Ilmu Organisasi Dakwah

Page 1

1

ORGANISASI DAKWAH PERINGKAT NASIONAL DAN INTERNASIONAL: SUATU PENGENALAN

1. TABUNG HAJI MALAYSIA

Tabung Haji ialah singkatan bagi 'Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH) Malaysia yang peranan asalnya menguruskan perjalanan jemaah haji dari Malaysia pergi ke Makkah setiap tahun. Bangunan pejabat utama Tabung Haji terletak di Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur, Malaysia. Tabung Haji merupakan institusi

kewangan

yang

terbukti

berkesan

menguruskan

perbelanjaan pergi dan balik dari Makkah. Rakyat Malaysia tidak perlu lagi bimbang dengan sistem bank konvensional yang riba dan tidak perlu lagi bergolok-gadai tanah sawah untuk pergi ke Makkah.


2

Bertepatan dengan konsep Islam sebagai "Addeen" agama untuk dunia dan akhirat, setiap ibadah yang difardhukan oleh Allah s.w.t. memberi manfaat dunia dan akhirat. Atas iktikad mengerjakan haji, umat Islam terdorong mengumpulkan wang bagi

membolehkan

mereka

berkemampuan

memenuhi

perbelanjaan ke Tanah Suci.

Bagi mengelakkan unsur riba' yang haram di sisi Islam, berbagai kaedah tradisional menyimpan wang diamalkan. Ada juga yang menjual ternakan dan harta benda warisan bagi mencukupkan perbelanjaan ke Tanah Suci, yang mana akhirnya mengakibatkan tekanan ekonomi ke atas diri sendiri dan keluarga, semasa dan sekembalinya mereka dari menunaikan fardhu haji. Amalan ini juga secara tidak langsung turut merosakkan struktur ekonomi luar bandar serta mengancam pertumbuhan ekonomi negara.

Atas kesedaran dan keinsafan ini, serta bagi membantu mereka menyimpan sedikit demi sedikit tanpa melibatkan perkaraperkara yang haram, Perbadanan Wang Simpanan Bakal-bakal Haji ditubuhkan pada bulan November tahun 1962, dan beroperasi pada 30 September tahun 1963. Perbadanan ini wujud hasil


3

penerimaan kertas kerja Yang Mulia Profesor Di Raja Ungku Aziz bertajuk "Rancangan Membaiki Ekonomi Bakal-bakal Haji" pada tahun 1959.

Untuk mempertingkatkan lagi perkhidmatan dan kemudahan kepada bakal-bakal haji, dalam tahun 1969 perbadanan tersebut dicantumkan dengan Pejabat Urusan Hal Ehwal Haji yang beroperasi di Pulau Pinang, dan dengan itu lahirlah Lembaga Urusan dan Tabung Haji atau ringkasnya Tabung Haji, yang ditubuhkan di bawah Akta 8, Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji 1969 dengan tujuan untuk :

Membolehkan orang-orang Islam menyimpan secara beransur-ansur bagi memenuhi perbelanjaan menunaikan fardhu haji atau lain-lain perbelanjaan bermanfaat; Membolehkan orang-orang Islam melalui wang simpanan mereka mengambil bahagian yang lebih berkesan di bidang penanaman modal melalui cara yang halal di sisi Islam; dan Memberi perlindungan, pengawalan dan kebajikan kepada jemaah haji yang menunaikan fardhu haji dengan menadakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan.


4

Merasaskan kepada tujuan-tujuan itu Tabung Haji telah menetapkan matlamatnya iaitu memberi perkhidmatan yang baik, sempurna dan amat memuaskan kepada jemaah haji Malaysia dalam urusan menunaikan fardhu haji; memberi keuntungan yang maksimum kepada pendepositpendeposit atas wang simpanan mereka. Kenyataan ini adalah jelas menunujukkan bahawa Tabung Haji ditubuhkan bukan sahaja untuk menguruskan pemergian jemaah haji ke Tanah Suci, malah ia juga berfungsi sebagai suatu badan alternatif kepada umat Islam Malaysia untuk menyimpan wang sambil melabur secara halal dan mengikut lunas-lunas Islam. Sebagai sebuah badan yang berunsurkan korporat Tabung Haji amat peka dengan perkembangan dan perubahan yang melanda

dunia

di

era

90an.

Demi

menjamin

kesinambungan daya saingnya dalam era globalisasi satu kajian telah dibuat dalam tahun 1995 bagi meluaskan lagi skop dan peranan Tabung Haji. Dari itu, pada 1 Jun 1995 akta baru Tabung Haji iaitu Akta 535, Akta Lembaga Tabung Haji 1995 dikuatkuasakan yang memansuhkan akta lama dan nama Lembaga Urusan dan Tabung Haji digantikan dengan Lembaga Tabung Haji pada 28 Ogos


5

1997, dan serentak dengan itu huruf TH diperkenalkan sebagai singkatan nama menggantikan perkataan Tabung Haji.

Lembaga Tabung Haji sebagai sebuah organisasi Islam yang dinamik dan prihatin dalam pengurusan dan pengendalian haji dan umrah yang sempurna serta berhemat dalam penggembelengan segala sumber untuk pengukuhan ekonom ummah, beriltizam melaksanakan dan mencapai wawasan ini dengan:

Memberikan perkhidmatan yang cekap dan cemerlang kepada pelanggan. Mengamalkan semangat berpasukan yang beramanah, profesional, produktif dan berhemah tinggi. Beriktikad

memberikan

pulangan

yang

tinggi

dan

setanding dengan pasaran. Menggunakan

teknologi

dan

sistem

terkini

pengurusan dan perkhidmatan yang berkualiti.

untuk


6

2. SISTERS IN ISLAM

Sisters in Islam (ditubuhkan pada tahun 1988) atau dikenali SIS merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan yang dianggotai sekumpulan

wanita

profesional

beragama

Islam

yang

memperjuangkan hak-hak wanita dalam kerangka Islam. SIS menekankan pentingnya untuk mentafsir semula Qur'an dan hadith mengikut konteks sejarah dan budaya.

Pada tahun 1988,

sekumpulan peguam, aktivis, ahli akademik dan wartawan wanita termasuk

Zainah

Anwar

bersama-sama

menubuhkan

satu

pergerakan untuk menyelesaikan masalah wanita Islam di mahkamah syariah. Pada tahun 1993, gerakan ini secara rasmi didaftarkan sebagai pertubuhan bukan kerajaan di bawah nama SIS Forum (Malaysia) Berhad dan sehingga kini dikenali sebagai Sisters in Islam atau ringkasnya SIS. Tumpuannya adalah untuk mencabar undang-undang dan dasar atas nama Islam yang mendiskriminasikan

wanita.

Tumpuan

SIS

kemudiannya

diperluaskan kepada isu lebih besar seperti demokrasi, hak asasi manusia dan perlembagaan.

Logo SIS berbentuk rahim, sebagai simbolik alat reproduksi wanita anugerah Tuhan yang melaluinya kehidupan


7

lahir dan juga nama Tuhan iaitu Rahim, diambil daripada lukisan Sharifah Zuriah Aljeffri bertajuk RAHIM (1995). SIS menyokong semangat

revolusi

Islam

dan

mengakui

Islam

telah

mempertingkatkan martabat wanita apabila ia diturunkan 1,400 tahun dahulu. Mereka percaya Islam menolak penindasan wanita dan penafian hak-hak asasi mereka seperti kesaksamaan dan martabat kemanusiaan. Objektif utama SIS adalah:

Menegak dan membangunkan satu kerangka hak-hak wanita dalam Islam yang mengambil kira pengalaman dan realiti wanita Menghapuskan ketidakadilan dan diskriminasi terhadap wanita dengan mengubah amalan-amalan serta nilai-nilai yang menganggap bahawa taraf wanita adalah lebih rendah daripada lelaki Membina kesedaran awam dan memperbaharui undangundang serta dasar-dasar mengenai kesaksamaan, keadilan, kebebasan, martabat dan demokrasi dalam Islam.

Aktiviti SIS merangkumi empat bidang program:

Penyelidikan dan tafsiran sumber-sumber teks Islam


8

Advokasi untuk pembaharuan dasar dan undang-undang Meningkatkan kesedaran orang ramai dan pendidikan awam Perancangan strategik dan pembentukan dasar

Antara isu kontrovesi SIS:

1.

Buku "Muslim Women and the Challenge of Islamic

Extremism"

Pada 25 Januari 2010, Hakim Mohamad Ariff Md Yusof memutuskan

bahawa

edaran

buku

itu

tidak

mengancam

ketenteraman awam kerana hanya tujuh dari 215 halaman buku itu dikatakan menyinggung garis panduan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Menteri Dalam Negeri telah bertindak secara tidak sah dan tidak rasional dalam mengharamkan buku itu pada 31 Julai 2008, selepas ia berada dalam edaran selama dua tahun (sejak 2005). Ia hanya diharamkan pada tahun 2008. Menteri Dalam Negeri membayar kos kepada SIS. Pengharaman buku itu adalah di luar bidang kuasa Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984

dan

melanggar

Artikel

8(2),

10(1)(a)

dan

11(4)

Perlembagaan Persekutuan. Koleksi esei itu telah disunting oleh


9

Prof Norani Othman dari Institiut Kajian Malaysia dan Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia. Buku itu tentang undang-undang keluarga Islam dan undang-undang jenayah syariah. Tidak ada yang menyentuh prinsip Islam.

2.

Isu poligami

Pada 8 Januari 2002, SIS telah membuat kenyataan bahawa SIS ingin menegaskan bahawa Islam bukanlah mewujudkan atau menggalakkan poligami. Poligami tanpa had pernah menjadi amalan sedia ada di zaman sebelum al-Quran diwahyukan. SIS turut mempersoalkan sama ada poligami patut terus dibenarkan di bawah Undang-Undang Keluarga Islam.

3.

Cadangan SIS diharamkan

Pada 7 Jun 2009, dalam Muktamar PAS 2009 ke-55 di Stadium Malawati Shah Alam, usul PAS Shah Alam (Khalid Abd Samad) diterima tanpa bahas. Usul itu mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal. Seterusnya mengharamkan sister in Islam sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta


10

membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya. Pada 12 Jun 2009, Mutfi Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria juga anggota Majlis Fatwa Kebangsaan menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menyiasat kenyataan ganjil SIS. Antaranya berhubung isu

poligami

dan

pembahagian

harta

pusaka

yang

membelakangkan ayat al-Quran. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dan Karpal Singh membantah cadangan tersebut.

3.

JEMAAH ISLAH MALAYSIA

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia, atau juga dikenali dengan singkatan JIM, adalah sebuah NGO berasaskan Islam di Malaysia. Organisasi ini didaftar secara rasmi pada 27 Julai 1990 dan kini mempunyai cawangan di setiap negeri di seluruh Malaysia dan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. JIM adalah organisasi yang bercirikan aliran kontemporari (sezaman dan realistik) dan inovatif (kreatif dalam usaha pembaharuan). Istilah "Islah" banyak disebut di dalam al-Qur'an; Surah Hud (11):88, Surah Hujurat (49):9 dan 10. Kalimah "Islah" pada nama JIM membawa maksud pembaikan, pencegahan daripada kerosakan dan pemulihan,


11

perubahan kepada persekitaran yang baik, serta pembaharuan dan pembangunan serta tuntutan untuk mewujudkan perdamaian dan keamanan. "Aku tidak berkehendak melainkan melakukan Islah (pembaikan) sedaya-upayaku dan tidak ada taufiq bagiku melainkan daripada Allah. Kepada-Nyalah aku bertawakkal dan kepada-Nyalah aku akan kembali" (Hud:88)

Visi JIM

Kewujudan JIM adalah untuk merealisasikan visi berikut: Membangun sebuah

negara

Malaysia

yang melaksanakan

sepenuhnya syariat Islam menjelang 2020

Misi JIM

Untuk mencapai visi yang telah ditetapkan, maka JIM perlu melaksana misi berikut: Menjadi Gerakan Islam ulung yang: membangun sumber manusia untuk melahirkan insan salih wa muslih; membudaya pendekatan perkongsian dan permuafakatan; dan


12

mengislah dan menggembleng masyarakat ke arah penegakan kebenaran dan keadilan sejagat. Kesemua ini dirumuskan dalam satu pernyataan Motto JIM yang berbunyi "Bersama Islam Membina Masyarakat".

Pendirian dan Pendekatan

JIM ditubuhkan kerana ia yakin boleh menyumbang untuk Islam dan pembangunan masyarakat. Selain meluaskan rangkaian usaha dakwah ia juga menyediakan satu lagi wadah dan pendekatan dakwah

bagi

penglibatan

ummah

dan

masyarakat.

JIM

menganggap semua organisasi, kumpulan atau individu yang bergiat untuk Islam sebagai sebuah keluarga. Setiap pertubuhan dakwah mempunyai keistimewaan dan sumbangan yang tersendiri kepada dakwah dan masyarakat. Menceburi bidang penglibatan yang sama tidak harus ditanggapi sebagai persaingan atau pertandingan yang negatif, tetapi perluasan (coverage) serta mempelbagai pilihan bagi meningkatkan penyertaan. Semangat kerjasama dan persefahaman untuk membuahkan kerja Islam yang berkualiti perlu dipupuk dan perselisihan dielakkan. Berusaha ke arah kesatuan menjadi tanggungjawab semua. Menjaga muslimin dari bahaya lidah dan tangan kita, melunakkan mereka di hati,


13

perkenalan, saling memahami dan kerjasama menunjuk arah menuju kesatuan.

JIM sentiasa menghulurkan salam persahabatan serta mencari jalan kerjasama dalam usaha yang disepakati bersama. Menjadi hasrat JIM melihat semua usaha untuk Islam berjaya tidak mengira siapa yang mengusahakannya. Dalam rangka mengembalikan pengabdian kepada Allah, JIM berjuang untuk pelaksanaan Islam sepenuhnya. Usaha JIM berasaskan

prinsip

Islam,

mengambilkira

realiti

(waqi')

masyarakat dan kemampuan JIM sendiri. JIM percaya strategi dakwah yang baik bagi Malaysia adalah satu strategi yang menyeluruh

dan

bersepadu.

Kemampuan

ummah

perlu

digembeling. Kedudukan yang berpengaruh dalam masyarakat perlu diusahakan supaya dipegang oleh mereka yang mengongsi komitmen untuk menghayati Islam. JIM memilih pendekatan yang bercirikan: Memberi keutamaan kepada kepentingan Islam, ummah dan masyarakat Positif dan membangun; dengan penilaian dan sikap yang objektif


14

Penggembelingan sumber dan kemampuan ummah dan masyarakat

4. PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS)

Parti Islam Se-Malaysia adalah sebuah parti pergerakan Islam di Malaysia yang dipimpin oleh Presiden parti, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi bin Awang. PAS cuba mengimbangi perjuangan nasionalisme UMNO sebagai sebuah parti yang mendokong Islam. Dengan tidak menafikan bahawa semangat perjuangan yang berteraskan kepada Islam di negara ini telahpun wujud semenjak tahun 1906 lagi, yang telah dibawa dan diperjuangkan oleh golongan pembaharuan atau reformasi Islam yang mendapat pendidikan di Timur Tengah (antaranya termasuklah Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abbas Mohd. Taha) yang berpusat di Singapura, Melaka dan Pulau Pinang, PAS yang muncul pada tahun 1951 adalah atas kesedaran masyarakat Melayu (pada waktu itu) untuk melihat Islam dapat ditegak dan didaulatkan di negara ini.

Pada peringkat awal penubuhannya, PAS dilihat sebagai sebuah parti Melayu yang memperjuangkan hal-ehwal Islam


15

melebihi dari apa yang dilaksanakan oleh UMNO. Didokongi oleh para ilmuan agama, PAS adalah parti yang menjadi pilihan bagi orang-orang melayu yang berpendidikan agama. Pun begitu setelah berlakunya Tragedi 13 Mei 1969, PAS telah menerima cadangan UMNO untuk bergabung didalam perikatan yang baru yang dinamakan sebagai Barisan Nasional (BN). PAS adalah diantara parti pengasas BN. Penglibatan PAS didalam BN berakhir dengan krisis darurat di Kelantan pada 1978. Akhirnya PAS mengambil keputusan untuk keluar dari BN. Para penyokong PAS mengganggap bahawa UMNO telah mengkhianati mereka. Para penyokong UMNO pula berpendapat PAS telah tidak patuh pada ketetapan BN. Pun begitu, krisis dalaman PAS telah membawa kepada perpecahan PAS pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim.

PAS telah mengambil masa yang lama untuk menyusun semula perjuangan mereka. Ketika Tuan Guru Yusuf Rawa mengambil alih teraju PAS pada 1982, PAS telah menjenamakan semula parti tersebut dibawah slogan "Kepimpinan Ulama". Kini PAS adalah sebahagian dari sebuah perikatan yang namakan sebagai Pakatan Rakyat, bersama Parti Keadilan Rakyat dan Parti Tindakan Rakyat (DAP). Pencapaian PAS pada Pilihanraya


16

Umum

2008

adalah

diantara

yang

terbaik.

Selain

dari

mengekalkan penguasaan PAS di Kelantan dengan majoriti yang besar, PAS turut membentuk kerajaan di Kedah. PAS juga adalah sebagai dari kerajaan di Selangor dan Pulau Pinang. Sejarah penubuhan Mengikut satu fakta sejarah, PAS telah ditubuhkan secara rasmi pada tanggal 23 Ogos 1951. Bagaimanapun, ada fakta lain yang menyebut bahawa PAS ditubuhkan pada 24 November 1951 (Warta Negara, 26 November 1951 dan Utusan Melayu 25 November 1951).

Walaupun di sini terdapat dua tarikh yang berbeza, namun bagi ahli-ahli sejarah dan tokoh-tokoh lama dalam PAS, fakta kedua (24 November 1951) adalah tarikh kepastian PAS ditubuhkan.

Parti

Islam

Se-Malaysia

kemudiannya

telah

didaftarkan sebagai sebuah organisasi pada 31hb. Mei 1955 dengan Nombor Pendaftaran. 733 (Pulau Pinang).

PAS atau

Persatuan Islam Se-Malaya (nama asalnya) adalah pertubuhan atau parti politik Melayu yang berteraskan kepada Islam yang ditubuhkan

sebelum

merdeka

sesudah

Hizbul

Muslimin

diharamkan oleh penjajah pada tahun 1948. Golongan reformasi ini bukan sahaja berjaya menyedarkan masyarakat Melayu tentang betapa

pentingnya

menghapuskan

penjajah

barat

bagi


17

mewujudkan sebuah negara Islam, tetapi turut menyuarakan pendapat bahawa kelemahan umat Islam sebenarnya adalah berpunca daripada masyarakat Islam yang tidak mahu mengikut ajaran Islam dengan betul sebagaimana yang terkandung di dalam al-Quran dan Sunnah.

Dalam usaha mereka menyedarkan masyarakat tentang betapa pentingnya kembali semula kepada Islam, pada tahun 1906 mereka telah berjaya menerbitkan sebuah majalah di Singapura yang diberi nama al-lmam. Selanjutnya pada tahun 1925 terbit pula akhbar Edaran Zaman di Pulau Pinang, majalah al-Ikhwan pada tahun 1926 dan Suara pada tahun 1928. Dengan terbitnya akhbar dan majalah tersebut, golongan ini telah berjaya mencetuskan Revolusi lntelektual di kalangan masyarakat Melayu dan akhirnya bibit-bibit kesedaran yang ditanamkan itu telah mendorong masyarakat Melayu untuk menubuhkan beberapa kesatuan atau pertubuhan bagi memajukan bangsa Melayu dan umat Islam pada tahun-tahun berikutnya. Persatuan Melayu pertama bercorak politik secara nyata ditubuhkan di negara ini ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) pimpinan lbrahim Haji Yaakob. la ditubuhkan pada Mei 1937. Kesatuan ini ditubuhkan atas kesedaran mahu memperjuangkan kemerdekaan negara serta


18

membebaskan Tanah Melayu daripada terus ditindas dan dijajah oleh penjajah British. Malangnya, kesatuan ini tidak dapat bertahan lama kerana ia telah diharamkan oleh Jepun semasa Jepun menguasai Tanah Melayu pada tahun 1941 - 1945. Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, sebuah parti politik baru Melayu dibentuk, iaitu Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). la ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh, Perak. Pemimpin awalnya ialah Mokhtaruddin Lasso, yang kemudiannya berpindah tangan kepada Dr. Burhanuddin al-Helmi - iaitu seorang tokoh agama yang mampu menguasai bahasa Arab dan lnggeris disamping bahasa Melayu. PKMM telah mengisytiharkan matlamatnya untuk mencapai kemerdekaan negara secara penuh. Dr. Burhanuddin banyak berkorban untuk PKMM dan beliau mendapat kepercayaan golongan agama untuk menyertai gerakan politik

bagi

menentang

penjajah.

PKMM

telah

berjaya

memperluaskan pengaruhnya dalam masyarakat Melayu sehingga ia berjaya menubuhkan pula beberapa sayap atau bahagian dalam struktur organisasinya. Selain Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Se-Malaya (BATAS), Majlis Agama Tertingga Se-Malaya (MATA) juga merupakan antara sayap atau bahagian dalam struktur organisasi PKMM.


19

MATA merupakan bahagian agama parti berkenaan. Melalui MATA dalam satu mesyuarat agung tahunannya telah berjaya melahirkan Hizbul Muslimin pada 14 Mac 1948. Tujuan PKMM melahirkan Hizbul Muslimin sebagai sayapnya adalah bagi mengumpulkan tenaga para ulama.

Sebagai sebuah parti Islam pertama di negara ini, Hizbul Muslimin yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir mempunyai matlamat untuk mencapai kemerdekaan negara yang berdaulat bagi membentuk sebuah masyarakat yang berasaskan kepada kefahaman Islam serta mewujudkan sebuah negara Islam atau Darul Islam. Dalam pendiriannya, ia menyokong PKMM tetapi

sekeras-kerasnya

menolak

perjuangan

UMNO.

Bagaimanapun, riwayat hidup Hizbul Muslimin berakhir pada Ogos 1948 apabila British bertindak mengharamkannya disamping menahan seramai tujuh orang pucuk pimpinannya, termasuklah Ustaz Abu Bakar al-Baqir sendiri di bawah Undang-undang Darurat atau Emergency Regulations. Sungguhpun aktiviti Hizbul Muslimin

terhenti,

namun

keghairahan

sokongan

rakyat

khususnya dari alim ulama terhadap perjuangan politiknya amatlah memberangsangkan. Semangat dan sokongan kental inilah yang akhirnya merintis jalan mudah ke arah penubuhan


20

PAS pada tahun 1951. Dalam hal ini, ramai ahli sejarah berpendapat penghargaan dan pengiktirafan perlulah dihulurkan kepada Ustaz Abu Bakar al-Baqir, pemimpin MATA dan seterusnya Hizbul Muslimin yang telah menggarap sebahagian besar dari ground work bagi melebarkan persekitaran untuk memudahkan penubuhan PAS.

Peranan Hizbul Muslimin dalam penubuhan PAS lebih tertonjol lagi apabila sebahagian besar dari bekas pucuk pimpinan pusatnya turut menyertai PAS dan memainkan peranan secara aktif. Mereka antaranya termasuklah Ustaz Othman Hamzah, Ustaz Baharuddin Abd. Latiff, Tuan Haji Khaider Khatib dan Ustaz Yunus Haji Yatimi. Besar kemungkinan juga Bahagian Agama UMNO yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Fuad Hassan turut diresapi dengan pengaruh Hizbul Muslimin ini. Tambahan lagi ramai pemimpin agama dalam UMNO ketika itu kecewa dengan pucuk pimpinan mereka yang bercadang untuk menaja perjudian (loteri). Tidak dapat dinafikan bahawa rancangan awal penubuhan PAS sebenarnya adalah ditimbulkan oleh sebahagian besar ahli-ahli agama di dalam UMNO semasa berlangsungnya Muktamar Ulama Ketiga di Bangunan Kelab UMNO Bagan, Butterworth dengan penitia penajanya terdiri daripada:


21

1. Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan - Pengerusi 2. Ustaz Haji Ahmad Maliki - Setiausaha 3. Tuan Haji Ahmad Badawi Abdullah - Anggota 4. Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah - Anggota 5. Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein - Anggota 6. Tuan Haji Mansor J.P - Anggota 7. Dua tiga orang ulama yang menjadi ahli dari Selangor dan Negeri Sembilan.

Penitia penaja inilah yang berusaha merangka perlembagaan serta menamakan pertubuhan yang dicita-citakan itu - iaitu dengan nama Pertubuhan Ulama Se-Malaya. Penitia ini telah berusaha mengadakan persidangan dengan persatuan-persatuan kebajikan Melayu atau Islam, Majlis Agama Islam Negeri, ulama perseorangan, para kadhi dan juga mufti. Walaupun perhimpunan ulama dan orang perseorangan yang dianjurkan oleh Bahagian Agama UMNO itu pada mulanya berjaya menubuhkan Pertubuhan Ulama, tetapi atas inisiatif Ustaz Othman Hamzah, bekas Ahli Jawatankuasa Hizbul Muslimin yang mewakili Persatuan al-Ehya as-Syariff, Gunung Semanggol berjaya melahirkan Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) bagi menggantikan Pertubuhan Ulama SeMalaya yang dicadangkan pada mulanya.


22

Maka PAS telah ditubuhkan secara rasmi hasil dari perhimpunan atau muktamar tersebut, yang antaranya turut disertai oleh:

1. Persatuan guru-guru agama dari Perlis. 2. Persatuan ulama dari Kedah. 3. Persatuan anak-anak Kalimantan Malaya (PERKAM) Perak. 4. Kelab Darul Ehsan dari Selangor. 5. Kelab Melayu Bagan dari Seberang Perai. 6. Persatuan al-Ehya as-Syariff, Gunong Semanggol, Perak. 7. Perikatan Melayu Bersatu dari Seberang Perai dan Pulau Pinang. 8. Dan lain-lain badan kebajikan, kelab atau jamaah terutamanya dari Seberang Perai dan Pulau Pinang.

Juga hadir sama beberapa orang Tuan Guru, wartawan, imam dan kadhi atas nama peribadi. Adapun Perlembagaan awal PAS yang digariskan itu mempunyai empat tujuan, iaitu: PERTAMA: Mewujudkan satu perikatan persaudaraan Islam untuk membentuk satu tenaga bersama bagi menyelenggarakan segala tuntutan Islam dan siasah yang berdasarkan demokrasi.


