Sosialis (Dis 2015 Jan 2016)

Page 1

RM 1 • RM2 HARGA SOLIDARITI

DIS 15 - JAN 16

| PQ/PP1505(17864)

BERJUANG BERSAMA RAKYAT

Korporat berkuasa Rakyat jadi mangsa

Arul didakwa menghasut > m/s 2

Peneroka Gatco menang di mahkamah > m/s 5

Sosialisme 2015 > m/s 4

baca lanjut di m/s 6, 7, 10 & 11

Serangan pengganas di Paris > m/s 13

Imbas kembali tahun 2015 baca lanjut di m/s 8 & 9 Diterbitkan oleh: Parti Sosialis Malaysia (PSM) 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur. Tel: 03-22747791 Faks: 03-87374772 partisosialis.org E-mel: pusat@partisosialis.org Facebook: psm.sosialis


PSM

2

DASAR PERJUANGAN PARTI SOSIALIS MALAYSIA Parti Sosialis Malaysia (PSM) adalah satu parti politik rakyat Malaysia yang berasaskan prinsip dan ideologi sosialisme yang bersifat Perjuangan Rakyat berteraskan keadilan sosial dan ekonomi; bagi mewujudkan masyarakat demokratik yang aman, makmur, maju, berakhlak mulia dan saksama. Ia berjuang untuk memenuhi keperluan asas rakyat dan membebaskan rakyat daripada sebarang bentuk penindasan dan pemaksaan. Bendera dan Lambang Lambang parti ialah genggaman tangan kiri yang melambangkan perpaduan rakyat dan semangat perjuangan. Merah melambangkan perjuangan dan putih melambangkan kesucian dan keikhlasan dalam perjuangan. Matlamat Parti Sosialis Mengamalkan prinsip sosialisme sebagai cara hidup. Mempertahankan masyarakat demokratik dan progresif yang mengutamakan kerohanian, kemanusiaan dan keadilan sebagai asas ke arah pembangunan. Memastikan strategi pembangunan yang mewujudkan hubungan seimbang antara keperluan sosial dan ekonomi di peringkat individu, masyarakat dan nasional. Mengagihkan kekayaan secara adil dan saksama, Melaksanakan sistem sosioekonomi yang mempunyai mekanisme dalaman untuk menghalang penindasan dan sifat tamak. Memberi peluang kepada rakyat berbilang kaum, jantina, agama, usia, pekerjaan dan menyertai proses mewujudkan persefahaman yang lebih jitu di kalangan kaum, agama dan budaya. Mengukuhkan hak asasi manusia pada setiap peringkat masyarakat dan mendedahkan sebarang bentuk penindasan, nepotisme, hipokrasi dan kepalsuan. Menghormati Perlembagaan Persekutuan yang menekankan kepada hak demokratik dan toleransi bahasa, budaya dan agama. Menjamin kebebasan bersuara, berpersatuan dan kecapaian intelektual memberi keutamaan dalam tanggungjawab sosial terhadap kebajikan pekerja dan keluarga menjaminkan hak pekerja untuk menubuhkan kesatuan pekerja memberi keutamaan institusi kekeluargaan khususnya kepada wanita yang mengandung, bayi, kanak-kanak, wargatua dan mereka kurang keupayaan. Memastikan tidak berlaku penindasan dan diskriminasi di semua peringkat bagi sektor perindustrian dan pertanian. Mewujudkan rasa saling menghormati, memahami dan tolak ansur di kalangan semua agama dan budaya.

Menyediakan peluang pendidikan percuma di semua peringkat dengan mewajibkan pendidikan di peringkat rendah dan menengah. Memastikan penyertaan guru dan pelajar dalam proses menentukan haluan sistem pendidikan nasional. Melindungi alam sekitar daripada pencemaran dan pembinasaan. Mengurangkan birokasi dan menghapuskan karenah birokasi yang mengekang pembangunan. Mengapa Kita Perlu Satu Parti Sosialis? Sistem yang ada kini telah gagal membawa kesejahteraan kepada rakyat yang majoriti. Sistem kapitalis ini hanya mengutamakan segelintir kecil masyarakat. Untuk menumbangkan sistem kapitalis ini perlu ada sistem Sosialis yang lebih mementingkan aspek kemanusiaan, keadilan dan pengagihan kekayaan. Parti Sosialis ini adalah untuk membela nasib majoriti rakyat iaitu para pekerja kilang, petani, nelayan, pekerja ladang, peniaga kecil, orang Asli, pelajar, pekerja semi-profesional dan sebagainya. Masalah rakyat bukan di antara orang Melayu, Cina dan India atau di antara orang Islam dan bukan Islam. Tetapi orang kaya dan miskin. Kekayaan negara dimiliki dan dibolot oleh segelintir kecil masyarakat, anak dan kroni mereka. Manakala rakyat yang majoriti masih belum menerima bahagian.

Dis 2015 - Jan 2016

Sudah sampai ke penghujung tahun 2015. Dalam satu tahun yang lepas, kita telah menyaksikan pergolakan politik dalam negara yang semakin meruncing. Skandal demi skandal yang berkaitan dengan Perdana Menteri Najib Razak telah dibongkarkan, namun Najib masih berpegang kuat pada kuasa pemerintahannya dengan melakukan pelbagai “U-turn� dalam janjinya demi menyelamatkan kedudukannya. Pentadbiran Najib juga cuba memberi lebih kuasa kepada dirinya untuk menyekat sebarang ancaman terhadap kekuasaanya, termasuklah kelulusan pelbagai akta baru yang menyekat ruang demokrasi. Sememangnya Najib sedang dalam proses transformasi daripada koruptor kepada diktator.

Parti Sosialis Malaysia 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur. Tel: 603-22747791 Fax: 603-87374772 Email: pusat@partisosialis.org Laman web: http://partisosialis.org/ Untuk sumbangan, sila buat cek atas nama: Parti Sosialis Malaysia No. Akaun Maybank: 512080337313

Apa yang boleh dijangkakan untuk tahun 2016 adalah cabaran yang bakal dihadapi oleh gerakan rakyat adalah amat hebat. Kita akan menghadapi satu rejim yang korup terdesak untuk menyelamatkan dirinya dengan cara kuku besi, iaitu lebih sekatan ke atas kebebasan rakyat dan pemukulan yang lebih hebat terhadap suara yang membangkang. Serangan dasardasar neo-liberal yang mengkayakan golongan korporat besar dengan memiskinkan rakyat bawahan akan menjadi lebih hebat lagi. Dengan TPPA, yang pasti korporat besar dan kerajaan pro-kapitalis akan lebih ganas lagi menggadaikan kepentingan rakyat demi keuntungan kapitalis. Oleh itu, tiada masa untuk kita leka dalam perjuangan mempertahankan hak rakyat dan menuntut keadilan sosial. Kita perlu meneruskan usaha untuk membina kuasa rakyat dari bawah. ##

Namun, gerakan perjuangan rakyat dalam setahun yang lepas agak hambar, walaupun kita dapat saksikan himpunan BERSIH 4 yang hebat, tetapi dipesongkan fokusnya setelah penyokong rejim melakukan mobilisasi massa berasaskan sentimen perkauman. Adalah menjadi peringatan kepada semua yang inginkan perubahan di negara kita bahawa, rejim pemerintah akan terus menggunakan taktik politik perkauman dan agama untuk memecah-belahkan rakyat sehingga melemahkan gerakan rakyat. Kita harus sentiasa berhati-hati supaya tidak terjatuh dalam perangkap politik perkauman yang mengelirukan rakyat ini.

Langganlah Akhbar

Parti Sosialis lebih mementingkan isuisu asas rakyat seperti pekerjaan, rumah, tanah, alam sekitar dan sebagainya. Parti Sosialis akan menyatukan tenaga semua golongan pekerja untuk mempertahankan hak kita. Parti Sosialis Malaysia (PSM) adalah sebuah parti yang lahir dari perjuangan rakyat akarumbi di kilang, ladang dan kawasan miskin kota. Parti ditubuhkan sebagai alat untuk kaum pekerja dan golongan berpendapatan rendah dan menengah untuk hak mereka. PSM meneruskan perjuangan menentang rasuah, penyelewengan dan perkauman golongan yang memerintah. Selagi penindasan rakyat ada, perjuangan ini akan berterusan.

Kerajaan negara kita juga sedang terburu-buru untuk menandatangani perjanjian perdagangan bebas TPPA. Perjanjian TPPA merupakan satu alat penjajahan baru yang membolehkan korporat besar antarabangsa untuk mengaut keuntungan yang lumayan dengan merampas hak daripada rakyat biasa dan menjejaskan kehidupan masyarakat bawahan. Kerajaan kita bagaikan menjual kepentingan negara kita kepada penguasaan korporat apabila menandatangani perjanjian ini.

Sekarang! Jika anda mahu AKHBAR SOSIALIS dipos terus kepada anda, maka anda boleh berlanggan terus dengan kami. Harga solidariti (termasuk harga setem) RM25 setahun (12 keluaran akhbar SOSIALIS Bahasa Melayu) Nama: ________________________________________ Alamat: _______________________________________ _____________________________________________ _____________________________________________ Telefon: _____________________________________ Faks: _____________________________________ Cek / Wang Pos / Draf Bank atas nama PARTI SOSIALIS MALAYSIA

Hantar kepada Parti

Sosialis Malaysia 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields 50470 Kuala Lumpur Tel: 603-22747791 Fax: 603-87374772 Website- http://partisosialis.org/


Dis 2015 - Jan 2016

PARTI DAN FRON

3

Arul didakwa di bawah Akta Hasutan Kempen bantah TPPA giat berlangsung Arutchelvan, AJK Pusat PSM, telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 23 November yang lalu, atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan yang mengkritik keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015 yang mengekalkan sabitan kes liwat dan hukuman penjara ke atas Anwar Ibrahim. Arutchelvan didakwa di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau keduaduanya, jika sabit kesalahan. Arutchelvan juga didakwa dengan pertuduhan alternatif di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588). Arutchelvan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut dan dibenarkan oleh Mahkamah untuk

diikat jamin dengan wang jaminan sebanyak RM 5,000 dan seorang penjamin. Arutchelvan membuat kenyataan mengkritik dan mempertikaian kebebasan sistem kehakiman berikutan keputusan kes Anwar pada bulan Februari yang lalu, semasa beliau masih memegang jawatan Setiausaha Agung PSM. Arutchelvan telah ditahan polis pada 19 Februari berikutan kenyataannya, tetapi polis gagal mendapatkan perintah reman pada hari keesokannya. Penahanan dan pendakwaan terhadap Arutchelvan ini merupakan sebahagian daripada trend terbaru dalam penyekatan ruangan demokrasi di bawah pentadbiran Najib yang semakin tergugat dengan pelbagai skandal dan kemarahan rakyat. Arutchelvan bertekad untuk berjuang mempertahankan dirinya di Mahkamah demi kebenaran dan kebebasan bersuara.

PSM giat menggerakkan kempen penerangan tentang impak TPPA ke atas rakyat biasa. Kempen tersebut diadakan untuk menyedarkan rakyat tentang kesan negatif TPPA dan menyeru rakyat supaya memberi tekanan kepada para wakil rakyat agar jangan menyokong perjanjian TPPA yang menggadaikan hak dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Pada 11 Disember yang lalu, satu sesi penerangan tentang TPPA telah diadakan di Ipoh.

Pada 13 Disember yang lalu, PSM Perak mengadakan program pengedaran risalah dan penerangan tentang bahaya TPPA kepada orang awam di Kuala Kangsar.

Pada 13 Disember juga, PSM menjalankan kempen jelajah di Shah Alam dan Klang untuk memberikan penerangan tentang impak TPPA kepada orang ramai.

Aduan polis terhadap PM Persidangan Sosialisme dan aksi anti-APEC di Manila

Arutchelvan dan S. Nagenteran telah mewakili PSM untuk menghadiri Persidangan Sosialisme dan Forum Rakyat Menentang APEC pada 15-17 November yang lalu di Manila, Filipina. Program tersebut dianjurkan oleh Partido Lakas ng Masa, sebuah parti kiri di Filipina. Mereka berdua turut serta dalam aksi massa membantah APEC yang diadakan oleh gerakan kiri Filipina pada 18 November.

Obama tidak dialu-alukan Sivarajan, Setiausaha Agung PSM, bersama dengan beberapa pimpinan PSM telah hadir dalam protes pada 20 November yang lalu di Kuala Lumpur, untuk membantah lawatan Obama, Presiden Amerika Syarikat, ke Malaysia. Protes tersebut dianjurkan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). Sivarajan telah mengutuk pihak AS yang berusaha kuat dalam mendesak negara Malaysia untuk menerima TPPA.

Pada 26 November yang lalu, PSM telah membuat aduan polis di Kuala Lumpur terhadap Perdana Menteri dan Menteri Perdagangan Antarabangsa, kerana perjanjian TPPA yang dipersetujui oleh kerajaan berkemungkinan akan mengancam sistem kehakiman negara kita. Ini disebabkan mekanisme penyelesaian pertelingkahan pelabur-negara (ISDS) yang terkandung dalam TPPA membolehkan pelabur asing mengabai dan memintas sistem kehakiman negara kita untuk mendakwa kerajaan kita dalam tribunal antarabangsa sekiranya kerajaan membuat dasar yang dikatakan menjejaskan keuntungan pelabur asing sedangkan dasar tersebut adalah untuk kepentingan rakyat.

Makan Malam Salam Perjuangan Petani Sungai Siput Gabungan Petani dan Penternak Sungai Siput, Perak, telah mengadakan program Makan Malam Salam Perjuangan pada 14 November yang lalu, untuk mengutip dana bagi perjuangan petani mempertahankan hak tanah di kawasan Sungai Siput. Jamuan makan malan tersebut mendapat sambutan meriah daripada penyokong PSM dari pelbagai tempat. Gabungan Selamatkan Petani dan Penternak Perak turut hadir untuk memberi sokongan solidariti kepada petani di Sungai Siput.


KHAS

4

Dis 2015 - Jan 2016

Sosialisme 2015 Reformasi atau Revolusi? Forum Sosialisme 2015 yang bertemakan “Reformasi atau Revolusi?” telah diadakan pada 21-22 November yang lalu di Kuala Lumpur. Perbincangan dalam forum tersebut agak hangat apabila para panel dan peserta forum membedah isu-isu penting dan mencari halatuju dalam perjuangan rakyat. Forum Sosialisme 2015 merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh PSM untuk kali ke-11. Forum

Sosialisme mula dianjurkan sejak tahun 2005. Forum tahun ini cuba mengkaji isu-isu dan situasi yang mencabar untuk gerakan rakyat di negara kita. Persoalan pokok yang cuba dibincang dan dijawab adalah “Adakah keadilan sosial dapat dicapai dan kesejahteraan rakyat terjamin dengan sekadar perubahan rejim ataupun kita perlukan perubahan secara total untuk sistem ekonomi politik?”

