Sosialis (May Jun 2014)

Page 1

SOSIALIS

Dinamik - Berani - Berprinsip http://parti-sosialis.org

RM1-00

Mei-Jun 2014

Harga Solidariti RM2-00

Gelombang Merah 1 Mei

T A Y K A R

T S G H A T N BA 50,000 rakyat Malaysia menggegarkan Kuala Lumpur dan berhimpun di Dataran Merdeka pada 1 Mei yang lalu dalam aksi raksasa membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Tahun 2014 menandakan ulangtahun ke-20 sambutan Hari Mei Satu yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Mei Satu sejak 1994. Sambutan Hari Mei Satu tahun ini yang bertemakan “Bantah GST Sampai Tumbang� merupakan satu aksi massa yang penting untuk menangkis serangan cukai GST yang memiskinkan rakyat. Seperti tahun-tahun sebelum ini, sambutan Mei Satu dianjurkan oleh Jawatankuasa Mei Satu yang terdiri daripada kumpulan masyarakat seperti Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT). Program sambutan Hari Mei Satu anjuran Jawatankuasa Mei Satu adalah perarakan dari KLCC ke Dataran Merdeka. Parti-parti komponen Pakatan Rakyat juga memobilisasi penyokong mereka untuk turun ke jalanraya demi membantah G S T d a n berkumpul di tempat berlainan sebelum berarak ke Dataran Merdeka. Ribuan rakyat berkumpul di KLCC pada waktu tengah hari 1 Mei

dengan berpakaian merah dan membawa plakad ataupun bahan-bahan protes yang kreatif. Nyanyian lagu dan deklamasi puisi oleh anak-anak muda telah memeriahkan suasana himpunan di KLCC. Antara wakil-wakil kumpulan masyarakat yang memberi ucapan termasuklah wakil pekerja ladang, pekerja kilang, petani, orang asli, Gabungan Bersih, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), kumpulan membantah insinerator Kuala Lumpur dan Kongres Nasional Kesatuan Sekerja (MTUC). “Deklarasi Hari Mei Satu 2014� telah dibacakan dalam himpunan di KLCC, dengan tuntutan seperti m e m b a t a l k a n c u k a i G S T, menghentikan perundingan perjanjian TPPA, pelaksanaan sepenuhnya gaji minima, perlindungan hak pekerja migran, memberhentikan penswastaan perkhidmatan asas, pendidikan percuma, mempertahankan kebebasan media, melindungi alam sekitar, pengiktirafan hak tanah adat orang asli, perumahan selesa untuk rakyat dan memansuhkan akta-akta zalim. Sebanyak 96 buah organisasi telah menyokong deklarasi ini.

berhimpun di situ. Lebih kurang 50,000 orang berarak di Kuala Lumpur dan berhimpun di Dataran Merdeka pada hari 1 Mei tahun ini. Ini merupakan himpunan yang paling besar dalam sejarah sambutan Hari Pekerja di negara kita. Himpunan Hari Mei Satu tahun ini bagaikan referendum rakyat dengan menggunakan kaki sendiri untuk menyatakan bantahan terhadap cukai GST. Rakyat Malaysia sudah menyuarakan bantahan terhadap cukai GST dengan suara yang lantang pada 1 Mei yang lalu. Jikalau kerajaan masih berdegil untuk melaksanakan sistem cukai yang memiskinkan rakyat ini, rakyat akan kembali ke jalanraya lagi dengan tentangan yang lebih hebat. Hanya dengan kuasa rakyat, kita dapat hentikan segala serangan yang menghakis kepentingan rakyat.

Dataran Dibanjiri Gelombang Merah Walaupun pada awalnya polis tidak membenarkan himpunan Hari Mei Satu diadakan di Dataran Merdeka, tetapi akhirnya masih membenarkan rakyat memasuki Jalan Raja di hadapan Dataran Merdeka dan

Lawatan Obama & Protes Bantah TPPA

> m/s 11 Diterbitkan oleh: Parti Sosialis Malaysia (PSM), 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470, Kuala Lumpur.

Tel: 03-22747791

Faks: 03-87374772 Laman web: http://partisosialis.org/


2

Mei-Jun 2014

PSM

Dari Meja Pengarang 1 Mei tahun ini menandakan satu lagi titik tolak baru dalam gerakan rakyat. Puluhan ribu rakyat turun ke jalan raya pada hari tersebut untuk menyuarkan bantahan terhadap cukai GST, Cukai Barangan dan Perkhidmatan yang bakal memiskinkan rakyat. Himpunan Mei Satu tahun ini merupakan himpunan rakyat yang paling besar dalam sejarah sambutan Hari Pekerja. Syabas diucapkan kepada semua rakyat yang sedar dan sentiasa berjuang untuk keadilan sosial. Namun, perjuangan kita tidak berakhir dengan satu atau dua perhimpunan besar-besaran. Perjuangan menentang kezaliman rejim pro-kapitalis adalah satu proses politik yang berterusan, di mana melibatkan penyebaran kesedaran rakyat dan juga mobilisasi berterusan untuk perubahan yang nyata. Jikalau rakyat leka dan lembab dalam perjuangan, sudah pastinya rejim UMNO-BN yang hanya mementingkan keuntungan kapitalis besar dan kroni-kroninya akan meneruskan agendanya untuk memeras

pusat@partisosialis.org http://partisosialis.org/ Untuk Sumbangan, sila buat cek atas nama: Parti Sosialis Malaysia No. Akaun Maybank: 512080337313

http://partisosialis.org/

rakyat secara habis-habisan. Oleh itu, kita perlu fokus pada perjuangan rakyat yang sebenar dan menyatukan segala kekuatan rakyat untuk menuju ke arah perjuangan ini. Kita juga perlu berhati-hati dengan isu yang boleh memecah-belahkan rakyat sehingga menggagalkan perjuangan rakyat untuk keadilan sosial. Pihak pemerintah UMNO-BN akan terus mempergunakan isu perkauman dan agama untuk mengkaburkan pandangan politik rakyat. Kita perlu meneruskan usaha menyedarkan rakyat tentang isu-isu ketidakadilan sosial yang disebabkan oleh dasar-dasar kerajaan yang menyebelahi pemodal besar, kepincangan dalam pentadbiran kerajaan sekarang dan juga kezaliman pihak pemerintah ke atas rakyat biasa. Kita hanya dapat menewaskan raksasa kezaliman dengan kuasa rakyat yang dibina dari bawah melalui kesedaran politik akar umbi. ##


PARTI DAN FRON

3

Mei-Jun 2014

PSM Lancar Kempen

Kembalikan Pilihanraya Tempatan

PSM akan mengadakan satu siri aktiviti untuk kempen menuntut pilihanraya tempatan pada bulan Mei ini. Kerajaan Tempatan merupakan komponen sistem pentadbiran yang penting di negara kita. Namun, rakyat Malaysia tidak mempunyai hak untuk memilih kerajaan tempatan melalui pilihanraya sejak tahun 1960an apabila pilihanraya tempatan digantung sehingga kini. Usaha untuk memulihkan semula pilihanraya telah diambil oleh masyarakat sivil sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan Pakatan Rakyat juga berjanji untuk melaksanakannya. “Institusi demokrasi di negara kita hanya akan disempurnakan dengan adanya pilihanraya kerajaan tempatan,” menurut Choo Chon Kai, penyelaras Kempen Kembalikan Pilihanraya Tempatan PSM. PSM akan menggerakkan cawangan-cawangannya untuk menghantar memorandum kepada ahli-ahli majlis tempatan di seluruh negara pada bulan Mei semasa mesyuarat majlis di tempat masing-masing, dan menyeru ahli-ahli majlis tersebut menyokong tuntutan untuk kembalikan pilihanraya tempatan. ##

Peniaga Kecil Sg Siput “Mogok” Pada awal bulan April yang lalu, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) telah menaikkan kadar sewa petak dari 50 sen se petak kepada RM 3 se petak. Tiap petak berukuran 3 kaki lebarnya dan seseorang peniaga memerlukan antara 3 hingga 6 petak untuk perniagaan. Peniaga kecil telah hantar surat kepada YDP MPKK dan memohon satu mesyuarat tetapi tidak dilayan. Selepas itu mereka telah menghantar surat kepada Menteri Besar.

