Sejarah dan Kebudayaan Islam

Page 1

Oleh Yusof Bin Mat Sah Akademi Agama Islam Surakarta Indonesia


Kata Pendahuluan Dalam Kata pendahuluan atau muqaddimah dalam buku kecil ini, saya akan terangkan kepada seluruh kaum muslimin di tanah air Malaysia ini, bahawa apakah sebabnya saya menyusun buku kecil sejarah Islam, hanya di mulai daripada sejarah perkembangan Kerajaan Bani Umayyah dan Abbasiyyah. Oleh kerana buku sejarah Islam tentang perkembangan kerajaan Bani Umayyah dan Abbasiyyah itu jarang sekali di susun orang ke dalam bahasa Kebangsaan (Melayu). Pada hal perkembangan dan kekalutan dalam sejarah Islam ialah pada zaman Bani Umayyah dan Abbasiyah memegang kerajaan Islam. Dengan kita mempelajari sejarah Islam bahagian Daulah Bani Umayyah dan Abbasiyah ini dapatlah kita umat Islam dan kaum muslimin, mengetahui tentang kedudukan dan putaran sejarah Islam. Betulkah Kerajaan Bani Umaiyah dan Abbasiyyah ini berjuang mengikut dasar yang di perjuangkan oleh Nabi Muhamad SAW dan sahabat-sahabatnya? Dengan kita mengetahui sejarah Islam, Kerajaan Bani Umayyah, barulah kita dapat bandingkan dengan kerajaan-kerajaan atau negeri-negeri Islam yang ada pada masa ini. Bahawa kerajaan-kerajaan yang ada pada masa ini bercorak atau menerima unsur-unsur kerajaan manakah. Apakah Benar kerajaan Bani Umayyah dan Abbasiyyah itu menjalankan pemerintahannya mengikut dasar dan semangat musyawarah Islam atau tidak? Pelajarilah sejarah Islam bahagian kerajaan Bani Umayyah dan Abbasiyyah, adapun sejarah kerajaan Abbasiyyah saya akan terangkan dalam jilid-jilid berikut. Sekian Wassalam 16 Jamadul-Awwal 1384H 22 September 1964 (Yusof bin Mat Sah) Pada Akedami Agama Islam Surakarta, Jawa Tengah, Indonesia.

2


KERAJAAN BANI UMAYYAH (DAULAH BANI UMAYYAH) 40-132 H (660-750 M) Kita telah maklum, bahawa pendiri Daulah Bani Umayyah ialah Muawiyyah bin Abi Sufyan. Umayyah itu adalah seorang daripada pemimpin Quraish pada zaman jahiliyyah. Ketinggian dan kemuliaan dalam kaumnya menyamai Hashim bin Abdul Manaf dalam kaumnya pula. Oleh kerajan demikian tidak lah menghairankan, kalau keturunan umayyah dan keturunan Hashim sentiasa berlumba-lumba memerbut kekuasaan dalam golongan Quraish, Perebutan ini kerapkali dapat menimbulkan perselisihan dan pertumbuhan darah antara kedua keluarga itu, baik di zaman jahiliyyah maupun di zaman Islam. Diantara keturunan umaiyyah yang termasyhur ialah 1. Harb 2. Abu Sufyan 3. Muawiyyah bin Abi Sufyan 4. Yazid bin Abi Sufyan Alangkah tingginya darjah dan taraf Abu Sufyan bin Harb dalam kalangan bangsa Quraisyh. Dapat kita lihat pada waktu Nabi Muhamad SAW menakluki Kota Mekah, Nabi Muhamad pernah berkata pada waktu itu, seperti berikut:“Barang sesiapa yang menyarungkan pedangnya aman, siapa yang masuk masjid aman, dan siapa yang masuk rumah Abu Sufian mendapat keamanan� Perkataan nabi seperti ini belum pernah ada, itu adalah tanda kemuliaan besar bagi Abu Sufian, kemuliaan yang tidak pernah di terima oleh sesiapapun dari sahabat-sahabat. Begitu juga Yazid bin Abi Sufian, beliau pernah di serahi oleh Khalifah Abu Bakar mengetui sepasukan tentera Islam yang pergi melanggar serta menakluk Kota Syam dan kemudian beliau di lantik menjadi Gebenor di Kota Dimasqus.. Saudaranya Muawiyyah bin Abi Sufyan dilantik menjadi Gabenor di Syam, setelah Yazid meninggal