Halatuju politik Islam di Malaysia Dalam sesi pertama yang membincangkan topik “ Apakah halatuju untuk politik Islam di Malaysia?”, dua orang ahli panel, iaitu Dr. Mujahid Yusof Rawa (Ahli Parlimen kawasan Parit Buntar) dan Dr. Nasir Hashim (Pengerusi PSM), telah membincangkan pergolakan gerakan politik Islam yang membawa kepada perpecahan dalam parti PAS dan penubuhan parti baru AMANAH yang bergabung dalam Pakatan Harapan. Dr. Mujahid menegaskan bahawa Islam tidak boleh dibuang daripada peta perubahan yang kita hendak buat, kerana sudah termaktub dalam Perlembagaan bahawa Islam adalah agama rasmi Persekutuan, dan itu menjadi raison d'etre (sebab kewujudan) untuk negara ini. Maka, kita tidak boleh mengubah raison d'etre tetapi memberi semangat baru kepadanya. Dr. Mujahid juga berpandangan bahawa Islam memainkan peranan penting dalam memastikan keadilan dalam ekonomi

dan kesejahteraan rakyat. Dr. Nasir berpendapat bahawa politik Islam yang progresif mempunyai masa depan yang cerah. Sosialis boleh bekerjasama dengan golongan Islamis yang progresif demi membina masyarakat yang lebih adil. Dr. Nasir berkata, “kekuatan sesebuah parti itu berkisar pada kesungguhan memperkasakan potensi rakyat jelata kerana rakyat merupakan tulang belakang kepada ekonomi dan pembangunan negara. Rakyatlah menjadi sumber ilham dan aset negara dan semua berusaha melepaskan rakyat daripada cengkaman, penindasan, penganiayaan dan kemiskinan. Bukanlah membiarkan atau mengabaikan mereka kerana diri sudah diselaput dengan minda elitis dan menganggap rakyat miskin dan terpinggir sebagai liabiliti yang membebankan masyarakat dan negara. Semangat Revolusi menggamit pada setiap penjuru negara apabila rakyat sentiasa dijemput untuk bertukar pandangan dan dibekalkan dengan ilmu, analisis, tindakan dan pengalaman yang merangsang jiwa untuk berdikari, berintegriti, bermaruah dan berkeyakinan. ”

Melayu risau pada perubahan rejim? Terdapat sesi khas membincangkan topik “kerisauan Melayu terhadap pertukaran rejim”. Ahli panel untuk sesi ini adalah Mohd Rizal Jaafar (penulis bebas) dan Wong Chin Huat (penyelidik Penang Institute). Wong Chin Huat berpendapat bahawa tiada satu parti politik sekarang yang mengambil risiko untuk membincangkan pilihan politik pasca Dasar Ekonomi Baru kerana mahu menjaga perasaan kaum Melayu dan Bukan Melayu. Ketidakjujuran parti-parti politik ini menyebabkan kegelisahan Melayu berterusan. Orang Melayu takut pada perubahan kerana tiada keyakinan sesama sendiri antara kaum. Oleh itu, adalah perlu untuk parti politik yang menyatukan rakyat yang tertindas terdiri daripada pelbagai kaum. Menurut Mohd Rizal Jaafar, anak

muda Melayu sekarang tidak lagi percaya pada Dasar Ekonomi Baru, kerana mereka tidak mendapat apa-apa lagi daripadanya. Namun, tindakan afirmatif masih perlu dikekalkan, kerana daripada data yang ada menunjukkan bahawa jika tiadanya tindakan afirmatif untuk membantu golongan bawahan, maka tidak dapat mencapai keseimbangan dalam pengagihan kekayaan masyarakat. Walau bagaimanapun, tindakan afirmatif perlu diubah supaya lebih berkesan, dan ini tidak boleh dilakukan oleh rejim yang sama. Mohd Rizal juga berpendapat bahawa orang Melayu sekarang ini memang tiada pilihan, jikalau wujudkan opsyen maka akan bertukar arah. Oleh itu, adanya permintaan untuk politik yang dibawa oleh PSM dan membawa perubahan kepada rejim.

Pengalaman perubahan rejim di Asia Tenggara Sesi yang bertema “Reformasi atau revolusi? – Pengalaman pertukaran rejim di Asia Tenggara” dibincangkan oleh panel yang terdiri daripada Surya Anta (Parti Pembebasan Rakyat, Indonesia), Sonny Melencio (Partido Lakas ng Masa, Filipina) dan Sarasvathy (Timbalan Pengerusi PSM). Rantau Asia Tenggara telah menyaksikan kebangkitan kuasa rakyat yang menjatuhkan rejim kediktatoran pada penghujung abad yang lalu. Kebangkitan kuasa rakyat pada 1986 di Filipina, peristiwa berdarah Mei 1992 yang akhirnya menamatkan pemerintahan ketenteraan di Thailand dan gerakan Reformasi yang diterajui oleh anak muda sehingga menjatuhkan kediktatoran Suharto pada tahun 1998, merupakan pengalaman perjuangan rakyat yang amat penting untuk rantau ini. Namun, daripada pengalaman di negara jiran kita ini, perubahan rejim masih tidak mencukupi untuk mewujudkan keadilan sosial dan membebaskan rakyat bawahan daripada rantai pemerasan.

Surya Anta berpendapat bahawa gerakan kiri perlu menonjolkan posisi dalam mengkritik dan membawa idea-idea sendiri. Surya menegaskan kepentingan untuk memperkuatkan organisasi politik yang revolusioner untuk perjuangan sosialis dan memperkukuhkan keperluan untuk mempertahankan demokrasi. “Kita tidak boleh mengharapkan golongan reformis memperluaskan penyertaan rakyat dan membawa perubahan sosial, tetapi perlunya membina alternatif kiri melalui gerakan rakyat,” begitu katanya. Sonny berhujah bahawa sektarianisme menyebabkan gerakan kiri tidak dapat bersatu dan membentuk kekuatan yang mampu menggugat kekuasaan sistem yang sedia ada. Oleh yang demikian, golongan sosialis perlu mengetepikan perangai sektarian dan mencari titik persamaan untuk bekerjasama. Sarasvathy juga setuju bahawa golongan kiri perlu mengetepikan fahaman sektarian untuk membentuk kerjasama politik kiri.

ASEAN untuk kepentingan siapa? Satu lagi sesi membincangkan topik “ASEAN – Untuk korporat atau marhaen?”. Ahli Panel dalam sesi ini adalah Sonny Melencio (Partido Lakas ng Masa, Filipina), Janarthani (Pesticide Action Network Asia Pacific, PANAP) dan Sivarajan (Setiausaha Agung PSM). Malaysia menjadi pengerusi ASEAN untuk tahun 2015, dan pemimpin negara ASEAN sedang berusaha mewujudkan Komuniti Ekonomi ASEAN. Namun, integrasi ekonomi ASEAN nampaknya hanya menguntungkan golongan korporat, bukannya mendatangkan manfaat untuk rakyat. Janarthani berpendapat bahawa adalah penting untuk kita di Malaysia memahami proses dalam ASEAN, termasuklah memahami dan menghapuskan bahasa yang digunakan oleh elit pemerintah dan korporat, kerana bahasa itu bukan untuk kita memahami dan mereka yang berkuasa tidak mahu kita

memahaminya. Organisasi masyarakat sivil memainkan peranan dalam memperkasakan kebolehan rakyat untuk memahami dan mengambil bahagian dalam proses yang menentukan nasib semua orang. Sivarajan berkata bahawa ASEAN nampaknya berpisah daripada rakyat kerana ASEAN telah diculik oleh golongan elit korporat. Oleh itu, adalah penting untuk kita memiliki semula ASEAN dengan mempersoalkan kewujudannya, sama ada ia betul-betul menjamin kepentingan rakyat biasa atau hanya untuk keuntungan korporat. Sonny pula menegaskan kepentingan untuk membina solidariti antarabangsa tetapi pada masa yang sama membina gerakan perjuangan kelas di peringkat nasional untuk mewujudkan alternatif baru. (sambung di m/s 5)


Dis 2015 - Jan 2016

PERJUANGAN RAKYAT

5

Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Tamarai Holdings

Satu kemenangan untuk penduduk Gatco Pada 8 Disember yang lalu, Mahkamah Persekutuan mendapat tepukan gemuruh apabila panel 5 orang Hakim Mahkamah tertinggi di Malaysia menolak permohonan Tamarai Holdings berkenaan dengan isu tanah Kampung Gatco dan meminta keseluruhan kes dibicarakan semula di Mahkamah Tinggi. Keputusan ini mempunyai implikasi luas untuk perjuangan penduduk Kampung Gatco di Jempol, Negeri Sembilan. Ini merupakan satu kemenangan besar dan signifikan untuk para peneroka Gatco yang telah meneroka tanah ini sejak tahun 1970-an. Keputusan ini bermakna bahawa tindakan peneroka yang selama ini menghalang para penceroboh yang terdiri daripada mereka yang mendakwa diri sebagai pihak kontraktor, agensi Kerajaan Negeri, RELA dan polis, adalah tindakan yang betul dan berpatutan. Dengan keputusan ini, pembelian Tanah Gatco seluas 4,700 ekar oleh Tamarai Holdings pada tahun 2004 dengan harga RM 16 juta kini tidak lagi sah dan perlu diputuskan dalam satu perbicaraan penuh di (sambung dari m/s 4)

Masa depan politik yang cerah? Sesi yang paling hangat adalah tentang topik “Masa depan politik Malaysia: Pakatan Harapan atau Alternatif Kiri?”, dengan membariskan ahli panel seperti Maria Chin Abdullah (Pengerusi BERSIH 2.0), Liew Chin Tong (Ahli Parlimen DAP Kluang) dan Arutchelvan (AJK Pusat PSM). Maria Chin berpendapat bahawa gerakan sosial harus terdiri daripada pelbagai kaum dan kelas untuk mewujudkan kekuatan yang cukup dalam membawa perubahan rejim. Gerakan-gerakan sosial perlu bekerjasama dan mencari sekutu baru demi memperkuatkan gerakan untuk perubahan. Mengikut Liew Chin Tong, terdapat 3 arena di mana parti-parti politik bersaing, iaitu politik identiti (perkauman dan agama), pendemokrasian dan keadilan ekonomi. BERSIH memainkan peranan penting dalam memecahkan penumpuan pada arena politik perkauman. Liew berpandangan optimistik bahawa pakatan pembangkang akan menang dalam pilihanraya umum yang akan datang, dengan syarat parti-parti pembangkang membentuk gabungan yang lebih mantap dan program yang jelas sementara menyelesaikan perbezaan dalaman sebanyak mungkin. Liew berpendapat bahawa semua pergerakan politik patut duduk bersama dan membandingkan analisis masingmasing yang berbeza supaya kita dapat memahami keadaan perubahan dengan lebih jelas.

Mahkamah Tinggi. Selain daripada itu, Tamarai Holdings juga telah memberikan sebahagian tanah kepada Kerajaan Negeri Sembilan di mana Kerajaan Negeri pula telah menawarkan tanah tersebut kepada segelintir kecil Peneroka Gatco. Kini, keseluruhan tindakan terburuburu Kerajaan Negeri menjadi tanda soal memandangkan kesahihan pembelian oleh Tamarai Holdings telah dipertikaikan dan belum dimuktamadkan. Keputusan ini juga menggagalkan tindakan Tamarai Holdings yang cuba mendapat tanah secara jalan pintas tanpa melalui proses yang lebih telus dan panjang. Pada tahun 2003, syarikat Gatco muflis dan seperti dalam perjanjian asal, tawaran pertama harus diberikan kepada Peneroka Gatco untuk membeli tanah tersebut, tetapi satu muslihat berlaku di mana tanah tersebut dijual kepada Tamarai Holdings. Maka, bermulalah satu perjuangan berpanjangan peneroka Gatco untuk menyelamatkan tanah mereka.

Arutchelvan pula merasakan Pakatan Harapan memberi ilusi yang tidak nyata kepada rakyat bahawa pakatan pembangkang akan menang dalam pilihanraya umum dengan formula Pakatan Rakyat yang sedia ada. “Kita perlu berbincang dan menyelesaikan isuisu berkaitan dengan perkauman, bahasa dan agama yang memecahbelahkan gabungan politik pembangkang sebelum ini, sekiranya kita mahu membina gabungan yang mantap. Kita perlu jawapan untuk persoalan yang susah ini, tiada jalan pintas untuknya, ” demikian kata Arutchelvan. Selain sesi perbincangan panel, Forum Sosialisme tahun ini juga menayangkan dua buah filem, dengan judul “Di Sebalik Runcit” dan “In the Name of the Cup”. “Di Sebalik Runcit” menerokai isu kewujudan pasaraya besar yang mengancam survival kedai-kedai kecil. “In the Name of the Cup” pula mengisahkan penindasan terhadap rakyat bawahan di sebalik kemeriahan pertandingan bola sepak Piala Dunia. Sememangnya setiap sesi dalam Forum Sosialisme telah mengundang penyertaan dan perdebatan yang hebat di kalangan peserta. Banyak idea-idea telah dilontarkan dan merangsang pemikiran kita. PSM sentiasa terbuka kepada perbincangan dan pertembungan idea supaya gerakan perjuangan rakyat dapat mendapat manfaat daripadanya untuk terus mara ke hadapan. ##

Pada tahun 2004, satu kumpulan peneroka telah cuba mengetepikan pembelian oleh Tamarai Holdings di Mahkamah tetapi mereka kalah di semua peringkat sehinggalah Mahkamah Persekutuan pada 19 Mei 2010. Namun pada 18 Disember 2012, seramai 140 orang peneroka Gatco telah memfailkan satu kes baru dengan pelbagai bukti dan hujah baru di bawah Peguam R. Kengadharan. Namun pada 19 Jun 2013, Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan mereka. Pihak peneroka tidak berputus asa dan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan. Pada 25 Februari 2014, Mahkamah Rayuan telah memberikan satu keputusan yang berpihak kepada peneroka Gatco dan mengatakan bahawa terdapatnya pelbagai kesangsian dan pertikaian bagaimana Tamarai Holdings memperoleh tanah ini dan meminta keseluruhan kes dibicarakan semula. Sejak itu, pihak Tamarai Holdings pula membuat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan. Tamarai Holdings berhujah bahawa keseluruhan kes sudahpun diputuskan pada tahun 2010 dan tindakan baru ini hanyalah hujah yang sama dan perlu ditolak supaya Tamarai Holdings disahkan sebagai tuan tanah yang sah. Walaupun Mahkamah Persekutuan belum membuat keputusan, tetapi pelbagai pihak termasuk Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) dan kontaktor terus menceroboh tanah ini. Mereka juga dikawal dan diberi perlindungan oleh samseng, pihak polis dan RELA. Lebih 400 aduan polis telah dibuat oleh peneroka selain daripada memorandum dan sebagainya. Ramai peneroka juga telah ditahan dan dicederakan kerana mempertahankan tanah mereka dan meneruskan perjuangan membela 8 ekar tanah mereka. Akhirnya satu injuksi telah diperolehi untuk tidak membenarkan manamana pihak membuat kerja termasuk menebang pokok di kawasan kampung. Pada 8 Disember yang lalu, Mahkamah Persekutuan telah

bersetuju dengan Mahkamah Rayuan dan menolak permohonan Tamarai Holdings. Panel hakim 5 orang yang mengadili kes ini diketuai oleh Hakim Zulkefli bin Ahmad Makinudin dan panel lain adalah Hakim Richard Malanju, Hakim Balia Yusof Wahi, Hakim Ramly Haji Ali dan Hakim Zaharah binti Ibrahim. Pihak Peneroka pula diwakili oleh R.Sivarasa dan R. Kengadharan. Para hakim membuat keputusan 5-0 menolak permohonan Tamarai Holdings di mana mereka mengatakan demi kebaikan keadilan, maka adalah perlu untuk kes dibicarakan sepenuhnya supaya semua isu yang wujud dalam pertikaian dan pertelingkahan dapat diteliti untuk mencapai keputusan. Keputusan ini disambut dengan tepukan gemuruh di dalam mahkamah. Kemudian di luar mahkamah, para peneroka Gatco menjerit “Hidup Gatco!” dan saling berpelukan secara gembira. Suasana di Istana Kehakiman dimeriahkan dengan tepukan dan tangisan kemenangan. Perjuangan peneroka Gatco mempertahankan 8 ekar tanah mendapat sedikit kemenangan walaupun bukan kemenangan muktamad. PSM menganggap ini adalah satu keputusan yang penting dan merayu pada para peneroka Gatco supaya bersatu untuk berjuang bersama sehingga kemenangan akhir. Para peneroka yang tidak bersama dalam perjuangan ini kerana pelbagai sebab, harus mengambil keputusan ini sebagai satu langkah ke depan dan bersama-sama berjuang untuk 8 ekar tanah. PSM juga berharap Kerajaan Negeri Sembilan mengambil pendekatan secara halus supaya berbincang secara ikhlas dengan wakil peneroka dan menyelesaikan masalah Gatco yang berlarutan untuk lebih 40 tahun. Tidak ada kemenangan tanpa perjuangan. Tidak ada perjuangan tanpa pengorbanan. Perjuangan dan pengorbanan peneroka Gatco mendapat satu kemenangan yang bermakna. Perjuangan akan diteruskan. (oleh S.Arutchelvan)


FOKUS

6

Dis 2015 - Jan 2016

TPPA mengundang impak serius Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) yang telah dipersetujui oleh 12 buah negara dan akan ditandatangani oleh negara Malaysia, bukan sahaja satu perjanjian yang berkaitan dengan perdagangan. Ia lebih merupakan satu perjanjian untuk memperluaskan hak-hak pelabur asing, maka ia adalah rang undang-undang hak pelabur bukannya rakyat!

