Sosialis (Mac Apr 2014)

Page 1

SOSIALIS

Dinamik - Berani - Berprinsip http://parti-sosialis.org

Anwar Ibrahim telah disabitkan dan dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac yang lalu, iaitu 4 hari sebelum hari penamaan calon untuk Pilihanraya Kecil Kajang. Anwar telah terbatal kelayakannya untuk menjadi calon dalam PRK Kajang berikutan keputusan Mahkamah Rayuan. Wan Azizah telah menggantikan Anwar sebagai calon Parti Keadilan Rakyat dalam PRK Kajang. Sandiwara mahkamah terbaru yang melibatkan Anwar ini, sekali lagi mewujudkan persoalan yang serius tentang kebebasan sistem kehakiman negara kita. Ramai yang marah dengan keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes liwat 2.0, kerana ia dianggap sebagai satu usaha oleh UMNO-BN yang cuba mematahkan perjuangan politik Pakatan Rakyat. Sememangnya kewibawaan dan kebebasan sistem kehakiman di negara kita telah dihakis dengan teruknya sejak zaman Mahathir. Sistem kehakiman yang sepatutnya bebas daripada pengaruh atau campurtangan politik sering kali dipergunakan oleh pemerintah UMNO-BN untuk menjaga kepentingannya setiap kali berlakunya krisis politik. Kes liwat 2.0 timbul selepas UMNO-BN hilang penguasaan dua pertiga kerusi di Parlimen Persekutuan semasa PRU-12, dilihat sebagai usaha UMNO-BN untuk menghalang Anwar Ibrahim daripada terus menjadi Ketua Pembangkang Parlimen dan juga memimpin gerakan politik menentang kekuasaan UMNO-BN. Anwar telah bebas daripada tuduhan tersebut pada 9 Januari 2011, apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati wujudnya unsur tiada integriti pada bahan bukti. Namun, pihak pendakwaraya telah merayu keputusan terhadap

RM1-00

Mac-Apr 2014

Harga Solidariti RM2-00

pembebasan Anwar ke Mahamah Rayuan.

sama dan hukuman yang sama, dikenakan ke atas orang yang sama. Ini seolah-olah tayangan semula sejarah selepas 15 tahun, kerana masih adanya benda-benda yang kekal sama, UMNO-BN masih bermaharajarela dan segala jentera pemerintahan termasuk kehakiman telah dipergunakan untuk memastikan kepentingan golongan elit pemerintah UMNO-BN itu tidak diusik.

Adalah menjadi pertanyaan, mengapa pihak pendakwaan begitu bersungguh-sungguh merayu keputusan mahkamah tinggi yang membebaskan Anwar Ibrahim sedangkan lembap dalam merayu tentang keputusan yang membebaskan orang-orang yang disyaki membunuh Altantuya sehingga kes tersebut langsung tidak dapat "menemui" pembunuh sebenar? Cara Mahkamah Rayuan mengendalikan kes Anwar juga amat “menakjubkan” kerana keputusan dan hukuman yang dijatuhkan dalam masa yang begitu singkat menimbulkan keraguan. Mengapa mahkamah perlu membuat keputusan dan menjatuhkan hukuman dengan begitu tergesa-gesa?

Oleh itu, adalah menjadi cabaran kepada rakyat Malaysia sama ada kita boleh gerakkan gelombang kebangkitan rakyat untuk melawan kezaliman dan ketidakadilan pihak pemerintah UMNO-BN. Bukannya Anwar Ibrahim, tetapi rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum akan menjadi penentu kepada kejayaan perjuangan rakyat dalam menumpaskan rejim zalim UMNO-BN. Jikalau Reformasi 2.0 tercetus dengan hebatnya, rakyat Malaysia yang menjadi penggerak utamanya. ##

Apabila Anwar Ibrahim diheret ke mahkamah oleh rejim UMNO-BN pada 15 tahun dahulu, negara kita menyaksikan cetusan gelombangan kebangkitan rakyat dengan seruan lantang “Reformasi”. Gelombang Reformasi telah mengubah landskap politik tanahair kita yang didominasi oleh kekuasaan UMNO-BN sekian lama. Selepas 15 tahun, skrip tuduhan liwat yang sama, sandiwara mahkamah yang

Diari Jelajah PSM

Ukraine

> m/s 5-9 Diterbitkan oleh: Parti Sosialis Malaysia (PSM), 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470, Kuala Lumpur.

Tel: 03-22747791

> m/s 10-11 Faks: 03-87374772 Laman web: http://partisosialis.org/


2

Mac-Apr 2014

PSM

Dari Meja Pengarang Tekanan hidup rakyat Malaysia semakin hari semakin hebat akibat daripada kegagalan kerajaan BN menangani masalah kenaikan harga yang tidak terkawal dan juga dasar-dasar kerajaan yang menggadaikan kepentingan rakyat kepada golongan kapitalis untuk mencari keuntungan yang lebih besar. Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dibawa oleh kerajaan BN merupakan satu usaha memeras rakyat biasa untuk memastikan golongan terkaya di Malaysia terus dikayakan. Menurut laporan Malaysian Business pada bulan Februari yang lepas, jumlah kekayaan 40 orang individu yang terkaya di Malaysia telah mencecah RM 217.82 bilion ringgit, bertambah sebanyak RM 22.96 bilion, bersamaan dengan 12%. Bayangkan kalau penambahan kekayaan untuk 40 orang individu ini dikenakan cukai sebanyak 40-50%, kerajaan kita mendapat tambahan pendapatan lebih RM 10 bilion yang semestinya boleh melakukan banyak perkara dan tidak perlunya kenakan GST ke atas rakyat biasa. Lebih-lebih lagi, 40 orang individu yang terkaya di negara ini masih kekal menjadi orang yang terkaya walaupun mereka dikenakan kadar cukai yang tinggi ke atas penambahan kekayaan mereka. Namun, apa yang kita dapat saksikan hari ini adalah kerajaan BN terlalu berjinak dengan golongan korporat dan tidak berani melaksanakan dasar-dasar yang meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan berbanding dengan keuntungan korporat. Kerajaan juga telah m e n s w a s t a k a n

pusat@partisosialis.org http://partisosialis.org/ Untuk Sumbangan, sila buat cek atas nama: Parti Sosialis Malaysia No. Akaun Maybank: 512080337313

http://partisosialis.org/

tanggungjawabnya kepada golongan korporat yang hanya minat untuk mengaut keuntungan melalui kesengsaraan rakyat. Tambahan pula, kerajaan BN juga cuba berdamping dengan kuasakuasa imperialis barat, khususnya Amerika Syarikat (AS), dengan beria-ia ingin menandatangani perjanjian perdagangan bebas TPPA yang bakal menggadaikan hak rakyat kepada korporat transnasional yang berasal dari AS. TPPA adalah perjanjian yang berat sebelah dan hanya menguntungkan korporat besar dengan mengorbankan rakyat biasa. Oleh yang demikian, lawatan Obama, Presiden AS, ke negara kita yang akan datang ini patut disambut dengan tuntutan rakyat Malaysia menolak hegemoni dan dominasi kuasa AS! Jangan lupa juga 1 Mei yang akan datang, Hari Pekerja tahun ini, kita perlu jadikannya satu hari untuk kebangkitan kuasa rakyat membantah GST! ##


PART DAN FRON

3

Mac-Apr 2014

Hari Wanita 2014: Wanita Masih Dibelenggu Masalah Lama sumbangan mereka. Ramai wanita terpaksa bekerja lebih masa dan bersusah payah untuk mencari nafkah untuk diri sendiri dan keluarga. Wanita bekerja dalam sektor pertanian, kilang, perkhidmatan dan juga sektor tidak formal, dengan upah yang sedikit. Disebabkan dasar gaji minima tidak dilaksanakan secara betul, ramai pekerja wanita masih bersusah payah untuk menampung kehidupan. RM 900 memang tidak cukup untuk memenuhi keperluan asas.

