Sosialis (Jan Feb 2011)

Page 1

SOSIALIS

Dinamik - Berani - Berprinsip http://parti-sosialis.org

RM1-00

Jan-Feb 2011

Harga Solidariti RM2-00

KUASA KETIGA SOKONG SIAPA? Politik tanah air dikelirukan dengan satu terma baru “kuasa ketiga�. Sebelum Tsunami 2008, ramai orang hanya bermimpi mengenai parti pembangkang boleh ambilalih kuasa. Istilah seperti sistem satu parti menjadi sebutan ramai seolah-olah tidak ada harapan untuk parti pembangkang memerintah dan prestasi yang paling baik pun adalah mengurangkan 2/3 majoriti BN dan ini pula dilihat sebagai sesuatu yang mustahil. Tsunami 2008 menukar landskap politik tanahair dan buat pertama kalinya orang mula bercakap tentang sistem dua parti (two party system). Sistem 2 parti berkisar mengenai persaingan antara 2 parti dan dalam konteks Malaysia adalah BN (Barisan Nasional) dan PR (Pakatan Rakyat). Rakyat sekarang diberi pilihan antara dua gabungan ini. PR memerintah 5 Negeri manakala BN pula 8 negeri. Di peringkat nasional, BN tidak lagi menikmati 2/3 majoriti yang diwarisinya sejak ditubuhkan pada 1974. Maka buat pertama kali dalam sejarah ada ura-ura harapan bahawa PRU13 kelak menyaksikan pemerintahan baru di Putrajaya. Namun belum pun ada sistem 2 parti ini diuji, timbul pula apa yang disifatkan sebagai Kuasa Ketiga. Kuasa ketiga merujuk kepada kumpulan-kumpulan yang tidak bersetuju dengan sistem 2 parti tetapi memberi satu lagi pilihan dan pilihan ini dihebohkan sebagai kuasa ketiga. Kuasa ketiga dilihat sebagai pilihan kepada mereka yang tidak berminat kepada BN atau PR manakala ada pula pandangan bahawa kuasa ketiga ini adalah pengacau dan motifnya hanyalah sekadar

mengurangkan undi untuk PR dan memastikan kejayaan BN nanti. Hari ini beberapa kumpulan dikatakan sebagai kuasa ketiga walaupun tidak ada mana-mana pihak yang mendakwa secara dengan jelas. Parti KITA anjuran Zaid Ibrahim adalah satu parti baru yang mendakwa sebagai pilihan ketiga untuk rakyat Malaysia. Parti HRP pula menuntut 15 kerusi di kawasan majoriti India dan sedang berunding dengan PR dan jika tidak diberi, membuat gertakan akan bertanding tiga penjuru di kawasan-kawasan ini. Satu lagi kumpulan Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM) yang dikelola oleh Raja Petra dan mempunyai sokongan pelbagai blogger juga menawarkan diri sebagai kuasa ketiga dengan berkata rakyat Malaysia adalah kuasa ketiga. Mereka juga berunding dengan PR dengan menawarkan dua puluh calon untuk pilihanraya yang akan datang.

>> ms 4

Rakyat Penentu Nasib Air Selangor! Konflik air antara Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor dan syarikat-syarikat konsesi air di Selangor masih tidak bertemu satu penyelesaian. Di satu pihak Kerajaan Negeri berusaha untuk menguruskan sendiri air Selangor. Manakala di satu pihak yang lain kerajaan Barisan Nasional (BN) sanggup menawarkan RM21 bilion wang rakyat Malaysia kepada syarikat-syarikat konsesi ini? Mengapa? Pada pertengahan tahun 90-an, Mahathir Mohammad Perdana Menteri pada ketika itu telah menswastakan perkhidmatan air negara kepada syarikat-syarikat swasta. Banyak konsesi mewah telah diberikan kepada kroni-kroni BN. Di Selangor pula perkhidmatan air diswastakan pada tahun 1996 di mana Perbadanan Urus Air Selangor Berhad (PUAS) yang merupakan subsidari bagi syarikat SYABAS diberikan konsesi pengurusan air. Kemudian sejak 1 Jan 2005, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn.Bhd (SYABAS) telah mengambil alih semua fungsi PUAS selepas termeterainya satu perjanjian konsesi air 30 tahun antara SYABAS, Kerajaan Negeri Selangor ketika itu dan Kerajaan Persekutuan BN. Kini, 4 syarikat konsesi

>> ms 4

IMBASAN Perjuangan Rakyat 2010 >ms6-7

Mahasiswa Wikileaks Bangkit Semula? >ms 8

Mengapa Diburu Amerika >ms >ms 11 10


2

Jan-Feb 2011

PSM

Dari Meja Pengarang INTERLOK mendedahkan wajah 1Malaysia sebenar ! Minda kita semakin hari semakin kusut dan semakin hari semakin diinterlok dengan perasaan kebencian, perkauman dan ketidakharmonian. Najib Razak meluangkan konsep 1Malaysia tetapi setiap isu yang dulunya dapat diterima oleh rakyat Malaysia tetapi hari ini menjadi begitu sensitif sekali dari buku Interlok, panggilan Azan, kalimah Allah, bukan Islam ke surau, kepala lembu dan sebagainya. Mengambil contoh novel Interlok, karya sasterawan Negara, Abdullah Hussain; satu isu timbul atas perkataan di halaman 211 terutamanya perkataan Paria. Paria bermaksud dalam konteks luasnya berkasta rendah. Perkataan Paria hari ini menjadi satu perkataan global dimana ia dipakai secara meluas untuk mengambarkan satu watak yang teruk atau satu keadaan yang buruk. Contohnya negara Myanmar dikatakan sebuah negara Paria kerana hak asasinya yang teruk dan juga seorang ahli politik yang berkelakuan buruk boleh dilabel sebagai ahli politik Paria.

dalam teks di sekolah menengah hari ini bukan kerana faktanya silap atau buku ini berbau perkauman. Saya menyarankan buku ini tidak digunakan kerana masyarakat kita masih belum matang dan isu ini boleh dieksploitasi dan menjadi isu perkauman yang lebih rumit. Pelajar bukan India boleh melabel pelajar India sebagai Paria dan pelajar India ini pula akan mencari nama untuk melabel pelajar Melayu dan Cina dan ini tidak akan menyelesaikan masalah tetapi akan menjadikan isu ini lebih rumit.

Oleh yang demikian perkataan Paria tidak sepatutnya digunakan terhadap manamana pihak kerana maksudnya negatif. Tetapi apabila kita melihat penggunaan perkataan itu dalam karya Abdullah Hussain, saya tertanya tiga soalan. Adakah penulis membuat kesilapan fakta? Adakah penulis ini seorang rasis dan perkauman ? Adakah niat beliau untuk menghina masyarakat India? Buku ini pula ditulis pada tahun 1970an mengambarkan keadaan sekitar tahun 1910. Saya terpaksa akur bahawa memang betul kebanyakan orang India yang dibawa masuk ke Malaysia sebagai buruh murah adalah berkasta rendah. Begitu juga kebanyakan orang telah menukar dari agama Hindu kepada Buddha dan Kristian di India kerana isu kasta ini. Dan memang ada banyak catatan sejarah bahawa mereka ini dibawa dengan cara yang hina, seperti kambing oleh kapitalis British. Dalam konteks ini, saya cukup benci pada sistem kasta kerana ia mendiskrimasi manusia kerana taraf sosialnya dan mendiskriminasi mereka yang berkasta rendah. Dalam konteks yang sama, saya cukup benci kepada penjajah kapitalis British dan Syarikat Hindia Timur Inggeris kerana menindas pekerja yang dibawa dari India ke Malaya. Mereka dilayan seperti binatang, memberi gaji murah dan rendah dan tidak menghormati mereka sebagai manusia. Tetapi kemarahan masyarkat India hari ini dan masyarakat lain tidak menuju sasaran itu tetapi ia menuju sasaran seorang Melayu cuba memperlekehkan kaum India di Malaysia. Kini kaum India merasakan Interlok mesti diharamkan kerana India dilabel sebagai Paria manakala kaum Melayu merasakan Interlok mesti dikekalkan kerana mempertahankan seorang penulis Melayu bergelar sasterawan negara. Inilah sebenarnya wajah 1Malaysia yang kita warisi hari ini. 53 tahun kemerdekaan dengan polisi pecah dan perintah warisan British dan disambung pula oleh elit politik tanahair. Rakyat dipecahkan mengikut kaum dan polisi perkauman amat tebal baik dalam aspek mendapat pekerjaan, pendidikan, biasiswa dan hampir semua isu lain. Selagi isu pokok ini tidak diatasi, setiap isu kecil boleh menjadi isu perkauman dan boleh menimbulkan kontroversi yang serius. Saya menyarankan buku ini tidak digunakan

Satu lagi konteks yang mencurigakan adalah isu ini mula didedahkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah dan ini diikuti oleh Timbalan Presiden MIC Datuk S Subramaniam yang mendesak Kementerian Pelajaran menarik balik buku itu. Ini mencurigakan kerana dalam konteks politik Malaysia, memang ada pihak yang sering mewujudkan isu perkauman secara sedar untuk menjadikan keadaan kelam kabut dan ini akan digunakan sebagai alasan oleh pemerintah menggunakan langkah represif seperti ISA atau propaganda Mei 13 untuk menakutkan rakyat. Biasanya elemen ketakutan ini disebarkan untuk memberi amaran kepada orang ramai untuk memilih Kerajaan BN kerana kerajaan itu dapat menjamin kestabilan dan keharmonian kaum. Selagi kita belum dapat menguburkan rasa perkauman dan diskriminasi yang memang telah menjadi darah daging politik negara dan norma hidup masyarakat Malaysia, selagi itu kita tidak dapat berpura-pura bahawa kita adalah 1Malaysia. Isu pokok perkauman dan diskriminasi mesti dihapuskan. Sistem pendidikan kita mesti bebas dari politik perkauman. Satu sistem yang tidak rabun warna mesti diimplimentasi secara ikhlas dan jujur dimana golongan manusia yang miskin dan lemah akan dibela manakala golongan yang kaya dan kuat wajib berkongsi kekayaan dan kuasa. Jika ini dapat berlaku, maka generasi masa depan mungkin akan melihat Interlok dalam pespektif yang


PARTI DAN FRON

3

Pemuda Sosialis buat Khidmat Masyarakat di Pulau Carey Seramai 21 pelajar sekolah menengah rendah telah mengambil bahagian dalam menganjurkan program Sehari B e r s a m a Masyarakat di Sekolah Rendah Kebangsaan Ta m i l , P u l a u Carey Barat. Antara program yang dijalankan adalah pembersihan dan mencantikkan sekolah, slot kepimpinan dan motivasi serta mengenalpasti masalah di kalangan remaja sekolah hari ini. Anak-anak muda juga telah menemuramah penduduk ladang untuk memahami keadaan hidup mereka.

“STUDENT POWER in 1960's� oleh Fahmi Reza

Kem Anak Muda 3KS 2010 Kem Anak Muda di bawah Kelab Kebudayaan Dan Kesenian Sosialis (3KS) telah diadakan di Hutan Lipur dan Taman Herba Papan, Batu Gajah. Kem ini telah disertai oleh 50 perserta kawasan Bercham dan Jelapang. Program utama dalam kem ini adalah bengkel kreatif mencetak t-shirt. Bengkel ini telah dijalankan oleh Saudara Zaidi dan Saudara Hamidi dari PSM Negeri Kelantan. Dalam bengkel tersebut anak anak muda didedahkan dengan bahan–bahan, konsep dan cara menghasilkan corak kreatif serta teknik mencetak t-shirt secara menyeluruh. Hasrat Kelab 3KS adalah untuk memperluaskan jaringan Kelab Kebudayaan Dan Kesenian Sosialis ( 3KS ) secara berterusan. Kami juga yakin sistem kapitalisma yang telah menyebabkan kebejatan moral di kalangan anak muda. Jadi , tugas utama kita adalah menyatupadukan golongan anak muda dan menyoalkan ketidakadilan yang berlaku serta menghapuskan sistem ini.

Masalah tanah 42 Petani di Tanjung Tualang Para petani di Tanjung Tualang yang telah menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan sejak 1980-an merupakan peneroka asal tanah di mana mereka telah menghabiskan banyak masa, wang dan tenaga menukar kawasan bekas lombong kepada kawasan pertanian yang subur hari ini.

Diskusi sejarah perjuangan mahasiswa di Universiti Malaya pada 1960'an telah diadakan di Pustaka Kiri Malaysia, anjuran PSM Cawangan Kajang. Seramai 30 orang anak muda hadir, antaranya dari New Era College, UIA, CDC, dan Kelab P e m u d a Sosialis. S d r. F a h m i berhujah mengenai kebangkitan mahasiswa UM tahun 60an dan 2 o r a n g pemimpin mahasiswa utama pada masa itu ialah Sdr. Khong Kim Hoong dan Sdr. Syed Hamid Ali. Pada ketika itu, mahasiswa mempunyai banyak ruang dan kebebasan untuk membicara isu rakyat, hal-ehwal negara dan antarabangsa. Pada tahun 1969, mahasiswa juga melibatkan diri dalam pilihanraya. Mereka telah mengeluarkan manifesto dan antara tuntutannya ialah akta gaji minima, kesihatan percuma, hak demokrasi dan perpaduan nasional.

