Sosialis (Mac Apr 2013)

Page 1

SOSIALIS

Dinamik - Berani - Berprinsip http://parti-sosialis.org

RM1-00

Mac-Apr 2013

Harga Solidariti RM2-00

SUDAHKAH ANDA BERSEDIA UNTUK TUMPASKAN BN ? Semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada tahun 2008, rakyat Malaysia telah menghantar satu mesej yang berani dan jelas kepada Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara kita sejak tahun 1957. Buat pertama kali dalam sejarah pilihanraya negara kita, BN dikalahkan di lima buah negeri. Amaran rakyat kepada BN adalah sekiranya rakyat tidak berpuas hati dengan pemerintahan mereka, rakyat mampu dan berani menukarkan Kerajaan Persekutuan. Namun, selepas lima tahun, nampaknya mesej rakyat tidak dihiraukan oleh pihak BN. Kita dapat saksikan sejak pilihanraya 2008, kualiti hidup rakyat di bawah pemerintahan BN terus merosot. Pada masa yang sama, gerakan rakyat di Malaysia juga semakin berkembang. Gelombang himpunan raksasa seperti dua kali Himpunan Bersih, Himpunan Hijau, dan juga Himpunan Kebangkitan Rakyat, serta pelbagai aksi rakyat dalam

>m/s6-7

>m/s8

>m/s9

Diterbitkan oleh: Parti Sosialis Malaysia (PSM), 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470, Kuala Lumpur.

Tel: 03-22747791

memperjuangan demokrasi dan keadilan sosial, telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia sudah cukup matang dalam politik kecuali segelintir kecil politikus UMNO-BN yang masih cuba mempermainkan politik perkauman dan menggunakan taktik-taktik politik kotor. Gelombang kebangkitan rakyat sejak tahun 2008 telah memberi nafas baru kepada proses perubahan di bumi Malaysia. PRU-13 kali ini bukan sahaja pertarungan antara Pakatan Rakyat dengan UMNOBN untuk menentukan siapa yang bakal mentadbir negara Malaysia, tetapi adalah pertembungan antara rakyat Malaysia yang inginkan sebuah negara yang lebih baik melawan rejim pemerintah yang cukup korup lagi zalim. Asalkan Bukan UMNO-BN (ABU) adalah sasaran kita dalam PRU-13 ini. Sudahkah anda bersedia untuk perubahan?

>m/s10

>m/s12

Faks: 03-87374772 Laman web: http://partisosialis.org/


2

PSM

Dari Meja Pengarang Bahang pilihanraya umum semakin dirasai. Seluruh rakyat Malaysia sedang tumpukan perhatian kepada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) yang bakal menjelang. Ramai rakyat Malaysia yang inginkan perubahan setelah bosan dan mual dengan pemerintahan UMNO-BN yang telah berlanjutan untuk 55 tahun. Begitu dekatnya sekali dengan peralihan kuasa di peringkat pemerintahan persekutuan apabila kita dapat lihat saban hari semakin ramai yang tampil ke hadapan untuk menentang rejim UMNO-BN yang korup lagi zalim. Pilihanraya kali ini akan menyaksikan pertembungan antara dua pihak utama. Satu pihak adalah parti pemerintah iaitu UMNOBN yang telah bermaharajarela untuk lebih setengah abad dan membolot kekayaan negara untuk kemewahan kroni-kroni mereka. Satu lagi pihak adalah Pakatan Rakyat, iaitu gabungan parti-parti (PAS, PKR dan DAP) yang dibentuk selepas PRU-12 apabila rakyat telah membuat satu keputusan yang begitu berani untuk menolak UMNO-BN dalam PRU. Walaupun parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat mempunyai banyak perbezaan dari segi ideologi dan haluan politik, tetapi hasrat rakyat untuk menamatkan rejim UMNO-BN yang mendesak ketiga-tiga parti duduk bersama dan mewujudkan muafakat antara parti-parti dalam perjuangan mewujudkan politik alternatif yang bakal menggantikan UMNOBN. Namun, adalah lebih sesuai kalau kita menyifatkan bahawa PRU-13 yang akan datang sebenarnya bukannya pertarungan antara Pakatan Rakyat (PR) dengan UMNOBN, tetapi satu medan pertarungan antara rakyat Malaysia yang inginkan perubahan melawan satu rejim yang cukup korup dan zalim. Pembentukan PR adalah sebahagian daripada hasrat rakyat ini, iaitu politik Asalkan Bukan UMNO-BN (ABU). Gerakan rakyat yang tercetus beberapa tahun kebelakangan ini merupakan penggerak semangat menentang rejim zalim UMNO-BN, misalnya gerakan BERSIH yang menuntut reformasi dalam sistem pilihanraya, gerakan Himpunan Hijau yang membantah ancaman alam

Mac-Apr 2013 seperti Lynas dan sebagainya. PSM selama ini sentiasa berpegang pada prinsip menggerakkan perjuangan rakyat dari bawah demi perubahan yang menjamin demokrasi, keadilan sosial dan kesejahteraan rakyat. Oleh yang demikian, PSM tidak ketinggalan dalam bahang PRU-13 di mana PSM telah menyatakan dengan jelasnya bahawa PSM menyokong Pakatan Rakyat untuk mengambilalih kuasa pemerintahan di Putrajaya. PSM mendukung kuat aspirasi rakyat yang Asalkan Bukan UMNO-BN (ABU). Dalam manifesto PRU-13 yang dikemukakan oleh PSM, 6 perkara penting agenda perjuangan PSM telah digariskan seperti bawah: 1. Jaminan kerja dan gaji yang munasabah dan adil ; 2. S i s t e m p e n d i d k a n d a n kesihatan awam yang percuma dan berkualiti; 3. Pilihanraya kerajaan tempatan dan kampung; 4. Pengangkutan awam yang murah dan berkesan ; 5. Jaminan Perumahan tetap dan selesa untuk golongan berpendapatan rendah; 6. Pemeliharaan alam sekitar melalui pembangunan mampan yang mengutamakan kesejahteraan umat manusia dan keseimbangan ekosistem. PSM akan meletakkan calon di 4 kawasan yang dipertandingkan oleh PSM dalam PRU yang lepas, di mana calon-calon tersebut merupakan pilihan yang terbaik kerana mereka merupakan aktivis politik yang berprinsip, berani, komited kepada perjuangan dan telahpun melakukan banyak kerja-kerja di kawasan yang ditandingkan. PSM bertekad bersama-sama dengan semua pihak yang bersemangat ABU (Asalkan Bukan UMNO-BN) dalam PRU13 yang akan datang ini demi menumpaskan rejim yang sudah lama merampas kekayaan rakyat Malaysia dan memperjuangan satu masa hadapan yang lebih cerah untuk generasi yang akan datang.


PARTI DAN FRON

3

Mac-Apr 2013

MENGAPA PSM SERTAI PR? Wawancara Khas Berita Sosialis bersama Sdr S.Arutchelvan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), Sdr. S.Arutchelvan, telah ditemuramah oleh Berita Sosialis di ibupejabat PSM pada 13 Februari 2013 berikutan kenyataan akhbar bahawa PSM telah membuat permohonan untuk menyertai Pakatan Rakyat (PR). BS – Apakah syarat yang dikenakan PSM kepada PR sebagai syarat penyertaan PSM dalam PR? SUA Sebenarnya PSM tidak mengenakan sebarang syarat kepada PR. Malah PSM mengatakan bahawa PSM akan menyokong PR dalam PRU13 dan ini bukan satu syarat dalam menimbangkan penyertaan PSM dalam PR atau satu syarat sokongan PSM kepada PR. BS – Pada pandangan Saudara, adakah PR akan membenarkan PSM menyertai PR? Apakah pandangan Saudara?

BS – Saudara SUA telah mengumumkan PSM menyertai PR pada 30 Januari 2013. Ramai yang tertanya-tanya mengapa PSM mengambil masa yang begitu lama dan di saat-saat akhir untuk menyertai PR. Bukankah ini satu tindakan oportunis pilihanraya memandangkan PRU tidak lama lagi? SUA - Sebenarnya keputusan sama ada untuk menyertai PR telah dibuat semasa Kongres PSM pada awal bulan Jun 2012. Kami kemudian telah memaklumkan kepada beberapa pemimpin PR pada bulan Jun 2012 lagi dan secara bertulis pada September 2012. Semasa pelancaran Manifesto PSM pada 30 Januari 2013, media telah bertanya adakah PSM menyertai PR dan saya memaklumkan bahawa kami sedang menunggu maklumbalas dari PR. Maka media baru mengetahui mengenai perkara ini. BS - Adakah tindakan menyertai PR bercanggah dengan keputusan terdahulu PSM untuk tidak menyertai PR ? SUA - Sebenarnya dari awal lagi, sejurus selepas PRU 12, PSM sudah membuat keputusan bahawa PSM adalah rakan perjuangan PR dan telah menjalin hubungan rapat dengan PR. Malah 2 orang wakil rakyat PSM tidak pernah mengisytiharkan diri mereka pro-BN atau melompat parti walaupun ada beberapa wakil rakyat PKR dan DAP melompat parti dan istiharkan diri mereka pro-BN. PSM sentiasa jelas bahawa musuh utama adalah UMNO-BN dan sentiasa berpegang teguh kepada prinsip. Namun, ada beberapa pihak dari BN dan juga PR yang cuba melaga-lagakan PSM dengan PR dengan kenyataan bahawa PSM tidak mahu menyertai PR dan PSM mempunyai agenda lain. Selain itu, sentimen rakyat pula adalah mahu PSM menyertai PR untuk mengulingkan UMNOBN. Justeru itu, PSM mengambil keputusan untuk akur kepada sentimen rakyat dan menyertai PR memandangkan matlamat PSM dalam PRU13 cukup jelas iaitu bekerjasama dengan semua kumpulan untuk menewaskan UMNO-BN. Selain daripada itu, sebelum ini keputusan PSM adalah membentuk kerjasama pilihanraya (election pact) dengan PR dan sekarang kita mengambil satu langkah lagi memohon untuk menyertainya. Saya tidak lihat ada percanggahan serius di sini. BS - Adakah PSM kini mengkompromikan idelogi dalam menyertai PR? SUA - Tidak sama sekali. PSM menyokong Buku Jingga PR yang kami lihat sebagai dokumen asas pegangan bersama dalam PR. Selain daripada itu, parti-parti dalam PR seperti DAP dan PAS juga memang mempunyai pendirian yang berbeza dalam beberapa perkara tetapi boleh berkompromi dalam beberapa isu asas. Begitu juga, PSM mempunyai beberapa perbezaan di mana kita akan mengutarakan isu-isu ini dalam hubungan kita dengan PR. Namun dalam persoalan pokok dalam menghadapi BN, terdapat begitu banyak persamaan. PSM akan terus memainkan peranan dalam mengutarakan isu-isu rakyat marhaen, pekerja dan golongan berpendapatan rendah kepada PR dan ini boleh dilihat sebagai satu proses memantapkan perjuangan PR sendiri untuk menwujudkan sebuah negara kebajikan.

