Sosialis (Jan Feb 2013)

Page 1

SOSIALIS

Dinamik - Berani - Berprinsip http://parti-sosialis.org

Jan-Feb 2013

RM1-00 Harga Solidariti RM2-00

Rakyat Pengayuh Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) telah berjaya mengadakan kempen berbasikal bertema “Rakyat Pengayuh Perubahan 2.0” dan menjelajah Negeri Sembilan pada 7-10 Disember yang lalu.

Perubahan

Pada empat tahun sebelum itu, iaitu tahun 2008, kempen berbasikal “Rakyat Pengayuh Perubahan” anjuran JERIT diadakan dengan dua kumpulan pembasikal yang terdiri daripada anak muda berbasikal mengikut dua laluan, satu bermula dari Alor Setar dan satu lagi bermula dari Johor Bahru, keduaduanya menuju ke Parlimen di Kuala Lumpur. Dalam perjalanan selama 16 hari kempen basikan tersebut, para peserta telah didepani dengan pelbagai halangan dan gangguan daripada pihak polis. Namun, para peserta kempen basikal berjaya tiba di Parlimen dan menyampaikan tuntutan rakyat yang dibawa oleh kempen tersebut. Selepas empat tahun, JERIT melancarkan satu lagi kempen basikal untuk membawa 7 tuntutan rakyat yang utama, iaitu: i. Pilihanraya yang BERSIH dan Adil; ii. Hentikan pemusnahan alam sekitar; iii. Perumahan selesa untuk rakyat; iv. Hentikan penswastaan perkhidmatan asas ; v. Lindungi hak dan kebajikan pekerja; vi. Lindungi hak demokrasi rakyat ; vii. Mansuhkan undang-undang zalim Kempen basikal JERIT kali ini diadakan secara berperingkat dan destinasi pertama adalah Negeri Sembilan.

>ms 10

Imbas Kembali 2012 Manifesto Pekerja >ms 6

>ms 9

Venezuela >ms 11


2

PSM

Dari Meja Pengarang Tahun 2013 pastinya tidak akan kurang hebatnya berbanding tahun 2012, dengan Pilihanraya Umum ke-13 semakin dekat. UMNO-BN yang amat takut kehilangan kuasa sedang menggunakan apa-apa sahaja taktik kotor untuk memastikan mereka terus memerintah negara Malaysia. Namun, gerakan rakyat yang semakin hebat sedang menggugat kekuasaan UMNOBN dan mampu memberi pukulan maut kepada rejim yang korup lagi zalim. Kempen Basikal “Rakyat Pengayuh Perubahan 2.0� anjuran Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) yang diadakan pada bulan Disember yang lepas di Negeri Sembilan telah menghidupkan semula memori kita tentang Kempen Basikal JERIT pada tahun 2008 di mana anak-anak muda berjaya mengharungi pelbagai halangan dan cabaran untuk menyampaikan tuntutan rakyat di Parlimen. Antara tuntutan rakyat yang telah dilaksanakan oleh kerajaan hasil daripada tekanan rakyat yang begitu hebat adalah gaji minina dan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Namun, ini hanyalah perubahan secara permukaan sahaja dan perjuangan masih belum selesai, kerana gaji minima yang dilaksanakan sekarang mempunyai pelbagai kekurangan dan akta ISA diganti dengan satu lagi akta yang membenarkan penahanan tanpa bicara. Hanya perjuangan yang berterusan dapat membawa perubahan yang sebenar. Gerakan Hijau yang menentang projekprojek yang memudaratkan alam sekitar meneruskan momentum perjuangannya selepas Jalan Kaki dari Kuantan ke Kuala Lumpur. Protes mogok 100 jam menentang ancaman alam yang dianjurkan oleh sekumpulan anak muda telah menutup tirai tahun 2012 dengan satu aksi yang menunjukkan keazaman rakyat dalam menegakkan keadilan alam sekitar. Hukuman penjara ke atas Umar Mohd

Jan-Feb 2013 Azmi, seorang peserta Occupy Dataran bulan April yang lepas, telah mencetuskan semula perjuangan mahasiswa dan anak muda dalam menentang kezaliman pemerintah. Menurut laporan Integriti Kewangan Global (GFI) yang dikemukakan baru-baru ini, didapati bahawa terdapatnya sebanyak RM 200 bilion wang haram dibawa keluar dari Malaysia pada tahun 2010, menjadikan negara Malaysia berada di tangga nombor 2 di dunia dalam pengaliran keluar wang haram! Jumlah wang haram yang mengalir keluar dari negara Malaysia dalam 10 tahun (2001-2010) telah mencecah RM 871 bilion! Ini merupakan wang yang tidak dicukai apabila syarikat-syarikat mengalih keuntungan ke luar negara dan juga wang yang digunakan untuk rasuah. Pengaliran wang haram ini bagaikan rompakan ke atas kekayaan negara. Oleh itu, memang tidak hairan negara kita jadi bankrap kalau kuasa pentadbiran masih dipegang oleh UMNO-BN yang hanya mementingkan keuntungan kronikroni. Kita memang tiada pilihan dalam pilihanraya akan datang kecuali menolak UMNO-BN secara habis-habisan!


PARTI DAN FRON

3

Jan-Feb 2013

Hijau Kuning Merah: Warna Kem Sosialis Anak Muda penagih dadah dan juga pernah terjebak kepada gejala-gejala yang tidak sihat tetapi mereka telah insaf dan dalam proses untuk menjalani kehidupan normal seperti insaninsan lain. Mereka telah bincangkan pengalaman pahit mereka sendiri tentang kesan-kesan negatif yang dialami oleh mereka dalam bentuk muzik dan lakonan. Sesi bengkel juga telah dijalankan. Kem Anak Muda 2012 telah berjaya diadakan pada cuti sekolah Disember 2012 di Kem Desa Selesa, Tg.Malim. Kem anjuran Pemuda Sosialis PSM dengan kerjasama Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah dihadiri oleh 30 orang anak muda daripada beberapa cawangan termasuk 8 orang kordinator. Kem kali ini bertemakan “Hijau, Kuning, Merah” menyaksikan sedikit perbezaan daripada kem sebelumnya di mana isu-isu semasa berkaitan anak muda telah dikupas oleh para panel. Kem ini telah dimulakan dengan sesi pengenalan antara anak muda. Mereka telah dipisahkan kepada beberapa kumpulan. Kemudian, penerangan dan motif kem ini telah dibincangkan. Sesi pertama adalah bersama dengan Kumpulan “Reboot The Root” dari Batu Arang. Mereka ini adalah bekas

Sesi seterusya adalah “River Of Life” yang dikendalikan oleh Komrad Rani, Ahli Pusat PSM. Sesi ini lebih kepada kitaran hidup kita dari kecil sehingga dewasa dan tua. Peserta telah diberi kebenaran untuk mandi sungai dan rehat. Sesi terakhir pada hari pertama adalah tayangan video “GADOH'” yang boleh dikatakan salah satu video yang harus ditontoni oleh semua anak muda. Video ini membincangkan tentang masalah yang berlaku antara dua geng pelajar sekolah yang berbangsa Cina dan Melayu dan bagaimana mereka insaf dan mula untuk hidup bersama. Hari kedua telah dimulakan dengan sesi “Food for Tought” oleh Komrad Bawani. Sesi ini berkaitan dengan diskriminasi warna kulit.

Letchumi mengenai Kapitalisme – Matinya Kemanusiaan. Sesi ini berkaitan dengan satu buku komik yang sama tajuk mengenai topik ini. Setelah perbincangan, peserta telah dibahagikan kepada dua kumpulan dan mereka telah mempersembahkan drama tentang bagaimana kapitalis cuba menggandakan kekayaaan mereka dengan menindas para pekerja. Sdr Vijian dari Cameron Highlands telah menyampaikan sesi tentang “Anak Muda dan Alam Sekitar”. Menurut beliau 2 %daripada air di bumi adalah air tawar dan 98% adalah di laut. Tetapi manusia sedang memusnahkan sumber ini. Berdasarkan kajian, 10 juta kanak-kanak mati akibat masalah air. Beliau juga telah membincagkan isu-isu semasa yang sedang berlaku seperti Lynas, isu di Raub, Teluk Rubiah dan sebagainya. Setelah sesi ini berakhir, kuiz berkaitan dengan “Kapitalisme – Matinya Kemanusiaan” telah dijalankan. Setiap jawapan yang betul daripada para peserta telah diberikan hadiah. Sesi terakhir adalah plenary. Semua peserta telah diagihkan mengikut cawangan masing-masing. Mereka telah diberi tugasan untuk membincangkan akitivi-aktiviti susulan yang bakal dijalankan selapas kem ini. Boleh dikatakan kita mendapat maklum balas yang baik daripada para peserta. Kem ini telah ditamatkan dengan laungan kuat “Hidup Rakyat”! Kem ini merupakan langkah permulaan kepada kita untuk mengorak langkah ke hadapan. Kem seperti ini penting supaya isu-isu semasa terutamanya berkaitan dengan anak muda dapat dikupas secara lebih dalam dan seterusnya memberi satu kesedaran kepada anak muda tentang sistem yang telah korup ini. (oleh: M.Ravindran)

Sesi seterusnya telah dijalankan oleh Komrad

SATU LAGI KISAH LEMBU: Green Cow Green Cow Green Cow ialah satu kawasan di Cameron Highlands. Ia terletak di persimpangan masuk ke Ladang Teh Sg Palas. Terdapat 10 buah keluarga menetap di kaki bukit Green Cow. Hari ini kawasan pertanian ini hendak ditukar menjadi kawasan komersial untuk dibina pusat membeli-belah jutaan ringgit. Projek jutaan ringgit ini bukan sahaja mengancam landskap dan suhu Cameron Highland tetapi turut mengancam nyawa dan kehidupan 10 keluarga yang menetap di lereng bukit ini. 2 pemaju Mimpi ngeri penduduk bermula apabila jentolak milik 2 pemaju iaitu Ng Yeet Ng dan LTT Development Sdn Bhd mula menolak tanah pada Ogos 2011. Pada masa yang sama juga, satu batu besar telah bergolek ke jalanraya akibat kerja-kerja LTT Development. Kesemua ini berlaku hanya beberapa hari setelah tanah runtuh di Kg Orang Asli Sg Ruil yang membunuh 7 orang pada 7 Ogos 2011. Permit meneroka tanah LTT (yang sepatutnya tidak dikeluarkan) telah digantung sementara oleh Pejabat Daerah Cameron akibat insiden ini. Pembentukan Gabungan Penduduk Green Cow Pada September 2011, demi untuk memperjuangkan hak rumah yang selamat, Gabungan Penduduk Green Cow telah dibentuk untuk mewakili 7 dari 10 keluarga atas usaha PSM Cameron. Banyak laporan polis, surat dan memorandum telah dihantar. Namun kerja penerokaan tanah tetap dijalankan oleh pemaju. 2 penduduk & 1 aktivis PSM ditahan polis

