Sabahku

Page 1

PERCUMA

Sabahku SETAHUN IMPIAN SABAH: BERJAYA SIAPKAN PROJEK INFRASTRUKTUR DI KAWASAN YANG DIABAIKAN UMNO-BN

EDITOR: CHAN FOONG HIN

www.dapmalaysia.org

LEBUHRAYA: UTAMAKAN SYARIKAT ANAK NEGERI >>>8,9 8,9 3

> 6,7

DAP mahu semua anak Sabah menikmati kemudahan asas KEMISKINAN, kekurangan kemudahan asas, kemasukan pendatang asing, pemberian kad pengenalan kepada warga asing dan salah guna kuasa di Sabah yang dibiarkan begitu sahaja oleh pentadbiran Putrajaya telah menyebabkan rakyat Negeri di Bawah Bayu menderita. “Kekurangan sekolah, guru-guru yang baik dan masalah sambungan internet di Sabah tidak patut berlaku.

“Sumber semulajadi seperti tanah, kayu, tidak boleh dikuasai segolongan pihak. Semuanya itu milik setiap warga Sabah,” kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng. Katanya, semua masalah tersebut boleh diatasi dalam tempoh lima tahun jika kekayaan sumber negeri dapat diagihkan kepada pemilik sebenarnya, iaitu semua rakyat Sabah. Menurutnya, dasar-dasar baru yang

memberi manfaat perlu dibuat untuk menggantikan dasar lama yang hanya memihak kepada kroni Barisan Nasional. Beliau menambah, dasar baru yang dicadangkan itu harus berbeza dan bertujuan mengangkat pengupayaan moral, nilai-nilai keadilan dan kebebasan. Buat masa ini, DAP bersama sukarelawan dari seluruh negara giat melaksa-

nakan beberapa projek kemudahan asas di kawasan-kawasan pedalaman Sabah. Projek-projek itu di bawah inisiatif Impian Sabah, hasil idea pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, telah dijayakan di Kota Marudu, Keningau dan Tenom. Melalui usaha ini, penduduk tempatan telah dapat menikmati bekalan air bersih, sistem saliran lebih baik dan jambatan.


2

Siasat segera misteri gajah mati, pembalakan haram DAP Sabah mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat aktiviti pembalakan haram dan penyelewengan Yayasan Sabah yang dipercayai ada kaitan dengan kematian 14 ekor gajah di Hutan Simpan Gunung Rara, tahun lalu. Pengerusi DAP Negeri Jimmy Wong Sze Phin, Timbalan Pengerusi Stephen Wong Tien Fatt dan Naib Pengerusi Chan Foong Hin telah membuat laporan kepada SPRM di Putrajaya pada 28 November lalu. Dalam laporan tersebut, mereka menjelaskan bahawa tindakan undang-undang telah difailkan oleh Pengurus Alam Sekitar Yayasan Sabah (YS), Masturah Sulaiman, terhadap majikannya. YS sebelum ini dikatakan sengaja memindahkan Masturah ke jabatan lain kerana membangkitkan isu kematian 14 ekor gajah tersebut. Dalam samannya, Masturah menamakan tiga orang termasuk

seorang pegawai utama Yayasan Sabah yang bertanggungjawab memindahkannya. Masturah sebelum ini bertugas sebagai pengurus alam sekitar di Rakyat Berjaya Sdn Bhd (RBJ), anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah memfailkan tindakan mahkamah terhadap tiga pegawai kumpulan itu kerana memindahkannya, berikutan laporan dibuat susulan kematian 14 gajah Borneo. Masturah yang sebelum ini bertugas sebagai pengurus alam sekitar di RBJ semenjak 2004 turut mengetuai unit Kajian Kesan Alam Sekitar, kemudiannya dipindahkan ke Unit Alam Sekitar dan Sumber Hutan (Forest Resources and Environmental Unit). “Adakah kerana Masturah mengetahui terlalu banyak penyelewengan dalam Yayasan Sabah, maka dia dipaksa berpindah kepada bahagian lain yang tidak ada kena mengena dengan