23

KEDUA:

Menumpukan segala ikhtiar

dan

tenaga untuk

menyatukan Perlembagaan pentadbiran agama di seluruh negara. KETIGA: Memelihara dan mempertahankan hak-hak kepentingan dan kehormatan agama dan umat Islam. KEEMPAT: Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan siasah yang lain di dalam negara ini, yang dasar dan tujuannya tidak berlawanan dengan ajaran Islam dalam mencapai demokrasi, keadilan masyarakat dan kemanusiaan. Antara barisan kepimpinan pertama yang dilantik menerajui PAS termasuklah: 1. Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan - Yang Dipertua Agung 2. Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah - Timbalan Yang Dipertua Agung 3. Tuan haji Hussin Che Dol - Naib Yang Dipertua Agung (Utara) 4. Fakir Muhammad Nor - Naib Yang Dipertua Agung (Tengah) 5. Abdul Rahman Jamaluddin al-Jambuli - Naib Yang Dipertua Agung (Selatan) 6. Tuan Haji Ahmad Maliki - Setiausaha Agung 7. Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein - Bendahari Agung Ahli Jawatankuasa Agung pula terdiri daripada:


24

1. Tuan Haji Yahya Joned 2. Tuan Haji Uthman Talib 3. Tuan Haji Mohammad Nor 4. Tuan Haji Zabidi Ali 5. Tuan Haji Abdul Wahab 6. Tuan Haji Assaiya 7. Muhammad Mahzub 8. Tuan Haji Ahmad Nadur.

Jika dilihat kepada persatuan, peribadi dan jumlah yang hadir semasa perhimpunan atau muktamar penubuhan PAS itu, yang kebanyakannya terdiri dari tokoh-tokoh agama, maka secara tidak langsung menunjukkan bahawa elemen dan semangat perjuangan Islam telah tersemai bersama PAS semenjak awal penubuhannya lagi. Elemen Islam dalam PAS ini lebih terserlah lagi apabila usaha yang dibawa oleh Yang Dipertua Agung Pertamanya, Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan untuk menyetujui gagasan National Conference tajaan Datoâ€&#x; Onn Jaafar (ramai yang berpendapat di sini bahawa Haji Ahmad Fuad mungkin terpengaruh dengan cara politik Datoâ€&#x; Onn yang juga merupakan rakan karib beliau) tidak diterima oleh ahli dan penyokong-penyokong PAS.


25

Kegagalan Haji Ahmad Fuad mendapatkan sokongan ahli dan penyokong-penyokong PAS ini sekali lagi menunjukkan bahawa kesedaran mendalam mengenai politik Islam di kalangan ahli dan penyokongnya telah wujud walaupun PAS sendiri ketika itu masih berada pada tahap yang lemah. Akhirnya, dalam satu Perhimpunan Khas pada September 1953, Haji Ahmad Fuad terpaksa mengambil jalan keluar dengan meninggalkan PAS bagi bersamasama Datoâ€&#x; Onn (menyertai Parti Negara). Kesedaran Islam di kalangan ahli dan penyokong PAS inilah yang menjadikan satu ciri keistimewaan kepada perjuangan PAS walaupun sepanjang sejarah perjuangannya ramai di kalangan pemimpin atasnya meninggalkan parti, namun parti terus hidup, malah lebih kental dan subur.

Tujuan

Tujuan atau matlamat perjuangan PAS ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara Malaysia sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan

hukum-hukumnya

mempertahankan kedaulatan negara.

kesucian

menuju Islam,

keredhaan juga

Allah

kemerdekaan

serta dan


26

Dasar

Dasar yang diperjuangkan oleh PAS ialah lslam dengan seruannya ialah Allahu Akbar. Hukum tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah Kitabullah (al-Quran) dan Sunnah Rasul serta ljmak dan Qias yang terang dan nyata.

Usaha

Bagi mencapai tujuan atau matlamat perjuangannya, usaha-usaha yang dilakukan oleh PAS termasuklah: 1. Menyeru umat manusia kepada syariat Allah dan sunnah Rasulullah melalui dakwah, sama ada secara lisan, tulisan mahupun amalan. 2. Memperjuangkan Islam sebagai akidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai ke-lslaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.


27

3.

Memupuk

dan

memperkuatkan

ukhwah

lslamiah

dan

menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan. 4. Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhanpertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup lslam. 5. Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara untuk membela kepentingan umat lslam dan rakyat seluruhnya. 6. Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuanpersatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama ia mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara. 7. Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang

tunggal

dalam

amalannya

disamping

berusaha

mengembangkan bahasa al-Quran. 8. Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran lslam. 9. Memperjuangkan hak dan kepentingan umat lslam di negara ini tanpa

mengabaikan

tanggungjawab

melaksanakan

keadilan


28

terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini. 10. Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu serta badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjamin hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia. 11. Melakukan apa-apa juga usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan undang-undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar.

5.

JABATAN

KEMAJUAN

ISLAM

MALAYSIA

(JAKIM)

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau ringkasnya (JAKIM) merupakan agensi kerajaan Malaysia yang mentadbir hal ehwal agama Islam di Malaysia. JAKIM dipimpin oleh Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.


29

Sejarah

Pada tahun 1968, persidangan Majlis Raja-Raja Malaysia telah memutuskan bahawa perlunya suatu badan bagi menggembleng usaha pembangunan dan kemajuan umat Islam di Malaysia, selaras dengan taraf negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang semakin kukuh serta mendapat perhatian dunia antarabangsa. Menyedari hakikat itu, satu urusetia kepada Majlis Kebangsaan Hal-Ehwal Ugama Islam Malaysia telah ditubuhkan, bagi memelihara kesucian akidah dan ajaran Islam. Urusetia ini kemudiannya telah dikembangkan sebagai Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri yang kemudiannya dinaikkan taraf sekali lagi menjadi Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS). Pada 1 Januari 1997, selaras dengan pembangunan dan kemajuan Islam yang bertambah mantap di negara ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia sebagai mengambil alih kuasa dan peranan (BAHEIS).


30

Fungsi

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Perdana Menteri akan berperanan sebagai agensi pusat dalam perancangan pengurusan Hal Ehwal Islam dan pembangunan ummah dengan fungsi-fungsi seperti berikut: Bertanggungjawab seperti perancang yang menentukan pembangunan dan kemajuan Hal Ehwal Islam di negara ini; Merangka dasar bagi pembangunan Hal Ehwal Islam di negara ini dan menjaga kesucian akidah dan ajaran Islam Membantu menggubal dan menyeragam undang-undang dan peraturan

yang diperlukan serta menilai dan

menyelaras pelaksanaan undang-undang dan pentadbiran yang sedia ada dari masa ke semasa dalam usaha untuk menyelesaikan masalah-masalah umat Islam; Melaksanakan program-program pembangunan ummah dan penghayatan Islam dalam pengurusan negara; Menyelaras mekanisma penguatkuasaan undang-undang serta peraturan-peraturan pentadbiran Hal Ehwal Islam di seluruh negara;


31

Membuat penilaian program-program Hal Ehwal Islam yang dilaksanakan di negara ini; Bertindak sebagai pengumpul, penyebar dan pusat rujukan maklumat mengenai hal ehwal Islam; dan Melaksanakan usaha-usaha pembangunan ummah melalui kerjasama di peringkat serantau dan antarabangsa.

Carta Organisasi

Organisasi-organisasi berikut diletakkan di bawah JAKIM:Bhg. Undang-Undang Unit Audit Dalam Institut Latihan Islam Malaysia(ILIM) Darul Quran JAKIM Cawangan Sabah JAKIM Cawangan Sarawak Jabatan Agama Islam Wilayah(JAWI) Masjid Negara

Di JAKIM, terdapat dua sektor utama iaitu sektor pengurusan dan sektor operasi. Di dalam sektor pengurusan, ianya dibahagikan kepada lima bahagian:-


32

Bhg. Pentadbiran & Kewangan Bhg. Keurusetiaan & Perhubungan Antarabangsa Bhg. Media Elektronik & Penyiaran Bhg. Perkhidmatan ICT Bhg. Penerbitan

Manakala di dalam sektor operasi dibahagikan kepada tujuh bahagian:Bhg. KESUMA Bhg. Dakwah Bhg. Pembangunan Pendidikan Islam Bhg. Penyelidikan Bhg. Latihan Bhg. Penyelarasan & Penguatkuasaan Undang-Undang Bhg. Hub Halal

6.

INSTITUT

KEFAHAMAN

ISLAM

MALAYSIA

(IKIM)

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ditubuhkan untuk memberikan kefahaman Islam yang sebenarnya demi menjaga kesucian ajaran Islam yang sebenar tanpa menyentuh perkara-


33

perkara retorik atau menyimpang dari jalan yang ditetapkan. Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ditubuhkan pada 18 Februari 1992 di bawah Akta Syarikat 1965 dengan bertujuan untuk memberi kefahaman Islam yang tepat melalui pelbagai aturcara dan aktiviti seperti penyelidikan, seminar, bengkel, forum, perundingan, latihan dan penerbitan. Ia dirasmikan pada 3 Julai 1992 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu.

Polisi Kualiti "Pemantapan

Kefahaman

Islam

Menerusi

Prestasi

Cemerlang"

Objektif Kualiti Memberi kefahaman Islam yang tepat dan berkesan melalui kaedah semasa yang sesuai. Sentiasa berusaha ke arah pencapaian mesej Islam yang sebenar dan menyeluruh (syumul) sampai kepada segenap lapisan masyarakat. Mempertingkatkan aktiviti kefahaman Islam yang berkualiti optimum.

melalui

penggunaan

sumber

yang


34

Berusaha ke arah penggubalan piawaian nilai untuk membolehkan

sesebuah

organisasi

mengamal

amalan terbaik (best practices) mengikut prinsipprinsip Islam. Sentiasa berusaha ke arah pencapaian kepuasan pelanggan.

7.

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)

Angkatan Belia Islam Malaysia dikenali sebagai ABIM adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia. Presiden ABIM masakini adalah Muhammad Razak Idris. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah ditubuhkan pada 6 Ogos 1971 di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hasil beberapa pertemuan generasi pengasas ketika itu. Pengerusi penaja rasmi ketika itu ialah Ustaz Abdul Wahab Zakaria dan Fauzi Abd. Rahman (sekarang Datoâ€&#x;) sebagai Setiausaha Agung. ABIM merupakan sebuah badan bukan kerajaan Islam yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan pada 17 Ogos 1972 di bawah Akta Pertubuhan 1966.


35

Muktamar ABIM yang pertama telah diadakan pada tahun 1972 di mana Ustaz Razali Nawawi (sekarang Profesor Dr) telah dipilih sebagai Presiden ABIM yang pertama manakala Anwar Ibrahim (sekarang Datoâ€&#x; Seri) dipilih sebagai Setiausaha Agung. Pada tahun 1974 Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai Presiden ABIM yang kedua. Ustaz Siddiq Fadzil (sekarang Datoâ€&#x; Dr) pula telah dilantik untuk memangku dan seterusnya menjadi Presiden ABIM selepas penyertaan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO pada tahun 1982. Ustaz Muhammad Nur Manuty (sekarang Dr) telah dilantik sebagai Presiden pada tahun 1991. Pada September 1997, Ahmad Azam Abdul Rahman telah dipilih sebagai Presiden ABIM yang kelima di Muktamar Sanawi ABIM ke-26 di Alor Setar, Kedah. Pada Ogos 2005 pula, saudara Yusri Mohamad dipilih sebagai Presiden ABIM yang keenam di Muktamar Sanawi ABIM ke-34. Dalam era 1970-an, semasa ABIM berada di bawah kepimpinan Ustaz Razali Nawawi dan Anwar Ibrahim, ABIM mengambil pendekatan konfrontasi dan dengan demikian, ABIM menjadi lantang terhadap beberapa dasar dan pendirian pihak pemerintah. Pendekatan ini dirasakan sesuai dengan tuntutan dan keperluan era itu. Pada dekad kedua, di tahun-tahun 1980-an, ketika kepimpinan Ustaz Siddiq Fadzil, pendekatan ABIM ditandai oleh perubahan orientasi ke arah pendekatan menangani


36

dan menyelesaikan masalah (problem-solving). Pendekatan ini melahirkan banyak institusi dan agensi ABIM seperti Islamic Outreach-ABIM dan seumpamanya. Ketika dekad ketiga 1990-an pula, ABIM yang berada di bawah kepimpinan Ustaz Muhammad Nur Manuty berperanan lebih proaktif sebagai rakan dalam pembinaan negara (partner in nation-building).

Di alaf baru, Ahmad Azam Abdul Rahman membawa tema pemugaran semula idealisme untuk menggilap semula dinamika perjuangan serta agenda pemersatu ummah, bertepatan dengan tuntutan semasa yang begitu mendesak. ABIM terus menjadi jurubicara umat dalam pelbagai dimensi agar umat seluruhnya terpelihara iman, nyawa, harta, maruah, kebebasan, hak dan keselamatan mereka. Kini ABIM di bawah pimpinan saudara Yusri Mohamad memberikan tumpuan kepada agenda dakwah serta memperkasa agama dan bangsa. Pada 1 Ogos 2009, Muhamad Razak Idris dipilih sebagai Presiden ABIM yang ketujuh di Muktamar Sanawi ke-38.


37

Misi dan Visi

ABIM

adalah

sebuah

gerakan

yang

bertunjangkan

ilmu

(knowledge-based) dan memilih untuk mengambil sikap terbuka serta sederhana berasaskan realiti masyarakat setempat di samping memegang teguh prinsip-prinsip Islam serta kesepaduan ilmu, iman dan amal dalam rangka pembangunan manusia. Walaupun ABIM menangani isu-isu politik, namun ia sentiasa bersikap nonpartisan; bebas dan tidak memihak atau tunduk kepada kepentingan mana-mana parti-parti politik. Visi ABIM: 'Membina Dan Memimpin Tamadun Khayra Ummah' Misi

ABIM:

'Gerakan

Islam

Yang

Komprehensif

untuk

Merealisasikan Cita-cita Islamiyyah'.

Budaya ABIM: 1. Menghayati Budaya Ilmu, 2. Menghayati Amalan Kerohanian, 3. Menghayati Amal Shura dan Amal Jamaâ€&#x;iyy, 4. Memahami dan Melibatkan Diri Pada Isu Semasa, dan 5. Menghayati Ruh - Jihad fi Sabilillah.


38

Objektif

1. Menegak, mengembang dan memperjuangkan cita-cita Islamiah sesuai dengan ajaran asasi al-Qurâ€&#x;an al-Karim dan Sunnah Rasulullah s.a.w. 2. Menjalankan daâ€&#x;wah Islamiah dengan cara yang progresif kepada seluruh lapisan masyarakat; 3. Menggembleng

tenaga

belia

seluruhnya

dan

mengarahkannya untuk kebaikan masyarakat; 4. Mewakili belia-belia Islam Malaysia di persidanganpersidangan luar negeri; 5. Menjalankan kegiatan-kegiatan lain yang tidak berlawanan dengan ajaran al-Qurâ€&#x;an dan al-Sunnah.

8.

IKHWANUL MUSLIMUN

I.

Siapakah Al-Ikhwan Al-Muslimun?

Al-Ikhwanul muslimun (ikhwanul muslimin) adalah salah satu jamaah dari umat Islam, mengajak dan menuntut ditegakkannya syariat Allah, hidup di bawah naungan Islam, seperti yang diturunkan Allah kepada Rasulullah saw, dan diserukan oleh para


39

salafush-shalih, bekerja dengannya dan untuknya, keyakinan yang bersih menghujam dalam sanubari, pemahaman yang benar yang merasuk dalam akal dan fikrah, syariah yang mengatur al-jawarih (anggota tubuh), perilaku dan politik. Mereka berdakwah kepada Allah. Komitmen dengan firman Allah: “Serulah mereka ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik� (An-Nahl:125)

Dialog yang konstruktif, sebagai jalan menuju kepuasan dan

memberikan

kepuasan

bersandarkan

pada

al-hujjah

(alasan),al-mantiq (logika), al-bayyinah (jelas), dan ad-dalil (dalil). Kebebasan adalah keniscayaan, hak mendasar yang telah Allah anugerahkan kepada setiap hamba-Nya, meski kulit, bahasa dan aqidah mereka berbeda; Kebebasan berkeyakinan, beribadah, mengungkapkan

pendapat,

berpartisipasi

dalam

membuat

keputusan, dan hak untuk memilih dari beberapa pilihan secara bebas dan bersih, sehingga tidak boleh ada pengekangan hak untuk mendapatkan kebebasan, hak mendapatkan ketenangan, sebagaimana seseorang tidak boleh berdiam diri dan pasrah pada setiap permusuhan atau pengekangan terhadap kebebasannya. Ilmu merupakan salah satu pondasi tegaknya daulah Islamiyah, berprestasi tinggi bagian dari kewajiban setiap umat agar dapat beramal menuju pengokohan iman dan sarana kemajuan umat,


40

mendapatkan ketenangan, merasakan kebebasan, menghadang permusuhan, menunaikan risalah alamiyah (daâ€&#x;wah) seperti yang telah Allah gariskan, memantapkan nilai-nilai dan ajaran-ajaran perdamaian, menghadang kediktatoran, imperialisme, kezhaliman, dan perampasan kekayaan bangsa.

Dasar dari pendidikan, konsep, akhlaq, fadhail, undangundang, sistem, jaminan, nilai-nilai, dan perbaikan adalah Kitabullah dan sunnah Rasul-Nya yang jika keduanya dipegang oleh umat maka tidak akan sesat selamanya. Islam menurut pemahaman Al-Ikhwanul Muslimun adalah sistem yang mengatur segala urusan kehidupan berbangsa dan bernegara, mengatur hajat hidup manusia sepanjang masa, waktu dan tempat. Islam lebih sempurna dan lebih mulia dibanding perhiasan kehidupan dunia, khususnya pada masalah duniawi, karena Islam meletakkan kaidah-kaidah

secara

sempurna

pada

setiap

bagiannya,

memberikan petunjuk ke jalan yang lurus dijadikan sebagai manhajul hayat (life style), dipraktekkan dan selalu berada di atas relnya. Jika shalat merupakan tiang agama, maka al-jihad adalah puncak kemuliaannya, Allah adalah tujuan, Rasul adalah teladan, pemimpin dan panutan, sedangkan mati di jalan Allah adalah citacita yang paling mulia.


41

Jika keadilan menurut Al-Ikhwan adalah salah satu tonggak setiap negara, maka persamaan merupakan bagian dari karakteristiknya, dan undang-undang yang bersumber dari syariat Allah; agar dapat merealisasikan keadilan yang mempertegas adanya persamaan.

Hubungan antara bangsa, negara, dan umat manusia adalah hubungan gotong royong, saling membantu, dan bertukar pikiran, sebagai jalan dan sarana kemajuan berdasarkan persaudaraan, tidak ada intervensi, tidak ada pemaksaan kehendak, kekuasaan dan kediktatoran atau pengkerdilan hak orang lain. Al-Ikhwanul Muslimun adalah jamaah yang memiliki cita-cita, mencintai kebaikan, bangsa yang tertindas, dan umat Islam yang terampas hak-haknya. Dakwah mereka adalah salafiyah, karena mereka selalu mengajak umat untuk kembali kepada Islam, kepada penuntunnya yang suci, kepada Kitabullah dan sunnah Rasul-Nya. Sebagaimana Al-Ikhwan adalah thariqah sunniyah (beraliran sunni), karena membawa jiwa mereka pada perbuatan dan dalam segala urusan sesuai dengan sunnah yang suci khususnya pada masalah aqidah dan ibadah. Al-Ikhwan adalah jamaah shufiyah, mereka memahami bahwa dasar kebaikan adalah kesucian jiwa, kebersihan hati, kelapangan dada, kewajiban beramal, jauh dari akhlaq tercela, cinta karena Allah dan ukhuwah karena Allah.


42

Al-Ikhwan juga merupakan jamaah yang bergerak dalam bidang politik, yang menuntut ditegakkannya reformasi dalam pemerintahan, merevisi hubungan negara dengan yang lainnya, dan membina umat pada kemuliaan dan kehormatan diri. AlIkhwan

adalah

jamaah

yang

memiliki

vitalitas

tinggi,

memperhatikan kesehatan, menyadari bahwa mukmin yang kuat lebih baik dari mukmin yang lemah, dan berkomitmen dengan sabda nabi saw, “Sesungguhnya badanmu memiliki hak atas dirimu�, dan menyadari bahwa kewajiban-kewajiban dalam Islam tidak akan terlaksana kecuali dengan fisik yang kuat, hati yang penuh dengan iman, akal yang diisi dengan pemahaman yang benar. Al-Ikhwan adalah jamaah persatuan keilmuan dan tsaqafah, karena ilmu dalam Islam merupakan kewajiban yang harus dikuasai, dicari walau hingga ke negeri cina, negara akan bangkit karena iman dan ilmu.

Al-Ikhwan kemasyarakatan,

adalah

jamaah

memperhatikan

yang

memiliki

penyakit-penyakit

ideologi yang

menjangkit masyarakat dan berusaha mengobati dan mencari solusinya serta menyembuhkannya. Al-Ikhwan adalah jamaah yang memiliki kebersamaan ekonomi, karena Islam adalah agama yang mengatur hal-hal yang berkaitan dengan harta dan cara


43

memperolehnya, nabi saw bersabda, “Sebaik-baik harta adalah milik orang yang shalih. Barangsiapa yang pada sore harinya mencari nafkah dengan tangannya sendiri maka ampunan Allah baginya.” Pemahaman ini menegaskan kesempurnaan makna Islam, keuniversalan dalam segala kondisi dan sisi kehidupan, pada segala urusan dunia dan akhirat.

II.

Prinsip-Prinsip Al-Ikhwanul Muslimun

Sejak 1400 tahun lalu, nabi Muhammad bin Abdullah menyeru masyarakat di kota Makkah, di atas bukit Safa: “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada kalian semua yang memiliki kerajaan langit dan bumi, tiada Tuhan selain Dia, Yang dapat Menghidupkan dan Mematikan, maka berimanlah kepada Allah dan Rasul-nya yang ummi, yang beriman kepada Allah dan ayat-ayat-Nya dan ikutilah dia agar kalian mendapatkan petunjuk”. (Al-A‟raf:158) Dakwah menjadi pemisah dalam kehidupan secara menyeluruh, antara kehidupan masa lalu yang penuh dengan kezhaliman, masa depan yang cemerlang dan gemerlap, dan masa kini yang penuh dengan kesenangan, pemberitahuan yang gamblang dan transparan akan sistem yang baru. Pembuat syariatnya adalah Allah, Yang Maha


44

Mengetahui dan Maha Mendengar. Penyampai risalahnya adalah nabi Muhammad saw, pembawa kabar gembira dan peringatan. Kitab dan undang-undangnya adalah Al-Quran yang jelas dan terang. Tentaranya adalah para salafush shalih, generasi pendahulu dari golongan Muhajirin dan Anshar serta mereka yang datang dengan kebaikan. Itulah shibghah Allah. Dan manakah shibghah yang terbaik selain shibghah Allah?! “Padahal sebelumnya kamu tidak tahu mana al-kitab dan mana iman yang benar, namun Kami jadikan kepadanya cahaya yang memberikan petunjuk kepada siapa yang Kami Kehendaki dari hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu akan memberikan petunjuk ke jalan yang lurus. Jalan Allah yang memiliki apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, ketahuilah hanya kepada Allah kembali segala urusan�. (As-syura:52-53)

Al-Quran adalah kumpulan dasar-dasar kebaikan pada seluruh sisi kehidupan, kumpulan berbagai

prinsip yang

memisahkan masyarakat pada jalannya menuju ketenangan, keamanan, kemajuan dan kepemimpinan. Allah telah memberikan dalam Al-Quran kepada umat penjelasan terhadap segala sesuatu, dasar-dasar dan prinsip-prinsip yang menjadi sumber kekuatan dan potensi. Beberapa prinsip yang termaktub dalam Al-Quran


45

dan Sunnah Nabi-Nya saw yang harus dipegang teguh oleh insan muslim, rumah tangga Islami, masyarakat Islami, negara dan umat Islam adalah:

1. Rabbaniyah; segala orientasi individu, sosial atau negara, segala perbuatan, perilaku, pandangan dan politik harus berkomitmen dengan apa yang diridhai Allah, mentaati perintah-Nya, dan menjauhi larangan-Nya. 2. Menjaga jati diri manusia dari hal-hal yang dapat membuat Allah murka, mulia dari segala yang rendah, dan berusaha menggapai tingkat kesucian diri (ikhlas). 3. Beriman pada hari berbangkit, hisab, pembalasan dan siksa. 4. Bangga dengan ikatan ukhuwah sesama manusia dan melaksanakan hak-haknya. 5. Perhatian dengan peran wanita dan laki-laki sebagai sekutu yang tidak dapat dipisahkan dalam membangun masyarakat, komitmen dengan kesempurnaan, persamaan, dan menegaskan akan pentingnya peran keduanya dalam pembangunan dan kemajuan masyarakat. 6. Kemerdekaan, kepemilikan dan musyarakah, hak untuk hidup, bekerja, dan mendapatkan ketenangan adalah hak mendasar setiap


46

warga, di bawah naungan keadilan, persamaan dan undangundang secara adil. 7. Nilai-nilai dan akhlaq merupakan jaminan ketenangan dan tegas dalam memerangi kemungkaran, kerusakan dan pengrusakan. 8. Kesatuan umat merupakan hakikat yang harus diwujudkan dan direalisasikan. 9. Jihad merupakan jalan satu-satunya bagi umat. 10. Umat yang berambisi menggapai ridha ilahi dalam perilaku dan perbuatan, politik dan orientasi, setiap individu bangga dengan ikatan ukhuwah yang dapat menyatukan dan menyambung tali persaudaraan di antara mereka, berusaha untuk hidup dengan bebas tidak pengkebirian dan penindasan, pemahaman yang utuh, kesadaran dan keseriusan dalam merealisasikan prinsip-prinsip, melebihi pemahaman dan perbuatan: a. Umat sebagai sumber kekuasaan b. Keadilan sebagai tujuan hukum dalam berbagai tingkatannya bahkan pada tingkat dunia c. Syura sebagai asas dalam mengambil berbagai keputusan, tidak ada kediktatoran, individualisme dalam kekuasaan, bangga dengan kebebasan dan berusaha mempertahankannya dan menjadikannya sebagai hak setiap umat manusia sebagai anugerah dan karunia dari Allah untuknya.


47

Sebagaimana beberapa prinsip yang menjamin keabsahan di bidang ekonomi: 1. Tidak boleh menjadi perpanjangan tangan orang-orang kaya dan mengindahkan fakir miskin 2. Diharamkannya riba 3. Diharamkannya menimbun harta 4. Diharamkannya monopoli 5. Memberikan penghargaan terhadap kepemilikan pribadi yang dipergunakan untuk jamaah dan sesuai dengan syariat Allah.

III.