KAMPUNG PINANG,PERAK: PENDUDUK MULA LAWAN BALIK ! Penduduk Kg. Pinang, Pusing yang mendiami kawasan tersebut sejak 3 generasi lalu dan menjangkau sejarah 90 tahun kini cuba diusir oleh Pemaju NCC. Kini pemaju telah mengheret 3 penduduk ke Mahkamah.

Jan-Feb 2011

Namun harapan mereka tergugat apabila Pejabat Ta n a h d a n G a l i a n memberitahu tanah mereka seluas 200 ekar itu telah diluluskan untuk diserahkan kepada agensi kerajaan bagi tujuan ternakan dan pertanian. Para petani kemudian membawa masalah mereka kepada Menteri Besar Perak dan juga pihak Suhakam supaya mengekalkan kawasan pertanian ini. Namun demikian pertelingkahan ini kini menjadi sengkit apabila seorang bergelar Datuk telah datang dengan 'pump gun' dan mengarahkan pekerjanya memusnahkan pokok kelapa sawit milik petani-petani disana. Para petani dan penternak di kawasan Tanjung Tualang membantah tindakan dan telah membuat aduan polis terhadap Datuk tersebut.

PROTES KERANA MENTERI KERJA JAYA LENGAHKAN MASA Tiga Majlis Perwakilan Penduduk di DUN Semenyih serta PSM Semenyih dan MTD PAS turun bersama membuat bantahan serta mengutarakan keluhan rakyat Semenyih berhubung isu ketiadaan jejantas di hadapan Sekolah SK Semenyih dan Masjid Semenyih. Ramai murid sekolah dan orang ramai terpaksa menggadai nyawa mereka setiap hari apabila menyeberang jalan. Pada awalnya dikatakan tiada bajet walaupun JKR sudah lulus projek ini. Kini apabila pihak ahli parlimen PR sudah dapatkan penyumbang, kini dikatakan bahawa Menteri Kerjaraya belum buat keputusan lagi Protes hari ini mendesak Menteri jangan melengahkan masa. Setiap detik kelewatan adalah satu ancaman kepada keselamatan dan kesejahteraan rakyat di Semenyih dan kawasan sekitarnya.

Pemaju juga dengan alasan membersihkan kawasan tersebut dengan sengaja merosakkan saluran air, longkang dan juga talian telefon. Malah, jalan-jalan dimusnahkan dan lumpur bercampur air bertakung di beberapa tempat. Namun pada tahun ini, penduduk mula lawan balik dan berjaya menghentikan kerja - kerja pemaju yang melampaui batas dan tidak berperikemanusiaan itu.


4

Jan-Feb 2011

NASIONAL

KUASA KETIGA SOKONG SIAPA?

...dari ms 1

Dr. Kua Kia Soong seorang aktivis pendidikan bahasa ibunda dan hak asasi pula telah berhujah bahawa perlu adanya kuasa ketiga diwakili oleh masyarakat sivil yang memantau dan mempertengahkan agenda-agenda hak asasi dan rakyat. Apabila PSM yang mempunyai program minima dengan PR, ditanya soalan yang sama, maka Pengerusi PSM Dr. Nasir menegaskan PSM akan bekerjasama dengan semua kumpulan termasuk kuasa ketiga untuk menumpaskan BN. Setiausaha Agung parti S.Arutchelvan pula berkata PSM masih belum memainkan peranan yang cukup untuk menonjolkan dirinya sebagai kuasa ketiga. PSM masih dalam proses dual iaitu membina parti dan membina kuasa rakyat melalui pendidikan ideologi dan aksi massa. Namun demikian PSM sering dan sentiasa menonjolkan idea berbeza, membina kuasa rakyat berlandaskan perjuangan kelas dan menjalankan program-program baik kerja pilihanraya mahupun membina gerakan rakyat dengan matlamat memperkasakan rakyat untuk membawa perubahan dari bawah. Namun keghairahan tentang kuasa ketiga ini mungkin muncul ekoran buat pertama kalinya di Britain, Parti Liberal Democrat menjadi kuasa penentu di negara tersebut dan berjaya menubuhkan kerajaan campuran dengan Parti Konservatif. Di Australia pula Parti Hijau (the Greens) menjadi kuasa ketiga dan penentu dalam membolehkan Julia Gillard dari Parti Buruh menubuhkan parti dan terus berkuasa. Walau apapun, realiti politik Malaysia adalah buat masa ini tidak ada suatu kuasa ketiga yang mantap. Di kebanyakan negara, kuasa ketiga ini wujud setelah bertahun-tahun dan bukan dalam tempoh beberapa bulan sahaja. Oleh yang demikian, secara seriusnya nampaknya tidak ada satu gerakan kuasa ketiga yang besar, berpengaruh dan mantap buat masa ini walaupun setiap kumpulan ini mempunyai pengaruhnya masing-masing. Selama 53 tahun, Malaysia di bawah sistem 1 parti atau satu rejim di bawah UMNO. Ramai yang merasakan bahawa ini adalah hakikat hidup yang perlu diterima sepanjang hayat. Mac 8, 2008 mengubah

...dari ms 1

ini semua dan buat kali pertama dalam sejarah, ia memberi harapan untuk gabungan Pakatan Rakyat (PR) memerintah di peringkat Persekutuan. Rakyat Malaysia begitu ghairah dengan perkembangan politik ini. BN pula begitu gerun dengan prospek ini dan membuat segala-galanya untuk kekal memerintah. Najib sanggup memberi kewarganegaraan, meliberalisasi ekonomi dengan mengugurkan 30% ekuiti bumiputera dan lain-lain hanya sekadar untuk menang dalam pilihanraya depan.

kuat. PR harus mempunyai satu program jelas dan menjemput semua parti lain dan organisasi lain untuk sama-sama membentuk satu gerakan menentang BN yang cukup besar. Ia harus dianggotai bukan sahaja oleh parti politik tetapi juga oleh kumpulan-kumpulan masyarakat dan dan NGO-NGO.

Dalam suasana ini, wujud satu persengketaan politik yang begitu sengkit antara BN dan PR. Ini adalah masa dan peluang yang paling cerah dan baik untuk mengakhiri hegemoni UMNO BN dalam politik Malaysia. Walaupun ada perbezaan ketara antara parti-parti di kalangan PR, namun faktor yang mengekalkan perpaduan ini adalah untuk menumpaskan BN. Dalam suasana ini, semasa rakyat Malaysia semua mahu melihat BN tumbang buat kali pertama. Kuasa ketiga pada hakikat hari ini memang tidak ada malah kuasa kedua pun semakin tercabar hari ini sehingga Lim Kit Siang sendiri berkata ini mungkin kemenangan “one-off� bagi PR jika gabungan ini gagal menangani masalah dalaman.

BN tidak akan hilang kuasa dengan sekelip mata. Jangan harapkan BN menyerah diri dan benarkan PR ambilalih kuasa. Seperti yang dikata Najib, mereka akan mempertahankan Putrajaya dengan nyawa mereka. Dalam suasana ini, adalah amat penting seluruh jentera dan kaum progresif bersatu tenaga dan hati dalam satu projek menumbangkan BN dalam pilihanraya akan datang. Jangan ada dibentuk kumpulankumpulan baru kerana ia hanya akan memecahbelahkan kuasa pembangkang buat masa ini. Rakyat Malaysia dahagakan perubahan dan mahu melihat satu lagi parti memerintah negara. Ini adalah peluang terbaik dan juga peluang baik untuk PR mengabungkan banyak lagi organisasi bersama-sama untuk memastikan kejayaan menyeluruh semasa mengambilalih kuasa.

PR harus membincangkan politik masa depan dan menjemput kumpulankumpulan sivil, pertubuhan hak asasi, NGO, kesatuan sekerja dan lain-lain parti menyertai satu gabungan yang lebih besar untuk menguburkan UMNO-BN. PR nampaknya terlalu menfokus kepada pilihanraya dan ini sering mencetuskan persoalan kerusi . PR harus menjurus kepada membentuk gerakan alternatif kuasa kedua untuk mencabar kuasa BN sekarang. Konsep ini seperti yang dibuat oleh PUTERA-AMCJA atau Gagasan Demokrasi. Dengan adanya satu gabungan yang lebih besar, maka keyakinan untuk berlawan dengan UMNO dan jentera BN akan menjadi lebih

Kerana nyamuk, jangan dibakar kelambu. Kerana kerusi, jangan gadaikan peluang mencipta sejarah baru. Kuasa ketiga harus menunggu masa untuk memerintah. Ini masa untuk menumbangkan sistem satu parti di negara kita.

Rakyat Penentu Nasib Air Selangor!

air masing-masing iaitu Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn. Bhd (Splash), Puncak Niaga Holdings, Konsortium ABASS Sdn.Bhd dan SYABAS menguruskan perkhidmatan air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Sudah sekian lama syarikat-syarikat konsesi air ini menikmati keuntungan yang banyak dengan menetapkan kadar tarif air yang tinggi dan ini sekaligus membebankan rakyat Selangor dengan bil air yang tinggi. Kerajaan PR Selangor pula mempertikaikan perkhidmatan air mahal oleh syarikat-syarikat konsesi air milik kroni BN ini kepada rakyat Selangor. Didapati melalui perjanjian konsesi air bersama kerajaan negeri dulu, syarikat-syarikat konsesi air ini akan terus menaikkan tarif air secara berperingkat-peringkat. Rakyat Selangor membayar RM0.57 untuk setiap meter kubik berbanding dengan rakyat Pulau Pinang yang hanya bayar RM0.22 untuk setiap meter kubik bagi perkhidmatan air yang diuruskan oleh Kerajaan Negeri tersebut. Jika tarif air dinaikkan mengikut perjanjian tersebut, maka rakyat Selangor pasti akan merana. Kerajaan PR Selangor pula bertindak untuk tidak meluluskan perjanjian kenaikan tariff 37% . Malahan kerajaan negeri mulai Jun 2009 telah memberikan air percuma 20 kubik meter kepada rakyat Selangor. Syarikat-syarikat konsesi air tersebut pula bertindak menyaman kerajaan negeri Selangor di mahkamah. SYABAS telah mulakan “Tabung Budi' yang kononya ia lebih prihatin kepada masyarakat.

Bagi mengambil alih pengurusan air secara keseluruhan kerajaan negeri telah sejak Februari 2009 telah menawarkan dari RM5.7bil hinggalah sejumlah besar wang kepada syarikatsyarikat ini. Namun usaha tersebut dipintas oleh Kerajaan Persekutuan BN yang menawarkan RM21bil kepada syarikat-

syarikat tersebut. Persoalannya mengapakah kerajaan BN membelanjakan jumlah wang yang besar untuk 'bailout' syarikat-syarikat ini? Ternyata penswastaan air yang dibawa oleh BN ini adalah satu kegagalan. BN cuba menyelamatkan syarikat-syarikat kroninya yang semakin muflis akibat hutang yang banyak. Ini jelas dilihat apabila Kerajaan Persekutuan meluluskan dua akta iaitu Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA), 2006 dan Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) 2006 yang mana akan membantu Kerajaan Persekutuan untuk menstrukturkan semula pengurusan air dan menguatkuasakan pengurusan industri air bagi seluruh Malaysia dengan meletakkan di bawah kuasanya. Melalui akta-akta ini, Kerajaan Persekutuan akan membeli aset-aset swasta dan negeri kemudian menyewakannya atau memajaknya kembali kepada pihak negeri atau syarikat swasta dan diberi lesen untuk mengendali seluruh pengurusan industri air termasuk pengagihan pembekalan air di negeri-negeri. Selepas segala usaha kerajaan negeri untuk mengambil alih pengurusan perkhidmatan air Selangor menemui jalan buntu, akhirnya Kerajaan Negeri telah menyerahkan nasib air kepada penduduk Selangor. Pada 5 Disember 2010, dengan semangat baju merah beribu-ribu penduduk Selangor turun ke jalan untuk menuntut hak air rakyat Selangor. Ini harus dilihat sebagai permulaan kuasa rakyat membela kerajaan negeri dan polisinya. Kepimpinan PR juga mesti sentiasa bersama rakyat dalam menangani pertelingkahan air

sahaja. Kepimpinan PR tidak boleh mengharapkan mahkamah dapat menyelesaikan isu ini. Krisis yang dihadapi sekarang adalah sebahagian daripada krisis politik dan dalam semua krisis politik, fakta utama adalah siapa nak kawal kuasa bekalan air. Percaturan adalah antara Kerajaan BN dan syarikat-syarikat kroni kapitalisnya atau Kerajaan Negeri yang berjiwa rakyat. PSM MENUNTUT REFERUNDUM PSM berpendapat bahawa kemudahan asas seperti air tidak patut diswastakan dan mestilah di bawah kawalan awam. Oleh yang demikian, adalah penting untuk satu referendum diadakan untuk bertanyakan rakyat Selangor samada mereka mahu pihak mana untuk uruskan air – Syabas atau Kerajaan negeri Selangor. Pihak Kerajaan Negeri y a n g m e n g a w a l P e j a b a t Ta n a h , M a j l i s Perbandaran dan JKK Kampung boleh membuat punggutan suara melalui referundum dan pengundi Selangor boleh dikenalpasti dengan menggunakan kad pengenalan mereka. Rakyat Selangor mesti diberikan hak membuat pilihan dan mesti sentiasa diberi pendidikan politik. Rakyat Selangor yang mendapat air percuma sudah tentu menyokong kerajaan yang membela rakyat. Melalui referendum ini juga, satu isyarat yang cukup jelas boleh diberikan kepada Kerajaan Persekutuan untuk tidak campurtangan dalam urusan air rakyat Selangor.


