IJTIHAD

Page 1


IJTIHAD Kumpulan esei-esei seni IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni


IJTIHAD Kumpulan esei-esei seni Safrizal Shahir Pengarah Projek / Project Director Hasnul Jamal Saidon Tel: 04 6533888 ext 3261/2137/4789/4788/4786/3294 Fax: 04 6563531/6535060 Email: dir_muzium@notes.usm.my Website: www.mgtf.usm.my www.mgtfusmpenang.blogspot.com www.tagged.com/mgtfusm www.facebook.com/mgtfusm www.twitter.com/mgtf www.youtube.com/mgtfusm

Penyunting / Editor Safinawati Samsudin Pembaca Pruf / Proof Reader Nawal Amimi Mokhtar Pembantu Penerbitan / Publication Assistant Nor Laila Abd. Rozak @ Razak

Kandungan

Konsep Rekabentuk / Design Concept Sinaran Bros Pameran atas Talian / Online Exhibition htttp://mgtf.usm.my/exhibit.php Dicetak Oleh / Printed By Sinaran Bros. Sdn. Bhd. 389, Lebuh Chulia 10200 Pulau Pinang

Perpustakaan Negara Malaysia

Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Safrizal Shahir, 1974Ijtihad : kumpulan esei-esei seni / Safrizal Shahir. ISBN 978-967-0226-10-1 1. Malay essays. 2. Art appreciation. I. Universiti Sains Malaysia. Muzium & Galeri Tuanku Fauziah. II. Judul. 899.234 Š2012 Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, Universiti Sains Malaysia dan penulis. Semua hak cipta adalah terpelihara. Sebarang bahagian di dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula kecuali untuk tujuan kajian dan kritikan dalam bentuk atau dengan sebarang cara tanpa izin penulis atau penerbit. Hiasan kulit depan Pelukis: Ismail Hashim, tajuk: We Shall Overcome, saiz: 16 cm x 20 cm, media: toned gelatin-silver print, tahun: 1975, koleksi: Khadijah Khalid Hiasan kulit belakang Pelukis: Ismail Hashim, tajuk: The Delivery, saiz 21 cm x 32 cm, media: colour type print and toned gelatin-silver print, tahun: 2005, koleksi: Ismail Hashim

IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

vii

Prakata

xi

Senarai gambar

1

Mengenali seni halus secara umum

9

Seni: Fitrah, sifat dan bahasanya

21

Kepentingan seni halus dalam kehidupan

33

Membuat seni yang bermakna

41

Mencari makna dan erti dari karya seni

47

Seni dan lapisan masyarakat

59

Seni sezaman itu apa dan bagaimana

73

Adakah seni memerlukan bakat?

79

Mengapakah pelajar masuk universiti untuk belajar seni?

95

Awak ambil kursus apa... Sejarah Seni!

105

Seni itu tiada apa-apa atau ikut apa aku suka dan rasa!


111 Graduan seni halus: Isunya adalah kerjaya, keperluan semasa atau kesilapan ilmu itu sendiri 125 Kursus seni: Kerjayanya...? 139 Tentang seni sebagai kerjaya 155 Graduan seni dan rantaian sistem seni 173 Apa yang seni dan seniman perlukan adalah sebuah sistem yang baik 181 Seni dan dokongan sistem 193 Perihal seniman yang berjaya atau mitos seniman berjaya 201 Jangan art sangat 205 Cerita seni: Dari sebuah pameran seni atau mengapa hanya jauhari yang mengenal manikam 213 Soalnya adalah mereka buta seni lalu mencipta seni jahil 219 Keindahan dan yang indah 229 Masa depan seni halus?

IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

Untuk isteriku, Nawal Amimi Mokhtar Yang setia berkorban dan menjadi saksi kepada perjalanan ini.


Prakata

Tiada tuhan yang disembah selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Alhamdulillah, bersyukur saya kepada Allah kerana memberi saya ruang, masa dan kekuatan untuk menulis esei-esei yang terkandung dalam buku ini. Hampir keseluruhan esei-esei tersebut saya tulis sewaktu sedang menuntut di Adelaide, Australia. Kecuali dua atau tiga buah esei yang telah saya sedia tulis sebelum berlepas ke sana. Saya menulis esei-esei tersebut dalam beberapa sebab dan keadaan. Kebanyakan ideanya tercetus lebih lama sebelum ia ditulis. Tersimpan dalam akal fikiran saya dan memang ia menekannekan minta diterjemahkan dalam bentuk kata-kata. Ideanya mungkin tercetus hasil perbincangan dengan kenalan, teman, kejadian atau sewaktu termanggu. Latarnya di Malaysia dan juga di Australia. Esei-esei tersebut tidak saya tulis secara akademik dengan segenap bacaan atau nota-nota kaki. Saya menulis sedemikian rupa kerana dua sebab. Pertamanya saya ingin berkomunikasi santai dengan khalayak saya. Ianya mungkin teman, pelajar atau peminat dan pemerhati seni. Saya mahukan penulisan tersebut lebih rileks, lebih mudah diterima dan difahami berdasarkan pengalaman asas masing-masing dalam bidang seni. Kedua, saya menulis dengan cara tidak akademik diatas sebab untuk melepaskan beban akademik yang ditanggung. Sedang saya sebenarnya dihambat oleh kuliah, tutorial, pembacaan akademik, tugasan, malah kajian dan penulisan tesis. Dengan menulis secara bebas dan tidak akademik, saya merasakan dapat melepaskan IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

vii


suatu beban yang mengikat. Ianya seakan suatu bentuk pengucapan penulisan yang tersendiri untuk menyerlahkan idea. Saya berharap apa yang lebih penting adalah idea dan hikmah dari tulisan tersebut sampai kepada mereka yang ingin memahami dan menggunakan akal. Adakalanya penulisan tersebut seakan-akan menjadi atau terjadi seperti sebuah fiksyen atau cerita. Keadaan tersebut adakalanya memang disengajakan memandangkan saya memang ingin berkomunikasi melalui tulisan saya. Saya juga percaya bahawa cerita, kisah atau peristiwa memang sejak sekian lama digemari sebagai satu tunjang penulisan dan bicara yang memikat. Tidak kurang juga saya fikir adalah gesaan dan ruang untuk menulis, khususnya diperantauan. Ia terinspirasi dari keadaan atau suasana sekeliling selain gesaan-gesaan romantik. Gesaan suasana sekeliling yang pertama kali saya lalui berkemungkinan telah merangsang atau memberi perspektif berbeza kepada saya. Bermula dari dunia berbeza yang saya duduki dengan pohon-pohon gum tree, suasana landai berbukit kecil dan sikap serba santai Adelaide, sehinggalah kepada aturan sistem masyarakat yang efektif di Adelaide. Saya telah menerima semacam satu hembusan inspirasi untuk menulis tentang sesuatu mengenai seni dan kehidupan sekaligus. Adakalanya inspirasi untuk menulis terhasil dari bual bicara dengan rakan-rakan di Adelaide atau hanya menjadi pendengar kepada bual bicara mereka. Adakalanya idea yang signifikan atau mengganggu itu saya kutip dan saring, lalu kemudiannya saya tulis dalam bentuk seperti yang wujud ini. Seperti yang telah disebut, adakalanya idea atau tema penulisan tersebut telah lama saya simpan atau peram dalam fikiran. Dengan rangsangan dan keluasan masa, saya berkesempatan menulis idea-idea tersebut. Adakalanya idea menulis datang seperti air pasang yang tidak surut-surut, mengakibatkan kebanjiran idea dan kekejangan jari untuk menaip ia dalam bentuk kata-kata. Dalam kesepian malam di Brooklyn Park, melihat langit yang pekat pada musim luruh, saya merindui sajak-sajak dari buku Kembara Malam oleh Latiff Mohidin dan gesaan menulis itu datang sebegitu kuat sekali. Adakalanya kesepian itu mengembangkan idea sewaktu musim sejuk, membungkus saya sewaktu lewat pulang dari kuliah dan ketinggalan bas, lalu memberi saya peluang menerawang memikirkan mengenai idea yang minta viii

IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

ditulis. Malam yang menggigit itu menghantar kenangan dan idea-idea lepas yang tak selesai saya tuliskan sewaktu di Malaysia. Bisa musim sejuk membawa saya ke pantai Hanley Beach yang sepi menghadap hemisfera selatan, melihat kapal terbang MAS, SIA dan Qantas berlalu pergi atau singgah ke rumah Pak Syed dan sewaktu pulangnya, kandungan idea mendesak-desak mahu dilahirkan. Idea adalah kebungkaman duduk di rumah dengan heater pada musim sejuk dengan malam yang panjang dan hening. Idea bermula dengan dilema mencari ketupat segera NONA di bumi Adelaide, buat jamuan pada pagi Aidilfitri. Idea adalah kebeningan dan kebenaran mendengar khutbah jumaat brother Khalid di Adelaide Mosque. Idea akan mencurah bila saya tersiat dan tertusuk bila pulang dari mendengar bacaan surah Al Qur’an oleh imam Amin di Khalil Mosque. Berkemungkinan corak penulisan seperti ini adalah tersendiri dalam bentuknya bagi si perindu dan pengembara yang menjelajah bumi asing, untuk menuntut ilmu dalam bidang seni. Secara peribadi saya cukup terpengaruh dengan corak penulisan sebegini yang diketengahkan oleh T.S. Lanang (Dr. Mansor Ahmad Saman) dalam buku-bukunya yang saya perolehi beberapa bulan sebelum berangkat ke Adelaide. Berkemungkinan dari pembacaan tersebut saya telah terikut-ikut dengan cara gaya penulisannya, yang pada pandangan pertama bersifat tidak akademik dan seakan-akan merapu dan merapik, namun disebaliknya amat tajam dengan idea, ilmu dan hikmah. Saya menulis tanpa tekanan, tanpa had masa, tanpa gesaan, tanpa tarikh luput atau tanpa tujuan selain untuk menulis bagi menjernihkan akal fikir saya mengenai sesuatu dalam bidang seni. Saya menulis untuk menemui diri saya yang terbalut dalam regangan ruang romantik Adelaide dan Malaysia. Saya menulis untuk mencari dan menemui kebebasan saya dalam sifat plastik ilmu seni. Saya menulis untuk mengenal peri ilmu, kebenaran dan keadilan. Saya menulis secara bukan akademik untuk membolehkan idea berjalan dengan lancar tanpa tertangguh dengan keperluan rujukan dan bacaan mendalam yang menuntut masa. Namun bagi beberapa keadaan, saya turut merujuk fakta-fakta tertentu dari sumber tertentu. Saya tujukan juga esei-esei ini untuk pemerhati, pemikir atau perenung kehidupan, yang terkandung di dalamnya adalah pelajar, guru atau sesiapa sahaja yang bertujuan Prakata

ix


mencari hikmah, kebenaran dan keadilan. Pelantar yang saya gunakan adalah ilmu seni. Samada apa yang terpapar itu menyerlahkan tembelang atau kejahilan saya, atau juga ia boleh menjadi ikhtibar dan tauladan, pembaca yang budimanlah yang layak menghakiminya dengan neraca keikhlasan dan ilmu. Yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu terbit dari kelemahan dan kejahilan saya. Saya ingin mengucapkan setinggi terima kasih buat isteri tercinta, Puan Nawal Amimi Mokhtar yang tidak putus-putus memberi dorongan dan menjadi saksi dan teman setia kepada perjalanan dan pengalaman penulisan ini. Kepada pihak Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, Universiti Sains Malaysia, khususnya buat pengarahnya dan mantan guru saya iaitu Prof. Madya Hasnul Jamal Saidon yang sudi mempertimbang dan menerbitkan kumpulan esei ini. Terima kasih juga kepada bekas pelajar saya, Hanis Nabila Kasmani yang membantu menyemak draf awal esei-esei ini selain kerja suntingan awal. Kepada Ismail Hashim, Dr. AS Hardy dan Dr. Izmer Ahmad yang pernah membaca dan memberi komen kepada esei-esei ini. Terima kasih. Sekian. Safrizal Shahir, Batu Uban, Pulau Pinang. 9 Jamadil Akhir (13 Mei 2011)

Senarai gambar

(Gambar 1) Diego Velazquez, Les Meninas (The Maids of Honour), 1656, oil on canvas, 318cm Ă—Â 276cm, Museo Del Prado, Madrid, Sepanyol. (Gambar 2) Abdul Latiff Mohidin, Pago-pago, 1964, cat minyak atas kanvas, 100cm x 100.3cm, Koleksi Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur, Malaysia. (Gambar 3) Bayu Utomo Radjikin, Does History Change? (perincian), 1995, oil on canvas, 162cm x 183cm, Koleksi Pakhruddin dan Fatimah Sulaiman. (Gambar 4) Sulaiman Esa, Ke Arah Tauhid (perincian), 1983, media campuran, 172cm x 210cm, Koleksi Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur, Malaysia. (Gambar 5) Tengku Sabri Tengku Ibrahim, Birth of Shapes, 1987, ukiran kayu, 153.5cm x 179cm, Koleksi Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur, Malaysia. (Gambar 6) Fauzan Omar, Siri Lapisan, 1982, bahantara campuran, 125cm x 195cm, Koleksi Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur, Malaysia. (Gambar 7) Ismail Zain, Woman Crossing a Stream: after Rembrandt, cat minyak atas papan, 89cm x 121cm, Koleksi Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur, Malaysia.

x

IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

xi


(Gambar 8) Syed Shaharuddin Syed Bakeri, Red, Blue and Green Fabric, batik atas kain, 102cm x 225cm, Koleksi Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur, Malaysia. (Gambar 9) Zulkifli Yusoff, Dialogue 2: Don’t Play During Maghrib, 1997, media campuran, 16m x 20m x 10meter, Koleksi Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur, Malaysia.

Mengenali seni halus secara umum

(Gambar 10) Rembrandt van Rijn, De Nachtwacht (The Night Watch or The Shooting Company of Frans Banning Cocq), 1642, oil on canvas, 363cm × 437cm, Rijksmuseum, Amsterdam, Holand. (Gambar 11) Amron Omar, Bersilat 111, 1980, cat minyak atas kanvas, 182cm x 164cm, Koleksi Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur, Malaysia. (Gambar 12) Mohd Salehuddin, Village Shopping, 1959, cat minyak atas kanvas, 89.5cm x 76.5cm, Koleksi Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur, Malaysia. (Gambar 13) Cheong Laitong, Escapade, 1968, akrilik atas kanvas, 122.5cm x 152.5cm, Koleksi Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur, Malaysia. (Gambar 14) Abdul Latiff Mohidin, Pemandangan 111, 1966, cat minyak atas kanvas, 74.4cm x 99.7cm, Koleksi Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur, Malaysia. (Gambar 15) Syed Thajudeen Shaik Abu Talib, Ramayana, cat minyak atas kanvas, 72.3cm x 151cm, Koleksi Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur, Malaysia. (Gambar 16) Diego Velazquez, Peasants at the Table (El Almuerzo), c. 1620, oil on canvas, 96cm x 112cm, Museum of Fine Arts, Budapest, Hungary. (Gambar 17) James Whistler, Arrangement in Grey and Black: Portrait of the Painter’s Mother, 1871, Oil on canvas, 144.3cm x 162.5cm, Musée d’Orsay, Paris. (Gambar 18) Pieter Bruegel the Elder, The Parable of The Blind Leading the Blind, 1568, tempera on canvas, 86cm × 154cm, Galleria Nazionale, Naples, Italy. xii

IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

Saya cuba bergaul dengan beberapa lapisan masyarakat untuk mengetahui kefahaman mereka mengenai seni. Maksud seni saya di sini adalah seni halus. Apa yang yang saya dapati umumnya, orang yang berada di kampung hampir langsung tidak mengetahui tentang seni halus, mereka tak faham konsep seni yang datang atau berasal dari Barat. Apa yang mereka faham mungkin adalah lukisan seperti yang diajar di sekolah itu. Bagi golongan kelas menengah pula ia terbahagi dua, ada yang faham dan ada yang tidak faham langsung. Umumnya kalau kita bertanya kepada orang ramai soalan mengenai seni dan sebagainya, kita akan menerima banyak jawapan yang tak pasti. Hal ini juga umumnya menunjukkan bahawa masyarakat masih tidak kenal atau faham mengenai bidang ini. Kalau seseorang menyatakan bahawa dia mengambil kursus seni halus, orang yang tidak biasa mungkin pelik dan berkata bahawa seni memanglah halus, maka mengapa belajar seni yang memang sudah halus. Atau orang berkata kalau ada seni halus mesti ada seni kasar, lalu soalnya seni kasar tu macam mana pula. Atau orang akan berkata, nak buat apa belajar seni halus, nanti banyak berkawan dengan benda halus. Maka sebenarnya adalah penting bagi masyarakat diberi maklumat dan kefahaman mengenai bidang ini secara asasnya supaya tidak wujud kekeliruan faham atau persepsi negatif mengenainya.

1


Seni halus adalah sebuah bidang kajian ilmu dan praktis yang mengkhusus kepada penciptaan seni tampak yang bermakna. Penciptaan seni yang bermakna itu terbentuk melalui beberapa cabang asas atau genre kesenian tampak seperti penciptaan arca, lukisan, catan (painting) dan cetakan asli. Cabang kesenian ini mula-mula diterima sebagai pengucapan utama dalam seni halus semenjak dari sekitar tahun 1400 lagi. Maka seni halus adalah sebuah bidang yang secara khusus mengkaji dan mencipta bentuk-bentuk seni seperti yang dinyatakan tadi. Konsep bidang ilmu, pendidikan, pembelajaran, kerjaya dan sistem sokongan seni halus ini sebenarnya adalah sebuah konsep yang moden. Jika pada zaman dahulu (sebelum tahun 1800) manusia Barat telah mencipta bentuk seni seperti arca, catan (Gambar 1) dan lukisan, namun ia tidaklah sama secara konsepnya dengan penerimaan seni halus moden yang wujud kini. Contohnya, perkataan seni halus yang dalam bahasa Inggerisnya disebut fine arts hanya baru dicipta sekitar tahun 1700 untuk memberi pengkhususan kepada bidang-bidang penciptaan seni yang sifatnya istimewa dan ikhtisas. Perubahan itu tentunya sebuah pengaruh moden, yang telah mengakibatkan pembinaan klasifikasi ilmu dalam bidang kesenian dan ilmu kemanusiaan, sama juga seperti apa yang berlaku dalam bidang sosial dan sains tulen. Maka apabila konsep itu mula diperkenalkan pada sekitar tahun yang disebutkan tadi, ia telah berkembang menjadi sebuah bidang pengkhususan kesenian. Umumnya negara Perancis perlu disebut sebagai tempat berkembangnya konsep ini secara mekar. Di negara tersebut pada sekitar tahun 1700 dan 1800, seni halus atau dalam bahasanya di sebut beaux arts adalah sebuah bidang pengkhususan seni yang mewujudkan sebuah sistem bagi menerima seni sebagai satu entiti kajian ilmu yang penting sifatnya dalam perkembangan tamadun mereka. Dari itu bidang ini telah dikembangkan dari sebuah konsep kepada perlaksanaan dengan terciptanya institusi pendidikan seni yang khusus bagi melahirkan pakar pencipta seni halus. Kemudian diwujudkan pula gedung pameran seni seperti muzium dan galeri yang dijadikan tempat mempamerkan karya-karya seni yang dicipta itu. Dari itu diwujudkan pula sistem pertandingan seni bagi mencari pencipta dan karya seni terbaik semasa. Akhirnya diwujudkan juga sistem tempahan

2

IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

(Gambar 1) Diego Velazquez, Les Meninas (The Maids of Honour), 1656, oil on canvas, 318cm Ă—Â 276cm, Museo Del Prado, Madrid, Sepanyol. Walaupun mengetengahkan beberapa idea dan isu ayang agak radikal, catan Velazquez ini tidak dikategorikan sebagai moden akibat dari faktor ruang, masa dan ideologi. Catan ini berada atau dikategorikan dalam era Barok (Baroque).

3


karya atau jual beli karya yang membolehkan orang ramai atau kerajaan membeli atau menempah sesebuah karya seni yang diminati dari seniman-seniman terlatih tersebut. Dari sistem itulah terbentuknya juga pengkhususan bidang lain seperti bidang sejarah seni dan kritikan seni yang berkembang sebagai pendokong kepada sistem induk yang wujud di atas. Maka inilah asas kepada terciptanya konsep seni halus sebuah konsep ilmu yang moden. Konsep ini kemudiannya berkembang seiring perkembangan zaman moden dengan beberapa penambahbaikan kepada konsep asal tersebut. Kesemua hal yang wujud tersebut adalah benda-benda baru dalam konsep moden. Mempelajari seni di sekolah seni adalah sebuah konsep dan praktik yang baru kerana ia belum pernah wujud secara teratur dan sistematik sebelum itu. Mendirikan muzium dan galeri seni sebagai gedung penyimpanan dan pameran seni adalah sebuah konsep yang moden, kerana sebelum ini tidak pernah berlaku karya seni dibeli dan ditempatkan di sebuah gedung awam. Karya seni pada zaman sebelum moden biasanya dimiliki dan menjadi hak milik orang perseorangan yang kaya. Karya seni hanya disimpan di rumahrumah besar dan menjadi tatapan orang-orang tertentu sahaja. Terciptanya sistem penentuan karya seni yang baik melalui pertandingan yang disebut Salon adalah juga sebuah konsep moden, yang diperkenalkan bagi menilai dan menghakimi karya-karya seni yang telah mencapai satu aras kecemerlangan pencapaian kesenian. Namun konsep penilaian itu kini telah kurang dipraktikkan atas sebab-sebab yang lebih subjektif. Ideologi dan karya seni halus yang wujud kini telah menafsirkan seninya sendiri mengikut perkembangan dan peredaran zaman. Perkataan seni halus adalah terjemahan yang telah disepakati dari perkataan Inggeris fine arts. Dalam bahasa Perancis ia disebut beaux arts. Orang-orang Indonesia menterjemahkan perkataan fine arts sebagai seni murni. Perkataan halus atau fine itu adalah rujukan atau penekanan kepada konsep keindahan seni semata-mata, yang mahu dibezakan dengan seni lain yang tentunya mempunyai tujuan tertentu seperti moral, akhlak, kegunaan, hiasan, kesukaan atau kegemaran. Halus disini bermakna perhatian, penumpuan dan konsep seni itu adalah khusus dan hanya merujuk kepada

4

IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

konsep keindahan sebagai nadi, sebab dan alasan utama mengapa seni itu dicipta. Kata halus di sini juga bukan sepenuhnya bermaksud ia dibuat secara halus dan terperinci, tetapi halus itu juga menjelaskan sikap, fikiran, falsafah, perasaan dan emosi terhadap penciptaan bentuk-bentuk seni itu. Sekali lagi ingin dinyatakan bahawa konsep ini dicipta pada zaman awal moden iaitu pada sekitar tahun 1750-an. Jika mengikut sejarahnya, perkataan fine arts itu dari tahun 400 sehingga 1400 (yang juga disebut zaman pertengahan) sebenarnya merujuk kepada tujuh cabang bidang kajian seni seperti puisi, catan, senibina, lukisan dan lain-lain. Cabang bidang ini terletak di bawah induk ilmu liberal arts di waktu itu yang turut mengandungi cabang bidang lain seperti matematik, astronomi, linguistik, muzik dan falsafah. Hanya pada zaman Renaisans, legitemasi atau had batasan bidang seni telah dicipta iaitu seni atau fine arts itu hanyalah merujuk kepada catan, arca, senibina dan lukisan. Pada zaman awal moden pula legitemasinya berubah apabila penumpuan bentuk fine arts hanyalah kepada catan, arca, lukisan dan cetakan asli. Kini legitemasi bentuk seni halus telah semakin berubah seiring dengan perkembangan zaman. Pada tahun 1920-an bentuk seni fotografi telah mula diterima sebagai penyataan seni, maka bentuk visual lain turut diterima sah dianggap sebagai bentuk seni halus yang asli. Bentuk dan fahaman semasa seni halus banyak terpulang kepada anutan falsafah atau ideologi yang mendokong pengucapan seninya. Secara mudahnya bidang ini telah berkembang melalui banyak tafsiran dan takrifan yang pelbagai, selain mengikut kesesuaian dan kehendak sesuatu zaman. Dari takrifan dan sejarah yang asas itu kita dapat memahami bahawa seni halus sebenarnya wujud sebagai penumpuan kepada penciptaan seni dan bentuk-bentuk seni yang khusus bermakna dan indah. Ia dicipta bukan untuk tujuan lain atau mudahnya ia berbeza dengan seni hiasan atau seni gunaan. Seni hiasan walaupun indah dan menawan namun dicipta untuk tujuan yang fungsional seperti cawan, dulang, pinggan, kerusi, meja dan sebagainya, yang mementingkan kegunaan sebagai anasir utama penciptaannya. Selepas sifat kegunaannya dipenuhi barulah unsur dekorasi atau hiasan itu diterapkan keatas bentuk seni terbabit. Maka kita memanggil seni ini sebagai seni hiasan atau dekorasi. Seni gunaan pula adalah konsep seni yang lebih fungsional sifatnya

5


dalam arus kemodenan semasa. Seni gunaan adalah seni-seni yang dicipta khusus untuk kegunaan semasa dengan banyak pertimbangan diberikan kepada aspek kegunaan atau fungsionalitinya. Ia juga disebut sebagai bidang rekaan atau design, contohnya seperti rekaan produk, rekaan grafik, rekaan fesyen, rekaan tekstil, rekaan logam halus, rekaan kaca dan sebagainya. Ia berkaitan dengan seni atau dipanggil juga sebagai seni gunaan, kerana secara asasnya atau dalam proses penciptaannya ia banyak menggunakan prinsipprinsip yang digunakan dalam bidang seni halus, selain ia juga mementingkan faktor keindahan atau disebut estetika.

lain. Persoalan apa yang hodoh dan apa yang cantik tentu berbeza mengikut kaum, agama, budaya, negara atau masa. Maka jika begitulah kompleksnya soal mengenai keindahan itu, maka sebegitu jugalah kompleksnya makna seni dari bentuk seni halus itu sendiri yang dinyatakan sebagai indah. Seperti yang dikatakan tadi estetika adalah sebuah bidang ilmu yang berbeza dari seni halus namun ia amat rapat dan berjalan seiring dengan seni halus itu sendiri. Seni halus memerlukan estetika untuk memahami makna dan erti keindahan, sementara estetika memerlukan bentuk seni halus sebagai bahan kajiannya yang paling utama sekali.

Kembali kepada konsep asas yang disebutkan pada awal tadi bahawa seni halus adalah bidang yang memberi seluruh perhatiannya kepada penciptaan keindahan melalui bentuk-bentuk seni yang telah dinyatakan tadi. Maka soal keindahan itulah yang sebenarnya agak sulit dan kompleks untuk dihuraikan secara mudah. Keindahan sememangnya subjektif tetapi keindahan juga mempunyai beberapa kriteria yang boleh membuatkan ia jadi objektif. Keindahan sebenarnya adalah sebuah perkara atau isu yang sangat besar, ia tidaklah sebegitu mudah ditafsirkan sekadar mengikut rasa atau perasaan semata-mata. Keindahan adalah cabang ilmu yang seiring berjalan dengan ciptaan seni halus itu sendiri. Dalam konteks moden bidang ilmu keindahan dipanggil estetika, atau juga disebut sebagai falsafah keindahan. Soal keindahan sudah bermula apabila seseorang bertanya soalan;

Setelah kita memahami asas ilmu seni halus, kita kemudiannya mungkin bertanya wujudkah sebab-sebab lain kepada penciptaan bentuk seni halus tersebut selain dari faktor keindahan semata-mata. Ya, memang wujud sebab-sebab lain, antaranya seperti pengaruh gaya seni semasa, faktor politik, faktor sosial, faktor agama atau faktor budaya. Jadi secara keseluruhannya, atau yang paling pentingnya kita mungkin bertanya apakah kepentingan seni halus kepada masyarakat. Kepentingannya terletak kepada dua faktor yang paling asas iaitu faktor pemikiran atau batin dan juga faktor fizikal karya seni itu sendiri. Secara mudahnya karya seni halus merupakan tanda atau lambang secara tampak berkaitan pemikiran atau pencapaian pemikiran sesuatu masyarakat. Kerana seni halus secara jujurnya merupakan pantulan atau cerminan kepada situasi yang berlaku dalam sesuatu masyarakat secara halus dan kreatif. Ia melambangkan atau menunjukkan pencapaian batin, upaya kreatif dan fikiran sesuatu bangsa atau negara secara tampak yang halus dan berseni. Ia juga memancarkan kebijaksanaan imejan yang dicipta oleh sesuatu kaum. Sementara secara fizikalnya, penciptaan sesuatu karya seni dapat memancar dan melambangkan kebijaksanaan dan tahap pencapaian pembuatan seni yang kreatif dan inovatif. Hal ini terpancar melalui bentuk seni itu sendiri, bahantara yang digunakan dan kaedah pembuatannya. Maka secara mudahnya seni halus adalah gambaran kepada pencapaian pemikiran sesuatu bangsa atau negara secara tampak tanpa terbeban dengan sebab-sebab yang fungsional. Ianya adalah ciptaan seni yang paling asli dan jujur memancarkan citra masyarakat dan pemikirannya.

“Mana cantiknya lukisan yang kau lukis tu‌â€? atau sewaktu Ahmad bersembang dengan Yusof, “Antara dua bentuk rumah tu aku rasanya yang di sebelah kanan tu lebih cantik dan molek buatannyaâ€?. Dari pertanyaan pertama itu sebenarnya persoalan falsafah keindahan sudah bermula. Dari penyataan Ahmad pula kriteria keindahan telah mula dianjurkan. Kriteria keindahan sebenarnya kompleks untuk dihurai atau ditetapkan kerana ia melibatkan unsur budaya, masa, ruang, persepsi, agama, sosial dan sebegitu banyak faktor yang

6

IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

7


Bidang lain dalam kehidupan manusia tidak berkemampuan melakukan apa yang dilakukan oleh seni halus. Dalam zaman yang mementingkan unsur kepantasan dan efisyensi serta fungsionaliti, seni halus merupakan rekod yang paling jujur menyalin perilaku, kejadian dan pemikiran masyarakatnya secara jujur, kreatif dan berseni.

Seni: Fitrah, sifat dan bahasanya

Maka penafian seni halus pada zaman ini mungkin berlaku kerana sifatnya yang tidak fungsional, namun hakikat kepentingan ia sebagai khazanah pemikiran yang halus dan kreatif kepada sesuatu masyarakat atas sebab-sebab yang telah dinyatakan tadi, amatlah tidak boleh dinafikan. Maka begitulah secara umumnya apa yang disebut dan diperkatakan sebagai seni halus, sebuah bidang ilmu dan praktis profesional yang wujud namun tidak disedari kehadirannya. Sebuah pengenalan sebegini rupa dirasakan semakin penting apabila ada ahli masyarakat mula mengajukan soalan seperti; “Ehhh!, buat lukisan kartun macam Lat tu …seni halus ke haaa...” atau “Lukisan kartun dalam suratkhabar tu kira seni halus keee! ”, atau juga “Ehhh! buat benda kartun animasi berpusing-pusing dalam tv tu kira seni halus lahh”. Dengan nada longlai kita menerangkan juga bahawa bentuk-bentuk sebegitu umumnya dikategorikan sebagai seni atau rekaan grafik, yang berkaitan dengan kehendak dan produksi massa, yang terkandung dalam fahaman rekaan atau seni gunaan. Nyata seni halus masih jauh dari fahaman orang ramai, sedangkan dalam seluruh hidup kita biasa

8

IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

9


menggunakan seni (dalam tafsiran dan klasifikasi yang pelbagai). Mungkin masyarakat perlu membuka deria mereka dengan lebih luas lagi agaknya, selain usaha yang lebih agresif diperlukan untuk menerangkan seni kepada masyarakat. Membuat atau mengusahakan sebuah karya seni bermakna seseorang itu membuat sebuah penyataan mengenai sesuatu yang berkaitan dengan hidupnya. Karya seni adalah suatu penyataan yang datang dari ruang hidup seseorang. Ia mungkin berkaitan sesuatu faktor atau banyak faktor berkaitan hidupnya. Ia mungkin juga berkaitan kepercayaan atau sebarang ideologi yang bersangkutan dengan hidup seseorang. Jika seseorang mengatakan seni itu kompleks atau susah, bermakna orang boleh juga mengatakan bahawa kehidupan itu juga adalah suatu kesukaran atau penuh kompleksiti. Bukankah kehidupan itu penuh dengan kompleksiti dan kesukarannya yang tersendiri. Dari kecil sehingga besar manusia menghadapi pelbagai cabaran, rintangan dan halangan dalam hidupnya. Maka jika sesebuah karya seni dicipta atas dasar untuk memberi bentuk kepada kesukaran itu, ia adalah pancaran kepada bentuk atau idea berkaitan tentang kesukaran itu sendiri. Hidup ini juga penuh dengan kegembiraan dan semangat keriangan dan keriangan juga boleh dipancarkan oleh karya seni. Dengan kata lain kegembiraan atau keriangan itu boleh diberikan bentuk atau bayangan bentuknya yang tersendiri. Dari sudut lain, karya seni juga boleh menyerlahkan sesuatu idea yang kabur dan sukar untuk diperkatakan secara lisan. Dalam pemahaman yang lebih dalam, seni boleh memikul beban landasan untuk berbicara mengenai perkara yang tidak kelihatan di mata tetapi dirasai atau dialami. Karya seni sebenarnya adalah suatu landasan atau alat yang membolehkan seseorang mengucapkan sesuatu dengan penuh erti dan kesedaran secara khusus. Dalam kehidupan seharian, kita telah menggunakan sejumlah alat untuk mewakili ekspresi minda, jiwa dan emosi kita. Bahasa yang kita gunakan seharian adalah contoh unggul kepada penyataan tersebut, selain gerak fizikal lain. Kita menggunakan bahasa untuk menyatakan fikiran, perasaan dan idea kita mengenai sesuatu kepada orang lain. Sebelum kita mengenali bahasa, atau pada waktu kita kecil, konsep bahasa adalah sesuatu yang kabur dan sukar

10

IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

kerana ia dianggap sebagai sesuatu yang besar dan seakan tak terpikul. Tetapi lama kelamaan apabila kita sudah dapat membudayakan serta menguasai bahasa tersebut, kita sudah seakan memiliki suatu alat yang dapat kita gunakan untuk berkomunikasi atau berekspresi mengenai apa sahaja yang berkaitan hidup kita. Begitu jugalah seni, ia diwakili oleh suatu bahasa yang mesti dibudayakan dan dikuasai supaya kita dapat menggunakan dan memahami ia secara lebih mendalam, luas dan bermakna dalam masyarakat. Bahasa seni adalah sebuah bahasa khusus yang menjana emosi, fikiran dan jiwa manusia dalam bentuk tampak secara halus dan kreatif (Gambar 2). Ia boleh mewakili kematangan fikiran dan emosi manusia dalam menanggapi sesuatu hal atau subjek. Seni juga merupakan sebuah bahasa khusus yang membolehkan kita berbicara berkenaan sesuatu secara lebih dekat dan dalam. Ia tidak hanya mewakili atau menyalin semula sesuatu kejadian, peristiwa atau idea fikiran seseorang. Namun ia berupaya menterjemah, mendiskripsikan, memantulkan, menafsir atau mencatat apa sahaja yang berlaku, samada yang boleh dilihat atau tidak. Maka ia adalah cetusan fikiran, perasaan atau jiwa manusia yang didokumenkan dalam bahasanya yang tersendiri dan khusus. Ianya adalah alat komunikasi yang perlu dikuasai langgam dan laras bahasanya supaya kita dapat mengenal, memahami, berdialog dan berfikir mengenai apa-apa yang dicatatnya. Ia adalah sebuah alam lain yang menggunakan bahasa yang berbeza dalam dialog komunikasinya. Alat komunikasi seni telah lama digunakan oleh manusia, bahkan sebelum manusia mencipta bahasa pertuturan lagi. Ia adalah sebuah alat yang khusus dan penting dalam menterjemahkan pemikiran tinggi sesuatu bangsa atau tamadun secara tampak. Manusia menggunakan atau mencipta seni secara simbolik kerana bahasa seni berkemampuan membawa dan menterjemahkan simbolisme pemikiran atau rasa yang khusus dan tersendiri itu. Ia tidak dapat diterjemahkan oleh sebarang alat komunikasi lain kerana hanya bahasa seni sahaja yang boleh membawa dan memancarkan segala kompleksiti tampak yang cuba ditonjolkan oleh manusia dari arus fikiran atau rasanya. Karya seni

11


dalam konteks ini adalah berupa pembentangan budaya fikir dan kehidupan manusia itu sendiri. Maka kehalusan pemikiran atau kehebatan pencapaian pemikiran tinggi sesuatu kaum, bangsa atau tamadun hanya boleh dilihat dari hasil budayanya. Dalam konteks ini seni merupakan suatu penyataan tampak kepada pemikiran atau idea tersebut. Secara mudah, ada banyak benda dalam kehidupan ini yang tidak dapat dinyatakan secara tetap, benar dan faktual. Melainkan jika kita menggunakan sebuah bahasa yang dapat membawa lambang atau simbol yang memberi makna, tafsiran atau ulasan berkaitan apa-apa yang berlaku dalam kehidupan ini. Aziz menunggang motosikalnya dengan laju sekali dan tiba-tiba pada suatu selekoh beliau terjatuh dan terseret sejauh hampir 20 meter di atas jalan raya. Syukur sekali Aziz selamat dan tidak mengalami sebarang kepatahan tulang, namun Aziz banyak mengalami kelukaan dibahagian kaki dan badan. Bagaimanakah agaknya boleh digambarkan kesakitan Aziz tersebut. Atau bagaimanakah Aziz dapat meluahkan rasa sakit yang dialaminya. Adakah dapat atau cukup dengan hanya berkata, sakit‌! Manusia faham, maklum dan tahu dengan perkataan sakit itu dan maknanya sekali, bahkan ada diantara kita yang pernah merasai kesakitan itu sendiri dalam pelbagai bentuk. Tetapi adakah sama, makna sakit yang kita faham dengan makna sakit yang Aziz tanggung itu, atau adakah sama kepedihan sakit Aziz tersebut dengan kepedihan sakit yang kita fahami atau rasai. Kefahaman makna sakit bagi kita mungkin boleh kita hubungkan dengan pengalaman kita sakit gigi, disengat tebuan atau tersimbah air panas. Memang kesemua hal tersebut akan membawa kita kepada pengucapan kata sakit sebagai simbol makna kepada kejadian yang berlaku dengan bantuan alat bahasa. Tetapi kandungan isi dan tahap makna tersebut tentunya berbeza-beza. Ianya tidak sama dengan pengalaman sakit Aziz yang khusus itu.

(Gambar 2) Abdul Latiff Mohidin, Pago-pago, 1964, cat minyak atas kanvas, 100cm x 100.3cm, Koleksi Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur, Malaysia. Dalam karya sebegini, seniman telah menggunakan pendekatan artistik untuk menjana bentukan kreatif yang biasanya digerakkan dari daya alam, pengalaman dan budaya yang melingkunginya.

12

IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

Manusia memang tidak akan dapat tahu secara tepat dan tetap berapa sakitnya sakit si Aziz tadi. Kita tidak dapat mengukur kesakitan Aziz, bahkan tiada alat ukuran atau darjah ukuran kesakitan pernah dicipta. Tetapi kita hanya mendengar Aziz berkata, sakit...!. Adalah nyata bahawa penggunaan kata sakit serta ekspresinya itu adalah simbol

13


atau alat penyampai makna kepada keadaan atau kejadian. Sesiapa juga tidak akan boleh merasai dan mengalami sakit yang dirasai oleh Aziz kecuali Aziz sendiri yang merasainya. Jadi, Aziz sebagai manusia biasa mesti berkomunikasi dengan manusia lain untuk memberitahu dia sedang mengalami sakitnya yang tersendiri dan khusus. Dari komunikasinya, Aziz juga tidak akan dapat memindahkan rasa sakitnya itu kepada orang lain. Beliau perlu menghantar sebuah tanda, simbol atau idea yang boleh difahami kepada orang lain. Secara biasa dia hanya mungkin boleh mengekspresikan atau berdialog mengenai sakitnya dengan manusia lain. Maka dia mestilah menggunakan sebuah alat komunikasi yang lebih efisyen, canggih dan sesuai untuk berkomunikasi mengenai sakitnya. Aziz pada mulanya berkomunikasi dan mengekspressikan jiwa dan perasaannya dengan bantuan alatan bahasa biasa kepada orang lain untuk memberitahu sesuatu yang dirasainya. Apabila Aziz kemudiannya meluahkan kata-kata, sakit‌sakit‌ sakit! dengan sepenuh perasaannya, bermakna beliau telah mengekspresikan bahasa (yang biasa) untuk menjadi alat komunikasi yang lebih efisyen. Aziz telah memberikan simbol kepada keadaan atau kejadian yang menimpa dirinya melalui bahasa yang diekspresikan. Dalam konteks ini sebenarnya bahasa biasa telah tidak dapat secara padu dan menyeluruh memberi makna dan dimensi kepada konsep kesakitan yang dialami Aziz. Bahasa biasa tidak dapat menghuraikan secara rencam dan canggih tentang makna dan pengalaman sakit Aziz. Bahasa biasa melalui perkataan sakit, hanya dapat berkomunikasi secara paling asas tentang apa yang beliau alami. Kerana perkataan sakit itu mungkin hanya dapat mewakili sifat kejadian yang dilalui oleh Aziz. Ia tidak boleh menghuraikan secara pelbagai dan canggih tentang konsep penderitaan sakit oleh Aziz. Maka Aziz perlu pula berusaha memberi perasaan dan ekspressi kepada alat bahasa itu iaitu perkataan sakit itu sendiri melalui ucapan yang banyak dan penuh perasaan. Ia telah seakan-akan menjadi seperti deklamasi sajak mengenai sakit. Alat bahasa yang neutral dan biasa pada awalnya itu telah diberikan dimensi seninya. Aziz menjerit dan merintih, sakit‌sakit‌sakit!

14

IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

Dari sudut lain, manusia kadangkala terlupa bahawa sebenarnya perkataan tidak dapat mewakili benda, kejadian atau perasaan. Bahkan bahasa sebenarnya adalah simbol atau alat untuk tujuan komunikasi pada tahap biasa. Bahasa dan perkataan itu pada asalnya tidak bermakna atau bererti. Perkataan yang ditaip pada muka surat ini sebenarnya adalah simbol-simbol yang kompleks. Tetapi manusia yang memahami bahasa Melayu akan dapat menterjemah simbol tersebut kepada hubungan konteks maknanya lalu ia boleh memberi erti kontekstual kepada cantuman idea kepada simbol-simbol itu, yang kemudiannya menjadi perkataan dan ayat. Dalam konteks ini sifat bahasa adalah neutral sebenarnya. Pada awalnya bahasa mengandungi makna yang kosong, tetapi manusia telah berusaha sejak zaman berzaman untuk memberi dimensi makna kepada bahasa supaya ia dapat mewakili idea, fikiran dan perasaan penuturnya dalam berkomunikasi. Apabila manusia sudah semakin bersepakat memberi makna kepada sesuatu perkataan, maka mereka telah mencipta sebuah alat untuk berkomunikasi dalam masyarakat yang memahami sesuatu bahasa itu. Kata sakit yang mulanya neutral dan tidak bermakna bahkan mungkin dianggap simbol yang berupa huruf yang dirapatkan untuk menjadi perkataan. Lalu ia diberikan pula dimensi makna oleh komunitinya sehingga ia secara sah boleh dianggap mewakili sesuatu benda, keadaan atau sebagainya. Maka dari sebuah alat komunikasi biasa untuk memberi makna dan kefahaman, kini bahasa telah menjadi sebuah alat ekspresi kepada rasa dan jiwa penuturnya. Namun dalam konteks yang lebih kompleks sebenarnya, Aziz telah menangguhkan makna sakitnya itu bagi orang lain. Apabila beliau meraung sakit‌sakit‌sakit! Aziz telah menggunakan sebuah alat komunikasi untuk membuat sebuah kenyataan ekspresi tentang dirinya. Tetapi bukankah konsep sakit itu adalah sesuatu yang kabur. Makna sakit yang sebenar dan dalam bagi Aziz telah tidak dapat dinyatakan secara dalam dan benar. Ianya tertangguh dengan kelemahan atau ketidaksesuaian cara dan teknik pengekspresian alat yang digunakan iaitu bahasa. Walaupun secara awalnya seolah-olah makna sakit Aziz telah sampai kepada orang lain dengan ekspresi pengucapan sakitnya. Adalah jelas sebenarnya keseluruhan makna dan erti sakit itu tidak dapat dikongsi atau dipindahkan kepada orang lain. Hal ini melibatkan masalah teknik, cara dan jenis

15


bahasa yang digunakan. Kerana secara natural, bahasa sebagai bahasa bukanlah sebuah alat ekspresi, bahkan ianya adalah komunikasi biasa. Dalam konteks Aziz tadi beliau menggunakan bahasa pertuturan yang diekspresikan kerana beliau merasakan itulah bahasa paling mudah, cepat dan senang digunakan sewaktu menderita sakit tadi. Beliau tidak berpeluang lagi untuk menggunakan bahasa lain yang mungkin berupa bahasa seni untuk menterjemahkan sakitnya. Maka faktor masa, ruang, fikiran dan emosi memainkan peranan dalam pengucapan ekspressi kemaknaan tersebut. Secara lebih luas, bagaimanakah contohnya kita dapat menyatakan sakit itu, jika kita sendiri berpeluang melihat kesengsaraan sakit Aziz. Bukankah sakit itu tidak berbentuk, bahkan ia hanya wujud dalam akal dan perasaan kita. Luka atau darah hanyalah sifat kejadian, bahkan ia tidak mewakili sifat sakit itu sendiri. Orang yang berkata sakit dan memberi makna atau dapat menerima makna sakit, adalah orang yang pernah mengalami dan menderitai kesakitan itu sendiri. Jika dia berkata sakit dengan jujur bermakna dia pernah sakit dan tahu apa itu sakit yang sebenarnya. Jadi konsep sakit adalah sebenarnya abstrak dan kabur. Ia hanya dapat dikatakan atau dinyatakan secara lambang atau simbol. Contoh awalnya tadi adalah melalui bahasa dan perkataan. Apabila Aziz berkata sakit, maka penangguhan makna sakit telah bermula, kerana kita tak tahu berapa sakitkah sakit Aziz, bahkan kita hanya menduga atau mengagak sakit si Aziz. Kemudian kita cuba menyelami makna sakit Aziz melalui beberapa cara lain seperti penerangan lanjut atau melihat sendiri lukanya dan cuba merasai penderitaan beliau. Dalam tahap ini kita cuba berdialog dengan sakit Aziz untuk mencari makna sakit Aziz secara lebih mendalam. Konsep yang kabur tadi sebenarnya telah berada di atas batas seni. Jika kita bertanya kepada orang ramai atau kepada Aziz sendiri tentang bagaimanakah sakitnya itu. Aziz akan tentu keliru dan mungkin berkata, “ahhhh sakitnya tak boleh nak dicakap�. Bermakna bahasa biasa mungkin sudah tidak dapat mewakili makna sebenar sakitnya. Kemudian kita boleh cuba memberikan bentuk kepada sakit itu, contohnya melalui soalan seperti, “Aziz bolehkah kau berikan bentuk yang bermakna kepada sakit kau

16

IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

itu�. Soalan ini nampak pelik, tetapi ia cuba membuat penyataan bentuk kepada sakit Aziz. Maka karya seni boleh bermula di sini, ia boleh memberi bentuk kepada makna sakit Aziz. Bagaimanakah bentuknya, ianya tentulah subjektif sekali. Dimensi ciptaan karya seni itu pelbagai dan kompleks, sama kompleksnya dengan perasaan si Aziz tadi. Ia mungkin sebuah intepretasi kejadian, intepretasi jiwa atau perasaan sewaktu menderita. Atau ia sebuah kejujuran idea realiti mengenai sakit melalui fotografi. Atau ia sebuah kenyataan kompleks dari segi jiwa melalui lukisan abstrak. Semuanya adalah serba mungkin dan kompleks. Kerana perasaan dan idea sakit itu adalah sebenarnya kompleks dan abstrak untuk dihurai, tetapi ia wujud dan ada di hati, di fikiran dan di jiwa kita. Maka dari segi inilah seni membuat pernyataannya. Perasaan, idea, jiwa atau pemikiran yang halus dan dalam hanya dapat dinyatakan oleh karya seni. Kerana itulah kita menyatakan ia sebagai sebuah seni, kerana ia halus dan dalam. Konsep yang abstrak dan tidak berbentuk seperti manis, masin, gembira, marah atau rindu dapat diungkapkan melalui karya seni. Ia tidak dapat dihuraikan dengan bahasa biasa, kerana bahasa biasa hanya akan menangguhkan makna atau meminggirkan makna itu dari pengalaman intimnya dari sesebuah kejadian, peristiwa atau keadaan. Kerana makna adalah perasaan atau situasi yang dalam dan seni sekali. Ia tidak dapat dihuraikan oleh alat komunikasi biasa bahkan ia memerlukan pernyataan seni yang bersesuaian untuk dinyatakan. Mungkin ia berupa sajak, novel, lukisan, cetakan, arca, catan, tarian, persembahan, lagu, fotografi, filem, video atau sebarang penggunaan alatan seni canggih yang terkini. Ianya terpulang kepada kompleksiti idea makna yang ingin diungkapkan itu sendiri. Penyesuaian inilah yang menyebabkan seni itu pelbagai bentuknya. Keselesaan penggunaannya terpulang kepada individu selain penguasaan bahasa atau langgam seni tertentu. Maka amat perlulah kita dapat menguasai serba sedikit bahasa atau langgam seni itu supaya kita boleh berdialog dengan idea, perasaan, jiwa dan pemikiran disebalik sesebuah karya seni. Berita kebuluran di Afrika, kegembiraan menyambut tahun baru, pembunuhan

17


beramai-ramai di Rwanda, kekejaman peperangan atau kesengsaraan pesakit AIDS, hanyalah berupa berita-berita biasa yang ditatap di akhbar atau kaca televisyen. Ia tidak memberi makna yang dalam dan bererti kerana kita menggunakan bahasa biasa dalam menyampaikan isi makna kejadian itu. Seni dalam konteks ini mempunyai peranan yang amat besar sebagai alat pemberi makna, intepretasi, ulasan dan kritikan secara sangat halus, tajam dan tepat ke lubuk naluri dan fikiran manusia (Gambar 3). Seni boleh membawa persoalan tersebut dengan lebih jauh ke dalam fikiran, emosi

dan jiwa manusia. Dalam konteks ini, ia kadangkala boleh dianggap sebagai sebuah senjata propaganda atau tujahan ideologi yang boleh mengganggu atau mengherot makna sebenar kepada peristiwa atau keadaan yang dinyatakan. Maka penguasaan kepada bahasa, teknik dan cara pernyataan seni adalah semakin penting kerana ia adalah bahasa komunikasi batin, jiwa dan fikiran yang paling ampuh sekali. Dimensi seni yang semakin kompleks dan kabur adalah terjemahan kepada kompleksiti rasa dan makna itu sendiri yang berlaku kini. Manusia kadangkala terlupa dengan kekuatan dan kepentingan bahasa seni, atau seni itu sendiri sebagai wadah pernyataan emosi, fikiran dan batin yang paling teguh, tajam dan ampuh sekali. Dalam konteks kehidupan kini, bukan pula bermakna seni berkeupayaan menyatakan kembali dengan tepat, benar dan faktual mengenai pernyataan konsep kabur tadi seperti sakit, rindu, gembira atau marah itu. Bahkan seni atau segala bahasa lain yang sifatnya lebih pragmatik lagi saintifik tidak berkemampuan menyalin sebarang idea abstrak tersebut seperti sakit, marah, manis atau rindu. Tetapi seni berkeupayaan memberi dimensi rasa, fikir, idea dan jiwa mengenai sesebuah konsep yang abstrak itu. Ia boleh membawa aspek kemaknaan itu ke tahap yang lebih tinggi, halus dan seni. Komunikasi seni adalah secara dalaman dan ia melibatkan komplikasi idea, emosi, fikiran dan batin seseorang. Apa yang dinyatakan secara luaran itu atau bentuk karya seni itu adalah berupa jalan, jambatan, proses atau simbol kepada sintesis perkara atau hal yang sebenar. Maka kompleksiti inilah yang berlaku dengan seni dalam arusnya. Dalam hal Aziz tadi, beliau atau orang lain yang cuba menyelami kesakitannya kemudian boleh menyatakan idea tersebut melalui bahasa atau landasan seni yang lebih halus. Samada ia berjaya atau gagal menggunakan bahasa seni tersebut dalam komunikasi atau dialognya, maka ia berkaitan pula dengan faktor penguasaan bahasa, langgam dan teknik sesebuah bahasa seni tersebut.

(Gambar 3) Bayu Utomo Radjikin, Does History Change?( perincian), 1995, oil on canvas, 162cm x 183cm, Koleksi Pakhruddin dan Fatimah Sulaiman.

18

IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

Keseluruhannya adalah penting dan mustahak untuk kita menjadi manusia yang sentiasa peka dengan segala kejadian yang berlaku. Manusia tidak hanya menggunakan sisi fizikal dalam hidupnya untuk bermasyarakat. Bahkan tuhan menjadikan manusia itu sangat kompleks dengan fikiran, jiwa, emosi dan perasaan yang pelbagai. Adalah 19


menjadi tanggungjawab manusia untuk memahami dan peka dengan kejadian atau keadaan yang berlaku didalam diri atau persekitarannya, dengan menggunakan apa yang telah dianugerahkan oleh tuhan kepada manusia itu. Sisi dalaman manusia yang sering ditinggalkan atau tidak dipedulikan membuatkan manusia sering mengalami peristiwa kekeliruan atau kelaparan batin atau jiwa. Hal ini sering membuatkan manusia keliru dengan diri dan kejadiannya termasuk juga peristiwa disekitarnya. Ia sering tersesat dalam mencari dirinya kerana dia tidak dapat cukup mengenal bahasa rasa dan fitrah jiwa atau batinnya. Seni dalam konteks ini bukanlah penawar atau ubat yang paling ampuh menawar segala penyakit atau keadaan jiwa, tetapi seni adalah suatu jalan atau bahasa yang dapat mencurah, memantul, menafsir atau merekod segala graf perjalanan jiwa tersebut. Kehalusan rasa, jiwa, fikiran atau batin dapat dibaca atau dibiaskan melalui kaedah seni. Kesemua rasa yang wujud dalam diri manusia adalah abstrak dan kabur. Namun kita sering terlupa dan terkeliru dengan rasa itu. Dalam kehidupan kita sendiri, kita banyak menangguhkan makna rasa, jiwa dan fikiran kita tanpa kesedaran atau kita mengambil mudah kesemua keadaan tersebut. Ia berlaku kerana kita merasakan bahawa bahasa pertuturan atau fizikal sudah cukup untuk menyimpul atau memberi makna keseluruhan kepada rasa, jiwa dan fikiran itu. Namun bahasa pertuturan biasa itu gagal sebenarnya untuk memberi dimensi yang lebih mendalam bagi rasa, jiwa dan fikiran manusia. Ia memerlukan sebuah bahasa lain yang lebih sesuai untuk memantulkan dimensi halus dan dalam itu. Oleh kerana perasaan, jiwa atau fikiran adalah sesuatu yang halus, maka sebuah bahasa atau alat yang halus juga harus digunakan untuk mencerap dan memahami keadaan tersebut. Seni berperanan besar dari kedudukan ini, namun pemahaman kepada lenggok, langgam dan laras bahasanya amatlah perlu sebelum sebarang usaha penggunaan bahasa seni tersebut dapat digunakan secara berkesan. Kompleksiti seni adalah kompleksiti rasa, jiwa dan fikiran manusia itu sendiri, yang dipancarkan melalui bahasa yang bersesuaian dengan alat seni yang terbaik bagi sesebuah peristiwa, kejadian atau keadaan.

20

IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

Kepentingan seni halus dalam kehidupan

Ada juga orang bertanya kepada saya secara berhemah berkenaan peranan atau kepentingan seni halus dalam konteks kehidupan. Soalan ini saya terima dalam pemahaman bahawa masih banyak anggota masyarakat tertanya-tanya dengan peranan atau keperluan bidang ini secara nyata dalam kehidupan. Kesan pertanyaan itu pula memanglah besar dan penting kerana masyarakat perlu mengetahui dengan lebih jelas mengenai keperluan sesuatu bidang ilmu yang mungkin asing dan kurang difahami umumnya. Saya juga berfikir bahawa jenis-jenis soalan sebegini adalah bersifat asasi atau disebut fundamental, kerana ia mengorek sebab musabab paling asas kepada bidang itu sendiri, melalui soalan-soalan yang bermula dengan perkataan apa, mengapa dan bagaimana. Maka jika begitulah keadaannya, amat perlu suatu penerangan yang memadai dianjurkan bagi menjelaskan keadaan bidang tersebut. Kadang-kadang saya terfikir juga bagaimanakah caranya supaya saya dapat menerangkan perkara atau benda yang agak besar dan kompleks ini kepada orang dengan bahasa yang mudah dan senang difahami, beserta dengan contoh-contoh yang nyata boleh diambil di sekeliling kita. Saya bermula dengan asas yang diambil dari kehidupan. Umumnya bagi manusia, segala pergerakan, aktiviti dan matlamat hidupnya adalah berasaskan dua sifat, iaitu yang pertama fungsional dan praktikal, sementara yang satu lagi tidak fungsional dan

21


tidak praktikal. Dalam zaman yang dipanggil moden, atau bagi yang lainnya disebut kontemporari (sezaman). Sifat fungsional dan praktikal adalah perkara yang paling mustahak dalam kehidupan kini kerana ia berkaitan dengan masa, yang kemudiannya diukur dengan duit sebagai kepentingan hidup yang utama. Maka apa sahaja yang berkaitan dengan hidup perlulah praktikal sifatnya. Supaya akhirnya ia (benda atau aktiviti) boleh mendatangkan hasil yang menguntungkan baik dari segi fizikal mahupun wang ringgit. Hal ini boleh juga kita fahami dalam perkara yang berkaitan pekerjaan atau juga benda-benda lain di sekitar hidup kita kini. Dari mata kita mula tercelik di pagi hari sampailah waktu kita hendak tidur, manusia memerlukan perkara yang praktikal, kerana manusia merasakan dia perlu membuat sesuatu yang berfaedah, berguna dan menguntungkan dalam hidupnya. Untuk melakukan perkara yang berfaedah dan praktikal, maka manusia perlu melakukan sesuatu yang fungsional sifatnya. Menggosok gigi, makan, minum, membawa kereta, menaiki bas, bermesyuarat, menyapu, mengemas rumah, membasuh baju, mencuci lantai atau berkebun, dilakukan dengan tujuan yang bersifat fungsional demi mendapat hasilan akhir yang dikatakan menguntungkan. Hasil dari aktiviti itu semua dilihat seakan memberi kesan dan faedah yang besar kepada masyarakat atau individu kerana ia bersifat fungsional. Bekerja adalah contoh sifat fungsional yang nyata, kita bekerja dan kemudian kita dibayar dengan upah bagi kerja kita yang fungsional itu. Seorang arkitek merekabentuk suatu bangunan yang bagus, kuat dan baik supaya orang ramai dapat berlindung didalamnya dari cuaca dan merasa selamat berada di dalam bangunan yang direka itu. Seorang ahli farmasi akan berusaha mencipta ubat yang dapat menahan atau mencegah sesuatu penyakit dari menyerang atau memudaratkan manusia. Seorang juruterbang akan membawa kapal terbangnya dengan selamat supaya manusia boleh sampai ke satu destinasi yang jauh dengan selesa dan cepat. Seorang tukang kayu mencipta kerusi yang berguna dan baik pembuatannya bagi membolehkan manusia duduk dengan selesa diatasnya. Tukang kasut mencipta kasut yang baik supaya dapat melindungi kaki manusia ketika berjalan. Kerja seorang pengawal adalah mengawal dan menjaga keselamatan sesebuah tempat. Kerja seorang askar adalah menjaga dan mempertahankan kedaulatan

22

IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

negaranya. Maka kerja adalah sesuatu yang fungsional sifatnya, atau ia disebut berhasil dalam menghasilkan sesuatu agar beroleh keuntungan dari segi wang atau menyelesaikan sesuatu permasalahan hidup secara praktikal. Fungsional juga maknanya di sini adalah, sesuatu yang boleh digunakan secara patut dan logik oleh manusia. Ia berguna secara fizikalnya untuk keperluan atau kehendak manusia serta dapat menjawab tuntutan fizikal manusia secara jelas dan nyata. Hal benda yang bersifat fungsional ini jika tidak dilakukan dengan betul dan baik berkemungkinan boleh mendatangkan masalah kepada manusia. Kerana manusia banyak bergantung kepada hal benda fungsional dan praktikal itu sendiri secara fizikal, demi membolehkan manusia itu bergerak dengan lancar dan efisyen dalam menjalani kehidupan hariannya. Oleh kerana manusia telah selalu melakukan benda atau kerja yang bersifat fungsional di dunia sekarang, maka manusia telah terbiasa dan selalu memikirkan bahawa semua benda yang dibuat dan berlaku di dunia ini haruslah bersifat fungsional dan praktikal. Kalau ia tidak bersifat fungsional maka ia dikatakan merugikan atau membazirkan masa, tenaga atau wang. Namun secara halus dan tersirat sebenarnya, banyak juga benda, sifat dan kerja yang dilakukan atau dialami oleh manusia itu tidak fungsional sifatnya, namun ia berlaku juga kepada manusia. Manusia berhibur, bergembira, bergelakketawa, menangis, marah, merengus, mengamuk, kecewa, rindu, dendam, tenang, sayang, runsing, bermimpi, mengelamun, kasih, termenung, berkhayal, kenangan, meracau, muram, dengki dan cinta. Dari contoh tersebut ternyata begitu banyak sekali sifat kelakuan dan pekerjaan tidak fungsional dan tidak praktikal yang wujud dan dilakukan oleh manusia itu sebenarnya. Lebih-lebih lagi jika ia difahami dari persepsi sifat fungsional tadi. Sifat rindu itu sendiri contohnya amatlah tidak fungsional kerana rindu tak melahirkan duit dan menguntungkan, bahkan ia tidak membawa sebarang hasil yang fungsional. Sifat kecewa itu tidak berguna langsung dan tidak praktikal sekali dalam hidup, tetapi mengapakah orang selalu kecewa dan terbawa-bawa dengan kekecewaannya. Marah, geram dan mengamuk adalah perkara yang tidak fungsional dan tidak praktikal, tetapi

23


mengapa banyak wujud manusia yang suka marah-marah dan geram selain ada yang mengamuk. Ketawa, gembira dan senyum bukanlah kerjaya kerana ia tidak fungsional sekali dan kita tidak pernah mendengar seseorang bekerja sebagai ahli ketawa yang setiap jam berketawa selama bertahun-tahun, kerana kalau wujud pekerjaan itu nescaya ia tidak fungsional. Sifat sayang itu tidaklah fungsional sebenarnya kerana ia tidak menghasilkan sebarang keuntungan, tanpa sayang pun manusia masih boleh hidup dengan sihat. Adalah memelikkan juga bahawa seseorang jatuh cinta atau kecewa berkasih sedangkan kesemua benda itu tidak fungsional sekali dalam kehidupan, tanpa sifat itu juga manusia normal masih boleh bernafas dengan baik. Mengapakah manusia bermenung atau runsing sedangkan ia amatlah tidak fungsional sekali, jika wujud masalah pun ia tidak dapat diselesaikan dengan bermenung atau runsing. Maka adalah jelas bahawa wujud banyak perkara-perkara atau sifat yang tidak fungsional dan tidak praktikal dalam hidup manusia, tetapi ironinya kita masih mengalami, menerima dan mengamalkan sifat tersebut dalam kehidupan kita. Sifat dan kelakuan tidak fungsional itu wujud dan lahir dalam diri manusia secara semulajadi dan manusia tidak dapat mengawal atau menghalang kehadirannya. Kadangkala manusia itu sendiri terlupa bahawa apa yang dilakukannya itu tidak fungsional dalam ertikata kehidupan moden. Contohnya, adalah tidak fungsional sekali hubungan kasih antara anak dan ayah yang berpelukan, atau hubungan antara datuk dan cucu, atau juga hubungan di antara sepasang kekasih. Kerana kesemua itu tidak menguntungkan atau menjawab persoalan keperluan hidup yang nyata. Tetapi perkara itu tetap berlaku kepada manusia sedangkan tanpa cinta atau perhubungan tersebut manusia tidak akan mati. Dengan kasih sayang sahaja manusia tidak boleh menjadi lebih kaya. Kita boleh menyoal secara logik, contohnya mengapakah kita melakukan atau merasakan sesuatu hal yang tidak nyata kelihatan seperti bermenung, sedih dan marah sedangkan kita tahu ia tak berguna langsung untuk hidup kita. Bermenung berhari-hari tidak akan menambahkan harta kekayaan kita, bahkan ia dikatakan membuang masa. Rindu yang meluap-luap juga adalah kesan emosi yang tidak fungsional sekali dalam hidup, tetapi

24

IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

mengapakah seorang anak merasakan hal tersebut setelah lama tidak berjumpa dengan ibunya. Mengapakah ia wujud dan muncul dalam diri manusia sedangkan manusia selalu ingin membuat sesuatu yang bersifat fungsional dan praktikal dalam hidupnya. Kesemua hal-hal yang tidak fungsional dan tidak praktikal itu adalah abstrak sekali dan begitu sukar dinyatakan secara mudah. Adalah amat tidak fungsional sebenarnya kasihsayang ibu bapa kepada anak-anak dengan bermanja, berpeluk atau mencium mereka kerana hal tersebut tidak dapat menambahkan lagi harta kekayaan dunia ini atau menjadi lebih kenyang. Tetapi ironinya mengapakah kita melakukannya juga. Cinta, sayang, kasih, rindu, runsing dan gembira adalah perkara yang benar wujud dan dirasakan oleh setiap manusia yang normal tetapi ia sukar sekali diceritakan atau digambarkan. Ianya sulit dan peribadi tetapi ada dirasakan. Adakalanya manusia meluahkan ia dengan pelbagai cara, antaranya seperti menangis, ketawa, tersenyum atau mengamuk. Manusia memang tidak berupaya sepenuhnya untuk menghurai dan memahami perkara yang tidak fungsional tadi, kerana memang sifatnya tidak fungsional atau tidak kelihatan secara nyata untuk difahami. Adakalanya manusia suka dan gembira dengan kehadiran benda-benda yang tidak fungsional itu, sedangkan disebaliknya ia sukar difahami dan digambarkan, bahkan ia tidak menguntungkan dari segi wang ringgit. Disebaliknya juga adalah jelas bahawa manusia perlu untuk melakukan kerja-kerja yang fungsional kerana manusia perlu menjawab segala tuntutan hidup yang bersifat semasa. Manusia sekurang-kurangnya memerlukan kenderaan untuk bergerak, jika kenderaan tersebut tidak laju mahu usaha fungsionalnya adalah untuk melajukan lagi kereta tersebut. Kasut dicipta untuk melindungi kaki manusia, jika kasut tersebut gagal untuk melindungi kaki manusia yang masuk belukar, maka adalah perlu dicipta kasut yang mampu melindungi kaki manusia dikawasan belukar. Usaha fungsional adalah usaha untuk menjawab keperluan kehidupan fungsional. Telefon untuk berkomunikasi, rumah untuk berlindung, makanan untuk kesihatan atau elektrik untuk menyalakan lampu, kesemua itu memerlukan wang untuk dimiliki atau dinikmati, maka fungsionaliti dan praktikaliti kehidupan adalah untuk mencari wang bagi memiliki dan menikmati hal itu semua. Kesemua hal yang dinyatakan tadi juga bersifat fungsional dan praktikal

25


kerana ia adalah tuntutan kehidupan yang nyata, maka kita perlu menjawab tuntutan itu secara fungsional juga. Tetapi apabila wujud tuntutan hidup yang tidak nyata seperti rindu, sayang, benci dan kasih, maka bagaimanakah caranya untuk kita menjawab tuntutan tersebut dengan adil, benar dan jujur. Adakah betul caranya bagi kita untuk menjawab tuntutan hidup yang tidak fungsional itu melalui jawapan hidup yang fungsional dan praktikal. Adakah wajar apabila seseorang sedang merasa rindu kita memberinya sebuah kerusi untuk duduk atau memberinya makan supaya kenyang. Tentulah tidak wajar, kerana rindu adalah sesuatu perasaan yang dalam dan bermakna, maka jawapan kepada perkara tersebut juga perlulah bermakna di hati dan perasaan, ia mestilah boleh menyembuh atau memberi penawar kepada rindu itu sendiri. Rindu mungkin akan terubat dengan surat yang bermakna, bunga, suara yang romantik, gambar atau sebarang hadiah yang boleh memberi makna yang mendalam serta boleh menyembuhkan rasa rindu itu agar perasaan kembali menjadi tenang. Namun perkara yang tidak fungsional adalah kompleks sekali, ia tidaklah tetap bahkan ia berubah-rubah. Hati si perindu mungkin masih tidak terubat dengan kesemua hadiah-hadiah tadi, kerana hatinya sudah jemu dengan kesemua benda-benda tersebut. Dengan tanpa sebarang sebab musabab, rindu masih tidak terubat lagi dengan sebarang pemberian yang dianggap bermakna tersebut, bahkan ia semakin mengelirukan dan timbul pula perasaan jemu bagi si perindu. Maka suatu kompleksiti perasaan yang tidak fungsional dan tidak praktikal lagi timbul iaitu jemu, sudahlah rindu ditambah lagi dengan jemu. Maka hal yang tidak fungsional adalah kompleks sekali untuk difahami atau dihurai secara mudah dan stabil kerana ia melibatkan unsur dalaman yang abstrak. Ia penuh jawapan yang tak pasti, tidak stabil, mengelirukan dan penuh teka teki, bahkan ianya tidak praktikal sama sekali dalam kehidupan. Tetapi ia benar wujud serta terjadi kepada manusia dan manusia memerlukannya, sedangkan manusia selalu merasakan hal tersebut adalah tidak fungsional.

