Sosialis (Jan Feb 2015)

Page 1

JAN-FEB 2015

RM1 • RM2 HARGA SOLIDARITI

BERJUANG BERSAMA RAKYAT

Misteri & tragedi Imbas kembali tahun 2014 > m/s 8 & 9

Hentikan penghambaan Jamin hak asasi migran > m/s 4-5

Jadikan

2015

Tahun Bebas Perkauman baca lanjut di m/s 16

Petani Perak Lawan Pengusiran > m/s 6

Nilai ringgit jatuh dan kesannya > m/s 7

Dunia dalam tahun 2014 > m/s 12

Prospek untuk tahun 2015 baca lanjut di m/s 10 Diterbitkan oleh: Parti Sosialis Malaysia (PSM) 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur. Tel: 03-22747791 Faks: 03-87374772 partisosialis.org E-mail: pusat@partisosialis.org


PSM

2

DASAR PERJUANGAN PARTI SOSIALIS MALAYSIA Parti Sosialis Malaysia (PSM) adalah satu parti politik rakyat Malaysia yang berasaskan prinsip dan ideologi sosialisme yang bersifat Perjuangan Rakyat berteraskan keadilan sosial dan ekonomi; bagi mewujudkan masyarakat demokratik yang aman, makmur, maju, berakhlak mulia dan saksama. Ia berjuang untuk memenuhi keperluan asas rakyat dan membebaskan rakyat daripada sebarang bentuk penindasan dan pemaksaan. Bendera dan Lambang Lambang parti ialah genggaman tangan kiri yang melambangkan perpaduan rakyat dan semangat perjuangan. Merah melambangkan perjuangan dan putih melambangkan kesucian dan keikhlasan dalam perjuangan. Matlamat Parti Sosialis Mengamalkan prinsip sosialisme sebagai cara hidup. Mempertahankan masyarakat demokratik dan progresif yang mengutamakan kerohanian, kemanusiaan dan keadilan sebagai asas ke arah pembangunan. Memastikan strategi pembangunan yang mewujudkan hubungan seimbang antara keperluan sosial dan ekonomi di peringkat individu, masyarakat dan nasional. Mengagihkan kekayaan secara adil dan saksama, Melaksanakan sistem sosioekonomi yang mempunyai mekanisme dalaman untuk menghalang penindasan dan sifat tamak. Memberi peluang kepada rakyat berbilang kaum, jantina, agama, usia, pekerjaan dan menyertai proses mewujudkan persefahaman yang lebih jitu di kalangan kaum, agama dan budaya. Mengukuhkan hak asasi manusia pada setiap peringkat masyarakat dan mendedahkan sebarang bentuk penindasan, nepotisme, hipokrasi dan kepalsuan. Menghormati Perlembagaan Persekutuan yang menekankan kepada hak demokratik dan toleransi bahasa, budaya dan agama. Menjamin kebebasan bersuara, berpersatuan dan kecapaian intelektual memberi keutamaan dalam tanggungjawab sosial terhadap kebajikan pekerja dan keluarga menjaminkan hak pekerja untuk menubuhkan kesatuan pekerja memberi keutamaan institusi kekeluargaan khususnya kepada wanita yang mengandung, bayi, kanak-kanak, wargatua dan mereka kurang keupayaan. Memastikan tidak berlaku penindasan dan diskriminasi di semua peringkat bagi sektor perindustrian dan pertanian. Mewujudkan rasa saling menghormati, memahami dan tolak ansur di kalangan semua agama dan budaya.

Menyediakan peluang pendidikan percuma di semua peringkat dengan mewajibkan pendidikan di peringkat rendah dan menengah. Memastikan penyertaan guru dan pelajar dalam proses menentukan haluan sistem pendidikan nasional. Melindungi alam sekitar daripada pencemaran dan pembinasaan. Mengurangkan birokasi dan menghapuskan karenah birokasi yang mengekang pembangunan. Mengapa Kita Perlu Satu Parti Sosialis? Sistem yang ada kini telah gagal membawa kesejahteraan kepada rakyat yang majoriti. Sistem kapitalis ini hanya mengutamakan segelintir kecil masyarakat. Untuk menumbangkan sistem kapitalis ini perlu ada sistem Sosialis yang lebih mementingkan aspek kemanusiaan, keadilan dan pengagihan kekayaan. Parti Sosialis ini adalah untuk membela nasib majoriti rakyat iaitu para pekerja kilang, petani, nelayan, pekerja ladang, peniaga kecil, orang Asli, pelajar, pekerja semi-profesional dan sebagainya. Masalah rakyat bukan di antara orang Melayu, Cina dan India atau di antara orang Islam dan bukan Islam. Tetapi orang kaya dan miskin. Kekayaan negara dimiliki dan dibolot oleh segelintir kecil masyarakat, anak dan kroni mereka. Manakala rakyat yang majoriti masih belum menerima bahagian. Parti Sosialis lebih mementingkan isuisu asas rakyat seperti pekerjaan, rumah, tanah, alam sekitar dan sebagainya. Parti Sosialis akan menyatukan tenaga semua golongan pekerja untuk mempertahankan hak kita. Parti Sosialis Malaysia (PSM) adalah sebuah parti yang lahir dari perjuangan rakyat akarumbi di kilang, ladang dan kawasan miskin kota. Parti ditubuhkan sebagai alat untuk kaum pekerja dan golongan berpendapatan rendah dan menengah untuk hak mereka. PSM meneruskan perjuangan menentang rasuah, penyelewengan dan perkauman golongan yang memerintah. Selagi penindasan rakyat ada, perjuangan ini akan berterusan.

Parti Sosialis Malaysia 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur. Tel: 603-22747791 Fax: 603-87374772 Email: pusat@partisosialis.org Laman web: http://partisosialis.org/ Untuk sumbangan, sila buat cek atas nama: Parti Sosialis Malaysia No. Akaun Maybank: 512080337313

Jan-Feb 2015

kuasa semata-mata.

Gerakan perjuangan rakyat dalam tahun 2014 nampaknya hambar berbanding dengan tahun sebelumnya. Namun, ini tidak bermakna keadaan di Malaysia tidak lagi terdesak untuk rakyat lawan balik ataupun gerakan rakyat kita sudah hilang momentumnya. Sebaliknya, situasi politik ekonomi di negara kita hari ini semakin mengancam untuk rakyat biasa, apabila kerajaan UMNOBN tergesa-gesa untuk mengatur serangan neoliberal seperti pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), pemotongan subsidi dan penandatanganan perjanjian perdagangan bebas TPPA, demi menyelamatkan golongan kapitalis yang kaya-raya. Sementara itu, sentimen perkauman dan isu agama terus dipermainkan untuk mewujudkan keadaan tegang antara kaum di negara kita ini, supaya pihak pemerintah dapat menjustifikasikan penggunaan akta-akta zalim yang berterusan ke atas gerakan rakyat.

Dengan serangan sosio-ekonomi melalui cukai regresif dan dasar-dasar ekonomi yang melebarkan jurang kekayaan masyarakat, bersertakan politik perkauman dan agama yang terus dipermainkan untuk memecahbelahkan rakyat, adalah menjadi tugas penting untuk golongan progresif dan rakyat yang inginkan perubahan bermakna membina kuasa politik alternatif yang berasaskan visi sebuah masyarakat yang demokratik, adil dan bebas daripada segala bentuk penindasan, serta memobilisasi rakyat dari bawah untuk membawa perubahan sistem secara total. Usaha membina Gabungan Kiri yang cuba digerakkan oleh PSM bersama-sama rakan-rakan seperjuangan yang lain, merupakan satu usaha untuk menuju ke arah tersebut. Oleh yang demikian, cabaran pada tahun 2015 dan seterusnya adalah amat hebat sekali. Jikalau kita leka dan tidak berorganisasi untuk lawan balik sekarang juga, penindasan politik dan pemerasan ekonomi akan semakin teruk. Hanya kuasa rakyat dari bawah yang bersemangat perjuangan dan berpegang pada agenda perubahan sosial yang sebenar, dapat membawa perjuangan ini ke hadapan.

Rakyat biasa yang inginkan perubahan sosial yang memanfaatkan rakyat jelata agak kecewa dengan Pakatan Rakyat yang dilihat sebagai satu kuasa pengganti untuk UMNOBN, apabila berlakunya krisis Menteri Besar di Selangor dan percanggahan antara parti anggota Pakatan Rakyat dalam isu-isu seperti Hudud dan sebagainya. Sememangnya gerakan rakyat perlu memperkuatkan agenda bersama dalam membawa perubahan total tanpa bergantung pada parti-parti politik aliran utama yang ingin merebut

Selamat menyambut tahun baru 2015 dan teruskanlah perjuangan rakyat! ##

Langganlah Akhbar

Sekarang! Jika anda mahu AKHBAR SOSIALIS dipos terus kepada anda, maka anda boleh berlanggan terus dengan kami. Harga solidariti (termasuk harga setem) RM25 setahun (12 keluaran akhbar SOSIALIS Bahasa Melayu) Nama: ________________________________________ Alamat: _______________________________________ _____________________________________________ _____________________________________________ Telefon: _____________________________________ Faks: _____________________________________ Cek / Wang Pos / Draf Bank atas nama PSM Hantar kepada Parti

CENTRE

Sosialis Malaysia 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields 50470 Kuala Lumpur Tel: 603-22747791 Fax: 603-87374772 Website- http://partisosialis.org/


Jan-Feb 2015

PARTI DAN FRON

Satu diskusi khas bertajuk “Pakatan Rakyat atau Kuasa Ketiga?� telah diadakan di ibupejabat PSM di Brickfields pada 11 Disember yang lalu. Perbincangan amat hangat berhubung dengan bagaimana membina kuasa politik kiri di negara kita.

3

PSM telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu diskusi meja bulat pada 9 Disember yang lalu di Brickfields, Kuala Lumpur, bersama dengan organisasiorganisasi yang mengendalikan masalah yang berkaitan dengan ibu tunggal. Tujuan mesyuarat ini adalah mendapatkan pandangan dan cadangan daripada kumpulan-kumpulan yang bekerja untuk ibu tunggal, supaya dapat dimasukkan ke dalam memorandum yang akan diserahkan kepada pihak kerajaan tidak lama kemudian.

Subang

Mesyuarat Jawatankuasa Nasional (NC) ke-20 telah diadakan pada 7 Disember yang lalu di Ipoh. Wakil-wakil daripada cawangan yang hadir dalam mesyuarat NC tersebut telah membincangkan isu-isu seperti orientasi untuk ahli baru yang daftar secara online dan juga kempen yang berkaitan dengan PERKESO.

Sivarajan, Bendahari PSM, telah mengadakan satu mesyuarat bersama penjaja pasar Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Pekan Subang pada 14 Disember yang lalu. Sudah 7 tahun para penjaja menantikan bangunan pasar baru, walaupun kini sudah siap dibina tetapi masih belum dapat dipindahkan lagi. Alasan pemaju adalah pemasangan sistem pembetungan IWK belum siap. Para penjaja menuntut pada pihak UPEN untuk buat lawatan ke tapak tersebut pada bulan Januari 2015.

Sungai Siput Ipoh PSM Jelapang menganjurkan satu pesta makanan di Ipoh pada 7 Disember yang lalu. Pelbagai gerai makanan dan juga aktiviti seperti permainan, pemeriksaan badan diadakan dalam pesta makanan ini. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para penyokong PSM dan orang ramai.

PSM Sungai Siput telah mengadakan mesyuarat Jaringan Peneroka Sungai Siput pada 14 Disember yang lalu. Jawatankuasa peneroka bandar dari 7 kawasan sekitar Sungai Siput telah hadir untuk membincangkan tindakan susulan bagi menyelesaikan masalah mereka. Pejabat Daerah Kuala Kangsar gagal memberi respon kepada Jaringan Peneroka, walaupun surat demi surat telah dihantar. Peneroka bandar di Sungai Siput bertekad untuk memperjuangkan hak perumahan mereka.

Semenyih PSM Semenyih telah menganjurkan jamuan makan malam untuk mengutip dana perjuangan pada 13 Disember yang lalu di Dewan Orang Ramai Semenyih, Selangor.

PSM Perak telah turut serta dalam himpunan meraikan Hari Hak Asasi Manusia Sedunia yang diadakan di Ipoh, pada 10 Disember yang lalu, anjuran Jaringan Suara Rakyat Perak.

Gabungan Selamatkan Petani dan Peternak Perak telah mengadakan satu mesyuarat khas di Gopeng pada 21 Disember yang lalu, untuk membincangkan tindakan selanjutnya berikutan Menteri Besar Perak enggan berjumpa dengan para petani yang menghadapi pengusiran paksa. (baca di m/s 6 untuk selanjutnya tentang perjuangan petani di Perak)


4

NASIONAL

Jan-Feb 2015

Hentikan penghambaan Jamin Hak Asasi Migran Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah meluluskan “Konvensyen Antarabangsa mengenai Perlindungan Hak Semua Pekerja Migran dan Ahli Keluarga Mereka” pada 18 Disember 1990. Sepuluh tahun selepas itu, iaitu pada 18 Disember 2000, Perhimpunan Agung PBB telah meluluskan usul yang menetapkan bahawa tarikh 18 Disember setiap tahun akan disambut sebagai “Hari Migran Antarabangsa”. Sambutan “Hari Migran Antarabangsa” ini merupakan peringatan kepada semua negara anggota PBB bahawa hak asasi manusia dan kebebasan asas pekerja migran perlu dilindungi.