3


duniamaka daerah pemerintahannya di serahkan oleh khalifah Umar kepada Muawiyyah. Kemudian pada zaman Khalifah Othman bin Affan, Muawiyyah di angkat menjadi wali untuk seluruh Negeri Syam. Demikianlah ringkasan riwayat keturunan Bani Umayyah itu, mereka pernah memegang kekuasaan pada zaman jahiliyyah dan pada zaman Islam. MUAWIYYAH BIN ABI SUFYAN (40-60H) (660-680M) Muawiyyah bin Abi Sufyan dapat menduduki kerusi Khalifah dengan berbagai-bagai cara dan tenaga, iaitu dengan ketajaman pandangan dengan siasahnya yang halus dan dengan tipu muslihat yang amat licin, bukanlah beliau mendapat pangkat yang mulis itu dengan persetujuan umat Islam, kecuali dengan siasahnya yang licin dan halus. Dengan kenaikan Muawiyyah sebagai khalifah , maka berakhirlah hukum-hukum bermusyawarah, pilihan khalifah menurut hasil suara yang terbanyak yang berlaku di zaman al Khulafaau Ar Rashidun (Khalifah Empat) iaitu hukum-hukum yang menyerupai aturanaturan pemerintahan repuglik pada zaman kita ini dan pangkat Khalifah menjadi hak pusaka yang turun temurun. Maka daulah Islam pun berubah sifatnya menjadi daulah yang sifat kerajaan diktator. Sudah terang dan jelas bahwa Muawiyyah telah terpengaruh dengan undang-undang dan peraturan hak pusaka peninggalan orang-orang Rumawi di Negeri Syam, iaitu tempat Muawiyah menjadi wali. Kemegahan dan kemuliaan raja-raja belum pernah di tiru oleh khalifah-khalifah yang terdahulu daripadanya, telah di tauladani dan di tiru serta di pakai oleh Muawiyyah Beliau mengadakan pasukan pengawal yang senantiasa mengawal dirinya siang dan malam, bahkan dalam masjid pun dibuatnya suatu tempat bilik istimewa untuk beliau solat sendirian di jaga dengan pedang yang terhunus.

4


Hal yang demikian di lakukan kerana beliau takut terjadi di atas dirinya seperti yang telah terjadi pada diri Khalifah Umar, Othman dan Ali bin Abi Talib. Muawiyyah adalah diplomatik arab yang termasyhur dan terkenal, seorang yang beruntung dalam politiknya, sehingga beliau dapat mencapai kekuasaan dan kedudukan yang amat tinggi, yang sebetulnya masih banyak lagi yang lebih layak daripadanya, tabiatnya sabar dalam menghadapi penderitaan dan segala bencana dan celaan dalam mencapai dan melaksanakan citacitanya. Dengan sifatnya yang demikian itu dapatlah beliau menindas perlawanan daripada golongan Khawarij dan Syiah (pengikut Ali) khusus dan umumnyadapat melenyapkan kebencian hati umat Islam atas dirinya. Dalam soal keagamaan fahamannya luas dan merdeka. Ini ternyata dengan perbuatannya, melantik Sarjun seorang Kristian menjadi menteri kewangannya dan dengan memperbaharui Gereja-gereja di Iraq yang roboh akibat gempa bumi, bahkan ahliahli Zimmah sendiri, iaitu orang Yahudi dan Nasrani yang telah tunduk di bawah undang-undang Islam, mengakui keadilan dan ketiadaan fanatik dalam agama, mereka seringkali menyerangkan perkara yang teristimewa pentingnya kepada Muawiyyah sendiri. PENAKLUKAN PADA ZAMAN MUAWIYYAH A. KESEBELAH TIMUR Muawiyyah meluaskan daerahnya ke sebelah timur, hingga ke negeri Sind (di daerah sungai Indus India) Gabenornya berada di Kharasan itu ialah Said putera Othman bin Affan, di perintahkannya menyeberangi sungai Sihon untuk menakluki Samarkhand dan Sughda (Sogdiana) sehingga kedua-dua negeri ini dapat di takluk di bawah kekuasaannya. B. PERANG MELAWAN BYZANTIUM. Kerajaan Byzantium senantiasa mengerahkan tenteranya untuk menyerang kenegeri-negeri yang di perintahi oleh kerajaan Islam. Oleh sebab itu bersiaplah Muawiyyah untuk memerangi kerajaan itu (Byzantium), baik dari darat maupun dari laut. Untuk melaksanakan perkerjaan ini supaya cepat-cepat berhasil

5


di peringtahnya angkatan perang memerangi orang-orang Byzantium terus menerus, angkatan Perang Muawiyyah dapat mengalahkan tentera Byzantium dala beberapa pertempuran, di Arminia dan Asia Kecil. Armadanya pada waktu itu terdiri daripada 1700 kapal kecil-kecil, di perintahkannya untuk menyerang Pualau Cyprus dan Rodhus di lautan tengah, sehingga kepada pulau itu dengan beberapa pulau-pulau lain dapat di taklukan. Pada tahun 48H (669M) Muawaiyyah melengkapkan angkatan perangnya pula diketuai oleh Sufyan bin Auf serta pasukan armada di ketuai oleh Fazdlah Al Ansori untuk menyerang Kota Konstantinopel, dan ketika peperangan itu di angkat puteranya Yazid bin Muawiyyah, tentera besar Muawiyyah itu menyerbu memasuki daerah-daerah Rom Timur dan kemudian mengepun kota Konstantinopel. Akan tetapi angkatan perang ini tidak berjaya menakluki kota tersebut, oleh keran bentenbentengnta amat kuat, Akhirnya terpaksalah tentera-tenta itu kembali ke Syam, sudah kehilangan beberapa buah kapal perang dan tentera Islam kehilangan jiwa lebih kurang 30,000 orang jiwa manusia. Dalam pengepungan itu telah meninggal seorang sahabat yang menerima kedatangan Nabi Muhamad SAW di rumahnya sendiri sewaktu Nabi Hijrah ke Yathrib iaitu Abu Ayub, untuk peringatan bagi sahabat yang mulia didirikan pada belakang harinya, di tempat meninggalnya itu di konstantinopel, sebuah masjid raya yang di beri nama iaitu Mesjid Ayub, sampai hari ini masih ada lagi tempat itu dan sentiasa di ziarahi orang. Pada tahun 58H (679M) sekali lagi Muawiyah mengerahkan dan mempersiapkan tentera-tenteranya untuk mengepung ibu kota kerajaan Byzantium itu, pengepungan kali yang kedua ini berlaku samapai 2 tahun lamanya, akan tetapi menakala pengepungan itu hampir berhasil Muawiyah pun meninggal dunia dan angkatan perang yang sedang berada di kota kerajaan Byzantium itu lalu di panggil pulang ke Syam. Kalau sekiranya Khalifah Bani Umaiyah yang terkemudian meneruskan usaha Muawiyah itu dengan bersungguh-sungguh,