26

IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

Dalam tahap ini apa yang pasti adalah semua manusia mengalami atau menerima perkara yang tidak fungsional dan tidak praktikal tersebut. Tetapi bagaimanakah caranya bagi kita menyelesaikan, mengatasi, menerima atau membendung hal-hal yang tidak fungsional yang terjadi kepada kita dengan adil, benar dan jujur. Adalah jelas dan nyata kelihatan kini bahawa manusia selalu kurang cermat, kurang peka dan berhatihati dalam menyelesaikan hal-hal yang tidak fungsional dan tidak praktikal. Ini adalah kerana manusia selalu merasakan bahawa ia adalah perkara remeh dan bukanlah terlalu penting dalam hidup ini. Apa yang lebih penting mungkin adalah mencari wang bagi mengenyangkan perut dan nafsu atau mencari wang untuk bergembira. Berhadapan dengan hal fungsional mungkin lebih mudah, contohnya jika kita lapar kita makan, jika kita penat kita berehat atau jika kita memerlukan wang kita bekerja. Manusia mempunyai kecenderungan untuk mengatasi atau menyelesaikan masalah yang tidak fungsional ini dengan jalan atau cara yang mudah. Ia berlaku kerana manusia tidak dapat melihat permasalahan tidak fungsional tadi dengan jelas dan nyata, kerana ia tidak wujud didepan matanya, maka ia selalu disifatkan sebagai masalah kecil, sementara atau remeh. Maka usaha untuk menyelesaikannya juga dianggap remeh. Akhirnya permasalahan tidak fungsional tadi menjadi semakin parah kerana usaha untuk menyelesaikannya tidak dilakukan dengan betul dan baik. Manusia tidak dapat memberi fokus kepada isuisu tidak fungsional tadi kerana dia merasakan bahawa perkara yang fungsional adalah jauh lebih penting dan wajar diberi perhatian berbanding yang lain-lain. Pendamkan atau padamkan sahaja hal yang tidak fungsional itu dalam hidup itu agar ia hilang dengan sendirinya. Apabila kesemua hal tersebut berlaku secara berterusan, manusia kadangkala merasakan sesuatu yang tidak kena dengan hidupnya. Ia merasakan ada suatu ruang kosong yang tidak puas tumbuh di dalam dirinya. Dia tidak pasti dengan keadaan dalaman hidupnya itu, tetapi dia merasakan ada sesuatu yang hilang atau kurang di dalam hidupnya itu. Ia tidak boleh dinyatakan atau dijawab dengan pasti, tetapi ia benar ada. Manusia merasakan kebosanan kerana dia merasakan ada sesuatu yang tak kena dan tidak cukup dalam hidupnya, tetapi dia sendiri tidak tahu apakah bendanya dan bagaimana ia

27


boleh diselesaikan. Maka disitu juga manusia mula merasakan akan kehilangan atau kekurangan dalam hidupnya secara dalaman atau batin. Wang, kemewahan dan segala benda fungsional boleh dituntut atau dibeli, namun perasaan ini agak pelik kerana ia tidak dapat ditundukkan secara mudah. Dari itu bermulalah episod manusia untuk menjawab tuntutan tidak fungsional dalam hidupnya secara salah dan terpesong kerana dia tidak pasti bagaimanakah cara yang benar dan betul untuk menyelesaikan atau menjawab tuntutan tidak fungsional dalam hidupnya yang semakin mencengkam itu. Secara paling mudah, bermulalah pencarian benda yang boleh menawar kesakitan atau masalah dalaman manusia ini melalui pelbagai cara yang segera, mentah, cetek, sensasi dan banal. Antara contoh yang ada berlaku adalah seperti lumba haram, dadah, seks bebas, minum arak, berjudi dan segala macam keseronokan yang buruk. Manusia mencari penawar batin dalam hidupnya secara segera dan fungsional kerana dia merasa asyik dan terpesona dengan lamunan mimpi sementara yang dianggap sebagai penyelesai muktamad kepada permasalahan hidupnya. Sedangkan banyak cara yang salah digunakan untuk menyelesaikan hal yang tidak fungsional tersebut sehingga perkara tersebut kembali mencengkam sanubari batinnya. Dari pernyataan perkara yang fungsional serta praktikal dan juga yang tidak fungsional dan tidak praktikal itu, kita boleh cuba melihat, merenung, memikir dan mencari kebijaksanaan isu dan persoalan tersebut dari sisi kesenian dengan cara yang lebih luas. Kesenian umumnya adalah suatu hal atau sifat yang tidak fungsional dan tidak praktikal dalam kehidupan. Catan, arca, lukisan atau cetakan adalah benda-benda ciptaan seni yang beku dan kaku. Ia tidak merubah apa-apa, ia tidak boleh membantu manusia menjadi lebih kenyang atau menyelesaikan sebarang permasalahan hidup manusia. Ia secara praktikalnya tidak berguna apa-apa. Samada catan dan lukisan wujud atau tidak ia tidak boleh menjadikan dunia lebih selamat atau aman. Seni tidak dapat membantu menjadikan alam sekitar lebih bersih. Seni tidak dapat membantu mencegah jenayah. Namun kita terlupa bahawa penyataan tersebut dibuat dari perspektif fungsional dan praktikal tadi. Jika semua benda di dunia ini diukur dari aspek fungsional dan praktikalnya maka tidak perlulah bagi manusia untuk berkasih sayang, kecewa, menangis dan bercinta

28

IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

kerana ia tidak fungsional dan praktikal. Tetapi ironinya setiap hari manusia masih juga melakukan perkara yang tidak fungsional dan tidak praktikal tanpa disedari. Nyata secara tersirat manusia tidak dapat menepis, menolak atau menafikan kesemua elemen, sifat dan perkara yang tidak fungsional dan tidak praktikal dalam kehidupannya. Ia sentiasa wujud dan berada pada manusia dan manusia selalu memerlukannya, tetapi manusia juga selalu ingin menafi atau menolak kehadirannya melalui perkataan seperti tidak releven, tidak matang atau tidak perlu. Adakalanya kelihatan manusia begitu ego ingin menepis kesemua rasa dalaman batinnya. Dia seolah-olah ingin menjadi manusia yang begitu mekanistik, logik dan saintifik. Tetapi mengapakah juga akhirnya manusia akan tunduk dan kalah kepada emosi dan nafsunya sendiri yang tidak dapat dilihat atau dipegangnya itu. Maka bagi seni dan kesenian itu sendiri, ia mempunyai dasar dan anasirnya yang halus dan dalam. Ianya dari suatu perspektif mungkin tidak fungsional atau praktikal, tetapi kepentingannya dari aspek atau perspektif dalaman atau batin manusia adalah besar dan sangat penting (Gambar 4). Ia mungkin boleh dikesampingkan atau dinafikan, tetapi sebenarnya ia adalah elemen atau sifat yang perlu sentiasa dibaja, diberi perhatian atau diperkembangkan oleh manusia. Begitu banyak sekali sifat atau hal dalaman batin manusia yang mesti diperhalusi, dianalisa, diluahkan atau diekspresikan secara benar, adil dan jujur supaya jiwa dan batin manusia itu menjadi aman dan tenteram. Jika tidak, perkara atau hal dalaman batin ini akan memberontak dan mencari penawar dengan cara yang mungkin negatif sifatnya. Dalam konteks ini kesenian adalah salah satu cara untuk manusia membuat pernyataan, ulasan atau ekspresi kepada aspek batin dan jiwanya. Ia seolah-olah makanan kepada aspek jiwa atau rohani manusia. Ia adalah keperluan dan tuntutan yang terselindung dan mungkin sulit, tetapi benar wujud dan ada pada rohani manusia. Seni itu dapat menyegarkan jiwa, mengasah pandangan mata hati, mematangkan emosi dan mungkin boleh meredakan segala kacau bilau jiwa manusia. Ia bukan hanya dimiliki oleh sesetengah manusia bahkan ia milik semua masyarakat yang mencari kebijaksanaan darinya.

29


ia boleh melambangkan pencapaian pemikiran sesuatu bangsa yang peka dengan sikap hidup dan aspek kerohanian masyarakat di mana ia tinggal dan hidup. Kesan dan kepentingan seni bukan terletak kepada aspek fizikal, fungsional atau praktikalitinya. Tetapi ia jauh lebih penting dan bermakna dari sisi jiwa, batin dan pemikiran manusia. Ia terkandung dalam falsafah kehidupan manusia itu sendiri dalam menghurai aspekaspek yang dalam dan tersirat seperti makna keindahan, kebijaksanaan dan pemikiran sesuatu kaum atau masyarakat. Seterusnya ia kekal menjadi cerminan kepada pencapaian fikiran dan kematangan emosi, selain ia juga dianggap sebagai catatan tampak (visual) kepada kaum atau masyarakat yang disebutkan tadi.

(Gambar 4) Sulaiman Esa, Ke Arah Tauhid (perincian), 1983, media campuran, 172cm x 210cm, Koleksi Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur, Malaysia. Karya seni adakalanya dinikmati secara intrinsik dan melibatkan aspek kepercayaan keagamaan seseorang.

Dalam pembacaan yang lebih jauh dan dalam juga, seni yang dicipta dari kesedaran yang penuh jujur dan bertanggungjawab adalah cerminan kepada minda, emosi dan kebijaksanaan manusia. Ia tetap kekal dan utuh memberi sentuhan kepada kehidupan manusia dari sisi akal fikir, rasa dan sanubari manusia. Dalam ukuran yang lebih besar

30

IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

Maka catatan dan keabadian seni adalah jauh lebih bermakna dan kekal dalam lipatan sejarah berbanding dengan perkara yang fungsional dan praktikal tadi. Ini adalah kerana sifat fungsional dan praktikal dalam kehidupan itu sering mudah lupus dan terbatal jika ia sudah tidak releven dengan kehidupan semasa. Tetapi seni tetap abadi sebagai catatan atau cerminan kepada pemikiran, rasa, emosi dan pencapaian batin sesuatu bangsa atau masyarakat. Ia mencipta kebijaksanaan minda, budaya dan tamadun sesuatu bangsa. Jika penafian dan penolakan kepada seni berlaku pada hari ini, bermakna kita telah secara sedar menafi dan membanteras segala kebolehan pencapaian batin, emosi, jiwa yang mampu dilakukan oleh manusia dari bangsa dan masyarakat kita sendiri. Ia juga bermakna kita telah cuba menafikan sebarang catatan emosi atau batin yang boleh menjadi cerminan yang berupa sejarah tampak kepada apa-apa yang berlaku kepada manusia atau masyarakat kita dalam zaman sekarang ini. Ini adalah kerana seni itu walau apa juga bentuk dan caranya, ia merujuk kembali kepada ruang fikir, emosi dan minda yang berada dalam pertimbangan individu yang wujud dalam sesuatu masyarakat. Seni adalah pernyataan kreatif dari seorang individu yang wujud, hidup dan berada dalam sesuatu masyarakat yang berupa ulasan, salinan, kritikan, luahan atau ekspresi dirinya terhadap sesuatu yang berlaku. Mungkin ia sesuatu yang berkaitan dirinya, kepercayaannya atau masyarakatnya. Tetapi apa yang pasti adalah walau sesukar mana pernyataan dan bahasa seni yang digunakan oleh individu terbabit, ia tetap memberi

31


pancaran cermin kepada apa yang berlaku dalam aspek emosi dan pemikiran kepada sesuatu masyarakat. Kerana seperti yang diketahui, seni tidak tumbuh atau muncul dari ruang kosong dan hampagas (vakum). Seni datang dari fikiran, batin, rasa dan emosi masyarakat untuk masyarakatnya. Ia adalah tempat untuk kita merenung diri dan pencapaian kita dari aspek batin, fikiran dan emosi. Dimanakah atau pada tahap manakah pencapaian kematangan emosi, jiwa dan batin kita kini. Mudahnya lihatlah hasil seni yang dikerjakan oleh seniman kita kini. Itulah pencapaian jiwa atau batin yang kita miliki dan amat wajar pula ia perlu sentiasa digalak dan diperkembangkan. Kerana ia secara jujur memperlihatkan skala pencapaian dalaman dan jiwa sesuatu bangsa dan masyarakat.

Membuat seni yang bermakna

Apakah seni yang bermakna. Wujudkah seni bermakna. Bagaimanakah membuat seni bermakna. Ayat-ayat ini adalah soalan-soalan yang besar yang bermain difikiran orang yang benar-benar mahu memahami seni. Jika seseorang merasakan seni itu tidak penting dan bermakna maka soalan-soalan ini amatlah tidak releven bagi mereka. Persoalanpersoalan ini penting atau amat penting bagi orang yang menghargai seni, meminati seni, pemerhati seni, pencipta seni atau pengkaji seni. Persoalan-persoalan yang saya ajukan tadi adalah diantara isu-isu besar sejak zaman berzaman dalam seni. Ia adalah soalan-soalan yang bersifat kefalsafahan tentunya. Untuk menjawab dan menyelesaikan persoalan itu juga tentunya menuntut jawapan yang bersifat kefalsafahan dan berjelajela. Diwaktu ini dan diruang ini saya tidak akan menjawab persoalan tersebut secara mendalam, bahkan saya akan cuba menjawab persoalan tersebut secara lebih tersusun diruang dan masa yang lain. Apa yang saya cuba nyatakan melalui ayat-ayat soalan tersebut adalah suatu sifat atau hakikat seni itu sendiri, iaitu ia mengandungi makna atau bermakna. Persoalan ini amatlah sulit difahami secara biasa atau mudah kerana untuk bercakap mengenai makna dalam seni bermaksud kita perlu mendalami beberapa bidang dan sub bidang yang menjurus kepada usaha pencarian makna dalam seni seperti bidang kajian ikonografi, bidang kajian gaya seni atau bidang kajian semiotik (sains tanda dan maknanya). Di sini juga saya tidak akan berbicara secara khusus mengenai

32

IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

33


bidang-bidang tersebut. Apa yang ingin saya nyatakan di sini adalah sebuah pembicaraan santai yang bersifat pengantar mengenai makna dalam seni dan usaha untuk menciptanya. Umumnya manusia percaya bahawa seni itu mengandungi makna. Maksud saya disini adalah seni-seni yang dicipta oleh manusia. Makna seni adalah pelbagai, bergantung kepada bentuk seni yang dicipta itu sendiri. Mencipta bentuk seni yang bermakna adalah sukar sebenarnya. Kerana ia melibatkan sebegitu banyak kemahiran bagi manusia itu sendiri. Antaranya adalah kemahiran psikomotor (kemahiran tubuh yang berkaitan dengan aktiviti mental) dan kemahiran kognitif (proses mental untuk belajar, memahami dan mentafsir). Makna seni secara tersiratnya bergantung kepada bentuk seni yang dicipta. Bentuk seni dalam konteks ini boleh mengusulkan makna seni, namun tidak semua bentuk seni dapat memberi takrifan kepada makna seni. Dalam hal ini secara mudahnya sebelum manusia boleh mencipta bentuk seni yang bermakna, maka manusia perlulah memahirkan dirinya dengan segenap pengetahuan yang membolehkan ia menjadi pencipta bentuk seni (seniman atau pandai seni). Bentuk seni itu pula berbagai-bagai contohnya seperti fotografi, video, arca (gambar 5), catan, lukisan, cetakan, installasi, seni persembahan, holografi, internet atau media digital. Kemahiran penciptaan ke atas setiap bentuk seni itu menuntut pengajian yang mendalam dan teratur. Bagi setiap bentuk seni itu wujud keperluan dan teknikteknik tertentu dan khusus yang perlu dipelajari, agar akhirnya seseorang itu boleh menjadi ahli yang mahir mencipta bentuk-bentuk seni tersebut. Selepas menguasai ilmu, kemahiran atau pengetahuan mengenai penciptaan sesuatu bentuk seni barulah seseorang itu boleh menggunakan bentuk seni itu sebagai suatu alat pengucapan seni yang bermakna. Penekanan kepada kemahiran, teknik dan olahan bentuk seni secara berterusan adalah sebuah latihan yang menuju kepada penguasaan penciptaan bentuk seni itu sendiri. Setelah menguasai sesuatu pengucapan bentuk seni maka seseorang itu telah dianggap sebagai pakar atau ahli mahir kepada penciptaan bentuk seni terbabit. Pelajar yang mengikuti pengajian di sekolah seni, institusi atau universiti adalah golongan manusia yang sedang dalam proses memahirkan diri masing-masing dengan kemahiran 34

IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

(Gambar 5) Tengku Sabri Tengku Ibrahim, Birth of Shapes, 1987, ukiran kayu, 153.5cm x 179cm, Koleksi Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur, Malaysia. Karya arca dinding berangkai tiga ini sering dikaitkan dengan tradisi ukiran dari rantau Nusantara. Bagaimana jika dikatakan bahawa karya ini hanyalah satu latihan atau penerokaan bentuk dan rupa abstrak yang terhasil dari ukiran kayu.

35


ketukangan seni itu sendiri. Mereka memilih jenis-jenis pengkhususan bentuk seni yang ingin dipelajari dan kemudiannya mereka akan dilatih mengenai segala aspek penciptaan bentuk seni tersebut sehinggalah mereka berkebolehan menguasai penciptaan sesebuah bentuk seni. Pelajar yang telah lulus ijazah sarjana muda dalam seni halus adalah golongan pelajar yang telah ditauliahkan dengan sebuah tanda (ijazah) bahawa mereka telah melepasi tahap kesarjanaan awal atau kemahiran awal dalam penguasaan ilmu seni halus yang dikhususkan oleh mereka sendiri (seperti ahli catan, ahli fotografi atau ahli seni arca). Pengkhususan kepada ijazah lanjutan dalam bidang seni halus yang mengkhusus kepada bentuk- bentuk seni tertentu adalah sebuah usaha pelajar terbabit untuk menjadi pakar kepada pengucapan bentuk seni yang dipilihnya. Dengan gelaran ijazah sarjana seni halus (di Barat biasanya ijazah tersebut dipanggil sebagai Master of Fine Art) maka pihak universiti atau institusi terbabit telah memperakui bahawa seseorang itu telah terbukti dan diperakui kesarjanaannya, penguasaannya dan kemahirannya dalam mencipta sesebuah bentuk seni yang dipilihnya sendiri sewaktu mengikuti sesebuah program peringkat sarjana. Dalam konteks ini secara luas, penguasaan kemahiran kepada penciptaan bentuk seni halus tidak semestinya mengikuti jalan akademia (universiti) atau sekolah seni. Penguasaan kemahiran kepada penciptaan bentuk seni boleh dimiliki dengan pelbagai cara lain seperti menjadi pelatih kepada pandai seni atau seniman terkemuka. Ada sesetengah seniman yang hanya mempunyai asas kelayakan universiti pada tahap diploma (kemahiran/kelayakan khusus tanpa kesarjanaan), tetapi melanjutkan kemahirannya dalam penciptaan seni dengan latihan dan praktis berterusan selama bertahun-tahun selain mengambil bahagian dalam pameran seni, melawat muzium dan galeri terbaik di dunia serta belajar dari seniman-seniman ternama. Dengan hanya mempunyai kemahiran atau menjadi pakar mencipta bentuk seni, seseorang belum boleh mencipta sesebuah bentuk seni bermakna secara teguh dan meyakinkan. Kerana mencipta seni yang bermakna bukanlah berkaitan bentuk sematamata bahkan ia adalah sebuah idea atau fikiran bagi bentuk-bentuk seni terbabit. Makna

36

IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

seni juga boleh dinyatakan sebagai jiwa atau roh kepada bentuk seni terbabit. Seseorang yang hanya mempunyai kemahiran mencipta bentuk seni tetapi tidak mempunyai fikiran atau idea yang mengandungkannya, samalah seperti seorang tukang atau mekanik kereta yang hanya tahu memperbaiki kereta tetapi tidak tahu apa-apa mengenai konsep, sejarah dan idea sebuah kereta. Makna atau siratan makna yang wujud dalam karya atau bentuk seni adalah berupa inti idea, fikiran, perasaan, rasa atau segala-gala benda yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata, dilihat atau dipegang. Ianya sebegitu halus dan dalam, maka kerana itulah ia hanya boleh dinyatakan melalui bidang seni halus. Kerana seni halus juga adalah sebuah bidang yang menyatakan sesuatu (bentuk seni dan ideanya) secara halus dan mendalam. Kematangan pengucapan seni atau kehebatan sesebuah karya seni sebenarnya banyak bergantung kepada keseimbangan antara pengucapan dan idea atau makna seni yang dicipta itu. Makna disini bukan pula bermaksud setiap karya seni itu mempunyai erti. Tetapi makna disini bermaksud idea, falsafah, fikiran dan kebijaksanaan. Maka kita boleh berfikir kini contohnya dengan bertanya, apakah yang hebat tentang lukisan Ibrahim Hussein dan Latiff Mohidin, adakah bentuknya atau maknanya. Apakah makna yang ada pada arca Mad Anuar Ismail atau Raja Shahriman. Seimbangkah pautan diantara bentuk dan idea pada catan Syarifah Fatimah dan Fauzan Omar (Gambar 6). Wujudkah makna pada karya Lee Kian Seng. Adakah karya Piyadasa dan Sulaiman Esa terlalu mementingkan makna sehingga meninggalkan kepentingan bentuk seninya. Jenis atau bentuk seni yang diusahakan oleh Wong Hoy Cheong dan Liew Kung Yu, adakah mempunyai makna yang terlalu besar dan kompleks. Secara umum mencipta makna yang asli dalam karya seni hampir tidak boleh dipelajari. Ini adalah kerana makna dalam karya seni adalah berkenaan idea dari keperibadian individu yang mengusahakannya. Ia adalah kebijaksanaan falsafah dari akal fikir seniman yang mencipta karya seninya. Ianya adalah keperibadian seni kepada seniman yang menciptanya. Ianya juga adalah kebijaksaan kreatif atau keaslian ucapan kreatif bagi seniman yang menciptanya. Namun wujud asas pengajaran kepada usaha penciptaan

37


profesional bagi melengkapkan mereka dengan pengetahuan, kemahiran dan ilmu kemaknaan kepada karya-karya atau bentuk seni yang akan mereka kerjakan nanti. Secara khusus makna kesarjanaan dalam ijazah seni halus yang diterima oleh pelajar pada peringkat ijazah pertama dan lanjutan adalah berkenaan dengan penguasaan ilmu yang menyeluruh dalam bidang terbabit iaitu pembuatan dan pemikirannya. Maka disinilah bermulanya aspek kemaknaan dalam karya seni. Ianya berkaitan dengan falsafah tentang mengapa sesebuah karya seni dicipta dan untuk apa ia dicipta. Kursuskursus bersifat teori dan sejarah yang dinyatakan tadi adalah penting untuk dipelajari bagi mengasah fikiran seseorang dengan persepsi-persepsi seni yang tajam, releven dan bermakna. Ia merupakan nadi atau inti kepada pengucapan bentuk seni seseorang. Penguasaan bahasa seni atau kejayaan sesebuah karya seni banyak diukur dengan anasir makna yang dikandungnya. Ia boleh terjadi melalui penguasaan yang seimbang diantara kemahiran penciptaan bentuk dengan ketajaman idea dan fikiran yang terlindung disebalik sesebuah karya seni itu. Sejarah telah membuktikan bahawa karya seni yang baik adalah yang dicipta dengan kemahiran yang hebat dan mengandungi makna yang halus dan mendalam. (Gambar 6) Fauzan Omar, Siri Lapisan, 1982, bahantara campuran, 125cm x 195cm, Koleksi Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur, Malaysia.

makna dalam karya seni itu sendiri. Melalui pengajaran falsafah keindahan (estetika), seseorang akan didedahkan dengan sesuatu doktrin, idea atau kriteria keindahan yang tertentu. Dari asas itu selain dari kajian sejarah seni dan teori seni, seseorang itu akan didedahkan dengan gumpalan idea mengenai makna-makna seni yang wujud pada zaman atau karya seni terdahulu dan semasa. Dengan mengkaji secara lebih mendalam berkenaan bentuk dan makna karya seni terdahulu dan semasa, maka seseorang boleh belajar mengenai idea atau falsafah berkaitan karya-karya yang dicipta tersebut. Dari itu wujudlah kursus estetika, sejarah seni dan teori seni, yang merupakan jenis-jenis kursus yang diwajibkan untuk diambil oleh pelajar-pelajar seni halus di peringkat

38

IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

Pada tahap ini bolehlah dinyatakan bahawa kesemua seni yang dicipta itu bermakna. Tetapi apa yang membezakan antara suatu seni dengan seni yang lain adalah pencapaian bentuk dan maknanya. Perbezaan itulah yang membuatkan sesebuah karya itu lebih penting dari yang lainnya atau sesebuah karya itu lebih hebat dari yang lainnya. Maka usaha untuk mencipta bentuk seni yang bermakna adalah sebuah usaha yang sangat sukar sebenarnya, sama sukarnya dengan usaha untuk menjadi pakar pencipta seni dan kemudiannya mempunyai idea dan falsafah seni yang bijaksana, tajam dan utuh di sebalik penciptaan karya atau bentuk seninya itu. Makna dalam karya seni itulah sebenarnya yang merupakan intisari keseluruhan kepada bentuk seni yang dicipta. Pada suatu tahap yang lebih tinggi dan abadi, penciptaan seni itu kadangkala lebih banyak menekankan aspek-aspek keideaan dan makna berbanding bentuknya. Bentuk kadangkala hanyalah merupakan landasan untuk menyatakan sesuatu idea yang lebih

39


hebat dan tinggi. Bentuk-bentuk seni sebegini biasanya kelihatan ringkas dan mudah tetapi ia mempunyai pemikiran dan falsafah yang jauh lebih rumit dan mencabar berbanding bentuknya. Jenis seni dari sebelah Timur, khususnya seni Islam selain seni Buddha dan Zen mempunyai watak dan karektor sedemikian rupa. Seni Barat semenjak zaman Masihi pula umumnya lebih menekankan kepada persoalan bentuk berbanding makna. Kompleksiti seni Hindu pula banyak menekankan faktor bentuk selain siratan makna yang kompleks. Sekali lagi diulangi bahawa, mencipta seni yang bermakna adalah sukar. Ini adalah kerana setiap karya seni dicipta itu mempunyai tujuan yang kadangkala hanya diketahui sekurang-kurangnya oleh seniman yang menciptanya. Usaha mencipta seni yang bermakna secara abadi, memerlukan kemahiran yang tinggi, ketekunan, pengalaman yang luas dan usaha yang berulang-ulang. Ia bukan hanya bergantung kepada bakat atau nasib. Ianya diusahakan dan mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk dinyatakan secara paling tepat dan munasabah bagi sesetengah seniman. Maka membuat seni secara serius bukanlah sebuah usaha yang semata-mata bersifat ketukangan atau kemahiran membuat bentuknya tetapi seni yang dicipta di atas kesedaran kemaknaan adalah sebuah seni yang menjernihkan akal fikir, merangsang segala deria rasa dan mematangkan jiwa. Bentuk dan gaya seni yang baik dan hebat boleh ditiru atau disalin berkali-kali namun seseorang tidak dapat menyalin atau meniru makna karya tersebut secara menyeluruh dan bermakna sama seperti yang asli. Tiada jalan mudah untuk mencipta sebuah karya seni yang baik dan abadi. Perbuatan atau perlakuan menyalin karya atau bentuk seni yang hebat dan baik mungkin baik bagi tujuan kajian dan analisa keatas teknik dan idea karya tersebut. Akhirnya membuat karya atau bentuk seni bermakna adalah berkaitan kemahiran menguasai pembuatan bentuk seni yang dilaraskan dengan ketajaman idea dan pemikiran yang dikandung oleh karya itu sendiri.

40

IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

Mencari makna dan erti dari karya seni

Saya perhatikan ramai juga orang yang mengetahui bahawa karya seni itu berkemungkinan membawa sesuatu makna atau erti. Apabila berhadapan dengan karya-karya seni ramai juga yang berfikir-fikir atau mencari-cari makna dari karya yang dilihatnya itu. Masing-masing hadir dengan teori mereka mengenai makna dan erti seni tersebut. Perkara ini tentunya lebih memeningkan apabila berhadapan dengan catan atau lukisan abstrak, masing-masing terus memusingkan kepala mengikut segala rentak bentuk dan rupa lukisan tersebut, tercungap-cungap memikirkan apakah yang dilukis oleh seniman terbabit selain tercari-cari pula maksudnya. Ada pula yang mencari makna dan erti catan tersebut dan meneka-neka maksudnya berdasarkan penilaiannya sendiri. Yang lainnya pula mungkin cuba merasakan denyutan lukisan tersebut di hati sambil cuba menggambarkan emosi atau segala apa yang terkesan dijiwa. Maka bermacamlah cara dan teknik digunakan oleh manusia untuk cuba memahami dan menyelami makna atau erti karya seni. Masing-masing dengan cara tersendiri yang dipercayai, kerana seni selalu dikatakan bebas dan subjektif. Kadangkala pencarian itu sudah seakan menjadi seperti peraduan teka-teki atau mencari benda tersembunyi. Masing-masing dengan cara dan kaedah sendiri yang akhirnya berkemungkinan membuatkan mereka sendiri atau orang lain menjadi tidak pasti tentang apakah sebenarnya makna atau erti sesuatu lukisan atau karya seni itu.

41


Jika orang bertanya saya apakah makna atau erti lukisan mujarad (abstrak) tertentu, saya dengan tegas akan menjawab ia tidak mempunyai apa-apa makna bahkan ianya tidak mempunyai erti pun, kerana lukisan sebegitu tidak berminat pun untuk memberi erti atau berkomunikasi dengan anda. Sesungguhnya itu adalah benar, bahawa seni moden yang bermula dari akhir abad ke-19 itu amat jarang bersungguh-sungguh untuk memberi erti atau berkomunikasi melalui karya seni mereka dengan khalayak atau penontonnya. Seni moden lebih berminat untuk mengenali, memberi reaksi, menganalisa, mengkritik, mencabar dan membina semula fahamannya mengenai seni moden itu sendiri. Seni moden sebenarnya lebih banyak bercakap mengenai dirinya sendiri. Ia jarang menyerlahkan realiti hal-hal kehidupan sekitarnya dalam nada komunikasi. Seni moden itu atau khususnya seni mujarad adalah sebuah penyataan yang mengulas mengenai diri dan sifatnya sendiri. Ia dianggap seni yang tulen dan jernih memancarkan nilai seni itu sendiri, kerana ia tidak membabitkan aspek realiti kehidupan yang lain. Maka usaha manusia untuk mencari makna dan erti yang konkrit dari seni mujarad sebenarnya adalah sia-sia sahaja jika tidak diperhalusi kaedahnya. Kerana ia tiada makna atau erti khusus yang boleh difahami secara nyata dan jelas oleh manusia dari karya sebegitu. Ia kadangkala lebih banyak bermain dengan sisi jiwa atau minda manusia yang sulit dan kompleks. Bukan pula bermaksud seni mujarad itu adalah rendah nilainya. Melainkan ianya selalu disalah ertikan sebagai pembawa makna dan erti yang besar dan perlu dicari maknanya diatas sifatnya yang mujarad itu sendiri. Mencari makna dan erti dalam karya seni adalah sebuah kerja yang kompleks dan agak sukar sebenarnya (Gambar 7). Ia membabitkan penyilangan banyak bidang kajian dan kepakaran. Ia tidaklah semudah mengagak, menduga, menjangka, merasa atau berspekulasi dengannya. Mungkin sebahagian dari kaedah menafsir karya seni itu berurusan dengan cara spekulasi, tetapi ia tidaklah sepenuhnya melibatkan hal menduga makna dan ertinya. Konstruksi untuk mencari dan menyelidik makna seni secara konstruktif atau akademik selalunya membabitkan hal-hal yang berasaskan kerangka teori dan pengkaedahan seni. Ia menelusur kepada pencarian dan penetapan falsafah

42

IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

(Gambar 7) Ismail Zain, Woman Crossing a Stream: after Rembrandt, cat minyak atas papan, 89cm x 121cm, Koleksi Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur, Malaysia. Mencari makna atau erti sebenar bagi sesebuah karya memerlukan kajian sejarah seni yang intensif dan mendalam disamping memastikan data yang diperolehi adalah signifikan dan tepat.

43


untuk bagaimana sesuatu karya itu menggunakan atau menonjolkan idea keindahan yang dipilihnya. Maka sekali lagi dinyatakan bahawa usaha mencari makna karya seni itu adalah agak kompleks kerana kita terpaksa menguasai beberapa pengetahuan asas yang luas dan bersifat teoritikal. Contohnya, kita secara serba sedikit perlulah menguasai asas pengetahuan sejarah seni, falsafah seni, teori seni dan asas pembuatan sesuatu karya seni secara teoritikal. Asas kepada pengetahuan itu semua akan dapat membawa kita kepada sebuah usaha yang lebih kuat dan berasas bagi mencari atau menyelidik makna dan erti sesebuah karya itu. Apabila saya mengatakan bahawa seni moden atau mujarad itu tidak mempunyai erti atau makna, ia bermaksud bahawa karya itu tidak mempunyai suatu maksud atau erti yang nyata boleh dikaitkan dengan kehidupan fizikal itu sendiri secara konkrit. Ia mewakili penerokaan suatu alam lain atau realiti lain yang bukan bersifat barang atau benda. Seni mujarad boleh dianggap sebagai sebuah proses atau usaha untuk meneroka suatu realiti dalaman yang dikatakan lebih asli sifatnya dan lebih abadi di jiwa. Inilah kompleksiti bidang untuk menafsir karya seni. Ia bukanlah sebuah bidang yang bebas dan tidak mempunyai sebarang ukuran penilaian atau kaedah. Nyata juga bahawa ia kadangkala berurusan dengan cara yang saintifik sifatnya. Usaha menyelidik dan mencari erti atau makna seni adalah sebuah usaha berterusan yang juga berupa sebuah latihan. Latihan ini sebenarnya melatih pemerhati atau penyelidik untuk menjadi lebih mesra, terlatih, cekap, peka dan jujur dengan usaha pemerhatian dan penyelidikannya. Usaha ini juga sebenarnya dapat memperkenalkan kita kepada kemungkinan sifat seni dan karya seni itu sendiri yang penuh dengan kepelbagaian yang tak terjangka. Penguasaan atau pengenalan kepada banyak falsafah ilmu keindahan (iaitu estetika) atau teori seni lain berkemungkinan akan lebih memudahkan usaha tersebut. Perlu juga difahami bahawa asas pengetahuan tersebut adalah perlu bagi menjadi pemerhati terlatih, demi memudahkan usaha untuk memahami dan menafsir sesebuah karya seni. Ia tidaklah mustahil untuk dicapai, tetapi memerlukan beberapa kaedah atau cara yang betul untuk mendapat hasil yang memadai. Harus juga difahami bahawa karya seni kadangkala mempunyai terlalu banyak makna atau erti yang bersilang-silang. Ada juga

44

IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

masanya karya tertentu tidak mempunyai sebarang maksud konkrit. Maka sebenarnya usaha untuk untuk mencari makna dan menafsir karya seni adalah seperti sebuah usaha untuk memahami seorang manusia misteri. Jadi, kaedah pencarian dan pengenalannya perlulah betul supaya kita berkemungkinan boleh mencari atau merumuskan sebuah jawapan yang memadai. Sebarang usaha pra matang untuk menafsir atau mencari makna seni adalah sebuah usaha yang salah. Kita tidak boleh menghakimi seseorang melalui air mukanya sahaja atau perwatakannya. Kita perlu bermesra, berkenalan dan berdampingan secara akrab dengan seseorang sebelum dapat menghakimi sikap dan perangai sebenarnya. Maka begitu jugalah halnya dalam usaha untuk menghakimi dan menafsir karya seni, ianya adalah seperti sebuah usaha untuk mengenali manusia yang kompleks dan misteri. Kita mesti mempunyai beberapa pengetahuan yang baik dalam beberapa bidang, supaya usaha kita tersebut dapat membawa kita kepada sebuah pemahaman, yang boleh memberi jalan kepada perhubungan kita dengan karya tersebut. Semakin jauh dan dalam perhubungan kita dengan seseorang maka semakin banyaklah juga pengetahuan yang kita perolehi darinya berkenaan dirinya. Maka begitu jugalah dengan usaha menafsir dan mengenali makna karya seni. Semakin lama kita berusaha untuk mengenalinya dengan cara dan kaedah yang betul, maka semakin banyaklah ruang pengetahuan itu terbuka dan kita semakin ‘masak’ dengan idea di sekitar karya tersebut. Sehingga kita boleh cuba menafsir makna dan erti di sebalik sesuatu karya itu secara adil. Memang seni dan karyanya itu adalah sebuah dunia yang begitu kompleks sifatnya. Ia tidak tetap stabil memberi makna dan maksud. Ia mungkin tidak konkrit. Usaha untuk menafsir dan mencari erti dan makna seni adalah sebuah usaha yang seakan-akan sama untuk mencari makna kepada seni itu sendiri. Lalu muncullah frasa yang terkenal iaitu “seni itu adalah sebuah usaha untuk mencari makna seni itu sendiri�. Semakin kita kuat berusaha untuk mencari erti dan makna karya seni, bermakna kita semakin kuat cuba untuk memahami seni dan sifatnya. Jawapan kepada makna itu kadangkala tidak muncul bahkan tiada langsung. Maka usaha mencari dan memahami karya seni

45


46

kadangkala rencam atau pelbagai kerana ia tidak mempunyai suatu jawapan yang tepat dan definitif. Ia bergerak-gerak atau kadangkala terapung-apung kerana ia berada dalam bingkaian minda, jiwa dan emosi yang tidak konkrit kelihatan dan bersifat benda. Kita bercakap dalam suatu dimensi yang wujud di hati, di fikiran dan di jiwa. Ia wujud dan ada tetapi tidak dapat dipegang atau dilihat. Maka jawapan, maksud atau erti sesuatu karya seni itu berurusan dengan dimensi tersebut. Tentulah sukar untuk kita memutuskan secara tunggal atau paling tepat apakah yang dimaksudkan dengan makna atau erti sesuatu karya seni. Lalu usaha ini disebut sebagai suatu proses pencarian yang berterusan. Makna dan erti karya seni mungkin berbeza-beza, banyak, tunggal atau tiada berdasarkan ilmu, pengetahuan, ruang dan masa yang khusus.

Seni dan lapisan masyarakat

Diulangi bahawa usaha berspekulasi atau meneka-neka makna dan erti karya seni secara mentah dan kosong adalah sebuah usaha yang kurang tepat dan berkesan sebenarnya. Ia seakan-akan sebuah usaha meneka sesuatu benda dalam ruang kesamaran. Ia mungkin boleh pergi sejauh kesesatan dalam kegelapan. Maka suatu faktor yang penting adalah cahaya yang dapat menyuluh dan menerangi jalan kepada perjalanan pencarian itu. Cahaya yang dirujuk di sini adalah ilmu dan pengetahuan asas yang memadai. Kita mungkin tidak perlu untuk menjadi pakar sejarah seni bagi mengetahui kesemua benda yang ingin dinyatakan oleh sesebuah karya seni. Tetapi sebuah atau beberapa pengetahuan yang memadai adalah perlu supaya ia boleh berfungsi menjadi penyuluh kepada pencarian erti dan makna karya seni itu. Perlu diingati juga bahawa memahami atau proses memahami seni dan karyanya bukan hanya mempunyai satu jalan yang tetap, bahkan ia mempunyai pelbagai jalan yang boleh dipilih untuk dilalui. Jalan itu adalah kaedah untuk kita sampai kepada tujuan, maka pemilihan jalan yang betul mungkin boleh menjana pemahaman yang betul. Kita juga tidak boleh lupa bahawa apabila berhadapan dengan karya seni, bermakna kita berhadapan dengan sebuah alam yang serba mungkin sifatnya. Akhirnya asas pengetahuan dan kaedah itu penting supaya kita tidak tersesat dengan spekulasi dan andaian kosong, seperti kisah tiga orang buta menafsirkan atau menakrifkan bagaimanakah atau apakah gerangannya seekor gajah itu.

Saya cuba bertanya pada Pak Ngah, seorang pesawah tentang apakah seni baginya. Beliau termanggu tak tahu nak cakap apa, terkebil-kebil sahaja. Dunianya dunia bendang, yang beliau tahu adalah bagaimana nak tajak bendang, salir air atau meracun rumput liar di bendang. Dia tak tahu dunia seni, apa seni, bagaimana seni atau macam mana seni. Sama seperti Nyonya Ah Gen, dia seorang penoreh getah. Pukul empat pagi dia dah bangun dengan colok dan bekal ubat nyamuk untuk menoreh getah. Dunianya dunia getah, dia tahu buat getah beku atau getah keping. Saya cuba tanya dia apakah seni pada dia, dia tanya saya balik apakah seni itu. Saya kata macam lukisan, ukiran atau apa sahaja yang dia percaya sebagai seni. Dia berkerut dahi, terdiam dan kata dia tak tahu. Saya tanya Pak Bakar seorang penarik beca yang juga menggembala lembu. Dia tak tahu fasal seni ni. Dia suka tersenyum kalau keliru dan tanya saya balik seni yang macam mana tu. Saya kata seni apa-apa pun tak kisah. Dia diam dan kerut dahi, termenung dan tak cakap apa-apa pun, tapi hanya tersenyum. Dunianya adalah dunia mengayuh beca dari pukul sembilan pagi sampai jam empat petang di bandar Muar. Balik nanti dia akan gembala lembu, ajak lembu masuk kandang. Pak Mail seorang “freelancer kerja kampung�, dari mengambil upah tebang pokok, gali parit, gali kolam, bersihkan kebun sampai ganti atap zink rumah pun dia boleh buat. Saya tanya dia apakah seni dan bagaimana bentuknya. Dia terdiam dan tanya saya balik, �macam ukiran tu seni ke�!

IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

47


Saya kata mana saya tahu! ikut pandangan Pak Mail lah. Lalu dia terus kata entahlah aku tak tahu benda-benda baru ni. Saya cuba bertanya Shahril seorang budak kampung berusia dalam lingkungan 30an yang kerja di kilang papan Ah Liau. Dia tidak banyak cakap, dia penat bekerja, masuk kerja pukul lapan pagi balik kerja kadangkala sampai pukul sembilan malam. Dia suka kerja lebih masa. Hari ahad dia habiskan masa dengan bermain laga ayam. Dia tak suka saya tanya pasal seni, bagi dia seni tak penting, apa yang penting hidup, cukup makan pakai dan ada duit untuk beli rokok esok hari. Sama juga dengan Karim dan Zali keduanya berumur 40-an, sama-sama kerja bawa lori pasir. Kalau tak bawa lori, mereka ambil upah kutip buah kelapa sawit atau ambil upah potong rumput di halaman orang. Saya tanya mereka tentang seni, kata mereka seni tu macam lukisan pemandangan ke atau lukis gambar orang. Saya kata terpulanglah pada pandangan anda. Mereka tak pasti, mereka kata mereka tak sekolah tinggi. Cuma habis setakat habis tingkatan tiga, manalah tahu fasal seni ni. Saya tanya Jamal, seorang buruh binaan tentang seni, jawapannya tak pasti. Saya tanya Nazri, tukang paip, saya terima jawapan yang sama juga. Saya cuba tanya Kamal, yang kerja dengan Majlis Bandaran sebagai pencuci longkang, dia jadi nak marah sebab dia fikir saya nak merendah-rendahkan dia pula dengan soalan sebegitu rupa. Saya minta maaf dan tak tanya dia lagi pun fasal seni ni. Saya bertanya pula kepada Farid seorang kontraktor muda yang berjaya tentang perihal seni. Dia adalah lambang kejayaan bagi orang kampung. Dia tak belajar tinggi namun cukup berdisiplin dan kuat bekerja. Dia mempunyai lesen kontraktor kelas A. Rumahnya besar dan menarik. Dia selalu juga menjadi tempat orang kampung mengadu nasib jika ada masalah. Dia tersenyum dan kata, seni bagi beliau adalah sesuatu yang indah dan menarik pandangan. Dia tunjuk tiga lukisan pemandangan ala impresionis yang diletakkan di dinding rumah banglonya dan kata itulah seni bagi dia. Dia ajak saya tengok laman di belakang rumahnya, dia tunjukkan landskap dan kolam ikan yang baru dibina. Dia katakan itulah seni baginya kerana dia suka, tenang dan

48

IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

tak jemu memandang landskap tersebut. Saya ajukan soalan yang sama kepada Nizam, seorang pengusaha perniagaan pengangkutan yang berjaya di kampung. Mulanya beliau sukar menjawab soalan tersebut. Akhirnya beliau menunjukkan dua lukisan di ruang makan di rumahnya. Pertamanya sebuah lukisan permandangan ‘ala Bali’ yang dibeli dengan harga RM 40.00 di Langkawi. Keduanya adalah reproduksi sebuah catan yang berimejkan seorang ibu yang sedang menyusukan anaknya. Beliau membeli lukisan reproduksi itu sewaktu pergi ke pesta jualan murah barang-barang perabot dua tahun lepas. Itulah yang beliau rasakan mengenai seni. Fazmi, seorang anak muda yang tidak bekerja namun tinggal di apartmen mewah di Petaling Jaya. Beliau mewarisi harta peninggalan datuknya yang terkenal sebagai seorang peguam terkemuka di bandaraya. Dari kecil beliau telah dididik dengan kemewahan dan kesenangan. Beliau bersekolah di England sehingga tamat ijazah pertamanya dalam bidang ekonomi dan falsafah dari University of London. Fazmi mempunyai citarasa tinggi dalam seni tampak, beliau menggemari karya-karya seni moden dari Brancussi, Francis Bacon, Henry Moore dan David Hockney. Beliau sendiri mempunyai beberapa karya asli dari seniman terbabit. Rumah hujung minggunya di kawasan pantai Morib banyak dihiasi dengan karya-karya seni moden dari seniman tempatan dan antarabangsa. Seni adalah sesuatu yang integral dalam kehidupan Fazmi. Beliau mempunyai wang yang banyak dan sering kali berulang alik ke London untuk melawat muzium dan melihat karya-karya seni terbaik di sana. Hidup beliau banyak dihabiskan dengan seni dan beliau begitu gembira dengan apa yang berlaku. Begitu juga dengan Malik, seorang pemuda yang banyak menghabiskan wang membeli karya seni hasil dari perniagaan sahamnya. Malik tidak bekerja tetap, bahkan selepas menamatkan pelajarannya dari Universiti Princeton dalam bidang pentadbiran perniagaan, Malik lebih banyak menumpukan masanya kepada hal seni dan saham. Adakalanya beliau akan ke London, Hong Kong, Singapura atau Tokyo untuk mencari dan membeli karya-karya seni semasa terbaik. Malik datang dari latar belakang keluarga yang mewah. Ayahnya adalah seorang peniaga hartanah yang terkenal di Kuala Lumpur dan mempunyai perniagaan besar di Indonesia. Ibunya pula adalah seorang pengurus saham. Semenjak kecil beliau

49


didedahkan dengan kehidupan mewah dan sering dibawa melawat ke galeri atau muzium seni terbaik dunia seperti di New York dan London. Ibu Bapanya adalah pengumpul karya seni moden yang hebat. Yusof adalah seorang jurutera bertauliah yang mempunyai firma bersama bertaraf antarabangsa. Beliau dan rakan-rakan perniagaannya iaitu Zubir, Chan, Michael dan Raymon adalah golongan jurutera yang begitu menggilai seni. Setelah tamat pengajian dari Trinity College, London, Yusof mula bekerja di firma jurutera di Scotland. Dari situ beliau mula meminati seni dan banyak mengumpul karya-karya seni semasa seniman Eropah. Bila pulang ke Malaysia, minatnya itu turut dikongsi oleh rakan-rakan perniagaannya yang lain. Kes yang sama juga berlaku dengan Zainal seorang arkitek bertauliah yang pernah belajar di Universiti Yale. Beliau sama seperti Danial, seorang peguam bertauliah, Harun, seorang pengurus kewangan dan Osman, seorang pengusaha kilang tekstil yang mempunyai beberapa kilang besar di kawasan perindustrian Tebrau. Mereka kesemuanya adalah golongan usahawan, teknokrat atau profesional yang berjaya dalam bidang masing-masing dan menggilai seni tampak moden dan sezaman. Mereka adalah golongan berada yang mendiami kawasan-kawasan elit di kota dan meraikan ciptaan-ciptaan moden dan semasa yang dicipta oleh seniman tampak. Ini adalah antara cebisan realiti kehidupan yang berlaku di kampung dan di kota mengenai seni. Orang kampung mempunyai persepsi yang berbeza mengenai seni berbanding orang bandar atau kota. Mereka mencipta bentuk seni mereka sendiri yang sesuai dengan citarasa mereka. Mereka tidak meraikan seni sebagaimana orang-orang bandar atau orang kota meraikan seni. Mereka tidak faham atau tidak sibuk menghiraukan apakah citarasa masyarakat bandar dan kota mengenai seni. Apa yang lebih penting bagi mereka adalah perjuangan hidup yang praktikal selain meraikan kehidupan itu sendiri seadanya. Hidup adalah perjuangan untuk mencari rezeki dan menghargai kehidupan berdasarkan keyakinan dan kepentingan tertentu. Umumnya dasar kepada kesemua aktiviti budaya orang kampung mestilah selari dengan kehendak agama. Namun, kepentingan adat dan tradisi adakalanya bercanggah dengan kehendak agama. Ekspresi

50

IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

seni bagi masyarakat kampung adalah berdasarkan dari dua kepercayaan tersebut iaitu adat dan agama. Dua aspek ini adalah ‘kehidupan’ dan apa yang dimaksudkan sebagai dunia kampung itu sendiri. Dari kehidupan itu lahirlah keperluan dan kepercayaan tertentu yang dibentuk menjadi objek-objek seni (seni tampak) yang berfungsi untuk menyelesaikan masalah praktikal kehidupan selain memberi nilai keindahan dan ekspresi pada bentuknya. Seni itu juga menyerlahkan aspek ‘kebijaksanaan’ fikiran masyarakat kampung itu sendiri. Dalam konteks ini masyarakat kampung juga boleh dibaca dan ditafsirkan sebagai masyarakat tradisional. Seni moden yang orang bandar atau orang kota sibuk katakan itu adalah merupakan sesuatu yang mahal, terlalu hebat dan asing bagi orang kampung. Bagi orang-orang di kampung mereka suka dan gembira dengan seni yang mereka buat atau lakukan sendiri. Ianya mudah, senang, murah, bermakna dan cukup menggembirakan dalam pemikiran kampung. Seni tampak yang dilahirkan di kampung-kampung adalah gambaran kepada pemikiran, kepercayaan dan falsafah hidup masyarakatnya. Contohnya, membuat ukiran pada rumah, perabot atau alatan lain, menempa keris, mengecap batik atau menenun kain. Seni tampak yang dicipta ini merupakan luahan idea atau fikiran kepada kepercayaan hidup, keperluan hidup, budaya hidup dan keyakinan mereka akan ‘sesuatu’ pada bentuk seni yang mereka cipta. Seni yang dicipta itu bukanlah sesuatu yang sia-sia, bahkan ia mesti berfungsi dari segi fizikal dan pemikiran. Keindahannya terletak kepada fungsi, kemasan dan kekuatan objek tersebut. Kehebatan atau keistimewaan seni tampak yang dicipta itu sebenarnya adalah penting dan mustahak bagi orang-orang kampung dalam konteks budaya orang-orang kampung sahaja. Keris dan parang adalah penting bagi orang kampung dari segi fizikal, pemikiran dan spiritualnya. Keris dan parang hanya berfungsi sebenar-benarnya dalam konteks budaya orang kampung. Begitu juga anyaman tikar mengkuang atau tudung saji mengkuang. Kesemua objek seni tampak tersebut berfungsi secara paling maksima dalam ruang masa dan budaya kampung. Keris, parang, tikar mengkuang dan tudung saji mengkuang tidak dapat berfungsi secara benar, tepat dan adil dalam budaya kota. Jika ia wujud dan cuba dibudayakan mengikut acuan kampung dalam suasana kota, ia akan menjadi asing, pelik dan kekok.

51


Bahkan akhirnya objek-objek ini akan menerima salah satu dari dua nasib. Iaitu samada berakhir sebagai barang hiasan (yang dikatakan sebagai kraf atau barang antik) atau yang keduanya menerima arus transformasi moden yang mesti merubah sifat objek tadi dalam ruang budaya moden kota. Segala hal-hal yang berkaitan seni lukis, arca, catan, cetakan atau segala seni dari bentuk-bentuk moden adalah terpisah dan asing dari dunia orang kampung (Gambar 8). Semua seni moden yang wujud kini tidak mempunyai pertalian atau hubungkait dengan suasana dan budaya kampung. Seni yang moden atau sezaman (contemporary) tidak memberi makna, tidak menggembirakan dan tidak mendatangkan apa-apa manfaat bagi orang kampung, baik dari segi semangat atau fikirannya. Mudahnya seni moden adalah hak atau budaya orang kota. Ia tidak layak atau tidak berguna berada di kampung. Seni moden tidak berfungsi di kampung kerana orang kampung tidak memerlukan seni-seni sebegitu. Orang kampung tidak merasakan bahawa mereka mempunyai kaitan secara budayanya dengan seni-seni yang moden. Orang kampung melihat seni dan dunianya dari perspektif yang berbeza, yang sifatnya lebih dekat dengan diri, alam dan suasana hidupnya, iaitu adalah di kampung. Seni tampak di kampung lahir dari alam kampung yang jujur dan bererti. Seni di kampung atau yang lahir dari dalam budaya kampung adalah seni-seni yang harus dan mesti menyerlahkan pemikiran, semangat, aspirasi budaya atau psyche kampung. Seni dari kampung yang dicipta sejujurnya oleh orang kampung adalah seni yang baik dan benar untuk orang kampung. Seni dari kampung yang sebegitu tidak sesuai dari segi budaya, pemikiran dan semangatnya untuk orang bandar atau kota kerana orang kota tidak dapat secara menyeluruh hidup dalam budaya kampung yang sebenar. Yang mungkin boleh wujud hanyalah ruang apresiasi dan penghargaan kepada seni tampak kampung. Alam kota mesti menyerlahkan seni tampak kota dari budaya kota. Adalah tidak berguna mendirikan sebuah galeri atau muzium seni moden di kampung. Adalah tidak berguna membuat atau mengadakan pameran seni moden atau sezaman yang terbaik di kampung. Lukisan abstrak, karya cetakan moden, arca awam atau seni

52

IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

(Gambar 8) Syed Shaharuddin Syed Bakeri, Red, Blue and Green Fabric, batik atas kain, 102cm x 225cm, Koleksi Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur, Malaysia. Terdapat segelintir seniman moden Malaysia yang cuba membawa bentukan, teknik dan idea seni tradisional dalam kerangka, konteks dan bentuk seni moden. Sejauh mana ia berhasil masih menjadi perdebatan lagi.

53


foto tidak mempunyai apa-apa pertalian dengan kampung. Budaya kampung tidak meraikan seni moden. Membawa karya Picasso, Van Gogh, Modigliani atau Pollock ke balai raya Kampung Ulu Penchu sebenarnya adalah sesuatu yang pelik dan asing. Karya itu tidak dapat berfungsi dari segi konteks budayanya dengan suasana kampung. Ia bukan citarasa orang kampung. Orang kampung tak tahu pun siapakah dia Picasso atau Van Gogh. Mereka tak tahu pun apakah itu seniman moden. Mereka tak faham konsep seni halus atau seni moden. Mereka tak tahu pun konsep catan atau painting. Mereka tak tahu apa kepentingan catan kepada budaya hidup mereka. Mereka tidak dapat menghargai atau menilai catan yang digilai oleh masyarakat moden itu. Budaya moden di kota dan segala aspeknya adalah penting dan berfungsi bagi orang kota yang berada di kota. Karya Pollock atau Picasso boleh di bawa ke kampung tetapi ia tidak dapat berfungsi secara paling efisyen. Karya seni sebegini tidak dapat dihargai atau dekat dengan orang kampung. Mereka tidak dapat merasakan bahawa objek itu dekat dengan dunia hidup dan budaya mereka. Jika karya asli Van Gogh diberi kepada orang kampung secara percuma, karya tersebut bakal terbiar sampai berhabuk di dinding. Karya tersebut bakal naik lunyai di cakar kucing atau naik comot dengan taik lalat akibat suhu panas yang terik atau hujan yang lembab. Orang kampung tak faham bagaimana nilai sebuah kain kanvas yang dilukis-lukis dengan warna boleh berharga sehingga ratusan juta ringgit. Akhirnya jika sudah jemu dan membuatkan rumah jadi semak, karya tersebut mungkin akan diletakkan di bangsal kayu api atau jika diperlukan, ia boleh berfungsi secara nyata sebagai alas atap reban ayam sahaja. Dari perspektif orang bandar atau kota, seni yang dikaitkan dengan kampung adalah murah, cetek, ketinggalan, kolot, lapuk dan amat superficial sekali, kerana pada pandangan mereka aspirasi dan pemikiran kampung adalah ketinggalan dan tidak moden. Seni yang dikaitkan dengan alam kampung akan selalu terjerumus dalam martabat seni yang rendah bagi orang-orang bandar. Cara umum masyarakat merendahkan sesuatu idea, bentuk atau konsep seni akan selalu merujuk idea ‘kampung’ sebagai sesuatu yang ketinggalan dan usang. Idea tersebut terucap dalam kata-kata seperti; engkau ni macam kampunglah…kolot betul. Kampung selalu dikaitkan sebagai tempat yang buruk, jahil

54

IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

dan ketinggalan dari banyak segi. Idea ‘kampung’ adalah jelmaan kepada sesuatu yang lemah, bodoh, miskin dan segala yang negatif dalam hidup dan kehidupan. Idea ‘bandar’ atau ‘kota’ merujuk kepada kebijaksanaan, kemakmuran, kemajuan, pembaharuan dan segala yang positif dalam hidup dan kehidupan. Bandar dan kota menyerlahkan aspirasi budaya, pemikiran dan kehidupan yang menekankan arus dan makna kemajuan dalam perspektif atau hukum moden. Segala-galanya mesti moden supaya hidup dan kehidupan itu dapat dirasakan sebagai mempunyai nikmat dan citarasa moden. Seni kampung yang dibawa ke bandar atau kota kadangkala terpaksa diberi ‘tafsiran’ dan ‘bacaan’ baru supaya ia nampak sesuai dengan kehendak dan pemikiran moden orang kota. Seni tampak itu terpaksa berfungsi dalam suasana, kehendak dan budaya baru agar ia terus diterima dalam budaya moden. Orang bandar atau kota menggunakan kayu ukur budaya, pemikiran dan aspirasi bandar atau kota mereka untuk menilai dan menghakimi seni dari kampung. Maka hasilnya seni kampung akan selalu berada di bawah kerana ia tidak melepasi tahap seni moden yang masyarakat kota tentukan. Mudahnya adalah, pemikiran moden akan merendahkan seni yang dicipta dari kampung secara umum kerana seni-seni tersebut menggambarkan tahap pemikiran, semangat dan budaya yang lemah dan rendah. Seni dari kampung digambarkan sebegitu rupa kerana ia menzahirkan kekolotan orang-orang kampung yang lemah, miskin dan tidak berprestij serta sebegitu mudah dipermainkan atau dieksploitasi oleh orang lain. Keadaan ini merujuk kepada sistem kehidupan yang digunapakai oleh orang kampung dan orang bandar. Orang bandar menggunapakai sebuah sistem yang berbeza dari orang kampung iaitu modenisme. Modenisme secara mudahnya dipacu oleh kuasa ekonomi kapitalisme. Kapitalisme adalah jantung kepada ideologi moden. Dalam konteks kapitalisme, perkara atau unsur yang paling penting dalam hidup adalah wang. Wang adalah kuasa dan orang yang mempunyai banyak wang adalah orang yang berkuasa. Golongan yang berkuasa ini disebut pemodal atau yang empunya kepada gedung perniagaan dan kilang-kilang. Gedung perniagaan yang besar dan kilang hanya wujud di bandar dan kota kerana disitulah segala aktiviti para kapitalis dapat berjalan dengan mudah dan efisyen. Maka disitulah pusat pertumbuhan

55


kehidupan yang meraikan kapitalisme sebagai sistem ekonomi dan arus ideologi modenisme sebagai gaya hidup wujud. Pemodal yang sudah mempunyai banyak wang ini mempunyai citarasa khusus dalam kehidupan yang mementingkan keselesaan, kemegahan, kemewahan dan kebaruan yang mestilah mewakili sifat kota yang moden. Ragam masyarakat kota yang moden ini lebih mementingkan kebebasan hidup dan mempunyai rasa ego yang tinggi kerana mereka adalah orang-orang yang berkuasa. Kekuasaan mereka terletak kepada jumlah wang dan cara mereka mengawalnya. Mereka tidak lagi terkurung dalam sistem kehidupan lama atau tradisi yang memerlukan seseorang tunduk dan patuh dengan sistem hukum yang dibentuk bersama dalam masyarakat. Wang dan kekuasaan yang diperolehi itu telah mewujudkan sebuah nilai kebebasan baru yang membolehkan manusia moden menentukan kehendak dirinya sendiri iaitu kebebasan diri dalam memilih nilai hidup yang ingin diikutinya. Dari nilai kebebasan hidup itulah golongan ini boleh mencabar dan merubah segala aturan hukum atau ketentuan lama (tradisi) demi mencipta sesuatu yang baru atau disebut bergaya moden. Segala rombakan kepada yang lama dan mencipta sesuatu yang baru itu digalakkan dalam budaya hidup modenisme. Golongan yang berkuasa dengan wang ini juga disebut sebagai golongan kelas menengah. Mereka berkuasa besar dalam menentukan citarasa dan kehendak baru dalam budaya kota yang moden itu. Kuasa dan kebebasan mereka digerakkan dari kekuatan modal atau wang yang mereka miliki. Dari kesemua nilai budaya yang disebutkan itu maka lahirlah seni tampak moden yang cukup baru dan berbeza dari segala segi berbanding seni tampak kampung. Bagi masyarakat kota yang moden, mereka melihat secara ideologinya, seni moden adalah ciptaan seni tampak terhebat kerana seniman telah dibebaskan dari segala kongkongan silam. Seni yang dicipta itu lebih asli, bebas, kuat, berani dan sungguh bermakna dalam konteks moden. Dari itu bermulalah konteks hukum strata dalam seni yang membezakan martabatnya antara tinggi dan rendah. Seni tinggi mewakili segala ciptaan seni moden, khususnya yang abstrak dan menekankan aspek mandiri (kebebasan diri) senimannya. Seni rendah mewakili segala seni yang tidak menggunakan kaedah

56

IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

moden dan datang dari budaya masyarakat tradisi, kuno dan miskin. Mudahnya seni dari bandar atau kota adalah seni tinggi, sementara seni dari kampung adalah seni rendah. Seni kampung adalah seni yang mementingkan hubungan individu dengan alam, budaya, masyarakatnya, kepercayaan dan semangat yang pada pandangan orang kota tidak saintifik dan rasional. Ia tidak berdasarkan pemikiran yang berasaskan teori yang boleh dibuktikan secara rasional dan logik. Seni tampak dari kampung juga sering dikatakan sebagai hanya bernilai sebagai barang kraf atau layak dikategorikan sebagai barangan antik. Maka sebenarnya kita bercakap berkenaan perbezaan kelas dalam seni. Dalam konteks tempatan ia dirujuk sebagai pertembungan antara seni tampak kampung dan seni tampak moden yang diraikan oleh orang kota. Pertentangan kelas itu ditandai oleh citarasa, aspirasi, pemikiran dan falsafah hidup yang digunapakai. Apa yang ingin ditekankan di sini adalah jenis seni, pendekatan, halatuju, bentuk dan sistem yang mendokong penciptaan sesuatu bentuk seni tampak itu banyak bergantung kepada sistem sosial dan lapisan masyarakat yang meraikannya. Perbezaan kelas dalam seni akhirnya akan melahirkan jenis-jenis seni yang berbeza. Jenis seni atau bentuk seni ini secara jujur menyerlahkan aspirasi kelompok masyarakat atau budaya yang hidup dalam kumpulan tersebut. Pertembungan antara seni tampak kampung dan seni tampak kota, menzahirkan beberapa isu dan persoalan yang penting dalam kehidupan mengenai seni itu sendiri. Kesimpulannya jenis atau bentuk seni sebenarnya mewakili budaya atau kelompok masyarakat dari mana ia hidup dan berbudaya. Kehidupan dan budaya pula tertakluk kepada penggunaan sistem atau ideologi yang digunapakai. Penggunaan ideologi modenisme sekarang telah membina tahap lapisan masyarakat. Lapisan atau strata masyarakat ini terbina dari akibat atau kesan sistem kapitalisme yang digunapakai dalam kehidupan moden itu sendiri. Sistem kapitalisme telah membahagikan masyarakat kepada dua kelompok iaitu pemodal (peniaga) dan pekerja. Pemodal adalah golongan manusia yang menguasai wang dan boleh menentukan citarasa hidup secara bebas

57


dan mandiri. Golongan ini banyak menentukan citarasa atau keinginan moden dalam kehidupan. Mereka adalah golongan yang berkuasa atas segala aspek kebudayaan dan kehidupan moden itu sendiri. Dalam konteks tempatan, perbezaan kelas atau kelompok banyak ditentukan secara geografi dan ideologi iaitu antara golongan bandar atau kota dengan golongan kampung. Golongan kampung mewakili sikap atau pemikiran yang tidak membudayakan kehidupan modenisme dan segala aktivitinya. Golongan bandar atau kota pula adalah golongan yang begitu megah dan bangga membudayakan segala aspek kehidupan modenisme. Maka hasil atau cerminan seni yang terbit, dicipta atau terpancar dari kedua-dua kelas dan kelompok ini tentunya berbeza. Ia menyerlahkan banyak perbezaan yang berkaitan secara asas dengan budaya hidup, sistem dan ideologi kehidupan yang dianuti. Tujuan, maksud dan sebab mengapa sesuatu seni tampak dicipta sebenarnya banyak bergantung kepada asas kepercayaan hidup atau ideologi yang diterima atau dibudayakan.