Pada 18 Disember yang lalu, Parti Sosialis Malaysia (PSM) bersama dengan Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) dan Persatuan Sahabat Wanita Selangor, telah menghantar satu memorandum di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya, yang ditujukan kepada Tan Sri Dato Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin, selaku Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenasi Pekerja Asing. Memorandum tersebut menyeru pada kerajaan supaya mengambil tindakan konkrit untuk melindungi hak asasi pekerja migran, dan menghentikan segala bentuk penghambaan ke atas pekerja migran.

Pekerja migran tunjang pembangunan ekonomi Tapi kesejahteraan tidak terjamin Pada takat kini, terdapat lebih kurang 5.8 juta orang pekerja migran di negara kita, iaitu sebanyak 1/3 daripada tenaga buruh di Malaysia. Tenaga buruh inilah yang menjadi penggerak utama sektor-sektor ekonomi penting seperti perladangan, pembinaan, dan kerja domestik. Walaupun kehadiran dan sumbangan pekerja migran amat mustahak dan signifikan untuk ekonomi negara, tetapi pengupahan pekerja migran penuh dengan masalah, begitu juga dengan insiden berkaitan penindasan dan penghambaan pekerja migran sering berlaku.

Kerajaan Malaysia sepatutnya memberi perhatian kepada isu sama ada pekerja migran ini mendapat gaji dan layanan yang munasabah atau tidak, tetapi sikap yang ditonjolkan oleh kerajaan kita amat mengecewakan dengan langsung tidak mempedulikan keadaan pekerja migran yang amat teruk, malah Menteri Sumber Manusia, Richard Riot Jaem, mengeluarkan kenyataan yang tidak bertanggungjawab bahawa “pekerja asing mungkin kuasai ekonomi jika dapat peluang.” Kenyataan sebegini bukan sahaja mewujudkan pertentangan dan pecah-belah

antara pekerja migran dengan pekerja tempatan, malah cuba mengalihkan perhatian daripada permasalahan pokok yang dihadapi oleh pekerja migran. Beberapa insiden yang meletus sejak kebelakangan ini mencerminkan situasi perit yang dihadapi oleh pekerja-pekerja migran di negara kita. Misalnya, peristiwa “rusuhan” di kilang JCY HDD Technology yang terletak di Johor apabila pekerja migran melawan balik selepas layanan buruk oleh pihak majikan; peristiwa kematian pekerja migran di kilang Besgrade yang terletak di Kedah di mana sikap

tidak peduli pihak majikan telah menyebabkan beberapa kes kehilangan nyawa pekerja. Banyak kes juga di mana pekerja dinafikan gaji mereka, seperti pekerja Recycle Energy, Semenyih, di mana pekerja menderita akibat tidak dibayar gaji untuk 5 bulan. Negara Malaysia telah tergolong dalam kategori “Peringkat 3” dalam Laporan Pemerdagangan Manusia 2014, iaitu tahap paling teruk untuk situasi pemerdagangan manusia. Ini membuktikan lagi bahawa keadaan pekerja migran tidak terjamin di Malaysia. Keadaan yang buruk ini berkaitan rapat dengan kelemahan dalam dasar dan juga penguatkuasaan. Sekiranya langkah-langkah tidak diambil untuk mengatasinya, keadaan ini bakal merosot ke tahap yang lebih kritikal.

Majikan yang tidak berperikemanusiaan Persekutuan Majikan-majikan Malaysia adalah antara mereka yang pertama mengakui bahawa tanpa pekerja migran, sektor penting seperti pembinaan akan lumpuh. Namun, ramai majikan tidak bersedia untuk melayan pekerja migran mereka dengan adil. Kes pihak majikan melanggar Akta Kerja adalah satu kebiasaan, dengan pencabulan seperti berikut:

Dasar gaji rendah

pekerja migran yang murah gajinya dan mudah ditindas.

Objektif asal kerajaan dalam pengambilan pekerja migran adalah untuk mengisi kekosongan dalam sektor-sektor tertentu seperti kerja domestik, perladangan dan pembinaan. Kekosongan ini sebenarnya berpunca daripada dasar gaji rendah dan kos sara hidup yang tinggi. Namun, kerajaan bukan sahaja tidak berusaha meningkatkan gaji pekerja, malah membuat polisi untuk membawa masuk secara ramai-ramai

Para majikan dari semua sektor mengambil kesempatan daripada dasar ini untuk memperolehi buruh murah. Keadaan ini mengakibatkan kemasukan berjuta-juta pekerja migran. Tetapi negara kita tidak tersedia dengan dasar dan infrastruktur sosial yang wajar lagi mencukupi untuk menghadapi peningkatan mendadak populasi yang berbilang kewarganegaraan. Amalan sebegini memang menjejaskan jaminan pekerjaan untuk warga pekerja tempatan.

- menafikan bayaran gaji kerja lebih masa - memberi kerja melebihi 12 jam sehari - menafikan cuti tahunan dan cuti sakit - memaksa pekerja migran kerja di tempat lain juga selain daripada apa yang dipersetujui - cuai dalam mendapatkan rawatan segera untuk pekerja sehingga mengakibatkan kematian - tidak mengambil berat tentang keselamatan tempat kerja sehingga sering berlakunya kemalangan di tempat kerja - memegang pasport pekerja secara haram - menyalahgunakan Dasar Gaji Minima dengan memasukkan elaun dan lain-lain dalam pengiraan gaji asas Selain itu, ada juga majikan yang mengalami masalah kewangan tetapi masih diluluskan pengambilan pekerja migran. Sudah tentu pekerja migran yang diambil kerja akan menghadapi masalah seperti tidak dibayar gaji untuk beberapa bulan, atau dibuang kerja.

Keselamatan pekerja domestik tidak terjamin Negara kita bergantung 100% kepada pekerja asing untuk kerja domestik. Tetapi kadang-kala timbulnya masalah serius kerana perhubungan antara pekerja domestik dan majikannya kurang baik. Pernah terjadi kes penderaan yang mengakibatkan kematian atau kecederaan teruk.


Jan-Feb 2015

NASIONAL

sambung dari m/s 4

Hak pembelaan tidak dijamin Beberapa kementerian terlibat dalam isu pengupahan pekerja migran. Semua hal berkaitan dengan pekerjaan, termasuk pertikaian antara majikan dan pekerja adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan agensiagensinya. Misalnya, dalam kes di mana pekerja dibuang kerja, saluran untuk pembelaan dijamin di bawah Akta Kerja, dan agensiagensi KSM ditugaskan untuk memberi ruang kepada pekerja bagi menuntut keadilan.

Tetapi hak ini dinafikan oleh Jabatan Imigresen, iaitu agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang memandang isu ini sebagai isu keselamatan negara. Jabatan Imigresen tidak menghormati peruntukan di bawah Akta Kerja dan menghalang proses agensi KSM dengan mengeluarkan pas yang melarang pekerja itu bekerja dengan majikan lain sementara menunggu proses perbicaraan selesai. Maka, pekerja yang dibuang kerja terpaksa balik ke negara asalnya tanpa mendapat pembelaan, ataupun bekerja secara tidak sah untuk menyara diri sehingga selesai kesnya.

Pekerja migran dinafikan hak kesihatan Kaum pekerja migran adalah antara golongan berpendapatan rendah di negara kita, tetapi bayaran untuk mendapatkan rawatan di hospital sangat tinggi. Kos rawatan yang tinggi melambatkan akses pekerja migran yang sakit ke klinik ataupun hospital. Kementerian Kesihatan pernah memaklumkan bahawa

insiden penyakit berjangkit seperti TB telah meningkat secara mendadak berbanding tempoh sebelum pengambilan pekerja migran. Kos pemeriksaan dan rawatan yang tinggi bukan sahaja membahayakan kesihatan pekerja migran yang terbabit, tetapi juga mengancam kesihatan semua penduduk Malaysia.

Cadangan PSM: 1. Hadkan pengambilan pekerja migran dalam sektor di mana wujudnya kekurangan pekerja Ini dapat mengelakkan pembekalan tenaga kerja migran yang berlebihan sehingga membawa kepada penindasan.

2. Hadkan pembekalan pekerja migran hanya untuk majikan yang layak Kerajaan harus pro-aktif dalam mengenalpasti majikan yang melanggar Akta Pekerjaan. Kerajaan harus menyenaraihitamkan majikan yang bermasalah, dan melarang mereka daripada mengupah pekerja migran.

3. Lindungi hak untuk pembelaan

5

Penipuan oleh kontraktor buruh Pengambilan dan pembekalan pekerja migran kini sudah menjadi satu perniagaan yang menguntungkan beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab. Ramai pekerja migran ditipu dengan janji-janji kosong tentang gaji, jenis dan terma kerja yang jauh lebih menarik daripada apa yang ditawarkan kepada mereka sebenarnya. Kewujudan kontraktor buruh yang

membawa dan membekalkan pekerja migran menyebabkan keadaan ini menjadi lebih teruk. Hak pekerja migran dan peluang untuk bekerja secara stabil terhakis lagi. Apabila tiada peluang kerja yang mencukupi untuk pekerja migran yang telah dibawa masuk, timbul pula gejala yang buruk, seperti pengurungan pekerja tanpa makanan dan keperluan asas, serta pemerdagangan manusia.

Penyelewengan yang menyebabkan masalah PATI Menteri Sumber Manusia, Richard Riot Jaem telah menyatakan bahawa separuh daripada 5.8 juta orang pekerja migran adalah pekerja tanpa dokumen. Adalah mustahil untuk 2.9 juta pekerja ini masuk ke negara kita tanpa pengetahuan atau penglibatan anggota badan penguatkuasa. Kebanyakan daripada pekerja asing tanpa izin (PATI) datang ke Malaysia dengan dokumen yang sah tetapi dijadikan PATI akibat penipuan oleh agen, kontraktor

atau majikan. Penafian hak pembelaan apabila ditekan atau ditipu oleh majikan adalah satu sebab utama untuk kewujudan masalah PATI. Baru-baru ini, pada awal Disember 2014, Menteri Dalam Negeri mengakui kenyataan laporan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa Jabatan Imigeresen adalah agensi yang teruk sekali dari segi bersekongkol dengan ejen dalam hal pekerja migran tidak sah.

Sistem kontraktor buruh dan ejen pekerja migran yang terbuka kepada penyelewengan dan bermotifkan keuntungan sematamata harus dihapuskan. Ini harus digantikan oleh sistem pengambilan pekerja migran melalui koordinasi kerajaan dengan kerajaan.

5. Wujudkan sistem Ombudsman, khususnya untuk sektor kerja domestik Harus ada mekanisme untuk pekerja migran berkomunikasi secara bebas dengan pihak yang berkecuali, yang dapat dihubungi melalui telefon 24 jam dan boleh bertutur dalam bahasa ibunda pekerja migran. Mekanisme ini boleh dikordinasi dan dilaksanakan dengan penglibatan kedutaan negara penghantar pekerja.

6. Kos perhidmatan kesihatan harus munasabah dan mampu bayar Perkhidmatan kesihatan harus dibekalkan kepada semua pesakit tanpa mengira kewarganegaraan dan kemampuan membayar bagi menjamin kesihatan semua penduduk Malaysia.

Semua perkara berkaitan dengan pekerjaan harus di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan hak untuk pembelaan yang diperuntukkan di bawah Akta Kerja tidak harus dibatalkan oleh Jabatan Imigresen.

7. Ambil tindakan ke atas pegawai penguatkuasa yang menyalahgunakan kuasa dan juga ejen yang bersubahat

4. Perolehan pekerja migran harus dilakukan melalui sistem antara kerajaan

Tindakan tegas harus diambil terhadap pegawai penguatkuasa yang terlibat, supaya membendung masalah pekerja migran yang tidak berdokumen.

Hak pekerja migran juga hak asasi manusia Migrasi untuk mencari kerja bukan satu fenomena luarbiasa. Di negara kita, ia menimbulkan banyak masalah disebabkan skala migrasi yang sangat besar. Puncanya adalah dasar gaji rendah yang memaksa ramai pemuda tempatan keluar mencari kerja dengan gaji yang lebih tinggi supaya dapat menampung kos sara hidup yang tinggi. Keadaan ini hanya dapat dibaiki dengan meningkatkan gaji pekerja.

Tetapi memandangkan hakikat bahawa negara kita akan teruskan dengan dasar gaji rendah dan bergantung kepada tenaga buruh migran, maka adalah wajib untuk kerajaan mengkaji kembali dengan serius dan segera, dasar dan penguatkuasaan dasar dalam pengupahan pekerja migran. Ini adalah untuk memastikan tenaga pekerja migran dihormati sebagai pengeluar dan dilayan selaras dengan prinsip hak asasi manusia. ##


ISU RAKYAT

6

Jan-Feb 2015

Petani Perak Diusir Paksa Jaminan Makanan Terancam Pada 4 Disember yang lalu, meriah sekali di hadapan Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh, apabila didatangi oleh lebih kurang 250 orang petani dari sekitar negeri Perak. Mereka telah membawa timun, betik dan sayursayuran yang lain ke situ, bukannya untuk jual tetapi sebagai simbol protes membantah pengusiran paksa.

Aksi protes yang disertai oleh petani-petani dari 20 buah kawasan sekitar negeri Perak tersebut diadakan oleh Gabungan Selamatkan Petani dan Peternak Perak yang ditubuhkan baru-baru ini.

