zilal ayat pilihan

Page 282

Ayat-ayat Pilihan ____________________________________________________________________

kemelesetan urusniaga dan mengurangkan keberkatan di dalam masyarakat menyebabkan akibat yang buruk ini kembali menimpa individu-individu itu sendiri. Mereka mengira mereka telah mendapat keuntungan dari perbuatan mengurangkan sukatan dan timbangan itu, sedangkan keuntungan itu hanya merupakan satu keuntungan lahir yang sebentar sahaja, kerana akibat kelembapan dan kemelesetan urusniaga di dalam masyarakat ini tidak lama akan kembali menimpa individu-individu itu sendiri. Ini adalah satu hakikat yang memang disedari oleh orang-orang yang mempunyai pandangan yang jauh di alam perniagaan dan kerana itu mereka telah mematuhinya. Kepatuhan mereka bukanlah terbit dari dorongan akhlak atau motif keagamaan, malah oleh semata-mata kesedaran mereka dari pengalamanpengalaman amali di dunia pasaran niaga. Perbezaan di antara mereka yang mematuhi sukatan dan timbangan yang sempurna berdasarkan kepentingan perniagaan dengan mereka yang mematuhinya berdasarkan pegangan agama ialah mereka yang mematuhi berdasarkan pegangan agama dapat merealisasi matlamat perniagaan dan serentak itu juga dapat menambahkan kebersihan hatinya dan meninggikan pandangan dan hasratnya di dalam kegiatan amalinya ke ufuk yang lebih tinggi dari alam bumi, dan memberikan kefahaman yang lebih luas dalam memahami dan menghayati kehidupan. Demikianlah Islam sentiasa menegakkan matlamat-matlamat hidup yang amali di sepanjang perjalanan menuju kepada ufuk-ufuk yang gemilang, di sepanjang masanya yang jauh dan seluruh bidang-bidangnya yang amat luas. (Pentafsiran ayat 36) ‘Aqidah Islam adalah satu ‘aqidah yang amat jelas, lurus dan terang. Tiada suatu di dalam ‘aqidah Islam yang dilandaskan di atas andaian atau prasangka atau pendapat yang mengelirukan:

‫ﺴﺆُﻭ ﹰﻻ‬ ْ ‫ﻚ ﻛﹶﺎ ﹶﻥ َﻋْﻨﻪُ َﻣ‬ َ ‫ﺼ َﺮ ﻭَﺍﹾﻟ ﹸﻔﺆَﺍ َﺩ ﹸﻛﻞﱡ ﺃﹸﻭﻟِﺌ‬ َ ‫ﺴ ْﻤ َﻊ ﻭَﺍﹾﻟَﺒ‬ ‫ﻚ ِﺑ ِﻪ ِﻋ ﹾﻠ ٌﻢ ِﺇﻥﱠ ﺍﻟ ﱠ‬ َ ‫ﺲ ﹶﻟ‬ َ ‫ﻒ ﻣَﺎ ﹶﻟْﻴ‬ ُ ‫َﻭ ﹶﻻ َﺗ ﹾﻘ‬ (36) 36.

“Dan janganlah kamu ikut sesuatu yang kamu tidak tahu. Sesungguhnya telinga, mata dan hati itu semuanya akan ditanya.”

Ayat yang pendek ini membentuk satu pendekatan atau methodologi yang sempurna bagi hati dan akal manusia termasuk methodologi ilmiyah yang baru sahaja diketahui manusia, di samping ditokokkan pula dengan unsur kejujuran hati dan muraqabah dengan Allah yang merupakan ciri keistimewaan Islam yang mengatasi methodologi-methodologi ‘aqliyah lain yang kering. Amalan mempastikan kebenaran sesuatu berita, sesuatu gejala dan sesuatu pergerakan sebelum menghukumkannya merupakan anjuran al-Qur’nul-Karim dan methodologi Islam yang halus dan hemat. Apabila hati dan akal manusia mengikut methodologi ini dengan jujur, maka tiada lagi ruang di alam ‘aqidah yang dapat dimasuki prasangka dan kepercayaan khurafat, dan tiada lagi ruang di Tafsir Fi Zilalil Quran

282


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.