Bersempena dengan Hari Wanita Sedunia yang jatuh pada 8 Mac setiap tahun, PSM telah mengadakan satu sidang akhbar khas di Saleng, Johor, semasa kempen jelajah PSM “Berjuang Bersama Rakyat”. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Veronica Anne Retnam, penyelaras hal ehwal wanita PSM, dua isu yang menjejaskan kaum wanita telah dijadikan fokus oleh PSM, iaitu isu berkenaan dengan realiti ekonomi untuk wanita yang berpendapatan rendah dan isu keselamatan wanita. Walaupun wanita telah menyumbang banyak kepada kemakmuran dan kesejahteraan negara kita, namun kesejahteraan ramai wanita nampaknya tidak sepadan dengan sumbangan dan kemakmuran hasil daripada

Para wanita, khususnya ibu tunggal, juga menghadapi masalah perumahan kerana terpaksa membayar sewa rumah yang tinggi berbanding dengan pendapatan rendah. Ada sesetengah ibu tunggal hanya menyewa satu bilik untuk keluarganya atau ada pula yang tinggal bersama saudara-mara. Dalam satu kajian awalan yang dijalankan oleh PSM, nutrisi pemakanan kanak-kanak telah terjejas kerana pendapatan kaum wanita yang rendah. Ada antara ibu tunggal yang hanya memberikan teh atau kopi kosong kepada anak mereka yang sekecil umur 2 tahun, sedangkan kanak-kanak kecil ini perlukan susu. Buahbuahan telah menjadi sesuatu yang amat jarang dimakan oleh mereka. Kekurangan zat makanan akan menjejaskan pertumbuhan kanak-kanak secara sihat dan mempengaruhi masa hadapan mereka apabila dewasa nanti. PSM menyarankan peruntukan lebih untuk wang bantuan kebajikan. Skim pencen patut dilaksanakan

untuk wanita yang bekerja keras untuk membangunkan negara namun masih hidup dalam kemiskinan. PSM juga mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan skim perumahan kepada wanita miskin, khususnya ibu tunggal, dengan sewa rumah yang rendah. Selain isu kemiskinan, keselamatan wanita juga terjejas. Ramai wanita takut berjalan berseorangan di luar pada setiap waktu, sama ada hari siang atau malam. Ketakutan ini adalah kerana wanita menjadi sasaran kepada jenayah ragut, rompakan, gangguan seksual dan rogol. PSM menyeru pada kerajaan supaya memainkan peranan yang lebih dalam memastikan keselamatan wanita. Selain memastikan keselamatan di jalan dan ruangan awam, kerajaan juga perlu menjalankan program kesedaran untuk meningkatkan sikap menghormati wanita dan hak wanita. “Kemudahan penjagaan yang sesuai perlu disediakan oleh kerajaan termasuk pusat asuhan kanak-kanak komuniti,” ulas Veronica, “PSM memperjuangkan hak wanita untuk perkongsian saksama dalam pengagihan kekayaan negara, dan juga penghormatan yang sepatutnya untuk semua wanita.” ##

AKTIVITI PARTI

NC-18

Mesyuarat Jawatankuasa Nasional (NC) yang ke-18 telah diadakan pada 2 Mac yang lalu di Kuala Lumpur. Mesyuarat ini dihadiri oleh wakil-wakil cawangan PSM untuk membincangkan perkembangan di cawangan masing-masing.

PSM Jelapang bersama dengan a h l i - a h l i Jawatankuasa Kampung Pinang Pusing telah menyampaikan satu surat peringatan ke p a d a Pe g a w a i Daerah dan Ketua Penolong Pengawai Daerah Batu Gajah, untuk meminta pada Pejabat Daerah dan Tanah Batu Gajah supaya segerakan tawaran lot tanah kediaman untuk 14 keluarga di kampung tersebut sepertimana yang dijanjikan oleh kerajaan negeri Perak. 14 keluarga di Kampung Pinang yang menghadapi pengusiran paksa oleh pemaju, telah berjuang secara bersungguh-sungguh untuk mempertahankan hak perumahan mereka dengan bantuan daripada PSM Jelapang.

Jelapang

Semenyih PSM Semenyih membuka kaunter aduan Gaji Minima di Pasar Pagi Semenyih pada 16 Februari yang lalu. Tujuan utama kaunter aduan ini adalah untuk merekod sebarang aduan berhubung majikan yang enggan membayar gaji minima RM900 kepada para pekerjanya. Kerajaan telah mengumumkan bahawa mulai Januari 2014, pihak majikan dikehendaki membayar pekerjanya RM900 sebagai gaji minima. Majikan yang gagal melaksanakan perintah ini akan berhadapan denda sebanyak RM10,000.

Jelapang

Satu program Sukaneka dan Pesta Makanan telah dianjurkan oleh PSM Jelapang pada 9 Mac yang lalu di Taman Pertama, Ipoh, Perak. Pelbagai aktiviti dijalankan dalam program yang dihadiri oleh ramai penyokong PSM tersebut.


4

NASIONAL

Mac-Apr 2014

Rakyat Berhak Buat Keputusan

Tolak TPPA Dalam mesyuarat dengan Kaukus Parlimen pada 12 Februari yang lalu, Menteri Perdagangan Antarabangsa, Dato Seri Mustapha Mohamad memaklumkan bahawa dalam banyak perkara wujudnya jurang luas antara posisi Malaysia dan Amerika Syarikat dalam rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Asia Pasifik (TPPA). Ini termasuklah: - Lanjutan Tempoh Paten Ubat, - Program Menyekat Kegunaan Tembakau, - Hak Cipta Intelek, - Syarikat Milik Kerajaan, - Hak Syarikat Asing Menghadapkan Kerajaan ke Tribunal Antarabangsa, - Perolehan Kerajaan dll. Oleh itu, Kerajaan Malaysia berhasrat meneruskan perundingan untuk mencapai satu persetujuan yang lebih baik walaupun Amerika mahu selesaikannya secepat mungkin. Tetapi pendirian Kabinet Najib Tun Razak adalah negara kita tiada pilihan lain. Kita terpaksa menandatangani Perjanjian TPPA ini kerana jika tidak, kita akan tersingkir daripada persaingan ekonomi antarabangsa. Kerajaan khuatir jika Malaysia tolak TPPA, pelaburan asing akan berkurangan, eksport kelapa sawit kita ke Negara Kanada akan dicukai 9% mulai Januari 2015, dan kepesatan pembangunan negara akan menurun. Oleh itu, strategi kerajaan Malaysia adalah untuk berunding sekeras yang boleh untuk dapat

memaksimumkan konsesi yang dapat diperolehi, tetapi akhirnya juga tetap akan menandatangani perjanjian ini apabila tamat proses perundingan. Menteri Perdagangan Antarabangsa berjanji kerajaan akan membentangkan Perjanjian TPPA di Parlimen untuk didebat sebelum menandatanganinya. Tetapi kita semua tahu bahawa di parlimen sekarang ini, semua usul atau rang undang-undang yang dibawa oleh kerajaan akan diluluskan kerana 130 ahli parlimen daripada BN yang akan terus angkat tangan untuk sokong syor kerajaan.

Adalah terpulang kepada masyarakat madani untuk mengkaji Perjanjian TPPA ini dan memberi maklumbalas kepada kerajaan. Apakah salahnya untuk memohon referendum diadakan untuk menentukan sama ada TPPA patut ditandatangani oleh Malaysia atau tidak. Jika referendum tentang TPPA boleh diadakan, maka isu ini dapat dibahas dengan lebih lanjut lagi dalam media, televisyen dan juga di kedai kopi. Rakyat berhak mengundi sama ada kita mahu kerajaan menandatanganinya ataupun sebaliknya. Inilah kaedah yang dipakai oleh negara-negara di Eropah dalam membuat keputusan muktamad sama ada mereka mahu sertai Kesatuan Eropah ataupun tidak. Sebagai satu negara yang menghampiri status negara maju, mengapa kita tidak boleh menggunakan kaedah ini? Untuk PSM, TPPA ini adalah satu perjanjian ekonomi yang hanya utamakan kepentingan dan keinginan pihak korporat terbesar dengan menyingkirkan 95% daripada rakyat kita termasuk peniaga kecil dan sederhana. Marilah kita bersama-sama menentang usaha penjajahan baru ini dan menyelamatkan negara kita daripada cengkaman korporat besar! ##

