zilal ayat pilihan

Page 273

Ayat-ayat Pilihan ____________________________________________________________________

tabiat kikirnya menyebabkannya tidak dapat bergerak. Begitulah juga nasib pemboros lambat-laun dia akan berakhir dengan kelumpuhan dan terselepoh lemah. Dan kedua-dua sifat bakhil dan pemboros itu adalah sifat yang hina dan tercela belaka, dan sebaik-baik sikap ialah bersederhana. Kemudian perintah bersederhana itu diiringi pula dengan pernyataan bahawa pemberi rezeki itu ialah Allah. Dialah yang meluas dan melapangkan rezeki dan Dialah juga yang menyempit dan mengetatkan rezeki dan Allah yang memberi rezeki itulah yang menyuruh manusia supaya bersederhana di dalam perbelanjaan: (30) 30.

‫ﺼﲑًﺍ‬ ِ ‫ﻕ ِﻟﻤَﻦ َﻳﺸَﺎﺀ َﻭَﻳ ﹾﻘ ِﺪﺭُ ِﺇﻧﱠ ُﻪ ﻛﹶﺎ ﹶﻥ ِﺑ ِﻌﺒَﺎ ِﺩ ِﻩ َﺧِﺒﲑًﺍ َﺑ‬ َ ‫ﻚ َﻳْﺒﺴُﻂﹸ ﺍﻟ ﱢﺮ ْﺯ‬ َ ‫ِﺇﻥﱠ َﺭﱠﺑ‬

“Sesungguhnya Tuhanmu yang melapang dan menyempitkan rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Melihat keadaan hamba-hamba-Nya.”

Allah yang meluaskan rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan ilmu dan penglihatan-Nya yang amat mendalam, begitu juga Dia menyempitkan rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan ilmu dan penglihatan-Nya yang mendalam. Allah menyuruh bersederhana di dalam perbelanjaan dan melarang bersikap kikir dan pemboros. Dialah Yang Maha Mengetahui dan melihat sesuatu yang paling baik dalam segala keadaan dan Dialah yang telah menurunkan al-Qur’an yang memberi hidayat ke jalan yang amat lurus di dalam segala keadaan. (Pentafsiran ayat-ayat 31 - 32) Setengah-setengah orang Arab di zaman jahiliyah membunuh anak-anak perempuan mereka kerana takut kepada kemiskinan dan kepapaan, oleh sebab di dalam ayat yang silam telah dijelaskan bahawa Allahlah yang meluas dan menyempitkan rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, maka (kini) diiringi pula dengan larangan membunuh anak kerana takut miskin dan papa. Ini adalah amat sesuai dengan tempatnya dalam penjelasan ayat-ayat ini, kerana selama rezeki itu di tangan Allah, maka sudah tentu tiada apa-apa hubungan di antara kepapaan dengan keramaian anak-anak atau dengan jantina anak-anak, malah segala urusan adalah terpulang kepada Allah belaka. Apabila hubungan di antara kepapaan dan keramaian anak-anak itu telah terhapus dari pemikiran manusia dan dapat membetulkan ‘aqidah mereka dari segi ini, maka dengan sendiri pula akan terhapusnya motif dan dorongan untuk melakukan perbuatan liar yang bertentangan dengan fitrah makhluk-makhluk yang bernyawa dan undangundang hayat itu: (31) 31.

‫ﻂﺀًﺍ ﹶﻛِﺒﲑًﺍ‬ ‫ﺤ ُﻦ َﻧ ْﺮﺯُﻗﹸﻬُ ْﻢ َﻭِﺇﻳﱠﺎﻛﹸﻢ ﺇ ﱠﻥ ﹶﻗْﺘﹶﻠ ُﻬ ْﻢ ﻛﹶﺎ ﹶﻥ ِﺧ ﹾ‬ ْ ‫ﻕ ﻧﱠ‬ ٍ ‫ﺸَﻴ ﹶﺔ ِﺇﻣْﻼ‬ ْ ‫َﻭ ﹶﻻ َﺗ ﹾﻘُﺘﻠﹸﻮﹾﺍ ﹶﺃﻭْﻻ َﺩ ﹸﻛ ْﻢ َﺧ‬ “Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan. Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada

Tafsir Fi Zilalil Quran

273


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.