Jan-Feb 2011

5

ADAKAH MAHKAMAH BERANI MENCABAR PEMERINTAH DALAM KES PERUNTUKAN AHLI PARLIMEN SUNGAI SIPUT? Pada 5 Januari, Mahkamah Rayuan semakan penghakiman mengambil masa lebih 2 jam untuk mendengar rayuan yang dikemukakan oleh Dr. Jeyakumar, ahli Parlimen Sg. Siput yang mengheret Kerajaan Persekutuan kerana menafikan peruntukan RM1 juta ringgit untuk kawasannya.

membahagikan peruntukan wang sesuka hati.

Manakala peguam yang mewakili Dr. Jeyakumar, Dato' Ambiga Sreenevasan mengemukakan hujah bahawa kes ini mempunyai kepentingan umum dan wang peruntukan yang dipertikaikan adalah milik rakyat. Oleh itu, Mahkamah perlu memutuskan samada ia mempunyai kuasa mahkamah mempunyai kuasa untuk memutuskan hal ini. untuk mendengar kes peruntukan ini. Namun begitu, Hakim Aziah Ini adalah kes pertama seumpama ini di mana seorang Ali menangguhkan keputusan kes ke tarikh 8 Februari 2011. Mengikut pemerhati perundangan, penangguhan keputusan ini ahli Parlimen menyaman kerajaan dalam isu peruntukan. adalah sesuatu yang ganjil dan tidak biasa. Ini adalah kerana Di negara demokratik, seseorang yang memenangi mahkamah pada masa ini hanya perlu menentukan samada pilihanraya akan diberikan peruntukan pembangunan. membenarkan permohonan samada satu ”leave” kebenaran Namun di Malaysia, BN hanya memberikannya kepada dapat diberi atau tidak. Dengan menangguhkan keputusan ia ahli Parlimen dari parti pemerintah. menimbulkan tanda soal samada sistem perundangan kita bebas d a r i c e n g k a m a n Menurut Dr. Jeyakumar, keputusan pada 8 Februari 2011 akan membuktikan samaada mahkamah mempunyai eksekutif. keberanian untuk membuat keputusan yang Kes yang pada awalnya bertentangan dengan Kerajaan pemerintah atas isu dimulakan oleh Dr. penting seperti ini. Jeyakumar ini kini mula mendapat sambutan Sementara itu, Dr. Jeyakumar juga telah membuat aduan membongkarkan dikalangan ahli Parlimen polis pada 10 Januari 2011 penyelewengan yang berkaitan isu peruntukan ini. yang lain. Turut ingin b e r s a m a m e m b u a t Menurut satu surat bertarikh 21 Oktober 2010 yang tuntutan sedemikian dihantar kepada Dr. Jeyakumar, Pegawai Pembangunan adalah beberapa orang Negeri Perak menyatakan bahawa sebanyak RM1.72 juta ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat yang turut hadir ke mahkamah telah dibelanjakan untuk 56 projek di Sg. Siput. Di antara iaitu Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai), Dr Mohd Hatta Ramli 56 projek, tiga daripada telah adalah permohonan yang (Kuala Krai), Khalid Samad (Shah Alam), Tian Chua (Batu), dikemukakan oleh Dr. Jeyakumar dan setelah diperiksa Dzulkifli Ahmad (Kuala Selangor), Mohd Yusmadi Yusof (Balik ianya hanya menerima jumlah peruntukan yang amat Pulau) dan Liew Chin Tong. Mereka menjadi pemerhati dan akan kecil dan satu lagi langsung tidak menerima walau satu menyertai nama mereka dalam kes ini jika rayuan ini dibenarkan. sen pun: Pihak Peguam Negara yang diwakili oleh peguam kanan Suzana Atan membantah rayuan ini atas dua sebab. Pertama, perkara ini sudah menjadi akademik kerana peruntukan bajet 2010 sudah berakhir. Kedua, pihak eksekutif dan Perdana Menteri mempunyak hak mutlak untuk membelanjakan dan

i. ii. iii.

Manakala, Pegawai Pembangunan Negeri Perak membidas laporan polis ini dengan mengatakan wang RM1.72 juta telah disalurkan oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri (ICU). Antaranya adalah RM1.1 juta untuk Masjid AlGhufraniah Sungai Siput dan lebih RM300,000 dibelanjakan untuk golongan kurang berkemampuan semasa Perayaan Tahun Baru Cina 2010. Yang anehnya beliau tidak menjelaskan mengapa Anak Yatim Nuruk Ihsan tidak menerima apa-apa sumbangan. Wang yang dibelanjakan adalah wang rakyat dan adalah hak rakyat !. Inilah isu yang cuba diutarakan oleh Ahli Parlimen Sungai Siput dan menurut Malaysiakini, adalah satu permintaan yang cukup berasas. Orang ramai juga mengalu-alukan inisiatif yang dimulakan oleh ahli Parlimen PSM ini. Persoalan yang dikemukan oleh Dr. Jeyakumar sebenarnya bukan sahaja isu ringgit dan sen tetapi mempertengahkan persoalan sistem demokrasi dan pengagihan wang rakyat.

Anak Yatim Nurul Ihsan – tidak terima sebarang wang SMK Methodist - RM3,500 SM Men Sing Chung - RM2,000

PERKESO - pembela PEKERJA atau DANA ? PERKESO telah diwujudkan untuk memberi perlindungan kepada pekerja dan juga keluarga pekerja kita. Inilah matlamat utama skim Perkeso diwujudkan. Malangnya, keazaman sebahagian Pegawai Perkeso untuk menjimatkan dana Perkeso dan falsafah pemikiran pemerintah menjejaskan perlindungan

Pn Asukumari a/p Darmalingam KP 560130-08-5432 Pesakit ini mengidap Grade I Spondylolisthesis L4 on L5. Beliau diberitahu bahawa permohonannya untuk pensen ilat hanya boleh dipertimbangkan jika beliau rela mengalami pembedahan. Tetapi ikut pakar-pakar otopedik, jika pembedahan dilakukan pun, beliau tidak boleh kembali ke kerja manual. Beliau harus berjaga-jaga dan elak daripada mengambil barang berat atau membengkok. Selain daripada itu, pembedahan tersebut mengandungi risiko tertentu. Jemaah Doktor Rayuan telah membuang permohonannya pada 20/10.2010. Jemaah Doktor Rayuan tidak memeriksa Pn Asukumari. Doktor Jemaah hanya tanya satu soalan – sudah bedahkah? Bila Asukumari jawab, tidak mahu, mereka kata “anda boleh balik”. Pn Kamala a/p Murugan KP 590514-08558

yang harus diberi pada pekerja. Dr. Jeyakumar - Ahli Parlimen PSM Sungai Siput terpaksa mengutarakan tiga kes PERKESO di ibu pejabat PERKESO setelah surat menyurat beliau tidak mendapat sebarang reaksi dari PERKESO dan Menteri Sumber Manusia. Dr. Jeyakumar bersama satu delegasi ahli-ahli PSM Sungai Siput dan beberapa mangsa PERKESO telah pergi ke ibu pejabat PERKESO di Jalan Ampang. Mereka telah bertemu dengan dengan Pengarah Eksekutif PERKESO K.Selvarajah dan berapa orang pegawai PERKESO. Dalam pertemuan selama satu jam ini, Dr. Jeyakumar membawa isu beberapa ahli PERKESO ditolak permohonan kerana menurutnya sistem birokrasi dan fokus kepada DANA telah mengkaburkan Pegawai PERKESO mengenai mengapa PERKESO diwujudkan. Antara ketidakadilan yang tertimbul akibat keazaman menjimatkan dana Perkeso adalah seperti berikut:

Pesakit ini mengidap Severe Bilateral Osteoarthritis di lututnya. Beliau pun dinasihatkan menjalani pembedahan mengantikan lutut“bilateral Total Knee Replacement”. Pn Kamala enggan kerana beliau seorang ibu tunggal yang sedang duduk berseorangan bersama anak berumur 10 tahun. Beliau bergantung pada gajinya sebagai pekerja kilang untuk menampung perbelanjaannya. Beliau tidak ada sokongan keluarga yang boleh menjaganya dan anaknya selama satu tahun atau lebih untuk menjadi sembuh selepas pembedahan major ini. Dan jikalau pembedahan “knee replacement” dilakukan pun, beliau tidak boleh terus bekerja sebagai pekerja kilang. Kes ini juga ditolak. Dalam memorandum yang diserahkan kepada Pengarah Eksekutif PERKESO, adalah dicadangkan tanggungjawab pegawai Perkeso untuk membantu Jemaah Doktor mempertimbangkan semua faktor yang terlibat seperti isu risiko pembedahan, dan hak semua pesakit membuat keputusan bebas terhadap

pembedahan. Kemungkinannya pekerja boleh kembali ke bekerja selepas pembedahan yang disyorkan. Latar belakang akademik dan kemahiran vokesional pekerja dan sokongan sosial dan keluarga untuk pemohon. Kebanyakan doktor pakar yang datang adalah Jemaah Doktor secara bergilir. Mereka bergantung pada bimbingan Perkeso bagaimana mengendalikan kes-kes tetapi, malangnya pada keseluruhannya, pegawai PERKESO tidak memainkan peranan sebagai pelindung pada para pemohon. Malah kebanyakan daripada mereka menjadi pelindung dana! Oleh itu, Jemaah Doktor telah membuat keputusan tanpa mengira kesemua fakta kes.Selain itu, isu lain yang diungkitkan adalah isu amalan menafikan bayaran pada balu jika perkahwinan tidak didaftar. Walaupun memang betul, pemindahan Akta Perkahwinan menyatakan perkahwinan selepas tahun Mac 1982 mesti didaftar untuk diterima sebagai perkahwinan. Tetapi PERKESO telah diluluskan pada tahun 1969 sebelum tarikh pindaan itu. Seksyen 20A Akta PERKESO menyatakan balu dan anak-anak ahli yang meninggal dunia layak menerima Pencen Penakat sehingga balu kahwin sekali lagi ataupun anak mencapai umur 21 tahun. Terdapat juga banyak kes kahwin yang tidak didaftar di lapisan masyarakat yang termiskin. Maka adalah tidak selaras dengan falsafah PERKESO untuk mewujudkan perlindungan untuk keluarga pekerja yang meninggal dunia tetapi pada masa yang sama menggunakan pindaan Akta Law Reform and Marriages Act untuk mengelak daripada membayar pencen penakat sepenuhnya pada balu atas alasan “tidak berdaftar kahwin” Pada tahun lalu iaitu pada 19 Mei 2010, PSM telah mengadakan demonstrasi di hadapan PERKESO di tujuh buah negeri. PERKESO adalah satusatunya akta yang digunakan untuk membela kaum pekerja tetapi akta ini semakin hari mendapat pelbagai ancaman dari pelbagai pihak yang mahu menjimatkan wang dan dana.