Kebebasan Akhbar: Malaysia Turun Tangga Lagi Organisasi “Wartawan Tanpa Sempadan” (Reporters sans frontières, RSF) telah mengumumkan Indeks Kebebasan Akhbar 2014 pada bulan Februari yang lepas. Kedudukan Malaysia merosot lagi dengan hanya menduduki tangga ke-147, jatuh 2 tangga. Prestasi kebebasan akhbar Malaysia lebihh teruk daripada negara Myanmar (tangga ke-145, meningkat 6 tangga). RSF mengumumkan Indeks Kebebasan Akhbar dan menyenaraikan negara-negara mengikut kedudukan berdasarkan keadaan kebebasan akhbar di setiap negara. Senarai ini mencerminkan kebebasan para wartawan, media dan warga internet, serta usaha yang dilakukan oleh setiap negara dalam melindungi kebebasan akhbar. Sebanyak 180 buah negara telah disenaraikan dalam kedudukan Indeks Kebebasan Akhbar tahun ini. Negara yang menduduki tempat pertama adalah Finland. Finland telah berada di tangga teratas kebebasan akhbar sedunia selama 5 tahun berturut-turut. Sejak Indeks Kebebasan Akhbar RSF diperkenalkan pada tahun 2002, Finland telah menduduki tangga teratas untuk 10 kali. Belanda dan Norway masing-masing menduduki tangga kedua dan ketiga. Negara yang menduduki tempat terakhir, iaitu tangga ke180, adalah Eritrea, sebuah negara Afrika yang sering

berlaku konflik bersenjata. Negara-negara yang berada di tangga terbawah termasuklah Korea Utara (tangga ke-179), Turkmenistan (178), Syria (177) dan Somalia (176). Negara Amerika Syarikat yang selalu menganggap dirinya jaguh kebebasan dan demokrasi, hanya berada di tangga ke-46, lebih teruk daripada Afrika Selatan (42) dan Papua New Guinea (44). Ini disebabkan kerajaan AS telah mencabuli kebebasan akhbar dan kebebasan maklumat dengan alasan melindungi keselamatan negara. Kerajaan AS telah menyekat kebebasan maklumat apabila Bradley Manning dihukum penjara oleh mahkamah tentera kerana “membocorkan rahsia” tentang jenayah perang AS, manakala Edward Snowden yang mendedahkan skandal pemantauan agensi perisikan AS di seluruh dunia telah menjadi orang yang dikehendaki oleh kerajaan AS. Untuk Malaysia di bawah pentadbiran UMNOBN, kedudukan negara kita semakin merosot dari segi kedudukan kebebasan akhbar, daripada kedudukan terbaik, iaitu tangga ke-92 pada tahun 2006, jatuh menjunam ke tangga ke-147 tahun ini. Nampaknya pentadbiran di bawah Najib telah mencipta satu sejarah hitam untuk kebebasan akhbar negara kita di mata

dunia. Isu berkaitan dengan kebebasan akhbar disekat di Malaysia baru-baru ini termasuklah majalah mingguan Bahasa Inggeris “The Heat” digantungkan lesen penerbitan, sementara satu lagi akhbar Bahasa Inggeris “FZ Daily” pula digantung lesen penerbitan walaupun belum lagi dikeluarkan. Barangkali kejatuhan kedudukan kebebasan akhbar negara kita adalah KPI untuk “Transformasi” di bawah pentadbiran Najib. ##


5

Mac-Apr 2014

KHAS

Jelajah PSM di Kelantan Jelajah PSM di negeri Kelantan telah berlangsung pada 28 Februari hingga 1 Mac yang lalu. Rombongan PSM bersolidariti dengan Gerakan Anak Muda Menuntut Royalti Minyak Kelantan sepanjang program roadshow di Kelantan. Rombongan PSM telah mengedarkan risalah-risalah tentang kempen bantah GST, kempen bantah TPPA dan juga pengenalan kepada PSM di sepanjang perjalanan merentasi negeri di Pantai Timur tersebut. Pada 28 Februari, rombongan jelajah PSM telah mengedar risalah di pusat bandar Kota Bharu sebelum berkonvoi dari Kota Bahru ke Pasir Puteh. Pengedaran risalah dijalankan di Masjid Ibrahimi dan juga sekitar Pasir Puteh. Satu forum anak muda telah diadakan pada malam 28 Februari di Pejabat R Tunjong, membincangkan isu-isu tentang masalah yang dihadapi oleh anak muda hari ini dan juga bagaimana membina kekuatan gerakan anak muda.

Pada 1 Mac, pengedaran risalah dijalankan di Pengkalan Chepa. Satu sidang akhbar diadakan bersama dengan pemimpin parti tempatan dan wakil rakyat untuk mendesak supaya kerajaan mengembalikan royalti minyak kepada rakyat Kelantan. Aktiviti pengedaran risalah dijalankan di bandar Machang pada sebelah petang. Adalah amat bermakna untuk PSM menjelajah ke Kelantan dan menerangkan kepada rakyat di situ tentang perjuangan sosialis. PSM juga merakamkan penghargaan setinggi-tingginya kepada kumpulan anak muda R yang menjadi tuan rumah kepada rombongan PSM di Kelantan. PSM akan sentiasa bersolidariti dengan rakyat Kelantan dalam menuntut royalti minyak dan mengembangkan kuasa rakyat. Rakyat Kelantan turut membantah cukai GST yang memiskinkan rakyat. Risalah dan lencana membantah GST telah diedarkan di pasar pagi UMK, Pengkalan Chepa.

PSM bersolidariti dan bersama dengan anak muda kumpulan R Kelantan dalam usaha rakyat Kelantan menuntut semula royalti minyak.

Anggota Pemuda Sosialis PSM mengedar risalah tentang GST dan TPPA di sekitar Kota Bahru. Ahli-ahli PSM mengambil kesempatan untuk bertukar pandangan dengan penduduk tempatan.

Dr. Kumar (AJK Pusat PSM / Ahli Parlimen Sungai Siput) bersama-sama dengan rombongan PSM mengedar risalah di Kampung Kuppu Kuda.

Forum bersama dengan aktivis muda Kelantan, membincangkan isu-isu berkaitan dengan anak muda kita hari ini dan juga hala tuju gerakan anak muda pada masa hadapan dalam perjuangan menuntut keadilan sosial.

Rombongan PSM di Pantai Irama, Bachok.

PSM di Kampung Pengkalan Nangka.

Sidang Akhbar bersama dengan MTUC Kelantan.

Arul (Setiausaha Agung PSM) di Kelantan


6

Mac-Apr 2014

KHAS

Diari Jelajah PSM: 22 FEB 2014

NEGERI SEMBILAN Mungkin ada segelintir masyarakat masih memberikan keutamaan kepada isu-isu perkauman dan sebagainya, namun jelajah PSM pula fokus dalam menyebarkan kesedaran tentang cukai GST, TPPA, kenaikan harga barang dan akta gaji minima. Isu-isu asas seperti ini memang membelenggu ramai dalam kalangan rakyat dan kebanyakan orang sangat bimbang akan keadaan semasa di negara ini. Malah, semasa kami menjalankan pengedaran risalah di tempat-tempat seperti di Pasar Besar Seremban, Terminal Bas Seremban, Rembau, Lobak, Temiang, Senawang, dan Tampin, didapati bahawa masih ada rakyat yang kurang memahami secara jelas tentang isu-isu semasa ini dan mereka amat mendahagakan maklumat untuk dibaca. Kami dapat bercakap dan memberikan penjelasan kepada orang ramai tentang kesemua isu yang disebutkan diatas melalui kempen Jelajah PSM di Negeri Sembilan. Peringkat ke-3 Kempen Jelajah PSM “Berjuang Bersama Rakyat� bermula pada 22 Feb di Seremban, Negeri Sembilan dan berakhir di negeri Melaka pada 23 Feb. Kali ini rombongan PSM disertai lebih 40 orang anggota dan penyokong PSM. Sepanjang program roadshow di Negeri Sembilan, kami telah mengedarkan sekurang-kurangnya 20,000 risalah tentang pelbagai isu yang disebutkan di atas. Kami mendapat sambutan yang agak baik dan juga banyak soalan serta penjelasan turut diminta oleh kebanyakan penduduk yang kami jumpa. Konvoi kereta dengan kibaran bendera PSM sentiasa menarik perhatian orang ramai yang berada di pekan-pekan atau bandar-bandar yang kami kunjungi. Kami membuat pengumuman tentang tujuan kami membuat roadshow ini melalui rakaman suara dalam 4 bahasa dan lagu-lagu perjuangan juga dimainkan sepanjang perjalanan. Adanya orang yang memberikan sumbangan ikhlas untuk perjuangan PSM. Malah ada juga yang mengambil kesempatan untuk bergambar dengan pimpinan parti seperti Arutchelvan (Setiausaha Agung PSM) dan Dr Kumar (AJK Pusat PSM merangkap Ahli Parlimen Sungai Siput). Ketibaan kami di kesemua tempat pada 22 Feb yang lalu di Negeri Sembilan mendapat sambutan yang penuh mesra daripada penduduk tempatan. Apa yang di luar jangkaan kami adalah, makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang mengunjungi dan berniaga di pasar pagi mengenali PSM serta memberikan sambutan yang sangat

