Calon

Page 1

LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TUGASAN

ARAHAN KEPADA CALON: 1. Pentaksiran ini mengandungi satu tugasan. 2. Tugasan disertakan dengan Panduan Rubrik. 3. Calon dikehendaki melaksanakan tugasan tersebut berdasarkan kriteria rubrik yang ditetapkan. 4. Disertakan lampiran 1, 3 dan 4 untuk panduan murid.

TERHAD


2

TERHAD

TUGASAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 BAGI MATA PELAJARAN GEOGRAFI (23) TAHUN 2014

1.0

ARAHAN KEPADA CALON 1.1

Tugasan Pentaksiran Tingkatan 3 mata pelajaran Geografi wajib dilaksanakan oleh calon Tingkatan 3 tahun 2014.

1.2

Penghasilan tugasan ini dalam tempoh enam waktu pengajaran dan pembelajaran dalam bulan Julai 2014.

1.3

Penulisan dan penghasilan tugasan ini hendaklah dilaksanakan di sekolah dan mendapatkan bimbingan guru dalam melaksanakan tugasan ini.

1.4

Melaksanakan semua tugasan mengikut format penulisan yang ditetapkan.

1.5

Gunakan Kerangka Pelaksanaan Tugasan (Lampiran 1) sebagai panduan untuk melaksanakan tugasan dengan baik dan mendapat skor cemerlang.

1.6

Aktiviti mencari dan mengumpul maklumat boleh dilakukan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran.

1.7

Boleh melaksanakan kajian secara berkumpulan tetapi hasil kerja mestilah dibuat secara individu.

1.8

Digalakkan menyertakan foto / gambar / rajah / grafik yang relevan untuk menjelaskan lagi hasil kajian.

1.9

Digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk mencari dan mengumpul fakta.

1.10 Menulis sumber rujukan dengan betul (Lampiran 3). 1.11 Hasil tugasan mestilah ditulis dengan tangan. 1.12 Hasil kerja mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru daripada mana-mana pihak. Anda tidak dibenarkan melakukan plagiat. Plagiat adalah mengambil hasil kerja orang lain sepenuhnya atau sebahagian daripadanya dan menjadikannya sebagai hasil kerja sendiri. Sekiranya anda mengambil petikan atau grafik daripada sumber lain hendaklah menyatakan sumber rujukannya. Jika anda didapati melakukan plagiat anda boleh digagalkan atau diberikan gred F.

TERHAD


TERHAD

3

1.13 Pentaksiran / penilaian proses kerja calon dilakukan sepanjang masa tugasan dilaksanakan. 1.14 Memperakukan tugasan dalam Borang Akuan Pengesahan (Lampiran 4). 1.15 Bonus 3 markah akan diberikan jika anda mematuhi aspek tatabahasa dalam penulisan.

TERHAD


4

TERHAD 2.0

TUGASAN Calon dikehendaki menjalankan kajian kes tentang kejadian / isu pencemaran alam sekitar (air, udara, bau, tanih) yang berlaku di sekitar tempat tinggal / kawasan sekolah calon. Kajian tersebut hendaklah merangkumi perkara berikut: 2.1

Konsep dan takrifan pencemaran alam sekitar yang dikaji.

2.2

Faktor atau punca kejadian pencemaran alam sekitar tersebut.

2.3

Kesan kejadian pencemaran tersebut kepada manusia dan alam sekitar di kawasan kajian.

2.4

Mencadangkan langkah-langkah mengurangkan pencemaran alam sekitar tersebut.

Hasil tugasan calon tidak kurang daripada 300 perkataan.

TUGASAN TAMAT

TERHAD


5

TERHAD

Lampiran 1

3.0

KERANGKA PELAKSANAAN TUGASAN

BIL 1

PERKARA – Jadual kerja – Pengagihan kerja – Objektif kajian

HURAIAN  Menyediakan perancangan yang sangat lengkap, tepat dan realistik serta mempamerkan sikap bersungguh-sungguh.