Forum Hari Bumi

Oleh kerana tiada sebarang maklum balas daripada kedua-dua pihak, lebih kurang 200 peniaga di pasarpasar pagi dan malam di Sg Siput U telah mengambil keputusan untuk tidak membayar kadar baru sehingga mesyuarat diadakan. Dalam sidang akhbar dengan pemberita, Dr Jeyakumar telah mengatakan bahawa, “saya amat kecewa dengan sikap pegawai atasan MPKK. Naik kadar tanpa konsultasi. Minta jumpa pun tidak memberi peluang. Terlalu angkuh! Inilah satu lagi sebab kami di PSM memohon pilihanraya tempatan untuk melantik ahli majlis tempatan. Jika ahli majlis dan YDP juga dilantik oleh rakyat, itu akan jadikan mereka jauh lebih peka pada isu dan keluhan rakyat.” Bersempena dengan sambutan ulangtahun ke-16 penubuhan PSM, ibu pejabat nasional PSM di Brickfields telah mengadakan satu sesi perbincangan di pejabat dan juga pemasangan papan tanda baru di hadapan pejabat. Sesi yang serba ringkas tetapi penuh bermakna ini telah dihadiri oleh anggota PSM di Kuala Lumpur dan juga penyokong setia PSM.

Satu forum khas PSM bersempena dengan sambutan Hari Bumi telah diadakan pada 22 April yang lalu di Kuala Lumpur, dengan bertemakan “Air, Jerebu dan Alam Sekitar: Apa Sudah Jadi Dengan Malaysia?”. Forum tersebut telah membariskan ahli-ahli panel seperti Suresh (PSM Cameron Highlands), Zulkefly Omar (PAS), Wong Tack (Himpunan Hijau) dan Gurmit Singh (CETDEM). Isu-isu kehancuran alam sekitar akibat daripada pembinaan loji pembakaran sampah, empangan besar dan kilang yang bertoksik, telah dibincangkan oleh ahli-ahli panel dalam forum ini.

Mesyuarat Gabungan Kiri telah diadakan pada 13 April yang lalu. Mesyuarat tersebut telah membincangkan satu dokumen tentang agenda politik Gabungan yang akan mendapatkan sokongan daripada kumpulan lain yang berminat untuk menyertai Gabungan Kiri.

Pengedaran risalah bantah GST dan penjualan akbar Sosialis giat dijalankan oleh cawangancawangan PSM. Anggota Cawangan Subang di Pasar Malam Subang Perdana.

Program keselamatan diri kanak-kanak pada 13 April yang lalu, anjuran PSM Buntong, Perak.


4

ISU PEKERJA

Mei-Jun 2014

ADAKAH PEGUAM NEGARA AKAN DAKWA MAJIKAN YANG TAK BAYAR GAJI MINIMA? Sejak pelaksanaan Akta Gaji Minima di Malaysia pada Januari 2013, pihak JERIT dan PSM telah menerima ribuan aduan dari[ada pekerja melalui HOTLINE yang dilancar pada Januari 2013. Ekoran daripada itu, JERIT dan PSM telah menyalurkan ratusan aduan kepada cawangancawangan Jabatan Tenaga Kerja di seluruh Malaysia dan telah mengenalpasti lebih kurang 200 Syarikat yang ingkar dasar untuk membayar gaji minima. Pelaksanaan Akta Gaji Minima sendiri adalah satu perjuangan yang telah mengambil lebih sepuluh tahun dan telah diterajui oleh kumpulan-kumpulan pro-pekerja seperti PSM, JERIT, PSWS dan MTUC. Kini akta yang begitu penting ini diancam oleh majikan yang tidak peduli dan kerajaan sendiri tidak serius untuk melaksanakannya. Pada Oktober 2013, Kerajaan telah mengisytiharkan bahawa Akta Gaji Minima ini akan dilaksanakan 100% mulai 1 Januari 2014. Desakan dan tekanan berterusan daripada pihak PSM dan JERIT akhirnya membuahkan satu mesyuarat dengan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) di Putrajaya pada 10 April yang lepas. Dalam mesyuarat tersebut, seramai 25 wakil pekerja dari Johor, Perak, Kedah dan Selangor, termasuk penyelaras JERIT dan PSM turut hadir. Pemimpim PSM yang hadir dalam mesyuarat penting ini adalah Arutchelvan (Setiausaha Agung PSM), M. Saraswathy (Timbalan Pengerusi PSM) dan M. Sugumaran (Penyelaras Biro Pekerja PSM), manakala aktivis JERIT yang hadir adalah Sivaranjani. Zawaviyah, wakil dari Kedah yang mewakili pekerja-pekerja Innovative Force Sdn Bhd dan Muhamad Yazid dari Perak yang mewakili pekerja-pekerja ZB Security Services Sdn Bhd juga hadir. Sementara itu, bagi pihak Jabatan Tenaga Kerja, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja, Asri bin Abdul Rahman, bersama unit penguatkuasa Gaji Minima mengambil bahagian dalam mesyuarat ini mewakili pihak Kementerian Sumber Manusia. Antara isu yang dibangkitkan adalah termasuklah adakah majikan yang gagal laksana Gaji Minima akan diambil tindakan? Timbalan Pengarah JTK mengatakan bahawa KSM telah mewujudkan pasukan khas penguatkuasa Gaji Minima untuk membuat siasatan ke atas aduan untuk semua syarikat yang berkenaan. Mengikut Timbalan Ketua Pengarah, pasukan ini mempunyai pegawai penyiasat hanya seramai 356 orang di seluruh Malaysia untuk mengawasi lebih 550 000 syarikat yang didaftar di Malaysia. Timbalan Ketua Pengarah turut mengatakan bahawa KPI mereka adalah menziarahi 21,360 tempat kerja setahun dan mereka sendiri mengakui dengan jumlah tenaga kerja sebanyak 356 maka ini adalah satu misi yang mustahil. Menurut JTK, semua syarikat yang gagal laksana Gaji Minima tidak lagi diberi fleksibiliti, malah tindakan siasatan diambil secepat mungkin jika didapati melanggar undang-undang. Apabila pihak JERIT-PSM menanyakan soalan adakah manamana majikan pernah dihukum, pihak JTK berkata bahawa seramai 30 majikan telah selesai disiasat dan dirujuk ke Peguam Negara untuk tindakan

undang-undang. Semasa perjumpaan ini, pihak JERIT-PSM menyerahkan sebanyak 66 aduan terkini ke atas majikan yang gagal laksana Gaji Minima kepada pihak JTK untuk tindakan seterusnya.

tentang sistem kontrak kerja ini kerana menafikan hak dan faedah pekerja, manakala kontraktor pula yang mendapat keuntungan. Kontraktor juga boleh melarikan diri daripada tanggungjawabnya di bawah sistem ini.

Selain itu, pihak JERIT-PSM telah mengatakan kerisauan bahawa kerajaan mungkin buat “U Turn” dalam Akta gaji minima ini, ekoran kenyataan Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot Jaem yang menyatakan bahawa tiada sebarang tindakan akan diambil ke atas aduan majikan buat masa sekarang. Namun Timbalan Ketua Pengarah JTK mengatakan mereka tidak mendapat sebarang arahan untuk hentikan operasi menguatkuasakan gaji minima setakat ini.

Walaupun pihak JTK menjustifikasikan bahawa pindaan dibuat atas desakan Kesatuan National Pekerja ladang (NUPW) dan ia hanya untuk mengawasi sistem kontraktor yang sudah menjadi satu amalan yang sekian lama. Namun beliau mengakui bahawa Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan adalah dua kementerian yang banyak sekali mengambil kontraktor pekerja dan keduaduanya lemah dalam membayar gaji minima.

Kes Sanon Kogyo dan Perlindungan Pemberhentian Kerja

Pihak JERIT-PSM juga turut mendapat penjelasan tentang kaji semula jumlah Gaji Minima yang ditetapkan pada tahun 2015, dan bukannya tahun ini.