Seni sezaman itu apa dan bagaimana?

Saya mempunyai seorang kenalan bernama Aziz (bukan nama sebenar), seorang ahli patologis yang suka bersembang-sembang mengenai seni dengan saya. Topiknya pelbagai tapi yang menjadi kesukaannya adalah seni zaman Renaisans. Banyak yang beliau tanyakan pada saya, dari segi senimannya, catannya atau persoalan seni pada zaman tersebut. Beliau juga gemar membaca berkenaan seni pada zaman tersebut, saya juga suka melayan beliau dengan pertanyaan-pertanyaannya itu. Sewaktu kami bersama menaiki kereta melintasi sebuah galeri seni, beliau bertanya saya samada saya pernah melawat galeri tersebut. Saya nyatakan sudah beberapa kali juga saya melawat galeri tersebut dan saya katakan juga bahawa saya suka dengan koleksi seni sezaman yang ada di galeri tersebut. Dia berkata, “Aku ada sekali tu datang galeri ni bawa anak aku nak tengok seninya. Kau tahu bila ada dalam galeri tu sahaja, anak aku terus menangis-nangis meraung‌takut dengan karyakarya pelik yang ada dalam galeri tu. Hah! yang tu nak kira seni macam mana pulak tu‌â€?. Saya terdiam seketika dan mula berfikir bagaimana cara terbaik untuk menerangkan perkara tersebut kepada Aziz.

58

IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

59


Dalam penerangan kemudiannya Aziz juga menyatakan bahawa dia agak terkejut dengan jenis-jenis seni yang dilihatnya itu. Macam-macam bendalah yang diceritakannya, gambar yang dilukis terbalik-balik, comot dan seakan gila-gila sahaja. Kemudian tu ada benda tergantung-gantung, terpusing-pusing dan bersepah-sepah susunannya. Entah apa agaknya benda itu, beliau tak berapa nak faham. Kemudian wujud imej-imej yang asing, ada campuran unsur mistik, teknologi dan barangan pengguna. Ada sampan besar, ada peti tv, ada video, ada besi buruk dan rak kasut. Kerana ia sebuah galeri seni, maka Aziz menyatakan bahawa beliau mengagak ia tentulah jenis seni yang biasa beliau tonton, iaitu seni yang dilukis cantik-cantik, indah, boleh dikenal dan dihayati, ada kelihatan kemahiran ketukangan yang halus, teliti dan molek. Aziz kemudian menyatakan bahawa setelah mendapat maklumat, dia tahu kemudiannya bahawa ia dipanggil sebagai contemporary art (seni sezaman). “Apa benda seni sezaman tu ha, aku tak mengerti apa pun, pelik dan macam gila-gila sahaja…aku tak dapat connection dengan karya tu, tak tahu seniman tu nak cakap apa atau nak buat apa. Akhirnya anak aku menangis dan aku terus balik” kata Aziz. Saya terdiam dan terfikir, bagaimanakah ingin diterangkan pada Aziz tentang konsep dan aliran seni sezaman itu yang kompleks dan serba rencam (gambar 9). Saya selalu memikirkan dalam konteks Malaysia, bagaimanakah cara terbaik untuk kita membuatkan orang faham dan menghormati, bahawa seni sezaman adalah sebuah pernyataan seni yang asli, kukuh dan sama tinggi pernyataan seninya dengan seni-seni yang lepas dan yang biasa orang kenal. Perkara itu tentulah lebih menyukarkan memandangkan jika masyarakat masih tidak boleh memahami dan menerima seni abstrak sebagai satu pernyataan seni, bagaimanakah pula jika mereka didedahkan dengan seni sezaman yang jauh lebih mencabar dan kompleks. Akhirnya jika terlalu sukar dan membingungkan orang mungkin berkata “Ahh!, mengarut benda ni…ini bukan seni, kalau seni macam ni, aku pun boleh buat”. Nyata cabaran utama berkenaan perkara ini terletak dibahu para pensejarah dan pengkritik seni serta sekalian pendidik seni yang harus peka dan faham dengan isu dan persoalan yang berligar pada sekitar kompleksiti seni sezaman.

60

IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

(Gambar 9) Zulkifli Yusoff, Dialogue 2: Don’t Play During Maghrib, 1997, media campuran, 16m x 20m x 10m, Koleksi Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur, Malaysia. Kecanggihan bentuk karya seni sezaman memerlukan pemerhati meninjau karya dalam konteks atau kerangka budaya dan ideologi yang ingin diketengahkan.

Mengundur diri dan menyatakan bahawa seni sebegini bukanlah seni yang bagus dan betul, akan lebih membingungkan orang ramai yang memang sudah kurang mengerti perkara berkenaan seni itu sendiri. Sikap yang negatif dalam menghadapi persoalan ini sebenarnya akan lebih mengundang prejudis dan tanggapan serong mengenai bidang seni itu secara keseluruhannya.

61


Apabila bercakap mengenai seni sezaman, kita sebenarnya bercakap mengenai seni yang berada dalam suatu zaman yang khusus iaitu seni yang wujud sekarang ini atau zaman kini. Zaman ini juga kita sebut sebagai sezaman kerana ia berada dalam zaman yang sama dengan kita. Perkataan sezaman juga boleh digantikan dengan perkataan sekarang, kini atau mutakhir, lalu kita boleh menyambung kata seni dengan perkataanperkataan tersebut seperti seni sekarang, seni mutakhir, seni masakini dan sebagainya. Tetapi umumnya masyarakat sudah terbiasa dengan perkataan sezaman. Seni sezaman juga adalah terjemahan dari perkataan Inggeris contemporary art. Perkataan sezaman adalah terjemahan dari kata contemporary itu sendiri yang mempunyai dua maksud, iaitu dari segi bahasa dan juga konteksnya. Dari segi bahasa ia menerangkan mengenai persamaan seni pada zaman dan masa yang wujud kini. Mudahnya, ia bercakap dengan maksud, apa-apa jenis dan bentuk seni yang wujud pada masa sekarang ini sah dikira seni sezaman. Secara konteks atau maknanya pula seni sezaman bermaksud jenis seni yang menggunakan ideologi dari kesedaran zaman selepas moden atau boleh dikatakan seni sezaman adalah seni zaman pasca moden. Maka di situlah sebenarnya perbezaan seni sezaman dengan seni dari jenis dan zaman yang lain. Apabila bercakap mengenai jenis dan bentuk seni, kita sebenarnya bercakap mengenai seni dari zaman-zaman tertentu yang berbeza keperluan, kehendak, tujuan, sebab dan maknanya. Di sinilah perlunya kita belajar tentang sejarah seni. Seorang pensejarah seni akan dapat menghurai kefahaman mengenai sesuatu jenis atau kecenderungan seni berdasarkan zaman atau juga dipanggil periodisasi. Dalam sejarah tamadun dunia, kesenian telah melalui tahap perkembangan yang begitu panjang sekali, mungkin bermula sejak zaman paleolitik lagi. Ia kemudian berkembang seterusnya dengan pelbagai jenis, bentuk dan kecenderungan mengikut ideologi atau kepercayaan yang diterapkan keatasnya oleh sesuatu komuniti dalam sesuatu zaman. Dari itu kemudiannya, seni telah dibahagi-bahagikan berdasarkan bentuk, zaman dan jenisnya bagi memudahkan usaha mengkajinya secara lebih mendalam. Jika bercakap dalam konteks kawan saya Aziz yang meminati seni Renaisans tadi, kita tahu bahawa seni Renaisans telah berkembang di Eropah dalam tiga kurun iaitu 14, 15 dan 16. Ia juga mempunyai tujuan-tujuan seni

62

IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

yang khusus, berbeza dari seni sebelumnya yang diterima ramai iaitu seni Gotik dalam kurun ke-13. Namun kehebatan seni Renaisans akhirnya susut pada penghujung kurun ke-16. Pada kurun ke-17, seni Barok pula yang memuncak menjadi pengucapan seni utama bagi menonjolkan kehebatan zamannya, di waktu yang sama seni Renaisans tidak dianggap sebagai seni yang utama lagi kerana kehendak, keperluan, tujuan dan sebabsebab seni dicipta telah berubah mengikut zaman dan kecenderungan masyarakatnya. Hal itulah juga yang berlaku kepada seni sezaman. Seni sezaman adalah seni baru yang berbeza dari jenis seni yang diterima sebelumnya iaitu seni moden. Seni moden mula muncul pada sekitar 1850-an di benua Eropah, khususnya di Perancis kesan dari Revolusi Perancis. Seni moden muncul berdasarkan keperluan baru bagi masyarakat yang sudah mula mencari dan menuntut kebebasan diri dalam sebuah masyarakat demokrasi. Seni moden juga muncul kesan dari revolusi industri yang berlaku di England bermula pada abad ke-18. Kesemua keadaan, suasana dan tuntutan zaman yang baru ini telah mengakibatkan seni moden iaitu suatu bentuk seni yang baru berbanding sebelumnya, diusahakan untuk menafsir, meraikan dan memperteguh ideologi modenisme yang baru diterima pakai mewakili sistem kehidupan masyarakat. Sistem lama sebelum modenisme telah ditolak oleh masyarakat kerana ia telah dianggap tidak releven lagi dengan keperluan hidup semasa diwaktu itu. Masyarakat moden bukan hanya menerima barangan dan kelengkapan moden dalam hidupnya tetapi sikap, tatacara dan falsafah hidupnya turut menjadi moden. Kereta, kapal terbang, mesin basuh, televisyen, telefon atau motosikal adalah contoh barangan moden yang biasa digunakan, namun dari segi falsafahnya kita turut menerima dan mempraktikkan idea modenisme dalam kehidupan seperti penggunaan pakaian yang beretika, kemas dan selesa untuk melindungi tubuh, penggunaan sistem pemerintahan demokrasi dalam sesebuah negara, praktis membuang undi dalam pilihanraya atau penerimaan sistem pendidikan atau persekolahan yang teratur dalam hidup kanakkanak dan remaja. Masyarakat mungkin mengambil remeh perkara tersebut sebagai sesuatu yang sudah wujud, sedia ada atau biasa dalam kehidupan mereka, namun

63


sesungguhnya ia adalah sebuah idea baru bagi masyarakat yang baru atau tidak biasa menerimanya. Manusia atau masyarakat yang tidak biasa atau hidup sebelum modenisme mungkin akan menyatakan bahawa modenisme adalah gila, sesat dan sasau. Pada tahuntahun 1920-an di Malaysia umumnya, televisyen adalah idea yang abstrak dan gila, telefon tidak pernah difikirkan akan wujud, jika wujud sesiapa yang menggunakannya akan dikatakan gila. Begitu juga dengan konsep anak perempuan pergi ke sekolah atau membuang undi dalam pilihanraya, kesemuanya adalah idea atau benda yang abstrak dan sukar diterima awalnya. Namun apabila zaman dan masa berubah, manusia turut berubah menerima kehidupan berdasarkan perkembangan teknologi dan ideologi yang diterima pakai dalam waktu tersebut. Maka seni moden berkembang seiring dengan perkembangan zaman moden itu sendiri, bermula disekitar tahun 1850-an sehinggalah kepada tahun 1960-an. Dalam rentangan masa perkembangan ini kita melihat bagaimana sesuatu idea atau bentuk seni ditafsirkan dalam pelbagai sudut pandangan yang serba radikal. Bermula dengan lukisan realistik pada tahun 1850-an sehinggalah kepada lukisan abstrak pada tahun 1940-an, seni moden telah menafsirkan konsep modenisme dengan begitu agresif sekali. Inti kepada idea seni moden adalah kebebasan individu dalam memahami dan menafsirkan realiti alamnya, dari konsep asas itulah ia telah berkembang dalam tafsiran dan olahan bentukbentuk seni yang dikatakan moden. Seni sezaman bermula dengan krisis yang dihadapi oleh seni moden, apabila ia telah semakin sukar dan keliru untuk menafsirkan dan menjelaskan dirinya lagi. Seni moden telah dilanda dengan pelbagai cabaran dan isu yang turut menghakis ideologi modenisme itu sendiri sebagai idea yang terhebat pada abad ke-20. Krisis dan penentangan terhadap modenisme sebenarnya lebih memuncak dalam konteks idea dan pemikiran berbanding secara realiti. Modenisme telah dipersalahkan dengan sebegitu banyak dosa moden seperti korban perang, penciptaan senjata atom dan pencemaran serta pemusnahan alam sekitar. Maka secara ideanya modenisme telah mula dianggap tidak releven, idea pasca modenisme telah mula mengambil tempat sebagai landasan ideologi utama kepada

64

IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

situasi baru itu. Keadaan ini berlaku dalam rangka proses bermula semenjak dari tahun 1960-an sehingga kini. Dalam konteks ini seni sezaman adalah sebuah pengucapan seni bagi sebuah zaman baru yang cuba menentang dan merombak hampir kesemua idea yang berkaitan modenisme dan seni moden. Jika seni moden cuba menjadi stabil, maka seni sezaman cuba menjadi kucar kacir, jika seni moden bersifat berstruktur maka seni sezaman bersifat rawak. Perkara ini berterusan dengan seni sezaman adalah sebuah usaha untuk menyoal dan mengkritik segala apa yang dilakukan oleh seni moden. Dari itu, hampir kesemua hukum dan aturan seni moden yang telah biasa diterima sebelum itu telah dan akan cuba dirombak secara amat radikal dalam usaha untuk menentang idea seni moden, selain dengan penuh kesedaran dan radikal seni sezaman cuba mendefinisi dan memberi wajah dan warna seni kepada semangat zaman pasca moden ini. Apabila segala hukum dan aturan yang lama dari seni moden telah tidak diterima dan ditentang, maka yang muncul adalah hukum dan aturan seni yang baru, yang dipanggil seni sezaman berasaskan kepada ideologi pasca moden itu. Seni moden dari ideologi modenisme telah hampir terbatal kini. Dalam konteks ini juga, seni sezaman adalah ekspresi budaya yang paling tepat menggambarkan budaya sezaman yang serba pantas, rawak, sasau dan mengejutkan. Jenis dan bentuk seni sezaman itu adalah pelik, keliru dan sasau kerana keseluruhan budaya sezaman itu sendiri adalah sebuah kegilaan dan kekeliruan. Ekspresi budaya pasca moden adalah penuh dengan jungkir balik, bersifat topeng, bertindan dan berlapis-lapis maknanya. Oleh kerana itu, sifat seni sezaman dan pasca moden amat mementingkan proses campuran, kacukan dan persandingan yang diharap dapat menghasilkan sesuatu yang berbeza dan asli. Ia juga cuba menafikan unsur pemusatan, bersifat rawak dan terpecah-pecah, tidak stabil dan tetap, lalu ia bersifat bebas dengan tidak terbelenggu dengan sebarang ideologi yang khusus. Dengan segala keadaan yang serba mengelirukan dan terlalu kabur ini, seni sezaman kadangkala adalah sebuah kekeliruan itu sendiri. Ia kadangkala tidak cuba menerangkan sesuatu tetapi hanya memberi reaksi yang berupa pantulan kepada suasana semasa yang berlaku dalam suasana masyarakat sezaman (pasca moden).

65


Maka orang akan bertanya, jadi apakah pentingnya seni sezaman dan apakah perlunya kita memahami seni sezaman. Kita perlu memahami seni sezaman kerana ia adalah citra atau pantulan kepada apa yang berlaku di dunia masa kini, yang juga melibatkan kita sendiri sebagai sebahagian dari masyarakat sezaman itu. Seni adalah aspirasi, pantulan, kritikan, atau catatan halus kepada seluruh benda dan hal yang berlaku pada sesuatu zamannya. Mungkin juga kita tidak menyukai dan menentang jenis seninya, atau juga ia dianggap tidak penting atau praktikal, tetapi ia sebenarnya adalah sebuah dokumentasi zaman yang halus dan khusus merujuk kepada sesuatu soal atau isu yang berlaku pada zaman itu. Ia adalah sebuah tanda (objek) kepada zaman yang dihidupinya itu. Tidak kiralah bagaimana sekalipun bentuknya, seni sezaman terhasil dari refleksi kepada apaapa yang berlaku dalam atau pada masyarakat pasca moden itu sendiri. Sementara kita pula hidup dengan segala kecanggihan idea dan teknologinya. Kesusahan dan kepayahan untuk memahami seni sezaman mungkin berpunca dari kurangnya pengetahuan terhadap latar belakang sejarah, idea atau sedikit sebanyak teori berkenaannya. Namun sebenarnya jika kita menoleh kepada suasana dan keadaan masyarakat sezaman kini kita juga akan merasa pelik sekali dengan apa yang berlaku. Kita sukar memahami mengapakah anak muda sekarang begitu tergila-gila sekali dengan teknologi SMS untuk mengundi artis pujaan mereka dalam rancangan realiti tv. Apakah logiknya atau apakah untungnya mereka berbuat begitu. Adakah ia berkaitan kepuasan, suka-suka, nafsu atau keghairahan sementara yang sengaja didambakan. Manusia suka berhabisan masa, tenaga dan duit dengan benda-benda pelik seperti bungee jumping dan menyuntik bahagian tubuhnya dengan sebegitu banyak bahan kimia bagi mengekalkan keremajaan. Manusia mempunyai minat yang pelik dan aneh. Televisyen sudah menjadi alat sihir yang paling canggih dan telah berada dalam setiap rumah di Malaysia. Ia menyihir, mengkhayalkan dan memabukkan kita dengan gambar bergerak dan suara yang sebenarnya lebih kita percaya dari kebenaran kehidupan itu sendiri. Realiti tv, tv dua puluh empat jam dan kabel tv adalah pancaran ragam masyarakat sezaman yang canggih dan maju. Tetapi kita terlupa apakah tv itu sendiri? Apakah maknanya tv? Adakah tv itu sebuah kebenaran. Gambar bergerak yang ditonton didalam tv itu

66

IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

adalah sihir yang paling dipercayai kini. Manusia tidak perlu untuk ke Paris untuk melihat menara Eiffel, manusia tidak perlu ke Baghdad atau Kabul untuk melihat peperangan, manusia tidak perlu untuk ke stadium Wembley untuk melihat permainan bola sepak. Manusia hanya perlu menonton tv untuk melihat semua perkara tersebut. Tetapi hakikatnya kesemua hal atau benda tersebut tiada dalam peti tv di rumah kita, ianya dipancar melalui jalur tiub atau cecair kristal di rumah kita. Sedang kita juga amat dan terlalu mempercayai apa yang kita lihat beribu-ribu batu jauhnya dari rumah kita (melalui tv). Bukankah ia sesuatu yang pelik! Internet sudah menjadi medan realiti yang lebih dipercayai berbanding realiti itu sendiri. Jarak ruang dan masa sudah menjadi begitu sempit dan cepat. Segala maklumat, data, berita atau pengetahuan dari London, Tokyo, Milan, Paris atau New York boleh diperolehi kurang beberapa minit dengan hanya duduk dan menekan beberapa kekunci. Kanak-kanak duduk berjam-jam lamanya bermain dengan permainan video (maya) yang sebenarnya hanyalah suatu ilusi di skrin televisyen atau komputer sahaja. Emosi dan pemikiran mereka telah diarah atau dikhayalkan hanya dengan sebuah skrin sahaja. Manusia suka hidup dan bergembira dengan mimpi-mimpi barunya dari karektor superhero kanak-kanak seperti Spiderman, Batman, Superman sehinggalah kepada watak kegilaan lain dari filem Star Wars, Lord of The Rings, X-Men, Harry Potter atau Matrix. Mereka percaya bahawa watak-watak ini memang wujud di alam nyata. Mereka kemudiannya dibuai dengan mimpi dan khayalan watak-watak ini oleh para peniaga yang sesungguhnya memberi keyakinan bahawa watak ini hidup dan mereka wujud. Kita tidak dapat memahami kegilaan kanak-kanak perempuan dengan patung Barbie, atau Hello Kittynya atau kanak-kanak lelaki dengan Thomas atau Bob The Builder, sehingga boleh demam jika kemahuannya tidak dituruti. Khayalan, mimpi dan fantasi adalah sumber kepercayaan baru bagi masyarakat yang inginkan nafsunya dipenuhi dengan tuntutan semasa yang canggih, ranggi dan terkini. Manusia kini tidak merasa perlu untuk membaca bagi memahami tetapi manusia hanya perlu melihat dan mendengar. Manusia dihujani dengan keyakinan tampak dan bunyi.

67


Ia mencipta iktikad baru. Manusia akan merasa lebih puas dengan realiti sementara dan tidak kekal. Manusia suka ‘ditipu’ dengan mimpi dan kepalsuan. Kepuasan dalam realiti budaya sezaman adalah terletak pada benda dan simbol-simbol yang dibawa, diterjemah dan dipancarkan pada manusia lain. Manusia suka bermain dengan simbolsimbol yang cetek dan mentah. Pacuan utama bagi manusia sezaman adalah benda dan objek. Ianya boleh dijana melalui duit. Maka pencarian duit adalah sehingga ke tahap mengenepikan etika, kebenaran dan keadilan demi memuaskan nafsu yang tidak pernah puas. Maharaja masyarakat dalam budaya sezaman adalah nafsunya sendiri. Kita sudah disihir dengan arus pengguna yang sungguh besar, kita disihir oleh Guess, DKNY, Levi’s, Nike, Sony, Mercedes Benz, Samsung, Alfa Romeo, Adidas, Revlon, Calvin Klein, iPod, Dunhill, Dome, Nokia, Maggi, Holiday Inn, Apple, JW Mariott, Burger King, Bosch, Coca Cola atau Louis Vuitton. Kanak-kanak di kota lebih mempercayai pakcik KFC atau uncle Ronald McDonald lebih dari datuknya sendiri. Manusia lebih percaya dengan mimpi berbanding realiti, Mak Cik Tuminah yang tinggal di Bukit Tereh menangis mengenangkan kesengsaraan Zetty asyik bergaduh dengan Fendi dalam siri opera sup Sembilu di tv. Pak Daud naik pitam dan dikejarkan ke hospital subuh tadi apabila terkejut dengan kekalahan Brazil dalam perlawanan Piala Dunia yang berlangsung pada petang hari di Berlin, Jerman. Manusia seluruhnya dibendung mimpi dan tidak dapat membezakan antara yang realiti dan fantasi, duit kertas sudah ditukar kepada sekeping kad plastik, manusia tidak pasti di manakah sebenarnya wang mereka berada, di bank atau di mesin ATM. Pakcik Said dari Simpang Pulai naik bingung memikirkan bagaimana anaknya si Amelia yang hanya tamat tingkatan tiga dan bekerja kilang “asyik gila” meminati Beyonce, Justin Bieber atau Bruno Mars yang jauh tinggal di Utara Amerika itu. Dunia sudah menjadi semakin kecil dan membingungkan. Nenek Jumi di Sabak Aur, Muar, terkejut dan menangis melihat anaknya melahirkan cucu pertamanya secara langsung melalui telefon 3G dari Maryland, Amerika. Simulasi maya telah mencipta dunia barunya melalui taman-taman tema yang melata wujudnya kini, kawasan pantai,

68

IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

ombak dan segala keriangan boleh dibeli dari mesin-mesin mimpi ini. Kita tidak perlu pergi ke pantai Gold Coast atau Maui untuk bermain luncur air, kita cuma perlu pergi ke Bandar Sunway untuk mendapat mimpi yang sama. Abang Zainal sekeluarga telah bercuti ke Dubai untuk merasai sendiri simulasi salji dalam sebuah gudang besar di tengah terik matahari yang membakar di negara Timur Tengah itu. Lebai Dolah cukup melenting mendengar anaknya mahu ke disko dan bersukaria, lalu dia mengunci anaknya dalam rumah, namun Lebai Dolah lupa bahawa disko boleh dibawa masuk ke rumah melalui internet jalur lebar dan telefon 3G, dan dia tidak tahu bahawa anak perempuannya terloncat-loncat menari dalam biliknya bersama-sama rakan-rakan lain yang berhubung secara real-time melalui komunikasi online. Dia juga boleh melihat kawan-kawannya meloncat-loncat menari di skrin komputer itu. Sudah wujud terlalu ramai Elvis atau Michael Jackson di dunia ini. Bahkan ada yang lebih Elvis dari mendiang Elvis itu sendiri. Manusia sebenarnya keliru dengan Elvis. Siapakah dan di manakah Elvis yang sebenarnya? Manusia lebih mempercayai salinan realiti dari realiti sebenarnya. Seluruh hidup manusia telah hampir berjaya di mayakan. Dengan sebuah kotak (tv atau internet) kita berjaya mengetahui apa yang berlaku dalam dunia perniagaan, ekonomi dan pasaran saham dari New York, Nikkei, Tokyo, Sydney, London, Dubai atau Paris. Arus media elektronik baru dan digital telah mengecilkan dunia serta memberi ‘kepercayaan’ baru kepadanya. Dunia sudah semakin mengelirukan dan membingungkan, ia belum lagi ditambah dengan persoalan kompleks berkenaan politik antarabangsa, pemanasan global, isu saintifik semasa seperti pengklonan atau isu keselamatan antarabangsa. Atau kita menoleh kepada kegilaan masyarakat kini yang semakin buas, liar dan hilang akal dengan kejadian jenayah yang tak pernah atau tidak difikirkan boleh terjadi sebelumnya. Kehidupan adalah kosong, mentah dan kosmetik semata-mata, manusia bermain dengan permukaan dan simbol sahaja. Manusia hampir tidak pernah mendapat ketenangan hidup, sebaliknya manusia sibuk membeli pelbagai ‘keseronokan’ hidup yang diharap dapat memberinya kebahagiaan dan ketenangan abadi. Manusia gagal membezakan antara realiti ketenangan dan keseronokan. Kegembiraan, kegirangan dan ketenangan boleh dibeli dengan dadah sintetik yang jauh lebih canggih

69


dari dadah sebelumnya, pakej khayalannya jauh lebih canggih. Ice (dadah) adalah syurga dunia yang terhebat dalam sejarah khayalan manusia. Serbuk ilusi ini mempunyai pakej khayalan yang cukup canggih dan jauh lebih hebat dari ganja atau heroin. Hidup dan kehidupan adalah khayalan yang boleh dibeli. Penipuan, pembunuhan dan persetubuhan adalah simbol kepada nada kepuasan hidup di era sezaman ini. Semuanya berlaku tanpa sebab yang jelas dan logik, namun menyeronokkan. Manusia begitu suka dan gembira dengan mimpi dan khalayan sementara yang tidak abadi dan benar. Manusia suka membiarkan dirinya dipercayakan dengan janji palsu, dengan realiti palsu atau dengan hakikat palsu. Manusia hidup dalam mimpi dan dibuai olehnya melalui serangan atau tujahan media elektronik baru, manusia mempercayai media, manusia mengikut media dan ramai yang ‘menyembah’ media. Maka sedarlah kita bahawa zaman kini telah berubah dan inilah zaman yang disebut sebagai pasca moden atau sezaman (contemporary), ia juga disebut sebagai situasi pasca moden. Jika keadaannya sudah begitu, maka refleksi yang diperolehi dari seninya juga tentulah akan menegaskan unsur yang sama iaitu mengelirukan, sasau dan membingungkan. Dalam kedudukan ini, seni bukan sepenuhnya berfungsi sebagai agen khutbah, tetapi ia mewakili skala atau koordinasi suasana semasa zaman ini. Ia adalah meter pencatat kepada simpang siur masyarakat, kegilaannya, penipuannya, kehodohannya, ketololannya, kepura-puraannya dan segala sisi lain yang diperolehi dari kehidupan itu. Maka seni sezaman tentulah ganjil jika dibandingkan dengan seni dari jenis dan bentuk yang lain, kerana ideologi dan suasana zamannya berbeza dan jauh lebih mencabar untuk difahami secara biasa. Dalam kedudukan ini seni haruslah dibaca seiring dengan sejarah sosial zamannya, sesuatu zaman itu memberi refleksi dalam beberapa ukuran kepada apa yang berlaku dalam seninya. Adalah tidak adil membawa Abang Khalid seorang nelayan dari Teluk Kumbar, Siva seorang buruh dari ladang sawit Pekan Nenas atau Ah Kek peraih ikan dari Bukir Mor menonton pameran seni sezaman di Muzium Metropolitan New York, kerana mereka tidak sepenuhnya berada dan mengalami kehidupan dalam

70

IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

ruang budaya dan zaman yang dimaksudkan oleh seni tersebut. Namun seni sezaman boleh cuba difahami jika kita meninjau dasar sosial dan budaya masyarakat yang hidup sekarang. Seni sezaman mewakili sebahagian frikuensi suasana masyarakatnya, ada juga jenis seni sezaman yang secara kritikal mengkritik masyarakatnya, ada juga yang ingin mendidik, tetapi semua sudah terpusing-pusing dan serba mengelirukan. Kita sudah semakin sukar mengenal yang mana intan yang mana kaca kerana semua benda sudah boleh ditiru hingga sukar mencari yang mana asli. Akhirnya saya terfikir, adakah Aziz rakan saya tersebut boleh memahami apa yang hendak saya sampaikan. Namun itulah secara mudahnya situasi yang dihadapi kini dalam hidup. Seni sezaman adalah berkaitan situasi hidup sezaman yang peka dengan ideologinya, teknologinya dan suasana sosialnya. Harapnya janganlah nanti dia menyalahkan pula seni itu yang menyebabkan anaknya menangis. Yang lebih penting adalah pemahaman kepada persoalan berbanding menjatuhkan hukuman keatas sesuatu yang kita sebenarnya jahil dan tak faham sepenuhnya. Bukankah hidup ini bagi mukmin itu seluruhnya bertujuan mencari hikmah atau kebijaksanaan dari apa yang berlaku di sekeliling kita, semoga kita menjadi orang yang berilmu dan bersyukur. Ayuh, mari kita cari, tonton dan cuba memahami apa yang dikatakan seni sezaman itu‌suka atau benci terpulang pada peribadi.

71


Adakah seni memerlukan bakat?

Saya mengajukan soalan ini kepada seorang kenalan sewaktu berbicara. Anda rasa adakah perlu bagi seseorang yang ingin mengikuti pengajian dalam bidang seni khususnya, perlu mempunyai bakat alami dalam bidang seni yang berkaitan. Kenalan tersebut menjawab perlu, dengan alasan bahawa jika hendak menjadi pelukis anda harus mempunyai bakat asas melukis, sama juga dalam bidang penulisan, lakonan, tarian atau nyanyian. Saya hanya termanggu memikirkan hal tersebut dan terus menyoal perkara tersebut kepada diri saya sendiri. Adakah dalam zaman pekerja berilmu kini anda masih perlu mempunyai bakat untuk menjadi seniman? Sejarah seni pra moden telah membuktikan bahawa bakat adalah faktor yang banyak menyumbang kepada ‘penemuan’ seniman yang terhebat seperti Goya, Rembrandt, Caravaggio, Michaelangelo, Rubens atau Massachio. Mereka pada awalnya tidak dianggap berkeupayaan tinggi, namun setelah disedari kewujudan bakat seni mereka secara alami, barulah mereka mula diberi ruang dan peluang untuk menunjuk dan mengembangkan bakat kesenian mereka. Ada beberapa profil yang dapat diperkatakan mengenai konsep bakat dan kaitannya dengan bidang kesenian dalam konteks senimanseniman yang diperkatakan tadi. Melukis dan mengukir sesebuah karya seni yang besar dan hebat adalah suatu kerja yang memerlukan orang-orang yang mempunyai

72

IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

73


bakat besar. Ianya bukanlah kerja yang hanya boleh dikuasai dengan usaha berlatih semata-mata atau mempelajari sesuatu teknik sehingga mahir. Ia seakan berkaitan intuisi sanubari yang menjelmakan bakat semulajadi. Koordinasi di antara mata, fikiran, emosi dan tangan (atau juga dipanggil psikomotor) adalah merupakan kawalan dari suatu ‘kuasa’ yang tidak dapat ditafsirkan dan ianya dikaitkan dengan anugerah bakat. Kehebatan Rembrandt menjelmakan mahakaryanya The Night Watch (Gambar 10) atau Gustave Courbet dengan The Meeting (1854) adalah sesuatu yang amatlah hebat jika dibandingkan dengan kebolehan biasa bagi manusia. Jika direnung-renungkan kehebatan pelukis, pengarca, pencetak atau arkitek tersebut dalam menghasilkan karya seni, ia seakan-akan hampir mustahil dalam ukuran kemampuan, kemahiran, tenaga, visi dan kreativiti bagi manusia biasa. Maka rasionaliti menamakan bakat sebagai faktor utama dalam bidang seni nampaknya adalah sesuatu yang munasabah dan logik. Namun dari itu, suka juga saya bertanya siapakah pula yang berbakat itu, adakah semua orang berbakat, atau apakah sebenarnya bakat itu, adakah bakat hanya wujud pada kemahiran tangan semata-mata. Atau bakat itu wujud pada mata dan fikiran orang yang berbakat. Saya juga ingin bertanya adakah bakat hanya berkaitan dengan bidang seni semata-mata. Adakah jika anda ingin menjadi seorang doktor gigi, anda perlu disahkan dahulu bakat kedoktoran gigi anda. Begitu juga jika anda ingin menjadi peguam atau jurutera mekanikal, adakah anda akan diuji bakat anda dalam bidang tersebut samada layak atau tidak. Mengapakah sebelum seseorang memasuki universiti dan mengkhusus dalam bidang biologi atau sains komputer, mereka tidak terlebih dahulu disahkan bakat biologinya atau bakat sains komputernya. Umumnya dalam bidang lain perkara bakat bukanlah menjadi ukuran utama. Untuk menjadi seorang akauntan bertauliah, anda mungkin terpaksa belajar selama 5 tahun untuk mendapat ijazah sarjana muda dan kemudiannya melalui beberapa tahap dan peperiksaan dari badan ikhtisas terbabit sehingga anda lulus dan boleh digelar sebagai akauntan bertauliah. Nyata anda tidak perlu disahkan sebagai berbakat akauntan demi untuk menjadi seorang akauntan.

(Gambar 10) Rembrandt van Rijn, De Nachtwacht (The Night Watch or The Shooting Company of Frans Banning Cocq), 1642, oil on canvas, 363cm Ă—Â 437cm, Rijksmuseum, Amsterdam, Holand.

Dari segi realiti luarannya sekarang, adalah nyata bahawa hanya bidang seni lebih

74

IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

75


mengutamakan bakat selain bidang sukan, rekabentuk, kulinari dan sebahagiannya di bidang seni bina. Bakat pula akan selalu dikaitkan dengan sesuatu kemahiran yang alami sifatnya bagi seseorang individu. Contohnya kebolehan mengukir, menari, menyanyi, melukis, menggubah lagu, bermain muzik atau menulis secara alami. Bakat yang besar pula akan selalu dikaitkan dengan kebolehan manusia berbakat ini mencipta sesuatu yang amat luar biasa ciptaan seninya melalui pendedahan dan latihan yang amat minima. Manusia yang berbakat juga boleh ditakrifkan sebagai manusia yang memiliki sesuatu kemahiran atau kebolehan tanpa pernah menerima pendidikan atau latihan secara sistematik berkaitan kemahiran atau kebolehan tersebut. Bakat sebenarnya bukanlah berkaitan kebolehan tangan semata-mata bahkan ia melibatkan banyak kebolehan lain yang berkaitan kecerdasan mental, emosi dan fizikal manusia. Dapatlah disimpulkan juga bahawa bakat mempunyai pertalian yang kuat dengan bidang seni. Mudahnya bidang seni memerlukan orang-orang berbakat. Jika anda tidak berbakat maka seni bukanlah bidang anda. Adakah penyataan ini benar untuk masakini. Adakah saya bertanya soalan yang salah berkaitan hubungan bakat dan seni atau kesimpulan saya jauh tersasar dari yang sepatutnya. Tujuan sebenar saya bertanya hal tersebut adalah dengan alasan bahawa adakah benar dalam konteks kini bahawa tanpa bakat seseorang tidak boleh menyertai bidang seni atau menjadi seniman. Saya juga bertanya hal tersebut dengan pemahaman (ingin mencabar) bahawa menjadi seniman kini bukanlah berkaitan hal bakat semata-mata, bahkan ia berkaitan dengan kemahiran fikiran, visi, kreativiti, kecerdasan emosi, penguasaan teknologi baru, strategi seni dan pemasaran. Maka adalah sukar sekali dalam pemahaman ini bahawa, menjadi seniman kini adalah berkaitan semata-mata dengan hal bakat melukis atau mengukir sematamata. Menjadi seniman kini adalah jauh lebih kompleks dari hal-hal membuat gambar pemandangan pagi dari balik bukit atau lukisan kemeriahan pantai Teluk Kemang di hujung minggu. Menjadi seniman kini juga bukanlah hanya perlu berbakat dalam hal pandai mewarna atau melukis pesawah sedang menanam padi, bahkan menjadi seniman kini sewajarnya jauh secanggih memahami kompleksiti pemprograman rekaan seni antara muka (interface) atau menguasai dua hingga tiga bahasa pemprograman bagi

76

IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

arca robotik atau hologram tiga dimensi. Perhubungan bakat dan seni sebenarnya adalah berkaitan dengan jenis dan fahaman kesenian yang diterima dan dipercayai oleh sesuatu masyarakat. Dalam konteks ini bakat seni lukis di Malaysia masih dibaca atau difahami dengan kebolehan atau kemahiran melukis dengan baik, benar dan betul akan objek yang lumrah seperti figura manusia atau gubahan fikiran dengan menggunakan cat air. Hal ini berlaku kerana sistem sosial, budaya dan pendidikan masyarakat masih terus menerima seni lukis sebagai sesuatu yang berkaitan hal-hal kemahiran tangan yang amat kraf sifatnya. Ia masih dikategori dan diklasifikasikan sebagai jenis atau hal yang bersifat ketukangan atau kemahiran yang tidak melibatkan daya fikir atau teknologi tinggi bahkan ia amat vokasional sekali sifatnya. Selain dimomokkan pula dengan nahu kreativiti sebagai sandaran yang amat dipandang remeh. Dalam konteks ini pembacaan bakat akan selalu dikaitkan dengan kerendahan fikiran, kerana seni lebih menumpukan kepada kemahiran yang bersifat ketukangan iaitu hal-hal berkaitan kerjatangan seperti mengukir dan melukis. Pernyataan bahawa pengajian seni memerlukan orang yang berbakat telah menyebabkan orang yang tidak mempunyai kemahiran atau kehebatan ‘ketukangan’ seni merasakan bahawa peluang mereka dalam bidang seni telah tertutup. Atau juga bagi orang yang merasakan diri mereka berbakat, bahawa seni adalah berkaitan hal-hal kemahiran dan ketukangan yang teknikal semata-mata dan tidak langsung berkaitan dengan hal fikiran kritis, teoritikal, penganalisaan atau analitikal. Maka sebenar-benarnya bidang seni telah membuka dirinya dengan pernyataan bahawa, tanpa bakat semulajadi anda boleh dan berkemampuan menjadi seniman berjaya sama seperti seniman-seniman lain yang berbakat. Kerana seni kini bukan lagi berkaitan ‘kemahiran’ hal-hal melukis gambaran sawah bendang, kebun dusun, potret atau alam benda, tetapi seni kini memerlukan bakat analisa, kognitif, kecerdasan emosi dan inovasi teknologi sama seperti bidang saintifik yang lain. Maka dalam konteks yang luas, bukan hanya bidang seni sahaja yang memerlukan

77


orang atau manusia berbakat bahkan kesemua bidang kerjaya bagi manusia memerlukan orang yang berbakat berkaitan dengan keperluan bidang masing-masing. Apa yang menjadi persoalan kini adalah nilai, jenis dan tahap bakat yang dimaksudkan. Pelajar yang berbakat menghafal atau mengingat sesuatu formulasi dengan kadar yang pantas akan sering dikatakan bijak dan pandai. Tetapi pelajar yang berbakat menganyam atau mengukir pula tidak dikatakan bijak tetapi dikatakan berbakat seni. Bukankah boleh sahaja dikatakan bahawa yang berbakat melukis itu juga bijak dan pandai dalam bidangnya. Kebolehan melukis, mengukir atau menulis dengan bakat semulajadi kini belum tentu dapat menjamin bahawa anda boleh menjadi seorang seniman berjaya kerana masa, nilai dan dimensi bidang seni kini sedang dan akan semakin berubah dengan amat pesat meninggalkan kejumudan kemahiran artisan (ketukangan) yang selalu dilekatkan pada bidang seni. Soalan akhir saya adalah, jika mahu juga dicari, bagaimanakah agaknya jenis bakat seni yang dicari-cari kini dengan segala kepesatan bentuk seni global berupa kewacanaan teoritikal, kemayaan realiti, hologram atau ruang siber? Adakah kita masih mencari bakat yang pandai melukis dan mewarna pemandangan sawah padi di balik bukit?

78

IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

Mengapakah pelajar masuk universiti untuk belajar seni?

Saya suka sekali bertanya kepada pelajar tentang soal mengapakah atau apakah sebabnya mereka mahu masuk ke universiti dan mengambil kursus seni. Ada bermacam jawapan tentunya yang diperolehi dari soalan tersebut. Antara sebab yang boleh dinyatakan adalah seperti berikut; Sebab ikut kawan-kawan. Sebab universiti tu dekat dengan rumah saya. Sebab emak ayah kata masuk universiti bagus. Sebab cikgu saya selalu cakap awak mesti bercita-cita mahu masuk universiti. Sebab semua orang sekarang masuk universiti, saya pun nak juga masuk ke universiti. Sebab nak timba ilmu. Sebab orang kata masuk universiti senang dapat kerja. Sebab nak dapatkan ijazah universiti, supaya jadi bukti saya ni bukanlah teruk sangat dalam pelajaran. Entahlah tak pasti sebabnya, saya sebenarnya tak minta pun kursus ni tapi tiba-tiba dapat surat tawaran. Sebabnya, sewaktu menulis dalam borang permohonan kemasukan ke universiti dahulu mengenai kursus dan bidang pengajian yang ingin diikuti, saya tak tahu nak ambil kursus apa, selepas saya belek-belek prospektus universiti, saya tengok seni ni macam best je, maka saya pun tulislah dalam kolum kursus pilihan: ‘seni halus’. Saya pun sebenarnya tak tahu pun seni halus tu apa, tapi rasa-rasa macam saya ni berbakat dalam seni, maka saya pun ambil kursus seni halus. Sebabnya, sahaja nak cuba nasib. Sebab keluarga saya semua masuk universiti maka saya pun mesti masuk universiti. Kena masuk universitilah pada zaman sekarang ni sebab nak jaga prestige atau supaya orang tak pandang lekeh

79


serta rendah terhadap aku. Sebab nak angkat martabat keluarga yang ketinggalan di kampung. Ada juga yang memberi sebab; sahaja nak keluar dari rumah, kalau duduk di rumah nanti kena jaga adik dan tolong emak masak, ahhh malaslah, lebih baik sambung pelajaran. Sebab seronok dapat kenal dan jumpa kawan-kawan baru. Keputusan STPM saya agak teruk, tapi teringin nak masuk universiti. Persaingan pula terlalu hebat untuk ambil kursus-kursus yang popular dan glamour seperti kewartawanan, undang-undang atau ekonomi. Takut langsung tak dapat masuk universiti, maka saya terus pilih bidang seni halus, syukur saya dapat juga menjejakkan kaki ke universiti. Saya memang berminat dalam bidang seni ni, kalau nak kata berbakat, saya dikira berbakat juga sebab selalu dapat A1 dalam mata pelajaran pendidikan seni di sekolah, maka saya rasa memang nak sangat masuk universiti dan ambil kursus seni. Saya sebenarnya tak minat pun kursus seni ni, masa isi borang dulu saya pilih bidang pendidikan atau kewartawanan. Tiba-tiba dalam surat tawaran mengatakan saya dapat kursus seni, apa nak buat terima sahajalah, yang penting masuk universiti dan sambung pelajaran. Begitulah di antara jawapan atau sebab yang dinyatakan. Ada tiga perkara yang penting berkaitan dari pertanyaan tadi. Pertamanya berkenaan soal pemikiran masyarakat. Keduanya berkenaan mengapakah dan apakah perlunya seseorang perlu masuk ke universiti. Ketiganya pula adalah mengapakah mereka memilih untuk mengikuti kursus seni di universiti. Sebelum saya pergi jauh dan membincangkan persoalan mengapakah pelajar masuk ke universiti dan mengambil kursus seni sebagai bidang pengajian secara lebih mendalam. Saya akan cuba memahami secara rambang tanggapan dan pemikiran masyarakat umumnya dalam mempersepsikan seni sebagai sebuah bidang ilmu serta kedudukan ia sebagai sebuah bidang pengajian profesional yang boleh dipelajari di universiti. Masuk ke universiti dan belajar sesuatu mengenai seni untuk mendapat ijazah dalam bidang seni adalah sesuatu yang mengelirukan sebenarnya bagi kebanyakan

80

IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

ahli masyarakat. Umumnya konsep ini amat sukar sekali diterima oleh orang ramai, sekurang-kurangnya di Malaysia. Orang ramai tidak dapat memahami secara konsep dan praktisnya untuk belajar pada peringkat tinggi (universiti) akan sesuatu mengenai seni. Kerana masyarakat Malaysia hampir langsung tidak memahami apakah itu bidang seni halus (atau dalam bahasa Inggerisnya disebut fine arts) secara moden. Bidang seni umumnya sering diandaikan sebagai sebuah bidang kepandaian atau ketukangan yang melibatkan kemahiran tangan yang bersifat vokasional bagi mencipta sesuatu yang ‘cantik’ atau ‘indah’. Ia juga sering diandaikan sebagai sebuah bidang yang tidak melibatkan hal-hal berkaitan pemikiran tinggi, objektif atau bersifat saintifik. Seni tampak yang wujud dalam kefahaman dan pemikiran masyarakat tempatan adalah seni yang berkaitan kemahiran pembuatan dan kemasan benda atau barang. Hal atau perkara tersebut diburukkan lagi dengan tiadanya penekanan berkenaan subjek atau mata pelajaran seni di sekolah semenjak zaman sebelum merdeka. Dengan pandangan yang remeh dan cetek, umumnya seni dalam perkiraan masyarakat selepas merdeka adalah berkenaan bakat atau teknik menulis huruf dan kaligrafi, membuat dulang, melukis pemandangan, pandai melukis potret, membuat poster kain rentang, melukis kumpulan buah-buahan, ditambah dengan bakat individu tersebut pandai menari inang atau mengarang pantun, bermadah dan bersajak. Hal dan perkara inilah yang kebanyakannya tersemat dalam fikiran masyarakat kita berkenaan seni atau ‘orang seni’. Kemudian tanggapan ini diwarisi sehingga dalam zaman masyarakat yang semakin pragmatik sekarang. Persepsi seni yang sebegini rupa tentulah amat tidak releven dengan kehidupan yang moden dan canggih. Perkara atau benda-benda tersebut tentulah hampir tidak diperlukan lagi kerana terlalu banyak lagi perkara atau benda yang lebih penting dan objektif yang perlu dihadapi dan diselesaikan dalam kehidupan ‘moden’ ini berbanding membuat sebuah lukisan permandangan. Seni yang dipelajari di universiti sekarang hampir semuanya diwarisi dari tradisi seni Barat. Dalam pemikiran masyarakat kita (contohnya Melayu) umumnya mereka masih menerima pakai bahawa konsep dan praktis seni tampak itu adalah sesuatu yang berkaitan

81


82

dengan budaya dan warisan tampak tradisi masyarakat (Melayu itu sendiri). Memang tidak boleh dinafikan sebagai sesuatu yang benar dan adil bagi sesebuah bangsa bahawa seni yang tertinggi dalam pemikiran masyarakat mereka adalah berkaitan seni tradisi yang diwarisi dari nenek moyang mereka. Namun perlu juga diakui, dalam sebuah masyarakat yang berubah menuju budaya moden dan menerima unsur modeniti dalam segenap aspek kehidupan, seni moden seharusnya tidak boleh dinafikan sebagai suatu unsur yang releven dan signifikan untuk dipelajari dan ditanggapi. Dalam konteks tekanan antara kemodenan dan tradisi dalam seni (dalam konteks tempatan), kita mungkin boleh ‘menimbang terima’ mana yang elok dan sesuai dalam ukuran teras budaya tempatan dan agama Islam sebagai panduan. Apapun secara persepsi dan realiti, seni moden (Barat ataupun yang sudah disaring) masih nampaknya belum dapat diterima sebagai sebuah pernyataan seni yang diwakili oleh masyarakat moden. Seni moden masih tidak dapat diterima sebagai sebuah pakej atau citra kemodenan, berbanding kebolehan masyarakat tempatan untuk menerima sepenuhnya konsep arkitek (tukang rumah moden), kapitalis (peraih moden), komander (laksamana moden), doktor (tabib moden), menteri (bendahara moden) atau media massa (penglipurlara moden).

atau berseni. Seni akan dan selalu dikaitkan dengan kebolehan luar biasa dari bakat yang dimiliki oleh seseorang terhadap kerja-kerja yang berkaitan dengan kemahiran mencipta atau mereka sesuatu (objek) yang dikatakan indah, molek, cantik atau elok dalam masyarakat tersebut. Umumnya masyarakat juga tidak melihat keperluan bagi seseorang untuk belajar, mengkaji atau dilatih secara profesional dalam bidang seni di universiti. Ini adalah kerana seni masih diandaikan sebagai sesuatu yang berkaitan dengan hal-hal kemahiran, ketukangan, bakat dan teknik tertentu yang tidaklah perlu sangat dipelajari sehingga ke peringkat kesarjanaan tinggi (universiti). Seni yang terbaru mungkin hanya dikaitkan dengan lukisan komik, membuat poster, menulis huruf cantik, mereka poskad, majalah atau buku, membuat poster kain rentang, mengambil gambar fotografi atau kemahiran membuat kraftangan. Jika mahu belajar tentang seni maka orangnya mesti berbakat, kalau tidak berbakat mereka dianggap bukan orang seni dan sukar dilatih. Apabila mempunyai bakat, carilah tukang atau pandai seni dan belajarlah dari mereka tentang teknik-teknik seni tersebut sehingga mahir dan boleh mencipta seni mereka sendiri. Tak perlulah belajar sampai ke universiti untuk hanya pandai membuat poster atau melukis komik.

Maka umumnya orang menganggap bahawa bidang seni tidak memerlukan kepandaian atau kebijaksanaan fikiran yang memerlukan ia dipelajari sehingga ke peringkat universiti. Seni masih diandaikan sebagai sesuatu yang melibatkan bakat dan kemahiran tangan semata-mata. Masyarakat tidak merasakan bahawa seni itu adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan, sehingga ia dianggap tidak perlu dipelajari pada tahap universiti. Keseluruhannya dari pandangan tersebut nyata bahawa masyarakat umumnya masih keliru dan kabur dengan konsep dan praktis seni dalam kedudukan modennya. Mudahnya, masyarakat tidak faham apakah yang dimaksudkan sebagai ilmu seni, apakah bentuknya atau apakah tujuannya pada zaman moden ini.

Perkara kedua adalah perkara mengenai belajar di universiti. Masyarakat dan juga dalam konteks tulisan ini iaitu pelajar, sering keliru dengan konsep ‘belajar di universiti’. Universiti pada pandangan orang ramai adalah tempat untuk golongan bijak pandai menuntut ilmu. Dikatakan tidak semua manusia itu pandai, hanya golongan terpilih sahaja boleh masuk ke universiti dan belajar sehingga dapat ijazah (namun konsep itu kini sudah semakin tercabar dengan munculnya berpuluh-puluh universiti di Malaysia, nyata semua orang yang berkemahuan kini boleh belajar di universiti tanpa perlu menjadi bijak pandai). Umumnya orang yang berada di universiti akan dipersepsikan sebagai golongan bijak pandai.

Seni dan orang seni akan selalu dikaitkan dengan bakat dan kebolehan yang semulajadi. Jika ada dalam kalangan ahli masyarakat yang pandai melukis, mengukir atau menganyam maka masyarakat umumnya akan menggelar mereka sebagai orang seni

Seni yang sebelumnya diandaikan sebagai sebuah bidang yang bersifat ketukangan, vokasional, teknikal dan mementingkan bakat, tidak memerlukan orang bijak pandai untuk mengikuti kursus-kursusnya. Kerana masyarakat umumnya merasakan bahawa

IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

83


seni tidak perlu membabitkan kebijaksanaan fikiran dan kepandaian (biasanya kepandaian dalam budaya kita sering dikaitkan dengan kehebatan pelajar menghafal banyak formula dan fakta tanpa perlu memahaminya). Ini adalah kerana bidang seni selalu tidak boleh dikaitkan dengan aktiviti fikiran dan pemikiran. Ianya selalu hanya dikaitkan dengan bakat, teknik dan kemahiran yang tidak perlu difikirkan. Natijahnya muncullah fahaman yang kini sudah hampir menjadi doktrin (semacam undangundang) bahawa pelajar yang bijak dan cerdik tidak perlu dan tidak patut mengambil kursus-kursus seni di universiti. Ini adalah kerana kursus-kursus seni tidak melibatkan hal fikiran tinggi dan ilmunya tidaklah berapa sukar dan kompleks. Maka secara logiknya, muncullah juga tanggapan bahawa pelajar yang mengambil kursus seni adalah dari jenis yang agak kurang cerdik dan kurang bijak, maka seharusnya mereka itu digalakkan untuk masuk ke dalam kursus yang bersifat kemahiran, bakat dan vokasional. Universiti kini telah dipersepsikan sedemikian rupa dan masih menjadi medan percaturan antara kebodohan dan kebijaksanaan seseorang yang dibezakan melalui kursus yang diikutinya. Ketiganya adalah perkara berkenaan pelajar yang mengambil kursus-kursus seni itu sendiri. Berapa peratuskah antara mereka yang betul-betul sedar, faham dan betul-betul berminat untuk mengikuti kursus atau pengajian seni di universiti. Dari situasi sosial dan budaya yang telah dinyatakan di atas, umumnya kelihatan bahawa kebanyakan pelajar tidak begitu pasti berkenaan situasi mengapakah mereka mengambil kursus seni di universiti. Wujud juga golongan pelajar yang keliru dan kabur dengan kursus seni yang mereka ambil. Hal tersebut terjadi, selain dari terikut-ikut dengan faktor persepsi masyarakat yang dinyatakan tadi, adalah diakibatkan dari tercampaknya mereka ke kursus-kursus seni tersebut tanpa pengetahuan dan kemahuan mereka sendiri. Maka wujudlah kompleksiti yang banyak dalam fikiran dan emosi pelajar terbabit mengenai kursus seni yang mereka ikuti. Pelajar dari golongan ini tidak dapat menjawab soalan asas seperti mengapakah mereka belajar seni dengan jelas dan teguh. Apatah lagi jika mereka disoal dengan soalan mengapakah mereka perlu untuk masuk dan belajar seni di universiti.

84

IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

Keseluruhannya apa yang berlaku adalah kekeliruan dan kejahilan persepsi. Asas atau punca bagi segala hal yang berlaku tersebut wujud atas kegagalan manusia untuk memahami secara benar tentang apakah yang dimaksudkan dengan ilmu, apakah tujuannya dan untuk apakah ia dipelajari. Akibat dari kejahilan tersebut manusia gagal untuk memahami untuk apakah mereka perlu belajar mengenai sesuatu bidang. Mempelajari ilmu adalah suatu tuntutan dan kewajipan dalam agama Islam. Ilmu dituntut supaya manusia tidak hidup dalam kejahilan dan kekufuran. Ilmu tertinggi dalam Islam adalah ilmu ketauhidan dan diikuti oleh ilmu-ilmu Islam yang lain. Selebihnya adalah ilmu yang bersifat fardhu kifayah (atau boleh disebut ilmu dunia) yang kebanyakkannya berupa kursus-kursus profesional yang diajar di universiti seperti bidang fizik, ekonomi, undang-undang, seni, sains komputer dan sebagainya. Dalam bidang ilmu keduniaan tidak wujud sebarang ilmu atau bidang yang lebih mulia dari bidang yang lain, bahkan semua bidang ilmu dunia adalah sama dan sekata harkat (tahap) kemuliaannya. Yang menggembar-gemburkan bahawa sesetengah kursus itu lebih mulia, bagus dan hebat dari yang lainnya adalah merupakan golongan manusia yang jahil, berfikiran sempit dan singkat, angkuh serta mudah terpesona dengan tarikan dunia. Merekalah sebenarnya golongan manusia yang tidak berilmu langsung untuk bercakap sesuatu mengenai bidang pengetahuan dan ilmu yang benar dan adil. Golongan inilah yang selalu mengait-gaitkan sesuatu bidang ilmu itu dengan segala hal kebendaan, kesenangan dan kemewahan dunia. Pemikiran sebegini telah tersebar dan dipercayai pula oleh banyak masyarakat. Walhal pemikiran tersebut telah terlalu jauh tersasar dari jalan kebenaran dan keadilan mengenai ilmu itu sendiri. Kesemua bidang ilmu dunia itu sebenarnya haruslah boleh membawa manusia menuju jalan kebenaran dan keadilan dalam hidupnya. Maka kesemua bidang ilmu dunia itu adalah sekata. Seharusnya cuma kecenderungan pelajar sahaja yang membezakan antara kursus yang mana menjadi kegemarannya. Tujuan hakiki bagi manusia yang ingin mencari ilmu adalah bagi membebaskan dirinya dari belenggu kezaliman, iaitu adalah kejahilan atau ketidaktahuan dia mengenai

85


sesuatu (Gambar 11). Ilmu adalah tahap tertinggi yang boleh dicapai oleh seseorang yang menimba pengetahuan. Belajar mengenai segala ilmu yang benar dan adil adalah suatu kemuliaan. Konsep ilmu dalam Islam adalah menyeluruh dan merangkum, dalam ertikata bahawa setiap bidang ilmu yang benar dan adil adalah saling memerlukan dan saling melengkap antara satu sama lain. Ilmuan seni halus belajar memahami dan mengaplikasikan konsep warna dari sudut aplikasi seni (karya), emosi, jiwa dan pemikiran seni. Namun pemahaman dan kajian warna bagi seorang ilmuan fizik dan biologi adalah berdasarkan kepada tindak balas kimia, suhu dan juga tujahan gelombang terukur yang jatuh pada mata manusia dan kemudiannya diproses dan ditafsirkan oleh otak. Seorang ilmuan perubatan alternatif melihat warna dari perspektif intuisi dan gelombang aura yang tidak nyata tetapi diukur melalui bacaan tersirat. Kesemua ilmu mengenai warna tersebut adalah benar dalam ukuran bidang masing-masing kerana kesemua ilmuan itu telah mengkaji karektor dan sifat warna dalam fahaman bidang masing-masing secara adil dan benar. Jika kesemua kefahaman ilmu warna itu dicantumkan maka akan lahirlah suatu pemahaman dan pengetahuan ilmu warna yang amat luas, besar dan menyeluruh. Ilmu yang menyeluruh tentang warna tadi yang bersifat asasi (atau kini disebut fundamental) akhirnya boleh digunakan secara terapan (kini disebut gunaan atau applied) oleh kesemua ahli masyarakat demi menjawab tuntutan hidup masing-masing. Ilmu warna tadi akhirnya boleh digunakan oleh bidang-bidang lain seperti bidang ketenteraan, kejuruteraan, ekonomi, teknologi maklumat, sains falak, lanskap atau kajian kimia. Maka konsep ilmu sebenarnya adalah saling melengkap antara satu sama lain, tiada bidang ilmu dunia yang lebih tinggi dan besar dari yang lain bahkan kesemuanya sekata dan sama. Keegoan manusia selain kejahilannya telah mengheret manusia untuk membeza-bezakan antara suatu bidang ilmu dengan yang lainnya. Ilmu jika dilihat dan digunakan secara adil, benar dan jujur akan membawa kebaikan kepada seluruh kehidupan manusia. Ilmu juga amatlah berkaitan dengan akhlak, fikiran dan peribadi seseorang dalam

86

IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

(Gambar 11) Amron Omar, Bersilat 111, 1980, cat minyak atas kanvas, 182cm x 164cm, Koleksi Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur, Malaysia. Menuntut ilmu adalah suatu bentuk pertarungan untuk menghapuskan kejahilan. Pertarungan seterusnya adalah untuk menegakkan yang hak dengan keadilan demi membasmi kebodohan dan kezaliman. Mungkin catan Amron Omar ini boleh memberi kita isyarat kepada situasi tersebut.