6

ANALISA

Jan-Feb 2011

2010 Dalam Kenangan Krisis cuaca dan ekonomi meluas Secara umumnya dari segi ekonomi, 2010 membawa kerunsingan & kemelaratan kepada ramai pihak. Malah 2010 bermula dengan satu gempa bumi yang dahsyat di Haiti yang menyebabkan 230,000 orang mati dan berjuta hilang tempat tinggal. 2010, gempa bumi juga berlaku di Chile, China dan Indonesia. Ekonomi di negara-negara Barat juga jatuh teruk. Memang sudah jadi tabiat negara-negara kapitalis, kalau keuntungan mereka terjejas sikit pun, dia akan terus cari jalan untuk 'curi' dari rakyat biasa. Maka itu, kita telah melihat tahun 2010 penuh dengan mobilisasi dan kebangkitan rakyat Eropah. Antaranya, di Perancis, lebih 3 juta pekerja dan anak muda turun ke jalan sebanyak 6 kali sejak 7 Sept untuk menentang rombakan pencen oleh Kerajaan Perancis. Mogok bermula 12 Oktober yang dimulakan oleh pekerja pengangkutan, kemudiannya diikuti oleh pekerja lain dan pelajar sekolah. Kesemua loji minyak telah ditutup oleh pekerja yang bermogok dan kerajaan terpaksa mengerahkan polis untuk menghentikan penutupan loji minyak. Di Belgium pula, 100,000 pekerja dari negara-negara EU melakukan demonstrasi pada 29 September menentang langkah pengurangan perbelanjaan sosial oleh kerajaan Eropah.

jawapan pihak KSM di Parlimen bahawa Akta Gaji Minima tidak akan diimplementasi . PSM bersama JERIT, NGO-NGO dan kawan-kawan

subsidi rakyat dipotong walhal RM84 billion subsidi korporat dikekalkan? Itulah persoalannya. Malang sekali, walaupun sekumpulan kecil sahaja yang protes tapi yang bersuara itu memang ramai dan yang menderita itu memang tak terkira. Niat Najib mahu implementasi GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) pada tahun 2011 tidak tercapai apabila pembentangan rang undang-undang di Parlimen pada Mac 2010 ditunda ekoran cadangan

Krisis Cuaca ! protes oleh Gabungan PROTES yang diterajui Parti Sosialis Malaysia (PSM) . Rakyat Malaysia bersama PSM juga berjaya memberi tekanan kepada pihak kerajaan untuk menunda satu lagi rang undang-undang yang hampir dibentang di Parlimen pada 12 Oktober iaitu Pindaan Bil Akta Pekerjaan. Pindaan tersebut dikatakan yang paling kejam dan paling teruk dalam masa 40 tahun! Tahun 2010 juga melihat kerajaan Barisan Nasional bersandiwara dalam isu Gaji Minima. Pada 15 Jan 2010,

Pada 5 Mei, lebih 500,000 rakyat Greek turun ke jalan raya, Athens dalam apa yang disifatkan sebagai demonstrasi paling besar dalam 30 tahun membantah langkah kerajaan mereka menerima bantuan dana Kesatuan Eropah dan IMF yang telah mengadaikan kepentingan rakyat seperti membeku kenaikan gaji dan pencen persaraan, menaikkan umur persaraan dan cukai GST, pemecatan pekerja dan kurang peruntukkan untuk sektor pendidikan dan kesihatan awam. Persoalan rakyat Greek ialah, siapakah yang akan menanggung krisis ekonomi

Pakatan juga telah memperjuangkan isu-isu berikut: · Pelancaran Kempen Pendidikan Percuma dari sekolah rendah ke Universiti pada 23 Oktober 2010 · Bantahan serentak di 4 hospital secara serentak pada 1 Mac 2010 iaitu di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Hospital Sg. Buloh, Hospital Serdang dan Hospital Sultan Ismail Pandan Johor. Tujuannya untuk membantah Skim Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (SPPBP) yang akan diimplementasi di Empat Hospital ini. Adalah difahamkan bahawa implementasiannya telah ditunda. · 1/8/2010: Kempen anti-ISA diteruskan dan kali ini protes solidariti berlaku di luar Malaysia, Dataran Trafalgar, London. Di Malaysia, atas kepimpinan PSM dan GMI protes aman dijalankan secara serentak di 8 tempat dan 36 orang telah ditahan. Polis sekali lagi bertindak ganas dan hak demokrasi sekali lagi dicabuli. Kerajaan juga gagal membuat sebarang pindaan kepada akta zalim ISA walaupun ia sepatutnya dipinda pada tahun 2010. · Pada bulan Disember 2/12/2010: Gabungan Membantah FTA menyerahkan memorandum kepada Menteri membantah Rundingan EU FTA dan juga TransPacific Partnership Agreement dengan US yang berlangsung dari 6-10 Disember 2010 di Belgium dan New Zealand. Satu lagi perjuangan akar umbi yang telah mendapat perhatian adalah kehadiran lebih 2,000 Orang Asli ke Putrajaya untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Perdana Menteri kerana tanah mereka ditipu. Mereka menuntut supaya dasar pemberimilikan tanah Orang Asli

! i m o n o Krisis Ek kapitalis – golongan pekerja yang paling menderita akibat dari krisis ekonomi ini atau golongan kapitalis yang menjadi dalang kepada krisis ini? Malaysia – tahun subsidi menekan dan pindaan undangundang ditunda Dalam negara kita pun, ceritanya sama juga. Pada 16 Julai, Perdana Menteri Malaysia mengumumkan Subsidi Barangan Asas dipotong kerana hutang negara mencecah 7.4% dari pendapatan negara kasar. Ini menyebabkan harga gula dinaikkan sehingga 25 sen sekilo, petrol dan diesel 5 sen dan gas masak LPG sebanyak 10 sen sekilo. Kenapa RM74 billion

Menteri Sumber Manusia mengumumkan gaji minima “akan dilaksanakan kepada security guards dan pekerja hotel serta restoran dalam masa kurang dari 2 bulan”. Katanya juga, “gaji minima untuk pemandu bas dan pekerja-pekerja industri elektronik dan tekstil akan diumumkan dalam masa 8 bulan”. Namun semuanya hanya pengumuman sahaja. Pada 1 Julai, hampir 100 aktivis dan kumpulan pekerja telah berpiket dan menyerahkan memorandum kepada Menteri Sumber Manusia untuk menyatakan rasa kesal mereka dengan

dimansuhkan. Perhimpunan tersebut anjuran bersama Persatuan Orang Asli Semenanjug Malaysia (POASM) dan juga Jaringan Kampung Orang Asli Perak. Manakala Menteri Shafie Apdal pula berkata, “mereka datang bukan untuk protes tetapi untuk melawat Putrajaya” Kenyataannya telah menimbulkan kemarahan ramai pihak termasuk PSM yang mengutuk Menteri tersebut dalam satu kenyataan akhbar.

>> ms 7


Jan-Feb 2011

7

Selamat Tahun Baru! Abad ke-21 2011 Politik negara terumbang ambing dan tak tentu arah Dari segi politik pun, 2010 meneruskan kemelut tahun sebelumnya. Kerajaan BN terus menggunakan media dan segala jentera kerajaan (seperti polis, kehakiman dan agensiagensi kerajaan lain) untuk 'menjatuhkan air muka' Pakatan

Krisis Politik! Rakyat. Ia juga terus menggunakan taktik-taktik lama seperti hasutan kaum, politik wang, sekatan hak bersuara dan

maklumat. 2010 bermula dengan isu penggunaan nama ALLAH hingga berlaku serangan ke atas gereja-gereja. Ramai pemimpin, aktivis dan rakyat marhaen telah mendebat tentang isu ini. Pada 9 Februari Mahkamah Persekutuan meneruskan proses rampasan kuasa dengan 'bersetuju' dengan rampasan kuasa di Perak maka Datuk Seri Zambry Abd Kadir menjadi Mentri Besar Perak yang sah. Maka UMNO mula mengalih perhatian ke Selangor pula, negeri yang paling kaya di bawah Pakatan Rakyat. Dari kes curi pasir hingga ke perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, ada juga tangan-tangan syaitan yang kacau! Asia Tenggara – Gerakan merah dan pembebasan Suu Kyi Sementara itu, di Thailand pula, 2010 adalah tahun 'PERGERAKAN MERAH'. Dari bulan Mac – Mei 2010, lebih dari 150,000 rakyat miskin dari bandar dan luar bandar turun ke bandaraya Bangkok untuk protes secara aman (paling aman sekali). Mereka menuntut kerajaan yang dilantik oleh tentera membubarkan Parlimen dan mengadakan Pilihanraya. Malangnya, kerajaan Abhisit telah bertindak kejam ke atas ahliahli baju merah. Pada 19 Mei pihak tentera telah menembak ke arah ahli-ahli baju merah menyebabkan 91 orang terbunuh dan lebih 2,100 dicederakan. Undang-undang darurat dikenakan. Namun pada 19 September, lebih 10,000 rakyat Baju Merah telah turun ke Bangkok untuk mengingati perjuangan 4 bulan sebelumnya. Satu lagi perkembangan di rantau Asia Tenggara ialah pilihanraya umum yang telah diadakan di Myanmar oleh regim

tentera (dictator), parti Union Solidarity and Development pada 7 November 2010. Memang merekalah yang menang (demokrasi di Myanmar sudah mati sejak 8-8-1988). Maka,

MAHKAMAH INDUSTRI HINA PEMOTONG BUAH KELAPA SAWIT Pada 26 November 2010, malapetaka menimpa 40,000 pekerja kilang kelapa sawit dan pemetik kelapa sawit apabila Mahkamah Perindustrian membuat satu keputusan yang disifatkan sebagai paling teruk dan berat sebelah dalam sejarah keputusan mahkamah perindustrian yang melibatkan MAPA-NUPW. Malah salah seorang pemimpin Kesatuan Sekerja NUPW mendakwa keputusan mahkamah perindustrian itu seolah-olah ditulis oleh towkey-towkey tuan punya perladangan manakala Hakim Mahkamah perindustrian seolaholah menjadi jurucakap mereka. Isu pertikaian Perjanjian Kolektif antara NUPW (Kesatuan Nasional Pekerja ladang) dan MAPA (Persatuan Pengeluaran Pertanian Malaysia) gagal mencapai sebarang persetujuan dan justeru itu NUPW telah memfailkan tuntutan terhadap MAPA pada 27/08/2009 setelah persetujuan bersama antara mereka sudah tamat pada 30 Jun 2008. Pertikaian di antara NUPW dan MAPA adalah berkenaan banyak perkara tetapi di antaranya yang menjadi isu penting adalah isu tarikh penguatkuasaan Perjanjian Kolektif, gaji bulanan pekerja ladang dan kilang kelapa sawit, peningkatan gaji tahunan, peningkatan gaji minimum, pemberian bonus dan COLA kepada pekerja am dan kilang dan elaun pengangkutan. NUPW telah memohon untuk peningkatan gaji bulanan daripada RM462.10 kepada RM750.00 bagi pekerja ladang dan peningkatan daripada RM501.10 kepada RM760.00 bagi pekerja kilang kelapa sawit. Di samping itu NUPW juga telah menuntut peningkatan gaji kepada pekerja kilang kelapa sawit dari 1.5% kepada 1.7% dan peningkatan gaji tahunan sebanyak 15%. Namun MAPA tidak bersetuju dengan cadangan NUPW dan hanya telah mencadangkan RM450 sebagai

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan negaranegara Barat mengecam pilihanraya tersebut sebagai satu penipuan besar. Namun insiden yang paling mengembirakan ialah pembebasan Aung San Suu Kyi (ahli politik, pembangkang) daripada tahanan rumah pada 13 November iaitu selepas 15-21 tahun dalam tahanan. Pada tahun 2010, walaupun sistem kapitalis mendapat pukulan kuat di banyak negara, nama para jutawan dan billionaires' semakin meningkat dan yang menyedihkan ialah golongan miskin juga semakin melipat ganda. Di Malaysia umpamanya ada 22 billionaires manakala jumlah kekayaan 40 orang terkaya di Malaysia ialah RM156.7 billion (63% lebih daripada tahun sebelumnya!), sehingga Jan 2010. Di dunia pula, jumlah billionaires bertambah 50%, iaitu 1,011 orang (2009). Sementara mereka yang sedikit ini hidup mewah, berbillion-billion penduduk dunia pula hidup melarat. 3 billion daripada penduduk dunia hidup dalam kemiskinan (bergantung pada kurang dari RM5 sehari); 1.3 billion hidup dalam kemiskinan padah @ teruk (bergantung pada kurang dari RM3 sehari); 70% daripada perempuan di dunia hidup dalam kemiskinan padah; 800 juta orang tiada akses kepada kemudahan kesihatan asas. 17 juta, termasuk 11 juta kanak-kanak, mati setiap tahun akibat penyakit yang boleh dielakkan dan makanan tidak berzat; 11 juta penduduk mati setiap tahun akibat kebuluran Itulah hadiah kapitalis kepada dunia. Sebelum ia menjahanamkan kita, biar kita bertindak pada tahun 2011 dengan lebih bersemangat menguburkan sistem kapitalis ini. Letchimi Devi

gaji bulan pekerja, dan peningkatan 8% gaji tahunan. Mahkamah yang berpihak kepada golongan majikan telah bersetuju dengan MAPA dengan menolak tuntutan-tuntutan NUPW dan hanya membenarkan 11% peningkatan gaji tahunan. Ini bererti gaji pekerja ladang ini mendapat peningkatan RM 1.80 setiap hari. Adakah ini wajar diberikan kepada pekerja ladang yang telah menjadi tulang belakang kepada pembangunan negara sejak 100 tahun dahulu dan yang telah bertungkus lumus selama 4 generasi. Di samping itu, tempoh Perjanjian Kolektif NUPW dan MAPA yang dahulunya 3 tahun, kini telah ditukar kepada lebih daripada 3 tahun melalui keputusan Pengerusi Mahkamah Perindustrian di mana keputusan ini amat prejudiskan pekerjapekerja ladang di mana mereka tidak berhak untuk peningkatan gaji sehingga tamat tempoh berkenaan iaitu pada tahun 2013. Selain itu, Mahkamah Perindustrain hampir menolak semua permintaan NUPW dan menerima semua permintaan MAPA. Mahkamah >>juga mssemua 8


