senikini#25

Page 1

BALAI SENI VISUAL NEGARA NATIONAL VISUAL ARTS GALLERY

1MCAT 2016

25

SENIKINI ART NOW No.25 January - Mac 2017

senikinibsln.blogspot.my

Printed in Malaysia

Prasarana Seni di Malaysia PEMETAAN: Ke Arah Memetakan Koleksi Premier Negara Creative Space LPSVN


Balai Seni Visual Negara National Arts Gallery No 2 Jalan Temerloh Off Jalan Tun Razak 53200 Kuala Lumpur Phone +603 4026 7000 Fax +603 4025 4987 Web www.artgallery.gov.my

Editor-In-Chief Prof. Dato’ Dr. Mohamed Najib Ahmad Dawa

Editorial

Photography

Faizal Sidik Zulkarnain Zainol Abidin Osmihamidy Osman Rosaniza Abiddin

Mohd Khazrul Sharuddin Mohd Yuzaini Ahmed Intan Idarina Mohammad Kusairry

Advertising

Designer Chua Thien Teng, Malaysian Life, 1968, Batik, 182 x 899 cm Collecticon of National Visual Arts Gallery Karya oleh Chua Thien Teng, yang juga merupakan artis pelukis batik yang terkenal dan salah seorang yang disegani di dalam seni kontemporari di Malaysia. Beliau memulakan kerjayanya dengan berkhidmat di beberapa agensi periklanan sebagai visualiser-illustrator sebelum menyertai Bangkok Post pada tahun 1974. Selepas lebih 20 tahun berkhidmat, beliau meninggalkan Bangkok Post pada tahun 1995 dan meneruskan kerjaya sebagai sepenuh masa. Artwork by Chua Thien Teng, the well-known batik painter and one of Malaysia’s foremost contemporary art gurus. He began his career as an artist by working with various advertising agencies as a visualiserillustrator before going on to join the Bangkok Post in 1974. After more than 20 years of service, he left the Post in 1995 to pursue painting full-time.

Zulkarnain Zainol Abidin zulkarnain@artgallery.gov.my

Shamizar Rahim Nuzaihan Mustapa

Contributors Art Governance Department, Office of KL Biennale, Zanita Anuar, Rohana Mohd Yusof, Zulkarnain Joy, Christine Ngh, Intan Rafiza, Muhammad Izzat Md Isa, Tan Hui Koon, Faizal Sidik, Zuriyadi Sarpin, Baktiar Naim, M Hazrin Moktar, Fadly Sabran, Yap Sau Bin & Hattori Hiroyuki

National Visual Arts Gallery 2017. All right reserved. No part of this magazine may be used or reproduced without the written permission of the publisher. National Visual Arts Gallery (NVAG) is located in Kuala Lumpur, Malaysia. The registered ofce of National Visual Arts Gallery is at No.2 Jalan Temerloh off Jalan Tun Razak, 53200 Kuala Lumpur, Malaysia. All information contained in this magazine is for information only and is, as far as we aware, correct at that time of going to press. Future cannot accept any responsibility for errors or inaccuracies in such information. Readers are advised to contact manufacturers and retailers directly with regard to the price of products/services referred to in this magazine. If you submit unsolicited material to us, you automatically grant NVAG a license to publish your submission in whole or in part in all editions of the magazine, including licensed editions worldwide and in any physical or digital format throughout the world. Any material you submit is sent at your risk and, although every care is taken, neither NVAG nor its employees, agents or subcontractors shall be liable for loss or damage.

can be accessed at senikinibsln.blogspot.com or www.artgallery.gov.my/ebook Any feedbacks, comments and submissions, drop us an email to Zulkarnain, zulkarnain@artgallery.gov.my, Osmihamidy, osmihamidy@ artgallery.gov.my and Rosaniza, rosaniza@argallery.gov.my Senikini (ISSN : 1985-7233) is published four times a year by the National Visual Arts Gallery, Malaysia.

#senikini

2


Dari meja Editor Editor’s Desk Prof. Dato’ Dr. Mohamed Najib Ahmad Dawa Tidak banyak yang saya boleh nukilkan di sini akan tetapi beberapa agenda atau acara besar yang sedikit sebanyak memberi impak positif kepada audien untuk menghadamknnya. Selain itu, tahun 2016 dan 2017 juga merupakan tahun dimana Balai Seni Visual Negara (BSVN) menjalani proses transformasi asas dengan menaiktaraf fasiliti di hampir kesemua galeri untuk memberi satu suasana atau ‘feel’ yang baru kepada audien yang melawati BSVN.

Kandungan Contents Pameran Exhibition 1MCAT 2016

04

ESCAPE from the SEA

08 BALAI SENI VISUAL NEGARA NATIONAL VISUAL ARTS GALLERY

1MCAT 2016 juga mendapat tempat pada tahun lepas, secara kolektif penglibatan setiap negeri di dalam Malaysia. Ianya mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran pelukis-pelukis yang terlibat, penggemar seni dan budaya serta orang ramai. Konsepnya adalah dengan merakam dan merekodkan landskap, sosiobudaya dan sosioekonomi masyarakat yang belum ‘didendangkan’ lalu diterjemahkan melalui karya-karya cat air. Pameran kemuncak 1MCAT 2016 berlangsung di BSVN yang telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Tourism Malaysia. Acara 1MCAT ini juga dihiasi dengan program Art Bazaar yang juga berlangsung di BSVN. Satu festival atau bazaar yang mengangkat pelukis dan penggemar seni ke satu tahap yang baru dalam mempromosikan seni dan pelancongan di negara ini kepada masyarakat terbanyak di luar sana. BSVN juga tidak ketinggalan mempamerkan sejumlah pameran yang berprofail tinggi walaupun diselubungi kekangan naiktaraf galeri dan kewangan meruncing, namun kecenderungan warga BSVN dalam memberi perkhidmatan yang terbaik tidak pernah luntur dalam penghasilan Pameran PEMETAAN dimana ianya mendokumentasikan segenap sejarah seni moden di Malaysia, selain itu Pameran Solo Dr. Ruzaika Omar Basaree dan Jegantahan Ramachandram juga dikongsi bersama khalayak. Pameran SAGE Art Residency juga mendapat tempat dengan kehadiran pelukis dan pengkarya serata Asia Tenggara untuk berkongsi idea dan manifestasi jiwa. Fokus utama BSVN juga tertumpu kepada ruang pameran baru iaitu ‘Creative Space’. Satu ruang baru yang tidak prejudis terhadap seni, ruang masyarakat Malaysia menonjolkan karya. ‘Creative Space’ juga ialah salah satu daripada transformasi BSVN ke arah budaya pengewangan atau ‘monetizing culture’ serta ‘people centric’ yang secara positifnya akan mengubah landskap seni visual Malaysia akan datang .

Artikel Article PEMETAAN: Ke Arah Memetakan Koleksi Premier Negara

12 1MCAT 2016

25

SENIKINI ART NOW No.25 January - Mac 2017 senikinibsln.blogspot.my

Pameran Bergerak, Fungsi dan Faedah Kepada Semua

16

Printed in Malaysia

18

POSTMODERNISM : Kecenderungan Pascamodernisme dalam karya Haris Abadi Abd Rahim

20

BSN NVAG 28

Creative Space Galeri baru BSN

30

Prasarana Seni di Malaysia

34

Apakah Art Govenance?

Galeri Gallery ILHAM Inspirasi Seni Malaysia

24

Meneliti Anjakan Muzium Seni Antarabangsa

26

PEMETAAN: Ke Arah Memetakan Koleksi Premier Negara Creative Space LPSVN

Artis Artist ORKIBAL Christine Ngh

Prasarana Seni di Malaysia

Berita News 36

Direktori Galeri Kalendar Pameran

Akhir kata dalam perjuangan tahun 2017 ini, saya ingin menekankan beberapa perubahan baru BSVN ke arah institusi yang cemerlang. Yang pertama, janganlah terkejut dengan SeniKini versi baharu ini, lebih ringan lebih mudah dan lebih padat khas untuk setiap penggemar seni yang sudah lama menunggu. Selain itu, fasiliti dan ruang galeri baru disediakan khas untuk anda menikmati karya dan pameran dari kami dan diharap anda semua menunggu dengan waras untuk pameran-pameran 2017. Justeru, bagi memantapkan agenda tersebut satu cawangan baru juga telah diwujudkan bagi menjalinkan satu jaringan dan kerjasama yang lebih meluas dalam kegiatan seni di Malaysia ini, Cawangan Art Governance bergerak seiring dengan visi BSVN bagi memastikan seni sentiasa mendapat tempat di hati anda. Jumpa lagi dan selamat membaca Terima Kasih...

‘Creative Space’ juga ialah salah satu daripada transformasi BSVN ke arah budaya pengewangan atau ‘monetizing culture’ serta ‘people centric’ 3


PAMERAN EXHIBITION

| ROHANA MOHD YUSOF

Kerancakan meraikan kegemilangan dan kreativiti seniman pelukis tetap diteruskan di bawah teraju Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) menerusi program 1MCAT. Terdahulu di awal penganjurannya bersamaTourism Malaysia pada 2010 lebih terkenal sebagai 1Malaysia Contemporary Art Tourism atau Festival Pelancongan Seni Kontemporari 1 Malaysia. Inisiatif dalam merealitikan 1MCAT ini adalah satu usaha yang amat dibanggakan apabila warga pelukis diperkenalkan secara esklusif kepada khalayak dan mendapat perhatian di samping pameran karya seni yang hebat dan signifikan. Pengalaman pertama penganjuran 1MCAT adalah pada 2014 apabila arahan dari kementerian agar acara festival ini dipindahkan butirannya dan dilaksanakan oleh LPSVN tetapi tanpa peruntukan yang menyusul. Syabas kepada pasukan 2014 kerana telah banyak membawa perubahan besar dalam mengaturcara perjalanan dan persembahan 1MCAT dengan lebih bermakna. Perluasan penglibatan ramai pihak telah menunjukkan satu indikator yang ketara terhadap jumlah program dan aktiviti yang diusahakan berbanding tahun sebelum ini. Begitu juga dengan jumlah seniman pelukis yang terlibat. Mereka diberi kepercayaan untuk mengetuai dengan beberapa cadangan yang ideal dalam mempertaruhkan kreativiti masingmasing. Buat pertama kalinya

4

pencapaian dapat dilihat menerusi laporan yang boleh dirujuk dan dijadikan panduan. Laporan 1MCAT 2014 telah merekod data dengan perlaksanaan 90 acara/aktiviti dari 13 buah negeri termasuk 3 wilayah persekutuan dengan cacatan kehadiran pengunjung sebanyak 295,635 orang dan data jualan seni RM 21.5 juta. Satu pencapaian yang memberangsangkan!. Seterusnya dengan penganjuran pada 2015 dengan pendekatan tersendiri yang memberi penekanan beberapa projek khas dengan gandingan kumpulan pengkarya

antarabangsa dan tanah air antaranya projek Bronze Sculpture. Kemuncak kemeriahannya apabila Art Bazaar turut diadakan dengan mengambil pendekatan gaya LAMAN SENI KUALA LUMPUR yang menghidangkan pelbagai acara menarik dari pelbagai latarbelakang. Walau ada suara–suara sumbang yang mempertikaikan konsep dan pengisiannya tetapi hakikatnya Art Bazaar menerima sokongan yang baik daripada penggiat seni terlibat dan menyatakan ini satu usaha yang wajar diteruskan oleh pihak LPSVN. Berlaku pengurangan terhadap bilangan acara akibat terkesan


lokasi, merakam, berkongsi dan melalui pengalaman bersama komuniti setempat telah memberi banyak ruang kepada para pelukis mendalami dan memperolehi subject matter yang luarbiasa. Akhirnya apabila chemistry tercipta maka hasil tentunya yang terbaik dalam memetakan produk pelancongan seni. Penglibatan komuniti setempat membawa satu pendekatan positif ke arah penerapan dan perkongsian ilmu serta kemahiran berganda.

dengan jurang peruntukan. Walau bagaimanapun tetap menyumbang kepada 326,067 orang data pengunjung. Kekuatan Balai dalam penganjurannya dilihat apabila tanggungjawab melaksanakan acara ini dijayakan menerusi jalinan kerjasama dengan Kerajaan Negeri, MOTAC Negeri, Tourism Negeri, pihak hotel, kumpulan NGO, institusi, komuniti serta ramai pihak lain. Ini berbeza dengan pendekatan sebelumnya yang hanya tertumpu kepada satu pihak tertentu yang dilantik tetapi mahir dari aspek promosi dan publisitinya. Tahun ini merupakan siri ke 3 LPSVN atau Balai Seni melaksanakan 1MCAT. Membawa pendekatan dengan transformasi rekaan logo baru yang lebih dinamik serta pengenalan baru iaitu 1Malaysia Community Art Tourism. Perubahan ini adalah sesuatu yang positif bagi perlaksanaan 1MCAT lebih realistik dan holistik.

orang awam. Mereka memiliki kuasa membeli dan boleh create peluang pekerjaan. Kekangan peruntukan terbatas bukan alasan 1MCAT 2016 tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya. Dengan keadaan yang serba kekurangan pasukan kerja 1MCAT terus memikul tanggungjawab. Membawa tema DESTINASI PELANCONGAN untuk meraikan kreativiti seniman pelukis tanah air adalah keutamaan perjuangan MCAT ini dan seterusnya. Merakyatkan 1MCAT adalah kesinambungan keberadaan pelukis dengan komuniti setempat. Menerusi aktiviti mengenalpasti