bagus. Ramai yang memberitahu kami bahawa mereka amat menghormati perjuangan PSM khususnya di Kampung Hakka, Mantin dan mereka kata mereka sentiasa menyokong PSM. Walaupun cuaca yang panas, anggota-anggota PSM masih bersemangat mengedarkan risalah kerana dorongan daripada sambutan baik daripada penduduk tempatan. Pada sebelah malam, satu ceramah telah adakan di Taman Asoka, Mantin, berdekatan dengan Kampung Hakka, sebuah kampung dengan warisan sejarah lebih 100 tahun yang memperjuangkan hak perumahan mereka. Antara penceramah-penceramah yang hadir menyampaikan hujah mereka adalah Arutchelvan (Setiausaha Agung PSM), Chegu Bard (Aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia, SAMM), Zulkifli (Ketua Lajnah Biro Sekitar PAS dari Lenggeng), Bawani ( Ketua Pemuda Sosialis PSM), Choo Chon Kai (AJK Pusat PSM), Chong Tze Yew (wakil penduduk Kampung Hakka), Victor Chin (Rakan Mantin) dan Orenji (Ketua Penerangan Jingga 13). Kehadiran amat menggalakkan dengan lebih daripada 150 orang penduduk tempatan datang mendengar mesej-mesej yang disampaikan oleh para penceramah. Antara mesej-mesej yang disampaikan adalah perlunya kita tingkatkan usaha membantah GST. Para penceramah juga menyeru agar semua rakyat turut serta dalam himpunan raksasa Hari Pekerja 1 Mei akan datang di Kuala Lumpur, dengan tema membantah GST. Chegubard dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada PSM kerana cuba membawa tumpuan rakyat kembali kepada isu sebenar rakyat, bukannya terus terjerumus dalam isu perkauman yang memecah-belahkan rakyat. Roadshow satu hari di Negeri Sembilan yang bermula di Pasar Besar Seremban telah tamat di Mantin dengan penuh semangat. Ini amat bermakna dan memberikan motivasi kepada para ahli PSM untuk meneruskan roadshow ini untuk hari kedua di Melaka. (oleh Nalini E)

Seremban

Terminal Bas Seremban

Pengedaran risalah

Konvoi Berkereta Ceramah di Mantin


7

Mac-Apr 2014

KHAS

Diari Jelajah PSM: 23 FEB

Kempen Jelajah PSM “Berjuang Bersama Rakyat” pada 23 Februari di Melaka merupakan satu permulaan baik kepada anak-anak muda PSM di Melaka dan berakhir dengan satu harapan, satu keyakinan dan misi untuk membawa angin perjuangan sosialisma ke kota bersejarah – Melaka. Walaupun sebelum ini, PSM melalui sekutunya JERIT pernah berkayuh di sekeliling Kota Melaka, tetapi ini adalah kali pertama PSM turun ke jalanraya sempit di sekitar kota bersejarah ini untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang GST, TPPA dan akta gaji minima di samping memperkenalkan PSM kepada mereka. Selain daripada pelancong tempatan, pelancong luar negara juga turut bertanyakan mengenai PSM dan ada juga pelancong luar negara yang berfahaman sosialis berkongsi pengalaman mereka dengan anggota PSM. Rombongan PSM ke Melaka disertai oleh seramai 40 orang ahli, pimpinan dan penyokong PSM. Sepanjang roadshow di Melaka, rombongan PSM telah menerima sambutan yang cukup hangat. Ada yang tanya, ini parti barukah? Manakala ramai juga yang kenali PSM sebagai parti yang berani dan berprinsip. Kami juga rasa cukup terharu apabila ada orang yang turut memberikan kata-kata semangat serta memberikan sumbangan wang kepada kami untuk teruskan roadshow ini. Sambutan ini memberikan semangat kepada anggota cawangan baru PSM di Melaka. Apa yang pasti, kami kini dikenali ramai di Melaka. Kami memulakan roadshow kami dengan berkonvoi pada awal pagi dari Tampin, Negeri Sembilan, menuju ke Bandar Melaka. Perjalanan cukup bersemangat dengan bendera PSM berkibar megah disambut angin yang cukup kencang pada pagi tersebut. Sebanyak 12 buah kereta mengambil bahagian dalam konvoi tersebut. Tempat pertama yang kami lawati di Melaka adalah Pasar Besar Melaka di Melaka Sentral. Kehadiran rombongan kami pada awal pagi di pasar tersebut membawa satu suasana “kejutan” kepada warga tempatan. Namun, selepas kami memperkenalkan diri dan membuat edaran risalah, ramai yang datang bertanya dan mendapatkan penjelasan tentang isu-isu disebut dalam risalah yang diedarkan. Kami juga turut bersarapan pagi menikmati makanan serba beraneka di pasar Melaka.

MELAKA

dan kemudian ke Alor Gajah. Salah satu program menarik yang dianjurkan pada waktu petang itu adalah satu diskusi bersama dengan NGO, parti politik dan masyarakat orang asli berkenaan isu-isu yang dihadapi oleh orang asli di Melaka. Dr. Nasir Hashim dan V.Selvam, dua orang veteran dan pengasas PSM turut hadir ke program ini. Dr. Nasir menjelaskan mengenai sosialisma ala Malaysia dan mengatakan bahawa sosialisma adalah satu idelogi yang cukup mudah tetapi telah dikelirukan pelbagai pihak. Isu mengenai Orang Asli yang disampaikan oleh wakil-wakil dari Jaringan Orang Asal Melaka cukup menyentuh hati. Ramai yang tidak sedar bahawa adanya komuniti orang asli di Melaka. Perbincangan seperti ini sebenarnya mengeratkan lagi hubungan dengan semua wakil-wakil atau individu-individu yang mahukan perubahan. PSM Melaka juga memberi komitmen untuk besolidariti bersama masyarkat orang Asli dalam memperjuangkan tuntutan mereka. Selepas diskusi tersebut, kami beredar ke Pasar Malam di Batu Berendam, Alor Gajah. Kami telah edarkan risalah dan kemudian meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir untuk berehat dan kemudiannya mengadakan ceramah di pekan Rembia. Ceramah bersantai diadakan di Pusat Perkhidmatan Pakatan Rakyat di Pekan Rembia. Antara penceramah-penceramah yang hadir adalah Dr. Hatta Ramli (MP Kuala Krai daripada PAS), Arutchelvan (Setiausaha Agung PSM), Akram Ahmar (Solidariti Mahasiswa Malaysia), Jauhar Dawi (Ketua Pemuda PAS Melaka), Damien Yeoh (Ketua DAPSY, DAP Melaka), Dr. Kumar (MP Sungai Siput dan AJK Pusat PSM) dan Choo Chon Kai (AJK Pusat PSM). Lebih daripada 60 orang aktivis dan penduduk tempatan hadir untuk mendengar ceramah kelompok ini. Pelbagai isu-isu semasa telah dikongsikan dalam ceramah ini. Ketua Pemuda PAS Melaka, Jauhar berkata bahawa Pemuda PAS Melaka sedia bekerjasama bersama PSM dan menyarankan supaya kita perlu menumpukan perhatian kepada kawasan luar bandar. Damien Yeoh pula terpegun bahawa PSM dapat menarik ahli Melayu berbanding dengan DAP sendiri yang merasakan ini adalah sesuatu yang mustahil. Beliau juga mengucapkan tahniah kepad PSM kerana berjaya mendapat sokongan orang Melayu. Dr. Jeyakumar mengatakan bahawa cabaran Paktan Rakyat adalah untuk meyakinkan orang Melayu di luar bandar supaya mereka sedar bahawa PR tidak akan meminggirkan hak mereka jika PR memerintah. Dr. Hatta pula terus mempesonakan para hadirin dengan lawak jenaka beliau dan juga kupasan terhadap isu-isu semasa seperti GST.