8

Jan-Feb 2011

NASIONAL

KEBANGKITAN MAHASISWA MALAYSIA MULA DIRASAI ! Usia paling berpotensi seorang pemuda adalah usia antara 18 hingga 30 tahun, maka mahasiswa adalah elemen terpenting dari golongan ini. Mahasiswa ini berada pada posisi yang sangat menguntungkan dimana mereka adalah aset yang penting untuk mewujudkan suatu sistem yang bersih dan adil. Mereka juga kemungkinan mempunyai idealisme yang sihat yang masih belum dikotori oleh najis kekuasaan, kekayaan atau kepentingan peribadi. Realitinya, penglibatan mahasiswa dalam politik semakin hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Malah, pelbagai pihak juga turut tampil memberi maklumbalas terhadap isu tersebut. Sesetengah mereka melihat adanya kepentingan untuk mahasiswa berpolitik dan ada juga yang melihat ianya memberi kesan buruk kepada pelajaran mahasiswa dan perkembangan negara. Namun, penglibatan mahasiswa dalam politik pada masa ini adalah amat diperlukan atas beberapa faktor penting kerana ianya melibatkan masa depan negara. Kebangkitan mahasiswa di benua Eropah terutamanya di Britain dan beberapa aksi mahasiswa di tanah air mengungkitkan nostalgia zaman kegemilangan mahasiswa dalam era 1960-1970an. Zaman Kelab Sosialis di UM, Generasi FAJAR di Singapura, demonstrasi besar-besaran mahasiswa di Baling dan Kuala Lumpur, membela peneroka di Tasek Utara. Sejak zaman kegemilangan ini, terdapat pelbagai cubaan oleh pelbagai pihak untuk memulihkan gerakan mahasiswa. Pada era 1990-an, GAMIS (Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung) ditubuhkan bertujuan untuk mendepani cabaran umat Islam dan menghadapi kegawatan jahiliah moden. Kelab Rakan Siswasah Malaysia (KARISMA) ditubuhkan pada 2 Mei 1999 dan mula bertapak di Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S) di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. DEMA telah ditubuhkan sejurus selepas zaman reformasi dimana banyak mahasiswa progresif Cina terlibat manakala GAMP di bawah JERIT ditubuhkan untuk mendekatkan mahasiswa kepada rakyat marhaen. Bukan sahaja ini, pelbagai gabungan telah ditubuhkan sehingga kini untuk membela hak mahasiswa dan juga hak rakyat. Pada hari ini, kebangkitan pelajar memang tidak dapat dinafikan dan salah satu isu yang telah membangkitkan gerakan mahasiswa adalah susulan pilihanraya kampus 2010. Pilihan raya kampus yang diadakan serentak di seluruh Malaysia menyaksikan kumpulan pelajar pro-aspirasi kerajaan dan propembangkang atau dikenali sebagai pro-mahasiswa agak seimbang penguasaannya. Kampus-kampus seperti UUM, UiTM dan Kolej Tun Hussein Onn dilaporkan dimenangi oleh pro-aspirasi kerajaan. Kampus-kampus seperti UM, UTM dan UKM masih dikuasai oleh pro-mahasiswa.

Namun pilihanraya kampus dicemari dengan pelbagai penyelewengan dalam pelaksanaan pilihan raya kampus yang demokrasi. Sebagai institusi pengajian tinggi yang sepatutnya mengamal prinsip demokrasi serta menyediakan gelanggang persaingan di kalangan mahasiswa, pihak universiti telah mengambil langkah yang sebaliknya. Masalah E-UNDI dalam pilihanraya telah mencetuskan lagi kemaraan para mahasiswa menentang pentadbiran Universiti dan Kerajaan. Realitinya, terdapat pelbagai masalah dalam sistem Eundi ini. Antaranya ialah lanjutan tempoh mengundi. Waktu pemilihan yang sepatutnya berakhir pada jam 4.30 petang telah dilanjutkan secara mencurigakan setengah jam sehingga ke pukul 5.00 petang. Keadaan itu menimbulkan tanda tanya di kalangan para pelajar yang dimaklumkan lebih awal berkenaan tempoh pemilihan. Sepatutnya tempoh pengundi tidak boleh diubah sewenangnya. Ini menampakkan pihak pentadbiran memanipulasikan PRK. Kebangkitan mahasiswa terus dapat dilihat dimana pada Hari Hak Asasi Manusia Sedunia, kira-kira 200 mahasiswa berhimpun memprotes kenaikan harga bahan api dan gula di Masjid Putrajaya. Tindakan mahasiswa memprotes isu ini satu tindakan yang luar biasa dalam zaman ini. Tiga orang mahasiswa ditahan dalam protes ini. Mahasiswa ini membantah pengumuman Kerajaan pada 3 Disember lalu dimana harga petrol RON95 naik 5 sen, diesel naik 5 sen, gas naik 5 sen dan gula pula naik 20 sen Pada 23 Oktober, Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) telah dilancarkan yang disertai oleh 6 kumpulan mahasiswa dan diterajui oleh Pemuda Sosialis. Pada 1 Januari 2011, beberapa ratus mahasiswa berhimpun sebagai tanda solidariti membuat deklarasi untuk perjuangan mahasiswa 2011 dimana mereka memberi mesej kepada masyarakat bahawa mahasiswa bersama masyarakat dan segala tindakan mahasiswa hanya untuk kebaikan Negara. Pemuda Sosialis juga telah mengambil bahagian dalam program ini. Pada 11 Januari 2011, pula PMN atau Perhimpunan Mahasiswa Negara dihadiri oleh lebih 230 mahasiswa dari lebih 30 IPTA dan IPTS juga telah diadakan. Mereka berbincang tentang perpaduan mahasiswa dan program mahasiwa Secara kesimpulannya, Gerakan Mahasiswa merupakan sebuah gerakan yang tidak mudah ditambat tengkoknya dan dicucuk hidungnya. Dibanding masyarakat awam, mereka ini jauh lebih faham dengan situasi politik terkini. Dunia kampus telah menyajikan jendela bagi mereka

untuk membuka mata melihat apa sebenarnya yang terjadi saat ini. Dari kampus ini pulalah lahir gerakan-gerakan atau kumpulan mahasiswa yang wujud kesatuan aksi, himpunan dan sebagainya. Kebangkitan gerakan mahasiswa yang dijalankan hampir setiap kampus di Malaysia saat ini, semakin menambah wawasan dan keterampilan politik para mahasiswa. Mahasiswa, anak muda dan orang ramai mula tersentak dan tersedar dari lena yang panjang, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) bukan lagi akta yang dapat menakutkan golongan mahasiswa baru ini. Ayuh anak muda harapan rakyat, mari kita sama-sama optimumkan potensi diri yang ada, dalam memperjuangkan hak dan mencapai misi yang utama iaitu tranfomasi Malaysia kearah lebih baik. Gunakan segala medium yang ada. Maksimakan pengunaan blog, facebook, youtube dan sebagainya untuk dijadikan senjata, tetapi yang paling penting adalah membela rakyat marhaen. Salah satu ungkapan daripada Komrad Kartiges, Pengerusi Pemuda Sosialis Nasional semasa himpunan mahasiswapada 1 Januari 2011 yang harus kita teliti, malah ini adalah realitinya. �Setahun dua ini mahasiswa sudah mula berani mengkritik secara terbuka pemerintah yang jelas menindas dan menyeleweng hak rakyat. Ini memberi suatu anjakan baru bagi gerakan mahasiswa di Malaysia. Jangan terlalu tumpu pada perbahasan intelektual, mahasiswa harus turun sendiri kelapangan untuk terus menyumbang kepada rakyat�. M.Ravindran PemudaSosialis

MAHKAMAH INDUSTRI HINA PEMOTONG BUAH KELAPA SAWIT ...dari ms 7 kelapa sawit dijangka memainkan peranan penting dalam melonjakkan Malaysia kearah status negara berpendapatan tinggi dengan hasil pertukaran asing melebihi dua kali ganda mencapai RM100 bilion pada tahun 2020.Jika kita melihat keuntungan yang digaut oleh Sime Darby pada tahun 2010 adalah sebanyak RM2.5 billion.

permintaan MAPA. Mahkamah juga antaranya menolak permohonan NUPW untuk bonus, Cola, elaun pengangkutan dan pemberian insentif kepada pekerja ladang.Tindakan Mahkamah ini amat ketara menunjukkan bahawa Mahkamah hanya sekadar boneka MAPA yang melaksanakan arahanarahan daripada MAPA yang semakin angkuh. Di manakah rasional Mahkamah Perusahaan apabila gagal mengambilkira keadaan harga barangan yang semakin meningkat dan inflasi makin melambung tinggi? Apakah masalah MAPA dalam memberi gaji bulanan yang tetap kepada pekerja ladang. Jika kita menganalisa pengeluaran kelapa sawit, hasil pengeluaran semakin meningkat dan bukannya menurun. Menurut Laporan Ekonomi 2010/2011 pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) pada 2010 dianggar meningkat 3.4 peratus kepada 18.4 juta tan metrik daripada 17.8 juta tan metrik. Sektor

mereka lebih bermakna. Kita sering mendengar slogan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan “Rakyat Diutamakan�. Sekiranya ia adalah suatu yang benar dan bukan sekadar slogan sahaja , maka suatu Perjanjian Kolektif yang memihak kepada pekerja dan melindung pihak pekerja ladang

Adakah pekerja ladang yang bertungkus lumus tanpa mengambilkira keadaan cuaca dikurniakan dengan keputusan Mahkamah Perindustrian yang amat menghinakan golongan pekerja ladang. Sekiranya pekerja ladang ini tidak menitikkan peluh mereka, adakah gergasi-gergasi besar seperti Sime Darby dan Kerajaan dapat menikmati keuntungan sebegini .Mengapa MAPA dan Mahkamah Perusahaan sungguh kedekut untuk memberi gaji yang adil dan saksama untuk pekerjanya yang membuat pengeluaran komoditi yang amat menguntungkan. Kini NUPW telah membuat rayuan di mahkamah Tinggi. Seramai dua ratus pekerja ladang telah datang untuk menyatakan bantahan mereka akan keputusan mahkamah perindustrian. Setiausaha Agung PSM S.Arutchelvan dan Ahli parlimen Sungai Siput Dr. Jeyakumar yang berada di Mahkamah pada hari itu mendesak pekerja dan Kesatuan Sekerja untuk tidak berharap sangat pada mahkamah tetapi mereka harus berjuang habis-habisan untuk memastikan kehidupan

boleh ditandatangani. Ini disebabkan Kerajaan mempunyai saham di kebanyakan ladang besar ini dan Kementerian Sumber Manusia boleh menggunakan kewibawaannya untuk mendesak MAPA menerima tuntutan Kesatuan Sekerja. Bagaimana hendak memastikan Malaysia mencapai status masyarakat berpendapatan tinggi apabila gaji pekerja ladang begitu rendah, hina dan keji. Oleh Nalini M


Jan-Feb 2011

9

KENANGAN BERSAMA PEGUAM BALA Peguam G. Balasundram yang lebih dikenali S.C. Thai Bala di Ipoh mengamalkan kehidupan sederhana, prihatin dan sentiasa meluahkan rasa bantahan terhadap sesuatu ketidakadilan samada dalam sistem politik, kehakiman dan juga terhadap mereka yang tamak dan mementingkan diri. Nilai kehidupan ini telah dihapuskan oleh pihak yang tidak disenangi terhadapnya pada 16-11-2010. Pembunuhan beliau bukan sahaja mengejutkan serta meyedihkan malah ia adalah satu kehilangan besar kepada kawan-kawannya terutamanya di PSM , malah juga masyarakat miskin yang mahukan keadilan.

miskin kerana kes-kes itu memberikan tekanan emosi dan menganggu fikirannya apabila kalah di Mahkamah kerana sistem kehakiman negara bukan untuk orang miskin, tetapi bila tak ada peguam, Bala sahaja yang akan muncul dan membuat kes tersebut. Ini dapat dilihat semasa kes Kampung Pinang di Pusing. Walaupun Bala meminta kami supaya jangan membawa kes probono yang melibatkan orang ramai… jalan terakhir kami adalah minta bantuan Bala setelah semua usaha mencari peguam lain menemui jalan buntu. Bala pun menyedari situasi ini dan dia menghulurkan tangan pada Julai 2010 apabila seorang ADUN PR yang mewakili penduduk Kampung Pinang – Pusing dalam perbicaraan sejak tahun 2003 tidak mahu memfailkan notis rayuan kes Mahkamah Tinggi setelah kes di Mahkamah Sesyen tidak berpihak kepada penduduk.