Isu seterusnya adalah berkenaan dengan kes pekerja-pekerja Syarikat Sanon Kogyo Sdn Bhd, di mana 45 pekerja telah dibuang secara tiba-tiba dalam masa 24 jam pada Julai 2013. Isu Syarikat Sanon Kogyo adalah ulangan cerita sedih di mana apabila sesebuah syarikat muflis, langsung tiada perlindungan atau pembelaan kepada pekerja yang dibuang kerja. Dalam kes ini, pekerja menang kes di Mahkamah Buruh dengan pampasan lebih RM400 000 tetapi majikan hilangkan diri. Isu ini tidak akan wujud andaikata Kerajaan telah menubuhkan tabung pemberhentian kerja yang telah lama dituntut oleh JERIT-PSM. JTK mengatakan bahawa KSM dalam perbincangan untuk menubuhkan satu Skim Insurans Kehilangan Kerja tetapi tidak mendapat sokongan daripada wakil majikan (MEF) manakala belum dapat kataputus daripada pihak kesatuan sekerja (MTUC) juga.

Isu Kontraktor Buruh

Mesyuarat tersebut berakhir dengan harapan bahawa semua isu yang dibangkitkan oleh JERIT-PSM boleh mendapat maklumbalas dalam masa terdekat. Walaupun pihak PSM ataupun JERIT beberapa kali telah mengadakan perbincangan sebegini, tetapi tindakan Kementerian Sumber Manusia untuk membawa polisi-polisi pro-pekerja masih lemah. Apakah yang boleh diharapkan dengan sebuah Kerajaan yang mendokong sistem kapitalis dan menjadi alat majikan untuk mereka terus mengaut keuntungan dan inilah realiti di negara kita. Pegawai Kerajaan tidak boleh disalahkan memandangkan mereka sekadar mengimplemtasi ideologi kaum pemerintah. Selagi wujud sistem kapitalis, selagi itu hak pekerja akan terus diperkosa. Perjuangan pekerja dan kesatuan sekerja adalah satusatunya cara untuk merampas balik hak kita. (oleh M. Sivaranjani)

Isu “kontraktor untuk buruh” dan pindaan terhadap Akta Kerja 1955 turut didebat secara mendalam. Banyak hujah telah diberi oleh pihak JERIT-PSM


5

Mei-Jun 2014

NASIONAL

Speaker Dewan Tolak Akta Keterangkuman Sosial Tetapi walaupun segala syarat dalam prosedur Dewan Rakyat telah dipatuhi, pihak pentadbir Parlimen engan menyenaraikan usul tersebut dalam agenda harian Dewan Rakyat sehingga sampainya ke akhir Sesi Pertama 2014. Dr Jeyakumar telah berjumpa dengan pihak yang berkaitan iaitu Speaker dan Setiausaha Dewan Rakyat tiga hari sebelum sesi pertama tamat dan diberi beberapa alasan yang lemah dan remeh. Pihak GBM akan melakukan pengubahsuaian dalam cadangan Akta dan cuba membentangkan Akta ini dalam Sesi Kedua Dewan Rakyat yang dijangka bermula pada bulan Jun ini. ##

Sejak tahun 2012, 24 kumpulan NGO telah mengadakan perbincangan sebagai usaha menyediakan satu akta baru untuk menangani masalah kemiskinan yang berterusan di masyarakat kita walaupun ekonomi negara telah berkembang dengan pesatnya dan pendapatan per kapita telah meningkat berlipat ganda. 24 buah kumpulan tersebut yang bergelar “Gabungan Bertindak Malaysia” (GBM) telah merumuskan bahawa ramai antara lapisan miskin dipinggirkan daripada proses pembangunan. Wujudnya pelbagai halangan – dari segi dasar kerajaan dan juga dalam perlaksanaannya - yang menggagalkan usaha untuk membantu mereka. Oleh itu, GBM telah melakarkan Akta Keterangkuman Sosial (Social Inclusion Act) yang mencadangkan penubuhan satu Suruhanjaya Khas dengan tanggungjawab meneliti isu peminggiran dan

mengambil langkah-langkah spesifik untuk mengintegrasikan sektor dan kumpulan yang miskin dalam pembangunan negara. GBM telah cuba mengadakan sesi perbincangan dengan semua parti politik tetapi bukan semua yang ambil berat tentang usaha ini. Akhirnya GBN telah meminta Dr Jeyakumar Devaraj (PSM) dan Dr Ong Kian Meng (DAP) untuk membantu dalam membentangkan Rang Undang-undang Keterangkuman Sosial di Parlimen untuk dibahas dan diputuskan. Usul mencadangkan Akta Keterangkuman Sosial – di mana merupakan langkah pertama dalam membentangkan satu Rang Undang-undang Persendirian - telah dikemukakan kepada Setiausaha Parlimen pada bulan Februari 2014.

Penghormatan kepada

Mendiang Karpal Singh (1940-2014)

Adanya satu pepatah melayu yang berbunyi “harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”. Karpal Singh pula meninggalkan kedua-keduanya kepada kita semua. Rekod perjuangannya boleh membuktikan ini, termasuklah beliau pernah ditahan tanpa bicara di bawah akta zalim ISA, pernah dihalau keluar dari Dewan Parlimen kerana menyuarakan kebenaran, penghujahan yang penuh bersemangat dalam perbahasan dan juga penyabitan terbarunya dalam tuduhan menghasut. Karpal Singh telah meninggalkan satu tanda kekal dalam hidup kita, perjuangan kita dan juga sejarah negara kita. Pemergian Karpal Singh adalah satu kerugian untuk demokrasi negara kita.

Mendiang Karpal juga merupakan salah seorang yang amat berprinsip dan sentiasa mempertahankan negara sekular. Walaupun politik harian diselubungi oleh kompromi dan pendirian selamat yang diambil oleh ahli-ahli politik, Karpal tetap berpegang teguh pada pendiriannya PSM menyampaikan penghormatan tertingginya kepada pemimpin hebat yang meninggalkan kita ini. PSM mengucapkan takziah kepada keluarga Karpal dan juga keluarga pembantunya, Michael Cornelius Selvam Vellu, serta anggota-anggota DAP, atas kehilangan pejuang yang berprinsip. Walaupun harimau sudah meninggalkan kita, tetapi perjuangannya dan apa yang diperjuangkannya akan diperingati kita untuk masa yang akan datang. Kita mempunyai kewajipan untuk meneruskan perjuangannya. ##


6

Mei-Jun 2014

ALAM SEKITAR

Sambutan Hari Bumi 2014

Selamatkan Bumi, Lawan Kapitalis! PSM telah menganjurkan satu aksi bersempena dengan sambutan Hari Bumi pada 19 April yang lalu di hadapan Pasaraya Sogo, Kuala Lumpur. Aksi tersebut bertujuan untuk membongkarkan kepincangan sistem kapitalis yang mengakibatkan krisis alam sekitar. Pelbagai isu tentang alam sekitar telah dibangkitkan semasa aksi ini melalui ucapan wakil-wakil organisasi dan juga drama jalanan khas yang mengisahkan kehancuran alam sekitar akibat ketamakan kapitalis. Berikut adalah kenyataan akhbar pada 19 April 2014, yang dikeluarkan oleh Parameswary E, penyelaras Biro Alam Sekitar PSM: masalah alam sekitar yang dahsyat yang meragut berjuta-juta nyawa manusia dan hidupan yang lain. Hutan ditebang dan dibakar secara berleluasa tanpa ada hutan ganti. Ini menyebabkan peningkatan dalam pemanasan global dan kejadian banjir-bajir kilat serta kemusnahan tempat tadahan air. Sistem kapitalis juga telah berjaya menghancurkan bumi dengan menggunakan bahan-bahan nadir bumi yang tinggi radioaktif, kuasa nuklear dan sebagainya. Asap dari kilang-kilang, kenderaan dan pembakaran bahan-bahan kimia telah mencemarkan udara, menipiskan lapisan ozon dan sekaligus menyumbang kepada pemanasan bumi. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, pada tahun 2012, sebanyak 7 juta orang meninggal dunia di mana 1 daripada 8 kematian di dunia disebabkan oleh pencemaran udara. Maka adalah penting untuk hentikan sistem kapitalis daripada terus menghancurkan bumi. Justeru, sempena Sambutan Hari Bumi Sedunia 2014, Parti Sosialis Malaysia (PSM) menuntut: · ·