Destinasi kami kedua ialah kawasan sekitar Gereja St Teressa. Kami cukup terpegun dengan keunikan tempat beribadat di Melaka di mana tempat beribadat pelbagai agama berada di sisi satu sama lain tanpa menimbulkan sebarang masalah. Kami telah edarkan risalah di luar Gereja di mana kami dapat berjumpa dengan pelbagai lapisan masyarakat. Kami juga mengedarkan banyak risalah dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina di kawasan ini.

Di Melaka, kami telah mengedarkan sekurang-kurangnya 15,000 risalah tentang pelbagai isu yang diperjuangkan oleh PSM. Kami mendapat sambutan yang agak baik daripada kebanyakan penduduk yang kami jumpa.

Kota Melaka pada hari Ahad agak sibuk juga. Anggota PSM yang mengedar risalah telah bergerak secara berjalan kaki dan telah masuk ke banyak tempat termasuk kawasan tumpuan pelancong seperti Jalan Bunga Raya, Jonker Street, Little India, Bangunan Merah, Dataran Pahlawan dan lain-lain lagi.

Kami ucapkan tahniah kepada anak muda daripada cawangan PSM di Melaka kerana berjaya menganjurkan roadshow ini dengan berjayanya. Kini kita mempunyai tanggungjawab untuk terus bekerja dalam usaha menyedarkan rakyat Melaka.

Selepas itu, kami telah meneruskan pejalanan kami ke Malim Jaya, Bukit Beruang

(oleh Nalini E)


8

KHAS

Mac-Apr 2014

Diari Jelajah PSM – JOHOR Intimidasi Bukannya Penghalang Negeri Kubu Kuat UMNO Diserbu Rombongan kempen Jelajah PSM “Berjuang Bersama Rakyat” telah menjejak kaki di negeri Johor pada 7-9 Mac yang lalu. Walaupun berlakunya beberapa insiden yang bersifat intimidasi, keseluruhan kempen jelajah PSM di Johor berjalan dengan berjayanya, kerana bendera PSM berkibar dengan begitu megah sekali di bandar-bandar dan pekan-pekan dalam sebuah negeri yang dikatakan kubu kuat UMNO-BN.

7 Mac

Rombongan PSM bersama dengan pimpinan Pakatan Rakyat di Labis

Program Jelajah PSM di Johor bermula di Segamat, yang terletak di bahagian utara negeri Johor. Pasukan kempen jelajah PSM telah mengunjungi pasar awam di Segamat untuk mengedar risalah tentang PSM, kempen bantah GST, kempen bantah TPPA dan sebagainya. Sambutan di pasar Segamat amat memberangsangkan, di mana ada orang awam menyumbangkan wang secara ikhlas dan memuji keberanian P S M d a l a m memperjuangkan hak rakyat. Rombongan Jelajah PSM kemudiannya bergerak ke Labis. Semasa di Labis, rombongan PSM telah disambut oleh Lim Eng Guan, ADUN DAP untuk Bekok, dan juga S. Ramakrishnan, bekas calon DAP kawasan parlimen Labis. Kedua-dua pemimpin DAP tempatan ini telah mengiringi pasukan PSM semasa pengedaran risalah, dan mereka amat kagum dengan kerja-kerja PSM.

dua rantai basikal. Kami terpaksa membuka membuka kunci tersebut dengan menggunakan kapak. Ini merupakan satu lagi intimidasi secara bersembunyi oleh pihak yang cuba mengganggu program jelajah PSM. Mengulas tentang insiden tersebut, Setiausaha Agung PSM Arutchelvan berkata, “Pihak yang berbuat demikian menunjukkan mereka rasa tergugat oleh kehadiran PSM di Kluang. Namun, taktik kotor sebegini tidak berguna untuk anggota-anggota PSM yang berani kerana benar.”

Mengedar risalah dan menerangkan isu-isu semasa kepada rakyat Johor

Selepas Labis, rombongan PSM menuju ke Chaah, di mana S. Ramakrishnan juga turut bersama di sana dan menyediakan makan tengah hari untuk anggotaanggota PSM. Pengedaran risalah juga diadakan sekitar pekan Chaah. PSM merakamkan ucapan terima kasih kepada pemimpin DAP S. Ramakrishnan yang menyambut rombongan PSM di kawasan Labis dengan begitu mesra dan murah hati.

Satu persoalan yang timbul dalam insiden pemalsuan lambang bendera dan kunci pintu pagar ini adalah, rombongan PSM telah diekori dan diawasi oleh anggota-anggota polis, khususnya daripada cawangan khas, sepanjang kempen jelajah di Johor, tetapi mengapa tiada seorang polis pun boleh mengenalpasti siapa yang menjadi dalang di sebalik tindakan sabotaj ini. Memang pelik tetapi benar. (sambung di m/s 9)

Rombongan PSM bergerak dan bersinggah di Yong Peng selepas itu, di mana anggota-anggota PSM telah berehat sebentar di sana. Destinasi seterusnya adalah Kluang. Perkara yang “pelik” telah berlaku di Kluang apabila kami mendapati adanya bendera merah yang hampir serupa dengan PSM digantung di beberapa tempat di sekitar Kluang, tetapi mempunyai motif untuk mensabotaj kempen jelajah PSM. Bendera yang bersifat sabotaj tersebut telah menukar genggaman tangan pada logo PSM kepada satu tangan yang menunjukkan isyarat tangan lucah (iaitu seolah-olah menunjukkan jari tengah kepada orang lain). Terdapat juga poster yang bersifat fitnah di mana slogan “Berjuang Bersama Rakyat” ditukar kepada “Berjuang Menipu Rakyat”. Amat jelas sekali, kedatangan PSM di Kluang telah digeruni oleh sesetengah pihak. Barangkali pihak yang sanggup menghabiskan wang dan tenaga untuk menghasilkan bahan-bahan fitnah tersebut memang takut sangat bahawa PSM akan bertapak di Kluang satu hari nanti. Kami pasti bahawa rakyat Malaysia yang semakin terbuka mata dan minda tidak akan senang diperdaya oleh bentuk fitnah murahan yang memalsukan Bendera palsu (gambar atas) dan poster palsu yang bertujuan untuk fitnah serta sabotaj kempen PSM telah dijumpai di Kluang, Johor. lambang dan bendera.

Pihak yang berbuat demikian nampaknya tergugat dengan kempen Satu lagi insiden yang cuba mengganggu perjalanan PSM juga berlaku di Kluang PSM membongkarkan kepincangan kerajaan UMNO-BN yang pada keesokan hari. Apabila anggota-anggota bangun pada awal pagi 8 Mac, merupakan punca utama kepada ketidakadilan sosial di negara kita. didapati pintu pagar tempat penginapan rombongan PSM telah dikunci dengan


9

Mac-Apr 2014

KHAS

(sambung dari m/s 8) Simpang Renggam

8 Mac

Perjumpaan di Kampung Orang Asli, di Gelang Patah

8 Mac merupakan Hari Wa n i t a S e d u n i a . P S M meneruskan kempen jelajah di Johor untuk hari kedua pada hari yang bermakna ini. Selepas insiden sabotaj di Kluang, program rombongan PSM diteruskan secara lancar. Rombongan PSM telah mengunjungi pasar pagi di Simpang Renggam, sebagai destinasi pertama untuk program hari kedua di Johor. Sambutan di pekan Simpang Renggam amat baik. Rombongan PSM kemudiannya beredar ke Kulai untuk meneruskan pengedaran risalah. Selepas itu, PSM bergerak ke Saleng dan mengedar risalah di pusat perniagaan di situ. Satu sidang akbar bersempena dengan Hari Wa n i t a S e d u n i a t u r u t diadakan di Saleng.