SUA – Ramai pemimpin tertinggi PR seperti Sdr Lim Kit Siang, Sdr Mat Sabu dan ramai lagi secara terbuka, secara peribadi dan semasa ceramah dan sebagainya telah meminta PSM menyertai PR. Justeru itu, saya tidak melihat sebarang sebab mengapa akan ada halangan. Malah semua parti dalam PR telah memainkan peranan dalam memperjuangkan nasib PSM semasa PSM menuntut parti didaftarkan. BS - Jika PR tidak membenarkan PSM menyertai PR, apakah tindakan susulan PSM? SUA – PSM akan menyokong semua calon PR di semua kerusi kecuali kerusi yang ditanding oleh PSM. Ini bermakna PSM akan terus menyokong PR dalam 221 kerusi Parlimen yang ditanding kecuali satu kerusi Parlimen Sungai Siput yang PSM tanding dan begitu juga menyokong PR dalam semua 59 kerusi DUN di Perak kecuali satu dan dua daripada 56 kerusi DUN di Selangor. BS - 4 kerusi yang ditandingi oleh PSM di mana 3 kerusi dikatakan milik PKR kerana PSM bertanding dalam PRU12 di bawah logo PKR manakala satu lagi kerusi adalah milik DAP. PSM pula mendakwa ini adalah kerusinya. Bagaimana? SUA - PSM juga boleh dakwa semua kerusi ini pada satu masa dahulu kepunyaan Fron Sosialis dan maka PSM mempunyai hak ke atas semua kerusi ini tetapi biar saya menjelaskan kedudukan sebenar kerusi yang ditanding PSM dengan lebih objektif: Kawasan Parlimen S. Siput – Dulu ia adalah kerusi DAP, PSM bertanding atas logo DAP pada tahun 1999 tetapi pada tahun 2004 dan 2008, PSM bertanding atas logo parti PKR. Pada tahun 2004 calon DAP hilang deposit di Parlimen Sungai Siput dalam pertandingan 3 penjuru. DUN Semenyih, Selangor – Ini adalah kerusi PAS pada 1999 dan 2004. PSM bertanding dalam kerusi ini pada tahun 2008 menggunakan logo PKR. (Kerusi ini adalah kerusi yang kami ganti dengan kerusi DUN Bukit Lanjan yang kami tanding dengan logo PKR pada tahun 2004, Sebelum itu, kerusi Bukit Lanjan ini ditanding oleh DAP.) DUN Kota Damansara, Selangor – pada tahun 2004, ia adalah kerusi PAS. PSM tanding guna logo PKR pada tahun 2008 setelah kami ganti dengan kerusi Parlimen Subang yang pernah PSM tanding pada tahun 2004 dengan logo PKR. DUN Jelapang, Perak – PSM tanding pada tahun 2008 dengan logo bebas setelah pada saat akhir kami dinafikan menggunakan logo PKR, Namun DAP tidak mahu memberi laluan tetapi akhirnya pada tahun 2009, ADUN DAP keluar parti menjadi ADUN pro-BN dan sekaligus terlibat dalam konspirasi menjatuhkan kerajaan PR di Perak. PSM kini meminta untuk diberi peluang untuk bertanding kerusi ini . Oleh yang demikian, apabila sebuah parti lain mendakwa ini adalah kerusi parti tersebut, kita harus melihat sejarah dan rundingan yang telah dibuat

sebelum ini. Dalam semua rundingan sebelum ini dalam PRU sebelum ini, PSM hanya meminjam logo parti kerana PSM belum mendapat pendaftaran lagi dan semasa kempen PRU, kami menggunakan wang kami, manifesto kami dan logo kami bersama dengan logo parti berdaftar. BS – Semua kerusi lain dalam PRU-12 adalah satu lawan satu kecuali kerusi Jelapang. Kerusi ini pula telah dimenangi oleh DAP. Adakah Saudara rasa adalah adil untuk PSM menuntut kerusi tersebut ? SUA - Memang ini isu yang paling rumit dan susah untuk diatasi. Bagi kami rundingan masih berterusan. Memandangkan PSM hanya tanding satu kerusi DUN di Perak dan mempunyai sokongan ramai masyarakat akarumbi kerana kerja-kerja perjuangan isu tanah dan sebagainya di sana, kami menyarankan PR melepaskan kerusi ini kepada PSM. Walaupun DAP menang tetapi sejak PRU12 dan setelah calon DAP keluar parti, calon PSM M.Saraswathy menjalankan kerja di DUN tersebut dengan konsisten dan dapat menyelesaikan banyak masalah penduduk di Jelapang. M. Saraswathy juga seorang calon yang hebat, bekas tahanan EO6 dan juga di peringkat Antarabangsa (memenangi anugerah Yayori Jepun) dan justeru itu kami berpendapat bahawa Saras adalah calon terbaik untuk bertanding di Jelapang. Antara beberapa penyelesaian lain adalah PSM bertanding di Jelapang untuk satu terma sahaja dan selepas itu memberikan balik kerusi ini kepada DAP dan diganti dengan satu kerusi lain di Lembah Kinta dalam PRU-14 di mana PR kalah. Jika ini semua tidak dapat diselesaikan, mungkin PSM akan menerima cadangan pihak ketiga yang bebas dan berkecuali untuk campurtangan untuk selesaikan calon parti mana yang paling sesuai untuk mengelakkan pertandingan 3 penjuru di Jelapang. BS – Jika menyertai PR, adakah PSM akan mengunakan logo sendiri atau salah satu logo parti PR ? SUA - Jika PR ada logo bersama, PSM akan guna logo bersama. Jika tiada, PSM akan menggunakan logo parti sendiri seperti parti-parti lain dalam PR. BS – Apakah pandangan saudara bahawa ada orang menyatakan logo gengaman tangan PSM ini akan menakutkan sebahagian pengundi? SUA Ini hanya propaganda sempit untuk meminggirkan PSM daripada menggunakan logo parti. Hari ini simbol gengaman tangan merupakan satu simbol yang cukup popular dan digunakan oleh hampir semua organisasi yang menuntut perubahan. Ramai pemimpin PR juga menggunakan simbol ini dalam baner mereka. Justeru itu, ini hanya alasan sahaja. BS – Sekarang PSM hanya mengatakan hasrat untuk bertanding 4 kerusi, andaikata PR tidak membenarkan PSM menyertai PR, adakah PSM akan bertanding lebih banyak kerusi atau adakah kemungkinan pertandingan 3 penjuru berlaku? SUA - PSM akan kekal dengan 4 kerusi dan meminta PR untuk tidak meletakkan calon di empat kerusi ini, di mana kami berpendapat bahawacalon PSM adalah calon terbaik dan parti yang paling banyak membuat kerja di tempat-tempat ini. BS – Soalan terakhir, apakah harapan utama PSM dalam PRU 13? SUA – Untuk bekerjasama dengan PR dan semua kumpulan ABU (Asalkan bukan UMNO-BN) untuk menumpaskan BN dalam PRU 13.


4

NASIONAL

Mac-Apr 2013

Bolehkah SPR dipercayai dalam PRU-13? tahun 2001, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu telah membuat keputusan bahawa kerusi DUN Likas harus dikosongkan oleh bekas Ketua Menteri Sabah iaitu Yong Teck Lee kerana Mahkamah telah mengharamkan senarai pengundi Likas yang penuh dengan 'pengundi hantu' dan pengundi bukan warga Malaysia. Apakah SPR ada menjalankan apa-apa tindakan susulan untuk membersihkan senarai pengundi di Sabah ini selepas keputusan mahkamah tersebut?? 12 tahun telah berlalu dengan sia-sia.

oleh Mandeep Singh Ini adalah persoalan yang amat menarik untuk rakyat Malaysia sama-sama fikirkan. Bolehkah SPR dipercayai dalam PRU-13? Terlebih dahulu, ingin saya terangkan serba sedikit mengenai fungsi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). SPR adalah satu Suruhanjaya yang mana tugasnya adalah untuk mengurus tadbir Pilihanraya Umum Negara kita dan juga untuk mengendalikan pilihanraya kecil (jika berlaku selepas berlangsungnya Pilihanraya Umum). SPR seharusnya dianggotai oleh mereka yang tidak menjadi ahli manamana parti politik agar dilihat bebas dan adil ketika melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka. Selain itu, SPR juga sepatutnya diletakkan di bawah bidang kuasa Parlimen, tetapi ia sekarang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri. Berbalik kepada persoalanan pokok berkaitan tentang bolehkah SPR dipercayai dalam PRU13? Jawapan ringkas saya: Tidak! Memang tidak! Malah saya juga ingin mengatakan bahawa SPR sedang atau sudahpun merancang untuk menipu bagi memastikan BN membentuk kerajaan pada PRU13 kelak. Kenapa saya berkata demikian? Adakah kerana saya benci BN? Benci SPR? Jawapannya tidak sama sekali kerana itu. Sebaliknya saya ada hujah yang kukuh dan contohcontoh untuk membuktikan pernyataan saya ini.