Masih terdapat banyak tempat yang perlu diterokai. Tema “Destinasi Pelancongan� pada kali ini telah merungkai dan menemukan beberapa lokasi menarik yang boleh diketengahkan untuk produk pelancongan baru. Antaranya menerusi “Penang In Watercolour� daripada kumpulan pelukis Pulau Pinang yang merakamkan landskap aktiviti masyarakat, lorong, bangunan lama bersejarah di samping tempat menarik lain yang berpotensi sebagai destinasi pelancongan popular. Lorong Kulit Flea Market terletak di sebuah tapak kosong sekitar Stadium Bandaraya menjadi pilihan untuk dirakam aktiviti jualan barangan terpakai dan barangan antik yang bernilai. Tidak kurang juga Jalan Leith iaitu sebuah jalan terawal yang dibina di George Town. Difahamkan

1MCAT 2016 lebih fokus dan terarah menekankan peranan pelukis untuk meneroka dan mengenalpasti produk pelancongan baru merangkumi seni, budaya dan warisan di setiap negeri dan penglibatan bersama komuniti setempat untuk hasilkan karya seni. Telah bermula sejak Julai lalu dan dijadualkan berlangsung sehingga Disember nanti. Sasaran utama adalah pengumpul seni, badan korporat, badan kerajaan, syarikat dan agensi pelancongan, pelancong serta peminat seni dan

5


PAMERAN

kedai kopi yang terletak di situ adalah dulunya sebuah klinik kecil yang kemudiannya dibangunkan menjadi Hospital Adventist Pulau Pinang. Pameran ini dirasmikan oleh YB Danny Law Heng Kiang, Penang State Minister for Tourism Development dan berlangsung di Galeri Seni Mutiara. Begitu juga dengan program “Garisan Tomborongan Kudat Sabah” yang dikendalikan oleh Persatuan Seni Visual Sabah yang telah memilih dan mengangkat Kg. Pitas Bakooka yang terkenal sebagai pengeluar dan pembekal ikan bilis terbesar ke Asia Tenggara. Lokasi Simpang Mengayau juga terlibat sama apabila diketahui disitulah pertembungan Laut China Selatan dan Laut Sulu yang digelar “The Tip Of Borneo’’. Seterusnya adalah bingkisan daripada Pelukis Perak yang menelusuri Bagan Datoh sebuah pekan kecil yang terletak 45 km dari barat Teluk Intan, Hilir Perak yang terkenal dengan penanaman kelapa dan koko. Menyingkap kesan pensejarahan awal dan kaitannya dengan syarikat perladangan Inggeris sehingga membawa kepada pengenalan namanya sebagai Bagan Datoh. Pekan kecil yang digelar pekan koboi ini rupanya memiliki landskap menarik yang boleh menggamit pelancong.

6

diamati. Turut divisualkan adalah keindahan kampung yang berlatar panorama hutan hujan tropika yang kaya dengan flora dan fauna serta rumah adatnya “Barok” yang berusia lebih 100 tahun.

Sekadar merujuk kepada beberapa aktiviti yang sempat dirakam dan telah berlangsung, Kampung Gumbang yang terletak di Bau, Sarawak juga telah ditemukan dengan beberapa keunikan yang tersendiri. Pelukis telah berkampung bersama masyarakat setempat yang berketurunan etnik Bidayuh ini dengan melalui beberapa pengalaman menarik dan mengasyikkan dari aspek adat budaya seni dan warisan yang

Terdapat 44 buah aktiviti dirancang untuk diusahakan meliputi negeri di Semenanjung, termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan bagi 1MCAT 2016. Aktiviti ini pula dibahagikan kepada 2 set aktiviti, iaitu acara sedia ada yang diusahakan oleh Balai Seni sementara sebahagiannya adalah aktiviti yang diselaraskan secara bersama pihak persatuan pelukis negeri dan NGO. Hampir keseluruhan penganjuran aktiviti yang diadakan diperingkat negeri akan diakhiri dengan sebuah persembahan pameran dan sebuah penerbitan dokumentasi lakaran dan lukisan hasil karya pelukis. Akhirnya 1MCAT 2016 akan ada satu set penerbitan 14 negeri terlibat dan satu penerbitan sempena pameran utama. Pada acara perasmian pameran, pihak pelukis secara langsung dapat menjenama hasil karya secara terbuka dengan nilai dan harga yang menarik. Ruang ini juga akan menjadi sebuah pelantar urusniaga dalam memasarkan kepelbagaian karya seni. Medan ini juga memberi kesempatan kepada semua penggiat seni untuk fokus dan menyedari


tentang budaya pengewangan dan melihatnya sebagai satu bidang yang serius. Penting dan melihat kerja seni itu adalah satu aset yang bernilai tinggi, boleh diniagakan sebagai satu pelaburan yang bijak dan menyumbang kepada ekonomi negara. Justeru penganjuran 1MCAT dan semua aktiviti yang bergerak dibawah kelolaanya adalah bermatlamat untuk memajukan seni ke peringkat yang dapat dimanfaatkan oleh semua pihak. Sasaran utama adalah pengumpul seni, badan korporat, syarikat dan agensi pelancongan, pelancong serta peminat seni. Tidak hanya menumpukan kepada aktiviti merakam dan melukis sebaliknya program ini turut menyediakan beberapa pengisian berupa bimbingan/diskusi seni untuk memantapkan skill dan ilmu pengurusan dan pemasaran seni yang terancang dan berkesan. Kebersamaan semua pihak dalam menyokong program ini adalah tonggak utama kejayaan 1MCAT dapat direalitikan. Untuk itu juga masih terdapat aktiviti yang sedang dan akan berlangsung seperti “Titik Paling Selatan� yang akan diadakan di Hujung Tanah Art Residency, aktiviti melukis pasar-pasar di Negeri Kelantan, Lakaran Visual Kuala Muda 104 tahun, Langkawi Art Biennale, Art Expo Plus serta Gedung Ubat Tanjung Kubong (sekadar menyebut beberapa sahaja). Kemuncak acara 1MCAT untuk 2016 akan disempurnakan pada 26 Nov dengan sebuah pameran inklusif bertempat di Galeri Reka. Pameran ini akan menghimpun visual terbaik dari seluruh destinasi pelancongan negeri dan diikuti dengan penerbitan direktori pelancongan . Pada hari yang sama juga akan diadakan ART BAZAAR oleh pelukis, penggiat seni dan kraf serta banyak lagi pengisian acara sampingan menarik dan menghiburkan. 1MCAT adalah gandingan sinergi dan kerjasama antara sektor pelancongan dan kebudayaan ke arah matlamat menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelancongan dunia. Ianya turut dinampakkan salah sebuah penganjuran program

yang melibatkan penjanaan ekonomi melalui aktiviti pameran dan jualan karya. Adalah diharapkan 1MCAT tidak dibandingkan dengan beberapa acara seni lain yang bertaraf antarabangsa yang lebih stabil dan popular seperti Berlin Art Week yang sering ditunggu kedatangannya pada bulan September setiap tahun atau Festival La Fallas de Valencia di Spain sekitar Mac mahupun Hong Kong Art Week sekitar Oktober. Masih banyak perkara yang perlu dikaji dan diperbaiki bagi persediaan dan penambahbaikan 1MCAT bagi memastikan matlamat penganjurannya menepati dan memberi kepuasan kepada semua pihak. Tiada yang mustahil 1MCAT akan menjadi acara penting dan popular serta dinantikan di masa akan datang. Program 1MCAT terus menjadi bualan dikalangan kumpulan dan penggiat seni dengan pelbagai versi penceritaan. Walau bagaimanapun 1MCAT tetap berada dalam kelasnya tersendiri apabila penganjurannya dilihat turut menyumbang kepada peningkatan kunjungan pelancong ke dalam negara yang memberi nilai tambah kepada 36 juta sasaran pelancong untuk 2020. 1MCAT turut menekankan peranan dan sumbangan pelukis terus dimartabat dalam memperlihatkan sumbangan mereka terhadap industri pelancongan juga pendapatan

terhadap industri kreatif kebudayaan. Ramai bakat baru mula dicungkil dan diperkenalkan dari pelbagai media. Bagi mendepani cabaran 1MCAT, penglibatan dan sokongan dari semua pihak terutama penggiat seni dan pemain industri amat diperlukan untuk memberi nilai tambah kepada perlaksanaannya. Adalah menjadi harapan semoga ada peruntukan khusus dan mencukupi untuk melaksanakan acara festival seumpama ini di masa depan kerana keberadaannya mampu membantu ramai penggiat seni khususnya pelukis dan pembangunan seni tanahair. Negara turut sama menerima limpahan ekonomi menerusi pendapatan pelancongan dan bilangan pelancong yang meningkat. Memandangkan ianya dapat memacu kegiatan kreatif seni visual lebih proaktif dan produktif justeru pelan promosi dan publisiti mengenai acara festival ini perlu diperhebatkan menjadi satu produk pelancongan baru yang berdaya saing dan berimpak tinggi. Mari raikan dan rasakan pengalaman menarik dengan 1MCAT, serta nikmati persembahan pameran dan koleksi karya terbaik daripada pelukis negara. Bergerak mesra bersama 1MCAT untuk pemajuan dan kelestarian karya seni visual lebih cemerlang dan gemilang.

7


ARTIKEL ARTICLE

In collaboration with the National Visual Arts Gallery (NVAG) and Art Printing Works Sdn. Bhd. (APW), The Japan Foundation, Kuala Lumpur is thrilled to present ESCAPE from the SEA, a group exhibition that con- siders issues of identity, belongingness, and history through the politics of borders in this region and beyond. ESCAPE from the SEA is an extension of Condition Report, a curatorial development programme initiated by the Japan Foundation Asia Centre. Currently in its sophomore edition, the programme in 2017 takes place in two parts: the rst opens with four major collaborative exhibitions in Jakarta, Kuala Lumpur, Manila, and Bangkok. The second features fourteen local exhibitions, each curated by fourteen shortlisted curatorial participants from the programme. The exhibition frames the sea as both physical and metaphorical, de ning maritime and geopolitical boundaries as well as representing a uid state of boundlessness. In this sense, the title invokes an escape from something equally political and poetic. If escape implies a line of ight from, a way of slipping past, an act of eluding a limit or a border, where do we escape to? Here, the borders between home and neighbour, self and other, historic and contemporary, factual and ctive, real and imagined are negotiated, and while escape is requisite, arrival is never resolute. ESCAPE from the SEA includes works from artists who come from a range of contexts, practices, and media including lm/video, installation, perfor- mance, research-based projects. Several works respond directly to issues pertaining to the political border: between sovereign lands and of bodies of water; others choose to navigate a more private border, drawing from personal lives to question public a airs; and yet others explore possibilities of the dissolution of borders altogether, hacking and blurring the space between what we know and imagine - of history, of time, and of space.

8


Curator’s Message Yap Sau Bin & Hattori Hiroyuki

Artists

ESCAPE from the SEA is a contemporary art exhibition featuring artists from Japan, Malaysia and the Southeast Asia region.

(Philippines)

The exhibition concept is to explore the complex layers of politics of the imagined community and the poetics and possibility of ‘drowning on dry land’. It frames the sea as both real and ctional, representative of geopolitical boundaries as well as a state of boundlessness. Contemporary art, in this instance, becomes a visual cue for the parallel narratives, inviting the audience to imagine ways of questioning the idea of the real sea and imagined community of the SEA as uid and exible notions of politics and poetics. Escape in this case is akin to identifying a gap, not in the manner of direct confrontation with the sea as an object, but to look out for a break. By ‘escape’, we refer to contemporary practices of hacking and creating possibility of alternative. It is to di er and defer when escape becomes a line of ight, signifying a process rather than a de nitive and singular act. ESCAPE from the SEA is our attitude for the present world. Most of Southeast Asian countries and Japanese provincesare surrounded by the sea. The sea is sometimes used as the protection wall from the outside world, but on the other hand we sometimes feel agonized due to the sea. It is not necessary to consider the sea as an adversary, but neither do we a rm the sea as a blessing. We should keep certain distance from the sea as the creative attitude of ESCAPE. ESCAPE not only means getting away, but also means becoming wild (wilderization). In the civilized and continuing disembodied society, can wilderization (making wild) make alternative routes? We would like to start this project from reading ESCAPE”as ‘Wilderization’. It is not about getting away, but getting wild in the city. Let’s hack the system and nd alternative (detour) routes with our own body. And survive by our creativity. This act must become the poetic political action. Let’s ESCAPE (Wilderizing!) with the physical/political and imaginary/ poet- ic action. And survive in the dualistic world of conceptual and physical intertwinements.

Catalina Africa [APW] Aoyama Satoru [NVAG]

(Japan)

Au Sow Yee [NVAG] (Malaysia)

Adam David [Online]

(Philippines)

Han Ishu [NVAG]

(Japan)

Ismal Muntaha [NVAG] (Indonesia)

Jeffrey Lim [APW/NVAG] (Malaysia)

Pangrok Sulap [APW/NVAG] (Malaysia)

Roslisham Ismail aka Ise (NVAG) (Malaysia)

Shitamichi Motoyuki [APW/NVAG]

(Japan)

Mark Teh [APW]

(Malaysia)

Tita Salina [APW] (Indonesia)

Yang02+Ishige Kenta [NVAG]

(Japan)

Zai Kuning [APW]

(Singapore)

9


1

2

4

3

5

6

1. Details on ISE fabolous installation entitled ‘chronological’. / 2. Enjoy this cinema-look experiences with the fascinating video presentation. / 3. View in the gallery. / 4. Details on Pangkrop Sulap’s artwork entitied ‘Sabah Tanah Air-Ku’. / 5. Series of images by Shitamichi Motoyuki. / 6. Nice and energetic installation by yang 02 + ISHIGE entitled ‘Cargo Cult’, come and see this fine artwork at the NVAG.