“Sehingga hari ini tidak ada sesiapa yang didapati bertanggungjawab, walaupun laporan makmal mendapati 14 gajah tersebut mati akibat keracunan.” -JIMMY WONG SZE PHIN Pengerusi DAP SABAH

kepakarannya? “Sehingga hari ini tidak ada sesiapa yang didapati bertanggungjawab, walaupun laporan makmal mendapati 14 gajah tersebut mati akibat keracunan. “Susah sangatkah untuk menjejaki pergerakan gajah dan mengesan kontraktor kawasan tempat bangkai itu ditemui?” kata Jimmy Wong dalam satu kenyataan. DAP Sabah juga menyeru siasatan dibuat sekiranya wujud mus-

lihat dan penyelewengan dalam Jabatan Perhutanan Sabah yang membawa kepada kematian gajah tersebut. Ini kerana Pengarah Jabatan Perhutanan juga adalah ahli lembaga pengarah anak syarikat Yayasan Sabah, yang diberi konsesi Hutan Simpan Gunung Rara. “Ini adalah konflik kepentingan. Adakah ini bermakna dia (pengarah) menebang pokok-

pokok dan pada waktu sama memantau siapa yang menebang?,” soal Jimmy Wong yang juga Ahli Parlimen Kota Kinabalu. Masturah yang mengemukakan saman tersebut telah menerima laporan kematian 10 gajah Borneo pada 10 Januari 2013, di Hutan Simpan Gunung Rara kira-kira 130km dari Tawau, dan kawasan tersebut diserahkan kepada Yayasan Sabah, Sebagai pegawai yang bertanggungjawab menyelia kawasan tersebut, beliau hairan apabila kejadian itu langsung tidak dimaklumkan kepadanya oleh RBJ mahu pun Yayasan Sabah. Sehubungan itu, satu laporan dibuat kepada Tabung Hidupan Liar Dunia (WWF) bagi menyiasat insiden berkenaan dan jawapan balas pertubuhan itu turut dihantar kepada Kumpulan Yayasan Sabah, Jabatan Perhutanan dan Jabatan Hidupan Liar.

Pertahanan Sabah perlu diperkuatkan ANCAMAN keselamatan negara pada masa ini datangnya dari laut, terutama Laut China Selatan, yang amat membahayakan rakyat di negeri Sabah. Namun, kerajaan Malaysia masih tidak mengubah strategi lama yang menyebabkan negara telah dikejutkan dengan serangan pengganas dari luar. Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan, Liew Chin Tong berkata, keadaan itu menyebabkan tiga daripada empat divisyen askar berada di Semenanjung manakala tiada skuadron tempur tentera udara yang berpangkalan di Sabah dan Sarawak. Katanya, keadaan di mana angkatan tentera Malaysia terpaksa dikerah tergesa-gesa dari Semenanjung ketika insiden Lahad Datu itu adalah peringatan jelas bahawa strategi lama Perang Dingin tidak lagi boleh digunakan. “Dengan itu, Malaysia perlu berubah kerana keadaan keselamatan berbeza ketika era Perang Dingin di mana ancaman utama adalah komunis, terutama di bahagian darat Semenanjung,” tambah beliau.

Menurutnya, kerajaan perlu belajar daripada insiden itu bahawa kekuatan pertahanan perlu berdasarkan penilaian ancaman dan risiko, bukannya legasi lapuk dan faktor sejarah. “Kini terlalu banyak sumber diperuntukkan kepada tentera darat, sedangkan ancaman sebenar dari laut. “Kementerian Pertahanan perlu melaksanakan nisbah 50:50 tentera antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak, dan 35:35:30 sumber antara tentera darat, laut dan udara,” katanya. Liew yang juga Ahli Parlimen Kluang menggesa kerajaan mengambil pelajaran daripada kegagalan mengumpul maklumat perisikan secukupnya ketika insiden Lahad Datu. “Bukti menunjukkan ancaman Sulu di sana mula dikesan pada tahun 2008, namun tiada respon yang dirangka. Unit Perisikan perlu tumpu kepada ancaman ketenteraan sebenar, bukannya politik domestik. “Dasar pertahanan adalah dinamik dan sentiasa memerlukan penilaian semula.