· ·

Parti Sosialis Malaysia (PSM) meletakkan Alam Sekitar sebagai salah satu tunjang daripada 3 tunjang utama perjuangannya. PSM sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat, demokrasi tulen dan pemuliharaan alam sekitar. Isu alam sekitar adalah isu global yang kian menghantui setiap manusia di dunia ini. Kita dikejutkan dengan perubahan iklim global yang ketara di mana pemanasan bumi semakin meningkat, ais di kutub utara dan kutub selatan semain cair dan meningkatkan paras air laut, musim hujan yang berpanjangan dan banjir besar serta kemarau yang berpanjangan. Menurut Pertubuhan Meteorologi Dunia, selama 14 tahun dalam abad ke-21, 13 antaranya mencatatkan rekod tahun paling panas. Angola, Bostwana, Namibia, China dan Brazil adalah antara negara-negara yang menderita akibat kemarau yang berpanjangan. Sejak dua bulan kebelakangan ini, Malaysia telah mengalami kejadian kemarau yang cukup panjang yang menyebabkan hutan terbakar dan krisis air di seluruh Malaysia. Perubahan iklim dunia juga telah menyebabkan berlakunya bencana alam yang cukup dashyat seperti Ribut Haiyan yang melanda Filipina, ribut paling dashyat yang melanda di El Reno Oklahoma Amerika Syarikat, dan musim hujan lebat berpanjangan yang menyebabkan banjir besar di sempadan India-Nepal. Malaysia juga telah mengalami cuaca sejuk dan musim hujan lebat yang berpanjangan dalam satu tahun yang lepas di mana banjir yang berlaku di negeri-negeri pantai timur adalah yang terburuk. Kita juga melihat banjir kilat di Cameron Highland yang dashyat dalam sejarah yang meragut nyawa. Dunia tidak lagi selamat untuk dihuni. Siapakah yang patut bertanggungjawab disebalik kemusnahan alam sekitar ini? Sejak wujudnya zaman perindustrian pada akhir abad ke-19, dunia telah berdepan dengan ancaman kemusnahan alam sekitar yang teruk. Dalam 200 tahun yang lepas, sistem kapitalis telah berjaya mewujudkan

·

·

Segala projek pembangunan mesti diluluskan dengan prasyarat ketat yang menghalang kesan buruk terhadap alam sekitar Wartakan semua kawasan lapang hijau, zon penampan dan hutan semulajadi agar ianya tidak dirampas dan ditukarmilik untuk tujuan pembangunan. Projek pembangunan setempat hanya dilaksanakan dengan persetujuan penduduk setempat Kajian impak alam sekitar (EIA) secara telus dan bebas daripada pengaruh pihak pemaju dan berkepentingan. Pakar melaksanakan kajian EIA harus dipilih dan diupah oleh Kerajaan sendiri dan bukan oleh Pemaju. Perancangan serius untuk mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian dan meningkatkan pengangkutan awam yang efisien, murah dan dimiliki oleh kerajaan. Implementasikan sistem yang menyeluruh untuk kitar semula sampah · Kaji secara serius penggunaan sumber kuasa alternatif seperti air, angin dan cahaya matahari solar) dan batalkan cadangan pembinaan loji nuklear di Malaysia · Hentikan Projek Lynas Krisis alam sekitar bukan sekadar bencana alam ia adalah krisis buatan manusia di bawah sistem kapitalisme yang hanya bermotifkan keuntungan dan tidak mementingkan kesejahteraan rakyat sedunia. Jadi sudah tiba masanya untuk selamatkan bumi dan melawan kapitalisme yang sedang menghancurkan dunia.


7

ISU RAKYAT

Mei-Jun 2014

Sesi Perbincangan Meja Bulat Isu Perumahan:

Rumah untuk Diduduki Bukan untuk Keuntungan rendah akibat polisi kewangan “longgar” (Quantitative Easing) di Amerika Syarikat, EU dan negara Jepun. Pemaju pula jauh lebih berminat membina pangsapuri dan rumah mewah untuk golongan kaya, walaupun rumah-rumah ini akan dibiar kosong kerana pembeli mempunyai beberapa rumah lagi. Ini kerana jauh lebih beruntung jika rumah dijual kepada golongan kaya berbanding bina rumah teres kos rendah dan sederhana untuk rakyat biasa.

Harga kos rumah telah melambung tinggi akibat ketamakan pemaju, syarikat-syarikat milik kerajaan Negeri dan lapisan 10% terkaya dalam masyarakat kita. Untuk golongan terkaya, pelaburan dalam skim perumahan dan pangsapuri mewah memberi pulangan yang jauh lebih tinggi berbanding deposit simpanan di bank di mana kadar bunga adalah

Kerajaan negeri pula memakai kesempatan ini untuk menjana pendapatan untuk syarikat milik negeri ataupun kroninya, dengan memberikan mereka tanah kerajaan supaya tanah tersebut dapat dijual kepada pemaju dengan harga tinggi. Jika dijual dengan harga RM 1 juta per ekar, kos rumah teres akan bertambah sebanyak RM 80,000 seunit – kerana pada penghitungan kasar kita dapat membina 12 rumah teres di setiap ekar tanah!

Lumpur untuk menganalisa masalah inflasi harga perumahan di Malaysia. 44 orang daripada 17 buah NGO, parti dan kesatuan pekerja serta wartawan telah mengambil bahagian dalam perbincangan tersebut. Ramai yang menegur sikap ketamakan terhadap keuntungan yang telah dan sedang menekan keluarga-keluarga biasa di Malaysia. Keputusan yang diambil perbincangan adalah:-

semasa

1. Menghantar Memorandum kepada Menteri Perumahan selepas dapat sokongan daripada kumpulan-kumpulan yang lain juga. 2. Menubuhkan Jawatankuasa Bertindak untuk terus memberi tekanan kepada Kerajaan Pusat dan Negeri untuk melaksanakan skimskim perumahan yang betul-betul mampu dibeli oleh rakyat biasa. 3. Cuba mengadakan dialog dengan kerajaankerajaan Negeri.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah menganjurkan satu Perbincangan Meja Bulat pada 17 April yang lalu di Kuala

Tuntutan Dalam Draf Memorandum Rakyat Berkaitan dengan Isu Perumahan rumah di bawah skim ini. Pembeli hanya boleh menjual balik rumah ini ke badan “Amanah” yang membinanya terlebih dahulu. Tidak boleh jual ke pihak yang lain. 4. Satu skim simpanan harus dilancarkan di mana 10% daripada bayaran pinjaman perumahan disalurkan ke satu tabung rizab untuk digunapakai sekiranya pembeli rumah itu mengalami pengecutan dalam pendapatannya akibat kegawatan ekonomi. 5. Satu lagi Lembaga Bukan untuk Keuntungan harus menyediakan dan mengendalikan rumah-rumah untuk disewa kepada keluarga-keluarga yang berpendapatan di bawah RM 2000 sebulan. Rumah-rumah kuarters kerajaan yang tidak dipakai lagi masa sekarang, rumah-rumah kosong di ladang yang berdekatan dengan bandar dan premis yang serupa harus diambil alih dan dipulihkan untuk mewujudkan satu stok perumahan kos rendah untuk golongan miskin Bandar. Kemudahan sosial seperti tadika, dan pusat asuhan kanak-kanak harus disediakan di bawah skim perumahan ini. 1. Rumah-rumah tanpa geran di kawasan bandar diberikan geran di tapak mereka sendiri. Kerajaan harus memakai kuasa pengambilan tanah untuk mengambil alih tanah persendirian yang diduduki oleh peneroka bandar untuk melaksanakan syor ini, dan memberi pampasan yang sewajar kepada pemilik asal. 2. Mewajibkan Majlis-Majlis Tempatan mengambil alih pengurusan rumahrumah pangsa yang terdiri daripada unit-unit di bawah harga RM 150,000 per unit supaya memulihkan rumah-rumah pangsa kos rendah yang sekarang ini sudah menjadi “high-rise slums”. Kaedah menubuhkan Jemaah Perwakilan Penduduk melalui pilihanraya antara penghuni harus diteruskan untuk mengkekalkan ruang bagi penghuni memberi maklum balas kepada pihak pengurusan. 3. Menubuhkan badan-badan “Amanah” (Trust) yang “Bukan Untuk Keuntungan” (Non-Profit) di peringkat negeri untuk membina rumahrumah selesa dengan harga yang munasabah supaya dapat dijual kepada keluarga yang tidak memiliki rumah. Kerajaan harus mengambil alih kos tanah dan kos menyediakan kemudahan infrastruktur untuk projek-projek perumahan di bawah skim ini. Hanya keluarga yang tidak memiliki rumah harus ditawar