Petani bergabung untuk selamatkan rezeki Ancaman pengusiran paksa yang berterusan Para petani dan penternak dari 17 buah kawasan sekitar negeri Perak telah mengadakan satu perjumpaan pada 7 September yang lalu di Siputeh, untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh para petani. Sarasvathy, Timbalan Pengerusi PSM dan juga aktivis daripada PSM Perak turut hadir bersama untuk memberi sokongan kepada inisiatif golongan petani tersebut. Hasil perbincangan semasa perjumpaan pada 7 September itu adalah para petani yang hadir telah sebulat suara menyokong penubuhan Gabungan Selamatkan Petani dan Penternak Perak, dengan tujuan menggerakkan para petani yang menghadapi masalah untuk menyuarakan tuntutan mereka kepada pihak kerajaan negeri Perak. Penubuhan Gabungan Selamatkan Petani dan Penternak Perak turut mendapat sambutan daripada kumpulan petani di kawasan lain. Sekarang ini, para petani dan penternak dari lebih kurang 20 buah kawasan di sekitar Perak melibatkan diri dalam gabungan ini, termasuklah mereka dari Tronoh, Cenderong, Tanjung Tualang, Tanah Hitam, Kanthan, Sungai Kroh, Biovalley Kampar, Mambang Diawan, Malim Mawar, Batu Gajah, Kuala Kuang, Sungai Siput,

Pusing, Papan, Tapah, Changkat Kinding, Lawan Kuda, Kampung Bali dan Kampung Banir. Petani-petani yang terlibat ini mengusahakan tanah seluas 10,000 ekar, dengan tanaman sayur dan buah-buahan, penternakan ikan serta penternakan ayam, lembu dan sebagainya. Jumlah hasil pengeluaran makanan daripada petani ini mencecah RM 30 juta setahun, dengan membekalkan kepada pasaran tempatan, dan ada juga yang dieksport ke luar negeri. Namun, disebabkan para petani ini tidak memiliki hak milik tanah walaupun telah mengusahakan tanah pertanian tersebut untuk berpuluh-puluh tahun, mereka dianggap sebagai petani “haram” oleh pihak kerajaan. Lebih-lebih lagi, apabila tanah yang diusahakan oleh petani ini diperlukan untuk “pembangunan” yang kebanyakannya melibatkan keuntungan kroni pemerintah, para petani akan menghadapi pengusiran secara paksa.

Misalnya di Tronoh, para petani di situ telah mengusahakan tanah dengan kegiatan pertanian sejak tahun 1960-an, dengan penanaman sayur dan buah-buahan, serta ramai yang mengusahakan penternakan ikan. Walaupun menyedari kewujudan para petani di atas tanah tersebut dengan kegiatan ekonomi yang produktif, pihak kerajaan negeri Perak masih menukar hak milik tanah seluas 1,500 ekar di situ kepada MB Inc untuk projek pembangunan. MB Inc telah mengheret petani ke mahkamah untuk mendapatkan perintah pengusiran. Tindakan MB Inc yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Perak ini amat tidak berperikemanusiaan dan langsung tidak masuk akal, kerana ini bukan sahaja menghancurkan rezeki para petani, malah mengancam pengeluaran makanan untuk keperluan masyarakat tempatan. Sementara itu, di kawasan

Pertahan rezeki petani Lindungi jaminan makanan Negara kita menghabiskan sekurang-kurangnya RM 13 bilion setahun untuk mengimport makanan asas seperti ikan, daging, ubi, bawang, sayursayuran dan sebagainya untuk keperluan rakyat. Dalam tempoh 10 tahun dari 2002 hingga 2012, negara kita telah mengimport makanan bernilai sebanyak RM 221.8 bilion. Ini menunjukkan bahawa pembekalan makanan di negara kita masih bergantung kepada import makanan, maka rakyat Malaysia tiadanya jaminan makanan dan terdedah kepada ancaman kenaikan harga makanan akibat daripada krisis makanan sedunia. Adalah menjadi misteri kenapa kerajaan begitu giat menghancurkan pertanian

Sekarang ini, para petani yang tiada hak milik tanah sedang menghadapi pengusiran paksa daripada pelbagai pihak yang mendakwa diri mereka sebagai “tuan tanah”, seperti kerajaan negeri Perak, Perbadanan Menteri besar (MB Inc.) dan juga pemaju swasta yang biasanya rapat dengan parti pemerintah.

penghasilan makanan yang sedia ada, sedangkan pembekalan makanan negara kita masih belum cukup untuk menampung keperluan rakyat kita sendiri. Gabungan Selamatkan Petani dan Penternak Perak ditubuhkan dengan tujuan mempertahankan rezeki para petani dan juga melindungi jaminan makanan daripada terus dihakis. Seperti yang ditekankan oleh Gabungan tersebut, para petani bukannya menghalang pembangunan yang boleh membawa manfaat kepada rakyat, tetapi mereka menentang pengusiran paksa yang bakal menghancurkan pertanian yang telah wujud bertahun-tahun lamanya tanpa alternatif penyelesaian yang adil

pertanian Changkat Kinding, petani-petani di situ pernah mendapat janji daripada kerajaan negeri bahawa tanah tersebut akan dikekalkan sebagai tanah pertanian, dan mereka menaruh harapan untuk mendapat hak milik tanah sekurang-kurangnya pajakan daripada kerajaan, tetapi akhirnya hanya tinggal harapan kosong. Tanah tersebut telah ditukar milik kepada Koperasi Gabungan Pekebun Kecil Perak Berhad dan satu lagi syarikat swasta untuk pembangunan. Walaupun kerajaan negeri Perak berkata bahawa tanah tersebut digunakan untuk membangunkan pertanian, tetapi petani yang telah bercucuk tanam untuk bertahuntahun lamanya di situ pula dihalau secara paksa. Adakah strategi kerajaan negeri Perak untuk membangunkan pertanian itu adalah melalui kehancuran pertanian yang sedia wujud? Kerja-kerja ukur tanah juga sedang dijalankan di tanah pertanian di Tanjung Tualang. Petani-petani yang mengusahakan tanah di situ pernah memohon hak milik tanah daripada pihak kerajaan, tetapi ditolak oleh kerajaan atas alasan bahawa tanah tersebut telah diluluskan kepada MB Inc. Para petani di situ akan diusir bila-bila masa lagi.

untuk para petani. Antara tuntutan yang dikemukakan oleh Gabungan Selamatkan Petani dan Penternak Perak kepada kerajaan negeri Perak adalah: - Semua pejabat tanah dan agensi kerajaan yang berkenaan tarik balik notis pengusiran terhadap petani. - Menteri Besar Perak mengarahkan MB Inc untuk menarik balik tindakan mahkamah ke atas petani di Siputeh-Tronoh. - Campurtangan dalam isu pengusiran paksa di Changkat Kinding, Biovalley, Sungai Kroh dan lainlain lagi. - Menteri Besar perlu memanggil satu mesyuarat yang melibatkan jawatankuasa

-

petani dari 20 kawasan yang terjejas oleh isu pengusiran, bersama dengan jabatan kerajaan yang berkaitan, demi mencari jalan penyelesaian yang adil. Memastikan bahawa masalah petani dapat diselesaikan secara adil melalui cara perundingan. (sambung di m/s 7)


Jan-Feb 2015

EKONOMI

7

Nilai Ringgit Jatuh Ekonomi Dalam Krisis Kejatuhan matawang ringgit dilaporkan pada awal bulan Disember yang lalu, apabila ia berada pada tahap pertukaran 3.46 ringgit Malaysia untuk setiap dollar Amerika (RM3.46 = 1 USD). Ini merupakan kejatuhan nilai ringgit yang paling teruk sejak bulan Februari 2010. Kejatuhan ini secara langsung disebabkan oleh kejatuhan harga minyak di pasaran dunia. Oleh kerana petroleum merupakan salah satu eksport utama Malaysia dan keluaran minyak pada masa kini melebihi permintaan, maka, harga minyak telah menurun sebanyak 38% sejak bulan Jun 2014 yang lalu. Harga minyak di pasaran juga adalah sekitar USD 70 setong, dan ianya dijangkakan tidak akan meningkat memandangkan pertubuhan pengeluar minyak OPEC enggan mengurangkan kapasiti keluaran dunianya.

Kerajaan menganggarkan kejatuhan ringgit ini akan membawa manfaat kepada sektor eksport, apabila barangan dari Malaysia akan menjadi lebih murah, justeru meningkatkan permintaan. Tetapi peningkatan harga akan berlaku untuk semua barangan kegunaan yang diimport. Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan berpandangan bahawa, apabila eksport bertambah, maka syarikat swasta akan mengaut keuntungan yang lumayan dan secara tidak langsung akan meningkatkan gaji pekerja mereka. Persepsi pembangunan ekonomi sedemikian terbukti tidak membawa peningkatan gaji kepada para pekerja dan meningkatan taraf hidup rakyat. Sebaliknya, kejatuhan nilai ringgit sudah pasti akan meningkatkan harga barangan keperluan harian yang dimport. Kementerian Pertanian dan Industri Tani melaporkan pada tahun 2012 bahawa makanan harian yang dimport oleh Malaysia dari bulan Januari hingga ke Oktober 2011 meningkat ke RM27.93 billion. Ini bermakna Malaysia mengimpot sebanyak RM 92 juta barangan makanan setiap hari. Ini juga bermakna rakyat Malaysia semakin bergantung kepada bekalan negara luar untuk makanannya. Ini disebabkan oleh kegagalan pihak kerajaan memastikan bekalan makanan dalaman yang mencukupi untuk populasi Malaysia. Apabila tanah pertanian dirampas daripada petani untuk dibangunkan, sektor penghasilan

MB Perak enggan jumpa petani (sambung dari m/s 6) Protes pada 4 Dis yang lalu berjaya mendesak Pejabat Menteri Besar untuk menetapkan satu tarikh perjumpaan, iaitu pada 15 Disember 2014. Tetapi beberapa

hari sebelum perjumpaan yang dijadualkan itu, wakil petani menerima panggilan daripada Pejabat Menteri Besar bahawa Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Perak, tidak akan berjumpa dengan para petani pada hari yang ditetapkan dan suruh petani jumpa di mahkamah. Tindakan Menteri Besar Perak yang enggan berjumpa dengan petani yang menghadapi masalah untuk mencari penyelesaian melalui cara rundingan ini, menunjukkan bahawa kerajaan Perak langsung

makanan dalam negeri semakin terjejas. Maka, jika bekalan makanan luar negara terjejas disebabkan apa jua peristiwa politik atau ekonomi, wujudnya kemungkinan rakyat Malaysia terpaksa kebuluran akibat bekalan tempatan yang tidak mencukupi. Satu lagi kesan yang pasti apabila nilai matawang ringgit jatuh ialah semua barangan makanan yang dimport akan bertambah mahal. Kita pernah mengalami kejadian ini semasa krisis ekonomi tahun 19971998. Dengan kejatuhan ringgit pada masa itu, harga bawang merah yang diimport dari India juga melambung naik. Kejatuhan nilai mata wang ringgit juga boleh mengakibatkan krisis kewangan, kerana para pelabur akan bertindak untuk menjual segala aset dan pelaburan dalam negara kita, serta menukarkannya kepada matawang asing. Aliran keluar tunai juga akan berlaku apabila kejatuhan ringgit beterusan. Jika ianya tidak dikawal maka nilai mata wang akan terus jatuh. Krisis kewangan disebabkan kejatuhan matawang ringgit memberikan kesan yang serius kepada Malaysia, kerana sebahagian besar pertumbuhan ekonomi bergantung kepada duit yang dipinjam, di mana kita terpaksa membayar balik dengan faedah yang tinggi. Apabila nilai ringgit jatuh, maka pembayaran balik hutang akan menjadi lebih mahal. Selain itu, pembangunan di Malaysia juga banyak bergantung kepada pelaburan asing. Tindak-tanduk pelabur asing ini sukar dijangka dan dikawal, maka jika mereka bertindak tidak peduli tentang hidup mati para petani yang telah menghasilkan makanan untuk keperluan asas rakyat, malah mahu meneruskan ancaman menghancurkan rezeki mereka demi keuntungan kroni. Gabungan Selamatkan Petani dan Penternak Perak bertekad untuk meneruskan perjuangan petani dengan aksi-aksi susulan. Apa yang diharapkan oleh para petani amat mudah, iaitu mereka hanya mahu meneruskan aktiviti pertanian mereka demi mencari nafkah dan membekalkan makanan bagi menampung keperluan rakyat. Sekiranya kerajaan perlukan tanah

untuk membawa keluar wang dari negara kita, ianya akan memberikan kesan yang teruk kepada negara kita. Walaupun Putrajaya cuba mengalihkan pandangan rakyat daripada kemungkinan berlakunya krisis ekonomi yang teruk akibat kejatuhan matawang dengan memberikan harapan bahawa nilai ringgit dan harga minyak di pasaran akan pulih, tetapi harga barangan dan perkhidmatan sudah mula meningkat. Peniaga sudah mula meningkatkan harga barangan harian dengan alasan kenaikan harga minyak dan sebagai persediaan menampung kos cukai GST. Bajet tahun 2015 juga gagal memberikan gambaran ekonomi yang sebenarnya dengan mengambil langkah-langkah berjagajaga akibat kejatuhan harga minyak. Laporan Audit Negara masih mendedahkan angka-angka yang menunjukkan pembaziran duit rakyat yang begitu ketara dalam pengurusan wang kerajaan. Rakyat harus sedar dan terus lawan sebelum kerajaan BN ini membawa negara Malaysia ke tahap bankrap! (oleh Sivarajan) mereka untuk pembangunan yang memanfaatkan rakyat, sekurangkurangnya para petani ini diberikan tanah gantian untuk meneruskan pertanian mereka, bukannya pengusiran paksa yang langsung tidak berperikemanusiaan. ##


KHAS

8

Jan-Feb 2015

Imbas kembali 2014 Turun dan kangkung

Tahun 2014 disambut dengan Himpunan Turun yang disertai oleh ribuan rakyat khususnya anak muda yang membantah kenaikan harga barang dan bebanan kos hidup.

beban hidup yang semakin hebat ini dengan mengapi-apikan sentimen perkauman untuk memecahbelahkan rakyat.