Kegagalan untuk bertindak akan mengundang bencana, seperti kes Lahad Datu,” katanya lagi. Pakatan Rakyat telah menghantar memorandum kepada Perdana Menteri berhubung penambahbaikan Pusat Kawalan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) yang sering menjadi tumpuan pengganas. Antaranya, strategi kerajaan masih ber-

dasarkan ancaman komunis menjadikan Semenanjung sebagai medan utama, dengan peratusan kekuatan polis dan tentera 70 peratus di Semenanjung dan 30 peratus di Sabah dan Sarawak. Memorandum itu dirangka oleh Ahli Parlimen Lumut yang juga bekas pegawai tinggi TLDM Laksamana Pertama (B) Ahmad Imran Abdul Hamid.


3

Bina lebuh raya: Utamakan syarikat Sabah, bukan kroni Semenanjung DAP Sabah membantah keras cubaan memberi kontrak pembinaan Lebuhraya Pan-Borneo merentasi Sabah dan Sarawak yang bernilai RM27 bilion kepada syarikat Semenanjung, lebih-lebih lagi kepada syarikat kroni, tanpa melalui tender terbuka. Ahli Parlimen Kota Kinabalu Jimmy Wong Sze Phin berkata beliau mendapat tahu tentang perkara itu melalui beberapa laporan media yang menyatakan bahawa syarikat UEM-MMC menjadi pendahulu bagi mendapatkan projek itu bagi bahagian Sabah. “Kita tahu bahawa Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (pemilik MMC) adalah kroni BN,” katanya dalam satu sidang media di Parlimen baru-baru ini. Beliau yang juga Pengerusi DAP Sabah menggesa proses bidaan projek dibuat secara tender terbuka, dengan keutamaan diberikan kepada syarikat tempatan. “Kami meminta kerajaan mensyaratkan agar syarikat dari Sabah perlu menyertai konsortium yang akan membida projek ini. “Kami tidak ingin syarikat tempatan hanya mendapat serdak dengan menjadi sub-kontraktor kepada syarikat Semenanjung yang mendapat keuntungan besar,”

tambah beliau. Sedangkan di Sarawak, kata Wong, syarikat-syarikat tempatan, iaitu Cahya Mata Sarawak Bhd, Hock Seng Lee Bhd, Naim Holdings Bhd dan Zecon Bhd dijangka mendapat kontrak pembinaan lebuhraya bagi bahagian negeri itu, seperti dilaporkan oleh akhbar The Star pada 11 Oktober lalu. “Jika di Sarawak boleh (dikendalikan syarikat tempatan), mengapa tidak Sabah? “Kami tidak ingin penduduk Sabah dilayan seperti ‘orang bodoh’. Sudahlah keuntungan melalui pembinaan lebuhraya diraih konsortium dari Semenanjung, malah menikmati konsesi tol yang mahal daripada rakyat Sabah,” katanya lagi. Dalam sidang media sama, Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt berkata, mereka bukan cuba menimbulkan sentimen anti-Semenanjung tetapi hanya menggesa layanan yang saksama kepada penduduk negeri itu. “Sabah adalah antara negeri paling miskin, walaupun menjadi penyumbang utama negera melalui hasil petroleum. Jika perkara ini berlaku (kontrak diberi kepada syarikat luar), rakyat negeri sekali lagi dirompak,” katanya.

“Sabah adalah antara negeri paling miskin, walaupun menjadi penyumbang utama negera melalui hasil petroleum. Jika perkara ini berlaku (kontrak diberi kepada syarikat luar), rakyat negeri sekali lagi dirompak.” - STEPHEN WONG TIEN FATT Ahli Parlimen Sandakan

Najib cakap kosong, gagal atasi masalah PATI

“Tiada guna jika Pairin dipuji sebagai ‘patriot Malaysia sejati’, jika Najib tak bersedia memberi kuasa penuh kepadanya melaksana cadangan RCI dan menyelesaikan masalah 40 tahun pendatang haram.” - LIM KIT SIANG Ketua Parlimen DAP

