Siri Bimbingan

Page 1

Siri Bimbingan

Terbitan Kristian ď‚…

Kenali

musuhMU Mendedahkan Kebenaran Tentang Iblis

Greg Dutcher


kandungan satu

Menghapuskan Dua Mitos Mengenai Iblis . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 5 dua

Pendakwa Yang Riang Gembira . .

. . . . . . . . . . . . . . . .

15

tiga

Pembalasan Iblis . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 27

Buku Asli: Know the Enemy—Revealing Truths About Satan Hiasan Kulit: Terry Bidgood Gambar Kulit: iStockPhoto Reka Bentuk Dalaman: Steve Gier Gambar Dalaman: (m.s. 1) iStockPhoto; (m.s. 5) Dog Madic / Stock.Xchng; (m.s. 15) Celia Martinez Bravo / Stock.Xchng; (m.s. 27) Hummel_12 / Stock.xchng Dipetik daripada Living Free in Enemy Territory: Christ’s Triumph Over Satan oleh Greg Dutcher. Hak cipta © 2012 oleh Greg Dutcher. Digunakan dengan kebenaran daripada Discovery House Publishers. Petikan ayat Alkitab daripada Alkitab Berita Baik © 1996 The Bible Society of Malaysia & Alkitab Terjemahan Baru © 1974 Lembaga Alkitab Indonesia • Hak Cipta Terpelihara. © 2015 Our Daily Bread Ministries, Grand Rapids, Michigan Hak Cipta Terpelihara. Dicetak di Malaysia


satu

Menghapuskan Dua Mitos Mengenai Iblis

S

ebagai seorang pastor, saya telah diberitahu oleh ramai orang Kristian yang ikhlas tentang kebimbangan mereka mengenai Iblis dan kegiatannya. Kebimbangan mereka itu memang benar. Tetapi kadangkala saya tertanya-tanya, kerana mungkin mereka lebih dipengaruhi oleh jenis Iblis versi filem Hollywood, dan bukan oleh penerangan Kitab Suci tentang Iblis. Iblis versi filem Hollywood sangat menakutkan kita. Tetapi, mengapa? Mengapa kita begitu takut pada makhluk yang dibuat-buat dengan kesan khas, badan bersisik, mata bercahaya merah, dan bertanduk tajam?

[5]


Jika kita jujur, ini mungkin disebabkan oleh suatu makhluk yang boleh memadamkan lampu, menurunkan suhu bilik sehingga sejuk seperti di artik, dan bercakap dengan suara yang dalam dan menyeramkan, mempunyai kuasa untuk menaikkan bulu roma kita. Babak terakhir dalam filem Rosemary’s Baby amat menggentarkan penonton kerana kita takut akan melihat bayi itu—anak Iblis. Sementara pengikut ajaran sesat dalam filem itu memuja anak Iblis tersebut, para penonton duduk tidak selesa kerana ingin melihatnya tetapi takut pula menatapnya. Inilah yang menjadi masalah besar: kita boleh dihantui oleh fikiran tentang fizikal Iblis. Apakah rupa bentuknya? Di manakah dia memulakan komplotnya? Apakah yang harus saya lakukan, sekiranya dia bersembunyi di dalam patung-patung koleksi milik anak perempuan saya? Soalan-soalan sedemikian mencetuskan idea-idea besar bagi pakar-pakar kesan khas filem seram, penulis-penulis dan pengarahpengarah filem seram, tetapi soalan-soalan itu tidak akan membantu kita berfikir mengikut ajaran Alkitab tentang Iblis dan pengikut-pengikutnya. Jika kita terus hidup dalam dunia khayalan dan memikirkan bahawa Iblis itu sama dengan makhluk dalam filem Creature from the Black Lagoon, maka kita pasti diperdayakan untuk percaya kepada mitos kedua. Pada waktu itu saya berusia 15 tahun dan amat suka menonton filem. Namun saya juga bingung terhadap

[ 6 ]

KENALI MUSUHMU


Siri Bimbingan

Membuka Hati Anda Bagi Iman Yang Lebih Mendalam Walaupun kita ingin sekali bercakap dengan Tuhan, namun kadangkala kita mendapati sukar untuk mencari kata-kata yang menyatakan emosi dalam hati kita. Penulis James Banks berkongsi doa yang diucapkan oleh watak-watak Alkitab, untuk menunjukkan cara kita boleh menggunakan firman Tuhan untuk bercakap dengan Dia dalam setiap musim kehidupan. Kita diingati bahawa “Dia mahu memberkati kita dan menarik kita mendekatiNya, dengan kasih yang memberikan hidup kepada jiwa kita,� dan kita didorong untuk mendekati Tuhan seadanya kita, dengan membawa pujian dan permintaan kita.