Masihkah anda ingat satu artikel di The MalaysiaInsider yang bertarikh 27April 2012 yang lalu. Tajuk utama artikel ini adalah ” EC chief, deputy admit they 'could have been' Umno members” yang bermaksud Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR mengaku bahawa mungkin mereka pernah menjadi ahli UMNO. Adakah ini boleh diterima? Seorang yang mengetuai suatu Suruhanjaya yang sepatutnya bebas dan adil, serta tidak boleh ingat sama ada beliau merupakan ahli atau tidak dalam sebuah parti politik malah parti pemerintah pula itu. Ini memang tidak masuk akal. Ini adalah umpama satu perlawanan bola sepak antara Malaysia vs Singapura dan pengadil perlawanan itu lupa dia adalah dari Malaysia. Bolehkah ini diterima? Wahai rakyat Malaysia, nilailah sendiri hujah saya ini. Perkara kedua yang ingin saya bawa adalah keikhlasan SPR untuk membersihkan senarai daftar pemilih. Sejak 2010, Bersih 2.0 telah sering-kali mengutarakan pelbagai masalah yang terdapat dalam daftar pemilih dan pendedahan ini disertakan dengan bukti-bukti yang kukuh dan relevan. Bukan satu, dua atau tiga kes yang telah dilaporkan oleh Bersih 2.0, tetapi puluhan kes. Walaupun sudah 3 demonstrasi diadakan, SPR masih kelihatan tenang dan tidak ambil peduli. Sejak Mac 2008, seramai 600 ribu pengundi baru didaftar di Selangor. Memang dahsyat kan? Tetapi inilah hakikatnya. Akibat dari peningkatan yang mendadak ini, kerajaan Negeri Selangor telah menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengkaji selidik dan turun padang melawat ke setiap pintu rumah di Selangor untuk mengenalpasti bahawa adakah peningkatan ini benarbenar wujub atau tidak. Dan memang jelas, seramai

KELUAR MENGUNDI, LAWAN PENIPUAN! JADILAH PEMANTAU RAKYAT UNTUK PILIHANRAYA!!

134 ribu pengundi yang berdaftar tidak dapat dikenal pasti. Dan apabila perkara ini diutarakan kepada SPR, tahukah apa jawapannya? Cukup mudah,”kita tidak boleh buat apa-apa kerana mereka adalah pengundi yang berdaftar”. Persoalannya siapakah mereka ini? Bukankah tugas SPR untuk turun padang dan mencari/mengenal pasti siapakah mereka ini?

Walau apa pun yang telah berlaku, rakyat Malaysia tidak seharusnya putus asa untuk terus memperjuangkan Pilihanraya yang bersih dan adil. Lihatlah Bersih 2.0, Ambiga dan Pak Samad. Mereka diasak dengan pelbagai tomahan dan fitnah namun mereka langsung tidak berundur dalam perjuangan 8 Tuntutan Bersih 2.0. Malah boleh saya katakan, segala tohmahan dan fitnah itu telah membantu mereka untuk terus mara ke hadapan. Oleh itu, kita sebagai rakyat juga harus memainkan peranan untuk sama-sama memperjuangkan isu ini. Tanpa PRU yang bersih dan adil, tiada apa-apa demokrasi lain yang boleh kita perjuangkan. Ada 2 perkara yang rakyat Malaysia boleh lakukan iaitu: ·

Bukan sekadar itu sahaja, malah MERAP (Malaysia Election Roll Analyst Project) yang dikendalikan oleh Dr Ong Kian Meng, seorang ahli akademik telah mendapati terdapat lebih daripada 400 000 nama pengundi yang disangsikan masih terdapat dalam senarai daftar pengundi. Adakah SPR tidur selama ini? Yang ketiga adalah masalah daftar pemilih yang tidak sempurna.. Kajian MERAP juga telah mendapati hampir 42000 status kewarganegaraan pengundi tidak dapat disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tetapi mereka ini masih kekal dalam senarai daftar pengundi. Siapakah mereka ini? Adakah mereka ini warga asing? Dan ini memang pelik kerana SPR sebagai badan pengendali Pilihan Raya dilihat gagal untuk menjalankan tugas mereka dengan sempurna. RCI SABAH –BUKTI YANG KUKUH Isu pemasalahan di atas diperkukuh dengan bukti-bukti dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang masih berjalan di Sabah kini. Ramai yang hadir untuk memberi keterangan telah mengaku bagaimana mereka ini bekerjasama dengan SPR dan agensi-agensi kerajaan yang lain untuk memberikan kewarganegaraan kepada rakyat Filipina dan yang lain agar mereka boleh mengundi pada PRU pada tahun 1990an. Bukan satu atau dua kes, tetapi ribuan malahan mungkin boleh mencecah ratusan ribu. SPR dikatakan terlibat secara langsung dalam projek yang dikenali sebagai “PROJEK IC” ini. Maka ini jelas menunjukan bahawa SPR memang terlibat secara langsung untuk memastikan kerajaan UMNO-BN terus berkuasa. Persoalan yang wujud sekali lagi adalah apakah tugasan SPR sebenarnya? Untuk mengendalikan Pilihanraya atau memastikan kemenangan BN?? Dan dalam isu IC Sabah ini, JPN juga telah dikatakan terlibat secara langsung dalam pemberian IC kepada warga asing. Ada juga telah mengatakan bahawa IC mereka siap dalam tempoh 2 minggu sahaja. Malah, pada

·

Pada hari pengundian nanti, semua pengundi harus keluar untuk buang undi. Ini dilihat sebagai salah satu cara bagaimana kita boleh melawan penipuan. Bayangkan jika 100% rakyat Malaysia keluar mengundi pada hari pengundian, dapatkah rancangan penipuan ini berjaya? Saya yakin ini akan sedikit sebanyak membantu untuk mengurangkan penipuan. Ya n g k e d u a i a l a h u n t u k m e n j a d i PEMANTAU Rakyat. Ini bermakna, pada hari mengundi nanti, anda bukan sekadar undi dan balik, tapi juga undi dan pantau. Bayangkan, jika setiap pusat mengundi dipantau oleh rakyat Malaysia, mana mungkin pengundi hantu / warga asing yang telah diterima IC secara tidak sah berani keluar untuk mengundi.

Oleh itu, rakyat Malaysia harus memainkan peranan untuk menyelamatkan Negara kita ini. Anda hanya perlu menghadiri latihan pemantauan selama 4 jam dan menjadi seorang pemantau PRU. Sudah hampir 90 negara di dunia menjalankan pemantauan pilihan raya rakyat dan ini memang telah membantu untuk menghumban keluar penipu-penipu ini. Luangkanlah 8 jam anda pada hari pengundian untuk menjadi seorang pemantau demi menuntut kembali demokrasi kita yang makin hari makin luntuh. Tidak ada sesiapa yang lain dapat membantu rakyat Malaysia untuk memulihkan demokrasi kita , melainkan diri kita sendiri. Mainkanlah peranan anda sekarang dengan mendaftar sebagai seorang pemantau di http://www.pru13.info. AMARAN RAKYAT: KALAU TIPU RAKYAT, RAKYAT TURUN KE JALANRAYA!!!


5

PERJUANGAN RAKYAT

Mac-Apr 2013

Pelaksanaan Gaji Minima RM 900: Cakap tak serupa bikin! Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) telah memulakan kempen Akta Gaji Minima RM900 pada tahun 2002. Kini tuntutan kami telahpun meningkat ke RM1500 selaras dengan kos hidup yang semakin meningkat. Tekanan dan protes yang berterusan daripada PSM dan JERIT kini membawa hasil. Undang-undang Gaji Minima diimplimentasikan. Tetapi, amaunnya hanya bersamaan dengan apa yang kami tuntut 12 tahun dahulu, iaitu RM900. Pelaksanaan gaji minima telah bermula pada Januari 2013. Kini kita sudahpun sampai suku tahun 2013. Adakah kerajaan serius dalam pelaksanaan Gaji Minima ini? Pelbagai penyelewengan oleh kaum majikan dalam pengimplimentasian gaji minima RM900. 1. Majikan khususnya Syarikat Kecil dan Sederhana (SME) mula buat protes kerana tidak mahu memberi Gaji Minima; 2. Persatuan Peniaga Cina berprotes di Putrajaya baru-baru ini kerana enggan beri gaji minima kepada pekerja migran dan semua elaun kemudahan perlu ditanggung oleh pekerja migran; 3. Majikan menstruktur semula gaji iaitu masukkan semua elaun tambahan seperti elaun shift, elaun pengangkutan, elaun makan dan sebagainya dalam pengiraan RM900; 4. Ada juga berita keluar di suratkhabar yang mengatakan Kabinet diberi arahan untuk pinda undang-undang gaji minima untuk masukkan elaun-elaun sekali; 5. 600 syarikat yang telahpun diberi lanjutan tempoh masa dalam pelaksanaan gaji minima; dan banyak lagi. Oleh kerana PSM yang telahpun baca taktik kotor majikan dan kerajaan yang tidak serius dalam pelaksanaan gaji minima, HOTLINE ADUAN GAJI MINIMA dilancarkan pada 3 Januari 2013 di seluruh Malaysia dan menerima lebih 400 panggilan daripada pekerja yang bekerja di lebih 100 buah syarikat.