10


11


ARTIKEL ARTICLE

PEMETAAN : Ke Arah Memetakan Koleksi Premier Negara | BAKTIAR NAIM

BSN adalah sebuah institusi seni yang terawal di Asia. Koleksinya adalah cerminan perkembangan dan kemajuan seni lukis moden di Malaysia. Koleksi karya seni moden di Malaysia yang terawal adalah tunjang kekuatan Himpunan Tetap ini. Bahkan ia bukan sahaja di kumpul, dipelihara dan dipamerkan malah karya- karya ini telah melalui proses kritik, ulasan, dan menjadi pilihan ahli sejarah seni, para akademik, kurator, dan penulis untuk membicarakan tentangnya dalam bahan penerbitan akademik dan popular. Oleh yang demikian, karya-karya yang di anggap ‘ikonik’ dan lumrah kepada seni moden di Malaysia berada dalam Himpunan Tetap BSVN1. Penilaian terhadap Koleksi Seni Negara (atau Himpunan Tetap BSN), sering menjadi persoalan banyak pihak. Terutamanya, berkaitan dengan halatuju, kriteria, dan perolehan. Selain, fungsi Balai sebagai sebuah institusi awam yang bertindak sebagai badan pemegang amanah dan mandat rakyat serta dipertanggungjawabkan untuk menjaga warisan khazanah seni lukis di Malaysia. Dan, apakah pula strategi dalam pemantapan ‘isi kandungannya’ (aktiviti pameran dan lain-lain program) selain objektif

12


sebagai satu tarikan destinasi persinggahan pelancong dalam dan luar negara. Kajian khalayak/ pengunjung yang melawat ke Balai, menyasarkan beberapa bentuk permintaan. Bagi pengunjung tempatan yang terdiri dari pelbagai peringkat umur, jantina dan bangsa menyarankan variasi bentuk-bentuk pameran seperti solo, retrospektif, berkumpulan dan program/artis/ acara antarabangsa. Bagi di peringkat pertengahan khususnya pencinta seni visual, indikasi permintaan terhadap pameran antarabangsa, pelukis muda terutama pameran/ acara seni kontemporari adalah tinggi. Sebaliknya, pengunjung luar negara lebih menginginkan untuk melihat pameran atau Koleksi Himpunan Tetap, karya pelukis tempatan karya atau masterpiece Malaysia terutama koleksi moden dan kontemporari. Pengunjung tempatan terutama kelompok dan peminat seni lukis mempunyai stigma iaitu sebuah ‘tempat yang membosankan’ jika sebuah muzium mempamerkan sebuah pameran tetap dalam satu tempoh yang panjang. Tetapi, berbeza bagi pengunjung antarabangsa, lebih

menginginkan satu infomatif tentang sejarah seni lukis, sejarah bangsa, perkembangannya, naratifnya, pengaruhnya dan masterpiece-nya. Permintaan-permintaan sebegini sering menimbulkan persoalan kepada kurator dan pentadbirnya memikirkan tentang strategi program dan pameran yang mampu menarik kepelbagaian pengunjung dari dalam dan luar negara. Kekuatan Koleksi Seni Visual Negara yang diperolehi sejak tahun 1958 sehingga kini, mencecah angka ribuan kuantiti dalam pelbagai jangka waktu, generasi pelukis, pengkelasan karya, dan koleksi antarabangsa. Himpunan Tetap yang terkumpul telah mencecah ribuan karya, memenuhi ruang repositori, memapankan inventori dan mengarkibkan ‘history’. Koleksi Negara ini merangkumi karya koleksi seni yang dianggap ‘ikonik’ dalam pensejarahan seni lukis moden ( 50an-70an), pasca moden (80an -90an) dan kontemporari (2000)di Malaysia. Ia dinilai menurut mitos sejarahwan seni yang membina satu naratif mengikut acuan dan kerangka pemahaman mereka.

Persoalannya, bagaimana koleksi ini dapat di tonton oleh rakyat secara total dalam melaksanakan programprogram berkaitan pameran. Idea tentang melaksanakan sebuah Muzium Seni Superstar dengan Koleksi Seni Premier menyarankan lapan matlamat di antaranya; (i) BSVN sebagai sumber utama seni visual di Malaysia, (ii)koleksi nya mampu mempersembahkan kisahkisah seni visual, (vi)venue wajib dikunjung dikalangan pelawat, pelancong dan peminat seni tempatan dan antarabangsa dan seterusnya meningkatkan jumlah pengunjung, (vii) memberikan nilai pulangan kepada pelawat dengan mengenakan yuran masuk kepada pelawat dan (vii) meningkatkan motivasi dan daya penggalak untuk pelawat datang dengan ramai dan lebih kerap ke BSVN2. Sewaktu di Hotel Majestik dalam tahun 1984, dibawah pentadbiran Datuk Syed Ahmad Jamal, pameran koleksi tetap telah dipamerkan mengikut pensejarahan moden dan pengkelasan karya daripada ‘zaman’ abstrak expresionis (5060an) sehingga ke‘zaman’ mencari identiti tempatan yang multiracial dan kompleks (lewat 80an) dan juga

13


ARTIKEL ARTICLE Persoalannya, bagaimanakah strategi jika ‘pameran’ berbentuk sejarah/ naratif ini hendak dikekalkan dalam tempoh yang panjang, Balai mula mengenakan tiket bagi pelawat luar negara dan fi yang minimal bagi warga Malaysia seperti diaplikasikan di Muzium Negara, bagaimana penjagaan koleksi dan kaedah preventif dan kuratif konservasi, dan apa pula tarikan kepada peminat seni kontemporari? Apakah pula cadangan bagi memastikan karya-karya yang tidak berada dalam naratif tersebut turut sama mendapat peluang berpameran dalam tema tertentu dan sebagainya? Adakah ruang bangunan Balai cukup besar bagi memaparkan keseluruhannya? seperti muziummuzium seni di Eropah atau paling dekat iaitu jiran kita, NGS.

dapat memberikan kejutan dengan membawa pameran seni blockbuster seperti Robert Rauschenbergs(1990) dan pameran berkumpulan kelompok pelukis dari Negara ASEAN. Himpunan Tetap ini pada asasnya disusun mengikut tarikh daripada tingkat 1 kepada tingkat 3 supaya pelawat –pelawat dapat menyaksikan perkembangan seni lukis Malaysia dari awal hingga ke karya yang terbaharu3. Dan, beberapa penerbitan BSVN yang menekankan tentang pensejarahan seni Malaysia mengikut kronologi dan sejarah sosial negara. Seperti Vision and Idea (1994), Rupa Malaysia (2000), Masterpieces from The National Visual Arts Gallery (2002) dan Susurmasa/ Timelines (2008). Cadangan menganjurkan sebuah pameran tetap dalam durasi yang panjang ( tempoh setahun hingga ke lima tahun) sebagai refleksi kepada perkembangan seni yang lepas, masakini dan akan datang. Ianya bukan sahaja datang daripada dalaman tetapi oleh mantan/ bekas mereka yang pernah berkhidmat dan menerajui Balai. Kepentingan untuk Himpunan Tetap di tonjolkan untuk digunakan sebagai alat pendidikan

14

supaya pengunjung memahami sejarah dan perkembangan seni Malaysia4 dan pameran Susurmasa merupakan pameran yang terbesar setakat ini yang memaparkan lukisan-lukisan dari Himpunan Tetap....katalog (susurmasa) tersebut menjadi dokumentasi ringkas sejarah seni di negara ini, malah digunakan sebagai teks yang ditetapkan dalam kebanyakan sekolah dan kolej5. Cadangan dan pelbagai permintaan oleh ‘orang awam’ dan kementerian adalah satu dilemma bagi melaksanakannya untuk memuaskan pelbagai hati semua pihak.

Tan Sei Hon, bekas kurator BSN telah mencadangkan idea mengenai pameran tetap yang memaparkan naratif sejarah seni moden dan perkembangan seni kontemporari dalam online article “A Call for research and the case for the setting up of Malaysia’s National Art Collection on Permanent Display As A Narrative of The Nation’s Modern History and Contemporary Development”. Dalam artikel ini beliau menyarankan tiga buah galeri utama iaitu Galeri 1A, Galeri 2A, dan Galeri 3A mempamerkan koleksi Himpunan Tetap mengikut kronologi sebagai refleksi kepada perkembangan sejarah negara, socio-budaya,realiti politik, cabaran


dan reaksi selain signifikan artis dan perkembangan kumpulan seni yang juga turut mengambil peranan dalam perkembangan sejarah seni dan budaya. Galeri 1A (koleksi dari 1890 – 1950-an), Galeri 2A (1957 – 1980-an) dan Galeri 3A (1980-an – 2000). Jika cadangan ini direalisasikan, hanya tinggal tiga ruang galeri yang berskala kecil dan sederhana(Galeri Reka ke Galeri 3B). Bagaimana tiga ruang yang tertinggal ini dapat memenuhi permintaan proposal ratusan artis muda/veteran/ master yang menginginkan pameran solo, retrospektif, pameran berkumpulan dan sebagainya? Sebagai contoh Centre George Pompidou, Perancis di antara muzium seni superstar yang memaperkan koleksi moden

tarikan pelancong asing, pelajar seni selain menjadi satu kebanggaan dan trademark kepada museum mereka. Pada tahun ini, pameran Pemetaan (Mapping), Sejarah Seni Moden Malaysia turut mengikuti konsep Muzium Seni Superstar di atas perbincangan pihak kuratorial dalaman. Iaitu dengan mempamerkan koleksi himpunan tetap mengikut periodikal dari (abad ke 18 sehingga 1970-an) selain menghubungkaitkan dengan sejarah, bangsa, politik, identiti negara dan juga reaksi terhadap perkembangan seni secara universal. Pameran ini dapat menarik ramai pihak berkunjung ke Balai, daripada pelbagai lapisan masyarakat seperti para pelajar sekolah, mahasiswa

Meningkatkan rasa cinta dan kagum terhadap karya seni dan keupayaan pelukis tempatan (4) Memastikan setiap rakyat dapat menikmati Koleksi Seni Visual Negara dan memperkembangkan jaringan nikmat tersebut dengan rakyat yang lain menerusi verbal dan sosial media. Esei ini ditulis,di atas reaksi pelbagai oleh pengunjung yang membuat pelbagai komen menerusi perbualan menerusi pertemuan dan sosial media mengenai Pameran Pemetaan. Tanggapan positif dan negatif di ambil sebagai satu ‘guidelines’ walau bagaimanapun setiap kuratorial yang terlibat sentiasa memastikan bertanggungjawap diatas apa sahaja yang dipamerkan mengikut aturan institusi. Semuga usaha memajukan institusi, menebar luas seni, akan berterusan.

Rujukan

dan kontemporari mempunyai ruang koleksi tetap dan turut mempunyai dua ruang galeri yang lain yang mempamerkan pameran secara berkala iaitu pameran kontemporari, solo dan retrospektif. Seolaholah, kuratornya hanya membuat penyelidikan dalam tempoh yang panjang, mempunyai geran yang besar bagi memastikan pameran berkala yang akan memberikan impak dan pulangan pendapatan kepada muzium mereka manakala pameran kekal turut menguntungkan daripada hasil jualan tiket sebagai

universiti, guru-guru, pensyarah, ahli sejarah, kurator, penyelidik, pelancong dan artis untuk melihat kembali ‘sejarah’ dan Koleksi Seni Visual Negara. Ternyata, pameran naratif sebegini, mempunyai nilai tarikan yang kuat untuk (1) menerapkan pengetahuan dalam pedagogi seni kepada rakyat umum bagi meminati seni dan mewujudkan budaya berkunjung ke muzium (museum culture) (2) mempromosikan dan menyebar luas ‘karya ikonik’ sebagai imaginasi umum melalui media dan diskusi (3)

1.

Ameruddin Ahmad (2009) Menilai Semula Koleksi Himpunan Tetap,Inventori Koleksi Himpunan Warisan Tetap Seni Visual 2004-2009, BSVN.

2.

Amerrudin Ahmad, (2015) Kertas Kerja Rancangan 10 Tahun Koleksi Seni Visual LPSVN 2016-2025. Unpublished.

3.

Phamplet Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur (1984).

4.

Rahel Joseph (2016) Infrastruktur, Wawancara dengan Pengarah, Wairah Marzuki, Roqueart.

5.

Rahel Joseph (2016) Infrastruktur, Wawancara dengan Pengarah, Prof Dato Mohammed Najib Ahmad Dawa, Roqueart.

6.

Tan Sei Hon (2015) A Call for research and the case for the setting up of Malaysia’s National Art Collection on Permanent Display As A Narrative of The Nation’s Modern History and Contemporary Development, online article.

15


ARTIKEL ARTICLE

Pameran Bergerak, Fungsi dan Faedah Kepada Semua

PENGENALAN Koleksi Seni Visual Negara adalah khazanah dan aset terpenting negara dalam mendokumentasikan sejarah seni lukis tanah air dan perkembangannya sehingga masakini. Untuk melihat koleksi - koleksi ini, pengunjung perlu mengunjungi Balai Seni Visual Negara (BSVN) yang terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Ataupun melalui buku - buku penerbitan dan melayar laman sesawang yang memaparkan imej koleksi - koleksi ini. Secara teorinya, melihat di dalam buku atau laman sesawang tidak sama dengan pengalaman melihatnya secara fizikal. Usaha merakyatkan seni, telah lama disemai melalui pelbagai program kesenian dan kebudayaan. Sama ada meraikan ‘low art’ atau ‘high art’ dikesemua peringkat. BSVN

16

dengan mandat yang diberikan telah menjalankan usaha-usaha ke arah pembangunan intelektual masyarakat kepada pintar seni. Namun, apresiasi dan mewujudkan budaya mengunjungi pameran (exhibition culture) di galeri atau muzium seni masih lagi ditakuk biasa. Apakah faktor dan daya impak untuk menarik audian melihat khazanah ini? Atau pameran yang bagaimana, perlu dianjurkan kepada audian? Persoalan - persoalan ini bukanlah baharu dalam usaha menilai semula pameran dan objektif serta kualiti malahan kajian terhadap khalayak. Walaupun tiada bayaran masuk dan percuma, kuantiti pelawat masih lagi diparas sederhana. Kaji Selidik pembangunan khalayak, serba sedikit mendapati kedatangan audian di majlis perasmian menjadi trofi kepada kejayaan sesebuah pameran dan program. Namun, selepas itu

peratusan pelawat tempatan mula menurun dan menaik. Ia mengikut musim perayaan seperti cuti sekolah, cuti umum dan sebagainya. Sebaiknya, untuk mengimbanginya perlu ada program sokongan yang selari dengan masa pameran. Seperti bicara seni, bengkel, lawatan berpandu oleh kurator dan sebagainya. Kajian mendapati pelancong/ penyelidik luar negara yang berkunjung ke sini ingin melihat karya - karya ikonik, artis superstar, bersejarah, masterpiece Negara. Namun, karya - karya ini dipamerkan mengikut pameran berkala yang mengikut tematik setiap tahun. Dimanakah karya ini dan di mana boleh dinikmati? Bagaimana pula rakyat di negeri - negeri yang tidak pernah dan berpeluang untuk ke ibu negara mengunjungi kami.


