Kulim Perdana Family Day and Raya Celebration

Page 1

Residen Kulim Perdana Kulim Hi-Tech Park 27hb September 2010 HARI KELUARGA & SAMBUTAN RAYA AIDIL FITRI KULIM PERDANA Merujuk kepada perkara diatas sukacita dimaklumkan Persatuan Penduduk Kulim Perdana akan menganjurkan Program Family Day dan Jamuan Raya Aidil Fitri pada tarikh 2hb Oktober 2010 bersamaan dengan hari Sabtu dari jam 830pagi sehingga jam 430petang. Sehubungan dengan itu Persatuan amat berbesar hati sekiranya Tuan/Puan dapat meluangkan masa seisi keluarga untuk menghadirkan diri bagi menjayakan program tersebut. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan program diatas:1. HARI KELUARGA - Program akan dijalankan di Taman Permainan Fasa 1 (Basketball Court) bermula jam 830pagi sehingga 1130pagi. Pelbagai acara Sukaneka/Telematch akan diadakan untuk pelbagai peringkat umur (kanak-kanak,remaja,ibubapa). Hadiah akan disediakan oleh Persatuan bagi pemenang setiap acara. 2. JAMUAN RAYA KULIM PERDANA - Program Sambutan Raya akan diadakan di Dewan Komuniti Kulim Perdana bermula jam 1200 tengahari sehingga 200 petang. Pihak persatuan akan menyediakan menu utama yang terdiri dari Nasi, Ayam Masak Merah Ketupat Daun Palas, Ketupat Nasi dan Rendang bersama Kuah Kacang. Penyediaan makanan tersebut akan di buat secara gotong royong yang akan diadakan pada hari sebelumnya iaitu pada Jumaat 1hb Oct 2010 bermula jam 600 petang di Surau Al-Ittihad Kulim Perdana, dijemput ke semua yang mempunyai kelapangan untuk turut serta menjayakan program gotong royong ini. - Lain-lain menu Jamuan Raya adalah secara Pot Luck, dimana setiap residen digalakkan membawa apa sahaja makanan ke Majlis tersebut dan akan di


kongsikan/di hidangkan secara bersama untuk di nikmati oleh kesemua residen dan tetamu jemputan pada program tersebut. 3. DIALOG RESIDEN BERSAMA POLIS, PBT, NUR DIST. & PERSATUAN - Satu sesi dialog Residen KP bersama dengan pihak-pihak diatas akan diadakan di Dewan Komuniti selepas Jamuan Raya diadakan bagi membolehkan setiap permasalahan yang melibatkan Agensi-Agensi di atas dapat di beri perhatian oleh pihak berkenaan. Persatuan telah mendapat persetujuan dari AgensiAgensi diatas untuk menghadirkan diri bagi menjayakan sesi Dialog tersebut. Di harap Residen dapat memberi kerjasama bagi menghadirkan diri dalam menjayakan sesi Dialog tersebut. 4. PAMERAN DAN JUALAN BARANGAN/SERVICES - Pihak persatuan juga merancang untuk membuka peluang perniagaan kepada residen dan bukan residen untuk turut sama memeriahkan program Family Day & Jamuan Raya Kulim Perdana melalui penyediaan ruang pameran/promosi jualan barangan dan services sepanjang sehari program ini di jalankan. Setiap agensi/syarikat yang mengambil bahagian di kenakan sedikit sumbangan kepada Tabung Persatuan. Setakat hari ini 4 agensi/syarikat telah menyatakan persetujuan untuk turut serta. Lokasi pameran/jualan adalah di dalam Dewan Komuniti KP. Sekiranya tuan/puan berminat untuk turut serta sila hubungi Persatuan Penduduk untuk maklumat lanjut. Pelbagai pengisian program dan acara di rancang oleh pihak persatuan bagi memeriahkan Program Hari Keluarga Dan Sambutan Raya Kulim Perdana pada tahun ini. Perhatian dan penglibatan kesemua residen Kulim Perdana amatlah di alu-alukan. Persatuan percaya melalui program-program sebegini akan mampu memupuk semangat kerjasama dan saling kenal mengenali antara satu sama lain. Persatuan Penduduk secara peribadi menjemput anda seisi keluarga untuk turut sama menghadirkan diri bagi memeriah dan menjayakan program-program diatas. Hubungi AJK Persatuan penduduk untuk sebarang pertanyaan ataupun layari blog persatuan ( www.kulimperdana.blogspot.com )untuk maklumat lanjut. Kos penganjuran program diatas adalah dari kutipan program “Charity Car Wash� yang telah diadakan dahulu dan juga sumbangan peribadi dari pelbagai pihak. Jika Tuan/Puan berminat untuk turut berbuat demikian, sila hubungi Pengerusi Persatuan Penduduk @ 019 4715732. Sumbangan, Sokongan dan Penglibatan dari seluruh warga Kulim Perdana di dahului dengan ucapan Jutaan Terima Kasih.

UNITED WE STAND DEVIDED WE FALL.


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.