Budaya Sekolah - Part 2

Page 1

HUBUNGAN GURU DENGAN BUDAYA SEKOLAH

1


Guru Dan Budaya Sekolah • Macneil dan Maclin (2005) menjelaskan ciri-ciri sekolah yang berjaya mempunyai ciri-ciri seperti perkongsian idea-idea, kolaboratif dan kerja berpasukan, kesaksamaan dan kepimpinan menjurus kepada pengwujudan dan perkongsian visi serta melahirkan budaya sekolah yang positif. 2


(sambungan‌) • Komitmen guru berkait rapat dengan keberkesanan sekolah, pencapaian kerja, kepuasan kerja dan pencapaian pelajar (Nir, 2002). • Guru yang komited lebih bermotivasi untuk menjayakan perubahan dan tanggungjawab, lebih prihatin dan dengan kesungguhan (Elliot & Croswell, 2003) 3


(sambungan‌) • Oleh itu, guru patut didedahkan dengan budaya sekolah yang positif dan kolaboratif untuk memupuk semangat yang tinggi dan motivasi kendiri agar nilainilai murni dapat dijayakan melalui aktiviti kokurikulum dan interaksi dalam sekolah.

4


ISU 1

KOMITMEN GURU DENGAN KEPIMPINAN PENGETUA

5


Takrifan Komitmen • Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinisikan komitmen sebagai sikap (pendirian atau perbuatan) memberikan sepenuh tenaga dan perhatian atau menunjukkan sokongan dan azam yang sepenuhnya kepad sesuatu, iltizam. • Robbins dan Coulter (2003) mengatakan bahawa komitmen organisasi merujuk kepada orientasi daripada segi kesetiaan dan penglibatan dalam organisasi. 6


Hubungan Komitmen Guru dengan Kepimpinan Pengetua

• Ishak dan Mastura (2010) menyatakan bahawa tingkah laku kepimpinan pengetua mempunyai impak yang signifikan kepada kepuasan kerja guru dan komitmen guru terhadap sekolah. • Kepimpinan merupakan satu aspek kehidupan sosial yang memperlihatkan hubungan manusia, khususnya hubungan antara pemimpin dan pengikut. 7


(sambungan‌) • Corak penyeliaan yang diamalkan oleh pengetua kadang-kala akan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan guru dan seterusnya akan menjejaskan perhubungan guru dengan pengetua yang akan mempengaruhi komitmen guru terhadap tugasan yang diberikan (Collmer, 1990). 8


(sambungan‌) • Yaakob (2007), menyatakan kejayaan sesebuah organisasi mempunyai kaitan rapat dengan kepimpinan sekolah dan komitmen guru. • Pemimpin mempengaruhi pengikut dalam kebanyakan perkara terutamanya dalam membuat keputusan atau melakukan perubahan bagi meningkatkan kualiti kehidupan pengikutnya. 9


(sambungan‌) • Pengetua adalah orang yang bertanggungjawab meningkatkan profesionalisme dan moral gurugurunya ke tahap yang tinggi dan juga memastikan pelajar-pelajarnya cemerlang dalam bidang akademik(Al Ramaiah,1993);(Lim The Eng, 1986). • Hellinger dan Hack (1998) menyatakan bahawa sekolah yang lemah boleh bertukar menjadi sekolah yang berkesan dan berjaya dengan adanya kepimpinan pengetua yang berkualiti. 10


(sambungan‌) • Walau bagaimanapun, hasrat menjadikan sekolah berkesan tidak akan kesampaian jika guru-gurunya tidak berkesan. • Guru-guru merupakan staf yang memainkan peranan yang penting bagi memastikan matlamat menjadikan sebuah sekolah berkesan tercapai. • Matlamat untuk menjadikan sebuah sekolah berkesan tidak akan tercapai sekiranya guruguru tidak efektif dan efisyen. 11


(sambungan‌) • Sejak kebelakangan ini ketidakpuasan kerja di kalangan guru semakin ketara. Antara puncanya ialah tekanan kerja yang wujud dari pelbagai tugas baru. Ini kerana banyak program baru dari berbagai peringkat dalam KPM (Azizi, 2007). • Guru-guru yang merasa tidak puas terhadap kerjanya lebih cenderung melakukan perlakuan negatif seperti ponteng kelas, kurang beri tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran dan tidak minat mengajar (Burrows dan Mundy, 1996). 12


(sambungan‌) • Oleh yang demikian, untuk mewujudkan sekolah berkesan, kepuasan kerja guru-guru mesti diberi keutamaan oleh pengetua. • Guru-guru yang mempunyai kepuasan kerja yang tinggi akan berasa seronok melaksanakan tanggungjawabnya dan secara tidak langsung komitmen mereka terhadap pencapaian matlamat sekolah juga adalah tinggi (Andermant, Belzer & Smith, 1991). 13


(sambungan‌) • Sergiovanni (1984) mengatakan, untuk menjamin kepuasan kerja guru-guru dan komitmen guru-guru terhadap sekolah kekal di tahap yang tinggi, seseorang pengetua itu perlulah memantapkan kualiti kepimpinannya. • Pengetua yang mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi akan mampu mempengaruhi tingkah laku guru-gurunya supaya semangat kerja terarah kepada pencapaian matlamat (Stogdill, 1974). 14


ISU 2

Kepuasan Kerja Guru Dengan Kualiti dan Motivasi Kerja Guru

15


Takrifan Kepuasan Kerja • Kepuasan kerja adalah kehendak naluri setiap individu yang bekerja. Kehendak ini akan mendorong kepada perasaan tanggungjawab dan penglibatan yang menyeluruh ke arah pencapaian matlamat kerjaya seterusnya menyumbang kepada kepentingan organisasi (Abu Ajip, 1994). • Azura (2004) menyatakan bahawa kepuasan kerja merupakan keperluan utama manusia sebagai pekerja dan harus dipenuhi bagi mencapai tahap kesempurnaan kendiri 16