PAMERAN BERGERAK Salah satu usaha bagi memberi pendidikan dan ‘rasasama’ agar Koleksi Seni Visual Negara ini boleh dinikmati kepada khalayak di setiap negeri adalah dengan menjalankan pameran atau program bergerak. Walau bagaimanapun, inisiatif ini sangat berisiko mengundang perkara seperti kecurian karya, kemalangan karya dan sebagainya. Oleh itu, usaha berkolaborasi dengan institusiinstitusi di negeri-negeri menjadikan ‘harapan’ sebagai ‘kenyataan’. Agar keselamatan karya dapat diserahkan kepada ‘penjaga sementara’ iaitu institusi yang menempatkan ruang pameran. Disebaliknya usaha murni ini, membawa dan mempamerkan karya asli adalah sangat sukar, ia melibatkan proses kelulusan pelbagai pihak termasuk daripada aspek keselamatan koleksi, kelulusan konservator, keselamatan lokasi pameran, perjanjian di antara dua pihak, kelulusan Ketua Pengarah malahan Menteri jika melibatkan karya yang di wartakan sebagai Koleksi Warisan Kebangsaan.

Kolaborasi di antara institusi ini akan menyakin bahawa tanggungjawab yang berat ini akan dipikul sama oleh agensi lain. Sebagai contoh, sebuah pameran fotografi bergerak dinamakan Pameran “Mnemonic Capturing Menawan Memori” dikurasikan oleh kurator daripada dua institusi iaitu BSVN dan Yayasan Warisan Johor. Ia bertujuan mendidik audien mengikut peringkat umur untuk melihat narasi karya seni fotografi dan perkembangannya. Lokasi pameran bertempat di Galeri Seni Johor, Johor Bahru. Kolaborasi adalah kerjasama dua pihak atau lebih dalam ertikata persetujuan dalam pelbagai aspek yang di akui bersama seperti bajet pameran, gerak kerja, tajuk pameran, karya dan sebagainya. Di dalam pameran ini, sebahagian adalah pemilikan koleksi Muzium DiRaja Abu Bakar dan Yayasan Kesenian Johor di mana mempamerkan fotograf dari era Kesultanan Johor, tokoh tanah air, landskap dan aktiviti masyarakat. Manakala, koleksi BSVN dengan membawa karya - karya asli daripada seniman fotografi moden dan kontemporari sebagai memberikan inspirasi kepada audian tentang siapa mereka, bagaimana karya mereka, statement dan konsep karya, apa sumbangan mereka, dan sebagainya. Pameran bergerak boleh dipakejkan dalam tematik yang tertentu dan

menetapkan tema untuk di selari dengan audien setempat. Kajian masyarakat dan ‘audience need’s perlu diambil perhatian agar pameran yang dihasil menarik audian yang berminat dan baru ingin mengambil tahu tentang seni. Fungsi kurator adalah jambatan yang menghubungkan karya seni kepada masyarakat melalui kaedah pameran. Selain membantu audian dengan nota kurator, bengkel, bicara seni dan sebagainya. RUMUSAN Pameran bergerak sebegini, akan memberikan peluang kepada rakyat di negeri yang tidak dapat menikmatinya di premis BSVN. Ianya satu kaedah yang boleh dipraktikan - dipraktikan. Walau bagaimanapun, usaha ini bergantungkan kepada peruntukan dan kelulusan. Ini adalah usaha mengembangkan pameran dan praktik kurator berfungsi dalam mengerakkan pengetahuan dan praktik kuratorial. Walau bagaimanapun, ianya terbatas oleh perkara - perkara asas seperti bajet, kelulusan, teNVAGa kerja dan jaminan. Inisiatif ini bertujuan mendekatkan dan mengembangkan apresiasi masyarakat dengan budaya mengunjungi galeri atau muzium. Inisiatif ini akan memberikan faedah - faedah kepada semua pihak.

17


ARTIS ARTIST

ORKIBAL

It was in 2012 when I first met ‘Ork’, a stout and bubbly persona with an artistic style I can describe as a ‘in your face’ if I had to describe it in just one expression. I was in a project team for installing a Honda Goes Green mural in KLCC. Many hours went into researching the right art style/ artist to fit the theme and site. Ork was a clear winner (along with 2 other artists on the project, Donald Abraham and Ajim Juxta). His work popped like a thousand balloons letting loose at the same time. On one hand, they are simple, clean, modern and pleasing to the eyes. Yet on the other hand, the colors will arguably hurt your eyes, there is an

18

unmissable angst in his characters’ emotion and the composition, it will kill you if you are a neat freak, because it’s busier than the LRT that goes into KL city during morning rush hour. It is exactly this irony and odd combination that makes his work unforgettable and public-worthy, in my opinion. Almost everyone likes them. Later, we became friends & often met and chatted about life and work. I soon learned that his given name was Azhar Osman, but he prefer to go by his characters’ name, Orkibal, a life-long ‘project’ he has dedicated to crafting. He and his work appealed

| CHRISTINE NGH

to the unorthodox side of me as I reflect upon my own career journey and mindset shift not too long ago that brought me to what I was doing. Our chemistries and the conditions were good so we went on to work together on a wide variety of projects from then onward, ranging from art jamming, workshops, thematic art fair, public appearances, community art project, silk-screen t-shirt making, plush toy design and more mural projects. By definition, he is first and foremost a character designer; one that pushes the boundaries quite a bit, taking his own initiative to learn about different


forms of expressions, from graffiti, graphic design, animation, painting to creating art installations. His consistent style and performance since year 2000, after dropping out of college, led him to opportunities for numerous public appearance gigs, group art exhibitions and high profile corporate marketing projects. The earliest being various activities he took part in as a young artists with a Singapore-based new genre art collective ARTVSTS (along with Zero, thekillergerbil, 1.2delta, Phuek, Maestro, Lilpinkdevil), and the most recent one being the Mercedes Benz’s nationwide roadshow where his characters was printed on a brand new car on tour (along with fellow artists Fritilldea and Donald Abraham) and was used as animation for the dance floor. Winding back to the earlier stage of his career, Ork’s hopped on to the graffiti bandwagon before it was even a thing in KL at around year 2005. For the love of learning new techniques to showcase his design, he tags long with the SWS (Sembur with Style) whose main crew members included Shieko (currently known as Shieka, the artists who is now also a well-known transgender activist), Drew Funk (who have since moved to Australia to study and work, and eventually made a name for himself in the Melbourne’s street art scene), Sona (who have since transitioned himself into

rap music career, currently signed under Kartel Records) and a lower profile Iwaz. They were among the earliest graffiti crew in Malaysia back. His graffiti and computer graphic style quickly caught the attention of many marketers even at this early stage of his career, which opened him up to big collaboration work with renown brand names such as F&N (along with Shieka on a nationwide doodle art tour), Toyota, Apple and U Mobile. Ork’s consistent design style started very young. It’s not just a reflection of his personal outlook in life and also a testament to his character. Just to wind back a little bit more, Ork grew up in Sg Besi air force base quarters with little to occupy himself with, coupled with being relatively poor, he turned to drawing as a place he seek solace in. In his adolescences years, he discovered Dragon Ball which inspired him to develop his own unique style. Later in his young adult years, he studied the success of the Hello Kitty phenomenon and how Takashi Murakami fuses art with commercial success. All this fuelled his motivation to keep doing what he does, keep getting better at it and on the lookout for new opportunities. While it’s not easy to balance his artist venture with his full time job

as an animator (with home-grown animation house Motio Fixio), a family man with 3 kids, being a dedicated foodie and a movie buff. Ork makes it up by sleeping very little most of the time and putting up with a lot of deadlines simultaneously. I can see that his has a clear vision that drives him and guides him – Orkibal travels the world and living life passionately. They say success comes to those who wait. I say for sure. Though we have our ups and downs all this time, I’m glad to have found a comrade in him and I pray for bigger things to come his way.

ABOUT CHRISTINE NGH Once a corporate citizen who made a total career switch into a full time art project maNVAGer in 2010 upon seeing the potential of linking corporates with the art phenomenon that was starting to gain mainstream attention at that point of time. She had the chance to work on many iconic projects, majority of it related to street art, namely DBKL’s Kul Sign Festival, #TanahAirKu street art installations, nationwide mural & music projects in schools and competitions for art schools. On a personal level, she is a serious person who sometimes has an uncontrollable silly side to balance it all, who loves making ideas happen and connecting with like-minded people.

19


ARTIS ARTIST

POSTMODERNIS ME : KECENDERUNGAN PASCAMODENISME DALAM | ISSAREZAL ISMAIL

I. PENDAHULUAN Melihat pada perkembangan wacana seni visual kontemporari di Malaysia yang penuh dengan keanekaragamannya sejak beberapa dekad yang lampau, secara sedar mahupun tidak telah membuka sejumlah ruang bagi setiap orang untuk terlibat di dalamnya, baik secara ilmiah mahupun secara praktis. Dilihat sebagai satu kecenderungan yang memiliki paradigmanya yang tersendiri, yang dalam hal ini sering diidentifikasi dengan aliran pascamodenisme, ia bukan sahaja menjadi strategi bagi seniman menyampaikan atau berkomunikasi melalui karya yang diciptakannya tetapi juga sebagai kategorisasi karya itu sendiri sebagai penanda yang dapat dibandingkan dengan kecenderungankecenderungan seni visual yang masih hidup dan berjalan dalam praktis seni visual pada masa kini. Tulisan singkat ini tidak bertujuan untuk menghuraikan secara panjang lebar tentang aspekaspek konseptual dari paradigma pascamodenisme. Akan tetapi, ia akan mencuba secara sederhana untuk menjelaskan hal tersebut ketika mendekati dan memahami

20

KARYA HARIS ABADI ABD RAHIM


karya-karya yang dihasilkan oleh Haris Abadi Abd Rahim (b. 1982), seorang seniman seni media baru yang semakin mendapat tempat dan layak diberi perhatian yang sewajarnya ketika ini.

II. KECENDERUNGAN PASCAMODENISME DALAM SENI VISUAL KONTEMPORARI Sebagai satu istilah, pascamodenisme sering dikatakan sebagai satu gerakan, gaya, ideologi, kecenderungan, kaedah, cara hidup dan keyakinankeyakinan yang merujuk pada pluralisme, dekonstruksionisme, multikulturalisme, pascakolonialisme dan feminisme. Namun demikian, dalam konteks seni visual kontemporari, pengertian tersebut dapat dikembangkan menjadi satu kefahaman yang menyeluruh ketika ia disetentangkan dengan modenisme itu sendiri. Sebagaimana yang pernah dijelaskan oleh Barrett (1994) melalui Acep Iwan Saidi (2008: 21) bahawa seni visual yang memiliki kecenderungan pascamodenisme adalah seni visual yang dapat dibezakan dengan seni rupa dalam paradigma modenisme. Secara sederhana perbandingan tersebut dapat digambarkan seperti di bawah ini.

III. KECENDERUNGAN PASCAMODENISME DALAM KARYA HARIS ABADI ABD RAHIM

pertandingan dan juga pameran. Salah satu kecenderungan pascamodenisme yang tampak jelas dari karyanya adalah meminjam masa lalu untuk konteks baru. Bentuk-bentuk pinjaman ini pada umumnya berasal dari unsur-unsur kebudayaannya seperti sejarah (penjajahan Jepun), kesenian tradisional (wayang kulit), seni modern (karya seni) , teks agama (peristiwa keagamaan dan bahasa) dan lain-lain. Antara karya beliau yang tergolong dalam kelompok ini adalah “Pohon I” (2011), “Invade” (2011), “The Stages” (2008) dan “Read The Wingdings” (2010) dan “Yati With Ipad” (2013). Walaupun karya-karya tersebut memiliki ciri khasnya masing-masing namun satu hal yang mempersatukan kesemua karya tersebut adalah

tentang bagaimana teknologi informasi dan komunikasi memberi pengaruh terhadap kehidupan dan nilai-nilai budaya yang tumbuh dan hidup dalam masyarakat kontemporari. Di sini, sejarah, kesenian tradisional, kesenian modern serta teks agama diangkat sebagai alegori bagi menyajikan realiti sosial budaya yang sedang terjadi. Pada masa yang sama, bentuk-bentuk pinjaman masa lalu ini juga merefleksikan secara tidak langsung beberapa ciri-ciri daripada paradigma pascamodenisme yang lainnya seperti ‘merakyat’ dan kesedaran yang kuat terhadap budaya lokal atau tradisi. Orientasi tema dan medium yang lebih bebas juga tampak jelas menjadi sebahagian karyanya. Khususnya berkenaan dengan penggunaan medium, Haris Abadi memperlihatkan keanekaragaman secara bebas dalam mengekspresikan gagasannya melalui medium yang beliau gunakan seperti yang dapat dilihat pada karya “Memory Space No. 1” (2014), Techno, “Grounded” (2010), “Your Axis Mundi?” (2010) dan “Kalau Tiada Angin, Masakan Pokok Bergoyang?” (2011). Keanekaragaman yang secara bebas diekspresikan itu dapat secara sederhana dikelompokkan kepada empat medium iaitu objek jumpaan, cetakan digital, layar digital dan 3D Projection Mapping.