SME Tempatan Terdapatnya banyak perusahaan kecil dan sederhana (SME) di negara kita yang akan menerima kesan negatif daripada TPPA. Antara hak-hak yang diberikan kepada pelabur asing adalah: 1. “Layanan Nasional” (National Treatment) Ini bermakna pelabur asing mesti diberi layanan yang tidak kurang daripada apa yang diberikan kepada pelabur tempatan. Ertinya, manamana sektor yang dibuka untuk pelabur tempatan harus juga dibuka untuk pelabur asing, termasuklah perolehan kerajaan. 2. “Layanan standard minimum”(Minimum Standard of Treatment) Ini bererti pelabur asing harus diberi perlindungan yang lengkap. 3. Kebebasan yang penuh untuk menghantar ke luar negara segala untung yang diperolehi daripada perniagaan di dalam Malaysia. Kerajaan kita tidak boleh mengenakan sebarang sekatan ataupun syarat

untuk melabur balik sebahagian daripada keuntungan ini. 4. Bebas daripada syarat-syarat seperti Syarat mengeksport sebahagian daripada pengeluaran syarikat asing; Syarat menggunakan bahanbahan tempatan dalam syarikat itu; Syarat memindahkan teknologi kepada pekerja tempatan; Syarat bahawa sebahagian daripada lapisan pengurusan harus diisi oleh orang tempatan. 5. Hak untuk menghadap kerajaan kita ke Tribunal Antarabangsa jika kerajaan tidak mematuhi manamana hak pelabur yang tertera dalam Perjanjian TPPA ini. Kerajaan kita tidak mempunyai pilihan untuk tidak bersetuju pergi ke Tribunal. Kerajaan perlu dihadap ke Tribunal jika manamana pelabur asing memfailkan tuntutan, dan keputusan Tribunal ini adalah muktamad. Impak TPPA terhadap SME Pada takat ini, wujudnya banyak SME di Malaysia. Antara mereka adalah SME yang memberi perkhidmatan perakaunan, kesetiausahaan,

Biologik: 5 tahun, 8 tahun ataupun 25 tahun?? Dalam teks TPPA, terdapatnya dua fasal berikut: Article 18.52: Biologics 1 (b) With respect to the first marketing approval in a Party (country) of a biologic, a party shall provide effective market protection through i) Implementation of article 18.50.1 for a period of at least 5 years from the date of first marketing approval of that product in that party. ii) Through other measure. . . Article 18.50: Protection of Undisclosed Test Data 1 (a) If a Party requires, as a condition for granting marketing approval for a new pharmaceutical product, the submission of undisclosed test or other data concerning the safety and efficacy of the product, that Party shall not permit third persons to market the same or similar product for at least 5 years from the date of marketing approval of that product.

Apa itu ubat “biologik”? Ubat-ubat biologik merupakan ubatubat cangih yang amat berkesan dalam merawat beberapa jenis penyakit. Ciri-ciri ubat-ubat “biologik” Adalah bahan protein yang harus disuntik. Dibuat oleh sel-sel yang ditumbuh dalam “tabung uji” Teknologi “DNA Rekombinan” digunapakai untuk memasukkan DNA tertentu ke dalam genom sel-sel yang tumbuh itu supaya sel itu mengeluarkan protein-protein tertentu melalui ribosom sel-sel itu. Mengapa pula perlu Artikel 18.52 dalam TPPA? Perlindungan pasaran efektif - 5 tahun Paten - 20 tahun Melanjutkan tempoh monopoli syarikat farmasi gergasi Kesan Fasal 18.52 dan 18.50 adalah perlanjutan monopoli syarikat farmasi besar. Mereka sedang menikmati

“Biologik” yang sedang digunakan di Malaysia? Nama Ubat Forteo (Teripamide)

Penyakit dirawati Osteoporosis

Herceptin (Trastuzumab)

Barah payudara

Etanercept

Psoriasis Rheumatoid Arthritis

Rituximab

Analog Insulin

Lymphoma Transplant rejection Rheumatoid Arthritis Diabetes

Mekanisme Kuman E coli digunakan untuk mengeluarkan hormon Parathyroid Hormone Monoclonal antibodies terhadap satu protein yang terdapat pada permukaan sel-sel barah Kultur “chinese hamster ovary cell” digunakan untuk mengeluarkan sejenis protein yang dapat menangkap “Tumour Necrosis Factor” dalam darah pesakit. Kultur “Chinese hamster ovary cell” dipakai untuk keluarkan antibody terhadap antigen CD20 di permukaan sel lymphocyte. Kultur yis dan E coli diguna

Harga RM 1450 sebulan RM 280,000 setahun

RM 70,000 setahun

RM 136 sebulan** ** Kerana Humilin (juga insulin rekombinan) telah habis tempoh patennya dan berada di pasaran Malaysia! Semua ubat-ubat di atas dilindungi oleh paten di Malaysia pada takat ini.

Impak atau kesan negatif TPPA terhadap rakyat negara kita adalah amat meluas dan mendalam. Marilah kita melihat impak TPPA daripada beberapa aspek. penilaian tanah, makmal perubatan dan sebagainya. Mengikut perjanjian TPPA, kerajaan kita perlu meluluskan permohonan sebuah syarikat Amerika Syarikat (AS) untuk membuka bisnes di negara kita, umpamanya membekalkan perkhidmatan kesetiausahaan. Tiada halangan untuk syarikat daripada AS untuk buka satu jaringan pejabat di beberapa bandar di Malaysia. Pejabatpejabat yang canggih dan dihubungkan dengan ibupejabat mereka di Kuala Lumpur melalui internet and skype supaya pandangan pakar boleh diperolehi dengan lancar. Adalah berkemungkinan besar bahawa jaringan canggih seperti ini boleh menghakis bisnes SME-SME tempatan yang memberi perkhidmatan yang sama. Ini lebih kurang sama dengan apa yang sedang berlaku pada kedai-kedai runcit tempatan akibat perkembangan supermarket dan hypermarket. Situasi yang sama mungkin akan mengancam SME di sektor-sektor lain juga.

monopoli selama 20 tahun di bawah undang-undang yang sedia ada. Syarat-syarat baru dalam TPPA memberi mereka satu tempoh monopoli yang lebih panjang. Adakah ini perlu? Kepentingan siapa dilindungi? Rakyat, kerajaan, ataupun syarikat gergasi? Melambatkan kemasukan “Biosimilar” Ubat biosimilar adalah ubat biologik yang hampir serupa dengan ubat biologik yang asal. Ia serupa dengan ubat “generik” untuk ubat biasa. Umpamanya, satu syarikat di Korea Selatan sudah menyediakan “biosimilar” untuk “Rituximab” yang akan lupus patennya di Malaysia tahun depan. Jika syarikat Korea ini dapat kelulusan masuk ke pasaran Malaysia, ia akan menjual ubatnya dengan harga mungkin 50% harga Rituximab. Sudah tentu, jika itu berlaku, Roche, syarikat yang menikmati monopoli menjual Rituximab untuk 20 tahun yang lalu, akan rasa tekanan menurunkan harga jualan ubat itu. Persaingan antara dua syarikat ni akan mengurangkan harga ubat ini dan ramai lagi pesakit kita akan dapat dirawat. Tetapi Artikel-artikel 18.52 dan 18.50 dalam TPPA akan memanjangkan tempoh monopoli syarikat pengeluar ubat asal untuk 5 tahun ataupun selama yang mungkin.

Impak pada pesakit Malaysia Peruntukan dalam Belanjawan 2016 untuk pemerolehan ubat-ubatan bagi hospital-hospital kerajaan adalah RM 1.596 bilion untuk semua pesakit yang dirawat di hospital-hospital kerajaan.

Apakah masalahnya jika rakyat kita dapat perkhidmatan yang lebih canggih dan efisien? Masalahnya adalah ekonomi tempatan akan dimiskinkan. Pemilik SME-SME bermastautin di kawasan di mana dia berniaga. Dia hidup di situ. Dia berbelanja di situ dan ini memberi peluang bisnes untuk peniaga-peniaga kecil yang lain - daripada pemandu teksi, peniaga di pasar malam, kedaikedai makan dan sebagainya. Tetapi apabila SME-SME ini digantikan oleh satu jaringan antarabangsa, keuntungan tidak lagi dikitarkan semula di bandar-bandar tempatan tetapi akan disalurkan ke luar negara. Pasaran tempatan menjadi cetek. Ini akan menjejaskan perkembangan ekonomi tempatan. Ini akan memiskinkan masyarakat kita. Star SMEBiZ 23/11/2015 telah melaporkan bahawa Presiden Persatuan SME Malaysia, Michael Kang Hua Kuong meramalkan bahawa 30% daripada 650,000 SME di Malaysia akan menggulung tikar dalam jangka masa dua tahun selepas TPPA disahkan.

Ini merupakan satu jumlah yang besar, tetapi terhad. Dan jika ada ubat-ubat yang sangat mahal, Kementerian Kesihatan menggunakan beberapa kaedah untuk mengendalikan isu kos tinggi: Pencatuan ubat di mana hanya sebilangan pesakit sahaja yang akan diberi ubat itu; untuk kes di mana beberapa ubat diguna serentak, kementerian meminta pesakit membeli satu daripada 3 atau 4 ubat yang perlu diguna. Ertinya, apabila harga ubat meningkat, ataupun disekat daripada turun akibat persaingan antara syarikat-syarikat farmasi, sebilangan pesakit kita tidak akan menerima rawatan yang sempurna kerana peruntukan untuk Kementerian Kesihatan tidak dapat menampung kos. “Evergreening” Article 18.37 2 . . . . . each Party confirms that patents are available for inventions claimed as a new use of a known product, … Ubat biologik “Etanecerpt” telah berjaya mendapatkan paten baru di Amerika Syarikat bermula 2012 selepas Paten pertamanya lupus setelah habis tempoh 20 tahun. Perlindungan pasaran efektif - 5 tahun Paten - 20 tahun Evergreening - 20 tahun Impak TPPA adalah perlanjutan tempoh monopoli yang dinikmati oleh syarikat farmasi dan akan membawa kesan negatif kepada pesakit kita. (sambung di m/s 7)


Dis 2015 - Jan 2016

FOKUS

7

“Peta jalan” Perjanjian TPPA 2010 - Malaysia menyertai perundingan bersama 11 negara yang lain. Antara syarat penyertaan adalah berjanji merahsiakan kandungan perundingan sehingga perundingan selesai. Ahli Parlimen di semua 12 negara tidak dibenarkan untuk membaca teks TPPA yang dirundingkan. 5 Oktober 2015 - Perundingan antara Menteri-menteri Perdagangan selesai dan persetujuan ditandatangani oleh Menteri Perdagangan atau wakil mereka. 5 November 2015 – Teks penuh TPPA diumumkan. Ia mengandungi 30 bab dengan 600 muka surat dan juga beratus-ratus muka surat dengan lampiran, pengecualian, jadual-jadual barangan dan lain-lain. Keseluruhan teks lengkap TPPA mengandungi lebih 6000 muka surat. Teks penuh tersebut terdapat dalam Bahasa Inggeris, Perancis dan Sepanyol. Mengikut Perlembagaan Malaysia, Jawatankuasa Menteri boleh membuat keputusan untuk menyertai mana-mana perjanjian antarabangsa tanpa meminta izin Parlimen. Tetapi untuk TPPA, kerajaan telah bersetuju untuk membentangkan

teks TPPA di Dewan Rakyat pada 26 Januari 2016 untuk dibahaskan dalam masa dua hari. 8 Februari 2016 - Perdana Menteri atau Presiden kesemua 12 negara yang sertai TPPA akan berkumpul di New Zealand dan menandatangani Perjanjian ini. Feb 2016 hingga Feb 2018 - Semua 12 negara dikehendaki mengubahsuai undang-undang dalam negara masing-masing supaya selaras dengan peruntukan teks TPPA. Di Malaysia, kita kena meminda 12 Akta. Umpamanya, kita harus memasukkan hukuman penjara dalam Akta Hak Cipta negara kita untuk pekedai fotostat yang buat salinan buku tanpa izin pengarangnya! Pada takat ini, hanya hukuman membayar pampasan untuk kesalahan ini. Selepas Feb 2018 - Satu pasukan dari Amerika Syarikat akan melawat semua 11 negara untuk memastikan mereka semua sudah menjalankan kewajipan mereka untuk mengubahsuai undang-undang domestik mereka supaya selaras dengan semangat TPPA. Selepas itu TPPA akan dilaksanakan.

Siapakah yang bohong? Kerajaan Harga ubat tidak akan naik

Kumpulan yang bantah TPPA Harga ubat tidak akan naik pada saat kita tandatangani TPPA. Tetapi, oleh kerana syarat-syarat TPPA membuka ruang untuk syarikat ubat memanjangkan tempoh paten dari 20 tahun (sekarang) sampai ke 48 tahun (rejim TPPA), harga ubat tentu akan naik.

Syarat Eksklusiviti Data tidak akan memanjangkan tempoh monopoli ubat 5 tahun kerana ia diliputi oleh tempoh paten selama 20 tahun yang sedia ada.

Syarikat ubat gergasi akan menggunakan syarat Eksklusiviti Data untuk mendapatkan monopoli 5 tahun. Pada penghujung tempoh itu, mereka akan memohon paten untuk mendapatkan 20 tahun lagi monopoli.

IKS (Industri Kecil dan Sederhana) dari Malaysia boleh menebusi pasaran AS, Kanada dan Jepun.

Jangan mimpi! En Michael Kang, Presiden Persatuan IKS Malaysia telah meramalkan bahawa 30% daripada 650,000 ahlinya akan gulung tikar dalam dua tahun selepas pelaksanaan TPPA.

Kajian Price Water Cooper (PWC) menyatakan bahawa Malaysia akan menarik lebih banyak FDI (Pelaburan Asing) selepas TPPA dimeterai.

Apakah faedahnya pada rakyat biasa jika harga ubat dan pendidikan melambung naik, dan ramai peniaga kecil dijadikan muflis? Pengagihan pendapatan negara Malaysia akan jadi lebih tidak seimbang.

PWC meramalkan bahawa GDP Malaysia akan meningkat lebih pesat selepas kita sertai TPPA.

Adakah ini benar? Apakah “andaian” yang digunapakai dalam model komputer PWC? Adakah kemungkinan 30% daripada IKS kita gulung tikar diambilkira oleh model ini? Adakah impak pengaliran keluar keuntungan syarikat (kerana syarikat asing yang menggantikan IKS kita akan membawa keluar sebahagian besar daripada keuntungan mereka) diambilkira?

Hak untuk pelabur menghadapkan kerajaan kita ke Tribunal Antarabangsa (ISDS Investor State Dispute Settlement) wujud sebelum ini juga. Mengapa menghebohhebohkan perkara ini?