Takrifan Kepuasan Kerja • Dinham and Scott (2000) menerangkan kepuasan kerja merupakan satu perasaan yang diperoleh daripada sesuatu tugas sebagai menepati nilai kerja yang berselarasan dengan keperluan individu. • Locke (1976) mendefinisikannya sebagai satu keseronokan atau emosi positif secara langsung hasil daripada peghormatan atau pengalaman kerja seseorang. 17


Hubungan Kepuasan Kerja Guru dengan Kualiti dan Motivasi Kerja Guru • Dworkin (1987) telah menjalankan kajian ke atas guru-guru di Wilayah Timur Amerika Syarikat dan mendapati 50 peratus daripada responden akan menukar kerja lain jika diberi peluang. Menurut penemuan kajian tersebut antara puncanya adalah terlalu banyak masa diperlukan untuk kerja-kerja perkeranian, gaji yang tidak memuaskan, dan tidak mendapat kerjasama daripada rakan sejawat. 18


(sambungan‌) • Dalam kajian Lim (2005) telah membuktikan bahawa sesetengah guru memang mengalami perasaan tertekan dan telah memikirkan atau mengambil keputusan untuk berhenti atau bersara sebelum sampai umur persaraan. Ini disebabkan ketidakpuasan kerja kerana peranan yang kabur terhadap kerja dan beban kerja yang tinggi. 19


(sambungan‌) • Zembylas (2003) pula telah mengemukakan beberapa pandangan berhubung dengan faktor yang mempengaruhi kepuasan kerja. Antaranya adalah keadaan kerja yang tidak menentu, tiada hubungan yang erat di antara pekerja, penyelia atau pemimpin yang kurang berkesan, dan peluang kenaikan pangkat yang terhad. 20


(sambungan‌) • Satu kajian lain yang telah dijalankan oleh Castillo et al., (1999) mengenai sikap dan minat terhadap profesion perguruan dalam kalangan guru-guru pertanian di Ohio telah mendapati bahawa guru-guru tidak puas hati dengan keadaan kemudahan yang disediakan di sekolah. Guru juga tidak berpuas hati terhadap beban tugas yang kian bertambah dan menyebabkan mereka tidak mempunyai masa untuk menyelaraskan aktiviti yang lebih kreatif. 21


(sambungan‌) • Selain itu, hasil dapatan kajian juga mendapati bahawa sebanyak 55% responden kajian memilih profesion perguruan kerana gagal mendapat pekerjaan lain. Perkara yang lebih menyedihkan adalah lebih kurang 47% responden akan meninggalkan kerjaya ini jika mendapat pilihan lain. 22


(sambungan‌) • Menurut Azura (2004), kepuasan kerja dikaitkan dengan kebolehan individu menyesuaikan diri dengan suasana keadaan pekerjaannya. Oleh yang demikian, kurangnya penyesuaian terhadap suasana kerja akan menjejaskan tahap kepuasan kerja yang dialami.

23


(sambungan‌) • Kebolehan penyesuaian juga merupakan ciri asas untuk berkomunikasi dengan suasana kerja mereka (Abu Ajip, 1994). • Kegagalan menyesuaikan diri menyebabkan pekerja gagal mencapai tahap kepuasan dalam kerja mereka. Jika dilihat dalam fenomena perguruan di Malaysia hari ini, terdapat situasi di mana ilmu yang dipelajari tidak dapat digunakan sepenuhnya kerana berlainan bidang pengkhususan semasa mengikuti kursus perguruan dengan pengkhususan pengajaran di sekolah.

24


(sambungan‌) • Perhubungan antara guru juga adalah penting bagi menjamin kepuasan kerja seseorang. Konflik dalam kalangan guru akan menjejaskan prestasi kerjaya seseorang guru. Semua guru harus bersedia bekerjasama untuk melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran (Markandan, 1984). 25


(sambungan‌) • Sekiranya masalah ketidakpuasan guru ini berterusan, bidang pendidikan bukan sahaja akan mengalami masalah guru yang tiada komitmen, tidak dedikasi, dan tidak profesional malahan akan kehilangan tenaga pengajar yang berkualiti dan seterusnya akan menjejaskan produktiviti dan kualiti Pendidikan (Ruhland, 2001) 26


(sambungan‌) • Oleh itu, kepuasan kerja adalah penting disebabkan ini merupakan salah satu faktor untuk memperolehi hasil kerja yang optimal. • Bagi seseorang yang mempunyai kepuasan dalam pekerjaan tentunya akan terpupuk satu semangat dan komitmen yang mampu membantu dalam penyelesaian tugasan harian pekerjaan mereka. Maka, semangat tersebut bukan saja mampu membantu dalam produktiviti kerja malahan kualiti kerja juga dapat ditingkatkan. 27


(sambungan‌) • Hasil kajian yang didapati oleh Mohan Raju dan Srivastava (1999) menunjukkan bahawa pekerja yang mencapai tahap kepuasan yang tinggi dalam pekerjaan adalah lebih komitmen terhadap tugas yang dijalankan. • Kenyataan ini telah disokong oleh Shann (2001) yang menyatakan bahawa kepuasan kerja merupakan penentu kepada komitmen terhadap pekerjaan. 28


(sambungan‌) • Guru yang mempunyai kepuasan tinggi adalah guru yang berkesan dan dapat menghasilkan pelajar yang lebih bermotivasi dan dapat mempertingkatkan pencapaian pelajar (Mertler, 1992).

29


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.