Rakyat menjadi lebih marah lagi apabila Perdana Menteri Najib Razak mengeluarkan kenyataan “kangkung dulu naik, sekarang dah turun,” di mana turut menjadi bahan lawak jenaka dan tersebar luas di ruangan siber. Pihak pemerintah cuba mengalihkan perhatian rakyat daripada isu

Akta Hasutan mengganas Kerajaan UMNO-BN telah melancarkan penangkapan besarbesaran ke atas aktivis sosial dan pembangkang dalam usaha terbarunya untuk melenyapkan kritikan terhadap rejim zalim ini. Ramai telah didakwa di bawah Akta Hasutan 1948, akta zalim tinggalan zaman penjajah, termasuklah Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam), N. Surendran (Ahli Parlimen Padang Serai), Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh), Azmi Sharom (Profesor undang-undang di Universiti Malaya), RSN Rayer (ADUN Seri Delima), Wan Ji Wan Hussin (pendakwah bebas), Hassan Karim (Naib Pengerusi PKR Johor), dan juga Ali bin Abdul Jalil (aktivis antifasis yang telah mencari suaka di Sweden). Dua orang aktivis anak

muda, Safwan Anang dan Adam Adli telah disabit di bawah Akta Hasutan, dengan hukuman penjara 10 bulan dan 12 bulan masing-masing. Majlis Peguam Malaysia telah mengadakan satu aksi perarakan “Berjalan untuk Kebebasan dan Keamanan”, untuk menyuarakan bantahan terhadap Akta Hasutan pada 16 Oktober 2014.

Tragedi MH 17

Dari Langkah Kajang ke Krisis MB Selangor

Rakyat dikejutkan dengan pilihanraya kecil DUN Kajang di Selangor, yang diwar-warkan oleh Anwar Ibrahim dan penyokongnya sebagai satu langkah penting memantapkan pentadbiran negeri Selangor dan menjadi batu loncatan untuk mengambil alih kuasa di Putrajaya. Malangnya, “Langkah Kajang” ini tidak melangkah ke mana-mana apabila Mahkamah Rayuan memutuskan Anwar Ibrahim disabit bersalah dalam kes sodomi 2.0 sehingga menggagalkan hasrat Anwar untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Kajang. Wan Azizah menggantikan Anwar dan menang dalam pilihanraya kecil tersebut, tetapi punca kepada Langkah Kajang, krisis dalaman Parti

Keadilan Rakyat yang melibatkan Khalid Ibrahim dan Azmin Ali berterusan.

Misteri MH 370

pesawat MH370, sehingga tertimbulnya pelbagai teori konspirasi dan spekulasi. Seramai 239 orang termasuk anak kapal berada di atas peswat MH370 semasa ia hilang.

Pesawat penumpang MH370 syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang dijadualkan tiba di Beijing dari Kuala Lumpur tidak sampai ke destinasinya pada 8 Mac. Perhubungan dengan pesawat MH370 terputus selepas sejam perlepasannya. Usaha awal pencarian dan penyelamatan yang dilakukan secara bersama oleh beberapa negara tertumpu di Teluk Thailand dan Laut China Selatan. Namun, terdapatnya maklumat radar yang menunjukkan pesawat yang hilang tersebut berpatah balik atau menukar haluannya menuju ke Lautan Hindi. Usaha pencarian dan penyelamatan telah diperluaskan ke kawasan Lautan Hindi, yang dikatakan satu operasi yang terbesar dalam sejarah. Banyak kekeliruan dan maklumat tidak betul tersebar luas sepanjang proses pencarian

Selepas 4 bulan kehilangan pesawat MH370, syarikat Penerbangan MAS ditimpa dengan satu lagi bencana apabila pesawat MH17 yang terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Ukraine akibat ditembak peluru berpandu. Kesemua 298 orang termasuk anak kapal yang berada dalam pesawat tersebut mati terkorban dalam tragedi nahas udara yang dahsyat ini. Pesawat MH17

PKR kemudiannya melucutkan keahlian Khalid Ibrahim dan tertimbulnya krisis Menteri Besar Selangor. PKR cuba menjadikan Wan Azizah Menteri Besar Selangor untuk menggantikan Khalid Ibrahim. Namun, tindakan tersebut turut digagalkan oleh puak konservatif dalam parti PAS dan juga campurtangan Istana Selangor. Akhirnya, turut mengejutkan rakyat Selangor adalah Azmin Ali dilantik menjadi Menteri Besar baru dan menutupi episod pergolakan politik elit yang mengecewakan ramai rakyat yang inginkan perubahan secara total.

Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan pada 24 Mac bahawa penerbangan pesawat MH370 “tamat” di selatan Lautan Hindi. Namun, sehingga hari ini, tiada satu serpihan ataupun bayangan pesawat MH370 ditemui. Kehilangan pesawat MH370 telah menjadi misteri terbesar dalam sejarah penerbangan dunia.

terjatuh di kawasan konflik di bahagian timur Ukraine, di mana puak pemisah yang disokong oleh Rusia bertempur dengan kerajaan baru Ukraine yang mendapat sokongan daripada Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah. Konflik di Ukraine merupakan medan pertembungan kuasa-kuasa besar yang ingin menguasai rantau tersebut, dan amat malangnya untuk pesawat MH17 dijadikan sebahagian daripada mangsa-mangsa persaingan imperialis ini. ##


Jan-Feb 2015

KHAS

Protes rakyat berterusan…

9

Kampung Chubadak lawan pengusiran paksa Penduduk di Kampung Chubadak Tambahan, Sentul terus menghadapi pengusiran paksa daripada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Ramai anak muda turun bersolidariti bersama penduduk Kampung Chubadak dalam perjuangan melawan kapitalis yang tamakkan keuntungan semata-mata.

Himpunan Hari Pekerja Bantah GST Himpunan Hari Pekerja 2014 anjuran Jawatankuasa Mei Satu yang terdiri daripada kumpulan masyarakat seperti Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT), merupakan aksi himpunan yang paling besar dalam sejarah sambutan Hari Pekerja di negara kita. Seramai 50,000 orang turun ke jalanraya di Kuala Lumpur untuk menyertai himpunan Mei Satu yang bertemakan “Bantah GST Sampai Tumbang”.

Obama disambut dengan protes bantah TPPA Presiden AS Obama telah disambut dengan protes membantah perjanjian perdagangan bebas TPPA semasa beliau melawat Malaysia pada 26-27 April. Kerajaan Malaysia terikut-ikut dengan rentak kuasa besar AS untuk menggadaikan kepentingan rakyat melalui TPPA, dan ini telah menimbulkan kerisauan di kalangan rakyat. Banyak aksi bantah TPPA diadakan sepanjang tahun 2014.

Himpunan Tutup Kilang Lynas

Orang Asal melawan projek empangan mega Banyak aksi protes diadakan oleh masyarakat Orang Asal, bagi menentang empangan mega dan juga projek pembangunan yang semata-mata untuk menjana keuntungan segelintir kecil kapitalis. Antaranya adalah protes sekatan jalan yang berterusan di Baram, aksi menentang Empangan Ulu Telom di Pahang, perjuangan hak tanah Orang Asli di Lojing Kelantan, dan juga protes di KLCC pada 10 September yang menghimpunkan masyarakat orang asal di merata tempat untuk membantah projek empangan yang menghancurkan kehidupan orang asal.

Pekerja migran lawan penindasan

Himpunan Hijau telah mengadakan satu aksi protes di hadapan kilang Lynas pada 22 Jun, untuk membantah industri pemprosesan bahan nadir bumi yang menghasilkan sisa-sisa radioaktif yang mengancam kesihatan rakyat. Protes berakhir dengan penangkapan 16 orang aktivis termasuk seorang aktivis alam sekitar dari Australia yang menimbulkan perhatian antarabangsa.

PSM dalam 2014 Kempen Jelajah di Semenanjung PSM telah berjaya mengandakan kempen jelajah (roadshow) ke seluruh Semenanjung Malaysia, dari bulan Januari hingga Mac. Kempen yang melibatkan konvoi kereta dan pelbagai aktiviti (seperti pengedaran risalah, perjumpaan dengan masyarakat setempat dan ceramah politik) ini bertujuan untuk memperkenalkan PSM dan juga kempen-kempen yang diterajui oleh PSM (seperti bantah cukai GST, bantah TPPA dan sebagainya) kepada rakyat di seluruh negara, khususnya di kawasan di mana belum adanya cawangan PSM. Rombongan PSM telah menjelajah ke Perak (24-26 Jan), Selangor (7-9 Feb), Negeri Sembilan (22 Feb), Melaka (23 Feb), Kelantan (28 Feb-1 Mac), Johor (7-9 Mac), Pahang (14-16 Mac), Kedah (21 Mac), Perlis (22 Mac) dan Pulau Pinang (23 Mac). Kempen ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk tempatan di kebanyakan tempat yang dikunjungi oleh rombongan PSM. Ramai juga didedahkan kepada politik dan kempen yang dibawa oleh PSM.

Pekerja-pekerja migran di sebuah kilang di Kulaijaya, Johor, mengadakan aksi mogok pada bulan Ogos yang lalu, untuk membantah layanan buruk daripada majikan yang zalim. Ini merupakan sebahagian daripada perlawanan pekerja migran di negara kita menentang pemerasan yang berterusan.

Siri Forum Merdeka “Dari Siapa? Kepada Siapa?” PSM telah mengadakan siri forum bersempena dengan bulan sambutan Hari Merdeka bulan Ogos hingga September yang lalu. Siri forum yang bertemakan “Merdeka: Dari Siapa? Kepada Siapa?” ini bertujuan untuk mempersembahkan naratif dan diskusi tentang sejarah perjuangan

kemerdekaan tanahair kita dari perspektif politik kiri yang sering kali diabaikan oleh media arus utama ataupun buku teks sejarah kita. Siri forum ini menarik minat ramai anak muda dan membuka ruang untuk menghayati sejarah perjuangan yang sebenar.

Protes Harga Rumah PSM telah menganjurkan satu protes membantah harga rumah yang melambung tinggi pada 20 Ogos yang lalu di Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Satu memorandum yang disokong oleh 32 buah organisasi telah diserahkan kepada wakil Kementerian dengan tuntutan mendesak kerajaan mengambil langkah yang serius untuk menangani masalah spekulasi harga rumah dan memastikan hak perumahan rakyat terjamin. Satu perbincangan meja bulat telah diadakan oleh PSM bersama dengan wakil-wakil masyarakat sivil pada 17 April untuk menganalisa masalah inflasi harga perumahan dan melakarkan tuntutan untuk menyelesaikan masalah perumahan.

Gabungan Kiri PSM juga mengambil langkahlangkah yang pro-aktif untuk membina Gabungan Kiri, satu inisiatif untuk menggabungkan

kuasa-kuasa progresif di negara kita untuk menyediakan wadah perjuangan yang mencabar sistem kapitalis dan mewujudkan alternatif sosialis baru. Beberapa mesyuarat dan perbincangan telah diadakan. Usaha ini akan diteruskan pada tahun 2015.


FOKUS

10

Jan-Feb 2015

Prospek untuk tahun 2015 (oleh Arutchelvan)

1. Adakah Najib akan digulingkan? Walaupun saya berpendapat bahawa Najib akan terus mendapat tentangan hebat, tetapi saya tidak melihat Najib dapat digulingkan secara dalaman oleh puak-puak dalam UMNO. Najib mendapat tentangan hebat daripada kumpulan Perkasa dan ISMA di satu pihak, dan Dr. Mahathir di pihak yang lain. Walaupun Dr. Mahathir boleh dilihat mempunyai pengaruh ke atas dua puak ini, tetapi posisi Mahathir tentang agama jauh lebih liberal. Najib masih susah digulingkan kerana dia masih memegang kekuatan wang apabila hampir kesemua projek mega dan kontrak-kontrak adalah di bawah pengawasannya. Najib memegang sebanyak RM19.1 billion untuk bajet 2015, iaitu satu rekod yang tidak pernah dimiliki oleh Perdana Menteri sebelumnya. Najib juga berjaya mendapatkan orang yang pintar dan dinamik, macam Khairy Jamaluddin dan beberapa CEO berpengaruh, di pihaknya. Nampaknya kepimpinan utama wanita UMNO dan Pemuda UMNO masih sokong Najib. Najib juga nampaknya terus mendapat sokongan moral daripada pentadbiran Obama yang mempunyai agendanya yang tersendiri. Ini juga sedikit sebanyak boleh dilihat bagaimana hubungan Malaysia-AS dalam isu TPPA, MH370 dan sebagainya. Namun demikian, tekanan seterusnya daripada Dr. Mahathir dan kumpulan tokoh 25 orang mungkin menyebabkan beliau menjadi lebih kukubesi dalam menangani beberapa isu seperti mana kita melihat Najib sudah buat U-turn dalam isu Akta Hasutan. Najib yang tidak digulingkan lebih baik untuk gerakan rakyat berbanding dengan senario Najib digulingkan.