6


nescaya berubahlah halaman sejarah daripada kita dapati pada zaman kita ini. C. PERANG AFRIKA Pada tahun 50H Muawiyah melantik Uqbah bin Nafi’ menjadi wali di Maghribi, panglima ini dapat mengalahkan tentera Rom di daerah itu, sehingga daerah kerajaan Islam sampai ke negeri Tunisia, dengan usaha Uqbah ini banyaklah bangsa Barbar memeluk Islam, lain daripada itu di daerah bekas Kerajaan Carthogo dahulu kala, didirikannya sebuah kota untuk markaz tentera-tenteranya, iaitu Kota Kamirawan. Disana didirikan Masjid Nafi’ yang terkenal sebagai peringatan di atas sahabat kepala perang itu. MELANTIK PUTERA MAHKOTA (RAJA MUDA) Pada tahun 56H (676M) Khalifah Muawiyah melantik anaknya Yazid menjadi Putera Mahkota (Raja Muda) yang akan lansung mengganti beliau kelak. Dengan perbuatan ini, Muawiyah telh menggubah undang-undang dan tradisi Umat Islam sebelumnya. Oleh kerana pangkat khalidah menjadi hak turun temurun. Dan beliau telah pun melanggar perjanjian seperti beliau ikrarkan dengan Hassan bin Ali, bahawa pangkat Khilafah itu sepeninggalannya harus di serahkan kepada Musyawarah dan persetujuan Umat Islam. Walaupun Muawiyah mengemukakan alasan bahawa beliau berbuat demikian ialah kerana mengelakkan terjadinya fitnah perselisihan seperti yang terjadi pada zaman khalidah-khalifah yang terdahulu daripadanya, namun siasah yang demikian itu menimbulkan huru-hara dan pemberontakan juga sesudah meninggalnya. MUAWIYAH MENGAPUSKAN HAK DEMOKRASI DALAM ISLAM. Kita Umat Islam telah maklum bahawa sejarah demokrasi dalam Islam telah berjalan dnegan baik Sejak Nabi Muhamad SAW sampai kepada khulafa’ Rashidun.

7


Setelah Nabi Muhamad Saw wafat maka cara pemilihan empat orang khalifah itu adalah di pilih oleh musyawarah umat Islam, adapun tentang cara-cara musyawarah itu dapt lihat dalam bukusuku sejarah Islam, dari Nabi Muhamad sampai kepada Khulafa’ Rashidun. Peraturan-peraturan dan undang-undang musyawarah ini telah di hapuskan oleh Khalifah Muawiyah bin Abi Sufyan dan beliau ganti dengan perlantikan Putera Mahkota dan amalan Muawiyah itu telah di ikuti oleh negara-negara yang memaki sistem kerajaan (beraja) yang ada sekarang ini. Muawiyah mengadakan juga peraturan-peraturan pasukan pengawal peribadi dan mengasingkan diri dalam satu bilik khas di masjid sewaktu beliau Sembahyang Jumaat kerana beliau takut berlaku pembunuhan ke atas dirinya seperti khalifah-khalifah yang lalu. YAZID BIN MUAWIYAH (60-63H-680-683M) Yazid adalah anak daripada seorang wanita dusun/desa (Badwi) yang di kahwini Muawiyah sebelum beliau (Muawiyah) menjadi khalifah. Oleh kerana wanita itu (Ibu Yazid) tidak tahan hidup menurut aliran penghidupan kota (Bandar) besar yang penuh dengan keindahan dan kemewahan seperti di Damasqus itu, maka kembalilah ia (Ibu Yazid) bersama-sama puteranya (Yazid) ke Dusun. Maka Yazid hidup mneurut cara hidup ibunya, kehidupan Badwi yang bersifat dusun semata-mata terdidik berani, fasih bercakap dan bersyair. Akan tetapi ia bukanlah ahli yang layak menduduki kerusi khalifah kerana tabiatnya zalim lagi suka menurut hawa nafsunya untuk melakukan perbuatan maksiat. Oleh kerana demikian pemerintahannya tidak di sukai oleh sahabat-sahabat besar, diantara mereka yang terutama sekali ilah Husain bin Ali dan Abdullah bin Zubir Rdhnma.

