Sample - Daniel hidup dengan keberanian

Page 1

HIDUP dengan KEBERANIAN P e l a j a r a n daripada K eh i du pa n Daniel

Bill Crowder


Buku Asli: LIVING WITH COURAGE— Lessons from the Life of Daniel © 2014 RBC Ministries, Grand Rapids, Michigan Hak Cipta Terpelihara. Petikan ayat Alkitab daripada Alkitab Berita Baik, © 1996 Bible Society of Malaysia & Alkitab Terjemahan Baru © 1974 Lembaga Alkitab Indonesia Hak Cipta Terpelihara. Dicetak di Malaysia


Kandungan Kesyukuran Dan Penghargaan......................................... 7 Pengenalan......................................................................... 9 Kehidupan Yang Berbeza.................................................. 13 Kehidupan Yang Yakin...................................................... 23 Kehidupan Yang Prihatin.................................................. 35 Kehidupan Yang Berani.................................................... 51 Kehidupan Yang Mengabdi............................................... 65

5



Kesyukuran Dan Penghargaan

K

etika anda menulis sebuah buku, anda seperti menerima manfaat daripada orang yang sudah mendahului anda, kerana mereka telah memberikan teladan dalam bidang pengajaran yang mempengaruhi pemikiran anda. Bagi saya, peribadi seumpama itu adalah Dr. Donald K. Campbell, presiden emeritus bagi Seminari Teologi Dallas. Saya telah jatuh hati dengan cara dia menyampaikan watak-watak yang terdapat di dalam Alkitab, seperti Daniel dalam bukunya, Daniel: Decoder of Dreams dan saya terhutang budi dengan pandangan-pandangannya. Saya bersyukur untuk hikmat dan kaedahnya yang praktikal, kerana Campbell mengajar saya cara untuk mengambil ayat-ayat firman Tuhan serta memasukkan hati dan nafas kepada peribadi-peribadi yang diceritakan. Teladannya terus mempengaruhi pelayanan pengajaran saya sehingga ke hari ini, dan saya sangat bersyukur.

7



Pengenalan

P

ada tahun 1960-an, rakyat Amerika berperang di medan-medan perang yang berbeza. Di Vietnam, ramai askar Amerika mati dalam peperangan yang tidak mendapat sambutan baik. Di tanah air sendiri, rakyat sedang mengalami konflik yang menulis halaman baru dalam sejarah Amerika. Terdapat konflik generasi apabila orang muda mula mencabar siapa sahaja yang berkuasa, mulai daripada pihak universiti dan institusi, sampai kepada kekayaan yang telah diusahakan dengan jerih payah oleh nenek moyang mereka dan yang sedang disalurkan kepada mereka. Terdapat konflik perkauman apabila masyarakat orang berkulit hitam di Amerika bangkit dengan berani untuk menuntut kesamarataan hak asasi yang dijamin bagi mereka oleh perlembagaan negara. Terdapat keganasan yang melanda akibat protes dari kampus sampai kepada rusuhan di konvensyen politik—bahkan terdapat juga pembunuhan beberapa pemimpin sosial dan kerajaan. Kemudian terdapat lagi konflik agama apabila institusi dan tradisi sejarah lama dalam gereja-gereja dicabar oleh gerakan orang muda yang bersemangat, yang menggelar diri mereka sebagai Golongan Yesus (Jesus People). Pengenalan

9


Pergolakan sosial ini membayangkan konflik-konflik sosial (Watergate, pertempuran Iran-Contra, hak menggugurkan anak, gerakan wanita, dan lain-lain lagi) yang akan menjejaskan kesatuan negara. Zaman ini digelar Peperangan Budaya, dan telah memisahkan masyarakat dengan isu-isu moral yang terikat oleh pendirian agama. Apa yang mula-mula dipandang sebagai perbezaan pada teori tentang Tuhan, dunia, keadilan, kemanusiaan dan kebebasan, kini menghasilkan keanekaan gaya hidup dan kematian. Kepercayaan yang ditentukan oleh perbezaanDalam dunia hari perbezaan ini mengubah secara ini, perbezaan itu radikal cara manusia menjalani boleh membawa kehidupan mereka dan cara perubahan. pembentukan masyarakat. Kepercayaan Pada masa dahulu, mempunyai akibat. sejumlah orang beriman yang —Os Guinness mengasingkan diri daripada masyarakat, memasuki golongan eksklusif yang terpisah daripada semak budaya (contohnya Amish, Quakers, kumpulan Mennonite dan sebagainya). Yang lain pula telah membentuk tindakan kumpulan politik (contohnya Moral Majority, Christian Coalition, atau American Coalition for Traditional Values). Akan tetapi, ada juga yang mendapati diri mereka dalam situasi yang mereka dapat membuktikan bahawa jika mereka berada dalam 10

Hidup dengan Keberanian


rancangan Tuhan, kehidupan itu boleh menghasilkan perubahan walaupun tidak ada perlindungan hak asasi atau berada di tengah-tengah budaya asing (fikirkan ramai sekali penginjil yang hidup di tengah-tengah budaya yang amat rumit dan mereka diancam kematian).

Pengaruh Daripada Satu Orang Lebih kurang 600 tahun sebelum kelahiran Kristus, seorang lelaki dari Yehuda telah menyaksikan bangsanya ditakluki oleh bangsa lain dan dia dibawa ke tempat lain. Bersama dengan orang-orang tawanan Yahudi yang lain, lelaki yang bernama Daniel ini telah ditawan dari negaranya ke sebuah negara yang bernama Babilonia— budaya asing yang terletak sangat jauh dari Yerusalem. Di negara yang pada hari ini dikenali sebagai Iraq, Daniel menghadapi cabaran untuk menyatakan imannya di tengah-tengah bangsa yang memiliki nilai dan keutamaan hidup yang sangat berbeza daripada apa dimilikinya. Dalam dunia yang baru ini, Daniel berserta kawankawannya menjalani kehidupan dengan pendirian iman mereka tersendiri, yang kemudian menjadikan mereka tidak sehaluan dengan penakluk mereka yang berkuasa. Namun di tengah-tengah dunia yang tidak mengenal Tuhan ini, Daniel menjadi seorang pemimpin kerajaan, memegang jawatan terpilih di bawah pemerintahan tiga raja; seorang sejarawan yang mencatatkan perbuatan Tuhan Pengenalan

11


pada zamannya; dan seorang nabi yang meramalkan masa depan serta mengatakan kebenaran kepada pemimpinpemimpin lain. Bagi kita, beberapa ratus tahun kemudian, Daniel merupakan peribadi yang memberikan pelajaran tentang seseorang menjalani kehidupan dalam budaya yang mengancam. Dalam halaman-halaman berikut, kita akan melihat apa yang dinyatakan oleh Tuhan tentang diriNya dalam drama hidup Daniel, dan bagaimana ini dapat memberikan kita tujuan hidup yang tak makan dek masa.

12

Hidup dengan Keberanian


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.