Semua aduan tersebut dibawa kepada Kementerian Sumber Manusia (KSM) pada 6 Februari 2013. Rombongan Parti Sosialis Malaysia dan Jaringan Rakyat Tertindas dipimpin oleh Arutchelvan, Setiausaha Agong PSM, dan disertai oleh wakil JERIT, ahli Kesatuan, wakil Sahabat Wanita dan sebagainya. Perbincangan telah diadakan bersama dengan Kementerian Sumber Manusia yang dipimpin oleh En.Kua Abun, Setiausaha Bahagian Dasar Sumber Manusia. PSM dan JERIT menyerahkan semua aduan dan manipulasi majikan kepada KSM untuk mengambil tindakan terhadap majikan yang tidak mengikuti undang-undang Gaji Minima. Selain ini, antara isu lain yang diutarakan dalam mesyuarat dan respon yang dapat: · Banyak manipulasi daripada pihak majikan. · Adakah betul kabinet Malaysia telah mengarahkan KSM untuk membuat garis panduan baru bagi pengimplementasian gaji minima RM900 dengan mencampurkan elaun-elaun dalam pengiraan gaji minima RM900? Tidak sama sekali, itulah jawapan KSM. RM900 adalah gaji pokok untuk 8 jam kerja. · Pekerja migran dan pelaksanaan gaji minima. Baru-baru, Kementerian Kewangan memutuskan bayaran Levy dipotong sepenuh dari gaji pekerja. Apakah tindakan ini tidak adil? PSM-JERIT menyeru supaya KSM campurtangan dan tarik balik keputusan ini. Jawapan KSM tidak memuaskan kerana KSM mengatakan mereka tidak mempunyai kuasa itu. Tetapi menekankan bahawa pelaksanaan Gaji Minima RM900 adalah termasuk pekerja migran juga. ·

Lebih 4500 SME yang sudahpun memohon untuk pengecualian pelaksanaan Gaji Minima RM900. Apakah langkah KSM untuk membantu SME dalam pelaksanaan Gaji Minima supaya matlamat

asal kerajaan tercapai? KSM tiada skim untuk bantu pemodal kecil dalam melaksanakan gaji minima setakat ini. Dalam mesyuarat tersebut, PSM mencadangkan KSM supaya perlu ada pemantauan serius, lancarkan HOTLINE, edarkan RISALAH PENERANGAN, dan buat ROADSHOW supaya mengelakkan pekerja daripada ditipu oleh majikan. KSM juga mengatakan bahawa mereka ada HOTLINE ADUAN iaitu, 03-88905015 @ 03-88905016. Dengan ini, KSM berterima kasih kepada PSM dan JERIT yang membantu kerajaan dan pekerja dalam pemantauan pelaksanaan Gaji Minima serta teruskan. Peringatan kepada kaum pekerja: Semua pekerja adalah layak menerima Gaji Minima RM900. Jika majikan anda manipulasi dan minta tandatangan dalam mana-mana surat perjanjian, jangan buat sedemikan. Segala penyelewengan sila laporkan kepada KSM. Jika aduan anda tidak dilayan, jangan gentar turun berjuang. Kami sedia turun bersama anda. Hubungi di talian 0125061357 @ 010-2402159. Biarkan pelaksanaan Gaji Minima RM900 menjadi realiti dan bukan gimik pilihanraya kerajaan Barisan Nasional.

Rakyat Cameron Melangkah

Untuk Menuntut Hak Aksi ini merupakan susulan kempen basikal JERIT “Rakyat Pengayuh Perubahan 2.0” yang telah diadakan pada 7-10 Disember 2012 di Negeri Sembilan.

PSM Cawangan Cameron Highlands bersamasama dengan Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) telah menganjurkan satu aksi berjalan kaki dan berbasikal di Cameron Highlands pada 2-3 Februari lalu, demi menuntut kerajaan supaya mengambil berat tentang isu-isu hak rakyat setempat dan alam sekitar diancam.

iii. iv. v. vi.

vii.

Antara isu-isu yang dibawa dalam aksi yang bertemakan “Kebangkitan Rakyat Cameron – Melangkah Tuntut Hak” ini adalah: i. H e n t i k a n p e m u s n a h a n hutan; ii. H e n t i k a n p e n c e m a r a n sungai; Selesaikan masalah trafik yang serius; Laksanakan skim perumahan murah; Hentikan loji pembakaran sampah; Selesaikan 13 masalah tanah, rumah dan gerai yang dibawa oleh penduduk setempat Cameron Highlands; Runding dengan rakyat sebelum buat apa-

apa pembangunan. Perjalanan dua hari tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakyat tempatan. Satu memorandum telah dihantar kepada Pejabat Daerah. Menurut Suresh Kumar, selaku Setiausaha PSM Cameron Highlands, jikalau Menteri Besar Pahang dan Pejabat Daerah Cameron Highlands gagal menyelesaikan masalah-masalah tersebut, rakyat Cameron akan mengadakan protes lagi dan tidak akan ragu-ragu menyeru seluruh rakyat menukar kerajaan dalam pilihanraya akan datang. (Lebih banyak lagi gambar di m/s 12)


6

MANIFESTO

Mac-Apr 2013

MANIFESTO PSM UNTUK

PILIHANRAYA 2013 Udahlah tu! Tolak 55 tahun UMNO-BN K E P E N T I N G A N R A K YAT didahulukan bukannya kepentingan korporat. Keperluan asas rakyat seperti kesihatan, perumahan, pendidikan dan pengangkutan awam harus disediakan oleh kerajaan dan bukan diperniagakan oleh segelintir kapitalis.

Wujudkan Kerajaan Pro-Rakyat:

DEMOKRASI

TULEN

diamalkan. Rakyat biasa terlibat dalam setiap peringkat perancangan & pelaksanaan program kerajaan.

PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR adalah tanggungjawab bersama kerajaan dan rakyat. Pembangunan mampan yang mengambil kira keseimbangan ekosistem menjaminkan kesejahteraan umat manusia. Eksploitasi sumber alam menggugat masa hadapan kita.

6

Perkara Utama AGENDA PERJUANGAN

1. JAMINAN KERJA, GAJI YANG MUNASABAH DAN ADIL 2. SISTEM PENDIDIKAN DAN PERUBATAN AWAM YANG PERCUMA DAN BERKUALITI 3. PILIHANRAYA KERAJAAN TEMPATAN DAN KAMPUNG 4. PENGANGKUTAN AWAM MURAH DAN BERKESAN 5. JAMINAN PERUMAHAN TETAP DAN SELESA BAGI GOLONGAN PENDAPATAN RENDAH

Mengapa kita perlu TOLAK UMNO-BN? Marilah kita merenungi “pencapaian” rejim UMNO-BN yang korup sejak 2008: -

Subsidi RM74 billion untuk rakyat ditarik balik, subsidi RM84 billion untuk korporat dikekalkan. Harga barang melambung tinggi. Wang rakyat sebanyak RM 28 billion lesap melalui kontrak dan sebutharga yang berat sebelah. Nilai wang berjumlah wang 20 kali ganda besar berbanding bajet tahunan negeri Selangor! Gaji minima RM900 yang diluluskan jauh lebih rendah daripada RM 1500 sebulan yang dituntut, dan gagal menyelesaikan kemiskinan di kalangan pekerja. Masih tidak ada tabung bantuan apabila pekerja dibuang kerja TAPI ada pula peruntukan wang untuk selamatkan korporat. Pemindaan Akta Kerja 1955 memudahkan kaedah kerja kontrak yang menghakiskan lagi hak pekerja. Perundingan FTA (Perjanjian Perdagangan Bebas) dengan Amerika Syarikat & EU diteruskan dan akan ditandatangani tidak lama lagi. Ianya akan menghancurkan industri tempatan & membebankan rakyat. Rumah kos rendah masih sempit (650 kaki persegi) dan harganya dinaikkan dari RM25 ribu ke RM45 ribu. Kini pula rumah mampu beli dinaikkan pada RM99 ribu dan luar kemampuan mereka yang memerlukannya. Rumah pangsa kos murah berkualiti rendah. Isu penyelenggaraan semakin teruk. Bantuan dana dari kerajaan untuk menyelenggaranya tidak mencukupi.

6. PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR MELALUI PEMBANGUNAN MAMPAN YANG MENGUTAMAKAN KESEJAHTERAAN UMAT MANUSIA DAN KESEIMBANGAN EKOSISTEM -

Industri yang mencemarkan alam sekitar dan menjejaskan kesihatan rakyat biasa seperti Lynas diberi lesen untuk beroperasi. BN merampas balik negeri Perak daripada PR secara haram! Undi rakyat Perak untuk perubahan, tidak dihormati. Isu perkauman dan sentimen agama sempit dipergunakan untuk memecahbelahkan solidariti rakyat. Dasar ekonomi terlalu bergantung kepada pelabur asing untuk membangunkan ekonomi Negara. BN membelakangkan pengeluaran makanan tempatan, tetapi sangat bergantung pada import. Penswastaan perkhidmatan awam & kemudahan asas – air, elekrik, hospital, pendidikan dll berterusan! Kos naik, kualiti turun dan rakyat menderita. Hanya kroni yang untung.