Sebagai seorang ahli akademik sekaligus seorang seniman sudah tentu Haris Abadi diperhadapkan dengan pelbagai tuntutan, baik secara individual mahupun sosial khususnya tentang mencari keselarasan antara pencapaian akademik dan pencapaiannya dalam bidang praktis (studio). Hampir sedekad bergelumang dengan praktis seni visual kontemporari, perkembangan serta perjalanan berkeseniannya nampaknya memperlihatkan satu bentuk kemajuan. Karyanya telah menjelajah ke pelbagai galeri, baik di dalam negara mahupun di luar negara. Pencapaiannya dalam ranah seni visual kontemporari juga kerapkali diiktiraf melalui beberapa

21


ARTIS ARTIST

rekabentuk iklan hadapan sebuah kedai 7-11 yang secara jelas identik dengan produk dari kebudayaan moden yang mampu memenuhi keperluan hidup masyarakatnya. Dengan menggunakan strategi alegori yang menjadi senjata utama berkeseniannya, inspirasi dari budaya popular itu diapropriasikan kepada kritik beliau terhadap situasi seni visual sezaman di Malaysia yang mana menurutnya cenderung mengarah pada kepatuhan untuk memenuhi tuntutan kehendak pasaran seni.

IV. KESIMPULAN

Meskipun memiliki sikap yang bebas menggunakan medium, namun pada dasarnya medium teknologi khususnya komputer memainkan peranan yang utama, baik sebagai alat mahupun teknik sehingga pada

akhirnya mengendong makna dari nilai-nilai sosial budaya yang ingin disampaikan. Sikap bebas yang diperlihatkannya itu pada akhirnya juga mencerminkan beberapa ciri lain dari paradigma pascamodenisme seperti sikap kritis dan skeptis pada kesenian dan zaman serta karya yang lebih ‘terbuka’ atau kontekstual karya. Namun sejak akhir-akhir ini, karya Haris Abadi tampaknya memperlihatkan kecenderungan dalam memperlihatkan keprihatian terhadap realiti dan pengalaman keseharian. Beliau tidak lagi

22

memandang dari sudut yang luas seperti sebelumnya, tetapi memilih untuk mengintrospeksi kehidupannya sendiri sebagai sebahagian dari satu kesatuan kehidupan sosial yang lebih luas. Peralihan kepada kehidupan berumatangga telah merangsang pemikiran serta mengarah fokusnya dalam menanggapi realiti kehidupan sehari-hari. Hal sedemikian misalnya, diekspresikan beliau melalui karya “Cosmic Playground” (2015) dan “Questing for Digital Nirvana” (2012). Pengalaman keseharian beliau sebagai seorang pensyarah seni media baru dan sebagai seorang bapa kepada dua orang anak kecil membuka horizon penglihatannya tentang bagaimana pengalaman keseharian yang kadangkala dianggap remeh seperti taman permainan kanak-kanak serta keasyikan melayari lautan informasi mampu mewujudkan gagasan dan bentuk karya yang memiliki makna sosial dan budaya yang lebih luas. Akhirnya, melalui karya “The Factory” (2013) yang pernah dipamerkan dalam pameran Young Malaysian Artists-Young New Objection II di Galeri Petronas, Haris Abadi memperlihatkan satu kecenderungannya yang banyak menimba dari budaya popular. Karya ini diinspirasikan dari

Demikianlah tulisan ringkas ini membentangkan tentang kecenderungan paradigma pascamodenisme dengan melihat kesejajarannya dengan karyakarya yang pernah dihasilkan oleh Haris Abadi Abd Rahim. Meskipun dijelaskan secara sederhana tetapi ia diharapkan dapat memberi gambaran (walaupun secara fragmentaris) berkenaan dengan kecenderungan pascamodenisme yang diekspresikan ke dalam karya-karya seniman seni visual kontemporari secara umumnya dan seniman seni media baru khususnya. Semoga bermanfaat untuk semua.


23


GALERI GALLERY

INSPIRASI SENI MALAYSIA

| INTAN RAFIZA

Berinspirasi dari urbanisasi dan seni bina lestari yang kini telah di buka untuk kunjungan orang awam. Mempunyai 53 tingkat ruang bangunan dan seni bina yang elegen dari Foster + partners ini menjadi salah satu ikon di Malaysia yang menggabungkan inspirasi diantara seni bina dan juga seni visual. Rekaan bangunan pencakar langit yang dinamik dan bercirikan mesra alam (green building), ILHAM turut menyediakan ruang galeri dalam menyokong pembangunan dan perkembangan seni visual Malaysia. Menara ILHAM yang terletak di Jalan Binjai, Ampang yang mana perletakkan di tengah bandaraya Kuala Lumpur ini memudahkan akses untuk datang ke sini. Seni adalah cerminan masyarakat dan pendorong pembentukan sesebuah negara yang bertamadun. Dalam usaha dan mendokong usaha-usaha ke arah perkembangan, pemahaman serta penghayatan seni moden dan kontemporari Malaysia, ILHAM telah menyediakan satu galeri yang dibuka kepada orang awam. Pameran ‘Menggambar Negara’ sedang berlangsung adalah pameran pertama di galeri ILHAM yang telah dibuka pada 15 Ogos yang lepas sehingga Disember 2015. Pameran yang memaparkan karya-karya Dato Hoessein Enas dari koleksi peribadinya menjadi satu permulaan yang penting dalam berkongsi pengalaman dan pensejarahan seni Malaysia.

24


Dato Hoessein Enas, seorang pengkarya seni yang bukan sekadar pelukis potret turut memainkan peranan yang penting dalam perkembangan seni visual negara dan pengasas Kesatuan Angkatan Pelukis Semenanjung (APS). Dalam memperingati, mengenang jasa dan berkongsi infomasi sejarah seni dengan masyarakat khususnya generasi muda, pameran ini mempamerkan lakaran-lakaran awal pelukis, lukisan-lukisan simpanan peribadi beliau, dan juga ruang studio pelukis yang di bina semula. Alunan muzik yang di ambil dari koleksi peribadi Dato Hoessein Enas, pelawat diajak melihat ruang berkerja pelukis yang di iringi muzik kegemaran beliau. Dengan karya-karya seni yang berinspirasikan keluarga, masyarakat setempat, aktiviti sosial dan refleksi isu semasa, kurator pameran ; Valentine Willie memberi satu perspektif baru dalam pameran yang memperlihatkan bagaimana pelukis berada dalam posisi mencari identiti diri dari cerminan masyarakat dan negara dengan membawa visi seni dalam makna yang lebih besar. Bermula dari perjalanan hidup pelukis yang datang ke Tanah Melayu pada 1947 ketika zaman revolusi indonesia, pengorbanan dan hubungan diri dengan keluarga dan seni sehinggalah meletakkan posisi dalam pergerakan seni Malaysia pada masa itu adalah diantara titik permulaan perjalanan seni beliau di sini. Selain daripada itu juga, Menggambar Negara turut mempamerkan karyakarya seni kontemporari tempatan dari Yee I Lan, Ahmad Zaki Anwar, Dain Iskandar Said dan juga Vincent Leong. Karya terkini ini, adalah

satu inspirasi baru dari generasi yang berbeza dan menggunakan pendekatan juga media baru yang berbeza dalam menyuarakan dan merakam makna Menggambar Negara dari posisi bangsa Malaysia. Bukan sahaja menyediakan ruang untuk berpameran, ILHAM turut menyediakan aktiviti dan program sokongan kepada pelawat dan pencinta seni dalam usaha memahami dan mendidik generasi baru untuk mendekati dan mengenali seni visual tempatan dan juga

antarabangsa. Program bengkel, bicara seni, pertunjukkan seni dan muzik turut disediakan dan dirancang sepanjang tahun. Dari seni bina Menara ILHAM ke ruang galeri, arca awam yang berada di ruang lanskap bangunan turut memberikan signifikan yang penting dalam konteks menghubungkan seni bina dan seni visual di ruang awam. Dua karya arca awam dari

pengkarya antarabangsa yang mana latar belakang pengkarya masingmasing adalah berhubungan dengan tema kemanusiaan dan merespon hal-hal isu semasa turut dipamerkan di ruang legar ILHAM. Untuk pertama kalinya karya Ai Weiwei ‘Divine Propotione (2015)’ telah dibawa ke Malaysia yang mana ianya adalah karya pertama arca awam yang dipamerkan di Asia Tenggara. Manakala satu lagi arca awam dari pengkarya perempuan Pinaree Sanpintak yang bertajuk ‘Brest Stupa’ inspirasi dan eksplorasi dari tubuh

wanita dan bentuk stupa kini berada di ILHAM. Karya karya seni yang dipamerkan di ILHAM bukan sajaha dilihat untuk keindahan estetik dan rupa, tetapi ILHAM turut mengajak masyarakat peduli hubungan kritikan sosial terkini dan bagaimana ianya berhubung dengan seni itu sendiri. Sejajar dengan tujuan penubuhan ILHAM yang mengajak pembabitan orang awam dalam menjadi sumber dan wadah seni yang berinspirasikan seni Malaysia dalam konteks serantau dan antarabangsa. Melalui pendekatan dan perancangan yang kini sedang diusahakan, semoga ILHAM yang dilihat sebagai satu inspirasi baharu di Malaysia mendapat sokongan dari orang awam dalam menjadikan seni visual sebagai pengalaman baharu yang penting dalam membentuk perkembangan seni untuk generasi masa hadapan.

25


ARTIKEL ARTICLE

MENELITI ANJAKAN

MUZIUM SENI ANTARABANGSA | M HAZRIN MOKTAR

Asasnya, Muzium merupakan tempat penyimpanan objek khazanah yang mempunyai hubungkait antara susurmasa sejarah manusia dan persekitarannya. Pengendalian muzium berubah dari masa ke masa menjadikan institusi muzium lebih progresif dalam mangkin ekonomi sesebuah negara. Implikasi terhadap penjanaan ekonomi negara perlu diteliti dengan pelan strategi muzium itu sendiri. Mengambil beberapa model muzium seni terkenal antarabangsa antaranya Lourve di Paris, Rijkmuseum di Amsterdam dan Prado di Madrid telah menjadikan institusi ini diletakkan dalam kedudukan muzium seni terkenal antarabangsa. Fungsi muzium sememangnya sebagai tempat mengumpul, memelihara, mempelajari dan mempamerkan objek sejarah dan kesemasaan aktiviti manusia. Namun orientasi muzium menjadikan tempat ini

26

sebagai pusat komuniti setempat dan destinasi wajib bagi pelancong Dalam menjadikan sesebuah muzium itu mencapai penjenamaan yang dikenali seantero negara, ekonomi merupakan kuasa utama untuk wujudkan segala pemetaan strategi serta unit pengukuhan luaran dan kelangsungan pemikiran laras ekonomi dalaman sesebuah muzium. Unit ekonomi merupakan analisis pengukuhan rukun berkait perkhidmatan seperti teNVAGa pekerja, pameran dan penerbitan yang memberi output dalam konteks pendapatan. Manakala pemikiran laras ekonomi, asasnya seperti seorang manusia ingin mencapai manfaat dengan sumber yang terhad. Dalam konteks permuziuman, idea ini mempunyai perbezaan daripada perspektif sudut sejarah dan sosiologi.