PERJUANGAN RAKYAT

8

Mei-Jun 2014

DEKLARASI MEI 1, 2014 CUKAI GST - BANTAH SAMPAI TUMBANG! Tahun 2014: Tahun Bantah Cukai GST iaitu Cukai Barangan dan Perkhidmatan. Kerajaan BN telah meluluskan Akta Cukai GST walaupun rakyat telah berulang kali membantah perlaksanaan Cukai GST ini. Di Malaysia hanya 15% rakyat sahaja yang membayar cukai pendapataan, dan 38% rakyat masih menerima gaji di bawah paras kemiskinan iaitu RM860, serta pelaksanaan Gaji Minima RM900 masih menjadi dilemma. Malah, menurut Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, hutang seisi rumah di Malaysia adalah 83% daripada KDNK dan yang tertinggi di Asia berbanding dengan Singapura 67% dan Hong Kong 58%. Dalam keadaan ini, apakah nasib rakyat jika Cukai GST dilaksanakan? Cukai GST akan menyebabkan semua harga barangan dan perkhidmatan akan naik, walaupun Kerajaan menjustifikasikan ada 40 jenis barangan asas tidak akan naik harga. Ini kerana, sebelum sesuatu barang sampai kepada pengguna, ia melalui banyak proses penyediaan, semua proses penghasilan melibatkan pembayaran cukai GST. Ini secara tidak langsung akan menaikkan harga pada barangan pengguna pada akhirnya. Rakyat Malaysia khususnya pekerja yang merupakan 99% akan tetap merana akibat Cukai GST ini walaupun Kerajaan memberi alasan yang tidak munasabah dalam melaksanakan cukai GST ini. Kerajaan yang pro-korporat mampu mengurangkan cukai korporat dari 40% pada tahun 1980-an kepada 26% sekarang dan sanggup menggadaikan rakyat dengan bebanan cukai GST.

Tuntutan Rakyat 1. Tolak dan Batalkan CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST) yang memiskinkan lagi rakyat. 2. Hentikan Rundingan Trans Pasifik Partnership Agreement (TPPA). Dedahkan kandungan TPPA di Parlimen dan dapatkan pandangan rakyat terhadap perjanjanjian TPPA ini. 3. Menguatkuasakan pelaksanaan 100% Polisi Gaji Minima RM900 di Semenanjung Malaysia dan RM800 di Sabah dan Sarawak dan mengkaji semula jumlah Gaji Minima ini selaras dengan kenaikan kos hidup, maka kami sarankan RM1500 Gaji Minima dilaksanakan. 4. Hak Kesatuan Sekerja – Hormati semangat keharmonian industri dengan memperkasakan kesatuan sekerja. Pihak majikan harus hentikan aktiviti menghancurkan kesatuan sekerja di Negara ini. 5. Hak Pekerja Wanita – Hentikan segala bentuk diskriminasi dan keganasan terhadap wanita. Majikan, Kerajaan dan Mahkamah perlu menegakkan hak wanita dan melaksanakan konvensyen berkaitan Penghapusan segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW). Hentikan gangguan seksual di tempat kerja, termasuk dengan menggubal Akta Gangguan Seksual yang komprehensif. 6. Hak Pekerja Migran – Pekerja migran harus diberikan hak yang saksama dan perlindungan yang mencukupi. Hentikan eksploitasi – keadaan kerja yang tidak selamat, waktu kerja yang panjang, tiada latihan kemahiran, hak kesihatan tidak terjamin serta tiada perwakilan kesatuan sekerja. 7. H a k P e m b e l a a n P e k e r j a Migran – Pekerja migran yang dibuang kerja harus dibenarkan berada di Malaysia dengan permit kerja sehingga kesnya didengar penuh untuk mempertahankan hak dia. Hapuskan kontradiksi undangundang antara Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Imigresan. 8. H e n t i k a n P e n s w a s t a a n Perkhidmatan Asas - Air, elektrik, kesihatan, pengangkutan awam, pendidikan tidak harus diswastakan demi keuntungan. Ianya satu perkhidmatan yang harus disediakan oleh Kerajaaan. 9. Kebebasan Media – Media utama dan alternatif harus diberi kebebasan untuk memberi maklumat sebenar kepada rakyat. Maka, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak yang menyekat kebebasan ini harus dimansuhkan.

10. Kawal Harga Barang - Kawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan termasuk harga minyak dan berikan semula subsidi kepada rakyat. 11. Hak Pelajar – Mansuhkan AUKU dan PTPTN. Berikan pendidikan percuma kepada semua pelajar. 12. Hak Orang Asal - Iktiraf Hak Tanah Adat Orang Asal di Malaysia dan berikan hak milik kekal serta kukuhkan status tanah Rizab Orang Asal di Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak). Rancangan pembangunan tanah Orang Asal hendaklah berasaskan kehendak, keperluan dan aspirasi Orang Asal. 13. Alam Sekitar – Hentikan projek yang memudaratkan kesihatan rakyat Malaysia seperti Lynas, Insinerator dan lain-lain. Gunakan tenaga alternatif yang bersih dan murah. 14. Perumahan Selesa – Hentikan pengusiran paksa terhadap peneroka bandar. Skim Perumahan Rakyat pada harga yang mampu dibeli, lokasi strategik dan selesa harus dilaksanakan. 15. Mansuhkan segala undang-undang yang menindas dan mendiskriminasi rakyat, antaranya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, Akta Pencegahan Jenayah (PCA), Akta Perhimpunan Aman (APA), Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Hasutan 1948, Akta Dadah Berbahaya dan sebagainya.


9

ISU RAKYAT

Mei-Jun 2014

Kisah Buku Jalanan Seri Iskandar Aktiviti Membaca Diganggu Pihak Berkuasa Buntong ketika itu terus datang ke tempat aktiviti berjalan setelah mendapat tahu tentang kejadian itu kerana bimbang bahawa penguatkuasa akan bertindak lagi untuk menghalau BJSI. Buku Jalanan Seri Iskandar ialah satu kolektif perkongsian bahan bacaan yang digerakkan oleh beberapa anak muda yang juga masih menuntut di IPTA/IPTS sekitar kawasan Seri Iskandar.

Pada 12 April yang lalu, sekumpulan aktivis “Buku Jalanan Seri Iskandar” (BJSI) telah dihalang oleh penguatkuasa Dewan Bandaraya Ipoh (DBI) daripada meneruskan aktiviti mereka. Aktiviti yang telah dirancang untuk dimulakan pada pukul 9 malam itu terbantut. Penguatkuasa berseragam telah menuduh mereka berniaga tanpa permit. Apabila dijelaskan bahawa buku jalanan ialah aktiviti tanpa keuntungan, iaitu bukan suatu aktiviti perniagaan, penguatkuasa masih berkeras, tidak mahu cuba untuk memahami dan bertegas mengatakan bahawa untuk meneruskan aktiviti BJSI harus mendapatkan kebenaran bertulis daripada Datuk Bandar. Setelah menunggu beberapa minit dan berbincang, BJSI bersepakat untuk mengendahkan larangan itu dan meneruskan aktiviti seperti biasa. Di samping itu, tandatangan daripada orang ramai turut dikumpul untuk petisyen bagi mendapatkan sokongan terhadap aktiviti buku jalanan. Sambil membaca dan meminjam buku, ramai kanak-kanak dan orang dewasa menyertai aktiviti melukis dan mewarna. Dengan kesempatan yang ada, saya telah melaporkan situasi pada waktu itu kepada rakan-rakan yang lain melalui aplikasi Whatsapp.