87


bidangnya dan juga dalam masyarakat. Maka orang yang berilmu seharusnya benarbenar menjadi orang yang berilmu, baik dari segi sikap, akhlak dan tatalakunya. Ilmu itu mestilah boleh membawa manusia menuju jalan kebaikan dan kebenaran. Manusia yang bijak dan memiliki ijazah, jika tidak mempunyai akhlak yang baik adalah sebenarnya seorang manusia yang masih jahil. Kecenderungan masyarakat untuk membezakan antara akhlak dengan ilmu juga telah menggambarkan kejahilan manusia dalam mempersepsikan ilmu dan ilmuan. Seorang pelajar yang berjaya dalam pelajarannya dan mendapat 10 A dalam peperiksaan SPMnya tetapi juga merupakan seorang pencuri dan penipu bukanlah seorang yang berilmu dalam ukuran Islam. Begitu jugalah seorang yang memiliki ijazah tinggi yang luas pengetahuannya dan telah membuat kajian yang terhebat tetapi tidak mempunyai etika selain berlaku sombong dan angkuh dengan ilmunya, maka sebenarnya beliau bukanlah seorang yang berilmu bahkan dia layak digelar manusia jahil. Ilmuan yang mempunyai akhlak yang buruk bukanlah seorang ilmuan bahkan dia seorang ahli jahil dan kurang wajar dia dihormati. Ilmuan sejati bukanlah diukur kepada pangkat, harta dan kejayaannya tetapi segala kebenaran dan keadilan yang dia bawa bersama ilmunya. Ilmuan pula mempunyai tanggungjawab yang sungguh besar dalam memegang amanah keilmuannya. Itulah hakikat ilmu dan keilmuan sebenarnya. Universiti secara hakikinya pula adalah merupakan suatu tempat atau medan yang membenar dan menggalakkan segala usaha bagi manusia untuk mempelajari dan menggali ilmu serta menggalakkan segala kajian berkenaan bidang ilmu masing-masing dengan jalan keadilan dan kebenaran. Universiti adalah medan mencari kebenaran yang tertinggi dalam konteks ilmu dunia. Ilmu itu pula kemudiannya akan disebar atau digunakan dalam masyarakat bagi menjadikan kesemua orang mendapat faedah dari ilmu tersebut. Pandangan yang sempit selalu mengaitkan universiti hanyalah sebagai suatu tempat atau tapak bagi seseorang untuk mencari kerja dan kemewahan selepas mendapat ijazah. Ada yang juga melihat bahawa universiti hanyalah sebagai tempat latihan bagi golongan profesional seperti jurutera, doktor perubatan, arkitek, peguam atau akauntan. Pandangan ini amatlah cetek dan dangkal sekali, sehingga akhirnya

88

IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

universiti kini boleh dianggap sebagai hanya suatu pusat latihan profesional atau kilang ijazah untuk melahirkan golongan profesional tersebut. Tiada lagi soal-soal berkaitan kesarjanaan, kecendekiawanan, kebijaksanaan, keadilan dan kebenaran yang dikaitkan dengan universiti. Pandangan yang salah, jahil dan sempit ini telah mula menguasai fikiran masyarakat kini. Universiti sebenarnya adalah pusat perkembangan segala ilmu yang benar dan adil. Ia merupakan tempat untuk manusia mendalami ilmu yang ingin dipelajarinya secara lebih mendalam dan benar. Universiti juga adalah tempat untuk manusia bertemu dan berusaha menuju matlamat yang sama iaitu kebenaran dan mengelak serta membasmi segala kejahilan dan kezaliman, melalui jalan bidang ilmu masing-masing. Maka keinginan seseorang untuk memasuki universiti mestilah terbit dari asas keinginannya yang jujur untuk menjadi ilmuan yang baik dalam bidang yang dipilihnya. Penganugerahan ijazah oleh universiti kepada seseorang pada tahap-tahap kesarjanaan yang berbeza pula menggambarkan tahap kebijaksanaan atau kecendekiawanan (dalam bahasa akademik disebut kesarjanaan) orang tersebut. Ia juga bermaksud seseorang itu telah dikurniakan suatu tauliah atau tanda (surat ijazah) bahawa dia telah mencapai kedudukan keilmuan yang telah melayakkan dia diberikan gelar tertentu seperti sarjana muda, sarjana atau sebagainya. Kesemua hal tersebut adalah berkaitan ilmu yang disebutkan tadi. Masalahnya hingga kini masih wujud pelajar yang langsung tidak faham mengapakah mereka perlu membuat penulisan tesis atau projek akhir bagi membolehkan mereka mendapat gelaran ijazah sarjana muda. Selain apakah yang dimaksudkan dengan perkataan sarjana dan kesarjanaan. Masalah tersebut terus merebak sehingga kadangkala seseorang yang sudah mendapat ijazah doktor falsafah juga tidak faham mengapa mereka diberi ijazah dengan nama sedemikian rupa atau mengapa wujud perkataan falsafah pada ijazah mereka. Dari perspektif sejarahnya bidang seni halus telah mula diberi ijazahnya yang khusus oleh universiti-universiti di dunia pada tahun-tahun 1940-an dan 1950-an. Pada penghujung tahun 1960-an ijazah BFA (Bachelor of Fine Art) dan MFA (Master

89


of Fine Art) telah mula ditawarkan oleh universiti-universiti di Amerika. Ia adalah sebahagian dari proses pengkhususan ilmu yang berlaku dengan pantas seiring dengan rekonstruksi keilmuan moden yang menuntut pengikhtisasan ilmu. Pada zaman sebelumnya, bidang seni halus dan juga bidang-bidang khusus lain seperti sains pertanian, psikologi atau sains komputer, tidak mempunyai ijazah pengkhususannya sendiri melainkan ia hanya diletakkan di bawah program ijazah yang lebih umum seperti sastera atau sains. Kesan pengkhususan ini telah menambah minat pelajar yang ingin menjurus dalam sesetengah bidang ilmu. Lalu wujudlah semakin banyak program-program ijazah lanjutan sebagai unit atau agen pengukuhan bagi penyelidikan dan pengembangan ilmu tersebut. Tujuan program kajian seni ditubuhkan di universiti adalah dengan usaha untuk menawarkan sebuah kajian serta latihan berkaitan bidang seni secara lebih sistematik, sainstifik dan bersifat akademik. Pendidikan seni pada tahap universiti kini telah disusun sebagai sebuah program yang bersifat akademik dan sainstifik bagi melahirkan ahli dan pakar seni dalam bidang masing-masing mengikut tahap kesarjanaan. Umumnya pengajian seni adalah berkaitan kajian dan latihan bagi melahirkan pengkaji (pemikir) atau ahli seni (seniman) yang mahir dan peka dalam mengkaji atau mencipta bentukbentuk seni yang releven dan baik, melalui pengajian yang menekankan elemen teori dan praktik. Elemen teori meliputi aspek teori seni, estetika dan sejarah seni. Elemen praktik pula meliputi bahantara (medan pengucapan seperti catan, video, arca, fotografi dan sebagainya), teknik dan latihan (penguasaan). Seni dalam konteks akademia (universiti) dan saintifik ini tidak lagi hanya bersandarkan kepada ilham, imaginasi atau bakat melukis orang atau buah tembikai serta mengecap kentang. Bidang seni di universiti kini adalah sebuah bidang yang mengajar, melatih, menyelidik dan mengkaji seni dalam fahaman moden dan semasa disamping penekanan kepada aspek budaya tempatan. Bidang seni di universiti bukanlah sebuah bidang yang hanya mengajar dan melatih seseorang dengan teknik dan kemahiran melukis pemandangan dengan cat air. Ia tidak hanya bergantung kepada bakat ketukangan

90

IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

dan kemahiran tangan semata-mata bahkan menekankan aspek pemikiran tinggi yang wujud secara teoritikal dan kefalsafahan (kesarjanaan) selain penekanan kepada aspek teknologi medianya. Dari itu bidang seni juga mengkaji secara mendalam dan menyeluruh berkenaan sifat dan jenis seni secara makro dan mikro, yang kadangkala membuatkan seni menjadi sebuah bidang yang agak teoritikal dan bersifat kefalsafahan. Dalam konteks ini bidang seni adalah sama seperti bidang ilmu dunia lain yang mementingkan kekuatan minda untuk berfikir secara kritis, mendalam dan kreatif. Keperluan bagi pelajar seni pada abad ke-21 ini adalah untuk menjadi seniman berilmu yang peka dengan segala kecanggihan teknologi seni dan medianya. Golongan ini berpotensi menjadi pekerja berilmu yang peka mempersiapkan diri dengan ilmu-ilmu teoritikal semasa selain berkemahiran tinggi mencipta, mereka dan mengendalikan karya seni yang kompleks dari asas teknologi semasa atau masa depan. Bidang seni di universiti juga adalah sebuah medan kajian yang canggih meliputi bidangbidang kajian atau sub-bidang kajian yang luas dan banyak. Antara bidang-bidang kajian lain yang bersifat liberal atau teoritikal adalah seperti kajian sejarah seni, teori seni, kritikan seni, estetika, pengurusan, pemasaran dan perniagaan seni, pendidikan seni, kajian kuratorial seni, kajian konservasi dan preservasi seni atau terapi seni. Asas-asas penyelidikan yang lebih maju dan bersifat saintifik kini dari dasar teknologi baru juga telah menyebabkan seni telah meneroka ke daerah-daerah yang membabitkan bidang bioteknologi (seni biologi), teknologi realiti maya, robotik, teknologi kejuruteraan nano dan internet sebagai pelantar barunya. Sesungguhnya seni tidak pernah beku dan terpasung dengan sebarang andaian cetek dan kolot yang mengaitkan ia dengan soal-soal bakat ketukangan tangan tanpa memerlukan penggunaan minda yang kritis, analitik atau bersifat kefalsafahan selain kecanggihan teknologi pengucapannya. Hambatan yang mungkin wujud bagi bidang seni di universiti tempatan kini adalah berkenaan landasan pemikirannya dalam menyaring dan menuras idea-idea kebaratan yang tidak sesuai dalam pemikiran dan praktisnya melalui teras Islam dan budaya tempatan. Kembali kepada pertanyaan asas saya tadi iaitu mengapakah pelajar masuk ke universiti

91


dan mengambil kursus seni halus. Maka sebenarnya kini terdapat terlalu banyak unsur kejahilan yang wujud dan melata dalam fikiran masyarakat mengenai seni itu sendiri, selain kaitannya dengan universiti melalui bidang pengajian seni. Masyarakat juga menghadapi beberapa kekeliruan asas mengenai konsep ilmu. Situasi ini diburukkan lagi dengan tekanan hidup semasa yang mementingkan kebendaan dan wang ringgit sebagai simbol status hidup serta kerjaya sebagai gambaran imej kehidupan yang wajar dibanggakan. Ilmu kini diletakkan atas kepentingan ideologi manusia, institusi atau kebendaan, ia bukan lagi mengenai hal-hal kebenaran dan keadilan yang boleh membawa manusia menuju jalan kebaikan. Bidang seni telah menerima kesan salah pandangan ini. Pertamanya, bidang seni itu sendiri kurang difahami. Keduanya, tidak wujud sebarang usaha konstruktif, tersusun dan sistematik untuk memberi pendedahan dan kefahaman mengenai bidang seni itu sendiri dalam masyarakat. Ketiganya, kesan dari keadaan tersebut melahirkan masyarakat yang kurang peka, kurang menghargai seni dan keindahan dalam kriteria lain (contohnya moden). Keempat, kesan dari itu, bidang seni akan dipersepsikan sebagai sebuah bidang yang tidak melibatkan kebijaksanaan, sebarang pemikiran tinggi atau bersifat kefalsafahan, atau juga sebagai sesuatu yang penting dalam kehidupan. Bahkan ia hampir tidak diperlukan dalam kehidupan, lalu ia dipersepsikan sebagai suatu bidang yang tidak begitu releven di universiti atau juga dalam kehidupan itu sendiri. Kesan yang amat besar dari keseluruhan situasi diatas boleh mengakibatkan bidang seni halus menjadi mangsa kepada kekeliruan ilmu atas tujuannya yang salah dan berkecamuk. Hasilnya seni akan selalu dipersepsikan sebagai ilmu kelas kedua dan kurang releven. Jika pelajar menjadi keliru serta kabur dengan pemilihan kursus seni sebagai mata pengajian utama mereka di universiti. Maka kekeliruan tersebut sebenarnya berpunca dari salah tafsiran dan salah tanggapan masyarakat itu sendiri yang jahil mengenai bidang seni serta kaitan antara seni dan universiti. Kekeliruan dan kekaburan pelajar dan masyarakat tersebut umumnya boleh berubah menjadi sebuah ‘kepercayaan tersirat’, yang jika tidak diberi penerangan dari dasar ilmu yang benar dan adil, akan mengakibatkan masyarakat seterusnya mewariskan sebuah kejahilan yang besar mengenai bidang seni. Tentunya

92

IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

kerisauan dan keresahan boleh timbul dan dirasakan oleh golongan ilmuan seni yang jujur, benar dan adil berkenaan situasi tersebut serta kesan besar keseluruhan yang akan terjadi dalam konteks ilmu seni tersebut. Apa yang berlaku kini adalah tekanan dan bebanan yang tertimpa kepada ilmuan seni di universiti yang ‘seakan harus’ menyelesaikan keseluruhan permasalahan tersebut. Perkara ini dibangkitkan memandangkan bahawa tugas universiti bukanlah berusaha untuk menerangkan sesuatu bidang ilmu dalam tahap terendah dan amat bersifat asasi. Bahkan universiti seharusnya hanya menerima pelajar untuk mengambil sesebuah kursus (seni) setelah terbukti mereka mempunyai keteguhan asas keilmuan (teoritikal dan kemahiran tertentu) dalam bidang (seni) yang diterimanya pada tahap persekolahan atau tahap lanjutan kemahiran. Nyata universiti kini (dalam konteks seni) terpaksa melakukan pendidikan menyeluruh kepada pelajar yang umumnya amat cetek atau lemah pengetahuannya dalam bidang seni. Adakalanya tahap kesarjanaan atau pemikiran tinggi mengenai bidang seni terpaksa direndahkan di universiti memandangkan pelajar masih ‘tidak bersedia’ untuk menerima ilmu terbabit. Kesannya bidang seni di universiti telah bergerak dalam nada ilmu yang agak ‘rendah’ berbanding tahap keilmuan ‘sebenar’ yang harus disampaikan kepada pelajar. Maka terlalu banyak hambatan, masalah dan kekeliruan timbul dari situasi ini, bukan hanya kepada pelajar bahkan juga kini kepada ilmuan seni dan universiti. Pelajar terlalu penat dan letih untuk memahami keseluruhan konsep seni (dari yang rendah sehingga yang tinggi) dalam masa antara tiga ke empat tahun. Ilmuan seni pula semakin penat dibebani dengan konsep-konsep seni yang terlalu rendah, lumrah dan remeh sehingga meminggirkan tugas asalnya sebagai seorang sarjana dan ilmuan yang senantiasa dahaga dengan kecendiakawanan ilmunya. Akhirnya bolehlah disimpulkan bahawa pelajar yang menghadapi masalah, kekeliruan atau kecelaruan persepsi terhadap bidang seni yang wujud di universiti adalah gambaran kepada kekeliruan ilmu seni yang dihadapi dalam masyarakat, yang telah merebak menjadi sebuah kekeliruan persepsi ilmu seni. Akibatnya yang lebih buruk adalah ditakuti pelajar tidak dapat memperoleh dan faham secara keseluruhannya mengenai ‘apakah itu ilmu seni? adakah ia berkaitan teknik (melukis, mengarca atau mencetak) semata-mata atau ianya hanyalah sebuah bidang

93


keilmuan yang abstrak dan kabur? Sehingga kemudiannya apa yang lebih penting dalam fikiran pelajar adalah mengejar ijazah dan kemudiannya mencari kerja. Jika kelayakan ijazah sarjana muda tidak memadai untuk keperluan semasa, maka ijazah sarjana pula yang dikejarkan tanpa memahami apakah yang dimaksudkan dengan kesarjanaan dan ilmu seni yang dipelajari. Apa yang lebih ditakuti kemudiannya adalah kekeliruan dan kekaburan itu akan disebar dan diwariskan pula kepada ahli masyarakat yang sudah memang keliru. Dalam konteks ini nampaknya masyarakat masih tidak dapat menerima dan memahami konsep ilmu secara benar dan adil bahkan lebih suka menggunakan ia sebagai simbol dan slogan semata-mata. Jika perkara ini tidak diperbetulkan dengan segera secara menyeluruh maka akan muncullah semula jawapan-jawapan ajaib dan mengejutkan dari pelajar berkenaan sebab mereka masuk ke universiti dan belajar seni. Lanjutannya bagi bidang seni pula akan muncullah fahaman yang keliru, jahil dan salah berkenaan bidang itu sendiri. Kesannya pula akan melahirkan pengetahuan dan ilmu seni yang keliru dan kabur bagi masyarakat. Bidang seni di universiti pula akan semakin semput, penat dan tenat melayan segala kerenah yang kabur, bingung dan jahil berbanding berusaha mendalami ilmu seni secara lebih menyeluruh, luas, benar, adil dan jujur.

Awak ambil kursus apa... Sejarah Seni!

Saya menghadapi banyak soalan berkaitan kursus yang saya ikuti sewaktu melanjutkan pengajian di peringkat pasca siswazah. Adalah sesuatu yang lumrah jika seseorang bertanya kepada anda jenis kursus yang diambil sewaktu memulakan perbualan, memandangkan anda baru sahaja mendaftar di sesebuah institusi pengajian. Tentulah juga agak menjenuhkan untuk menerangkan kursus apa yang diambil kepada hampir setiap orang yang baru dikenali itu. Ditambah pula kursus yang saya ambil adalah sejarah seni. Ya, sejarah seni, sebuah kursus yang tentunya agak asing bagi pendengaran orang yang telah biasa dan jenuh dengan kursus profesional lain seperti jurutera, doktor atau akauntan. Sudah tentunya susah hendak menerangkan situasi ini memandangkan jika ada sepuluh orang bertanya, maka ada sepuluh jenis pertanyaan yang berbeza nada, sikap dan watak pertanyaannya. Ditambah pula tempat saya mengikuti pengajian itu, adalah institusi pengajian yang terkenal bagi pelajar-pelajar yang menjurus dalam bidang perubatan, kejuruteraan petroleum dan akauntansi. Natijahnya, lahirlah pelbagai pertanyaan dan persoalan mengenai kursus yang saya ambil itu. Diantara contoh perbualannya saya perturunkan di bawah; Situasi 1 Pemuda 1 : Datang sini ambil kursus apa?

94

IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

95


Pemuda 2 : Sejarah seni. Pemuda 1 : Apaaaaa! Pemuda 2 : Art History (cakap orang putih baru boleh faham). Pemuda 1 : Ohhhhh!, kira art lah. Pemuda 2 : Boleh juga dikatakan begitu. Pemuda 1 : (sambil merenung kepada beberapa orang lain) Sebelum ni tak pernah dengar pulak orang ambil kursus ni. Hah! pelik juga, macam-macam kursus ada dicipta sekarang ni. Situasi 2 Pemuda 1 : Datang kat sini ambil kursus apa? Pemuda 2 : Sejarah seni? Pemuda 1 : (sambil termanggu) macam mana tu….. sejarahhh…! Pemuda 2 : Ya…saya ambil kursus sejarah seni. Pemuda 1 : Ohhhh! kira belajar sejarahlah. Pemuda 2 : Tidak juga. Saya belajar tentang sejarah kesenian. Pemuda 1 : Ah! ya ya ya (sambil mengangguk-angguk tanda cuba faham). Situasi 3 Pemuda 1 : Di sini ambil kursus apa? Pemuda 2 : Sejarah seni. Pemuda 1:(lama terdiam) dia belajar tentang sejarah lah…atau macam mana…. sejarah…atau seni…ke Pemuda 2 : Ya, sejarah seni. Pemuda 1 : Dia maknanya belajar sejarahlah….. atau belajar tentang seni. Pemuda 2 : (seakan mahu berfalsafah) saya belajar tentang ‘seni’ yang bersejarah. Pemuda 1 : (terdiam, tapi seakan mahu bertanya lagi) Ooo sejarah seni ye…. ok ok. Situasi 4 Pemuda 1 : Awak ambil kursus apa?

96

IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

Pemuda 2 : Sejarah seni… Pemuda 1 : Apa…. Pemuda 2 : art history (sekali lagi cakap orang putih baru boleh faham). Pemuda 1 : Sejarah ya…..sejarah zaman apa tu Pemuda 2 : Heemm…sejarah seni dari beberapa zaman dan budaya yang berbeza Pemuda 1 : Ooohhh!….habis nanti nak kerja apa ya…. Dialog yang saya perturunkan di atas hanyalah bersifat mukadimah dari perbualan yang lebih panjang. Banyak benda atau perkara yang berlegar difikiran saya dalam memahami mengapa orang ramai tidak begitu mengetahui dan memahami bidang ini. Faktor sosial, budaya, ekonomi dan pendidikan mungkin mempengaruhi kepada berlakunya situasi yang dinyatakan itu. Saya mengerti bahawa mengambil kursus sejarah seni bukanlah bersifat utama dalam perkiraan bahawa kursus ini tidak menjadi pilihan bagi pelajar yang melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca siswazah tanpa sebab yang betul-betul penting dan perlu. Dari itu ia agak sukar dipersepsikan sebagai sebuah kursus yang bersifat profesional dalam fahaman orang ramai. Natijahnya ia akan dianggap sebagai bukan berada dalam kedudukan kursus yang dianggap penting dan utama. Dari itu juga kesannya, ia agak sukar dimengerti atau difahami. Tidak seperti kursus-kursus popular lain seperti sains komputer, akauntansi, kejuruteraan, pentadbiran perniagaan atau pergigian, sejarah seni tidak menerima pujaan atau diminati sehebat kursus-kursus tersebut dengan andaian yang paling biasa adalah, ia mungkin kurang diperlukan (dalam konteks kerjaya) atau ia kurang menjamin pulangan ekonomi sebaik kursus-kursus lain. Kebiasaannya kini pelajar akan mengambil sesuatu kursus jika ia sesuai dengan keputusan akademiknya, bersifat popular atau ‘profesional’, boleh menjamin pekerjaan tetap, selain berkemungkinan dapat memperkukuh pangkat dan ekonomi dirinya di waktu mendatang. Dalam konteks semasa, dengan pasaran ekonomi yang bergerak pantas, keperluan terhadap gunatenaga mahir dan separa mahir berdasarkan asas pengajian sains, teknologi dan ekonomi adalah amat tinggi. Sesuatu kursus mestilah boleh bersifat

97


‘boleh jual’ dan ‘laku’ dalam pemahaman ia mestilah boleh menarik ramai pelajar untuk mengikutinya dengan sebab-sebab dan alasan ‘realiti ekonomi’ hari ini atau status sosial yang lahir darinya. Sejarah seni tidak menerima nasib sebegitu rupa, ia bukanlah sebuah kursus yang ‘laku’ dalam pemahaman yang dinyatakan tadi. Nasib kursus sejarah seni adalah sama dengan sejumlah kursus-kursus dari disiplin ilmu kemanusiaan yang lain. Kursus sejarah seni tidak dapat menjamin kerjaya atau ‘mitos’ kejayaan hidup dengan gah atau hebat, sehebat kursus-kursus yang diperkatakan sebelumnya (seperti sains, teknologi atau ekonomi), yang dianggap lebih ‘berjaya’ dan hebat. Seperti yang banyak diperkatakan, ‘kebenaran’ dan ketentuan mengenai pendidikan kini biasanya banyak ditentukan oleh suasana sosial, budaya, media, pendidikan atau keluarga sendiri. Dapat dilihat juga kini bahawa faktor keluarga (ibu bapa atau penjaga) dan masyarakat telah memainkan peranan yang semakin besar dalam menentukan jenis-jenis kerjaya yang ‘boleh diikuti’ oleh para pelajar. Persepsi bahawa sesuatu yang berkaitan seni, sastera, ilmu kemanusiaan, ilmu sosial dan falsafah adalah jenis kursus yang tidak menjamin kejayaan dan pulangan tinggi dalam hidup dan sering dikaitkan dengan tahap pemikiran yang rendah, memang telah meresap ke dalam fikiran masyarakat kini bahkan di kampung-kampung. Realiti ini diperkuatkan lagi dengan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara membangun yang secara berterusan memerlukan khidmat kemahiran dan pakar yang amat ramai dari bidang-bidang sains dan teknologi. Begitu juga dengan kursus yang berkaitan ekonomi, pengurusan dan perniagaan. Suasana sosial Malaysia telah banyak berubah dari ekonomi berasaskan pertanian semenjak merdeka sehingga ke akhir tahun 1970-an. Di waktu itu kesedaran dan pilihan terhadap kursus-kursus berasaskan sains dan teknologi adalah kurang berbanding pada tahun-tahun 1980-an dan seterusnya, apabila ekonomi Malaysia telah dipacu dengan pesat oleh asas teknologi dan industri. Maka situasi ini telah merubah keseluruhan lanskap dan halatuju pendidikan negara. Negara semakin mencari dan memerlukan tenaga mahir dari bidang sains dan teknologi serta ekonomi sebagai pemacu utamanya. Dalam kedudukan ini juga, faktor suasana dan iklim ekonomi semasa telah juga menyebabkan semakin ramai orang memilih kerjaya yang stabil dan

98

IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

selesa dari segi pendapatan ekonominya bagi menampung kos kehidupan yang semakin meningkat. Pemilihan jenis-jenis kursus di institusi pengajian tinggi oleh pelajar juga kini telah dilihat dari kacamata status sosialnya. Kursus yang boleh menyebabkan seseorang menerima status sosial yang baru dan lebih tinggi dalam masyarakat akan lebih diminati dan menerima lebih banyak permohonan berbanding kursus-kursus lain. Gelarangelaran profesional yang melekat pada awal nama seseorang akan lebih meningkatkan reputasi status dirinya dimata masyarakat. Tempias ini juga mungkin boleh dirasakan juga oleh kaum keluarga terdekat atau saudara mara jika mereka mahu ‘menjual’ cerita-cerita kehebatan tersebut. Ia boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti; “Si anu tu yang bekerja sekian-sekian besar di Kuala Lumpur tu sebenarnya anak saudara saya”. Maka perkaitan di antara pendidikan (kursus), pangkat dan status sosial telah terbukti boleh meningkatkan reputasi dan status seseorang individu dan/atau seluruh kaum keluarganya di dalam masyarakat. Sejarah sosial Malaysia telah membuktikan kebenaran situasi ini semenjak dari zaman sebelum merdeka lagi. Kursus yang diikuti di universiti dan kerjaya yang bakal ‘dijanjikan’ sesudah tamat pengajian adalah suatu titik perubahan paling utama dalam hidup seseorang sehingga boleh memberi kesan kepada diri, keluarga, komuniti, masyarakat dan negara. Perubahan besar boleh berlaku dari segi sikap sosial, ekonomi dan budaya dalam kedudukan tadi yang boleh juga menuju kepada sisi positif atau negatif. Maka pilihan untuk mengambil sesuatu kursus akan selalu dianggap sebagai peluang paling besar untuk memberi perubahan kepada keseluruhan hidup seseorang atau sesebuah keluarga. Lebih-lebih lagi jika si pelajar tadi mendapat keputusan peperiksaan peringkat menengah yang cemerlang. Umumnya dalam kedudukan masyarakat sekarang yang masih terbayang-bayang dengan kesusahan dan pergelutan hidup zaman pra DEB (Dasar Ekonomi Baru), melihat bahawa pendidikan dan pemilihan jenis kursus yang ‘tepat’ adalah jawapan bagi menghurai segala masalah yang timbul. Perkara ini biasanya lebih dirasai oleh golongan tua yang pernah menerima dan merasai segala kepahitan hidup tersebut. Maka mereka

99


seboleh-bolehnya mahu supaya generasi selepas mereka tidak lagi merasai segala kesusahan tersebut dengan galakan dan nasihat agar anak dan cucu mereka membuat pilihan dan mengambil kursus dan kerjaya yang lebih baik dan boleh menjamin kehidupan pada masa mendatang. Pendidikan telah dijadikan alat sosial utama untuk merubah, menjuruterakan dan membina semula strata masyarakat yang sebelumnya kurang seimbang dari segi kedudukan dan penguasaan ekonominya (Gambar 12).

(Gambar 12) Mohd Salehuddin, Village Shopping, 1959, cat minyak atas kanvas, 89.5cm x 76.5cm, Koleksi Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur, Malaysia. Karya ini sejak hampir 20 tahun lepas menjadi popular disebabkan gambarannya mengenai situasi sosial di tahun awal kemerdekaan.

100 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

Pemahaman ini akhirnya berbekas dalam fikiran orang ramai yang kemudiannya berubah menjadi kebiasaan dan tabiat. Pemahaman itu juga kemudiannya dikait dan dikembangkan ketahap yang lebih tinggi dengan melihat pula pendidikan dan pilihan kursus sebagai pemangkin atau agen kepada perubahan status sosial seseorang dalam masyarakatnya. Hal ini berlaku kerana dari segi ideanya masyarakat sudah hampir tidak terbeban lagi dengan kesengsaraan hidup pra DEB. Negara telah makmur dan damai, ekonominya telah maju, maka tujuan dan sebab akibat pendidikan yang mulia itu dulu telah mula berubah arah kepada tujuan yang lebih bersifat kepada usaha pencarian dan kaitan simbol serta lambang status. Pendidikan dan kerjaya kini telah lebih dipersepsikan sebagai simbol atau tanda kejayaan seseorang. Pengambilan sesuatu kursus akan lebih dilihat dalam hasilan akhirnya. Lepas tu nak kerja apa‌senang dapat kerja ke‌boleh kerja profesional ke‌boleh jadi kaya ke‌.boleh buat duit banyak tak‌atau gaji dan pulangannya cukup besar ke. Kerja dan kerjaya tinggi (disebut juga kolar putih) dalam keadaan ekonomi bersistem kapitalis versi yang wujud kini, lebih mementingkan wang dan kebendaan sebagai permainan simbol dan hasrat hidup seseorang. Kerjaya akan diperkaitkan dengan segenap lanskap kehidupan moden atau pasca moden yang lain, seperti kereta dibeli bukan lagi sebagai alat pelindung untuk membawa seseorang dari titik A ke B dengan selamat, mudah dan agak selesa. Tetapi kereta kini dibeli kerana status, gaya, citarasa dan perkaitan simbol yang diperolehi oleh individu atau keluarga yang memiliki kereta tersebut. Begitu juga dengan rumah seperti ruangnya, lokasinya, saiznya, kemasannya, tatahiasnya dilihat kini sebagai sesuatu penegasan simbol dan status berbanding keperluan hidup. Ia kini telah menjalar kepada pelbagai aksesori kehidupan moden lain seperti pakaian, makanan atau percutian. Kesemua itu dapat dicapai dengan pemilihan kursus yang boleh menjamin pemerolehan ekonomi yang besar dan berterusan. Dalam konteks ini pendidikan dan pemilihan kursus serta kesannya, lebih dilihat sebagai matlamat untuk membina kehidupan yang mewah dan berstatus tinggi bagi menjarakkan mereka dengan perkaitan (atau trauma generasi) strata masyarakat rendah, selain berusaha meraikan hidup (yang dikatakan sementara itu) dalam sensasi dan rentak semasa yang rancak dan bergaya.

101


Saya memahami juga bahawa faktor pemilihan kursus adalah berkaitan juga secara sejarahnya dengan kesedaran pembinaan strata sosial dan ekonomi dalam masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia. Bilangan pelajar Melayu yang mengambil kursus profesional di institusi pengajian tinggi tempatan sebelum DEB amatlah kecil jumlahnya. Hal ini telah mengakibatkan berlaku pergeseran sosial akibat terbinanya jurang ekonomi antara kaum. Selepas DEB dilaksanakan semakin ramai pelajar Melayu diterima memasuki institusi pengajian tinggi tempatan. Namun kursus ilmu kemanusiaan masih menjadi keutamaan pilihan mereka akibat faktor sosial dan kurangnya pendedahan mengenai kursus berasaskan sains dan teknologi. Pemberian biasiswa dan galakan dibuat bagi meramaikan lagi bilangan pelajar Melayu mengambil kursus berasaskan sains dan teknologi, yang dilihat secara strategiknya boleh membina semula lanskap sosial dan ekonomi negara selain keperluan gunatenaga mahir berasaskan sains dan industri yang terus meningkat dari dekad ke dekad. Komplikasi sosial, budaya dan ekonomi di atas telah memberi kesan kepada kecenderungan pemilihan kursus oleh pelajar sekarang. Kursus dari bidang ilmu kemanusiaan semakin hari semakin kurang menjadi pilihan dan tempias kuatnya semakin dirasakan kepada bidang ilmu ‘terpencil’ seperti sejarah seni. Ditambah dengan kurangnya kesedaran budaya dan sosial secara lebih menyeluruh, bidang ini langsung hampir tidak diketahui kewujudannya. Kurangnya pengetahuan pelajar terhadap bidang ini mungkin juga disebabkan oleh sistem pendidikan menengah Malaysia yang memisahkan aliran ilmu mengikut pencapaian akademik dan minat pelajar. Penafian hak pelajar untuk mengetahui sesuatu bidang ilmu pada peringkat sekolah menengah diperkuatkan lagi dengan tanggapan mitos yang mengaitkan sesuatu bidang ilmu dengan ketidakpentingan ia secara akademik dan praktikal dalam hidup seseorang dimasa depan. Bidang ilmu dipilih berdasarkan ‘hasil tuaiannya’ yang mewah dan menguntungkan dimasa mendatang. Ilmu yang berguna akan selalu dikaitkan dengan praktikaliti dan perolehan keuntungan dari segi ekonomi atau jawatan dimasa mendatang. Akhirnya muncullah mitos yang mengaitkan sesuatu bidang ilmu dengan kecerdasan fikiran dan pencapaian akademik dan bukan lagi berdasarkan minat dan

102 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

kecenderungan pelajar. Akhirnya saya terus juga berfikir-fikir mengenangkan semua perkara yang telah dinyatakan tadi. Harus bagaimana kita menghadapi keadaan ini khususnya dalam era ekonomi pasca kapitalis dan paradigma pekerja berilmu. Atau idea itu tidak sepenting kita mendapat kerja yang bagus dengan gaji yang mahal, kerana akhirnya orang akan bertanya soalan seperti; ambil kursus ni nanti nak kerja apa‌sebagai penamat persoalan. Arus pragmatisme telah menjalar ke segenap penjuru bidang pendidikan kini. Pendidikan bukan lagi berkaitan hal-hal mengenai pengetahuan, ilmu dan akhlak. Bahkan pendidikan kini dinilaikan dengan wang dan kuasa serta segenap benda yang berkaitan dengan hal tersebut. Manusia sudah semakin jahil dengan bidang ilmu yang dipelajarinya itu kerana menjadikan bidang ilmu tersebut sebagai medan perlaksanaan arus nafsunya yang dipacu dengan wang dan kebendaan. Mudahnya kini manusia telah semakin tidak faham apakah ilmu itu sebenarnya, apa perlunya berilmu, untuk apakah ilmu dan apakah tanggungjawab ilmuan. Sekali lagi, hal tersebut tidaklah sepenting pertanyaan; “ lepas ni nak kerja apaâ€? atau “boleh buat duit ke bidang niâ€?. Lalu kesannya nanti akan muncullah sebuah lapisan generasi yang buta dan jahil tentang kepelbagaian bidang ilmu dan pengetahuan, yang perlu menanggung beban kepada kesilapan tanggapan hari ini untuk generasi mendatang yang mungkin buta warisan atau rabun seni.

103


Seni itu tiada apa-apa atau ikut apa aku suka dan rasa!

Apabila berpeluang berbual-bual dengan pelajar-pelajar yang menjuruskan pengajiannya dalam bidang seni, saya selalu teruja dengan segala idea, pendapat atau pengalaman mereka yang lepas dalam mengenali, menganggapi dan mengalami bidang seni. Idea-idea tersebut saya anggap amat menarik kerana ia selalunya jujur, mentah dan langsung. Topik-topik yang selalu menjadi minat saya adalah mengapa atau bagaimana mereka boleh memilih untuk menjuruskan diri dalam bidang ini. Tentunya jawapan yang diutarakan adalah rencam, serencam manusia yang menjawabnya, khususnya yang selalu dikatakan sebagai bakal seniman itu. Penjurusan idea sebab musabab tadi sering saya klasifikasikan mengikut kepentingan, bidang atau faktor sosial yang terlibat. Jawapan yang paling sering didengar pula biasanya akan berkaitan dengan orang yang rapat dalam hidup pelajar terbabit memberi dorongan, galakan atau pengaruh kepada pelajar. Orang yang rapat dalam kes ini mungkin terdiri dari ahli keluarga, guru-guru atau teman rapat. Hal ini adalah biasa selain minat peribadi si pelajar terbabit. Suatu hal yang agak pelik kini telah saya alami dalam proses untuk memahami situasi tersebut. Faktor tersebut adalah penyataan bahawa setelah mereka mengambil bidang seni, mereka mendapati adalah benar bahawa seni itu tidak mempunyai apa-apa dan lebih banyak menjurus kepada hal-hal membuat sesuatu yang bersifat ‘ikut suka aku’ atau

104 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

105


‘apa aku rasa’. Saya kembali bertanya siapa yang pernah berkata begitu atau bagaimana mereka boleh katakan begitu. Kata mereka, kenyataan begitu lahir dari mulut ramai seniman sezaman yang mereka jumpa dan mereka mempercayai kenyataan itu kerana buktinya seni yang wujud kini atau yang mereka kerjakan di studio itu memang culas dan remeh sifatnya. Tambahan pula bila pelajar ini menyelak buku sejarah seni moden atau sezaman yang tebal-tebal itu, selalu menemui pula karya-karya seni yang tak tentu hala, tak tentu hujung pangkal, gila, sasau, entah apa-apa dan ‘tak faham langsung’. Maka si pelajar ini pun boleh berkata “aku pun boleh mengolah seni sebegitu rupa” dan “ikut suka akulah nak buat seni apa yang aku suka atau aku rasa”. Setelah melihat dalam konteks apakah perkara tersebut dinyatakan oleh para pelajar tadi. Maka saya mula berfikir bahawa apa yang diperkatakan itu ada kaitannya dengan paradigma seni sezaman yang merupakan bentuk pengucapan seni yang utama diwaktu ini. Sifat dan bentuk seni sezaman yang keliru dan mengelirukan itulah yang sesungguhnya membuatkan banyak pihak termasuk pelajar terbabit merasakan bahawa seni yang dicipta kini tidaklah mengandungi apa-apa makna yang khusus, muluk atau berat-berat isunya, bahkan ianya seakan sebuah ciptaan yang dibuat secara suka-suka, mungkin sama seperti tabiat Jackson Pollock yang suka merenjis-renjis atau menyiram cat di atas kanvas. Saya juga merasakan bahawa rujukan kepada keseluruhan isu ‘art ni tak ada apa-apa’ atau ‘art ni buat apa yang kau suka atau rasa’ adalah terhasil dari rujukan kepada aspek dan sifat seni sezaman atau akhiran seni moden. Rujukan awal kepada ‘art ni buat apa yang kau suka atau rasa’ adalah lebih kepada jenis seni abstrak yang selalu digambarkan sebagai bentuk seni yang suka menyimbah-nyimbah cat, menenyeh, mencalit, merenjis atau menabur cat diatas kanvas ikut sesuka hati tanpa sebarang rujukan konkrit kepada sesuatu hal atau benda (Gambar 13). Seni yang sebegini selalu diceritakan sebagai satu luahan kepada perasaan atau fikiran, jika kacau fikirannya maka kacaulah bentuknya, jika tenang fikiran maka harmonilah hasilan seni abstrak itu. Lalu hal itu kemudiannya berlanjutan pula kepada isu ‘art ni tak ada apa-apa’ kerana bentuk seni yang abstrak itu selalu digambarkan tidak bermakna apa-apa secara khusus, ianya seakan khayalan atau luahan perasaan, ia juga tiada rujukan konkrit dan logik

106 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

(Gambar 13) Cheong Laitong, Escapade, 1968, akrilik atas kanvas, 122.5cm x 152.5cm, Koleksi Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur, Malaysia. Karya seni mujarad (abstrak) penuh mempunyai kerangka apresiasinya yang tersendiri memandangkan ia dicipta dari kerangka estetik dan ideologi seni yang bersifat sebuah cabaran atau usul baru kepada kerangka estetik sebelumnya.

107


mengenai alam dan makhluknya. Maka memanglah benar seni abstrak tidak bermakna apa-apa. Maknanya juga buat kerja seni ini tiada tujuan dan matlamat kerana ‘ia tak ada apa-apa pun’ atau ‘ikut suka aku’. Pada pendapat saya, fikiran atau nuansa sedemikian adalah berbahaya dalam konteks ilmu seni halus dan sejarah seni. Seniman yang memberi kenyataan terbabit tidak dapat dipersalahkan keseluruhannya juga kerana seni yang dipraktikkan secara tegar oleh mereka adalah berbeza dengan jenis usaha seni yang berada dalam proses pembelajaran (sewaktu pelajar sedang mengikuti pengajian seninya). Maka sebenar-benarnya yang menjadi masalah di sini adalah pedagogi mengajar seni sezaman atau seni moden itu sebenarnya. Apabila wujud jarak atau kesulitan oleh pensyarah atau guru untuk memberi penerangan kepada pelajarnya berkaitan sesuatu seni yang agak pelik atau luar biasa (biasanya yang bergerak dari dasar konsepsual dan pemikiran), maka wujudlah vakum pengetahuan atau ruang kekosongan ilmu oleh pelajar-pelajar terbabit. Ditambah pula dengan sogokan suara yang menyatakan seni sebagai begitu dan begini maksudnya, maka bermulalah mukadimah kepercayaan pelajar terbabit akan sifat seni yang ‘tak ada apa-apa’, ‘ikut suka aku’ atau ‘ikut apa aku rasa’. Di waktu yang sama sikap intepretatif atau improvisasi pelajar terbabit telah juga berkembang diperingkat pembuatan seni yang turut membuktikan bahawa segala yang dinyatakan itu memanglah benar dan terbukti akhirnya bahawa ‘seni adalah perbuatan syok sendiri’. Seperti yang telah dinyatakan, kita menghadapi masalah berkaitan cara dan kaedah yang terbaik bagi menerangkan mengapakah atau bagaimanakah karya-karya seni sedemikian dicipta. Kompleksiti seni sezaman telah menghauskan sebab-sebab yang lebih konkrit untuk kita menjelaskan mengapakah sesuatu karya yang pelik itu dicipta. Amat sukar secara mudah untuk menerangkan mengapakah contohnya seniman sezaman Amerika bernama Mathew Barney, mengusahakan siri karya seninya yang bertajuk Creamaster, yang sungguh pelik, hairan, ajaib, takjub, sasau dan hampir gila itu. Kerana kita tidak tahu apakah sebenarnya yang ingin dinyatakan oleh karya seni tersebut. Apabila wujud komponen yang lucah, teaterikal, persembahan atau wujud watak-watak mutasi separuh

108 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

manusia, maka keseluruhannya karya tersebut adalah gila dan seakan tiada ada apaapa yang penting pun. Dari itu kepentingan komponen sejarah dan teori seni adalah amat kritikal sekali dalam konteks memberi penjelasan dan kefahaman berkenaan bentuk-bentuk seni yang wujud seiring dengan kompleksiti masyarakat sezaman kini. Pedagogi seni kini bukan lagi berkaitan cara memahami sesuatu karya dari segi bentuk dan maknanya sahaja, tetapi kompleksiti seni kini telah menuntut pemahaman yang menjurus kepada aspek bentuk dan konteks yang berkaitan dengan karya tersebut. Sebagai tambahan amat perlulah pula aktiviti ini disulam pula dengan pengenalan kepada teori-teori seni atau kriteria keindahan (estetika) baru yang merujuk kepada ciptaan karya-karya yang ganjil dan dikatakan tak ada apa-apa itu. Seni tidak muncul dari vakum, ia berkait rapat dengan situasi sosial yang berlaku dalam atau sekitar masyarakat. Seni hampir tidak mungkin tidak bermakna, walaupun ada seni yang dikatakan tidak bermakna namun perhubungan kontekstual antara hasil seni tersebut dengan beberapa bidang keilmuan lain akan dapat memberi gambaran kepada apakah yang sebenarnya yang membuatkan karya seni sebegitu dicipta. Sebab musabab kepada kewujudan frasa ‘seni itu tak ada apa-apa’, ‘seni ikut suka aku’ atau ‘seni ikut rasa aku’ menggambarkan kelemahan penguasaan ilmu kontekstual bagi seseorang individu dalam konteks praktis seni sezaman. Selain kelemahan penguasaan bidang sejarah dan teori seni sezaman. Orang yang membuat kenyataan sebegini menghadapi kesukaran memberi rantai perhubungan kepada rasionaliti atau falsafah mengapa karya seni sezaman yang sedemikian pelik diusahakan. Akhirnya dapat juga difahami bahawa bidang seni kini bukanlah berkaitan dengan hal tukang atau kraf penciptaannya sahaja tetapi ia berkaitan ilmu pemikiran atau falsafah yang memberi konteks atau erti kepada penciptaan sesuatu objek seni. Ianya sebenarnya tidak semudah ‘ikut suka aku’ atau ‘ikut rasa aku’, bahkan ia terlalu kompleks atau canggih dari kata-kata itu semua (bagi yang berilmu dan tahu tentunya).

109


Graduan seni halus: Isunya adalah kerjaya, keperluan semasa atau kesilapan ilmu itu sendiri Lebih dari tiga puluh tahun lepas Allahyarham Ismail Zain menyatakan bahawa kurang 10% dari kumpulan graduan seni halus dalam sesebuah kelas akan berakhir menjadi seniman. Banyaknya akan menjadi pengajar seni atau membuat kerja yang ada berkaitan seni tetapi bukan sebagai seniman. Selebihnya akan menjadi ‘alim’ seni tetapi bekerjaya lain dari bidang seni. Beliau membuat kenyataan itu merujuk kepada keadaan sewaktu beliau menuntut di England pada tahun 1960-an. Secara umum realitinya mungkin tidak banyak berbeza dengan apa yang berlaku sekarang. Maksud saya di sini ke manakah mengalirnya graduan seni halus di alam pekerjaan di Malaysia. Soalan yang paling signifikan adalah berapa ramaikah graduan seni halus yang selepas tamat pengajian akan menjadi seniman. Jika mereka tidak menjadi seniman, apakah pekerjaan yang mereka lakukan. Adakah mereka masih menggunakan ilmu seni halus yang mereka terima dalam alam pekerjaan. Akhirnya soalan yang akan kita tanyakan mungkin berbunyi, mengapakah hal ini terjadi dan apakah atau dimanakah silapnya. Sebelum melihat persoalan ini secara lebih jauh adalah elok jika kita meninjau secara rambang keadaan semasa dalam bidang keilmuan yang lain di institusi pengajian tinggi tempatan. Biasanya tuntutan permintaan yang banyak telah mengakibatkan graduan dalam sesuatu bidang keilmuan menjadi laris. Hal ini telah biasa kita fahami

110 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

111


melalui teori hukum permintaan dan penawaran (melalui disiplin ekonomi dan perniagaan). Kita juga dapat memahami bahawa hukum permintaan dan penawaran ini diaplikasikan dalam konteks institusi pengajian tinggi kita berdasarkan kepada keadaan semasa atau ketentuan dasar kerajaan. Iaitu pertamanya negara kita mengamalkan dasar ekonomi kapitalisme. Dasar ini mementingkan keterbukaan persaingan dalam merebut kekayaan. Kekayaan dapat dicapai melalui keuntungan yang berlipat kali ganda melalui usaha perniagaan. Prinsip asas kepada perniagaan ini pula bermula dengan modal yang minima untuk mendapat untung yang maksima. Pemodal-pemodal atau peniaga akan senantiasa mencari jalan untuk semakin memaksimakan keuntungan perniagaannya. Dalam konteks ini peniaga memerlukan pekerja yang mempunyai kemahiran khusus yang berkaitan sesuatu perniagaan bagi membolehkan perniagaan mereka berjalan dengan lancar dan senantiasa menguntungkan. Dalam konteks semasa terdapat beberapa bidang perniagaan yang senantiasa menuntut ahli-ahli yang mahir, terlatih dan mempunyai kepakaran khusus bagi menjayakan usaha perniagaan tersebut sebagai pekerja mereka. Perlu diingat pula bahawa pemodal atau peniaga dalam konteks ekonomi kapitalis hanya berminat pada bidang-bidang perniagaan tertentu, yang mempunyai prospek keuntungan yang tinggi atau boleh menjamin keuntungan yang berlipat ganda sebelum melaburkan wang mereka dalam sesuatu perniagaan. Dalam konteks inilah sebenarnya sesebuah bidang keilmuan di institusi pengajian tinggi menjadi sebegitu penting dan ‘laku’ dipasaran pekerjaan. Graduan dalam bidang keilmuan yang ‘releven’ dengan bidang yang boleh menjana keuntungan besar atau berpanjangan akan senantiasa dianggap penting dan amat diperlukan. Selain faktor di atas, realiti sosial Malaysia juga telah memainkan peranan bagi membuatkan sesuatu bidang pengajian itu menjadi ‘penting’ bagi negara. Dasar-dasar sosial negara dalam sesuatu perkara telah membuatkan sesebuah bidang pengajian menjadi nadi atau tulang belakang kepada sesuatu polisi. Hal ini amatlah tepat merujuk kepada bidang kesihatan (perubatan). Oleh kerana dasar negara yang begitu mementingkan bidang kesihatan sebagai antara tanggungjawab sosial yang terbesar dan utama, maka keperluan gunatenaga atau pekerja dalam bidang ini amatlah sentiasa

112 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

diperlukan dan menjadi kritikal. Akibat tekanan permintaan yang lebih (oleh negara dan masyarakat) berbanding penawaran (contohnya pengeluaran doktor perubatan oleh universiti), maka bidang pengajian ini menjadi sebegitu diperlukan oleh negara. Hasilnya bidang perubatan menjadi sebuah bidang pengajian keilmuan yang ‘amat penting’ di Malaysia sekarang. Graduannya akan senantiasa laris di pasaran pekerjaan. Hal ini contohnya berbeza dengan dua bidang lain iaitu pendidikan dan teknologi maklumat. Antara tiga puluh sehingga sepuluh tahun lepas keperluan gunatenaga dalam bidang pendidikan menjadi begitu kritikal kerana negara mengalami kekurangan pendidik atau guru untuk ditempatkan di sekolah-sekolah. Arus penawaran gunatenaga dalam bidang pendidikan pula tidak dapat memenuhi arus permintaan, hal ini telah mengakibatkan usaha untuk meramaikan golongan pendidik atau guru menjadi suatu ‘keutamaan’ kepada negara. Namun semenjak lima tahun kebelakangan ini, akibat penawaran yang berlebihan hingga mengakibatkan lambakan gunatenaga, selain kuantiti pendidik yang dianggap sudah hampir mencukupi. Bidang pendidikan bukan lagi dianggap sebagai suatu bidang ilmu terpenting atau kritikal bagi negara. Berbeza pula halnya dengan bidang teknologi maklumat, yang secara tiba-tiba semenjak hampir lima belas tahun lepas menjadi keutamaan bagi negara kerana dasar kerajaan yang mementingkan pembangunan teknologi maklumat sebagai teras ekonomi bagi masa depan. Keadaan ini telah membuatkan bidang teknologi maklumat menjadi sebegitu penting bagi mencapai matlamat negara untuk menjadi negara maju. Hasilnya permintaan gunatenaga terhadap sektor teknologi maklumat menjadi semakin membesar dan tugas ini antara lainnya perlu dipikul oleh universiti yang perlu melahirkan lebih ramai pakar teknologi maklumat dalam pelbagai bidang. Tentunya bidang teknologi maklumat kini adalah antara salah satu bidang yang amat penting dan ‘strategik’ bagi negara. Jika ditinjau dalam suasana semasa di Malaysia, adalah tidak menyukarkan bagi pelajarpelajar dalam bidang perubatan, pergigian, perakaunan dan farmasi untuk mendapat pekerjaan berkaitan bidang masing-masing setelah tamat pengajian. Bahkan boleh disebut bahawa kepastian tawaran kerja sudah menanti bagi graduan terbabit. Begitu juga bagi bidang-bidang sains gunaan berasaskan matematik, fizik, ekonomi, biologi

113


dan kimia. Bidang-bidang keilmuan ini sesungguhnya merupakan lubuk keuntungan bagi golongan pemodal (peniaga) untuk mengaut keuntungan dari perniagaan mereka. Ini adalah kerana asas keuntungan perniagaan dalam dunia kapitalisme global sekarang umumnya adalah berteraskan sains dan teknologi. Sains dan teknologi adalah ramuan asas bagi menjayakan segala projek kekayaan perniagaan di dunia ini sekarang. Graduan atau ahli terlatih dalam bidang berkaitan akan segera ‘disunting’ oleh pemodal bagi menjana dan membantu perniagaan masing-masing. Nampaknya dalam konteks ini, graduan dari bidang keilmuan berasaskan sains, ekonomi, perniagaan dan teknologi akan sentiasa mendapat perhatian dari pemodal atau peniaga berbanding bidang keilmuan lain. Mereka kelihatan lebih ‘bersedia’ untuk keluar dari universiti dan mengalir ke dalam arus pekerjaan. Graduan-graduan dalam bidang seni asasi (seni halus) pula semenjak bertahun-tahun telah menghadapi kesukaran untuk mendapat peluang pekerjaan yang berpadanan dengan kemahiran dan kelayakan mereka. Bahkan secara lebih menyeluruh umumnya graduan dari bidang ilmu kemanusiaan, sains sosial dan agama juga menghadapi masalah yang sama. Dalam beberapa keadaan, pengajian seni asasi yang para pelajar ikuti di universiti kadangkala dilihat atau boleh dipersepsikan hanya sebagai suatu ‘formaliti pendidikan tinggi’. Iaitu pengajian mereka di universiti untuk mendapat ijazah hanyalah berupa suatu tindakan biasa atau lazim, demi untuk memenuhi beberapa tuntutan. Konsep asasnya di sini adalah terdapat kecenderungan bagi pelajar untuk masuk ke universiti dan memperoleh ijazah dalam sesuatu bidang (tidak kiralah dalam bidang apa sekali pun) demi secara umumnya untuk; a) memuaskan hati sendiri. b) memuaskan hati keluarga dan saudara mara. c) memperoleh status sosial di mata masyarakat. d) berharap agar memperoleh pekerjaan yang agak baik (dari segi gaji dan jawatan). Malangnya secara pragmatik bidang pengajian seni asasi tidak dapat memenuhi tuntutan semasa yang dinyatakan di atas. Iaitu menawarkan peluang pekerjaan sesudah tamat pengajian. Graduan ini adakalanya mengalir atau kadangkala tercampak ke dalam bidang kerjaya yang berbeza dan adakalanya terlalu jauh dari bidang kajian

114 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

mereka. Secara pragmatik juga hal ini tentulah jauh lebih baik berbanding graduan yang langsung tidak mempunyai pekerjaan. Tetapi dari segi strategiknya kita boleh menyoal secara rasional tentang impak atau kesan kursus seni asasi yang dijalankan di universiti dalam konteks tersebut selain impak dan kesannya dalam konteks praktis seni asasi itu sendiri. Keadaan ini amat perlu diberi perhatian memandangkan sudah begitu banyak masa, tenaga dan wang ringgit dicurahkan untuk mencapai impian memiliki ijazah. Jika ditinjau secara nyata graduan dari bidang seni asasi kelihatan ‘tercampak’ ke dalam beberapa keadaan dan situasi yang ‘asing’. Mungkin ada yang menjual mee rebus di pasar malam berbekalkan modal dari makciknya, ada yang bekerja sebagai operator pengeluaran di kilang-kilang, ada yang menjadi agen insuran, ada yang bekerja di taman asuhan kanak-kanak, ada yang menjadi kerani pejabat, ada yang menjadi pembantu jualan di kedai karpet dan ada yang bekerja sebagai juruteknik mesin. Jika bernasib baik ada yang menjadi pensyarah, guru, pegawai tadbir, pembantu penyelidik, pereka atau pegawai eksekutif. Terlalu jarang yang memilih untuk mempraktikkan ilmu seni asasi tersebut sebagai kerjaya utama (menjadi seniman). Keadaan ini secara umum boleh menyebabkan orang perseorangan atau masyarakat tertanya-tanya berkaitan soalan yang asas berkenaan bidang keilmuan seni halus secara pragmatik. Orang mungkin boleh bertanya mengapakah kursus seni halus ditawarkan di universiti tempatan jika diketahui bahawa peluang pekerjaan bagi mereka adalah tipis. Atau dalam konteks yang ekstrem orang boleh menyoal bahawa kursus seni halus adalah sesuatu yang tidak bermanfaat memandangkan bahawa ia tidak menyediakan peluang pekerjaan kepada graduannya. Soalan asal saya di awal esei ini iaitu ke manakah gerangannya graduan seni halus akan menjuruskan diri mereka di alam pekerjaan itu sebenarnya bersifat semasa. Iaitu esei ini bergerak dalam suasana semasa untuk melihat masalah semasa. Tetapi kita juga memahami bahawa isu ini sebenarnya telah muncul semenjak tiga dekad lepas. Ada beberapa perkara yang perlu diberi pertimbangan dalam isu berkenaan graduan seni halus ini yang perlu difahami dan diperhalusi dalam beberapa konteks. Pertamanya adakah

115


kita dapat memahami secara mendalam dan menyeluruh dalam konteks keilmuan dan kesarjanaan, tentang mengapakah kursus seni halus ditawarkan di universiti tempatan. Keduanya adalah, adakah kita sudah memahami secara jelas, strategik dan menyeluruh berkenaan konsep keilmuan yang bersifat asasi (fundamental). Ketiganya, adakah kita sudah menyelidik secara mendalam dan menyeluruh dalam konteks sejarah sosial Malaysia tentang mengapakah kursus seni halus ditawarkan di universiti awam tempatan. Keempatnya, adakah segala persoalan atau isu semasa yang pragmatik berkenaan bidang keilmuan seni halus harus juga dijawab secara pragmatik. Dari perkara pertama yang dinyatakan, saya kira kita perlu memahami secara mendalam dan menyeluruh tentang hakikat keilmuan bidang seni halus. Kita harus memahami apakah atau bagaimanakah sejarah pendidikan seni halus itu bermula dan berkembang. Kita harus memahami apakah tujuan ilmunya. Apakah falsafah dan matlamat ilmunya. Apakah kegunaan ilmu ini. Kepada siapakah ilmunya itu nanti berguna. Kerisauan kita tentang perkara ini mungkin boleh bermula dari kekeliruan faham kita sendiri tentang hakikat ilmu itu sendiri. Apakah makna ilmu?, adakah ia maklumat, adakah ia pengetahuan atau adakah ia kemahiran dan teknik? Dalam konteks seni halus kita mungkin boleh bertanya apakah ilmu seni halus itu ? Adakah ia bidang pengkhususan studio semata-mata? Adakah ia teknik atau adakah ia kaedah membuat karya sahaja? Dimanakah letaknya ilmu seni halus itu? Adakah pada kemahiran? Adakah pada teknik? Adakah pada fikiran atau minda si pembuat karya? Kekeliruan atau kejahilan fahaman terhadap ilmu seni halus ini sebenarnya telah menyumbang kepada banyak salah tafsiran atau salah pandangan terhadap bidang ilmu itu sendiri. Hal ini sesungguhnya amatlah mendukacitakan. Perkara ini sepatutnya tidak berlaku kerana hal ilmu, keilmuan dan kesarjanaan adalah perkara pokok atau asas dalam konteks universiti. Ia adalah core business bagi universiti. Cintakan kebenaran dan kebijaksanaan melalui jalan kebenaran dan keadilan itu adalah ramuan paling penting dan asas bagi golongan pelajar dan guru (pensyarah) yang bertemu kerana ilmu di universiti. Akhirnya tanpa ilmu yang betul, kita mungkin

116 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

boleh tersesat dalam melalui jalan atau ranjau keilmuan itu sendiri, yang kadangkala kita sangka betul dan benar tetapi pada hakikatnya kita keliru. Keadaan ini boleh menghasilkan kejahilan yang ketara, atau dalam bahasa kini boleh disebut sebagai salah tafsiran terhadap ilmu seni asasi itu sendiri. Salah tafsiran atau salah tanggapan inilah yang sebenarnya membuatkan bidang keilmuan seni halus itu contohnya menerima kesannya secara ketara. Akibat dari kejahilan mengenai hakikat keilmuan seni halus itu, maka bidang seni halus kadangkala dipersepsikan secara cetek sebagai sebuah kemahiran, teknik, kaedah, cara membuat karya seni. Secara mudah juga kita boleh melihat kekeliruan ilmu seni halus dalam beberapa contoh seperti berikut. Apakah yang dimaksudkan sebagai ilmu catan? Adakah ia teknik mengecat, adakah ia sebuah kemahiran menguasai cat minyak dan akrilik, adakah ia berkenaan sejarah dan teori catan, atau adakah ia berkenaan hal bagaimana melukis manusia dengan tepat dan betul. Apakah kesarjanaan catan? Adakah ia bersifat praktik sepenuhnya atau bersifat teori. Akibat dari kejahilan ilmu yang semakin membesar, berkembang dan berterusan maka bidang keilmuan seni yang asasi ini telah menuju arus kerendahan nilai yang amat ketara. Kecelaruan yang membuak-buak telah meletakkan ilmu seni halus itu bukan pada tempatnya. Ia telah dikelirukan dengan tindakan dan dasar yang akhirnya boleh memusnahkan bidang keilmuan itu sendiri secara menyeluruh. Keadaan ini sesungguhnya amatlah kritikal memandangkan sebegitu ramai graduan yang sehingga hari ini tidak begitu pasti mengapakah mereka diberi sebuah ijazah yang mempunyai perkataan ‘sarjana muda’. Apakah yang dimaksudkan dengan kata ‘sarjana’ di situ dan apakah bukti bagi perkataan sarjana itu bagi diri penerima ijazah tersebut secara benar dan jujur. Mungkin sesetengah orang berpendapat, kesemua hal tersebut (ilmu dan kesarjanaan) tidaklah penting berbanding kepandaian dan kemahiran kita membuat lukisan, catan, arca dan cetakan yang baik dan hebat. Dalam soal ini kita boleh menjawab bahawa untuk hanya memperolehi kemahiran atau kepandaian melukis, mencatan, mengarca atau mencetak seseorang tidak perlu untuk ke universiti. Seseorang boleh belajar dari pandai seni atau tukang seni yang mahir atau mengikuti kursus pendek. Dalam tempoh empat sehingga ke lima tahun mereka tentunya akan

117


menjadi ahli yang cukup mahir dan hebat jika tekun memahirkan diri dengan kemahiran yang ingin diperolehi. Untuk menjadi seorang pelukis paling hebat seseorang tidak wajib untuk belajar di universiti. Hal ini telah pun dibuktikan oleh ramai seniman ternama di dunia. Keadaan ini juga contohnya telah gagal difahami oleh orang ramai dalam konteks ilmu seni halus. Tugas universiti adalah bertanggungjawab dengan nilai keilmuan yang ditawarkannya secara jujur dan amanah. Mempelajari ilmu secara kesarjanaan bukanlah hanya berkaitan penguasaan teknik, kemahiran atau kaedah, ia juga berkaitan soal nilai dan teori keilmuan serta falsafah tentang sesuatu bidang keilmuan itu. Kegagalan memahami konsep asas keilmuan dan kaitannya dengan bidang seni halus secara menyeluruh telah menyumbang kepada keherotan pandang atau kejulingan tindakan berkenaan bidang ilmu itu sendiri. Perkara kedua pula terjadi berdasarkan perkara pertama iaitu klasifikasi keilmuan seni iaitu diantara yang bersifat asasi dan gunaan. Kekeliruan ilmu boleh bermula dengan kejahilan untuk memberi perbezaan antara bidang yang bersifat asasi dan gunaan. Secara mudah klasifikasi keilmuan yang bersifat asasi seperti bidang seni halus adalah suatu jenis disiplin ilmu yang khusus menjawab persoalan keilmuan seni berdasarkan bidang seni itu sendiri. Sifat keilmuan asasi adalah mendasar iaitu ia mengkaji, meneroka dan memperkembangkan kefahaman asas keilmuan bidangnya. Sifat keilmuan asasi adalah penting bagi memperkembangkan ilmu yang bersifat gunaan. Contoh-contoh ketara berkenaan hal tersebut telah berlaku di sekolah-sekolah seni terbaik di Eropah semenjak tahun 1920-an lagi atau dari semenjak tahun-tahun 1970-an di institut penyelidikan seni di Amerika. Asas keilmuan asasi yang baik dan hebat akan dapat memperkembangkan keilmuan gunaan secara baik dan hebat juga. Banyak diantara kita yang memandang rendah keutamaan bidang keilmuan asasi kerana ia ‘lewat’ atau ‘kurang’ membuahkan hasil (baik dari segi dana atau keuntungan). Tetapi kita juga lupa bahawa kekuatan atau kepakaran penyelidikan kita dalam bidang asasilah yang sebenarnya boleh menghasilkan ledakan besar dalam sesebuah bidang keilmuan. Dalam bidang seni umpamanya jika sebuah kajian besar dan bersifat terobosan boleh dibuat, katakanlah seperti sebuah teori atau ilmu baru dibangunkan berkaitan warna dalam konteks seni media, maka

118 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

ia sebenarnya boleh memberi kesan besar kepada perkembangan ilmu seni dan sains gunaan seperti multimedia, teknologi maklumat, kejuruteraan atau senibina. Potensi keilmuan bidang asasi seni sering ditinggalkan kerana ia akan dianggap sebagai ‘lewat’ atau ‘susah’ untuk membenihkan hasilnya. Sekali lagi kita juga lupa bahawa sepatutnya hal inilah yang perlu diberi perhatian dan digembar-gemburkan sebagai sebuah ‘penyelidikan’ bagi bidang seni halus. Penyelidikan bagi bidang seni halus dalam konteks akademik adalah menjurus kepada usaha mengkaji, meneroka dan mengembangkan ilmu baru yang dapat memberi kebaikan kepada manusia dan kesejahteraan hidup dari asas keilmuan seni itu sendiri. Dalam konteks seni, bidang seni asasilah (iaitu seni halus) yang sebenarnya secara signifikan boleh melakukan usaha kajian tersebut secara radikal dan menyeluruh. Ini adalah kerana bidang keilmuan seni halus itu bersifat hakikat dan bukan gunaan serta ia tidak terbeban dengan kehendak-kehendak sementara seperti yang wujud dalam ilmu seni gunaan. Ia jauh meninggalkan kepentingan politik, ekonomi atau kepentingan sementara yang lain. Universiti atau pusat kajian seni terbaik di Amerika dan Eropah cukup arif dalam hal ini dan telah jauh meninggalkan kita dalam hal-hal penyelidikan seni yang bersifat asasi tersebut. Mereka dapat melihat hal ini kerana mereka begitu memahami asas atau dasar sifat keilmuan yang merupakan punca kepada sebarang perkembangan lanjut kepada sesebuah bidang itu di masa hadapan. Mereka tidak meminggirkan bidang seni halus kerana mereka dapat melihat spektrum keilmuan seni halus secara menyeluruh serta dapat melihat potensi besarnya dalam konteks ilmu yang lebih luas serta berkaitan dengan dengan bidang keilmuan lain termasuk sains dan teknologi. Dari sebab kejahilan kita itulah maka kita amat ketinggalan dalam hal-hal asasi seni yang selalu merujuk kepada apa yang dikatakan sebagai ‘penyelidikan’ asasi seni halus. Contohnya disini adalah mungkin ramai penyelidik seni kita mengkaji aspek garis, jalinan, bentuk dan warna dari segi penggunaan sahaja, tetapi mereka gagal untuk mengkaji aspek tersebut dari perspektif lain yang lebih mendalam, bersifat terobosan, eksperimental atau alternatif. Hal ini terjadi kerana kita telah gagal memahami sifat dan kaedah keilmuan seni halus dalam konteks kesarjanaannya. Kekuatan sebenar dan abadi bagi sesebuah program seni

119


di universiti adalah bermula dari dasar kekuatan ilmu asasinya (seni halus) yang dijana melalui penyelidikan yang intensif, menyeluruh dan radikal. Kekuatan bidang seni yang disandar kepada ilmu seni gunaan adalah sementara, berjangka pendek/sederhana dan mudah lemas dengan tekanan dan keperluan semasa. Kita harus belajar mengenai hal ini dari pusat penyelidikan seni terbaik di dunia, seperti di Massachusetts Institute of Technology (MIT), University California Los Angeles (UCLA), Carnegie Mellon University atau Bauhaus . Adalah nyata kegagalan kita memahami secara mendalam akan klasifikasi keilmuan seni telah membuatkan kita sebegitu lemah, jahil dan juling untuk melihat potensi besar bidang seni halus itu secara luas, strategik dan menyeluruh. Ia sebenarnya berpotensi besar sebagai punca, asas atau ‘tapak semaian yang subur’ untuk segala pencambahan ilmuan seni (baik asasi atau gunaan) di masa mendatang. Perkara ketiga pula adalah berkenaan latar sejarah tentang mengapakah kursus seni halus ditawarkan di universiti awam tempatan. Dari segi sejarahnya Institut Teknologi MARA (ITM dan kini Universiti Teknologi MARA - UiTM) pada tahun 1967 telah mula menawarkan kursus seni halus pada peringkat diploma. Kursus tersebut telah direkabentuk berdasarkan acuan sistem pendidikan seni peringkat tinggi di England pada pertengahan tahun 1960-an yang baru mengalami revolusi perubahan. Tujuan paling utama (yang tersirat dan tersurat bersama falsafah penubuhan ITM) adalah untuk melahirkan pelukis-pelukis atau seniman bumiputra yang berkemahiran tinggi dan professional, yang akhirnya boleh berdikari, bersaing dan membina keteguhan profesionalisme setanding dengan bangsa lain pada peringkat nasional dan antarabangsa. Atas keperluan dan kesedaran semasa, program seni halus di ITM kemudiannya telah dinaik taraf ke peringkat kesarjanaan tinggi (hasil dari penaiktarafan ITM kepada sebuah universiti penuh – UiTM). Program seni halus pada peringkat ijazah tinggi (sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah) mulanya diperkenalkan di Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1972. Program ini ditubuhkan di atas kesedaran dari Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang berlaku pada tahun 1971. Melalui kongres tersebut pemikir, budayawan dan ahli akademik telah menggesa bahawa negara kita seharusnya mempunyai sebuah program seni halus yang diajar pada peringkat universiti. Dalam

120 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

konteks sosio-budaya (pasca 13 Mei) ianya menjadi sebegitu penting memandangkan kita masih memandang sepi hal-hal berkaitan kebudayaan dan kesenian, yang secara strategiknya merupakan luahan ekspressi dan intelek individu yang peka berada di dalam arus masyarakat di mana mereka hidup. Hal ini perlu difahami juga dalam konteks ‘kejuruteraan masyarakat’ yang dilakukan dalam bacaan pelan besar Dasar Ekonomi Baru (DEB). Ianya berusaha untuk menumbuhkan suatu asas kepercayaan masyarakat kepada keteguhan negara Malaysia dalam fasa baru pembentukannya. Selain dari aspek tersebut penubuhan program seni halus di USM adalah bertujuan untuk membina budaya keilmuan, kesarjanaan dan penyelidikan terhadap bidang seni asasi secara lebih formal dan tersusun. Penubuhan program seni halus pada tahun 1990an di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pula lebih menjurus kepada beberapa aspek, elemen dan nilai yang agak khusus, selain bersifat untuk mendemokrasikan pendidikan seni halus itu sendiri. Program seni halus di UNIMAS contohnya menekankan penampilan nuansa teknologi baru dan idea semasa dalam program seni halusnya, yang dilihat berusaha untuk membawa dan memperkenalkan ‘bahasa baru’ seni halus. Sementara program seni halus di UPSI pula dilihat lebih terarah dalam aspek pendidikan itu sendiri sebagai teras kajian dalam disiplin seni. Dari beberapa teras ujaran berkenaan sejarah penubuhan program seni halus di negara kita, kita seharusnya dapat memahami secara konteksnya mengapakah kursus seni halus itu penting dan perlu wujud dalam kedudukan keilmuannya secara selesa. Setiap universiti awam tempatan yang menawarkan kursus seni halus pada peringkat ijazah sarjana muda mempunyai tujahan kepentingan keilmuan yang utama dalam konteks universiti masing-masing. Ianya juga telah menjadi teras identiti kepada pembinaan kesarjanaan dan pengkhususan penyelidikan masing-masing. Pembinaan pengkhususan program seni halus di universiti terbabit bukanlah sebuah usaha yang boleh dianggap sebagai main-main atau bersifat cuba-cuba, bahkan kita telah membelanjakan wang berjuta ringgit atas kepercayaan dasar tersebut sehingga bersetuju untuk membina program terbabit. Bahkan sehingga kini program-program tersebut masih berjalan.