Mengikuti perkembangan semasa dalam dunia permuziuman, terdapat sebilangan muzium yang telah dianalisa dan sudah mencapai status global dalam konteks muzium seni yang mempunyai karya koleksi terkenal (catan,arca,cetakan dan instalasi), Muzium yang telah dipilih ini diungkapkan dalam kata lain ‘Muzium Superstar’ (Frey,1998). Penjenamaan ‘superstar’ terhasil daripada permintaan dan penawaran pasaran yang berlaku sekeliling dengan wujudnya teras pembangunan sesebuah muzium itu. Orientasi ‘Muzium Superstar’ lebih tertumpu kepada pelawat sebagai sasaran utama dalam memberikan pengalaman baru dan segar. Selain itu, status ‘Superstar’ ini juga telah memberi kesan besar terhadap isu polisi, etika, dan kuratorial. Pencapaian status ‘Superstar’, terkandung lima intipati yang dikaji dan dilaksanakan secara terus-


menerus dilihat dari konteks luaran dan dalaman muzium. Penjenamaan ‘Superstar Muzium’ bukanlah diberi atau dinobatkan secara formal namun penerimaannya begitu popular dalam kalangan masyarakat dan media. Strategi yang menjadikan sesuatu Muzium mencapai status ‘Superstar’ merupakan pendedahan dari segi penyiaran tetap di dalam buku direktori pelancong. Pengiklanan sebegini memberi tarikan pertama dengan ada pendedahan dari buku, majalah, papan iklan dan risalah. Selain itu, populariti sesebuah muzium ‘Superstar’ mendapat liputan holistik yang menjadikan seluruh masyarakat setempat mengetahui paling tidak mengenai tentang kewujudan dan fungsi asas. Rentetan daripada itu, kunjungan ke muzium mencapai angka besar setiap tahun berdasarkan lapisan masyarakat setempat mahupun dari luar negara. Figuratif angka dilihat jelas dengan kedudukan pengunjung yang ramai ke muzium adalah Muzium Lourve di Paris dengan catatan 9, 720,260 pengunjung, diikuti dengan Metropolitan Museum of Art di New York dengan 6, 115,881 pada tahun 2011. Penarafan seperti ini penting dengan simbolik ‘Superstar’ untuk penambahbaikan dari semasa ke semasa. Disamping itu, rekaan bentuk bangunan perlu mempunyai seni bina yang terkandung nilai artistik yang mampu menjadikan keseluruhan luaran bangunan menjadi ikonik. Seperti seni bina di Muzium Lourve, Paris yang mempunyai sebuah Piramid Ming Pei yang diperbuat daripada kaca yang menjadi daya penarik serta ikonik. Selain itu, Muzium Getty juga mempunyai seni bina asal sejak awal terbentuknya dan dipelihara dengan baik telah dikenali keberadaannya oleh masyarakat setempat. Lebih menumpukan dari segi dalaman, muzium ‘Superstar’ dapat dikomersialkan dalam dua kaedah terutamanya pengunjung yang perlu diberi hospitaliti antaranya dengan restoran atau kafe yang memberikan lanjutan keberadaan mereka di Muzium. Selain itu, muzium lebih memberi kesan dalam ekonomi

negara dengan kerjasama agensi perlancongan, jualan komersial dan aktiviti dalaman serta luaran. ‘Superstar’ Muzium berperanan penting dalam menyimpan koleksi yang mempunyai kepentingan dalam sejarah seni natijah merupakan karya yang tersohor dan artis yang terkenal. Pilihan karya-karya koleksi yang terdiri daripada ribuan artis telah disenaraikan dalam pemetaan mengikut kepentingannya dari sudut sangkutan kejadian dalam peradaban manusia dan persekitarannya, polemik antara pengkritik, sejarahwan dan para akademik seni, menerima liputan dalam media dan katalis terhadap industri seni. Akhirnya, hanya sebilangan kecil yang menjadi mata tumpuan kepada pencinta seni. Sasaran untuk menaikkan karya terpilih daripada keseluruhan koleksi adalah untuk menarik jumlah pengunjung yang

ramai tertumpu kepada artis yang dikenali. Dalam masa panjang, karya yang jarang dipamerkan atau kurang mendapat liputan secara tidak langsung menarik peminat seni untuk mengetahui. Secara umumnya kerangka intipati muzium ‘Superstar’ ini bukanlah implementasi yang dapat dilaksanakan dalam jangka masa pendek dan drastik. Muzium yang mencapai status sebegini bukan sahaja tertumpu pemasarannya di akhbar, radio dan televisyen tetapi mampu untuk mewujudkan muzium maya dan video. Sokongan daripada penjenamaan ‘Superstar’

ini perlu diisi bersama pameran istimewa (special exhibition) dapat menaikkan jumlah pengunjung. Perubahan ini juga merupakan perlengkapan untuk menyediakan pengalaman secara holistik (total experience) yang menyediakan segala perkhidmatan selain restoran atau ruang jualan buku. Selain itu, karya seni atau institusi didedahkan dari segala sudut termasuklah dari segi sejarah, teknologi dan berada dalam kelompok acara terpenting sama ada politik mahupun hiburan. Penyataan mengenai muzium ‘Superstar’ sememangnya perdebatan yang tidak pernah habis diantara pihak institusi dan badan muzium yang lain, para kurator dan ahli ekonomi. Jenama yang dipikul harus dipertahankan untuk menjadi tumpuan dunia walaupun muzium berorientasikan kerajaan atau swasta, persaingan tetap wujud sehingga ke liga yang

melibatkan negara. Dalam benua eropah, ribuan muzium sering dikunjungi oleh pelawat dan menjadi sektor terpenting dalam industri perlancongan. Jika mengambil model beberapa muzium atau ruang pameran seni yang wujud di Malaysia, masih lagi jauh untuk mencapai status ini. Walau begitu, tidak mustahil untuk berusaha ke arah ‘Superstar’ dengan beberapa langkah pengukuhan awal antaranya mengadakan kuratorial forum, permantapan koleksi, dan pameran yang akan menarik segala lapisan generasi peminat seni.

27


BSN NAG

CREATIVE

SPACE LPSVN Creative Space Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) mula dilancarkan pada Januari 2015. Tujuan utama mengadakan Creative Space di LPSVN adalah bertujuan untuk menjadi pusat setempat bagi LPSVN menjalinkan hubungan kolaborasi bersama industri entiti swasta, galeri seni, NGO, persatuan pelukis dan penggiat seni dengan rapat. Creative Space juga bersedia memberi platfom kepada penggiat seni visual amateur dan muda untuk berpamer, menjual karya dan berpeluang untuk berkerjasama dengan pasukan kuratorial LPSVN. Creative Space bukan sahaja berfungsi sebagai whitecube baru LPSVN untuk mempergiatkan jumlah activiti pameran, malah ia juga berperanan untuk mempromosikan bidang seni visual sebagai aset rich kepada pihak entiti korporat dan swasta demi memperluaskan networking pendorong seni tanah air. Kerjasama dan kolaborasi seni visual bersama komuniti luar dapat digerakkan seiringan dengan perkongsian capital dan idea. Jadi, selain memberi lebih ruang dan peluang kepada pelukis tempatan untuk menjalankan aktiviti sekaligus gagasan Creative Space adalah menuju ke kaedah strategi

28

| TAN HUI KOON


monetizing culture dalam bidang kreatif industri dengan harapan tinggi memartabatkan seni visual Negara ke peringkat ekonomi global dengan dasar dan strategi yang alternatif. Strategi tersebut adalah merujuk kepada perkembangan sejarah penubuhan Pusat Kreatif Balai Seni Lukis Negara yang terletak di bangunan Majestik Hotel pada tahun 80-an, Pusat Kreatif telah meninggalkan kesan impak yang kuat kepada ramai pelukis muda sezaman yang berpeluang berpameran di Pusat Kreatif, peluang sedemikian telah menjadinya sebagai satu platfom lonjakan ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Sayangnya Pusat Kreatif tidak dapat meneruskan visi peranannya setelah pemindahan lokasi bangunan galeri dari bangunan Majestik Hotel ke Jalan Tun Razak pada tahun 1998. Jadi, dengan harapan yang setinggitingginya kewujudan Creative Space adalah untuk menyambung dan merancakkan usaha LPSVN sebagai gedung industri kreatif, sebagai pusat setempat bagi penggiat seni visual untuk berkarya, melontarkan idea, berdiskusi dan berkolaborasi. Program-program sokongan baru seperti bicara collector dan galeri, projek penyelidikan koleksi kolektor dan bengkel kuratorial akan dirancangkan sempena dengan program pameran. Membina serta membangunkan ekosistem seni yang dapat berterusan dengan memupuk minat kepada kolektor dan peminat baru.

Kini LPSVN telah berjaya mendirikan tiga ruang pameran Creative Space atas permohonan dan permintaan yang hangat, ketiga-tiga tempat tersebut adalah ruang lobi bangunan pentadbiran LPSVN, ruang serbaguna Galeri Portret Negara dan ruang lobi Hotel Seri Pacific PWTC. Keperluan permohonan: Penyertaan adalah terbuka kepada keahlian BSVN (Artist Membership) warganegara Malaysia. Semua permohonan adalah percuma dan tertakluk kepada kelulusan ketua pengarah LPSVN. Namun, 15% komisen akan dikenakan ke atas setiap satu penjualan karya sepanjang tempoh pameran untuk melestarikan ruang pameran dan memberi peluang kepada pelukis lain.

Penghantaran dan pengambilan karya serta insuran adalah atas tanggungan pelukis. Pihak LPSVN hanya menyediakan ruang galeri dan tidak menanggung sebarang kerosakan,kecuaian dan kehilangan karya semasa berada dalam jagaan pihak LPSVN.

Pihak LPSVN hanya menyediakan bahan percetakan liflet, booklet B5 size (maksimum 50m/s) dan walltext pameran sahaja. Kos penerbitan katalog yang melebihi bajet sediaan LPSVN adalah di atas tanggungan pelukis/penajaan.

Pelukis hanya boleh menggunakan panel pameran yang telah tersedia di galeri. Sebarang penambahan panel pameran perlu ditanggung oleh pelukis/penaja.

Pihak LPSVN berhak menolak kertas cadangan pameran yang tidak bersesuaian setelah dipersetujui oleh Jawatankuasa Pameran dan Ketua Pengarah, LPSVN.

Tema dan subjek karya tidak menyentuh isu-isu sensitif seperti perkauman dan agama serta elemen-elemen politik dan polisi secara subversif.

Karya-karya perlu dituntut dalam tempoh kurang satu bulan [30 hari] selepas dari tamatnya pameran di Creative Space. LPSVN tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan dan kehilangan karyakarya tersebut selepas tempoh satu bulan [30 hari].

Pihak LPSVN berhak untuk melupuskan dan mengambil apaapa tindakan lain yang termaktub dalam Seksyen 33 (3) Akta Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 2011 (Akta 724). Segala keputusan yang dibuat oleh LPSVN berkaitan pameran ini adalah muktamad.

Untuk sebarang pertanyaan yang lebih lanjut tentang Creative Space, sila hubungi urus setia/pasukan kuratorial Creative Space: Pn. Tan Hui Koon, En. Syahrulniza Bin Ahmad Zaini atau En. Adnan Mizwan Bin Awang di talian 03-402670000/ inquiries@artgallery.gov.my.

SYARAT DAN TERMA •

Pemohon perlu mengemukakan surat permohonan berserta proposal, potfolio dan CV lengkap kepada Ketua Pengarah, LPSVN.

Karya yang dihantar hendaklah berbingkai dan sedia untuk dipamerkan.

Setiap karya hendaklah dilabel dengan jelas, nama, tajuk, tahun, bahan dan penyataan karya. Imej karya untuk kegunaan promosi dan hebahan dalam bentuk digital mestilah berformatkan PDF atau JPEG (300dpi).

Keperluan karya berbentuk video dan multimedia hendaklan disediakan oleh pelukis sendiri.

29


Prasarana Seni di Malaysia | ZURIYADI SARPIN

Prasarana seni memainkan peranan penting dalam menilai tahap keseriusan sesebuah organisasi sama ada kerajaan mahu pun pihak swasta. Ia juga memperlihatkan kecenderungan organisasi dalam memajukan aktiviti seni mereka. Mengambil kira kepentingan seni sebagai agen perubahan sosial masyarakat, maka kemajuan dunia seni seharusnya seiring dengan kemajuan sesebuah negara. Seni itu bukan sahaja dilihat mampu memberi kepuasan kepada penggemarnya namun ia dilihat sebagai satu wadah membentuk pemikiran yang kritis dikalangan masyarakat. Dalam pembinaan prasarana seni, peranan itu bukan sahaja dimainkan oleh pihak kerajaan namun penglibatan pihak swasta juga haruslah seiring dengan matlamat kerajaan. Peluang untuk menceburkan diri dalam kegiatan ekonomi (seni) sentiasa terbuka memandangkan Malaysia mengamalkan dasar ekonomi terbuka. Industri seni di Malaysia sudah mula wujud seawal tahun 1920an lagi dimasa fasa itu disebut sebagai fasa pembentukan seni di Malaysia. Fasa pembentukan ini disebut sebagai bermulanya gerakan seni dengan tertubuhnya pertubuhan, persatuan mahu pun secara individu dan membawa kepada pembentukan akademi-akademi seni secara formal.

30

Pihak kerajaan melalui penubuhan Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) sebuah agensi dibawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK) merupakan badan kerajaan yang dipertanggungjawabkan sepenuhnya untuk memulihara, mengumpul dan mengembangkan kegiatan seni di dalam negara juga aktiviti seni diluar negara. Balai Seni Visual Malaysia yang diwujudkan selaras dengan Akta 516 iaitu suatu akta untuk mengadakan peruntukan

bagi penubuhan dan pengurusan Balai Seni Lukis (Balai Seni Lukis Negara) pada tahun 1958. Maka ia secara rasminya membentuk prasarana seni yang unggul pertama di Malaysia. Balai Seni Lukis Negara (BSLN), mempunyai bangunan yang menempatkan pelbagai galeri dan menerima dana khas dari pihak kerajaan bagi menjalankan aktiviti seni di dalam dan di luar negara.