Oleh sebab tiada tindakan dari mana-mana pihak, maka penduduk telah menghalang mesin jentolak Ng Yeet Ng daripada bekerja pada 13/10/2011. Polis Cameron telah bertindak tanpa sebarang perintah mahkahmah dengan menahan dua 2 penduduk S. Nagarajan dan S. Thanabalan, bersama-sama dengan aktivis PSM Suresh Kumar. Mereka kemudiannya telah didakwa di Mahkahmah Majistret Cameron di bawah seksyen 341KK dan 506KK iaitu menghalang jentolak pemaju dan mengugut pemandu jentolak. Namun, setelah perbicaraan diadakan, kesemua mereka telah dibebaskan oleh Majistret pada 30/7/2012 dengan penghakiman bahawa alasan penduduk menghalang jentolak atas dasar keselamatan adalah hujah yang boleh diterima oleh mahkamah. Rekod-rekod pembangunan lereng bukit dirahsiakan pihak Majlis Daerah Gabungan Penduduk juga telah meminta dokumendokumen projek untuk dirujuk kepada jurutera awam tetapi tidak dilayan oleh Majlis Daerah Cameron Highlands. Dalam perjumpaan dengan Pegawai Daerah Cameron pd 11/11/2011, beliau telah minta isu keselamatan diberi perhatian segera dan pihak berkuasa tempatan harus pastikan semua tanah dan batu ditutup. Tetapi perkaraperkara ini tidak pernah dibuat oleh pemaju. Mengapa rekod-rekod ini dirahsiakan? Adakah kerana kelulusan projek ini diberikan secara tidak telus ? Pelbagai soalan yang mencurigakan menjadi tanda soal kepada projek lereng bukit ini. Samseng tunjuk pistol, Polis tanya jenama pistol Pada Mac 2012, LTT Development telah menghantar samseng untuk meroboh kandang kambing salah seorang penduduk; tetapi perobohan kandang kambing berjaya ditahan. Samseng juga cabut lari apabila lihat penduduk &

penyokong mula berkumpul. Ada seorang samseng yang keluarkan pistol dalam insiden tersebut. Namun, apabila penduduk membuat aduan polis; Polis Cameron memperli penduduk dengan bertanyakan jenama pistol yang digunakan dan 'sijil lahir' untuk kambing yang hilang. Sehingga ke hari ini, tiada tangkapan dibuat ke atas samseng tersebut (malah tiada kawad cam) walaupun penduduk ada memberikan nombor pendaftaran kenderaan samseng dan boleh mengenal pasti samseng tersebut. Penduduk dirikan khemah Oleh kerana tiada tindakan dari mana-mana pihak, penduduk telah mendirikan khemah di kawasan projek pada 28/5/12 untuk memberhentikan projek LTT Development sehingga mendapat jawapan atau kehidupan mereka menjadi selamat. Ekoran itu, Pemaju Ng Yeet Ng tidak lagi membuat kerja berdekatan rumah penduduk. Pemaju tawar RM 30,000 Pemaju kemudiannya telah bersetuju untuk memberi pampasan RM30,000 kepada setiap keluarga untuk berpindah. Penduduk tidak bersetuju kerana RM30,000 tidak cukup untuk membina sebuah rumah dan penduduk tidak mempunyai tempat untuk membina rumah. Pergi Kuantan jumpa MB, polis tahan Ekoran tiada reaksi positif dari Kerajaan Tempatan di Cameron Highland, maka Gabungan penduduk telah meminta campurtangan Menteri Besar Pahang, namun tiada jawapan sehingga ke hari ini. Menteri besar yang berjanji melawat dan menyelesaikan masalah rakyat Cameron pada bulan April 2012 tidak menunaikan janji. Malah, penduduk Green Cow bersama penduduk Cameron yang pergi untuk meminta temujanji telah ditahan dan dikasari Polis Kuantan semasa kunjungan mereka ke Pejabat MB Pahang pada 10/7/2012. Kesemua 25 daripada mereka dimasukkan ke dalam lokap untuk sehari sebelum dibebaskan. (sambung di ms 4)


4

NASIONAL

Jan-Feb 2013

Isu pembinaan empangan dan perjuangan orang asal di Sarawak Pembinaan empangan hidroelektrik merupakan salah satu alternatif pada masa sekarang dalam menjana tenaga elektrik bagi menggantikan kaedah penggunaan tenaga bahan api. Namun demikian, pembinaan empangan hidroelektrik mengundang gejala rasuah, kemusnahan hutan secara berleluasa dan menghakis hak, tradisi dan budaya masyarakat kaum orang asal. Pembinaan empangan yang tidak mematuhi Perisytiharan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkenaan Hak Orang Asal berlarutan sehingga tiada penghujungnya. Kerakusan pemimpin Barisan Nasional dan pihak kapitalis ternyata dalam projek-projek mega seperti pembinaan Empangan Bakun, Murum, Baram dan banyak lagi sehingga membawa natijah kepada masyarakat pribumi mahupun alam sekitar.

Pembinaan empangan yang memerlukan pembersihan hutan yang luas tanpa kawalan membawa banyak kesan negatif, antaranya adalah gangguan kepada sistem ekologi seperti hidupan akuatik dan darat terancam serta kepupusan dan gangguan flora dan fauna, masalah pencemaran seperti air dan tanah khususnya di kawasan hilir sungai. Contoh yang paling ketara adalah Empangan Bakun telah memusnahkan habitat semulajadi di kawasan 70,000 hektar yang sebesar Singapura. Projek yang dimulakan pada tahun 1990an ini melibatkan perpindahan masyarakat asal seramai 10,000 orang. Projek Bakun telah mengundang pelbagai tekanan dan kritikan supaya projek tersebut diberhentikan kerana didapati proses penempatan semula penduduk Kampung Asap yang dijalankan dalam keadaan yang teruk sekali. Selain itu, empangan Murum turut mendapat tentangan walaupun projeknya telah siap 80%. Projek yang menenggelami kawasan hutan seluas 24,000 hektar ini dijangka akan siap dibina pada tahun 2013 dengan membekalkan kuasa elektrik sebanyak 944 megawatt. Tentangan bertalu-talu memandangkan ia melanggar Perisytiharan Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu berkenaan Hak Orang Asal. Ratusan masyarakat Penan berhimpun dan menyekat jalan demi membantah projek kontroversi empangan hidroelektrik Murum. Menurut penyelaras Gabungan Pemeliharaan Persekitaran Semula Jadi Sarawak (Scane) Raymond, kira-kira 200 orang Penan berkumpul dan menghalang jalan ke empangan itu di jambatan Sungai Seping, kira-kira 40km daripada tapak projek. Sumber daripada Pelan Tindakan Penempatan Semula (RAP) menunjukkan cadangan-cadangan

utama kepada pegangan dirinya dan juga ahli-ahli keluarganya sendiri. TV Al-Jazeera telah mempersoalkan Taib berhubung kuasa monopoli dalam penjualan simen melalui syarikat CMS miliknya. Syarikat ini telah memonopoli segala projek pembinaan di Sarawak meliputi Empangan Bakun, Bangunan Dewan Undangan Negeri yang baru, Pusat Konvensyen Borneo Kuching, jalan-jalan raya, empangan-empangan, stesen-stesen janakuasa, hospitalhospital, lapangan-lapangan terbang, jambatan-jambatan dan urusan membaikpulih lebuh raya pan-Borneo. Segalanya dirampas oleh Taib dan keluarganya namun beribu-ribu orang miskin di negeri Sarawak yang masih tinggal di rumah usang yang hampir roboh, tiada bekalan air bersih dan tiada sistem kumbahan yang sistematik. tidak mewakili sebarang bentuk pampasan yang adil terhadap masyarakat Penan yang telah menghuni di kawasan berkenaan sejak beberapa generasi dan akan kehilangan hutan serta kehidupan akibat kegiatan pembalakan, penanaman ladang kelapa sawit dan tidak lama lagi akan dibanjiri air empangan. Kaum Penan akan ditempatkan semula ke suatu kawasan yang asing dan terpencil di pinggir ladang kelapa sawit yang tiada harapan untuk bercucuk tanam dan berburu. Tambahan pula, jumlah nilai pampasan yang dicadangkan itu terdiri dari elaun bulanan yang jauh lebih rendah dari paras kemiskinan di Sarawak dan akan dilupuskan selepas tempoh empat tahun. Oleh yang demikian, masyarakat Penan menuntut gantirugi dalam bentuk tanah seluas 25 hektar untuk setiap 300 keluarga dan mahu kerajaan membayar wang tunai RM500,000 kepada setiap keluarga, serta tanah seluas 30,000 hektar untuk sembilan kampung yang terlibat. Di samping itu, masyarakat turut meminta dana untuk pendidikan, pembangunan dan hak ke atas tanah yang tidak ditenggelami oleh air empangan kelak. Setelah meneliti kesan pembinaan empangan, tidak dapat dipertikaikan bahawa projek empangan menjadi habuan pemimpin BN dan kapitalis untuk mengaut keuntungan yang berlipat ganda dan memiliknegarakan hutan simpanan untuk kepentingan peribadi mereka. Ini amat jelas ditonjolkan oleh Ketua Menteri Sarawak yang dikenali dengan nama “Mafia Balak� (Timber Mafia) yang memerah segala kekayaan balak kayu keras dari hutan bernilai tinggi di negerinya sendiri. Beliau juga mengawal kesemua geran tanah bagi kawasan yang ditebang sebesar negeri England, dan menggunakan kedudukannya secara sistematik untuk menghimpunkan kekayaan yang luar biasanya. Abdul Taib Bin Mahmud, juga merupakan penjaga pintu utama bagi kemasukan kesemua kontrak dari kerajaan Persekutuan ke negeri Sarawak dan telah menswastakan kebanyakan industri

Hakikatnya, adakah masyarakat di Sarawak akan terus berdiam diri dan menjadi kaki ampu kepada Taib yang akan terus meneroka tanah untuk membina 11 buah empangan lagi di Sarawak. Empangan besar bukannya penyelesaian kepada masalah keperluan tenaga elektrik dan lebih-lebih lagi bekalan kuasa elektrik bukannya masalah utama di negeri Sarawak tetapi pengagihan kekayaan secara adil. Sarawak sepatutnya menggunakan pilihan lain seperti projek hidro elektrik mini, sel volteks dan projek solar yang tidak melibatkan pemindahan Orang Asal kerana Sarawak hanya memerlukan 1100 Mw dan Empangan Bakun sahaja sudah mengeluarkan 2000 Mw. Bank Dunia menyatakan kita memerlukan tenaga simpanan sebanyak 25% tetapi simpanan sedia ada sudah pun mencecah 45%. Masa depan masyarakat orang asal terletak pada kebangkitan mereka sendiri. Jangan sampai musuh mereka, Taib dan sekongkolnya terus menghakis tanah tradisi sehingga hilang dari mukabumi. Memang tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat orang asal sememangnya memberi penentangan namun adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia untuk turun bersama menentang rejim UMNO, BN dan kapitalis yang rakus dengan wang semata-mata. Adalah menjadi kewajipan kita untuk menghalang mereka yang tamak haloba daripada terus mengumpul harta untuk bergenerasi tanpa penghujungnya. Dalam konteks ini, pilihanraya adalah satu peluang untuk merealisasikan hasrat mereka. Ayuh, mara demi perubahan yang adil dan saksama untuk semua lapisan masyarakat. Bersamalah kita membentuk kerajaan yang adil di mana setiap pemimpin harus mengisytiharkan harta, menjaga alam sekitar daripada terancam, hentikan serta-merta penjajahan kapitalis tamak ke negara kita dan gunakan keuntungan negara demi menjaga kebajikan rakyat. (oleh: Santhana Devi)

(sambung dari ms 3)

ini.