Benar, ISDS wujud. Tetapi TPPA mewujudkan banyak lagi “hak-hak” untuk pelabur asing yang boleh dikuatkuasakan dengan kaedah ISDS ini. Umpamanya, jika kerajaan kita enggan memenjarakan si pekedai fotostat yang buat salinan buku tanpa izin, pemilik hak cipta boleh menghadapkan kerajaan ke Tribunal Antarabangsa dengan alasan kegagalan kerajaan Malaysia telah menyebabkan kerugian beberapa juta ringgit.

Kita tidak boleh mengasingkan diri daripada sistem ekonomi antarabangsa

Betul. Kita perlu perdagangan antarabangsa. Sekarang pun kita mengeksport 60% daripada GDP kita. Tetapi TPPA ini adalah jauh lebih daripada perjanjian perdagangan sahaja. Ia menembusi ekonomi dalaman kita dan mewujudkan banyak hak baru untuk syarikat AS dan Jepun!

Pihak pembangkang sedang mempolitikkan isu TPPA yang sebenarnya adalah untuk kebaikan anak-cucu kita.

Pihak yang bantah benar-benar khuatir kedaulatan negara kita dikompromi dan rakyat jelata akan menanggung kos hidup yang jauh lebih berat.

(sambung dari m/s 6)

Pengetatan undang-undang hak cipta untuk buku rujukan Perjanjian TPPA akan menjadikan undang-undang berkaitan dengan hak cipta (copyright) buku jauh lebih ketat. Ini termasuklah: Tempoh hak cipta dilanjutkan daripada 50 tahun ke 70 tahun selepas kematian pengarang buku. Hak cipta buku boleh dipajak ataupun dijual kepada pihak-pihak ketiga yang akan menikmati segala kelebihan daripada hak cipta itu. Penjenayahan terhadap amalan fotostat sebahagian bukubuku teks dengan o Mengenakan hukuman penjara terhadap pihak yang melakukannya. Article 18.77 (1): Each Party shall provide criminal procedures and penalties in cases of wilful copyright piracy. Article 18.77 (6)(a): Each Party shall provide penalties that include sentences of imprisonment as well as monetary fines sufficiently high to provide a deterrent to future acts of infringement. o Mengkehendakkan kerajaan semua 12 negara yang terlibat menggubal undang-undang untuk merampas dan memusnahkan alat-alat yang dipakai untuk buat fotokopi. Article 18.77 (6)(c): Each Party shall provide for the seizure of suspected pirated copyright goods and the implements used in the commission of the alleged offence. Article 18.77 (6)(e): Each Party

shall provide for the authority to order the destruction of pirated copyright goods and the implements used in the commission of the offence. Wujudnya kemungkinan besar bahawa Dana Pelaburan Asing (Vulture Funds) akan membeli hak cipta sejumlah buku teks untuk beberapa bidang pelajaran daripada pengarang asal. Dan setelah itu menyewa secara francais dan mengutip royalti untuk buat fotokopi daripada buku-buku ini kepada pihak-pihak seperti Ah Long di negara-negara lain. Pihak Ah Long yang menyewa francais ini boleh membuka kedai-kedai fotostat di mana buku-buku ini dapat difotostat tetapi dengan harga yang tinggi – mungkin RM 1 per mukasurat ataupun lebih. Pihak Ah Long yang memegang francais harus mendakwa satu atau dua orang yang buat fotokopi melalui pihak yang lain untuk mewujudkan pasarannya. Hukuman berat terhadap “kesalahan” ini akan menakutkan orang awam dan juga pemilik kedai fotostat. Akhirnya, pelajar terpaksa pergi ke pusat fotostat milik Ah Long sahaja untuk melakukan fotokopi. Kesemua ini tidak berlaku sebaik sahaja Perjanjian TPPA diratifikasikan. Tetapi dalam tempoh masa 10 ataupun 20 tahun, sudah tentu perkembangan seperti ini akan berlaku dan pelajar kita akan dibebankan dengan kos yang tinggi. ##

Ingat lagi isu GST? Kita semua tahu daripada pengalaman pahit kita bahawa jaminan ini kelentong sahaja! DAP Sungai Siput biasanya memberi 120 hamper dengan barangan biasa seperti beras, minyak masak, gula dan sebagainya setiap kali perayaan Deepavali. Tahun lalu, kos untuk 120 unit hamper adalah RM 4500. Tahun ini, 120 hamper dengan kandungan yang sama berharga RM 5300! Peningkatannya 17.7%! Sebelum GST dilaksanakan, beberapa pegawai tinggi Kastam telah memberitahu kita bahawa oleh kerana beberapa barangan dikecualikan daripada bayaran GST dan cukai SST (Sales and Services Tax) sebanyak 10% dimansuhkan, kenaikan harga barang untuk rakyat biasa hanya 2.3% sahaja.

Siapakah pihak yang menipu rakyat dalam isu GST – Kerajaan ataupun mereka yang katakan “tak nak”? Anda boleh melayari teks penuh TPPA di laman web berikut: www.mfat.govt.nz/Treaties-andInternational -Law/01-Treaties-for which-NZ-is-Depository/0-TransPacific-Partnership-Text-php

Apakah yang harus anda lakukan? Baca tentang TPPA dan impaknya kepada kita semua. Bincangkan isu TPPA dengan saudara-mara dan kawankawan. Berjumpa dengan Ahli Parlimen di kawasan anda. Minta Ahli Parlimen anda membantah TPPA

dalam Dewan Rakyat. Sertai sebarang aksi bantahan terhadap TPPA. Suarakan bantahan anda terhadap TPPA dengan menulis, menghantar mesej melalui whatsapp, twitter dan sebagainya kepada ahli-ahli parlimen dan Perdana Menteri. ##


NASIONAL

8

Dis 2015 - Jan 2016

Imbas kembali 2015 1MDB dan derma RM 2.6 bilion Skandal yang melibatkan syarikat 1MDB tidak habis-habisan dengan hutang syarikat tersebut sudah mencecah RM 42 bilion. Skandal yang melibatkan PM Najib Razak ini juga mendedahkan perbalahan antara puak-puak dalam UMNO untuk merebut kuasa. Wang sejumlah RM 2.6 bilion yang dikatakan sebagai “derma” oleh Najib telah dipindahkan ke dalam akaun bank atas namanya sendiri, sehingga menimbulkan pelbagai persoalan tentang sumber dan tujuan kegunaan wang tersebut. Sehingga hari ini, Najib masih tidak dapat memberikan penjelasan yang dapat membersihkan namanya daripada skandal “derma” RM 2.6 bilion dan 1MDB, maka timbulnya pelbagai spekulasi. Apa yang pasti, integriti pentadbiran di bawah Najib telah menjadi persoalan besar untuk seluruh rakyat Malaysia, dan seruan untuk Najib meletak jawatan berterusan. Berikutan kritikan daripada pelbagai

Anwar dipenjarakan Anwar Ibrahim telah dipenjarakan selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan pensabitan ke atas Anwar dan hukuman penjara selama 5 tahun. Pemenjaraan Anwar Ibrahim dianggap oleh banyak pihak bahawa ini

pihak, termasuklah pemimpin dalam parti UMNO itu sendiri, Najib telah menggantikan posisi Timbalan Perdana Menteri yang dipegang oleh Muhyiddin Yassin dengan Ahmad Zahid Hamidi. Tindakan terdesak ini menunjukkan pentadbiran Najib semakin hari semakin tertekan dengan kritikan yang mengegarkan kedudukan dan kekuasaannya. Najib juga berusaha untuk memperkukuhkan kuasa PM dengan membentangkan dan meluluskan secara melulu Akta Majlis Keselamatan Negara yang memberi kuasa yang lebih banyak kepada PM untuk menyekat kebebasan rakyat atas nama keselamatan negara. merupakan satu keputusan bermotifkan politik dan menjejaskan kewibawaan sistem kehakiman di negara kita. Beberapa orang yang mengkritik keputusan penghakiman ke atas Anwar telah ditangkap dan didakwa di bawah Akta Hasutan, antaranya termasuklah pimpinan Parti Sosialis Malaysia (PSM), Arutchelvan.

Penangkapan dan pendakwaan di bawah akta-akta zalim Kerajaan di bawah pimpinan Najib telah melakukan pelbagai “transformasi” pada satu tahun yang lepas, dengan memperkenalkan akta zalim baru dan memperketatkan akta zalim yang sedia ada untuk menyekat ruang bersuara dan demokrasi di negara kita. Akta Pencegahan Keganasan (POTA) mengembalikan unsur-unsur penahanan tanpa bicara seperti yang terdapat dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum ini. Akta Hasutan juga dipinda untuk memperketatkan undang-undang zalim tersebut dan memperkenalkan hukuman yang

Jerebu Negara kita setiap tahun akan dikunjungi jerebu, dan ancaman jerebu mencatatkan tahap yang paling serius pada tahun 2015. Jerebu yang timbul akibat daripada kebakaran hutan tanah gambut di Sumatra, Indonesia, telah ditiup ke Malaysia dan Singapura. Ini telah mendatangkan ancaman kepada kesihatan rakyat. Sekolah ditutup dan ekonomi terjejas. Jerebu berpunca daripada pembangunan ekonomi kapitalis

lebih berat. Akta zalim seperti Akta Hasutan terus digunakan untuk menahan dan mendakwa aktivis yang mengkritik kerajaan. Antaranya adalah penahanan Khalid Ismath pada bulan Ogos yang lalu, hanya kerana tulisannya dalam laman media sosial facebook. Khalid Ismath juga dinafikan ikat jamin apabila didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada awalnya, tetapi selepas kempen menuntut pembebasannya yang berterusan, Khalid dibenarkan untuk dibebaskan dengan ikat jamin oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru. yang mementingkan keuntungan. Kesejahteraan rakyat dan alam sekitar telah dibelakangkan. Pelaku utama yang menyebabkan pencemaran udara yang teruk ini adalah syarikat-syarikat ladang di Indonesia milik kapitalis Indonesia, Singapura dan Malaysia yang bersekongkol dengan kerajaan mereka masing-masing, serta projek-projek pembangunan ekonomi yang tidak mampan. Selagi kerajaan di rantau Asia Tenggara masih meneruskan corak pembangunan yang tidak mampan sebegini, kita akan dihantui lagi oleh jerebu setiap tahun.

Kemelut dalam PAS dan Pakatan Rakyat Pada masa rejim pemerintah UMNO-BN dilanda krisis yang serius, nampaknya gabungan partiparti pembangkang aliran utama gagal memberikan cabaran yang menggugat kepada rejim pemerintah. Sebab utamanya adalah masalah dalaman Pakatan Rakyat yang melibatkan perebutan kuasa dan pertelingkahan remehtemeh sehingga Pakatan Rakyat itu terkubur. Pemilihan pimpinan PAS menyaksikan kumpulan yang dianggap sebagai progresif mengalami kekalahan teruk, sehingga ramai daripada mereka membentuk parti baru, AMANAH. Setelah Pakatan Rakyat dibubarkan akibat daripada percanggahan antara DAP dan PAS, PKR, DAP dan AMANAH telah cuba menghidupkan semula formula kerjasama Pakatan Rakyat dengan membentuk gabungan parti politik baru yang digelar Pakatan Harapan. Pakatan Harapan yang baru dibentuk hanya merupakan formula campuran lama Pakatan Rakyat yang ditubuhkan dari 2008 hingga

BERSIH 4 Kuala Lumpur digegarkan oleh gelombang kuning pada 29-30 Ogos yang lalu, apabila lebih 200,000 orang turun ke jalanraya dalam aksi protes BERSIH 4 yang berlarutan untuk 2 hari. BERSIH 4 mencipta sejarah apabila ribuan rakyat yang turun beraksi telah bermalam di jalanan untuk menuntut pilihanraya yang bersih. Pemangkin untuk aksi BERSIH 4 adalah skandal penyaluran wang sebanyak RM 2.6

2015, dengan keanggotaan partiparti yang sama tetapi lebih kecil, kerana hanya serpihan daripada PAS yang menyertainya. PAS yang dikuasai oleh puak ulama yang konservatif pula cuba berjinak dengan UMNO dan hanya tumpu pada penyokongnya yang sedia ada, khususnya di Pantai Timur. Sememangnya rakyat biasa sudah bosan dan mual dengan sandiwara politik tikam-menikam sesama sendiri dalam parti-parti pembangkang aliran utama yang sedia ada. Selagi parti-parti politik pembangkang aliran utama tidak menunjukkan keseriusan mereka dalam memperjuangkan perubahan sosial dan membina alternatif yang berbeza sama sekali dengan rejim UMNO-BN, adalah mustahil untuk terus meraih sokongan majoriti rakyat dan merealisasikan perubahan rejim. Jika berubah rejim yang menguasai Putrajaya pun, nasib rakyat biasa tidak akan berubah sekiranya acuan pemerintahan masih tidak berbeza dengan rejim sekarang ini. bilion ke dalam akaun peribadi PM Najib, di mana dipercayai wang tersebut digunakan untuk kempen Pilihanraya Umum ke13. Oleh yang demikian, seruan untuk Najib undur daripada jawatannya sebagai PM adalah amat kuat. Aksi himpunan BERSIH 4 telah memberi tekanan hebat kepada rejim UMNO-BN pimpinan Najib, sehingga terdesak untuk melabelkan himpunan BERSIH 4 didominasi kaum cina dan sebagainya.

Baju Merah dan politik perkauman Melayu”. Himpunan yang Sebagai reaksi kepada himpunan BERSIH 4, puak-puak yang menyokong pimpinan Najib telah mengapi-apikan sentimen perkauman dan menganjurkan satu himpunan berbaju merah yang digelar sebagai “Himpunan Maruah

Krisis pelarian Rohingya Krisis kemanusiaan bot-bot yang membawa orang Rohingya dan Bangladesh telah menimbulkan persoalan tentang gejala pemerdagangan manusia dan dasar kerajaan kita terhadap pelarian. Masalah yang dihadapi oleh pelarian Rohingya dan migran dari Bangladesh terdedah apabila tersebarnya berita tentang bot-bot yang membawa ribuan orang Rohingya dan Bangladesh tidak dibenarkan mendarat di negara Thailand, Indonesia dan Malaysia. Negara Malaysia masih tidak mengakui status pelarian dan tiada dasar untuk membantu pelarian

digerakkan oleh politikus murahan dan penyokong Najib tersebut memang jelas merupakan tindakan terdesak rejim di bawah pimpinan Najib untuk mengalihkan perhatian daripada isu pokok kepada masalah perkauman yang sengaja diapi-apikan. kerana tidak menandatangani Konvensyen Pelarian 1951. Setelah desakan daripada masyarakat sivil yang prihatin pada situasi pelarian yang terkandas dalam lautan, kerajaan Malaysia dan Indonesia akhirnya bersetuju untuk memberi perlindungan sementara kepada pelarian Rohingya dan migran dari Bangladesh yang datang dengan bot. Namun, krisis kemanusiaan yang melibatkan pelarian tidak akan selesai sekiranya kerajaan serantau termasuk Malaysia tidak mengambil serius dan mewujudkan dasar jangka masa panjang untuk mengiktiraf pelarian. (sambung di m/s 9)


Dis 2015 - Jan 2016

NASIONAL

9

(sambung dari m/s 8)

Gatco Petani Perak berjuang untuk hak tanah Perjuangan Kampung Gatco yang terletak di

Perjuangan petani di negeri Perak masih berterusan. Ramai petani menghadapi pengusiran paksa daripada pihak-pihak seperti syarikat milik kerajaan negeri, pemaju swasta dan kerajaan negeri. Pada 5 Ogos yang lalu, seramai 300 orang petani dan aktivis telah berprotes di hadapan Bangunan Kerajaan Negeri Perak, dengan tuntutan supaya Menteri Besar Perak berjumpa dengan petani untuk membincangkan masalah pengusiran yang sedang dihadapi oleh para petani di Perak dan mencari jalan penyelesaian yang adil. Namun, Menteri Besar Perak, Zambry Abdul Kadir, langsung tidak menghirau keluhan para petani, malah seramai 30 orang yang berprotes di hadapan Pejabat Kerajaan Negeri telah ditangkap

pada hari itu.