121


Kursus-kursus dan program tersebut penting dan strategik dalam konteks dasar kenegaraan kita dari segi sosio-budaya, yang telah dirangka dan difikirkan secara mendalam oleh penggubal dasar terdahulu. Asas falsafah dan sejarah penubuhan setiap program seni halus ini haruslah disedari dan difahami sebagai titik tolak kepada sebarang perbincangan mengenai masa depan program seni halus dan nasib graduan-graduannya. Keinsafan kita terhadap hal-hal sejarah penubuhan program tersebut bukanlah sematamata disandarkan atas dasar romantik yang melulu atau kecetekan pandang, tetapi ia perlu diinsafi berdasarkan kepada teras falsafah pemikiran yang menggesa kepada penubuhan program-program terbabit. Pembacaan atau renungan kita terhadap hal ini juga perlulah difahami secara luas dalam kerangka falsafah pendidikan negara. Perkara keempat pula adalah berkenaan isu-isu semasa yang dihadapi oleh program seni halus yang cuba dileraikan secara pragmatik. Tentunya perkara yang utama adalah berkenaan nasib atau masa depan kursus itu sendiri memandangkan bahawa secara realitinya graduan-graduan seni halus agak sukar untuk memperolehi peluang pekerjaan yang sepadan dengan kelayakan mereka. Dalam ukuran pragmatik tentunya sesuatu benda yang gagal berfungsi secara efisyen perlu dibuang dan digantikan dengan benda yang boleh berfungsi dengan baik, efisyen dan lancar. Secara logik dan mudah mengikut fahaman teori penawaran dan permintaan yang dinyatakan diawal esei, kursus-kursus seni asasi sebenarnya tidak berguna lagi. Dalam konteks permintaan pasaran tiada siapa pun yang mahu mengambil pekerja seni asasi. Tidak wujud kilang seni halus. Tidak wujud syarikat seni halus yang memerlukan pekerja mahir dan separa mahir. Memang secara pragmatiknya kelihatan ia hampir tidak berguna langsung. Jika begitulah keadaannya apakah yang harus dibuat. Adakah sesuai kita merombak kursuskursus seni halus yang sedia ada kini secara radikal. Adakah wajar kita melengkapkan keperluan semasa atau kehendak pasaran ke atas pelajar-pelajar yang mengkhusus dalam bidang seni asasi. Sebarang tindakan yang hendak diambil ke atas nasib kursus seni halus sebenarnya perlulah berdasarkan dari kesedaran dan kefahaman ke atas tiga perkara yang telah

122 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

disebutkan tadi iaitu keilmuan seni halus, pemahaman bidang asasi seni dan sejarah penubuhan program terbabit. Benar, kita juga bercakap soal arus semasa yang memerlukan sikap dan tindakan pragmatik dalam menyelesaikan masalah. Tetapi kita juga mestilah boleh berfikir secara munasabah, adil, benar dan menyeluruh dalam usaha untuk menyelesaikan masalah tersebut. Salah satu cara yang agak popular dalam konteks semasa untuk menyelesaikan masalah kesukaran graduan seni asasi untuk mendapat pekerjaan adalah dengan mewujudkan program ‘dua ijazah’. Kaedah ini sejak beberapa tahun kebelakang banyak digunakan oleh universiti ternama dunia yang berpengkalan di bandaraya besar. Cara ini umumnya berkesan secara jangka pendek dan sederhana. Ia juga boleh diubahsuai kepada beberapa versi atau kaedah. Contohnya adalah gandingan bidang seni halus konvensional (catan, arca, lukisan dan cetakan) dengan bidang berasaskan seni reka (rekaan grafik, rekaan dalaman, tekstil dan rekaan produk). Atau jalinan juga boleh ditemukan antara bidang seni halus konvensional dengan bidang ilmu berasaskan media massa (televisyen, filem, radio atau media baru). Bidang-bidang berasaskan pengajian teoritikal seperti sejarah seni, teori seni, estetika atau kritikan seni biasanya akan digandingkan dengan kursus yang melibatkan keterampilan semasa seperti pemasaran, perniagaan, pengurusan atau media. Ada juga yang menggandingkan bidang tersebut dengan disiplin undang-undang atau ekonomi. Penekanan kepada kaedah ini adalah untuk membolehkan pelajar memilih bidang atau program lain yang dilihat berkeupayaan cerah untuk memberi mereka peluang pekerjaan secara praktis. Cara ini adalah jalan terbaik yang boleh dilakukan pada peringkat universiti untuk menyelesaikan masalah kesukaran graduan untuk mendapat peluang pekerjaan. Ada banyak kaedah yang boleh dilakukan untuk menjawab atau menyelesaikan masalah kursus seni halus yang bersifat semasa. Banyak lagi yang boleh difikirkan atau diusulkan mengenai hal tersebut. Tetapi secara asasnya kita haruslah ingat bahawa teras keilmuan seni halus tidak boleh digadai dan diabaikan. Ia adalah amanah keilmuan yang dipikul oleh setiap warga yang menyatakan diri mereka sebagai ahli ilmu seni halus. Pengabaian di sini bermaksud integriti keilmuan, kesarjanaan dan kebenaran ilmu seni halus perlulah didokong sama sebagaimana bidang keilmuan lain mendokong tinggi keilmuan masing-

123


masing pada tahap tertinggi. Dasar keilmuan tidak berubah mengikut masa, citarasa atau kehendak tertentu. Apa yang berubah mungkin idea, teknik, kaedah dan teknologinya, tetapi dasar, mekanisme dan elemen keilmuan sebenarnya tidak berubah. Kita juga perlulah ingat bahawa segala anjuran penyelesaian yang dinyatakan tadi sebenarnya hanya bersifat jangka pendek dan sederhana. Ia tidak boleh menjawab persoalan yang dinyatakan secara menyeluruh dan selama-lamanya. Untuk menjawab soalan yang tersebut secara menyeluruh, kita seharusnya mewujudkan sebuah sistem seni yang komprehensif pada peringkat nasional yang dikawalselia oleh sebuah badan yang mentadbir, melihat, mengawal, membantu dan menyelia segala aktiviti dan kreasi seni yang berlaku dalam konteks kepentingan keilmuan dan praktis seni asasi itu sendiri.

Kursus seni: Kerjayanya...?

Dalam zaman yang mementingkan kerjaya sebagai tanda atau simbol kepada beberapa perkara lain seperti pendapatan, gaji, pangkat dan harta, pekerjaan merupakan perkara yang paling diambil penting dalam kehidupan sekarang ini. Selain itu, pekerjaan turut memberikan kesan paling besar dan berpengaruh ke atas hidup seseorang atau sesebuah keluarga. Ia adalah aspek paling utama kini dalam kehidupan sekarang. Jenis dan bentuk pekerjaan juga secara simbolnya dapat mengangkat martabat seseorang. Kerjaya guru terus dipandang mulia, kerjaya peguam menggambarkan kuasa atau kerjaya doktor menggambarkan tanggungjawab mulia individu terbabit. Kerjaya juga turut boleh merendahkan martabat seseorang, kerjaya sebagai tukang kebun, pencuci bangunan atau pemungut sampah akan terus dianggap rendah dalam sesuatu masyarakat. Soal kerjaya dan pekerjaan adakalanya merupakan persoalan yang sensitif bagi seseorang individu. Bagaimana pula dalam konteks seni. Apakah kerjaya yang wujud dalam bidang seni, apakah pula kesan dari kerjaya tersebut dan bagaimana pula statusnya dalam masyarakat. Adakah bidang seni hanya menawarkan kerjaya sebagai seniman sepenuh masa. Wujudkah sebarang jawatan yang berkaitan bidang seni yang memerlukan seseorang berpakaian kemas, mempunyai jawatan tinggi dan berpendapatan yang stabil. Persoalan

124 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

125


mengenai bidang seni dan kerjaya (atau pakej kehidupan) yang bakal ditawarkannya tentunya lebih genting dan memuncak, memandangkan kepada suasana semasa yang memperlihatkan graduan dari bidang berasaskan sastera, seni, agama, falsafah dan ilmu sosial semakin sukar untuk mendapat peluang pekerjaan. Dalam pemahaman ini kelihatan seolah-olah bidang seni dan yang lainnya itu tidak dapat bersaing dari segi tawaran pakej kemewahan, jawatan atau pangkat berbanding bidang-bidang profesional lain. Konsep pekerjaan sebenarnya berkaitan hukum permintaan dan penawaran. Ia juga berkaitan dengan prestasi ekonomi serta suasana dan kemahuan politik. Konsep peluang sebenarnya terletak kepada faktor-faktor yang disebutkan tadi. Maka pekerjaan itu sebenarnya berada dalam konsep atau sistem jaringan sosial yang lebih besar dalam sesebuah negara. Ia bukan berdiri atau tumbuh sendiri, ia memerlukan sistem untuk membentuk dan memperkembangkannya. Kerjaya perguruan sentiasa diperlukan kerana negara menekankan faktor pendidikan sebagai teras pembinaan sosial dan ekonomi negara. Pekerjaan di sektor pembinaan mengalami sedikit penyusutan permintaan mungkin kerana penumpuan belanjawan telah diberikan kepada industri berasaskan teknologi tinggi. Pekerjaan di sektor pertanian terus malap kerana faktor persepsi selain kaitannya dengan faktor perbandaran dan gaya kerja buruhnya. Kerjaya sebagai doktor perubatan terus menjadi permintaan kerana negara masih belum dapat memenuhi keperluan permintaan doktor bagi rakyatnya. Kerjaya sebagai peguam terus mengalami pengukuhan dan keteguhan memandangkan sistem kehakiman dan undang-undang yang telah wujud selama berpuluh-puluh tahun di Malaysia. Maka sekali lagi kita bertanya, bagaimana pula dengan bidang seni. Apakah kerja yang ada dalam bidang seni. Adakah ia stabil. Adakah statusnya tinggi. Adakah ia boleh menjamin pendapatan dan kehidupan di masa mendatang. Adakah duitnya banyak atau adakah ia menguntungkan. Wujudkah peluang kenaikan pangkat. Terlalu sukar untuk menjawab kesemua persoalan tersebut dengan beberapa ayat yang pendek sebelum kita meninjau komplesiti budaya dan sosial yang wujud pada masyarakat itu sendiri.

126 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

Abang Daud dari Felda Trolak bertegang urat dengan anaknya yang bersungguhsungguh ingin mengambil kursus seni halus di Universiti. Abang Daud tidak kisah kalau anaknya nak ambil kursus sains komputer atau pendidikan, janji ia boleh menjamin pekerjaan bila keluar Universiti, ini kursus seni halus... mana nak ada kerja yang pasti bila keluar nanti. Pakcik Hamid Beca dari Kampung Sungai Mati terkebilkebil bila dengar anaknya mahu mengambil kursus seni rupa di Universiti, dia tak tahu pun apa ke bendanya kursus tu, cuma harapannya lepas habis belajar tu bolehlah dapat kerja elok-elok bantu keluarga dan adik-adiknya yang lain. Mr. Tan seorang akauntan bertauliah dari USJ Subang Jaya, gembira dan bangga dengan niat anaknya mahu menyambung pengajian dalam bidang seni halus di Goldsmith College, London, beliau sendiri seorang pengumpul karya-karya seni moden yang penting. Datin Maria dari Kuala Kangsar begitu menggalakkan sekali anaknya terbabit dengan bidang seni, anaknya si Zaid dan Aishah itu semenjak kecil lagi telah diberi bimbingan seni oleh seorang tutor khas dalam bidang seni. Zaid kini sedang mengikuti pengajian seni halus di UCLA, Aishah pula mengikuti kursus tarian kontemporari di New Zealand. Sebenarnya bidang seni serta sub bidang yang berkaitan dengannya mempunyai tawaran kerjaya yang luas. Selain menjadi seniman sepenuh masa atau pakar-pakar lain dalam bidang dan sub bidang seni, bidang ini sebenarnya turut membuka peluang kerjaya hiliran yang wujud berdasarkan keperluan komersial atau di atas kemahiran sampingan seniman itu sendiri. Menjadi pereka sambilan adalah kerjaya sampingan dari bidang utama yang boleh diceburi oleh graduan seni halus. Kerjaya dalam bidang pendidikan turut menawarkan banyak peluang pekerjaan kepada graduan seni halus, namun faktor penawaran yang lebih berbanding permintaan telah menyukarkan peluang pekerjaan dalam bidang tersebut. Mengikut keutamaan bidang dan profesionalisme, bidang seni halus secara profesional menyediakan seseorang itu dengan ilmu untuk mencipta dan mengerjakan seni moden atau sezaman. Di peringkat ijazah pertama pelajar seni halus diajar tentang cara, kaedah, teknik, visi, idea dan pemikiran tentang seni-seni tertentu dan bagaimanakah seni tersebut boleh

127


dicipta dengan baik, sesuai dan bermakna. Itulah bidang kepakaran dan kesarjanaan graduan seni halus. Mereka umumnya diajar secara profesional untuk mencipta seni yang khusus dan bermakna. Maka disinilah timbulnya isu berkenaan graduan seni halus, mereka tidak seperti graduan seni gunaan yang boleh menggunakan kemahiran mereka secara langsung dan komersial seperti rekaan industri, rekaan grafik, fesyen, pereka tekstil, pereka logam halus, rekaan kaca atau pereka dalaman. Hal ini juga menegaskan sifat pekerjaan seniman itu sendiri dalam konteks moden iaitu samada mereka bekerja sendiri atau menerima tempahan kerja seni yang bersesuaian dengan kecenderungan idea dan kemahiran seni mereka. Nyata juga kelihatan dalam konteks ini bahawa bidang seni halus tidak mempunyai bidang kerjaya yang nyata dan langsung bersangkutan dengan kursus seni halus itu sendiri di sektor awam, tidak wujud nama kerjaya seperti pegawai seniman, ahli seniman atau pegawai catan. Bidang seni halus adalah suatu bidang seni yang mencipta bentuk-bentuk seni moden dan sezaman yang bermakna tanpa terlalu terbeban dengan kehendak, kemahuan, citarasa dan kegunaan orang atau benda lain. Ia adalah sebuah bidang ilmu yang sangat fundamental atau asasi sekali dari segi fitrah dan klasifikasinya. Jika ingin diberi perbandingan, sifat ilmu seni halus itu adalah pure (tulen), sama seperti bidang ilmu sains atau matematik tulen. Maka di atas sifatnya yang ikhtisas (tulen) itulah ia kadangkala sukar diterima dalam pembacaan yang pragmatik berdasarkan keperluan semasa termasuk dari aspek pekerjaan. Bidang seni halus itu boleh berkembang dan mekar dalam konteks sosial bagi sesebuah masyarakat berdasarkan rangkaian sistem yang mendokongnya. Kurangnya dokongan sistem dan kesedaran sosial, maka semakin murunglah harapan graduan dalam bidang ini untuk memperoleh peluang kerja yang berpadanan dengan kebolehan ikhtisas mereka. Hal ini juga berkaitan dengan kemahuan politik yang wujud dalam sistem kehidupan itu sendiri. Bidang ini juga sebenarnya telah kelihatan ketinggalan dari segi keutamaan bidang yang boleh secara praktikal dan pragmatik membangunkan negara Malaysia yang sedang pesat membangun ini. Dari itu juga bidang ini dilihat seakan-akan tenggelam dalam arus dunianya sendiri, sedangkan diluar sana seolah-olah masyarakat sedang sibuk menyinsing lengan berusaha

128 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

membangunkan negara. Perkara berkenaan kerjaya bagi seniman ini sebenarnya seakan diwariskan sejak dari zaman 1970-an lagi. Sewaktu kursus-kursus seni halus mula wujud secara profesional di peringkat ijazah sarjana muda, negara masih tidak mempunyai sistem sokongan secara strategik ke atas penghasilan seniman sepenuh masa atau sebarang kerjaya profesional yang mendokong bidang seni itu sendiri. Perkara ini terus menjadi parah pada tahuntahun 1990-an apabila kursus seni halus secara profesional sudah semakin banyak ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi di Malaysia. Begitu ramai pelajar mengambil kursus tersebut namun berapa ramai pula yang memilih kerjaya sebagai seniman setelah tamat pengajian. Benar, kita bercakap mengenai faktor rezeki, minat dan peluang kerjaya yang mungkin berbeza bagi sesetengah orang. Tetapi pelajar yang mengambil bidang seni halus dan berminat hendak menjadi seniman perlulah diberi galakan, bantuan dan sokongan awal dari aspek profesionalnya. Apa yang berlaku kini adalah sebuah kisah parah apabila sebegitu ramai pelajar mengambil bidang seni halus sebagai kursus utama tetapi seakan tertipu kerana ketiadaan pekerjaan apabila keluar dari Universiti. Graduan seni halus seakan berterabur mencari-cari apakah bidang kerjaya yang boleh mereka ceburi setelah tamat pengajian. Apa yang berlaku sebenarnya bukanlah sebuah penipuan, tetapi ketiadaan sebuah sistem sokongan yang baik, efisyen dan mantap, yang sepatutnya sudah muncul semenjak dari tahun 1970-an lagi. Kesemua bidang kerjaya profesional utama mempunyai sistem sokongan yang kuat dan strategik, demi membangunkan budaya profesionalisme dalam bidang masingmasing. Apa yang berlaku kini bagi bidang seni halus adalah setiap pelajar yang sudah menamatkan pengajian dan ingin menjadi seniman sepenuh masa, haruslah memulakan segala-galanya dari peringkat kosong. Benar, sekali lagi kita bercakap berkenaan faktor rezeki dan peluang. Kerana memang wujud golongan seniman yang berusaha sendiri dan berjaya menjadi seniman hebat. Namun kita juga bercakap secara umum bagi golongan seniman lain yang telah berusaha namun masih gagal mendapat peluang dan tempat. Nampaknya apa yang berlaku kini dan dipraktikkan adalah konsep ‘pandai-

129


pandai engkaulah jika nak hidup menjadi seniman’, yang akhirnya ditakuti pula menjadi ‘Itulah, siapa suruh kau jadi seniman…kan dah susah sekarang’. Nyata segala-galanya bergantung pada nasib. Jika seseorang bernasib baik maka dia boleh menjadi seniman hebat. Jika ditakdirkan pula dia tidak bernasib baik maka dia tak menjadi apa-apa pun. Jika keadaan ini berlaku nyata bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan keadaan atau sistem yang sedia ada kini. Akhirnya yang wujud bagi pelajar ini adalah kekeliruan, termasuk juga masyarakat yang memandang rendah kursus ini dan kerjayanya yang tak pernah mereka anggap serius dan profesional. Suraya dan Suhaila adalah pelajar seni halus yang selalu bergaul dengan pelajar dari kursus lain. Seorang pelajar farmasi bertanya mereka, “Eh, kau orang ambil kursus seni ni nanti nak kerja apa ha…?”. Suraya dan Suhaila terdiam seketika, tak sangka pula soalan itu nak diajukan pada mereka waktu pulang dari aktiviti sukan. Seorang pelajar bioperubatan pula menyampuk, “ Ha aaa…kau nanti jadi pengurus seni ke atau buat seni yang kau belajar kat studio tu… wahhh! jadi pelukislah kau yeee”. Suraya dan Suhaila terdiam lagi, tak tahu nak jawab apa dan bagaimana. Lalu menyampuk pula seorang pelajar Sains Komputer, “Ehhhh!, ada ke kerja jadi pelukis…tak pernah dengar pun”. Suraya dan Suhaila terus tergamam dengan situasi tersebut sambil berusaha berfikir dengan segala isu yang dibangkitkan itu. Kata seorang pelajar Akauntansi, “Ehhh! ada kan Su, Ila, kalau tak silap aku dulu aku pernah jumpa seorang tu, dia lukis gambar pemandangan kat Kota Melaka, dia kata dia pelukis…hah betullah aku ingat lagi”. Suraya dan Suhaila terus berpandangan dan terdiam dengan situasi itu kerana sesungguhnya mereka tak pasti dengan kerjaya yang bakal mereka ceburi setelah tamat kursus nanti. Sama juga dengan kes Kim Hock dan Ganesh dua orang pelajar seni halus yang akan tamat pengajian mereka pada hujung tahun ini. Kedua-dua mereka sudah nekad

130 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

mahu menjadi seniman sepenuh masa dan percaya mereka akan berjaya. Suatu hari mereka duduk semeja dengan Yap seorang pengusaha kilang cetakan, di sebuah warung berhampiran kilang Yap. Yap bertanya kedua pelajar ini tentang kursus yang mereka ambil dan peluang kerjaya selepas tamat pengajian nanti. Mereka serentak menjawab dan menerangkan cita-cita mereka untuk jadi seniman. “Heh!, aku dulu pun banyak bergaul dan berjumpa pelukis seperti yang kau ceritakan tu… mereka ni bagi aku adalah penipu besar. Kau lukis-lukis buat apa…adakah perut kau kenyang! Masa dahulu aku respect dengan manusia pelukis ni, tapi…lama-lama aku ingat golongan seniman ni tak boleh pakai langsung…betul-betul tak boleh pakai. Dia lukis apa!…tak nampak apa-apa, conteng sana sini besar-besar, dia taruh harga RM10,000.00!. Mereka penipu dan tak tahu melukis sebenarnya, kalau tahu lukis mesti pandai lukis lanskap ke, potret ke atau pokok ke. Kalau mereka tahu lukis pun buang duit sahaja. Beli lukisan mahal-mahal dan letak lukisan di pejabat atau rumah buat apa. Siapa nak tengok dan ia tentu tidak berguna. Tak ada orang nak duduk dua tiga jam tengok lukisan tu. Tak ada orang pernah kenyang dengan melihat lukisan. Duit tu lagi bagus pergi bercuti la atau belanja kawan makan… pergi Genting ka”. Kim Hock dan Ganesh hanya membisu. “Kau ingat sekarang ni senangkah nak dapat kerja. Kau nak jadi pelukis sampai bila. Bila kau ingat kau boleh pakai kereta besar, kahwin atau beli rumah. Dalam satu bulan berapa ribu ringgit yang kau boleh jamin kau akan dapat.” Yap terus berhujah dan akhirnya berkata “Macam ni la, kau kalau susah sangat, aku boleh bagi kerja, jadi orang marketing and sales. Jadi seniman lukis-lukis tak ada untungnya, lagi susah hidup kau adalah. Kau banyak bagi job printing sama aku, aku boleh bayar kau gaji lagi mahal…so kau mau kerja dengan aku ka.” Kim Hock dan Ganesh akhirnya terkebil-kebil dengan pertanyaan itu. Dalam konteks ini jika ada yang menyatakan bahawa bidang seni halus dan menjadi seniman adalah sesuatu yang tidak releven dan membuang masa diwaktu ini, mereka haruslah kembali belajar tentang sifat dan fitrah ilmu secara jujur, benar dan menyeluruh.

131


Sifat bidang seni halus yang asasi telah membuatkan seolah-olah ilmunya tidak berfungsi dari segi pragmatik, namun fungsi seni halus bukan terletak pada kepakarannya menyelesaikan masalah hidup yang teknikal dan mekanikal atau memberi khidmat langsung, tetapi ia berfungsi sebagai pencatat zamannya secara tampak yang halus dan kreatif. Ia mungkin jujur, kritis atau analitik membiaskan suasana zamannya, namun ia tidak terbelenggu dengan sebarang beban sampingan yang boleh mengherotkan niat sebenar sesuatu karya seni dicipta. Karya seni halus oleh senimannya adalah rekod penting atau hasil cerminan kepada suasana persekitarannya. Contohnya, T H Halim seorang seniman fotografi dari Perak telah merekodkan suasana pembangunan Malaysia ditahun-tahun 1970-an, dia merekodkan suasana perbandaran baru dan situasi sosial kesan dari pembangunan tersebut. Karyanya bagi sesetengah orang mungkin boleh ditafsirkan sebagai berunsur negatif, namun sesungguhnya kita lupa juga menyatakan bahawa dia sebagai seniman yang bertanggungjawab, terlatih dan profesional serta telah mencipta sebuah karya seni yang merekod suasana zamannya dengan jujur. Salim Musa seorang pelukis abstrak dari Petaling Jaya telah melukiskan keriangannya menjalani hidup di kota Kuala Lumpur pada tahun 1990-an dalam ukuran kanvas yang besar, namun hasil seninya tidak begitu dihiraukan kerana catan tersebut dikira tidak boleh menonjolkan secara jelas kecanggihan suasana kota Kuala Lumpur. Sekali lagi kita melupakan dan tidak menghormati apakah tugas seorang seniman dalam konteks ini, walhal Salim telah mencipta hasil seni yang jujur dan peka menonjolkan rasa dan sanubarinya terhadap kota tersebut. Maka sebenarnya untuk menjawab persoalan awal tadi tentang kerjaya seniman, kita sebenarnya berhadapan dengan sebegitu banyak kompleksiti sosial dan budaya. Menjadi seniman kelihatan sukar dan hampir dikatakan tidak bekerjaya, kerana ia seakan tidak mempunyai pakej lengkap sebagai seorang yang benar-benar bekerja atau bekerjaya. Zubaidah merupakan seorang graduan seni halus yang baru keluar dari universiti, beliau memang bercita-cita menjadi seniman sepenuh masa sebagai kerjaya hidupnya. Namun apabila pulang ke kampung asalnya di Gemas beliau tertekan dengan keadaan dan suasana di kampungnya yang mula mempersoalkan pekerjaannya yang asyik dan

132 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

sibuk melukis siang malam terperap dalam biliknya. Dia tidak sibuk membantu ibunya menguruskan hal rumah dan memasak. Akhirnya beliau bosan dan berhijrah ke Kuala Lumpur, beliau terus berusaha menggilap bakat seninya namun karyanya tak begitu diterima akibat dari kurangnya pengalaman beliau dalam selok-belok pemasaran seni. Dihimpit tekanan kos kehidupan yang tinggi dan suara-suara sumbang di kampungnya, beliau beralih kerjaya dengan menjadi guru. Dua tahun kemudian Zubaidah berkahwin dan beliau terus melupakan bidang seni kerana sibuk menguruskan suami dan dua orang anaknya. Goh seorang graduan seni halus, telah lapan bulan cuba hidup sebagai seniman sepenuh masa di Kuala Lumpur dengan bantuan wang dari keluarganya di Melaka. Dalam tempoh masa itu juga Goh sibuk mengusahakan karya-karya seni yang terbaik boleh dikerjakannya, namun dia masih gagal menjual sebarang hasil karyanya. Dengan tekanan berterusan dari keluarga disamping kos sara hidup yang tinggi, Goh akhirnya mengambil keputusan menjadi seorang eksekutif pemasaran di sebuah syarikat pengiklanan. Ada waktunya Goh cuba juga melukis bila ada kesempatan, namun semenjak dinaikkan pangkat Goh terus melupakan minat yang pernah di cintainya dulu. Kepayahan dan kesukaran menjadi seniman sepenuh masa tidak juga mematahkan semangat seseorang yang cekal dan percaya kepada jalan seni yang dijunjungnya. Kerjaya ini juga turut boleh menghasilkan pulangan yang lumayan dan berstatus tinggi dalam masyarakat. Beberapa contoh kes kejayaan seniman di Malaysia boleh dijadikan contoh. Ehsan adalah seorang seniman yang gigih, tekun dan berdisiplin dalam mengerjakan seninya. Selepas keluar universiti dengan ijazah dalam bidang seni halus beliau banyak membuat kerja-kerja separuh masa bagi menampung kos sara hidupnya sebagai seniman sepenuh masa. Tujuh tahun terawalnya adalah tahun-tahun cabaran, beliau hidup sederhana dan memberi fokus utama kepada kerjayanya. Selepas waktu tersebut karyanya mula diberi perhatian dan beliau mula menerima banyak undangan untuk mengadakan pameran seni. Karyanya sudah laris dipasaran tempatan. Beliau bijak menguruskan peluang tersebut dengan mula mengorak langkah ke luar negara. Karyanya telah mula diterima di negara-negara jiran. Peminat dan pengumpul karyanya

133


juga terdiri dari orang-orang Korea dan Jepun. Beliau juga telah meneroka peluang menjual karyanya melalui institusi lelongan seni antarabangsa. Beliau boleh berbangga dengan apa yang telah dicapainya dalam masa dua belas tahun menjadi seniman sepenuh masa, kerjaya yang boleh menjadikan beliau hidup mewah dan amat selesa. Apabila kita bercakap berkenaan perkara menjadi seniman sepenuh masa dalam masyarakat, kita juga sebenarnya seperti yang telah diterangkan diawal tadi, bercakap mengenai sistem yang mendokong kewujudan seniman dan kerjaya itu sendiri. Nazri adalah seorang seniman yang menggunakan teknologi media dalam pengucapan seninya. Semenjak beberapa tahun lepas Nazri sudah semakin kurang mengerjakan karya sedemikian kerana dibebani dengan beberapa hambatan. Nazri telah cuba untuk belajar menggunakan beberapa taknologi baru dalam bidang tersebut di Jepun, namun oleh kerana kekurangan wang hasrat itu dipendamkan sahaja. Alatan, perkakas dan perisian teknologi baru tersebut juga amat mahal harganya bagi Nazri untuk dibelinya sendiri. Beliau turut menolak beberapa permintaan dari galeri dan pihak muzium di Melbourne dan Yokohama untuk mempamerkan karyanya yang terbaru kerana masalah ketiadaan wang yang cukup untuk membawa karyanya ke sana. Berlainan dengan Mathew, seorang seniman media dari Sydney, yang telah mencipta sebuah karya terhebat dari campuran teknologi realiti maya dan simulasi saraf manusia yang dipamerkan di pameran Arts Electronica yang berprestij itu. Karya tersebut telah memenangi anugerah emas untuk teknologi seni interaktif. Karya tersebut terhasil melalui penyelidikan selama tujuh tahun di makmal dan studio seni Mathew sendiri, yang ditanggung sepenuhnya melalui geran kesenian jangka panjang dari kerajaan Australia. Mathew sendiri telah menerima tidak kurang empat jemputan pameran seni di sekitar Eropah dan Jepun pada tahun ini. Hasratnya bakal tercapai dengan pengesahan pemberian geran seni baru oleh pihak kerajaan Australia. Beliau juga telah diminta untuk menghasilkan sebuah karya seni interaktif di tengah bandaraya Perth oleh pihak kerajaan Australia Barat. Akhirnya setelah begitu banyak momokan dan persepsi negatif ditujukan kepada bidang ini, lama kelamaan ia dipercayai benar, bukan hanya oleh masyarakat yang tidak

134 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

begitu memahami bidang seni halus bahkan kini oleh orang yang berada dalam bidang itu sendiri. Bidang ini dikaitkan dengan golongan pelajar yang rendah IQnya dan kerjayanya juga dikaitkan dengan orang yang kucar kacir hidupnya. Semakin ramai yang mempercayai bahawa menjadi seniman kini tidak dapat menjamin kestabilan hidup dan boleh mencipta status sosial yang tinggi. Maka termasuklah juga pelajar yang telah memasuki bidang pengajian seni halus itu sendiri. Mereka melihat kawan-kawan lain dengan mudah boleh bekerjaya hebat, paling tidaknya menjadi guru, menjadi pegawai tadbir atau pegawai penyelidik. Mereka seakan didesak oleh keadaan, keluarga yang kurang memahami atau masyarakat yang kurang peka. Maka kesannya pelajar seni halus itu sendiri dan masyarakat telah mula percaya bahawa bidang seni halus tidak boleh menjamin sebuah kerja yang baik, kerana realitinya seakan begitu. Ditambah dengan cakap-cakap seperti kerjaya seni is a con job, ‘orang buat seni ni penipu dan pembohong’, maka bidang ini dan kerjayanya seakan tidak mempunyai harapan langsung. Walhal situasi ini berlaku kerana sikap, persepsi dan tujuan sesetengah individu yang tidak betul dan tidak jujur terhadap bidang ilmu seni halus itu sendiri. Kerana bidang ilmu sesungguhnya adalah perkara berkenaan mencari kebijaksanaan (hikmah) dan ia bukan dari azali berkaitan peluang pasaran kerja semata-mata atau bernilai ekonomi. Selain ketiadaan sistem, kita juga kini sebenarnya telah dan sedang menghadapi kecelaruan falsafah, idea dan konsep dalam bidang tersebut. Ini adalah kerana wujudnya ramai manusia jahil yang mengaku berilmu yang berselindung disebalik nama ilmu itu sendiri. Maka yang wujud akhirnya adalah kecelaruan perkara dalam bidang ilmu itu sendiri, yang memberi kesan secara langsung kepada bidang seni halus akibat dari sifat kejahilan masing-masing. Sesuatu bidang ilmu tidak boleh dinafikan kepentingannya secara pragmatik dan logik. Ini adalah kerana manusia secara fitrah telah dibekalkan dengan segala kecanggihan dan kerencaman rasa, fikir, emosi, perilaku, jiwa yang amat kompleks untuk secara sengaja dinafikan sebahagian dari anasir tersebut, demi untuk memberi laluan kepada sifat pragmatik dan logik tadi. Maka sebenarnya bekerjaya sebagai seniman seni halus sama juga dengan bidang

135


seni lain seperti menjadi pelakon, penari, pemuzik, penyanyi atau penulis, penuh dengan pelbagai cabaran dan persoalan. Ia mungkin subjektif, atau hakikatnya ia objektif cuma persepsi dan kekangan budaya serta sosial yang membuatkan ia sukar diterima. Di Malaysia sudah terbentang banyak kes-kes kejayaan seniman seni halus secara profesional, dari kisah-kisah kejayaan Dato’ Ibrahim Hussein, Dato’ Hoessein Enas dan Datuk Syed Ahmad Jamal. Kehebatan dan aura Latiff Mohidin (gambar 14) serta semangat seni seniman Anak Alam turut menjadi bualan. Menjadi seniman juga bukan bermakna hanya generasi lama sahaja yang berani menongkah arus dan menunjukkan jalan kerjaya tersebut dalam kesukaran masyarakat seluruhnya memahami apa yang dikerjakannya. Kini generasi seniman baru telah membuktikan bahawa mereka turut berani dan cekal untuk bekerjaya seniman. Syarifah Fatimah Zubir, Mustapa Ibrahim dan Lee Kian Seng, atau kemudiannya Mad Anuar Ismail, Amron Omar atau Juhari Said antaranya telah meletakkan tanda aras baru bagi generasi selepas yang awal tadi bagi kerjaya seniman di mata masyarakat. Wong Hoy Cheong, Liew Kung Yu atau Ahmad Fuad Osman dan Ahmad Zakii Anwar contohnya kini telah membuka mata masyarakat sekarang tentang hakikat menjadi seniman secara serius. Mereka telah membuktikan bahawa menjadi seniman adalah suatu kerjaya yang hebat dan memberi makna kepada kehidupan, disamping ia boleh menjana sumber pendapatan sendiri. Menjadi seniman selepas keluar dari universiti adalah keputusan yang sukar bagi sesetengah orang, namun itu adalah pilihan kerjaya secara ikhtisas yang boleh ditawarkan oleh bidang seni halus. Nyata sekali lagi, yang harus ditekankan adalah faktor sistem sokongan kepada kerjaya seniman itu sendiri untuk mendorong kepada usaha menjadikan ia sebagai suatu kerjaya yang lebih kukuh dan menarik. Mungkin apa yang boleh dilakukan adalah memberi galakan secara lebih agresif dengan bantuan-bantuan teknikal, latihan lanjutan, insentif atau gran bagi graduan yang bercita-cita menjadi seniman sepenuh masa. Mungkin dengan cara ini lebih ramai graduan seni halus berminat dan merasa lebih yakin untuk bekerjaya sepenuh masa sebagai seniman. Agar dengan bangganya nanti para pelajar itu dengan

136 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

(Gambar 14) Abdul Latiff Mohidin, Pemandangan 111, 1966, cat minyak atas kanvas, 74.4cm x 99.7cm, Koleksi Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur, Malaysia.

tegas mengatakan yang mereka akan menjadi seniman selepas tamat pengajian sama seperti apa yang dilakukan oleh pelajar perubatan dengan kerjaya doktornya atau pelajar senibina dengan kerjaya arkiteknya.

137


Tentang seni sebagai kerjaya

Dalam menjalani kehidupan sekarang ini yang penuh dengan kehendak yang semakin dianggap sebagai keperluan, seseorang perlu bekerja untuk menyara kehidupannya atau kaum keluarganya. Kehidupan moden juga menuntut kos yang tinggi, maka dalam konteks kini, pekerjaan adalah sesuatu yang mustahak bagi seseorang untuk menampung kos tersebut. Sesuatu pekerjaan itu pula akan dianggap sebagai kerjaya yang diceburi secara sepenuh atau separuh masa dengan pelbagai tujuan selain dari mencari rezeki atau menyara kehidupan. Ada kerjaya yang diceburi kerana minat, permintaan, status, alasan, jaminan hidup, keterpaksaan atau juga kerana tiada pilihan. Jenis kerjaya juga adalah pelbagai, sama pelbagainya dengan ragam penawaran dan permintaan dalam sistem ekonomi sekarang ini. Seni dan segala bidang yang berkaitan dengannya juga tidak terlepas dari perhubungan kerja dan kerjaya. Secara profesional, seni dan bidang yang berkaitan dengannya juga sebenarnya memang boleh dijadikan sebagai kerjaya hidup bagi seseorang. Dalam konteks sosial Malaysia, menjadikan seni sebagai suatu kerjaya adalah sesuatu yang agak janggal, apatah lagi dengan gelaran contohnya seperti seniman sepenuh masa atau bekerjaya seniman. Ini adalah kerana masyarakat sukar menerima konsep kerjaya sebagai seniman. Hal ini mungkin berkaitan soal persepsi atau ketidakfahaman bidang. Seni rupa

138 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

139


dalam konteksnya yang asas (atau disebut fundamental) adalah berkaitan bidang yang dipanggil sebagai seni halus. Seni yang berkaitan bidang gunaan (atau disebut applied) akan dipanggil kini sebagai bidang senireka atau rekaan. Bidang seni halus melahirkan seniman, manakala bidang seni gunaan atau rekaan akan melahirkan pereka. Seniman adalah sebuah konsep dan praktis kerjaya yang sudah beribu-ribu tahun diterima di negara Barat. Seniman juga dalam konteks tradisi tempatan dipanggil sebagai tukang seni atau pandai seni. Namun kini disebabkan pengaruh sistem pendidikan moden yang telah diterima dalam budaya kehidupan kita, beberapa pembaharuan sosial telah berlaku. Contohnya, dengan pengenalan kursus seni halus sebagai disiplin ilmu dan pengenalan kepada seniman sebagai kerjaya profesional bagi orang yang menjadikan penciptaan seni sebagai mata pencarian utama atau sampingannya. Dalam konteks sosialnya juga masyarakat kita masih dalam proses untuk menyerap dan menerima perubahan-perubahan ini. Menjadi seniman adalah pelik bagi orang kampung berbanding menjadi tukang atau pandai seni, kerana ia adalah konsep kerjaya yang baru dari segi sebutan, idea, aplikasi dan juga benda yang dikerjakannya. Hasil-hasil kerja seniman seperti lukisan, catan, cetakan asli, arca atau fotografi adalah asing dari kefahaman orang-orang biasa yang tidak terdedah dengan pengetahuan ilmu kesenian moden. Tentulah Nenek Kiah atau Tok Akil dari kampung Parit Tongkang Pecah tidak faham jika seseorang datang dan menyatakan bahawa dia bekerja sebagai seniman, dan yang akan lebih mengejutkan mereka lagi adalah hasil kerja seniman tersebut seperti lukisan abstrak yang bercontengconteng warnanya, dan itu pula yang dikatakan sebagai seni‌! Sudahlah konsep seniman sebagai kerjaya tidak langsung mereka fahami, inikan pula bentuk seni yang sebegitu rupa dihadapkan kepada mereka. Namun mereka tak terkejut dan faham jika sebuah ukiran kayu dari Terengganu dikatakan sebagai sebuah karya seni yang dihasilkan oleh pengukir kayu. Maka kita sebenarnya berhadapan dengan persoalan perubahan konsep dan pemahaman mengenai seni itu sendiri sebelum kemudiannya berlegar kepada soal kerjaya. Abang

140 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

Ramlan seorang nelayan dari Kuala Sedeli atau Daud Tempe seorang penoreh getah dari Simpang Renggam tidak mengetahui konsep seniman sebagai kerjaya atau konsep seni halus. Tetapi mereka tahu bahawa membuat batik, menganyam tikar atau songket adalah kerja-kerja yang berkaitan dengan seni dan mereka yang pandai membuatnya secara halus, molek dan menarik boleh dipanggil pandai atau tukang seni. Adalah mengejutkan juga jika seseorang anak jati Ulu Penchu di Pagoh, Muar, menjadi seniman sepenuh masa di kampungnya dengan membina bangsal studio lengkap dengan alatanalatannya sekali. Bukankah dia nanti bakal jadi buah mulut orang kampung bercakap tentang si polan si polan yang seperti orang gila melukis gambar conteng-conteng, buat tugu macam sampah sarap, mengimpal besi dengan bermacam-macam bentuk atau mengecap gambar tak nampak apa-apa (abstrak). Bukankah pelik juga nanti orang tanya, kau buat benda ni nak buat apa, untuk siapa dan kenapa. Nak kata jual, siapa pula nak beli atau di mana pula nak jual. Nak kata diberikan kepada orang, rasanya tak siapa pun nak ambil. Maka di mana pula nak datang hasil keuntungan untuk dibuat pusingan modal dari pembelian bahan mentah itu atau mana kata hebatnya kerja jadi seniman tu. Asyik mereka dan mencipta benda macam-macam yang susah orang nak faham. Maka kerjaya sebagai seniman dalam fahaman moden di Malaysia adalah asing sebenarnya. Begitu juga di bandar, konsep kerjaya sebagai seniman belum betul-betul diterima sebagai sebuah kerjaya yang profesional. Orang mungkin faham serba sedikit mengenai seni, lukisan atau cat air. Namun orang belum betul-betul dapat menerima dan menghormati kerjaya seniman. Bagi Zaid seorang pegawai sistem maklumat dari Bangsar, catan abstrak tidak memberikan apa-apa kesan dan erti dalam hidupnya sama juga dengan kerjaya seniman itu sendiri. Begitu juga dengan Siva seorang pengurus kanan hotel dari Damansara Utama, kerjaya seniman adalah sesuatu yang membingungkannya, nak buat apa jadi seniman, nak kerja di mana, berapa jumlah gajinya atau untungkah jadi seniman. Doreen, seorang penyelidik kanan di sebuah syarikat farmasi antarabangsa berasal dari Subang Jaya merasakan bahawa kerjaya sebagai seniman adalah kabur dan tidak menentu, dia dengan tegas tidak akan membenarkan

141


anak-anaknya menjadi seniman kerana bagi beliau menjadi seniman adalah seperti orang yang suka menyesatkan diri dalam terang dan pendapatannya tidak menentu dan tetap, seolah-olah bersedia memperjudikan hidup yang rapuh. Sekali lagi baik di bandar mahupun di kampung konsep dan praktis menjadikan seni moden sebagai kerjaya utama adalah sukar dan kurang dimengerti. Menjadi seniman bukanlah sesuatu yang boleh difahami atau dibanggakan. Sekali lagi ingin ditegaskan bahawa kita sebenarnya berhadapan dengan beberapa perbezaan fahaman konsep yang terbentuk dalam ruang masa, budaya dan generasi. Pak Said tidak dapat menerima hakikat bahawa anaknya ingin menjadi seniman setelah bertahun-tahun belajar seni di New York. Bila balik, anaknya menyatakan bahawa dia ingin tinggal di kampung, bemesra dengan alam, menjadi kawan kepada angin dan sungai, menyanyi dengan burung dan menari dalam kedinginan hujan. Pak Said cuma berfikir, dah elok belajar di luar negeri tu bila balik dia akan jadi pegawai ke, jadi DO (District Officer) ke atau paling tidak pun akan jadi cikgu. Ini balik nak jadi seniman, hari-hari asyik bercakap dengan alam, bukankah susah begitu. Pak Said kecewa sikit kerana anak dia tu belajar jauh-jauh cuma nak jadi seniman, dia tak pernah dengar orang belajar jauh-jauh cuma nak belajar buat seni sebegitu rupa, kerana dia tak pernah jumpa orang jadi seniman macam tu. Pak Said cuma tahu dikampungnya ada tiga atau empat orang tukang ukir yang cukup mahir dan halus buatan ukiran kayunya. Mereka belajar mengukir secara warisan. Pak Said juga tahu bahawa di kampung seberang ada satu keluarga penempa besi yang amat mahir membuat alatan dari besi dan tembaga seperti dulang, kacip atau juga keris dengan amat elok, kuat dan halus pembuatannya. Pak Said tahu keluarga menantunya di Terengganu adalah pakar penenun songket asli yang cukup cantik dan indah sekali pembuatannya. Bagi Pak Said itu semua adalah seni yang asli sekali kerana ia halus, indah, cantik, berguna, berfungsi dan enak dipandang mata. Orang yang membuatnya memang bekerjaya seni tapi kita panggil dia sebagai tukang atau pandai seni, ada yang jadi pandai besi atau tukang ukir. Maka konsep menjadi seniman moden ni, Pak Said tak berapa faham mana ke yang katanya seni tu. Mana nak kata halus, semua kasar-kasar sahaja ciptaanya, dah tu dipanggil sebagai seniman pula, tak layak

142 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

betul nak dipanggil sebagai hasilan seni. Kerjaya macam seniman tu macam main-main, benda yang dibuat tu kita tak faham, dah la tu tak elok betul, bagaimana kita nak kata indah dan molek. Apa yang lebih teruk adalah ia tidak berfungsi secara nyata. Nanti dimana pula benda ni nak dijual, takkan nak jual di pasar malam atau Pekan Rabu. Begitu juga dengan David seorang bekas pengusaha industri makanan di Rawang yang sudah bersara dan kini tinggal di Taman Tun Dr. Ismail. Beliau cukup risau dengan anaknya yang seorang ni yang memilih untuk menjadi seniman setelah 3 tahun menjadi eksekutif pemasaran. Sejak mula menjadi seniman anak aku kelihatan selalu menyendiri di dalam studio seninya dan mengerjakan sejumlah besar renjisan cat, bertepek-tepek di atas kertas dan kanvas. Apabila aku lihat dekat-dekat tak ada suatu bentuk apapun yang kelihatan kecuali warna-warna biru, merah, hijau dan kuning yang menggila disiram diatas kanvas dan kertas itu. Aku tak tahu dia lukis apa, sebab dia kata benda tu lukisan. Namun anak aku nyata kelihatan amat tenang sejak menjadi seniman ni, tapi kurang sikit tabiat makannya tak seperti dulu. Sudah hampir penuh ruang bilik anak aku itu dengan benda yang dikatakan karya seni, tapi amat jarang pula ia mahu menjual ‘benda-benda’ itu semua. Katanya belum cukup matang, apa yang tak matang pun aku tak tahu la. Ada sekali tu seorang Dato’ datang dan membeli sebuah lukisannya tu dengan harga RM15,000.00. Hah, mengejutkan aku juga. Tapi itu sahaja la sekali ada orang beli dengan harga mahal, lepas tu senyap je. Aku tak berapa faham apa dia yang dikatakan seniman tu. Aku tak nampak apa-apa pun. Kalau nak berniaga lukisan, buat lukisan betul-betul ambil gambar pemandangan ke, potret ke atau gunung ganang ke, lepas tu bingkaikan cantik-cantik. Aku boleh bagi modal buka kedai gambar dan lukisan tu, nak buka di lokasi mana pun boleh. Aku tak berapa nampak faedah jadi seniman ni, nak kata jadi kaya jual lukisan tak juga. Tapi bagi aku, nak buat seni biarlah betulbetul tradisional, macam catan skrol cina, ha! baru ada ‘sesuatu’ yang dikatakan seni tu, baru aku puas tengok lanskapnya, pokoknya atau suasananya. Yang buat macam tu baru boleh panggil seniman kerana karya sebegitu penuh dengan rasa kesenian, kehalusan, tafakur, kekaguman dan hening yang dalam dan bermakna. Yang seniman macam anak aku buat aku tak faham dan aku rasa tak untung apa-apa pun, macam tak ada apa

143


pun yang dibuatnya tu. Aku rasa buang masa dan buang duit sahaja jadi seniman ni. Maka umumnya itulah kedudukan kerjaya seniman, walaupun diakui ada segolongan masyarakat yang bersikap terbuka dan cuba memahami kerjaya tersebut. Namun kita sebenarnya masih dalam tahap pengenalan, apabila kursus tersebut hanya baru diperkenalkan di Malaysia pada awal tahun 1970-an. Banyak cabaran yang wujud berkenaan kerjaya tersebut seperti yang dinyatakan tadi, selain kurangnya dokongan sistem dan kemahuan politik yang kuat. Oleh kerana gagal difahami, seniman dan kerjayanya selalu terperangkap dalam bualan-bualan yang kosong dan penuh prejudis apabila konsep dan praktisnya tidak difahami. Seperti orang selalu bermain-main dengan hal falsafah yang kabur dan abstrak, begitu juga dengan seni. Akhirnya seni dan orang-orangnya serta hasilannya akan jadi bahan gurauan kerana dianggap kurang berfaedah dan sukar difahami dalam soal kerjayanya. Keseluruhannya, perkara berkenaan kerjaya ini juga harus difahami dalam kerangka bahawa sistem sosial Malaysia tidak cukup kritis dan arif menerima aspek kehidupan moden itu sendiri. Kadangkala wujud kesilapan dalam mengalami dan menerima kehidupan moden. Kita sebenarnya tidak begitu bersedia menerima konsep modenisme yang harus dan sesuai diterima dan digunakan, kerana kita menghadapi beberapa dilema dan kekeliruan dalam proses menerima dan mengasimilasikan konsep-konsep modeniti itu sendiri. Mudahnya kita bercakap soal transformasi budaya yang kompleks dan berbeza, di suatu sisi kita menerima modenisme dan segala komplikasi sistem pendidikan modennya secara hampir menyeluruh, pada sisi lain pula kita tidak begitu dapat menerima dan menyerap konsep kebudayaan modenisme secara bijaksana, padahal kedua-dua konsep dan praktis itu saling berkaitan. Nyata yang wujud adalah kekeliruan dan dilema untuk menyerlahkan ekspresi budaya modenisme yang diperolehi dari sistem pendidikan moden itu sendiri. Tentunya tidak sesuai jika kita menerima keseluruhan budaya Barat itu untuk dimuatkan dalam ruang budaya kita sendiri yang dikosongkan. Budaya dalam konteks ini adalah kompleks sekali untuk dihuraikan. Budaya tidak boleh diekspresikan secara paksaan kerana ia adalah cerminan

144 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

kepada kehidupan sesuatu komuniti itu sendiri secara jujur atas jenis ideologi hidup yang digunapakai. Dengan kejujuran itulah munculnya kebijaksanaan hidup yang tulen lahir dari asas kebudayaan yang diterima pakai dalam kehidupan itu tadi. Dalam konteks ini juga kita sebenarnya bercakap mengenai kerencatan penerimaan kerjaya sebagai seniman, mungkin kerana andaian atau agakan bahawa ia adalah konsep yang dianggap terlalu Barat. Juga penerimaan itu diragui kerana kerjaya ini seakan tidak bersikap pragmatik dan praktikal dalam kehidupan semasa. Ia adalah kerja yang berisiko kerana tiada pendapatan tetap secara berterusan. Menjadi seniman adalah jenis pekerjaan yang bermodalkan idea dan kreativiti dengan tujuan memberi citra, idea atau kepakaran tampak pada karya seni. Umumnya ia berkaitan citarasa atau jenis seni yang dikerjakan. Adakalanya ia diandaikan sebagai sebuah bidang kerjaya yang bergelumang dengan nasib. Jika karya seseorang seniman disukai atau karyanya digemari maka dia berkemungkinan boleh berjaya dan bertahan dengan kerjaya tersebut. Jika tidak, maka dia harus mencari kerjaya lain kerana dalam realiti kehidupan sekarang terdapat begitu banyak jenis bil dan segala macam hutang piutang yang perlu diselesaikan dan ianya menuntut wang sebagai bahan bayaran dan bukan dengan modal kreativiti. Dari segi kesukaran penerimaan konsep dan praktis kerjanya, kerjaya sebagai seniman adalah setara dengan nasib pelawak. Orang suka dengan lawak jenaka, tetapi orang tidak sanggup membayar untuk suatu lawak jenaka yang asli. Begitu jugalah dengan seni dan seniman. Orang atau masyarakat umumnya suka dan memerlukan seni yang bermakna dan menarik, tetapi masyarakat juga tidak sanggup mendokong kewujudan seni yang bermakna dan indah untuk masyarakatnya, kerana semua orang merasakan bahawa sesuatu yang bermakna dan indah adalah sesuatu yang sedia wujud dan ada dalam alam ini. Mudahnya mereka tidak mahu membayar bagi sebuah harga seni yang asli dicipta oleh seniman, dengan sebegitu ego menyangka bahawa seni adalah sesuatu yang sedia ada dan telah tercipta. Lalu timbul juga persoalan seperti, mengapakah pula seni itu harus dibayar dengan harga yang mahal. Golongan sebegini tidak menghargai atau tidak boleh menerima kreasi seni yang dicipta oleh seniman disebabkan pandangan

145


yang cetek dan alasan yang cukup dangkal dan jahil. Golongan kelas menengah yang wujud dengan mentaliti sebegini rupa telah menyerlahkan kekeliruan pandangan hidup dalam dunia modenisme itu sendiri. Kekeliruan ini menjadi lebih serius kini kerana ia telah menjadi gejala dan budaya. Akibatnya semakin sukarlah bagi golongan seniman untuk memperluaskan keupayaan pasaran seninya dan semakin sukarlah bagi seniman untuk membina dan mengembangkan kerjayanya berdasarkan persepsi yang salah dan terpesong bagi sesetengah ahli masyarakat itu. Hal ini turut membantu memendekkan jangka hayat kerjaya seniman dan semakin mengecilkan jumlah seniman yang asli dalam sesebuah masyarakat moden. Selain itu kehadiran seniman seakan tidak diperlukan kerana ia bukanlah sesuatu yang diperlukan setiap hari atau masa. Seniman tidak memberikan khidmatnya dalam kuantiti besar dan secara langsung, bahkan ianya kadangkala amat eksklusif pula. Seniman diperlukan hanya apabila mereka perlu dan diperlukan. Mudahnya seniman tidak dapat memberi khidmatnya kepada semua orang kerana faktor yang relatif. Seniman dan dunianya kadangkala terlalu asing dan pelik bagi ahli masyarakat yang ingin mendapatkan khidmatnya. Kerjaya seniman tidak menawarkan khidmat menyelesaikan masalah secara logik dan nyata dalam dunia moden kini. Tentunya hal ini adalah pelik, kerana hampir kesemua kerjaya moden sekarang ini adalah berkaitan menyelesaikan masalah hidup yang praktikal. Doktor perubatan, jurutera, arkitek, peguam atau akauntan diperlukan kerana mereka adalah ahli terlatih untuk menyelesaikan masalah kehidupan manusia yang khusus. Namun, tugas atau kerjaya seniman tidak begitu, mereka lebih condong kearah menjadi pemikir atau penafsir kejadian, suasana atau sesuatu idea. Maka dalam kerjaya seniman itu sendiri, benda atau objek yang dicipta (karya seni) adalah datang daripada sanubari, fikiran atau idea asli yang khusus. Hasilnya karya seni seniman adalah khusus dan asli. Seniman tidak berkhidmat mencipta apa yang masyarakat suka atau kagumi secara banyak dan bertimbun-timbun. Ini adalah kerana kerjaya seniman secara asli, melibatkan hal pemikiran, renungan dan pertimbangan yang banyak, yang melibatkan kompleksiti

146 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

faktor keindahan itu sendiri, selain ia menyentuh aspek kemahiran khusus yang dimiliki oleh mereka untuk menyerlahkan idea, ‘daya’ atau ‘kuasa’ seni pada karya itu sendiri. Maka karya yang dicipta itu adalah amat istimewa dan tunggal, yang melibatkan pelbagai proses kreativiti yang kompleks dan rencam. Itulah sebenarnya khidmat yang diberikan oleh seniman kepada masyarakat, iaitu menawarkan suatu pemikiran, idea, ekspresi atau catatan zaman dalam bentuk tampak, yang peka dan sensitif dengan sebarang isu, pernyataan atau persoalan yang ingin diketengahkan dengan menggunakan bahasanya yang khusus dan kreatif. Maka secara mudahnya seni yang dicipta oleh seniman bukanlah benda atau objek yang boleh diperolehi secara komersial di pasaraya atau kedai-kedai runcit. Ia adalah ciptaan khusus yang dicipta secara peribadi dan bermakna. Ia bernilai tinggi dan sangat berharga dalam konteks pemikiran dan sejarah bagi sesebuah bangsa dan negara. Ia kemudiannya akan menjadi khazanah ketamadunan yang cukup penting dan bermakna bagi generasi mendatang. Dalam kedudukan ini nampaknya kerjaya seniman itu tidak mempunyai nilai komersial dalam arus semasa, yang juga kesannya mengakibatkan graduan seni halus tidak mendapat kerja secara mudah selepas tamat pengajian. Natijahnya tentulah pelajar yang mengkhusus dalam bidang seni halus tidak akan bekerja di kilang seni halus di kawasan perindustrian Perai, Mak Mandin, Gebeng, Tanjung Agas, Kulim atau juga di Pasir Gudang. Tidak wujud syarikat seni halus, perunding seni halus atau konsortium seni halus di kawasan perniagaan Kelana Jaya, Sri Hartamas, Johor Bahru, Puchong, Ipoh, Seremban, Kuala Terengganu atau di Shah Alam. Dari akibat itu juga, maka tidak wujudlah peluang komersial bagi graduan seni halus untuk bekerja. Mudahnya dalam bahasa sekarang adalah, bidang seni halus tidak mempunyai atau kurang mempunyai prospek pekerjaan. Ini adalah kerana bidang kerjaya ini tidak berurusan secara langsung dengan keperluan komersial kehidupan kini. Kemahiran atau pengkhususan ilmu seni halus bukanlah ditujukan untuk berkhidmat secara komersial dalam kehidupan sekarang ini. Dari itu juga nampaknya juga seni halus bukanlah sebuah bidang yang akan menjamin