Masalah Green Cow juga berkait dengan alam sekitar

Janji kosong MB dan Dato Palanivel

Lebih dakwaan di mahkamah

Selepas penangkapan polis di Kuantan, MB Pahang, Dato Sri Adnan Yaakob bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato G. Palanivel telah memberikan janji kosong bahawa masalah penduduk Green Cow telah diselesaikan.

Seperti membalas dendam, DPP telah membuat rayuan kes aktivis PSM & 2 penduduk ke Mahkamah Tinggi Temerloh sejak 8/10/2012 dan pada 11/9/2012, dua orang lagi penduduk telah didakwa di bawah Seksyen 341KK (halangan salah kerana menahan lori pemaju yang bergerak laju). Semua ini menunjukkan wujud satu konspirasi untuk mengusir Penduduk Green Cow melalui taktik kotor dan menggunakan pelbagai saluran termasuk polis dan mahkamah.

Ramai orang telah mengadu bahawa Cameron Highland tidak lagi sejuk seperti dulu. Juga terdapat pelbagai isu tanah runtuh kerana pembangunan yang tidak terkawal di kawasan pergunungan ini. Isu Green Cow sebenarnya bukan isu 10 keluarga, tetapi ia melibatkan isu alam sekitar yang lebih besar.

Datuk Palanivel dalam satu kenyataan akhbar pada 17/7/2012 telah memberitahu bahawa Penduduk Green Cow telah diberikan tanah gantian. Ini merupakan satu pengakuan bahawa tempat yang mereka duduki sekarang adalah bahaya. Namun sehingga ke hari ini tiada apa-apa penyelesaian untuk penduduk walaupun penduduk ada menghantar 2 surat kepada Dato G.Palanivel. Penduduk & PSM disaman oleh LTT Development Pada 17/8/12, 7 ketua keluarga dan Suresh Kumar telah menerima perintah injunksi dan saman daripada LTT Development. Permohonan saman dan injunksi didengar di Mahkahmah Tinggi Kuantan sejak 14/9/2012. Pada 11/12/12, Hakim Mariana Yahya telah memberikan injunksi kepada penduduk untuk menghalang pemaju membuat kerja berhampiran rumah penduduk. Hakim Mariana juga telah menolak kesemua injunksi yang telah diberikan kepada pemaju sebelum

Ini meningkatkan beban Penduduk Green Cow dalam memperjuangkan isu mereka. Permohonan bantuan kewangan Selepas mengharungi perjuangan setakat ini, 4 keluarga telah meninggalkan Gabungan Penduduk. Kini tinggal hanya 3 keluarga yang memperjuangkan nasib mereka. Gabungan Penduduk Green Cow ingin meminta sumbangan orang ramai untuk meneruskan perjuangan ini. Bantuan kewangan amat diperlukan untuk perbelanjaan: 1. Kos Mahkamah dan peguam 2. P e n g a n g k u t a n , penginapan dan makanan dari Cameron ke Kuantan dan juga ke tempat-tempat lain berkenaan kempen ini 3. Cetakan risalah dan bahan kempen

Selain daripada mendapatkan penyelesaian untuk 3 keluarga di Green Cow, kes ini juga akan digunakan untuk membawa kepada perhatian masyarakat Malaysia berkenaan masalah pemusnahan hutan dan alam sekitar di Cameron. Di antara masalah-masalah alam sekitar akibat kedua-dua projek ini ialah: 1. pemusnahan hutan simpanan di Green Cow 2. pembangunan tidak mengikut peraturan di kawasan bukit 3. pencemaran sungai akibat tanah projek 4. sistem trafik Cameron akan menjadi lebih teruk Bantuan kewangan boleh diberikan melalui akaun: PSM CENTRE (Hong Leong Bank) No Akaun 0061-1000-32377. Sila maklumkan kepada kami selepas membuat sumbangan. Hubungi kami melalui: Suresh Kumar di 019-569 6964 E-mel: suresh@sukucomp.com Faks: 05-4914088 Alamat: Gabungan Penduduk Green Cow, d/a Parti Sosialis Malaysia (PSM), Cawangan Cameron Highlands, C1-G3, Blok C1, Royal Lily, 39000 Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang. (oleh: PSM Cameron)


5

PERJUANGAN RAKYAT

Jan-Feb 2013

Hentikan Penganiayaan Ke Atas Rakyat Miskin Oleh Bank Lebih kurang 40 orang berhimpun secara aman di bangunan AmBank Balakong, Kajang, pada 21 Disember yang lalu, dalam satu protes menentang tindakan bank yang melelongkan rumah keluarga miskin tanpa notis dan perbincangan. Rumah yang didiami oleh sebuah keluarga miskin yang sedang menerima bantuan kebajikan telah dilelongkan baru-baru ini. Pencari nafkah utama keluarga tersebut merupakan seorang pekerja yang sekarang ini menerima bantuan PERKESO selepas kemalangan pekerjaan. Dalam 3 tahun yang lepas, pusat khidmat PSM di sekitar Semenanjung telah mendapat semakin banyak aduan tentang tindakan Bank yang tidak bertanggungjawab ke atas rakyat miskin. PSM pernah mengadakan aksi protes bersama-sama dengan mangsa penganiayaan bank di hadapan Bank Negera untuk mencari penyelesaian. Pihak Bank Negara hanya melakukan kerja hubungan awam tetapi tiada tindakan konkrit selepas itu. Masalah rakyat yang tersangkut dengan hutang bertimbunan masih jauh belum diselesaikan, malah menjadi lebih serius lagi. Pihak PSM masih menerima banyak aduan. Antara aduan termasuklah muflis, rumah dilelong, dokumen atau identity palsu dan sebagainya. Kebanyakan mangsa penganiayaan bank merupakan golongan berpendapatan rendah. Cawangan PSM Kajang telah menerima satu aduan daripada seorang wanita bernama Muniammah pada bulan Disember yang lalu. Muniammah sekarang ini bergantung pada bantuan kebajikan dan menginap di sebuah pangsapuri yang dibeli olehnya 11 tahun yang lalu. Namun, rumahnya telah dilelongkan tanpa pengetahuannya. Pihak PSM Kajang telah membantu Muniammah membuat aduan polis dan membawanya ke ibupejabat Ambank. Keluarga Muniammah telah diganggu secara berterusan dan diancam oleh orang yang dikatakan pemilik baru rumah tersebut sejak bulan Julai tahun 2012. Bekalan air dan elektrik ke rumah Muniammah telah dipotong pada bulan Disember lalu. Persoalan yang ditanya-tanya oleh Muniammah adalah bagaimana TNB dan SYABAS boleh memotong bekalan asas ini walaupun Muniammah masih membayar bil-bil? Muniammah juga tidak faham mengapa tiada notis peguam yang memberitahunya bahawa rumahnya telah dilelong atau dijual. Yang tidak masuk akal lagi adalah, keluarga Muniammah telah membuat pembayaran kepada pihak bank pada bulan Mei dan

semasa mereka pergi membayar lagi pada bulan Julai, mereka diberitahu bahawa rumah mereka sudahpun dilelong. Anak Muniammah, Thanasegaran Subramaniam , 34 tahun, yang merupakan seorang pesakit jantung telah ditimpa kemalangan lebih kurang 3 tahun dahulu. Thanasegaran mendapat dana PERKESO lebih kurang RM 400 sebulan, manakala ibunya Muniammah mendapat bantuan kebajikan sebanyak RM 200, menjandikan jumlah pendapatan bulanan keluarga Muniammah hanya RM 600, bersamaan dengan jumlah yang perlu dibayar kepada bank setiap bulan. Wang KWSP kedua-duanya telah habis untuk membayar rumah mereka. Satusatu rumah milik mereka sekarang ini juga dirampas begitu hanya. Keluarga Muniammah tiada lagi pilihan kecuali memprotes ke atas kezaliman pihak Bank. Aktivis PSM telah melakukan protes bersama keluarga Muniammah di hadapan AMbank

Balakong pada 21 Disember yang lalu. Selepas berprotes selama setengah jam di luar bangunan Ambank, masih tiada seorang daripada pihak bank yang mempeduli dan keluar bertanya. Oleh itu, keluarga Muniammah dan para penyokong telah masuk ke dalam Bank dan duduk dalam pejabat bank dengan memegang plakad yang tertulis slogan bantahan. Ini telah mengejutkan pengurusan bank dan mereka berjanji untuk memanjangkan masalah ini kepada pihak atasan. PSM bersama-sama dengan mangsa penganiayaan bank telah menghantar satu mesej yang jelas, iaitu pihak bank perlu hentikan penganiayaan ke atas rakyat miskin. Menindas orang miskin untuk menimbun kekayaan merupada satu perkara yang amat keji sekali. PSm bersedia untuk melancarkan “perang� ke atas mana-mana bank yang tidak bertanggungjawab. PSM telah mewujudkan talian khas untuk menerima sebarang aduan tentang rakyat miskin yang dianiayai oleh bank. Sesiapa yang menghadapi masalah sebegini boleh hubungi 016-3733692 atau 012-3762023.

Kes Pengusiran Pekerja Ladang Bangi Didengar Bulan Januari Pada 14 Disember 2012, Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam, Puan Nurul Ain Binti Hamzah telah memberi peluang kepada pihak Pemaju Transloyal dan bekas pekerja Ladang Bangi untuk cuba menyelesaikan masalah di luar mahkamah dan jika tidak berjaya, maka Mahkamah akan menentukan tarikh perbicaraan pada 21 Januari 2013. Peguam pihak penduduk, Fadiah Nadwa telah memfailkan balasan affidavit. Dalam affidavit balasan, para bekas pekerja Ladang Bangi menafikan mereka adalah setinggan dan dengan mengatakan dengan tegasnya bahawa mereka adalah generasi kedua, ketiga dan keempat masyarakat ladang. Mereka menuntut hak perumahan tetap dibina sebelum mereka sedia berundur. Lebih 50 orang penduduk membanjiri ruang mahkamah yang sempit pada 14 Disember yang lalu. Turut hadir adalah Sdr S.Arutchelvan - Setiausaha Agung PSM, T. Ramalingam – Penyelaras JSML (Jawatankuasa Sokongan masyarakat Ladang ) dan M.Sivaranjani - Penyelaras Pekerja JERIT. Para bekas pekerja membawa kain rentang dan menjerit slogan di perkarangan mahamah.