Pada bulan Mac yang lalu, Dr. Jeyakumar Devaraj, Ahli Parlimen PSM untuk kawasan Sungai Siput, telah mengusulkan satu rang undang-undang ahli persendirian untuk meminda Kanun Tanah Negara 1965, supaya dapat melindungi rezeki petani kecil dan menyelesaikan masalah tanah berkaitan dengan petani kecil, serta memperkukuhkan sara diri pengeluaran makanan di negara kita. Namun, cadangan rang undang-undang tersebut telah ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat. Selagi hak tanah petani tidak terjamin dan ancaman pengusiran masih berterusan, perjuangan para petani akan berterusan.

Jempol, Negeri Sembilan, menghadapi pencerobohan yang berterusan oleh pemaju tanah Thamarai Holdings. Setiap kali penduduk Getco cuba menghalang pencerobohan ini, pihak Polis bersekongkol dengan pihak syarikat dan menganiayai penduduk di Kampung Gatco. Dengan bantuan daripada PSM, penduduk Gatco telah mengadu kepada beberapa pihak termasuk Bukit Aman dan SUHAKAM. Penduduk akhirnya mendapat satu

TPPA dipersetujui Wakil kerajaan 12 buah negara yang terdiri daripada Malaysia, Amerika Syarikat, Jepun, Kanada, Australia, New Zealand, Chile, Peru, Mexico, Singapura, Brunei dan Vietnam, telah mencapai kata sepakat untuk menandatangani Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) pada 5 Oktober yang lalu di Atlanta. Negara-negara yang bersetuju dengan TPPA akan meluluskan TPPA untuk

kemenangan penting apabila Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan untuk kes berkenaan dengan tanah Gatco dibicarakan semula di Mahkamah Tinggi.

pelaksanaan melalui proses perundangan masing-masing. Dengan teks penuh TPPA yang diumumkan sebulan selepas pencapaian persetujuan, telah terbukti bahawa kebimbangan tentang hak rakyat akan digadaikan dengan TPPA itu adalah sesuatu yang nyata. TPPA merupakan suatu alat untuk penjajahan ekonomi yang melibatkan pengagihan kepentingan antara korporat multinasional atas nama “perdagangan bebas�.

PSM dalam tahun 2015 Tabung Pemberhentian Pekerja

Bantah GST Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) telah mula dilaksanakan pada 1 April yang lalu. Pelaksanaan cukai GST menandakan permulaan dasar merompak rakyat miskin untuk menjaga kepentingan golongan mahakaya. Rakyat hidup terbelenggu dengan kenaikan kos hidup. Pada 23 Mac 2015, iaitu seminggu sebelum GST dilaksanakan, aktivis dan penyokong Gabungan Bantah GST telah mengadakan satu aksi “menanya soalan� di Kompleks Kastam Kelana Jaya. Pihak Kastam bukan sahaja

telah gagal menjawab soalan yang dikumpul daripada orang awam, malah mereka yang menanya soalan telah ditangkap oleh polis. Seramai 79 orang aktivis yang bantah GST telah didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan pencerobohan jenayah dan perhimpunan haram. Gabungan Bantah GST diterajui oleh aktivis daripada PSM dan Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT).

Memandangkan para pekerja selalunya tidak mendapat ganti rugi pemberhentian kerja dan sokongan hidup akibat daripada krisis ekonomi, PSM telah melancarkan satu kempen menuntut penubuhan Tabung Pemberhentian Pekerja. Dalam syor yang dikemukakan oleh PSM, Tabung Pemberhentian Pekerja akan dapat membayar pekerja yang tidak menerima apa-apa pampasan daripada syarikat yang muflis. Selain itu, Tabung Pemberhentian Pekerja akan dapat menyalurkan bantuan kewangan kepada pekerja yang kehilangan kerja akibat krisis ekonomi untuk menampung kos hidup sehingga mereka mendapat pekerjaan yang baru.

Gabungan Kiri syor Pelan Induk Transisi Ekonomi Gabungan Kiri yang dianggotai oleh PSM telah menganjurkan satu simposium khas bagi membincangkan aspirasi rakyat marhaen untuk Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11). Hasil perbincangan simposium tersebut telah dirumuskan dan disusun dalam Pelan Induk Transisi Ekonomi yang dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan. Pelan Induk Transisi Ekonomi yang disyorkan oleh Gabungan Kiri telah mencadangkan bahawa perlunya anjakan paradigma dalam dasar ekonomi negara kita, iaitu beralih daripada sistem ekonomi yang mementingkan keuntungan korporat kepada sistem ekonomi baru yang mengutamakan kesejahteraan rakyat.

Jelajah PSM 2.0 di Selangor Berikutan daripada kempen Jelajah PSM di seluruh negara pada tahun 2014, PSM telah menganjurkan Jelajah 2.0 di peringkat negeri Selangor. Rombongan PSM telah mengunjungi Rawang, Kajang, Hulu Langat, Klang dan banyak tempat lagi, untuk memberikan penerangan tentang isu-isu rakyat kepada masyarakat setempat.

Perjuangkan nasib ibu tunggal Jaringan Rakan Ibu Tunggal yang ditubuhkan oleh PSM bersama dengan beberapa kumpulan masyarakat yang lain, telah menghantar satu memorandum kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 25 Februari yang lalu. Memorandum tersebut telah mengemukakan cadangan kepada kementerian untuk menambahbaikkan bantuan kepada ibu tunggal, antaranya mewujudkan pangkalan data mengenai ibu tunggal di peringkat nasional, memperkenalkan sistem baucar untuk ibu tunggal yang berpendapatan rendah, menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam percuma, pemberian subsidi perumahan, menambahbaikkan program di Jabatan Kebajikan Masyarakat, memberi program latihan dan memperkenalkan skim insurans bagi ibu tunggal. ##


10

BICARA PARLIMEN

Dis 2015 - Jan 2016

(Berikut adalah teks ucapan Dr. Jeyakumar Devaraj, Ahli Parlimen PSM untuk Sungai Siput, semasa perbahasan dalam Parlimen pada 23 November yang lalu.)

Kesejahteraan rakyat jauh lebih penting daripada kadar peningkatan KDNK

Saya ingin membangkitkan beberapa isu berkaitan perjanjian TPPA. Yang pertamanya adalah berkaitan dengan harga ubat. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Perusahaan (MITI) telah membuat kenyataan bahawa harga ubat tidak akan naik, tetapi Presiden Amerika Syartikat Barack Obama sendiri berkata bahawa memang harga ubat akan naik!

Kami difahamkan bahawa mengikut TPPA, projek-projek kejuruteraan sivil yang melebihi kos RM 25 juta harus dibuka untuk pelabur asing daripada negara-negara TPPA. Tetapi Malaysia telah menerima satu pengecualian ataupun “carve out” di mana hanya projek-projek dengan kos melebihi RM 300 juta harus dibuka untuk tender kepada syarikat asing. Tetapi ini bukan “in perpetuity” ataupun selama-lamanya. Pengecualian ini tidak dapat dinikmati oleh Malaysia untuk selama-lamanya.

Adakah MITI sedar tentang impak Artikel 18.52 dalam perjanjian TPPA ini? Artikel ini akan melanjutkan tempoh monopoli terhadap ubat-ubat biologik baru sehingga 28 tahun, iaitu 20 tahun pertama kerana paten dan tambahan 8 tahun lagi atas tuntutan data eksklusiviti. Adakah MITI sedar tentang impak ini? Terdapat juga artikel 18.37 subseksyen (2) yang menyatakan bahawa “each party confirms that patents are available for new uses of a known product”. Maksudnya adalah sesuatu ubat baru yang telahpun menikmati perlindungan paten selama 20 tahun yang pertama, boleh mendapat paten kedua untuk 20 tahun lagi jika ubat itu dapat boleh mengubati penyakit yang lain. Syarat ini dalam TPPA memberikan peluang kepada syarikat farmasi yang menghasilkan ubat ini untuk tidak akan mengisytiharkan semua penyakit yang boleh dirawati dengan ubat baru mereka. Kegunaan ubat untuk satu atau dua penyakit lain akan disembuyikan sebagai “simpanan” agar mereka boleh memohon paten kedua apabila hampir-hampir tamat tempoh untuk paten yang pertama, iaitu apabila sampai ke tahun kesembilan belas paten pertama. Ertinya, Artikel 18.52 dan 18.37 menjamin hak syarikat korporat farmasi untuk memonopoli pasaran dengan harga tinggi yang ditetapkannya selama 48 tahun! Apabila saya dan rakan-rakan daripada badan-badan bukan kerajaan membangkitkan isu kos ubat-ubatan akan naik selepas TPPA ditandatangani, ia tidak bermaksud harga ubat akan naik dengan sertamerta. Kesan TPPA atas kos rawatan hanya akan dapat dirasai 5 atau 10 tahun selepas TPPA diratifikasikan. TPPA akan melambatkan kemasukan ubatubat generik atau biosimilar (produk yang sama dengan produk asal) yang berharga hanya 10% daripada kos ubat asal semasa tempoh paten. Oleh kerana TPPA ini, masyarakat kita terpaksa membeli ubat dengan harga yang 10 kali ganda lebih tinggi untuk satu tempoh masa yang lebih panjang. Saya harap MITI boleh memberi respon untuk isu ini. Isu kedua yang saya ingin bawa adalah isu Perolehan Kerajaan ataupun Government Procurement.

Apa yang kami difahamkan adalah ambang RM 300 juta untuk Malaysia akan dikurangkan secara berperingkat dan akan sampai ke tahap RM 50 juta dalam masa 20 tahun. Saya harap Menteri boleh memaklumkan berapa lama ambang RM 300 juta boleh dikekalkan dan bagaimana ianya akan dikurangkan secara berperingkat. Isu ketiga yang saya ingin bangkitkan adalah berkaitan dengan Perancangan Strategik. MITI telah berjanji memberikan laporan Analisis Untung Rugi ataupun Cost Benefit Analysis (CBA) kepada Ahli Parlimen. Bilakah kita akan menerima CBA ini? Ini kerana kami harus membacanya untuk melengkapkan diri semasa Pada 1 Disember yang lalu, seramai 33 pekerja pengawal keselamatan dari 10 sekolah sekitar Hulu Langat telah hadir ke Kementerian Sumber Manusia (KSM) untuk membuat aduan terhadap majikan mereka, iaitu Kementerian Pendidikan dan kontraktor yang gagal membayar gaji bulanan, tunggakan gaji minimum selama 23 bulan dan banyak lagi masalah yang lain. Satu memorandum telah diserahkan kepada wakil Menteri Sumber Manusia, Peter Dennis (Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Sumber Manusia). Setelah mendengar semua aduan pekerja, Peter Dennis mengatakan bahawa akan mengadakan satu mesyuarat bersama Kementerian Pendidikan untuk membincangkan dengan isu ini. 33 orang pengawal keselamatan ini bekerja di sekolah-sekolah di sekitar Kajang dan Cheras. Majikan mereka, Kontraktor Ultrabest SS Sdn Bhd yang mendapat kontrak daripada Kementerian Pendidikan mula melaksanakan polisi gaji minimum RM 900 bermula dari bulan November 2014. Ini adalah satu tindakan melanggar pelaksanaan gaji minimum di mana pelaksanaan sepatutnya bermula dari Januari 2013. Maka, pekerja menuntut tunggakan gaji minimum dari Januari 2013 hingga November 2014 yang berjumlah lebih RM100 000. Kontraktor berjanji untuk selesaikan tunggakan tetapi lama-kelamaan janjinya tidak ditepati. Pekerja amat risau mereka akan ditipu tanpa dibayar tunggakan mereka kerana kontraktor ini akan habis kontrak

membahaskan TPPA pada bulan Januari 2016. Adakah CBA ini akan dikeluarkan dalam Bahasa Malaysia? Saya baru terbaca dalam suratkhabar ruangan SMEBiZ The Star pagi ini tentang pandangan Presiden Persatuan SME Malaysia, En. Michael Kang Hua Kuong. Beliau meramalkan bahawa 30% daripada 650,000 perusahaan kecil dan sederhana (SME) di Malaysia akan menggulung tikar dalam jangka masa dua tahun selepas TPPA diratifikasikan. Adakah pihak yang menyediakan CBA mengadakan sesi dialog dengan Persatuan SME Malaysia? Kita mesti mempertimbangkan impak penggantian 1/3 daripada SME kita oleh syarikat antarabangsa. Keuntungan SME Malaysia akan disalurkan kembali kepada ekonomi tempatan, tetapi keuntungan syarikat korporat luar negara pula akan disalurkan keluar ke negara lain. Ertinya pusingan wang dalam pasaran Malaysia akan dikurangkan dan ini akan melemahkan pasaran domestik. Ini akan mengurangkan peluang bisnes untuk peniagapeniaga kecil di Malaysia. Terakhir sekali, juga berkenaan dengan Perancangan Strategik.

Mungkin apa yang dikatakan MITI itu betul juga, iaitu Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) kita akan meningkat sedikit lebih pesat jika kita menandatangani TPPA ini. Mungkin kita akan dapat bersaing dengan negara Vietnam dan mendapat lebih banyak pelaburan asing (FDI) baru. Tetapi, jika dengan penyertaan TPPA ini menyebabkan pengecutan pasaran domestik, kenaikan harga ubat, kenaikan harga buku dan penyekatan ruang polisi kerajaan, maka adakah ianya bermanfaat kepada negara kita? Katakan dengan TPPA kita boleh capai peningkatan KDNK sebanyak 6% dan tanpa TPPA hanya 5%. Tetapi peningkatan 5% ini diiringi dengan perkembangan pasaran domestik dan penambahan peluang membuat bisnes untuk peniaga kecil dan harga ubat yang lebih munasabah, Saya rasa kita tidak boleh menggunakan peningkatan KDNK sebagai kriteria yang terpenting dalam membuat keputusan sama ada kita mahu sertai TPPA ataupun tidak. Kesejahteraan rakyat harus didahulukan sebagai unsur yang terpenting. Saya harap isu-isu yang saya bangkitkan akan dijawab oleh Menteri. ##

Pengawal keselamatan dinafikan gaji minimum

Kementerian Pendidikan patut dihukum pada akhir tahun 2015. Oleh itu, beberapa tindakan telah diambil oleh 33 orang pengawal keselamatan ini, antaranya: Pada bulan Ogos 2015, wakil-wakil pekerja hadir ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Kajang untuk membuat aduan terhadap kontraktor yang enggan bayar tunggakan gaji minimum. PPD pula mengatakan mereka sudahpun memberi cek kepada kontraktor ini untuk selesaikan tunggakan pekerja. Lebih kurang 5 kali sudah ulang alik ke PPD, tetapi kontraktor masih tidak peduli tentang perkara ini. Pada 1 Oktober 2015, semua pekerja telah membuat satu aduan polis terhadap kontraktor Ultrabest SS Sdn Bhd kerana tunggakan gaji minimum, tidak diberi slip gaji, tiada surat perlantikan kerja, caruman KWSP tidak dimasukkan ke dalam tabung, tiada caruman PERKESO dan juga gaji beberapa bulan telah tertunggak. Aduan polis ini diberi salinan kepada pihak Jabatan Tenaga Kerja Bandar Baru Bangi dan pejabat KWSP. Pada hari aduan polis dibuat, majikan serta-merta memasukkan duit sebanyak RM700 ke dalam akaun setiap pekerja. Selepas itu, baki tunggakan tidak diselesaikan sehingga sekarang. Pada awal bulan Oktober 2015, semua pekerja hadir ke Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Bandar Baru Bangi untuk membuat laporan terhadap kontraktor Ultrabest SS Sdn Bhd. Para pekerja dalam 4 kumpulan, selama 6 kali sudahpun

hadir ke JTK untuk sesi penyelesaian, tetapi kontraktor tidak hadir sekalipun. Kontraktor tidak menghormati arahan JTK. Pada 19 Oktober 2015, pekerja juga telah hadir ke pejabat KWSP di Kajang untuk membuat aduan terhadap Ultrabest SS Sdn Bhd kerana potongan KWSP dibuat dalam gaji tetapi belum dimasukkan ke tabung. Selain daripada masalah-masalah di atas, para pengawal keselamatan ini juga mempunyai masalah lain dan mereka pernah membawa tuntutan mereka kepada pihak Kementerian sebelum ini. Masalah ini termasuklah: Surat pelantikan jawatan – kebanyakan daripada pekerja masih belum menerima surat perlantikan jawatan sejak syarikat ini mengambilalih daripada syarikat sebelum ini. Para pekerja mula bertugas di bawah Ultrabest SS Sdn Bhd dari 1 Februari 2013. Surat pengesahan jawatan tidak dikeluarkan. Penyata gaji – masih tiada penyata gaji dan tidak tahu mengenai pengiraan gaji jumlah serta pemotongan KWSP dan lainlain lagi. Para pekerja juga perlukan penyata gaji untuk urusan permohonan pinjaman bagi pembelian kenderaan dan rumah. Semua pekerja ini bekerja 30 hari tanpa sebarang cuti. Akan tetapi pembayaran gaji mereka untuk hari rehat dan cuti umum dengan kadar gaji harian biasa. (sambung di m/s 11)


Dis 2015 - Jan 2016

ISU PEKERJA

11

Lapisan gula pada ubat yang pahit Kritikan terhadap Bab Buruh dalam TPPA Terdapat banyak kekeliruan di kalangan kesatuan sekerja dan aktivis anti-TPPA sama ada untuk menyokong TPPA atau tidak, memandangkan Bab 19, Bab mengenai Buruh dan surat sampingan yang telah dipersetujui dalam perjanjian mengenai "Pelan Buruh AS-Malaysia", menawarkan pelbagai jaminan hak pekerja.