Terbitan Kristian ď‚…

mari

BERDOA Berbual-bual Bersama Tuhan Dengan Kata-Kata Dalam Alkitab

Dr. James Banks ialah penulis bagi beberapa buku tentang doa. Dia seorang pastor dan penanam gereja selama lebih 25 tahun dan dia bersama isterinya, Cari, tinggal di Carolina Utara.

Discovery House Distributors Sdn Bhd (Company No.: 368775-M) PO Box 81, Taman Sri Tebrau, 80057 Johor Bahru, Johor, Malaysia RU273

James Banks


kandungan satu

Doa untuk Memuji dan Mengagungkan Tuhan . . . . . . . . . . . . . . . . 5 dua

Doa untuk Mengaku Dosa dan Merendahkan Hati Kita . . . . . . . . . . 13 tiga

Doa Tentang Keperluan Harian . . . . 19 empat

Doa Meminta Bimbingan dan Petunjuk . . . . . . . . . . . . 27 lima

Doa untuk Mengucap Syukur . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 33 Editor Urusan: J. R. Hudberg Reka Bentuk Kulit: Stan Myers Gambar Kulit: Brian A. Jackson / Thinkstock Reka Bentuk Dalaman: Steve Gier Gambar-Gambaran Dalaman: (m. s. 1) Brian A. Jackson via Thinkstock; (m. s. 5) jeansef via openphoto.net. Via Stock.xchng: (m. s. 13) Krista Davis; (m. s. 19) Nicole Holte; (m. s. 27) Helmut Gevert; (m. s. 33) Andi O Dipetik daripada Praying the Prayers of the Bible yang ditulis oleh James Banks. Hak cipta © 2012 oleh James Banks. Digunakan dengan kebenaran oleh Discovery House Publishers. Petikan ayat Alkitab daripada Alkitab Berita Baik © 1996 Bible Society of Malaysia. Hak cipta terpelihara. © 2014 RBC Ministries, Grand Rapids, Michigan Hak cipta terpelihara. Dicetak di Malaysia


satu

Doa untuk Memuji dan Mengagungkan Tuhan

T

idak jauh dari rumah saya terdapat satu kawasan terkenal dengan legenda tempatan dipanggil Sennett’s Hole. Perjalanan kaki sejauh 400 meter melalui sebuah hutan akan membawa anda ke satu kelok yang amat cantik pemandangannya di Sungai Eno yang dihiasi dengan batu granit dan pokok-pokok tua. Penduduk tempatan mengatakan bahawa kawasan tersebut ialah tapak kilang pada tahun 1700-an, dan pengasas yang membina kilang itu telah mati lemas di dalam sungai yang deras semasa banjir pada musim bunga. Ramai orang lain juga pernah terperangkap dalam arus deras di kelok sungai tersebut; hal itu terbukti kerana 5


operasi mencari dan menyelamat yang sering berlaku di kawasan itu. Walau bagaimanapun, pada kebanyakan hari lain, air sungai lebih tenang. Pada suatu petang musim panas, air yang sejuk itu membuatkan saya dan anak lelaki saya, Geoff yang berumur 13 tahun berjalan melalui laluan ke pinggiran air, bersama-sama anjing kami “Bear�, seekor anjing berbaka Lab seberat 50 kg, yang berjalan dengan gembira di sisi kami. Di hujung sungai tersebut, terdapat seutas tali yang tergantung pada sebatang pokok sycamore tua yang teguh, yang memberikan kelegaan ketika berayun dan terjun. Sementara Bear dan Geoff melompat dari satu batu ke batu lain di pinggir sungai, saya berenang ke arah tali tersebut serta memanggil mereka untuk memberitahu bahawa saya berada di sana. Sebaik sahaja Bear mendengar suara saya, dia akan terjun ke dalam sungai dan mula berenang menuju saya, walaupun jarak di antara kami hampir sepanjang sebuah padang bola sepak. Saya berayun dari tali tersebut dan berenang menuju Bear. Kami berenang bersama-sama ke seberang. Kejadian pada petang itu mengajar saya tentang kasih. Setelah mendengar suara saya, seekor anjing berani terjun dan berenang di sungai dalam keadaan yang mungkin membahayakan. Saya mengasihinya atas sebab itu dan hal itu membuat saya berfikir. Sekiranya kasih seekor anjing membuatkan saya terharu, apatah lagi reaksi Bapa syurgawi kita yang sempurna (kita dicipta serupa denganNya) sekiranya kita berani bergembira dalam-Nya? 6

MARI BERDOA


Siri Bimbingan

Bagaimanakah Kehidupan Doa Anda? Kadangkala kesibukan dalam sehari boleh menghalang anda meluangkan masa dengan Tuhan. Carilah cara yang anda boleh menentukan waktu yang tetap untuk membaca Alkitab dan berdoa, seperti panduan praktikal yang diberikan oleh penulis Dennis Fisher, agar membantu anda menepati janji temu dengan Tuhan. Anda akan mendapat perspektif yang baharu dalam masa renungan, malah berpeluang berhubung semula dengan Tuhan yang penuh rahmat dan menanti-nanti untuk mengambil masa bersama dengan anda.