Walaupun rundingan masih berlaku yang juga melibatkan pihak kerajaan Negeri dan Majils Perbandaran Kajang (MPKJ), namun pemaju Trans Loyal bertindak secara angkuh dan membawa pekerja ke Mahkamah dengan niat mereka boleh diusir tanpa membina rumah kos rendah. Notis mahkamah untuk mengosongkan tanah Ladang Bangi telah diserahkan pada 27 Oktober 2012 iaitu beberapa minggu sebelum hari Deepavali. Pemaju berniat jahat, mengkhianati bekas pekerja-pekerja ladang serta tidak menghormati rundingan yang sedang berlangsung dengan pihak berkuasa sehingga kini. Latarbelakang Ladang Bangi Ladang Bangi di Selangor telah wujud sejak 100 tahun yang lalu. Bekas pekerja ladang yang kini menetap sana adalah generasi keempat. Mereka mula menghadapi masalah pengusiran setelah ladang berhenti beroperasi pada tahun 2000. Notis pengusiran pertama diterima pada 17 Mei 2000 yang dikeluarkan oleh Syarikat Golden Hope. Pada tahun 2006, Pejabat Daerah Kajang bersama pihak Tuan Tanah telah mengadakan mesyuarat dengan wakil-wakil ladang dan berjanji untuk

membina 43 buah rumah dan sebuah kuil, tetapi sehingga kini b e l u m dilaksanakan. Sementara itu, pada tahun 2011, tanah Ladang Bangi telah dijual kepada pemaju Trans Loyal dan kini bekas pekerja-pekerja ladang ini diancam dengan pengusiran oleh pemaju Trans Loyal yang memaksa mereka keluar dari Ladang mereka. Pemaju telah menggunakan samseng, polis, dan pelbagai helah lain untuk menceroboh kawasan penduduk. Semua taktik mereka buntu dan kini mereka menggunakan senjata undang-undang pula. “Biar apa pun, kami tetap akan berjuang untuk hak perumahan. Senjata yang maha berkuasa adalah kuasa rakyat. Rintihan dan jeritan pekerja ladang ini terus membicara masa depan mereka (Oleh: M. Sivaranjani)


6

KHAS

Jan-Feb 2013

Imbas Kembali Tahun 2012 Tahun 2012 menyaksikan kebangkitan rakyat yang berterusan di negara kita dalam perjuangan menuntut demokrasi dan keadian sosial. Pergolakan dunia juga tidak kurang hebatnya berbanding tahun 2011 yang dilanda gelombang kebangkitan gerakan rakyat seperti Kebangkitan rakyat Arab dalam Arab Spring, dan juga Gerakan Occupy yang mencabar dominasi sistem kewangan kapitalis yang menjadikan dunia ini kasino besar untuk kapitalis berjudi. Ÿ Masyarakat Orang Penan di Sarawak telah mengadakan aksi blockade ke atas pembinaan Empangan Murum pada 26 September. Lebih 1.600 orang Penan dari 8 buah kampung terjejas oleh pembinaan empangan tersebut.

2012 – Setahun dalam Perjuangan Rakyat Januari Ÿ Para mahasiswa yang menuntut kebebasan akademik dan menunjukkan sokongan kepada Adam Adli yang mencabar sistem pendidikan yang dikuasai oleh professor kangkung, telah berhimpun di UPSI menjelang Tahun Baru 2012. Tetapi polis bertindak ganas ke atas mahasiswa.

Ÿ Organisasi Hak Asasi Manusia, SUARAM, yang membawa kes pembelian kapal selam Scorpene ke mahkamah Perancis untuk siasatan tentang tuduhan rasuah, telah diserang bertubu-tubi sejak bulan September oleh Kerajaan UMNO-BN yang takut rahsia mereka terbongkar. UMNO-BN telah menggerakkan agensi-agensi seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),

Februari

Ÿ Himpunan Raksasa pada 28 April di mana Himpunan Bersih 3.0 yang menuntut reformasi pilihanraya dan Himpunan Hijau 3.0 yang menuntut keadilan alam sekitar diadakan serentak di Kuala Lumpur. Lebih 200,000 orang telah mengambil bahagian dalam himpunan rakyat yang bersejarah ini. Selain KL, 10 lagi buah Bandar di Malaysia termasuk Georgetown, Ipoh, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching juga adanya rakyat yang berhimpun, di samping himpunan solidariti di puluhan bandar seluruh dunia.

Mei

Ÿ Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE) telah

mengadakan piket besar-besaran demi membantah tindakan MayBank yang memecat dua orang pimpinan NUBE dan menindas hak kesatuan pekerja bank. Ÿ Himpunan Hijau 2.0 pada 26 Feb di Kuantan demi membantah kilang Lynas telah mengundang penyertaan seramai 20,000 orang rakyat Malaysia yang prihatin kepada keadilan alam sekitar dan kesihatan semua orang. Himpunan solidariti juga diadakan di Bukit Merah Perak, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Ini merupakan himpunan menentang ancaman alam sekitar yang paling besar di Malaysia pada ketika itu.

Ÿ Himpunan Hari Mei Satu telah diadakan di Kuala Lumpur. Aksi Hari Mei Satu anjuran Jawatankuasa Mei Satu kali ini telah disertai oleh ramai anggota kesatuan sekerja.

Jun Ÿ Ratusan pencinta alam yang membantah kilang Lynas telah mengadakan aksi “Occupy Balok” pada 23-24 Jun, di Pantai Balok, Kuantan.

Pendaftar Pertubuhan (ROS), Bank Negara, polis dan sebagainya untuk melakukan “siasatan” yang sebenarnya gangguan ke atas SUARAM. Oktober Ÿ Himpunan Rakyat Cameron yang diadakan pada 20 Oktober di Tanah Rata, Cameron Highlands, telah mengutarakan beberapa masalah di mana kehidupan rakyat Cameron terjejas oleh pembangunan yang hanya menguntungkan segelintir kecil pemodal besar.

November

Ogos

Ÿ Walaupun pihak polis “mengharamkan” Himpunan “Janji Demokrasi ”, masih tidak menghalang 10,000 orang berhimpun pada malam 30 Ogos di ambang Hari Merdeka Ÿ Sempena menyambut Hari Wanita Sedunia, sebuah dalam menyuarakan tuntutan rakyat untuk pilihanraya yang gabungan NGO telah menganjurkan Himpunan Ungu bersih dan demokrasi yang sejati. bertema “Wanita Suara Perubahan” pada 18 Mac di Petaling Jaya. Himpunan ini disertai oleh kira-kira 4,000 orang.

Mac

September April Ÿ Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah

digantikan oleh Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas). Ÿ Lebih kurang 500 orang mahasiswa dan anak muda turun berdemonstrasi di Kuala Lumpur pada 14 April, menuntut supaya PTPTN dihapuskan dan digantikan dengan sistem pendidikan percuma sehingga tahap universiti. Para mahasiswa dan anak muda terus berkhemah di Dataran Merdeka dan memberi nafas baru kepada gerakan “Occupy Dataran”. Walaupun anak-anak muda yang menduduki Dataran Merdeka menghadapi pengusiran oleh DBKL, tetapi mereka dapat bertahan sehingga menjelang Himpunan Bersih 3.0.

Ÿ Himpunan Hijau Raub diadakan pada 2 September di

pekan Raub dengan penyertaan lebih 10,000 orang. Himpunan ini menyatakan sokongan kepada perjuangan rakyat Bukit Koman dalam membantah perlombongan emas yang menggunakan bahan toksik sianida yang amat berbahaya sekali. Satu kajian yang dikemukakan pada bulan Jun telah menunjukkan bahawa 80% penduduk yang disiasat mempunyai masalah kesihatan yang berkemungkinan berkaitan dengan aktiviti perlombongan emas. Ÿ Himpunan Hijau Pengerang diadakan pada 30 September sebagai satu protes menentang projek industri petrokimia (RAPID) yang bakal memusnahkan kehidupan rakyat di Pengerang, Selatan Johor. Projek RAPID yang memakan dana sebanyak RM 61 bilion akan memusnahkan sebanyak 17 buah kampung dan mengusir seramai 28,000 orang penduduk tempatan. Sistem ekologi di persisiran pantai turut terjejas dan menghancurkan rezeka para nelayan di situ.

Ÿ Satu aksi jalan kaki dari Kuantan ke Kuala Lumpur telah diadakan pada 13-25 November, dengan rombongan pejalan kaki yang diketuai oleh Wong Tack, Pengerusi Himpunan Hujau. Lebih 20,000 orang berhimpun di Kuala Lumpur pada 25 November untuk menyambut rombongan pejalan kaki yang telah berjalan selama 13 hari dan merentasi jarak sejauh 300 km.

Disember Ÿ Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) telah mengadakan Kempen Basikal “Rakyat Pengayuh Perubahan 2.0” di Negeri Sembilan pada 7-10 Disember. Ÿ Protes lapar 100 jam membantah ancaman alam.

2013 ? - Perjuangan Diteruskan Ÿ Pilihanraya Umum ke-13 bakal menjelang dan pasti akan menyaksikan pertarungan hebat antara puak UMNO-BN yang cuba terus berkuasa untuk merampas kekayaan negara dengan rakyat jelata yang menuntut perubahan sebenar. Ÿ Perjuangan rakyat dalam menuntut demokrasi, keadilan alam sekitar dan keadilan sosial akan berterusan.