Misi dan Tujuan Al-Ikhwan Al-Muslimun

Imam Al-Banna menyampaikan misi dan tujuan yang ingin dicapai

jamaah,

beliau

berkata:

“Kami

menginginkan

terbentuknya sosok individu muslim, rumah tangga Islami, bangsa yang Islami, pemerintahan yang Islami, negara yang dipimpin oleh negara-negara Islam, menyatukan perpecahan kaum muslimin dan negara mereka yang terampas, kemudian membawa bendera jihad dan dakwah kepada Allah sehingga dunia mendapatkan

ketenteraman

dengan

ajaran-ajaran

Sebagaimana beliau juga memfokuskan dua target utama: “Saya ingatkan untuk kalian dua tujuan utama:

Islam.�


48

1. Membebaskan negeri Islam dari kekuasaan asing, karena merupakan hak alami setiap manusia yang tidak boleh dipungkiri kecuali orang yang zhalim, jahat atau biadab. 2. Mendirikan negara Islam, yang bebas dalam menerapkan hukum Islam dan sistem yang Islami, memproklamirkan prinsipprinsip yang mulia, menyampaikan dakwah dengan bijak kepada umat manusia. Jika hal ini tidak terwujudkan maka seluruh kaum muslimin berdosa, akan diminta pertanggungjawabannya di hadapan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung karena keengganan mendirikan daulah Islam dan hanya berdiam diri.�

Imam Syahid juga menyampaikan tujuan periodik yang harus dicapai oleh kaum muslimin, atau kaum muslimin dapat meraih dua tujuan besar dengan teliti dan jelas: 1. Membentuk sosok muslim yang berbadan kuat, berakhlaq sejati, berpikiran luas, mampu bekerja dan mencari nafkah, beraqidah suci, beribadah yang benar, berjiwa sungguh-sungguh, pandai mengatur waktu, disiplin dalam segala urusannya, dan bermanfaat bagi orang lain, masyarakat dan negaranya. 2. Membentuk rumah tangga Islami; memelihara adab-adab dan akhlaq-akhlaq Islami dalam segala aspek kehidupan rumah tangga dan masyarakat. Jika sosok muslim itu baik secara aqidah,


49

tarbiyah dan tsaqafah, maka akan baik pula dalam memilih pasangan, mampu menunaikan hak dan kewajibannya, dan berperan serta dalam pembinaan anak-anak dan bergaul dengan orang lain, serta berpartisipasi dalam kebaikan di tengah masyarakat dan umat.

Jika terbentuk rumah tangga Islami, maka akan terwujud pula masyarakat muslim yang menyebar ke segala penjuru dan aspek dakwah yang mengajak pada kebaikan dan memerangi keburukan dan kemungkaran, memotivasi perbuatan baik dan produktif, memiliki sifat amanah, memberi dan itsar. Mencapai pada

masyarakat

Islami

hingga

pada

tahap

pemilihan

pemerintahan yang Islami, komitmen dengan syariat Allah, menjaga hak-hak Allah dalam berbangsa dan bernegara, menjaga dan memelihara hak-hak-Nya, komitmen dengan undang-undang kebebasan, keamanan, amal dan perubahan, mengungkapkan pendapat dan mengikutsertakannya dalam musyarakah dan mengambil keputusan. Pemerintahan Islam yang didukung oleh masyarakat muslim, menunaikan perannya sebagai khadimul ummah,

digaji

dengannya,

bergerak

demi

kebaikannya,

pemerintahan ini membentuk anggotanya komitmen dengan Islam dan ajarannya, menunaikan kewajibannya, membantu non-muslim


50

dari

berbagai

golongan

masyarakat;

demi

merealisasikan

eksistensi umat dan persatuannya. Berdirinya pemerintahan Islam yang dipilih oleh masyarakat muslim secara bebas, pemerintahan yang komitmen dengan syariat Allah sehingga melahirkan negara Islam yang diidamkan, negara yang memimpin negara-negara Islam

lainnya,

menyatukan

perpecahan,

mengembalikan

kemuliaan dan harga dan mengembalikan negara mereka yang telah terampas. Kepemimpinan negara Islam terhadap negara yang dipimpin harus memiliki karakteristik, kemampuan dan pondasi kepemimpinan, bukan hanya sekadar tuntutan namun sebagai realisasi dengan baik dan memiliki pertanggungjawaban yang besar. Membentuk persatuan umat Islam adalah suatu keniscayaan bukan kemustahilan, khususnya dalam bidang politik, ekonomi, dan militer yang tidak ternilai. Berdirinya daulah Islamiyah yang bersatu atau kesatuan negara-negara Islam, mengembalikan eksistensi negara kepada umat, mengokohkan perannya dalam peradaban dan perdamaian serta ketenteraman di seluruh dunia, tanpa menggunakan kekuasaan dari kekuatan lainnya. Imam syahid berkata, “Sesungguhnya seluruh kaum muslimin akan berdosa dan bertanggung jawab di hadapan Allah yang Maha Tinggi

dan

menegakkan

Bijaksana daulah

karena

Islamiyah

keculasan dan

mereka

berdiam

diri

dalam tidak


51

mahumewujudkan negara Islam dan berpangku tangan dari kezhaliman dan kejahatan sekelompok manusia di dunia saat ini, berdiri dengan angkuh di hadapan negeri-negeri dan dunia Islam, menyerukan prinsip-prinsip kezhaliman, meneriakkan suara kekejian, dan merampas hak-hak asasi manusia, sehingga tidak ada yang mau berkorban untuk membebaskan umat dan melakukan perlawanan demi berdirinya negara yang penuh dengan kebenaran, keadilan, perdamaian, ketenteraman dan kebebasan�

Adapun tujuan yang ingin dicapai negara Islam bersatu adalah tersebarnya Islam ke seluruh penjuru dunia dan dakwah yang memiliki nilai-nilai, akhlaq dan adab, mengokohkan nilainilai kebebasan, keadilan dan persamaan, ikhlas menghadap Allah‌ begitu berat beban dan begitu agung peran yang dipandang orang sebagai khayalan‌ padahal menurut kaum muslimin adalah merupakan kenyataan; karena umat Islam tidak mengenal putus asa‌ tidak berhenti dalam berjalan, bekerja, dan memberi untuk mencapai tujuan; demi mengharap keridhaan Allah.


52

9.

JAMAAT AL-ISLAMI

Jamaat al Islami merupakan satu pergerakan politik Islam yang ditubuhkan oleh Sayyid Abul Ala Maududi pada 24 Ogos 1941 sebagai sebuah parti politik di Pakistan. Tapi pada hakikatnya ia sebuah jamaah akidah atau harakah Islamiah untuk menegakkan sistem hidup Islam di muka bumi ini. Akidahnya ialah 2 kalimah syahadah. Kalimah syahadah ini telah ditafsir dan dihuraikan dengan begitu teliti sehingga ia menjadi teras kepada perjuangan Jamaat-i Islami. Maududi lahir pada 1903 dan meninggal pada 1979.

Tempat

kelahirannya

ialah

Aurangabad,

Hydrabad

(Deccan). Beliau meninggal dunia ketika permulaan Islamisasi Zia Ul Haq di Pakistan. Mulai 1918 (umur 17 tahun), beliau menjadi wartawan / editor akhbar Taj di Jabalpur. Kemudian menjadi editor akhbar Muslim di Delhi iaitu saluran rasmi gerakan Jamiat al-Ulama -i Hind. Seterusnya ke Delhi untuk memimpin akhbar al Jamiat. Ini dikuti dengan perpindahannya untuk memimpin majalah bulanan Tarjuman al Quran. Majalah ini menjadi saluran pemikiran dan perjuangan Maududi. Pada tahun 1937, Dr Muhamad Iqbal menemui Maududi.Mereka berbincang tentang pembentukan semula undang-undang Islam di India. Maududi amat

menekankan

penggubalan

perlembagaan

Islam

dan


53

pengguatkuasanya. Lantaran kemahirannya itu Presiden Muammar Ghadafi pernah menjemputnya untuk menggubal perlembagaan negara Jamahiriyah Libya.

Dr Muhamad Iqbal menjemputnya ke Punjab kerana dia tertarik dengan idea perjuangan Maududi. Jemputan Dr Muhamad Iqbal itu diterima oleh Maududi tapi malangnya pada tahun 1938, Dr Muhamad Iqbal pula meninggal dunia. Oleh itu Maududi pindah ke Lahore dan menjadi pensyarah jemputan di Sekolah Himayat al -Islam. Beliau pernah menjadi dekan Fakulti Teologi, Islamic College di Lahore. Pada bulan Ogos 1941, Maududi menubuhkan Jamaat-i Islami. Gerakan ini lebih luas, agresif lalu mendapat tentangan dari pada rakyat dan pemerintah sendiri. Maududi pernah dipenjarakan dari tahun 1948-1950. Ketika zaman Ayub Khan, Yahya Khan dan Zulfikar Ali Butto, Maududi dan pengikut Gerakan Jamaah Islami ditindas. Pada tahun 1953, Maududi sekali lagi dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana perjuangannya menentang ajaran Qadiani. Mazhab Qadiani ditentang habis-habisan oleh Maududi kerana pengasasnya Mirza Ghulam Ahmad mengaku menjadi nabi dan rasul. Tetapi pada tahun 1955 beliau dibebaskan kerana desakan massa.


54

Reformasi Politik

Jamaat-i Islami merupakan gerakan fundamentalis di benua kecil India yang menuntut Darul Falah Islam daripada kuasa British. Setelah Pakistan merdeka, Jamaat menuntut masyarakat kembali kepada sumber al Quran dan hadis. Markas Jamaat-i Islami terpaksa dipindahkan dari Pathankot ke Lahore bagi disesuaikan dengan iklim politik ketika itu. Melalui Islami Jamiat Tullabae, Jamaat berjaya 'mengislamkan semula' golongan terpelajar Pakistan. Kejayaan 'mengislamkan semula' golongan terpelajar ini membolehkan mereka turut serta dalam 'A Renaissance movement in Islam. Banyak sekali gagasan yang diutarakan oleh genius Maududi. Baginya, kedaulatan manusia (rakyat) tidak ada , yang ada hanya kedaulatan Allah. Dialah yang mesti ditaati secara tunggal dan mutlak dalam segala bentuk hukuman, undangundang dan peraturan-peraturan . Ini bertentangan dengan nilainilai demokrasi yang dibawa, dicanang dan dipaksakan oleh barat. Ia juga bertentangan dengan pemerintahan yang didominasi oleh kaum 'ulama'. Teori politiknya ini mendapat dokongan kuat dari Sayid Quth tetapi mendapat tentangan hebat dari kerajaan dan ulama kontemporari ketika itu.


55

Beliau tidak pernah jemu mengkritik kerajaan Pakistan yang tidak menjalankan peraturan dan kaedah-kaedah hidup Islam secara menyeluruh. Hal ini menyebabkan beliau meringkuk dalam penjara beberapa kali. Setiap gerakan politik atau berbau politik pasti akan menerima tentangan. Tokoh penting yang bertindak keluar dari Jamaat al Islami ialah Manzur Numani dan Abul Hassan al-Nadwi. Abul Hassan al-Nadwi berpendapat Rasulullah mengamalkan tauhid Ubudiyah dan tidak tauhid Rububiyah. Sedangkan Maududi menyatakan: “Mestilah diterima hukuman dan peraturan-Nya dalam urusan kehidupan. Jadi yang dikatakan syirik itu bukan semata-mata kerana menyembah yang lain daripada Allah, tetapi juga dengan mengikuti peraturan yang lain daripada yang diturunkan-Nya�

Maududi amat mementingkan kualiti. Lantaran itu Jamaat Islami tewas tiga kali dalam pilihanraya umum di Pakistan . Ini kerana idealismenya hanyak didokong oleh golongan intelek, tetapi golongan marhaen gagal memahami sepenuhnya perjuangan Jamaat. Jamaat tersilap perhitungan dengan menjangkakan selepas Pakistan merdeka, Jamaat dengan mudah menguasai politik. Sebaliknya mereka tidak sedar mengenai perubahan yang telah terjadi setelah merdeka bahawa ada kekuatan lain selain Muslim


56

League : askar, pegawai pentadbiran awam, tuan-tuan tanah, tuantuan

empunya

kilang

yang

masing-masing

mempunyai

kepentingan sendiri. Tetapi Jamaat percaya bahawa kalau Muslim League dapat diatasi ia dapat beroleh kekuasaan sebagaimana Muslim League telah dapat mengambil kekuasaan dari orangg Ingggeris.

Sungguhpun

dalam

tulisan-tulisan

Maududi

menyatakan demokrasi bukan cara mencapai perubahan Islam, tetapi Jamaat terpaksa mengikut arus demokrasi dengan menyertai pilihanraya. Sememangnya Jamaat tidak berupaya untuk menang dalam ketiga-tiga pilihanraya tersebut.


57

CABARAN MEMBANGUN ORGANISASI DAKWAH: KAJIAN AWALAN

Dakwah Islam adalah dakwah yang meliputi semua persoalan hidup dan kehidupan manusia. Menyentuhi masalah aqidah, menerangi bashirah (pandangan), serta mampu memperlihatkan kepadanya yang haq itu haq dan yang batil itu batil dan membawa mereka untuk mengikuti kebenaran dan menjauhi kebatilan.

Tugas dakwah adalah menyeru manusia agar tetap berada dalam fitrahnya yang hanif, dan tetap mematuhi hukum Allah swt. Untuk memimpin manusia kepada jalan fitrah ini, menuntut suatu uswah hasanah (teladan yang baik). Diperlukan metodologi yang memiliki kebijaksanaan dalam mengajak manusia mengimani (mengikuti peraturan dan hukum) Allah dan mengingkari segala macam bentuk thaghut, sehingga dapat mengeluarkan mereka dari kegelapan (jahiliyah) menuju nur Islam yang penuh rahmat.


58

Keberhasilan sebuah dakwah banyak ditentukan oleh keutuhan sesebuah organisasi dakwah itu sendiri. Organisasi yang tersusun rapi dengan misi dan visinya serta pembahagian tugas yang jelas, akan memberikan impak yang besar bagi keberhasilan sebuah dakwah. Menurut Dr. Fathi Yakan, keruntuhan dan ketempangan yang sering terjadi di dalam perjalanan dakwah disebabkan oleh beberapa faktor seperti kepimpinan, personaliti dan tekanan semasa. Sebenarnya, sesebuah organisasi dakwah yang mengalami kelesuan dan gagal mengajak masyarakat untuk tetap berada dalam orbit peraturan Allah swt. disebabkan kerana kelemahan

dalam

pengurusan

organisasi,

terutama

dalam

pengagihan tugas dan fungsi yang tidak jelas. Selain daripada itu, faktor aliran komunikasi yang tidak jelas antara kepimpinan dan anggota organisasi juga menjadi penyumbang kepada kepincangan organisasi dakwah.

Pelaksanaan

program

yang tidak dilandasi

dengan

pembahagian kerja yang teratur akan mengakibatkan tertumpunya kesibukan kepada orang-orang tertentu sahaja sedangkan masih ada kekosongan peranan pada sebahagian besar tenaga yang lainnya.

Selain

itu,

berlaku

juga

keciciran

dalam

mengoptimumkan potensi anggota kerana tidak mendapat


59

perhatian dari kepimpinan organisasi, kebijakan bertindak yang tidak tepat, tidak adanya inventori keahlian para anggotanya mengikut kepakaran dan tingkat mustawa pentarbiahan yang terperinci, adanya dilema dalaman organisasi dalam menentukan halatuju organisasi, sikap ahli organisasi yang tidak peka kepada perkembangan organisasi dalam menghadapi tuntutan perubahan semasa, pemimpin yang lemah dan kurang memiliki kemampuan di dalam mempertahankan dan mengembangkan organisasi sesuai dengan tuntutan zaman dan semasa. Kesemua di atas merupakan penyebab kepada kelesuan bahkan petunjuk kepada kelembapan perkembangan sesebuah organisasi.

Menurut Dr. Fathi Yakan dan Dr. Sayid Muhammad Nuh dalam pemerhatian mereka terhadap pasang surut gerakan organisasi Islam juga dipengaruhi oleh beberapa faktor individu dalam organisasi, iaitu:

1.

Faktor Ujian di dalam organisasi dakwah dan kehidupan

pendakwah merupakan cubaan yang getir. Al Quran telah menjelaskan kepastian ujian di dalam kehidupan seorang mukmin untuk menjernihkan saf dan perbezaan kualiti, serta sebagai penduga kedalaman iman.


60

“Alif, Laam, Miim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?” (Al Ankabut:1-2) “Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (Wahai orang-orang

yang

mengaku

beriman)

sehingga

ternyata

pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.” (Muhammad: 31)

2.

Tekanan pihak keluarga dan kesibukan dalam kerjaya.

Permasalahan

yang

sering

dihadapi

oleh

mereka

yang

berkecimpung di medan Islami adalah dari pihak keluarga seperti isteri, suami, anak-anak dan ibu bapa. Manakala dalam pembinaan kerjaya, para dai‟e telah disibukkan dengan pelbagai misi dan tugasan kerjaya sehingga tidak mampu memberi masa dan tenaga yang semaksimanya kepada tugasan dakwah. Impaknya dalam dua perkara di atas, iaitu faktor kekeluargaan dan kerjaya telah mengesampingkan keutamaan amal dalam menjayakan misi dan visi dakwah organisasi. Mendukacitakan lagi apabila prestasi


61

mereka lebih kehadapan dan profesional dalam urusan kerjaya dan keluarga sebaliknya terkebelakang dan tidak profesional dalam urusan dakwah Ilallah. Sedikit sekali yang dapat melepasi dari faktor ini sehingga dapat dihilangkan rasa takut yang selalu mendominasi dada para daâ€&#x;ie, firman Allah swt yang bermaksud: “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).â€? (At Taubah: 24)

3.

Penyakit futur. Futur ialah suatu penyakit yang dapat

menimpa sebahagian aktivis dan akan menimpa mereka secara praktikal (dalam bentuk perbuatan). Tingkatannya yang paling rendah berupa kemalasan, menunda-nunda atau melambat-


62

lambatkan. Sering memberi alasan bahawa tugas dakwah itu sukar dan tidak mampu untuk

melaksanakannya,

meminimakan

penglibatan diri dalam misi dakwah organisasi atau sekadar menawar diri untuk membuat tugasan yang paling mudah sahaja. Sedangkan kemuncak penyakit futur ini adalah berhenti sama sekali setelah sebelumnya rajin dan bersemangat. Firman Allah swt. yang bermaksud: “Dan (ingatlah) segala yang ada di langit dan di bumi adalah milik kepunyaan Allah jua; dan malaikat-malaikat yang ada di sisiNya tidak membesarkan diri dan tidak enggan daripada beribadat kepadaNya, dan tidak pula mereka merasa penat dan letih. Mereka beribadat malam dan siang, dengan tidak berhentihenti.” (Al-Anbiya‟: 19-20)

Nabi saw. bersabda: “Lakukanlah

amal sesuai

dengan kemampuanmu, kerana

sesungguhnya Allah tidak merasa bosan sehingga kamu sendiri yang merasa bosan. Dan sesungguhnya amalan yang paling dicintai oleh Allah swt. ialah uang dilakukan secara rutin meskipun hanya sedikit.” (Muttafaqa‟alaih).


63

“Bagi tiap-tiap amal ada masa-masa rajinnya, dan tiap-tiap masa rajinnya

itu

ada

kehangatannya.

Barangsiapa

yang

kehangatannya itu kepada sunnahku, maka sesungguhnya ia telah memperolehi petunjuk; dan barangsiapa kehangatannya kepada selain sunnahku, maka sesungguhnya ia telah tersesat.� (H. R. Al-Bazzar)

4.

Cabaran rakan sekitar. Seseorang muslim dibesarkan di

lingkungan keluarganya, kemudian berpindah tempat kerana faktor pendidikan atau pekerjaan dan akan bertemu dengan rakanrakan yang baru. Di sinilah awal terjadinya tarikan jahiliah dan disini jugalah bermulanya pertentangan jiwa. Faktor ini biasanya menguji kepada generasi muda, golongan ini di peringkat awal menerima fikrah dan tanggungjawab dakwah di kampus, aksi mereka begitu bersemangat ketika zaman kampus, merekalah penggerak dan aktivis dakwah kampus. Namun apabila beralih ke medan pekerjaan, mereka ketinggalan dalam gerabak keretapi dakwah, sedangkan potensi, kekuatan dan semangat mereka amat diperlukan oleh organisasi dakwah. Hal ini terjadi apabila mereka tidak bijak memilih rakan taulan dan mereka tidak bijak dalam mengelola waktu dalan berkerjaya. Apabila rakan taulannya di tempat kerja adalah berakhlak baik maka ia akan baik juga, namun


64

apabila sebaliknya maka ia mampu menjadi orang yang hina dina. Nabi SAW. bersabda yang bermaksud: �Seseorang itu mengikuti keagamaan temannya, kerana itu hendaklah kamu memperhatikan orang yang akan kamu jadikan teman.� (H.R. Abu Daud)

5.

Tidak sistematik dalam melakukan sesuatu, baik yang

dilakukannya sendiri mahupun bersama-sama. Ramai aktivis baik secara individu mahupun dalam organisasi yang melakukan kegiatan dakwahnya secara sambilan, tidak sistematik dan tidak teratur. Sehingga mereka mendahulukan masalah yang tidak penting dan mengakhirkan (bahkan mengabaikan) yang prinsip. Penglibatan diri secara sambilan dalam misi dakwah organisasi serta melaksanakan amanah secara tidak sistematik ini akan menyebabkan jalan perjuangan

menjadi beban dan tidak

berkembang. Kesan lanjutnya mereka ini akan mudah lelah dan bosan.

Barangkali dari sinilah kita mengerti rahsia wasiat

Rasulullah saw. kepada Muâ€&#x;adz bin Jabal ketika baginda mengirimnya ke Yaman. Sabda Nabi saw:


65

â€? Sesungguhnya engkau akan mendatangi kaum ahli kitab, maka ajaklah mereka untuk bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan bahawa aku adalah Rasul Allah. Jika mereka telah mentaatimu dalam hal ini, maka beritahulah kepada mereka bahawa Allah memfardhukan kepada mereka zakat yang dipungut dari orang-orang kaya di antara mereka, lantas dikembalikan (diagih-agihkan) kepada orang-orang fakir mereka. Jika mereka telah mematuhi hal ini, maka janganlah engkau merosak harta mereka yang baik-baik, dan takutlah engkau akan doa orang yang teraniaya kerana antara doanya dengan Allah tidak ada penghalang.â€? (Muttafaqaâ€&#x;alaih)

Hadis ini merupakan kaedah pokok melaksanakan urusan dakwah secara sistematik, terancang, sesuai dengan keutamaan dan tingkat kepentingannya yang menuntut kecermatan dan ketelitian. Sikap Muâ€&#x;adz bin Jabal yang faham akan maksud dan panduan yang diberikan oleh Baginda Rasul saw, menjadikan dakwah beliau berjaya di bumi Madinah Al Munawwarah.


66

ILMU ORGANISASI DAKWAH: PENERANGAN DEFINISI

1. Ruanglingkup Dakwah

1.1

Pendahuluan

Dakwah merupakan suatu gerakan yang perlu dititik beratkan oleh semua umat Islam. Kita perlu mengetahui pengertian sebenar dakwah bagi memahami matlamat yang dibawa. Di samping itu, perlu bagi umat Islam mengetahui gerakan ini kerana ia merupakan satu kewajipan bagi setiap umat Islam untuk berdakwah sama ada secara umum atau khusus. Di dalam gerakan ini juga mempunyai metode yang tertentu sebagai satu garisan yang dijadikan sebagai petunjuk bagaimana cara seseorang itu boleh berdakwah. Konsep dakwah adalah menyeru kepada kebaikan dan menghalang daripada keburukan seperti Firman Allah s.w.t yang maksudnya:


67

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik� (Surah al-Imran (3): 110)

Dalam menjalankan

dakwah ini, pendakwah perlu

mempunyai ilmu dan pengalaman bagaimana berhadapan dengan orang yang hendak didakwah. Cara berdakwah setiap orang adalah berbeza,

jadi

ilmu

adalah

asas

yang

penting

untuk

mempelbagaikan teknik berdakwah dalam berhadapan dengan mereka. Terdapat begitu banyak dalil yang menuntut umat Islam agar menjalankan kegiatan dakwah seperti firman Allah s.w.t: Maksudnya: “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdaâ€&#x;wah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang


68

daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya” (Surah alImran (3):104)

1.2

Definisi Dakwah

Dakwah mengikut Kamus Dewan Edisi ketiga ialah kegiatan menyeru dan meyakinkan orang lain supaya menerima sesuatu kepercayaan. Menurut Ensiklopedia Islam dakwah membawa maksud setiap kegiatan yang bersifat menyeru, mengajak dan memanggil orang untuk beriman dan taat kepada Allah s.w.t sesuai dengan garis akidah, syariat dan akhlak Islamiah. Secara kebahasaan, dakwah adalah kata dasar (masdar) dari kata kerja da‟a-yad‟u yang bererti panggilan, seruan atau ajakan. Kata dakwah sering dirangkaikan dengan kata “ilmu” dan kata “Islam”, sehingga menjadi “ilmu dakwah” dan “dakwah Islam” atau alda‟wah al-Islamiyah.

Manakala menurut Ensiklopedia Malaysiana dakwah bererti menyeru. Dalam konteks agama dakwah ialah menyeru ke jalan Allah. Perkataan dakwah juga bermaksud masyarakat Islam.


69

Pada zaman Fatimiyyah, dakwah bererti doktrin, agama, masyarakat, mazhab dan parti kepada imam.

Menurut Idris Ahmad pula dakwah ialah mengajak manusia kepada pengabdian diri kepada Allah s.w.t, ia adalah suatu tugas yang mulia dan ia juga merupakan tugas para nabi dan rasul apabila diutuskan menjadi rasul. Menurut Abu „Urwah, pengertian dakwah dari segi bahasa membawa maksud menyeru atau memanggil, sama ada kepada perkara yang haq atau batil. Selain itu, seruan kepada Allah s.w.t. Allah s.w.t berfirman: Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad), Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha Suci Allah (dari segala i‟tiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain” (Surah Yusuf (13): 108) Dari segi istilah syara‟ pula membawa pengertian yang lebih khusus iaitu seruan atau panggilan ke jalan Allah s.w.t. Muhammad al-Ghazali menjelaskan maksud dakwah sebagai satu program (barnamij) yang lengkap, yang kesemua peringkatnya


70

mengandungi semua ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh manusia bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup dan bagi menyingkap petunjuk jalan yang menjadi petunjuk kepada mereka. Menurut Ibn Taimiyyah dakwah adalah satu usaha seruan ke arah beriman kepada Allah s.w.t dan apa yang disampaikan oleh rasul-rasul-Nya iaitu dengan membenarkan segala perkara yang disampaikan oleh para rasul dan mentaati perintah mereka. Antara tugas dakwah adalah menyuruh (al-amru) melaksanakan apa yang disukai Allah dan rasul-Nya akan perkara yang wajib dan sunat, zahir dan batin. Tugas dakwah juga terdiri daripada menegah (an-nahyu) segala larangan Allah dan rasul-Nya sama ada zahir atau batin. Tidak sempurna dakwah kiranya tidak ke arah melaksanakan apa yang dikehendaki Allah dan meninggalkan apa yang tidak disukai-Nya, sama ada dari perkataan atau perbuatan zahir.