Ÿ Kelonggaran had untuk

Ÿ

Ÿ

Ÿ

Bagi kesatuan sekerja, sebahagian besar daripada peruntukan dalam Bab Buruh dan surat sampingan antara Menteri Mustapa Mohamed dengan Wakil Perdagangan Amerika Syarikat Michael Froman, perlu disambut dengan tangan terbuka, kerana akhirnya kerajaan Malaysia akan “dipaksa” untuk mematuhi kebanyakan permintaan oleh kesatuan sekerja dan organisasi masyarakat sivil yang telah berjuang selama bertahun-tahun. Kita tidak boleh menafikan bahawa AS telah membuat tawaran yang tidak boleh ditolak kepada pekerja-pekerja Malaysia melalui TPPA, kerana ia akan meningkatkan hak mereka dan pekerja-pekerja asing, yang telah dipijak selama ini. Antara perkara yang “enak” dalam perjanjian TPPA adalah, Kerajaan Malaysia perlu meminda semua undang-undang bagi memastikan ianya selaras dengan penguatkuasaan Deklarasi Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) mengenai Prinsip dan Hak Asasi di Tempat Kerja dan Susulan, yang diterima pakai oleh Sesi ke-86 Persidangan Buruh Antarabangsa, di Geneva pada 18 Jun 1998 (Lampiran disemak semula 15 Jun 2010): Ÿ Memastikan kesatuan sekerja mempunyai hak untuk melakukan semakan kehakiman terhadap keputusan pentadbiran mengenai pendaftaran kesatuan sekerja, penggantungan, pembatalan dan penentuan mogok yang menyalahi undang-undang. Ÿ Penyingkiran kuasa budi bicara Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja mengenai isu-isu pendaftaran kesatuan.

(sambung dari m/s 10) 33 orang pengawal keselamatan tersebut amat kecewa terhadap Kementerian Pendidikan yang merupakan majikan mereka yang sebenar langsung tidak menghiraukan apa yang dihadapi oleh mereka. Kementerian Pendidikan yang merupakan sebahagian daripada badan kerajaan dan berfungsi sebagai majikan, harus menjadi contoh yang baik kepada pihak swasta, tetapi apa yang berlaku adalah bertentangan. Tuntutan 33 orang pengawal keselamatan tersebut adalah: 1. Selesaikan gaji bulan Oktober 2015 kepada pekerja yang masih belum habis dibayar. Pekerja menuntut supaya gaji dibayar sepenuhnya sebelum 7 haribulan setiap bulan mengikut peruntukan di bawah Akta Kerja 1955. 2. Selesaikan tunggakan gaji

Ÿ

membentuk kesatuan dalam sektor perdagangan yang sama. Outsourcing dan agensi pekerjaan - peraturan-peraturan yang lebih baik untuk memastikan hak-hak pekerja. Memastikan bahawa majikan tidak boleh memegang pasport pekerja asing. Levi adalah menjadi tanggungjawab majikan dan tidak boleh dikenakan ke atas pekerja. Pas khas oleh Jabatan Buruh untuk pekerja-pekerja yang terlibat dalam pertikaian perindustrian membolehkan mereka untuk kekal di negara ini dan mencari pekerjaan alternatif sehingga kes mereka diselesaikan.

Dari segi penguatkuasaan, Malaysia perlu menggubal semua pembaharuan undang-undang dan institusi sebelum tarikh bermulanya penguatkuasaan TPPA. Namun, Malaysia sebenarnya boleh mematuhi piawaian ILO dengan sendirinya tanpa TPPA. Ia agak ironis bahawa kesungguhan politik kerajaan Malaysia untuk meningkatkan hak-hak pekerja domestik kita perlu “dirotankan” kepada kita oleh Amerika Syarikat melalui perjanjian perdagangan. Kerajaan Malaysia selama ini tidak mendengar pelbagai petisyen, bantahan dan aduan menuntut hakhak pekerja seperti yang disebut di atas untuk selama beberapa dekad oleh pekerja, parti politik dan kesatuan sekerja. Malaysia telah mengesahkan sejumlah 17 Konvensyen ILO yang melibatkan Buruh Paksa, Hak Untuk Berorganisasi dan Perundingan Kolektif, Konvensi Saraan Samarata antara lain. Semua ini disahkan dan dikuatkuasakan sebelum TPPA. Jadi, apa yang menghalang kita daripada meminda undang-undang

minimum untuk 23 bulan bagi semua pekerja dari Januari 2013 hingga November 2014. 3. Surat pelantikan jawatan diberikan kepada para pekerja. 4. Surat pengesahan jawatan diberikan kepada semua pekerja. 5. Pemotongan KWSP dan PERKESO untuk semua dan memasukkan dalam tabung pemotongan sebelum ini. 6. Penyata gaji diberikan setiap bulan dengan maklumat pengiraan gaji dan pemotongan yang dibuat. 7. Pembayaran kadar gaji mengikut Akta kerja 1955, waktu kerja biasa, kerja lebih masa, kerja hari rehat, kerja semasa cuti umum. 8. Kementerian Pendidikan juga harus tegas dan mengambil tindakan keras terhadap kontraktor jika mereka gagal menjaga kebajikan dan hak pekerja. Ini adalah tanggungjawab Kementerian Pendidikan sebagai majikan sebenar. ##

buruh, meningkatkan dan menguatkuasakannya dengan keberkesanan lebih lanjut?

TPPA - 30 Bab - Perlu ditandatangani sekaligus - Tiada pilihan! Oleh itu, sekarang persoalannya, adakah kita patut menyokong keputusan kerajaan untuk menandatangani TPPA atau tidak? Jika Malaysia mempunyai pilihan dan memilih untuk menandatangani Bab Buruh sahaja, sudah tentu kebanyakan pekerja dan kesatuan sekerja akan mengalu-alukannya. Tetapi malang sekali, itu bukan kesnya. TPPA terdiri daripada 30 bab yang merangkumi perkara seperti layanan nasional, akses pasaran, perundangan sumber asal produk, tekstil dan pakaian, pelaburan, harta intelek dan banyak lagi. Maka, kesemuanya perlu diterima sekaligus. Bab Buruh adalah lapisan gula pada ubat yang pahit yang akan kita telan! Pelbagai analisis dan artikel oleh pakar-pakar tempatan dan antarabangsa telah dikaji dan terbukti implikasi negatif bab-bab lain dalam TPPA.

Implikasi kepada pekerja melalui Bab lain Selain meningkatkan hak-hak pekerja melalui Bab Buruh, pekerja akan kehilangan hak mereka untuk penjagaan kesihatan pada harga berpatutan (kerana kemasukan ubat generik yang ditangguhkan dan pengekalan harga ubatan yang tinggi), peningkatan kos pendidikan (dengan hak harta intelek yang lebih kuat) dan banyak implikasi yang secara tidak langsung melalui bab-bab lain. Asas TPPA ialah penghapusan tarif (cukai) dan liberalisasi perdagangan. Bagaimanakah Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan terjejas oleh penghapusan tarif ke atas import barangan yang membolehkan barangan import murah bersaing secara langsung dengan produk tempatan? Presiden Persatuan Perniagaan IKS Michael Kang Hua Kuong, dipetik dalam arkib The Star pada 23 November yang lalu, menyatakan bahawa hampir 30% daripada 650,000 IKS yang berdaftar di Malaysia akan gulung tikar dalam masa dua tahun jika TPPA ditandatangani. 80% daripada tenaga kerja kita bekerja dalam IKS, dan dengan itu kita boleh melihat peningkatan dalam pengangguran. Walaupun mungkin ada yang berhujah bahawa, akan ada peningkatan peluang pekerjaan dengan meningkatnya perdagangan dan eksport, tetapi pengalaman di Afrika, Amerika Latin dan Korea telah menunjukkan sebaliknya.

Laporan daripada Institut Dasar Ekonomi (Amerika Syarikat) yang bertajuk "Tiada peluang pekerjaan daripada Perjanjian Perdagangan Kerjasama Trans-Pasifik yang menjadi Lebih Teruk daripada Rundingan Korea yang digembar-gemburkan" oleh Robert E. Scott pada 18 Julai 2013 menjelaskan seperti di bawah: “Kecenderungan untuk memutarbelitkan keputusan model perdagangan terbukti dalam desakan pentadbiran Obama bahawa peningkatan eksport di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas KoreaAS (KORUS) akan menyokong 70,000 peluang pekerjaan di Amerika Syarikat. Pihak pentadbiran gagal untuk mempertimbangkan pekerjaan yang hilang daripada import yang semakin meninggi dan defisit perdagangan dua hala yang semakin meningkat. Pada tahun selepas KORUS berkuatkuasa, defisit perdagangan AS dengan Korea Selatan meningkat sebanyak US$ 5.8 bilion, mengakibatkan seramai 40 000 orang hilang pekerjaan di AS. Kebanyakan daripada 40,000 pekerjaan yang hilang adalah pekerjaan dalam sektor pembuatan.” Terdapat juga jurang yang besar antara ramalan dan hasil bagi Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) yang dikuatkuasa pada tahun 1994. NAFTA sepatutnya mewujudkan 200,000 pekerjaan baru melalui peningkatan eksport ke Mexico, tetapi pada tahun 2010, defisit perdagangan yang meningkat dengan Mexico telah menghancurkan sebanyak 682,900 pekerjaan di AS, dengan kehilangan pekerjaan di setiap negeri dan daerah kongresional di Amerika Syarikat. Malangnya, Kementerian Sumber Manusia tidak melakukan analisis yang teliti di mana sektor industri akan menyaksikan peningkatan bersih dalam peluang pekerjaan dan yang mana pula akan menderita akibat persaingan secara langsung. Dari segi manfaat daripada Bab Buruh TPPA, yang pertama sekali anda perlu mempunyai pekerjaan! Apa faedahnya jika TPPA telah menyebabkan anda diberhentikan kerja! Oleh itu, PSM mengingatkan semua pihak yang menyokong TPPA, termasuklah mereka yang bersetuju dengan Bab Buruh, untuk tidak lupa gambaran yang lebih besar daripada TPPA, iaitu ia hanya untuk menggalakkan agenda korporat dan meningkatkan hak pelabur di rantau ini. Dalam jangka masa panjang, ia akan merugikan rakyat biasa yang bekerja jika Malaysia menandatangani perjanjian itu. Pada akhirnya, kita perlu menganalisis faedah bersih perjanjian ini secara total walaupun kita mendapat manfaat daripada Bab Buruh. (oleh A. Sivarajan, Diterjemahkan oleh Harris Nasril)


ANTARABANGSA

12

Dis 2015 - Jan 2016

Dunia dalam tahun 2015 Greece Hutang dan kudeta bank Negara Greece yang dilanda krisis hutang negara yang berlarutan telah melalui pergolakan politik yang mendebarkan untuk satu tahun yang lepas. Parti berhaluan kiri SYRIZA telah menang dalam pilihanraya umum pada 25 Januari 2015, mengalahkan parti-parti tradisional yang sudah hilang kepercayaan rakyat kerana melaksanakan dasardasar penjimatan yang dipaksakan oleh Troika (Kesatuan Eropah, Bank Pusat Eropah dan IMF) ke atas rakyat Greece. Pemimpin SYRIZA, Alexis Tsipras menjadi Perdana Menteri Greece. Walaupun SYRIZA menjanjikan penamatan dasar-dasar penjimatan yang membebankan

UK

rakyat biasa, tetapi menerima tekanan yang hebat daripada pemiutangnya dalam Zon Matawang Euro. Apabila tempoh hutang semakin menghampiri dan kekurangan pengaliran matawang Euro di Greece, para pemiutang dalam Zon Matawang Euro telah memaksa Greece untuk menerima pakej penjimatan yang baru jika hendak terus menerima bantuan kewangan untuk menyelesaikan krisis ekonominya. Dalam satu referendum yang dipanggil oleh Alexis Tsipras pada 5 Julai, seramai 61.3% pengundi yang membuang undi menolak cadangan

Jeremy Corbyn

Setelah Parti Buruh UK menemui kegagalan dalam pilihanraya umum pada bulan Mei 2015, jawatan Pemimpin Parti telah dikosongkan apabila Ed Miliband mengundurkan diri atas kekalahan teruk Parti Buruh. Persaingan dalam pemilihan Pemimpin Buruh kali ini telah mendapat perhatian ramai, apabila Jeremy Corbyn, seorang aktivis politik veteran yang memang terkenal dengan politik kirinya, telah mewujudkan satu momentum politik yang baru dalam masyarakat UK. Corbyn akhirnya menang dalam persaingan empat penjuru dalam pemilihan Pemimpin Parti Buruh, dengan meraih undian sebanyak 59.5%. Corbyn yang tegas dengan pendiriannya yang anti-perang, antisenjata nuklear, mendukung sistem

negara kebajikan dan visi politik kirinya, telah memberi nafas baru kepada politik UK. Kemunculan Corbyn sebagai Pemimpin Parti Buruh telah mengejutkan kelas pemerintah UK. Puak-puak dalam kelas pemerintah berusaha kuat untuk menyerang Corbyn melalui media massa.