7

NASIONAL

Jan-Feb 2013

GELAGAT HAKIM-HAKIM KITA Nak ketawa atau menangis? Pada 21 Disember yang lalu, Majistret Zaki Asyraf Zubir telah menjatuhkan hukuman penjara satu bulan dan denda RM 1000 ke atas aktivis Mahasiswa Umar Mohd Azmi untuk satu kesalahan kecil iaitu menghalang seorang penjawat awam. Yang tak masuk akal adalah bukan sahaja hukuman yang berat untuk satu kesalahan kecil, tetapi apabila mahkamah tidak memberikan penangguhkan penghakiman sehingga kes dirayu ke mahkamah yang lebih tinggi. Adalah satu prosedur biasa Majistet memberikan penangguhan kehakiman apabila ada hukuman penjara kerana sebagai seorang Hakim yang digelar “Yang Arif”, konsep kebebasan dalam kehakiman sangat penting dan setiap orang harus diberikan segala ruang dalam proses perundangan, sebelum dijatuh hukum. Namum tak tahu mengapa Majistret ini berkelakuan sebegini. Mungkinkah kerana beliau mahu membodek sesuatu pihak sehingga beliau sanggup berbuat demikian? Ramai orang pelik dengan tingkahlaku Majistret yang membuat keputusan di luar tabii, barulah mereka sedar bahawa beliau adalah majistret yang turut memberikan perintah supaya rakyat dihalang berhimpun di Dataran Merdeka semasa Bersih 3. Memandangkan beliau mempunyai kepentingan sendiri, sepatutnya beliau meminta supaya beliau tidak mendengar kes ini kerana ia melibatkan mahasiswa yang “occupy” Dataran Merdeka pada masa itu. Maka Majistret yang memberikan perintah untuk tidak memerdekakan Dataran Merdeka semasa Himpunan Bersih 3 sebelum ini, sekarang pula didapati tidak mahu memerdekakan seorang anak muda dan terus menggunakan kuasa untuk terus memenjarakan Umar sehingga kes didengar. Jika andaikata, beliau membuat rayuan di mahkamah tinggi dan mahkmah kemudian mendengar kes beliau, sudah pasti masa yang akan diambil adalah lebih lama dari sebulan dan oleh yang demikian dengan tidak memberikan perintah penangguhan adalah satu tindakan kotor untuk menghukum seseorang dan menjadikan kes asal akademik. Ini adalah tindakan terkutuk, menghalang hak kebebasan seseorang dan langsung tidak masuk akal. Yang turut menghairankan adalah tindakan Majistret yang masih taksub nak penjarakan Mahasiswa ini walaupun pihak DPP tiada halangan dalam persoalan memberikan penangguhan penghakiman. Nampaknya Magistet ini mempunyai misi tersendiri. Jika tindakan Magistret ini boleh dikatakan tidak adil, saya cukup terbeliak mata dengan kenyataankenyataan yang dbuat oleh Hakim Amelia Tee. Setelah mendengar Hakim Amelia, saya tidak tahu nak ketawa

atau menanggis. Semasa kes, Hakim Amelia bertanya kepada bapa Umar sama ada anaknya akan mendengar cakap beliau dan suruh supaya anak beliau tidak lagi pergi untuk aktiviti tidak sihat seperti Occupy Dataran Merdeka atau berhimpun di sana. Realitinya adalah Umar sudah berumur lebih 21, seorang yang dewasa dan boleh membuat keputusan sendiri. Ini b u k a n s a t u mahkamah keluarga untuk merapatkan hubungan bapa dan anak, lebih-lebih lagi Hakim ini juga bukan guru disiplin, untuk mengawal gerak-geri seorang dewasa. Ya n g l e b i h t e r u k adalah beliau memberi larangan supaya Umar tidak lagi terlibat aktiviti seorang individu yang kini ditahan 3 hari tidak menjadi topik yang sama dan jika terlibat, maka penangguhan pokok. Nak ketawa atau menangis? kehakiman akan ditarik balik dan beliau akan dipenjara. Ini nampaknya 2 x 5 keputusan magistret. Namun Umar akhirnya bebas dengan ikat jamin RM 5 ribu dan syarat supaya beliau tidak lagi akan menjejakkan kaki ke Pertamanya mahkamah tinggi masih belum putuskan Dataran Merdeka dalam satu perhimpunan. Semasa saya sama ada rayuan Umar diterima atau tidak, tetapi Hakim dan 53 orang lain dulu ditahan dalam kes protes pada tahun Amelia sudah buat ketetapan bahawa apa yang dilakukan 2008, Hakim Mahkamah Seksyen turut memberikan syarat oleh Umar pastinya salah dan beliau memberikan syarat bahawa jika kami terlibat dalam demo lain selepas ini, jamin tambahan. Hukum dulu, bicara kemudian. mahkamah kami akan ditarik balik dan kami masuk semula ke penjara. Kes kami masih berjalan di mahkamah Seksyen Saya cukup terhibur dengan semua sandiwara Hakim, KL hari ini dan kami masih hadiri puluhan demonstrasi dan DPP dan Peguam. Di mahkamah, ramai anak muda yang perhimpunan selepas syarat dikenakan. hadir menggari diri mereka masing-masing sebagai tanda protes. DPP sibuk mengungkitkan isu-isu remeh-temeh Saya terfikir bagaimana Umar dan kawan-kawannya hendak yang tidak relevan padahal beliau sendiri tiada halangan ikut syarat mahkamah apabila slogan Umar sendiri adalah, untuk penghakiman penjara ditangguh. Peguambela pula “Dunia belum kiamat, lawan sampai tamat “. Sememangnya bersunguh-sungguh cuba memastikan Umar dapat perjuangan jauh dari tamat dan apa lagi dengan taraf hakim dibebaskan sehingga beliau memberi ruang kepada dan magistret yang kita ada pada hari ini. Hakim ini menetapkan syarat-syarat yang tidak demokratik, melanggari Perkara 10 Perlembagaan dan (Oleh: S. Arutchelvan) Deklarasi Hak Asasi Manusia. Isu kebebasan asasi

Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) Membidas Keputusan Mahkamah Yang Menghukum Umar Mohd Azmi Secara Berat Sebelah berhimpun, bersuara, dan (GMPP telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar berikutan Umar Mohd Azmi, seorang peserta Occupy Dataran, dijatuhkan hukuman atas satu tuduhan yang remeh-temeh.)

Mahkamah Majistret yang menghukum Sdr Umar Mohd Azmi dengan sebulan penjara dan denda RM 1000 kerana dikatakan menghalang kerja-kerja pegawai DBKL mem'BERSIH'kan Occupy Dataran pada bulan April yang lalu. GMPP membidas keputusan berat sebelah pihak mahkamah yang hanya melihat tindakan Sdr Umar yang cuba menghalang tindakan intimidasi pihak DBKL yang menghalau para peserta Occupy Dataran dan penahanan Sdr Fahmi Reza. Rakan-rakan kami yang berada ketika itu jelas memberitahu bahawa tindakan pihak DBKL adalah satu intimidasi yang berniat jahat untuk semata-mata menggagalkan sokongan terhadap perjuangan Occupy, pemansuhan PTPTN dan perhimpunan Bersih. Hukuman sebegini memberi satu pandangan bahawa rakyat di Malaysia tidak diberikan hak untuk

menuntut keadilan dan pembebasan. Hukuman ini jelas juga satu tamparan kepada kebebasan system kehakiman negara yang hanya mendengar cereka pihak berkuasa. GMPP akan tetap meneruskan sokongan kami kepada kumpulan Occupy Dataran di samping meneruskan perjuangan untuk penghapusan PTPTN dan penuntutan pendidikan percuma di bumi kita. Hidup Kuasa Anak Muda &Mahasiswa/i! (oleh: Karthiges, Penyelaras Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma, GMPP)


8

SOLIDARITI

Jan-Feb 2013

Kisah Seorang Mangsa Penswastaan Hospital

Menuntut Keadilan

doktor pakar kerana batuk Pn. Chow semakin teruk. Pada takat itu Pn. Chow memerlukan “walker” untuk berjalan kerana kaki beliau lemah dan keras, dan penglihatan beliau pula adalah amat kurang (6/60). Pn. Chow didiagnos sebagai Relapse of Sputum Positive Tuberculosis Ethambutol induced Visual Loss INH induced neurological defect. Pn. Chow dimasukkan balik ke Hospital Ipoh, dan kali ini dirawat dengan dos-dos yang sempurna. Malangnya, pihak Hospital Ipoh tidak ambil sebarang intiatif untuk menguruskan bayaran ganti rugi terhadap komplikasi rawatan yang dialaminya. 2007 - Pn Chow telah menfaikan kes di Mahkamah Sesyen Ipoh untuk memohon tuntutan ganti rugi terhadap komplikasi rawatan TB. Peguam Maxwell Kenion mengendalikan kes beliau. Pn Chow tidak tahu nama doctor-doktor yang merawat beliau pada September 2004. Oleh itu, peguamnya telah memakai nota hospital (case notes) untuk mencari nama doctor untuk menfailkan kes. Nov 2010 - Dr. Kumar membawa Pn Chow ke Parlimen.

Ahli Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan juga Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar Devaraj telah berjaya menuntut pampasan sebanyak RM158,000 untuk Pn Chow Chooi Mei atas kecuaian hospital kerajaan. Dr. Kumar mula menuntut sebelum beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen. Kisah Pahit Pn Chow Chooi Mei September 2004 - Pn Chow dimasukkan ke Hospital Ipoh. Beliau dikenalpasti mengidap TB paru-paru dan ubat anti-TB dimulakan pada 2/9/2004. Masalahnya

ialah Pn Chow sangat kurus pada masa itu – 32 kg sahaja, tetapi dos ubat TB yang diberi untuknya adalah dos biasa untuk orang dewasa - berdasarkan pada berat badan sebanyak 60 kg. Pn Chow dibenarkan pulang ke rumah pada hujung bulan September 2004. Tetapi selepas beberapa minggu, beliau menghadapi masalah berjalan dan juga pengurangkan dalam daya penglihatan beliau. Oleh itu, beliau telah berhentikan semua ubat-ubatnya selepas 3 bulan. Jun 2005 - Ibu Chow membawanya berjumpa dengan

Dis 2010 - Usul potong gaji Menteri Kesihatan dicadang oleh Dr. Kumar semasa sidang Parlimen atas sebab Menteri Kesihatan gagal membantu Pn Chow untuk menuntut keadilan tetapi usul itu ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat. Dis 2012 - Pn Chow menerima cek sebanyak RM158,000 sebagai pampasan PSM berpendapat kemalangan ini adalah antara kesan penswastaan perkhidmatan kesihatan di Malaysia yang menarik ramai pakar ke hospital swasta padahal majoriti raklyat Malaysia masih pergi ke hospital kerajaan untuk rawatan. #

Sokongan Solidariti Kepada Aktivis Buruh Thailand, Somyot Aktivis buruh terkenal di Negara Thai Somyot Prueksakasemsuk, telah ditahan sejak 30 April 2011 di bawah undang-undang lèse majesté yang sering digunakan ke atas aktivis politik yang menyuarakan bantahan terhadap pemerintahan elit politik dan juga pihak tentera di Negara Thai. Kes perbicaraan Somyot telah berlangsung lebih setahun. Somyot telah dinafikan haknya untuk diikat jamin dan beliau telah dikurung dalam penjara sehingga kini. Keputusan kes perbicaraan yang sepatutnya diketahui pada 19 Disember yang tahun telah ditunda ke 13 Januari ini. Sementara itu, ramai yang prihantin tentang gerakan rakyat di Thailand telah memberikan sokongan kepada Somyot sepanjang penahananya, dan Malaysia juga tidak ketinggalan. PSM bersama-sama dengan masyarakat sivil di Malaysia pernah mengadakan aksi bantahan di Kedutaan Negera Thai. Dalam kempen terbaru dalam pembebasan Somyot, aktivis-aktivis di merata tempat telah mengambil gambar dengan mesej


9

ISU PEKERJA

Jan-Feb 2013

Manifesto Pekerja Malaysia Pada 6&7 Oktober 2012, satu bengkel untuk membincangkan tuntutan pekerja bagi PRU13 telah diadakan di pusat latihan NUBE di Negeri Sembilan dan wakil-wakil kumpulan seperti Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT), Kesatuan pekerja-pekerja Bank (NUBE), Kesatuan pekerja MHS, Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Barat Semenanjung Malaysia (KSIEWBSM), Kesatuan Tenaga National Berhad Junior Officers (TNBJOU), Kesatuan pekerja-pekerja Ladang (NUPW), Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS), Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Perusahan Petroleum dan Kimia Sem. Malaysia (NUPCIW), Cawangan Pahang dan National Union of Transport Equipment & Allied Industries Workers dll kumpulan telah mengambil bahagian untuk mengeluarkan Manifesto P e k e r j a b a g i P R U 1 3 .