8


PERANG KARBALA’ (61H-681M) Ada segolongan penduduk Iraq mengirimkan surat kepada Husain bin Ali meminta beliau (Husain) datang ke Kufah. Mereka menyatakan bahawa mereka bersedia memberi bantuan kepada Husain bin Ali dalam segala hal yang di perlukannya, dengan tidak siasat dan memikir panjang, Husain bin Ali pun terus terpedayalah dengan surat yang di kirimkan oleh penduduk Kufah itu, beliau telah lupa apa yang telah terjadi atas ayahanda dan saudaranya. Maka dengan pengawal yang tidak lebih daripada 80 orang, berangkatlah dia (Husain) menuju ke Kufah, akan tetapi manakala sampai ia di Karbala’, bertemulah ia (Husain) dengan tentera musuhnya (Yazid) yang di ketuai oleh Ubaidillah bin Ziad. KEMATIAN HUSAIN BIN ALI Apabila peperangan itu berlaku, barulah Husain insaf bahwa beliau tertipu, sebab tidak ada seorang pun penduduk Iraq yang memberitahukan yang datang membantu. Maka terjadilah pengepungan atas Husai serta pengikut-pengikutnya yang sedikit itu. Oleh kerana tentera Ubaidillah bin Ziad yang berpuluh kali ganda banyaknya daripada pengawal Husain, dalam pentempuran itu Husain mati terbunuh, Kepalanya (Husain) di potong dan kemudian di kirimkan kepada Khalifah Yazid bin Muawiyah di Damaskus. Sungguhpun Yazid seorang yang zalim dan suka menganyiayai, tetapi kematian Husain yang menyedehkan itu Yazid turut berdukacita dan bersedih juga. Hal ini kerana ayahandanya (Muawiyah) telah berwasiat kepadanya (Yazid) bahawa jikalau nanti ia dapat mengalahkan Husain, haruslah dia di maafkan dan di hormati, tetapi apa boleh buat nasi telah menjadi bubur, Cuma hanyalah kepada putera-putera Husain dan kaum keluarganyalah Yazid dapat memberi kemurahan hati, dan mereka itu di kirimkan ke Hijaz sebagai menghormati dan memuliakannya. PEMBERONTAKAN DI HIJAZ Berhubung dengan berita peperangan di Karbala yang menyedihkan itu, telahpun tersiar kemana-mana, berita itu amat

9


menggemparkan Umat Islam, Hati mereka di liputi kesediahn dan dendam yang bernyala-nyala. Maka bersatulah golongan Syiah hendak menuntut bela atas kematian Husain itu dan bertambahlah meluap-luap api kemarahan Umat Islam kepada keluarga Bani Umayyah. Kesedihan dan kemarahan itu hidup bernyala-nyala di mana-mana, lebih-lebih lagi di Kota Madinah, di kuburan Nenda Husain bin Ali, Nabi Muhamad saw, maka meletuslah pemberontakan besar di Madinah menentang Yazid pada tahun 63H (683M) kaum pemberontak yang telah naik darah itu dapat menghalau Wali Madinah serta dapat menangkap sekelian orang yang berasal dari keturunan Bani Umayyah. Maka Untuk mendamaikan pemberontakan yang hebat itu Yazid mengerahkan bala tenteranya seramai 12000 orang di kepalai oleh Panglima Muslim bin Ukbah. Tentera-tentera ini mengepung Kota Madinah dari jurusan Wadi Harrah, iaitu jurusan utara Kota Madinah itu, kemudian pemberontakan itu dapat di hapuskan, dan pada waktu Panglima Muslim bin Ukbah memberi kebebasan kepada tenteranya selama tiga hari tiga malam untuk membunuh, merampas dan sebagainya di dalam kota suci itu. Sungguh ngeri dan hina sekali perbuatan-perbuatan yang telah di lakukan oleh angkatan Yazid itu. MERUNTUHKAN KA’BAH PADA AWAL BULAN RABI’UL AWWAL TAHUN 64H (683M) Setelah selesai perkejaan Muslim bin Ukbah menduduki Kota Madinah, beliau terus pergi ke Makkah, kerana di sana Abdullah bin Zuber melantik dirinya menjadi Khalifah serta sedang di sokong oleh penduduk Kota Mekah itu, akan tetapi sedang dalam perjalanan, Muslim bin Ukbah meninggal dunia, dan tentera di pimpin oleh Hashim bin Numair, seorang panglima Bani Umayyah yang kenamaan pula. Setelah mereka sampai di Makkah, terjadilah pertempuran hebat antara tentera Bani Umayyah dengan tentera Abdullah bin Zubair pada tahun 64H (683M) pada waktu itu , runtuhlah sebahagian dinding Ka’bah terkena Manjanik (alat melontar). Manakala