Terbitan Kristian ď‚…

DALAM

HADIRAT-NYA Mengambil Masa Bersama Tuhan

Dennis Fisher ialah Editor Penyelidikan di RBC Ministries. Dia mengajar di Institut Alkitab Moody dan memperoleh ijazah-ijazah dari Seminari Denver dan Seminari Fuller. Dia dan isterinya, Janet, tinggal di DeWitt, Michigan.

Discovery House Distributors Sdn Bhd (Company No.: 368775-M) PO Box 81, Taman Sri Tebrau, 80057 Johor Bahru, Johor, Malaysia U5263

Dennis Fisher


kandungan satu

Masalah . .

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

5

dua

Persediaan . .

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

13

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

21

tiga

Amalan . empat

Ganjaran .

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

27

Buku Asal: In His Presence—Spending Time with God Editor Urusan: J. R. Hudberg Reka Bentuk Kulit: Stan Myers Gambar Kulit: ©iStock.com / ImagineGolf Reka Bentuk Dalaman: Steve Gier Gambar Dalaman: (muka surat 1) Terry Bidgood; (muka surat 5) Barbara Sanna / Stock.xchng; (muka surat 13) Jeremy Lounds /Stock.xchng; (muka surat 21) Steve Woods /Stock.xchng; (muka surat 27) Mihai Tamasila /RGBStock Kecuali dinyatakan, ayat-ayat Alkitab dipetik daripada Alkitab Berita Baik © 1996 Bible Society of Malaysia dan Alkitab Terjemahan Baru (TB) © 1974 Bible Society of Indonesia. © 2014 RBC Ministries, Grand Rapids, Michigan. Hak cipta terpelihara. Dicetak di Malaysia.


satu

Masalah

S

ejurus selepas penciptaan lelaki dan perempuan pertama, Alkitab mengatakan bahawa “TUHAN Allah berjalan di taman� (kejadian 3:8). Pencipta alam semesta tidak menyembunyikan Diri daripada segala ciptaan-Nya atau para malaikat-Nya di belakang pintu-pintu yang tertutup. Sebaliknya, Dia mencari Adam dan Hawa sebagai teman rohani-Nya. Tuhan yang membina persekutuan dengan berjalan bersama Adam dan Hawa pada waktu hari sejuk juga menjangkau kita pada hari ini. Inilah masa renungan—meluangkan masa bersamasama Tuhan untuk mengalami hadirat, penghiburan dan pimpinan-Nya. Kebanyakan kita ingin mempunyai masa renungan yang bermakna bersama Tuhan. Namun begitu, kita 5


sering mendapati bahawa kita berada dalam suasana yang sukar . Keadaan ini boleh menyebabkan kita berasa bersalah sekiranya kita mengabaikan masa renungan kita sendiri bersama Tuhan. Namun, sekiranya kita mengukur kerohanian kita dengan jumlah masa kita bertemu dengan Tuhan sepanjang minggu, masa renungan akan kehilangan maknanya. Segala ini adalah mengenai hati kita, bukan hanya sekadar janji temu di kalendar kita. Masa renungan ialah masa yang dikhaskan untuk berbualbual dengan Tuhan. Ia terdiri daripada doa, pembacaan firmanNya dan renungan. Biasanya ini dilaksanakan setiap hari pada masa yang tentu.

d

Semasa saya seorang pelajar tahun dua di universiti, saya mempunyai masalah disiplin. Pelbagai jenis aktiviti dan gangguan telah menghindari saya menyiapkan tugasan tepat pada masanya dan membuat persiapan untuk peperiksaan. Kesibukan hidup sentiasa menyebabkan saya menggantikan satu kegiatan dengan yang lain, atau mengabaikannya sama sekali. Bukan sahaja saya tidak dapat melaksanakan apa-apa hal, malahan saya mengalami kesusahan untuk merancang serta menyiapkan semua hal. Pada suatu malam selepas kelas, saya membincangkan masalah saya dengan seorang profesor. Dia mencadangkan agar saya menyusun jadual harian saya mengikut keutamaan. Semasa saya mengendahkan nasihatnya, 6