2.1 Kembalikan hak-hak pekerja yang telah dirampas melalui pindaan Akta kerja 1955 dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang memberi kebebasan kepada majikan memecat pekerja sesuka hati dengan: 2.1.1 Mansuhkan had pampasan 24 bulan gaji kepada seseorang pekerja yang dipecat setelah Mahkamah Perusahaan memutuskan pemecatan itu adalah tanpa sebab dan alasan yang munasabah. Pekerja itu harus dibayar pampasan yang sepenuhnya tanpa had dan tanpa pendapatan yang telah diperolehi selepas pemecatan pekerja itu. 2.1.2 Mansuhkan peruntukan “Kontraktor untuk buruh” di dalam Akta Kerja 1955 yang menghalalkan aktiviti kontraktor yang membekalkan tenaga kerja murah kepada majikan. Aktiviti ini adalah haram kerana ia memutuskan perhubungan majikan-pekerja secara langsung dan majikan akan terus terlepas dari tanggungjawabnya dengan membayar upah yang rendah. Juga pembayaran gaji, potongan KWSP (EPF), cuti tahunan dan sebagainya untuk pekerja kontrak itu adalah atas belas kasihan kontraktor tersebut. 2.1.3 Mansuhkan outsourcing, insourcing, kerja part-time, kerja tidak stabil/tetap kerana tidak ada sekuriti pekerjaan. 2.2 Kes seseorang pekerja yang telah dipecat dirujuk terus ke Mahkamah Perusahaan dengan kadar segera tanpa campurtangan Menteri Sumber Manusia. Sekarang Menteri mempunyai kuasa merujuk atau tidak kes seseorang pekerja yang tealh dipecat tanpa sebab atau alasan. 2.3 Kembalikan hak untuk menubuhkan Kesatuan Sekerja secara automatik dan hak berkesatuan melalui pindaan akta Kesatuan Sekerja 1959 dengan:

MANIFESTO PEKERJA MALAYSIA: PEKERJA KUASA PERUBAHAN MARUAH PEKERJA MARUAH NEGARA Sempena Pilihanraya Umum Ke-13, Jaringan Pekerja Malaysia (JPM), iaitu satu gabungan yang terdiri daripada kesatuan-kesatuan sekerja dan aktivis-aktivis pekerja, ingin menyeru Kerajaan Malaysia serta parti-parti politik yang akan bertanding di Pilihanraya Umum Ke-13, bersamasama berikrar untuk mengutarakan dan mengutamakan seruan kaum pekerja di dalam Manifesto ini demi masa depan kaum pekerja yang lebih terjamin di Negara Malaysia ini. Kami menuntut hak-hak pekerja seperti berikut: 1. Jaminan Gaji Minima RM1,500 (Gaji Pokok) – Gaji Minima RM900 yang telah diluluskan oleh Kerajaan tidak mampu menampung kos hidup semasa akibat peningkatan kos pendidikan, perubatan, pengangkutan, harga barang, bayaran pinjaman rumah, sewa, bil air, api, gas, talipon, cukai pintu, dan segala keperluan asas. Tambahan pula, pelaksanaan Gaji Minima RM900 juga tidak jelas. Pihak Majikan berjaya mengaburi peruntukan tersebut, di mana, elaun-elaun termasuk kerja lebih masa disertakan atau dicampurkan bersama gaji minima RM900. Oleh itu kami menuntut Jaminan: 1.1 Gaji minima pokok sebanyak RM 1,500.00 sebulan untuk para pekerja di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak; 1.2 Gaji Minima RM 1,500.00 dikaji semula setiap 2 tahun sekali dan mesti serasi dengan kos sara hidup di Malaysia; 2. Jaminan Pengiktirafan Hak-hak Asasi Pekerja Pada tahun 2007 dan 2011, Kerajaan Malaysia telah membuat pindaan terhadap Akta Kerja 1955, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959 Pindaan-pindaan ini dikatakan sebagai yang paling zalim di dalam Sejarah pergerakan buruh Malaysia. Akibat pindaan-pindaan ini, para pekerja telah kehilangan hak-hak mereka dan terus menjadi mangsa penindasan oleh pihak majikan serta pihak pemerintah Oleh itu, kami menuntut Jaminan:

2.3.1 mengiktiraf dan membenarkan Hak Berkesatuan tanpa campurtangan Majikan dan Kerajaan; - Sekarang hanya 7% pekerja Malaysia yang berkesatuan Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja di bawah Kementerian Sumber Manusia tidak mempertahankan nasib pekerja serta kesatuan. 2.3.2 Mansuhkan kuasa mutlak Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja dalam memutuskan pendaftaran sesuatu kesatuan sekerja; 2.3.3 Iktirafkan kebebasan menubuhkan Kesatuan Kebangsaan secara sukarela demi mempertahankan hak-hak pekerja dan haramkan penglibatan Majikan dalam pembentukan sebarang kesatuan sekerja; Kesatuan sekerja adalah oleh pekerja bagi pekerja; 2.3.4 Hentikan pemangsaan ahli kesatuan terutamanya pemimpin kesatuan sekerja; 2.3.5 Hentikan pemangsaan kesatuan yang sudah mewakili majority pekerja oleh Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja; 2.3.6 Hentikan sekatan ke atas hak kesatuan sekerja bersuara, berpiket dan bermogok; 2.3.7 Wajibkan kesatuan yang mempunyai majoriti ahli diberi pengiktirafan secara automatik dan rundingan Perjanjian Kolektif dimula dengan segera; 2.4 Mengambil berat terhadap kebajikan pekerja dengan: 2.4.1 Wajibkan Cuti Bersalin bergaji selama 14 minggu bagi semua pekerja kaum wanita dan cuti bergaji selama 14 hari cuti bagi pekerja kaum suami yang isterinya bersalin. 2.4.2 Wajibkan Tempat penyusuan bayi yang sesuai di tempat-tempat kerja disediakan bagi kaum pekerja wanita. 2.4.3 Wajibkan penyediaan pusat-pusat penjagaan kanak-kanak komuniti yang bertauliah oleh majikan. Majikan-majikan boleh menyumbang dana untuk tujuan ini. 2.5 HENTIKAN RUNDINGAN FTA yang menafikan hak –hak asasi pekerja dan rakyat Malaysia. Kerajaan Malaysia kini sedang menjalankan rundingan FTA bersama Kesatuan Eropah (European Union) dan Amerika Syarikat (melalui perjanjian kerjasama Trans Pasifik atau TPP). Bahaya FTA ini adalah: 2.5.1 Pasaran Malaysia akan dibuka kepada syarikat multinasional Amerika dan Europa, Tarif barangan perkilangan dan perkhidmatan Amerika akan dikurangkan kepada sifar sekiranya tuntutan Amerika dikotakan melalui TPP. 2.5.2 Europah pula mungkin akan meminta Malaysia untuk mengurangkan 80-90% daripada

tariff Malaysia bagi barangan Europah. ini bermakna industri-industri tempatan tidak lagi akan dilindungi sekaligus mereka tidak akan dapat bersaing dengan barangan murah dari US dan EU. Para pekerja akan terjejas sama sekali. 2.5.3 Syarikat kecil/sederhana di Malaysia tidak mampu bersaing dan mereka terpaksa tutup perniagaan dan pekerja akan kehilangan pekerjaan 3. Jaminan Perlindungan Sekuriti Sosial 3.1 Skim pencen pekerja swasta perlu dilaksanakan untuk menangani masalah kemiskinan selepas persaraan. Memandangkan jangka hayat rakyat Malaysia semakin meningkat dan kemungkinan caruman KWSP habis dalam jangka masa kurang 5 tahun, maka skim pencen pekerja swasta harus dilaksanakan dengan segera untuk meringankan bebanan kaum pekerja terutamanya golongan yang berpendapatan rendah ketika usia tua. Skim ini harus menetapkan kadar pencen melebihi paras kemisninan negara. 3.2 Bekerja 5 hari seminggu atau waktu kerja tidak melebihi 40 jam seminggu. Beratus-ratus ribu pekerja di serata dunia terkorban dalam memperjuangkan lapan jam kerja sehari. Juga kerja lebih masa juga boleh mendatangkan risiko kepada pekerja dan waktu kerja yang panjang juga menafikan hak pekerja untuk berehat serta meluangkan masa bersama keluara. 3.3 Tabung pemberhentian kerja. Pembentukan tabung ini akan membantu pekerja yang diberhentikan kerja semasa n e g a r a mengalami kemelesetan ekonomi. Ini kerana semasa kemelesetan ekonomi, kumpulan yang paling banyak menerima kesannya adalah pekerja yang kehilangan kerja, pemotongan gaji, pengurangan Overtime dan sebagainya. Wujudkan juga undang-undang yang mewajibkan majikan dan pekerja memberi sumbangan kepada tabung ini seperti mana Negaranegara seperti England, Perancis, dan Switzerland terdapat skim 'Social Security' untuk membantu pekerja sekiranya mereka kehilangan kerja. 4. Jaminan Kesihatan dan Keselamatan Pekerja 4.1 Perlindungan PERKESO 24 jam termasuk di luar waktu kerja. Kini, PERKESO hanya melindungi pekerja pada waktu kerja dan semasa perjalanan rutin dari dan ke tempat kerja. PERKESO sebagai satu skim perlindungan, pekerja harus dilindungi 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan setiap hari dalam setahun. 4.2 Insuran Skim Perubatan untuk semua pekerjanya. Kemudahan ini dibiayai oleh Majikan atau Kerajaan atau Majikan bersama Kerajaan. Skim ini harus meliputi dan memberi perlindungan kepada pasangan serta anak-anak. 5. Jaminan kebajikan dan kesejahteraan pekerja yang juga rakyat Malaysia 5.1 Hentikan Pengswastaan kemudahan dan perkhidmatan asas seperti air, elektrik, hospital awam, pendidikan, pengangkutan awam, Penswastaan menyebabkan peningkatan kos perkhidmatan ini yang membebankan rakyat. 5.2 Kawal Harga Barangan Asasi. Barangan keperluan asas seperti beras, daging, ayam, ikan, sayursayuran, gula, tepung, susu, roti, petrol, gas masak dan lain-lain perlu ada kawalan harga yang ketat oleh Kerajaan. 5.3 Mansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Malaysia yang akan menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang membebankan rakyat. 5.4 Skim Perumahan Selesa bagi 70% rakyat yang berpendapatan kurang dari RM5000 serta pekerja ladang masih menghadapi pengusiran apabila ladang dibangunkan dan para pekerja ini dihalau tanpa diberi rumah alternative serta bagi penghuni flats yang dibebani kos penyelenggaraan di samping perumahan mereka yang bagaikan sarang burung. ##


