zilal ayat pilihan

Page 396

Ayat-ayat Pilihan ____________________________________________________________________

Kegelapan malam menolong Syaitan untuk bertindak dan menggoda. Kegelapan malam dan keseorangan pada malam hari juga menggerakkan nafsu syahwat manusia dan dari bahaya sebarang makhluk yang nampak dan tidak nampak yang bergerak dan menyerang pada waktu malam.

(4)

‫ﺕ ﻓِﻲ ﺍﹾﻟﻌُ ﹶﻘ ِﺪ‬ ِ ‫َﻭﻣِﻦ َﺷ ﱢﺮ ﺍﻟﱠﻨﻔﱠﺎﺛﹶﺎ‬

4. Dan dari kejahatan tukang-tukang sihir yang menghembus pada tali-tali yang disimpul. Maksudnya ialah dari kejahatan tukang-tukang sihir yang berusaha menimpakan bahaya dengan cara memperdayakan pancaindera dan urat- saraf seseorang dan menyampaikan saranan-saranan kepada jiwanya. Mereka membuat simpulan-simpulan tali dan menghembuskannya sebagai satu amalan tradisional sihir dan cara menyampaikan saranan-saranan. Ilmu sihir tidak mengubahkan hakikat-hakikat sesuatu dan tidak pula mewujudkan satu hakikat yang baru, tetapi ia boleh membuat pancaindera dan perasaan seseorang itu merasa apa yang dikehendaki tukang sihir. Inilah ilmu sihir seperti yang digambarkan oleh alQur'anul Karim dalam cerita Nabi Musa a.s.: (65)

‫ﻗﹶﺎﻟﹸﻮﺍ ﻳَﺎ ﻣُﻮﺳَﻰ ِﺇﻣﱠﺎ ﺃﹶﻥ ﺗُ ﹾﻠ ِﻘ َﻲ َﻭِﺇﻣﱠﺎ ﺃﹶﻥ ﱠﻧﻜﹸﻮ ﹶﻥ ﹶﺃ ﱠﻭ ﹶﻝ َﻣ ْﻦ ﹶﺃﹾﻟﻘﹶﻰ‬

65. "Mereka (tukang-tukang sihir) berkata: 'Wahai Musa pilihlah sama ada engkau yang melemparkan dulu atau kami orang-orang yang mula-mula melemparkannya." (66)

‫ﺴﻌَﻰ‬ ْ ‫ﺤ ِﺮ ِﻫ ْﻢ ﹶﺃﱠﻧﻬَﺎ َﺗ‬ ْ ‫ﺨﻴﱠ ﹸﻞ ِﺇﹶﻟْﻴ ِﻪ ﻣِﻦ ِﺳ‬ َ ‫ﺼﱡﻴﻬُ ْﻢ ُﻳ‬ ِ ‫ﻗﹶﺎ ﹶﻝ َﺑ ﹾﻞ ﹶﺃﹾﻟﻘﹸﻮﺍ ﹶﻓِﺈﺫﹶﺍ ِﺣﺒَﺎﹸﻟ ُﻬ ْﻢ َﻭ ِﻋ‬

66. “Jawab Musa: 'Silalah kamu melemparkan dulu,' tiba-tiba tali-tali dan tongkat-tongkat mereka dengan pengaruh sihir mereka terperasan kepada Musa seolah-olah berjalan. “ (67)

‫ﺴ ِﻪ ﺧِﻴ ﹶﻔ ﹰﺔ ﻣﱡﻮﺳَﻰ‬ ِ ‫ﺲ ﻓِﻲ َﻧ ﹾﻔ‬ َ ‫ﹶﻓﹶﺄ ْﻭ َﺟ‬

67. “Lalu Musa merasa takut dalam hatinya.” (68)

‫ﺖ ﺍﹾﻟﹶﺄ ْﻋﻠﹶﻰ‬ َ ‫ﻚ ﺃﹶﻧ‬ َ ‫ﻒ ِﺇﱠﻧ‬ ْ ‫ﺨ‬ َ ‫ﹸﻗ ﹾﻠﻨَﺎ ﻟﹶﺎ َﺗ‬

68. “Kami berfirman kepadanya: Janganlah engkau takut kerana sesungguhnya engkaulah yang paling tinggi (menang).”

‫ﺻَﻨﻌُﻮﺍ ﹶﻛْﻴﺪُ ﺳَﺎ ِﺣ ٍﺮ َﻭﻟﹶﺎ ﻳُ ﹾﻔِﻠﺢُ ﺍﻟﺴﱠﺎ ِﺣﺮُ َﺣْﻴﺚﹸ ﹶﺃﺗَﻰ‬ َ ‫ﺻَﻨﻌُﻮﺍ ِﺇﱠﻧﻤَﺎ‬ َ ‫ﻒ ﻣَﺎ‬ ْ ‫ﻚ َﺗ ﹾﻠ ﹶﻘ‬ َ ‫َﻭﹶﺃﹾﻟ ِﻖ ﻣَﺎ ﻓِﻲ َﻳﻤِﻴِﻨ‬ (69) 69. “Dan lemparkanlah tongkat yang ada di tangan kananmu nescaya ia akan menelan apa yang dibuat mereka. Sesungguhnya apa yang dibuat mereka hanya tipu daya tukang sihir sahaja dan tukang sihir itu tidak akan menang walau dari mana sahaja ia datang." (Ta Ha) Tafsir Fi Zilalil Quran

396


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.