7

MANIFESTO 1. Jamin Hak warga pekerja - Gaji minima RM1500 - 8 jam kerja dan OT (lebih masa) tidak boleh dipaksa - Pindaan Akta Kerja yang menghakis hak pekerja ditarik balik - Hadkan kerja kontrak kepada kerjakerja bersifat bermusim, dan sementara sahaja - Mulakan skim pencen untuk pekerja tempatan di sektor swasta. Sementara menunggu perlaksanaannya, berikan pencen RM200 sebulan untuk warga emas yang tidak terima pencen kerajaan - Pengiktirafan secara automatik kesatuan sekerja dan mudahkan lagi prosedur menubuhkan kesatuan sekerja (union) - Penubuhan Tabung Khas Bantuan Pekerja yang diberhentikan kerja - Pekerja migran diberi hak yang sama seperti pekerja tempatan.

2. Hentikan Penswastaan Perkhidmatan Awam -

-

Hentikan penswastaan hospital kerajaan dan perkhidmatan sokongan kesihatan Mantapkan Hospital Kerajaan dan kawal pertumbuhan Hospital Swasta yang hanya bermotif keuntungan maksima Perkhidmatan kemudahan awam, seperti air dan elektrik di bawah pengendalian rakyat. Kawal kemerosotan kualiti pendidikan akibat pertumbuhan Institusi Pengajian Tinggi Swasta Pemberian konsesi tol kepada korporat dibubarkan. Miliknegarakan lebuhrayalebuhraya Negara Batalkan niat untuk implementasi cukai Barangan dan Perkhidmatan, GST Hentikan FTA (Perjanjian Perdagangan Bebas) dengan Amerika Syarikat & EU; lindungi industri tempatan dengan kekalkan tarif impot.

Mac-Apr 2013 3. Perumahan Selesa Untuk Rakyat -

-

-

Hentikan pengusiran paksa peneroka bandar & tawarkan perumahan alternatif jika kawasan diperlukan untuk kegunaan awam Harga rumah rakyat dikawal agar ianya benar-benar mampu dimiliki oleh keluarga berpendapatan rendah. Kerajaan harus memberi subsidi dan kekalkan harga jualan pada RM25, 000. Kerajaan mengambilalih penyelenggaraan rumah pangsa kos rendah. Penghuni flat kos rendah tidak boleh dibebankan dengan 2 cukai dan hanya perlu bayar satu cukai penyelenggaran sahaja. Dilarang pembinaan rumah pangsa jika ada tanah yang mencukupi untuk pembinaan rumah teres. Pembinaan rumah rakyat model teres 1 atau 2 tingkat diutamakan. Wujudkan sistem perumahan sewa beli untuk membantu golongan pendapatan rendah memiliki rumah sendiri. Mewajibkan majikan ladang melaksanakan skim perumahan milik sendiri untuk pekerja ladang dalam jangka masa 2 tahun apabila ladang dibangunkan. Lot kediaman di Kampung Baru Cina harus diberi hak milik kekal dengan harga premium yang munasabah.

4. Hentikan Politik Kaum Dan Agama -

Laksanakan program-program yang membantu keluargakeluarga yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan tanpa mengira kaum. Perluaskan penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan supaya rakyat marhein berbilang kaum dapat berkongsi pandangan. Jamin hak pendidikan bahasa ibunda setiap kaum secara bebas dan tanpa sekatan. Menjamin hak setiap rakyat kebebasan beragama, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan agar mempraktikkan agama sendiri mengikut hasrat mereka. Menggubal Akta Keterangkuman Sosial untuk menangani penyisihan serius dalam masyarakat Malaysia.

6. Jamin Pengeluaran Makanan Tempatan

5. Hapuskan Rasuah Dan Salahguna Kuasa

-

- Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysian (SPRM) distruktur semula agar bebas daripada arahan eksekutif dan Peguam Negara. - Pulihkan semula Pilihanraya Kerajaan Tempatan. - Semua Ahli Parlimen, ADUN dan Ahli Majlis Tempatan harus mengisytiharkan harta mereka setiap tahun - Wa k i l R a k y a t d i l a r a n g melibatkan diri dalam sebarang projek kerajaan u n t u k mengelakkan k o n f l i k kepentingan. - Gubal Akta Kebebasan Maklumat yang membolehkan rakyat memperoleh maklumat tentang isu-isu awam.

8. Lindungi Alam Sekitar -

-

-

-

Segala projek pembangunan mesti diluluskan dengan prasyarat ketat bagi menghalang kesan buruk terhadap alam sekitar Gazetkan semua kawasan lapang hijau, zon penampan dan hutan semulajadi agar ianya tidak dirampas dan ditukarmilik untuk tujuan pembangunan dengan sewenang-wenangnya. Khususnya, kawasan tadahan air perlu dilindungi. Projek pembangunan setempat hanya dilaksanakan dengan persetujuan penduduk sekitar. Kajian impak alam sekitar (EIA) secara telus dan bebas daripada pengaruh pihak pemaju. Pakar melaksanakan kajian EIA harus dipilih dan diupah oleh Kerajaan sendiri dan bukan oleh Pemaju. Perancangan serius perlu dijalankan. Pengangkutan awam yang efisien dan murah mesti disediakan untuk mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian. Implementasikan sistem yang menyeluruh untuk kitar semula sampah. Kaji secara serius penggunaan sumber kuasa alternatif dan batalkan cadangan menggunakan kuasa nuklear. Batalkan projek Lynas.

9

Kategori Program Manifesto PRU-13

-

-

-

Galakkan dan sokong industri pengeluaran makanan tempatan demi mewujudkan 'jaminan makanan' (food security) Kurangkan kebergantungan pada pihak korporat di negara lain untuk bekalan makanan asas. Memberikan hak milik tanah kepada semua peneroka pertanian yang sah demi mempertingkatkan bekalan sayuran dan buah-buahan tempatan. M e m b e r i s o k o n g a n konstruktif dan melindungi nelayan kecil serta melindungi industri p e r i k a n a n d a r i p a d a pencemaran laut dan amalan pihak perikanan korporat yang mengancam bekalan ikan. Sediakan padang ragut dengan kemudahan asas untuk penternak kecil dan sederhana.

9. Mantapkan Institusi Demokrasi -

Menjamin hak asasi manusia semua orang tanpa mengira keturunan, suku kaum, gender dan seksualiti. Mansuhkan semua akta zalim. Menjamin kebebasan media. Menjamin pilihanraya yang bersih dan adil Mempertahankan kebebasan kehakiman. Buat reformasi terhadap sistem kehakiman supaya perlantikan dan kenaikan pangkat hakim bebas daripada pengaruh politik.

7. Iktiraf Masyarakat Orang Asal (Sabah, Sarawak & Semenanjung Malaysia) -

-

-

-

Iktirafkan Tanah Adat Orang Asal dan memberikan geran tanah di atas nama komuniti kampung itu. Hentikan segala projek pembalakan di kawasan orang asal. Bekalkan semua perkhidmatan dan kemudahan asas untuk kampung orang asal seperti sekolah, klinik, jalanraya, bekalan air dan elektrik Membantu mereka mengambil alih semua projek perladangan yang sedang berlaku di kawasan mereka. Membina kapasiti mereka untuk mengambil alih projek-projek ini. Memberi Orang Asal kuasa penuh untuk memilih Tok Batin/Tuai Rumah/Ketua Kampung mereka secara demokratik. Pastikan penglibatan Orang Asal dalam semua proses penentuan polisi, pembangunan, perancangan dan agihan bantuan kepada komuniti mereka. Menghormati cara hidup Orang Asal termasuk hak mereka untuk mengamal adat istiadat, bahasa dan agama mereka sendiri.

Janji Calon PSM Jika calon PSM menang di kawasan DUN/Parlimen anda, beliau akan: 1. Membuka Pusat Khidmat Rakyat untuk menerima & bertindak segera dalam membantu pengadu. 2. Melawat kawasan yang menghadapi kecemasan secepat mungkin. 3. Menubuh Jawatankuasa Penduduk di setiap kawasan yang menghadapi masalah, bekerja dan bersama penduduk demi mengatasi masalah mereka. 4. M e m u l a k a n p r o s e s m e w u j u d k a n M a j l i s Perundingan Rakyat (MPR - gabungan semua Jawatankuasa Penduduk/sektor) di kawasan DUN/Parlimen. Majlis Perundingan Rakyat akan bersidang sekurang-kurangnya 3 kali setahun. 5. Mengisytiharkan harta wakil rakyat setiap tahun sekali. 6. Menerbitkan buletin setiap 4 bulan untuk memaklumkan aktiviti dan isu yang diperjuangkan oleh wakil rakyat. 7. Bertindak sebagai Wakil Rakyat sepenuh masa. Tidak akan memegang apajua jawatan dalam mana-mana badan korporat. 8. Akan sentiasa transparen dan telus menjalankan tanggungjawab. 9. Wakil rakyat sentiasa bersama rakyat biasa untuk memperjuangkan isu rakyat. 10. Akan hidup secara sederhana dan tidak mengamalkan cara hidup mewah.


8

PILIHANRAYA

Mac-Apr 2013

DR. NASIR ADUN Berjiwa Rakyat Dr Nasir Hashim sentiasa bersama rakyat dalam segala isu mereka. Beliau senang didampingi masyarakat dari semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa. Oleh kerana Dr Nasir, gelaran YB kini di rujuk sebagai Yang Berkhidmat. Sememangnya Dr Nasir Hashim adalah seorang YB Rakyat! Selain dari memberi bantuan di Pusat khidmat, kaunter bergerak Program Merakyatkan Negeri Selangor juga dibuka di manamana program keramaian penduduk setempat.

Pusat Khidmat Rakyat PSM telah beroperasi sejak tahun 2004 di Subang Perdana, kemudian berpindah ke Bistari D'Kota Sekyen 3 Kota Damansara sejak 2008. Buka dari Isnin hingga Jumaat, dari 9.30 pagi hingga 5.30 petang.