DAP mempersoalkan sama ada Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan akan berjaya meyakinkan Kerajaan Pusat untuk menyelesaikan masalah 40 tahun pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri itu. Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, ia hanya boleh diselesaikan melalui Jawatankuasa Pelaksanaan, lanjutan kepada laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Mengenai Pendatang Tanpa Izin di Sabah. “Apakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Kabinetnya bersedia memberi Pairin kuasa penuh bagi melaksanakan cadangan-cadangan laporan RCI? “Tiada guna jika Pairin dipuji sebagai ‘patriot Malaysia sejati’, jika Najib tak bersedia memberi kuasa penuh kepadanya melaksana cadangan RCI dan menyelesaikan masalah 40 tahun pendatang haram,” katanya dalam satu kenyataan. Sewaktu merasmikan persidangan tahunan Parti Bersatu Sabah (PBS) pada November lalu, Najib memuji Pairin yang disifatkannya sebagai ‘patriot

Malaysia sejati’ kerana pendirian teguh memastikan Sabah terus berada dalam Malaysia. Kit Siang berkata, beliau telah pun mencadangkan kepada Parlimen supaya PATI dihantar pulang ke negara asal, dengan peringatan bahawa wujud konspirasi untuk membenarkan mereka mengundi dengan tujuan mengubah lanskap politik Sabah. Isu tersebut kemudiannya meleret kepada skandal pemberian kad pengenalan biru kepada PATI yang didaftarkan sebagai pemilih, yang diketahui sebagai ‘rahsia umum’. “Kebimbangan yang saya nyatakan di Parlimen pada 1986 telah terjadi berdasarkan perubahan dalam demografi politik dan sosio-ekonomi di Sabah. “Ini berpunca akibat pemberian hak mengundi secara gelap, yang merupakan subjek RCI Mengenai Pendatang Tanpa Izin di Sabah,” kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu. Menurutnya, apa yang diperlukan sekarang bukannya ulasan lanjut tetapi pelaksanaan segera cadangan dikemukakan RCI.


4

Kilang padi mini di Kg Ulu Tepoh 13 September 2014, lawatan ke tapak cadangan kilang padi di Kg Ulu Tepoh. Dari kiri, Sivakumar Varatharaju (MP Batu Gajah), Panus Ebin, Peter Saili, Teresa Kok (MP Seputeh) dan Noorita Sual.

Sumbangan perahu kepad Pangi dan Kg Kelandos

Jambatan gantung berukuran 500 kaki panjang melintasi Sungai Padas sebelum musnah.

Rumah kediaman penduduk kampung di seberang sungai.

6 November 2014 - Sdra Peter Saili menyerahkan dua buah inji outboard kepada wakil dari Kg. Pangi dan Kg Kelandos.

Kg Pangi dan Kg Kelandos adalah perkampungan di dalam Daerah Tenom yang mana keretapi adalah kendaraan khas bagi penduduk di sini untuk ulang alik ke Pekan Tenom. Penduduk di sini bermastautin dan berkebun di tebing kiri dan kanan sepanjang Sungai Padas. Bagi mereka di

10 Oktober 2014, Panus dan rakan kerjanya sedang memunggah padi yang mereka angkut dari kampung jiran untuk diproses dikilang padi mini mereka.

seberang sungai, jambatan gantung sedia ada di situ merupakan lalu lintas utama bagi seharian mereka termasuklah anak anak yang ingin pergi ke sekolah mereka yang berada di seberang sungai. Namun itu, penduduk di seberang sungai terdesak apabila jambatan gantung utama sekali ini musnah akibat dilanda

Penyambungan paip air da dirawat di Kg Sasai, Bingk Kerja mengiling padi sedang dijalankan.

Kg Ulu Tepoh adalah sebuah kampung berjarak jauh lebih kurang 27 km daripada Pekan Tenom dan ianya boleh dilalui melalui jalanraya. Buat ketika ini di sekitar kawasan kampung ini (termasuk jirannya) mempunyai lebih 100 ekar sawah padi dimiliki oleh lebih kurang 50 keluarga. Namun itu, para petani disini menghadap masalah apabila hendak membawa hasil mereka ke kilang padi kerana tidak mempunyai kenderaan pengangkutan sendiri. Di samping itu, kadang kala hasil mereka kerosotan kualiti kerana kilang

padi di Pekan Tenom terlalu sibuk ketika musim penuaian. Sebagai penyelesaian, Panus Ebin dan rakannya telah mencadangkan agar sebuah kilang padi mini didirikan di Kg Ulu Tepoh kemudian dioperasi dibawah koperasi penduduk kampung sendiri. Secara gotong royong dan kutip dana diantara para penduduk disitu, bangunan kilang padi itu telah siap dibina pada pertengahan bulan Oktober 2014 dengan kelengkapan gilingan padi yang didermakan oleh DAP.