147


sebuah kerjaya yang bernama seni halus secara makan gaji di Malaysia. Memang tiada sebarang jawatan yang berkaitan seni halus di sektor awam sekarang ini, melainkan mungkin ia berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan muzium atau galeri. Apatah lagi secara ikhtisas di sektor swasta. Maka inilah dilema dan isu berkaitan kerjaya seni halus dan halatuju graduannya. Memilih bidang seni halus kini adalah seolah-olah anda telah menyempitkan diri dan peluang kerjaya pada masa depan. Jika seseorang pelajar cukup cekal maka dia akan bertarung dan berjuang untuk hidup sebagai seniman sepenuh masa. Yang lainnya mungkin memilih untuk menjadi pensyarah, pereka, jurufoto atau guru seni. Selebihnya mungkin memilih untuk menjadi kurator selain pentadbir galeri atau muzium. Nasib baki yang lainnya… hanya masa dan rezeki yang menentukan. Mungkin mereka akan menjadi penjual mee rebus, operator mesin, penebar roti canai, tukang paip atau guru Kafa. Bagi yang lebih malang, nasib mereka berakhir dengan menolong ayah membancuh kopi di warung, mengambil upah memetik buah kepala sawit atau berakhir dengan menolong ibu di dapur (itu pun bagi keluarga yang memahami). Sebenarnya isu yang mendasar berkenaan bidang seni halus dan kerjayanya terletak pada tiga perkara iaitu persepsi masyarakat, sifat ilmu bidang itu sendiri dan suasana atau hukum ekonomi. Seperti yang telah diterangkan awal tadi, masyarakat sebenarnya masih dalam proses untuk mengenali dan memahami bidang kerjaya ini. Dari keadaan itu wujud dua tekanan dalam minda masyarakat iaitu pertamanya adalah rasa keliru atau asing dengan ciptaan seni moden atau sezaman yang dirasakan seolah-olah sudah jauh terpisah atau tercabut dari akar budayanya yang sebenar. Keduanya adalah kekeliruan rasa mengenai citarasa moden atau sezaman, kerana masyarakat kelas menengah Malaysia umumnya masih tidak jelas atau pasti dengan bentuk seni rupa yang dikaitkan dengan kesedaran moden atau sezaman. Kesannya, bentuk-bentuk seni halus moden yang wujud dan dikerjakan oleh seniman tempatan tidak dapat disambut sebagai sebuah pernyataan modeniti yang sepatutnya diraikan oleh masyarakat moden itu sendiri. Kesan dari dua kekeliruan itu telah menyebabkan suasana seni rupa tempatan tidak dapat bergerak dengan lancar kerana arus permintaan dan penawaran tidak berlaku

148 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

secara meyakinkan. Secara nyata tidak semua orang ingin dan boleh membeli karya seni yang asli kerana tidak semua orang mampu dan merasakan bahawa membeli karya asli itu adalah sesuatu yang penting dalam hidupnya. Hal ini akan tetap berlaku walaupun telah dinyatakan atau dinasihatkan (oleh pakar seni tentunya) bahawa sesebuah karya itu adalah hebat dan menarik serta wajar dibeli bagi yang mampu. Pembeli (yang terlalu mampu atau terlalu banyak duit) akan berfikir antara dua hingga ke lima kali samada wajarkah dia membeli karya ini. Mungkin dia berfikir; ‘aku ni nak kena perbodoh ke bila mereka suruh aku beli catan abstrak yang conteng-conteng ni’. Atau dia berfikir ‘dari aku beli catan ni lebih baik aku bawa keluarga ke Disneyland Hong Kong atau beli set bilik tidur yang terbaru dari IKEA’. Perkara kedua pula adalah berkenaan sifat ilmu seni halus itu sendiri. Sifat bidang ilmu ini yang fundamental, asasi atau pure telah mengakibatkan ia begitu sukar untuk dipasarkan dalam arus ekonomi terbuka kini. Dalam bahasa yang mudah ia agak sukar untuk dijual kerana sifat benda atau objeknya yang terlalu khusus, serta pasarannya yang tidak luas. Sifat asasi ini bermaksud hasil atau ‘objek’ yang dicipta oleh seniman seni halus itu adalah terlalu khusus merujuk kepada ‘alam seni’ yang dicipta oleh seniman dalam perkiraan masyarakat biasa. Ia (seniman dan seninya) seolah-olah hidup dalam dunianya yang asing dan kebanyakan orang tak faham pun dengan apa yang mereka buat. Maka hasilnya tentulah masyarakat sukar untuk mendekati atau membeli karya yang dicipta oleh seniman terbabit. Perkara ketiga pula adalah berkenaan hukum ekonomi. Apabila manusia mula memperkaitkan hubungan antara bidang seni halus dengan aspek kerjaya atau pendapatan hidup, maka secara mudah kita sebenarnya bercakap mengenai bidang ekonomi. Hal ini bermaksud bahawa pekerjaan itu adalah sebuah aktiviti yang melibatkan pembayaran kepada perkhidmatan khusus yang dibuat oleh seseorang dalam bidang yang beliau mahir dan cekap. Kadar khidmat itu pula biasanya ditentukan oleh hukum ekonomi atau politik semasa. Hal ini menyerlahkan situasi bahawa jika sesuatu khidmat atau kepakaran itu diperlukan secara banyak dan luas maka permintaan ke atas gunatenaga

149


bagi bidang tersebut akan meningkat. Hukum ekonomi juga ada berkaitan dengan peluang-peluang pasaran dan perniagaan semasa yang melibatkan arus permintaan dan penawaran tadi. Dalam keadaan ini perlu dinyatakan bahawa tidak semua benda atau kerja boleh diletakkan di bawah tekanan hukum permintaan dan penawaran. Kita harusnya sedar bahawa wujud banyak bidang ilmu yang tidak boleh dijual beli dalam perkiraan untung rugi perniagaan. Menyempitkan aspirasi seni halus dalam perkiraan untung rugi atau hukum kapitalisme (komersialisme) akan sebenarnya membunuh sanubari atau roh sesebuah bidang ilmu itu sendiri. Secara lebih luas perkara berkenaan kerjaya dan pasaran hasil karya seniman ini adalah berkaitan persepsi dan pemikiran golongan kelas menengah tempatan terhadap bidang seni rupa dan cara mereka meraikan kehidupan moden itu sendiri. Hal ini cukup penting memandangkan bahawa bidang seni halus atau seniman yang wujud sekarang ini bergerak (atau bekerjaya) berdasarkan hukum ekonomi kapitalis yang menekankan arus permintaan dan penawaran seperti yang disebutkan tadi. Permintaan utama atas khidmat seniman seni halus adalah dari golongan kelas menengah dan atas. Ini adalah kerana mereka mempunyai dua perkara iaitu pemikiran atau citarasa budaya seni moden dan wang. Dari dua perkara ini wujud permintaan ke atas hasil kerja seniman (karya seni) yang boleh menjana penawaran oleh seniman. Jika semakin banyak permintaan wujud dari golongan kelas menengah dan tinggi ke atas khidmat atau karya seni maka akan wujudlah semakin banyak penawaran oleh seniman. Jika permintaan terus meningkat maka ruang penawaran harus dibesarkan, yang mengakibatkan lebih ramai seniman muncul dan dapat berkhidmat secara efisyen dalam masyarakatnya. Inilah sistem asas yang perlu wujud dalam konteks seni halus. Minyak pelincir kepada sistem ini pula memerlukan kuasa politik, birokrasi atau pengurusan seni halus yang cukup peka dengan suasana dan keadaan seni itu sendiri. Akhirnya, kerjaya atau bekerjaya seniman bukanlah mustahil bahkan ia sebuah kerjaya profesional yang sama tinggi dengan kerjaya profesional lain kerana ia melibatkan penawaran khidmat, kepakaran atau idea yang khusus dan profesional. Apa yang

150 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

menjadi cabarannya sekarang adalah tidak wujud sebuah sistem yang boleh menjana budaya kerjaya seniman dalam kedudukan profesionalnya. Hal ini membabitkan isu persepsi masyarakat, situasi ekonomi serta dokongan kelas masyarakat dan kemahuan politik. Apa yang wujud dan berlaku kini dalam dunia seni tempatan adalah usaha-usaha persendirian dalam memartabatkan kerjaya seniman. Apa yang berlaku adalah seolaholah sebuah usaha ‘buat sendiri’ (do it yourself) kalau nak hidup, serta sikap segelintir manusia yang beranggapan bahawa seniman boleh hidup sendiri tanpa dokongan sistem profesional, kerana seniman selalu dianggap sebagai manusia yang degil dan tidak boleh dilentur dalam sesebuah sistem. Hal ini lebih diparahkan dengan persepsi bahawa seni dan kerjayanya boleh tumbuh sendiri kerana mereka adalah manusia kreatif yang tahu bagaimana hendak mencipta peluang dan ruang kerjaya. Sesungguhnya kesemua pemikiran ini adalah ketinggalan, kolot dan amat sesat dalam konteks realiti kehidupan abad ke dua puluh satu. Seni dan seniman pada abad ke dua puluh satu dan dalam arus ekonomi pasca kapitalis memerlukan dokongan sistem yang menekankan faktor sumber dan prasarana dalam usaha membina budaya kerja profesionalismenya. Golongan seniman sendiri tidak mampu untuk menjayakan usaha ini kerana ia membabitkan kemahuan politik, usaha pengurusan dan kemampuan wang yang banyak. Apa yang ditagih adalah usaha jujur dan bersungguh-sungguh untuk memartabatkan kerjaya seniman secara profesional. Jika usaha ini benar-benar dapat difahami dan berjaya dilaksanakan secara menyeluruh, ia akan memberikan kesan yang cukup besar kepada lanskap sosial, ekonomi dan budaya tempatan. Kewujudan lebih ramai seniman profesional akan membuatkan lebih banyak permintaan ke atas hasilan seni yang berkualiti. Apabila wujud banyak permintaan ke atas karya seni yang berkualiti, maka pasaran seni yang lebih luas akan wujud. Ia akan mengakibatkan usaha yang lebih intensif dari segi pembinaan prasarana untuk menempatkan hasil karya seni tersebut melalui pembinaan lebih banyak dewan pameran, galeri atau muzium. Lanjutannya penganjuran festival seni dan pameran berkala akan menyusul sebagai suatu dokongan ke atas usaha memamer dan mempromosikan hasil seni tersebut. Keadaan ini juga akan mengakibatkan peluang-peluang ekonomi hiliran

151


akan tumbuh dengan rancak melalui usaha lelongan seni, jual beli, khidmat nasihat, penyeliaan, penyelidikan dan pendokumentasian secara profesional dan intensif. Pada tahap ini sudah wujud begitu banyak peluang pekerjaan atas dasar hiliran atau utama berkaitan bidang seni halus. Usaha selanjutnya adalah berupa promosi budaya yang lebih asli dan menyeluruh yang wujud dari kejayaan sistem tadi pada tahap serantau dan antarabangsa. Negara kini boleh menjual produk budayanya yang berkualiti dalam pelbagai kaedah dan cara. Akhirnya keberkesanan sistem tadi boleh menjadikan kita sebagai pusat, kuasa atau ‘magnet’ kepada kitaran hasilan seni dalam rantau setempat atau dalam medan geografi yang lebih besar. Kesemua hal ini adalah berkaitan dengan peluang, keberanian, kemahiran dan kepercayaan. Kesemua kemungkinan tersebut terbentang dan menunggu masa untuk dilaksanakan. Tetapi asas kepada kesemua keadaan itu perlu dimulakan dengan mewujudkan budaya atau sistem dokongan kerjaya seniman seni halus secara efisyen dan teratur. Tidak guna kita bercakap atau berangan-angan panjang jika asas kepada kesemua perkara tersebut tidak dapat kita laksanakan dengan jayanya, iaitu mencipta, melahir dan mendokong kewujudan seniman seni halus yang tulen dan berkualiti pada peringkat serantau dan antarabangsa. Kualiti dan profesionalisme hanya datang dari budaya atau sistem yang efisyen, teratur dan elok. Ia tidak datang secara nasib atau tibatiba. Melahirkan seniman berkualiti dan asli bukanlah seperti menanam pohon durian emas di belakang rumah. Selepas ditanam biarkan sahaja dan apabila cukup tahun dan tiba musim berbuahnya maka berlambak-lambaklah durian tersebut jatuh dan sampai naik jemu dimakan.

kemungkinan harapan seni budaya serta ketamadunan tertentu yang boleh dijadikan sebagai suatu khazanah atau aset besar bagi negara. Sesuatu perlu dilakukan dengan segera berkenaan perkara ini kerana setiap tahun universiti dan kolej tempatan melahir sebegitu banyak graduan seni halus yang sebenarnya berpotensi menjadi seniman profesional, namun akibat dari tekanan semasa selain masalah sumber dan peluang, golongan ini telah memilih untuk menceburi bidang pekerjaan lain atau mengikuti proses latihan semula dalam bidang lain. Maka sebenarnya kita telah mencipta sebegitu banyak kerugian serta membuang sebegitu banyak tenaga dan masa, apabila sepatutnya kesemua graduan ini dianggap sebagai aset bermodalkan insan yang cukup berharga, terlatih dan hanya menunggu masa dan peluang untuk menunjukkan bakat dan kebolehannya pada peringkat tertinggi. Seharusnya mereka diberikan peluang dan ruang seluas-luasnya untuk membuktikan kebolehan, keupayaan dan kreativiti mereka pada tahap terbaik. Sekali lagi, sesuatu perlu dilakukan berkenaan kerjaya seniman seni halus ini kini dengan penuh rasa tanggungjawab dan jujur. Yang mungkin menjadi masalahnya adalah ketidakmampuan kita untuk menilai sesuatu secara menyeluruh dan strategik.

Akhirnya kesemua hal tersebut bergantung pada kemahuan dan kepentingan. Sedang jika kita terus lalai dan leka, maka dengan sengajanya kita telah menafikan keupayaan, peluang dan kemahuan anak-anak muda kita yang kreatif dan berpemikiran tajam untuk bersama membangunkan negara dari bidang pengkhususan mereka. Jika kerjaya sebagai seniman terus tidak diberi perhatian dan dokongan dengan sistem yang baik dan efisyen, maka bermakna kita telah secara sedar perlahan-lahan membinasakan

152 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

153


Graduan seni dan rantaian sistem seni

Pada congakan singkat saya, dalam setahun lebih kurang antara seratus hingga ke seratus empat puluh orang pelajar akan keluar dari universiti awam Malaysia dengan mempunyai ijazah pertama (sarjana muda) yang mengkhusus dalam pengajian seni visual. Kalau dicampur dengan institusi pengajian swasta ia mungkin boleh mencecah ke angka seratus tujuh puluh orang atau bahkan lebih dari itu. Graduan seni yang saya maksudkan di sini adalah yang secara ikhtisas (khusus) dilatih dengan pengetahuan dan ilmu seni secara asasi. Bayangkan dalam setahun katakanlah secara purata kita melahirkan seratus lima puluh orang graduan seni. Dalam tempoh dua tahun ia berganda menjadi tiga ratus orang, selanjutnya selama tiga tahun ia boleh menjadi empat ratus lima puluh orang. Untuk tempoh lima tahun kini secara purata kita telah melahirkan tujuh ratus lima puluh orang graduan seni yang mempunyai pengetahuan dan ilmu seni di peringkat sarjana muda. Jumlah graduan yang seramai itu bukanlah sesuatu yang kecil jika dibandingkan dengan saiz ‘industri’ seni kita sekarang. Apabila bercakap soal kuantiti graduan yang sebegitu ramai pula dengan serentak juga saya akan bertanya (secara pragmatiknya mengikut suasana semasa), kemanakah akan mengalirnya mereka nanti. Maksudnya kemanakah akhirnya mereka akan pergi dari sudut kerjaya. Sebahagiannya mungkin akan bekerja dalam sektor pendidikan,

154 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

155


yang telah menjadi teras pengkhususan mereka dalam bidang seni yang mereka pilih. Sebahagiannya mungkin dapat bekerja dalam sektor lain. Yang selebihnya lagi mungkin masih berdoa dan berharap bahawa mereka akan beroleh kerja atau kerjaya yang baik demi beroleh kehidupan yang baik juga. Apa yang mungkin menggusarkan adalah dengan kuantiti graduan yang sebegitu ramai ke manakah mereka itu hendak dialir atau diserapkan ke dalam ‘lapangan’ atau ‘industri’ seni kita. Wujudkah keperluan yang sebegitu besar dalam lapangan seni kita, atau soalnya adakah permintaan gunatenaga seni kita cukup besar untuk menampung aliran graduan tersebut? Ada beberapa kenyataan asas pula yang biasa masyarakat fikirkan berkaitan perkara di atas. Pertamanya, orang mungkin mengatakan bahawa isu mencari kerja atau kerjaya ini bukanlah tugas yang harus difikirkan oleh pemikir seni, ahli akademik atau budayawan. Tugas ini mungkin lebih sesuai difikirkan oleh ahli politik, penggubal dasar, ahli ekonomi dan perniagaan atau pakar sumber manusia. Keduanya, Ijazah yang dikeluarkan oleh universiti kita bukanlah suatu tiket kemestian bahawa mereka (graduan) akan mendapat kerja dan kerjaya yang berpadanan terus dengan ijazah mereka. Tugas universiti juga sebenarnya bukanlah memberi ‘janji kepastian’ bahawa sesiapa yang keluar dari universiti dengan segenggam ijazah akan ‘mesti’ juga mendapat pekerjaan yang berpadanan dengan pencapaian mereka. Ketiganya pula orang mungkin beranggapan bahawa usahlah terlalu memilih kerjaya atau kerja dalam era persaingan yang cukup sengit kini. Apa yang lebih penting adalah tonjolkan kemampuan dan ‘kelebihan’ diri dan masuklah ke dalam kerjaya apa juga pun asalkan ada kerja. Mengapakah saya mengajukan soalan ini dan kemudian saya turut mengajukan isu dan persoalan berkaitan yang terhasil darinya. Saya mengajukan persoalan ini kerana saya melihat bahawa isu atau persoalan mengenai graduan seni ini tidak wujud secara bersendirian atau terpisah, bahkan ia berkaitan pula dengan hal atau perkara lain yang bersangkutan pula dengan keseluruhan jaringan atau sistem seni yang wujud di negara kita. Pertamanya dalam memahami persoalan graduan seni di atas, kita mestilah boleh memahami dengan penuh pengertian bahawa isu tersebut adalah bersifat rantaian yang

156 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

berkait dengan rantai-rantai lain. Rantai-rantai ini pula akan berjalin antara satu sama lain sehingga mewujudkan rangkaian rantai-rantai yang saling dokong-mendokong antara satu sama lain. Dengan kekuatan jaringan yang wujud akhirnya keseluruhan jaringan itu akan mewujudkan sebuah sistem seni yang saling kukuh memperkukuh atau saling bantu membantu antara satu sama lain. Keadaan ini juga akhirnya akan mewujudkan sebuah sistem seimbang yang akan memberi suatu keadaan ‘stabil’ dan ‘harmoni’ bagi keseluruhan sistem yang ditubuhkan. Sifat atau keadaan ini sebenarnya adalah sesuatu yang lumrah dalam hidup kita, yang kita insafi dan pelajari dari alam maya ini. Dalam kedudukan ini tidak bermaksud bahawa jika sesebuah mata rantai atau sebuah elemen dari sistem itu dapat berjalan dengan baik dan ‘subur’ dalam sistem yang diciptanya sendiri, maka ia langsung tidak memerlukan dokongan dari sistem lain. Tiada suatu benda, makhluk atau objek yang boleh wujud sendiri tanpa ada dokongan sistem lain kecuali Tuhan. Inilah yang disebut sebagai ukhwah dalam Islam. Setiap insan itu berkait dengan insan yang lain sehingga mewujudkan umat. Tiada apa atau siapa yang boleh berdiri atau hidup sendiri-sendiri dalam sistem yang diwujudkannya sendiri. Bahkan ia memerlukan benda atau orang lain untuk mendokongnya. Jika wujud juga maka sistem itu bersifat tunggal iaitu tidak akan tahan lama dan lama kelamaan akan musnah ditelan masa. Begitu jugalah dengan keadaan yang kita bincangkan dalam esei pendek ini. Unit atau elemen latihan seni (yang kini wujud di universiti dan kolej seni) yang ada itu hanyalah merupakan salah satu dari sekian banyak mata rantai yang membantu ‘memakmurkan’ situasi, suasana dan persekitaran seni kita. Kita tidak boleh beranggapan bahawa jika sesebuah mata rantai, unit atau elemen itu berada dalam kedudukan selesa (dari segi dana, sumber manusia dan sebagainya), maka ia merasakan bahawa ia tidak berkaitan dengan unit atau elemen lain. Bahkan ia diperlukan oleh rantai lain dan rantai lain juga memerlukan mereka. Secara realitinya apabila seorang mahasiswa mengkhususkan dirinya dalam bidang seni di universiti atau kolej, bermakna mereka telah cuba meletakkan diri mereka untuk

157


‘hidup’ dan ‘membesar’ dalam sebuah rangkaian sistem, dalam konteks ini sistem seni. Latihan seni yang seseorang mahasiswa itu terima sewaktu di universiti atau kolej adalah merupakan sebuah struktur rantai yang berkait, bersambung dan berhubung dengan rangkaian-rangkaian rantai lain. Ia tidak wujud bersendirian. Bahkan ia (mata rantai latihan seni) diperlukan pula oleh rantai lain seperti mata rantai pameran, promosi, penyelidikan, sokongan dana, pembangunan dan sumber lain. Mata rantai lain itu juga memerlukan mata rantai latihan seni kerana dari mata rantai itulah wujudnya ‘sumber’ dan bahan mentah kepada aktiviti seni dalam suasana seni yang ‘makmur’ iaitu seniman yang menghasilkan karya atau sumber manusia yang boleh menjalankan aktiviti lain yang bersangkutan dengan seni. Situasi timbal balik ini pula boleh mewujudkan ‘sistem’ jaringan seni atau seperti yang disebut tadi sebagai sebuah sistem seni. Setiap mata rantai itu akan mendokong dan saling menyokong untuk mewujudkan keharmonian kepada keseluruhan jaringan sistem itu. Setiap mata rantai ini perlu berkait rapat dan berhubung di antara satu sama lain secara utuh dan konsisten demi mewujudkan ‘kebaikan’ sistem itu sendiri. Dari dasar ini saya menghujahkan bahawa soal atau isu graduan seni yang keluar dari universiti atau kolej itu tidak mempunyai halatuju yang nyata dan akhirnya terdampar dan menyusahkan banyak pihak demi untuk menyelesaikan masalah mereka, perlu dilihat dan difahami dari konteks ini. Saya menghujahkan bahawa kesukaran graduan seni untuk ‘terima’ atau ditempatkan di alam kerjaya adalah kerana kita tidak mempunyai sebuah rangkaian atau jaringan sistem seni yang cukup efisyen, utuh dan baik. Dalam konteks ini tidak pula bermaksud kita langsung tidak mempunyai sistem seperti yang dikatakan tadi, bahkan mungkin apa yang kelihatan (melalui kes graduan terbabit) adalah kelemahan atau kelonggaran sistem yang wujud. Ini adalah kerana secara dasarnya kita mempunyai banyak infrastruktur, jabatan, pusat dan agensi yang berkaitan dengan seni. Namun apa yang nyata adalah kemungkinan wujud kelemahan dalam ‘mendirikan’ sistem itu secara bersepadu dan menyeluruh. Dalam contoh yang lebih jelas, apabila seseorang pelajar telah tamat latihan seni

158 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

dari universiti atau kolej seni, mereka sepatutnya sudah bersedia untuk ditempatkan dalam sebuah sistem yang sepatutnya bersedia untuk mendokong mereka dalam mengamalkan ilmu ikhtisas masing-masing iaitu seni. Dalam keadaan ini perkaitan di antara mata rantai seperti yang telah disebutkan di atas adalah amat mustahak. Struktur sistem seni dalam kehidupan sebenar adalah begitu penting sekali untuk mendokong golongan graduan ini, yang sebenarnya merupakan sumber terpenting kepada pembangunan, pengembangan dan kejayaan sistem yang didirikan. Apa yang dimaksudkan di sini bukanlah setiap pelajar itu perlu disediakan dengan kerja-kerja seperti jurucatan, juruarca, jurulukisan atau pegawai fotografi. Bahkan mereka akan mengkhususkan kerjaya mereka dalam bidang yang mereka sendiri pilih. Contohnya jika mereka memilih untuk menjadi seniman sepenuh masa atau separuh masa, maka adalah diharapkan wujud sebuah sistem, badan atau struktur (yang telah disebutkan di atas tadi) yang boleh diharapkan sebagai pendokong dan menyokong mereka dari segenap aspek kreasi dan kreativiti. Sekali lagi juga diulangi bahawa dalam situasi ini bukanlah bermaksud segala aspek kehidupan mereka akan ditanggung, bahkan aspek dokongan itu hanya mengkhusus kepada elemen kreativiti dan kreasi seni mereka. Dalam keadaan ini saya fikir sebuah sistem seni yang baik, efisyen dan utuh akan dapat memahami dan mendalami dengan baik peranan seorang seniman dalam konteks sosialnya. Mereka mempunyai tanggungjawab dalam masyarakat. Seniman mempunyai peranan yang sama penting dalam konteks sosial di mana mereka tinggal dan hidup. Peranan ini telah digagas dan diterima di peringkat antarabangsa oleh UNESCO selama lebih dari 30 tahun. Dalam konteks ini taraf seniman adalah setara dan sama dengan sebarang profesyen profesional yang lain seperti akauntan, jurutera, peguam, arkitek atau doktor perubatan. Apa yang berbeza adalah peranan mereka dalam masyarakat. Dalam sudut ini mungkin ada ahli masyarakat yang masih tidak dapat memahami sebenarnya fungsi dan peranan mereka, lalu taraf dan peranan mereka secara tidak langsung telah diketepikan. Perkara ini begitu penting untuk difahami dan diinsafi kerana jika kita berjaya sekalipun membina infrastruktur atau mewujudkan sistem sokongan seni tetapi jika persepsi asas kita mengenai bidang, fungsi dan peranan mereka tidak kita fahami

159


secara mendalam, maka kesemua infrasturktur dan sistem tersebut akan menemui jalan kegagalan. Perdebatan mengenai tanggungjawab, peranan dan fungsi seniman dalam konteks sosialnya adalah besar dan berjela-jela. Saya tidak bermaksud untuk mendalami perkara tersebut di sini secara panjang lebar tetapi peranan seniman adalah penting dan tidak dapat dinafikan dalam sebuah masyarakat seperti yang wujud di negara kita. Secara tidak langsung peranan dan fungsi mereka telah diterima dan dipersetujui secara jelas oleh pihak kerajaan melalui penubuhan kursus seni halus diperingkat pengajian tinggi. Ini adalah bukti jelas bahawa negara kita memerlukan seniman dan mahu seniman sama-sama berganding bahu membina sebuah masyarakat dan negara yang sejahtera. Apa yang mungkin berbeza adalah cara dan kaedah seniman dalam menjalankan kerjakerjanya. Peranan seniman dalam zamannya tidak boleh dinafi atau ditolak secara mudah dan mentah. Mereka bukanlah virus perosak, mereka bukanlah penyangak, penipu, ahli khayal dan mereka bukanlah kumpulan yang mencipta keserabutan fahaman terhadap hidup. Fitrah dan tuntutan seniman adalah berbeza dari fitrah dan tuntutan biasa ahli masyarakat (termasuk golongan profesional lain) kerana peranan mereka adalah berbeza. Seni yang dicipta oleh seniman itu adalah lantunan, cerminan atau citra yang dibiaskan dari kefahaman dan sensitiviti seniman yang lahir dari akal fikirnya yang secara langsung dan tidak langsung dipengaruhi oleh masyarakat dan suasana di mana mereka tinggal. Perkara seperti anutan ideologi, teknologi dan falsafah karya seniman itu berubah-ubah, bahkan ia kadangkala menawarkan kemajmukan kreativiti, kesungguhan kreasi dan penerokaan yang bersifat eksperimental. Mengapa pula negara kita memerlukan orang seperti ini? Ia adalah kerana merekalah yang bertanggungjawab memancar, memercik dan memantulkan elemen tampak dari dalam sensitiviti sesebuah masyarakat iaitulah negara kita. Masyarakat yang matang adalah masyarakat yang dapat menyatakan dan menghargai aspek emosi, fikiran dan kritikan ahli masyarakatnya sendiri, demi untuk memperkayakan khazanah intelektual, budaya dan kreativiti ahlinya. Mungkin

160 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

orang boleh mengaitkan ia dengan perkara yang indah-indah, mungkin orang boleh mengaitkan ia dengan kehebatan kemahiran dan ketukangan, mungkin orang boleh mengaitkan ia dengan ketajaman pandang terhadap sesuatu isu atau persoalan, mungkin ia berkaitan kritikan terhadap sesuatu isu dan persoalan, mungkin ia berkaitan gagasan yang terhasil dari kesedaran teknologi semasa atau suasana sosial semasa. Peranan dan fungsi seniman ini amat penting kepada negara kerana ia menawarkan sebuah perspektif kehidupan yang secara umum dapat menyuburkan akal fikir dan akal budi seniman dan ahli masyarakatnya. Kekayaan kreativiti ini tidak ternilai harganya, ia adalah khazanah abadi kepada negara, ia tidak pupus bahkan menjadi bukti, tanda dan adakalanya kemegahan kepada masyarakat. Ia adalah lambang dan cerminan kepada sikap kreatif ahli masyarakat. Ia juga adalah lambang kepada kehebatan dan kemampuan kreatif seniman yang wujud di sesebuah negara. Perhatikan bagaimana masyarakat Perancis, Itali, Belanda, England, Jerman atau di Asia seperti Jepun, Mesir, China dan India begitu berbangga dengan kreasi seni tinggalan masyarakat lama mereka. Secara lebih khusus lagi orang boleh juga menyoal contohnya mengapakah kita perlu merasakan bahawa sebuah catan abstrak, karya installasi atau karya eksperimentasi itu begitu penting kepada negara berbanding perkara lain. Perkara ini perlu difahami dalam konteks yang luas dan perlu diinsafi dalam kesedaran sejarah. Seni dan seniman tidak boleh diukur dalam pemahaman pragmatik, keuntungan atau efisyensinya sematamata. Ini adalah kerana sifat, tujuan dan peranannya berbeza dari segi ia bukanlah menawarkan perkhidmatan nyata kepada masyarakat dan negara. Bahkan seperti yang telah diterangkan tadi seniman itu secara mudahnya bekerja sebagai pencitra, pencipta imej atau pencipta tampak akan apa-apa perkara, idea, benda dan sifat yang dirasakannya perlu dan penting untuk diluah dan diucapkan dalam bentuk-bentuk yang dirasakan sesuai dan releven dengan idea yang difikirkannya. Ini bermakna sifat bidang seni adalah asasi sekali, ia kurang bertanggungjawab secara nyata dengan masyarakat. Bahkan ia sama juga sifatnya dengan bidang fizik, kimia dan matematik dari segi bahawa ia tidak terbeban dengan sebarang tanggungjawab nyata kepada masyarakat. Seorang ahli

161


fizik yang tegar tidak akan ambil kisah dengan keperluan nyata terhadap apa yang di selidikinya atau dijumpainya di dalam makmalnya kepada masyarakat. Ahli fizik tulen hanya berminat untuk memahami dan menghuraikan tabiat dan hukum alam sematamata dari aspek mekanistiknya. Banyak pakar matematik asasi tidak hirau pun dengan kegunaan penyelesaian atau penerokaan matematik kompleks yang mereka buat atau terokai. Mereka tidak hirau pun dengan segala keperluan nyata (gunaan) terhadap apa yang mereka lakukan atau selidiki. Bahkan sebenarnya penemuan itu kemudiannya akan diambil dan digunakan oleh jurutera, pakar statistik atau pakar ekonomi secara gunaan demi untuk menyelesaikan masalah bidang mereka yang berkhidmat dengan masyarakat secara nyata. Pada pandangan kasar seakan-akan kelihatan kepentingan penyelidikan dan penemuan mereka itu tidak berkaitan dengan masyarakat secara langsung, tetapi bidang asasilah yang sebenarnya amat penting, kerana ia menawarkan ‘kebenaran’ sifat alam yang penting sebagai pengetahuan dan ilmu asas kepada manusia untuk memahami dan menjalani hidupnya. Matematik sebagai matematik nampaknya seakan tidak penting kepada manusia, bahkan sains komputer, sains aktuari atau statistik nampaknya lebih berguna kepada manusia. Sedangkan asas kesemua bidang yang terkemudian itu berpunca dari asas matematik. Sains komputer tidak wujud tanpa kemahiran dan keperluan matematik, sedangkan matematik sebagai matematik itu tidak nampak seperti berguna. Begitulah juga bidang seni, seniman adalah orang yang bekerja dalam bidang asasi dan dia lebih banyak bertanggungjawab dalam bidangnya sendiri. Penerokaan seni oleh seniman mungkin tidak penting bagi manusia biasa tetapi idea, kaedah, bentuk dan tindakan seniman dalam karyanya akan berguna pula bagi bidang visual lain yang bersifat gunaan. Revolusi tampak yang terhasil dikaca tv, video, multimedia, permainan konsul, papan iklan atau dipermukaan bangunan kebanyakkannya terpengaruh secara langsung dari revolusi tampak bidang seni halus yang sifatnya menerobos, terkehadapan, penerokaan, baru, berani dan penuh risiko. Nahu, bahasa dan langgam seni halus adakalanya asing, pelik dan ‘gila’ kerana pengamalnya mahu mencipta kelainan yang dapat menyatakan buah fikir kreatif mereka secara terkehadapan dan paling autentik.

162 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

Manusia atau bidang lain dalam seni tidak akan mampu meredah ranjau risiko tersebut kerana masing-masing terbeban dan patuh dengan kehendak-kehendak gunaan bidang masing-masing, contohnya seperti bidang visual lain yang dinyatakan tadi. Dari itu seni halus adalah bidang yang berjuang dibarisan hadapan seni dan dengan penuh berani menanggung segala risiko tampak yang bakal mereka hadapi dan luahkan. Ia mungkin menjadi, adakalanya ia gagal, adakalanya ia mentah, adakalanya ia cukup masak, adakalanya ia hebat, adakalanya ia lesu atau adakalanya ia gah. Ia samalah seperti apa yang berlaku di makmal penyelidikan bidang fizik atau kimia. Setiap penerokaan itu akan diperhatikan oleh bidang-bidang visual (tampak) lain seperti rekaan, komunikasi, senibina, hiasan dalaman atau lanskap. Jika ada diantaranya yang sesuai maka ia akan digunakan atau digubah secara gunaan, ianya akan diberi gula, garam atau sebarang perasa yang boleh menyedapkan lagi inti visual tersebut agar kelihatan ranum, masak, molek, jinak dan indah, supaya ia berfungsi mengikut kesesuaian fungsi bidang masingmasing. Maka hal ini sama sifatnya seperti dalam bidang matematik dan sains gunaan yang telah dinyatakan tadi. Hasilan seni itu juga penting kepada negara kerana seniman adalah peneroka yang abadi dan mereka adalah manusia yang menggerakkan akal fikir kreativitinya dalam posisi yang terkehadapan. Seniman adalah peneroka masa hadapan. Setiap orang yang menjadi pakar dalam bidang ilmu yang bersifat asasi seperti fizik, kimia, matematik dan biologi adalah juga peneroka abadi. Mereka adalah pencari, mereka adalah manusia yang cukup berani dan tekal meneroka, ini adalah kerana keperluan asasi bidang masing-masing adalah kemahuan penerokaan dalam memahami ‘realiti’ dan hakikat bidang masingmasing. Mereka akan meredah belantara ilmu dalam bidang masing-masing sehingga bertemu dengan penemuan dan ciptaan yang ‘baru’ dan menggubah akal fikir mereka sendiri dalam memahami ‘realiti’ alam dan hakikat kebenaran, yang berbalik semula kepada sebab-sebab asas dalam mencari ilmu iaitu adalah mencari dan menjunjung kebenaran serta keadilan. Adakalanya mereka sukar difahami, adakalanya mereka kelihatan khayal dalam dunianya sendiri (Gambar 15). Maka kepelikan eksperimentasi seniman adalah ajaib dan selalunya penuh tanda tanya dan misteri. Ini adalah kerana

163


mereka itu peneroka dan pencari yang tak henti-henti menerobos ruang dan alam lain yang tak terjangkau oleh bidang-bidang keilmuan lain. Inilah yang dimaksudkan bahawa setiap bidang ilmu asasi itu mempunyai pengkhususan masing-masing. Bahkan semuanya penting dalam sudut-sudut tertentu bagi kehidupan kita semua.

(Gambar 15) Syed Thajudeen Shaik Abu Talib, Ramayana, cat minyak atas kanvas, 72.3cm x 151cm, Koleksi Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur, Malaysia. Karya seni adakalanya meneroka dan mempersembahkan alam realiti batin atau mistik yang tidak terjangkau oleh pancaindera luaran manusia.

164 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

Kepentingan seni itu juga adalah begitu mustahak dari aspek ia menggambar dan mencerminkan pencapaian negara dari sudut kreativiti. Toleh dan lihatlah negaranegara lain di dunia sekarang ini. Ada sesetengah negara yang begitu berbangga dengan hasil kreativiti anak watannya dan senantiasa menggalakkan usaha-usaha kreatif tersebut. Di negara terbabit sistem seni yang terbaik cuba ditubuhkan demi untuk menyuburkan usaha mencipta seni dan seniman terbaik. Dalam konteks yang luas hal ini begitu penting kerana bidang seni dalam sesebuah negara itu diukur melalui kreasi atau ciptaan senimannya. Dalam sudut moden negara-negara seperti Amerika, England, Perancis dan Jerman sekarang ini sedang menikmati hasil dari tuaian yang mereka lakukan semenjak lebih seratus tahun dahulu. Maka dalam konteks asal tulisan ini iaitu graduan seni, saya rasakan sudah sampai masanya untuk kita memperteguhkan sistem seni yang wujud sekarang. Kita haruslah mempunyai matlamat dan dasar seni diperingkat negara yang jelas dan kemudiannya boleh diaplikasikan juga pada peringkat negeri. Itulah teras dan tiang peneguh kepada sistem seni yang wajar dilaksanakan. Jika tidak nasib beratus-ratus graduan seni tersebut nampaknya akan terbiar dan secara tidak langsung seni akan dianggap sebagai bidang yang tidak releven sekarang. Apa yang penting sekarang adalah kemahuan, kuasa, dana, kejujuran dan kecerdikan kita (yang terbabit dengan bidang kesenian) untuk membina ‘keinginan’ tersebut. Apa yang diperkatakan di sini bukanlah semata-mata berkenaan soal bagaimana untuk membolehkan graduan seni mendapat kerja sematamata. Bahkan tulisan ini berminat untuk melihat persoalan tersebut secara lebih jauh, berangkai, mendalam dan menyeluruh. Jika kita masih berusaha menyelesaikan sesuatu permasalahan itu secara terpisah-pisah maka sehingga akhirnya kita tidak boleh menyelesaikan masalah tersebut secara muktamad, bahkan kita didatangkan pula dengan pelbagai masalah lain yang datang dari kecetekan pandangan kita. Selama bertahun-tahun hal ini telah didepani secara mudah dan cetek. Dari semenjak tahun 1970-an dan 1980-an, graduan senikita yang lahir telah ‘ditempatkan’ ke dalam bahagian atau tempat-tempat sementara yang difikirkan selamat untuk sementara waktu

165


melalui dasar atau tindakan yang bersifat ‘pragmatik sementara’. Contohnya banyak dari graduan ini dikhususkan ke dalam bidang pendidikan dan selebihnya mengalir ke dalam sub bidang seni seperti pengkuratoran atau bidang gunaan seni. Tidak ada salahnya tentang hal tersebut, tetapi tindakan itu tidak menjawab persoalan asal tadi secara menyeluruh dan berjangka panjang. Benar sekali lagi dinyatakan bahawa soal kerjaya adalah bersifat terbuka dan ia bergantung juga kepada rezeki. Kita juga tidak boleh memaksa graduan seni untuk menjadi seniman, tetapi jika sudah terbentang banyak kebaikan dalam bidang tersebut dari sudut kerjaya, tentunya bidang tersebut boleh menarik lebih ramai graduan seni untuk menjadi pengamal kepada bidang tersebut.

dalam arus dan sikap profesionalisme. Profesionalisme itu yang berasaskan pengkhususan ikhtisas kepada profesyen yang diamalkan, merupakan kemestian kepada sesebuah bidang untuk ia dilihat kukuh dan berautoriti untuk dihormati sebagai sebuah bidang yang teguh menjalankan urusan bidangnya. Jika ia tidak kukuh dan tidak profesional, atau hanya segelintir pengamalnya sahaja yang mengamalkan profesionalisme terbabit, maka keadaan itu amat menyukarkan keseluruhan ahli-ahli yang terbabit dalam sesebuah bidang itu untuk dihormati. Kesannya secara besar adalah bidang tersebut tidak akan dianggap penting atau releven. Apa yang dapat dipelajari dari bidang-bidang ikhtisas atau professional yang lain adalah sebuah sistem yang baik haruslah diwujudkan demi untuk mewujudkan keadaan, situasi dan persekitaran profesional bagi bidang terbabit.

Profesionalisme bidang seni kini tercalar dan tidak begitu dipandang tinggi kerana profesyen itu tidak mempunyai sistem sokongan yang baik. Dari sebab itu ia kadangkala gagal menarik bakat terbaik dari universiti dan kolej seni untuk menjadi pengamalnya yang baik. Profesyen seni adalah sukar kerana (dari segi persepsi dan realitinya) menjadi seniman adalah penuh dengan kesukaran. Bermula dari aspek pameran, promosi, dana, logistik dan sebagainya. Apa yang terbentang dan menjadi buah cerita kini adalah kesukaran demi kesukaran untuk menjadi seniman, sehingga nampaknya graduan seni menjadi begitu pasif dan bersifat rendah diri dalam usaha untuk menjadi pengamal seni (seniman). Adakah hal tersebut benar? Adakah untuk menjadi seniman profesional kita terpaksa berdepan dengan sebegitu banyak kesukaran dalam hidup? Saya mengingatkan bahawa kita bercakap hal ini dalam konteks abad ke-21 dan bukan pada abad Van Gogh, Munch atau Modigliani. Kesukaran demi kesukaran hanya akan terjadi jika kita gagal untuk mengurus bidang kita secara profesional dan baik. Usaha pengurusan, kuasa, dana dan pemikiran yang strategik berkemungkinan besar akan dapat merubah suasana, pemikiran dan realiti ‘kesukaran’ untuk menjadi seniman. Sekali lagi syaratnya adalah dengan menyediakan sebuah sistem yang baik, utuh dan menyeluruh.

Dalam konteks seni, setiap dari profesyennya hanya akan diiktiraf dan dihormati jika ia sendiri mengamalkan sebuah dasar yang terbit dari sebuah sistem seni yang baik, utuh dan menyeluruh. Profesionalisme seni akan lahir dari hakikat profesyen masing-masing dalam kerangka sistem seni tersebut. Kerana untuk mewujudkan sebuah sistem seni yang baik, utuh dan menyeluruh ia memerlukan profesionalisme tinggi dari kesemua warga masyarakat seni yang terbabit. Ia merupakan sebuah proses timbal balik, sistem seni yang baik boleh menghasilkan profesionalisme seni yang tinggi dan profesionalisme seni yang tinggi boleh dihasilkan dari sebuah sistem seni yang baik. Profesionalisme seni yang baik tidak akan tumbuh secara tiba-tiba atau diamalkan sendiri-sendiri. Bahkan ianya wujud, terhasil, terbina dan kemudiannya dibudayakan dalam sebuah suasana yang kondusif terhadap seni, iaitulah sistem seni yang baik, utuh dan menyeluruh. Ianya boleh dan berkemungkinan besar untuk mencipta kesejahteraan dan kemakmuran seni. Mempunyai sebuah sistem seni yang baik adalah keperluan kepada suasana kesenian yang ‘sejahtera’.

Profesionalisme seni juga hanya akan tumbuh dan wujud jika sistem yang mendokongnya juga bersifat profesional. Profesional di sini bukan hanya bermaksud pada tahap sikap dan hasil karya seniman tetapi tatacara keseluruhan ‘industri’ seni itu mestilah bergerak 166 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

Tetapi harus jugalah difahami bahawa sifat bidang seni adalah berbeza dan ia perlu difahami secara menyeluruh dalam konteksnya. Seni dan bidangnya tidak boleh difahami dalam kerangka lain yang sifatnya sementara atau pragmatik semata-mata. Hal ini perlu difahami kerana seni tidaklah seperti bidang lain yang boleh mewujudkan gunatenaga

167


hakiki, seperti contohnya pegawai catan, pegawai seni halus atau pegawai fotografi. Maka jika fitrah dan sifat bidang seni itu dapat difahami secara mendalam ia akan lebih memudahkan tindakan-tindakan yang bakal boleh memaju dan menyuburkan ‘industri’ seni yang dinyatakan tadi. Seperkara yang perlu juga diperjelaskan adalah bidang seni juga memerlukan sebegitu banyak ahli, pegawai dan pakar yang boleh menjadi pendokong (pentadbir) kepada kewujudan seniman dan karya seni. Syarat awalnya adalah, tubuhkan sebuah sistem seni yang baik, utuh dan menyeluruh. Jika sistem itu boleh berjalan dengan baik maka akan turut serta bersamanya adalah keperluan gunatenaga yang cukup besar, iaitu ia memerlukan sejumlah sumber manusia, dari yang bersifat ketukangan sehinggalah kepada yang bertaraf pegawai, pentadbir, pengurus atau bidang profesional lain. Kesemua sumber manusia ini pula akan bekerja secara ‘makan gaji’ (yang biasa dipersepsikan oleh masyarakat dalam hal kerja dan kerjaya), ianya boleh bermula dari pelbagai keperluan tukang, kurator khusus, pegawai seni, pentadbir seni, sejarawan seni, penteori dan pengkritik seni, penyelidik seni, konservator, preservator sehinggalah kepada segenap keperluan gunaan seni lain seperti ahli fotografi dan pereka. Secara strategiknya pula mereka akan memerlukan pula sokongan pengurus seni, ahli undang-undang seni dan ahli perniagaan seni. Bayangkan berapa banyak pula jawatanjawatan baru (yang dikatakan ‘makan gaji’) boleh tumbuh dari kelahiran sebuah sistem yang baik, utuh dan menyeluruh yang berkembang sebagai sub sistem kepada sistem utama atau sub unit kepada unit utama. Bayangkan pula bagaimana nanti keperluan ini akan dijana dengan bantuan pertumbuhan dan penawaran kursus-kursus dan latihan profesional dari institusi pendidikan kita yang melihat wujud ruang dan keperluan untuk menawarkan kursus-kursus terbabit di peringkat universiti dan kolej seni. Universiti dan kolej seni kita sekarang tidak dapat menawarkan kursus-kursus kepakaran khusus dan sub kepakaran seni di atas sebab tidak wujud keperluan gunatenaga yang nyata dan realistik di peringkat nasional. Dari akibat itu kita sehingga sekarang tidak dapat melahirkan pakar-pakar penyelidik seni, pakar-pakar yang terbabit secara khusus dalam menguruskan seni, kurator terlatih dan keperluan sub kepakaran seni yang lain kerana kita masih tidak ‘memerlukan’ mereka secara realiti dari sebab kita tidak mempunyai sistem kesenian yang baik, utuh dan menyeluruh. Profesionalisme dan kekuatan kita

168 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

dalam aspek kesenian akan lemah dan terabai jika kita tidak mempunyai sistem seni yang baik. Suatu kenyataan ketara dari hujah tadi adalah bidang seni sebenarnya memerlukan sebegitu banyak pegawai, pentadbir dan ahli profesional yang ‘makan gaji’, tetapi syarat utama bagi segala penawaran gunatenaga dan peluang ‘kerja’ tersebut adalah dengan mewujudkan sistem seni yang baik, utuh dan menyeluruh bagi menggalakkan usaha melahirkan seniman terbaik dengan karya seni yang terbaik juga. Jika kita mampu melahirkan sebuah sistem seni yang cukup baik, maka wujud banyak peluang kerjaya lain yang bersifat dokongan kepada sistem tersebut. Dari sudut yang strategik dan juga pragmatik, universiti dan kolej seni kita masih dan nampaknya akan terus melahirkan alim seni halus semata-mata. Mereka tidak dapat menawarkan sejumlah keperluan profesional dan sub profesional seni yang lain seperti sejarawan seni, penteori dan pengkritik seni, kurator khusus, konservator dan preservator seni, pengurus dan pentadbir seni, ahli terapi seni, ahli undang-undang seni atau ahli perniagaan/strategik seni. Jika diwujudkan pun kursus tersebut, berkemungkinan tidak akan mendapat sambutan, kerana tidak wujud keperluan gunatenaga secara pragmatiknya di peringkat nasional, atau pun ia akan lemah dan terkulai semata-mata sebagai sebuah bidang keilmuan yang terlalu bersifat akademik dan teori pula. Secara strategiknya memanglah tepat keputusan universiti dan kolej seni kita yang masih terus melahirkan ahli yang alim seni halus (walaupun kini sukar mendapat peluang kerjaya) kerana ia telah cuba untuk menjalankan amanah dan keperluan yang asas bagi bidang seni iaitu melahirkan seniman yang merupakan sumber mentah utama untuk menghasilkan karya seni yang berkualiti dan baik. Graduan seni adalah potensi yang cukup besar bagi bidang seni kita. Mereka adalah tenaga, suara dan harapan yang berupa bahan mentah terbaik untuk negara. Mereka adalah generasi yang bakal menyambung segala warisan seni kita. Mereka boleh disifatkan sebagai anak-anak benih yang cukup berpotensi untuk berkembang menjadi pohon dan pokok yang bakal subur dan mengeluarkan buah-buah berkualiti. Kita boleh bertanya jika kita tidak menyediakan tanah yang subur, menjaga, melindungi dan memberi

169


baja terbaik adakah mungkin pokok tersebut hidup subur serta mengeluarkan buah yang baik dan berkualiti. Kita banyak memberi harapan tetapi kita juga amat kurang melabur untuk kebaikan tersebut. Apa yang kelihatan sekarang adalah anak-anak benih tersebut nampak terkulai di mana-mana. Jika ada yang hidup pun nampaknya macam berpaut didahan lain atau ada juga yang mati kerana kekurangan baja dan penjagaan. Tak dinafikan ada juga pokok yang boleh tumbuh membesar tanpa sebarang lindungan atau jagaan rapi. Namun bayangkan pula jika kita boleh menjaga dan membela pokok-pokok tersebut dengan baik sehingga subur lalu dapat pula ia mengeluarkan buah yang baik dan berkualiti pula. Jika terlalu banyak pohon yang baik tumbuh, tentulah kita berusaha pula untuk menambah batasnya, menambah tanah-tanah subur atau mengerjakan ladang-ladang yang lebih besar lagi. Bayangkan berapa banyak lagi pekerja yang boleh diambil bekerja untuk menjaga kesemua pohon-pohon tersebut. Jika pohon tersebut hidup dengan subur dan membiak, bayangkan pula berapa ramai lagi tenaga mahir diperlukan untuk melakukan kerja-kerja seperti penyelidikan dan pengurusan. Bayangkan pula berapa banyak lagi jawatan-jawatan sampingan yang diperlukan untuk menyelia, menjaga dan memperbesarkan kawasan pohon terbabit. Berapa banyak lagi pusat dan unit akan ditubuhkan untuk kerja-kerja penyelidikan selanjutnya. Tentu ada pula yang bertanggungjawab untuk kerja-kerja pengeluaran, jualan dan promosi. Bayangkan jika keadaan sudah menjadi terlalu besar, maka industri itu perlu dikembangkan pula di kawasan lain. Berapa banyak lagi keperluan tenaga mahir, separa mahir yang diperlukan. Kita haruslah dapat melihat bahawa kelahiran purata seratus lima puluh pelajar setahun dalam bidang seni dari pusat pengajian tinggi tempatan sebagai suatu ‘potensi’ atau peluang dan bukan sebagai suatu masalah. Kita semestinya mula memikirkan bahawa hal ini adalah sesuatu yang serius dan merupakan sebuah tuntutan bersama. Kita mestilah dapat memikirkan bahawa nasib graduan seni bukan hanya berakhir pada takdir atau nasib. Isu atau permasalahan sementara ini hendaklah ditinjau dan difahami secara luas dan penyelesaiannya mestilah bersifat jangka sederhana dan panjang. Segala-galanya mesti bermula dengan sebuah dasar yang jelas menetapkan halatuju, objektif dan tujuan

170 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

seni dalam konteks nasional. Tanpa dasar itu kita adalah ibarat orang yang merabaraba. Kita harus sedar bahawa purata seratus lima puluh orang graduan setahun yang dilahirkan oleh institusi pengajian tinggi tempatan sebenarnya adalah modal asas yang cukup berpotensi untuk ‘dikerah’ bagi menjayakan sebuah sistem seni. Oleh kerana kita masih tidak mempunyai sistem seni yang menyeluruh dan baik maka kita dengan mudah pula menyebut, agak sukar untuk graduan-graduan ini mendapat peluang pekerjaan. Sedangkan kesemua graduan itu berpotensi menjadi sumber tenaga untuk sebuah sistem seni yang baik. Jika kita tidak bertindak secara strategik dan menyeluruh dalam menyelesaikan isu graduan seni itu, maka isu itu akan terus menghambat kita selain memunculkan pula sedemikian isu-isu lain yang bersangkutan dengannya dimasa mendatang. Kita kemudiannya akan menjadi bertambah keliru dan senantiasa tersepit dalam dilema yang sepatutnya tidak membebani dan menghambat kita. Kita haruslah bertindak cepat kerana masa terus bergerak dan jumlah graduan seni akan terus bertambah. Lihat dan tolehlah disekeliling kita, bagaimana Shanghai, Singapura dan Dubai telah melangkah dengan cepat dan pantas merebut peluang untuk menjadi medan ‘magnet’ seni terbaru dirantau Asia Pasifik. Dalam tempoh beberapa tahun mendatang, diandaikan mereka akan menjadi ‘pemain seni’ yang dihormati dirantau Asia Pasifik, jauh meninggalkan Hong Kong, Seoul dan Taipei. Bahkan mereka boleh berdiri sama tinggi dengan Tokyo, Sydney, Brisbane atau Melbourne. Dimanakah taraf bidang kesenian kita diwaktu itu. Ke mana halatuju graduan seni kita diwaktu itu. Wujudkah pakar-pakar seni kita yang boleh dibanggakan di peringkat antarabangsa seperti seniman, penyelidik, pensejarah seni, penteori dan pengkritik seni, kurator khusus dan terlatih, pengurus dan pentadbir seni yang cekap diwaktu itu. Wujudkah produk-produk seni terbaik dari kita, iaitulah karya-karya, penyelidikan, pameran dan rundingcara yang bertaraf dunia. Adakah kita masih menyoal dan bertelagah mengenai perkara-perkara remeh tentang seni apa yang penting dan mana yang tidak penting? Masihkah kita bercakaran tentang apa yang patut atau tidak tentang seni? Masih timbulkah isu cetek atau sikap-sikap remeh kita dalam seni? Masihkah kita lena di waktu itu tentang kelemahan sistem seni kita?

171


Masihkah kita gagal untuk melihat ruang dan peluang seni secara strategik di peringkat global? Masihkah kita keliru dengan potensi seni secara strategik sebagai pemangkin dan penjana ekonomi yang cukup besar dimasa mendatang? Segala-galanya tersedia pada kita, waktu yang terbaik, suasana yang aman, ekonomi yang kukuh dan sumber yang banyak (termasuk dana dan manusia). Apa yang diperlukan adalah sebuah dasar dan polisi yang terbaik untuk sistem seni tersebut. Diperlukan bersamanya adalah kemahuan, kuasa, dana, kejujuran dan kecerdikan. Isunya di sini bukan setakat memikirkan apakah yang patut dilakukan kepada graduan seni yang semakin ramai sekarang, ianya terlalu jauh dan luas dari itu, iaitu wujudkan sebuah sistem seni yang baik, utuh dan menyeluruh.

Apa yang seni dan seniman perlukan adalah sebuah sistem yang baik

Sewaktu bersesak-sesak dalam sebuah majlis perasmian pameran seni yang agak besar, saya terdengar seseorang memanggil nama saya. Sewaktu menoleh saya terkejut, rupanya seorang teman seniman yang sudah agak lama tidak saya ketemu menegur saya. Wajahnya tenang dengan senyuman sama seperti waktu saya mula-mula mengenalinya dahulu. Kami bersembang-sembang tentang banyak perkara sehinggalah saya bertanya tentang perkembangan dirinya sekarang. Katanya, “Saya sudah kurang mengerjakan karya seni kini, saya banyak membantu bapa saya menguruskan perniagaannya. Sesekali bila berkelapangan di waktu malam saya ada juga membuat catan. Tetapi hasilnya tidaklah sebegitu baik, entahlah mungkin kerana kurang fokus atau terlalu letih bekerja�. Saya seterusnya bertanya apakah perancangan masa depannya selepas ini. Beliau berkata “Saya sebenarnya begitu berminat dengan bidang seni halus ini dan tak pernah terfikir untuk berhenti terus dari dunia tersebut. Namun pada awalnya dulu saya banyak dibendung oleh rasa kecewa dengan persekitaran seni itu sendiri. Mungkin juga saya terlalu terikut-ikut dengan darah muda saya. Tetapi realitinya begitulah jika kita memilih untuk menjadi seniman sepenuh masa. Ada banyak hambatan dan masalah. Karya saya sukar diterima. Entahlah, saya sendiri pun tak tahu mengapa. Mungkin kerana kurang matang tekniknya, kurang elok pembuatannya, kurang populariti atau orang tak cukup mengenali saya. Tak tahulah�.

172 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

173


Seterusnya beliau menambah, “Saya cuba juga mengadakan pameran berkumpulan dan cuba bertahan namun desakan hidup makin kuat. Saya cuba memohon untuk mengadakan pameran solo sambil berharap dapat menjual beberapa karya, tetapi kurang berhasil. Permohonan saya banyak ditolak oleh galeri. Geran seni pula sukar untuk diperolehi. Saya cuba juga mencari dokongan dari dalam dan luar negeri, namun hampa. Akhirnya bapa saya mencadangkan agar saya bekerja dengan beliau dahulu. Saya menerima permintaan itu dengan hati yang berat. Akhirnya bapa menyewakan sebuah ruang yang agak luas untuk dijadikan studio saya sendiri. Oleh kerana ruang tersebut agak luas akhirnya saya terfikir untuk menjadikan sebahagian dari ruang tersebut kepada sebuah galeri. Saya tempatkan beberapa karya rakan-rakan seniman di situ”. Beliau terus rancak bercerita, “Entah bagaimana pada suatu hari tu, selepas mengadakan sebuah mesyuarat eksekutif bapa telah mengajak rakan-rakannya untuk melihat karya-karya yang ada di galeri tersebut. Bapa telah meminta saya menerangkan serba sedikit tentang karya yang ada di situ. Rakanrakan bapa begitu terkejut dan menunjukkan minat yang amat besar dengan bertanyakan saya bermacam-macam soalan berkaitan karya tersebut. Akhirnya sudah menjadi semacam kemestian kini bagi bapa selepas mengadakan perbincangan atau pertemuan perniagaannya, beliau akan menjemput tetamunya untuk berkunjung ke ruang galeri tersebut”. Saya melihat riak wajah rakan seniman ini semakin ceria bercerita dan beliau terus menyambung kisahnya. “Lama kelamaan saya terfikir bahawa saya mungkin boleh mengusahakan sebuah galeri komersial dari ruang galeri tersebut. Setelah berbincang dengan bapa akhirnya beliau bersetuju untuk saya mengusahakan galeri tersebut. Tengoklah dalam beberapa bulan lagi saya akan ke Sotheby’s untuk mengambil kursus pendek berkenaan pengurusan galeri dan perniagaan seni”. Saya merasa gembira dan bangga dengan kisah rakan seniman ini. Beliau meraih dan mencipta peluang dari ketiadaan peluang itu sendiri. Akhirnya beliau boleh mencipta peluang dan ruang untuk dirinya dan rakan-rakan lain. Tetapi suatu hal berligar di kepala saya selepas pertemuan itu adalah berkenaan konsep dan perlaksanaan sistem yang mendokongi seni itu sendiri. Rakan seniman saya ini mungkin hampir tewas kerana ketiadaan sokongan sebuah sistem. Tetapi akhirnya beliau berusaha untuk

174 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

mencipta sebuah sistem untuk diri dan rakan-rakannya dari sebab ketiadaan sistem itu sendiri. Orang boleh berkata rakan seniman tadi mungkin boleh berjaya kerana dokongan keluarga. Bagaimana pula untuk seniman lain yang mungkin sukar untuk mendapat dokongan keluarga. Maka sekali lagi saya berfikir bahawa kekalutan dan kesukaran dalam dunia seni boleh berlaku dan memang akan berlaku jika tidak wujud sebuah sistem yang mesra seni untuk mendokongnya. Kewujudan sebuah sistem seni ke atas sesebuah komuniti seni bermakna wujud sistem jantung, hati, paru-paru dan pembuluh darah ke atas seluruh tubuh. Seni dalam fahaman modennya adalah sebuah bidang profesional yang diiktiraf sekata dan sama tarafnya dengan bidang profesional lain oleh UNESCO. Ia bukanlah sebuah bidang yang boleh diterima dan dipersepsikan dengan hanya bermodalkan bakat dan hobi semata-mata. Seniman adalah orang yang bertanggungjawab dengan seni-seni yang diciptanya dan kedudukannya dalam konteks profesionalnya adalah neutral, sama seperti bidang profesional lain. Maka jika telah wujud seniman profesional, adalah menjadi tanggungjawab semua untuk menubuhkan sebuah sistem profesional yang faham dan arif seni untuk mendokong dan memakmurkan lagi perkembangan seni dan seniman itu sendiri. Kewujudan muzium seni, galeri seni dan pusat latihan seni adalah tanda asas kepada usaha penciptaan sebuah sistem seni yang menyeluruh. Tetapi ia tidak boleh berhenti setakat itu sahaja, seni dan seniman memerlukan sebuah sistem menyeluruh yang dapat mendokong usaha profesional mereka dari banyak segi. Sebuah sistem seni bermula dari usaha mempakej seniman itu sendiri. Pertumbuhan seni tanpa sebuah sistem bermakna seni dalam konteks masyarakatnya adalah seperti parasit. Ia bertenggek di atas sistem orang lain sambil menyedut hak dan habuan orang lain kerana ia sendiri tidak mempunyai pelantar sendiri (sistem). Untuk dihormati dan bermaruah, masyarakat seni seharusnya mendokong kewujudan sistem seni yang baik dan menyeluruh dalam menjawab tuntutan dan keperluan seni itu sendiri. Jika tidak wujud sebuah sistem bermakna seni bukanlah sesuatu yang penting, dan ia mungkin boleh diperkotak-katik jika ia cuba dimuatkan dalam sebuah sistem lain yang asing dan tidak mesra seni. Juga apabila seni tidak mempunyai sistemnya sendiri yang mesra seni

175


maka akan wujudlah banyak jahil seni yang bersikap seperti tikus membaiki labu. Seniman seperti rakan saya tadi telah hampir tewas disebabkan oleh ketiadaan sistem sokongan yang baik. Benar kita bercakap mengenai kualiti seni dan tidak semua seni berkualiti tinggi, kerana seni juga mempunyai kriteria-kriteria khususnya yang perlu diperhalusi dan dipertimbangkan. Namun kita juga perlu menyedari bahawa tidak semua seniman bermula dengan pencapaian bakat yang besar. Mencari, mengasah, melatih dan membimbing seniman adalah sebuah tugas besar dan ia bukanlah seperti kisah mencari seorang putera raja tampan yang akan muncul secara tiba-tiba untuk menyelamatkan sebuah negara. Mudahnya seniman bukanlah boleh tiba-tiba muncul dan menjadi hebat atau mereka boleh berusaha sendiri sehingga mencapai taraf tinggi yang tertentu. Di sinilah selalunya kesilapan itu bermula. Ianya berkaitan persepsi mengenai seni itu sendiri yang salah dan terpesong. Sehingga menyebabkan masyarakat merasakan bahawa seni itu tidak perlu mempunyai sistem kerana seniman boleh tumbuh dan hidup seadanya kerana mereka adalah manusia magis (magic). Seni dan seniman itu selalu diumpamakan seperti rumput liar yang mudah wujud di kawasan tropika. Bila ada kawasan lapang sahaja ia boleh tumbuh dengan sendirinya tanpa sebarang usaha menyemai, menjaga atau mengurusnya. Bahkan ia kemudian boleh membiak sendiri tanpa penjagaan rapi. Masyarakat juga selalu merasakan bahawa seniman tidak perlu dilatih kerana mereka adalah manusia yang berbakat dan memang telah tersedia hebat. Pusat latihan adalah sistem terawal yang membabitkan bidang seni itu sendiri. Ia mengasah bukan hanya aspek kemahiran seni tetapi persepsi dan pemikiran seni itu sendiri bagi melahirkan seniman yang matang dan profesional kemahiran dan sikapnya. Menggalak, memperkembang, membantu dan mendokong seniman pula adalah suatu hal yang lain. Apabila sudah wujud komuniti seniman maka adalah perlu untuk mempunyai sebuah sistem yang dapat membantu untuk menguruskan mereka ini dalam pelbagai aspek. Dunia seni dan seniman mempunyai sebegitu banyak aspek yang perlu diperhati dan diuruskan dengan berhemah. Bermula dari proses pembingkaian atau kemasan karya sehinggalah urusan jual beli karya, seniman perlulah disokong dan didokong dengan

176 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

sebuah sistem yang dapat membantu mereka menguruskan kerjaya dan karya dengan lebih cekap dan profesional. Adalah jelas bahawa ketidakfahaman akan sifat dan fitrah seni moden itu telah menyebabkan seni dan seniman tidak diberi perhatian yang wajar dalam usaha untuk menyubur dan menggalakkan lagi perkembangan seni. Pengabaian atau sikap yang rendah telah mengakibatkan bidang ini selalu menerima persepsi kelas dua dalam aspek pengurusan dan pentadbirannya. Apa yang berlaku kini dan jelas kelihatan adalah wujud kecenderungan do it yourself atau ‘kau buat sendirilah’ dalam dunia seni. Bermula dari penafian hak seniman terhadap urusan mengenai karyanya sehinggalah kepada penafian atau pengabaian hak cipta karya. Adalah nyata kini situasi seni telah membawa seniman dan karya seni kepada tahap yang begitu amatur sekali. Seniman sering ditindas dan tidak dihormati, contohnya dalam aspek hak cipta karya. Perkara ini disebabkan oleh kerana ketiadaan sistem yang dapat mendokong dan membantu mereka bagi menegaskan hak dan milikan seni mereka. Seni perlu mempunyai program tersusun untuk merancang perkembangan senimannya secara lebih rapi dan baik. Sekali lagi diulangi bahawa apa yang banyak berlaku kini adalah berupa usaha perseorangan atau individu dalam proses perkembangan kerjaya seninya. Seniman sering berusaha mengurus kerjaya seninya sendiri, dari proses mencipta, memamer, menjual atau melelong karya sehinggalah kepada proses membungkus dan penghantaran karya. Seniman kini banyak bertanggungjawab dan berusaha sendiri untuk mengetengahkan karyanya. Walhal kesemua ini sepatutnya boleh dilakukan secara profesional oleh sebuah badan pengurusan yang cekap dan efisyen. Benar, memang wujud banyak seniman yang berusaha sendiri untuk mengurus kerjaya seninya kerana ia dilihat lebih mudah, cepat dan efisyen. Tetapi kita bercakap secara umum dalam konteks tahap dan etika profesionalisme seniman itu sendiri secara universal. Kita sepatutnya sudah mempunyai sebuah sistem piawaian yang baku (standard) dalam hal pengurusan karya dan seniman. Tetapi nyata kita masih terlibat dengan hal yang remeh temeh mengenai karya seni itu sendiri kini. Adalah nyata bahawa seniman telah seakan tidak mahu berharap lagi

177


dengan kehadiran ‘tangan ajaib’ yang dapat membantu mereka dari segi kewangan dan pengurusan berkenaan kerjaya dan karya mereka.

dapat melahirkan sikap dan tahap profesionalisme dan kepakaran yang tinggi dalam seni tanpa dokongan sistem yang betul dan tersusun.