2. Adakah Pakatan dapat bertahan? Dengan cara Pakatan Rakyat (PR) bergerak dewasa ini, ia tidak memerlukan musuh dari luar untuk menghancurkannya, sebaliknya akan hancur secara dalaman. Isu yang paling serius yang perlu ditangani oleh PR adalah cadangan PAS Kelantan yang mahu melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan pada tahun 2015. Ia juga adalah kehendak golongan ulamak dalam PAS yang menguasai parti ini di Pantai Timur, tetapi gagal menguasai tempat lain yang dipegang oleh golongan moderat seperti Mohamad Sabu. Pelaksanaan Hukum Hudud adalah

10 Persoalan faktor yang paling penting yang akan menyebabkan DAP dan PAS berpecah. Pergaduhan antara mereka secara terbuka untuk mendapat simpati penyokong berdasarkan kaum dan agama masing-masing juga akan ditolak oleh rakyat yang mahukan satu alternatif baru. Kegagalan Barisan Alternatif menangani isu Hudud pada tahun 2004 menyebabkan kemusnahannya, dan begitu juga dengan kegagalan Fron Sosialis pada tahun 1960-an yang gagal menyelesaikan isu bahasa juga melihat fron tersebut terkubur. Jika PAS yang sering dicabar UMNO berjaya di Kelantan, maka PR berkemungkinan akan kecundang di peringkat nasional. Persoalan kedua yang mungkin boleh menyebabkan PR kecundang adalah jika Anwar Ibrahim dipenjarakan dan PR tidak ada calon Perdana Menteri yang boleh diterima semua, mungkin ia memberikan alasan tambahan untuk PR berpecah. Sejauh mana Anwar dapat menyatukan PR dan sejauh mana PR dapat membuat gabungan baru andaikata gabungan PR gagal adalah cabaran paling serius untuk PR. Semakin hari PR nampaknya semakin menuju ke perpecahan. Senario ini juga akan memberi peluang kepada kemunculan gabungan baru, mungkin tanpa PAS, atau memberi peluang untuk gabungan kuasa ketiga menjelma. Ia juga akan memberikan peluang dan cabaran untuk Gabungan Kiri dalam mengisi kekosongan ini. Walau apapun berlaku, situasi ini akan menguntungkan Barisan Nasional.

3. Adakah harga minyak akan turun? Ya, ini merupakan ramalan yang amat senang dibuat. Kerajaan Malaysia sendiri akan mengurangkan harga minyak dan ini sudahpun diumumkan. Harga minyak akan turun seperti yang dijanjikan tetapi malapetaka yang lebih besar adalah cadangan untuk memberhentikan subsidi. Penurunan harga minyak sekarang mungkin adalah satu rancangan untuk melemahkan ekonomi Rusia, Iran dan Venezuela, yang

semuanya negara-negara yang antiAS. Arab Saudi yang bersekutu rapat dengan AS juga tidak memainkan peranan yang cukup untuk menstabilkan harga minyak dunia. Sejak Jun yang lalu, harga minyak sudah jatuh 40% dan dijangka akan jatuh lagi memandangkan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Minyak (OPEC) tidak dapat mencari satu kata sepakat. Malaysia akan mengalami kerugian apabila Petronas yang menyumbang kepada pendapatan kerajaan mengurangkan sumbangannya. Kejatuhan harga minyak tidak akan memastikan harga barangan lain turun dan dengan adanya GST, rakyat akan terus menderita walaupun dengan penurunan harga minyak. Yang lebih teruk adalah, andaikata harga minyak sudah stabil selepas setengah tahun, dan kemudiannya naik semula, maka rakyat Malaysia akan terus dibebankan dengan harga minyak tinggi kerana subsidi yang sejak lama digunakan untuk menampung kenaikan harga tidak lagi akan diberikan. Peningkatan harga minyak tanpa subsidi akan menyebabkan barangan asas naik sekali lagi. Ini akan membawa satu krisis besar kepada rakyat. Itulah sebab pentingnya bagi kita mempertahankan hak untuk dapat subsidi daripada terlalu ghairah terhadap penurunan harga minyak.

4. Adakah GST akan dilaksanakan? GST sepatutnya dilaksanakan secara rasmi pada hari April Fool, iaitu pada 1 April 2015. Andaikata ia tidak dilaksanakan atau ditangguhkan, ia berkemungkinan besar disebabkan oleh boikot perusahaan kecil dan sederhana (SME) yang tidak mahu ia dilaksanakan. Jika ini berlaku, ia adalah satu sabotaj ekonomi GST ke atas pemerintah. Maka sejauh mana pemerintah akan menggunakan kuasa mereka untuk memastikan SME akur pada GST adalah perlawanan yang perlu untuk BN menang. Pada masa yang sama, kempen rakyat menentang GST telah menyebabkan sehingga hari ini

kerajaan masih dalam posisi bertahan dan masih bersungguhsungguh untuk menyakinkan rakyat bahawa GST adalah baik. Ini menunjukkan BN telah gagal dalam propagandanya dalam melaksanakan GST. Andaikata jika GST tidak dilaksanakan, ia memberi satu tamparan yang cukup hebat untuk usaha penjenamaan (branding) Najib itu sendiri, kerana buat U-turn besar dalam pelaksanaan dasarnya, sepertimana U-turn dalam isu Akta Hasutan baru-baru ini. Maka ada pihak yang akan bertungkus-lumus untuk “berjuang� supaya GST dilaksanakan. Saya tidak melihat penentangan yang hebat sangat daripada PR yang sebelum ini berkata mereka akan berperang jika GST dilaksanakan, tetapi melihat keadaan PR sekarang ini, mereka mungkin tiada kewibawaan melawan GST. Namun pelaksanaan GST akan membawa pelbagai keadaan huruhara dalam ekonomi dan malapetaka kepada rakyat dengan kemunculan gelombang kenaikan harga barang. Peningkatan harga yang luarbiasa akan berlaku dan ini akan membawa satu kesengsaraan yang amat dahsyat. Ia juga akan membuka peluang untuk kebangkitan kuasa rakyat seperti yang disaksikan semasa 1 Mei 2014, dan mungkin kali ini rakyat akan terus menduduki Dataran Merdeka atau tempattempat lain yang strategik untuk tempoh masa yang lebih panjang. Ini akan menjadi peluang paling kritikal untuk gerakan rakyat menunjukkan kuasa melalui aksi jalanraya.

5. Adakah TPPA akan ditandatangani? Selagi Dr. Mahathir masih hidup, saya rasa TPPA tidak akan dilaksanakan. Tentangan ke atas TPPA adalah lebih hebat daripada tentangan ke atas GST, dan berkemungkinan besar Najib terpaksa akur kepada kehendak golongan peniaga bumiputera ini. Dari aspek antarabangsa juga, dapat diperlihatkan begitu banyak tentangan terhadap TPPA. Pengecualian China dalam proses rundingan TPPA dan prestasi Parti Demokrat AS yang semakin merosot, mungkin menjadi sebab yang signifikan untuk TPPA gagal ditandatangani. Namun demikian, AS mungkin akan membuat cubaan saat terakhir untuk memaksa Malaysia tandatangani perjanjian perdagangan bebas tersebut. (sambung di m/s 13)


Jan-Feb 2015

PERSPEKTIF

Situasi Luarbiasa, Tiada Tindakan Luarbiasa menjadi pelarian. Situasi sangat teruk di kawasan timur-laut Afrika, di mana konflik antara kumpulan militan Islam Boko Haram dan kerajaan telah meningkat. Pada April 2014, Nigeria mendahului Afrika Selatan dalam sektor ekonomi di rantau Afrika. Mungkin kerana itu, krisis kemanusiaan pula dilupakan! II. Iraq: 2.4 juta pelarian dalaman. Tambah pula pelarian dari Syria. Dalam 6 bulan pertama tahun ini sahaja, seramai 5,500 orang awam terbunuh, dan pada tahun 2013, 7,100 orang awam terbunuh dalam pertempuran antara puak Sunni dan Syiah.

Seorang wanita Syria cuba melindungi anak-anaknya daripada serangan bom di Aleppo pada Mei 2014. Foto: Zein al-Rifai/FP Photo/NTB scanpix (Petikan dari Majalah Perspective 3/2014) 51.2 juta orang menjadi pelarian di serata dunia di mana antaranya pelarian merentasi sempadan antarabangsa adalah seramai 16.7 juta orang, pencari suaka 1.2 juta orang dan pelarian dalaman (terpaksa melarikan diri di dalam negaranya sendiri) pula adalah 33.3 juta orang. Ini merupakan satu jumlah tertinggi sejak tamatnya Perang Dunia ke-2. Syria, menghadapi krisis yang paling dramatik sekali dan Nigeria, pertama kali ada statistik pelarian dalaman adalah antara punca peningkatan

jumlah pelarian di dunia.

10 SITUASI PELARIAN YANG TERABAI Kita lebih prihatin kepada siapa? Tidak mungkin kepada semua. Kalau tidak, tidak mungkin keadaan dunia sebegini. Tapi kenapa kita lebih prihatin kepada sesetengah orang sahaja berbanding dengan orang lain? Memang jelas ada agenda politik yang tersirat apabila komuniti antarabangsa menghulurkan bantuan atau sumber-sumbernya yang mensasar kepada segolongan sahaja. I.

Nigeria: 3.3 juta orang

III. Sahara Barat (Western Sahara): 165,000 orang pelarian hidup dalam kem-kem pelarian di negara jiran mereka, iaitu Algeria, sejak 1975 apabila Morocco menceroboh kawasan mereka. IV. Myanmar: 100,000 orang pelarian dengan situasi tegang di negeri Kachin dan Rakhaine (di mana masyarakat minoriti Muslim Rohingya hidup di situ). Diskriminasi dan penyingkiran masyarakat Rohingya yang tidak menikmati sebarang hak asasi mahupun hak perundangan, menyebabkan mereka melarikan diri ke negara-negara jiran seperti Bangladesh dan Malaysia. V. Yemen: 300,000 orang pelarian dalaman dan ramai juga pelarian dari Ethiopia dan Somali yang tinggal di sini. Bantuan

11 kemanusiaan amat diperlukan. Negara ini amat tidak stabil dengan pelbagai konflik - perjuangan kumpulan bersenjata Muslim Syiah di utara; kumpulan Al-Qaeda dan kumpulan pemisah lain di Selatan. VI. CAR (Republik Afrika Tengah): Pergelutan politik dan persaingan kuasa antara golongan Muslim dan Kristian menyebabkan beratus ribu orang melarikan diri dan ramai juga terbunuh. VII. India: Di beberapa kawasan pedalaman, keganasan tersebar luas. Antara punca pelarian adalah konflik antara golongan Muslim dan Hindu, persengketaan etnik, konflik di Kashmir dan pemberontakan kumpulan Maoist. Amat sukar untuk mendapatkan data mengenai jumlah pelarian dalaman. VIII. Korea Utara: Mereka yang melarikan diri daripada pemerintahan kuku besi dan akan dipenjarakan sekiranya kembali ke negara tersebut. Kebanyakan mereka sering melarikan diri ke China, tetapi kerajaan China pula hantar mereka balik. Mereka tiada hak untuk mencari suaka. IX. Indonesia (Papua Barat) – Beratus ribu dibunuh dan ramai melarikan diri sejak Indonesia merampas Papua Barat pada tahun 1969. Keganasan polis dan penderaan tersebar luas. Ramai yang melarikan diri hidup secara bersembunyi tanpa sebarang bantuan, ada juga yang menyeberang sempadan ke Papua New Guinea. X. Pakistan: konflik senjata di kawasan barat-laut telah memaksa lebih daripada 700,000 orang melarikan diri. Keadaan di Pakistan juga lebih tercabar dengan situasi negara jirannya, Afghanistan. ##