Mereka telah memilih stesen keretapi KTM di Ipoh sebagai lokasi aktiviti kerana kedudukannya yang strategik. Sejak pembaharuan struktur lamanya, Stesen KTM Ipoh telah menjadi tumpuan khalayak rakyat daerah Kinta untuk beriadah terutamanya pada malam hujung minggu. BJSI mendapat sambutan dan sokongan yang padu daripada orang ramai. Sikap, semangat, dan inisiatif anak-anak muda BJSI harus diberi kredit dan dicontohi kerana berani dan progresif dalam memperjuangkan budaya membaca dan berfikir yang mana diketahui umum semakin lama semakin merosot di kalangan masyarakat di Malaysia. Orang ramai khususnya yang menetap di sekitar daerah Kinta dijemput untuk turut serta dalam aktiviti yang bermanfaat ini yang dijalankan dua minggu sekali, pada malam hari sabtu bermula 9 malam. Selain membaca dan meminjam, anda juga boleh memberi sumbangan dalam bentuk buku, majalah, atau apa-apa sahaja bahan bacaan kepada mereka. MEMBACA BUKAN SATU JENAYAH! ILMU PENGETAHUAN ADALAH HAK SEMUA! (oleh Shazni Bhai - Biro Kebudayaan Pemuda Sosialis) (Foto ihsan dari Buku Jalanan Seri Manjung / Otai Manjung)

Saudara Alex yang kebetulan berada di

Sembang Kopitiam:

GST

kena minum kopi O. Naik gaji dulu, lepas itu kena GST, baru boleh tahan. Ali: Saya tak ertilah. Dua tiga bulan ni, kerajaan ada buat banyak iklan GST – di radio, tv, atas bas. Lepas itu, mereka terus ke parlimen dan luluskan bil ni. Demokrasi jenis apa tu? Jo: Betul! Mereka mana ada tanya pandangan kita?

Ali: Hey Jo, tahukah anda, parlimen dah lulus bil GST. 119 wakil rakyat sokong, 91 tak sokong. Tahun depan 2015, bulan April, depa akan laksanakan cukai GST…

Ali: Wakil rakyat BN semua 119 orang sokong GST. Wakil rakyat PR 81 orang bantah. Mereka undi ikut parti. Ini bukan isu parti pun!

Jo: Ya! Menteri kata 160 negara dah ada GST, Malaysia tak boleh ketinggalan. Kalau GST bagus untuk rakyat, takpe, tapi –

Jo: Mereka patut bincang dengan kita. Dapatkan pandangan rakyat. Dan undi ikut hasrat rakyat di Parlimen. Itu baru demokrasi!

Ali: GST itu cukai. Kita kena bayar cukai 6% untuk setiap barang atau perkhidmatan yang kita beli. Belanja kita akan tambah. Mana boleh baik untuk rakyat biasa?

Ali: Ini demokrasi terbalik! Mereka buat keputusan dulu, lepas itu jelaskan macam mana pada kita, rakyat biasa akan dicukai! You tahu, untuk dua bulan akan datang, kerajaan akan belanja RM10,000 setiap kawasan parlimen untuk adakan taklimat GST untuk orang awam. Rakyat

Jo: Ya lah, sudah tentu semua barang akan naik harga. Kita akan jadi miskin lagi. Minum kopi susu sekarang, nanti

kena dengar aje macam tak tau fikir! Jo: Tak ertilah mengapa kerajaan nak kita derita. Mula-mula tarik subsidi. Sekarang GST pula. A: Kerajaan nak turunkan cukai syarikat supaya tarik pelabur. Cukai syarikat turun – hasil kerajaan turun. So ganti dengan cukai GST. Jo: Dasar gaji rendah pun untuk tarik pelabur! Mengapa seksa kita lagi untuk tarik pelabur? Kalau boleh hentikan rasuah, boleh jimat RM30 bilion. Boleh pakai duit itu. Tak payah cukai rakyat miskin! A: Betul! You tahu, kita selalu dengar - GST itu adil. Sebab sekarang ada 12 juta pekerja. Tetapi hanya 1.7 juta orang yang bayar cukai. Jadi ada pihak yang kata, ini tak adil. Semua orang kena bayar cukai. Jo: Saya sedia bayar cukai tetapi biar gaji saya naik ke tahap pendapatan yang boleh dikenakan cukai dulu. Nak cakap pasal adil, kena pastikan kita semua di tahap yang sama dulu……


10

ANTARABANGSA

Mei-Jun 2014

NAJIB BODEK OH OBAMA RAKYAT BANTAH TPPA PSM telah bersama-sama dengan kumpulan masyarakat yang membantah TPPA dalam aksi protes bersempena lawatan Obama, Presiden Amerika Syarikat, ke Malaysia pada 2627 April yang lalu. Satu aksi protes bantah TPPA diadakan di hadapan Sogo, Kuala Lumpur, pada 26 April, iaitu hari Obama mendarat di Malaysia. Kemudiannya pada 27 April, satu lagi aksi protes diadakan di hadapan Kedutaan AS.

Surat Terbuka Dr. Jeyakumar Devaraj kepada Presiden Obama kemudiannya melalui kawalan teknologi, seterusnya melalui keberhutangan dan kawalan akses kepada pasaran. Dan peruntukan melalui IPR adalah kaedah terbaru menguasai hasil kekayaan negara yang lebih miskin untuk keuntungan 1% yang kaya.

Kepada Presiden Obama, Ingin sekali untuk sebahagian diri saya untuk mengucapkan "Selamat datang ke Malaysia" kerana kami orang Malaysia secara amnya, orang yang senang menerima tamu, dan ramai daripada kami teruja kerana anda dinobat menjadi Presiden Amerika Syarikat Yang Ke-44. Kemampuan anda menyampaikan dan menggulungkan hujah - benar benar mengagumkan! Tetapi ada seperkara yang menahan saya daripada menerima kehadiran anda ke Malaysia kerana antara agenda utama anda bawa adalah untuk Kerajaan Malaysia menandatangani TPPA - Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (Trans Pacific Partnership Agreement). Anda perlu tahu wahai Presiden, TPPA akan menaikkan harga ubat ubatan buat kami, sekaligus meningkatkan kos bagi pesakit HIV untuk mendapatkan rawatan lanjut yang diperlukan saatnya mutasi virus menjadi lali terhadap rawatan biasa. Firma farmaseutikal (ubat-ubatan) telah menetapkan klausa seperti "ekslusiviti data" yang akan menghalang pengimportan ubatan generik (Ubat yang dihasilkan oleh syarikat farmaseutikal yang bukan pengeluar asal ubat tersebut setelah hak patennya tamat) walaupun selepas tamat tempoh hak paten dengan menjadikannya satu "jenayah" apabila penggunaan data berkaitan ubatan digunakan syarikat lain. Ramai pesakit kanser akan menghadapi kesukaran mendapatkan rawatan efektif untuk mengubati kanser sebaik saja Malaysia menandatangani TPPA. Apakah anda sedar wahai Presiden, bahawa kebanyakan syarikat berebut mahu mematenkan prosedur pembedahan sehingga ke spesis hidupan - peruntukan melalui Hak Milik Intelektual (IPR - Intellectual Property Right) menjadi satu kebiasaan untuk "memagar" hak asalnya milik kita bersama - satu cara penjarahan kekayaan Abad ke -21 oleh syarikat korporat dari negara maju terhadap negara membangun. Semenjak zaman penjajahan, kekayaan dunia ketiga dirampas - mulanya dari pemerintahan oleh penjajah,