Program seni yang berterusan dan teratur amatlah perlu demi untuk memberi kesan kepada perkembangan seni itu sendiri. Program seni itu mungkin boleh meliputi usaha pemberian geran penyelidikan seni, geran seni, bengkel berkala, latihan, penerangan seni, pameran khusus, seminar atau simposium, pameran berkala, pengkatelogan tersusun dan sebagainya. Program seni dan pengelolaannya adalah nadi kepada perkembangan seni itu sendiri. Maka sistem yang mendokong seni itu berpunca dari proses program seni itu sendiri. Jika kepekaan masyarakat begitu kurang dan sedikit terhadap seni maka kita sebenarnya bercakap mengenai ketiadaan atau ketidakcekapan program seni itu sendiri dan penggelolaannya. Bermula dengan hal-hal pengurusan sehinggalah kepada usaha memamer karya seni, kita seharusnya lebih peka dengan usaha pengurusan seni yang cekap dan teratur.

Mencipta sebuah sistem bukanlah milik atau upaya individu. Ia adalah kehendak dan kesepakatan bersama untuk mencipta dan menghormati sebuah standard yang dapat memakmurkan sesebuah komuniti yang terlibat dalam sesuatu bidang. Ia memerlukan kemahuan idea, politik dan wang untuk dijanakan bagi meletakkan asas yang betul dan tersusun bagi perkembangan dan pengurusan sesuatu bidang. Kesenian memerlukan hal tersebut kerana kesenian adalah sebuah bidang yang melibatkan sebegitu ramai ahli yang berurusan dan berdampingan dengannya. Tanpa sebuah sistem yang teguh mendokongnya, seni dan kesenian akan menjadi lemah, terabai, dipandang sepi dan akhirnya tidak dihormati. Kepentingan ia secara luas dan jauh adalah melibatkan hal khazanah, warisan dan artifak yang dicipta oleh ahli sesuatu masyarakat untuk masyarakatnya. Maka kepentingannya adalah amat besar dan bersifat abadi kepada sesebuah bangsa dan negara. Sebuah sistem yang betul dan menyeluruh yang dicipta atas kesedaran kepentingan sesebuah bidang itu sebenarnya bukan hanya menghasilkan kesan positif kepada bidang itu sendiri tetapi juga kepada masyarakat dan negara yang mendokong sistem tersebut.

Seni dan kesenian kini adalah sebuah bidang yang moden dan profesional. Ia tidak boleh lagi dipandang secara mudah, main-main dan amatur. Bidang seni sebenarnya bukan hanya memerlukan seniman profesional bahkan ia memerlukan kurator profesional, pakar penyelidik, pengurus seni, pengkritik seni, penteori seni, pensejarah seni, pakar konservasi dan sedemikian ramai lagi pakar dan sub pakar yang terbabit dengannya. Kesemua mereka yang terlibat dalam bidang ini memainkan peranan untuk memberi sumbangan kepada pewujudan sebuah sistem kesenian yang teguh, kuat dan dinamik. Ia mengetengahkan sebuah jalan atau cara bagaimana untuk menguruskan seni, seniman dan hal-hal kesenian dengan betul dan teratur. Model-model kepada sistem seni moden dan sezaman telah berjalan dengan jayanya di kota London, New York, Paris, Berlin, Sydney dan Tokyo. Kita dapat melihat bagaimana kitaran dan perjalanan sistem ini telah menjana kepada perkembangan seni dan seniman di tempat-tempat tersebut. Akhirnya dari sebuah binaan sistem yang mantap dan tersusun, ia telah berkembang dan bertukar menjadi sebuah budaya kepada perkembangan kesenian itu sendiri yang berakar kuat bagi masyarakat di kota-kota tersebut. Dari itu pengajarannya adalah, kita tidak akan

178 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

Sebuah usaha pewujudan sistem seni haruslah segera dimulakan untuk mencipta kegemilangan seni itu sendiri agar bidang ini tidak terbiar dari segi idea, bakat dan kebolehan ahli ciptanya sendiri. Kesan kepada ketiadaan sistem atau ketiadaan piawaian sistem menggambarkan tahap mentaliti dan pencapaian sesuatu bidang itu sendiri. Mungkin ketiadaan atau kelewatan mewujudkan sebuah sistem atau badan penaung seni disebabkan oleh tanggapan masyarakat bahawa bidang seni belumlah terlalu nazak untuk dinaungi, atau juga belumlah penting untuk bidang seni itu mempunyai sebuah sistem yang sofistikated untuk ahlinya kerana ia bukanlah sebuah bidang kritikal atau terlalu penting. Mungkin juga kegagalan mewujudkan sebuah sistem seni juga diakibatkan oleh ahli-ahli seni itu sendiri yang merasakan bahawa seni perlulah bebas dari segala kongkongan atau sistem. Ada yang merasakan seni tidak memerlukan sistem

179


kerana ia terjadi sendiri, ia terjadi secara tiba-tiba seperti ilham, mempunyai kuasa sendiri atau seperti kisah pokok petai yang tiba-tiba muncul, tumbuh dan berbuah dengan lebatnya di belakang rumah. Mungkin banyak sebab boleh dinyatakan, namun sebenarnya kedudukan kita adalah sangat genting dengan kehadiran segala kecanggihan seni yang muncul pada abad ini. Ia bukan hanya berkaitan karya seni tetapi idea, pengurusan, strategi dan sistem seni yang dilaksanakan. Seni bukan hanya bercakap berkenaan seni semata-mata tetapi sudah melebar kepada soal kecanggihan sistem jaringan ekonominya, penyelidikan intensifnya selain infrastruktur hebat yang selari dengan kehebatan manusia yang mengendalikan sistem seni itu sendiri. Di manakah kita dalam kedudukan itu, masihkah kita mahu menjadi pemerhati yang pasif, terus-terusan dengan segala kecelaruan kita sendiri atau bangkit memperbaiki diri. Akhirnya kita selalu terlupa bahawa seni seharusnya tumbuh secara mekar dan alami sekali dalam bangsa dan masyarakatnya supaya ia menjadi cermin atau biasan makna yang abadi kepada pengalaman kehidupan itu sendiri. Lalu semua itu memerlukan sebuah sistem seni yang baik dan teratur. Namun orang mungkin bertanya apa pentingnya semua itu? Atau soalnya siapa yang berkepentingan merasa ia sebuah kepentingan bersama.

180 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

Seni dan dokongan sistem

Saya suka bercakap mengenai seni dan konteks sistem yang mendokongnya. Secara mudahnya kesemua benda yang wujud memerlukan dokongan antara satu sama lain untuk terus wujud dan berkembang. Tidak kira samada benda tersebut adalah objek ciptaan manusia mahupun jika diambil dari kehidupan ini sendiri. Kesemua benda memerlukan sistem dokongan dan sokongan untuk wujud dan diterima sebagai sesuatu yang bermakna dan berfungsi untuk diri dan alam sekelilingnya. Keadaan ini sama seperti apa yang berlaku di kilang kereta. Segalanya mengkhusus dalam bidang masingmasing sebagai sumbangan kepada penciptaan objek utama yang menjadi tumpuan kilang kereta terbabit. Tukang pasang pintu, tukang buat kusyen, tukang letak enjin, tukang sembur cat sehinggalah kepada pengawal kualiti menjalankan tanggungjawab masing-masing demi untuk mencipta kereta yang baik dan berkualiti. Pengawal keselamatan kilang juga sebahagian dari keutamaan sistem ini, kalau tak ada pengawal keselamatan kilang susah juga nanti. Barisan pekerja profesional seperti jurutera, pereka dan juruteknik amatlah memainkan peranan yang besar. Orang yang berada di barisan pengurusan tertinggi tentunya lebih-lebih penting sebab mereka selalu membuat keputusan yang penting kerana pelaburan telah banyak dicurahkan untuk buat kereta yang baik dan berkualiti itu. Bila kereta yang baik itu sudah siap dicipta maka diperlukan pula pemandu yang paling cekap untuk menguji, adakah kereta itu

181


sudah mencapai tahap kualiti yang diimpikan selama ini. Jika benar berkualiti maka diperlukan pula barisan ejen jualan, pemasaran dan promosi yang terhebat untuk menjual kereta tersebut sebanyak yang mungkin. Bila sudah dijual maka diperlukan pula khidmat-khidmat selepas jualan lain bagi mendokong khidmat sampingan yang diperlukan oleh pembeli-pembeli kereta tersebut. Maka keseluruhannya kewujudan sebuah kereta berkualiti memerlukan sebegitu banyak sumbangan dari sebegitu ramai manusia yang berbeza-beza kemahirannya. Membuat kereta berkualiti bukan hanya kerja seorang jurutera sahaja, bahkan ia melibatkan dokongan dan sokongan dari pelbagai bidang lain yang bersama ingin merealisasikan impian mencipta kereta yang berkualiti. Mudahnya untuk mencipta kereta yang berkualiti kita memerlukan juga sebuah sistem yang berkualiti dengan semua ahli yang terlibat itu faham, sedar dan peka dengan tugas masing-masing. Dalam subjek sains di sekolah rendah dahulu kita telah belajar bahawa konsep dokongan adalah asas kepada ekosistem yang wujud dalam alam ini. Tuhan telah menciptakan alam ini dengan sebegitu harmoni dan berimbang dalam proses pertumbuhan dan kejadiannya. Tiap satu komponen alam itu mendokong yang lainnya sehingga setiap dokongan itu mewujudkan sebuah sistem alam yang cukup besar menurut fitrah ketentuan Tuhan, iaitulah alam maya ini. Jika salah satu dari sistem itu dicabar atau dirosakkan maka rosaklah suatu elemen dokongan yang mengakibatkan kesan kepada keseluruhan fitrah alam yang lain. Buah durian emas tidak muncul sendiri, bahkan orang kampung yang menanam dan menjaga durian emas itu cukup arif melihat sifat dan sikap pokok tersebut. Ia melalui proses tertentu dalam ekosistemnya, bermula dari proses pendebungaan, sehinggalah menjadi putik dan seterusnya membesar menjadi buah durian yang enak dan lazat. Durian itu pula bukan setiap bulan boleh berbuah bahkan pada musim-musim tertentu sahaja ia berbuah. Kesemua kejadian itu bergantung kepada dokongan sistem yang lain iaitu dari faktor manusia sendiri dan juga fitrah alam. Jenis benih terbaik, tanah, suhu, pembajaan dan pengawalan adalah diantara faktor yang boleh membawa kepada hasil buah durian emas yang berkualiti. Jika salah satu dari elemen ekosistem terganggu hasilnya mungkin pokok tersebut tidak

182 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

berbuah atau jika berbuah isinya mungkin tidak lazat. Orang mungkin mengambil mudah tentang kereta yang hebat dan berkualiti. Yang penting aku berduit dan aku mahu kereta yang berkualiti. Orang mungkin ambil mudah mengenai kelazatan buah durian emas. Yang penting aku nak makan durian lazat dan rasa puas dengannya. Benar, kita tidak perlu mengetahui dan belajar mengenai semua elemen yang berkaitan benda yang berkualiti dan baik. Namun manusia selalu terlupa bahawa kesemua benda, objek atau ciptaan yang baik dan berkualiti bermula dari asas sokongan sistem penciptaan yang baik dan sistem persekitaran yang berkualiti. Manusia kini kurang memikirkan proses tetapi banyak menekankan hasil. Manusia juga selalu merasakan yang mereka tidak perlu tahu semua perkara untuk mendapat apa yang disebut sebagai terbaik dan berkualiti. Kereta yang baik bukan hanya dicipta oleh seorang jurutera yang terbaik. Bahkan banyak faktor dan elemen yang menyumbang kepada terciptanya kereta yang terbaik dan berkualiti. Pokok durian emas terbaik bukan hanya datang dari biji benih durian emas terbaik yang dicampak di belakang rumah dan kemudiannya kita berharap pandai-pandailah ia hidup sendiri dan memberi kita hasilnya dengan buah yang lazat. Ia tidak semudah itu, bahkan kesemua benda yang betul, benar dan adil memerlukan sistem rangkaian atau sokongan yang betul, benar dan adil. Hal ini berlaku dalam dunia seni tempatan. Wujud beberapa perkara atau hal yang perlu diberi perhatian melalui perancangan dan tindakan yang munasabah berkenaan penciptaan sistem sokongan itu sendiri. Apa yang berlaku kini adalah usaha yang tidak tersusun dan padu dalam membina rangkaian sistem yang boleh mendokong keseluruhan ciptaan dan kreasi seni. Mengapa hal ini berlaku? Mungkin secara mudah sebab yang boleh dinyatakan adalah, masyarakat tidak dapat melihat atau menilai kepentingan seni kepada diri, masyarakat, bangsa dan negara. Kepentingan sesuatu benda pula pada zaman ini banyak diukur dengan nilai wang ringgit. Bidang seni pula kelihatan seperti tidak dapat menjana keuntungan dan laba yang banyak. Ia kelihatan seperti tidak dapat dikaitkan dengan soal keuntungan dan wang yang banyak. Masalah

183


persepsi ini timbul kerana masyarakat umumnya tidak dapat memahami bidang seni secara asas dan atau berkebolehan mengapresiasi dan menilai ia secara strategik. Selain itu kemungkinannya adalah kerana masyarakat gagal melihat apakah kemungkinan yang boleh dibuat ke atas ciptaan seni dalam konteks ekonomi pasaran bebas kini. Apabila masyarakat gagal memahami seni dan dunianya secara asas maka ia gagal untuk melihat potensi bidang ini secara lebih besar dan menyeluruh. Dalam konteks tulisan ini saya ingin mengusulkan idea mengapa seni itu penting bagi masyarakat, bangsa dan negara. Ideanya adalah seni itu cukup penting sebagai bahan khazanah dan aset warisan budaya negara yang utama. Mungkin banyak isu dan persoalan lain akan timbul dari pemahaman yang dinyatakan itu. Seperti ada yang menolak seni moden atau sezaman, ada pula yang memperjuangkan seni tradisi sebagai seni sebenar dan utama bagi negara dan sebagainya. Perdebatan ini tidak berakhir dengan mudah bahkan akan terus dan tetap berlangsung. Bagi pendapat saya, semua jenis seni yang jujur, adil dan benar dalam konteks budaya dan masyarakatnya adalah penting. Perbezaan pandangan atau pendapat yang berpunca dari anutan ideologi atau budaya tertentu harus juga digalakkan kerana ia memancarkan realiti kemajmukan yang berusaha mencari kesatuan atau kesefahaman dalam nada saling hormat menghormati. Apabila dinyatakan bahawa seni adalah sebuah objek, benda dan tanda yang merupakan khazanah atau warisan bersama yang cukup penting bagi bangsa dan negara, ia bermaksud bahawa seni terbaik yang dicipta oleh ahli masyarakat kita adalah sebuah tanda idea, jiwa, pemikiran dan ekspresi khusus yang mewakili suatu ucapan kreatif dari arus pemikiran dan kemahiran ahli dari masyarakat itu sendiri. Seni yang dicipta oleh ahli sesuatu masyarakat dari dalam budaya masyarakatnya berkenaan idea yang tercetus dari masyarakatnya amatlah penting dan cukup berharga bagi masyarakat itu sendiri pada bila-bila masa. Tidak kira bagaimana bentuknya atau karektornya, seni seumpama itu merupakan catatan kreatif yang cukup berharga sebagai bahan sejarah dan ketamadunan bangsa dan negara. Banyak dari kita mungkin tidak dapat melihat kepentingan kesemua benda itu sekarang tetapi ia akan menjadi sebegitu mustahak dimasa mendatang dan ia boleh diibaratkan seperti ‘maruah’ bagi negara dan bangsa

184 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

kita. Masyarakat sekarang begitu mengambil mudah segala benda yang telah berlaku dan menjadi sejarah. Mereka lebih suka dan ghairah mengejar apa yang belum diperolehi dalam hidup berbanding apa yang telah dicapai. Kemajuan mesti dikejar dan dicapai dengan segera dan banyak, oleh kerana sikap kita yang terlalu memandang kehadapan atas nama kemajuan maka kita amat selalu terlupa dengan perkara yang berkaitan khazanah yang telah ditinggalkan. Kita selalu merasakan ia kurang penting dan tidak berguna sekarang atau buat masa ini. Sehingga dari akibat kelalaian kita itu, kita kadangkala telah menjual ‘maruah’ bangsa dan negara kita sendiri dengan tanpa disedari. Contohnya adalah berkenaan buku-buku komik yang dicipta oleh anak tempatan antara tahun 1970-an dan 1980-an. Buku-buku komik tersebut kini tersimpan dalam arkib perpustakaan University Cornell. Koleksi tersebut meliputi hampir kesemua komik-komik terbitan tempatan oleh pelukis kartun dan komik utama tempatan di antara tahun-tahun tersebut. Apa yang menjadikan koleksi tersebut lebih berharga adalah ia menonjolkan tema, cerita dan watak yang diambil dari ruang budaya tempatan. University Cornell telah melihat kepentingan artifak atau nilai khazanah tersebut secara lebih strategik dan maju berbanding kita. Mereka telah mengeluarkan wang yang banyak untuk membeli, mengkatalogkan, mengkaji dan melakukan kerja preservasi ke atas khazanah tersebut. Kita tak pernah nak ambil peduli dengan semua benda itu, kerana mungkin kita berkata “Alah..setakat komik biarlah mereka simpan”. Itulah sebenarnya masalah utama yang kita hadapi dalam soal ini iaitu persepsi seni. Komik atau kartun mungkin perkara kecil bagi sesetengah orang tetapi dalam konteks yang luas ia merupakan khazanah masyarakat, bangsa dan negara. Alangkah malunya kita memikirkan bahawa jika di suatu masa nanti anak bangsa kita ingin mengkaji komik-komik tersebut, mereka terpaksa pergi ke University Cornell (Amerika) dan meminta ehsan mereka membenarkan kita mengkaji dan menilai khazanah tersebut. Walhal kesemua khazanah itu adalah ciptaan anak Malaysia, untuk warga Malaysia dan dibuat di Malaysia. Kita terpaksa pergi ke negara orang lain untuk belajar dan mengkaji sesuatu mengenai budaya dan khazanah kita sendiri. Malunya lebih bertambah

185


memandangkan mereka telah menguasai aset, khazanah budaya dan ketamadunan kita berpunca dari sikap kealpaan dan keegoan kita sendiri. Dalam konteks sekarang pula dapat dilihat wujud kecenderungan dari pengumpul seni, galeri dan muzium utama dalam jajaran Pasifik untuk menguasai karya seni semasa yang terbaik dari seniman tempatan. Sekali lagi masyarakat mungkin akan berkata bahawa karya-karya tersebut sebenarnya tidak penting dan bukanlah mencerminkan ‘budaya tempatan’ yang sebenar. Maka tidak perlulah karya-karya ini terlalu dilindung atau dibeli secara strategik oleh organisasi tempatan. Sekali lagi kita menghadapi masalah mengenai persepsi seni hasil dari kecetekan ilmu dan pandangan yang terlalu rapuh dan tidak peka dengan situasi arus sosial semasa yang berlaku. Kita melihat sekarang pemain-pemain seni utama dari Jepun, Singapura dan Australia kini sedang menanti dengan ghairah untuk menguasai aset budaya sezaman yang dicipta oleh anak-anak tempatan negara dunia ketiga dari rantau Asia Pasifik. Jika kita tidak mempunyai cukup kesedaran kebudayaan sezaman, lebih banyak dari karya-karya terbaik yang dicipta oleh anak tempatan kita akan terjatuh ke tangan mereka. Untuk mendapatkan semula karya tersebut di masa mendatang, kita mungkin terpaksa membayar dengan harga yang berkali-kali ganda lebih mahal dari harga asalnya. Kita juga wajar mengetahui bahawa beberapa karya terbaik dan jarang diketahui dari generasi seniman kita ditahun 1960an kini banyak berada dalam koleksi peribadi pengumpul seni di Australia. Singapura, Australia dan Jepun kini mempunyai koleksi terbanyak bagi karya seni rupa Malaysia di luar negeri. Dalam konteks yang luas, imperialisme (penjajahan) budaya sebenarnya telah dan sedang berlaku dengan hebatnya di bawah slogan globalisasi dan praktis ekonomi pasca kapitalis. Kita pula nampaknya leka dan masih keliru dengan citarasa kita sendiri, sehingga membiarkan banyak khazanah yang sewajarnya dilindungi terlepas ke tangan bangsa asing. Asas ideanya di sini adalah seni merupakan sesuatu yang penting dan mesti diperkembangkan dan digalakkan dalam konteks pembangunan sesebuah negara. Asas ini mesti boleh diterima dan mesti didokong dengan kemahuan politik. Kepentingan itu

186 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

bukanlah setakat habis dengan cara kita membeli beberapa karya dan menggantungnya di dinding. Ia bukan setakat menyimpan karya di sudut galeri atau muzium. Kepentingan seni yang bermakna dan menyeluruh hanya boleh muncul dari penciptaan sistem yang boleh mendokong kewujudannya secara menyeluruh dalam sesebuah budaya atau negara. Tetapi pewujudan sistem yang baik mesti bermula dengan asas kefahaman akan kepentingan seni tersebut. Seni mesti boleh dinilai, dirai, diapresiasi dan dihormati secara alami oleh ahli sesebuah masyarakat sebelum ia menjadi sebagai sesuatu yang penting dan bermakna bagi ahli masyarakat tersebut. Sistem seni bukanlah hanya berkaitan prasarana, membeli peralatan, pemindahan teknologi, melantik pentadbir, menggaji pekerja dan membina segala bangunan yang gah. Sistem seni yang terbaik bermula dengan modal insan yang dilatih dengan baik dan berkualiti. Asas sistem seni yang baik bermula dengan minda dan fikiran yang berkualiti, berpandangan strategik dan jauh, jujur dan amanah. Mempunyai sistem seni bermakna seseorang pelajar seni yang baru tamat pengajiannya dari sekolah seni atau universiti sudah mengetahui dunia yang bakal dilaluinya. Yang perlu ada pada dirinya adalah usaha, kesungguhan dan tekad untuk melahirkan karya-karya seni yang terbaik sahaja. Mempunyai sistem seni yang kukuh bermakna lebih banyak peluang pekerjaan profesional terbuka dalam bidang seni dan sub-bidang seni. Pewujudan sistem seni bermakna wujud elemen yang saling mendokong dalam usaha membina atau melahirkan seni yang terbaik dari seniman terbaik. Sistem seni sebenarnya banyak berkaitan hal-hal yang agak asing bagi seni seperti soal-soal pengurusan, pemasaran, undang-undang, perancangan, kewangan dan sebagainya. Sistem seni bukan bermakna golongan seniman didodoi dan dijaga rapi segala makan pakainya sehingga boleh melahirkan karya-karya yang hebat. Sistem seni adalah ibarat denai, jalan atau lebuhraya yang membolehkan seniman bergerak dengan lancar. Seniman didokong dengan sokongan agar memudahkan mereka untuk bergerak menjana dan mencipta karya kreatif mereka. Mereka tidak boleh dibiarkan terkapai-kapai menyelesaikan masalah yang memerlukan khidmat pengurusan atau apa sahaja keperluan yang bersifat di luar dari kreativiti seni.

187


Sistem seni bermula dengan sebuah badan yang mempunyai kuasa, dana dan dipertanggungjawab secara undang-undang untuk mengawal selia kesemua aktiviti seni tampak peringkat tempatan. Di luar negara badan seperti ini dipanggil sebagai majlis kesenian. Majlis kesenian adalah badan pemula yang menggerakkan segala hal benda aktiviti yang berkaitan seni tampak. Ia menyediakan dana atau menawarkan biasiswa latihan kepada ahli masyarakat yang berminat atau kepada seniman untuk melanjutkan pengajian dan latihan. Ia bertindak sebagai pemodal awal kepada usaha-usaha kreatif, berisiko tinggi atau bersifat eksperimental yang dibuat oleh seniman. Ia mendokong usaha seniman untuk memamer karya seni dengan memberi bantuan professional awal kepada usaha pengurusan, tajaan, pemasaran dan promosi. Ia mewujudkan peluang dan ruang untuk lebih ramai ahli masyarakat mengapresiasi seni melalui usaha promosi dan pameran seni yang lebih terancang, tersusun dan bersifat strategik. Kesemua hal yang berkaitan dengan majlis kesenian tadi adalah khusus untuk menggalak dan mewujudkan suasana positif bagi seni tempatan. Ia mencipta dan menjana sistem kesenian itu sendiri. Tanpa kehadiran sistem sedemikian rupa seni akan mengalami proses perkembangan yang tak menentu dan berkemungkinan herot. Sistem seni yang baik akan menghasilkan budaya seni yang baik. Apabila lebih ramai seniman berkualiti wujud maka keperluan untuk menampung permintaan untuk memamer karya seni sudah menjadi semakin besar. Secara strategiknya lebih banyak galeri dan muzium akan dibina bagi mendokong usaha mempamer, mengumpul, mengkatalog dan menyelidik karya-karya seniman terbabit. Secara hilirannya galerigaleri persendirian juga akan wujud dengan banyak sebagai mekanisme dokongan ke atas seniman dan karyanya dalam konteks ekonomi pasaran bebas. Semakin banyak galeri persendirian wujud bermakna wujud semakin banyak peluang keuntungan bagi pemodal-pemodal dalam bidang seni. Apabila wujud ramai pemodal atau peniaga seni maka akan wujud pula industri seni yang boleh berkembang menjadi budaya seni. Asaskan kepada kesemua keadaan ini bermula dari pewujudan sistem seni yang baik dan berkualiti.

188 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

Seni yang didokong dengan kekuatan sistem yang dinyatakan tadi akan melahirkan kesan ekonomi dan budaya yang besar dalam masyarakat. Kewujudan sistem yang berkesan dan efisyen akan melahirkan permintaan gunatenaga yang lebih besar dan banyak. Arus permintaan gunatenaga yang besar akan membuatkan proses penawaran bertambah rancak. Arus permintaan gunatenaga dalam konteks ini bukan hanya berkaitan bidang seni secara asasi (fundamental) semata-mata, tetapi ia sudah melangkau kepada sub-bidang seni seperti pakar pengurusan strategik (seni tampak), pakar perancang polisi seni dan budaya, pengurusan seni tampak, undang-undang seni, pemasaran seni, perniagaan seni dan bidang-bidang lain yang berkaitan. Semakin baik sistem sokongan yang diwujudkan tersebut berjalan maka semakin banyak permintaan terhadap gunatenaga yang dinyatakan tadi. Dalam arus sistem tersebut keperluan atau permintaan kepada golongan pakar yang terlibat secara langsung dengan dunia seni akan menjadi semakin banyak. Keperluan kepada kurator, pensejarah seni, penteori dan kritikus seni, penulis, penyelidik, pereka, pakar preservasi dan konservasi menjadi bertambah tinggi. Apabila keadaan ini berlaku kita sudah dapat memartabatkan bidang seni sebagai sebuah bidang profesional yang sama tingginya dengan bidang-bidang lain. Dari kelahiran sistem dokongan seni yang baik juga, ia boleh mewujudkan peluangpeluang pekerjaan dalam bidang seni dan sub-bidang seni dengan banyaknya. Apabila keadaan ini wujud bermakna secara ekonominya kita sudah dapat memakmurkan bidang seni itu sendiri. Kepentingan sistem ini adalah mendesak kerana ia boleh menyelesaikan banyak masalah yang selama ini dibiar, dipendam atau disorok begitu sahaja seolah-olah kita berharap ia akan selesai sendiri. Antaranya adalah berkaitan kewujudan peluang-peluang pekerjaan yang berkaitan bidang asasi seni, gunaan seni dan juga sub-bidang seni yang lain. Lanjutan kepada kejayaan sistem ini membolehkan negara mempromosikan seni sebagai suatu elemen komersial yang asli. Kegagalan usaha kita untuk mempromosikan seni sebagai elemen komersial selama ini adalah berpunca dari kegagalan kita sendiri untuk mencipta sistem sokongan seni yang baik dan berkualiti. Apa yang telah berlaku adalah usaha ad-hoc yang tidak memberi sebarang hasil secara menyeluruh, strategik

189


dan bersifat jangka panjang. Potensi dan peluang seni secara komersial boleh dilihat dari kejayaan negara-negara yang dekat dengan kita seperti Singapura dan Taiwan, atau yang agak jauh sedikit seperti Australia, Korea dan Jepun. Kita boleh mengkaji bagaimanakah negara tersebut mengeksploitasikan seni secara komersial berasaskan nilai, kualiti, perancangan strategik yang tumbuh dari sistem sokongan yang kuat dan berkualiti. Kita boleh mengkaji contohnya bagaimana Singapura boleh berjaya membina sistem atau budaya seni bertaraf dunia sedang sebenarnya mereka tidak begitu mempunyai bahan mentah seni yang banyak (seniman atau karya seni yang berkualiti). Asasnya di sini adalah kemahuan politik dan kuasa selain kecekapan pengurusan, perancangan yang strategik dan berkualiti. Medan permainan atau percaturan kuasa seni dan budaya di peringkat Asia Pasifik sebenarnya telah lama bermula. Kita nampaknya masih leka, lalai, mengambil mudah, mengelamun dan seolah-olah tidak peduli dengan apa yang berlaku. Kita masih berbincang mengenai persoalan-persoalan remeh dan cetek, sedang orang lain telah maju ke depan bertindak secara agresif dan strategik. Selebihnya banyak dari kita yang tidak peduli pun dengan apa yang berlaku. Jika kita gagal mencipta atau mengatur langkah yang bijak dan strategik berkenaan bidang seni tampak kita di masa mendatang, kita dengan perlahan akan dipengaruh, dikuasai atau ditundukkan secara budayanya oleh pemain-pemain besar tersebut. Hal ini sebenarnya telah mula berlaku kepada negara-negara tetangga di sekeliling kita. Penguasaan atau kekuasaan kini bukan hanya terletak pada ruang politik yang bersifat geografi semata-mata atau ekonomi, tetapi kepada ruang yang tidak nyata seperti media, ideologi dan sejumlah ikutan budaya sezaman yang kabur pada pandangan biasa. Jika kita masih bertindak dengan cara lama di atas kefahaman kita yang lama, bermakna kita berkemungkinan akan lemas dalam permainan seni dan budaya yang bersifat global ini. Kita banyak menyebut atau mendengar tentang globalisasi, deregulalisasi atau ekonomi pasca kapitalisme, tetapi kita selalu juga mengambil mudah dengan kesemua benda tersebut seolah-olah ia tiada kaitan dengan diri kita. Banyak dari negara-negara jiran kita yang sudah mula sedar dengan aturan-aturan imperialisme baru ini dan mereka sudah mula bangun untuk

190 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

bertindak. Mereka telah menyiapkan diri secara strategik demi mempertahan ‘maruah’ seni dan budaya masing-masing. Soalnya kini adalah di manakah kita, adakah kita sudah bersedia dengan kelengkapan dan alat yang sesuai untuk ‘menghadapi’ serangan budaya secara strategik tersebut. Dalam kedudukan semasa negara kita mempunyai kelebihan yang banyak jika ingin menumpukan usaha membina sistem sokongan seni yang baik dan berkualiti. Pertamanya kita mempunyai keupayaan secara ekonominya untuk membina prasarana yang baik dan berkualiti bagi mendokong penciptaan sistem seni tersebut. Keduanya kita mempunyai banyak institusi pendidikan tinggi untuk menjana gunatenaga profesional dalam bidang seni tulen, seni gunaan dan segala sub-bidang seni bagi menjayakan usaha pewujudan sistem tersebut. Ketiganya suasana politik tempatan yang stabil adalah suatu anugerah yang mustahak, yang membolehkan kita menumpukan sepenuh usaha dan masa untuk menjayakan rancangan pembinaan sistem tersebut. Banyak dari negara jajaran Asia Pasifik tidak mempunyai kelebihan sebagaimana yang kita nikmati. Walaupun mereka mempunyai kesedaran namun mereka mempunyai sebegitu banyak masalah lain yang menghalang usaha mewujudkan sistem dan membina pusat kesenian masing-masing. Kita sepatutnya sedar bahawa sekarang adalah masa terbaik untuk kita bertindak, kerana kita mempunyai banyak kelebihan berbanding negara-negara lain. Isu awalnya mungkin kecil iaitu berkenaan sistem sokongan kepada seni. Tetapi dari sistem yang kecil itu jika dijana secara baik dan berkualiti ia akan memberi kesan yang besar kepada lanskap sosial, ekonomi dan budaya negara. Negara akan mencipta lebih ramai seniman berkualiti, karya-karya berkualiti akan lahir dengan banyaknya, persaingan perniagaan seni akan muncul, peluang-peluang pekerjaan dalam bidang seni dan sub-bidang seni akan turut bertambah dan akhirnya negara akan beroleh nikmat reputasi yang boleh dijana dalam bentuk komersial. Melalui koleksi-koleksi seni, festival seni, muzium atau galeri khusus, negara boleh berbangga dan berkebolehan menjadi medan tarikan kepada masyarakat seni dunia secara asli atau mungkin boleh disebut sebagai pusat kesenian serantau. Hal ini tentunya bersifat komersial, disamping dalam

191


waktu yang sama kita berkuasa menentukan apakah yang penting dan baik untuk khazanah budaya warisan kita sendiri tanpa perlu ada lagi campurtangan dan tipu daya dari pihak luar yang dahulunya begitu pandai menentukan nasib dan ketentuan kebudayaan kita sendiri.

Perihal seniman yang berjaya atau mitos seniman berjaya

Amat kerap dinyatakan perihal seniman-seniman yang berjaya. Dalam pelbagai bentuk, dalam pelbagai kenyataan dan dalam pelbagai sumber ia dipernyatakan. Kisah-kisah seakan mitos ini biasanya dikutip awalnya dari sumber-sumber utama yang kemudiannya disampaikan dari mulut ke mulut. Mengapa ia dikatakan mitos? Kerana selalunya cerita itu tidak dapat disahkan kebenarannya, melainkan mungkin hanyalah agakan atau jangkaan dari pemerhatian luar. Atau juga cerita itu digembar-gemburkan demi memperoleh sensasi perbualan atau cerita sewaktu saling bertemu atau minum petang. Dalam konteks Malaysia, kisah-kisah seniman berjaya adalah sesuatu yang agak penting terutamanya dalam komuniti masyarakat seni itu sendiri. Difahami bahawa kerja atau kerjaya seniman bukanlah sesuatu yang dianggap sebagai ‘profesion biasa’ bahkan ianya luar dari profesion biasa. Maka tradisi penceritaan tentang seniman yang berjaya harus dihidupkan demi menyemarakkan rasa hebat dan bangga menggenai bidang seni itu sendiri. Bermula dengan rasa takjub tentang bakat yang lahir dari tangan atau fikiran ‘manusia seni’ itu sendiri semenjak dari zaman persekolahannya, kisah takjub mengenai ‘manusia seni’ terus menjadi cerita yang tak kunjung padam dan akan terus hangat diperkatakan. Tidak semua orang memilih menjadi seniman (dengan banyak sebab), kecuali jika

192 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

193


‘bernasib baik’ maka dia terus terjunam ke dalam bidang seni itu sendiri, dengan (sekali lagi) berkemungkinan tanpa disedari oleh sang seniman. Bilangan yang terus memilih menjadi seniman semenjak dari usia kecil atau remaja sehingga ke hari tua amatlah kecil. Di sinilah bermulanya kisah-kisah penuh ranjau yang selalu dikaitkan dengan pencapaian kejayaan seorang seniman. Kita akan mendengar kisah-kisah pahit maung menjadi seniman sepenuh masa. Tanpa hidup yang teratur, makan pakainya tak menentu, terpesona dengan keajaiban keindahan (yang tentunya metafizikal) atau yang terhebatnya kisah dukalara sang seniman dalam menegaskan kepercayaan seninya. Selain sisi sukar, kita juga akan mendengar sisi kemewahan sang seniman hasil kehebatan seninya. Menjadi kaya raya dengan hasil seninya, sentiasa dikejar pembeli yang sanggup membayar hasil seninya dengan harga yang mahal atau dikeliling reputasi glamour dalam menjalani hidup seharian. Dalam konteks ini ukuran berjaya amatlah relatif sekali. Van Gogh, Modigliani atau sebelumnya Goya, Velazquez (gambar 16) dan Rembrandt mengesahkan bahawa bakat seni yang mereka miliki amatlah besar dan asli sekali. Namun kita juga mengetahui Van Gogh tidak menikmati reputasi besar sewaktu hidupnya. Hidupnya juga penuh dukalara tanpa dapat menikmati hasil besar dari kerja seninya. Sama seperti Modigliani yang dikaitkan dengan anasir kemurungan dan kekecewaan hidup, atau juga Goya dan Rembrandt yang disaat akhir hidupnya tersisih dari menerima penghargaan di atas kerja seninya. Namun kita mengetahui dan faham bahawa mereka adalah seniman yang penting dan hasil seni mereka amatlah luarbiasa sekali hebatnya. Begitu juga jika kita ingin melihat dari sisi pencapaian kehebatan dari segi kemewahan bagi seniman. Picasso, de Kooning atau kemudiannya Warhol dan Hockney dari sudut yang berbeza pula dapat membuktikan bahawa menjadi seniman tanpa terbabit dengan kedukalaraan dan kekecewaan boleh juga menjamin kejayaan dari ukuran seni, karier, reputasi dan kemewahan.

(Gambar 16) Diego Velazquez, Peasants at the Table (El Almuerzo), c. 1620, oil on canvas, 96cm x 112cm, Museum of Fine Arts, Budapest, Hungary.

Adalah menjadi lumrah di Malaysia, jika seseorang memilih untuk menjadi seniman sepenuh masa, maka dia perlu berhadapan dengan pelbagai persoalan berkaitan

194 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

195


‘keberjayaannya’ (dan juga stabiliti ekonomi) kerjaya seninya. Tidak seperti bekerjaya dengan sektor awam yang ‘dianggap’ boleh menjamin seluruh hidupnya sehingga akhir hayat atau bekerjaya dalam sektor swasta yang menjamin kemewahan atau laba yang membukit. Ukuran kejayaan seniman adalah terlalu sukar untuk dimuatkan dalam kedua-dua kedudukan tersebut. Bagaimana hendak dinyatakan jika orang bertanya, “Awak bekerja sebagai apa? Lalu anda menjawab, “Saya bekerja sebagai seorang seniman”. Lalu orang itu bertanya lagi, “Di jabatan apa (sektor kerajaan) atau syarikat mana (sektor swasta)?. Amat sukar tentunya untuk memberi jawapan yang tegas, kecuali adakalanya dengan penuh berdiplomasi anda katakan bahawa, “Saya bekerja sendiri”. Tentunya ia berkaitan dengan konsep ‘makan gaji’ secara bulanan, yang menunjukkan keteguhan ekonomi seseorang dan juga jenis kerjaya yang dapat menggambarkan jumlah gaji bulanannya demi memberi juga gambaran ‘kejayaannya’ dalam kerjayanya. Bagi masyarakat sekarang, kejayaan diukur dengan kemewahan dan wang ringgit, tanpa kriteria ini amat susah bagi seseorang untuk diiktiraf sebagai berjaya dalam kerjayanya. Kejayaan itu bermakna banyak duit dan hidup mewah. Kemewahan dan wang ringgit pula mesti ‘ditonjolkan’ untuk diiktiraf sebagai berada atau berduit. Dalam konteks ini masyarakat seni mempunyai kriterianya yang tersendiri dalam mengintepretasikan ‘kejayaan’ seseorang seniman. Kejayaan seseorang seniman bukanlah hanya pada kemahiran seni, gaya, imbuhan wang atau kemewahan, bahkan ia mungkin boleh menyangkut kepada perwatakan seniman. Kisah kejayaan seniman di Malaysia secara normal boleh muncul akibat dari memenangi sesuatu anugerah, kejayaan memenangi pertandingan kesenian, kejayaan menerima geran atau biasiswa seni, kejayaan menjual karya seni dengan harga yang mahal atau kejayaan mempamerkan karya seni di muzium atau galeri yang besar dan hebat reputasinya. Namun ukuran tersebut bukanlah sesuatu yang absah. Kisah kejayaan seseorang seniman mungkin boleh dikaitkan dengan pencapaiannya melukis sendirian selama tujuh tahun di sebuah rumah tinggalan (yang dikatakan berhantu) di Gemas, Negeri Sembilan. Ia juga boleh dikaitkan dengan watak gila, naik ‘syeikh’ atau rayanan sewaktu mengerjakan karya seninya. Nyata di sini bahawa jenis ‘kejayaan’ adalah luas, rencam dan pelbagai. Jika

196 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

anda seorang seniman sepenuh masa dan berjaya membeli dua buah kereta Audi secara tunai, anda juga boleh dilabelkan seniman berjaya dan hebat. Sama juga hebatnya jika anda merupakan seorang seniman sepenuh masa yang tidak berapa berduit namun telah berjaya meyakinkan pihak Muzium Seni Metropolitan di New York untuk mengadakan sebuah pameran solo untuk anda pada musim panas akan datang.

(Gambar 17) James Whistler, Arrangement in Grey and Black: Portrait of the Painter’s Mother, 1871, Oil on canvas, 144.3cm x 162.5cm, Musée d’Orsay, Paris.

197


Ironinya memang bidang kesenian memerlukan cerita-cerita seumpama ini untuk ‘memeriahkan’ hidup seni. Namun sebenarnya seniman itu sendiri kadangkala tidak berapa ambil peduli dengan cerita tersebut dan kita selalu terlupa memerhatikan apakah profil yang lebih penting dalam memahami dan menilai kejayaan seniman. Contohnya yang jelas mungkin kepada seniman Inggeris kelahiran Amerika iaitu James Whistler. Masyarakat jarang memberi perhatian kepada gubahan formalistik catannya yang amat inovatif sekali iaitu Arrangement in Grey and Black: Portrait of the Painter’s Mother (gambar 17), melainkan orang sibuk membuat spekulasi bagaimana dia terpaksa melukis gambar potret ibunya, apabila ibunya secara mengejut datang ke rumah beliau. Sedangkan pada waktu itu beliau ‘membela’ beberapa orang gundik yang juga model kepada catan-catannya. Atau juga kegemparan keluarga Cezanne apabila mengetahui bahawa Cezanne mempunyai seorang perempuan simpanan dari golongan rendah yang telah melahirkan seorang anak luar nikah. Elaun bulanan Cezanne telah dipotong oleh bapanya (seorang ahli perniagaan) dan Cezanne telah lari dengan ‘isteri’ dan anak yang berumur tiga belas tahun itu ke Pontoise (barat laut Paris). Sedangkan sebenarnya Cezanne telah berjanji dengan Pissaro untuk ke Pontoise demi memahirkan teknik lukisan lanskap beliau yang akhirnya membawa perubahan besar kepada konsep warna, ruang dan satah dalam pemahaman catan moden. Dalam konteks Malaysia nyata hal yang sama turut berlaku, kita mungkin terdengardengar cerita sebegitu-sebegini tentang ‘kejayaan’ seseorang seniman. Ianya mungkin berkaitan kehandalan falsafahnya, kemahiran tekniknya, kehebatannya menjual karya, betapa mahal harga karya seninya, berapa banyak pameran seninya, rumahnya di kawasan mana, jenama pakaiannya atau watak peribadinya. Namun cerita atau kisah kejayaan ini sering disulam dan dilipat dengan sejumlah mitos, khayalan atau penambahan sub plot bagi memberi keenakan yang lebih kepada cerita yang asli. Masyarakat selalu dengan sengaja melupakan apa-apa yang berupa fakta kepada seniman dalam menilai dan memahami kejayaannya. Sejarah seni membuktikan hal tersebut semenjak dari zaman Renaisans tinggi lagi. Kejayaan seniman akan dikaitkan dengan inspirasi, kuasa atau bakat yang amat luar dari kebiasaan. Masyarakat seakan perlu kepada insan seniman

198 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

sebegini demi memberi ‘inti dan isi’ kepada kepercayaan hidupnya. Mitos seniman adalah sebahagian dari ramuan ‘kejayaan’ seniman. Dalam konteks ini kejayaan dalam seni itu sebenarnya adalah satu mitos dalam erti kata bahawa ia bukanlah sesuatu yang mustahil bahkan ia adalah suatu ‘kebenaran’ yang bermitos. Seperti orang bertanya apakah sebenar-benarnya ‘kejayaan’ atau kehebatan Jackson Pollock atau Andy Warhol? Adakah anda ingin bercakap mengenai faktanya atau peribadinya yang mungkin telah dimitoskan. Atau dari sudut tempatan kita boleh bertanya apakah hebatnya seniman Latiff Mohidin itu. Lalu fikirkan pula adakah kita bercakap mengenai faktanya atau kisah mitosnya. Maka kejayaan adalah subjektif sekali dalam dunia seni bagi seniman. Ia mungkin berupa kepuasan, persepsi, pemikiran atau sebarang benda atau hal ‘luar biasa’ yang berkaitan dengan seniman. Ada yang menganggap kejayaan itu diukur dengan berapa banyak pameran seni yang dilakukan oleh seniman. Jika semakin banyak pameran solo berjaya dilakukan maka semakin besar ‘kejayaan’ yang boleh dikaitkan dengan seseorang seniman. Apatah lagi jika pameran seni tersebut dilakukan di luar negara. Ada yang menganggap kejayaan bagi seseorang seniman adalah bersamaan dengan berapa banyak karya yang telah dijual oleh beliau dalam tempoh sekian-sekian masa. Ada yang menganggap kejayaan seniman adalah penerokaan baru yang berjaya dirintis oleh seniman dalam karya seninya. Ada yang menganggap kejayaan seniman adalah ketekunan dan kesungguhan beliau mengerjakan sesuatu karya seni selama bertahuntahun. Atau ada yang menyatakan kejayaan seniman adalah dikaitkan dengan ‘kuasa istimewa’ atau ‘bakat istimewa’ yang dimilikinya dalam mengerjakan karya seninya. Tentunya kesemua faktor tersebut adalah relatif atau subjektif. Setiap orang mempunyai bacaan atau ukuran tertentu dengan kejayaan seseorang seniman. Bahkan tiada ukuran standard mengenai kejayaan seniman. Ada seniman yang mempunyai kehebatan atau kemahiran seni yang tinggi namun tidak juga diiktiraf sebagai seniman berjaya. Ada seniman yang tidak berapa berbakat namun sibuk dicanang sebagai seniman terpilih. Maka kejayaan adalah sesuatu yang amat sukar diberi justifikasinya dalam zaman ini.

199


Mengakhiri esei ini saya teringat sebuah kisah mengenai seorang seniman yang selalu menjadi bahan usikan iaitu ‘kejayaan’ beliau adalah kehebatannya dalam menggantung dan melekatkan karyanya di dinding. Itulah satu-satunya kejayaan beliau yang banyak diperkatakan oleh kawan-kawan lain. Tidak dapat dipastikan adakah ia sebuah gurauan atau sememangnya beliau memang ‘berbakat’ dalam hal gantung-menggantung karya di dinding.

Jangan art sangat

Seorang teman seniman yang sudah agak lama tidak mengadakan sebarang pameran, tibatiba dengan penuh semangat telah menyuarakan hasratnya untuk membuat comeback. Dari cerita dan ideanya mengenai pameran tersebut nyata visi dan gagasannya adalah amat kuat dan segar dalam konteks lingkungan seni tempatan mahupun serantau. Oleh kerana mungkin sudah agak lama tidak mengadakan sebarang pameran maka beliau selalu bercerita dan memberi gambaran-gambaran tentang karya-karya yang bakal diketengahkan termasuk juga idea-idea utama yang mahu diketengahkan dengan penuh ghairah kepada teman-teman rapat. Mungkin antara lain beliau inginkan teman-teman memberikannya semangat selain usaha dirinya sendiri untuk mengumpul keyakinan. Kepada seorang teman rapat beliau suarakan hasrat dan gagasannya itu, maka teman ini pun memberikan reaksi yang sangat positif dan membina hingga pada akhirnya teman ini memberitahu “…Bagus idea tu, tapi kau janganlah buat art sangat ! ” Tidak lama selepas peristiwa itu seniman tersebut menceritakan kisah itu kepada saya. Banyak perkara bermain dalam fikiran saya ketika itu tentang penyataan tersebut. Saya memahami apakah maksud art di situ secara mentahnya. Si teman itu takut kalaukalau seniman ini terlalu taksub dan tenggelam dalam arus keseniannya yang dalam lagi berat itu sehingga menyebabkan karyanya jadi tak laku untuk dijual atau buat

200 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

201


orang jadi hairan dengan karya-karya yang dipaparkannya kerana terlalu ‘abstrak’ dan tiada perhubungan dengan pemerhati. Maka maksudnya bagi teman itu sia-sialah usaha seniman tersebut untuk membuat comeback kerana akhirnya nanti orang pun tak ambil perhatian, lalu karyanya pun susah nak dijual dan yang menyedihkan pula nanti habis musnahlah segala gagasan, idea dan visi penting yang hendak diketengahkan melalui karya-karya baru dan pentingnya itu. Atau secara lebih mudahnya lagi janganlah kau ambil pendekatan yang susah-susah nanti karya kau tu jadi tak komersial pula. Maksud art di atas itu tidak menarik perhatian saya. Apa yang bermain difikiran saya adalah bagaimana sebenarnya lanjutan pernyataan ‘Kau janganlah buat art sangat’ itu telah sebenarnya berada dalam kedudukan yang sangat kritis dalam konteks penteorian seni. Apabila pernyataan itu dibuat, adakah ia menunjukkan bahawa seni (art) boleh dikawal nilai ketumpatannya, boleh diukur kelikatannya, boleh ditimbang keberatannya dan boleh disukat kedalamannya. Ataupun secara mudah kita boleh melihat kelapangan dan cuba menguji idea teman si seniman tersebut, iaitu kita boleh membezakan sesebuah karya katakanlah sekumpulan catan, lalu kita boleh takrif atau bezakan yang ini lebih artnya dan yang itu kurang artnya. Apa pula kayu ukurnya untuk tugas pembezaan tersebut. Apakah lebih art itu bermaksud aspek ideologi dan kontekstual karya yang begitu mendalam dan amat kefalsafahan sifat isu dan temanya. Atau pendekatan media yang digunakan itu kompleks lagi asing dalam hubungan kebiasaan pemerhati hingga merasakan bahawa ia adalah art yang berat. Ataupun juga bentuk karya itu turut asing, pelik lagi janggal dan ia menyebabkan pemerhati berada dalam kedudukan yang langsung tidak diketahuinya (sedang katakanlah dia cuba meyakinkan dirinya berhadapan dengan catan, kerana dalam kad undangan mengatakan ‘Pameran Catan’). Maka isunya di sini adalah seni (art) itu sendiri yang dipercayai ‘ada’ pada karya seni bukan hanya kerana ia disebut karya seni semata-mata. Seni dipercayai ada pada objek atau benda yang dikatakan karya seni oleh orang yang alim seni. Kerana seni itu ada lalu dikatakanlah sesuatu itu berseni dan muncul juga perkataan kesenian. Berbalik kepada usul diawal tadi maka isu kesenian itu berada dalam lingkungan atau sub isu nilai,

202 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

timbangan atau penarafannya. Saya percaya isu awal yang dibangkitkan tadi ada perkaitan dengan persoalan mitos seni dan seniman dalam persepsi pemerhati. Kita melihat catan Pablo Picasso dan kemudiannya melihat catan Van Gogh, lalu kita mula bertanya yang manakah lebih art dan yang mana lebih dalam artnya. Atau secara lebih tegar kita melihat catan De Kooning dengan terjahan cat yang rakus berbanding kemudiannya melihat catan Kasemir Malevich dalam siri putih atas putihnya, tentunya amat mengelirukan jika kita berusaha mencari jawapan catan mana yang lebih artnya atau bagi pemerhati yang kurang terlatih tentunya suatu kezaliman hukuman terhadap catan tersebut akan berlaku. Faktor mitos seni selalu memainkan peranan, art yang lebih selalu dikaitkan dengan rangsangan emosi yang mengejala seperti apa yang dibuat oleh pelukis Fauvisme, Ekspressionisme atau New York School. Seni yang ada pada Minimalisme, Suprematisme atau Seni Konseptual adalah dingin atau sedikit. Bagi pengkaji dan penyelidik seni hal ini adalah palsu dan tidak benar. Begitu juga bagi susuk seniman itu sendiri seperti Van Gogh, Picasso dan Pollock secara mitosnya akan sering dijulang-julang karya seninya. Sedang proses kesenian bagi seniman adalah berangkai-rangkai dan canggih bagi setiap individu seniman. Sama seperti contohnya Josef Albers dalam siri Homage to Square yang mengambil masa bertahun-tahun untuk mencari keharmonian dan keseimbangan warna dalam ruang segiempat, yang hasilnya dilihat amatlah ringkas. Adakah art pada karya Josef Albers itu kurang atau art nya terlalu lebih dan memberatkan. Secara lebih lanjut seni selalunya akan dikaitkan dengan rangkaian sistem yang membentuknya. Walaupun secara falsafahnya seni itu tetap suatu seni, namun ia perlu diperkaitkan dengan hal-hal lain untuk menjelaskan dirinya sendiri. Kerana seni adalah hasil aktiviti kumpulan manusia yang mencipta dan mempercayainya maka seni akan berkaitan dengan apa-apa kepercayaan berkaitan kumpulan terbabit terhadap pemaknaan, penciptaan dan penyaluran seni. Setelah beribu-beribu tahun manusia hidup dengan pelbagai anutan ideologi budaya yang rencam maka terbentanglah pelbagai sistem kepercayaan seni yang tersendiri. Maka kini kecanggihan sistemlah yang

203


sebenarnya mewarnai seni, tidak kira apa pun sistem yang digunapakai. Hal tersebutlah yang sebenarnya memberi asas kepada isu yang dibentangkan di atas. Keadaan tersebut berlaku dalam sebuah kisah ditahun 1970-an apabila Seni Pemasangan, Happenings dan Seni Persembahan sedang menjadi trend semasa dalam seni. Sekumpulan pelajar dan pengkarya seni rupa telah membalut sebuah gudang lama dengan kertas timah. Hasilnya sungguh menakjubkan apabila keseluruhan gudang itu telah bertukar menjadi begitu berkilau dan amat gah. Maka kumpulan ini pun membuat penyataan bahawa gudang itu kini adalah sebuah karya seni. Apabila datang sekumpulan pelancong untuk melihat apa yang dikatakan persembahan seni yang gah itu, mereka amat terkejut dan bertanya “ Apakah ini?�, lalu kata kumpulan pelukis tersebut “Inilah seni dan seni yang ada pada karya ini adalah sama nilainya dengan seni yang ada pada catan Monalisa!�. Berbalik semula kepada kisah diawal tadi, maka boleh ditanya juga kepada teman si seniman tersebut bahawa art yang ada pada karya seniman tersebut adalah sama juga dengan karya-karya seni lain, cuma cara dan kaedah dia melihat art itu yang membuatkan ia jadi berbeza. Kerana seni adalah seni dan ia tetap seni jika ia suatu seni, cuma yang berbeza adalah dari mana dan bagaimana dia melihat seni itu.

Cerita seni: Dari sebuah pameran seni atau mengapa hanya jauhari yang mengenal manikam Jalan di luar sesak dengan kenderaan berpusu-pusu merebut ruang jalan yang sempit. Masing-masing sibuk untuk kembali ke rumah dalam suasana jam 5 petang. Kota ini seperti biasa hinggar-bingar. Dalam waktu sebegini biasanya pameran-pameran seni akan dirasmikan secara santai. Waktu manusia keluar selepas habis menunaikan segala keperluan dan kepentingan hidupnya. Pameran seni adalah antara adat dan budaya kota yang menjadi sebahagian dari nadi budayanya. Memang pameran seni tak wujud di kampung-kampung kerana orang kampung tak faham dengan seni moden. Susah juga kalau buat pameran seni moden di balai raya kampung atau pejabat mukim. Nanti kalau buat pameran seni sebegitu naik terbeliak biji mata orang kampung atau budak-budak nanti suka kacau atau rosakkan karyanya. Maka seni moden bukanlah budaya kampung atau mukim. Kerana apa? Entahlah tak begitu pasti pula mengapa, nak kata di kampung tu tak moden, nampak macam moden juga. Contohnya kini di kampung Parit Panorogo tu, rumah siapa yang tak ada televisyen dan pemain VCD atau DVD. Ditambah lagi dengan segala piring penerima televisyen kabel yang berceratak di bumbung-bumbung kampung, menambahkan lagi adat modeniti yang dipraktikkan oleh orang kampung. Tak mengapalah itu cerita di kampung, kita kini sedang menanti saat sebuah pameran seni yang penting akan berlangsung di bangunan megah yang menjulang ditengah

204 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

205


bandaraya. Dinding kacanya yang tebal telah memberi biasan suasana ruang galeri di belakang. Kelihatan semakin ramai manusia berpakaian kemas, yang umumnya adalah pakaian pejabat, sedang merapati ruang galeri. Budaya pameran seni adalah budaya kota. Ia adalah nadi budaya kota. Jika orang bertanya di manakah orang kota menyerlahkan budaya tingginya atau apakah pancaran bagi manusia berbudaya di kota. Maka di antara jawapannya adalah menghadiri majlis perasmian pameran seni. Kerana ia adalah simbol atau tanda kepada budaya tinggi yang diraikan oleh orang kota. Ia adalah majlis sosial yang merupakan pancaran kepada pemikiran dan budaya orang kota yang berpelajaran tinggi dan moden. Orang kota meraikan seni yang dibuat atau lahir dari kota. Memang sejarah telah membuktikan bahawa seni moden itu lahir di kota metropolitan. Kedengaran hilai ketawa dan kemesraan tetamu yang hadir. Banyak agaknya yang dibualkan. Senyuman, genggaman salam dan hilaian ketawa memenuhi ruang luar galeri yang berprestij di kota ini. Pancaran dan limpahan lampu telah menghidupkan segenap ruang galeri dari kelesuannya. Susunan karya telah siap diatur di dinding. Beberapa gubahan bunga segar kelihatan dipintu masuk galeri menambahkan suasana ceria. Suasana sudah agak gamat dengan semakin ramai tetamu hadir. Minuman koktail sudah mula dihidangkan kepada para tetamu, segalanya seakan ceria. Tetamu kini sedang menunggu majlis perasmian pameran yang bakal dilakukan oleh seorang pembesar negara. Apabila pembesar negara tiba maka semua tetamu berkumpul diruang tengah galeri dan bersedia mendengar sedikit ucapan dari beliau sebelum merasmikan pameran. Semua tetamu diam dan seakan khusyuk mendengar ucapan tersebut. Tak banyak yang disentuh dan ucapan itu pendek sahaja. Tak pasti mengapa, mungkin kerana beliau agak lewat tiba dan jadual aturcara sudah beranjak sedikit dari masa yang ditetapkan. Maka natijahnya mungkin ucapan dan kata-kata perasmian perlu dipendekkan. Entahlah, tak begitu pasti apakah biji butir yang dituturkan dalam ucapan tersebut, yang terdengar kemudiannya hanya barisan ayat perasmian pameran ini oleh sekian sekian seniman. Kemudian segalanya diakhiri dengan tepukan gemuruh dan senyum girang dari kurator,

206 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

pemilik galeri, seniman terbabit serta tetamu dan beberapa genggaman salam selain ucapan tahniah. Ruang galeri yang kelihatan agak luas tadi sudah mula padat dengan aliran manusia. Segalanya mula mengalir kembali. Ada yang sibuk menjamu selera dengan segala hidangan enak-enak yang disediakan. Ada yang minum-minum sambil kembali berbual-bual. Ada juga yang membisu melihat gelagat manusia itu sendiri. Ada yang sibuk membelek-belek katalog pameran demi melihat data-data karya yang terpamer. Begitu ramai manusia kelihatan dengan aktiviti masing-masing di pameran ini. Segalanya berputar dan suasana mula hangat dengan iringan muzik jazz. Hilai ketawa dan senyuman berada di sekitar ruang ini. Kelihatan beberapa orang kenamaan baru tiba sambil disambut oleh rakan-rakan dan juga pemilik galeri. Mereka juga akhirnya tenggelam ke dalam pusaran suasana tadi. Di beberapa bahagian galeri masih kelihatan orang perseorangan yang dengan tekun melihat-lihat karya-karya seni yang dipamerkan sambil memegang katalog dan minuman. Sesekali mereka melihat maklumat karya yang ditampal di tepi karya. Tak tahulah apa yang difikirkan oleh mereka. Menilai seni, karyanya, melihat kualiti atau cuba mencari sesuatu dari karya terbabit, entahlah. Tak pasti apa yang dicari oleh mereka. Semakin lama ruang galeri semakin kecoh, semuanya dengan aktiviti masing-masing yang menggamatkan suasana. Yang paling sibuk kini tentulah seniman dan pemilik galeri, mereka kelihatan terkejarkejar ke sana ke mari melayan kehendak jurugambar, wartawan dan pengumpul seni. Segalanya perlu direbut dalam ruang waktu yang singkat ini. Inilah peluang dan inilah masanya, segalanya perlu ditonjolkan dan segalanya perlu dipertontonkan dengan imej dan paparan yang baik. Dalam kepala pemilik galeri semua yang dirancang semenjak enam atau tujuh bulan lepas itu perlu berjalan sebagaimana yang diatur. Dalam masa yang tak sampai dua jam ini segala-galanya akan berlaku dan ia telah mula berlaku kini. Maka perlu juga dipastikan bahawa apa yang berlaku itu mestilah sebagaimana yang dirancang. Kesan atau imbalan kepada keadaan ini perlulah sebagaimana yang dirancang dahulu. Maka sibuklah semuanya melayan kerenah wartawan atau jurugambar.

207


Bukankah mereka perlu kepada publisiti dan reputasi yang tinggi. Maka wakil media perlu dilayan dengan berhemah dan baik. Segalanya tersedia di sini dari makanan yang enak, minuman yang melegakan atau juga yang mengkhayalkan dan bunyi-bunyian yang menghiburkan. Pemilik galeri perlu memastikan semuanya berada dalam mood dan imej yang ceria. Pakej ceria haruslah dihamburkan kepada semua orang. Nyata juga kelihatan semuanya jadi ceria kini. Ruang galeri kini gamat pula dengan sesi bergambar. Semua nampaknya berpusu-pusu dan berebut-rebut. Entah dengan siapa mereka bergambar pun tidaklah dapat dipastikan, yang penting bergambar. Nanti gambar itu boleh jadi bukti atau kenangan bahawa aku wujud dan ada di majlis ini pada sekian hari ini dan pada waktu ini. Semuanya berbicara dan bercakap-cakap. Apakah yang dibicarakan. Entahlah, ia terpulang kepada siapa dan apa kedudukan anda. Ada yang berbicara tentang isu politik semasa yang semakin menekan menjelang pemilihan ketua bahagian dan cawangan parti politik atau ada yang bercerita tentang suasana ekonomi semasa yang dilihat tidak mesra korporat dengan beberapa tindakan politik yang dilihat berundur kebelakang. Kelompok dari sebelah kiri galeri pula sibuk bercerita tentang penerokaan perniagaannya di luar negara yang sudah mula menampakkan hasil, dicelah itu pula orang lain mengusik rakan itu bahawa dia dah boleh pasang isteri seorang lagi agaknya sambil disambut pecah ketawa. Di sebelah kanan galeri yang lebih lapang segerombolan manusia pula berbicara mengenai pemilihan ketua-ketua jabatan pentadbiran baru yang kosong semenjak dua bulan lepas. Semuanya berspekulasi si anu si anu akan naik pangkat dan yang lain pun ada yang mengiakannya. Entahlah berapa banyak lagi kumpulan manusia di galeri ini yang bersembang-sembang dengan pelbagai topik. Dari cerita penyanyi popular, si anu si anu tu kahwin dengan orang bangsawan, kisah kebanjiran buruh asing, perang saudara di Syria, Amerika yang menaikkan kadar bunganya, kisah butik Moschino dan Prada yang baru dibuka di tengah bandaraya, bayaran penjagaan anakanak kecil yang semakin meningkat sehinggalah kisah keenakan steak di sebuah restoran yang baru dibuka. Tapi ada juga yang tercangak-cangak tak tahu apa-apa, rasanya yang itu mungkin baru pertama kali menghadiri majlis perasmian pameran seni sebegini.