Menyoroti penubuhan BSLN ia amat berkait rapat dengan tertubuhnya Majlis Kesenian Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1952 yang dipelopori oleh Mubin Sheppard dan Peter Harris yang mewujudkan gerakan seni secara sukarela dan mendapat bantuan dari kerajaan kemudiannya. Ia juga menjadi pemangkin kepada perkembangan seni moden secara terancang di Malaysia. Apa yang menarik ia membawa kepada penubuhan beberapa gerakan seni secara tersusun di Malaysia apatah lagi setelah kepulangan Tay Hooi Keat (1952) dan Syed Ahmad Jamal (1956) yang pulang dari United Kingdom setelah menyelesaikan pengajian mereka di sana. Merekalah diantara yang bertanggungjawab menyemarakkan aktiviti seni di kalangan para guru dan pencinta seni sehingga subjek Pendidikan Seni Lukis diterima sebagai subjek wajib dari Darjah 1 sehingga Tingkatan 3. Begitulah sedikit sebanyak sorotan peristiwa yang berlaku didalam dunia seni di Malaysia yang memperlihatkan kepentingan prasarana seni di Malaysia. Pada masa kini setelah 60 tahun berlalu (1958-2017) pelbagai prasarana seni wujud bagai cendawan. Kewujudan prasarana seni ini dilihat sebagai satu isyarat yang baik terhadap perkembangan seni lukis di Malaysia. Pelbagai pihak meraikan kegiatan seni dengan mewujudkan galeri-

galeri seni lukis sebagai ruang mempamer mahu pun berjual beli karya. Peranan itu tidak lagi dilihat hanya dimainkan oleh LPSVN sahaja namun diambil oleh pihak ketiga dan berjaya mewujudkan ekosistem seni itu sendiri. Dalam keghairahan kita merancang aktiviti-aktiviti seni amat jarang sekali soal prasarana seni ini diperkatakan secara serius. Prasarana seni secara umumnya dikaitkan dengan kewujudan sebuah galeri seni bagi mempamer dan memperdagangkan karya-karya seni yang terhasil, prasarana juga

boleh dikaitkan dengan sebuah studio yang melahirkan ribuan karya-karya bermutu tinggi dengan limpahan idea dan curahan rasa seniman. Prasarana juga terbentuk dengan penubuhan sebuah universiti mahupun sekolah-sekolah seni yang menghasilkan ribuan graduan seni setiap tahun. Prasarana boleh juga dikaitkan dengan kemudahan yang diberikan oleh sesiapa sahaja sama ada kerajaan mahupun pihak swasta. Pihak kerajaan melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperlihatkan keseriusan dalam usaha memartabatkan Seniman Jalanan telah memberikan

Galeri TAPAK bertempat di Shah Alam juga berfungsi sebagai pusat kesenian di kawasan sekitarnya.

lesen khas Seniman Jalanan kepada pelukis dan pelukis ini dibenarkan melukis di lokasi yang telah ditetapkan. Ini merupakan satu anjakan yang baharu kerana sebelum ini Seniman Jalanan tidak dibenarkan beroperasi di jalanan sekitar Kuala Lumpur. Selain itu terdapat beberapa buah galeri yang telah diwujudkan di Malaysia menunjukkan betapa industri seni ini berkembang dan para pemain industri berani mengambil risiko mengalami kerugian apabila menceburkan diri dalam perniagaan seni visual. Kepercayaan terhadap masa depan seni visual menjadikan galeri-galeri awam dan swasta Lawatan Cawangan Art Governance ke galeri swasta.

31


Prasarana seni untuk komuniti dari pelbagai lapisan telah lama wujud dalam industri seni tanah air.

semakin bercambah dan graduan seni menjadikan seni itu sebagai karier mereka. Merujuk kepada rekod yang berjaya dikumpul oleh Cawangan Art Governance, LPSVN terdapat sejumlah 108 buah galeri swasta dan awam di seluruh Malaysia dan sejumlah lebih kurang 2500 orang graduan seni berjaya dihasilkan di Malaysia setiap tahun. Manakala bagi persatuan/N.G.O pula sebanyak 18 buah persatuan seni yang wujud di Malaysia. Manakala bagi acara lelongan seni di Malaysia pula terdapat sebanyak 5 buah

Rumah Lelongan (Auction House) seperti Henry Butcher, KL Lifestyle Art Space, Masterpieces Malaysia dan sebagainya. Data ini menunjukkan perkembangan prestasi seni di Malaysia. Jumlah ini ditambah melalui hasil jualan seni yang berjaya direkodkan pada tahun 2016 iaitu sebanyak RM8.16 juta sama ada melalui pameran-pameran seni mahupun acara lelongan seni. Galeri-galeri awam dan swasta memainkan peranan penting dalam membentuk prasarana moden seni

Galeri bercirikan klasik juga menjadi tempat audien berkumpul untuk kegiatan seni.

32

visual Malaysia. Selain dari BSVN terdapat juga galeri awam negeri yang dibiayai oleh kerajaan negeri telah diwujudkan seperti, Galeri Shah Alam, Balai Seni Lukis Pulau Pinang, Balai Seni Lukis Melaka, Galeri Seni Johor, Galeri Seni Lukis Perlis, Balai Seni Lukis Sabah dan Balai Seni Lukis Pahang (ditutup sementara bagi kerja-kerja menaiktaraf). Peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan negeri dilihat amat bertepatan dengan peranan mereka yang sepatutnya bagi mengangkat seni visual tempatan ke tahap yang lebih baik dan tersusun. Kewujudan galeri awam ini juga menjadi dahan berteduh bagi persatuan-persatuan seni yang wujud di Malaysia seperti Gabungan Pelukis Semenanjung (GAP’s), Angkatan Pelukis SeMalaysia (APS), Persatuan Senilukis dan Senireka Pahang (SENIKA), Persatuan Senilukis Kelantan (PESENI), Persatuan Seni Rupa dan Reka Cipta Johor (Serupa 2), Penang Art Society dan sebagainya (sekadar menyebut beberapa nama). Aktiviti seni dilihat semakin berkembang dibawah persatuan ini sekaligus mewujudkan prasarana seni mereka sendiri sebagai tempat bernaung. Galeri korporat yang ditubuhkan oleh syarikat korporat/individu berkait atau tidak dengan kerajaan seperti Galeri Petronas, Ilham Gallery, Galeri Seni Bank Negara Malaysia Sasana Kijang, Wisma Kebudayaan Soka Gakkai Malaysia,


Artis Conlay (Kraftangan Negara), Muzium Kesenian Islam, Segaris Art Center (UiTM) dan juga Galeri Seni T.N.B juga membantu menyediakan prasarana unggul bagi kegiatan seni Malaysia. Kumpulan seni independent (bebas) yang mewarnai dunia seni tempatan pula menjadi pemangkin kepada gerakan seni di Malaysia. Rajawali Art Group (Pahang), Hujung Tanah Art Residency (Johor), Balai Art Geng (Johor), Kumpulan Seni Halus Rejang (Sarawak), Kakiseni (Kuala Lumpur, Matahati dan sebagainya (sekadar menyebut beberapa nama) juga dilihat begitu aktif mewarnai dunia seni tempatan. Terdapat juga studio-studio pelukis seperti Pati Satu Studio, Izdezi Studio (Klang), The Studio at KL, Sembilan Art Residency’s (juga sekadar menyebut beberapa nama) yang giat menjalankan aktiviti seni mereka dengan menyediakan ruang melukis, kelas-kelas seni, residensi program dan sebagainya. Peranan institusi pengajian tinggi juga tidak boleh diketepikan apabila membicarakan soal prasarana seni. Kepentingan kajian-kajian seni dalam membentuk masyarakat berilmu dan mempunyai daya pemikiran yang kreatif dan kritis turut menyumbang kepada perkembangan seni tempatan. Institusi seperti Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Sains Malaysia (USM), Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan

Cawangan Art Governance berperanan sebagai ‘hub’ dengan galeri-galeri swasta.

(ASWARA), Lim Kok Wing University, Malaysian Institute of Art (MIA) dan lain-lain lagi dilihat sebagai prasarana unggul dalam melahirkan graduan seni yang berkaliber didalam pelbagai cabang bidang seni. Peranan yang dimainkan oleh kesemua pihak dilihat sebagai satu bentuk kerjasama erat di dalam memartabatkan seni visual tempatan. Peluang perniagaan yang hadir dimanfaatkan sepenuhnya bagi merebut peluang ekonomi manakala ruang berkarya dilihat bukan lagi satu persoalan berbanding tahun 1950an dahulu. Namun apa yang

diinginkan adalah tahap kesedaran seni masyarakat di Malaysia ini mampu bergerak seiring dengan arus kemodenan Malaysia. Pelbagai usaha dijalankan oleh pihak kerajaan mahupun swasta di dalam membina prasarana penting di bidang seni ini dilihat sebagai ruang interaksi sosial tanpa mengira kelas sosial di dalam masyarakat Malaysia. Melalui kesedaran yang wujud itu akhirnya akan melahirkan sebuah bangsa yang berbudaya dan mempunyai personaliti yang jitu serta mampu menjana pemikiran yang lebih kreatif dan kritis.

33


BSN NAG

?

Apakah ‘ART GOVERNANCE’ | ZURIYADI SARPIN

Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) telah mengorak langkah dengan membuat perubahan drastik bagi membolehkan LPSVN bergerak dengan lebih sistematik sejajar dengan hasrat menjadikan LPSVN sebagai peneraju seni visual tempatan. Tindakan awal yang dilakukan adalah dengan mewujudkan satu cawangan baru (secara pentadbiran) iaitu ‘Cawangan Art Governance’. Penubuhan cawangan baru ini disambut baik oleh pegawai dan kakitangan LPSVN yang melihat ini merupakan satu peluang untuk mewujudkan hubungan baik diantara pihak galeri awam dan swasta dan Balai Seni Visual Negara. Objektif utama yang ingin dicapai oleh cawangan ini adalah untuk menjadi umpama ‘One Stop Centre’ dimana ia mampu menjadi pusat penyaluran maklumat sekaligus membantu melancarkan pergerakan seni visual tanah air. Pengumpulan maklumat mengenai hala tuju seni tempatan, hala tuju para pelukis, hala tuju pelajar-pelajar seni, maklumat pertambahan galeri baru dan penjualan karya-karya seni

34

merupakan satu bentuk keperluan bagi memberikan informasi / statistik terkini yang tepat dan telus. Antara tindakan utama yang dilakukan adalah dengan mengadakan sesi ‘brainstorming’ sesama pegawai dan kakitangan Cawangan Art Governance bagi membincangkan tentang hala tuju yang akan dicapai. Persetujuan telah pun dicapai dan tercetuslah idea dimana cawangan ini merasakan mereka perlu turun padang bagi melihat, bertemu, merasai pengalaman dan mendengar secara bertatap muka dengan pemain-pemain industri seni visual tempatan. Maka sepanjang tertubuhnya cawangan ini bermula pada bulan April 2016, sebanyak 37 buah galeri (sehingga artikel ini ditulis) telah dilawati diseluruh Malaysia dengan disertai oleh wakil Ahli Lembaga Pengarah LPSVN iaitu Encik Philip Wong. Apa yang menarik jika selama ini kita mendengar lemparan persepsi negatif yang telah diwar-warkan oleh beberapa pihak mengenai LPSVN, implikasi dari lawatan ini telah

berjaya memecahkan tembok yang menghalang komunikasi dua hala diantara pihak LPSVN dan pemilik galeri, persepsi tadi telah berubah kearah sesuatu yang amat positif. Sambutan baik yang diberikan oleh pihak galeri amatlah mengharukan. Maklumat primari yang penting ini telah berjaya diperolehi dan membuang persepsi negatif (hearsay) oleh kedua-dua pihak. Perubahan positif ini dirasakan amatlah berbaloi dan kesudian pihak galeri melayan kunjungan wakil LPSVN dengan baik dan bertukar-tukar pendapat demi kemajuan seni visual tempatan amatlah menggembirakan. Biarpun terdapat juga galeri yang bersifat dingin berdasarkan tanggapan awal mengenai LPSVN situasi ini telah berjaya diuruskan dengan baik oleh wakil LPSVN. Selain lawatan, pihak ‘Art Governance’ yang mewakili LPSVN juga menjadi Jawatankuasa Pemandu kepada penubuhan “Art Depot” iaitu sebuah program transformasi LPSVN dibawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPKM).


multimedia dan apa-apa bentuk teknologi yang menarik berbanding akta lama yang memfokus kepada seni lukis sahaja. Ini dilihat mampu menjadikan LPSVN lebih berdaya saing. Justeru itu idea penubuhan Art-Preneur ini dilihat seiring dengan Akta 724 sekaligus kewujudan LPSVN dilihat lebih relevan.

Prasarana seni memainkan peranan penting dalam menilai tahap keseriusan.

Program Art Depot ini diletakkan dibawah rancangan “Art-Preneur” iaitu sebuah idea bagi mewujudkan platform berguna kepada pelajar lepasan universiti (jurusan seni visual) untuk menceburi bidang keusahawanan seni. Idea penubuhan ini bukanlah sesuatu yang diciptakan bersahaja namun ia merujuk kepada data kajian yang telah dijalankan oleh cawangan ini dimana keperluan bagi mewujudkan platform baharu kepada anak muda ini dilihat mampu melahirkan usahawan seni berdasarkan modul latihan yang akan disediakan nanti. Peluang ini seharusnya digunakan sebaiknya oleh para graduan yang berminat meneruskan karier didalam bidang seni visual sama ada sebagai pelukis, kurator, pengusaha galeri, pengurus acara seni dan sebagainya.

1959) yang telah diwartakan pada 27 Ogos 2011 LPSVN melihat ia merupakan peluang terbaik bagi mengembangkan lagi fungsi LPSVN yang tidak hanya mempamer, memelihara dan menyimpan khazanah seni sahaja namun dengan pewartaan Akta 724 ini membolehkan LPSVN beroperasi bukan sahaja sebagai sebuah galeri tetapi juga pemangkin kepada pembangunan industri seni visual tanah air melalui program-program pembangunan dan bantuan-bantuan lain yang dirasakan perlu. Akta baru ini juga telah memberi penafsiran bahawa apa-apa bentuk seni yang dihasilkan menarik kepada deria visual dan wujud dalam bentuk kekal seperti fotografi,

Kesimpulannya segala usaha penubuhan cawangan ini dilihat akan membantu melancarkan operasi LPSVN dan juga membantu merealisasikan idea-idea baru pada masa yang sama tidak mengabaikan ‘Core Business’ LPSVN. Konsep ‘Monetizing-Culture’ yang cuba diterapkan oleh Ketua Pengarah LPSVN dilihat sebagai satu cabaran baru buat seluruh kakitangan LPSVN. Model-model perniagaan baru harus diperkenalkan bagi mendapatkan dana serta bagi memberi pulangan yang baik bukan sahaja buat LPSVN tetapi juga pemain industri seni negara. Ini melalui penglibatan bersama dalam aktiviti-aktiviti seni atau acara-acara seni yang berprestij. Penglibatan semua pihak dengan LPSVN menjadi penaung dilihat akan mampu memberi impak yang lebih kuat bukan sahaja dari sudut ekonomi tetapi juga sosio budaya. Kakitangan LPSVN harus berfikir secara luar kotak dan menjadi lebih berdaya saing dengan tidak mengharapkan Bajet Tahunan oleh pihak Kementerian lagi.