“Jika negeri kaya, maka bantuan harus dikongsi bersama rakyat. Jangan anggapnya bantuan tetapi ia adalah hak anda� - Dr Nasir, petikan ucapan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Sejak tahun 2008, setiap tahun tanpa gagal, Dr Nasir Hashim telah mengumumkan hartanya kepada media dan orang ramai. Ianya dilakukan bukan untuk publisiti murahan tetapi sebagai suatu tidakan berprinsip seorang sosialis untuk membolehkan rakyat menilai seorang wakil rakyat.

Majlis Perundingan Rakyat: Sesi konsultasi bersama warga Kota Damansara Sejak tahun 2009, sesi konsultasi diadakan bersama wakil persatuan penduduk /ketua kampong/NGO dan lain-lain untuk bertukar pandangan mengenai permasalahan umum dan hala tuju pembangunan di Kota Damansara.

“Masuk politik bukan untuk jadi kaya, kita masuk miskin , keluar miskin.� - Dr Nasir Dr Nasir juga menjadi orang yang bertanggungjawab membangunkan infrastruktur untuk rakyat Kota Damansara. Sejak sepenggal yang lalu, pelbagai infrastruktur dibina, di mana selama ini, kebanyakkan permintaan rakyat untuk infrastruktur ini, tidak dilayani kerajaan BN

Semua permohonan projek infrastruktur hanya dibuat selepas menerima cadangan penduduk setempat. Konsultasi bersama penduduk perumahan kos rendah diadakan untuk meneliti permasalahan warga rumah flat. Salah satu cadangan yang dapat ditepati ialah pengurangan cukai taksiran sebanyak 25% kepada semua penghuni sah pangsapuri kos rendah, berkuatkuasa tahun 2013.

Pembangunan adalah untuk semua, semua lapisan masyarakat! Ini termasuk anak-anak muda dan pelajar di mana mereka adalah aset utama Negara. Selain isu masyarakat, Dr Nasir juga banyak menganjurkan aktiviti untuk anak-anak muda dan pelajar serta memelihara alam sekitar untuk keseimbangan persekitaran dan pembangunan Kota Damansara.

Dr. Nasir Hashim telah pun melibatkan diri dalam perjuangan hak dan kebajikan rakyat Malaysia lebih 40 tahun dan pada PRU yang lalu, beliau menjadi ADUN Kota Damansara.


9

PILIHANRAYA

Mac-Apr 2013

Adakah Arul Layak Bertanding di Semenyih? Laporan Prestasi Arul: Calon PSM di Semenyih Maka, dalam kerja-kerja di kawasannya, Arul telah menekankan demokrasi dari bawah. Majlis Perundingan Rakyat (MPR) dan Mesyuarat Perwakilan Penduduk (MPP) adalah satu pencapaian penting dalam masa 5 tahun ini. Di semua kawasan baru yang dimasuki oleh pasukan Arul, MPR diuruskan di mana penduduk setempat hadir dan mengutarakan isu-isu di kawasan masing-masing. Tindakan susulan ke atas aduan-aduan yang di bawa akan dibincang dalam MPP yang di adakan setiap bulan dan di hadiri oleh s e t i a p w a k i l p e n d u d u k Ta m a n / P a n g s a p u r i K o s Rendah/Kampung/Ladang. Rugi, jika Arul tidak dipilih!

PSM Cawangan Semenyih telah mengadakan sidang akhbar pada 26 Februari yang lalu di Pejabat PSM Semenyih, untuk membentangkan rekod kerja dan pencapaian bakal calon PSM di Semenyih, Arutchelvan, di kawasan Semenyih sejak 2008. Tujuan pengumuman dan pembentangan ini adalah untuk membolehkan rakyat Semenyih supaya membuat pilihan sama ada Arutchelvan layak menjadi wakil rakyat mereka di Dewan Undangan Negeri Selangor. Menurut K. Simon yang mempengerusikan sidang akhbar tersebut, Pusat Khidmat PSM di Bandar Rinching Seksyen 5 telah mula beroperasi sebulan selepas pilihanraya bulan Mac 2008 seperti yang telah dijanjikan oleh calon semasa kempen pilihanraya tersebut. Saudara Arutchelvan kalah tipis kepada calon Barisan Nasional, En. Johan Bin Abdul Aziz dengan perbezaan undi hanya 1,140, di mana peratus pengundian adalah 81.3% dengan jumlah pemilih pendaftar 28,203. Pusat Khidmat di Bandar Rinching dibuka 3 hari seminggu dan lebih daripada 500 aduan telah diterima meliputi kes pekerjaan, masalah rumahtangga, kes polis, isu kebajikan, rumah dilelong, persekolahan, isu geran kuil, isu perumahan pekerja-pekerja ladang, isu Ah Long dan sebagainya.

Demokrasi dari Bawah Sebagai seorang aktivis dan pejuang rakyat sejak 25 tahun yang lalu, Arul telah mempelajari dari pengalaman bahawa kewibawaan politik adalah satu-satunya 'alat' untuk menyelesaikan masalah asas rakyat seperti isu perumahan peneroka bandar dan pekerja ladang, penindasan di tempat kerja, salahguna kuasa oleh pemerintah dan kaum kapitalis serta sistem pemerintahan yang anti-rakyat. Inilah juga pandangan parti PSM terutamanya selepas pilihanraya tahun 1995 apabila kebanyakan calon pemerintah dan pembangkang enggan menandatangani akujanji yang ditujukan oleh masyarakat peneroka bandar dan ladang. Maka, Arutchelvan telah mewakili PSM untuk bertanding dalam pilihanraya tahun 2008 dengan logo PKR kerana Kementeriaan Dalam Negeri menafikan hak PSM untuk berdaftar sebagai sebuah parti politik sejak permohonannya dikemukakan pada bulan April 1998 sehinggalah selepas pilihanraya 2008. Apabila Arutchelvan dilantik sebagai ahli Majlis Zon 18 di Semenyih (sejak 2008), satu pejabat di buka di pekan Semenyih. Ia dibuka setiap hari untuk memberi khidmat kepada penduduk dari kawasan Taman Sri Tanjung, Kg. Broga, Bandar Rinching Seksyen 15, Taman Pelangi, Taman Tasek Semenyih, Kampung Sentosa dan Taman Manikavasagam tetapi tindakan-tindakan juga diambil jika aduan diterima dari penduduk Zon lain. Arutchelvan, merupakan seorang aktivis yang percaya bahawa 'empowerment' atau proses memperkasakan rakyat itu amat penting kerana ahli-ahli politik BN sudah membiasakan rakyat dengan budaya 'handouts', budaya mengagung-agungkan pemimpin, budaya mengharapkan orang dan politik perkauman.

En. Kamal Zakaria, Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Rinching dan En. Subramaniam, Pengerusi Persatuan Kebajikan Kaum India Bandar Rinching berkata semasa sidang akhbar bahawa hanya selepas saudara Arutchelvan menjadi Ahli Majlis, mereka telah di jemput untuk menghadiri mesyuarat dan menyedari apakah peranan seorang ahli Majlis kerana sebelum ini di bawah BN, tidak pernah dipanggil untuk mesyuarat. Menurut Encik Kamal lagi, 3 tahun mereka menghadapi masalah air teruk di Bandar Rinching, hanya selepas Arul menjadi ahli Majlis, langkah-langkah telah diambil untuk menyelesaikan masalah. Semua wakil penduduk yang hadir ke sidang akhbar hari ini, termasuk Pn. Low Yoke Thin – AJK JKK Broga, En. Halim selaku Setiausaha Persatuan Penduduk Bandar Rinching dan En. Francis dari Ladang Denudin, telah berkata bahawa saudara Arutchelvan merupakan seorang yang sederhana, mudah didekati, sentiasa turun padang dan seorang aktivis yang tidak kira masa atau bangsa untuk berjumpa rakyat, bekerja keras dan seorang pemimpin yang turut memperjuangkan isu-isu nasional dan antarabangsa. “Rugilah kepada rakyat, jika calon sebegini tidak dipilih untuk bertanding di Semenyih”. Antara pencapaian Arul yang dilaporkan semasa sidang akhbar: 1. Perintis dalam Perjuangan Akta Gaji Minima untuk warga pekerja sejak 10 tahun lalu. Kini sekurangkurangnya Gaji Minima RM900 telah dilaksanakan; 2. S e t i a u s a h a p e r t a m a Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), pada tahun 2001 dan telah banyak menyumbang untuk menggerakkan kempen ini yang sehingga ISA telah dimansuhkan; 3. PSM penggerak utama kempen anti-GST (Cukai B a r a n g a n d a n Perkhidmatan) sejak 6 tahun lalu dan di peringkat Semenyih saudara Arul telah meneruskan kempen untuk menyedarkan rakyat tentang GST; 4. Forum rumah pangsapuri kos rendah DUN Semenyih yang diusahakan oleh Arutchelvan telah menghasilkan 2 kejayaan – Kerajaan Negeri Selangor setuju untuk kurangnya cukai taksiran sebanyak 25% dan MPKj setuju mengambilalih pembersihan longkang dan pemotongan rumput; 5. Pada 24/4/ 2010 – 159 orang penduduk Kg Broga telah mendapat Geran Tanah untuk 99 tahun. Hasil usaha Dr. Che Rosli dan Sdr. Arul; 6. Masalah geran tanah di Kg. Bharu serta pembayaran premium yang berlarutan telah ditangani; 7. Penduduk Taman Sri Tanjung mendapat Sijil CF yang dinantikan lebih 20 tahun; 8. Telah membantu mendapatkan geran tanah Kuil Subramaniam - iaitu kuil terbesar di Semenyih yang sebelum ini tiada status geran tanah; 9. Kg. Sireh telah bertukar status dari Kampung ke Taman dan kini mendapat perkhidmatan MPKj; 10. Pelbagai Kemudahan asas telah disediakan serta dibaikpulih, antaranya di Taman Manikavasagam, Broga, Taman Pelangi, Kg. Baru, Vista Perdana, Flats Bangi Jaya dan Bandar Rinching; 11. Telah membantu dalam perjuangan penduduk Ladang Sg. Rinching selama 14 tahun yang kini berjaya mendapat rumah kos rendah; 12. Telah membantu perjuangan penduduk Ladang Denudin untuk mendapatkan rumah teres percuma baru-baru ini; 13. Perjuangan penduduk Ladang Bangi yang bermula 10 tahun lalu masih dalam proses rundingan dan saudara Arul memainkan peranan utama; 14. Penduduk diperkasakan dengan Banner Pemantauan yang memberi maklumat tentang MPKj, kontraktor dan ahli majlis;