Cameron Highlands: Mana halatuju penyelesaian masalah alam sekitar? Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Suresh Kumar, jurucakap Rakyat Prihatin Cameron (RPC) yang juga merupakan Setiausaha PSM Cawangan Cameron Highlands, pada 23 Disember yang lalu. Kini sudah hampir 3 minggu berlalu sejak penyerahan memorandum kepada Menteri Besar Pahang (Dato Sri Adnan Yaakob) melalui Pegawai Daerah Cameron Highlands (Dato A. Rahman Hamzah). Memorandum juga telah diserahkan kepada Ahli Parlimen Cameron Highlands yang juga Menteri Alam Sekitar (Dato Sri Palanivel). Rakyat Prihatin Cameron (RPC) belum menerima apa-apa jawapan daripada manamana pihak, walaupun piagam pelanggan jabatan kerajaan adalah menjawab sebarang surat dalam tempoh 14 masa hari. Beginilah layanan yang diberikan jika isu-isu penting disuarakan oleh badan NGO seperti RPC. Kami mendengar banyak khabar angin mengenai perobohan kebunkebun sayur yang sangat besar (100 ekar dan ke atas). Kami juga

mendengar cerita bahawa akaun bank 30 pekebun terbesar di Cameron telah dibekukan oleh SPRM. Kami melihat lebih banyak kenderaan-kenderaan askar dan polis di sekitar Cameron sejak sebulan yang lepas untuk menangkap pendatang asing tanpa izin (PATI). Kami juga mendapat tahu bahawa terdapat lawatan ahli politik dan pegawai kerajaan yang berpangkat tertinggi sejak sebulan lepas. Tetapi kesemua ini hanyalah merupakan cerita yang disampaikan sesama penduduk di sini. Tiada yang dibuktikan melalui apa jua pemberitahuan awam. Inilah jalan kerja yang telah dikritik oleh RPC dalam memorandum bertarikh 2 Disember 2014, tidak TELUS. Segala perancangan dan pelaksanaan di Cameron dibuat secara senyap dan kami sebagai penduduk tempatan hanya mendapat tahu apabila tiba-tiba pada suatu hari, kami melihat pelaksanaannya. Ataupun kami diberitahu oleh penduduk yang lain yang melihat tindakan itu dilakukan. Kami selaku penduduk Cameron

langsung tidak dihirau ketika membuat apa jua keputusan sama ada di peringkat daerah, negeri ataupun persekutuan. Adakah caracara mengelak satu tragedi lain seperti yang berlaku pada 5 November yang lalu adalah satu rahsia kerajaan yang tidak boleh dikongsi bersama rakyatnya? Bukankah kami selaku penduduk Cameron mempunyak hak dalam menentukan halatuju Cameron? Kami juga mengalu-alukan kenyataan Menteri Besar Pahang dalam sidang DUN Pahang pada 19 Disember yang lalu, yang mengatakan bahawa beliau dan Ahli Exco Kerajaan Negeri Pahang tidak pernah menerima sebarang rasuah daripada pekebun Cameron. Kami berharap dengan kenyataan sebegini, MB Pahang, Dato Sri Adnan Yaakob tidak akan teragakagak mengambil tindakan terhadap “jerung-jerung� besar yang membersihkan hutan secara berleluasa di Cameron. Kami juga ingin mengulangi pendirian kami iaitu petani yang berkebun dengan keluasan tanah 5 ekar dan ke bawah harus ditukar daripada Lesen

Pendudukan Sementara (LPS) menjadi hakmilik kekal. RPC tidak akan berdiam diri selagi penduduk tidak diperkasakan dalam menentukan halatuju Cameron Highlands. Antara aktiviti yang dirancang oleh RPC di masa hadapan ialah: 1. Persidangan meja bulat untuk menentukan halatuju Cameron. 2. Forum terbuka penduduk Cameron bersama ketua-ketua jabatan kerajaan di Cameron. 3. Pengedaran risalah kepada petani mengenai bahaya penggunaan baja dan racun kimia. 4. Aktiviti-aktiviti kreatif dari masa ke semasa yang melibatkan penduduk Cameron. ##


12

ANTARABANGSA

Jan-Feb 2015

Dunia dalam tahun 2014 Hong Kong: Gerakan Payung Tuntut Demokrasi Gerakan protes menuntut pilihanraya untuk Ketua Eksekutif Hong Kong tanpa penyaringan oleh pihak Beijing, telah memasuki satu tahap baru, apabila ribuan rakyat Hong Kong menduduki jalanan selama 79 hari untuk mengadakan aksi bantahan. Kumpulan pelajar telah mengadakan mogok kelas pada akhir bulan September, dan mendapat sokongan daripada orang ramai. Kebangkitan ini memuncak apabila polis cuba menyuraikan orang ramai yang berhimpun untuk menyokong tindakan para pelajar dengan gas pemedih mata dan juga cara kekerasan pada 28 September. Malah, tindakan kekerasan polis mencetuskan gelombang aksi “occupy” di mana ramai menduduki jalanraya di Admiralty, Causeway Bay dan Mongkok. Khemahkhemah didirikan dan aktivitiaktiviti yang penuh dengan kreativiti diadakan setiap hari untuk menyuarakan tuntutan rakyat. Khemah protes telah dirobohkan selepas pihak berkuasa mendapat perintah mahkamah untuk mengosongkan jalanraya, namun benih penentangan rakyat telah pun bercambah.

Scotland & Catalonia: Usaha tuntut kemerdekaan diteruskan Satu referendum yang bersejarah telah diadakan di Scotland untuk menentukan sama ada ia akan berpisah atau terus berada dalam United Kingdom, pada 18 September 2014. Kempen undi “ya” untuk kemerdekaan Scotland mendapat sambutan hangat daripada rakyat Scotland yang semakin tidak puas hati dengan pemerintah London yang pro-kapitalis. Ini telah memberi cabaran hebat kepada pemerintah di London, dan pemimpin utama semua parti di England terpaksa bertungkus lumus untuk berkempen demi menyelamatkan kekuasaan mereka. Undi “ya” untuk kemerdekaan Scotland akhirnya gagal mencapai kemenangan

dengan memperoleh undian sebanyak 44.7%, kalah kepada undi “tidak” yang sebanyak 55.3%. Kerajaan Catalonia juga mengadakan satu referendum pada 9 November 2014, untuk mendapat pandangan rakyat tentang masa hadapan negeri tersebut, sama ada kekal dalam Sepanyol atau merdeka. Referendum tersebut diteruskan atas nama “proses berpartisipasi” selepas Mahkamah Perlembagaan Sepanyol melarang referendum diadakan. 80.8% daripada mereka yang keluar mengundi menyokong kemerdekaan Catalonia.

Afrika Selatan: Mogok Pekerja Lombong Ukraine: Pergolakan dan konflik berlarutan Lebih kurang 70,000 orang pekerja lombong platinum telah mengadakan mogok selama 5 bulan untuk menuntut kenaikan gaji dan penambahbaikan keadaan kerja, dari 23 Januari sehingga 23 Jun. Aksi mogok tersebut telah berjaya menaikkan gaji bulanan pekerja lombong sebanyak 1000 Rand (bersamaan RM 303). Ini merupakan mogok yang paling lama dalam sejarah Afrika Selatan. Tahun 2014 juga menyaksikan mogok seramai 220,000 orang anggota Kesatuan Pekerja Logam Afrika Selatan (NUMSA), kesatuan sekerja yang terbesar di negara tersebut. Gerakan perjuangan pekerja di Afrika Selatan semakin hebat kerana para pekerja tidak dapat lagi tahan dengan dasar neoliberal yang melebarkan jurang antara yang miskin dengan yang kaya.

Gelombang protes anti-kerajaan yang tercetus sejak bulan November 2013 akhirnya menjatuhkan pemerintahan Yanukovych yang pro-Rusia pada 23 Februari 2014. Selepas kejatuhan pemerintahan Yanukovych di Kiev, puak pro-Rusia di wilayah Krimea telah memobilisasi untuk menuntut kemerdekaan dari Ukraine dan penyatuan semula dengan Rusia. Referendum diadakan di Krimea pada 16 Mac, dengan majoriti pengundi menyokong Krimea menyertai Persekutuan Rusia. Negeri Donetsk dan Luhansk di Timur Ukraine turut menyaksikan gerakan menuntut kemerdekaan sehingga tercetusnya perang saudara yang berlarutan. Peristiwa tragedi MH17 berlaku akibat daripada krisis peperangan di Timur Ukraine.

AS: Rakyat Lawan Rasisme dan Keganasan Polis

Thailand: Rampasan kuasa tentera lagi

Amerika Syarikat dilanda dengan gelombang protes membantah rasisme dalam institusi penguatkuasa dan keganasan polis, berikutan dengan kes anak muda berkulit hitam, Michael Brown, ditembak mati oleh polis di Ferguson, Missouri, pada 9 Ogos 2014. Protes memuncak lagi pada bulan November sehingga menjadi rusuhan, apabila juri negeri Missouri memutuskan tidak mendakwa polis yang terlibat dalam kes tembak mati tersebut. Protes juga tercetus di bandar lain di AS. Kes Eric Garner, seorang warga berkulit hitam yang dicekik mati oleh polis di Staten Island, New York, turut mendapat perhatian dan tercetus juga aksi protes solidariti untuk mangsa kezaliman polis.

Puak konservatif telah memboikot pilihanraya umum yang diadakan pada 2 Februari 2014. Pada 21 Mac 2014, Mahkamah Perlembagaan Thailand telah mengumumkan bahawa pilihanraya umum tersebut tidak sah. Kemudiannya, Yingluck Shinawatra dilucutkan jawatan Perdana Menteri oleh Mahkamah Perlembagaan pada 7 Mei. Pihak tentera mengumumkan darurat seluruh negara pada 20 Mei. Dua hari selepas itu, iaitu pada 22 Mei,

UK: Mogok Nasional Lawan serangan neoliberal Lebih 1 juta orang mengambil bahagian dalam mogok satu hari di United Kingdom pada 10 Julai 2014, demi menyuarakan bantahan terhadap pengurangan gaji sebenar dan penurunan kualiti hidup akibat daripada dasar ekonomi kerajaan pimpinan David Cameron.

Panglima Angkatan Tentera Thailand, Prayut Chan-o-cha mengumumkan bahawa tentera mengambil alih kerajaan Thailand dan menyempurnakan rampasan kuasa tentera yang ke-12 sejak tahun 1932. Prayut telah dilantik menjadi Perdana Menteri sementara pihak pemerintah tentera telah menyekat kebebasan sivil di Thailand untuk memperkukuhkan kekuasaannya.

Bosnia: Rakyat bangkit tuntut keadilan sosial Protes massa mula-mula tercetus di Tuzla pada 4 Februari kerana rakyat marah dengan tindakan kerajaan tidak mempedulikan syarikat milik negara yang bankrap selepas diswastakan dan juga membantah rampasan harta masyarakat oleh elit politik. Gelombang protes menular dengan cepatnya ke seluruh negara Bosnia Herzegovina. Bandar-bandar seperti Sarajevo, Zenica, Mostar, Bihac, Jajce dan Prijedor telah menyaksikan kebangkitan rakyat. Rakyat yang berprotes menubuhkan “plenum” (majlis rakyat) dan mengemukakan manifesto rakyat yang menuntut keadilan sosial. (sambung di m/s 13)


Jan-Feb 2015

ANTARABANGSA

(sambung dari m/s 12)

Himpunan Iklim Rakyat

Gaza diserang

Pada 21 September 2014, ratusan ribu rakyat dari lebih 150 buah negara telah turun ke jalanraya dan berarak, dengan tuntutan kepada pemimpin dunia supaya mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan masalah perubahan iklim yang semakin serius. Ini merupakan mobilisasi isu iklim yang terbesar dalam sejarah.

Tentera Israel melancarkan serangan ke atas Gaza pada 8 Julai dan berlarutan untuk 50 hari. Operasi ketenteraan tersebut telah meragut nyawa seramai lebih 2,100 orang rakyat Palestin yang tinggal di Gaza yang disekat oleh kekuasaan Israel. Seperti yang dikatakan oleh rakyat di Gaza itu sendiri, “apa yang berlaku di Gaza bukannya peperangan, tetapi pembunuhan beramai-ramai.� Satu persetujuan untuk gencatan senjata telah dicapai antara Hamas dengan Israel pada 26 Ogos. Namun, konflik di bumi Palestin berterusan selagi rakyat Palestin tidak mendapat keadilan dan hak untuk menentukan nasib mereka. (sambung dari m/s 10)

6. Adakah Anwar akan dipenjarakan? Berasaskan penghujahan peguam Gopal Sri Ram dan juga pandangan pemerhati antarabangsa yang memantau kes perbicaraan Anwar Ibrahim, saya anggap adalah mustahil untuk Anwar dipenjarakan. Jika Anwar dipenjarakan, kemungkinan besar akan timbulnya risiko tercetus tindak balas yang hebat. Namun demikian, ia merupakan satu pertimbangan yang cukup mendugakan yang harus dibuat oleh Najib kerana kita semua menjangkakan keputusan Anwar sama ada akan dipenjarakan atau tidak adalah keputusan politik dan bukannya keputusan kehakiman. Bagi BN, pertimbangannya adalah adakah lebih baik Anwar berada di dalam atau luar? Kedua-duanya mempunyai risikonya tersendiri. Jika Anwar bebas, maka ia masih mempunyai sedikit peluang untuk menyatukan PR yang semakin rapuh hubungannya. Tanpa Anwar, tiada orang boleh menggantikannya sebagai calon PM. Namun, jika Anwar dipenjarakan juga, saya tidak melihat satu kebangkitan besar kerana PKR zaman sekarang berbeza dengan PKR zaman Reformasi. Kini setelah berkuasa di satu negeri dan memegang jawatan penting di beberapa tempat, ahli-ahli PKR sudah hilang taring perjuangan dan mereka juga semakin selesa dengan kepimpinan Azmin Ali. Setiap hari kita melihat pengaruh Anwar pudar dan digantikan dengan Azmin. Azmin sebagai Menteri Besar untuk negeri yang paling kaya juga mempunyai kekuatan kewangan dan ini menjadi faktor penarik untuk ramai ahli PKR bersamanya. Semangat reformasi seperti pada tahun 1998 tidak lagi berkumandang. Apabila Rafizi melancarkan Reformasi 2.0, ia disambut secara dingin dan kurang bertenaga. Rafizi juga tidak dapat dilihat sebagai seorang yang dapat mengembalikan kuasa rakyat di jalanraya. Maka harus dilihat sama ada Nurul Izzah dapat memainkan peranan itu untuk menjadi pengganti Anwar dan pencetus perjuangan?