Presiden Obama, anda mesti pernah mendengar kes Philip Morris, pengilang rokok dari US menyaman Kerajaan Australia kerana meluluskan undang undang untuk memastikan semua syarikat pengilang rokok untuk meletakkan gambar pesakit kanser di atas kotak rokok. Kata Philip Morris untung berniaga mereka diganggu oleh penguatkuasaan ini kerana akan menurunkan hasil jualan rokok di Australia! Apa pendirian anda wahai Obama - apa ianya tidak menjelikkan untuk sebuah syarikat mempunyai hak undangundang untuk menyaman sebuah kerajaan yang dilantik rakyat untuk mengambil langkah melindungi rakyatnya sendiri? Apa anda tidak gusar bahawa peruntukan TPPA memberi kuasa terlalu luas buat syarikat gergasi? Dan juga ada beberapa perkara - ada sesetengah kerajaan yang sudahpun menandatangani klausa Investor State Dispute Settlement (ISDS) disaman di tribunal antarabangsa oleh syarikat gergasi yang mencemarkan sungai dan sumber air, dan ada yang disebabkan kerana mengharamkan praktis industri yang merbahaya kepada masyarakat antara yang lainnya. Jadinya mengapa anda wahai Obama bersungguh untuk TPPA yang hanya akan menguntungkan bos korporat? Apakah boleh saya bertanya soalan yang kurang sopan pada kamu wahai Presiden? Pada kemahuan siapa anda datang melawat Malaysia - kemahuan orang negara Amerika kah? Saya yakin bahawa majoriti rakyat negara kamu sendiri mahukan rakyat Malaysia punyai akses terhadap ubatan dan buku teks pelajaran dengan harga berpatutan. Kebanyakan rakyat Amerika pastinya melihat tidak ada salahnya sesebuah kerajaan untuk melindungi kesihatan warga dan alam sekitarnya. Rakyat anda wahai Presiden pasti tidak akan bersetuju kepada banyak peruntukan yang terdapat di dalam TPPA - dan mungkin sahaja ini adalah sebab mengapa rundingan itu hingga hari ini berlaku tanpa pengetahuan rakyat anda sendiri,malahan Ahli Kongres sendiri. Setiausaha Perdagangan negara anda, Encik Fromann baru baru ini memberitahu kepada Kaukus Parlimen kami bahawa TPPA adalah perjanjian yang canggih dan berkualiti tinggi bersifat Abad Ke-21. Apa anda bersetuju dengan itu wahai Presiden - dengan rundingan yang dilakukan secara rahsia, dengan menyimpan maklumat daripada keseluruhan warga 12 negara yang menyertai rundingan - apa yang "berkualiti"

dan "canggihnya" tentang itu? Mana perginya ketelusan, rundingan dan ruang untuk penglibatan warga? Jadinya wahai Presiden, jika anda di sini bukan sebagai wakil rakyat Amerika, pada kemahuan siapa anda di sini? Adakah mereka yang memiliki 1% kekayaan dalam dunia ini bagi memaksimumkan keuntungan mereka? Adakah mereka ini yang diwakili anda? Jika begitulah, sukar untuk saya mengucap secara benar-benar ikhlas "Selamat Datang ke Malaysia" kepada anda. Adalah sesuatu yang menyedihkan, untuk seorang individual yang cerdik pandai seperti anda akhirnya diperkudakan untuk menjadi tunggangan syarikat korporat Amerika - kata mereka, kuasa itu merosakkan seseorang, tetapi adalah hebat untuk 1% mereka ini! Walau bagaimanapun, ianya adalah satu kerugian untuk bakat anda dipersiakan kerana ia tidak digunakan dalam usaha mewujudkan sebuah dunia di mana rakyat lebih dipentingkan berbanding keuntungan, di mana pengeluaran gas karbon dioksida terkawal dan alam sekitar dilindungi dengan sepenuhnya. Sampaikan salam kami buat warga Amerika wahai Presiden Obama, kami tidaklah berkelahi dengan mereka, kerana dengan ikhlasnya, kami mengerti warga biasa Amerika turut terjejas dengan status pengangguran dan pendapatan 60% rakyat termiskin Amerika yang semakin meleset sejak 20 tahun yang lalu. Mungkin satu hari nanti, tidak jauh dari sekarang, warga marhaen negara anda dan kami akan berganding bahu mencabar tamak haloba syarikat korporat dan menyusun atur semula masyarakat kita berdasarkan prinsip demokrasi penyertaan, keadilan sosial dan solidariti. Di dalam tatanan yang baru itu wahai Presiden, perdagangan antara negara menjadi penting, dengan semangat, "Pasaran Adil" yang memberi manfaat pada warga dunia, bukan tamak haloba korporat atas nama "Pasar Bebas". (oleh Dr. Jeyakumar Devaraj, Ahli Jawatankuasa Pusat PSM & Ahli Parlimen Sg Siput 26/4/2014 Terjemahan oleh Zikri Rahman)


11

SUDUT SEJARAH

Mei-Jun 2014

Kontradiksi Kelas: Hubungannya dengan Kuasa Feudal di Malaysia (Bahagian 2) (Bersambung dari Sosialis edisi April-Mei yang lepas)

parlimen tetapi lebih rendah daripada kekebalan Raja England. Kalau kita lihat di Perancis revolusi, telah melenyapkan terus rajanya hingga ia menjadi sebuah republik melalui sebuah revolusi yang disebut sebagai revolusi yang gemilang.

oleh Aziz Suriani

Kontradiksi Feudal-Kapitalis Kontradiksi Kelas – Perbandingan dengan China England dan Perancis Apa yang terjadi di Malaya juga tidak sama dengan kontradiksi kelas di China di mana tanah dikuasai oleh kelas feudal yang menindas kelas tani miskin hingga memaksa Parti Komunis China (PKC) bertindak merampas tanah-tanah dan menyerahkannya kepada kaum tani. Semasa Perang Pasifik (1937-1945) apabila Jepun menceroboh China, dasar perampasan tanah ini dihentikan dan pihak PKC dan Komintang telah bekerjasama menumpukan kepada usaha menghalau Jepun, tetapi sebaik sahaja perang tamat maka PKC kembali bertindak terhadap tuan tanah yang terdiri daripada kelas feudal lama.

Bagi kes Malaysia, kita melihat persekongkolan antara kapitalis birokrat yang bersifat nasional dengan kronikroni mereka dalam perniagaan dan industri tertentu termasuk elit feudal dan istana. Sistem raja di Malaysia dimanjai oleh kapitalis dan sistem yang dibawa oleh penjajah. Ini tidak terjadi di England yang dicetuskan oleh sebuah revolusi. Kuasa raja di Malaysia sudah terlucut seluruhnya kecuali dalam hal-hal agama dan adat istiadat Melayu, dihadkan hanya kuasa dalam perkara menentukan tarikh puasa dan Hari Raya, membubarkan parlimen dan darurat serta perlantikan senator dalam Dewan Negara (kesemuanya juga di bawah nasihat institusi tertentu juga). Apa yang ada ialah acuan dari British dan tidak bersifat warisan. Berbeza dengan sebelum Tanah Melayu dijajah, raja