Perang berlanjutan di Syria, ancaman ISIS dan serangan keganasan Perang di Syria yang bermula sejak tahun 2011 masih belum ada kesudahannya. Kerajaan Bashar alAssad masih bertahan dan tentera pemberontak pula masih menguasai banyak kawasan. Ancaman kumpulan bersenjata ISIS juga semakin hebat. Di kawasan Kurdistan Syria, tentera penentang Kurd, Unit Perlindungan Rakyat (YPG) dan sekutunya daripada tentera pemberontak Syria berjaya menewaskan pengepungan oleh ISIS di Kobani yang terletak di utara Syria. ISIS yang aktif di Syria dan Iraq, juga cuba memperluaskan pengaruhnya di negara yang lain, dan melakukan serangan keganasan di Mesir, Tunisia, Lubnan, Iraq, Turki dan baru-baru ini di Perancis. Ancaman ISIS telah mengundang operasi

ketenteraan yang lebih hebat daripada kuasa barat yang dipimpin oleh Amerika Syarikat. Rusia juga campurtangan dalam konflik di Syria dengan melancarkan serangan udara ke atas ISIS dan tentera pemberontak anti-Assad. Perang di Syria yang menjadi perang proksi antara kuasa-kuasa besar telah membawa malapetaka yang teruk kepada rakyat di Syria dan rantau Timur Tengah.

syarat-syarat penjimatan yang dikemukakan oleh Troika. Akan tetapi, Tsipras akhirnya menerima syaratsyarat pemiutang untuk mendapatkan bantuan kewangan yang baru. Paksaan oleh pemiutang Zon Matawang Euro ke atas Greece untuk menerima syarat-syarat yang melampau bagaikan kudeta dengan bank. Tindakan Tsipras telah mewujudkan perpecahan dalam SYRIZA sehingga SYRIZA menjadi minoriti dalam parlimen. Satu lagi pilihanraya umum telah diadakan pada bulan September, iaitu 8 bulan selepas pilihanraya umum pada awal

tahun. Walau bagaimanapun, SYRIZA masih muncul menjadi parti yang meraih paling banyak kerusi dalam parlimen walaupun sudah berkurangan sedikit berbanding 8 bulan sebelum itu. SYRIZA mengekalkan kerajaan campuran bersama parti ANEL, untuk meneruskan dasar-dasar yang dipaksakan oleh pemiutang Eropah ke atas negara Greece.

Krisis pelarian di Eropah Pada bulan April 2015, apabila 5 buah kapal yang membawa lebih 2,000 orang migran dan pelarian tenggelam di Laut Mediterranean dengan lebih 1,200 orang mati, krisis pelarian di Eropah akhirnya mendapat perhatian dunia. Konflik bersenjata yang berlarutan di Syria, Iraq dan Libya, telah menyebabkan peningkatan dalam angka pelarian yang melarikan diri ke Eropah untuk mencari perlindungan. Kerajaan-kerajaan negara Eropah bertelingkah dalam menangani kemasukan pelarian

yang semakin ramai. Kerajaan negara Eropah Timur yang dikuasai oleh puak kanan telah menggunakan kekerasan untuk menghalang kemasukan atau menghalau pelarian. Negara Jerman telah mengambil kepimpinan dalam Kesatuan Eropah untuk menerima pelarian.

Jepun Gerakan anti-perang Satu gelombang kebangkitan rakyat Jepun, khususnya generasi muda, telah tercetus apabila kerajaan pimpinan Shinzo Abe membawa Rang Undang-undang Perlindungan Keselamatan yang mengandungi fasal membenarkan negara Jepun menggunakan “hak pertahanan kolektif� untuk mengerahkan tenteranya dalam operasi ketenteraan di luar negara. Tindakan kerajaan Abe telah menimbulkan

kebimbangan tentang pengembalian militarisme di negara yang mengalami kehancuran peperangan pada 70 tahun yang lepas. Gelombang protes anti-perang yang diterajui oleh anak muda telah menyaksikan aksi massa yang terbesar dalam beberapa dekad, dan menyuntik semangat baru untuk demokrasi di negara tersebut. ##


Dis 2015 - Jan 2016

ANTARABANGSA

13

Serangan Kitaran keganasan berulang-ulang Paris kerana pengganas tidak mempunyai sokongan daripada massa rakyat, tetapi memerlukan tindakan kemusnahan secara ganas untuk mendirikan “kewibawaan” dan memaksa orang ramai tunduk pada kehendak mereka melalui penyebaran perasaan ketakutan. Tindakan keganasan atau terrorisme, adalah respon yang reaksioner terhadap krisis masyarakat, di mana tindakan sebegini bukan sahaja tidak akan mengubah sistem masyarakat yang tidak adil, malah ia akan memperkuatkan pemerintahan keganasan negara yang menguasai masyarakat kelas hari ini.

Pada 13 November yang lalu, dunia dikejutkan dengan serangan pengganas ke atas Paris, yang meragut nyawa seramai 130 orang, dan lebih 360 orang cedera dalam insiden tersebut. Kumpulan pengganas ISIS yang aktif dan menguasai sebahagian wilayah di Iraq dan Syria, telah mengaku bahawa mereka adalah dalang di sebalik serangan keganasan tersebut. Kumpulan pengganas tersebut telah mengancam untuk melakukan lebih banyak lagi serangan. Perancis telah menyertai operasi ketenteraan yang dipimpin oleh Amerika Syarikat dalam menyerang ISIS di Iraq sejak September 2014. Pada Oktober yang lalu, tentera Perancis pertama kali melakukan serangan udara ke atas sasaran ISIS di Syria. Peperangan di Syria semakin hari semakin menemui jalan buntu dengan kesengsaraan yang tidak habis-habisan sehingga tercetusnya gelombang penghijrahan pelarian Syria ke Eropah. Serangan besar-besaran yang dilakukan oleh ISIS di Paris, merupakan perubahan strategi untuk kumpulan pengganas tersebut, setelah ia mengalami tekanan serangan yang hebat di Syria. Semakin banyak negara melakukan serangan pengeboman di Syria, termasuklah Rusia juga masuk campur dengan menghantar pesawat pejuang dan pengebom. Di kawasan Rojava di utara Syria, kumpulan bersenjata Kurd, Unit Perlindungan Rakyat (YPG) yang menunjukkan kegigihan dalam mempertahankan diri daripada ancaman ISIS, telah berjaya merampas balik banyak kawasan yang dikuasai oleh ISIS sebelum ini. Situasi ISIS di Syria sememangnya semakin tertekan sehingga cuba mengalihkan strateginya kepada serangan keganasan di luar Timur Tengah.

Peninggalan dasar imperialis barat di Timur Tengah Kemunculan kumpulan pengganas yang melakukan serangan ke atas Paris dan juga di rantau Timur Tengah, berkaitan rapat dengan dasar penguasaan politik-ekonomi dan campurtangan ketenteraan kuasa imperialis barat di rantau Timur Tengah. Ketidakstabilan dan keadaan kecoh yang wujud pada hari ini di rantau Timur Tengah merupakan peninggalan perluasan kuasa imperialis barat di rantau tersebut sejak akhir abad ke-19, dan juga penerusan dominasi kuasakuasa besar khususnya Amerika Syarikat dalam melindungi kepentingan pemodal besar antarabangsa. Serangan keganasan dan kezaliman ke atas orang ramai oleh kumpulan pengganas seperti ISIS adalah perbuatan jahat yang patut dikecam sekeras-kerasnya. Namun, kita tidak boleh lupa juga keganasan dan

kezaliman yang dilakukan oleh kuasa-kuasa imperialis di serata dunia, termasuk Timur Tengah, sehingga membiakkan lebih lagi anasir keganasan. Kemunculan fahaman politik Islam yang ekstrim, ataupun fahaman yang dikenali sebagai fundamentalis agama, bermula pada akhir abad ke18, sebagai respon politik yang reaksioner ke atas perluasan sistem kapitalis di rantau Timur Tengah. Dengan kejatuhan Empayar Ottoman dan pengagihan penjajahan kuasa-kuasa barat ke atas tanah di Timur Tengah, telah timbulnya pelbagai aliran politik yang melawan kuasa imperialis, tetapi pengaruh politik fundamentalis Islam adalah amat terhad pada zaman sebelum Perang Dunia II. Hanya selepas tamatnya Perang Dunia II, apabila terjadinya Perang Dingin, kuasakuasa barat bernaung di bawah NATO yang diketuai oleh AS dan Britain, telah mula menyokong kumpulan fundamentalis Islam di rantau Timur Tengah, untuk menyekat kebangkitan politik nasionalis yang radikal dan juga politik kiri yang mencabar kekuasaan imperialis. Politik fundamentalis Islam dianggap sebagai tembok pelindung untuk kuasa barat menyekat kemaraan pengaruh Kesatuan Soviet semasa Perang Dingin. Apabila tercetusnya Revolusi Saur yang membawa sebuah kerajaan yang anti-AS di Afghanistan pada tahun 1978 dan pendudukan tentera Kesatuan Soviet di negara tersebut, pihak AS telah memperhebatkan sokongannya kepada kumpulan Mujahiddin di Afghanistan, mewujudkan asasnya untuk perkembangan kumpulan pelampau seperti Taliban dan Al-Qaeda kemudiannya, dan seterusnya muncul pula ISIS daripada serpihan Al-Qaeda. Negara-negara pengeluar minyak di Teluk Parsi yang merupakan sekutu rapat kepada AS, seperti Arab Saudi dan UAE, turut memainkan peranan dalam menyalurkan dana kepada perluasan kumpulan fundamentalis Islam di seluruh dunia dalam usaha mereka menyekat pengaruh Iran yang diperintah oleh kerajaan yang anti-AS selepas Revolusi 1979. Mereka telah mewujudkan perbalahan antara mazhab dan menimbulkan keadaan yang tidak menentu di Timur Tengah hari ini.

Oleh itu, mimpi ngeri di Syria, Iraq, Libya, Afghanistan dan banyak lagi negara pada hari ini, serta serangan keganasan demi serangan keganasan, merupakan raksasa “Frankenstein” yang dicipta oleh kuasa imperialis AS dan sekutunya sendiri. Sekarang makhluk Frankenstein ini bukan sahaja mengancam balik AS dan sekutunya, tetapi rakyat biasa dijadikan mangsa akibat daripada tindakan keganasan yang melampau.

Serangan pelampau fundamentalis Islam memperkasakan puak kanan lampau ISIS mempergunakan nama “Islam” untuk melakukan keganasan dan kezaliman. Serangan keganasan oleh kumpulan pelampau ISIS ke atas rakyat biasa di negara barat seperti Perancis, bukan sahaja langsung tidak mencabar kekuasaan imperialis, malah memberikan lebih peluru kepada puak kanan lampau yang semakin hari semakin berkembang. Puak berhaluan kanan lampau telah menyebarkan sentimen rasis dan islamofobia di benua Eropah, untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada krisis kapitalis yang mendalam dan memecah-belahkan rakyat biasa dalam menentang ketidakadilan sosial. Serangan keganasan oleh kumpulan yang menggunakan nama Islam, hanya membolehkan puak berhaluan kanan lampau terus memanipulasikan sentimen islamofobia dan xenofobia (perasaan takut tanpa sebab dan benci terhadap migran). Penyebaran islamofobia dan xenofobia yang menyebabkan berlakunya lebih banyak diskriminasi dan pengecualian sosial sudah pastinya menyediakan tapak untuk pembiakan fahaman pelampau agama. Oleh yang demikian, keganasan akan terus dikitarkan. Dalam erti kata lain, fahaman ekstremis agama dan fasis berhaluan kanan lampau pada masa kini, merupakan kembar yang wujud secara berpasangan. Terrosime atau keganasan sebagai satu taktik perang secara psikologi, bertujuan untuk mewujudkan ketakutan dan ancaman di kalangan orang ramai, melalui tindakan keganasan yang intensif dengan mensasarkan orang biasa. Taktik keganasan sebegini digunakan oleh

Tindakan kumpulan pengganas yang melakukan kezaliman ke atas orang biasa, bukan sahaja menimbulkan ketakutan dan kegusaran orang ramai, malah juga memperlekehkan kepentingan kekuatan massa dalam perubahan politik, memperkukuhkan perasaan “tidak dapat berbuat apaapa” di kalangan orang ramai apabila berdepan dengan ketidakadilan sosial. Oleh yang demikian, terrorisme atau keganasan individu seperti ISIS hanya merupakan tindakan yang bersubahat dengan kekuasaan imperialis dan memperkukuhkan ketidakadilan sosial yang sedia ada. Lebih-lebih lagi, kumpulan pelampau yang mempergunakan nama “Islam” seperti ISIS, hanya memburukkan nama dan mengancam agama Islam itu sendiri.

“Perang ke atas Keganasan” bukan penyelesaiannya Selepas berlakunya serangan keganasan di New York pada 11 September 2001, kerajaan AS di bawah pimpinan Bush telah melancarkan apa yang dipanggil “Perang ke atas Keganasan”. Namun, “Perang ke atas Keganasan” tersebut bukan sahaja tidak dapat menghapuskan keganasan, tetapi mewujudkan lebih banyak lagi keganasan. Rakyat di Afghanistan dan Iraq dimangsakan dengan kesengsaraan yang hebat akibat daripada “Perang ke atas Keganasan”. Kumpulan pengganas seperti Al-Qaeda bukan sahaja tidak dapat dihapuskan sama sekali, tetapi muncul pula kumpulan pengganas yang lebih dahsyat lagi seperti ISIS. Sememangnya, tidak mungkin untuk kita mengharapkan penyebab kepada gejala keganasan itu dapat menghentikan keganasan. Punca kepada kumpulan pengganas adalah kuasa imperialis, maka tidak mungkin kita dapat menghapuskan keganasan tanpa menamatkan penguasaan imperialis. Kita patut lawan ancaman keganasan secara habis-habisan. Untuk berbuat demikian, kita perlu menyatukan kekuatan rakyat dalam mencabar ketidakadilan sosial yang disebabkan oleh sistem kapitalis dan kekuasaan imperialis. Tiada jalan pintas dalam membebaskan diri kita daripada kitaran keganasan yang berulang-ulang ini kecuali terus berorganisasi dari bawah untuk berjuang menentang penindasan. ##


SENI

14

Putar Semula Pejam celik, pejam celik, 2015 telah pun berlalu pergi. Banyak yang telah terjadi, banyak juga yang menjadi-jadi. Jika kita hendak ukur seteruk manakah keadaan sosio-ekonomi atau politik negara ini, boleh juga kita meletakkan karya seni seperti muzik contohnya sebagai tanda aras. Tidak seperti rakyat negeri lain dalam kepulauan Nusantara. Misalnya seperti tanah seberang. Mereka di sana kerap mendendangkan lagu-lagu rintihan nasib seharian. Ramai di sini pula menganggap seolah-olah seni muzik tiada fungsi melainkan sekadar untuk hiburan. Itu belum masuk bab drama lagi. Mungkin tidak semeriah seperti di barat ketika era perang Vietnam dulu, tetapi apa yang berlaku telah sedikit

Dis 2015 - Jan 2016

2015

sebanyak dapat menggambarkan suasana hidup rakyat biasa di sini. Mari kita putar semula seketika susur masa 2015 yang menandakan peristiwa berkait politik dan seni budaya. Yang tertera di sini bukanlah segalanya. Pasti ada yang tertinggal atau terlepas pandang. Apa pun, mari bersama kita berharap agar masa yang mendatang terus dimeriahkan dengan banyak lagi aksi karya seni. Jalan perjuangan dibina oleh sumbangan setiap seorang dari kita, walaupun kecil dan tanpa publisiti. Demi membentuk budaya dan masyarakat baharu, demi masa depan semua.

Januari

Februari

Mac

- BangsArt (Jan) Kemunculan sekumpulan anak muda Bangsar yang turun memeriahkan protes di jalan raya dengan dendangan lagu-lagu rakyat.

- Buku komik ’ROS in Kangkongland’ karya Zunar dirampas (14 Feb). Pihak polis telah merampas 100 naskhah buku komik karya kartunis Zunar yang dalam perjalanan dihantar ke majlis pelancaran.