Berdasarkan pengertian tersebut, dakwah merupakan satu kegiatan yang dijalankan oleh segolongan manusia untuk menjalankan menyeru manusia kepada mentaati Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Di samping itu menegah manusia yang melakukan kemungkaran agar kembali ke jalan yang benar.


71

1.3

Hukum Dakwah

Hukum berdakwah kepada golongan yang sesat dan memerlukan pertolongan adalah wajib ke atas semua umat Islam, seperti firman Allah s.w.t, Maksudnya: “Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. (Surah al-Hajj (17):41)

Merujuk kepada ayat di atas, jelaslah bahawa dakwah merupakan suatu kewajipan yang perlu dilakukan oleh setiap umat Islam. Kewajipan ini adalah keperluan bagi menyeru dan membawa manusia kepada jalan Allah s.w.t dan menegah manusia dari melakukan kemungkaran.

1.4

Matlamat Dakwah

Matlamat dakwah tertakluk kepada keadaan situasi yang dihadapi oleh masyarakat Islam. Matlamat dakwah iaitu “amar ma‟ruf nahi mungkar” wujud di negara Islam bagi memastikan Islam sentiasa


72

kekal dalam masyarakatnya serta negara-negara yang masih dalam kekufuran serta ingkar kepada Allah. Seperti firman Allah s.w.t, Maksudnya: “Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya nescaya mereka diberikan balasan yang baik) kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan� (Surah al-Anfal (9): 39)

Ayat di atas telah menunjukkan bahawa Allah s.w.t menyeru kepada umatnya agar membuat kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran. Ini bererti tugas untuk melaksanakan amar makruf nahi mungkar tidak dapat dilaksanakan kecuali dengan adanya pemerintahan Islam seperti wujudnya undang-undang Islam, hukum Hudud dan berjihad ke atas negara-negara kafir. Jika dalam keadaan tiada negara Islam pula, maka matlamat terakhir dakwah ialah untuk menegakkan sebuah negara Islam, seperti firman Allah s.w.t, Maksudnya: “Allah menjanjikan orangorang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum


73

mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan, (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orangorang yang derhaka� (Surah al-Nur (18): 55)

Oleh itu, tugas pendakwah untuk berdakwah ke atas setiap manusia adalah wajib dilaksanakan agar manusia tidak berada di dalam kesesatan. Ini seiiring dengan perintah Allah s.w.t amar makruf nahi mungkar.

1.5

Metodologi Berdakwah

Keperluan

cara

dalam

berdakwah

adalah

penting

untuk

diaplikasikan kepada umat Islam. Ini kerana setiap metode atau cara yang disampaikan kepada masyarakat adalah berbeza tetapi berpandukan al-Quran dan al-Sunnah. Oleh itu, metodologi adalah satu perkara yang penting dalam dakwah kerana ia merupakan penggunaan cara yang teratur dalam penyampaian dakwah untuk


74

mempengaruhi orang yang didakwah. Sesuatu pengajaran walaupun baik, adalah susah diterima oleh mereka jika penyampaian itu tidak betul. Setiap metodologi mempunyai cara dan asas dalam dakwah kerana ia menentukan keberkesanan sesuatu dakwah yang diusahakan. sepertimana firman Allah s.w.t: Maksudnya: �Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih meengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk� (Surah al-Nahl (14): 125)

Ayat tersebut menyatakan cara dakwah yang harus dilakukan oleh setiap pendakwah iaitu dengan cara berhikmah, nasihat yang baik, melalui cara perbincangan, dialog dan perbahasan yang baik. Ketiga-tiga cara tersebut merupakan asas utama kepada metodologi dakwah. Berdasarkan pengertian tersebut, metodologi dakwah merupakan satu sistem untuk menjalankan kegiatan menyeru manusia kepada mentaati Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Sistem ini diwujudkan supaya


75

dijadikan sebagai garis panduan untuk melaksanakan gerakan dakwah kepada umat manusia.

Di dalam bahasa Arab metodologi membawa maksud uslub, manhaj dan wasilah. Perkataan tersebut membawa maksud jalan atau cara. Ia adalah cara membentuk atau cara menggunakan sesuatu atau cara-cara tertentu untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga menjelaskan metodologi bermaksud sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan, disiplin dan sebagainya.

Manakala

menurut

Ensiklopedia

Malaysiana

bermaksud ilmu tentang metode atau disiplin yang digunakan semasa melakukan kajian tertentu untuk mencapai tujuan tertentu ia juga diertikan sebagai cabang yang merumuskan dan menganalisis prinsip-prinsip yang terangkum untuk mendapatkan kesimpulan.

Uslub dakwah terdapat dua pengertian iaitu uslub dakwah dengan makna khusus dan uslub dakwah dengan makna umum. Uslub dakwah dengan makna khusus adalah tertentu kepada cara penyampaian atau bentuk persembahan isi kandungan sahaja seperti melalui cerita, perbandingan, rangsangan, contoh teladan


76

yang baik dan sebagainya. Adapun uslub dengan makna umum atau am ialah cara dakwah yang melibatkan pemilihan isi untuk disesuaikan dengan sasaran, pemilihan saluran dan media untuk disesuaikan sasaran dan pemilihan bentuk penyampaian yang lebih menarik sasaran. Uslub dengan makna am ini sama dengan pengertian manhaj kerana manhaj dakwah itu ialah jalan yang jelas dan teratur dalam semua aspek untuk mencapai matlamat dakwah. Maka metodologi ialah satu ilmu berkenaan dengan kaedah dan prinsip bagi menjalankan sesuatu urusan atau kegiatan seperti kegiatan berdakwah. Ilmu ini penting untuk menghasilkan kerja yang berkualiti.

Di dalam al-Quran telah menyebut tentang asas-asas utama yang perlu ada pada setiap pendakwah supaya cara dakwah yang dilakukan berkesan kepada semua manusia, seperti Firman Allah, Maksudnya: “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih meengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk� (Surah al-Nahl (14): 125)


77

Berdasarkan ayat di atas para ahli dakwah bersepakat bahawa ayat tersebut dijadikan sebagai landasan metode dakwah. Walau bagaimanapun metode tersebut masih bersifat mujmal dan memang hampir kebanyakan pesanan di dalam al-Quran menggunakan kata yang global kemudian dihuraikan melalui hadis-hadis Nabi s.a.w dan tafsiran para ulama yang kadangkadang mengikut pertimbangan berdasarkan situasi dan keadaan. Oleh itu, bahagian-bahagian metode dalam menyampaikan dakwah perlu difahami, di analisa dan diagnosiskan melalui pendekatan ilmu dakwah. Kemudian dijadikan sebuah rumusan yang sistematik sehingga mampu dijadikan sebagai pedoman dalam berdakwah. Para ahli dakwah sepakat, surah al-Nahl seperti ayat di atas, dijadikan sebagai landasan bagi metode dakwah iaitu: 1) Hikmah. 2) Nasihat pengajaran yang baik (al-Maw„izah al-Hasanah). 3) Berbahas(al-Muja dalah).

Ketiga-tiga metode di atas masih bersifat umum dan sememangnya metode tersebut kebanyakan dari pesanan al-Quran menggunakan kata yang umum kemudian dihuraikan melalui hadits-hadits Nabi dan interpretasi para ulama yang kadangkadang atas pertimbangan situasi dan kondisi. Oleh kerana itu,


78

jenis metode dakwah (al-hikmah, al-maw„izah hasanah dan almujadalah) tadi perlu difahami dan dianalisi melalui pendekatan ilmu dakwah yang kemudian dijadikan sebuah rumusan yang sistematik sehingga bisa diharapkan menjadi pedoman dalam berdakwah oleh para daâ€&#x;iyah.

Dakwah secara hikmah bermaksud cara berdakwah menggunakan uslub yang sesuai dengan keadaan orang yang di dakwah. Iaitu sesuatu tindakan boleh menjadi sesuai bagi seseorang individu tetapi tidak sesuai bagi orang lain. Menurut alBayanuni, uslub hikmah terdapat pada sudut-sudut berikut iaitu melalui pemilihan isi atau pendekatan isi, bentuk persembahan isi dan pemilihan saluran atau media. Oleh itu, hikmah boleh dilakukan dalam bermacam-macam bentuk dan gaya, ada dengan cara lembut dan ada dengan cara keras mengikut kesesuaian keadaan orang yang di dakwah. Menurut Muhammad Abduh dakwah bi al-hikmah adalah ilmu yang benar menggerakkan kehendak untuk melakukan sesuatu perbuatan yang bermanfaat. Diikuti pendapat Isfahani pula ialah mencapai kebenaran dengan ilmu dan akal. Manakala Prof. Dr. H. Agil Husin al-Munawar ialah kemampuan untuk memahami semua unsur dalam dakwah meliputi materi dakwah, unsur madâ€&#x;u, metode dan sebagainya


79

sehingga merupakan daya penggerak untuk menentukan langkah yang tepat dan menjalankan metode dakwah yang efektif. Oleh itu, metode ini memerlukan kebijaksanaan pendakwah untuk disesuaikan ke atas setiap madâ€&#x;u. Seperti pepatah melayu ada menyatakan rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Dakwah yang berjaya di sampaikan adalah bergantung kepada kebijasaan daâ€&#x;i dalam menentukan aspek apakah yang diperlukan.

Dakwah secara al-Maw„izah al-Hasanah iaitu dakwah menggunakan nasihat-nasihat yang baik. Menurut Rauf Shalabi, nasihat yang baik bererti kata-kata yang dilakukan secara halus, lembut, tenang, boleh menyejukkan hati, jauh sekali dari menyinggung dan terpancar dari hati yang ikhlas. Nasihat seperi ini memerlukan kefahaman orang orang yang dinasihati bahawa tujuan dari nasihat tersebut adalah untuk kebaikan dirinya, masa depannya sama ada di dunia dan di akhirat. Menurut Prof. Dr. Said Agil Husin al-Munawar, al-Maw„izah al-Hasanah membawa maksud nasihat yang baik. Kata nasihat berasal dari bahasa Arab, dari kata kerja nasoha ( (

) yang membawa maksud kholaso

) iaitu bersih dari segala kotoran. Dan dikatakan bahawa kata

nasihat berasal

iaitu orang menjahit pakaiannya.

Apabila mereka menjahitnya, maka mereka mengumpamakan


80

perbuatan menasihat yang selalu menginginkan kebaikan orang yang dinasihatinya dengan jalan memperbaiki pakaiannya yang robek. Menurut al-Asfahani pula ia adalah tindakan mengingatkan seseorang dengan baik dan lemah lembut agar dapat melunakkan hatinya. Apabila ditarik suatu pemahaman bahawa al-Maw„izah al-Hasanah merupakan salah satu manhaj dalam dakwah untuk mengajak ke jalan Allah dengan cara memberi nasihat. Menurut pendapat al-Bayanuni, terdapat beberapa bentuk kata-kata yang termasuk ke dalam nasihat yang baik iaitu:

1) Kata-kata yang berterus-terang tetapi dengan nada yang lembut dan halus. 2) Suatu penjelasan yang lembut dan difahami. 3) Suatu kiasan yang beradab. 4) Bentuk cerita atau jenaka. 5) Mengingati nikmat-nikmat yang boleh membawa kepada kesyukuran. 6) Penjelasan tentang pujian dan celaan dari Allah. 7) Penjelasan tentang janji-janji Allah dengan kemenangan dan kekuatan. Dakwah

secara

al-Mujadalah

iaitu

perbincangan

bersemuka dengan berusaha mengeluarkan hujah-hujah untuk


81

mempertahankan pihak masing-masing. Menurut Rauf Shalabi, perbincangan dengan cara paling sesuai hendaklah dilakukan dengan menjaga adab-adab supaya tidak difahami untuk menjatuhkan

pihak

yang

terlibat

dan

tidak

pula

untuk

memburukkan dan menghina pendapat yang berkenaan. Tetapi, ia semata-mata untuk mencari kebenaran. Ia bukan untuk menang, mengada-adakan perbahasan, menaikkan nama dan lain-lain, tetapi semata-mata untuk dakwah dan menyampaikan kebenaran. Manakala menurut Dr. Abdul Karim Zaidan menyatakan bermujadalah membawa maksud perbincangan dan hiwar yang berlangsung antara dua orang atau lebih. Setiap pihak mempunyai pandangan yang tersendiri dalam sesuatu masalah. Mungkin dalam sesetengah keadaan sasaran dakwah tidak dapat menerima dakwah yang disampaikan oleh pendakwah sebaliknya mereka mahu berdialog dan berdebat dengan pendakwah. Menurut alBayanuni

menjelaskan

bahawa

al-Mujadalah

mempunyai

keistimewaan. Antaranya: 1) Berdasarkan kepada ilmu dan pengetahuan yang mantap. Kalau tidak, tidak boleh dilakukan dengan cara ini. 2) Mengemukakan alasan dan hujah kepada sasaran dan ia diperlukan oleh Islam kerana kebenaran Islam berdasarkan hujah yang jelas dan alasan yang kukuh.


82

3) Mendapat kesan yang bermacam-macam seperti kepuasan fikiran untuk menerima pihak yang kuat hujahnya, menyuburkan intelektual dan dapat menghilangkan taksub dan ikutan membabi buta terhadap sesuatu pendapat tanpa usul periksa dan tanpa memikirkan kebenarannya.

2. Ruanglingkup Organisasi dan Pengurusan Organisasi

2.1

Definisi Organisasi

Setiap organisasi, secara amnya, merupakan himpunan individu ( dua atau lebih ) yang menjalankan tugas tersendiri mengikut unit kerja, yang kemudiannya diselaraskan bagi mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan. Kenyataan di atas menunjukkan bahawa organisasi merupakan satu sistem sosial yang merangkumi semua bentuk kumpulan, termasuk syarikat perniagaan, badan kerajaan dan separruh kerajaan, kumpulan sukarela, badan kebajikan, agama dan sebagainya.

2.2

Definisi Pengurusan Organisasi

Pengurusan, pada amnya dapat didefinisikan seperti berikut:


83

1.

Pengurusan sebagai proses perancangan, penyusunan,

pengarahan, dan pengawalan usaha ahli-

ahli organisasi dan

menggunakan semua sumber organisasi untuk mencapai matlamat organisasi.

2.

Pengurusan sebagai proses pengarahan, penyelarasan, dan

pengaruh ke atas operasi organisasi untuk mencapai matlamat yang dikehendaki dan prestasi sepenuhnya.

Definisi di atas, walaupun mempunyai sedikit perbezaan dari segi bilangan dan jenis fungsi pengurusan, tetapi kedua-dua definisi itu mengandungi perkataan "proses" dan "matlamat". Ini bermakna, dua aspek penting di dalam pengurusan ialah:

1. Pengurusan sebagai proses: Menjalankan kerja secara sistematik serta memerlukan hubungan tertentu antara satu aktiviti dengan satu aktiviti yang lain.

2. Mencapai matlamat organisasi: Apabila aktiviti organisasi itu berjalan dengan teratur dan berhubung atau membantu antara satu dengan lain, maka matlamat organisasi itu dapat


84

dicapai.

Matlamat

organisasi

dapat

berbentuk

kualitatif

(subjektif) atau kuantitatif (objektif).

1.3

Ciri-ciri organisasi

1. Sesebuah organisasi yang telah dibentuk akan melambangkan identitinya yang tersendiri.Misalnya, sebuah universiti seharusnya melambangkan tempat untuk menimba ilmu, sebagai sebuah pusat penyelidikan, dan juga sebagai sebuah institusi yang memberi perkhidmatan dan sumbangan kepada masyarakat sama ada dalam bentuk bimbingan atau khidmat nasihat, dan pengajaran dan pembelajaran lain. Untuk mencerminkan identiti atau nilai- nilai tinggi hendaklah

sebagai

sebuah

memainkan

menara

peranan

yang

gading,

universiti

diharapkan

oleh

masyarakat kampus khususnya dan masyarakat awam amnya. Dengan demikian fungsi sesebuah universiti itu didapati berbeza dengan organisasi-organisasi lain yang mempunyai objektif tertentu.

2. Di dalam sesebuah organisasi, sama ada organisasi kecil atau besar, ia mempunyai hierarki atau tingkat autoriti. Jika dibandingkan antara kedua-dua organisasi kecil dan besar, sudah


85

tentu ia berbeza dari segi bilangan hierarki (tingkat) aktiviti dan bilangan kakitangan pengurusan pada setiap tingkat. Misalnya, organisasi besar mungkin mempunyai lebih daripada tiga tingkat autoriti dan setiap tingkat autoriti itu akan mempunyai lebih daripada tiga atau empat pegawai yang bertanggung-jawab kepada ketua-ketua mereka yang berada pada peringkat yang lebih tinggi lagi.

3. Di dalam sesebuah organisasi, terdapat pembahagian kerja berdasarkan jenis pekerjaan atau bahagian yang diwujudkan. Pada umumnya, organisasi pembuatan mewujudkan bahagian-bahagian sepertibahagian pengeluaran dan pentadbiran. Di bahagian pentadbiran, terdapat beberapa unit lain seperti personel, pemasaran, dan kewangan. Organisasi yang mempunyai tiga bahagian itu beroperasi secara pembahagian kerja mengikut tanggungjawab yang tertentu.

4. Bagi menentukan aktiviti organisasi supaya berjalan dengan lebih teratur seperti yang dirancangkan, ia memerlukan sistem pengawasan, penyelarasan dan pengawalan ke atas perjalanan aktiviti. Dengan demikian, di dalam sesebuah organisasi, peraturan, dasar, prosedur, dan sistem hubungan hendaklah


86

dijelaskan kepada kakitangan dengan jelas dan nyata.

1.4

Proses/ fungsi pengurusan organisasi

Proses atau fungsi pengurusan dapat dibahagikan kepada beberapa fungsi bergantung kepada cara kita mengelaskan fungsi-fungsi

perancangan,

penyusunan,

penyelarasan,

penstafan, dan pengawalan. Pada amnya, fungsi pengurusan dibahagikan

kepada

empat

sahaja,

iaitu

perancangan,

penyusunan, pengarahan, dan pengawalan. Fungsi tersebut adalah berkait rapat antara satu dengan yang lain bagi mewujudkan satu proses pengurusan yang berterusan.


87

PENGURUSAN HAL EHWAL ISLAM DI DALAM ORGANISASI

Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengurusan hal ehwal Islam pada kebiasaannya adalah melibatkan hal-hal pentadbiran dalam organisasi yang besar seperti sesebuah negara atau negeri, atau dalam organisasi yang mempunyai kuasa yang luas seumpama

sesebuah

jabatan

yang

dipertanggungjawabkan

terhadap sesuatu hal ehwal atau „portfolioâ€&#x;. Walaupun begitu, ramai umat Islam percaya bahawa pengurusan hal ehwal Islam itu sepatutnya bermula daripada sekecil-kecil organisasi. Keadaan ini berlaku kerana tidak ada ruang lingkup yang khusus berkaitan perlaksanaan pengurusan hal ehwal Islam ini.


88

Cendikiawan Islam mengakui bahawa pengurusan hal ehwal Islam itu boleh berubah mengikut keadaan dan masa atau dengan lain perkataan perlaksanaan pengurusan ini mempunyai keanjalan (fleksibiliti) dalam keadaan tertentu. Berikut adalah satu kenyataan yang ditegaskan oleh seorang cendikiawan Islam berkaitan perkara tersebut:

“…demikian

juga

cara

Rasuullah

s.a.w

mengurus

dan

mentadbirkan kerajaan tidak semestinya diikut secara total oleh generasi kemudian kerana soal pengurusan boleh berlaku perubahan dan perkembangan mengikut perubahan masa dan keadaan. Apa yang wajib kita ikuti dan contohi ialah konsep „Islah‟ iaitu menjaga kemaslahatan umat dan mengawasi isi kandungan syariat Islam agar tidak diselewengkan oleh sesiapa” (Ahmad Ibrahim, 1991:43)

Oleh kerana luasnya ruang lingkup pengurusan hal ehwal Islam yang hendak dilaksanakan, maka timbul satu persoalan berkaitan apakah perkara yang sepatutnya ditekankan atau diambil kira dalam melaksanakan jenis pengurusan ini di dalam organisasi


89

yang kecil? Kebanyakkan perbicaraan berkaitan kecemerlangan pengurusan Islam dalam organisasi kebanyakannya meberi penekanan kepada beberapa perkara berikut:

1.

Perancangan.

Perancangan adalah langkah awal dalam melaksanakan sesuatu tindakan. Ini bermakna perancangan adalah punca sesuatu tindakan itu diambil. Ada yang mentakrifkan perancangan itu adalah sebagai “mengkaji aspek-aspek atau perkara-perkara yang berbagai-bagai sebelum melakukan sesuatu kerja, kemudian memilih satu cara yang paling baik yang membolehkan tercapainya matlamat dalam masa tertentu, mengikut keupayaan serta suasana dan keadaan yang tertentu” (Ahmad Ibrahim, 1991: 111). Ada pula yang mentakrifkannya sebagai berikut: “…kaedahkaedah yang terperinci yang diatur terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu” (Jaafar Muhammad, 1988:39)


90

Jika diperincikan dan dilihat dari sudut organisasi, perancangan itu adalah meliputi perkara-perkara seperti merangka dasar dan objektif, merangka kewangan dan peruntukkan, merangka strategi pelaksanaan dan yang paling penting ialah merangka atau menyusun program perlaksanaan aktiviti untuk sesuatu tempoh tertentu. Oleh yang demikian perancangan ini dilihat sebagai satu menu utama dalam sesebuah organisasi dalam perlaksanaan pengurusan hal-ehwal Islam. Perancangan inilah yang akhirnya akan menghasilkan tindakan-tindakan yang dilihat sebagai perlakuan kepada pengurusan.

2.

Pengurusan sumber manusia (penstafan).

Perkara yang tidak kurang pentingnya dan perlu diberi tumpuan ialah berkaitan pembangunan sumber manusia (penstafan) atau di dalam sesebuah organisasi dipanggil sebagai perjawatan. Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi tumpuan dalam pembangunan sumber manusia (penstafan) ini, antaranya ialah:


91

i)

Akauntabiliti (Masâ€&#x;uliyyah) – iaitu berkaitan kepimpinan

di dalam tugas dan tanggungjawab yang diberi. Penerapan bahawa setiap individu itu adalah pemimpin dan bertanggungjawab kepada kepimpinannya (tugasnya) perlulah diterapkan dalam pembangunan sumber manusia.

ii)

Penentuan perjawatan – iaitu mengenalpasti mereka yang

mempunyai kelayakan yang sewajarnya diberi perjawatan yang sepatutnya. Di dalam hal ini, Ibn Taimiyyah (1995) pernah menganjurkan bahawa seseorang yang dilantik dalam apa juga jawatan mestilah mempunyai dua sifat asas, iaitu amanah dan quwwah.

iii)

Latihan (ilmu) – iaitu mendedahkan penjawat jawatan

dengan kepelbagaian ilmu dalam bidang penjawatan mereka untuk membantu mereka dalam melaksanakan tugas harian mereka dan secara tidak langsung juga membantu dalam pencapaian organisasi.


92

3.

Pengorganisasian.

Pengorganisasian boleh diertikan sebagai gabungan dua orang atau lebih yang bekerja bersama-sama secara koordinasi bagi mencapai sesuatu objektif (Jaafar Muhammad, 1988:64). Di dalam proses pengorganisasian, beberapa kegiatan perlu dilakukan, antaranya

menentukan

kerja-kerja

yang

mesti

dijalankan,

mengumpul tugas-tugas yang perlu dilaksanakan, membahagi kerja-kerja kepada pekerja-pekerja yang sesuai dan mengadakan mekanisme bagi menyelaras semua kerja.

4.

Penilaian hasil kerja.

Amalan melihat semula hasil sesuatu kerja sudah lama diamalkan di dalam Islam. Rasulullah s.a.w sendiri sentiasa melihat dan mengadakan perbincangan semula terhadap sesuatu kerja yang telah dilakukan, contohnya setiap kali melalui peperangan Rasulullah s.a.w akan mengumpulkan para sahabatnya untuk bertanya berkaitan hasil peperangan dari berbagai sudut.


93

Di dalam organisasi moden amalan ini amat penting dalam menilai sesuatu aktiviti yang dijalankan. Ini kerana sesetengah aktiviti akan berulang pada tahun-tahun berikutnya. Oleh itu, kelemahan yang wujud dan pembaharuan yang akan dilaksanakan pada tahun berikutnya akan mudah dibaiki dan dilaksanakan. Penilaian hasil kerja boleh dilakukan dengan berbagai cara antaranya termasuklah mengadakan perbincangan (Syura), laporan tahunan, statistik dan perangkaan dan seumpamanya. Dengan adanya penilaian hasil kerja ini apa juga kelemahan akan dapat diatasi.


94

DASAR AMALAN PENGURUSAN HAL EHWAL ISLAM: TUMPUAN KEPADA ORGANISASI

Di dalam amalan dan praktis pengurusan hal ehwal Islam di dalam kehidupan manusia, terdapat beberapa dasar dan intipati yang menjadi tujahan penting untuk ditonjolkan, antaranya adalah;

1.

Amalan nilai-nilai murni.

Menurut Rokeach (1973), amalan dan praktis nilai-nilai murni adalah berfungsi sebagai ukuran yang membantu individu mengenalpasti kedudukannya di dalam sesuatu isu sosial atau moral. Tegasnya, nilai bukan sahaja memberi satu tunjuk arah kepada seseorang tentang bagaimana dia patut berkelakuan terhadap orang lain, malah bagaimana untuk menilai tingkahlaku sendiri serta orang lain. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa amalan nilai-nilai menyediakan satu piawai yang asas dan kekal


95

(konsisten) supaya dapat membantu individu dalam pemikiran dan perlakuannya. Imam al-Ghazali di dalam bukunya Ihyaâ€&#x; Ulumuddin telah menggariskan beberapa kefungsian amalan nilai murni di dalam kehidupan. Antaranya amalan nialai-nilai ini akan menjadikan seseorang itu sentiasa berpegang dengan prinsip-prinsip agama yang kukuh. Lantaran itu, dua faedah didapati pertama; individu yang mengamalkannya akan sentiasa dipandang mulia dan keduanya;

terjalinnya

hubungan

antara

seseorang

dengan

seseorang atas dasar kasih sayang yang akrab. Perkara asas yang ingin disimpulkan oleh al-Ghazali ialah dengan amalan nilai-nilai murni ini dapat menjaga dua hubungan, iaitu hubungan keagamaan dan hubungan interpersonal.