Kita juga melihat kuasa feudal terhadap tanah juga tidak wujud lebih-lebih lagi selepas Merdeka (1957). Apabila kerajaan melancarkan berbagai program pembangunan tanah seperti FELDA, FELCRA, Rancangan Pengairan Muda, Kemubu dan lain-lain. Pembangunan ini sebenarnya sudah berunsur kapitalis di mana kerajaan pusat telah mengawal modal pembangunan tanah dan tidak lagi daripada kuasa feudal. Memang Malaya setengah merdeka dan setengah lagi dijajah. Imperialis Inggeris membina tembok sosiopolitik di antara feudal Melayu dan kelas tani, dalam masa yang sama membentuk jurang sosio-ekonomi yang luas. Kaum feudal tidak dijajah atau ditekan sebaliknya mereka telah dimanjakan oleh penjajah dengan berbagai imbuhan, pendidikan dalam dan luar negeri serta pekerjaan yang berstatus dalam kerajaan asalkan operasi memunggah keluar kekayaan negara ini tidak diganggu. Selepas 1957, perindustrian juga telah berkembang menjadi sektor yang semakin penting selepas pertanian. Ini juga berunsur kapitalis yang berasaskan ekonomi pasaran. Apa yang wujud ialah kapitalis birokrat yang terdiri dari pemimpin-pemimpin parti politik pemerintah. Kontradiksi bukan lagi antara tani dengan feudal, tetapi kelas tani dan buruh melawan kapitalis birokrat. Satu lagi dasar pemerintah ialah kewujudan DEB yang telah memperkasakan terus kelas kapitalis birokrat dan membina jurang yang lebih luas di antara rakyat yang kaya dan miskin. Ia juga telah merenggangkan hubungan kaum Cina-Melayu dalam perlaksanaan dasar ini. Kontradiksi menjadi lebih tajam apabila kelas kapitalis birokrat terus mengaut kekayaan daripada dasar-dasar kerajaan. Dalam jalur masa yang lebih panjang, hubungan ini terangkum dalam kelas Kapitalis Birokrat dan kroni Politik. Sistem feudal di England juga tidak sama dengan apa yang terjadi di Malaysia. Sistem feudal England telah diubah melalui satu revolusi borjuis. Kuasa feudal ini diletakkan hingga tidak boleh dicabar dan dihapuskan. Sistem undang-undang dan perlembagaan Malaya adalah mengikut acuan England dengan suatu peruntukan yang sama dalam perlembagaan Perkara 32(1) di mana kuasa raja atau Yang Di-Pertuan Agong ditentukan oleh Majlis Raja-Raja Melayu dan Parlimen tidak punya kuasa langsung terhadap Institusi ini. Yang Di-Pertuan Agong hanya lambang perpaduan bangsa Malaysia yang berbilang kaum. Kedudukan Yang DiPertuan Agong ialah seorang raja berperlembagaan yang terikat oleh perlembagaan untuk bertindak mengikut nasihat kabinet. Dia tidak boleh dipecat oleh Kabinet atau Parlimen. Keadaannya adalah lebih kukuh daripada Presiden India yang boleh dicabar oleh kuasa

dan sultan adalah tuan tanah dan pengutip cukai. Dalam sejarah Malaysia, komunis tidak pernah menentang raja-raja Melayu tetapi sebaliknya kapitalislah yang menentangnya seperti yang terjadi dalam krisis perlembagaan 1988 ketika Dr. Mahathir merangka pindaan perlembagaan untuk menghadkan kuasa raja. Ini terjadi apabila raja dilihat boleh menghalang kehendaknya. Dasar-dasar yang dilancarkan oleh Dr. Mahathir seperti Dasar Penswastaan dan Malaysia Incorporated 1985, penubuhan PNB jelas menunjukkan bahawa golongan bangsawan telah dirangkul bersama masuk ke dalam sistem pasaran bebas / ekonomi kapitalis dan mereka telah terlibat dalam menjalinkan rangkaian perniagaan yang menguntungkan. Secara teoritikal kita mungkin dapat menganalisis dialektika perkembangan masyarakat dan di sini kita melihat kelas kapitalislah yang melawan feudal dan bukan sosialis. Sekiranya Malaysia tidak melalui fasafasa penjajahannya ia juga akan membangun dan berkembang mengikut fasa yang diramalkan iaitu ekonomi pasaran - kapitalis yang bebas dan di bawah fasa ini akan wujud kontradiksi kelas di antara kapitalis dan feudal. Sekiranya gerakan kiri sosialis mengambil langkah yang bersifat anti-feudal maka sosialisme yang sedang bernafas ini sebenarnya melangkah dua langkah ke belakang jika dinilai dari kerangka dialektis kelas oleh Karl Marx : (Perhambaan – feudal – kapitalis – sosialis – komunis) . Di China Revolusi tani melawan tuan-tuan tanah dan kita lihat di Russia kelas buruh proletariat melawan feudal Tzaris). Dalam kerangka dilektisis ini, sosialis harus melawan kapitalis dan bukan feudal. Ramalan Marx menjadi betul di England walaupun England masih meninggalkan sedikit saki-baki feudal dalam sistem kapitalis total yang diamal mereka sekarang. Di Malaya, penjajah masuk merubah struktur ekonomi, membangunkan ladang-ladang dan lombong- lombong bagi kepentingan ekonomi penjajah. Secara tidak langsung mereka telah mengubah Malaya dalam satu

situasi yang manja di bawah dakapan kapitalis yang dibawa oleh penjajah. Segala perubahan yang terjadi dalam sejarah yang bersifat dialektis amat bergantung rapat dengan situasi dan campur tangan yang wujud terhadap unsur-unsur dan sumber kekayaan dan ekonomi di negara itu. Contohnya yang jelas ialah China, apabila terjadi pencerobohan Jepun dalam Perang Pasifik maka Parti Komunis China telah menghentikan perlawanannya terhadap feudal yang menjadi tuan-tuant anah yang menindas kelas tani. Suatu ketika semasa menentang Jepun, PKM tidak melakukan rampasan tanah – tanah walaupun suasana yang sulit dan kekurangan makanan. Di Malaya, Abdullah CD dan Chin Peng semasa Perang dengan Fasis Jepun telah mencadangkan penerokaan tanah secara bebas bagi memulihkan keadaan kebuluran yang menimpa masyarakat tanpa membuat rampasan tanah dari tuan-tuan tanah. Di Malaya juga kita melihat dasar penjajah yang cuba mengekalkan orang-orang Melayu dalam sektor tradisional tani yang kais pagi makan pagi. Sistem pendidikan yang bertujuan agar mereka terus kekal di strata sosial yang rendah telah diwujudkan. Kewujudan MPSI (1924) untuk melahirkan tenaga guru-guru Melayu bagi sekolah rendah Melayu ketika itu membuktikan perkara ini. Di satu pihak yang lain, penjajah Inggeris telah lebih awal mewujudkan MCKK (1905) sebagai suatu sistem pendidikan yang bakal membina sebuah kelas baru elit feudal Melayu berpendidikan Inggeris dalam langgam “the refined gentlemen” bagi tujuan dan matlamat perlaksaan dasar-dasar penjajah di Malaya. Kelas ini telah dipisahkan melalui dua sistem pendidikan hingga ia berjaya membentuk jurang pendidikan dan ekonomi, kini telah membawa kita melihat bahawa feudal adalah musuh yang harus dilawan.

Kesimpulan Sesebuah parti politik harus melihat kontradiksi kelas dalam perkembangan masyarakat mengikut latar belakang sejarah dan pengaruh struktur kelas yang berbeza akibat dari pertembungan-pertembungan yang bersifat dalaman dan yang datang dari luar. Gerakan dan perjuangan sosialis di Malaysia juga adalah sebahagian sejarah yang telah melalui lekak-lekuk perjalanan sejarah akibat dari kontradiksi kelas yang bersifat dinamik. Apa yang penting ialah kepimpinan politik harus bijak dalam mengatur strategi dan menyelaras antara soal prinsip dan taktik perjuangan dengan mengambilkira semua situasi termasuk sejarah masa lalu yang membentuk geopolitik negara ini. Kontradiksi kelas hari ini adalah kontradiksi yang bersifat anjal yang paksinya ialah kapitalis birokrat UMNO, ia berkisar dan berubah mengikut keadaan tekanan yang datang dari pengaruh kelaskelas yang saling bertembung. Bagi partiparti yang bersifat kiri tugas penting yang terdekat ialah perjuangan untuk demokrasi rakyat yang mendukung hak dan nilai-nilai keadilan terhadap rakyat. Asas ini adalah penting bagi perjuangan ke arah sosialisme yang lebih jauh. Nota kaki: (4) Pramoedya Ananta Toer.2003. Panggil Aku Kartini Saja. ms.2, Jakarta 1 Lentera Dipantara.


PERJUANGAN RAKYAT

12

Mei-Jun 2014

Sekitar Himpunan Mei Satu Dataran Merdeka, Dataran Rakyat!

Kreativiti Rakyat

Ucapan wakil mahasiswa

Ucapan wakil orang asli

Ucapan wakil petani

Perarakan dari KLCC ke Dataran Merdeka

Sudut Komik GST & BR1M


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.