- Reminder of the Remainder, Tan Zi Hao (9 Mac). Seorang pengkarya muda telah dibawa ke Balai Polis Dang Wangi untuk diambil keterangan setelah kakitangan di British Council panik dengan deringan 49 jam loceng yang dipasang. Seni gerila yang dihasilkan oleh Tan Zi Hao itu bertujuan sebagai protes terhadap Ulang Tahun ke-49 Hari Komanwel.

- A Warm Romanticism In Coldwave Room edisi Piring Hitam, Soft (17 Jan). Tiada apa yang politikal pun tentang Soft ini. Tetapi tidak bermakna mereka tidak melakukan sesuatu. Vokalis kugiran Shoegaze dari Ipoh ini ialah penggerak utama dalam Dapur Jalanan Ipoh.

April - Video klip lagu ABC GST (1 Apr). Klip video lagu protes yang paling comel dan sinikal.

- Pesta Buku Antarabangsa KL, bukubuku Gerak Budaya dirampas (30 Apr). Antara yang dirampas ialah Money Logging, Hidup Bagaikan Sungai Mengalir, Marx Sang Pendidik Revolusioner, Hinduism Agama Tauhid Terawal?, Gautama Seorang Nabi?, Shiite Islam, dan The Holy Quran.

Mei - Hari Perkerja 1515 (1 Mei) Ibu kota bertambah meriah dengan seni grafiti bertemakan 1515.

Jun - Pertengahan tahun Tapi revolusi masih belum tercetus. Eh?

Julai - Goodbye Najib, NAO (30 Jul). Kugiran NAO memuatnaik klip video lagu simbolik sebagai mengucapkan selamat tinggal kepada koruptor.

September - You Give Me Tower, I Give You Finger, Tan Zi Hao (9 Sep). Tan Zi Hao buat hal lagi. Kali ini karyanya yang merupakan respon kepada isu projek Menara Warisan Merdeka yang dipamerkan dalam pameran OFFART telah menarik perhatian pihak polis.

November - Lagu 2.6 Bintang, Amirudin Hizadin (2 Nov). Lagu hasil ilham seorang anak muda yang hidup tertekan akibat kos sara hidup yang semakin naik. - Marjinal Tour (14-22 Nov). Kugiran Punk dari seberang yang terkenal di kalangan anak muda di Malaysia dengan lagu-lagu seperti Lagu Pembebasan dan Negeri Ngeri datang beraksi di beberapa bandar di Malaysia.

- Video klip Lagu GST, Kastam (26 Mac). Beberapa hari selepas Kastam diserbu oleh rakyat dan aktivis yang mahu mengajukan 106 soalan berkaitan GST, Kastam telah mengeluarkan klip video lagu mempromosi GST. Ia telah menjadi bahan jenaka di media sosial. - Video klip Lagu GST 6%, Tian Long (30 Mac). Muncul pula satu video klip oleh Tian Long, dengan lagu yang iramanya diilhamkan dari lagu berhantu kugiran Beyond, mempersoalkan cukai 6% yang mengelirukan.

Ogos Bulan demam kuning melanda ke tahap kemuncak. Ketika ini juga satu inisiatif yang dimulakan oleh Fahmi Reza menggabungkan pereka-pereka grafik dalam usaha menyumbangkan bakat & tenaga menghasilkan rekaan poster dan sepanduk untuk protes. Malam sebelum Bersih juga dikejutkan dengan Rumah Api diserbu oleh pihak polis yang bermotifkan politik. Dalam waktu yang sama Bilqis Hijjas ditahan kerana belon berwarna kuning yang disebarkannya dikatakan menggugat ketenterman awam. - GRUPA (24 Ogs). - Rumah Api diserbu (28 Ogs). - Belon Kuning, Bilqis Hijjas (28 Ogs).

Oktober - Risen From the Grave, Massacre Conspiracy (13 Okt). Kugiran Massacre Conspiracy memuatnaik video klip lagu terbaru yang berunsurkan protes dan emosi akibat kacau-bilau keadaan politik semasa. - Red Disaster, NAO (20 Okt). Tiada kata yang dapat menggambarkan bencana yang telah menukar mukabumi Kuantan menjadi planet Marikh. Video klip pendek yang disulami bunyian bingit yang sayup ini seperti satu treler filem pecah panggung.

Disember - No Fire Zone: The Killing Fields of Sri Lanka, perbicaraan Lana Hendry (14 - 15 Dis).. Perbicaraan kes Lena Hendry yang didakwa menyiarkan filem yang tidak mendapat kebenaran oleh Lembaga Penapisan. Filem dokumentari yang mengisahkan penganiayaan hak asasi ketika perang di Sri Lanka itu ditayangkan pada tahun 2013 yang mana telah diserbu penguasa.


Dis 2015 - Jan 2016

IDEOLOGI

15

Bagaimana sistem kapitalis bermula?

Apakah asal usul mod pengeluaran kapitalis? Bagaimana masyarakat kapitalis itu bermula? Masyarakat kapitalis terjadi hasil daripada perkembangan 3 perkara: i. Pemisahan antara pengeluar dengan cara pengeluaran ii. Kemunculan kelas kapitalis iii. Kemunculan kelas pekerja Ketiga-tiga perkara ini telah menghasilkan mod pengeluaran kapitalis, sementara itu juga menjadi ciri asas kepada sistem kapitalis itu. Pemisahan antara pengeluar dengan cara pengeluarannya, merupakan syarat asas kepada kewujudan sistem kapitalis. Maknanya adalah, pengeluar atau orang yang melakukan buruh itu tidak lagi memiliki apa-apa cara pengeluaran pun, termasuklah tenaga kerjanya yang juga menjadi komoditi yang boleh dijual beli. Pada awal zaman pertengahan di Eropah, wujudnya sistem hamba tani (serf), di mana pengeluar (petani) merupakan hamba tani yang terikat pada tanah kepunyaan tuan tanah. Namun, oleh sebab hamba tani itu terikat pada tanah itu, maka tanah itu juga “terikat” pada hamba tani itu. Ini bermakna, kelas hamba tani sentiasa adanya satu tapak tanah untuk membekalkan barangan keperluan kepada mereka; sentiasa ada tanah untuk hamba tani bekerja supaya dapat membekalkan keperluan hidup kepada keluarganya, walaupun hanya mempunyai alat pengeluaran yang sangat ringkas. Dalam masyarakat sebegini, tidak wujudnya tekanan secara ekonomi untuk seseorang itu menjual tenaga buruhnya kepada kapitalis. Kapitalisme tidak dapat berkembang dalam masyarakat sebegini. Cara sistem kapitalis itu berkembang adalah melalui kekerasan dan pemaksaan untuk memisahkan pengeluar itu daripada cara pengeluarannya. Misalnya,

Pada penghujung zaman pertengahan sehingga abad ke-18 di Eropah, berlakunya satu gerakan “pemagaran” (enclosure), di mana tanah ladang kecil dan tanah lapang awam telah dipagarkan untuk mewujudkan satu tanah ladang yang besar. Ini telah menyebabkan ramai petani kecil kehilangan tanah, iaitu satu-satu sumbernya untuk mendapatkan keperluan hidup mereka (pengeluar pertanian dipisahkan daripada tanah pertanian), dan terpaksa berhijrah ke bandar untuk menjualkan tenaga kerjanya kepada kilang-kilang pembuatan industri demi mendapatkan wang untuk membeli keperluan hidupnya. Apabila penjajah Eropah mula menduduki benua Afrika, untuk membawa masuk mod pengeluaran kapitalis, mereka telah “memiliknegarakan” tanah dengan keluasan yang besar, di mana tanah orang Afrika telah dijadikan hak milik kerajaan penjajah ataupun hak milik swasta syarikat kapitalis Eropah. Orang Afrika asal dipaksa untuk pindah ke kawasan pengasingan, yang digelar sebagai “kawasan simpanan”, di mana tanah tersebut tidak mencukupi untuk membekalkan keperluan hidup untuk mereka. Ada juga penjajah yang mengenakan levi (cukai mengikut kepala) ke atas orang Afrika di tanah jajahan, dan memaksa mereka membayarnya dengan matawang. Ini telah menyebabkan orang Afrika di tanah jajahan terpaksa bekerja untuk mendapatkan gaji supaya dapat membayar cukai dengan matawang, dan membeli bekalan makanan untuk menampung kehidupan mereka. Ciri utama yang kedua dalam sistem kapitalis adalah cara pengeluaran (tanah, mesin, alatan, bahan mentah dan modal) tertumpu secara monopoli dalam tangan satu kelas masyarakat yang baru, iaitu kelas kapitalis atau kelas borjuasi. Untuk menumpukan cara pengeluaran itu dalam tangan kelas kapitalis, perlunya satu pra-syarat, iaitu alat pengeluaran yang sentiasa diperbaharui, sekurang-kurangnya alat pengeluaran itu menjadi semakin kompleks dan semakin mahal untuk permulaan sesuatu bisnes korporat. Pada zaman pra-kapitalis, misalnya pada zaman pertengahan di Eropah, alat pengeluaran berada pada keadaan yang agak stabil, misalnya untuk pembuat kain, alat penenun secara manual itu diwariskan daripada satu generasi kepada generasi yang lebih muda. Harga untuk mesin tersebut tidak sangat mahal, maka seorang tukang itu dapat mendapat balik kos mesin penenunnya selepas bekerja keras untuk beberapa tahun. Apabila berlakunya Revolusi Industri, mesin telah menjadi semakin kompleks dan mahal, maka jumlah modal yang diperlukan untuk memulakan sesuatu bisnes pun menjadi semakin besar. Sejak itu, majoriti orang yang

berpendapatan melalui gaji, tidak lagi dapat memiliki alat pengeluaran. Hak milik alat pengeluaran adalah eksklusif untuk satu-satu kelas masyarakat sahaja, iaitu kelas kapitalis.

melangkah ke belakang, kerana hamba tani terikat pada tanah, tetapi kelas pekerja moden “dibebaskan” daripada tanah, iaitu mereka telah dirampas alat pengeluaran untuk selama-lamanya.

Kelas kapitalis memiliki modal dan simpanan modal. Oleh sebab mereka sudah pun memiliki modal, maka mereka dapat memperoleh lebih modal melalui pelaburan. Dengan hakikat bahawa kelas kapitalis itu memiliki modal, maka kelas yang tidak memiliki modal tidak akan dapat memperoleh modal, dan kelas ini akan sentiasa menaburkan buruhnya untuk orang lain.

Modal (capital) adalah nilai yang diwujudkan atau ditambahnilai dengan nilai surplus. Dalam masyarakat kapitalis, kelas kapitalis memiliki modal, tetapi modal datang daripada nilai surplus yang dihasilkan oleh pekerja, iaitu bahagian buruh yang disumbangkan oleh pekerja tanpa apa-apa pampasan. Kelas kapitalis memiliki modal melalui pemerasan dan penindasan ke atas kelas pekerja.

Oleh itu, wujudnya satu lagi kelas masyarakat, iaitu kelas pekerja atau kelas proletariat. Kelas pekerja tidak memiliki apa-apa cara pengeluaran pun kecuali tubuh badannya. Satu-satu caranya untuk hidup adalah dengan menjual tenaga kerja atau kuasa buruhnya. Kelas pekerja ada “kebebasan” untuk menjual tenaga kerjanya kepada kapitalis (pemilik alat pengeluaran). Kelas pekerja adalah tenaga kerja yang bebas. Berbanding dengan hamba tani pada zaman pertengahan, kelas pekerja moden memang telah mara satu langkah ke hadapan, kerana hamba tani tiada kebebasan untuk bergerak. Namun, berbanding dengan hamba tani juga, kelas pekerja moden juga

Kita selalu dengar hujah macam ini, “kita perlu menggalakkan pelaburan daripada kapitalis untuk mewujudkan peluang pekerjaan”. Namun, pernahkah kita bertanya di mana datangnya modal milik para pelabur (kapitalis) itu? Jikalau modal itu bukannya datang daripada penipuan, perompakan siang atau pencurian, maka ia pastinya datang daripada nilai surplus yang dihasilkan oleh pekerja, iaitu pemerasan ke atas pekerja. Oleh yang demikian, tanpa pekerja, tidak mungkin akan adanya nilai surplus dan tidak akan ada juga modal bagi kapitalis untuk dilaburkan. Jadi peluang pekerjaan adalah diwujudkan oleh pekerja itu sendiri, bukannya pelabur (kapitalis). ##


16

GALERI

Dis 2015 - Jan 2016

RADIKAL – Pesta Buku dan Seni Alternatif “RADIKAL – Pesta Buku dan Seni Alternatif” anjuran bersama Akhbar Sosialis dan Kedai Buku Tinta Merah, telah berjaya diadakan pada 5 Disember yang lalu di Petaling Jaya. Program tersebut mendapat kerjasama daripada Ahli MBPJ. Program yang julung kalinya dianjurkan oleh Akhbar Sosialis ini bertujuan untuk meraihkan kepelbagaian budaya dan seni dalam perjuangan rakyat. Gerai-gerai jualan buku, hasil seni dan kraf didirikan semasa program RADIKAL. Antara kumpulan dan kolektif yang turut serta dalam membuka gerai adalah Gerakbudaya, Cukong Press, Bogus Merchandise, Serikat Mahasiswa, Kraftangan Hemp, REPUBLIKBUKU, Merpati Jingga, Gerai OA, Balai Buku Raya, Organisasi Terlarang, Kognisi Jerit, Thukul Cetak, No Suke Highway, Diversity dan Tandang Store. Kolektif seni dari Sabah, Pangrok Sulap, walaupun tidak dapat hadir dalam membuka gerai, namun mereka telah menyumbangkan sepanduk hasil daripada cetakan ukiran kayu untuk dipamerkan dalam program ini. Lukisan oleh Dr. Nasir Hashim dan Fajar Santoadi juga dipamerkan khas untuk RADIKAL. RADIKAL telah dimeriahkan dengan persembahan muzik yang menarik daripada Airmas, Amiruddin Hizadin, Niktofilik dan S.A.D. Amin Landak,

Aksi bantah TPPA

pelukis kartun yang terkenal, telah menjalankan satu bengkel lukisan komik untuk peserta RADIKAL. Buku terbaru koleksi cerpen oleh Dr. Nasir Hashim, “Lambaian Ranjau Kehidupan”, dilancarkan dalam RADIKAL. A. Samad Said, Sasterawan Negara, telah membaca petikan daripada cerpen dalam buku tersebut sebagai simbolik untuk pelancaran buku. Selain itu, adanya sesi bedah buku yang membincangkan buku “Islam dan Sosialisme” terbitan PSM, dengan Mohd Rosli Ibrahim sebagai pengulas buku. RADIKAL kali ini juga terdapatnya satu sesi diskusi khas dengan tema “Membudayakan Pembebasan Bangsa - Sekolah, Bahasa dan Sastera”, di mana ahli panel daripada latar belakang budaya yang berlainan membincangkan isu kebudayaan dan persoalan nasional yang sentiasa diungkitkan dalam masyarakat kita. Panel yang agak kepelbagaian ini terdiri daripada A. Samad Said, Shaq Koyok (pelukis Orang Asal), Boon Kia Meng (ahli akademik), Mohammad Abdullah Alshatry (aktivis Teori Timur), Saw Jia Ying (bekas aktivis mahasiswa) dan Sivaranjani (aktivis Jaringan Rakyat Tertindas). ##

Sudut Komik

Transformasi ke kuku besi?

Aksi bantah TPPA telah diadakan di Kuala Lumpur pada 10 Disember yang lalu bersempena dengan Hari Hak Asasi Manusia Sedunia.

Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara 2015 yang diluluskan dalam Parlimen baru-baru ini telah memberi kuasa khas yang berlebihan kepada Perdana Menteri untuk mengisytiharkan darurat. Ini telah dilihat oleh banyak pihak bahawa rejim yang sedia ada cuba mengekalkan kuasanya dengan apa jua cara pun.


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.