zilal ayat pilihan

Page 336

Ayat-ayat Pilihan ____________________________________________________________________

sedarkan hakikat yang dahsyat itu pada saat-saat mereka mabuk dalam kesenangan dan asyik dalam perlumbaan membanyakkan harta kekayaan. (5)

‫ﲔ‬ ِ ‫ﹶﻛﻠﱠﺎ ﹶﻟ ْﻮ َﺗ ْﻌﹶﻠﻤُﻮ ﹶﻥ ِﻋ ﹾﻠ َﻢ ﺍﹾﻟَﻴ ِﻘ‬

5. Tidak sekali-kali begitu kerana jika kamu mengetahui akibatnya dengan ilmu yang yakin (nescaya kamu tidak akan berbuat demikian). Kemudian Ia dedahkan hakikat dahsyat yang tersembunyi itu: (6)

‫ﺠﺤِﻴ َﻢ‬ َ ‫ﹶﻟَﺘ َﺮﻭُﻥﱠ ﺍﹾﻟ‬

6. Sesungguhnya kamu kelak akan melihat neraka itu. Kemudian hakikat itu ditegaskan sekali lagi dengan nada yang lebih mencemaskan hati: (7)

‫ﲔ‬ ِ ‫ﹸﺛﻢﱠ ﹶﻟَﺘ َﺮ ُﻭﱠﻧﻬَﺎ َﻋْﻴ َﻦ ﺍﹾﻟَﻴ ِﻘ‬

7. Kemudian sesungguhnya kamu akan menyaksikannya dengan penglihatan yang yakin. Kemudian Ia menyampaikan amaran akhir yang membuat si mabuk siuman, si lalai sedar dan si leka memberi perhatian dan orang yang sedang berpoya-poya dalam keni'matan menggeletar dengan ni'mat-ni'mat yang ada di dalam tangannya. (8)

‫ﺴﹶﺄﻟﹸﻦﱠ َﻳ ْﻮ َﻣِﺌ ٍﺬ َﻋ ِﻦ ﺍﻟﱠﻨﻌِﻴ ِﻢ‬ ْ ُ‫ﹸﺛﻢﱠ ﹶﻟﺘ‬

8. Kemudian sesungguhnya pada hari itu kamu akan ditanya tentang segala ni'mat yang telah dini'mati kamu (di dunia). Kamu akan ditanya tentang segala ni'mat itu dari mana kamu dapat? Dan ke manakah pula kamu belanjakannya? Adakah kamu mendapat ni'mat-ni'mat itu dari kerja-kerja ketaatan dan kamu belanjakannya pula ke jalan-jalan ketaatan? Atau kamu mendapat ni'mat itu dari kerja-kerja ma'siat dan kamu belanjakannya ke jalan ma'siat? Adakah kamu memperolehi ni'mat itu dari pencarian yang halal dan membelanjakannya ke jalan yang halal? Atau kamu memperolehinya dari pencarian yang haram dan kamu belanjakannya pula ke jalan yang haram? Adakah kamu bersyukur kepada Allah terhadap ni'mat itu? Adakah kamu tunaikan zakatnya? Adakah kamu membahagi-bahagikan ni'mat itu kepada orang lain? Atau kamu bolotkan ni'mat itu untuk diri kamu sahaja?

‫ﺴﹶﺄﻟﹸﻦﱠ‬ ْ ُ‫ﹸﺛﻢﱠ ﹶﻟﺘ‬ 8. Kamu akan ditanya. Kamu akan ditanya tentang kegiatan-kegiatan hidup kamu yang berlumbalumba membanyakkan harta kekayaan dan bermegah-megah dengannya. Itulah tanggungjawab yang dipandang ringan oleh kamu pada saat-saat kamu sedang leka dalam ni'mat kesenangan, tetapi 'akibatnya kamu akan menanggung dukanestapa yang amat berat. Surah ini merupakan satu surah yang amat jelas

Tafsir Fi Zilalil Quran

336


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.