Saya mengenali Bala pada 10-3-1996 semasa Peneroka Bandar Kampung Chekkadi Buntong membuat perarakan ke balai polis untuk membuat aduan terhadap perobohan sebuah rumah oleh pihak berkuasa tempatan. Ramai yang kena tahan dan antara ratusan itu adalah termasuk saya, Dr.Kumar dan Rani. Pada masa itu, seorang peguam yang berani muncul di kalangan ratusan yang berhimpun di luar balai untuk membuat aduan polis terhadap pihak polis ke atas penahanan tidak sah dan bertentangan dengan undang-undang. Itulah Bala yang saya mulai berkawan dan persahabatan menjadi lebih rapat semasa beliau menjadi peguam kepada Dr.Kumar yang memfailkan petisyen pilihanraya terhadap Samy Vellu pada tahun 1999. Semasa Kampung DBI-Buntong, Ipoh menghadapi pengusiran paksa, kami telah merujuk Bala untuk mendapatkan injunski terhadap pihak MBI dan beliau berjaya memperolehinya. Hujah Bala sentiasa keluar dari mulutnya adalah “jangan pedulikan mereka, biar kita buat apa yang kita inginkan” Komrad Bala ini mudah didekati, tidak mengenakan bayaran yuran dan sentiasa meluahkan rasa kemarahan terhadap sesuatu penindasan dan ketidakadilan yang berlaku terhadap warga miskin. Pada tahun 2000, 16 orang petani Tanah Hitam telah menerima notis pengusiran dari pihak pemaju yang juga merupakan ADUN BN Perak. Syarikat ADUN itu mengheretkan 16 petani ini ke mahkamah. Apabila kami meminta bantuan guaman, beliau kata OK... Semasa Hakim Mahkamah Tinggi memberikan penghakiman berpihak pemaju dan semasa hakim berdiri untuk beredar, Bala bangkit dan membuat pencelahan dengan nada yang tinggi “ my lord, we are going to appeal, therefore we want stay of execution” Hakim menjawab buat permohonan bertulis..

Bala sekali lagi meluahkan rasa kemarahan terhadap tindakan parti politik itu dan bersetuju untuk mewakilinya. Akibat penglibatan Bala dan tekanan PSM kepada pihak kerajaan kini para penduduk menerima surat tawaran lot gantian .

masuk dalam DUN.. dewan akan tergugat dan bergegar.. Beliau bercakap pada saya, “ borang pencalonan … jangan awak isi… saya akan isikan katanya.. Dia bersama dengan saya pada hari tersebut dan selepas saya kalah beliau berkata… ini permulaan.. don't worry.. minta saya fokus dalam pelajaran bersama perjuangan. Begitu juga pada Pilihanraya umum ke-12, semasa DAP enggan memberikan laluan kepada PSM untuk bertanding di Jelapang, beliau berkata pada saya, mengapa minta sedekah….kalau rasa nak bertanding..tandinglah, hasil itu tak penting, yang pentingnya pendirian. Bala kata esok penamaan calon di Batu Gajah untuk calon PSM Saras… Dia datang bersama Vengkat dan bertengkar dengan polis apabila dia tidak dibenarkan masuk ke dewan pencalonan ….akhirnya dia dibenarkan masuk uga. Kes penjual cholok yang menghadapi pengusiran pada tahun 2009 dari Gamuda. Bala yang mewakili pengusaha cholok itu. Menang di luar mahkamah dapat tanah sewa di kawasan yang sama dengan pampasan. Dalam sepanjang masa saya bersama dengan Bala, beliau berkata.. jika awak mendalami dan membuat pengajian yang terperinci dalam sesuatu isu.. awak boleh berjaya ataupun sekurang-kurangnya boleh menggugatkan pihak lawan dari tindakan seterusnya.

Bala mohon sehingga itu kekalkan status quo, hakim benarkan permohonannya. Walaupun kes ini kalah di Mahkamah tetapi tekanan politik dan komitmen Bala dalam kes ini menyebabkan 16 petani ini dapat 16 ekar tanah dari pihak kerajaan dan pampasan dari pihak pemaju

Bala meminta saya, jika awak praktis sebagai peguam, jangan ikut sempadan yang ditetapkan oleh undang-undang seperti saya.. must come out from the box.. sepertimana Saras sentiasa mencabar saya katanya.

Orang berkata, kita dapat mengenali siapa kawan kita, semasa kita dalam kesusahan. Terdapat satu kes bekas pekerja ladang Strathisla Jelapang yang menghadapi pengusiran dari syarikat PCBD –Anak Syarikat Kerajaan Negeri Perak. Pada ketika tarikh perbicaraan ditetapkan, tiba-tiba peguam yang mewakili pekerja ini yang merupakan seorang pemimpin politik pembangkang yang popular tidak mahu mewakili 20 pekerja itu tanpa sebarang sebab. Dalam masa kecemasan itu, pukul 9 malam pada hari itu, kami berjumpa komrad Bala, pada mulanya dia keberatan tetapi akhirnya beliau mewakili kes itu. Dalam dua tahun perjuangan pekerja ladang Strathisla Jelapang itu, bekas pekerja ladang ini dapat memperolehi dua ekar tanah melalui persetujuan bersama di luar mahkamah.

Lagi satu yang memperlihatkan prinsipnya yang ikhlas adalah apabila Bala kalah dalam sesuatu kes khususnya kes membantu (probono) yang melibatkan orang awam.. masalah orang miskin, dia amat sedih dan tiga atau empat hari dia tak akan masuk dalam pejabatnya. Ini saya dapat lihat dalam kes petani dan penternak Tanah Hitam-Chemor… Pada masa itu, saya menelefonnya, dan beliau kata, “leave me alone this week…Selepas itu dia menelefon saya minta datang ke pejabat…. Dia memberikan saya sebuah buku yang tebal… yang bertajuk “ Long Walk To Freedom” yang ditulis oleh Nelson Mendela… Beliau bercakap pada saya.. nice book… you mesti baca… penting untuk awak…saya dah baca habis dalam empat hari katanya dan menghadiahkan buku itu kepada saya.

Semasa PRU-11, PSM memilih saya sebagai calon di DUN Jalong. Bala amat gembira dan berkata pada saya, jika awak

Walaupun Bala sering meminta pada kami, tolong jangan membawa kes-kes seperti yang melibatkan masyarakat

>> ms 8

Kormad Bala tidak ketinggalan melibatkan diri dalam perjuangan rakyat. Antaranya Kempen Basikal Jerit, bantahan undang-undang buruh dan kempen Anti ISA. Saat terakhir Sepanjang November—Sebelum dia Dibunuh

Bulan

Pada awal bulan November 2010, Bala menelefon saya untuk datang ke pejabatnya. Setelah diam seketika.. dia mula bercakap “you are very near to reach your destination…don't worry continue your study I will support you. Dalam pertemuan dengannya, dia amat bimbang terhadap kes perhimpunan haram yang saya turut disabitkan - hukuman dua minggu penjara dan denda yang akan didengar rayuan pada 15-11-2010 di Mahkamah Tinggi Ipoh. Bala berkata pada saya.. awak mesti dibebaskan di mahkamah ini.. dan mahukan fikiran awak tenang dan fokus dalam karier. Masa itu beliau memberitahu kepada saya…kali ini hari jadi saya akan disambut oleh seluruh dunia… Saya hairan… Tanya dia… apa itu… deepavali jatuh pada harijadi saya katanya 5 Nov. Sebelum sehari kes di Mahkamah Tinggi pada 1511-2010.. beliau SMS saya minta saya meneman untuk makan bersama. Pada 15-11-2010 jam 9 pagi dia datang ke mahkamah dan berkata pada saya “ hari ini macam saya pergi ke Bar exam, pasal kes awak…. I must do my best to get your release from this case” Pada hari itu, Bala membuat suatu penghujahan yang ringkas dan tepat pada isunya sehingga hakim senyum semasa permulaan…Di mana Bala berkata “ My lord today I'm invited to do nasional service for this case” Selepas kes itu, Bala amat yakin boleh menang semasa bersama dengan saya, Saras, Vengkat dan Rajasingam di sebuah restoran selama 3 jam kita bersembang. Keesokan harinya dia dibunuh dan semasa penghakiman diberikan oleh hakim pada 19-112010 hakim berkata, “mahkamah mengambil hujahhujah yang dikemukakan oleh G.Balasundram dan membebaskan semua perayu. Seterusnya memerintahkan wang denda, jaminan dipulangkan serta mahkamah menolak permohonan perbicaraan semula oleh pihak pendakwaraya. Sistem kapitalis bukan sahaja merampas harta dan hak rakyat biasa malah juga menguburkan nilai kemanusiaan sehingga manusia sama manusia mengambil nyawa insan yang tidak berdosa. Walaupun Bala tiada di bumi ini, tetapi nilai kemanusiaan, keberanian, prinsip hidup dalam kariernya tetap menjadi pedoman kehidupan kepada kita semua. Oleh Kunasekaran


10

NASIONAL

Jan-Feb 2011

BN DAN PR BERMAIN TARIK TALI DENGAN SULTAN DALAM ISU PERLANTIKAN KHUSRIN Isu perlantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Kerajaan Negeri Selangor menjadi krisis terbaru yang melanda Negeri Selangor. Persoalan seperti siapa yang berkuasa dalam hal perlantikan ini – Sultan, Menteri Besar (MB), Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah dibangkitkan. Isu perlantikan Khusrin ini juga dikatakan telah menimbulkan krisis perlembagaan di negara ini. Tapi ini bukanlah kali pertama krisis seumpana ini berlaku. Krisis Perlembagaan biasanya berlaku apabila ada satu pertikaian mengenai perlembagaan sehingga tiada jalan keluar yang jelas. Sebelum ini krisis Perlembagaan sering dikaitkan dengan cubaan Dr. Mahathir merampas hak dan kuasa Sultan tetapi hari ini, ia biasa melibatkan Kerajaan negeri dan Persekutuan seperti Krisis Perlembagaan yang berlaku di Perak. Biasanya Krisis Perlembagaan hanya boleh diselesaikan melalui interpretasi perundangan. Namun dalam negara ini adakah institusi perundangan kita bebas dan berkecuali? Jadi selepas Perak, kini Selangor menjadi sasaran BN. Selangor adalah negeri yang maju dan paling kaya. Sebelum ini BN cuba menjatuhkan Selangor dengan menggunakan beberapa isu seperti jualan pasir secara haram, isu air, isu kuil di Shah Alam dan menggunakan alat Kerajaan seperti SPRM dan polis. Kini, mungkin ia akan menggunakan Khusrin sebagai Trojan horse untuk merampas semula Selangor. Sebenarnya jawatan utama birokrat seperti SUK adalah penting. Sesebuah Kerajaan akan memberikan kuasa dan tanggungjawab kepada birokrat yang berwibawa untuk melaksanakan polisinya. Ini bermakna birokrat memainkan peranan penting dalam proses politik sesebuah Kerajaan untuk melaksanakan polisi dan dasar kerajaan negeri itu. Ini adalah satu cabaran yang dihadapi oleh Kerajaan PR di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah kerana pegawai birokratnya bukan sahaja mereka yang dilantik semasa pemerintahan BN tetapi memang Kerajaan Persekutuan melalui SPA mempunyai kuasa berbuat demikian. Mereka ini boleh digunakan untuk mensabotaj PR. Kerajaan PR tidak berani membuang mereka kerana seorang penjawat kerajaan hanya boleh dibuang jika beliau melakukan kesalahan tatatertib dan bukan berdasarkan idelogi pemikirannya. Di India dan banyak negara lain misalnya, apabila Kerajaan bertukar

tangan, parti pemerintah akan menukar mereka yang memegang jawatan birokrat yang utama. Pegawai yang dilantik oleh kerajaan lama akan ditukar ke tempat lain. Kini, Kerajaan Selangor telah memutuskan untuk mengadakan sidang tergempar untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor yang diharapkan dapat mengembalikan kuasa kepada Sultan dan MB dalam perlantikan SUK dan beberapa jawatan

akan memberikan kuasa kepada sultan. Jika tidak mereka juga dianggap menderhaka kepada sultan. Nampaknya kedua-dua pihak cuba mempertahankan diri dengan menggunakan sultan. Tetapi kedua-dua pihak BN dan PR harus sedar bahawa mereka harus bertanggungjawab kepada rakyat yang memilih mereka. Raja yang sebenarnya adalah rakyat. Rakyat harus terus diperkasakan dan dilibatkan dalam isu yang melibatkan mereka. Kini pindaan perlembagaan ini lebih satu ujian untuk melihat pihak mana yang lebih setia kepada Sultan. Jika propaganda ini yang berlaku, maka ia akan terpesong dari agenda utama. Agenda persoalan pokok disini adalah seorang Pegawai Penjawat paling tinggi di peringkat negeri tidak mendapat mandat dari kerajaan Negeri yang dipilih orang rakyat Selangor. Ia bukan persoalan kesetiaan kepada Raja yang cuba digendanggendangkan.

penting. Pada tahun 1993, Dr. Mahathir Mohammad pada masa itu telah meminda Perlembagaan untuk mengurangkan kuasa sultan. Kini PR nampaknya mahu mengembalikan kuasa tersebut. Adakah ini satu tindakan yang bijak? Adakah MB Selangor dan EXCO akan berjaya dalam usaha ini. Sekirannya berjaya, adakah Sultan akan menyokong dan membuang Khusrin dan memilih calon yang bakal dikemukakan oleh MB Selangor? Jangan kita lupa, semasa krisis di Perak, Sultan Perak telah memihak kepada BN dan tidak memperkenankan permintaan MB Perak, Dato Seri Nizar untuk membubarkan DUN. Namun, apa yang jelas, dalam isu ini kedua-dua pihak memainkan isu kesetiaan kepada Sultan. BN mengatakan MB dan EXCO Selangor menderhaka kepada Sultan Selangor kerana tidak menerima perlantikan Khusrin sebagai SUK. Kerajaan PR pula mengatakan ADUN BN harus hadir dan menyokong pindaan yang

Apa yang boleh dilakukan oleh Kerajaan Selangor ialah mengadakan referendum atau pungutan suara rakyat dalam isu-isu yang menjadi pertikaian. Suara rakyat boleh memberi jawapan yang jelas dalam pertikaian seumpana ini misalnya dalam isu air dan isu perlantikan SUK. Ini juga bermakna BN harus menghormati Kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Rakyat Selangor telah memilih dan memberikan mandat kepada PR untuk memerintah. Jika keputusan ini diremeh-temehkan oleh kerajaan Pusat, biar bongkarkan ini kepada rakyat Selangor. Biar rakyat menjadi penentu. .