– Penentuan kaedah kajian (10 markah) 2

Mengumpul maklumat menggunakan kaedah yang sesuai. Memperoleh maklumat daripada pelbagai sumber (20 markah).

 Mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber dengan menggunakan kaedah yang relevan dan menyatakan sumber rujukan.  Keseluruhan data dan maklumat adalah relevan dan asli.

 Punca  Kesan  Langkah 3

Grafik (10 markah)  Tajuk

 Grafik mengikut susunan yang betul, lengkap dan kritis.

 Idea utama  Maklumat Tafsiran: (a) Konsep (5 markah) (b) Punca (15 markah)  Fakta  Huraian

 Menghuraikan konsep dengan tepat dan betul berserta contoh.  Menghuraikan punca kejadian yang berkaitan dengan jelas, teratur dan kritis serta menunjukkan keaslian.

 Contoh (c) Kesan (20 markah)  Fakta  Huraian

 Menghuraikan kesan kejadian yang berkaitan dengan jelas dan teratur serta menunjukkan keaslian.

 Contoh (d) Langkah (20 markah)

 Cadangan relevan dan huraian sangat tepat.

 Idea kreatif dan kritis  Rasional

TERHAD


6

TERHAD

Lampiran 3

CONTOH PENULISAN SUMBER RUJUKAN Buku Lofti Ismail,1988. Sejarah Malaysia 1400-1963. Kuala Lumpur:Utusan Publications and Distributors Sdn.Bhd. Mohamad Noordin Sopiee,1967. From Malayan Union to Singapore Separation: Political Unifacation in the Malaysia Region 1945 -1965. Kuala Lumpur: Universiti Malaya Press. Jurnal Ahmad Masjidin. “Malayan Union Dalam Ruangan Akhbar Warta Negara” dalam Jurnal Malaysia dari Segi Sejarah . Bil 8, April 1979. Ishak bin Tadin,1960. “Dato’ Onn and Malay Nationalism 1946 -1951”, dalam JSEAH. Vol 1.Mac 1960. Ensiklopedia Tajuk, jilid dan tahun. Akhbar Utusan Malaysia, 17 Jun 1992, halaman 5. Orang Sumber Encik Ismail bin Mohd Kassim, 43 tahun, No 21, Jalan Lundu 7, Taman Beringin 52000 Kuala Lumpur. Puan Hamidah binti Daudshah, 57 tahun, No 7, Jalan SG 1/ 30, Taman Sri Gombak, 68100 Selangor. Melawat Tempat Kajian Pejabat Pelancongan Malaysia, Tingkat 17, Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, 45 JalanTun Ismail, 50480 Kuala Lumpur. Arkib Negara Malaysia, Jalan Duta, 50568 Kuala Lumpur. Tapak Ekskavasi Tingkayu, Kunak, Sabah. Tapak Ekskavasi Gua Niah, Niah, Miri, Sarawak.

TERHAD


TERHAD

7

VCD Tajuk program, terbitan. Radio Tajuk program, tarikh, masa, rangkaian. Televisyen Tajuk program, tarikh, masa, rangkaian. Majalah Nama majalah, tarikh, tahun. Sumber lain: Jenis sumber, alamat/punca sumber. Internet http://geocities.com/kamashara/unionsm.htm http://cikgu.net/edisimerdeka/sejarah.php3.htm http://www.geocities.com/tokohagung/TokohPMTunkuAbdul Rahman.htm

TERHAD


8

TERHAD

Lampiran 4

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 BAGI MATA PELAJARAN GEOGRAFI TAHUN 2014

BORANG AKUAN PENGESAHAN

PERAKUAN CALON TENTANG KETULENAN TUGASAN Saya memperakui bahawa tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri, melainkan petikan, grafik dan gambar rajah yang dinyatakan sumber rujukannya.

RESPONDEN

NAMA

TANDATANGAN

TARIKH

Murid

Pentaksir (Guru)

Ketua pentaksir Sekolah / Pentaksir Luar

TERHAD


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.