Saleng

Ceramah di Taman Universiti

Pelangi

Setelah makan tengah hari, rombongan PSM telah mengambil kesempatan melawat sebuah perkampungan orang asli di Gelang Patah. Kampung Orang Seletar, masyarakat orang asli yang hidup bergantung pada kerja laut, telah dijejaskan oleh kerajaan yang menafikan hak mereka. Hutan paya bakau yang merupakan sumber kehidupan mereka telah dimusnahkan oleh kerajaan yang hanya mementingkan keuntungan kapitalis. PSM bersama-sama dengan wakil Parti PAS telah mendengar keluhan masyarakat Orang Seletar, dan bersedia untuk menyokong perjuangan Orang Seletar. Rombongan PSM kemudian bergerak ke Kangkar Pulai. Satu pertemuan antara pimpinan PSM dengan wakil kesatuan sekerja di Johor telah diadakan di Pejabat PSM di Kangkar Pulai. Perbincangan tersebut amat bernas sekali dan mengeratkan lagi kerjasama PSM dengan gerakan kesatuan sekerja. Satu ceramah telah diadakan pada waktu malam di Taman Universiti. Sambutan untuk ceramah tersebut amat memberangsangkan. Antara yang berucap dalam ceramah tersebut adalah Hassan Karim (Naib Pengerusi PKR Johor), Arutchelvan (Setiausaha Agung PSM), Choo Chon Kai (AJK Pusat PSM) dan Bawani (Ketua Pemuda Sosialis PSM). Selain ceramah, terdapat juga persembahan daripada Amni Jagat yang menyampaikan sebuah sajak dan persembahan teater interaktif oleh artis Liang Ka En. Persembahan teater oleh Liang yang bertajuk “Tiga Ekor Kambing� amat menarik sekali di mana ia mengisahkan tentang isu pembangunan projek petrokimia di Pengerang yang menghancurkan kampung halaman rakyat biasa untuk keuntungan korporat besar seperti Petronas.

9 Mac Hari ketiga kempen jelajah PSM di Johor bermula di pasar pagi Taman Universiti. Ramai pengunjung pasar telah menerima dan membaca secara teliti risalah yang diedarkan oleh anggota PSM. Destinasi kedua pada hari ketiga kempen di Johor adalah Tampoi. Selepas itu, rombongan mengedar risalah di Taman Pelangi, Johor Bahru. Satu sidang akhbar telah diadakan di Plaza Pelangi. Rombongan jelajah PSM akhirnya tiba di pusat bandaraya Johor Bahru, ibu kota negeri Johor, pada tengah hari. Rombongan PSM telah berpecah kepada beberapa kumpulan kecil untuk mengedar risalah di sekitar pusat bandaraya yang penuh sesak ini. Selepas makan tengah hari, rombongan PSM mengedar risalah di Terminal Bas Larkin, di mana terdapatnya ramai rakyat Malaysia yang berulang-alik dari Johor ke Singapura dan ke tempat lain. Program jelajah PSM di Johor berakhirnya di Taman Molek, di mana pejabat kumpulan Engage berada. Anggota PSM telah sempat bertemu untuk seketika dengan aktivis-aktivis NGO di Johor.

Bersama dengan wakil NGO Johor

Tiada Penghalang Untuk Semangat Perjuangan Kempen roadshow PSM di Johor berlangsung dalam suasana negara diselubungi dengan keresahan dan kemurungan apabila Anwar dijatuhkan hukuman penjara dan juga peristiwa kapal terbang MH370 hilang di Laut China Selatan. PSM telah mengambil pendirian baru untuk membantu secara bersungguh-sungguh dalam kempen PRK di Kajang untuk memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat. Di samping itu, PSM juga berharap pesawat MH370 dapat ditemui secepat mungkin. Walaupun berhadapan dengan cuaca berjerebu, kepanasan, keletihan dan intimidasi oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab, rombongan jelajah PSM tetap bersemangat tinggi dalam menyampaikan penerangan tentang perjuangan sosialis dan isu-isu semasa. Anggota-anggota PSM telah menunjukkan keazaman dan ketekadan mereka untuk mendidik rakyat tentang politik perjuangan rakyat. Roadshow PSM akan diteruskan lagi di negeri-negeri lain.


ANTARABANGSA

10

Mac-Apr 2014

Ukraine Apa yang sebenarnya berlaku? Pada 21 November tahun lepas, apabila Presiden Ukraine, Viktor Yanukovich, menggantungkan rundingan kerjasama ekonomi dengan Kesatuan Eropah (EU), telah tercetusnya gelombang protes yang besar-besaran di negara Eropah Timur tersebut. Gelombang protes tersebut telah digelar sebagai “Euromaidan”, kerana Dataran Kemerdekaaan (Maidan Nezalezhnosti) di Kiev, ibu kota negara Ukraine, telah menjadi tumpuan kepada pertempuran antara mereka yang berprotes dengan pihak berkuasa. Protes yang pada asalnya hanya membantah tindakan Yanukovich yang cuba membantutkan proses integrasi Ukraine dengan EU, telah berkembang menjadi demonstrasi besar-besaran menentang kerajaan, sehingga menjatuhkan kerajaan Yanukovich pada 22 Februari yang lalu selepas siri pertumpahan darah yang meragut nyawa seramai lebih 82 orang. Pihak Russia pula mengerah tenteranya masuk ke Krimea (satu republik autonomi di bawah Ukraine) berikutan pertukaran kerajaan di Kiev, sekali gus mencetuskan krisis perang yang baru di rantau Eropah Timur.

Rakyat Ukraine menuntut perdagangan bebas? Media arus perdana a n t a r a b a n g s a menceritakan kepada kita bahawa rakyat Ukraine keluar berprotes pada November tahun lepas k e r a n a m e r e k a membantah tindakan P r e s i d e n Ya n u k o v i c h memberhentikan proses integrasi dengan EU dan enggan menandatangani satu perjanjian perdagangan bebas. Ini s e o l a h - o l a h menggambarkan rakyat Ukraine inginkan dasardasar neo-liberal dan perdagangan bebas, bertentangan dengan apa yang sedang diperjuangkan oleh rakyat Eropah yang lain (seperti di Greece dan Sepanyol) yang menentang serangan neo-liberal. Memang aneh… Namun, penyebab kepada kemarahan rakyat Ukraine sehingga mencetuskan gelombang protes besar-besaran adalah krisis ekonomi yang berlarutan. Kemiskinan, beban kehidupan yang semakin berat, kepincangan pemerintah dan keganasan polis, merupakan masalah yang membelenggui rakyat Ukraine selama ini. Walaupun negara Ukraine mempunyai jumlah penduduk yang ke-6 besar di Eropah (lebih kurang 45 juta orang) dan mempunyai keluasan tanah terbesar di Eropah selepas Russia, namun Ukraine merupakan negara yang ketiga miskin di Eropah, dengan pendapatan per kapita hanya lebih kurang USD 7600. Lebihlebih lagi, gelombang penguasaan ekonomi kapitalis yang melanda selepas kejatuhan Kesatuan Soviet telah menjadikan jurang antara yang kaya dengan yang miskin semakin besar. Kadar pengangguran pula meloncat daripada 3% ke 9% apabila krisis ekonomi melanda barubaru ini. Rakyat Ukraine yang tidak puas hati dengan Yanukovich berkemungkinan mempunyai tanggapan palsu terhadap EU, satu gambaran di mana seolah-olah semua negara Eropah

Dua “revolusi” dalam 10 tahun Ukraine pernah dilanda gelombang protes pada tahun 2004, yang digelar “Revolusi Oren”, di mana rakyat Ukraine yang membantah penyelewengan semasa pilihanraya Presiden yang memenangkan Yanukovich (yang merupakan Perdana Menteri pada masa itu), akhirnya berjaya memaksa pilihanraya semula yang menyaksikan kemenangan Viktor Yushchenko yang merupakan seorang ahli politik yang pro-Barat. Puak pro-Russia yang kehilangan kuasa pemerintahan pada tahun 2004, telah kembali berkuasa lagi apabila Yanukovich menang dalam pilihanraya presiden 2010, hasil daripada perpecahan dalam puak pro-Barat. Hampir 10 tahun selepas itu, pemerintahan oleh kerajaan puak pro-Barat pada 2005-2010 tidak memperbaiki kehidupan rakyat bawahan malah memperdalamkan lagi perpecahan masyarakat Ukraine yang biasanya dibahagikan kepada dua: Warga Ukraine yang bahasa ibundanya Bahasa Ukraine di wilayah Barat dan Tengah Ukraine, dengan warga Ukraine yang berbahasa ibunda Bahasa Russia di wilayah Timur dan Selatan. Perbezaan bahasa dan geo-politik ini jelas dipaparkan dalam keputusan pilihanraya di mana pengundi di Timur dan Selatan Ukraine menyokong kuat parti-parti pro-Russia termasuk Yanukovich, sementara pengundi di Barat dan Tengah Ukraine pula cenderung untuk menyokong calon-calon pro-Barat.