SELEPAS FTA AMERIKA.. KINI PULA DATANG FTA KESATUAN EROPAH

FTA : PENJAJAHAN BARU IMPERIALIS

Pada Mac 8, 2006, Datuk Seri Rafidah Aziz sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri semasa memulakan Rundingan Pertama FTA dengan Amerika di Washington, telah mengatakan bahawa rakyat Malaysia tidak membantah FTA Malaysia dengan Amerika. Kenyataan ini telah mengejutkan ramai rakyat Malaysia kerana tidak pun kita tahu Malaysia akan mengadakan FTA dengan Amerika. Setelah pengumuman itu satu kempen yang intensif membantah FTA Amerika telah diadakan di Malaysia yang dipimpin oleh Gabungan Rakyat Membantah FTA US-Malaysia. Penerangan, bantahan, protes, kempen faks dan poster diadakan di seluruh negara. Hasilnya, ramai rakyat Malaysia membantah FTA Amerika. Akibat tekanan ini dan banyak isu yang menggadaikan hak rakyat Malaysia dipersoalkan maka Malaysia tidak berjaya mendatangani FTA dengan Amerika dalam masa yang ditetapkan iaitu Mac 2008. Kemenangan rakyat ini telah memberi mesej yang jelas kepada Kerajaan Malaysia bahawa Rakyat tidak menyokong FTA dengan Amerika. Akan tetapi nampaknya mesejnya tidak jelas lagi. Ini adalah kerana walaupun hak dan kehidupan rakyat Malaysia akan tergadai, Kerajaan Malaysia telah memulakan kembali rundingan FTA dengan Amerika dan juga rundingan baru dengan Kesatuan Eropah pada bulan Disember 2010. Motif FTA kali ini pula kononnya untuk meningkatkan perdagangan Malaysia dengan negara-negara ini. Realitinya kita memang sudah banyak berdagang dengan negara-negara ini. Malaysia mendapat surplus (lebihan) dalam perdagangan dengan kedua negara ini. Maka kenapa Malaysia mahu menandatangani FTA? Selalunya FTA ditandatangani oleh negara maju seperti Amerika dan Kesatuan Eropah untuk mendapatkan lebih akses dalam sesebuah negara yang kaya dengan sumber alam. Tiada tarrif

maka lebih banyak barangan boleh dibawa masuk untuk berniaga dan sumber alam boleh dibolot.

Jika anda ingat Malaysia pun akan mendapat akses yang sama di Amerika dan Kesatuan Eropah, anda salah. Ini adalah kerana FTA lebih menekan negara yang lemah. Kalau pengeksport Malaysia cuba membawa barangan mereka masuk ke Amerika dan Kesatuan Eropah banyak isu yang akan dibangkitkan dari aspek kesihatan ke undang-undang dalam negeri yang tidak membenarkan barangan kita masuk ke sana. Ini dapat dilihat melalui FTA yang ditandatangani oleh Amerika dengan negara lain di mana, barangan Mexico, Senegal dan lain-lain negara dunia ketiga tidak dapat masuk ke dalam Amerika kerana banyak peraturan.

Perjanjian FTA. Ini adalah kerana segala undangundang negara tidak boleh menyebabkan kerugian kepada pemodal Amerika atau Kesatuan Eropah. Jika kerajaan hendak membuat apa-apa undangundang untuk melindungi pekerja atau rakyat Malaysia contohnya terhadap pencemaran kilang atau memaksa harga ubat rendah yang boleh mengurangkan keuntungan pemodal Amerika atau Kesatuan Eropah maka ia boleh dibantah oleh negara masing–masing. Sekiranya undang-undang itu dilaksanakan juga maka kerajaan Malaysia boleh didakwa di Mahkamah Antarabangsa dan gantirugi yang tinggi yang boleh membankrapkan negara akan dikenakan. Maka adakah perlu kita masuki ke dalam perjanjian seumpama ini ?

Bukan itu sahaja impaknya, FTA memang mempunyai banyak impak keatas kehidupan rakyat Malaysia. Antaranya ialah harga ubat akan meningkat sebab FTA akan meningkatkan tempoh paten dan juga tidak membenarkan kita gunakan ubat generik yang sama tetapi murah. Bagi petani pula, FTA menuntut subsidi dihapuskan dan tiada cukai keatas bahan import. Ini akan menyebabkan barangan kita mahal dan barangan import murah kerana EU dan Amerika akan terus subsidi petani mereka.

Mungkin ada orang akan berkata perjanjian boleh dibatalkan kalau tidak berpihak kepada Malaysia. Memang betul pun. Malaysia harus memberi 6 bulan notis untuk keluar dari perjanjian itu. Namun kalau Amerika dan Kesatuan Eropah sudah mengawal segala aspek ekonomi dan dalam masa 6 bulan ia membawa keluar, apa yang akan tinggal di negara ini? Malaysia akan kembali kepada status 31 Ogos 1957 dimana bila penjajah keluar segalanya dibawa bersama dari negara ini.

Cukai import sifar juga akan menyebabkan barangan pengguna dan barangan kilang yang diimport akan menjadi murah berbanding dengan barangan buatan Malaysia. Maka apa nasib kepada kilang-kilang Malaysia? Kilang-kilang Malaysia akan mengurangkan pekerja ataupun tutup terus. Dalam keadaan ini ramai pekerja yang akan hilang kerja, mengalami kekurangan pendapatan malah tuntutan Akta Gaji Minima untuk pekerja akan ditolak begitu sahaja. Teruk keadaan rakyat Malaysia kalau FTA ini ditandatangani.

Jadi perlukah kita menandatangani dalam satu perjanjian yang akan menggadaikan hak rakyat dan kedaulatan negara. Perjanjian FTA ini bagaikan penjajahan ekonomi. Kita harus menghentikannya. Sekiranya tidak, negara kita akan kembali kepada zaman penjajahan di mana semua sumber dibolot oleh Amerika dan Kesatuan Eropah dan hak rakyat pula dirampas. Katakan TIDAK kepada FTA . Untuk m a k l u m a t l a n j u t s i l a l a y a r i http://www.ftamalaysia.org

Impak yang paling ketara ialah terhadap kedaulatan kita sebagai sebuah negara merdeka akan tergugat dengan

Oleh Kohila


11

ISU ANTARABANGSA/TOKOH

Jan-Feb 2011

WIKILEAKS: MENGAPA PENGASAS WIKILEAKS DIBURU IMPERIALIS AS ? kedutaan-kedutaan AS di seluruh dunia mulai 28 November 2010. Tindakan Wikileaks ini diumpamakan sebagai peristiwa “September 11” dalam diplomasi AS. Wajah sebenar pemerintah AS telah didedahkan melalui pertukaran mesej antara pegawai-pegawai kedutaan AS di seluruh dunia. Banyak maklumat yang didedahkan dalam pembongkaran kabel rahsia ini merupakan rahsia yang memang diketahui ramai sebelum ini dan banyak maklumat yang terkandung dalamnya adalah “gosip” antara pegawai AS ke atas kerajaan-kerajaan di seluruh dunia. Ini telah sekali lagi membuktikan keinginan imperialis AS untuk menguasai politik dan ekonomi sedunia. Memang ada udang di sebalik batu dalam diplomasi AS. Sejak kebelakangan ini, Wikileaks telah menjadi tumpuan dunia. Pengasas Wikileaks, Julian Assange telah menjadi orang yang paling bahaya sehingga diburu hebat oleh kuasa imperialis yang paling besar di dunia – Amerika Syarikat. Selepas membongkarkan kabel rahsia diplomatik Amerika Syarikat, Wikileaks telah diserang bertubi-tubi oleh kuasakuasa imperialis barat, termasuklah serangan penggodam (hacker) ke atas computer pelayan Wikileaks, dakwaan oleh pihak Amerika Syarikat bahawa Wikileaks patut disenaraikan sebagai kumpulan “pengganas” dan cubaan untuk menyerahkan Assange kepada pihak keselamatan AS. Serangan sebegini hanyalah cubaan oleh kuasa-kuasa imperialis untuk menutup konspirasi mereka, sehingga menggadaikan hak rakyat sedunia untuk mengetahui kebenaran. Assange menyerah diri dan ditahan oleh pihak polis Britain pada 7 Disember 2010, kemudian dibebaskan dengan jamin mahkamah pada 16 Disember 2010. Assange berkemungkinan akan diserahkan kepada pihak Sweden untuk dihadap ke mahkamah untuk tuduhan rogol yang diadaadakan oleh pihak yang cuba jatuhkan kewibawaan Wikileaks. Kebimbangan yang paling besar adalah pihak Britain atau Sweden akan menyerahkan Assange kepada pihak keselamatan AS. Wikileaks telah mula menyebarkan kabel rahsia

Dalam pembongkaran Wikileaks, di mana kebanyakan adalah kabel yang dihantar antara 2007 hingga 2010, didapati bahawa kerajaan AS menggunakan pegawai kedutaannya untuk melakukan kegiatan pengintipan dan kedutaan AS bagaikan satu jaringan pengintip di seluruh dunia. Pegawai-pegawai diplomatik telah mengutip maklumat peribadi pegawai penting di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), seperti kod penerbangan yang selalu guna, maklumat kad kredit, jadual waktu harian, sehinggalah maklumat genetic. Sebelum ini, Wikileaks yang mula beroperasi sejak tahun 2006 telah mendedahkan banyak kepincangan yang dilakukan oleh kerajaankerajaan dan korporat. Pada bulan April 2010, Wikileaks telah mendedahkan sebuah video tentang pembunuhan orang awam oleh tentera AS di Iraq. Pada bulan Julai 2010, Wikileaks membongkarkan log perang Afghanistan yang mengandungi 76900 dokumen tentang kegiatan tentera AS di Afghanistan. Pada bulan Oktober 2010, W i k i l e a k s p u l a

mendedahkan sebanyak 400 000 dokumen tentang perang di Iraq. Dokumen-dokumen yang dibongkarkan ini telah membuktikan sekali lagi jenayah perang AS di Iraq dan Afghanistan. Di dalam sebuah “empayar pembohongan”, pendedahan kebenaran adalah sesuatu jenayah besar. Satu-satu jenayah Wikileaks adalah mendedahkan wajah sebenar imperialis AS yang angkuh dan berkepentingan sendiri. Kuasa-kuasa imperialis sedang cuba mematikan wikileaks untuk menghalang rakyat dunia untuk mengenali hasrat sebenar mereka. Semua rakyat dunia patut mempertahankan hak untuk mengetahui kebenaran dalam usaha melawan kuasa-kuasa imperialis. Oleh Choo Chon Kai

Ganesan – Pemimpin Pejuang Ladang Braemar Nama: Ganesan a/l Danapal Umur: 49 Tempat lahir: Ladang Breamar, Kajang Pendidikan: Tingkatan 3/ SRP Profesion: Pekerja Bank E m a i l : ganparu@yahoo.com Tolong ceritakan latarbelakang diri dan keluarga saudara? Bapa saya ialah Danapal dan emak saya ialah Kuppu. Mereka ialah pekerja Ladang Breamar. Saya lahir di Ladang Breamar dan mempunyai 8 orang adik beradik. Saya anak ke-2. Kesemua ahli keluarga saya dibesarkan di kawasan perladangan dan ibu bapa saya turut terlibat dalam perjuangan Ladang Breamar. Bagaimana saudara mula melibatkan diri dengan perjuangan rakyat dan dalam PSM ? Penglibatan saya bermula dengan isu perjuangan perumahan Ladang Breamar pada tahun 1993 bersama ahli- ahli CDC Sdr. Arul, juga Sdr. Selvam dan Dr. Nasir. Sebelum itu saya memang ada minat dan selalu terlibat dengan kerja-kerja sosial seperti pengurusan kuil, aktiviti sukan dan sebagainya. Apa pandangan saudara, adakah sosialisma masih relevan di bumi Malaysia? Ya, selagi ada penindasan terhadap pekerja dan rakyat miskin, selagi itu perjuangan sosialism masih relevan. Kalau kita melihat hari ini, rakyat sudah berubah dan mula memilih alternatif baru seperti Pakatan Rakyat dan bukan lagi setia kepada kerajaan BN sahaja. Ini menunjukkan rakyat mahukan perubahan dan mungkin ia akan menjurus kepada perjuangan sosialis satu hari nanti. Apakah hobi saudara pada waktu lapang? Saya berminat bermain bola sepak dan menyanyi lagu lama dan lagu perjuangan. Biasa ada menyanyi di program PSM. Juga berbincang dengan kawan-kawan mengenai isu politik di kedai kopi.