Semenyih sudah menjadi Semi-Urban Menjawab soalan pihak media, saudara Arutchelvan berkata, Semenyih bukan lagi semipendalaman seperti mana dikenali pada tahun 2008, kini lebih banyak 'township' dan kawasankawasan perumahan baru telah muncul. Kini, Semenyih adalah semi-urban. Selain itu, Semenyih adalah kawasan campuran (mixed consituency) di mana masyarakat Melayu dan Bukan melayu adalah 52 - 48%. Oleh itu, isu-isu kritikal di Semenyih yang memerlukan perancangan dan kerjasama pelbagai pihak ialah (i) masalah kesesakan jalanraya & masalah tiada bus lalu di beberapa kawasan; (ii) isu pembuangan dan memproses sampah; (iii) pencemaran Sg. Langat dan isu-isu alam sekitar yang lain; (iv) tempat hentian bas – stesen bas yang dibina di zaman BN tidak digunakan kerana kedudukannya tidak strategik; (v) isu perumahan penduduk Ladang; dan (vi) isu pangsapuri kos rendah seperti masalah penyelenggaran, cukai, kebersihan dan pemilikan. Setiausaha Agung PSM – S. Arutchelvan Sebagai Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia, saudara S. Arutchelvan juga memainkan peranan penting dalam menggerakkan parti selama lebih 14 tahun ini. Sebagai seorang pemimpin, beliau melibatkan diri dalam Gerakan Bersih, kempen anti-Lynas, gerakan anti-penswastaan hospital awam, kempen membantah sistem kontrak buruh, kempen pilihanraya majlis tempatan dan sebagainya. Perjuangan-perjuangan ini pasti akan berterusan sehingga ia membawa kejayaan untuk rakyat.

Dalam sidang akhbar tersebut, turut diumumkan bahawa seperti yang dilakukan setiap tahun sejak 2008, calon PSM di Semenyih, S. Arutchelvan akan membuat deklarasi harta dan pelancaran manifesto PSM di peringkat Semenyih dalam masa terdekat. Saudara Arul – pilihan pengundi Jumlah pengundi di DUN Semenyih telah meningkat ke 39,607 dan dikatakan 50% pengundi baru berusia kurang 30 tahun. PSM yakin jika peningkatan ini adalah sahih (genuine), maka kebarangkalian untuk pembangkang menang di DUN Semenyih adalah lebih cerah. Harapan PSM ialah penduduk Semenyih akan sama-sama menentang budaya rasuah, politik kaum, budaya 'handouts' dan berani untuk membawa perubahan. PSM percaya pengundi-pengundi Semenyih lebih celik dan pasti akan memilih calon yang berwibawa, bersih dan menjaga kepentingan rakyat seperti saudara Arutchelvan. (oleh: Letchimi Devi)


PILIHANRAYA

10

Mac-Apr 2013

SARAS SENTIASA BERSAMA RAKYAT Profil Sarasvathy Muthu -

Dilahirkan pada 25 September 1953. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Tamil Buntong dan persekolahan menengah di Methodist Girls School, Jalan Kampar. Pendidikan lanjut Institute Medical Research – Kuala Lumpur Bekerja di Medical Lab Technologist – Fatimah Hospital Ipoh, pada tahun 197885. Mula melibatkan diri dalam aktivisme sosial dan perjuangan rakyat sejak umur 17 tahun sehinggalah sekarang. Merupakan aktivis gerakan Young Christian Workers (YCW) dan menjadi ahli Exco YCW pada tahun 1976-1985. Penyelaras Kumpulan Pendidikan-Sungai Siput (Kalvi Kulu), pada tahun 19861994. Salah seorang Pengasas Alaigal pada 1994 dan merupakan aktivis sepenuh masa untuk Alaigal. Penglibatan dalam organasasi massa, memperjuangkan bersama isu-isu hak tanah rakyat, perumahan peneroka bandar, petani-petani, pekerja kilang, pekerja ladang, alam sekitar, hak asasi manusia, ibu tunggal, anak-anak muda,

-

-

-

isu-isu kebajikan rakyat dan sebagainya. Terlibat secara aktif dalam Jaringan K u m p u l a n Wa n i t a seperti AWAM dan WDC untuk membincangkan cabaran kaum pekerja wanita. Menyertai Women World Forum di China dan India pada tahun 1995. Hadiri beberapa forum antarabangsa di Hong Kong, England, Indonesia, China, Venezuevela, Thailand, India dan Vietnam. Menyandang jawatan Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) sejak tahun 1998. Ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO) pada 2011 apabila pihak pemerintah cuba mematahkan Himpunan Bersih 2.0. Menerima Anugerah Yayori pada 2011 di Jepun (pengiktirafan sumbangan Saras dalam bidang memperjuangkan hak asasi manusia) dan Pejuang Wanita 2011 oleh Majalah Semparuthi. Menubuhkan pusat khidmat rakyat PSM di Jepalang sejak tahun 2007. Sekarang terdapat 3 Pusat Khidmat PSM di kawasan DUN Jelapang, iaitu di Pekan Jelapang, Pusing dan Taman Rishah.

DETIK-DETIK SARAS BERAKSI VIATAK -Perternak ikan dan itik yang kedua besar di Perak menghadapi pengusiran. Syarikat Gopeng Bhd diberi tanah seluas 60 ekar yang diusahakan oleh penternak Viatak selama 10 tahun. PSM membantu penternak tersebut, membuat aduan polis, bawa kes mahkamah dan mendesak kerajaan negeri menghormati jasa penternak yang mengeluarkan makanan keperluan tempatan. Akhirnya, kerajaan negeri mendesak pihak Gopeng Bhd membatalkan kes Mahkamah dan mengarahkan supaya penternak tersebut diberikan pajakan selama 20 tahun.

Taman Silibin: Tiada jalan khas ke Sekolah Kebangsaan Silibin. Wujudnya kesesakan lalu-lintas dan kemalangan di kawasan perumahan, kerana kenderaan dan pelajar menggunakan jalan kawasan perumahan. Setelah tindakan diambil oleh PSM Jelapang, Majlis Bandaraya Ipoh telah membuka satu jalan keluar masuk khas di Taman Silibin.

Kampung Meru Tin: Selepas perjuangan selama15 tahun, akhirnya pada tahun 2012,183 keluarga di Kg. Meru Tin Jelapang mendapat lot kediaman di tempat yang sama, kos RM 12,300 bagi setiap lot dengan infrastruktur, kemudahan asas dan hak milik tanah.

Kg Pinang, Pusing: 14 buah keluarga menghadapi pengusiran. Mereka merupakan generasi ke-3 bekas pekerja lombong. Meminta bantuan PSM pada tahun 2010. Memorandum, aduan polis dan demo diadakan. Akhirnya kerajaan negeri bersetuju dan menawarkan tanah perumahan di Gunung Hijau. Perjuangan m a s i h berterusan. Mangsa Skim Emas Bestino: 6764 orang pelabur yang melabur sejumlah RM 411 juta dalam skim emas Bestino telah ditipu oleh syarikat. Mereka meminta bantuan PSM. Protes di Kementerian Kewangan untuk melepaskan RM 24.2 juta yang dibekukan oleh Bank Negara. Kerajaan bersetuju untuk melepaskan RM 24.2 juta tersebut.

Pembuangan Kerja Pekerja Paycomm: Majikan tidak bayar satu sen pun apabila buang kerja, 549 orang pekerja Paycomm & Time Dot Com menuntut pampasan pemberhentian kerja. Berjaya menyatukan semua pekerja dan menuntut pampasan pemberhentian kerja di Mahkamah.


ANALISA

11

Mac-Apr 2013

Fakta-Fakta Tentang Pilihanraya di Malaysia Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13) bakal menjelang. Marillah kita merenung dan mengimbas kembali sedikit sebanyak fakta-fakta tentang PRU kali ini dan juga PRU dalam sejarah Malaysia. PRU-13 akan mempertandingkan sebanyak 222 kerusi Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia, dan juga memutuskan sebanyak 502 kerusi di 12 Dewan Undangan Negeri (DUN). 71 kerusi di DUN Sarawak tidak akan dipertandingkan dalam PRU-13 kerana Pilihanraya DUN ke-10 untuk Sarawak telah berlangsung pada 16 April 2011.