JERIT

10

Jan-Feb 2013

Jelajah JERIT di Negeri Sembilan Sambung dari m/s 1

kenal pasti tujuh isu berbangkit tempatan melalui maklum balas penduduk setempat di beberapa lokasi persinggahan peserta kempen tersebut. Tujuh isu yang dikenalpasti peserta kempen “Rakyat Pengayuh Perubahan 2.0� ialah: 1. Penduduk Taman Mambau, Seremban menghadapi masalah gangguan bekalan air kerana ketiadaan tangki air. Bekalan air kadang kala terputus sehingga lima hari. Keadaan jalan raya di taman perumahan itu juga dalam keadaan teruk. 2. Penduduk dan peniaga berdekatan pantai Telok Kemang, Port Dickson meminta pihak berkenaan agar tidak menswastakan pantai Telok Kemang dan pantai tersebut tidak ditambak. Mereka juga meminta agar air longkang tidak disalurkan ke laut dan memohon gerai, tandas awam serta bangunan buruk digantikan dengan bangunan baru. 3. Masalah penduduk Taman Koperasi di Pedas, Rembau yang tidak mempunyai tangki air besar meskipun sudah tinggal di taman perumahan itu lebih 22 tahun. 4. Masalah hak tanah perladangan di Kampung Serampang Indah (Gatco) di Jempol.

Diari Basikal

Pengayuhan diteruskan di Kota. Masyarakat tempatan di Rembau bersama rakan- rakan dari PAS memberikan roti dan air untuk para pengayuh.

Hari Pertama (7 Disember 2012)

Pengayuhan seterusnya ke Tampin. Makanan tengahari disediakan oleh YB Veerapan, ADUN Tampin.

Kempen Rakyat Pengayuh Perubahan 2.0 dilancarkan dengan sungguh bersemangat di Pasar Besar Seremban. 20 pengayuh yang majoritinya anak muda menyertai kempen ini. Kebanyakan mereka datang dari Negeri Sembilan & Selangor. Pelancaran ini disempurnakan oleh Dr. Nasir , Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) & ADUN Kota Damansara, wakil parti-parti Pakatan Rakyat (PAS, PKR dan DAP) dan juga wakil Solidariti Anak Muda Malaysia ( SAMM). Rombongan pengayuh basikal telah melawat kawasan-kawasan di sekitar Negeri Sembilan dan mengumpul isu-isu tempatan yang akan diutarakan kepada Kerajaan Negeri Sembilan. Pada hari partma, 2 isu utama telah diutarakan oleh 2 komuniti yang menghadapi masalah. Isu pertama ialah di Taman Mambau. Masalah yang dihadapi oleh penduduk Taman Mambau adalah ketiadaan tangki air untuk 25 tahun sejak taman itu dibina. Penduduk di sini pernah mengalami masalah putus bekalan air sehingga 5 hari. Jalan di taman ini juga tidak diturap. Isu kedua adalah isu Pantai Teluk Kemang. Para pengayuh telah berjumpa dengan Sekretariat Selamatkan Pantai Teluk Kemang. Isu disini adalah pantai hendak diswastakan dan orang ramai akan dikenakan bayaran untuk menggunakan pantai. Selain itu longkang dibina untuk mengalirkan air kotor dari kedai-kedai dan syarikat berdekatan ke laut telah mencemari air laut. Penjaja pula dimangsakan dengan memberi kawasan kedai kepada yang kurang kemudahan dan dibina oleh kontraktor swasta. Kedua-dua isu ini jelas menunjukkan, kerajaan sekarang ini lebih mengutamakan wang dan keuntungan daripada kebajikan rakyat dan menyelamatkan sumber alam negara. Di samping itu, para peserta kempen basikal juga mengunjungi Ladang Kirby dimana penduduk ladang ini sedang berjuang untuk perumahan alternatif dan perjuangan ini telah berterusan untuk 10 tahun sedangkan masih tiada penyelesaian daripada majikan mahupun kerajaan negeri.

Destinasi seterusnya adalah Bahau dimana risalah diedarkan di pekan Bahau. YB Teo dari DAP telah menerima kunjungan para pengayuh. Pengayuh terus ke Ladang Juasseh. Destinasi terakhir hari ke-2 penjelajahan ialah di Johol. Ceramah dianjurkan oleh wakil PAS. Para pengayuh bermalam di Markas PAS. Hari Ketiga (9 Disember 2012) Hari bermula dengan hujan lebat. Para pengayuh meneruskan perjalanan dari Johol ke Bandar Baru Serting. Lawatan pertama ke Raja Alias 2, Serting. Masyarakat tempatan mengalukan kedatangan para pengayuh. Pengayuh turut mengedarkan risalah kepada penduduk tempatan. Pengayuh berbincang bersama penduduk tempatan isu berkenaan FELDA yang mereka hadapi. Perjalanan kemudian diteruskan ke Jempol. Lepas itu, Perjalanan diteruskan melalui pekan Pantai. Semangat untuk meneruskan perjalanan berkobar walaupun hari juhan. Apabila para pengayuh sampai di Sungai Gadut, mereka menerima memorandum daripada pihak ibubapa dan pelajar SJK (Tamil) Ldg Senawang. Akhirnya pengayuh kembali ke Seremban Jaya dan bermalam di situ. Hari ke-4 (10 Disember 2012) 10 Disember adalah Hari Hak Asasi Sedunia. Para pengayuh meneruskan perjalanan ke pusat bandaraya Seremban. Wisma Negeri menantikan kedatangan pengayuh tetapi pintu pagarnya ditutup dengan serta merta apabila para pengayuh sampai di sana.

Hari Kedua (8 Disember 2012) Para pengayuh meneruskan jelajah mereka dari Rantau sehingga ke Johol. Para pengayuh telah melawat Taman Koperasi, Pedas. Masyarakat tempatan Taman Koperasi Pedas menyerahkan memorandum masalah di taman perumahan. Antara masalah yang wujud tiada tangki air dan kebersihan padang yang tidak dijaga.

Memorandum diserahkan kepada Setiausaha Sulit Menteri Besar, En.Syarul Faizal serta ketua pembangkang Negeri Sembilan Anthony Loke, ADUN Lobak. 7 tuntutan nasional dan tuntutan tempatan dinyatakan dalam memo tersebut. Menurut S Tinagaran, penyelaras kempen “Rakyat Pengayuh Perubahan 2.0� untuk Negeri Sembilan, sepanjang jelajah berbasikal di negeri tersebut, mereka telah

5. Peneroka Felda di Felda Raja Alias 1, 2 dan 3 telah mengemukakan masalah seperti generasi kedua (anak peneroka) yang tidak mempunyai masa depan yang cerah kerana mereka tidak terlibat dalam skim peneroka, Peneroka juga terpaksa menanggung hutang aktiviti penanaman semula yang tinggi. 6. Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Tamil Ladang Senawang, Sungai Gadut menyerahkan memorandum kepada peserta kempen berhubung masalah pengambilan padang sekolah tersebut untuk sebuah projek jejantas. Mereka turut menyatakan kebimbangan tahap keselamatan dan kesihatan murid kerana projak itu berdekatan dengan kawasan sekolah. 7. Penduduk Ladang Kirby menuntut perumahan alternatif disediakan apabila mereka ditamatkan kerja. Turut hadir bersama dalam aksi penyerahan memorandum ini adalah S. Arutchelvan (Setiausaha Agung PSM), M Nalini (Penyelaras JERIT), Teo Kok Seong (ADUN Bahau, DAP), P Gunasekaran (Adun Senawang, DAP), M Ravi (ADUN Port Dickson, PKR) dan Abu Samah Jamal (Naib Yang DiPertua PAS Jempol). Sekali lagi JERIT telah berjaya mengadakan satu kempen yang bermakna dalam meningkatkan kesedaran masyarakat tentang isu-isu rakyat. Kempen ini akan diteruskan di negeri lain tidak lama kemudian. ##


ANTARABANGSA

11

Jan-Feb 2013

PilihanrayaPeringkat Negeri Venezuela:

PSUV Menang di 20 Negeri

Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa barat selalunya menuduh bahawa Venezuela di bawah kerajaan Chavez tiada demokrasi. Malah terbukti berulang kali bahawa tuduhan sebegini adalah tidak berasas dan hanya semata-mata untuk memburukkan nama Revolusi Abad ke-21 yang diterajui oleh pemerintahan Chavez. Pilihanraya negeri-negeri di Venezuela yang berlangsung 2 bulan selepas pilihanraya presiden menunjukkan sekali lagi rakyat Venezuela menikmati hak demokrasi yang sepenuhnya dalam memilih kerajaan dan menentukan halatuju mereka sendiri. Yang tidak disukai oleh kuasa-kuasa besar adalah rakyat Venezuela memilih halatuju yang tidak sehaluan dengan kapitalis global. Dalam pilihanraya peringkat negeri pada 16 Disember yang lalu, rakyat Venezuela telah keluar mengundi untuk memilih gabenor dan ahli dewan undangan negeri masing-masing. Parti Sosialis Bersatu Venezuela (PSUV) yang dipimpin oleh Hugo Chavez yang baru menang dalam pilihanraya presiden dua bulan sebelum itu, telah berjaya memenangi kuasa pemerintahan di 20 buah negeri, bertambah 2 buah negeri berbanding 18 kerajaan negeri yang dimenangi pada tahun 2008. PSUV telah berjaya memperkukuhkan pemerintahan revolusioner Bolivarian melalui proses demokrasi dalam pilihanraya peringkat negeri, hanya dua bulan selepas Chavez berjaya menangkis serangan pembangkang puak kanan dalam pilihanraya presiden pada 7 Oktober yang lalu. Puak kanan yang pro-barat telah mengalami kekalahan teruk. Satu-satunya pemerintahan negeri yang penting yang masih dalam tangan puak kanan adalah negeri Miranda, di mana bekas calon presiden daripada puak kanan, Capriles Radonski, mengalahkan bekas Timbalan Presiden Elias Jaua dengan perbezaan peratusan undi 52% dengan 47%. Calon yang sokong Revolusi Bolivarian telah menang dengan perbezaan undi yang besar di 10 buah negeri, iaitu Apure (pertatusan undi 62%-23%, seorang lagi calon pro-revolusi mendapat 14%), Cojedes (62%37%), Delta Amacuro(75%-22%), FalcĂłn(50%-36%, seorang lagi calon pro-revolusi dapat 11%), GuĂĄrico(73%-26%), Portuguesa(53%-21%, seorang lagi calon pro-revolusi dapat 23% undi), Sucre(59%36%), Trujillo (81%-17%), Vargas(73%-25%) dan Yaracuy (60%-28%). PSUV telah berjaya mendapat kemenangan amat penting di 5 buah negeri yang dikuasai oleh

pembangkang puak kanan sebelum ini. Ini termasuklah negeri Zulia, negeri yang mempunyai populasi paling ramai di Venezuela dan dikuasai oleh parti pembangkang berhaluan kanan sejak tahun 2000; negeri Carabobo, negeri yang mempunyai populasi ketiga ramai dan diperintah oleh ahli politik oligarki sebelum ini; negeri TĂĄchira yang berkedudukan strategic kerana bersebelahan dengan Colombia, negeri Monagas yang kaya dengan sumber petroleum.