Bagaimana sokongan keluarga tentang penglibatan saudara dalam perjuangan? Sebelum kahwin ibu bapa dan adik beradik memberi sokong baik, kerana mereka terlibat bersama dalam perjuangan perumahan Ladang Breamar. Selepas kahwin pada awalnya kurang mendapt sokongan keluarga. Kemudian saya cuba melibatkan isteri dan anak-anak saya dalam program-program PSM. Sekarang mereka memberi sokongan penuh dan sentiasa menyertai aktiviti PSM. Pandangan saudara tentang masa depan PSM? Perjuangan PSM akan berterusan selagi wujud perjuangan kelas di bumi Malaysia. Saya rasa PSM ada peluang untuk menjadi satu parti pekerja pada suatu hari nanti.

memimpin satu cawangan. Selepas kemenangan Ladang Breamar kita telah menubuhkan Cawangan PSM Kajang. Dalam tempoh 7 tahun ini kita telah berusaha pelbagai cara untuk mendekati rakyat bersama perjuangan mereka. Walaupun ahli cawangan Kajang tidak ramai, tetapi ahli yang ada sangat aktif dan berkualiti. Sekarang sudah ada Pustaka Kiri di bawah pengawasan Cawangan Kajang, ia satu usaha yang bagus dan telah menyediakan ruang kepada ahli PSM dan orang ramai untuk menimba ilmu haluan kiri di Malaysia. Kami sedang mengambil banyak usaha untuk meningkatkan ahli

Siapakah tokoh pejuang yang anda sangat kagumi dan mengapa? Dr. Nasir, sebab saya dapat melihat sendiri perjuangan beliau bersama rakyat dari dulu hingga kini yang berterusan. Beliau seorang yang sangat simple, berani dan sangat kuat dalam perjuangan. Saya telah mempelajari banyak perkara bersama beliau dalam perjuangan Ladang Breamar. Beliau seorang contoh yang baik untuk PSM dan semua orang menghormati dan mengagumi beliau. Pengalaman saudara dalam perjuangan perumahan Ladang Breamar. Bukan senang untuk berjaya dalam satu perjuangan. Perjuangan Ladang Breamar telah mengambil 10 tahun dari 1993-2003. Dalam 10 tahun perjuangan ini, kami telah melalui pelbagai rintangan dan dugaan yang telah menjadikan kami lebih berani menuntut hak kita. CDC dan PSM telah banyak membimbing kami dan menjadi tulang belakang dalam perjuangan Breamar. Hasil perjuangan 10 tahun kita telah berjaya mendapat rumah teras bertingkat dua yang berkos RM42 ribu secara percuma. Melalui perjuangan ladang Breamar saya telah belajar banyak benda tentang perjuangan dan hak seorang pekerja. Ini telah mengajar saya mengambil kepimpinan dalam perjuangan rakyat dan juga sebagai Pengerusi Cawangan PSM Kajang. Sebagai Pengerusi Cawangan PSM Kajang, bagaimana pengalaman dan cabaran saudara dalam

baru. Saya rasa perlu ada orang baru dan muda untuk mengambilalih kepimpinan dan mengembangkan lagi cawangan untuk masa akan datang. Kata-kata semangat saudara untuk anak muda sekarang? PSM Kajang selalu buat banyak aktiviti dengan anak muda. Bila mereka melangkah alam pekerjaan, ada di antara mereka mula abaikan tanggungjawab terhadap masyarakat. Tetapi kita tidak boleh putus asa dan berharap satu hari nanti mereka akan berbalik kepada rakyat. Kerana anak muda adalah pemimpin masa depan negara dan mempunyai tanggungjawab yang besar. Mereka perlu melibatkan diri dalam aktiviti masyarakat untuk menambahkan pengetahuan mereka dan menjadi satu contoh yang baik kepada masyarakat.


12

ANALISA

Jan-Feb 2011

Krisis Ekonomi Dunia Sistem ekonomi dunia sedang mengalami cabaran yang serius. Pengurangan kemudahan pencen di Negara Perancis, kenaikan yuran universiti di England, pemotongan pelbagai subsidi dan kemudahan asas di Ireland, kebankrupan Kerajaan Iceland dan kadar pengangguran yang meningkat ke 14% di Amerika Syarikat adalah antara kesannya. Sudah tentu krisis ini akan membawa kesan negatif kepada negara-negara di luar Eropah, dan memang wujudnya kemungkinan kita di Malaysia juga akan mengalami tekanan ekonomi oleh kerana krisis ekonomi dunia. Kita mesti memahami punca utama krisis ini jika kita ingin menanganinya. Apakah punca utama krisis ini?

Apakah Punca Utamanya? Perniagaan dalam item kewangan seperti di atas adalah berdasar pada spekulasi dan merupakan aktiviti kasino. Kadang kala, harga saham atau derivative melambung naik jauh lebih tinggi daripada nilai sebenarnya aset yang diperniagakan. Ini digelar “speculative bubble” oleh pakar ekonomi.

Untuk memudahkan analisa kita, kita boleh membahagikan perkembangan krisis ekonomi dunia ke beberapa peringkat seperti dihuraikan di bawah: Keruntuhan Blok Timur pada 1990 telah membuka ruang untuk pelabur dari Negara-Negara kaya untuk melabur di negaranegara di mana gaji pekerja jauh lebih rendah berbanding gaji pekerja di negara maju (lebih kurang 1/20 jika kita membandingkan China dengan Amerika Syarikat). Syarikatsyarikat yang dapat memindahkan kilang-kilang mereka ke negara bergaji rendah dapat bersaing untuk pasaran dan kadar keuntungan mereka meningkat. Oleh itu dana mereka untuk

melabur juga meningkat. Sebahagian besar daripada syarikat yang tidak berpindah, tidak dapat bersaing dan terpaksa menutup perniagaan. Ini telah menyebabkan pengangguran di kalangan bekas pekerja mereka. Syarikat yang berpindah juga telah mengurangkan bilangan pekerja mereka kerana sebahagian besar daripada proses kilang telah dipindahkan keluar. Oleh itu, keupayaan masyarakat untuk membeli barangan tidak berkembang. Syarikat yang ingin melabur juga tidak akan melabur dalam sektor perkilangan kerana mereka tahu pasaran untuk barangan adalah begitu lembab akibat pengecutan keupayaan membeli di kalangan orang awam. Oleh itu syarikat dan kaum korporat mencari kesempatan lain untuk mengaut keuntungan dan antaranya adalah: · pasaran saham; “Commodities futures” di mana pihakpihak terlibat membuat kontrak untuk membeli atau menjual sesuatu komoditi dengan satu harga yang ditetapkan pada satu masa depan yang juga ditetapkan; · Pasaran mata wang di mana mata wang asing dibeli dengan harapan nilainya akan naik di masa depan. Ataupun seorang peniaga boleh membuat kontrak penjualan sesuatu mata wang dengan satu harga yang ditetapkan pada satu masa hadapan (dengan harapan nilai matawang itu akan merosot sebelum sampai masa itu) · Perniagaan “derivatives” di mana hak untuk menerima sebahagian daripada bayaran bunga daripada suatu portfolio pinjaman dibeli dan dijual.

Pada tahun 2007, timbulnya kekurangan minyak petrol di pasaran dunia. Kewujudan pasaran komoditi dengan unsur spekulasi telah menyebabkan harga petrol naik jauh lebih daripada kenaikan harga berdasarkan mekanisme bekalan dan permintaan – mungkin dua kali ganda lebih tinggi. Kenaikan harga petrol telah menyebabkan kenaikan harga pelbagai barangan termasuk harga beras, gandum dan jagung. Ini berlaku kerana kos pengeluaran makanan telah naik akibat kenaikan harga disel untuk jentera dan pengangkutan; baja yang dikeluarkan dari bahan-bahan kimia berasaskan petroleum juga naik harga dan sebahagian daripada pengeluaran makanan, terutamanya jagung, disalurkan untuk membekalkan “bio-diesel”. Orang awam di Amerika dan Eropah yang telah

mengalami kemerosotan dalam pendapatan sebenar mereka di atas, tidak dapat bertahan dengan kenaikan harga kemudahan asas seperti makanan dan bil elektrik. Oleh itu sebilangan daripada mereka tidak dapat membayar pinjaman rumah mereka. Apabila beberapa bank menarik rumah pembeli yang tidak dapat membayar, pasaran rumah dibanjiri dengan beribu-ribu rumah yang dilelong oleh bank dan harga rumah jatuh secara teruk. Inilah digelar “sub-prime housing crisis”. Krisis “subprime” ini menjejaskan kestabilan bank-bank di Amerika Syarikat dan Eropah yang telah melabur dalam “derivative” yang berdasarkan kepada pinjaman dari pembeli rumah. Oleh kerana keruntuhan bank-bank besar akan membawa suatu kesan teruk pada ekonomi sesebuah Negara – ramai kilang terpaksa berhenti kerana tidak memperolehi kredit, pengangguran akan melambung naik kerana beribu-ribu hilang kerja, dan sebagainya. Oleh itu, beberapa negara menggunakan dana kerajaan ataupun meminjam duit untuk menghulurkan dana pada bank-bank yang menghadapi masalah pada masa tersebut. Malaysia juga membelanjakan RM 66 bilion dalam skim merangsangkan ekonomi dalam tahun 2008 dan 2009. Usaha negara-negara untuk menyelamatkan sistem pembankan mereka adalah dengan mewujudkan defisit

yang besar dalam belanjawan mereka. Untuk meneruskan dengan segala tanggungjawab kewangan mereka, beberapa kerajaan terpaksa meminjam wang. Masalahnya ialah pihak-pihak yang berdaya memberi pinjaman bernilai berbilion ringgit, akan meminta komitmen daripada kerajaan bahawa kerajaan itu akan mengimbangkan defisit dalam belanjawan. Pihak yang memberi pinjaman mahu memastikan kerajaan itu berupaya membayar balik duit yang dipinjam - bernilai berbilion-bilion ! Inilah sebabnya beberapa kerajaan di Eropah sedang memotong subsidi dan kemudahan untuk rakyat mereka – inilah antara syarat kaum korporat kaya jika mahu meminjam duit mereka. Pengurangan subsidi dan penyekatan pembekalan kemudahan asas oleh pihak kerajaan akan menjejaskan lagi pasaran dalaman negara itu. Seperti dihuraikan diatas, pengecutan pasaran dalaman adalah faktor utama yang membawa kepada pelbagai aktiviti berunsur spekulatif. Jadi, usaha-usaha kerajaan Eropah untuk mengurangkan defisit mereka akan merunsingkan masalah ekonomi mereka. Jadi, apakah punca utama krisis ekonomi dunia? Pada saya, pengagihan pendapatan yang berpihak pada kaum koprat dan jutawan adalah sebab utama

untuk kemerosotan kemampuan masyarakat umum membeli barangan yang dikeluarkan. Pengecutan dalam daya membeli di kalangan rakyat biasa telah memaksa kaum kaya berspekulasi di sektor kewangan. Cara untuk mengatasi masalah ini memang mudah – pengagihan pendapatan negara secara yang lebih adil akan memperkembangkan daya membeli di kalangan rakyat biasa dan ini akan memberi lebih peluang untuk para pelabur mengeluarkan dan menjual barangan. Tetapi masalahnya adalah, amat susah mencari seorang kapitalis yang sudi mengurangkan untungnya sedikit supaya dapat menaikkan gaji pekerjanya. Dan dalam dunia global kita sekarang, jika sesebuah negara menekan kapitalis untuk menaikkan gaji pekerjanya, sebahagian besar daripada para pelabur akan memindahkan perniagaan mereka ke sebuah negara yang tidak memberi tekanan seperti ini. Cara menangani masalah krisis ekonomi memang satu isu yang penting tetapi kita harus faham bahawa sistem kapitalis ini dengan sendirinya membiak krisis ekonomi. Justeru untuk bebas dari krisis ekonomi, kita harus bebas dari sistem kapitalis yang menyebabkan krisis ini . Oleh Dr. Jeyakumar


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.