2.

Etika keperibadian mulia.

Etika keperibadian mulia ialah penonjolan sifat, perangai dan perwatakan mulia. Perkara ini mula-mula dibincangkan oleh Aristotle (384-322 S.M) dengan menggunakan perkataan 'virtues'. Di dalam dunia Arab perbincangannya menggunakan perkataan 'Fadhilah' atau 'Muruwwah'. Sifat, perangai dan perwatakan ini adalah

merangkumi

perlakuan

keadilan,

kemurahan

hati,


96

keberanian,

kejujuran,

kesabaran

dan

kebijaksanaan

yang

memainkan peranan penting di dalam moral. Kehidupan manusia sentiasa dilingkungi oleh sifat dan perwatakan tersebut samada dalam bentuk individu atau interpersonal. Sifat dan perwatakan ini sekaligus menjadi ukuran terhadap amalan moral seseorang selain daripada amalan nilai-nilai murni. Oleh itu, tidak keterlaluan jika dikatakan orang yang mempunyai sifat dan perwatakan yang berlawanan dianggap sebagai manusia yang tidak mempunyai keperibadian mulia atau tidak beretika.

Etika keperibadian mulia memerlukan asuhan dan didikan yang sempurna. Ini kerana pada asasnya manusia dilahirkan serba boleh di dalam perlakuannya. Ini bermakna di samping mempunyai etika keperibadian mulia, manusia juga mempunyai etika yang berlawanannya dengan keperibadian mulia tersebut. Oleh itu, kecenderungan untuk tidak beretika juga adalah salah satu dari sifat semulajadi manusia. Tempat bekerja atau organisasi tempat kerja adalah contoh etika keperibadian mulia ini.


97

3.

Kemoralan sosial.

Iaitu etika yang berkaitan perlakuan manusia di dalam masyarakat sekeliling tempat hidupnya. Perlakuan ini asalnya dinyatakan di dalam bentuk percakapan dan akhirnya dibuktikan melalui perbuatannya. Contohnya, etnik Jawa umpamanya berpegang kepada peraturan tradisi bahawa sesuatu permintaan tidak boleh terus ditolak dengan jawapan 'Mboten' (tidak), jawapan yang lebih baik dan tepat ialah 'Engggih' (ya) dan jika permintaan itu terpaksa ditolak, alasannya dinyatakan dengan penuh sopan dan tertib. Perlakuan bergini dianggap sebagai sesuatu yang biasa pada masyarakat timur dengan alasan tidak mahu mengecilkan hati masyarakat sekeliling. Tatakromo ini adalah sebagai satu bentuk kemoralan sosial.

Tetapi kemoralan sosial ini perlu mengambil kira beberapa perkara. Antaranya ialah sensitiviti masyarakat, sensitiviti agama, sensitiviti

individu

dan

keupayaan

mengenalpasti

sesuatu

permintaan tersebut samada boleh dicapai atau tidak. Perlakuan ini juga mestilah mengambil kira permintaan tersebut samada ianya bersifat mendatangkan faedah bersama atau sebaliknya. Praktis


98

perlakuan

ini

sebenarnya

telah

memenuhi

amalan

etika

interpersonal.

4.

Insan bermoral.

Insan bermoral lebih kepada dasar pembentukan keperibadian atau sahsiah

mulia

sekalipun

tidak

melibatkan

individu

atau

masyarakat. Ini bermakna, individu itu sepatutnya berfikir tentang kebaikan insan bermoral berbanding dengan insan yang tidak bermoral. Selepas itu individu tesebut seharusnya menjadikan insan bermoral ini sebagai prinsip dalam mengatur hidupnya. Contohnya, individu yang mengamalkan nilai jujur dan amanah di dalam pekerjaan sehariannya, maka nilai-nilai tersebut akan sentiasa terserlah walaupun individu tersebut bekerja tanpa pemantauan ataupun dengan pemantauan yang minimum.

Motivasi diri yang tinggi adalah asas kepada perlakuan insan bermoral ini. Oleh itu, seringkali dilihat mereka yang tidak mempunyai prinsip diri gagal di dalam mencapai sesuatu matlamat atau cita-cita. Ini kerana kejayaan itu datangnya daripada amalan prinsip atau amalan moral peribadi yang bersungguh-sungguh.


99

Praktis nilai dalam pengurusan hal ehwal Islam

Terdapat beberapa nilai yang cuba diterapkan oleh pengurusan hal ehwal Islam ini jika disentuh daripada sudut etika kerja Islam. Legitimasinya, tanpa nilai-nilai tertentu di dalam etika kerja tidak akan bermakna sesuatu tindakan atau pekerjaan itu. Oleh yang demikian, maka Islam telah mencadangkan etika kerja Islam yang mengandungi satu rangkaian nilai-nilai murni terutama yang terkandung di dalam pengurusan hal ehwal Islam. Rumusan mengenai nilai-nilai yang terkandung di dalam pengurusan hal ehwal Islam yang berkaitan dengan etika kerja Islam termasuklah;

1.

Mas'uliah dalam tindakan dan pekerjaan.

Mas'uliah adalah perkataan Arab yang membawa maksud konsep sikap dan amalan pertanggungjawaban di dalam etika kerja Islam. Di dalam konsep Mas'uliah ini setiap pekerja mestilah mengamalkan sikap bertanggungjawab dalam setiap tindakan pekerjaannya dan Mas'uliahnya yang utama ialah kepada penciptanya. Konsep Mas'uliah dalam pengertian pengurusan hal ehwal Islam ini jelas seperti maksud di dalam firman Allah s.w.t yang bermaksud:


100

"Barangsiapa

melakukan

kebaikan,

meskipun

seberat zarah timbangannya, akan dilihatkan balasan kebaikan itu, Barangsiapa melakukan kejahatan, meskipun sebesar zarah timbangannya, akan diperlihatkan balasan kejahatannya itu" (129:7-8)

Di dalam memahami konsep Mas'uliah di dalam pengurusan hal ehwal Islam ini, secara umumnya dapat dibahagikan kepada beberapa kategori berikut;

i)

Mas'uliah peribadi - menanamkan sikap bertanggungjawab

terhadap kerja yang selari dengan kehendak Syariah semata-mata kerana amanah yang datang daripada ketua dan yang lebih penting ialah untuk menunaikan amanah kerja kerana Tuhan.

ii)

Mas'uliah kepimpinan - Menanamkan sikap kepimpinan di

dalam tindakan yang dilakukan. Ini kerana setiap orang itu tanpa mengira kerjayanya adalah seorang pemimpin. Sifat kepimpinan ini direalisasikan dengan tindakan-tindakan yang baik dan boleh dijadikan teladan kepada orang lain.


101

iii)

Mas'uliah pekerja - Menanamkan sikap bertanggungjawab

melakukan sesuatu tindakan berdasarkan kepada peranan yang telah diberikan. Di dalam perkara ini kepatuhan kepada arahan adalah menjadi ukuran kepada sesuatu tindakan yang dilakukan.

iv)

Mas'uliah organisasi - Organisasi yang baik adalah sebuah

organisasi yang beroperasi berdasarkan kepada 'Maqasid Syariah' iaitu meletakkan batasan Syariah sebagai undang-undangnya dan yang

lebih

penting

ialah

bertanggungjawab terhadap

organisasi

mempunyai

rasa

apa yang dipanggil 'Dharuriyyah'

pada seseorang pekerja, iaitu lima perkara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

2.

Al-Wala' dalam pekerjaan.

Pada dasarnya konsep al-Wala' dalam pengertian pengurusan hal ehwal Islam ialah sifat kepatuhan, ketaatan dan keakuran di dalam melakukan sesuatu tindakan di dalam sesebuah organisasi atau di dalam melakukan pekerjaan yang melibatkan hubungan dua hala. Kepatuhan ini bukan sahaja dari skop hubungan manusia dengan manusia sahaja seperti hubungan pekerja dengan majikannya


102

tetapi melangkaui sifat-sifat dalaman seperti mengutamakan kepatuhan kepada Tuhan dan juga termasuklah konsep al-Wala' disini ialah kepatuhan di dalam bentuk-bentuk dokumentasi seperti undang-undang, peraturan-peraturan, etika-etika dan seumpamanya.

Suatu perkara yang menarik berkaitan konsep al-Wala' terutama di dalam pengertian pengurusan hal ehwal Islam ini ialah maksud yang tersirat di sebaliknya. Ramai ilmuan Islam mengaitkan konsep al-Wala' ini dengan nilai-nilai kasih sayang, tolong menolong, bantu membantu, bekerjasama dan mencari persefahaman

di

dalam

tindakan

untuk

menghasilkan

permuafakatan. Perbicaraan cendikiawan Islam tentang perkara ini berkemungkinan dilihat dari sudut kesan perlaksanaan konsep alWala'

ini di dalam organisasi atau masyarakat, iaitu apabila

dilaksanakan maka akan terhasillah nilai-nilai yang dinyatakan tersebut.

Walaupun begitu, terdapat beberapa tegahan dan larangan perlaksanaan konsep al-Wala' ini terutama di dalam pengertian pengurusan hal ehwal Islam di dalam pekerjaan. Secara umumnya,


103

tegahan dan larangan tersebut boleh dilihat dari maksud ayat alQuran di bawah:

i)

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orangorang yang tidak beriman sebagai teman rapat (memberi al-Wala')

dengan

meninggalkan

orang-orang

yang

beriman. Sesiapa yang melakukan (larangan) yang sedemikian, maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apa pun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu yang bahaya yang dditakuti dari pihak mereka (golongan orang yang tidak beriman itu). Allah telah memerintahkan supaya kamu beringatingat terhadap kekuasaaan diriNya. Kepada Allah juga tempat kembali" (3:28)

ii)

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi orang dalam (yang diberi al-Wala'). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada

pertuturan

mulut

mereka

dan

apa

yang

disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi.


104

Sesungguhnya

telah

kami

jelaskan

kepada

kamu

keterangan-keterangan itu, jika kamu memahaminya" (3:118)

iii)

"Sampaikanlah khabar berita kepada orang yang berpurapura bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka seksaan yang tidak terperi sakitnya (orang yang berpurapura ialah orang yang mengambil orang yang tidak beriman untuk di beri al-Wala'). Tidaklah patut orang yang berpura-pura ini mencari kekuatan dan kemuliaan dengan menjadikan orang-orang yang tidak beriman ini di beri al-Wala'. Sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya milik Allah" (4:144)

3.

Ahsan dalam pengurusan.

Konsep Ahsan secara umumnya ialah menanamkan sifat-sifat terbaik dalam semua aspek kehidupan. Jika dilihat dari sudut pekerjaan, Ahsan dimaksudkan sebagai melakukan tindakantindakan yang terbaik dalam melaksanakan tugas yang diberikan. Perbincangan yang lebih detil berkaitan konsep Ahsan ini dari


105

sudut etika pekerjaan ialah menekankan strategi, taktik dan metod dalam setiap tindakan yang dilakukan berdasarkan kepada aplikasi keilmuan dan kemahiran semasa dan sejagat. (Osman Ayub, 1988: 4)

Konsep Ahsan diaplikasikan di dalam dunia moden ini dengan apa yang disebut sebagai profesionalisme di dalam pekerjaan. Terdapat beberapa perbezaan khusus perlaksanaan Ahsan

ini

dengan

apa

yang

difahami

melalui

konsep

profesionalisme. Paling utama ialah Ahsan di dalam pengurusan hal ehwal Islam merangkumi sifat dalaman dan luaran, iaitu jika disentuh dari sudut dalaman, perbicaraannya adalah menyentuh tentang nilai-nilai kejujuran dan keikhlasan dalam tindakan untuk Tuhan dan manusia, manakala di sudut luaran pula ialah personalia Islam atau akhlak Islam yang berdasarkan kepada ilmu dan kemahiran. Ukuran konsep profesionalisme pula hanya dilihat dari sudut luaran semata-mata iaitu, seseorang itu mestilah bertindak mengikut keilmuan dan kemahirannya. Keilmuan dan kemahiran pada kebiasaannya ditandakan dengan jawatan yang dipegang.


106

Perlaksanaan Ahsan di dalam pengurusan hal ehwal Islam dapat dicapai melalui penumpuan tiga cara berikut;

i)

Ahsan al-Jasd

- iaitu dengan menanamkan dan

melaksanakan personalia Islam seiring dengan keilmuan dan kemahiran seseorang. Perkara ini menuntut seseorang itu walaupun mempunyai tahap keilmuan dan kemahiran yang sejagat untuk mengetahui konsep-konsep perlaksanaan akhlak Islam.

ii)

Ahsan al-Akl - iaitu menjaga kesihatan akal fikiran

daripada unsur-unsur negatif seperti hasad dengki, cemburu, mengutamakan diri sendiri dan lain-lain lagi. Ini kerana seseorang yang mempunyai

sifat-sifat begitu pada kebiasaannya akan

menterjemahkannya di dalam tindakan. Maka akan wujudlah selepas itu etika kerja yang mempunyai unsur-unsur negatif.

iii)

Ahsan al-Roh - iaitu satu fenomena yang tidak dapat

difahami oleh orang lain kecuali yang empunya diri. Roh yang sentiasa mahukan kebaikan dalam tindakan dan mahu sentiasa memperbaiki tindakan dan pekerjaannya adalah sesuai untuk diterapkan konsep Ahsan ini.


107

4.

Menjaga kualiti kerja dalam pengurusan hal ehwal Islam.

Secara konvensionalnya nilai kualiti dapat difahami melalui ungkapan berikut: Quality is the degree to which a product or service conforms to a set of predetermined standards related to the characteristics that determine its value in the market place and its performance of the function for which it is designed" (Wan Azmi Ramli, 1994: 255)

Pada

dasarnya

perlaksanaan

nilai

kualiti

mestilah

mempunyai beberapa prasyarat utama, antaranya mestilah mempunyai „standardâ€&#x; atau piwaian yang khusus sebagai ukuran, mempunyai ciri-ciri menepati piawaian dan sejauhmana ciri-ciri tertentu tersebut menepati piawaian. Ukuran kepada kualiti jika diterjemahkan di dalam tindakan dalam pekerjaan bermaksud, sejauhmana tindakan-tindakan yang dilakukan menepati ukuran piawaian yang telah ditetapkan. Di dalam perkara ini kualiti tindakan di dalam pengurusan hal ehwal Islam adalah menepati untuk diukur kerana mempunyai prasyarat utama. Ruanglingkup pengurusan hal ehwal Islam sendiri sebagai „standardâ€&#x; atau ukuran piawaian, tindakan-tindakan dalam lingkungan maksud pengurusan sebagai ciri untuk diukur.


108

Kecemerlangan di dalam Islam tidak diukur dari segi pertimbangan utilitarian yang hanya dilihat melalui penilaian manfaat berbanding kos semata-mata tetapi ia tertakluk kepada keredhaan Tuhan. Oleh itu, ibadah adalah satu bidang yang berkait terus dengan mendapat keredhaan Tuhan ini dan perkara yang kedua ialah tindakan dan pekerjaan seseorang yang mengikut landasan yang dibenarkan juga menuju kepada keredhaan Tuhan. Oleh yang demikian, maka memperelokkan tindakan atau dengan erti kata yang lain mempunyai „standardâ€&#x; penilaian di dalam tindakan dan pekerjaan adalah perlu dan menjadi wajib kepada orang-orang Islam. (Wan Liz Ozman Wan Omar, 1997: 73)

5.

Menghalang etika kerja Mazmumah.

Apabila di teliti daripada sudut penerapan nilai-nilai di dalam pengurusan hal ehwal Islam ini, ia menunjukkan kepada perlaksanaan tingkahlaku atau perbuatan manusia yang dianggap ideal dan bersifat universal. Ia bersesuaian dengan semua lapisan pekerjaan masyarakat. Nilai-nilai yang cuba diterapkan adalah nilai-nilai yang tergolong di dalam ketegori Mahmudah dan menghalang daripada perlaksanaan tingkahlaku Mazmumah.


109

Larangan

melaksanakan

tindakan

yang

berunsur

Mazmumah walaupun tidak dinyatakan secara jelas tetapi daripada contoh pemahaman pengurusan hal ehwal Islam yang telah dinyatakan terdapat beberapa tingkahlaku Mazmumah yang dilarang samada yang bersifat dalaman atau yang bersifat luaran, antaranya;

i)

Riya' (niat yang tidak baik) - jelas menunjukkan bahawa

pengurusan ini meletakkan kepentingan teologi iaitu niat bekerja kerana Tuhan pada tempat yang utama kemudian barulah meletakkan kepentingan lain sebagai susulan. Riya' adalah unsur dalaman yang tergolong di dalam tingkahlaku Mazmumah. Jika difahami dari sudut pekerjaan, ia bermaksud meletakkan kepentingan lain seperti menunjuk-nunjuk, bekerja kerana bos disebalik tindakan yang baik dan positif yang dilakukan dan seumpamanya.

ii)

Penipuan - khusus di dalam tingkahlaku dan tindakan yang

dilakukan. Ia berkait rapat dengan konsep kejiwaan. Ini bermaksud ketinggian ilmu dan kemahiran bukan jaminan untuk


110

menghalang tindakan Mazmumah ini. Hanya kepercayaan metafizik sahaja yang dapat menghalang tingkahlaku ini.

iii)

al-Kasal - iaitu sifat pemalas di dalam melakukan gerak

kerja. Pengurusan hal ehwal Islam secara terang-terangan menghalang daripada berlakunya tindakan al-Kasal ini dengan penekanan unsur-unsur sentiasa memperbaiki diri.

iv)

al-Hasad - di dalam melakukan tindakan yang boleh

menjatuhkan orang lain. Sifat dengki ini akan dapat dilihat melalui tindakan dan tingkahlaku seseorang terutama sekali di dalam mengejar cita-cita.

v)

al-Riswah - iaitu suatu sifat yang bukan sahaja dihalang di

dalam agama tetapi juga di dalam undang-undang masyarakat. Tindakan rasuah adalah satu tindakan yang boleh menjatuhkan bukan sahaja maruah diri tetapi juga keteguhan organisasi dan masyarakat.


111

AMALAN PENGURUSAN ISLAM DI MALAYSIA

Pendahuluan

Sebelum kita dapat membincangkan perkara di atas, perlulah jelas dalam pemikiran kita tentang apakah sebenarnya yang cuba kita perkatakan. Ini memandangkan tajuk di atas kelihatan begitu umum dan dari satu segi, tidak begitu releven untuk dihuraikan jika yang hendak disentuh di sini adalah pengurusan Islam itu sendiri sebagai satu korpus ilmu baru yang telah dibangunkan dengan rapi dan sistematik lalu dijadikan sebagai premis utama dalam pengamalan pengurusan di Malaysia.

Sebenarnya, semenjak negara kita mengecapi kemerdekaan sehinggalah pada alaf baru ini, belum banyak lagi usaha yang dilakukan dengan giat dan sistematik oleh mana-mana pihak sama ada

pusat pengajian tinggi awam atau mana-mana institusi


112

kerajaan bagi membangunkan disiplin pengurusan yang benarbenar dilandaskan kepada kesatuan dua bentuk ilmu iaitu ilmu naqli dan ilmu aqli1 yang boleh dicapai melalui empat saluran ilmu2 yakni:

i.

Pancaindera (kaedah empirikal);

ii.

Khabar Sadiq (al-Qur‟an, al-Hadith, dan Khabar Mutawatir);

iii.

„Aql Salim; dan

iv.

Ilham (penampakan tentang hakikat sesuatu yang dipancarkan oleh Allah atas jiwa yang mutma‟innah).

1 Usaha yang dinyatakan di atas hanya dilakukan secara individu oleh tokoh pentadbir dan tokoh akademik seperti Tuan Haji Mohd Affandi Hassan yang sering menghuraikan tentang pendekatan Tawhid dalam pengurusan, Profesor Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud yang sering memperkatakan tentang prinsip adab pengurusan, Profesor Dr. Muhammad Kamal Hassan yang sering menjelaskan tentang aspek perbandingan pengurusan, dan Saudara Mohd Zaidi Ismail yang acapkali secara bersungguh-sungguh mena‟rifkan istilah tadbir dan adab sebagai inti pati utama teori pengurusan. 2 Syed Muhammad Naquib al-Attas, The Oldest Known Malay Manuscript: A 16th Century Malay Translation of the „Aqa‟id of al-Nasafi (Kuala Lumpur: Dept. of Publications, The University of Malaya, 1988), p. 101.


113

Usaha-usaha Awal Pembangunan Disiplin Pengurusan Islam

Dalam aspek membangunkan disiplin pengurusan Islam, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) misalnya telah memulakan langkah awalnya dalam hal ini dengan menerbitkan buku yang berjudul Kecemerlangan Pentadbiran: Dasar dan Amalan dalam Islam pada tahun 1990 yang diselenggarakan oleh Shafie Hj. Mohd. Salleh dan Mohd. Affandi Hassan; disusuli kemudiannya pada tahun 1992 dengan penerbitan buku The Tawhidic Approach in Management and Public Administration: Concepts, Principles and an Alternative Model yang dikarang oleh Mohd. Affandi Hassan, dan penerbitan Buletin Pengurusan Islam;

muncul

selepas itu buku Citra Karya: Falsafah, Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam yang diterbitkan pada tahun 1994; dan kemuncaknya apabila diadakan satu bengkel di peringkat kebangsaan pada 21 hingga 22 September 1995 yang dihadiri oleh wakil-wakil penting dari semua institusi-institusi latihan kerajaan dan institusi-institusi pengajian tinggi awam bagi tujuan membincangkan tiga perkara penting yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran dari perspektif Islam iaitu: i.

cadangan mewujudkan kurikulum kursus pentadbiran dan pengurusan dari perspektif Islam;


114

ii.

usaha-usaha

bagi

meningkatkan

tahap

kepakaran/kemahiran tenaga pengajar/pensyarah di institusi-institusi latihan di seluruh negara dalam bidang yang berkaitan; dan iii.

penubuhan sebuah pusat sumber maklumat pengurusan dan pentadbiran Islam.

Ekoran daripada bengkel tersebut, beberapa siri kursus pengurusan dan pentadbiran Islam yang berbentuk latihan untuk jurulatih dan beberapa seminar umum telah diadakan. Kursus dan seminar yang diadakan ini lebih menjurus ke arah memberi pendedahan awal kepada para peserta tentang kerangka dasar pentadbiran dan pengurusan Islam yang menyentuh perkara-perkara penting seperti prinsip al-Tawhid sebagai

teras pembangunan organisasi,

muâ€&#x;amalat Islam sebagai asas dalam metodologi pengurusan, kepemimpinan Islam berlandaskan hakikat iman, ilmu, amal dan ihsan, pemupukan semangat syura, dan konsep ikhtiar sebagai asas pembinaan kreativiti.

Walau bagaimanapun, usaha yang kelihatan dilakukan secara bersungguh-sungguh di peringkat awal ini akhirnya mulai malap, mungkin disebabkan oleh beberapa faktor:


115

i.

usaha ini, walaupun berlaku di peringkat organisasi, tetapi ia lebih merupakan inisiatif perorangan yang penuh ikhlas, beristiqamah, bersemangat ilmu, berani, dan yakin bahawa prinsip Islam dapat diolah untuk dilahirkan sebagai satu sistem pengurusan yang beradab. Patut diingat bahawa tidak sekelumit pun timbul dalam jiwa orang yang sebegini matlamat yang berkepentingan peribadi yakni sama ada untuk mengejar kedudukan, kuasa dan pangkat. Contoh usaha dan keperibadian yang dipancarkan oleh individuindividu

ini

sebenarnya

tidak

dipupuk

dengan

sewajarnya dalam diri pegawai-pegawai awam yang lain, ditambah pula dengan kurangnya pengiktirafan organisasi terhadap hasil usaha yang sebegini hingga mengakibatkan

terbantutnya

perjalanan

program

tersebut; ii.

kurangnya keutamaan yang diberikan oleh peringkat pengurusan

terhadap

aspek

pembinaan

disiplin

pentadbiran dan pengurusan Islam lalu program yang sebegini dibiarkan dalam keadaan terumbang-ambing. Akibatnya, amanah bagi

melaksanakan program

tersebut diletakkan atas bahu orang yang tidak beradab


116

terhadap ilmu, selekeh dari segi mengolah bidang yang diceburi, atau melaksanakan tanggung jawab tersebut dengan ala kadar sahaja sehigga mengakibatkan usaha yang bersepadu dalam hal yang berkaitan tidak dapat dilaksanakan; iii.

terpahatnya budaya kerja kebendaan yang bersifat anti ilmu yang berpaksikan “hawa� dan zann atau rasa agak-agak di peringkat individu; tuntutan sosio-politik dan desakan ekonomi jangka pendek di peringkat institusi dan negara.3 Ini sebenarnya menjadi punca kepada lahirnya pemimpin organisasi yang rakus jiwanya

yang

hanya

berlumba-lumba

mengejar

kedudukan dan pangkat hinggakan komitmen yang jitu tidak dapat diberikan kepada program di atas yang secara zahirnya seolah-olah tidak dapat menjanjikan apa-apa keuntungan kebendaan; dan iv.

lahirnya kelompok pentadbir dan pengurus yang begitu pragmatik terhadap sistem pemikiran Barat yang sekular yang bilangan mereka lebih ramai berbanding

3 Wan Mohd. Nor Wan Daud, “Budaya Kerja Bersepadu� , Kecemerlangan Pentadbiran: Dasar dan Amalan dalam Islam, diselenggarakan oleh Shafie Hj. Mohd. Salleh dan Mohd. Affandi Hassan (Kuala Lumpur: INTAN, 1992), m.s. 130.


117

dengan

kelompok

yang

mempunyai

ilmu

dan

keyakinan yang kukuh terhadap Islam. Kelompok tersebut sebenarnya mengendong pemikiran beku , bebal dan penuh keraguan (sceptic) hinggakan tidak terbit pada jiwa mereka hakikat dan kebenaran sesuatu. Bagi mereka, perkara seperti

metafizik, tasawwuf,

tawhid, dan prinsip fiqhiah amat tidak releven untuk diketengahkan dalam konteks pengurusan masa kini.

Usaha bagi membangunkan disiplin pengurusan Islam ini juga turut

dilaksanakan

oleh

Akademi

Pengurusan

Yayasan

Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM) dengan menggunakan prinsip al-Tawhid sebagai teras dalam latihan. Usaha yang baru dimulakan ini dan berterusan sehingga kini lebih tertumpu kepada soal menerapkan semangat keIslaman sejati dalam konteks pengurusan

dan pembangunan organisasi.