7. Adakah isu perkauman akan menjadi semakin meruncing? Saya pasti, jika tidak ada usaha untuk membendung kumpulan seperti Perkasa dan ISMA, dan jika suara golongan moderat seperti

13

kumpulan tokoh Melayu 25 tidak diambil serius, maka Malaysia akan mengalami satu keadaan hubungan perkauman yang cukup tegang. Dalam dua keputusan kes mahkamah yang melibatkan pertindihan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil pada bulan Disember lalu, tidak dapat memberikan kata putus atau penyelesaian yang munasabah. Keputusannya tergantung dan ini akan terus ditafsir oleh kedua-dua pihak mengikut pengertian masingmasing. Keadaan terus bergolak di peringkat antarabangsa dan penampilan ISIS di mata dunia juga nampaknya mendapat sokongan segelintir anak muda di negara kita. Kegagalan sistem alternatif dan kegagalan gerakan progresif sosialis di Asia juga menyebabkan semakin ramai orang yang berkecimpung dalam kumpulan ektremis agama. Maka politik radikal Islam memang mendapat tempat di hati orang jika tiada alternatif yang baik. Jika isu perkauman tidak dapat diselesaikan atau dibiarkan sahaja, maka tidak mustahil ancaman perkauman yang serius seperti apa yang berlaku pada Mei 1969 atau insiden Kampung Medan akan berulang lagi. Oleh itu, adalah amat penting bagi kumpulan-kumpulan kiri, anarkis dan progresif bergabung untuk membina persefahaman antara kaum dan mengorganisasi gerakan-gerakan keamanan kaum dalam negara. UMNO juga berada dalam keadaan yang serba salah untuk menyelesaikan masalah ini. Mereka akan mengipas sentimen perkauman di satu tangan dan melaungkan 1Malaysia di tangan yang satu lagi. Namun pada hakikatnya, hanya slogan perkauman yang senang merebak dan boleh menjamin survival UMNOBN. Dari kecil lagi, institusi perkauman sudah jauh terjalar dalam minda dan fikiran rakyat kita. Rakyat kita diajar berfikir secara perkauman dalam apa-apa perkara pun, dan ia telah membentuk sebahagian daripada cara dan budaya hidup kita. Maka pada akhir 2014, api perkauman sudah semakin mendatangkan bahaya. Di sini saya tiupkan semboyan bahawa jika ia tidak dibendung, ia akan menjadi satu bencana yang susah untuk dikawal.

8. Adakah ekonomi negara kita akan bertambah baik? Pelaksanaan GST, kenaikan harga tanpa kawalan, kejatuhan ringgit Malaysia, kejatuhan harga minyak dan sebagainya, semua ini akan menyumbang kepada keadaan ekonomi yang lembab. Seperti biasa apabila ekonomi lembab, maka pekerja asing akan dijadikan sasaran utama untuk dibuang kerja dan diusir keluar. Ini juga akan memburukkan lagi ekonomi yang sudah lembab, memandangkan warga asing membentuk hampir 40% daripada guna tenaga dalam negara kita. Dengan GST dan tanpa kenaikan gaji, maka rakyat Malaysia akan mengalami situasi di mana kuasa membeli semakin merosot. Ini akan mencetuskan kemelesetan ekonomi dan meningkatkan masalah pengangguran. Ekonomi Malaysia juga akan dilemahkan oleh faktor yang lain seperti rasuah dan sebagainya, dan akan kehilangan banyak pelabur yang beralih ke negara lain. Namun ia juga memberi peluang kepada gerakan mahasiswa dan gerakan anak muda dalam negara untuk mengatur langkah baru. Krisis ini akan membawa impak yang paling besar kepada anak muda. Maka, mereka akan menentang segala jenis rasuah, salahguna kuasa dan ketirisan. Suasana ekonomi lembab adalah keadaan objektif untuk gerakan rakyat berkembang dan mekar.

9. Adakah akta gaji minima akan meningkat? Tahun 2015 adalah tahun untuk mengkaji semula Akta Gaji Minima. Pelaksanaan GST merupakan alasan paling baik untuk gaji minima dinaikkan daripada paras RM 900 ke satu angka yang lebih tinggi seperti RM 1500 atau sekurang-kurangnya RM 1200. Namun demikian, disebabkan tuntutan untuk melaksanakan sepenuhnya dasar gaji minima RM 900 pun menjadi satu pertempuran besar, maka saya cukup yakin penyelarasan gaji minima tidak akan dilakukan. Golongan kapitalis dengan usaha kuat mereka untuk melobi akan memaksa kerajaan untuk tidak meningkatkan gaji minima lebih daripada RM 900. Ini sekali lagi akan memberikan banyak masalah kepada kaum pekerja. Namun, ini

juga peluang baik untuk kaum pekerja mengorganisasi dan menuntut gaji minima yang lebih tinggi. Jika kerajaan melaksanakan GST, menghentikan subsidi tetapi tidak menyelaraskan gaji minima, maka ini merupakan satu diskriminasi terhadap kaum pekerja. Kerajaan akan cuba bermain silap mata dengan memberikan BR1M yang akan dipropogandakan sebagai penyelesaian untuk masalah rakyat berpendapatan rendah. Pada hakikatnya, BR1M untuk satu keluarga 5 orang hanyalah lebih kurang 50 sen sehari. Maka kesengsaraan yang dirasai oleh kaum pekerja adalah nyata manakala BR1M hanyalah sekadar penyedap mulut tanpa sebarang nilai tambahan kepada taraf hidup rakyat.

10. Persempadanan semula kawasan pilihanraya Memandangkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) begitu beria-ia untuk melakukan persempadanan semula kawasan pilihanraya, maka saya cukup yakin bahawa mereka akan melaksanakannya walaupun tanpa penglibatan pandangan rakyat umum. Ini merupakan satu isu yang boleh membawa kita kembali ke era BERSIH 1.0, 2.0 dan 3.0. Isu ini akan mencetuskan permintaan untuk BERSIH 4.0, kerana rakyat masih percayakan sistem pilihanraya. Namun, Ambiga dan Pak Samad, iaitu dua ikon BERSIH tidak lagi menerajui BERSIH, dan Maria Chin Abdullah yang sedang berusaha mungkin tidak mempunyai karisma seperti Ambiga. Tetapi jika SPR berkelakuan amat tidak munasabah dan terlalu teruk, saya yakin satu himpunan raksasa seperti BERSIH 4.0 akan berlangsung. Namun, sekali lagi cabaran bagi BERSIH adalah sama ada mereka akan dapat berhimpun untuk jangkamasa yang lebih panjang untuk memberikan impak, atau ia hanyalah satu program 3 jam. Kritikan untuk program 3 jam dan himpunan ala ceramah, kini mendapat tentangan yang cukup hebat daripada golongan anak muda. Semoga tahun 2015 akan memperlihatkan usaha yang lebih gigih untuk memajukan gerakan rakyat supaya “rakyat menjadi tuan�. Ini juga adalah peluang paling baik untuk menguji kekuatan rakyat melawan rejim untuk satu jahgkamasa yang lebih panjang. ##


14

SENI

Jan-Feb 2015

Bebas dari ikatan & ekspresi diri Nota oleh Shazni Bhai: Dalam keluaran yang lalu, kita telah membicarakan serba sedikit tentang pantun, iaitu persoalan sifat umum pantun itu sendiri. Kali ini pula sajak. Sajak ialah sejenis sastera moden yang membebaskan diri daripada aturan tradisional yang telah mengikat pantun, syair, dan gurindam. Mungkin oleh kerana sifat

organik sedemikian telah menjadikan ia lebih digemari hingga ke hari ini. Tiada ketetapan dalam bilangan atau keseimbangan rangkap dan baris. Terdiri daripada kata-kata yang terpilih yang berdiri dengan sendiri, walhal tanda baca juga mampu beri maksud yang tertentu. Rima tidak menjadi satu kewajipan sebagaimana pantun. Apa yang penting ialah bahasa yang dimainkan, isi yang ingin disampaikan, dan perasaan yang menjadi rangsangan atau tenaga sajak itu. Oleh kerana itu, sajak yang dibacakan dapat dikenalpasti dengan menghayati isi, dan juga dengan mengenali latar penulis atau penyampai. Ketika ditanya tentang fungsi sajak kepada penulis sajak yang disiarkan di sini, iaitu saudara Karim Abdullah dari Angkatan Rakyat Muda (ARM), telah menjawab; “tak perlu pening kepala rujuk buku sana sini, Bhai. Sajak memang untuk ekspresi diri!”

Kerana-Mu Melayu oleh Karim Abdullah

justifikasikan nilai kemanusiaan... Sayang, Tipikalis rumpunku menodai agenda jahil, Walau universiti telah dijejaki, hasad dengki tetap abadi.. Berkurun telah berkelahi, Ini semua hakiki.. Durjana sang busuk hati, Berkelana sang batu api.. Dalam dunia perlumbaan, Tiada satu pun akan menang, Hasad dengki ! Aku, Bertoleransi, Melihat Melayu, Pantang dicabar katanya.. Engkau melatah apa Melayu? Bukan kau hidup aman kata sang pemerintah? Kau dipijak Melayu melalui kebodohanmu, Kau dusta sesama Melayu, Apakah Melayu itu utopia dalam adat dan agamanya? Mana Melayunya? Agama? Cuma sekadar adat yang disembah.. Adat? Cuma agama yang disembah.. Kerana-Mu Melayu

Penuh minda skeptikal, Berprasangka, Iri, Kebencian, Kerana Melayu.. Aku menyinsing lengan, Membabi buta memaki caci, Alunan-alunan tipikal manusia.. Dunia ini terlalu rata, bukan sfera yang didendangkan, Mendengar bisikan-bisikan jahat, Manusia melihat visual terlalu indah, Lumrah manusia cintakan yang cantik-cantik belaka.. Tuhan, Kau jadikan aku dalam rumpun yang kuat agamanya, Kononnya ia, Tetapi bernafsukan yang cantik lebih dari ajaran agamanya.. Tuhan, Dulu aku mendakap selinsing kasih.. Tapi kini hilang rasa kasih itu.. Rumpun aku adalah diberkati mu Tuhan.. Terlalu banyak ilmu dikurnia, Tapi sayang, Rumpunku makin jahil, Pandangan rupa sahaja mampu

Bergambar dengan Orang Utan? Terima kasih sajalah.

oleh Shazni Bhai Lupakan babi, anjing, mahupun panda. Mari kita letakkan Orang Utan dalam perhatian kita sejenak. Jikalau mungkin dulu waktu kecil kita mungkin ada terdengar satu pantang larang - jangan bergambar bertiga orang, kononya akan ditimpa musibah. Sejauh mana

kebenarannya kita campakkan ke tepi dahulu. Memang ada pantang jikalau hendak bergambar di zaman kamerakonsumerisme ini; selain daripada elakkan diri berselfie ketika memandu, ditegah juga bergambar bersama Orang Utan. Mengapa sedemikian? - Orang Utan mempunyai persamaan secara genetik dengan manusia. Mereka lebih terdedah kepada risiko penyebaran virus jangkitan. Ini dipanggil Zoonosis.Tambahan pula apabila tidak berada di habitat semulajadinya, tahap imunisasi mereka lebih sensitif daripada yang biasa, lebih-lebih lagi anak Orang Utan yang telah “diyatimpiatukan” sejak bayi, yang tidak mendapat penjagaan dan penyusuan ibunya. Malahan ada jenisjenis penyakit yang ringan kepada manusia tetapi berbahaya kepada mereka. - Haiwan Primat lebih-lebih lagi yang telah dijajah habitatnya oleh korporat

tidak seharusnya diasuh agar terlalu jinak dengan kehadiran manusia. Kelak jika terlalu jinak dan terbiasa dengan kehadiran manusia, primat yang bersifat pemalu ini akan “menceroboh” ke habitat manusia apabila dilepaskan semula ke habitat semulajadi. Apabila kehadiran mereka tidak disenangi oleh manusia, maka ada kemungkinan mereka akan diburu dengan alasan untuk mempertahankan kawasan.

mereka - dikerumuni oleh ramai pengunjung setiap hari yang galak mahu memegang tubuh kita. Bagaimana rasanya?

- Mereka bukan suatu komoditi niaga, dijadikan kuli untuk melayan telatah pengunjung demi menjana keuntungan untuk pemodal. Cuba kita letakkan diri kita dalam keadaan

Sesungguhnya zoo itu ialah tempat untuk haiwan mengamati kelakuan manusia, dan bukanlah tempat untuk haiwan dihambakan. ##

Sudut Komik

Lain kali jika anda terfikir untuk berkunjung ke pusat pemuliharaan atau zoo untuk melihat mereka, fikirkan kembali. Bergambar dengan Oran Utan ialah satu risiko, menikmati pengurungan haiwan pula ialah suatu yang sadis.

Pendidikan percuma atau kesusahan yang percuma?


Jan-Feb 2015

IDEOLOGI

15

ENJIN KAPITALIS, PERSAINGAN kegemilangan mereka, terdapat 1/3 juta tukang penganyam. Dalam jangka masa satu generasi, mereka sudah hilang nafkah dan beribu-ribu mati kerana kelaparan. Beberapa tukang sahaja berjaya dapat kerja di kilang kain sebagai penyelia mesin tenunan, pada kadar gaji yang rendah. Ini adalah bahagian ke6 di bawah topik Materialisme Sejarah (teori saintifik mengenai sejarah perkembangan manusia). Topik kali ini akan fokus pada Kapitalisme.