bebas daripada rasuah, pertumbuhan ekonomi yang pesat sehingga tiadanya kemiskinan dan suasana demokrasi yang sempurna, walhal banyak negara anggota EU sedang dilanda krisis ekonomi dan rakyat dipaksa bayar untuk kerugian orang kaya di negara-negara tersebut. Tanggapan palsu ini diperkuatkan lagi oleh propaganda elit politik yang pro-EU, atau golongan kapitalis yang mempunyai kepentingan besar dalam hubungan rapat dengan kuasa barat. Kerajaan Yanukovich menundakan rundingan perjanjian perdagangan bebas dengan EU, mempunyai dua sebab utama, satunya adalah tekanan daripada Russia yang cuba mengekalkan kuasa dominasinya di rantau Eropah Timur, melalui tindakan seperti mengenakan peraturan tarif baru ke atas barangan import dari Ukraine dan ancaman menghentikan saluran gas ke Ukraine; satu lagi adalah disebabkan oleh syarat-syarat yang dikenakan oleh Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam meminjam wang kepada Ukraine sebelum perjanjian dengan EU tercapai, antaranya menaikkan harga bahan bakar dan pemanasan sebanyak 40%, membekukan gaji minima, mengurangkan perbelanjaan kerajaan, mengurangkan subsidi tenaga, dan menghapuskan pengecualian cukai tambah nilai ke atas barangan pertanian. Cadangan pengubahsuaian struktur yang dikemukakan oleh IMF memang tidak mungkin diterima oleh mana-mana kerajaan yang berfikiran waras.

Sekali lagi sejarah berulang apabila pemimpin proRussia dijatuhkan. Perubahan politik yang mendadak berikutan gelombang protes ini nampaknya sesuatu yang menggegarkan tetapi apa yang berlaku sebenarnya hanya rombakan semula politik dalam kelas pemerintah Ukraine, peralihan kuasa daripada oligarki yang pro-Russia ke dalam tangan oligarki yang pro-Barat. Sememangnya pemimpin pro-Russia seperti Yanukovich mewakili kepentingan oligarki yang membolot kekayaan negara Ukraine dan membiarkan rakyat biasa merana, namun ahli-ahli politik dalam puak pro-Barat juga bukannya malaikat yang bakal menyelamatkan rakyat Ukraine. Misalnya, Yulia Tymoshenko, bekas Perdana Menteri yang dibebaskan baru-baru ini selepas Yanukovich dijatuhkan, seorang ahli politik pro-Barat yang amat popular dan diangkat menjadi wira rakyat Ukraine apabila dipenjarakan oleh kerajaan Yanukovich pada tahun 2011 atas tuduhan penyelewengan kuasa, merupakan seorang usahawan/kapitalis yang agak berjaya sebelum melibatkan diri sepenuhnya dalam politik. Syarikat gas yang ditubuhkan oleh Tymoshenko pernah menguasai 1/5 daripada ekonomi Ukraine, hasil daripada kekecohan ekonomi selepas kejatuhan Kesatuan Soviet. Tymoshenko pernah menjual gas yang digali secara haram dan mengelakkan diri daripada membayar cukai. Tymoshenko yang pernah melibatkan diri dalam “Revolusi Oren” tahun 2004, mengamalkan dasar ekonomi neo-liberal dan rapat dengan kapitalis Eropah Barat semasa menjadi Perdana Menteri. (sambung di m/s 11)


ANTARABANGSA

11 (sambung dari m/s 10)

Kebangkitan Puak Kanan Lampau: Ancaman kepada Gerakan Rakyat Walaupun perjuangan rakyat di Maidan itu nampaknya hebat, tetapi kemunculan kuasa-kuasa berhaluan kanan lampau menimbulkan ancaman baru kepada masa hadapan rakyat Ukraine. Parti-parti pro-Barat nampaknya merupakan penggerak utama dalam gerakan Maidan, tetapi kumpulan berhaluan kanan lampau mendapat perhatian ramai disebabkan taktik pertempuran mereka yang agresif. Antara parti politik yang terlibat dalam gerakan Maidan, adanya sebuah parti yang bernama Svoboda, parti yang menang 38 kerusi dalam pilihanraya parlimen 2012 menjadikannya parti nombor empat dalam parlimen Ukraine. Svoboda merupakan jelmaan kuasa politik fasis di Ukraine, yang mengapiapikan sentimen kebencian kaum, seperti “Golden Dawn” di Greece. Penyertaan Svoboda dalam gerakan Maidan juga menyediakan perlindungan kepada kumpulankumpulan fasis atau neo-nazi lain yang lebih agresif dan ekstrim, seperti Pravyi Sektor, UNA-UNSO dan sebagainya. Kumpulan berhaluan kanan lampau di Ukraine biasanya mengagung-agungkan “wira nasional” mereka, Stepan

Kebangkitan Rakyat Bosnia: Perjuangan Kelas Membara Perbezaan Kaum Diketepikan Satu gelombang kebangkitan rakyat tercetus di BosniaHerzegovina pada awal bulan Februari yang lalu. Rakyat Bosnia turun ke jalanraya dan menduduki bangunan awam, dalam aksi membantah rasuah oleh elit pemerintah, dan juga menuntut keadilan sosial untuk semua rakyat. Gelombang protes merebak ke banyak buah bandar di BosniaHerzegovina. Montenegro, negara jiran Bosnia, Montenegro, turut dilanda protes. Bosnia-Herzegovina telah mengalami peperangan pada tahun 1990an apabila Persekutuan Yugoslavia dibubarkan berikutan krisis politik-ekonomi akibat daripada liberalisasi ekonomi dan penularan sentimen nasionalis dalam negaranegara yang bergabung di bawah Yugoslavia. Ibu kota Bosnia, Sarajevo, pernah dikepung oleh tentera Yugoslavia dan Republik Srpska (wilayah yang didominasi oleh kaum Serb yang ingin bergabung dengan Serbia untuk membentuk sebuah negara) untuk selama 4 tahun. Selepas Perjanjian Dayton yang dipengaruhi oleh Amerika Syarikat ditandatangani, Bosnia-Herzegovina telah dipecahkan kepada “jajahan” yang berasing untuk dikuasai oleh golongan oligarki yang terdiri daripada kaum Serb, Croat dan Bosniak masing-masing, di bawah naungan kuasa-kuasa kapitalis antarabangsa. Pada 4 Februari yang lalu, protes besar-besaran mula tercetus di Tuzla, bandar ketiga besar di BosniaHerzegovina. Bekas pekerja syarikat milik negara, bersamasama dengan pelajar, warga bandar dan pekerja yang lain turun ke jalanraya, menuntut pampasan yang adil untuk pekerja syarikat milik negara yang dibuang kerja. Mereka juga menuntut supaya kerajaan mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah pengangguran yang berlarutan. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan Bosnia bukan sahaja menswastakan syarikat milik negara, tetapi terus membenarkan syarikat milik negara bankrap selepas penswastaan. Pemodal swasta yang membeli syarikatsyarikat milik negara tersebut, telah menjual aset syarikat, memberhentikan pemberian upah dan memohon untuk jadi muflis selepas mereka ambil alih pengurusan. Ramai pekerja syarikat milik negara kehilangan kerja akibat daripada tindakan oligarki kelas pemerintah menggadaikan kepentingan negara semata-mata untuk keuntungan sendiri tanpa mengira hidup mati pekerja. Kadar penganggguran rasmi di Bosnia adalah 27.5%, dan jika ditambah dengan 20% lagi rakyat yang terlibat dalam ekonomi tidak formal, kadar pengangguran sebenarnya mencecah hampir 50%. Purata gaji bulanan pekerja Bosnia hanya 420 euro sahaja,

Mac-Apr 2014

Bandera, seorang pemimpin organisasi nasionalis Ukraine Barat yang pernah berkerjasama dengan Nazi Jerman.