10


peperangan itu masih hebat, tiba-tiba datanglah berita dari Syam bahawa Yazid telah meninggal dunia, oleh kerana itu Hashim bin Numair pin berhenti daripada pentempurannya. Segala peristiwa yang tersebut di atas itu adalah suatu kerosakan besar yang telah menimpa umat Islam pada pemerintahan Yazid. Kerosakan itu tetap menghitamkan lembaran sejarah Khalifah Yazid bin Muawiyyah. MUAWIYYAH BIN YAZID Khalifah Yazid sebelum meninggal dunia, beliau telah memberi wasiat supaya puteranya Muawiyyah dilantik menjadi putera mahkota mengganti beliau sebagai khalifah setelah dia meninggal dunia kelak, perlantikan ini adalah menurut cara dan peraturan yang telah di lakukan oleh ayahandanya Muawiyyah bin Abu Sufyan. Akan tetapi Muawiyyah bin Yazid ini hanya memerintah selama 40 hari sahaja, oleh kerana beliau mempunyai penyakit dan jiwanya sendiri memberontak tidak dapat bertanggungjawab di atas perubahan dan kerosakan-kerosakan yang di tinggalkan ayahandanya (Yazid). Maka dengan kemahuan sendiri, beliau (Muawiyyah) turun dari kerusi khalifah dan pengangkatan khalifah itu pun diserahkan kepada musyawarah umat Islam agar mereka dengan merdeka dapat memilih dan melantik sesiapa sahaja yang mereka kehendaki, tetapi cita-citanya tidak dapat berlaku sebab pemilihan khalifah telah di tentukan oleh kemahuan Bani Umayyah. KESEDARAN DAN KEINSAFAN Umat Islam dapat menjunjung tinggi di atas kesedaran dan keinsafan Muawiyyah bin Yazid itu , kerana jiwanya di tekan oleh Nur Ilahi yang benar. Oleh sebab belai merasakan bahawa Jabatan Khalifah ini tidak sah baginya kerana tidak ada pilihan lansung daripada umat Islam, kerana itulah sewaktu belaiu mengundurkan diri daripada jabatan kalifah itu sambil beliau menyerahkan jabatan khalifah itu kepada Musyawarah umat Islam, kerana beliau ingin kembali kepada undang-undang dan peraturan-peraturan Islam yang benar-benar dapat di amalkan dengan kuatkuasanya.

11


Rupa-rupanya peraturan pemilihan khalifah secara musyawarah ukhuwwah Islamiah itu telah di hapuskan oleh Khalifah Muawiyyah bin Abi Sufyan pada waktu beliau mula-mula memegang jawatan khalifah, jadi pada waktu itu harus patuh dan taat kepada peraturan yang telah di buat oleh khalifah Muawiyyah bin Abi Sufyan. Bahawa Jabatan Khalifah mesti di lantik daripada keturunan Bani Umayyah. Khalifah Muawiyyah bin Abi Sufyan ialah orang yang mengkhianati dan menghapuskan demokrasi dalam Islam kerana dalam Quran terang-terang menuruh Umat Islam bermusyawarah dalam urusan dunia kamu seluruhnya. MARWAN BIN HAKAM (64-65H-683-685M) Setelah Muawaiyyah bin Yazid mengundurkan dirinya daripada jawatan Khalifah, maka timbulah satu masalah yang sulit diantara penduduk Syam, iaitu siapa yang akan mereka pilih memegang jawatan khalifah, kesulitan itu ialah perpecahan antara Bani Umayyah. Yang Pertama ada golongan yang ingin melantik Khalid bin Yazid yang masih kecil menjadi Kalifah dan golongan yang kedua hendak melantik Marwan bin Hakam seorang yang tertua dalam keluarga Bani Umayyah, hampir terlepas kerajaan Umayyah itu dari tangan mereka di sebabkan telah ada perpecahan dan perselisihan. Dalam pada itu Abdullah bin Zuber semakin luas pengaruhnya. Beliau telah di akui menjadi khalifah oleh penduduk Hijaz, Iraq, Yaman dan Mesir. Bahkan sebahagian penduduk Syam telah ada yang berpihak kepadanya (Abdullah bin Zuber), akan tetapi Abdullah bukanlah seorang ahli siasah yang tajam pandangannya. Sesungguhnya Hashim bin Numair Panglima Perang Bani Umayyah telah datang kepada Abdullah hendak angkat sumpah kepadanya, asalkan beliau (Abdullah) dapat pindah ke Syam. Tetapi tawaran Hashim bin Numair itu di tolak oleh Abdullah bin Zuber, kerana ia bermaksud hendak menghidupkan kemegahan dan kebesaran tanah Hijaz buat kali ke dua, dengan menjadikan negeri itu sebagai pusat Khalifah Umat Islam, dia tidak sedar bahawa dengan perbuatan yang demikian itu telah melepaskan peluang yangbaik bagi kedudukannya. Sementara itu Bani Umayyah telah

12


sepakat sekata kembali dan kemudian melantik Marwan bin Hakam menjadi khalifah pada tahun 64H, maka dengan demikian berpindahlah waris dan pusaka kerajaan dari keluarga Abu Sufyan kepada keturunan Marwan bin Hakam daripada suku Bani Umayyah yang besar. Maka terjadilah dua khalifah yang berlumba-lumba merebut kekuasaan, iaitu Abdullah bin Zuber di Makkah dan Marwan bin Hakam di Dmaskus. HURU HARA DI SYAM Pada zaman pemerintahan Marwan bin Hakam ini, penuh dengan huru-hara dan kekacauan di negeri Syam. Tetapi sungguhpun demikian berkat kesungguh dan kesabaran hatinya, Marwan dapat juga mengirimkan tenteranya ke Mesir untuk merebut wilayahnya daripada tangan wali yang di lantik oleh Abdullah bin Zuber, adapun usaha-usaha Marwan selama beliau memerintah, hanyalah semata-mata menguatkan kedudukannya sahaja. Beliau memegang jawatan khalifah selama 9 bulan, sebelum beliau meninggal dunia, terlebih dahulu belaiu menetapkan 2 orang puteranya menjadi putera mahkota, iaitu Abd Malik dan Abd Aziz. ABD MALIK BIN MARWAN 65-86H – 685-705M Setelah Marwan bin Hakan meninggal dunia, maka timbulah kekacauan dalam Daulah Bani Umayyah, sehingga hampir sahaja daulah itu pecah belah dan hancur oleh pemberontakan dan huru hara dalam negeri, akan tetapi beruntunglah khalifah yang menggantikan dia, iaitu Abd Malik bin Marwan iaitu puteranya sendiri, seorang yang bijaksana dan berhati waja, pandai menyelidiki dan menguruskan segala-gala hal ehwal kerajaannya, ia termasuk seorang Raja Besar yang bersejarah dalam Daulah Bani Umayyah. Adapun kerja yang mula-mula di lakukan oleh Abd Malik ialah menindas dan mematahkan sekelian perlawanan musuh-musuhnya. Setelah 7 tahun lamanya ia memerintah, amanlah negeri dengan seaman-amannya dan sendi daulahnya (Kerajaan) menjadi kuat dan