dalam gerakan Revolusi Bolivarian. Rakyat juga tidak senang hati dengan segelintir kecil calon yang lompat parti ke puak kanan selepas menang pilihanraya. Namun dalam pilihanraya peringkat negeri kali ini, di Trujillo, mantan Gabenor Cabezas yang menang tahun 2008 di bawah panji pro-Bolivaran memang tidak disambut baik oleh rakyat bawahan, dan apabila dia dicalonkan semula dalam pilihanraya kali ini, rakyat Trujillo bangkit memprotes sehingga Chavez memutuskan untuk tukar calon pada saat-saat terakhir. Calon baru PSUV di Trujillo, Rangel Silva, telah mendapat sokongan hebat kerana beliau amat rapat dengan rakyat biasa, sehingga mendapat peratusan undi sebanyak 81%. Terbuktinya kuasa rakyat yang akan menentukan halatuju revolusi.

Negeri di mana pihak pembangkang berhaluan kanan menang besar adalah negeri Lara, di mana Gabenor yang pernah mendapat sokongan Chavez dan bertanding menggunakan tiket Parti Tanahair Rakyat (PPT) sebelum ini, telah menjadi katak dan bertanding sebagai calon pembangkang puak kanan kali ini, dengan menewaskan calon PSUV dengan peratusan undi 56% lawan 43%.

Gerakan Revolusi Bolivarian itu sendiri juga adanya suara-suara alternatif, sehingga wujudnya calon pihak ketiga yang pro-revolusi. Walaupun calon-calon alternatif ini menyokong pemerintahan Chavez dan Revolusi Bolivarian, tetapi mereka telah mengasingkan diri daripada PSUV atas pelbagai sebab. Ada juga calon yang menggelar diri mereka sebagai pro-revolusi dan disokong oleh Chavez tetapi sebenarnya hanyalah oportunis sahaja. Ini memang satu cabaran kepada gerakan revolusi di Venezuela tetapi suara-suara alternatif dalam gerakan ini pastinya akan dapat mengimbangi kelemahan yang sedia ada dan memastikan gerakan revolusi tidak terpesong daripada halatuju yang sepatutnya.

Jumlah undi yang diperoleh oleh calon-calon PSUV adalah 4.5 juta manakala calon pembangkang mendapat undi sebanyak 3.5 juta. Peratusan pengundi yang keluar mengundi adalah 53%, lebih rendah daripada tahun 2008 yang mempunyai 64%. Ini disebabkan peratusan mengundi dalam pilihanraya peringkat negeri memang biasanya lebih rendah berbanding pilihanraya presiden, dan satu lagi sebab adalah pihak pembangkang berhaluan kanan telah memobilisasi secara habis-habisan dalam pilihanraya peringkat negeri 2008 tetapi kali ini mereka kehilangan semangat setelah kekalahan teruk dalam pilihanraya presiden baru-baru ini. Peratusan pengundi yang keluar mengundi pada tahun 2004 adalah lebih rendah lagi, iaitu 44%. Kekalahan teruk puak kanan dalam kedua-dua pilihanraya umum baru-baru ini, pastinya akan menyebabkan perpecahan dalam puak kanan yang mewakili kepentingan kapitalis besar dan oligarki pemerintahan lama. Namum, proses revolusi Bolivarian masih menghadapi cabaran hebat. Walaupun puak kanan dikalahkan secara teruk dalam pilihanraya, kehilangan semangat dan bakal berpecahbelah, namun mereka masih pegang banyak kuasa politik dan ekonomi, serta mengawal media massa korporat yang sentiasa menyebarkan propaganda antirevolusi. Masalah kesihatan Chavez masih merunsingkan kerajaan Bolivarian di Venezuela. Rakyat Venezuela yang sokong proses revolusi juga semakin hari semakin tidak puas hati dengan karenah birokrasi dan reformis dalam kalangan elit-elit politik

Walaupun cabaran hebat bakal menunggu, proses revolusi sosialis abad ke-21 telah mempamerkan kualiti demokrasi yang tinggi dan ini adalah kelebihan untuk rakyat Venezuela untuk terus maju ke hadapan. ##


12

PERJUANGAN RAKYAT

Jan-Feb 2013

JERIT 10 Tahun dalam Gerakan Rakyat

Sambutan 10 tahun penubuhan Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) telah diadakan pada 16 Disember lalu di Brickfields. Asal usul JERIT boleh dijejaki 10 tahun yang lepas. Pada tahun 2001, Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang (JSML) yang terdiri daripada Alaigal dari Perak, Pusat Pembangunan Masyarakat (CDC) dari Selangor, Kumpulan Kemajuan Masyarakat (KKM) dari Pulau Pinang, Suara Warga Pertiwi (SWP) dari Selangor, dan kumpulan RAKAN dari Johor, telah mengadakan satu perbincangan di Pulau Pinang, tentang pembentukan satu gerakan rakyat baru yang bergelar JERIT. Idea pembentukan JERIT yang dicadangkan oleh CDC adalah bertujuan untuk menggabungkan beberapa sektor rakyat terpinggir untuk mewujudkan kekuatan yang bersatu dan halatuju perjuangan yang jelas. Pada masa itu, “Assembly of the Poor” di Negara Thai begitu popular sekali apabila banyak kumpulan rakyat bawahan telah berhimpun di hadapan pejabat Perdana Menteri Negara Thai untuk 100 hari dalam aksi menuntut perubahan. “Assembly of the Poor” telah memberi inspirasi kepada pembentukan JERIT di Malaysia. Konsep JERIT disambut baik oleh kumpulan utama dalam JSML. Berikutan itu satu mesyuarakat perundingan telah diadakan pada 3 Mac 2001 di Kuala Lumpur besama-sama dengan 19 buah NGO dan kumpulan masyarakat yang lain. Kumpulankumpulan yang hadir menyokong usul ini dan JERIT dibentuk dengan 6 gabungan masyarakat, iaitu masyarakat ladang, pekerja kilang, peneroka bandar, petani, pelajar dan orang asal. Walau bagaimanapun, selepas itu JERIT hanya focus

pada 4 gabungan sahaja, di mana sudah terdapatnya kumpulan lain yang mengorganisasi jaringan untuk petani dan orang asal. Walaupun terdapatnya banyak gabungan yang wujud pada masa itu, JERIT merupakan satu-satunya gabungan yang terdiri daripada masyarakat akar umbi.

Sepanjang 10 tahun ini, JERIT sebagai satu gabungan rakyat daripada masyarakat akar umbi, sentiasa mengutarakan isu-isu rakyat. Isu-isu yang diutarakan dan tuntutan yang dibawa oleh gabungan dalam JERIT serta program nasional JERIT adalah diputuskan oleh masyarakat akar umbi yang terlibat melalui mekanisme seperti kongres gabungan dan Forum Rakyat (bagaikan Parlimen Rakyat). Halatuju dan aktiviti JERIT ditentukan oleh delegasi daripada masyarakat.Setiap gabungan adanya agenda gabungan tersendiri, bahan-bahan kempen dan juga jawatankuasa yang dipilih oleh delegasi yang berfungsi untuk menentukan aktiviti gabungan. JERIT mewakili lebih kurang 100 masyarakat terpinggir yang terdiri daripada pekerja lading, peneroka bandar, pekerja kilang dan anak muda. JERIT mengadakan kempen tentang isu-isu berkaitan dengan masyarakat tertindas secara konsisten. Kempen-kempen ini termasuklah Akta Gaji Minima, Perumahan untuk Semua, Pendikan Percuma untuk Semua, Hak-hak Pekerja, Kempen Anti-FTA, Hak Peneroka Bandar dan Kempen Demokrasi Partisipatori. Kempen-kempen tersebut diadakan dengan pelbagai cara seperti protes jalanan, roadshow, kempen tandatangan dan mobilisasi massa. Antara pencapaian atau kemenangan oleh JERIT termasuklah perjuangan hak perumahan di Ladang Sungai Rinching, perjuangan hak perumahan di Kampung Berembang, kempen Akta Gaji Minima

Sekitar Kempen Rakyat Pengayuh Perubahan 2.0

yang akhirnya berhasil, mengutarakan masalah rumah pangsa, sambutan Hari Pekerja setiap tahun dan banyak lagi. Kempen Basikal bertemakan “Rakyat Pengayuh Perubahan” anjuran JERIT pada tahun 2008 telah mengutarakan 6 tuntutan rakyat. Kempen ini telah mendapat perhatian umum apabila pengayuh basikal JERIT menjelajah Semenanjung Malaysia untuk 16 hari. Walaupun terpaksa menghadapi pelbagai halangan dan cabaran seperti penahanan polis, rombongan pengayuh basikal JERIT akhirnya berjaya sampai di Parlimen dan membawa tuntutan rakyat ke dalam Parlimen. 2 antara 6 tuntutan yang di bawah oleh JERIT telahpun berjaya direalisasikan, iaitu gaji minima dan pemansuhan akta ISA. JERIT merupakan salah satu daripada kumpulankumpulan masyarakat sivil yang membawa tuntutantuntutan ini. Kempen Basikal “Rakyat Pengayuh Perubahan 2.0” telah dilancarkan baru-baru ini. Selepas 10 tahun penubuhan JERIT, sekarang pada tahun 2012, kita telah menyaksikan banyak gabungan kumpulan masyarakat telah dibentuk, misalnya BERSIH dan Himpunan Hijau yang mampu memobilisasi lebih ramai lagi rakyat dalam memperjuangkan isu-isu nasional. Ini merupakan perkembangan positif dalam gerakan rakyat di Malaysia. Walau bagaimanapun, JERIT yang dilahirkan oleh gerakan masyarakat akar umbi telahpun mengutarakan isu rakyat secara konsisten dan berjaya memberi impak kepada kerajaan. JERIT pastinya akan teruskan usaha untuk membina kuasa rakyat dari bawah dan membawa tuntutan rakyat akar umbi secara konsisten dan mencabar system pemerintahan yang pro-kapitalis. (Oleh: Sekretariat JERIT)


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.