Begitulah kapitalis berkembang. Kapitalisme juga memperkembangkan bentuk kerajaan yang sesuai dengan kehendaknya sendiri. Pelbagai bentuk kerajaan wujud di bawah kapitalisme, masing-masing sejajar dengan pelbagai tahap perkembangan perjuangan kelas – dari demokrasi berparlimen kepada fasisme dan kediktatoran tenterapolis.

Kapitalisme Kapitalis mengukur kekayaan seseorang itu dari segi jumlah wang yang dimilikinya, bukan jumlah tanah atau hamba abdi. Kapitalisme adalah suatu sistem penindasan seperti mana feudalisme dan perhambaan. Ciri unggulnya, ia tidak menggunakan semua keuntungan, terpaksa melabur sebahagiannya ke dalam pengeluaran. Berbanding dengan tuan-tuan tanah sebelum ini yang menindas lebih ramai orang melalui perang yang tidak pernah berakhir, kapitalisme pula menindas orang melalui produktiviti buruh. Dengan berbuat demikian, ia mewujudkan suatu masyarakat yang kaya. Dengan itu, perbezaan luaran antara penindas dan tertindas nampaknya sudah hilang. Kapitalisme berlandaskan monopoli faktor pengeluaran yang terletak dalam tangan segelintir kelas kapitalis. Majoriti masyarakat langsung tiada hubungan dengan faktor pengeluaran kecuali jika mereka sanggup bekerja atas syarat-syarat yang ditentukan oleh kelas kapitalis. Secara amnya, pekerja makan gaji. Walaupun ia nampak macam mereka dibayar untuk kerja yang dibuat oleh mereka, namun pada hakikatnya, mereka ditindas sepertimana yang dilakukan oleh tuan tanah dan tuan hamba sebelum era ini. Di bawah kapitalisme, kuasa buruh (kapasiti seorang pekerja untuk bekerja) adalah satu komoditi seperti barangan lain, maka tenaga buruh dijualbeli di pasaran.

Barangan yang dijual oleh pemiliknya, iaitu pekerja; dibeli oleh pemilik wang, iaitu kapitalis. Tetapi, kuasa buruh ada perbezaan dengan komoditi lain: ia mempunyai keupayaan untuk mencipta atau menghasilkan nilai. Itulah kegunaanya kepada kapitalis. Inilah sebabnya kapitalis membeli kuasa buruh (mengupah pekerja). Oleh kerana kuasa buruh digunakan dalam pengeluaran (pekerja diletakkan untuk bekerja), nilai yang dihasilkan oleh mereka itu jauh lebih bernilai daripada apa yang dibayar kepada mereka (sebagai gaji) untuk kuasa buruh mereka. Ini adalah sumber keuntungan kapitalis. Jika kuasa buruh dapat diperoleh di pasaran, agar kapitalis boleh membelinya, maka kuasa buruh perlu dihasilkan. Karl Marx berkata, “penghasilan kuasa buruh terangkum dalam pembiakan dirinya sendiri dan saraannya”. Sebagai contohnya, apa yang diperlukan oleh sebuah keluarga kelas pekerja untuk menyara diri mereka dan untuk membesarkan anak-anak mereka sebagai generasi baru pekerja, akan bergantung kepada kualiti kehidupan yang telah dicapai melalui perjuangan, dan ia diterima oleh kelas pekerja dalam masyarakat tersebut. Intipati penindasan kapitalis adalah: pekerja dibayar gaji bukan untuk buruhnya tapi untuk kuasa buruh dan sara dirinya. Selebihnya, diambil oleh kapitalis. Oleh itu, kerja harian seorang pekerja terbahagi kepada “buruh yang diperlukan” dan “buruh lebihan”. Pekerja melakukan “buruh yang diperlukan” dalam satu jangka masa dengan menghasilkan nilai yang meliputi kos gaji apabila dijual. Masa selebihnya, pekerja melakukan “buruh lebihan”, menghasilkan nilai, apabila dijual, akan meliputi sewa dan faedah, manakala keuntungan pula diambil oleh kelas kapitalis.

Kapitalis bersaing sesama mereka sendiri untuk meningkatkan kadar penindasan pekerja-pekerja. Enjin kapitalis adalah persaingan. Setiap kapitalis perlu bersaing untuk menjual pada harga rendah untuk berjaya. Cara terbaik untuk menjual pada harga terendah adalah dengan mengurangkan kos pengeluaran. Oleh kerana masa-buruh adalah ukuran nilai, maka pengeluaran ditingkatkan dalam masa-buruh yang singkat. Mekanisasi adalah cara utama untuk terus meningkatkan produktiviti buruh. Contohnya, penciptaan mesin pintal, dan pengeluaran lambak benang-benang yang murah, telah memperkenalkan mekanisasi dalam pembuatan kain. Penganyaman, pada satu masa dahulu merupakan suatu proses kraftangan untuk menghasilkan kain. Oleh kerana permintaan untuk tukang penganyam meluas pada tahuntahun awal revolusi perindustrian, tukang-tukang tenun dapat buat tawaran yang tinggi dan menjadi “buruh kelas atasan”. Bagi golongan kapitalis, “buruh kelas atasan” ini menjadi penghalang kepada pengeluaran murah. Mesin tenunan mekanikal dicipta, untuk keperluan kapitalis. Mesin tenunan mekanikal ini mengambil masaburuh yang lebih singkat untuk mengeluarkan jumlah kain tenun yang hampir sama. Terpaksalah, tukang penganyam tawarkan pengeluaran mereka pada harga rendah. Tidak mungkin mereka boleh bersaing dengan mesin tenun. Semasa era

Kesemua bentuk kerajaan ini mempunyai satu persamaan – mereka mempertahankan hak milik persendirian dalam cara pengeluaran. Marx dan Engel sering menekankan bahawa demokrasi adalah bentuk terunggul untuk pemerintahan kelas kapitalis kerana ia membolehkan kapitalis untuk selesaikan perbezaan antara mereka; kedua, kerana ia memberi ruang kepada pihak kelas pekerja untuk menyuarakan pandangan mengenai pengurusan masyarakat. Pada masa yang sama, demokrasi borjuis memberi ruang kepada pekerja untuk mengatur diri dan mengguling penindas mereka. Pra-syarat untuk kejayaan kapitalisme adalah kelas membanting tulang yang tidak berharta. Kapitalisme tiada keprihatinan terhadap kepentingan rakyat, ia hanya mencari jalan untuk menambahkan keuntungan (surplus value).

(oleh Letchimi Devi)


KHAS

16

Jan-Feb 2015

Jadikan 2015... tahun bebas perkauman ketegangan kaum dan sebagainya, malah setiap kali ada sesuatu dilafazkan, ada juga kempen dan tuntutan untuk akta zalim peninggalan zaman penjajah ini terus digunakan.

oleh Arutchelvan Ramai orang akan mengingati tahun 2014 dengan dua trajedi pesawat penumpang yang melibatkan syarikat penerbangan negara Malaysia, iaitu MH370 yang masih belum ditemui dan MH 17 yang ditembak jatuh di Ukraine. Dua trajedi ini menjadi bahan perbincangan dan pelbagai teori serta konspirasi turut dikaitkan dengannya. Namun bagi saya, satu agenda yang dibawa oleh golongan tertentu sehingga wujudnya situasi yang sentiasa bergelora dan amat mengerunkan sepanjang tahun 2014, adalah penimbulan isu-isu perkauman yang begitu ketara dan begitu konsisten. Isu perkauman sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia, tetapi kekerapan isu ini dibicarakan kebelakangan ini, baik di kedai kopi, tempat ibadat atau dalam mesyuarat, menggambarkan bahawa ia merupakan isu paling merunsingkan dan dijadikan keutamaan di negara kita. Malah hampir semua isu dalam negara boleh dikaitkan dengan isu perkauman. Ramai orang membuat aduan polis baik orang Islam, Kristian, Hindu dan lain-lain, sepanjang tahun lalu dengan tuduhan bahawa ada orang mengutuk, memperli atau menghina kaum mereka. Ada pula kumpulankumpulan aneh yang wujud seolaholah untuk menunggu isu-isu ini berlaku dan akan membuat aduan polis. Setiap ayat yang sebelum ini boleh diabaikan atau tidak sensitif, boleh menjadi begitu sensitif pada hari ini. Akta Hasutan juga digunakan sewenang-wenangnya oleh pemerintah untuk menahan orang atas alasan cuba menimbulkan

UMNO juga cuba berlagak “kreatif” dalam menggunakan akta zalim ini. Misalnya, ungkapan “UMNO celaka” boleh ditafsir sebagai menghina orang Melayu dan Islam, sehingga ADUN DAP RSN Rayer yang mengeluarkan kata-kata itu boleh didakwa di bawah Akta Hasutan. Begitu banyak kes mahkamah baik kes penukaran agama mahupun kes kesamarataan gender atau hak asasi manusia yang melibatkan LGBT, semuanya dipesongkan dan dijadikan isu perkauman dan agama. Walaupun hampir semua kes ini adalah isu peribadi atau isu dalaman keluarga masing-masing, namun di negara kita hari ini, setiap isu perkahwinan campur atau penukaran agama mempunyai potensi untuk meletup sehingga menjadi satu isu nasional. Polis multimedia pula paling sibuk sepanjang tahun lalu, kerana sibuk mencari orang-orang yang telah menulis rencana yang berunsur perkauman atau berbaur perkauman. Mengikut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, peningkatan kenyataan menghina kaum dan agama yang berleluasa sekarang ini disumbangkan oleh akaun media sosial yang palsu. Jadi, memang juga ada orang menggunakan akaun palsu dengan niat untuk menimbulkan ketegangan antara kaum. Jika ditinjau betulbetul, siapakah yang akan untung, sekiranya isu-isu ini menjadi keadaan tegang? Sudah tentunya parti-parti dan kumpulan-kumpulan perkauman yang akan untung besar

Ruangan Informasi

kerana ia membolehkan mereka memperluaskan pengaruh mereka di kalangan kaum dan agama mereka masing-masing. Begitu banyak ketegangan dan serangan juga berlaku ke atas tempat ibadat. Seperti isu najis dan kepala babi dibuang dekat masjid dan surau, kepala lembu dilemparkan ke kuil Hindu dan sebagainya. Suara azan dan loceng kuil atau gereja yang sebelum ini tidak menjadi isu, hari ini kerap dijadikan isu dengan ia mengganggu ketenteraman mereka yang bukan pengikut agama berkenaan. Keputusan PAS yang mahu melaksanakan Hukum Hudud pada tahun 2015 terus mencabar perpaduan dalam Pakatan Rakyat, dan isu ini juga diekpoitasikan oleh pihak BN dan parti-parti komponennya. Suratkhabar pelbagai bahasa kita yang bergantung kepada pembacanya terus menulis hujahhujah yang berat sebelah untuk mendapat simpati pembaca mereka. Isu Hudud ini turut menjadi alat atau ramuan utama untuk menghancurkan perpaduan dalam PR. Ini mungkin akan memecahkan gabungan ini sepertimana yang pernah berlaku pada Barisan Alternatif (BA) yang juga hancur kerana isu yang sama. Tindakan ahli-ahli parlimen DAP yang menyokong pesta arak secara terbuka adalah tindakan-tindakan reaksi mereka yang juga akan membawa kepada perpecahan barisan pembangkang yang kita menaruh harapan untuk menyelesaikan masalah perkauman di negara kita. . Perkasa dan ISMA juga telah menonjol dan semakin berani dengan taring ektremis mereka, apabila mula mencabar tuan mereka dalam UMNO, seolah-olah UMNO gagal mempertahankan hak melayu dan kepentingan bumiputera. Mereka juga mencetuskan fantasi perlu adanya satu gerakan atau parti baru untuk menyelamatkan kaum Melayu dan

Islam. Sepertimana PR, UMNO juga terperangkap dalam jerat perkauman yang sama. Setiap hujah dan tindakan mereka yang menyokong satu pendirian berdasarkan kaum dan agama, sudah tentunya mendapat sokongan di kalangan kaum mereka sendiri dan mengundang bangkangan daripada kaum yang lain. Jika kita mengharapkan mahkamah dapat memberikan sedikit penyelesaian atau pencerahan dalam isu-isu ini, jawapannya adalah tidak. Pertindihan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil begitu tidak konsisten dan bercelaru. Banyak perbicaraan berlaku di luar mahkamah menyebabkan satu isu tidak dapat diselesaikan secara rasional, adil dan matang. Hakim-hakim nampaknya turut terikat pada pandangan peribadi mereka berdasarkan kaum dan agama masing-masing. Ini dapat dilihat apabila ada keputusan bercanggahan antara mereka. Walaupun ada hakim yang baik dan luarbiasa, tetapi mereka turut mendapat ancaman daripada golongan-golongan rasis dan ekstremis. Toleransi semua kaum sudah jadi kurang. Maka jika ditanya apa yang kita perlukan dan inginkan untuk tahun 2015... sememangnya bukanlah Tahun Melawat Malaysia 2015, GST atau Hukum Hudud, tetapi ia adalah “Tahun Bebas daripada Perkauman”. Hanya Malaysia yang bebas daripada perkauman dapat menjana kemakmuran dan keharmonian untuk semua kaum. Jadikan 2015 – Tahun Malaysia Bebas Perkauman! ##

Sudut Lawak

sumber: Blindspot

https://www.facebook.com/blindspot.msia


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.