Russia juga perlu kekalkan penguasaan ketenteraannya di Laut Hitam daripada diancam oleh rejim yang anti-Russia.

Peranan dan pengaruh puak berhaluan kanan lampau ini memang tidak boleh dipandang ringan kerana mereka akan menjadi ancaman hebat kepada mana-mana gerakan rakyat yang berjuang untuk demokrasi dan keadilan sosial.

Krisis di Krimea dan Ukraine seolah-olah ulangan Perang Ossetia Selatan pada tahun 2008. Pada tahun 2008, semasa Sukan Olimpik berlangsung di Beijing, peperangan tercetus di kawasan transkaukakus, apabila kerajaan Georgia yang pro-Barat melancarkan operasi ketenteraan ke atas Ossetia Selatan dan Russia membalas telah serangan ke atas Georgia. Perang Ossetia Selatan berakhir dengan kemenangan tentera Russia, Ossetia Selatan dan Abkhazia mencapai kemerdekaan secara de facto walaupun tidak mendapat pengiktirafan antarabangsa secara meluas.

Krimea: Satu lagi Ossetia Selatan? Tindakbalas serta-merta daripada pihak Russia selepas pertukaran kuasa di Kiev adalah pergerakan ketenteraan di Krimea. Krimea, sebuah republik autonomi di bawah Ukraine, merupakan satu wilayah yang dihuni oleh majoriti orang Russia selepas Perang Dunia II. Krimea pernah merupakan sebahagian daripada Russia telah diserahkan kepada Ukraine pada tahun 1954. Tentera laut Russia pula mengekalkan Sevastopol, sebuah bandar perlabuhan di dalam lingkungan Krimea, sebagai pengkalan utama untuk Armada Laut Hitam. Tindakan pencerobohan tentera Russia ke dalam kawasan Ukraine, merupakan reaksi kebimbangan Presiden Putin tentang kepentingan Moscow akan terjejas akibat daripada pergolakan politik di Kiev.

Walau bagaimanapun, adalah amat jelas sekali bahawa sama ada kuasa-kuasa barat seperti Amerika Syarikat dan EU, ataupun kuasa Russia yang cuba kembalikan zaman kegemilangan empayarnya, tidak mungkin dapat menjamin nasib demokrasi dan keadilan sosial untuk rakyat Ukraine. ##

dan setiap 5 orang adanya seorang yang hidup di bawah garis kemiskinan.

ahli-ahli politik tersebut telah bersekongkol dengan golongan oligarki dalam pencurian harta awam.

Tuzla merupakan sebuah pusat perusahaan yang makmur semasa zaman pemerintahan Parti Komunis Yugoslavia yang dipimpin oleh Tito. Bandar yang dihuni oleh kebanyakan kaum Bosniak yang beragama muslim ini turut menjadi pusat kepelbagaian kebudayaan di mana semua kaum hidup aman damai secara bersama-sama. Oleh yang demikian, T u z l a m a s i h m e m p u n y a i peninggalan warisan semangat kekitaan p e k e r j a d a n kepelbagaian kaum, berbanding dengan bandar-bandar lain di wilayah bekas Yugoslavia.

Rakyat marhein Bosnia yang terdiri daripada pelbagai kaum telah bergabung dalam menuntut keadilan sosial dan kehidupan yang lebih baik. Rakyat yang berprotes telah menubuhkan majlis rakyat yang digelar plenum, di mana semua rakyat mengambil bahagian dalam proses mesyuarat menentukan tuntutan dan bagaimana aksi perjuangan diteruskan. Ini merupakan satu ekperimen proses demokrasi dari bawah yang juga mencetus kembali warisan radikal Yugoslavia semasa zaman pemerintahan sosialis yang ditenggelami fahaman nasionalis sempit dalam beberapa dekad yang lalu, iaitu kilang-kilang yang diuruskan secara otonomi oleh pekerja, dan juga imaginasi untuk masyarakat yang adil.

Protes di Tuzla telah merebak ke banyak bandar dan pekan di dalam negara Bosnia, termasuk Sarajevo (ibu kota Bosnia), Zenica (bandar keempat besar di Bosnia), Mostar (Bandar yang paling utama di kawasan Herzegovina), Bihac (terletak di barat laut), Jajce (di bahagian tengah negara), Prijedor (bandar yang dihuni oleh majoriti kaum Serb) dan sebagainya. Walaupun gelombang protes nampak sudah reda pada masa kini, tetapi telah meninggalkan impak penting kepada kesedaran rakyat dan juga semangat perjuangan yang masih membara. Sebelum ini, protes yang berlaku di negara-negara yang pernah bergabung dalam Yugoslavia, biasanya didominasi oleh sentimen perkauman dan fahaman nasionalis yang sempit. Perbalahan antara bangsabangsa di rantau ini masih berterusan walaupun perang sudah tamat. Politik perkauman dan nasionalis sempit sering kali dipergunakan oleh ahli-ahli politik yang menjaga kepentingan golongan oligarki yang menguasai kekayaan masyarakat. Namun, apa yang berlaku di Bosnia baru-baru ini, telah memecahkan dominasi politik nasionalis di negara tersebut. Bandar yang mula-mula tercetusnya protes, Tuzla, merupakan sebuah bandar yang terdiri daripada majoriti kaum bosniak yang beragama Islam, manakala salah satu bandar yang berlakunya protes besarbesaran, Mostar, merupakan bandar yang dihuni oleh majoriti kaum Croat. Pengangguran, kemiskinan yang berterusan, penswastaan, rasuah, nepotisme dan keganasan pihak berkuasa, adalah sebab-sebab tercetusnya kebangkitan rakyat di Bosnia. Perjuangan rakyat di Bosnia telah mengambil satu pendekatan yang amat berbeza dengan cara mobilisasi masyarakat sebelum ini, iaitu perjuangan yang berlandaskan kelas, bukannya semangat nasionalis. Rakyat Bosnia yang berprotes telah menduduki bangunan kerajaan. Tuntutan mereka adalah pegawai kerajaan di semua peringkat yang terdiri daripada semua parti politik utama perlu letak jawatan, kerana

Plenum di Tuzla telah mengumumkan “Deklarasi pekerja dan warga Tuzla”, dengan menggariskan tuntutan seperti mengembalikan kilang kepada pekerja. Demokrasi berpartisipasi dan sumber pengeluaran dikembalikan kepada pekerja, merupakan alernatif radikal dan cabaran secara terus kepada ekonomi neo-liberal. Amat berbeza sekali dengan protes di Ukraine di mana perbalahan politik didominasi oleh puak elit oligarki yang pro-EU dan pro-Russia, protes di Bosnia dengan tuntutan keadilan sosial dan juga bentuk demokrasi akar umbi yang diwujudkan, menjadikannya sebahagian daripada gerakan rakyat Eropah menentang serangan neo-liberal seperti di Greece dan Sepanyol. Puak elit oligarki yang mencetuskan peperangan di Bosnia sebelum ini, telah membolot kekayaan masyarakat pada zaman “pendamaian”. Gologan kapitalis nasional dan antarabangsa telah melaksanakan program penswastaan secara giat untuk mengembalikan ekonomi kapitalis dalam kadar paling cepat. Akibatnya adalah rakyat biasa terus dihimpit dalam kemiskinan yang berterusan. Perjuangan rakyat Bosnia memberikan dua pilihan kepada rakyat Eropah, sama ada kekalkan keadaan sekarang di mana golongan kapitalis terus menghancurkan sistem negara kebajikan untuk menjana keuntungan lumayan tetapi rakyat semakin susah; ataupun perubahan sosial yang radikal, di mana rakyat biasa membebaskan diri mereka daripada kongkongan fahaman nasionalis yang sempit, dan berjuang menuntut keadilan sosial dengan menggunakan cara demokrasi berpartisipasi dari bawah. ##


PERJUANGAN RAKYAT

12

Mac-Apr 2014

Sekitar Kempen Jelajah PSM Kota Melaka

Labis, Johor

Seremban

Machang, Kelantan Pasir Puteh, Kelantan

Gelang Patah, Johor

Sudut Komik

baca m/s 10 untuk maklumat lebih lanjut


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.