13


kukuh kembali hingga sampai azam puteranya yang memerintah kemudian hari. KESUKARAN YANG DI HADAPI, KHALIFAH ABDUL MALIK A. MENGHADAPI PERLAWANAN DENGAN GOLONGAN SYIAH. Kerana berlaku pembunuhan Husin bin Ali di Karbala’, maka bernyala-nyala kemarahan dan sakit hati umat Islam atas keluarga Bani Umayyah, golongan Syiah berusaha sekuatkuatnya menyebarkan hasutan-hasutan kebencian kepada Umat Islam yang ada di Kufah terhadap Bani Umayyah sehingga menimbul penyesalan dan dendam yang sangat mendalam. Maka pada tahun 66H (686M) bergeraklah orang Kufah menuju Ainul Wardah ( satu tempat dekat Sungai Euphrates) mereka dapat pula menarik sebahagian besar penduduk di Basrah dan Mada’in kedalam barisan mereka itu hendak mengadakan pemberontakan. Apabila berita perlawanan itu telah sampai kepada Abdul Malik, segeralah ia mengerahkan tenteranya seramai 30,000 orang di ketuai oleh Ubaidillah bin Ziad. Sesungguhnya angkatan perang Khalifah dapat mematahkan perlawanan barisan kufah itu. Akan tetapi baru saja pekerjaan itu selesai, timbul lagi golongan Syiah yang lain di bawah pimpinan Mukhtar bin Abu Ubaid, iaitu wali di Iraq yang telah di lantik oleh Khalifah Abdullah bin Zuber yang telah melepaskan diri daripada kedua-dua kekuasaan itu dan berdiri sendiri. Tetapi perlawanan Mukhtar ini tidak dapat di patahkan oleh Ubaidillah bin Ziad kerana terlalu kuat, tentera Ubaidillah bin Ziad di cerai-beraikan oleh Mukhtar dan dia (Ubaidillah) sendiri meninggal dunia dalam pemtempuran itu. B. MENGHADAPI PERLAWANAN DENGAN ABDULLAH BIN ZUBER Khalifah Abdullah bin Zuber melantik saudaranya Mash’ad menjadi Gabenor di Iraq. Dia telah di perintahkan oleh Abdullah bin Zuber merebut kembali Iraq dari tangan Mukhtar, walinya yang menderhaka itu.

14


Maka terjadilah pertempuran di antara Tentera Mash’ad dengan tentera Makhtar, Mash’ad menang dalam peperangannya. Makhtar bersama tenteranya seramai 7,000 orangtelah mati terbunuh.Peristiwa ini terjadipada tahun 67H (687M) setelah selesai Mash’ad membersihkan Iraq dari pengaruh golongan Syiah yang di bangunkan oleh Makhtar bin Ubaid, lalu beliau bersiap pula hendak memerangi Abdul Malik. Khalifah Abdul Malik dengan segera menyiapkan satu angkatan perang yang besar terdiri daripada tentera Syam, Mesir, dan Al Jazirah, maka terjadilah pertempuran besar antara kedua belah pihak, dalam peperangan ini tentera Mash’ad kalah dan dia sendiri mati terbunuh. Kekalahan Mash’ad ini sebahagian besar di sebabkan oleh pengkhianatan tenteranya yang berasal dari Iraq, mereka lari dari barisan lalu menggabungkan diri dengan tentera Abdul Malik bin Marwan. Hal ini terjadi pada tahun 72H(692M). Setelah Abdul Malik beroleh kemenangan di Iraq, ia mengerahkan tenteranya pula memerangi Abdullah bin Zuber di Hijaz. Untuk melaksanakannya, diminta Abdul Malik mengirimkan Panglima Hajjaj bin Yusof Al-Thaqafi. Panglima ini mengepung Kota Mekah dengan sekuat-kuatnya sehingga kota itu menyerah dan Abdullah bin Zuber dapat di bunuhnya pada tahun 73H 693M. Kemudian Abdul Malik melantik Hajjaj untuk menjadi wali di Hijaz, Yaman dan Yamamah sampai tahun 75H. C. MENGHADAPI GOLONGAN KHAWARIJ. Sesudah Abdul Malik membersihkan Syam dan Palestin daripada pemberontak, tidak adalah yang mebisingkang hatinya selain daerah Musyrik. Untuk menundukan negeri-negeri di daerah itu di perintahkan panglima Hajjaj bin Yusof Al Thaqafi, Hajjaj pun segeralah berangkat ke Kufah. Di Kufah belaiu berpidato di dalam masjid dengan suara yang keras dengan memuji-muji dirinya, menyatakan perintah yang keras atas rakyat yang keras kepala. Dari Kufah terus ke Basrah, dan di negeri itu di lakukannya pula apa yang telah di buatnya di Kufah, kemudian Hajjaj pergi membantu Mahlab bin Abi Safrah* yang sedang membersihkan Iraq dan Parsi daripada Kaum Khawarij. Hajjaj