KG SASAI adalah sebuah kampung terletak di kawasan DAN Bingkor yang hanya berjarak jauh lebih kurang 8km dari Pekan Keningau. Biarpun letaknya hanya lebih kurang 3 km dari loji rawatan air yang sedia ada di Kg Bungsit, namun 30 keluarga petani sawah padi sepanjang parit bekalan air ini belum dapat menikmati bekalan air yang bersih. Bagi tujuan mandi, mencuci kain mahupun alat alat dapur mereka terpaksa ke parit saliran air sawah padi walaupun air parit ini telah tercemar dengan racun rumpa/serangga ataupun baja kimia. Mereka juga terpaksa

berulang alik ke rumah saudara yang berdekatan untuk mendapatkan air bersih yang telah dirawat bagi tujuan memasak makanan dan air minum. Atas permintaan daripada para penduduk disitu, DAP telah menyumbangkan bahan bahan yang diperlukan seperti paip dan sambungannya (panjangnya lebih kurang 1 km) supaya mereka dapat menikmati air bersih dari sumber yang terawat. Pada bulan September 2014, atas bantuan dari DAP penyambungan paip tersebut telah diselesaikan melalui gotong royong oleh para penduduk berkenaan sendiri.

DARI KIRI: Dyana Sof Varatharaju dan Pete pada 13hb Septemb


5

da masyarakat di Kg

in

Pembinaan tadahan saliran air bagi sawah di Kg Ulu Tepoh

4 September 2014 - Pimpinan DAP bersama sukarelawan ketika gotong-royong. 26th Julai 2014, YB Lim Kit Siang menyerahkan dua buah perahu kecil buatan fibreglass kepada wakil dari Kg Pangi dan Kg Kelandos ketika Majlis Makan Amal berlangsung di Restoran Chi Hing, Pekan Tenom.

banjir pada 13hb Februari 2014. Selepas gagal mendapatkan sesuatu tindakan remedi dari pihak tertentu, wakil penduduk kampung di situ merayu agar DAP Melalap dapat memberi bantuan untuk menyumbangkan 2 buah perahu kecil buatan fibreglass berinjin supaya masalah kehidupan seharian dapat

diatasi. Sehubungan itu, pada hujung bulan Julai 2014 DAP Pendalaman telah menganjurkan Majlis Makan Amal di Pekan Tenom dan Pekan Keningau, dan telah berjaya mengutip dana untuk menampung kos pembelian perahu berinjin yang diperlukan.

ari bekalan air yang kor 7 September 2014 - Noorita Sual (kiri depan), Panus Ebin (T shirt berjalur), Peter Saili (baju tangan panjang warna putih) bersama sama dengan beberapa orang penduduk Kg Ulu Tepoh berdiri di atas gabion yang telah siap dipasang.

ofya, Teresa Kok, Sivakumar er Saili melawat ke tapak ber 2014.

Sukarelawan sedang memasang paip secara gotong royong yang dijalankan pada hujung Ogos 2014.

Kg Ulu Tepoh adalah sebuah kampung di kawasan pendalaman Daerah Tenom, Sabah. Jarak di antara kampung ini ke Pekan Tenom adalah lebih kurang 27 km melalui jalanraya yang sedia ada. Sebahagian besar daripada penduduk di sini adalah penoreh getah. Memandangkan kepada harga getah yang semakin merosot, 6 orang penoreh getah di sini terpaksa menanam padi untuk mendapatkan pendapatan sampingan.

Para petani sawah padi di sini telah mengalami masalah kerana tadahan air mereka yang disusun dengan batu itu amat rapuh apabila banjir. Sehubungan itu, pada hujun bulan Ogos 2014 DAP Melalap telah dermakan dua buah gabion sebaik sahaja menerima permohonan daripada Panus Ebin. Pada 4hb September 2014, para petani disini telah berjaya membina semula tadahan air mereka secara gotong-royong.


