Skrip Berita

Page 1

Pelayan Amuk Gara-Gara Disekat Kahwin

VISUAL NC

AUDIO Assalammualaikum & salam satu 1Malaysia. Seorang pelayan berusia tujuh belas tahun warga Turki ditahan selepas mengaku membunuh dua wanita Ireland Utara yang dijumpai mati dengan leher disembelih di kawasan hutan pinggir Bandar Izmir barat Turki, kemarin. Suspek dikenali sebagai RC dipercayai teman lelaki kepada anak perempuan salah seorang mangsa dan berusia lima belas tahun. Pasangan itu mula berpacaran selepas gadis dan ibunya melawati restoran tempat RC bekerja di resort populai Kusadasi, selatan Izmir. Selepas kali pertama menafikan ada hubungan dengan wanita iyu, suspek mengaku melakukan pembunuhan dan berkata beliau terpaksa membunuh wanita itu kerana ibu kekasihnya enggan membenarkannya mengahwini dagis itu, lapor beberapa akhbar dalam web mereka. Dua mangsa dikenali sebagai Marion Grahon dan Kathy Winsmore, masing-masing berusia lima puluh empat tahun. Pada hari kejadian, anak perempuan mangsa bersiarsiar dengan bot pelancong di pantai Kusadasi manakala RC membawa kedua-dua wanita itu bersiar-siar di Izmir, satu ratus dua puluh kilometer jauh.


VISUAL NC

AUDIO Assalammualaikum & salam satu 1Malaysia. Seorang wartawan Jerman mendakwa Puteri Diana bertunang senyapsenyap dengan anak jutawan Mesir yang juga seorang produser filem, Dodi al-Fayed sebelum terbunuh dalam kemalangan pada Ogos sembilan belas sembilan puluh tujuh. Dakwaan itu dibuat oleh Trixi Chall, penulis dua dekad dengan akhbar popular Jerman, Bild. Beliau menceritakan mengenai lawatan Diana dan Dodi ke Monte Carlo, tujuh hari sebelum mereka maut dalam kemalangan di Paris. Chall mendakwa, dia melihat Diana menunjuk dan mengambil sebentuk cincin bertatah berlian di sebuah kedai permata terkenaldi pusat peranginan itu. Cincin berlian itu berharga sebelas ribu lima ratus dollar sama seperti lima puluh enam ribu tiga ratus lima puluh ringgit dan dibeli di kedai Repossi daridapa produk keluaran bertema Tell Me Yes. Dodi kemudian mengatur sapaya cincin itu dihantar ke cawanagan kedai itu di Pasir sebelum dihantar ke suitenya di Hotel Ritz, beberapa jam sebelum pasangan itu menemui ajal. Pendedahan itu mengukuhkan dakwaan bapa Dodi, bekas pemilik gedung Harrods, Mohamed Al Fayed bahawa Diana dan Dodi dibunuh bagi menghalang puteri itu mengahwini seorang Muslim. Chall tampil buat kali pertama bagi menceritakan apa yang dilihatnya ketika pasangan itu membeli-belah di pusat peranginan Monte Carlo pada Sabtu, dua puluh tiga Ogos sembilan belas sembilan puluh tujuh.


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.