15


ini amat terkenal dalam sejarah kerana kejam dan pandangan yang mudah terhadap jiwa manusia. D. KESUKARANG MENGHADAPI PERLAWANAN UMAR BIN SAID. Pada Tahun 70H (690M) seorang keluarga Khalifah Abd Malik, Umar bin Said memberontak kepadanya, pemberontakan itu dapat diperdamaikannya dengan tipu muslihatnya saja, iaitu dengan melantik Umar bin Said sebagai Putera Mahkota, akan tetapi tidak lama kemudian belaiu (Umar bin Said) din undang mengadap khalifah, apabila sampai di Istana, lalu di batalkan perlantikan itu dan lalu Umar di bunuhnya, kepalanya di lemparkan kedalam kumpulan yang mengiring yang menunggu di bawah. Melihat hal ngeri itu, tentera Umar kecut hatinya dan lari bercerai-berai. Dengan kematian Umar bin Said itu, berakhirlah bahaya yang akhir sekali, iaitu bahaya yang akan memecahbelahkan persatuan daulah Bani Umayyah. KEMAJUAN YANG DI LAKUKAN OLEH KHALIFAH ABD MALIK. Setelah Khalifah Abdul Malik selesai membersihkan kerajaannya dari bencana huru-hara dan pemberontakan, iaitu bencana yang hampir menghabisi umur Daulah Bani Umayyah. Timbullah kembali keamanan dalam negeri. Berkat kesungguhan dan pandai memerintah dapatlah di hilangkan kesan-kesan yang di tinggalkan huru-hara itu. Dengan ini terpandanglah sebagai pendiri Daulah bani Umayyah yang kedua sesudah Muawiyyah. Adapun usahanya yang berhubungan lansung dengan pembaikan urusan kerajaannya ialah:A. MENDIRIKAN KILANG MATAWANG DAN DEWAN KEWANGAN Sebelum Abdul Malik memerintah, matawang yang beredar dalam masyarakat ialah matawang Parsi dan Byzantiun, hal ini berubah pada masa Abd Malik di Damaskus, didirikannya sebuah kilang mata wang, di muka wang itu di tuliskan dua kalimah syahadah ‫ ﺃﺷﻬﺪ ﺃﻥ ﻻ ﺍﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﷲ ﻭﺃﺷﻬﺪ ﺃﻥ ﳏﻤﺪ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ‬dan di mukanya yang sebelah lagi itu di capkan nama khalifah itu sendiri.

16


Semua urusan surat menyurat dalam kewan kewangan itu yang dahulunya dengan bahasa Parsi dan Rumawi, di ganti dengan bahasa Arab belaka.Peraturan ini berlaku di seluruh Syam dan Parsi. Usaha Abd Malik yang demikian itu besar pengaruhnya terhadap kemajuan bahasa sehingga dia menjadi bahasa Ilmu Pengetahuan terutama dalam ilmu hisab dan latihan. Sering dengan itu Abdul Malik berusaha untuk menggembirakan dan menghidupkan kegiatan para pujangga dan menghidupkan kegiatan para pujangga dalam memperindahkan syair dan karangannya. Beliau sendiri pun ternama pula sebagai Ahli Pidato yang bijak dan penyair yang fasih. B. MEMPERBAIKI PERATURAN POS. Perjalanan pos yang dahulunya belum teratur benar, sekarang di perbaiki dan di sempurnakannya, pada setipa cerok persimpangan jalan didirikannya sebuah wakaf tempat perhentian umum. Adapun tugas jawatan pos yang terutama sekali pada waktu itu ialah mengamati segala-segala pekerjaan pembesar-pembesar negeri dan menyampaikannya apa-apa kejadian di daerah kerajaan itu kepada khalifah. C. MENGADAKAN MAHKAMAH TINGGI Untuk memeriksa dan mengadili perkara-perkara pembesar tinggi dan orang-orang yang ternama, Abdul Malik mengadakan sebuah pengadilan tinggin ini sengaja didirikannya supaya pembesar-pembesar negeri yang tertinggi jangan berbuat sekehendak hatinya saja kepada rakyat atau kepada orang bawahan. Ketua Mahkamah tinggi ini ialah orang yang ternama dan ahli dalam hukum Agama Islam, Siapa saja yang merasa dirinya tertindas dan teraniaya oleh pembesar-pembesar kerajaan, boleh mengadukan halnya kepada mahkamah itu. D. MENDIRIKAN BANGUNAN INDAH Setengah daripada usaha khalifah Abdul Malik, beliau tiada lupa untuk memperbaguskan kota dan negeri dengan mendirikan gedung-gedung yang indah seperti rumah suci Kubah