Program yang sebegini, walaupun pada dasarnya tidak lagi bersifat apologatik atau akomodatif terhadap sistem pengurusan Barat tetapi masih di peringkat permulaan kerana subjek-subjek utama dalam kursus yang ditampilkan ini hanya berkisar pada elemen-elemen teras yang menjadi tunjang kepada pembinaan disiplin pengurusan Islam. Banyak lagi usaha yang perlu


118

dilakukan dalam hal ini misalnya menyenaraikan istilah-istilah dan konsep-konsep utama pentadbiran Islam sambil pada masa yang sama membina teori dan sistem pentadbiran dan pengurusan Islam.

Amat malang sekali, usaha sedemikian masih belum dapat dilakukan secara kolektif atau secara gabungan dengan institusiinstitusi “unggul� yang lain kerana program sebegini lahir bukan atas dasar minat dan kesedaran bersama tetapi masih dalam lingkungan inisiatif individu yang begitu yakin dan berazam tinggi bagi menampilkan prinsip pentadbiran Islam sebagai landasan utama sistem pengurusan. Keadaan ini menggambarkan betapa ceteknya fahaman para pengamal pengurusan tentang Islam; hanya memberi perhatian terhadap aspek ritualnya semata-mata sehingga

Islam

sanggup

dijadikan

sebagai

alat

untuk

bersandiwara. Mereka alpa terhadap hakikat dan kebenaran kukuh yang menandai Islam yang secara batin menghendaki kita supaya menyuburkan satu bentuk kehidupan yang membolehkan kita, pada setiap detik dan ketika, menghadirkan diri ke hadrat Illahi.

Kehidupan subur yang dinyatakan di atas, pada hakikatnya, perlu dimulakan di peringkat diri terlebih dahulu. Keaiban, kadaifan,


119

dan kemaksiatan diri hendaklah senantiasa diperhitungkan (muhasabah); kemahabesaran muâ€&#x;jizat Illahi yang ditajallikan dalam diri hendaklah tidak boleh tidak direnung dan difikirkan (tafakkur); dan, pengawasan diri dalam maksud diri aqali mengawali dan seterusnya menakluki diri hayawani sudah semestinya setiap masa dilakukan (muraqabah). Perlu diingat bahawa amal-amal yang terkandung dalam aspek pengurusan dan pentadbiran jika dilakukan bukan atas tujuan untuk menyucikan jiwa, membaiki laku perangai dan budi pekerti, serta mencapai rasa dan pengalaman rohani yang boleh menghampirkan diri kepada Allah, kelak ia akan menfasadkan diri dan membutakan mata hati. Berwaspadalah! Barang siapa yang buta (mata hati kerohaniannya) dalam dunia ini akan butalah juga ia di akhirat kelak, bahkan lebih sesat lagi jalannya.4Oleh itu kita dapat perhatikan bahawa ramai pengurus dan pentadbir yang asyik menyuarakan slogan kecemerlangan dan kemajuan organisasi sebaliknya diri mereka semakin terbantut dan jiwa mereka pula semakin keroh;banyak melakukan helah terhadap hukum agama dan banyak mengeluarkan dalil-dalil palsu; sering merobek kesusilaan dan kesopanan insaniah; hinggakan hakikat iman, Islam

4 Rujuk Surah al-Israâ€&#x;: 73


120

dan ihsan ditanggapi sebagai tiada kaitan dan keserasian dengan sains pengurusan moden.

Hakikat Sistem Pengurusan Moden

Akibat daripada pengabaian terhadap pembangunan disiplin pentadbiran dan pengurusan Islam maka apa yang terhidang kepada kita pada masa kini hanyalah sistem pengurusan yang diwarisi dari Barat yang secara zahirnya kelihatan enak tetapi terselit dalamnya racun yang bakal mengundang bencana pada jiwa dan kefasadan pada aqal. Jika dinukilkan sebagai satu misalan, disiplin pengurusan Barat itu ibarat sebatang pohon palsu yang dihiasi dengan daunan yang indah warnanya dan buahbuahan yang rupanya mempersonakan tetapi sayang, isinya tidak dapat dikecapi malah jauh sekali daripada memberi kelazatan pada batin. Kebaikannya hanya semata-mata terhad sebagai hiasan belaka yang bakal diubah-ubah rupanya dan kedudukannya sejajar dengan keinginan nafsu yang jahil tentang batasan maâ€&#x;na keindahan kerana butanya terhadap maksud ilmu.

Sains pengurusan Barat serta sistem yang turut serta bersamanya, jika direnung melalui hati nurani yang hening, menampilkan


121

penafian secara halus terhadap beberapa prinsip teras agama. Ini diakibatkan oleh beberapa faktor:

i.

Faktor Pandang Alam (Worldview)

Sains pengurusan itu lahir dalam kerangka pandang alam sekular yang biasa digelar dengan nama humanisme. Faham inilah yang menobatkan manusia sebagai penentu utama nilai kehidupan dunyawi ini dan pada masa yang sama meletakkan kebendaan pada satu kedudukan yang paling istimewa.5 Proses menduniakan manusia ini dilakukan dengan keadaan yang begitu licik melalui perancanaan disiplin pengurusan yang bersifat rasional dan liberal sehingga sampai pada tahap mematikan iman lalu pengurusan itu muncul dalam keadaannya yang bebas dari petunjuk ilmu wahyu. Walaupun perkara-perkara yang menyangkut tentang agama munkin diperkatakan, tetapi ianya berlaku atas dasar „utiliti „ dalam kaitannya dengan faedah ekonomi dan politik dan agama itu sendiri hanya dianggap sebagai salah satu cabang budaya yang senantiasa perlu disesuaikan dengan order baru kehidupan.

5 Syed Muhammad Naquib al-Attas, Risalah Untuk Kaum Muslimin (Kuala Lumpur: ISTAC, 2001), para 9, ms. 18 – 22.


122

Perkembangan yang tidak sihat ini berlaku sejajar dengan peringkat kematangan yang kononnya dicapai oleh Barat dalam faham mereka tentang Tuhan. Peringkat kematangan ini mengandaikan bahawa manusia telah berupaya untuk mengetahui segala rahsia yang terkandung di sebalik kejadian alam ini melalui pendekatan yang bersifat empirik dan rasional yang boleh terhasil daripada penggunaan panca indera.6 Peringkat inilah yang menandai kemunculan doktrin yang menyisihkan manusia daripada kekangan agama, mengandaikan bahawa tidak ada alam lain kecuali alam nyata ini, menetapkan bahawa manusialah yang layak menentukan nasibnya sendiri, berpegang bahawa prinsip taqdir Illahi tidak berlaku atas manusia, dan menthabitkan bahawa tanggung jawab kepada Tuhan telah beralih sepenuhnya kepada tanggung jawab kepada manusia.7 “Kematangan”

inilah

yang

digunakan

oleh

Barat

bagi

mematangkan disiplin-disiplin ilmu yang lain, salah satunya adalah pengurusan. Ini terbukti melalui kemunculan pemikiran

6 Ibid, para 15 ms. 42. Lihat juga Nicola Abbagnano, “Humanism”, The Encyclopedia of Philosophy, reprint edition 1972, vol. 4: 66 – 72. 7 Bagi memahami selanjutnya tentang aspek dasar Sekularisme,sila rujuk Syed Muhammad Naquib al-Attas, Islam and Secularisme (Kuala Lumpur: ABIM, 1978).


123

dan teori pertama dalam pengurusan yang dianggap sebagai klasik yang tertumpu kepada pendekatan yang bersifat saintifik dan rasional. Teori ini mulai diperkenalkan oleh Frederick Taylor (1856 – 1915), seorang jurutera daripada Amerika Syarikat. Teori pengurusan yang diperkenalkan oleh Taylor ini telah secara nyata merendahkan martabat

kemanusiaan dengan mengandaikan

manusia sebenarnya tidak lebih daripada faktor pengeluaran seperti mesin dan modal yang tenaganya perlu dimanipulasikan supaya sesuai dengan aspirasi dan matlamat industri.

Teori ini dimantapkan kemudiannya oleh Henry Fayol dengan menggariskan beberapa rangka dasar pengurusan saintifik yang berkisar pada fungsi perancangan, penyusunan, urusan kakitangan, kepimpinan,

dan pengawalan. Dalam perkembangan ini, akan

terzahir pada pandangan akal-budi kita bahawa golongan pragmatis dalam disiplin pengurusan ini semakin menonjolkan keangkuhan mereka dengan mencanangkan unsur kenisbian (relativity) dalam persoalan nilai. Ini disebabkan persoalan nilai dalam rangka penyusunan sistem pentadbiran, bermula daripada peringkat perencanaan hinggalah ke peringkat pelaksanaan, dihuraikan dalam konteks perkadaran (kuantitatif) yang banyak bergantung kepada faktor-faktor keberhitungan (quantifiable


124

factors), yang pada hakikatnya lebih bersifat fungsian (functional). Oleh sebab itu, nilai yang diletakkan pada setiap aspek pengurusan itu tidak lagi mengandungi makna yang mutlak sebaliknya maknamakna itu senantiasa diubah suai mengikut ciri dan suasana perubahan sesuatu industri.

Pada tahap akhir pembentukan teori pengurusan yang dianggap klasik ini, Max Weber muncul bagi memperkenalkan teori organisasi yang berasaskan birokrasi. Teori ini sebenarnya muncul sejajar dengan usaha yang dilakukan oleh para pemikir Barat ke arah mengubah sepenuhnya (transformation) ideologi Kristian supaya sesuai dengan rasionaliti teknologi dan ekonomi. Rasionaliti inilah nanti yang dipakai sebagai asas dalam kajian dan pembentukan organisasi sambil pada masa yang sama mengenakan

pengaruh

saintisme

dan

modernisme.

Nilai

kerohanian tidak lagi dijadikan kriteria utama dalam mengukur kemanusiaan seseorang sebaliknya banyak bergantung kepada pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan teknikal. Ekoran daripada itu, lahirlah satu bentuk hubungan dalam organisasi yang bersifat

vertikal

yang

menampakkan

penyataan

kehendak

golongan atasan bagi mengukuhkan kuasa mereka yang perlu dilaksanakan oleh golongan bawahan. Akibatnya, beberapa


125

fenomena yang tidak menyenangkan jiwa kelihatan muncul dalam persekitaran

organisasi

seperti

pergelutan

mencari

kuasa,

semangat puak atau kelompok (cronisme), paksaan pendapat tanpa pensahihan, konflik kepentingan, kecenderungan melakukan fasad sama ada pada aspek rohani dan jasmani, cemburu dan berhasad ke arah menghilangkan peluang yang dikecapi oleh seseorang, pengaturan dan perundangan yang menjurus ke arah memuaskan nafsu kelompok minoriti yang memegang autoriti tertentu (oligarchy), dan pembentukan wawasan dan matlamat yang menghanyutkan.

Secara umum, kita dapat menthabitkan bahawa teori-teori pengurusan yang dihasilkan pada fasa pertama ini pada hakikatnya tertumpu pada dua aspek dasar sekularisme, iaitu: i.

penyuburan semangat positivisme yang membawa kepada penafian hakikat kerohanian daripada alam semesta. Semangat ini kemudiannya dibangunkan dalam akal manusia yang terbukti melalui teori-teori pengurusan yang dibentuk lalu dinyatakan melalui amalan-amalan pengurusan yang berkaitan; dan

ii.

pemantapan aspek existencialisme dalam erti kata menyatakan maksud kewujudan manusia di atas muka


126

bumi ini tanpa dikaitkan dengan akhirat. Akibatnya, ketetapan

agama

dan

adab

kerohanian

telah

dipinggirkan lalu diganti dengan prinsip kebebasan dan autonomi yang berteraskan akal hayawani. Hakikat ini terpampang pada setiap nilai yang disandarkan pada faham- faham dan sistem-sistem pengurusan yang ditampilkan.

Oleh sebab itu, tidak hairanlah pada ketika itu, muncul tokohtokoh birokrat yang berperi laku songsang, tidak bermaruah, dan tidak berjiwa, tetapi pada pandangan Weber, sifat sebegini amat berfaedah kepada organisasi.8 Apa yang cuba ditekankan hanyalah kecenderungan diri hayawani ke arah mencapai keselesaan tubuh, mengisi kepuasan nafsu, dan memperolehi kuasa. Kesemua keinginan ini terangkum dalam prinsip hedonisme (inti pati kepada budaya hawa nafsu) yang tertumpu pada aspek utilitarian bagi tujuan memaksimumkam atau mengoptimumkam

8 Kenyataan Weber ini telah ditentang oleh Merton, sarjana Barat yang terkenal dalam bidang pengurusan, dengan menyimpulkan bahawa budaya organisasi yang dibangunkan berdasarkan impersonal behaviour ini akan mengakibatkan lahirnya anggota organisasi yang tidak dapat memahami makna yang tersirat pada sesuatu fenomena dan situasi (tunnel vision) dan akan terikat dengan tradisi red-tape. (Rujuk Robert K. Merton et al. (eds.), Reader in Bureaucracy (New York: The Free Press, 1952), m.s. 364 – 371.


127

keuntungan

ekonomi.

Pendekatan

pengurusan

ini

juga

menerbitkan satu budaya kerja yang bersifat total-empirical yang mengenepikan unsur-unsur non-factoral seperti maruah dan adab insani. Budaya pengurusan yang sebegini disuburkan sampailah ke peringkat di mana fungsi akal manusia dianggap semata-mata sebagai gerak balas kimia yang terangsang melalui keinginan terhadap kebendaan.

Di sinilah mulanya bertapak pemikiran pengurusan yang kedua sebagai satu kelangsungan daripada pendekatan saintifik dalam pengurusan. Pada peringkat ini, tumpuan utama dialihkan kepada aspek tingkah laku dan motivasi yang dipengaruhi oleh teori-teori hasilan ahli psikologi Barat yang bergelar behaviourist, antaranya B.F. Skinner, A.H. Maslow, dan Sigmund Freud. Pendekatan humanistik dalam pengurusan ini dimulai dengan uji kaji yang dilakukan oleh Elton Mayo dan rakan-rakannya di Hawthorne (the Hawthorne Experiments) pada akhir tahun 1920-an, yang merumuskan bahawa kepentingan sosial dalam organisasi perlulah lebih diutamakan berbanding dengan kepentingan individu manakala para pengurus hendaklah bertindak sebagai perantara dalam hubungan pekerja dengan pihak pengurusan.


128

Rumusan ini membawa kepada lahirnya kajian-kajian seterusnya dalam pengurusan yang menumpukan aspek dorongan manusia yang berdasarkan prinsip rangsangan (stimulus response) dan gerak balas lazim (conditioned reflexes) terhadap perkara-perkara yang menyenangkan dan menimbulkan keghairahan pada nafsu. Kesemuanya ini dibincangkan dalam skop kebahagiaan jasadiah dan kebahagiaan emosi sebagai faktor utama bagi membangkitkan motivasi para pekerja. Keperibadian yang kukuh sama ada bagi pekerja atau bagi mana-mana manusia hanya digambarkan dalam bentuk perasaan keamanan yang mencukupi, hubungan yang berkesan dengan faktor-faktor zahiriah, dan kepuasan jasmaniah,9 yang secara umumnya, ke arah melahirkan manusia saintifik. Di sekitar perkembangan idea inilah, banyak sekali teori yang dihasilkan melalui uji kaji makmal terhadap haiwan telah dialihkan untuk dipakai pada manusia. Sebagai mana yang dijelaskan oleh J.B. Watson,

(behaviorism) attempts to do one thing: to apply to the experimental study of man the same kind of procedure and the same language of description that many research men had found 9 Untuk keterangan lanjut tentang hal ini, sila rujuk A.H. Maslow dan B.Mitteman, Principles of Abnormal Psychology (New York: Harper, 1957).


129

useful for so many years in the study of animals lower than man. We believe then, as we believe now, that man is an animal different from other animals only in the types of behavior he displays.10

Sebagai rumusan, secular reductionist view

yang menjadi

tunjangan dalam pemikiran pengurusan di peringkat ini akhirnya mengakibatkan

kejatuhan

pada

martabat

kemanusiaan

(dehumanisation). Pendekatan yang dianggap objektif dan tidak berat sebelah dalam memahami persoalan tingkah laku ini sebenarnya disejajarkan dengan ideologi Barat yang bersifat kebendaan dan menganggap agama sebagai satu khayalan yang perlu dibuang kerana ia dianggap menyekat kebebasan akal.11 Tidak hairanlah ketika berleluasanya gejala behaviorisme dalam pemikiran pengurusan ketika itu, perkataan-perkataan seperti kesedaran, kepercayaan, dan roh dianggap sebagai sebahagian daripada perkataan yang menjijikkan.12 Oleh sebab itu, segala

10 J.B. Watson, Behaviourism (London: W.Norton & Co., 1970), m.s. ix. 11 H.F. Ellenberger, The Discovery of the Unconscious (London: Allen Lane, the Penguine Press, 1970), m.s. 525. 12 Dalam menggambarkan era berleluasanya behaviorisme di Barat, John Eccles menyatakan, “ words like mind, consciousness, thoughts, purposes and belief were considered dirty words‌..Ironically, the most prominent philosophical


130

teori sama ada yang menyentuh tingkah laku

atau motivasi

pekerja hanya berkisar pada gejala yang dapat dikesan oleh panca indera semata-mata sehinggakan aspek nilai yang terbentuk dalam diri

seseorang

pekerja

itu

dianggap

berlaku

atas

dasar

kemungkinan yang didokong oleh faktor pengukuhan positif atau pun negatif.

Agenda pembentukan manusia saintifik sebagaimana yang terkandung dalam faham behaviorisme dan yang kemudiannya disebatikan dengan pendekatan tingkah laku dalam pengurusan, kelihatannya semakin dimajukan pada tahap ketiga pemikiran pengurusan yang menggunakan pendekatan sistem. Dalam pendekatan ini, manusia bukan sahaja dianggap saintifik tetapi pada masa yang sama, dianggap sebagai pemproses maklumat.

Andaian yang dipakai pada ketika itu ialah perkembangan setiap organisasi bukan sahaja bergantung kepada faktor dalaman tetapi juga saling berkait dengan rangsangan yang ditonjolkan oleh

obscenities were a new class of four-letter-words – mind, self, soul, will.� Evolution of the Brain: Creation of the Self (London: Routledge Publishers, 1991) m.s. 225.


131

sesuatu faktor luaran khususnya faktor pembangunan sosiobudaya yang berlaku sejajar dengan perkembangan teknologi. Kesalingberkaitan antara faktor dalaman dan faktor luaran bagi sesuatu organisasi dimisalkan seperti interaksi yang berlaku antara unsur karbon, hidrogen dan oksigen dalam proses photosynthesis tumbuh-tumbuhan. Oleh sebab itu, setiap faktor luaran hendaklah turut diberi tumpuan dan perlu dianggap sebagai fakta yang perlu difikirkan,diklasifikasikan dan disaring sebagai manfaat bagi melancarkan fungsi dan mengembangkan lagi sumber dalam organisasi.

Ahli-ahli teori pengurusan yang muncul ketika itu telah mengkritik pendekatan saintifik yang diperkenalkan oleh Taylor, sistem birokrasi Weber, dan pendekatan humanistik kerana mengandaikan organisasi sebagai sistem yang tertutup sehingga menyebabkan sesuatu objektif, prosedur, dan proses dibangunkan hanya berdasarkan pemboleh ubah dalaman (internal variables) semata-mata. Oleh itu, mereka menetapkan bahawa organisasi perlulah dianggap sebagai sistem yang terbuka yang perlu mengambil kira tentang kesan yang turut dibawa oleh pemboleh


132

ubah luaran (external varibles)13 walau pun pada hakikatnya sistem itu lebih tertutup kerana masih tidak memberi pengiktirafan yang sewajarnya terhadap unsur kerohanian yang menjadi pendorong utama pada tingkah laku manusia.

Dalam mengaitkan setiap pemboleh ubah dengan sesuatu masalah yang timbul dalam organisasi, muncullah aspek pengurusan operasi yang tertumpu kepada kaedah saintifik dan matematik . Ekoran daripada itu,pendekatan kuantitatif dalam pengurusan mula diberi penekanan utama. Segala penyelesaian masalah bersifat kebetulan (contingency) kerana berdasarkan semata-mata kepada hasil penyelidikan yang bertunjangkan hipotesis yang diandaikan.

Di samping itu, skop pengurusan yang sedemikian lebih banyak tertumpu kepada aspek perkhidmatan berteraskan pelanggan (consumer-driven services), peningkatan imej (image-based campaigning), autoriti yang bersifat sementera dan mengikut konteks (temporal-contextual and rule-bound authority), dan 13 Bagi mengetahui keterangan lanjut tentang hal ini, lihat David Easton, A System Analysis of Political Life (Chicago: University of Chicago Press,1979). Lihat juga Charles W. Churchman, The System Approach (New York: Delacorte Press, 1968).


133

persekitaran sama ada mikro atau makro serta transformasi yang perlu dilakukan ke atasnya. Oleh sebab itu, kita akan dapati bahawa teori-teori pengurusan yang muncul ketika itu amat mementingkan soal menghasilkan makna14 pada sesuatu objek dan tindakan serta soal hubungan kuasa yang terzahir dalam sesuatu proses dan sistem pengurusan. Tindakan manusia hanya dimisalkan seperti teks sastera yang tertakluk kepada analisis dan kaedah kritikan yang terhasil melalui sesuatu teori sastera (literary theory). Ini menunjukkan bahawa spekulasi berperanan sebagai faktor penting dalam aspek penilaian sesuatu tindakan, manakala pada masa yang sama, persoalan yang paling utama yang perlu senantiasa difahami iaitu hakikat amal semakin tidak diendahkan.

Hasil daripada fungsi meletakkan makna pada setiap objek dan tindakan, maka dalam dua dekad kebelakangan ini, kita dapat perhatikan bahawa persoalan nilai

mula dibincangkan dengan

14 Perlu diingat bahawa makna yang cuba diberi terhadap setiap objek dan tindakan itu adalah bersifat relatif kerana ia dilahirkan melalui kerangka pemikiran secular-humanism dan merangkumi konsep tragedi yang menggambarkan kekecewaan terhadap agama. Dalam hal ini, keraguan telah dipakai dengan meluasnya bagi mencapai kebenaran yang sudah tentu merupakan satu perkara yang mustahil. Akibatnya, sesuatu makna yang diberi itu telah menimbulkan kacau-bilau pada adab terhadap diri, bahasa dan alam.Bagi melihat tentang makna tentang „maknaâ€&#x; (maâ€&#x;na), lihat Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas, Islam and the Philosophy of Science (Kuala Lumpur: ISTAC, 1989), m.s. 15.


134

serius dalam pengurusan. Persoalan nilai yang dibincangkan ketika itu sering dikaitkan dengan matlamat untuk melahirkan budaya korporat yang nampaknya menepati ciri-ciri

post-

capitalist . Ini disebabkan budaya korporat dengan nilai-nilai yang ditanam bersamanya itu didorong oleh cita rasa stakeholder yang bersifat eclectic15 dan senantiasa ingin menyerlahkan apa yang boleh dipanggil sebagai expressive individualism. Walau pun apa yang dilakukan itu bertujuan untuk menjamin kelangsungan (survival) organisasi tetapi apa yang terhasil akhirnya adalah suasana yang tidak tenteram bukan sahaja dalam ruang lingkup organisasi tetapi juga luar organisasi. Anasir yang sering muncul dalam suasana yang sedemikian adalah eksploitasi oleh peneraju sesebuah

organisasi

bagi

memenangi

persaingan

dan

menyerlahkan kehebatan organisasinya. Tenaga dan perbelanjaan organisasi banyak dihabiskan secara tidak wajar untuk membentuk imej, menampilkan daya penarik (glamour), dan supaya menjadi tarikan media atau awam (media or public figure) manakala istilah yang sering disalahgunakan untuk menjustifikasi perkara ini adalah objektif strategik. Keadaan sebegini tidak ubah seperti

15 Menurut J.F. Lyotard dalam bukunya The Postmodern Condition: A Report on Knowledge (Manchester: Manchaster University Press, 1984): “Eclecticism is the degree zero of contemporary general culture� (m.s. 76).


135

menjadikan organisasi sebagai sebuah sarkas yang ahlinya sentiasa

berada

dalam

tragedi

untuk

menyempurnakan

pertunjukannya dan mendapat tepukan gemuruh dari para penonton.16 Apa yang penting untuk kita perhatikan di sini adalah maruah manusia dalam organisasi masih belum dikembalikan, yang terbukti melalui apa yang dikatakan oleh Charles Handy, …..people are regarded as a competative asset to be led, motivated, deployed and developed, together with the firm‟s other resources….17 Secara umumnya, perkembangan budaya korporat yang berlaku itu berkait rapat dengan perkembangan yang pesat dalam bidang sosial, ekonomi, politik, dan teknologi. Perubahan pesat ini disebut oleh J.F. Lyotard sebagai “postmodern condition”18 yang membawa perubahan yang fundamental dari segi pengalaman manusia bukan sahaja kepada negara-negara Barat tetapi juga kepada negara-negara yang sedang membangun. Postmodern

16 Organisasi sebagai sebuah sarkas ini dihuraikan dengan begitu menarik sekali oleh Tuan Haji Mohd. Affandi Hassan dalam artikelnya Citra Organisasi: Nilai dan Etika dalam Pentadbiran, Buletin Nilai dan Etika, Jld. 1 Bil. 1/1992. 17 Charles Handy (ed.), The Making of Managers (London: NEDC/BIM/MSC, 1987), m.s. 13. 18 J.F. Lyotard, ibid.


136

condition ini juga dianggap oleh J. Habermas19 sebagai melengkapkan lagi agenda Enlightenment yang dirasakan tidak dapat disempurnakan dalam era kemodenan.

Jika pengaruh pengurusan yang sebegini, menurut Tuan Haji Mohd. Affandi Hassan, berjaya melahirkan tiga kelompok penjawat awam iaitu kolonial-pragmatik, birokratik-nasionalis, dan tradisional-moralis,20 maka saya ingin mengukuhkan lagi kenyataan beliau itu dengan merangkumkan ketiga-tiga kelompok tersebut sebagai new petit bourgeoisie.21 Bagi kelompok ini, imej merupakan perkara yang amat dipentingkan sehingga kadangkala sampai pada peringkat mengorbankan matlamat dan inti pati utama organisasi malah agama sekalipun. Dari satu segi, kelompok ini sebenarnya memancarkan simbol postmodern yang memuja dan mendewakan keinginan hawa nafsu (hedonisme) dan pada masa yang sama mewakili satu klas elit masyarakat 19 J.Habermas, Modernity an Incomplete Project dalam H.Foster (ed), Postmodern Culture (London: Pluto Press, 1983). 20 Lihat kenyataan dan penjelasan beliau ini dalam artikelnya Pendekatan Tauhid dalam Pengurusan dan Pentadbiran Awam: Konsep, Prinsip, dan Model Alternatif, Kecemerlangan Pentadbiran: Dasar dan Amalan dalam Islam. Diselenggarakan oleh Shafie Hj. Mohd Salleh dan Hj. Mohd Affandi Hassan (Kuala Lumpur: INTAN, 1990) m.s. 29 – 31. 21 Sekadar meminjam istilah yang digunakan oleh P.Bordieu dalam bukunya Distinction: a Social Critique of the Judgement of Taste (London: Routledge & Kegan Paul).