6

IMPIAN SABAH P

bila Impian Sarojek Impian Sabah mem- pengairan apa mereka membuktikan bahawa DAP bah membantu ahan “gabion” bukan sahaja pandai ber- bina dinding pen n untuk kegunaan cakap tetapi juga menepati janji dan empanga pengairan sawah padi. pembangunan untuk rakyat. Projek yang sedang dalam Impian Sabah yang bermula ksanaan pula adasejak tahun lalu bersama den- proses pela an penggiling padi gan Impian Sarawak adalah lah pembina n orang kamnaa usaha murni DAP yang diga- untuk kegu bungkan dalam semangat per- pung. Sementara itu, satu projek paduan Impian Malaysia. lintasan sungai Ia adalah usaha di mana pembinaan di Kampung Ulu ah ahli-ahli DAP bersama dengan paras rend m dijangka dilakpara sukarelawan bekerjasa- Saga, Teno tidak lama lagi untuk ma dengan orang-orang kam- sanakan kenderaan mepung tempatan untuk membina memudahkan pedalaman asan kaw kemudahan awam seperti paip masuki udahkan penduduk air, jalan kampung, jambatan, serta mem membawa keluar hatandas dan pelbagai kemuda- kampung sil dari kebun yang terletak di han lain. Sejak akhir tahun 2013, Im- kaki bukit. Menurut Ketua Parlimen pian Sabah telah berjaya menyKit Siang, Impian Saiapkan beberapa projek infra- DAP, Lim asrat mengumpul struktur di kawasan yang tidak bah berh a semua lapisan pad dipedulikan oleh kerajaan Bari- dana dari ysia, terutamanya san Nasional. Antaranya ialah rakyat Mala enanjung untuk mendi Kampung Samparita Laut di dari Sem n projek yang diperluKota Marudu di mana projek gusahaka di pedalaman Sabah Bekalan Air Paip Graviti yang kan rakyat diusahakan secara membolehkan penduduk kam- yang akan pung itu menikmati bekalan air sukarela. “Rakyat di pedalaman Sabersih. api masalah tiada Pada Julai 2014, projek Im- bah menghad trik, jambatan unpian Sabah juga berjaya mem- bekalan elek rang sungai, bot. bina Bekalan Air Paip Graviti di tuk menyebe g kampung milik Kampung Pangi di Tenom serta Tanah oran g juga dirampas. menderma dua bot kecil dan nenek-moyan alah itu sepatutnya angkutan berkuasa enjin untuk Semua mas kerajaan BN yang kegunaan orang Kg Pangi dan diselesaikan sudah 50 tahun memerintah Kg Kelandus. a tahu membuat Pada September 2014, pen- bukan hany pi tidak ditunaikan,” duduk Kampung Ulu Tepoh di janji teta Tenom menikmati kemudahan katanya.

TENOM

alan Air Paip Sukarelawan dan orang kampung membina Bek mendapat juga Graviti di Kampung Pangi. Penduduk kampung enjin untuk sumbangan dua bot kecil dan angkutan berkuasa pung Kelandus. kegunaan orang Kampung Pangi dan Kam Siap pada Julai 2014. ing penahan Sukarelawan dan orang kampung membina dind h untuk kegu“gabion” dan empangan di Kampung Ulu Tepo ber 2014 naan pengairan sawah padi. Siap pada Septem lah membina Projek yang sedang dilaksanakan sekarang ada g kampung. penggiling padi (rice mill) untuk kegunaan oran


7

KOTA MARUDU

Sukarelawan dan orang kampung membina Bek alan Air Paip Graviti di Kampung Samparita Laut. Penduduk tida k mempunyai kemudahan air paip dan bergantung kepada air sung ai sebagai sumber minum dan membersih. Apabila keadaan air sungai terlalu kotor, penduduk mengumpul air hujan untuk kegu naan seharian. Kini mereka menikmati bekalan air bersih. Siap pad a Disember 2013 Selain sukarelawan yang datang dari Semena njung, Sarawak dan Sabah sendiri yang bergotong-royong bersama penduduk kampung-kampung tempatan, para pemimpin DAP Sabah turut hadir untuk membantu. Antara mereka adalah Jimm y Wong, Dr Edwin Bosi, Chan Foong Hin dan Junz Wong.