17


Baitul Maqdis dan lain-lainnya, dan beliau juga mendirikan juga sebuah gedung pertukangan di Tunis, tempat membuat kapal perang dan senjata, dari sanalah datang beratus-ratus kapal untuk angkatan laut Bani Umayyah. WAFATNYA KHALIFAH ABDUL MALIK BIN MARWAN Kahlifah Abdul Malik setelah beliau memerintahselama 21 tahun, maka wafatlah ia di Damaskus, Umurnya 60 tahun lebih kurang 8 tahun lamanya beliau mempergunakan waktunya untuk menindas pemberontak dan menghadapi perselisihan dengan Abdullah bin Zuber. Sebenarnya Putera Mahkota yang akan menggantikan beliau ialah Abdul Aziz, saudaranya sendiri. Akan tetapi Abdul Aziz lebih dahulu wafatnya. Oleh sebab itu Abdul Malik melantik dua puteranya menjadi putera mahkota, iaitu Al Walid dan Sulaiman. Ahli Sejarah memberi gelar kepada Abdul Malik sebagai Abul Muluk, ertinya Ayahnada raja-raja, kerana empat orang puteranya dapat menjadi khalifah belaka , iaitu Walid, Sulaiman, Yazid dan Hisham. WALID BIN ABDUL MALIK Adapun masa khalidah Walid, adalah sama zaman keamanan dan kesenangan, masa kejayaan dan kemakmuran, dan pada zamannya ini semkin meluaslah Daulah Bani Umayyah, ketimur dan ke barat. Ketimur sampai ke Hindustan dan kebatas Kerajaan Tiongkok(Republik Rakyat Tiongkok)1. Kebarat sampai Tanah Sepanyol dan Peranchis di selatan. Pada Zaman Walid ini berkembanglah dengan segera peradaban dan kebudyaan Islam, Terutama dalam perkara mendirikan bangunan indah permai. Pada masanya juga didirikanMasjid Raya Al- Alawy di Damaskus dan diperbaharui Masjid Nabi di Madinah. Khalifah Walid termasyhur sebagai seorang khalifah yang amat pengasih dan penyayang kepada fakir dan miskin dan dia sangat 1

Sebuah Kerajaan bersempanan dengan kerajaan Indonesia

18


meperhatikan hal ehwal rakyat, dan sentiasa berusaha meringankan penderitaan rakyat yang melarat. Ini dapat di buktikan dengan usaha mendirikan beberapa rumah sakit untuk otang yang berpenyakit kusata dan sebagainya. Di setipa tempat melepaskan penat dan lesu di sedikannya seorang khadam, bagi msing-masing orang tua di berikannya seorang pembawa jalan untuk menghibur dan penyenangkan hati mereka. Semuanya untuk menyelenggarakan semua urusan itu, di sediakan wang negara menurut anggaran tertentu. PENAKLUKAN PADA ZAMAN WALID Sesungguhnya telah nyata dan terang, bahawa keamanan dan kemakmuran di dalam negeri, memberi peluang yang baik kepada khalifah Walid, untuk menyambung usaha-usaha khalifah yang lalu daripadanya dalamsoal memperluaskan daerah Kerajaan Islam. A. Penaklukan Ke Timur Tentera Khalifah Walid di ketuai oleh Penglima Kutaibah bin Muslim telah sampai ke Jihon dan sungai Sihon menakluki negeri Bukhara dan Samarkhad, iaitu dua negeri yang terletak di Asia Tengah dan penduduknya terdiri daripada Bangsa Turki dan dua negeri tersebut sekarang ini dalam pemerintahan Rusia. Dengan Penaklukan Kutaibah ini, luaslah daerah Daulah Islam sampai ke batas dan sempadan kerajaan Tiongkok sedangkan sebahagian kerajaan Umat Turki itu memeluk Islam oleh kerana mereka duduk di bawah pemerintahan Islam. B. Penaklukan Ke Barat Di antara penaklukan Islam pada Zaman Khalifah Walid. Maka penaklukan ke Maghrib al Aqsa yang terpenting sekali, sebab sekalipun sekalilpun umat Islam pernah menjijakan kakinya di Tanah Afrika Utara itu dalam masa 30 tahun yang lalu, naum tegak mereka di sana belum kuat dan kukuh lagi, melainkan senantiasa goyang kerana penduduknya di tanah pergunungan Afrika Utara itu terdiri daripada Bangsa Barbar yang selalu menunjukan perlawanan mereka, kerana mereka sentiasa

19


berdendam kepada Amir-amir bangsa Arab yang memerintah mereka, kerana Amir-amir itu bercampur gaul dengan mereka secara pergaulan Tuan dengan Hamba, penjajah dan rakyat jajahan. Dalam pada itu orang Byzantium selalu pula berusaha membantu mereka dengan wang dan tentera. Untuk memerintahi daerah yang selalu ada rusuhan itu Khalifah Walid melantik Musa bin Nusair menajdi wali di Afrika Utara. Berkat usaha wali ini Maghrib Al Aqsa di taklukki dan amanlah dengan sebenarnya pada tahun 91H-710M dan pengaruh Byzantium lenyaplah dari negeri. Kemudian Musa bin Nusair melanjutkan penguasaan daerahnya sampai ke tepi lautan Atlantik dan menyiarkan Islam di daerah itu. C. Penaklukan Ke Andalusia Pada tahun 92H-711M, Musa bin Nusair memerintahkan perwiranya Tariq bin Ziad, seoarang panglima Barbar yang masyhur pergi menakluki Tanah Andalus di Sepanyol pada waktu itu di bawah pemerintahan Raja Gothia Barat. Tariq membawa tenteranya menyeberangi selat yang sekarang ini namakan sebagai Selat Tariq (Gilbraltar), tentang penaklukan Islam ke Andalus ini akan di terangkan nanti lebih lanjut dalam bab yang teristimewa

Bersambung‌‌

20


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.