137

antarabangsa sebagaimana yang dihasratkan dalam proses globalisasi. Akibatnya, keseluruhan proses pengurusan yang dikendalikan oleh kelompok ini, bermula daripada peringkat matlamat sehinggalah ke peringkat pelaksanaan, semuanya bersifat artificial dan palsu. Apa yang jelas kelihatan di sini ialah terkongkongnya amalan pengurusan itu pada tiga bentuk keutamaan yang berteraskan keinginan hawa nafsu yang sentiasa meluap-luap iaitu: i.

keutamaan untuk merebut autonomi tertentu dalam sistem pentadbiran sehingga membolehkan lahirnya kebebasan untuk bertindak sepenuhnya bagi mencapai matlamat yang berteraskan hedonisme;

ii.

keutamaan ke arah mengukuhkan kuasa dalam bentuk penyataan

kehendak

pengurusan

senantiasa

dipaksakan

untuk

golongan

bawahan

walaupun

atasan

yang

dilaksanakan kehendak

oleh

tersebut

mengandungi unsur-unsur syubahah dan kadangkadang bertentangan secara jelas dengan prinsip Islam; dan iii.

keutamaan pada soal pengagihan kuasa, fungsi dan sumber sehingga melalaikan aspek yang lebih penting untuk sentiasa dititikberatkan iaitu bagaimana kuasa,


138

fungsi dan sumber tadi, dari segi penggunaannya, berupaya menepati prinsip keutamaan yang telah digariskan dalam Syariâ€&#x;ah supaya kemuliaan manusia di sisi Allah S.W.T. akan terus dapat dipelihara manakala fitrah kemanusiaan akan dapat diisi dengan sebaik-baiknya.

Secara jelas juga boleh dikatakan di sini bahawa inti pati pengurusan Barat yang disajikan dalam sistem pengurusan negara ini lalu dimamah dengan lahapnya oleh sebahagian pentadbir yang menduduki tampuk pentadbiran kerajaan, sebenarnya membawa satu

aspek

kebebasan

dalam

amalan

pengurusan

yang

bertentangan sama-sekali dengan makna sebenar kebebasan dalam Islam yang dapat difahami melalui konsep ikhtiyar. Kebebasan dalam Islam merujuk kepada keadaan bebasnya diri natiqah daripada cengkaman dan penguasaan diri hayawaniyyah yang cenderung mengajak kepada kejahatan; bebasnya aql daripada dikuasai oleh nafsu yang lazimnya jahil tentang had kebenaran; dan pada masa yang sama bebas daripada sebarang bentuk keraguan sama ada zann, syakk dan wahm. Penghuraian yang jelas tentang makna kebebasan ini telah diberikan oleh Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas sebagaimana berikut:


139

The activity that is called „freedom‟ is in ikhtiyar, which is an act, not in hurriyah, which is a condition. The act that is meant in ikhtiyar is that of making a choice, not between many alternatives, but between two alternatives: the good or the bad. Because ikhtiyar is bound in meaning with khayr, meaning „good‟, being derived from the same root khara (khayara), the choice that is meant in ikhtiyar is the choice of what is good, better, or best between two alternatives. This point is most important as it is aligned to the philosophical question of freedom. A choice of what is bad of two alternatives is therefore not a choice that can be called ikhtiyar, in fact it is not a choice, rather it is an act of injustice (zulm) done to one self. Freedom is to act as one‟s real and true nature demands --that is, as one‟s haqq and one‟s fitrah demands – and so only the exercise of that choice which is of what is good can properly be called a „free choice‟. A choice for the better is therefore an act of freedom, and it is also an act of justice („adl) done to oneself.22

22 Syed Muhammad Naquib al-Attas, Prolegomena to The Metaphysics of Islam: An Exposition of the Fundamental Elements of the Worldview of Islam (Kuala Lumpur: ISTAC, 1995), m.s. 33 – 34.


140

Ekoran daripada ketidakfahaman tentang makna kebebasan, kebanyakan

amalan

pengurusan

yang

dilaksanakan

telah

mencerminkan kesempurnaan manusia sebagai haiwan yang semakin ghairah ditunggangi oleh syaitan. Ini mengakibatkan dunia pengurusan dipenuhi dengan nilai-nilai palsu yang bertunjangkan

nafsu,

emosi,

dan

khayalan

yang

tidak

menampakkan lagi kesederhanaan dan keadilan manakala pada masa yang sama menyisihkan nilai-nilai iman, ilmu dan amal saleh. Apabila nilai-nilai ini tersisih, maka hati akan menjadi keras dan mula terpalam dengan wajah syirik, kufur dan nifaq. Oleh itu, tidak hairanlah jika kebanyakan amalan pengurusan ditampilkan dengan pola dan gaya yang bersesuaian dengan nilai yang ditetapkan oleh masyarakat umum atau stakeholder yang sebahagiannya

berintipatikan

prasangka

dan

kepura-puraan

terhadap agama.

Akibatnya, ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya yang wajib dijadikan sebagai tunjang dalam segenap aspek pengurusan seolah-olah dianggap sebagai perkara yang bersifat sampingan, yang ditekankan hanyalah aspek ritualnya sahaja. Pengorbanan semata-mata kerana Islam dalam setiap khidmat yang ditaburkan telah beralih kepada “pengorbanan� untuk mendapat nama,


141

pangkat, dan kedudukan. Penghormatan kepada al-Qurâ€&#x;an, alHadith, dan pendapat para ulama yang mutawatir sebagai sumber ilmu terutama dalam aspek pengurusan dan pentadbiran, telah mula lenyap. Karya-karya para ulama yang muâ€&#x;tabar yang pada satu ketika dulu menjadi landasan dalam pembangunan tradisi ilmu Islam yang begitu cemerlang telah tidak dijadikan rujukan utama oleh para pengurus kini, kononnya tidak praktikal dan pada pendapat mereka, perlu ditafsirkan semula. Pengiktirafan yang sewajarnya tidak diberikan kepada para ulama dan ilmuwan Islam masa kini, dengan anggapan bahawa mereka hanya pandai berteori dan tidan layak untuk dilibatkan dalam mana-mana perencanaan pengurusan

dan

pentadbiran

negara

kecuali

yang

hanya

menyangkut dengan agama semata-mata. Akhirnya, para pengurus ini menjalankan setiap urusan pentadbirannya dalam keadaan seolah-olah Tuhan itu tidak wujud atau Tuhan seperti tidak mengetahui apa yang dilakukannya atau yang difikirkannya.

Keadaan yang digambarkan di atas berlaku dalam dunia pengurusan masa kini kerana sebahagian daripada para pengamal pengurusan di negara ini tidak sedar betapa palsunya gagasan Pengurusan Barat yang menjadikan hawa nafsu sebagai asas peri laku manusia. Hal ini terpampang jelas dalam kata-kata seorang


142

ahli psikologi, Abraham Maslow, dalam bukunya Eupsychian Management, yang besar pengaruhnya dalam disiplin pengurusan Barat:

My work on motivations came from the clinic, from a study of neurotic people‌. I would like to see lot more studies of this kind before feeling finally convinced that this carry-over from the study of neurosis to the study of labour in factories is legitimate.23

Hakikat pengurusan yang sedemikian rupa nampaknya telah menghalang manusia daripada mencapai pengertian yang sebenar tentang matlamat ia dizahirkan di atas muka bumi ini. Jika aspek kegilaan inilah yang menjadi asas dalam pengurusan, terutama dalam mengisi keinginan shahwat yang tidak mengerti suatu pun akan batas kebenaran, tidak hairanlah jika semakin ramai manusia telah menghumban jauh kemuliaan martabat kejadian yang dianugerahi oleh Allah S.W.T. padanya. Tidak hairan juga jika semakin ramai manusia telah berubah kedudukannya daripada alhayawan al-natiq kepada hayawan hedonistik sehingga ghaflah

23 Petikan ini dipinjam daripada petikan yang dibuat oleh Hj. Mohd. Affandi Hassan, Pujangga Melayu (Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1977), m.s. 636.


143

akan maksud „ubudiyyah kerana „ashiq dan khayal dalam kemashghulannya mengejar kebendaan. Dalam keadaan yang sebegini,

manusia

akan

mula

ditunggangi

oleh

unsur

shahwaniyyah dan ghadabiyyah yang lepas bebas yang bakal menjunamkannya ke dalam jurang kecelakaan lalu akan terus membiarkan jiwanya duduk dalam keadaan murung (huzn) dan menderita (ghummah). Penderitaan jiwa ini kemudiannya akan terjelma dalam reaksi-reaksi yang bersifat neurotic dan psychotic sehingga menakibatkan seseorang itu akan terus diselubungi dengan zulm dan fasad. Punca kepada berlakunya tragedi yang sebegini sekurang-kurangnya telah dinyatakan oleh Scott Peck, seorang ahli psychiatrist Amerika, seperti berikut:

The major reason for this strange state of affairs is that the scientific and religious models have hitherto been considered totally immiscible – like oil and water, mutually incompatible and rejecting.24

24 M. Scott Peck, Denial of the Soul: Spiritual and Medical Perspectives on Euthanasia and Mortality (Hemel Hempstead, UK: Simon & Schuster, 1997), m.s. 129 dan 131.


144

Kenyataan sebegini dapat didokong seterusnya oleh kenyataan Benson yang mengaitkan masalah ini dengan keadaan dunia moden yang didominasi dengan semangat saintisme. Menurutnya:

Even when we (as scientist) acquire new information, even when we conquer mysteries, we feel empty and unfulfilled. And faith is the only long-term solace.25

Ciri-ciri pengurusan sebagaimana yang dinyatakan di atas, jika dipakai dalam konteks pembangunan, adalah bertepatan dengan apa yang telah dinyatakan oleh Prof. Dr. Wan Mohd. Nor Wan Daud, akan menghasilkan

zero-sum development26

yakni

pembangunan yang semakin melambangkan keangkuhan manusia. Walaupun amalan pengurusan tersebut menerbitkan satu bentuk pembangunan yang berjaya dari segi kebendaan tetapi ia semakin menjauhkan manusia daripada kesederan “keberhutangan�27

25 Herbert Benson, Timeless Healing (London: Simon & Schuster, 1996), m.s. 202 dan 208. 26 Pandangan beliau yang amat menarik ini boleh dirujuk dalam artikelnya Some Basic Issues of Development, Malaysian Development Experience: Changes and Challenges (Kuala Lumpur: INTAN, 1994), m.s. 875 – 878. 27 Prinsip keberhutangan yang dimaksudkan di sini adalah salah satu inti pati utama yang dapat menyatakan konsep al-Din. Perkara ini dihuraikan dengan terperinci oleh Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam buku beliau


145

kepada Allah S.W.T.; menjadikan nafsu al-ammarah 28 semakin bermaharajalela; dan melahirkan peri laku yang diistilahkan sebagai schizophrenia atau split personality ( yakni keadaan fikiran atau emosi yang kacau-bilau akibat tidak mempunyai tujuan yang sehala) sehingga membawa kepada konflik kejiwaan yang disebut oleh Emile Durkheim sebagai anomie atau normlessness29. Bencana yang sebeginilah yang mungkin mengakibatkan penyakit yang dinamai oleh Dr.

V.E. Frankl

sebagai noogenic neurosis30 iaitu sejenis penyakit mental yang berlaku disebabkan oleh konflik di antara jiwa dengan nilai yang pelbagai. Ini berpunca daripada kegagalan manusia mengenali makna sebenar kehidupan atau mengenali hakikat diri yang sebenar.31

Islam: The Concept of Religion and the Foundation of Ethics and Morality (Kuala Lumpur: ABIM, 1976). 28 Keadaan ini merujuk kepada diri yang sentiasa terdorong untuk melakukan perkara-perkara keji (mazmumah) dan munkar dalam agama atau perkaraperkara yang melanggari fitrah insaniyyah. 29 Robert K. Merton, Social Theory and Social Structure, edisi semakan dan penambahan (Glencoe: Free Press, 1957), m.s. 136 nota 6. 30 Sila rujuk V.E. Frankl, Manâ€&#x;s Search for Meaning (London: Holder and Stoughton, 1964). 31 Dalam Surah al-Hasyr 59:19, Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud, “Dan janganlah kamu menjadi seperti orang yang melupai Allah, lalu Dia menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang yang fasiq.â€? Dalam ayat sebelum ini, Allah memerintahkan kita supaya menilai dan


146

Kegagalan ini telah mengakibatkan faham liberal demokrasi Barat terpampang jelas dalam matlamat pengurusan yang memberi perhatian kepada sains dan teknologi dalam membina masyarakat. Hakikat sebegini akan dapat dilihat dengan jelas jika kita sedari bahawa sains pengurusan Barat sebenarnya telah dan semakin hebat mendakyahkan satu pandangan hidup yang mengutamakan tragedi dan nilai kebangsaan yang menepati jiwa Barat dan kebudayaannya lalu dipaksakan untuk dialami oleh bangsa-bangsa lain melalui ilmu-ilmu baru yang dibentuk bermula dari terpancarnya anasir saintisme di Barat. Disiplin-disiplin baru yang dimunculkan oleh Barat juga, tidak terkecuali pengurusan, secara halus menyatakan kekecewaan mereka dalam pengalaman beragama dan menggambarkan rasa tidak senang serta prasangka mereka terhadap prinsip kewujudan Tuhan.

ii.

Faktor Epistemologi

Kebatilan sains pengurusan Barat juga dapat diselami melalui falsafah ilmu yang dijadikan sebagai landasan dalam penggubalan memerhatikan dengan pandangan mata hati kita sama ada setiap usaha yang kita lakukan itu membawa manfaat atau tidak kepada kita pada Hari Akhirat.


147

disiplin tersebut. Kita perlu sedar bahawa pembinaan disiplin pengurusan berlaku dalam keadaan pemikiran para pemikir pengurusan Barat mengendong sikap saintifik yang secara jelas menentang ilmu wahyu dan meragui sepenuhnya terhadap ma‟na kerohanian. Landasan pemikiran yang tidak bertitik tolak daripada kesedaran tentang hakikat wujud dan kewujudan ini kemudiannya telah menerbitkan pelbagai bentuk kejahilan yang bermula daripada zann, syakk dan berakhir dengan wahm. Bentuk-bentuk kejahilan inilah yang “mewarnai” segala teori dan prinsip pengurusan, lalu jika dipegangi, akan meranapkan kemuliaan dan martabat kemanusiaan. Oleh itu, akan terlihatlah dalam dunia pengurusan khususnya, ramai manusia yang tubuhnya atau rupa zahirnya sahaja manusia tetapi jawhar diri yang dikendongnya itu, yang pada asalnya bersifat kemalaikatan, telah bertukar sifat sama ada sebagai hayawan, syaitan, atau taghut (pewaris utama sifat fasad Fir‟aun, Hamman, Qarun dan Namrud). Tidak hairanlah jika amalan pengurusan itu dijalankan dengan penuh bernafsu yang bercapur-baur dengan perasaan dengki, dendam, hasad, iri hati, angkuh, riya‟, „ujub, takabbur dan penuh dengan matlamat peribadi. dalam

organisasi

yang

Asas ketenangan dan kedamaian berteraskan

semangat

jihad

dan


148

pengorbanan jiwa raga bagi melaksanakan keadilan dalam setiap aspek pengurusan mula diabaikan. Prinsip mewaqafkan seluruh hidup dan tenaga bagi mencapai maslahah ummah melalui amalan pengurusan tanpa rasa terikat kepada sesiapa kecuali kepada hukum Allah dan sunnah Rasul-Nya, telah tidak dipegangi. Maqam yaqin kelihatannya tidak banyak dicapai oleh para pengurus masa kini. Maqam yaqin ini pada hakikatnya terpancar melalui kesediaan seseorang pentadbir dan pengurus itu bertaubat apabila ia sedar telah membuat keputusan yang salah; sabar jika belum sampai maksud yang dihajati; shukur setelah mencapai sesuatu kejayaan; ridha dengan natijah yang diperolehi; takut (khauf) akan melakukan kebatilan dan kezaliman; berkeadaan mengharap

(rajaâ€&#x;)

untuk

senantiasa

dapat

melaksanakan

kebenaran dan menyempurnakan „ubudiyyahnya kepada Allah S.W.T.; dan tidak putus bermunajat dan bertawakkal kepada Allah S.W.T. dalam melakukan sesuatu ikhtiyar.

Dalam hal ini, benarlah sebagaimana yang sering diungkapkan oleh Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam tulisantulisan dan syarahan-syarahan beliau tentang ilmu bahawa kekacauan dan kefasadan yang dilakukan dalam aspek keilmuan akan mengakibatkan keadaan kacau-bilau dari segi adab sehingga


149

sesuatu itu tidak disusun dengan tertib dalam sistem kewujudan berdasarkan martabat dan darajatnya masing-masing sebagaimana yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T.. Dalam disiplin pengurusan yang banyak berkisar pada pengkajian tentang tingkah-laku

manusia

dalam

kehidupan

berorganisasinya,

kebenaran ini terbukti apabila teori-teori pengurusan itu dihasilkan melalui kaedah sains tabii (natural scientific method) yang penuh dengan ideologi saintismenya ke arah melahirkan kebenaran yang bersifat objektif. Apabila terpakainya kaedah ini, maka dengan jelas terjadinya pemisahan antara fenomena kerohanian dan jasmani. Keadaan ini sinonim dengan gerakan logical positivism yang menobatkan akal hayawani manusia sebagai sumber untuk mencapai ilmu dan pada masa yang sama menghancurkan wibawa ilmu wahyu sebagai sumber utama ilmu. Inilah juga yang dinyatakan oleh Syed Hossein Nasr sebagai reductionist , iaitu label kepada sains Barat kerana ia bukan sahaja memisahkan antara akal dan wahyu bahkan menolak sama sekali wahyu sebagai punca dasar ilmu.

Berdasarkan

kepada

suasana

ilmu

yang

sebegini,

Barat

menetapkan bahawa kebenaran sesuatu teori itu bergantung kepada sejauh mana teori tersebut menepati skala akal hayawani


150

manusia dan sejauh mana teori tersebut berjaya membuahkan faedah-faedah

kebendaan

yang

menyeronokkan

hawa

nafsu(hedonisme). Dalam kata lain, hujah bagi menetapkan kebenaran sesuatu teori itu bergantung kepada khayalan dan emosi yang penuh dengan kepalsuan nilai. Bagi Barat juga, teori pengurusan yang dihasilkan melalui kaedah ini dianggap begitu pragmatik dan begitu unggul kerana berjaya menggabungkan dalamnya kaedah logical dan empirical. Bagi kita pula sebagai orang Islam, kita sewajibnyalah menetapkan kaedah ini sebagai kaedah shirik kerana ternyata wujudnya pemisahan antara kaedah naqli dengan kaedah aqli.

Cabaran dalam Pelaksanaan Pengurusan Islam

Melalui kenyataan di

atas dan berdasarkan pengalaman

pengurusan yang dilalui oleh negara kita semenjak kemerdekaan sehinggalah kini, sememangnyalah mustahil bagi kita untuk memperkatakan amalan pengurusan Islam yang telah dan sedang dilaksanakan di Malaysia. Cuma yang boleh difikirkan di sini adalah amalan pengurusan yang bermiripkan Islam yang tidak semestinya

Islam,

atau

pun

amalan

pengurusan

yang

berperspektifkan Islam tetapi masih diletakkan dalam dominasi


151

pemikiran pengurusan Barat yang akibat akhirnya, beberapa prinsip Islam diubah suai dengan tidak beradab sekali supaya menepati semangat sains pengurusan Barat tadi.

Usaha yang dilakukan oleh kerajaan dengan mengenengahkan Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran pada tahun 1985 dan menggubal Pekeliling Am tentang Garis Panduan bagi Mengadakan Ceramah Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Perkhidmatan Awam pada tahun 2001 bukanlah boleh dijadikan sebagai justifikasi utama bagi kita menthabitkan bahawa kita telah mengamalkan pengurusan Islam. Walau pun usaha tersebut merupakan usaha murni kerajaan bagi memastikan semua tanggung jawab dilaksanakan dengan sebaik-baiknya oleh semua penjawat awam, namun terdapat beberapa persoalan utama yang perlu dijawab terlebih dahulu sebelum kenyataan bahawa kita telah mengamalkan pengurusan Islam dapat dikeluarkan.

Pertama, apakah matlamat kita sebenarnya di sebalik usaha penerapan nilai-nilai Islam. Adakah semata-mata mahu digunakan sebagai

alat

bagi

mencapai

maksud

kenegaraan

yang

menumpukan kepada kepentingan pragmatik ekonomi dan sosiopolitik, atau sebagai teras bagi melahirkan insan adabi yang


152

senantiasa sedar tentang amanah keinsanannya. Jika ianya dijadikan sebagai alat dalam maksud utilitarianisme bagi mencapai keinginan yang bersifat hedonistik, sudah tentu ini akan membantu menyemarakkan api kefasadan yang bakal merobek kalbu-diri yang selama ini telah dibekalkan dengan kalimah tawhid. Kelak, akan lahirlah anasir pendewaan diri yang membayangkan akibat pemikiran humanisme yang menetapkan bahawa Tuhan bersifat statik dan tidak layak mencampuri urusanurusan

keduniaan

kerana

kononnya

akan

menghilangkan

kekudusan Tuhan. Di sinilah punca yang membawa kepada faham kenisbian (relativeness) nilai lalu maâ€&#x;na pada sesuatu nilai itu senantiasa diubahsuai mengikut dorongan hawa nafsu.

Alangkah baiknya jika pelaksanaan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran kerajaan sekarang dimulakan atas kesedaran untuk mengembalikan manusia kepada prinsip taklif yang benar-benar menepati fitrah kemanusiaan yang meliputi dua aspek amanah yakni amanah sebagai hamba Allah yang setiap detik wajib mengenal dan mengiktiraf kewujudan-Nya dalam setiap sudut kehidupan dalam konteks menthabitkan tawhid rububiyyah, dan amanah sebagai khalifah-Nya yang berperanan memakmurkan


153

serta membangunkan kehidupan dunyawi ini menurut ketetapan Illahi iaitu dalam konteks menthabitkan tawhid uluhiyyah.

Kedua, adakah kita telah melakukan usaha yang bersungguhsungguh bagi menyisihkan (dewesternization) gagasan pemikiran Barat yang berteraskan Sekularisme yang mendominasi disiplin pengurusan. Adakah kita sudah cukup peka dan memahami setiap andaian (presupposition) yang dipakai oleh Barat dalam membentuk pelbagai teori pengurusan. Adakah kita sudah cukup sedar tentang akibat akhir yang bakal merundung kehidupan kita ekoran daripada sikap kita yang membuta tuli mengikut apa saja pemikiran yang dilambakkan oleh Barat yang membuaikan kita dengan dendangan lagu kejayaan yang mengalpakan yang muziknya dimainkan oleh pemusik-pemusik palsu. Tidakkah kita mahu mengambil iâ€&#x;tibar daripada peristiwa yang menimpa Sayyidina Adam „alaihi al-salam yang dipesonakan dan dialpakan oleh syaitan tentang buah pohon khuldi yang jika dikecapi konon-kononnya dapat mengekalkan kehidupan baginda di shurga, atau tidakkah kita sudah cukup diperingatkan oleh Rasulullah sallahhu „alaihi wa sallam tentang bahana lubang


154

biawak yang kononnya dapat menyelamatkan dan membebaskan kehidupan kita tetapi sebenarnya bakal menggelapkan kalbu diri dan membebalkan akal-budi.

Perlulah kita perhati dengan bersungguh-sungguh bahawa organisasi yang semata-mata digerakkan berteraskan falsafah pengurusan Barat sebenarnya tidak berupaya menzahirkan manusia sebenar yang benar-benar faham tentang maâ€&#x;na dan hakikat insan sebaliknya hanya berupaya membanyakkan manusia sekular, manusia politik atau manusia ekonomi yang lalai bertafakkur tentang asal-usulnya, hakikat kejadiannya, amanahnya di atas dunia ini, kedudukannya yang mulia sebagai makhluk pilihan, keâ€&#x;aiban dirinya, hakikat amalnya, dan kesudahan hidupnya. Organisasi yang sebegini hanya membayangkan siyasah „akliah-hayawaniyyah yang senantiasa dikepungi kejahilan zann, shakk, dan wahm yang semakin meneguhkan penjara jiwa manusia yang berada dalamnya: mereka merasakan sudah cukup mengenali dunia

tetapi

sebenarnya

mereka

semakin

diperdaya

dan

dimudaratkan oleh kehidupannya. Inilah akibat hati yang menjadi kerajaan di dalam tubuh itu tidak dijaga sebaliknya nafsu diangkat


155

menjadi raja hinggakan agama tidak dapat dipegang sebaikbaiknya. Inilah api yang terselindung di dalam sekam pengurusan Barat yang begitu hedonistik matlamatnya sehingga membuat hati pengamalnya menjadi keras dan terpadam cahayanya, lupa daratan kerana asyik bergelumang dengan prinsip-prinsip pengurusan yang penuh khurafat, shubahah dan haram, cetek akal, dan hilang semangat pengâ€&#x;abdian.

Ketiga, adakah dalam akal kita telah tertunjang pandang alam Islam yang sempurna sebagai landasan bagi melaksanakan Islamisasi dalam erti kata membebaskan diri daripada tradisi tahyul, mitos, animis, kebangsaan dan kebudayaan, dan selepas itu membebaskan akal dan bahasa daripada pengaruh sekularisme lalu kembali kepada kejadian asalnya yakni kepada fitrah, atau adakah kehidupan kita semakin suram diselubungi dengan prinsip dualisme, humanisme, dan tragedi yang menjadi inti pati utama pengurusan Barat yang diwarisi oleh kita selama ini. Haruslah disedari bahawa walaupun disiplin pengurusan Barat terkandung dalamnya aspek kebijaksanaan jasmaniyyah


156

namun kekuatan tersebut tidak berupaya melahirkan kejayaan dalam konteks al-falah jika disiplin tersebut tidak ditundukkan kepada al-Din.