1.3kb


8

Isu pendatang tanpa izin: Laporan RCI kecewakan rakyat Sabah SELEPAS dua tahun menunggu laporan suruhanjaya siasatan mengenai pendatang tanpa izin (PATI) di Sabah, akhirnya ia didedahkan kepada umum. Ternyata laporan itu tidak meyakinkan rakyat Sabah yang menganggap kerajaan UMNO-BN mengecewakan mereka. Hasil laporan itu: tiada siapa didapati bersalah, Projek IC dikatakan mungkin ada dan mungkin tiada, dan tiada pemberian kad pen-

genalan secara meluas! Selain itu, dalam laporan setebal 368 muka surat tersebut, hanya satu cadangan diberikan, iaitu satu sekretariat tetap ditubuhkan bagi menangani masalah PATI di negeri ini. Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong Sze Phin berkata, rakyat Sabah tidak percaya dengan laporan itu kononnya kerajaan dan parti politik tidak terlibat dalam projek IC. “UMNO terlibat. Ramai (dari kalangan war-

ga asing yang mendapat kad pengenalan) turut didaftarkan sebagai pengundi,” katanya. Menurutnya, seorang bekas tahanan ISA Jabar Khan yang juga setiausaha pasukan projek tersebut pernah mendedahkan penglibatan pemimpin UMNO dalam hal itu. Antara yang dituduh oleh Jabar adalah Musa Aman dan Yahya Hussein, selain keterangan pegawai lain mengenai proses membuat kad pengenalan di sebuah kediaman pemimpin

UMNO di Kuala Lumpur. “Kesaksian bekas pegawai-pegawai JPN adalah mencukupi untuk mengaitkan pihak kerajaan. “Kita masih ingat tiga bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang memberi keterangan kepada panel RCI dan kemudian ditahan di bawah ISA kerana memberi kad pengenalan kepada warga asing,’ kata Wong yang juga Ahli Parlimen DAP Kota Kinabalu.

KIRI: Batu Sumpah replika kedua didirikan di Kg Kionsom, Inanam pada 25 Oktober 2014. ATAS 1: Batu Sumpah yang terletak di Keningau. ATAS 2: Pimpinan DAP Sabah bersama ketua kampung tempatan selepas mendirikan replika Batu sumpah pertama di luar tapak Batu Sumpah asal

Batu Sumpah: Martabat anak Sabah dijamin BATU SUMPAH di Keningau mencatatkan janji Kerajaan Persekutuan kepada rakyat Sabah yang sudi bergabung dengan Malaya bersama Sarawak dan Singapura untuk membentuk Malaysia pada 16 September 1963. Tiga janji – dan juga tiga perkataan yang hilang dari batu itu iaitu “Kerajaan Malaysia Jamin” - memastikan kebebasan beragama dalam Sabah, penguasaan tanah oleh kerajaan Sabah dan menghormati serta memulihara adat istiadat di negeri itu.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mempersoalkan sama ada sumpah yang dibuat bersama oleh pimpinan Persekutuan dan Sabah telahpun dijamin dan ditunaikan. “Peminggiran, kemiskinan dan ketinggalan di belakang dalam bidang sosio-ekonomi tidak sepatutnya berlaku di negeri kedua terbesar di Malaysia,” katanya. Pada 31 Ogos 2014 apabila DAP Sabah ingin mengadakan upacara memperingati ulangtahun Batu Sumpah didirikan, para pemim-

pin dan wakil rakyat parti, termasuk Kit Siang, telah tidak dibenarkan masuk ke kawasan batu istimewa itu, iaitu di halaman Pejabat Tanah Keningau. Kerana dihalang masuk, penduduk tempatan bersama para pemimpin DAP telah mendirikan satu replika Batu Sumpah di luar tapak asal. Dengan itu, mereka berjaya mengadakan upacara peringatan bersama dengan ketua kampung tempatan pada hari itu. Menyedari pentingnya semangat Batu

Sumpah, pimpinan DAP Sabah telah membina replika kedua di Kampung Kionsom, Inanam pada 25 Oktober 2014 untuk kemudahan penduduk tempatan menziarahinya pada bila-bila masa. DAP bercadang untuk mendirikan lebih banyak lagi replika yang sama di kampung-kampung di Sabah dengan hasrat mengingatkan rakyat tentang perjanjian di antara Kerajaan Persekutuan dan anak negeri Sabah.


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.