Cawangan Art Governance juga akan sentiasa melakukan kajian lapangan mahupun berbentuk questionnaire mengenai prestasi semasa mengenai seni visual tanah air dan menzahirkan kajian tersebut dalam bentuk laporan dan tindakan. Ini sejujurnya dapat membantu pihak kerajaan melihat dengan lebih serius akan potensi-potensi bidang seni visual ini yang telah banyak membantu perkembangan ekonomi negara sejak dahulu hingga kini. Melalui Akta Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 2011 (Akta 724) menggantikan Akta 516, (National Visual Arts Gallery Act

Prasarana seni memainkan peranan penting dalam menilai tahap keseriusan.

35


DIREKTORI GALERI GALLERIES DIRECTORY MALAYSIA

KUALA LUMPUR National Visual Arts Gallery Malaysia (Balai Seni Visual Negara) 2, Jalan Temerloh, Jalan Tun Razak, 53200 Kuala Lumpur +603 4025 4990 www.artgallery.gov.my Bakat Muda Sezaman 2016 6 Februari - 30 April 2017 Galeri 2A/2B/3A/3B Escape from The Sea 24 Februari - 23 April 2017 Galeri REKA Museum Of Asian Art University of Malaya 50603 Kuala Lumpur +603 7967 3936 www.um.edu.my/museum Islamic Arts Museum Malaysia Jalan Lembah Perdana, 50480 Kuala Lumpur +603 2274 2020 www.iamm.org.my Bank Negara Malaysia Museum and Art Gallery 2, Sasana Kijang, Jalan Dato’ Onn Kuala Lumpur +603 9179 2784 infomuseum@bnm.gov.my www.museum.bnm.gov.my Norma Abbas: Kembara Pelangi Menuju Janji 16 November 2016 - 18 April 2017 Nature Nurtured 19 Jan 2017 - 18 June 2017 Galeri Chandan Lot 24 & 25 (G4), Publika Shopping Gallery, Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur +603 6201 5360 www.galerichandan.com Galeri Petronas 341-343, Level 3, Suria KLCC, Petronas Twin Towers, 50088 Kuala Lumpur +603-2051 7770 www.galeripetronas.com.my Art Accent 2F- 9 & 10, Second Floor, Bangsar Village 2 Jalan Telawi Satu Bangsar Baru 59100 Kuala Lumpur +603 2287 1908 sales@artaccent.com.my

36

Henry Butcher Art Auctioneers 25, Jalan Yap Ah Shak, 50300 Kuala Lumpur +603 2691 3089 www.hbart.com.my Soka Gakkai Malaysia 243, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur T: 03-2141 2003 www.sgm.org.my Ilham Gallery Levels 3 & 5, Ilham Tower, 8, Jalan Binjai, 50450 Kuala Lumpur www.ilhamgallery.com Afterwork 18 Dec 2016 – 16 Apr 2017 G13 Gallery GL13, Ground Floor, Block B, Kelana Square, SS7/26 Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor info@g13gallery.com +603 7880 0991 www.g13gallery.com G13 Gallery 7Th Anniversary Show 8 - 25 FEB 2017 Art WeMe Contemporary Gallery Block D2, Level G4, Unit 3A & 5, Publika Shopping Gallery No. 1, Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur +603 6211 1269 info@artweme.com www.artweme.com MAP @ Publika Level G2-01, Block A5, Dutamas 1, Jalan Dutamas 1, O Jalan Duta, 50480 Kuala Lumpur +603 6207 9732 www.mapkl.org Richard Koh Fine Art T 229, Jalan Maarof, Bukit Bandaraya, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur. +603 2095 3300

Lot 8, Level G4, Publika Shopping Gallery, 1, Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur +603 6243 1108 www.segaris-artcenter.blogspot. com Sireh Pinang Art Colony Main Entrance at Level 2, gateway@klia2, Kuala Lumpur International Airport 2 Zubair Afandi Omar a.k.a. Zhi Long Shen +60 12 371 6157 The Best of Fatimah Chik 25 Jan - 25 Mac 2017 Artcube 3-10 & 3-13, level 3, Intermark Mall, The Intermark, 348 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur, 03-2181 1787 artcube3@gmail.com www.artcube.com.my Edge Galerie G5-G6 Mont’ Kiara Meridin 19, Jalan Duta Kiara, Mont’ Kiara, 50480 Kuala Lumpur +603 6419 0102 www.theedgegalerie.com Artemis Art Lot 21 & 22, Level G4 Publika @ Dutamas, Block C5 Solaris Dutamas, No. 1 Jalan Dutamas 1 Kuala Lumpur info@artemisartgallery.com www.artemisartgallery.com Our Artprojects No. 80 Jalan Rotan Off Jalan Kampung Attap 50460 Kuala Lumpur +6018 617 0466 contact@Ourartprojects.com www.ourartprojects.com Nirmala Dutt : Great Leap Forward 7 – 27 Jan 2017

2F-3, Level 2, Bangsar Village II, Jalan Telawi 1, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur +603 2283 3677 www.rk neart.com

Wei-Ling Gallery 8, Jalan Scott, Brick elds, 50470 Kuala Lumpur +603 2260 1106 www.weiling-gallery.com

Core Design Gallery 87 & 89 Jalan SS15/2A Subang Jaya +603 5612 1168 art@coredesigngallery.com www.malaysiacontemporaryart. coredesigngallery.com Segaris Art Center

Group Show 18@8 Right Here! Right Now! 5 Jan - 28 Feb 2017 Cheong Kiet Cheng - Behind Two Hills-The Chorus Of Life 3 Jan - 28 Feb 2017

SELANGOR Shalini Ganendra Fine Art @ Gallery Residence 8, Lorong 16/7B, Section 16, 46350 Petaling Jaya, Selangor +603 7932 4740 www.shaliniganendra.com Bloom An Exhibition Of New Works By Sir Roy Calne     16 Jan – 30 Mar 2017 Masterpiece Auction 151, Jalan 5/42, Jalan Gasing, 46100 Petaling Jaya, Selangor +603 7972 2306 www.masterpiece-auction.com KL Lifestyle Art Space 31, Jalan Utara, 46200 Petaling Jaya, Selangor +603 2093 2668 www.kl-lifestyle.com.my Nadine Fine Art 64, Jalan Kemajuan, Section 12/18, 46200 Petaling Jaya, Selangor +603 7654 6069 2 Hang Kasturi 2 Jalan Hang Kasturi 50050 Kuala Lumpur +603 7958 7278 steven@freeform.com.my Club Berlin - An Exhibition on Electronic Music and Photography 13 Jan 2017 Port25 Studio A, No.3, Jalan 51/201, Seksyen 51, Petaling Jaya info@port25.com.my www.port25.com.my Joy of Life Exhibition 8 January - 22 January HOM Art Trans 6A, Jalan Cempaka 16, Taman Cempaka, 68000 Ampang, Selangor 603 9285 6004 www.homarttrans.blogspot.com Galeri Serdang Fakulti Rekabentuk Dan Senibina, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor +603-8946 4090 Tapak Gallery 1, Jalan Tanjong 8/28, Seksyen 8, 40000 Shah Alam, Selangor www.yusofghani.com


TAPG : The Art People Gallery 30, 1st & 2nd Floor, Jalan Makyong, 5C/KU5, Bandar Bukit Raja, Klang Asean Art Award 97 25th February 2017

PUALA PINANG Galeri Seni Mutiara 118, Lebuh Armenian, Georgetown, Penang +604-262 0167 www.galerisenimutiara.com Penang Artists Corner 70-1-145B D’Plaza Mall, Jalan Mahsuri, Bandar Bayan Baru, 11900 Penang +604 641 3882

SABAH Sabah Art Gallery 88300 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia +60 88 268748 art.gallery.sabah@gmail.com www.sabahartgallery.com

KALENDAR 2017

PROGRAM JAN-DIS RETRO BIENNALE 8 Dec 2016 - 8 Jan 2017 2A & 2B Gallery The RETROSPEKTIF BIENNALE (RB) is a review of our national interest in biennales. While pondering what a Biennale for Malaysia in 2017 (the KL Biennale 2017) might look like, the curators at the NVAG have perused a vast array of events or practices commonly known as Biennales to understand what the relationship between the institution, the Malaysian artists and the Biennales have been all along. ................

BAKAT MUDA SEZAMAN 2016 6 Februari - 30 April 2017 Galeri 2A/2B/3A/3B Bakat Muda Sezaman 2016 (BMS 16) atau Young

Contemporary Award merupakan sebuah pertandingan yang mengenengahkan karya-karya pemenang yang diiktiraf oleh Balai Seni Visual Negara. Pertandingan ini bertujuan untuk melahirkan pelapis muda yang berpotensi dalam Seni Kontemporari di Malaysia. ................

ESCAPE FROM THE SEA 24 Feb - 23 April 2017 Galeri REKA ESCAPE from the SEA is a contemporary art exhibition featuring artists from Japan, Malaysia and South East Asia region. The exhibition concept is to explore the complex layers of politics of the imagined community ant the poetics and possibility of “drowning on dry land”. ................

PENILAIAN ASSESSMENT PERCAMPURAN SYNTHESIS 2 Mei - 31 Jul 2017 Galeri 1A PEMETAAN adalah sebuah tinjauan sejarah seni lukis moden Malaysia. Ia terbahagi kepada beberapa segmen pameran. Objektifnya adalah melihat perkembangan seni sedari era penjajahan British ke atas Tanah Melayu sehingga pembentukan negara Malaysia pada 16 September 1963 seterusnya sehingga ke era kontemporari. ................

BUMI LARANGAN ZULKIFLI DAHLAN 9 Mei - 2 Jul 2017 Galeri 2B Menyediakan, dalam bentuk pameran dan penerbitan hasil/ dapatan daripada prosesproses dokumentasi dan kajian kuratorial mengenai

riwayat hidup Zulkifli Dahlan dan juga karya-karya beliau yang belum pernah dipamerkan sebelum ini. ................

RESIDENSI 16 Mei - 16 Jul 2017 Galeri 2A Bersempena dengan pameran yang diadakan di BSVN, artis-artis yang terlibat akan mengadakan Pameran Solo di Universiti Malaya dan galerigaleri swasta di sekitar ibu kota. Selain itu, siswa`-siswa akan dilantik untuk membantu semasa bengkel dijalankan. Artis-artis akan memberi ceramah kepada siswa-siswa yang datang melawat. ................

101 TANGAN YANG MENGHAYUN BUAIAN TANGAN YANG MENGGONCANG DUNIA 18 Mei - 31 Jul 2017 Galeri 3A & 3B Pameran 101 mempamerkan karya-karya pelukis wanita yang terdiri dari usia, latarbelakang, stail, subjek dan bahan medium yang dinamik. Pameran ini membolehkan kita melihat idea dunia melalui gaya ekspresi yang kepelbagaian. ................

TIK MBATIK 23 Mei - 23 Jun 2017 Galeri REKA Sebuah pameran yang menampilkan pelbagai karya batik koleksi seni BSVN yang berestetika tinggi cerminan kepada budaya hidup pribumi tempatan. Melalui pameran ini dapat dilihat himpunan karya batik daripada pelukis-pelukis tempatan yang membicarakan secara kritis tentang isu-isu budaya, kemasyarakatan,

sosiopolitik, sosioekonomi dan keindahan pemandangan landskap tanah air khususnya senario pada era penjajahan dan pasca kemerdekaan Negara. ................

KLB BIENNALE 2017 1 Nov 2017- 31 Mac 2018 Galeri 1A/REKA/2A/2B/ 3A/3B/GPN Malaysia, our dynamic and uniquely diverse nation is blessed to have peacefully arrived on the eve of our 60 years of independence this year.Hence, in 2017, to honour our 60th year of nationhood, the National Visual Arts Gallery invites everyone to resonate positive vibes and return to the experience of love or belas. KLB 2017 is conceived as an avenue which recognises, embraces and echoes societal values. In the appreciation of Life stories via the medium of art. KLB fosters active collaboration and meaningful engagementswith everyday people,unsung heroes, conservationists, artists, art and social activists, practitioners, scientists, organisations, communities and the public at large.The main exhibition entitled Heart of the Matter, further enhanced by support programs or echoes known as Gema belas including aroundtable or Azam belas will bring together community leaders, practitioners, artists and activist to share and lead dialogues towards practicable solutions for a better and beloved tomorrow. ................

37


LATEST PUBLICATIONS PENERBITAN TERKINI

!

NEW

1MCAT 2016 • Buku dan katalog ini diterbitkan sempena pameran 1MCAT 2016 yang diadakan pada September hingga Disember 2016 • 1 Jilid (11 naskah katalog) 1MCAT 2016

• Malay & English

• Buku dan katalog ini diterbitkan sempena pameran 1MCAT 2016 : Destinasi Pelancongan yang diadakan pada 25 November hingga 31 Disember

RM 120

• Muka surat Pages 148 • Malay & English

RM 120

BMS’16 • Katalog Bakat Muda Sezaman ‘16 diterbitkan sempena pertandingan BMS’16

KOLEKSI POTRET PARLIMEN MALAYSIA

• Muka surat Pages 206

• Buku dan katalog ini diterbitkan sempena Pameran Koleksi Potret Parlimen Malaysia pada 5 April hingga 30 September 2016

• Malay & English

• Muka surat Pages 108 • Malay & English

RM 20

38

SAGE : TIES OF TENGGARA • Buku dan katalog ini diterbitkan sempena pameran SAGER (South Asian Art Group Exchange Residency) : Ties of Tenggara yang diadakan pada 15 November hingga 31 Disember 2016 • Muka surat Pages 132 • Malay & English

RM 60


39



Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.