TABURAN KERUSI PARLIMEN Berikut adalah taburan kerusi Parlimen mengikut negeri:

Negeri

Jumlah Kerusi 31 26 25 24 22 15 14 14 13 11 8 8 6 3 1 1

Sarawak Johor Sabah Perak Selangor Kedah Pahang Kelantan Pulau Pinang Kuala Lumpur (W.P. ) Terengganu Negeri Sembilan Melaka Perlis Labuan (W.P. ) Putrajaya (W.P. )

Daripada taburan kerusi Parlimen, negeri-negeri yang mempunyai kerusi yang banyak seperti Sarawak, Johor dan Sabah yang sebelum ini dikuasai oleh BN akan menjadi sasaran Pakatan Rakyat, kerana sekiranya tidak dapat menang kerusi daripada negeri ini, bermakna tidak dapat kalahkan BN. Perak dan Selangor yang mempunyai kerusi yang tidak kurang banyaknya juga akan menyaksikan pertarungan hebat dalam PRU-13.

KEPUTUSAN PRU-12 Keputusan PRU-12 yang diadakan pada 8 Mac 2008:

Parti

Barisan Nasional Pakatan Rakyat * Ø Parti Keadilan Rakyat (PKR) ** Ø Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Ø Parti Tindakan Demokratik (DAP) Bebas dan lain-lain JUMLAH

Undi % yang undi diperoleh

Bilangan Kerusi

4,082,411 3,796,464 1,509,080 1,140,676 1,118,025

50.27 46.75 18.58 14.05 13.77

140 82 31 23 28

7,944,274

100

222

% Perbezaan kerusi kerusi dengan PRU-11 63.1 - 58 36.9 + 62 14.0 + 30 10.4 + 16 12.6 + 16 - 1 100 +3

*Pakatan Rakyat hanya dibentuk selepas PRU-12. ** Parti Sosialis Malaysia (PSM) bertanding di kawasan Parlimen Sungai Siput dengan menggunakan logo PKR dan menang. Dalam PRU-13, barisan parti-parti pembangkang berjaya memecahkan penguasaan majoriti 2/3 di Parlimen oleh BN untuk kali kedua. 5 buah negeri telah dimenangi oleh parti-parti yang membentuk Pakatan Rakyat kemudian, iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Selangor (Kelantan telahpun ditadbir oleh PAS sejak tahun 1990). Keputusan PRU-12 telah digelar Tsunami Politik. Kedudukan kerusi Parlimen adanya perubahan selepas PRU-12 atas sebab beberapa pilihanraya kecil dan adanya ahli parlimen yang melompat parti. Sekarang ini, BN menguasi 135 kerusi Parlimen, manakala Pakatan Rakyat menguasai 77 kerusi (termasuk kerusi yang dimenangi oleh PSM). 7 buah kerusi dipegang oleh ahli parlimen yang dikatakan “bebas” (tetapi sebenarnya pro-BN), 2 buah lagi dipegang oleh Parti Maju Sabah (SAPP), dan satu lagi kerusi dikosongkan.

TEMPOH KEMPEN PRU Dalam 12 kali PRU yang lepas, tempoh kempen, iaitu dari hari penamaan calon ke hari mengundi, adalah berbeza-beza. Mengikut peruntukan dalam Akta Pilihanraya, tempoh kempen yang minimum adalah 7 hari. Dalam sejarah PRU di Malaysia, tempoh kempen yang paling pendek hanya 1 hari lebih daripada tempoh minimum ini, iaitu 8 hari semasa PRU-11 pada tahun 2004. Sebenarnya, pilihanraya umum seluruh negara (Semenanjung) yang diadakan pertama kali pada tahun 1955, iaitu semasa zaman penjajahan British, tempoh kempen pilihanraya adalah 42 hari. Tempoh kempen 3 PRU yang pertama adalah 35 hari, dan tempoh kempen telah dipendekkan selepas Perikatan (iaitu BN sekarang ini) terkandas dalam PRU-3 pada tahun 1969. Keadaan ini bertambah teruk semasa zaman pemerintahan Mahathir di mana tempoh kempen 4 kali PRU dari tahun 1986 hingga 1999 tidak melebihi 10 hari. Tempoh kempen yang singkat sebenarnya berpihak kepada parti pemerintah yang menguasai jentera kerajaan dan juga sumber-sumber penting seperti media massa. Di Malaysia, telah menjadi amalan parti pemerintah untuk menyalahgunakan jentera kerajaan dalam kempen walhal sebenarnya kerajaan semasa tempoh pilihanraya hanyalah “kerajaan penjaga” dan tidak sepatutnya menggunakan apa-apa sumber kerajaan untuk tujuan kempen sesuatu parti politik. Tuntutan BERSIH 2.0 adalah tempoh kempen 21 hari. Tempoh ini dilihat munasabah kerana memberi masa yang cukup untuk setiap calon dan parti untuk menyampaikan manifesto pilihanraya mereka kepada para pengundi, di samping memberi masa yang secukupnya untuk para pengundi membuat pertimbangan yang bakal menentukan masa hadapan negara untuk tempoh 5 tahun akan datang. Berikut adalah senarai tarikh dan tempoh kempen untuk 12 PRU yang lepas:

PRU

Tahun

Tarikh Pembubaran Parlimen

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

1959 1964 1969 1974 1978 1982 1986 1990 1995 1999 2004 2008

27 Jun 4 Mac 20 Mac 31 Jul 12 Jun 29 Mac 19 Jul 4 Okt 3 Apr 11 Nov 2 Mac 13 Feb

Tarikh Penamaan Calon

15 Jul 21 Mac 12 Apr 8 Ogos 21 Jun 7 Apr 24 Jul 11 Okt 15 Apr 20 Nov 13 Mac 24 Feb

Tempoh Tarikh Tarikh Mengundi Pembubar an hingga Penamaan (hari) 18 19 Ogos 17 25 Apr 23 10 Mei 8 24 Ogos 9 8 Jul 9 22 Apr 5 3 Ogos 7 21 Okt 10 25 Apr 9 29 Nov 11 21 Mac 11 8 Mac

Tempoh Kempen (hari)

35 35 35 16 17 15 10 10 10 9 8 13

DI

JUMLAH PENGUN

Jumlah pengundi yang telah keluar mengundi semasa PRU dan juga jumlah kerusi yang dipertandingkan:

PRU

Tahun

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

1959 1964 1969 1974 1978 1982 1986 1990 1995 1999 2004 2008

Jumlah Peratusan Jumlah Kerusi Pengundi Pengundi yang Dipertandingkan yang Keluar keluar Mengundi Mengundi 1,564,575 73.3% 104 2,146,608 78.9% 104 2,532,042 73.6% 140 2,220,186 75.1% 154 3,596,732 75.3% 154 4,296,312 74.4% 154 4,745,996 68.1% 177 5,751,725 72.3% 180 6,152,809 68.3% 192 6,631,094 69.3% 193 6,916,138 70.9% 219 7,944,274 72.7% 222


12

PERJUANGAN RAKYAT

Mac-Apr 2013

DR.KUMAR: BINA BUDAYA POLITIK BARU Dan kawan-kawan, saya yakin dengan sokongan anda semua kita dapat berjaya dalam tuntutan kita untuk mewujudkan satu negara yang lebih baik dan adil.

(Teks Ucapan Dr. Jeyakumar Devaraj, Ahli Parlimen Sungai Siput yang juga AJK Pusat PSM, semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Jan 2013) Kawan-kawan, kita kumpul di sini bukan kerana kita mahu kacau sesiapa ataupun nak menyusahkan sesiapa. Kita kumpul di sini kerana kita cintai negara kita. Kita berkumpul untuk wujudkan satu masyarakat yang adil! Kita kumpul untuk memohon satu pentadbiran yang bersih dan transparen. Yang tidak mengamalkan kronisme dan rasuah. Kita berkumpul untuk membantah satu sistem politik yang sering memakai isu perkauman untuk memisahkan orang awam supaya 1% yang terkaya itu dapat mengaut sebahagian besar daripada kekayaan negara ini.

Tetapi untuk mebawa perubahan ini kita mesti melakukan 3 perkara 1. dalam 2 bulan yang akan datang, kita mesti ambil masa untuk membawa mesej perubahan kepada semua ahli keluarga kita dan juga pada kawankawan kita. Bolehkah? 2. Bila hari undi sampai, kita mesti pastikan semua ahli keluarga dan kawan-kawan kami keluar mengundi. Kerana BN akan cuba menipu. Kita boleh kurangkan kesan negatif penipuannya jika kita keluar mengundi beramai-ramai. Bolehkah melakukan ini?

pengundi bahawa dia akan memakai posisi dan kuasanya hanya untuk kepentingan rakyat biasa dan bukan untuk menjadikan keluarganya kaya-raya. Kita tidak halang sesiapa yang mahu jadi kaya tetapi pergilah ke bisnes. Jangan jadi wakil rakyat kerana mahu cari duit. Saya yakin kita bersama boleh membawa perubahan dan membina satu negara yang adil. Kami di PSM dan JERIT menyokong sepenuhnya konsep ABU - Asalkan bukan UMNO, dan kami sedia bekerjasama dengan semua pihak yang setuju dengan konsep ABU untuk membawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya. Marilah kita bersama-sama turun ke padang dan kerja kuat untuk membawa perubahan.

Yang ketiga, dan ini penting sekali, selepas kita tawan Putrajaya dan menubuhkan kerajaan baru, kita, rakyat biasa harus meneruskan penglibatan kita dalam proses politik dan pentadbiran. Kuasa boleh merosakkan pemimpin kita. Ada pepatah Inggeris berbunyi - Power corrupts and absolute power corrupts absolutely. Kuasa yang tidak dihadkan oleh proses demokratik boleh meracuni kepimpinan kita. Hanya dengan pemantauan dan teguran daripada rakyat jelata bolehlah kerajaan baru terus telus dan bersih. Antara perubahan yang kita harus bawa ke budaya politik negara kita adalah untuk meminta semua calon yang ingin jadi ADUN atau Wakil Rakyat untuk berjanji pada

RAKYAT CAMERON BANGKIT MELANGKAH TUNTUT HAK


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.