarah dan juga enjin carian Google dan Youtube. Selain itu, saya juga berasa diri saya mempunyai kekuatan iaitu berdisiplin hal ini demikian kerana saya telah berazam untuk menyiapkan tugasan ini dengan penuh semangat. Dengan tidak membazirkan masa, saya telah merancang satu carta gandt untuk menyenaraikan apa yang harus saya buat demi menyiapkan tugasan tersebut. Saya mengenalpasti bahawa saya mempunyai kekuatan dalam menganalisis tugasan dan merancang pelan tindakah dan jadual waktu.


Selain itu, saya berpendapat saya mempunyai kompetensi sosial semasa saya membincang dengan kawan-kawan tentang masalah yang dihadapi semasa membuat tugasan ini. Hal ini demikian kerana saya mempunyai bakat kepimpinan dan ini mungkin merupakan kesan saya pernah menjadi ketua opsyen pada PPISMP Sem 2. Semasa saya memberi pandangan, rakan-rakan saya akan mendengar dengan teliti dan sentiasanya bersetujui saya. Walaubagaimanapun, untuk memastikan komunikasi antara kami ialah dua hala, saya sentiasa menanya mereka untuk mendapatkan pandangan dan cadangan dari banyak perspektif lain. Justeru, saya berkemampuan untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan mereka untuk meningkatkan kualiti tugasan ini. Semasa mengajar mereka cara untuk menggunakan sesuatu perisian, saya sentiasa memastikan mereka mengguna perisian tersebut dengan dedikasi dan berdikari di bawah bantuan saya. Ini adalah untuk memastikan mereka benarbenar memahami cara menggunakan sesuatu perisian.

Saya berpendapat bahawa kod HTML merupakan sesuatu yang penting dalam penghasilan website. Dengan adanya kod HTML, saya boleh melakukan kebanyakan perubahan yang berkreativiti kepada website saya. Sebagai contoh, dengan adanya kod HTML, saya boleh memasukan video Youtube ke dalam web saya, saya telah memasukan beberapa video yang berkaitan dengan kerajinan dalam laman web saya. Selain itu, dengan adanya kod HTML, saya baru boleh memasukkan video yang bertemakan integriti ke dalam laman web saya. Tambahan pula, saya dapat memasukkan background muzik ke dalam website saya dengan menggunakan kod HTML. Flash iSpring yang telah dihasilkan juga perlu penggunaan kod HTML baru boleh dimasukkan dalam laman web saya, justeru saya mengetahui kepentingan kod HTML dalam tugasan ini. Saya juga mempelajari cara untuk menukarkan saiz video dalam kepanjangan dan ketinggian video semasa ditunjukkan dalam website melalui kod HTML.


Selain itu, saya berasa kemahiran mendengan saya juga semakin bertambah maju. Hal ini demikian kerana saya haruslah mendengar dengan teliti semasa pensyarah menjelaskan cara pembuatan web dengan teliti. Saya belajar untuk mendengar dengan berkesan apabila pensyarah menerangkan tajuk tugasan di dalam kelas. Saya juga belajar untuk membaca dengan pantas melalui teknik luncuran dan imbasan untuk mencari informasi yang terpenting dalam satu petikan untuk menjimatkan masa. Ini merupakan kamahiran belajar yang memainkan peranan yang penting sepanjang proses penyiapan tugasan. Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam proses menyiapkan kerja kursus saya ini terutamanya pembimbing saya, iaitu Encik Zelkepli bin Shahrom dan juga Dr. Tey

yang banyak sabar semasa menjelaskan perincian yang

tentang tugasan ini untuk saya. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang sentiasa menolong saya mengatasi masalah yang dihadapi iaitu Tan Pei Wei, Tan Li Li dan Tee Seok Ngoh, Semoga dengan bantuan anda-anda semua diberkati.


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.