208 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

Wujud juga kelompok manusia yang tak berganjak dari meja makanan dan minuman, mereka meratah segala yang terhidang, maklumlah segala hidangan makanan tersebut telah ditaja oleh sebuah hotel lima bintang yang terkemuka. Sang seniman entah di mana kini. Ohh, dia sedang melayan beberapa bakal pembeli karyanya. Kelihatan dari jauh pemilik galeri dan kurator pameran banyak mencelah memberi penerangan kepada bakal-bakal pembeli tersebut. Bakal pembelinya terdiri dari yang biasa, luar biasa atau yang baru berjinak-jinak mengumpul karya seni. Seniman akhirnya banyak berdiam diri dan tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Tak pasti apa yang dianggukkan itu, adakah membenarkan apa yang dikatakan oleh pemilik galeri dan kurator atau ada idea besar yang beliau setuju dibalik bicara tersebut. Selepas melayan beberapa orang bakal pembeli karya, pemilik galeri nyata puas dengan apa yang berlaku. Ia terpancar dari raut wajah dan keceriaannya. Lebih separuh dari karya yang dipamerkan telah ditempah untuk dibeli. Tentulah tiada lain yang lebih memuaskan hati pemilik galeri terbabit dari melihat karya-karya yang dipamerkan itu dibeli. Seniman nampaknya sudah mula bergaul-gaul dengan tetamu lain setelah selesai diasak oleh jurugambar, wartawan dan bakal pembeli karya. Adakalanya dia sibuk juga menurunkan tandatangan dibalik katalog pameran. Tentulah ada permintaan untuk dia berbuat begitu. Ada juga kelihatan golongan wanita-wanita berusia yang berpakaian cerah-cerah dan berkilat-kilat dengan selendang, barisan gelang dan segala eksesori lain ditubuh. Cara mereka berkomunikasi menampakkan mereka adalah dari golongan yang berstatus tinggi. Yang berbaju biru dan berselendang itu baru menempah untuk membeli empat buah karya yang dipamerkan sekarang ini. Dengarnya dia baru membeli sebuah kondominium mewah di tengah kota. Maka karya itu mungkin untuk disesuaikan dengan ruang dinding kondominium tersebut. Tapi kumpulan itu nampaknya cukup eksklusif mereka jarang bertegur atau bercampur dengan kumpulan lain. Tidak seperti kumpulan anak-anak muda tampan dan segak di tengah galeri itu yang saling berpelukpeluk sesama mereka. Adakalanya mereka memegang-megang dan mencuit paha

209


sesama sendiri. Yang berkaca mata itu dengarnya adalah seorang pengurus dana dengan sebuah syarikat multinasional. Dia baru menempah tiga buah karya dari pameran ini sambil menempah sebuah karya lain kepada seniman tersebut dengan ukuran yang lebih besar. Akhirnya kesemua orang sedikit demi sedikit beransur-ansur bersurai. Tetamu, wakil media, kurator, pemilik galeri dan seniman telah beransur pergi. Di luar alam sudah hampir hendak melabuhkan tirainya. Suasana kota tidak sepi bahkan masih bingit dengan hingar bingar jejeran kenderaan. Lampu neon sudah mula menerangi wajah kota dari alam gelapnya. Suasana galeri sudah agak tenang sedikit. Hilai ketawa sudah tidak kedengaran. Hanya terdengar sesekali suara-suara manusia berbual. Lamakelamaan semuanya makin sepi cuma tinggal pemilik galeri melayan seorang lelaki berbangsa Inggeris yang berkemungkinan juga seorang bakal pembeli karya. Setengah jam kemudian lampu-lampu galeri telah ditutup, pengurus galeri dan dua orang pekerjanya mengunci pintu utama galeri dan mereka beransur pergi. Kegelapan telah menguasai ruang galeri yang tadinya luas dan cerah. Yang tinggal kini adalah karyakarya seni yang tidur dalam kegelapan galeri, sambil diluar galeri pengawal sesekali lalu lalang memeriksa apa yang patut diperiksanya. Esok, lusa atau mungkin dalam minggu-minggu yang mendatang karya-karya seni tersebut akan mendapat tuannya yang baru. Tuan-tuan baru tersebut mungkin akan meletakkan karya tersebut di tempat-tempat yang strategik atau tuan-tuan baru tersebut akan menyimpan sahaja karya-karya tersebut dibeberapa tempat dari rangkaian rumah, ruang pejabat, hotel, kafe atau kondominium mewah. Karya-karya tersebut akan bakal keluar dari ruang kandungan galeri menerjah alam-alam lain dari ruang-ruang hidup yang lain. Nasib dan rezeki akan menentukan perjalanan hidup mereka dalam alam tersebut. Karya seni tentunya mempunyai alamnya yang tersendiri. Ia (karya seni) bersejarah tetapi seni itu pula tidak bersejarah. Karya seni itu sendiri tidak tahu pun yang ia bersejarah. Manusia itu yang memberi nilai sejarah kepadanya. Kalau tak diberi nilai sejarah maka ia tak penting dan tak perlu dipamer, ditatap atau dibeli. Karya atau objek

210 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

seni yang berbeza alam, sifat dan fitrahnya itu telah melalui beberapa fasa kehidupan yang diberi konteks atau makna oleh manusia yang mencipta dan menghargainya. Makna boleh berubah mengikut ruang, ideologi dan masa. Tiada yang mutlak dalam seni. Dari konteksnya, karya seni itu diberi tempat dan harga dirinya. Karya seni akan senantiasa ber‘hijrah’ mengikut faktor-faktor yang dinyatakan tadi. Dalam alam lain ini, diri mereka akan dinilai, ada yang baik, ada yang elok, ada yang hebat atau ada yang tidak elok dan ada yang dianggap kurang baik. Namun ada juga yang akan dijual kembali. Pengolah mereka iaitu adalah sang seniman pula akan diberi penghormatan atas rekaan dan olahan atas karya tersebut. Nasib, cerita, perjalanan karya seni tentu memelikkan. Kita tidak pasti bila dan di mana ia lahir, kita tidak tahu berapa kali ia dikandung, kita tidak tahu bila ia akan dijadikan anak angkat, berapa orang ayah angkatnya, berapa orang ibu angkatnya. Kita tidak tahu bila ia akan dibenci, kita tidak tahu bagaimana atau bila ia disayangi, kita tidak pasti adakah ia kekasih abadi. Adakalanya ia dikeramatkan atau adakalanya ia dijalangkan. Saya termanggu memikirkan kembali apa yang berlaku kurang dua jam yang lepas selepas galeri ditutup dan lampunya terpadam. Apa yang berlaku? Sebuah pameran seni. Di mana? Sebuah galeri berprestij di ibu kota. Siapa yang hadir? Orang kenamaan, seniman, pegawai kerajaan, duta, ahli perniagaan, peminat, golongan profesional, pemerhati dan sebagainya. Apakah yang dicari darinya (seni dan karyanya)? Kalau kau yang bertanya lebih baik kau yang usulkan jawapan. Di manakah seni dan karyanya? ‘Hanya jauhari yang mengenal manikam’. Dalam majlis tadi siapa yang mengambil berat tentang seni? Entahlah mana saya boleh baca fikiran atau isi hati orang. Kalau dia suka tentang seni tentu dia berfikir tentang seni. Akhirnya seni, ya seni - apa, di mana, kenapa dan bagaimana? Itulah soalan yang terawang-awang difikiran orang yang mahu berfikir keras tentang seni. Yang lain, entahlah. Selepas kenyang dengan sebahagian menu seperti mihun, roti jala, kuah kari, popia goreng serta beberapa gelas air mereka mungkin memikirkan atau bertanya soalan seperti, restoran hotel mana yang buat hidangan tadi, sedap betul popianya, nanti boleh minta mereka hidangkan popia

211


tersebut untuk jamuan petang di pejabat aku atau buat kudapan di meja mesyuarat. Ada yang mungkin dapat kenalan baru, boleh jadi seorang ekspatriat, seorang usahawan, V.I.P. atau seniman. Ada yang mungkin menjeling mata dan cuba menggoda orang lain. Ada yang tak tahu apa-apa pun dan tak tahu hujung pangkal tentang majlis ni. Tapi apabila dijemput dia patuh dan menghadirkan diri, maka dia anggap ini sebuah majlis sosial. Ada pula yang gunakan perjumpaan ini untuk jumpa kenalan, kawankawan atau cuba buat network perniagaan, mungkin lebih senang untuk bertemu dengan mereka di sini. Seni dan karya? Itu soal kedua. Adakalanya seni hanyalah sebuah sub plot kepada sub plot lain, rangka cerita besarnya mungkin berkaitan seni tetapi seni tak boleh pegang watak utama atau menjadi plot besar kepada cerita tersebut. Seni tak boleh jadi hero dalam ceritanya, sebab seni dirasakan tak cukup tarikan atau kepentingan (politik tentunya). Sebabnya? Mungkin kalau kau jadi pelakon, sutradara, penulis skrip atau krew bagi sebuah kisah seni atau khususnya kisah di sebuah pameran seni, kau akan tahu jawapan tersebut. Yang alim seni dan pemerhati ikhlas pun boleh tahu. Jadi apa sebenarnya tujuan cerita atau kisah esei yang ditulis ini? Saya cuba untuk bercerita tentang sebuah kisah pameran seni, apa yang ada di dalamnya, apakah gambaran pemikiran yang wujud disebaliknya serta kesan ia kepada seni dalam konteks pembangunan dan apresiasinya. Kau fikir kau berjaya? ‘Hanya jauhari yang mengenal manikam’.

Soalnya adalah mereka buta seni lalu mencipta seni jahil

Pada suatu hari dengan tiba-tiba seorang rakan seniman dengan gembiranya memberitahu kepada saya bahawa lima buah karya seninya kini dalam pertimbangan peringkat eksekutif untuk dibeli oleh sebuah bank. Dengan kata-kata yang gembira dia memberitahu bahawa keseluruhan karyanya itu hampir pasti dibeli oleh pihak bank tersebut dengan harga ratusan ribu ringgit. Sambil menunjukkan surat-surat yang berkaitan, dia terus dengan rasa gembira bercerita tentang cadangannya untuk membelanjakan sebahagian wang tersebut untuk modal bagi siri terbaru karya seninya yang lebih canggih. Saya tumpang gembira dengan kenyataan tersebut sambil memberi semangat kepada rakan tersebut untuk mencipta karya yang lebih baik di waktu mendatang. Namun lebih dua minggu kemudiannya rakan seniman tersebut berjumpa dengan saya sambil dengan agak tenang mengatakan “Mereka tak jadi beli karya tu…”. Saya agak terkejut memandangkan bahawa segala urusan jual beli telah berjalan dengan baik dan berada pada tahap keputusan akhir sebelum karya tersebut dihantar kepada pihak bank yang berminat membeli karya terbabit. Saya bertanya “Mengapa pula jadi begitu, bukankah mereka betul-betul berminat untuk membeli kerya lukisan tersebut, mengapa di saat akhir mereka boleh buat keputusan sebegini rupa?”. Dengan agak tenang juga rakan

212 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

213


seniman itu mengatakan “Inilah yang susahnya bila seni dinilai oleh orang yang tak tahu langsung berkenaan seni”. Dengan agak sedikit ghairah rakan seniman tersebut mula membuka ceritanya. Proses pembelian karya bagi sesebuah badan korporat yang besar biasanya dicadangkan oleh pihak kurator yang bekerja dengan badan korporat tersebut atau dilantik sebagai kurator perunding. Pihak kurator biasanya akan menjustifikasikan mengapakah sesebuah atau sekumpulan karya harus dibeli oleh pihak terbabit berdasarkan polisi, kecenderungan, belanjawan atau kepentingan pihak badan korporat terbabit. Maka sebuah kertas cadangan akan dihantar kepada pihak eksekutif badan korporat terbabit menerangkan segala sebab musabab mengapakah karya ini harus dibeli oleh pihak korporat tersebut. “Soalnya mungkin mereka telah menilai karya aku lebih jauh dari sebuah karya seni” kata rakan seniman tersebut. “Apa maksudnya tu?” kata saya pula. “Yelah, kalau nak beli karya seni sekarang ni, banyak benda lain yang orang nilai, seperti faktor politik, isu semasa, reputasi dan jaringan seniman terbabit”. Akhirnya bukanlah hanya karya seni itu yang dinilai melainkan banyak benda lain yang dinilai sehingga menyebabkan karya seni dan senimannya menjadi mangsa sebab akibat tersebut” kata seniman terbabit. “Karya aku ni kalau nak diikutkan oleh kurator terbabit sudah hampir pasti dibeli oleh pihak bank tersebut, memandangkan bahawa sebelum ini beliau sudah banyak menguruskan pembelian karya-karya seni yang jauh lebih mahal atau dalam kuantiti yang lebih besar oleh bank terbabit. Polisi pembelian karya seni oleh pihak bank terbabit juga adalah agak terbuka memandangkan mereka tidak mengkhusus kepada sesuatu genre seni, seniman tertentu, teknik tertentu, karya seni dari zaman tertentu atau gaya seni tertentu. Dari itu pandangan awal kurator tersebut adalah, tiada sebab mengapa karya aku tidak patut dibeli oleh pihak bank terbabit”. Dengan tanpa ditanya lagi seniman terbabit terus bercerita. “Aku tidak pula menyatakan bahawa aku adalah seniman penting dan segenap karya seni aku juga penting dan mesti dibeli oleh kesemua orang besar atau institusi kaya yang tahu atau kenal akan karya aku tanpa sebarang penilaian. Pembelian karya seni adalah rezeki kepada seniman, lebih-lebih lagi yang bekerja sepenuh masa. Maka itulah sebenarnya punca rezeki seniman, jika seniman mula dinilai dengan benda-benda yang asing dari

214 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

seni itu sendiri, maka seniman telah mula tidak dihormati prinsip serta karyanya itu” kata seniman tersebut. “Apa sebenarnya cerita disebalik pembelian karya ni sampai tak jadi?” saya bertanya. Seniman terbabit menjawab, “Ini masalah eksekutif bank yang tak tahu dan buta seni, ditambah oleh keadaan dan isu semasa yang menjadikan seni sebagai sesuatu yang tak diperlukan apabila keadaan tidak memerlukannya”. “Hai, lain macam jawapan tu” kata saya. “Beginilah, seperti yang aku cakap tadi karya aku hampir pasti dibeli oleh pihak bank tu, namun sikap eksekutif bank dan keadaan semasa telah membuatkan semua urusan itu tak menjadi. Kau tahulah, eksekutif bank kalau yang minat dan mendalami seni akan lebih celik seni. Banyak pun bukti pengumpul seni utama di Malaysia adalah dari kalangan orang terlibat dengan perniagaan perbankkan, tapi aku pasti yang ni (yang menilai karya aku) tak berapa tahu pasal seni. Waktu aku hadir sesi penilaian dan diminta untuk menunjukkan karya aku yang asli, aku tak banyak bercakap sebab jual karya seni bukan macam jual kueh teaw di pasar malam. Aku hanya beri penerangan mana yang perlu atau apabila diminta. Ini bidang profesional dan aku menghormati orang yang arif dalam bidang masing-masing. Tapi cara mereka (dua orang eksekutif ) bertanya menampakkan sikap jahil dan jumud mereka itu sendiri. Mereka katakan bahawa karya aku ni nampak realistik sangat dan warnanya tak berapa menarik. Ia, aku bersetuju jika mereka tak berminat membelinya kerana sebab-sebab yang subjektif. Tetapi seni juga mempunyai kriteria dalam kedudukan profesionalnya. Seni pun tak boleh ikut suka-suka sahaja, kerana karya seni yang serius datang dari kriteria yang tertentu, mudahnya orang tu kena alim senilah sikit barulah boleh tahu” kata seniman terbabit dengan nada bersyarah. Dengan tanpa diminta lagi seniman terbabit menyambung ceritanya, “Aku pun sedar kalau mereka tak berminat, nak buat macam mana, tapi objektif mesti jelaslah, kerana aku hormat mereka sebagai orang profesional, tapi apa yang berlaku sebaliknya. Seolaholah sudah buat keputusan awal tak mahu beli karya aku, apa yang dicakapkan hanyalah merupakan formaliti sahaja. Macam kulit atau permukaan nak melindungi sesuatu sebab apa tak mahu beli karya tu”. Saya bertanya, “Ehh! macam mana pula tu, macam mereka

215


cakap pusing-pusing je nampaknya”. Seniman terbabit menyambung “Memang begitulah ceritanya, mereka sekarang ni jadi panik semenjak cerita pembelian tiga buah catan oleh sebuah syarikat penerbangan telah menjadi isu besar, waktu banyak syarikat korporat utama Malaysia tidak menunjukkan peningkatan keuntungan dalam unjuran suku tahunan ekonomi mereka. Maka nak jadi ceritanya mereka takut orang akan soal mana yang penting ni, nak bangunkan ekonomi syarikat yang dah rugi atau sibuk nak beli karya seni yang nampaknya tak memberi satu guna apa pun untuk syarikat. Aku akui timing aku nak jual karya ni tak berapa kena dengan suasana semasa, ditambah dengan eksekutif bank tersebut yang memang buta seni. Satu lagi hal aku tengok sekarang ni,….(terhenti seketika) bukan sekarang sahaja bahkan dah lama dah, bab-bab menilai seni ni suka diserahkan bukan pada orangnya. Maka yang menilai seni tu orang jahil senilah dan hasilnya yang muncul adalah seni jahil, bukan seni halus….hahahahaha!. Sepatutnya pergilah cari atau latih orang supaya menjadi alim seni dan boleh dijadikan penasihat bab-bab seni ni. Ini tidak, mereka kata seni ni tak berapa penting sangat, maka mudahlah kita dikeronyok oleh orang putih yang suka nak jadi jururunding kita bab-bab seni ni. Kita ni pulak memang suka sangat lantik orang putih dalam bab tu, kita kata dan percaya amat mereka lebih pandai dari kita dalam bab seni ni. Sampai ada sekali tu kau tahu, aku jumpa seorang kurator dari Australia yang kata, dulang yang diperbuat dari aluminium dengan sedikit hiasan ditepinya, yang mak bapak kita pernah pakai di kampung itu adalah seni tempaan yang cukup halus dan menggambarkan watak Asia Tenggara dan amalan agamanya. Aku cakap jangan nak merepeklah kalau setakat dulang jenis komersial macam tu kau nak tipu aku tak payahlah buang masa. Itulah padahnya kalau jahil, kalau di tipu pun kita bukan tahu, maka yang ada keluar nanti seni jahil jugalah nampaknya….hahahahahahah!….sebab orang yang menilainya semua jahil…hahahahaha!”.

tak kecewa sangat karya aku tak dibeli oleh bank tu, yang lebih mengecewakan aku adalah tatacara penilaian itu dan orang-orang yang terlibat dengan penilaian itu. Alah! tak boleh pakailah….itu yang buat hati aku sakit. Kau tahu kurator yang mula-mula beri cadangan tu naik malu dengan aku berkenaan pembatalan tu, dia ada sekali masa aku datang untuk sesi penilaian akhir tu. Lepas tu dia minta maaf, aku kata tak mengapa, awak tak salah apa pun, dah memang tiada rezeki saya. Tapi memang betul tak ada rezeki aku, nak buat macam mana, cuma dapat banyak pengajaran dari situasi tu. Susah kalau berurusan dengan orang jahil dan buta seni ni tapi berkuasa menentukan halatuju seni, habis semua jadi tak betullah. Kalau dah ramai pengikut nanti mereka boleh cipta ajaran baru namanya seni jahil bukan seni halus…..hahahahah! Mesti ramai yang jahil seni suka nak ikut …..hahahaha! Betul tak…hahahahahah!”. Aku tumpang ketawa dengan idea lawaknya itu, sambil terpinga-pinga nak memamah isi keseluruhan ceritanya hari itu. Banyak tentunya yang boleh dibincang dan direnungkan mengenai mazhab seni jahil tu yang wujud dari fahaman buta seni. Kepada yang berminat mungkin catan Pieter Bruegel the Elder bertajuk The Parable of The Blind Leading the Blind (gambar 18) boleh memberi kefahaman kepada yang ingin faham, keinsafan bagi yang ingin insaf atau kebingungan bagi yang jahil dan buta seni, namun mengaku tahu dan alim seni.

Dan seniman terbabit terus galak bersyarah. “Tapi aku nak kata juga menilai seni bukan boleh ikut common sense, ikut sedap rasa je, eksekutif tu mungkin seorang penganalisa ekonomi atau penilai pasaran yang terbaik bagi syarikatnya, tapi tak semua benda dia boleh analisa, dia kena kenal diri. Aku tak kisah kalau penilaiannya objektif mengatakan sebab-sebab pembelian karya aku ditolak. Tapi memang begitulah keadaannya kini, aku

216 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

217


Keindahan dan yang indah

Berkata seorang sahabat bernama Fikir kepada sahabatnya yang lain, “Apakah yang indah sahabatku?”. Sahabatnya bernama Rasa membalas, “Apakah yang kau maksudkan dengan kata indah itu”. “Ya, maksudku apakah yang kau fikir dan katakan sebagai sesuatu yang indah?”. (Gambar 18) Pieter Bruegel the Elder, The Parable of The Blind Leading the Blind, 1568, tempera on canvas, 86cm × 154cm, Galleria Nazionale, Naples, Italy.

Rasa lama termanggu lalu berkata, “Amat sukar sesungguhnya untuk kukatakan apakah yang indah itu kerana tentunya indah dan konsepnya adalah sesuatu yang relatif, tetapi setiap orang mempunyai pandangan, tanggapan dan andaian mengenai keindahannya sendiri. Tetapi bagiku indah itu adalah sesuatu yang menyenangkan tentunya. Kau lihatlah seperti hari ini, cuacanya cerah dan cantik, walaupun panas namun angin sejuk membelai kita, sehingga kita merasa segar. Kau lihat langit bersih membiru, burung-burung berterbangan dalam belaian angin. Bukankah itu suatu yang indah sahabatku”. Fikir berkata, “Adakah maksudmu hari atau cuaca ini sebagai sesuatu yang indah, atau kau hanya

218 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

219


bergurau…”. Rasa meneruskan hujahnya, “Aku tidak bergurau wahai sahabat, sesungguhnya aku merasakan bahawa yang indah itu adalah sesuatu yang menyenangkan dan melegakan aku. Aku merasa senang dan gembira dengan cuaca hari ini, maka aku mengatakan bahawa hari ini adalah sesuatu yang indah”. Fikir kemudiannya menjawab “Jika begitulah gerangannya maka aku tidak fikir bahawa yang indah itu adalah sesuatu yang tetap padamu, bahkan ia akan dan senantiasa berubah-ubah mengikut keadaan emosimu berdasarkan suasana, tidak begitukah sahabatku. Kerana jika tiba-tiba hari yang cerah menjadi mendung dan hujan turun maka kita terpaksa berlari untuk mencari kawasan teduh bagi mengelakkan hujan. Pakaianmu tentu basah dan kau akan tentunya kecewa”. Rasa pula pantas membalas, “Aku tidak pasti tentang perkara tersebut kerana aku belum menghadapi situasi hujan tersebut. Sahabatku kau tidak boleh mengatakan aku akan bakal kecewa dengan hujan, bahkan mungkin aku lebih gembira dengan hujan tersebut dan barangkali juga keadaan itu akan jauh lebih indah dari apa yang ada sekarang ini, maksudku cuacanya”. “Bukankah telah kukatakan tadi bahawa yang indah itu relatif dan tidak tetap” kata Fikir. Beliau menambah “Sedang kau sendiri sahabatku tidak pasti apa yang indah, kerana kau masih tidak pasti untuk mengatakan bahawa adakah hari hujan itu sebagai sesuatu yang indah. Bukankah ketidakpastian itu sesuatu yang relatif dan ia bermaksud kau tidak pasti akan apakah itu yang indah dan disebut sebagai keindahan”. Fikir terus bertanya, “Ya, jika begitulah keadaannya maka aku ingin bertanya. Adakah yang indah itu terletak pada hati atau pada benda yang kau maksudkan indah itu. Katakanlah jika kau mengatakan bahawa yang indah tersebut adalah hari ini, sedang hatimu gembira dengan suasananya, maka aku ingin bertanya adakah keindahan itu terletak pada angin, rumput, matahari, suhu, pohon atau keadaan hati atau emosimu sendiri. Maksudku jika kau gembira dan berada dalam suasana riang maka semuanya akan terasa indah. Adakah benar begitu sahabatku?”. “Persoalan engkau mengenai keindahan dan indah ini membuatkan otakku terasa pening. Bukankah yang indah itu suatu keindahan. Maksudku tanpa perlu menunggu hatimu menjadi tenang, gembira atau suka, suatu keindahan itu memang tetap sebuah keindahan. Pemandangan gunung-ganang yang indah, pantai yang cantik, suasana

220 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

terbit matahari, suasana musim bunga atau bunga-bungaan yang cantik memang tetap sebuah keindahan yang indah” Rasa membalas. Lantas Fikir membalas balik, “Benar sahabatku, jika itu maksudmu, namun bukankah keindahan atau indah yang dinyatakan itu relatif atau berhubungan dengan faktor lain. Maksudku, pertamanya tadi kau katakan yang indah itu memang sebuah keindahan, bukankah berlaku koordinasi diantara emosi dan pancainderamu untuk menetapkan keindahan itu dan kau bertanya otakmu inikah indah, lalu otakmu berkata ya ia indah kerana aku sukakan ia dan aku gembira, riang dan puas dengannya. Maka tetaplah kau mengatakan ia indah dan sebuah keindahan. Aku fikir suasana-suasana yang kau nyatakan tadi mengagumkan disaat kau melihatnya. Ada waktunya ia mungkin buruk, seperti suasana musim sejuk atau luruh, taufan, gunung berapi atau di waktu pantai dan laut bergelora”. Rasa kemudiannya membalas “Wahai sahabatku mengapakah kau terlalu sibuk berfikir mengenai keindahan sedang yang indah tetap indah, yang cantik tetap cantik dan yang buruk tetap buruk. Aku percaya bahawa yang indah adalah anugerah tuhan Yang Maha Esa. Ia tersemat dikalbu. Ia tidak dapat dijelaskan secara mudah. Ia ada namun tersembunyi. Ia wujud dimana-mana, pada bila-bila masa. Waktu kau bermenung, waktu kau berehat bahkan juga waktu kau bekerja. Aku kadangkala merasakan bahawa memasak itu adalah suatu keindahan, kadangkala aku merasakan bahawa membawa kereta itu sebuah keindahan, berbaring itu sebuah keindahan, kadangkala mandi juga suatu keindahan”. Fikir lantas membalas, “Jika begitulah kiranya maka hampir kesemua benda di dunia ini adalah keindahan dan amat sukar sekali untuk mencari yang buruk. Sedang aku pula merasakan bahawa keindahan mesti mempunyai nilainya yang tersendiri dan khusus…atau bagimu tiada suatu apa pun yang buruk bahkan semua benda, keadaan dan suasana itu adalah keindahan”. “Ya…mungkin. Ada orang mengatakan kotoran itu suatu keindahan bahkan ada yang mengatakan longgokan sampah itu suatu keindahan. Ia relatif, kau tidak boleh menetapkan sesuatu itu berdasarkan ketetapan yang tetap, bahkan semuanya berubahrubah. Contohnya, aku merasakan bahawa memang wujud kriteria kehodohan atau

221


keburukan, seperti bagi diriku sendiri, aku merasakan bahawa bau mulut orang yang makan petai, durian dan sardin adalah suatu kehodohan atau kejijikan. Maksudnya aku tidak boleh berbicara dengan orang yang mulutnya busuk, bagiku tiada keindahan disitu. Ianya hodoh dan buruk. Namun itu mungkin sebuah konstruksi kriteria kehodohan dari aku. Ada orang lain yang tak dapat menerima hal tersebut sebagai hodoh bahkan perkara tersebut hanyalah bersifat sementara atau biasa sahaja. Bahkan bagi orang lain mungkin perkara yang hodoh dan buruk adalah mengecat rumah batu dengan warna hitam” Rasa membalas pula dengan pantas. “Nampaknya cakapmu sudah berbelit-belit. Tadi kau katakan tiada yang hodoh sekarang kau sudah katakan ada pula yang hodoh. Tadi kau katakan tiada nilai keindahan, kini kau dah mula pula menyatakan apakah nilai yang indah. Bagaimana sahabatku adakah kau sudah keliru dengan apakah itu keindahan?. Kau dengar pula pandangan dari aku. Bagiku keindahan mesti mempunyai kriteria, ia mesti terletak pada posisi yang membenarkan ia dikatakan indah. Keindahan mestilah merujuk kepada keindahan itu sendiri. Kau setuju bahawa buah epal adalah ciptaan yang cantik dan indah. Ianya senang dipandang, ianya menawan, bentuk ciptaan tuhan itu amat sempurna dan amat elok, apatah lagi rasanya enak, serta ia tidak pula berbau busuk. Ada orang yang mengatakan bahawa air terjun Niagara di Amerika utara itu indah, ada yang menyatakan bahawa permandangan di Kashmir iaitu di kawasan sempadan antara India dan Pakistan sebagai menakjubkan dan amat indah dan ada juga orang menyatakan bahawa kereta Jaguar atau Daimler itu sebagai suatu keindahan juga. Setujukah kau wahai sahabatku?” kata si Rasa dengan agak keras. Fikir terus menyahut dengan pantas dan keras, “Ahhhhh!, kau jangan nak merepeklah, kau nak kata aku keliru dengan keindahan, sedang kau itu juga naik keliru dengan keindahan kerana kau asyik melihatnya dari aspek luaran sahaja. Kau hanya melihat bentuk, matamu telah terpedaya dengan ‘sihir’ keindahan itu sendiri. Kau jangan sibuk dengan kriteriamu itu, jangan kau mengelamun dengan andaian senget kau tentang keindahan. Buah epal ke, buah langsat ke, buah betik ke, buah asam jawa ke, buah kedondong ke, memanglah ia tetap indah. Tapi mata kau yang juling itu

222 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

tidak berupaya untuk membezakan apa dan mana sebenarnya yang indah. Kau tak fikir ke apa yang lebih penting di antara buah yang elok, isi yang cantik, rasa yang enak (indah) atau perut yang agak kenyang dan membuatkan kau ceria. Katakanlah sebiji buah betik berwarna biru atau hitam diletakkan di atas meja, adakah kau ingin mengatakan bahawa buah betik itu suatu keindahan. Bukankah ianya sukar jika kau masih berpegang kepada kriteria yang kau nyatakan tadi dan mungkin kau akan jadi keliru atau aku takut kau nanti akan sesat dengan anggapan keindahanmu itu sendiri. Apa yang penting bagimu, adakah kau setakat mahu menatap wajah wanita yang cantik menawan tetapi langsung tidak tahu untuk mengurus rumahtangga atau mendidik anak-anak. Adakah kau gembira dengan wanita yang cantik namun tidak berfungsi untuk memberi dimensi kecantikannya. Adakah kau akan hidup dengan keindahan sepanjang masa, ketika atau hari. Katakanlah seorang wanita itu cantik. Maka cantiknya mesti diusulkan oleh bukti-bukti yang menyokong kecantikannya secara alami dan bukan secara bertempek-tempek. Masalah dengan kriteria kau adalah, kau banyak melihat keindahan dan yang cantik itu dari sisi bentuk. Pada aku pula ia tidak menyeluruh sifatnya. Kita bercakap mengenai wanita cantik tadi, adakah dia masih cantik apabila dia tidak dapat mempertahankan maruah dirinya atau dia merendahkan martabat dirinya serta gagal pula menyerlahkan sifat insani, ikhsan atau adab sopan yang tinggi. Jika kau masih mengatakan ianya sebagai sesuatu yang indah dan cantik adakah kau bercakap dari dasar nafsu, akal atau perasaanmu. Sebuah kereta kalau tidak boleh nak berfungsi sebagai sebuah kereta dan hanya dipamerkan untuk tatapan mata bagiku tidaklah cantik secara menyeluruh. Ia mungkin cantik tapi ia tidak berfungsi, maka adakah ia sebenarnya ‘cantik’? ”. Rasa menyahut, “Wah! panjang hujahanmu kali ini wahai Fikir. Sekarang kau dengar pula hujahku ini. Aku masih berpegang kepada kriteria sebagai unsur yang membuatkan sesuatu itu indah. Apakah yang indah bagi seorang nenek tua di Zimbabwe (Afrika) adalah berbeza berbanding idea keindahan bagi seorang kanak-kanak di Bolivia (Amerika Selatan). Ini bermakna kriteria keindahanlah yang membuatkan sesuatu itu difikir dan dipersepsikan sebagai indah.

223


Banyak faktor yang terlibat bagi membantu sesuatu itu untuk disepakati sebagai indah. Indah dan keindahan itu tidak sekata bagi pelbagai lapisan manusia. Apa yang paling penting dalam konteks ini adalah unsur kemanusiaan itu sendiri yang didokong oleh nilainilainya. Pokok, gunung, sungai, air, bulan, bunga atau segala apa yang dikatakan indah tidak akan menjadi indah jika tiada manusia yang pernah melihatnya dan menganggapinya serta menyatakannya sebagai indah. Indah adalah suatu keadaan, suasana atau rasa yang dapat ditanggap oleh deria manusia dan dialami secara langsung. Keindahan bagiku tidak dapat ditangguh atau disalin. Setiap sesuatu yang indah itu memiliki ciri keindahannya yang tersendiri yang berbeza dengan segala apa yang bertentangan dengannya iaitu buruk atau yang disalin darinya. Manusia dan kemanusiaanya adalah unsur atau elemen yang paling penting dalam membicarakan keindahan kerana manusia dan fakulti fikir, rasa dan tanggapnya memainkan peranan paling besar dalam memacu erti, rasa dan makna indah. Namun perlu diingat pula bahawa kriteria keindahan yang merujuk kepada nilai atau kesepakatan akan sesuatu yang dikatakan indah itu adalah sokongan atau sandaran yang paling utama yang boleh dianggap sebagai kayu ukur bagi menetapkan sesuatu itu sebagai indah. Kriteria keindahan telah membuatkan makna, erti, nilai dan hukuman atas sesuatu yang indah itu berubah-rubah. Manusia dan pengalaman hidupnya tetap sama, bumi tetap bulat, angin tetap bertiup, langit tetap berwarna biru, matahari tetap bersinar, manusia dan segala objek serta makhluk tetap berpaut pada graviti bumi. Namun kriteria hidup berubah-ubah, ciri kehidupan berubah-ubah, hal ini termasuk juga alatan kehidupan yang berubah-ubah. Keadaan ini juga melibatkan citarasa kehidupan yang turut berubah. Apa yang digemari hari ini berkemungkinan tidak akan digemari pada hari esok. Apa yang digemari kelmarin pula mungkin akan digemari semula pada hari lusa. Segalanya berubah-ubah dan tiada yang tetap dalam memahami soal citarasa ini. Mendengar muzik berasaskan teknologi lapan runut adalah sesuatu yang mungkin menyakitkan telinga orang zaman sekarang. Namun bagi masyarakat awal abad ke-20 atau bagi pendengar lagu-lagu klasik, bunyian dari teknologi tersebut mempunyai nilai keindahannya yang tersendiri. Soal citarasa juga mungkin membabitkan gesaan nafsu yang mengatasi ketajaman fikiran atau akal. Dalam konteks ini sesuatu nilai atau kriteria keindahan itu mungkin berubah dan menyebabkan suatu nilai yang dulunya dianggap hodoh dan buruk menjadi baik, berharga

224 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

dan indah. Maka citarasa itu aku umpamakan sebagai sesuatu yang liar, yang memerlukan ia diikat, dilatih dan dididik dengan kriteria atau nilai yang benar-benar membawa suatu makna keindahan yang benar, adil dan menyeluruh.� Fikir menjawab, “Wah panjang lagi jawapanmu, hujahmu pula seakan berfalsafah atau memang kau berfalsafah. Ya aku agak bersetuju dengan pandanganmu itu. Namun begitu kau mesti ingat sahabatku, nilai dan kriteria juga mungkin berubah-ubah tafsirannya. Tiada yang kekal melainkan tuhan Yang Maha Esa. Maka nilai atau kriteria yang kau sebut tadi pada pandangan aku masih selari dengan asas pandangan yang telah aku nyatakan pada mulanya tadi. Aku tetap katakan bahawa yang indah itu tetap indah dan ia bersifat alami. Maka tak payahlah kau nak bersyarah panjang seperti pujangga demi untuk berdebat dengan aku tentang soal indah ini. Indah adalah subjektif dan ia berada dimana-mana. Ia tak perlu terlalu difikirkan kerana ia adalah fitrah kejadian. Orang dahulu kala pun tak sibuk dengan konsep indah ini tapi mereka mengerti juga dan menghargai sesuatu yang molek dan indah�. Rasa terus membalas, “Nahhh!, sekali lagi kau bercakap soal kriteria dan dalam waktu yang sama kau menggunakan pula kriteria itu untuk menghuraikan keindahan dan apa yang indah. Bukankah telah kukatakan bahawa yang indah itu sebenarnya boleh dianalisa, diselidiki dan mungkin bersifat objektif pula. Ia tak muncul sendiri. Memang benar ia adalah anugerah tuhan Yang Esa, tetapi ia juga adalah sebuah keadaan dan sifat yang boleh kita cerap atau analisa sifat-sifatnya dengan deria manusia. Kau setuju bukan kalau kukatakan bahawa burung merak itu sebuah keindahan. Tetapi jika dianalisa secara lebih mendalam apakah yang membuatkan ia indah. Bentuknya, warnanya, bulunya atau sayapnya?�. Akhirnya dengan nada yang lelah Fikir berkata, “Sudahlah sahabatku tak guna kita nak berbantah tentang bab keindahan ini. Banyak sudah contoh yang kau beri. Sampai cerita merak la, hujan la, buah epal la dan macam-

225


macam lagi. Sudahlah aku naik penat nak fikirkan semua ni. Perut aku lapar ni, aku tahu kau pun belum makan lagi, marilah kita pergi makan dari asyik berbalah bab keindahan ni. Tak sampai ke mana pun perbalahan kita ini. Kau bukan nak tulis dalam jurnal, majalah, buku atau suratkhabar tentang benda indah ini. Kalau kau tulis pun siapa yang nak baca. Orang sekarang bukan suka baca benda berat-berat. Mereka lebih suka baca benda ‘rileks’ atau sensasi, macam kisah biawak kepala dua, kambing beranak anjing la, batu nesan keluar asap malam jumaat la, pokok ketapang berbuah duku la atau ketam boleh melompat la. Tak payahlah kau sibuk-sibuk bab ni. Kalau cerita gosip penyanyi dan pelakon lagi orang suka”. “Ok lah kalau begitu kita pergi makan dahulu” Rasa menjawab pendek. Lalu beliau menyambung pula, “Tetapi kita nak makan apa, mee kolok ke, mee bandung ke, mee hailam ke, mee jawa ke, mee goreng ke, mee kung fu ke atau mee sanggul. Kalau makan nasi pun ok. Kau nak nasi kandar yang mana, atau kau suka selera kampung. Kita makan steak pun ok. Ikan bakar, ikan steam, ikan rebus atau sushi. Bihun sup atau bihun goreng, kau katakan sahaja. Atau nak pilih makanan segera ada KFC, McDonald atau Burger King. Tak puas hati lagi, kau nak makan roti canai, roti telur, roti sardin atau sebarang jenis roti. Oh oh oh, kalau kau vegetarian aku minta maaf, kita boleh makan salad dengan perasa Itali sahaja. Aku tak kisah. Tapi aku ingat macam nak makan ayam percik madu atau lada hitam. Oklah ikut suka mana yang kau pilih. Hah, kalau kita makan kebab pun kira bagus juga ni atau yiros daging kambing. Kau cakap la”. Keadaan menjadi sunyi seketika.

Dengan lemah Rasa berkata, “Hah!, kau dah puas membebel fasal makan ni. Ok sekarang aku nak cakap pula. Aku lapar dan aku nak makan, makanan apa aku tak kisah janji halal dan tak basi, sebab makanan hanya indah di mata, harum dihidu dan sedap dimulut, bila masuk perut semuanya sama sahaja tidak ada yang berbeza. Maka tuntutan makan adalah bagi memberi tenaga dan mengalas perut. Maka itu yang aku maksudkan juga dengan perkara indah tadi. Kau nak

226 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

cakap tinggi-tinggi bab itu kau cakaplah, tapi yang indah tetap indah sebab orang yang mengalami sesuatu yang indahlah yang lebih tahu akan hakikat indah. Sama juga macam bab makan ni. Kau nak cakap fasal menu dan jenis makanan, kau cakaplah, yang lebih penting adalah makan itu sendiri berbanding jenis dan menu makanan. Sekarang aku nak pergi makan, kau nak membebel kau membebellah sendiri”. Fikir menjawab, “Eh, kalau tak pilih nak makan apa dan di mana, macam mana pula kau nak makan. Kau mudah berkata yang penting makan, tapi kau lupa sebelum makan wujud sejumlah proses bagi mencipta dan mengolah makanan bahkan kita juga perlu berfikir untuk memilih jenis makanan kita. Bahkan makanan itu digredkan pula, kita kena pilih makanan yang baik untuk tujuan tumbesaran dan pembahagian vitamin bagi mewakili gizi yang baik untuk kesihatan kita. Kita kena tahu apa yang badan kita perlukan, bukan main makan sahaja. Kita kena tentukan jumlah protein, karbohidrat dan lemak yang kita perlukan sebelum mengambil sesuatu makanan. Ia sama macam apa yang aku katakan tentang keindahan tadi, ia mempunyai kriteria demi mencari kebaikan, keseimbangan dan harmoni”. Akhirnya Rasa berkata “Aku nak makan sesuatu yang mengenyangkan, ia adalah yang baik dan indah”. Fikir membalas,“Aku ingin makan nasi berlaukkan sayuran, daging dan telur, ia baik dan menepati kriteria keindahan yang aku fikirkan”. Lalu kedua-duanya makan dan kenyang dalam fahaman kenyang masing-masing serta merasai nikmat indahnya makan mengikut apa yang difahami oleh diri masing-masing. Masing-masing merasai dan menterjemahkan apa dan bagaimana yang dikatakan indah, dalam kes ini melalui makan, dalam fahaman masing-masing.

227


Masa depan seni halus?

Seorang teman mencadangkan bahawa adalah lebih baik bidang seni yang ada sekarang ini iaitu disiplin seni halus dipindahkan ke jabatan atau bidang sejarah. Saya tersentak seketika. Saya bertanya sejarah bagaimana? Adakah sejarah seni atau sejarah apa? Beliau menjawab, tak kisahlah dalam bidang sejarah apa pun, asalkan sejarah. Menurut beliau disiplin seni halus tradisional yang kini diajar di kolej, institusi atau universiti telah tamat tarikh luputnya dalam konteks zaman, ideologi dan teknologi. Adalah lebih baik bidang-bidang tersebut diajar di jabatan sejarah berbanding jabatan seni, kerana semua bidang itu kini sudah menjadi sejarah. Ianya sudah jadi sejarah kata teman saya itu kerana ianya sudah usang dan tidak releven dengan keperluan seni semasa yang semakin kompleks. Catan, arca, cetakan asli dan lukisan telah terlalu usang untuk diajar di sekolah-sekolah seni kini. Kecuali bidang fotografi yang kelihatan masih relevan, bidang tradisional seni halus yang lainnya itu telah seakan dan hampir haus ditelan masa. Saya terfikir juga bahawa idea rakan saya itu mungkin boleh dipertimbang dan diperdebatkan dalam beberapa segi. Maksudnya di sini dari sisi akademik. Ambil bidang catan sebagai contoh, ia telah berkembang selama beribu-ribu tahun semenjak manusia tahu melukis di atas batu lagi. Imej lembu yang dilukis di dinding gua Lascaux, Peranchis telah dikatakan berusia di antara 40, 000 sehingga ke 10, 000

228 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

229


tahun. Jika ditinjau dari aspek sejarahnya bidang catan berkembang mengikut aliran ideologi dan teknologi. Manusia zaman batu melukis di dinding gua kerana ideologi mereka berkenaan imej adalah secara imitasi simbolik. Mereka menggunakan cat-cat yang dihasilkan dari campuran bahan-bahan semulajadi yang diperolehi dari alam (batu dan tumbuhan). Maka teknologi dan ideologi mereka telah menetapkan pada zaman itu bahawa itulah (kalau diikutkan dari pemahaman moden kita sekarang tentang catan) yang dikatakan sebagai catan yang asli, walaupun mereka tidak menyatakan secara nyata bahawa itulah catan, kerana konsep catan sebagai satu luahan seni adalah sebuah konstruksi moden. Namun konsep melukis atau mencatan atas batu dengan menggunakan bahan dari alam kini tidak dipraktikkan lagi kerana ia dianggap sudah ketinggalan zaman, usang dan tidak moden. Orang-orang Mesir pula telah mula mencipta ketamadunan yang agak canggih apabila mereka menjadi bangsa pertama yang menggunakan fresco kering sebagai media pengucapan catan mereka di dinding bangunan yang mereka bina. Mereka juga menjadi golongan manusia pertama yang menggunakan cat berasaskan air yang diaplikasikan di atas kulit kayu papyrus untuk mencipta imej lukisan dan tanda. Gaya catan mereka juga agak tersendiri dengan menggabungkan teks heroglifik yang merupakan sebahagian dari pengucapan catan itu sendiri. Pada waktu tersebut (sekitar 5,000 tahun dahulu) catan sebegini boleh dianggap sebagai yang terhebat dan merupakan pengucapan catan yang tertinggi dalam konteks ideologi, teknologi dan tamadun mereka. Namun adalah nyata bahawa catan pada zaman kini tidak akan menggunakan kertas papyrus sebagai pelantarnya dan segala teknologi seni pada zaman Mesir kuno itu tidak lagi dipraktikkan pada hari ini. Bahkan masyarakat sekarang menganggap ideologi, teknik dan segala bahantara tersebut sebagai sesuatu yang ketinggalan dan bersifat terlalu tradisional. Tamadun Greek, Roman dan beberapa pecahan tamadun darinya telah menggunakan bahan berasaskan lilin untuk membuat catan, kaedah ini juga dipanggil sebagai catan enkaustik. Kaedah tersebut digunakan sehingga abad ke-8 apabila campuran telur ayam telah digunakan sebagai pengikat utama kepada campuran cat. Kaedah catan tersebut

230 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

berubah pada awal abad ke 15 apabila cat minyak yang menggunakan minyak linsed sebagai pengikatnya telah digunakan secara berleluasa. Melukis di atas kanvas dengan cat minyak sebenarnya hanya muncul di sekitar pertengahan tahun 1400 di Eropah. Pelukis penting sebelum zaman Renaisans seperti Giotto hanya menggunakan papan atau pengalas kayu sebagai pelantar catannya dan menggunakan media yang agak teknikal sifatnya iaitu tempera sebagai bahan catan. Di waktu itu juga catan mungkin berupa lukisan fresco basah di atas dinding, atau catan juga boleh dikatakan hasil cantuman mosek berwarna di dinding yang mencipta imej. Konsep mencatan dengan cat minyak di atas kanvas pada zaman Renaisans sebenarnya adalah sebuah aktiviti kraf berbanding sebuah penyataan seni yang utama (dalam konteks moden). Ia sebenarnya adalah sebuah latihan dan praktis yang mementingkan kemahiran kraf dalam mengolah atau menyediakan cat minyak melalui beberapa cara dan kaedah yang agak teknikal. Akhirnya kita fahami bagaimana tradisi catan Barat berkembang dari zaman Renaisans Tinggi (sekitar awal 1500) sehinggalah ke zaman moden kini telah melalui sebegitu banyak perubahan teknik, tema, konsep, bahantara dan format. Dalam imbasan sejarah pendek tentang catan yang dinyatakan tadi adalah nyata bahawa penyataan seni tersebut telah berkembang berdasarkan faktor ideologi dan teknologi. Apabila suatu penemuan teknologi baru diterokai atau dijumpai maka perubahan teknik dan kaedah akan berlaku. Kita dapat melihat dalam konteks catan iaitu bagaimana dalam rangka masa kurang dari 50 tahun yang lepas terdapat sebegitu banyak ciptaan teknologi baru berlaku. Contohnya, lebih banyak ciptaan alat dan cat sintetik telah ditemui. Hal ini telah mengakibatkan beberapa perubahan ketara ke atas gaya atau teknik dalam catan. Gaya catan antarabangsa pada tahun 1960-an contohnya banyak terpengaruh atau berlaku atas dasar perubahan dan penemuan teknologi baru. Cat akrilik dan teknik salinan foto mekanikal contohnnya telah merombak dan merubah bahasa catan secara amat radikal sekali. Sebuah bahasa baru bagi catan telah tercipta akibat dari keupayaan teknologi yang membolehkan ia berlaku. Dari akibat kesedaran yang lebih besar berkenaan potensi teknologi, alat dan bahantara baru yang tercipta secara massa, catan-catan yang dicipta pada tahun 1970-an, 1980-an dan 1990-an

231


telah menerobos ke arah perubahan-perubahan yang amat radikal sekali. Pemahaman terhadap cat, berus, kanvas, peregang, bingkai atau cara mempamer telah berubah dengan begitu radikal dan pesat. Dapat difahami contohnya bahawa pemahaman mengenai cat dalam catan bukan lagi berkaitan cat minyak, cat air atau akrilik, ia mungkin berupa bitumen, asid, gam atau piksel. Berus kini mungkin bermakna pisau, alat gerudi, penyapu, sekuji atau tetikus. Perubahan juga akan berlaku jika ideologi atau falsafah berkenaan sesuatu perkara berubah. Pemikiran seni moden contohnya telah mengajar kita bahawa keseluruhan usaha untuk mencipta imej dalam seni adalah berkaitan rombakan, kritikan, cabaran dan segala usaha untuk membuang yang lama dan mencipta yang baru. Sebelum kehadiran fotografi, catan dilihat sebagai suatu landasan visual mengenai penceritaan, kisah, kenyataan, harapan dan mimpi bagi penguasa negara, orang-orang kaya atau bahkan juga bagi rakyat jelata. Ideologi kenegaraan, logik dan falsafah kemandirian telah melahirkan gaya seni Neo Klasikisme yang amat ketat menuntut peniruan gaya seni klasik seperti Romawi dan Greek. Pada abad ke-18 sehingga pertengahan abad ke-19 seni yang asli, terbaik dan paling berpengaruh di Perancis adalah seni yang berlandaskan fahaman ideologi Romawi dan Greek. Secara beriringan, gaya PreRaphaelite atau sebarang jenis seni yang berunsur Victorian secara ideologinya adalah seni yang disanjung oleh masyarakat British pada abad ke-18 dan awal abad ke-19. Penghujung abad ke-19 telah melahirkan sebegitu banyak perubahan dari segi ideologi dan pemikiran seni. Keadaan ini contohnya telah melahirkan dua tafsiran atau gaya seni yang radikal iaitu Impressionisme dan Pasca Impressionisme. Dalam konteks sosial pula dapat difahami bahawa situasi ini tercetus hasil dari penemuan atau penciptaan kamera pegun yang lebih kecil, ringan dan mudah digunakan. Pada akhir abad ke-19 seni telah berusaha untuk mencari dan membina realiti-realiti baru yang bukan lagi berdasarkan realiti yang boleh dilihat oleh mata dan dipegang oleh tangan. Hal ini berlaku berdasarkan pemahaman awal yang disebutkan tadi iaitu pengaruh ideologi dan teknologi telah merubah penciptaan seni dari segala segi.

232 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

Pengaruh falsafah serta pemikiran logik dan rasional yang menghasilkan pemahaman saintifik terhadap kehidupan telah mempengaruhi masyarakat dan kehidupan mereka sendiri. Secara mudah, seni telah terpengaruh dengan keadaan ini melalui reaksi-reaksi yang muncul pada gaya, teknik dan alatan yang digunakan. Perlu diingat contohnya cat minyak yang tersedia dalam bentuk tiub hanya muncul pada pertengahan abad ke-19. Jenis-jenis berus yang lebih canggih, pelbagai saiz dan lebih bermutu juga telah dicipta pada waktu yang sama. Beberapa jenis atau kualiti kanvas yang berbeza juga telah dicipta oleh pengilang di England dan Perancis. Hal ini contohnya telah mengakibatkan seniman Pasca Impressionisme mempunyai suatu kelebihan atau kemampuan untuk meneroka teknik-teknik baru yang menghasilkan pula jenis seni yang baru. Mereka contohnya tidak lagi berminat untuk menyalin realiti alam nyata tetapi lebih berminat untuk meneroka realiti fikiran, emosi atau segala sesuatu yang berbeza dari yang lalu. Mereka telah mula terpengaruh dengan idea-idea modenisme yang lebih mementingkan pandangan diri yang bebas. Ukuran kepada kehebatan seni kini adalah kepada kehebatan ciptaan yang terhasil dari kebebasan diri yang menyeluruh. Kebebasan individu yang menyeluruh dalam hidupnya telah melahirkan kemahuan dan kebolehan seniman untuk meneroka segala kemungkinan seni yang ingin diciptanya. Kita memahami bahawa hal ini terus berlaku sepanjang ideologi seni moden digunapakai secara meluas sehingga tahun 1960-an. Ideologi pasca moden beserta dengan pengaruh hiper konsumerisme dan digitalisasi telah melahirkan sebegitu banyak perubahan-perubahan yang ketara dalam kehidupan kini. Adalah nyata bahawa masyarakat sekarang hidup dalam sebuah budaya yang terlalu berbeza dengan yang lepas. Dari segi ideologinya kita telah menerima sebegitu banyak pengaruh dari keadaan tersebut dan ia telah melahirkan perbezaan sikap, tingkah laku dan cara kita berfikir. Simbol atau tanda kepada keadaan tersebut terletak kepada seluruh alatan kehidupan yang semakin canggih digunapakai kini. Semakin hari semakin banyak alatan dicipta dengan penumpuan kepada kecanggihan teknologi digital untuk memuaskan naluri dan kemahuan masyarakat yang tidak pernah puas. Keadaan ini merupakan tanda yang nyata kepada perubahan pesat yang sedang berlaku

233


dari segi ideologi dan teknologi dalam masyarakat. Adalah jelas juga bahawa bidang seni halus turut terpengaruh dengan perubahan ini. Soal-soal yang dasar berkenaan seni telah mula dirombak, dicabar, diperdebatkan dan pada tahap yang radikal ianya turut dipinda dan diubah. Adalah sukar untuk menafsirkan seni pada masa kini. Ia sedang dan masih berada pada tahap perdebatan untuk diberi justifikasi dan rasionalisasi baru. Namun tanda kepada bahasa baru, nahu baru atau bentuk baru seni telah mula kelihatan dan disambut secara meluas. Kelihatan wujud sebuah budaya seni yang semakin radikal mencipta sebuah bahasa yang cuba menerobos ‘ruang lain’ yang sebelum ini belum diteroka atau sememangnya penerokaan itu menuju sebuah medan yang asing dan penuh tanda tanya. Secara mudah soalnya kini adalah begitu sukar untuk kita menempatkan jenis atau bentuk seni terdahulu dalam kerangka yang baru ini. Atau secara lebih tepat soalnya adakah kategori dan bentuk seni yang telah mapan diterima (yang disebut seni konvensional iaitu catan, arca, cetakan dan lukisan) masih sesuai lagi pada zaman baru ini. Maka kita boleh mula bertanya apakah catan dalam fahaman sezaman? Apakah jenisnya, apakah alatannya, apakah tekniknya, dimanakah had-had catan, sehingga tahap apakah sebuah catan bukan dipanggil catan, apakah gaya catan sezaman, adakah ia berkembang secara kronologis? Apakah tujuan catan yang utama dalam era ini, adakah catan kini sama seperti apa yang dilakukan pada tahun 1970-an dan 1980-an, adakah dimensi catan telah berubah, adakah catan sudah mempunyai nama baru dan tidak lagi dipanggil sebagai catan?. Atau soalan paling penting adalah wujudkah catan pada era seni sezaman kini? Jika wujud, apakah definisinya kini, adakah definisinya itu konsisten dan menyeluruh. Dalam konteks praktis seni halus yang lain kita boleh gantikan kata catan di atas dengan kata arca, cetakan dan lukisan. Bagaimana hasilnya‌wujudkah sebarang anjuran atau jawapan yang tekal. Sebenarnya kita sedang bercakap mengenai sebuah perkara yang kompleks, luas dan begitu kritikal sekali. Secara nyata zaman telah berubah, dengan membawa bersamanya perubahan alatan dan teknologi. Dasar utama kepada perubahan tersebut adalah

234 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

anutan fahaman kehidupan. Kita mungkin banyak bercakap tentang perubahan tetapi sebenarnya asas hakikat kehidupan dan dasar perlakuannya tetap sama dan tidak berubah. Pada zaman dahulu manusia menutup badannya dengan kulit kayu, daunan dan kulit binatang. Apabila zaman berubah dan teknologi berkembang manusia mula menggunakan benang dan kapas untuk mencipta kain untuk dibuat pakaian. Keadaan ini tentunya merupakan suatu revolusi besar bagi manusia kerana pakaian telah dicipta dan dipelbagaikan berdasarkan kemahuan diri, sempadan geografi, fahaman, anutan ideologi dan gaya. Secara visualnya kesemua keadaan tersebut telah melahirkan kerencaman pakaian. Pada masa kini pakaian telah dicipta dari bahan-bahan sintetik yang baru dan terlalu canggih. Paradigma, makna dan simbol pakaian telah berubah. Pakaian kini bukan hanya diguna atau dipakai pada tahap menutup atau melindungi badan/kulit atau secara lebih tepat sebagai suatu tuntutan agama dalam hal menutup aurat. Tetapi pakaian kini sudah menjadi medan lontaran atau permainan simbol. Maknanya yang asal telah diherot, dicabar atau dirombak. Pakaian kini akan dikaitkan dengan kuasa, kekayaan atau simbol kepada sesuatu yang lain. Begitulah juga kepada bidang-bidang kehidupan manusia yang lain khususnya dalam kes ini bidang seni halus. Saya merasakan bahawa bidang seni halus telah beranjak kehadapan, iaitu ia mempunyai bahasa dan nahu baru yang berbeza dengan apa yang kita selama ini persepsikan atau terima sebagai pengucapan konvensional seni halus (catan, arca, cetakan dan lukisan). Mungkin benar apa yang seperti yang teman saya katakan diawal tadi bahawa tradisi seni lama kini lebih banyak dipelajari, dikaji dan didokumentasikan oleh bidang-bidang seperti antropologi ataupun sejarah. Makna, konsep, objektif dan wawasan seni halus boleh berubah mengikut zaman. Dalam kajian sejarah ketamadunan dunia yang luas dan panjang tiada sebarang ideologi atau ciptaan manusia yang senantiasa diterima dan dipraktikkan secara utuh dan konsisten merentasi zaman. Asasnya di sini adalah seni tetap sebuah seni, namun takrifan, makna dan bentuknya akan berubah juga selaras dengan perubahan ideologi dan teknologi manusia yang hidup di zaman tertentu. Tiada idea, ciptaan atau gubahan manusia yang dapat dipertahankan selama-lamanya.

235


Dalam konteks ini seni halus jika difahami sebagai pembawa arus ‘semangat zaman’ haruslah bergerak menyatakan dirinya dalam konteks semasa. Situasi ini juga perlu diperhalusi dan difahami dalam rangka bahawa alat terbaik untuk menyatakan seni semasa (dalam sesuatu masa atau zaman) adalah melalui alat atau pelantar seni tercanggih yang wujud pada zamannya. Hal inilah yang sebenarnya telah dipraktikkan dalam seluruh sejarah peradaban manusia dalam hal-hal kesenian. Manusia tidak akan menggunakan ideologi atau teknologi yang mundur dan terkebelakang untuk menyatakan kesenian terbaik yang wujud pada zamannya. Ini adalah kerana seni itu menggambarkan ruang akal, ruang fikir dan ruang kecanggihan manusia yang mengerjakan seninya dalam sesuatu zaman. Manusia mungkin hanya menoleh kebelakang untuk belajar dan memahami apa-apa yang manusia sebelum mereka lakukan serta cuba memperbaiki dan mempertingkatkan kemampuan tersebut kepada tahap tertinggi yang mereka sendiri boleh capai. Hal ini jika berjaya dilakukan akan menunjukkan ‘kewujudan’ mereka serta meraikan semangat zaman yang mereka hidup dan berjuang untuknya. Sejarah kesenian Mesir kuno, Mesapotamia, Romawi, Yunani, Renaisans, Flemish, Perancis atau England telah membuktikan hal ini. Kadangkala hakikat perubahan seni itu begitu sukar ditanggap oleh manusia kerana adakalanya kita dibekukan atau dipersonakan oleh lamunan bentuk seni abadi. Dalam kes ini arca Rodin, catan Manet, Van Gogh atau Rubens akan disemadi dan diromantiskan sebagai pengucapan seni yang hampir mencapai tahap abadi. Kita cuba dibekukan oleh rasa romantis kita dengan apa yang mungkin boleh dipanggil sebagai bentuk signifikan itu, yang dirasakan sebagai penamat, pengakhir atau penutup kepada segala bentuk seni yang wujud. Ini adalah kerana kita telah dipasungkan atau diikat oleh konsep yang melatari idea kita tentang seni. Sehingga hari ini kesemua bentukbentuk atau karya seni yang dinyatakan itu diniagakan secara romantis sebagai bentuk seni unggul dan abadi kerana kita telah berjaya ditawan oleh ideologi tersebut. Peranan ini antara lainnya telah dimainkan secara amat ironinya oleh muzium seni dan buku mengenai seni. Muzium seni dan buku-buku seni telah ‘mengusulkan’ bahawa wujud kebekuan masa dalam seni, iaitu sebuah penerimaan dalam diri dan fikiran manusia

236 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni

bahawa ada seni yang abadi dan tak tercuit oleh perubahan. Walhal perkara itu adalah konstruksi fikiran, kerana jika berbalik kepada idea asal di atas kita mempercayai bahawa seni itu mengalir mengikut perubahan masa. Banyak sebab juga boleh dinyatakan berkenaan kesukaran idea, konsep dan bentuk seni halus itu begitu sukar untuk berubah pada zaman ini khususnya. Secara luas ia boleh dikaitkan dengan masalah status-quo atau secara mudah bermaksud menjaga kepentingan tertentu. Hal ini pastinya melingkar ke sudut politik dan perniagaan. Perubahan idea, konsep dan praktis seni halus secara luas dan massa sebenarnya akan menyusahkan banyak pihak yang sudah begitu terbiasa dengan konstruksi seni halus konvensional. Perubahan ini akan memusnahkan banyak jaringan lama yang telah wujud dan bersifat baku atau standard. Segalanya akan berubah dan akan terus terubah, hal ini pastinya menyukarkan penarafan seni yang diperlukan oleh sesetengah pihak yang menjadikan seni sebagai bahan dagangan atau komoditi. Ianya boleh memusnahkan usaha perniagaan yang merebak pula kepada pemecahan penguasaan seni yang bersifat politikal. Hal ini terlalu luas untuk dinyatakan di sini tetapi apa yang penting perubahan bentuk dan konsep seni halus akan banyak mewujudkan ‘ketidakstabilan’ dalam konvensi yang telah diterima kini. Akhirnya secara jujur saya tidak begitu pasti apakah nasib atau masa depan seni halus secara tersiratnya. Dalam aliran dunia yang begitu hebat membentuk budaya visual baru, terdapat tekanan tentunya bagi bidang seni halus untuk berubah (jika ia tidak mahu berubah). Seni halus adalah sesuatu yang bersifat visual dan sejarah juga telah membuktikan bahawa teknologi visual terbaik dalam sesuatu zaman biasanya didahului oleh penerokaan secara agresif oleh pembikin seni itu sendiri. Seniman terbaik dalam sesuatu zaman secara tekal akan memperkenalkan standard seni terbaik bagi zamannya. Kita juga mengetahui bahawa budaya visual terbaik dan tercanggih pada zaman ini adalah berasaskan teknologi media yang dipacu melalui janaan digital. Saya juga tidak pasti dalam kecelaruan zaman kini tentang hakikat rasionaliti perkembangan sesuatu bidang. Adakah zaman ini akan memunculkan usaha penolakan semangat zaman

237


dengan memperkenal dan menjulang pula semangat ‘campuran antara zaman-zaman’. Atau kita dengan sengaja mahu mempertahankan romantisme kita terhadap masa silam demi mempertahankan status quo. Atau juga sememangnya zaman ini masih dalam proses berkocak dan menggelegak dengan ramuan segala idea yang kompleks dan masih kabur. Atau ia sedang cuba untuk menyaring apa yang perlu dan mana yang tidak perlu, sebelum satu ledakan besar berlaku memuntahkan segala-galanya, sebelum sebuah sejarah baru seni halus tercipta dari aras kosong. Sejarah akan merakamkan segalanya, bagi yang tidak mempercayai sejarah atau mengganggap sejarah sudah mati bermakna sekarang ini adalah kemuncak keadaan tanpa perlu menoleh kebelakang atau melihat ke hadapan. Saat ini adalah kemuncak hidup dan keadaan yang tak perlu difahami. Ahhh, betapa ironinya sejarah apabila membawa seni masuk ke dalam jaringannya. Atau seni halus kini yang tidak memerlukan sejarah, sebelum ia ‘dimuziumkan’ secara paksa ke dalam kotak pameran bagi membekukan keliarannya.

238 IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni


IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni


IJTIHAD: Kumpulan esei-esei seni


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.