Dalam Hadirat-Nya


Siri Bimbingan

KERAJAAN TUHAN, CUKAI, DAN DOA BAGI PEMIMPIN NEGARA Pemahaman untuk menyeimbangkan kerakyatan di dunia dan di syurga tanpa mengkompromikan tanggungjawab kita kepada Tuhan telah menjadi satu isu bagi ramai orang Kristian, sejak wujudnya kerajaan manusia. Buku Warga Kerajaan Tuhan berkongsi pandangan dan hikmat yang bersejarah daripada firman Tuhan untuk membantu anda menyedari apa yang dimiliki Tuhan dan dipercayakan-Nya kepada kerajaan. Temukan cara anda berdoa bagi orang yang terlibat dalam kepimpinan, menghormati kuasa mereka, dan mempunyai pendirian lain dengan hormat.

Discovery House Distributors Sdn Bhd (Company No.: 368775-M) PO Box 81, Taman Sri Tebrau, 80057 Johor Bahru, Johor, Malaysia EP777

Terbitan Kristian ď‚…

warga kerajaan tuhan Respons Orang Kristian Terhadap Kerajaan


kandungan satu

Orang Kristian “Ateis”? .

. . . . . . . . . .

5

dua

Prinsip-Prinsip Kerajaan Tuhan .

. .

9

tiga

Bagaimana Dengan Cukai? .

. . . . .

19

empat

Berdoa Untuk Pemimpin Kita .

. . .

29

. . . . .

37

lima

Masa Membuat Keputusan . .

BUKU ASLI: Citizens of the Kingdom—Responding to Government as Christians REKA BENTUK KULIT: Stan Myers GAMBAR KULIT: Rob Hill via Hemera REKA BENTUK DALAMAN: Steve Gier GAMBAR-GAMBAR DALAMAN: Rob Hill via Hemera (m. s. 1): Hemera Photo Objects (m. s. 5); all others via Stock.xchng: Neil Gould (m. s. 9), Marcin Jochimczyk (m. s. 19), Jesper Noer (m. s. 29), and Andrew Beierle (m. s. 37). Petikan ayat Alkitab daripada Alkitab Berita Baik © 1996 Bible Society of Malaysia. Hak cipta terpelihara. © 2015 Our Daily Bread Ministries, Grand Rapids, Michigan Hak cipta terpelihara. Dicetak di Malaysia.


satu

Orang Kristian “Ateis�?

P

ada abad ke-2 tm, seorang cendekiawan Rom yang dihormati, bernama Celsus, membuat tuduhan ateisme terhadap pengikut-pengikut Yesus. Kerana mereka tidak menyembah dewa-dewa Rom atau menghormati Kaisar sebagai dewa, Celsus menuduh mereka sebagai pengkhianat negara dengan kepercayaan ateisme. Apabila penganiayaan datang, gereja awal menanggungnya dengan tabah. Sedikit sekali bukti yang menunjukkan orang Kristian menentang penganiayaan daripada pemerintah. 5


Tetapi sewaktu Perang Dunia ke-2, orang Kristian adalah antara pembela paling berani bagi kumpulan orang tertindas yang lain. Orang percaya yang salih memainkan peranan penting dalam organisasi seperti penentang Belanda, kumpulan bawah tanah Perancis, dan kumpulankumpulan lain yang menentang serangan Nazi. Kebanyakan penentang yang sungguh berani ini menggunakan cara aman sebagai pendekatan bantahan. Namun, ada juga mengambil tindakan yang ganas. Pastor gereja Lutheran, Dietrich Bonhoeffer, dibunuh oleh Nazi atas peranannya dalam komplot membunuh Adolf Hitler. Beberapa tahun kemudian, Dr. Martin Luther King Jr. mengambil langkah yang digelarnya “tindakan tanpa keganasan.” Dalam suratnya bertajuk, “Surat dari Penjara Birmingham,” King menulis, “Ada dua jenis undangundang: adil dan tidak adil.” Dia berkata, “Seseorang mempunyai tanggungjawab moral untuk melanggar undang-undang yang tidak adil.” Dr. Martin Luther King Jr. menulis suratnya “Letter from Birmingham Jail” pada April 1963 selepas dia ditahan kerana membuat tunjuk perasaan tanpa permit. Dia menghabiskan 11 hari di dalam penjara kerana “kesalahan” itu.

Selagi ada kerajaan yang diperintah oleh manusia, pasti ada rakyat yang tidak menyetujui polisi, keputusan dan aktiviti kerajaan mereka. Pertentangan pendapat boleh bertambah buruk sehingga menjadi suatu krisis. Pada masa itulah pemimpin negara perlu membuat keputusan penting. Haruskah kerajaan 6

WARGA KERAJAAN TUHAN


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.