Pembentukan pandang alam Islam dalam akal amatlah penting kerana ia kelak akan berfungsi sebagai acuan yang dapat menampilkan perspektif yang jelas dalam setiap tindak-tanduk yang kita lakukan khususnya dalam mengendalikan soal pengurusan. Tanpa adanya pandang alam Islam, kita akan cenderung menuruti nafsu dalam setiap pertimbangan dan keputusan serta sangat kurang memeliharakan yang sia-sia. Akibatnya, hati akan menjadi buta hinggakan akhirat tidak akan menjadi nyata. Lebih malang lagi, disiplin pengurusan pada masa kini banyak mengajar kita supaya masyghul teramat pada dunia sehingga secara tidak sedar terlepas pegang pada agama, lebih menjadikan kita jahil berbanding maâ€&#x;rifat, sering menyalah suruh dan tegah Allah, tidak mengenali hakikat diri kerana asyik bergelumang dengan cita-cita dunia yang mudarat, dan lupa akan akhirat lalu kepada Islam amatlah khianat.

Persoalan-persoalan yang dibangkitkan di atas perlulah dianggap sebagai

cabaran

yang

terpaksa

dihadapi

dalam

konteks


157

penggubalan disiplin pengurusan Islam kerana jawapan kepada setiap

persoalan

tersebut

akan

dapat

sekurang-kurangnya

menzahirkan maâ€&#x;na dan maksud asasi tentang aspek pengurusan sebenar yang menepati prinsip dasar al-Din al-Islam. Apa yang wajib dielakkan ialah pengurusan itu janganlah ianya sampai ke peringkat pemujaan diri, akal dan nafsu sebaliknya hendaklah ia dibataskan sebagai hiasan yang memancarkan lagi keindahan sistem

muâ€&#x;amalah

Islam

dan

pada

masa

yang

sama,

pelaksanaannya itu hendaklah dipastikan sejajar dengan hakikat iman, Islam dan ihsan.


158

SYURA DALAM ORGANISASI ISLAM

Berbeza pandangan di antara satu sama lain adalah lumrah manusia. Firman Allah SWT dalam Surah Hud, ayat 118: Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Dia menjadikan umat manusia semuanya menurut agama yang satu. (Tetapi Dia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan. Namun, jika perbezaan pandangan ini tidak diuruskan dan diselesaikan dengan baik, maka ia akan mewujudkan konflik yang akhirnya sukar untuk diselesaikan.

Di

sinilah

bermulanya

kepentingan

untuk

melaksanakan syura. Syura adalah proses perbincangan dan perundingan

untuk

mengeluarkan

keputusan

atau

untuk

menyelesaikan sesuatu masalah. Ia adalah merupakan sebuah medan untuk mewujudkan kesatuan pemikiran (wehdatul fikr) yang akan menjurus kepada kesatuan amal (wehdatul amal).


159

Pandangan-pandangan yang pelbagai ini perlu digarap dan diharmonikan untuk mengeluarkan satu keputusan yang benarbenar matang demi kepentingan bersama.

Perspektif

Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semuliamulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).(al-Hujurat: 13)

Ayat al-Quran tersebut menggambarkan kepada kita betapa manusia ini secara fitrahnya berbeza dari segi agama, bangsa, latarbelakang keluarga, pendidikan, skop kerja, tanggungjawab, kepentingan dan sebagainya. Kepelbagaian inilah yang akhirnya mewujudkan

perbezaan

cara

pemikiran,

tingkah-laku

dan


160

pembawaan. Wujudnya perbezaan pandangan kerana mereka melihat dari sudut ruang lingkup dan perspektif masing-masing. Oleh itu, mereka yang terlibat dengan syura perlu mempunyai sahsiah yang terbaik demi menerapkan roh syura dalam menyelesaikan

kepelbagaian

dan

ketidaksatuan

pandangan

tersebut. Antara akhlak dan disiplin dalam mesyuarat adalah:

Positif kepada orang lain. Individu yang menyertai atau terlibat dalam mesyuarat perlu menganggap ahli-ahli mesyuarat yang lain sebagai sahabat, bukan musuh. Jika dia menganggap orang lain sebagai musuh, maka timbullah sikap negatif terhadap mereka. Setiap pandangan orang lain akan cuba disangkal walaupun ia sebenarnya tepat. Dalam sesi mesyuarat, dia akan sibuk mencari kelemahan dan kesalahan orang lain. Setiap kali dia bercakap, diungkit-ungkit kesalahan orang lain, bukannya mencari penyelesaian terhadap masalah yang berlaku. Lalu masa terbuang begitu sahaja.Mesyuarat berakhir tanpa sebarang keputusan. Hasil yang ada hanya iri hati, cemburu, api kebencian dan permusuhan.

Fokus kepada matlamat mesyuarat dengan mengkaji dan membuat analisis tentang isu yang akan dibincangkan. Semasa bermesyuarat, dia perlu memberi penerangan atau taklimat kepada


161

anggota-anggota mesyuarat yang lain untuk memastikan mereka faham terlebih dahulu matlamat dan objektif mesyuarat tersebut. Dia juga perlu mengawal skop perbincangan agar tidak lari dari matlamat asal. Individu yang mengendalikan mesyuarat sangat berperanan memastikan mesyuarat menjadi medan yang berkesan. Dia perlu membuat persediaan sebelum memulakan sesuatu mesyuarat.

Antaranya,

mengutarakan

beri

pandangannya.

ruang

kepada

Seterusnya,

semua

pihak

mengharmonikan

jurang-jurang perbezaan yang ada agar dapat menjaga kepentingan semua pihak. Anggota jawatankuasa atau ahli mesyuarat juga perlu mempunyai akhlak dan disiplin agar perjalanan proses mengeluarkan keputusan itu lancar. Sekiranya ruang tidak dibuka seluas-luasnya untuk bersuara, pastinya ada orang yang keluar dari bilik mesyuarat dengan perasaan tidak puas hati.Mereka juga mesti berlapang dada menerima pandangan dan teguran pihak lain. Jangan merasa tercabar seolah-olah maruahnya dipijak-pijak apabila pandangan ditolak oleh ahli mesyuarat. Tidak perlu untuk merasa hina dan melenting ketika pihak lain mempunyai pandangan kedua. Firman Allah SWT yang bermaksud:Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu akan menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan bersabarlah


162

(menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati). Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. (al-Anfaal: 46)Rasulullah SAW telah menunjukkan contoh yang terbaik dalam soal ini. Baginda mempamerkan sikap kepimpinan yang ideal dalam menegakkan prinsip syura ini. Walaupun Baginda adalah seorang rasul yang pastinya dibimbing oleh Allah SWT, tetapi masih memberi ruang kepada sahabat-sahabat untuk mengemukakan pandangan.Tidak ada halangan bagi mereka untuk terlibat sama dalam proses mengeluarkan keputusan kerana keputusan tersebut akan dilaksanakan untuk kepentingan bersama. Dalam peperangan Badar, Rasulullah SAW menerima pandangan Hubab r.a mengenai tempat pertempuran. Hubab r.a mencadangkan untuk tentera Islam menduduki tempat yang paling dekat dengan air kerana ia sangat penting bagi tentera dan haiwan tunggangan mereka. Dalam perang Khandak pula, Rasulullah SAW bersetuju dengan pandangan Salman al-Farisi yang berketurunan Parsi untuk menggali parit bagi berhadapan dengan tentera Ahzab. Strategi ini membantu pasukan tentera Islam berjaya dalam semua peperangan dengan pihak musuh. Demikianlah antara episodepisod betapa Rasulullah SAW menunjukkan contoh yang terbaik dalam memimpin sesebuah organisasi. Iaitu mengambil dan menerima pandangan sahabat-sahabat.


163

Merendah diri, jangan ego dan sombong. Sekiranya Rasulullah SAW boleh menerima pandangan sedangkan baginda adalah merupakan penghulu kepada rasul, nabi dan umat manusia, maka mengapa kita terlalu ego dan sombong untuk sekurangkurangnya

mendengar

pandangan

orang

lain?

Di

sini

menunjukkan kepada kita bahawa jawatan dan kedudukan yang dipegang, setinggi mana pun ia, tidak boleh menjadikan individu tersebut kebal dengan sebarang teguran dan pandangan. Lebihlebih lagi kita adalah manusia yang tidak maksum. Memerlukan bantuan daripada sahabat-sahabat yang lain untuk menampung segala kekurangan.Jikalau tidak bersetuju dengan pandangan tersebut, maka adalah lebih baik menggunakan bangkangan yang paling lembut dan berhikmah. Kenapa perlu bertelingkah, sedangkan kita mempunyai pilihan untuk bermesyuarat dalam suasana yang cukup harmoni, aman dan penuh ukhuwah. Jangan memperkecil dan meremehkan pandangan orang lain disebabkan kedudukannya lebih rendah daripada kita. Ingat, Allah SWT yang menggerakkan fikiran seseorang itu untuk mengeluarkan buah fikiran, tidak kira tinggi atau rendah pangkatnya. Hayati firman Allah dalam surat al-Hujuraat ayat 11. Ahli mesyuarat juga perlu mengelak daripada membangkitkan isu-isu yang menyentuh perkara sensitif dan terlalu peribadi yang akhirnya menimbulkan


164

permusuhan di kalangan anggota. Bahkan, mencetuskan dendam kesumat yang tidak akan padam.

Jauhi prasangka buruk kerana prasangka buruk ini tidak akan berlaku kecuali apabila kita mempunyai pemikiran yang negatif. Cuba mulakan segalanya dengan positif terlebih dahulu. Mendengar idea yang dikemukakan oleh orang lain memerlukan penilaian secara positif terlebih dahulu. Sekiranya kita mempunyai tanggapan yang negatif, maka kita akan cenderung untuk menolaknya walaupun sebenarnya ia mempunyai kebaikan untuk organisasi. Ingatlah firman Allah SWT dalam surah al-Hujuraat, ayat 12.Sebenarnya, konsep syura bukan hanya berlaku semasa waktu mesyuarat sahaja, tetapi ia juga perlu diaplikasikan dalam rutin kehidupan harian di tempat kerja atau di rumah.Bayangkan seorang

suami

mengaplikasikan

konsep

syura

dalam

rumahtangganya. Tentulah akan mewujudkan suasana yang cukup bahagia dan tenteram. Begitu juga sebuah institusi yang mempunyai masalah dan konflik dalaman yang begitu parah. Ia tidak akan dapat diselesaikan melainkan dengan aplikasi semangat syura. Kita melaksanakan syura bukan kerana memenuhi prosedur syarikat atau organisasi semata-mata, tetapi lebih besar daripada itu adalah disebabkan perintah dan arahan Allah SWT. Firman


165

Allah SWT yang bermaksud:...Dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka. (asy-Syura)


166

PEMBANGUNAN MODAL INSAN DARI PERSPEKTIF ORGANISASI DAN PENGURUSAN ISLAM

Pengenalan

Strategi pengurusan dan pembangunan modal insan amat penting

kepada

sesebuah

organisasi

kerana

ia

memberi

sumbangan yang amat besar kepad a kemajuan organisasi

dan

pembangunan Negara. Pengurusan ditakrifkan sebagai proses untuk mendapatkan modal atau men ggemblengkan segala input di dalam sesebuah organisasi dengan cara paling optimum untuk mencapai objektif organisasi. Ini disokong oleh George dan Jones (2006) yang mengatakan p engurusan ialah perancan gan,

pengorganisasian, pengarahan

dan

pengawalan

modal

insan dan sumber-sumber modal yang lain untuk mencapai matlamat organisasi secara cekap dan berkesan.


167

Seterusnya, pengurusan organisasi pula merujuk kepada proses merancang, men gorganisasi, memimpin dan memantau segala aktiviti

anggota-anggota

dalam

sesebuah

organisasi

dengan menggunakan segala sumber organisasi yang ada bagi mencapai objektif organisasi yang ditetapk an. Secara tidak langsung, pengurusan dan pengurusan organisasi ini adalah saling berkait. Ianya merujuk kepada proses peningkatan produktiviti tenaga insan atau dikenali sebagai pengurusan dan pemban gunan

modal

insan

yang

melibatkan

usaha-usaha

penggemblengan segala input atau sumber di dalam

sesebuah

organisasi dengan cara paling optimum untuk mencapai objektif organisasi.

Merujuk

kepada

senario

di

negara

ini,

strategi

pembangunan modal insan juga telah menjadi agend a utama dalam pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Bajet 2007 misalnya telah memberi peruntukan besar k epada pembangunan modal insan iaitu sebanyak 21 peratus daripad a keseluruhan perbelanjaan. Perdana Menteri Malaysia misalnya telah

mengumumkan

bahawa

daripada peruntukan sebanyak

RM33.4 bilion, RM6.7 bilion disalurkan kepada pendidikan rendah, R M6.2 bilion untuk pendidikan menengah, RM10.4


168

bilion

untuk pengajian tinggi dan sebanyak RM10.1 bilion

untuk program latihan. 3 Melalui peruntukan tersebut, sudah tentu ini akan memudahkan usaha membangunkan modal insan yang selama ini menjadi prasyarat penting dalam memacu pertumbuhan

rantaian ekonomi yang berpaksikan pengetahuan

serta teknologi terkini.

Dari perspektif pengurusan Islam, pen gu rusan dan pembangunan modal insan merupakan komponen utama yang p erlu dititikberatkan di dalam menggerak dan memajukan sesebuah organisasi.

Meskipun

dari

segi

operasional,

pengurusan Islam dilihat seolah-olah h ampir sama dengan konvensional, namun pada hakikatnya ia berbeza, khususnya dari segi falsafah pengurusan. Falsafah atau ideologi ini akan memberikan

sistem tersebut asas-asas dan

objektifnya

di

samping memberikannya prinsip-prinsip dan ketentuan.

Falsafah ini juga yang merupakan asas kepada sistem pengurusan Islam adalah bersumberk akan k epada al-Qurâ€&#x;an dan al-Sunnah. Falsafah inilah yang kemudiannya membawa kepada matlamat dan pelaksanaan pengurusan modal insan yang lebih holistik dan bukannya terlalu mementingkan kepad a


169

keuntungan kesucian.

dengan menidakkan Modal

insan

aspek

nilai,

yang berkualiti

moral

dalam

dan

konteks

pengurusan Islam merujuk kepada pembangunan pekerja yang mempun yai nilai dan ciri-ciri yang baik seperti akhlak dan etika

yang

baik,

berkemahiran

tinggi.

berperwatakan Mereka

ini

yang sangat

sopan

dan juga

produktif

dan

berkeupayaan untuk menyumbang kepada kemajuan sesebuah organisasi sama ada dalam bentuk kuantitatif mahu pun kualitatif.

Seterusnya aspek pengurusan organisasi yang baik pula menekankan tentan g pembangunan dan pengurusan modal insan yang teratur dan dinamik. Organisasi yang tersusun biasanya dicapai apabila

organisasi

tersebut

bijak

dalam

mengurus

struktur organisasinya supaya selaras dan selari dengan fungsi– fungsi pengurusan yang sesuai dalam membangunkan sumber dan aset organisasi ke arah produk dan perkhidmatan

yang

berkualiti. Oleh itu modal insan dalam Islam misalnya, tidak didasarkan semata-mata kepada kekananan ( seniority) sahaja, sebaliknya lebih dari itu dengan melihat kepada aspek-aspek lain seperti

akhlak,

kualiti

kerja, kecekapan,

kelebihan

ilmu

pengetahuan dan d aya kepimpinan di samping mempun yai sikap berpandangan jauh, beridealisme dan lain-lain sifat terpuji.


170

Formula Islam dalam pembangunan modal insan adalah menerusi landasan akidah, syariah dan akhlak. Aspek terpenting yang lahir

dari

komponen

tersebut

adalah

untuk

membangunkan modal insan melalui pembangunan spiritual ummah berasaskan kepada kekuatan rohani untuk membina suatu peradaban yang cemerlang dan mampan. Ianya mempunyai hubungkait dengan aspek kerja berkualiti yang merujuk kepada usaha dan kerja oleh pekerja yang mempunyai nilai dan ciri-ciri yang baik seperti akhlak yang baik, berperwatakan yang sopan dan juga berkemahiran tinggi. Merek a inilah merup akan modal insan bersifat produktif dan

berkeupayaan untuk

menyumbang kepada k emajuan sesebuah organisasi. Dalam hal ini,

strategi

pembangunan

dan

pengurusan

modal insan

sememangnya memberi perhatian yan g serius kepada aspek pengurusan organisasi yang efisyen. Pengurusan secara efisyen ini adalah perlu dan ianya merujuk kep ada pengurusan secara menyeluruh dan komprehensif oleh modal insan yang bernama pekerja yang baik yang berupaya untuk mempamerkan keupayaan dan disiplin

diri

secara

berkesan.

Mer eka

ini

biasanya

menganggap menganggotai sesebuah organisasi itu sebagai amanah dan tanggungjawab, yang wajib dilaksanakan dengan


171

segala daya upaya yang boleh. Manifestasi mengurus kerja yang baik dalam pembangunan dan pengurusan modal insan akan

melahirkan

modal insan yang seimbang, teratur dan

dinamik.

Pengurusan yang baik juga menitikberatkan tentang hubungan di antara pihak pengurusan dengan pihak orang bawahan (subordinates ) yang perlu dilakukan secara positif, bertoleransi dan bersifat bek erjasama dan tolong-menolong dalam memajukan pengurusan organisasi secara berkesan. Oleh yang demikian, sifat diskriminasi sewajarnya dielakkan di dalam pengurusan modal

insan bagi menjamin pengurusan yang

berkualiti dan disegani. Struktur organisasi yan g tersusun dan berkualiti akan dicapai apabila organisasi tersebut bijak dalam menyusun struktur organisasinya supaya selaras dan selari den gan fungsi-fun gsinya yang sesuai dalam membangunkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti. Struktur organisasi yang tersusun ini amat perlu supaya para pekerja diberi ruan g dan peluang yang

lebih

fleksibel

dalam menjalankan tugas dan

tanggungjawab. Selain itu, kualiti pen gurusan modal insan dari perspektif Islam juga melihat kepada kriteria-kriteria lain seperti

penilaian prestasi

kerja,

kualiti

kerja,

kecekapan,


172

kelebihan ilmu pengetahuan dan daya kepimpinan seseorang di sampin g mereka ini berpandangan jauh, mempun yai idealisme yang tinggi dan lain-lain sesebuah

organisasi

sifat yang terpuji. Kecemerlan gan

adalah

ber gantung kepada

kualiti

pekerjanya. Pekerja yang berkualiti bukan sahaja bergantung kepada tahap pembelajaran mereka malah lebih penting adalah tahap-tahap pengalaman mereka dilalui di dalam p elbagai bidang. Oleh itu, pemb elajaran, kemahiran dan pengalaman ini akan melahirkan individu yang mempunyai keyakinan dan pakar dalam bidang mereka. Ia juga akhirnya akan membentuk budaya kerja cemerlang di kalangan pekerja atau modal insan yang telah dilatih semenjak awal.

Budaya kerja cemerlang inilah yang amat diperlukan oleh organisasi. Ian ya merujuk kepada budaya kerja murni dan

berkualiti yang

menjadi

amalan

kerja

bersama,

diperkukuhkan dengan sistem, proses, prosedur, peraturan yang jelas dan mudah dilaksanakan. Ianya perlu dimulakan oleh perin gkat

atas

pentadbiran

diimplementasikan

di

organisasi, seterusnya kalangan

diturun

dan

pengurusan eksekutif

atau

pertengahan dan seterusnya diamal dan dihayati oleh pekerja bawahan. Seterusnya pengurusan secara Islam melihat modal


173

insan melalui pekerja yang berkualiti sama ada dari segi akhlak, tingkah laku dan juga kepakaran dan kemahiran mereka.

Mereka

menyumbang

ini

dan

juga senantiasa

sentiasa

berusaha

bersedia

untuk

untuk meningkatkan

produktiviti organisasi demi mencapai al-falah. Hal ini bertepatan dengan takrifan pengurusan Islam oleh Mohd Affandi Hassan yang

dipetik

dari

Ab.

Mumin

Ab.

Ghani

(2006)

sebagaimana berikut: “ Pengurusan

dan

pentadbiran

penyempurnaan amanah S.W.T sebagai hamba mengerjakan Tujuan

amal

pengurusan

peradaban

dalam

Islam,

ialah

yang diterima manusia dari Allah dan khalifah-Nya di

salih

secara syura

bumi,

dalam

dan pentadbiran ialah

untuk

untuk

organisasi. membina

yang diredai Allah berlandaskan ajaran tauhid;

dengan itu pengurusan dan pentadbiran bertanggungjawab menghapuskan al-fasad untuk menegakkan keadilan dalam organisasi dan juga dalam masyarakat �.

Oleh itu, semangat berusaha dan bekerja ke arah kualiti dan prestasi yang lebih baik inilah yang amat perlu bagi mengurus modal insan

sesebuah

organisasi

secara

lebih


174

sistematik dan berjaya. Sebagaimana merujuk kepada maksud firman Allah S.W.T. “Allah tidak akan mengubah nasih sesuatu kaum itu sehinggalah mereka itu sendiri merubahnya�.

Deskripsi Tentang Pembangunan Modal Insan

Modal

insan

merupakan

individu

yang

tidak

bersifat

individualistik tetapi bersifat sebahagian daripada masyarakat Malaysia yang berilmu, berkeyakinan, memiliki nilai yang murni dan moral yang tinggi. Juga beretika, berbudi pekerti, bersopan santun, mempunyai keluarga yang mantap berdisiplin, dinamik, berdaya tahan tinggi, berinovasi, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, cekal, berintegrasi dan berdaya saing. Modal insan ini penting untuk mewujudkan personaliti yang unggul dan setiap indiv idu perlu mengamalkan setiap unsur-unsur dalam modal insan demi menentukan hala tuju negara, bangsa dan agama. Sebagaimana memetik kenyataan YAB Datoâ€&#x; Seri Abdullah Ahmad

Badawi

ketika

membentangkan

Belanjawan

2005

menjelaskan bahawa: “ Kemajuan dan kekuatan ekonomi bukanlah segala-galanya. Ia perlu dilihat sebagai landasan untuk mencapai kesejahteraan


175

hidup dan keutuhan sosial. Lantas, perseimbangan kebendaan dan kerohanian sangatlah penting supaya akan lahir tamadun yang agung. Kita perlu bersama-sama mengambil langkah memperka ya jiwa bangsa, tradisi, budaya dan agama tidak seharusnya menjadi halangan kep ada kejayaan sebaliknya perlu

digarap

sebagai

tunjang

mendaki

ke

mercu

kecemerlangan yang akan mengangkat martabat bangsa dan kewibawaan negara di mata dunia �.

Dalam perutusan sempena men yambut Hari Pekerja 2006, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi turut menegaskan bahawa dalam konteks dunia global hari ini, modal insan yang benar-b enar berku aliti adalah suatu kemestian. Sebagaimana kata-kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya: “ Sekiranya kita ingin melangkah ke era ekonomi berpaksikan pengetahuan serta ingin menjadi bukan sahaja sekadar manamana negara maju tetapi negara maju yang mempunyai identitinya sendiri serta mampu terus kekal pada tahap itu, pembangunan modal insan berminda kelas pertama harus diutamakan �.


176

Pembentukan

modal

insan

harus

dilihat

secara

menyeluruh membabitkan semua aspek kehidupan dalam individu dan masyarakat di negara ini. Oleh itu, terdap at pelbagai aspek yang perlu diberi penekanan dalam usaha membina modal insan yang bersepadu, iaitu ilmu pengetahuan, daya intelek, kemahiran, tahap peningkatan ekonomi, kebudayaan dan sebagainya.

Menurut Ibn Khaldun (1993), faktor pembeza antara masyarak at bertamadun dengan tidak bukanlah terletak p ada pembahagian

kerja,

tetapi

terletak

kepada

peningkatan

(produktiviti) pekerjaan. Masyarakat bertamadun merasa tidak cukup dengan adanya pelbagai jenis pekerjaan antara mereka, sehingga mereka merasa perlu mewujudkan pelbagai bentuk peningkatan(produktiviti) pekerjaan yang berbeza-beza di antara mereka. Kemahiran tenaga kerja akan menggunakan sumber alam dan kekuatan modal insan secara optimum dan intensif untuk kepentingan dan kesejahteraan masyarakat.Tambahan pula dalam

mentakrifkan

perkataan

“tamadun�, sangat

jelas

ungkapan tersebut mempunyai kaitan secara lan gsung dengan akhlak,

iaitu

kehalusan

budi

pekerti

dan

pembangunan


177

perbandaran atau penempatan.

Petikan berikut menjelaskan

perkaitan antara tamadun dan akhlak, iaitu: ‌ tamadun boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan pembangunan dalam segala perlakuan, pemikiran dan kemajuan, kesenian, kesusasteraan dan lain-lain yang tinggi, baik, halus dan sopan kea rah pembentukan peribadi dan komuniti yang memiliki personality, tatasusila dan budi pekerti yang terpuji untuk

membentuk

sebuah masyarakat atau Negara

bangsa.

Selaras

dengan

menekankan kepada melibatkan

itu,

proses

usaha-usaha

pengurusan persiapan

modal

tenaga

insan

insan

menggemblengkan segala

yang

input

di

dalam sesebuah organisasi dengan cara paling optimum untuk mencapai

objektif organisasi. Pengurusan ini

juga

meliputi

proses merancang, mengor ganisasi, memimpin dan memantau segala aktiviti anggota-anggota d alam sesebuah or ganisasi dengan menggunak an

segala

sumber

organisasi

yang

ada

mencapai objektif organisasi yang ditetapkan. Pengurusan

bagi dan

seterusn ya pembangunan modal insan ini perlulah sentiasa digilap kerana ia merupakan elemen penting bagi memastikan


178

organisasi k hususnya, terus berdaya saing dan berdaya tahan terutama dalam zaman ekonomi sejagat yan g berlandaskan pengetahuan dan bertunjangkan sains dan teknologi. Oleh kerana itu, pembangunan modal insan dalam konteks pengurusan Islam

bukan sahaja setakat

mempunyai kemahiran

dan

peningkatan ciri-ciri

tahap

akhlak

pendidikan, yang

mulia,

berkeyakinan malah ia berkaitan dengan menghasilkan rakyat yang mempunyai pemikiran minda kelas pertama

ke

arah

mengejar al-Falah iaitu kejayaan di dunia dan di akhirat.

Pembangunan Modal Insan Dalam Konteks Pendekatan Islam

Pembangunan modal insan dalam konteks pendekatan Islam lebih memberi penekanan kepada kesedaran tentang betapa perlunya setiap individu dilakukan,

mengetahui tentang apa yan g perlu

dan bertanggungjawab sepen uhnya ke atas segala

tindakan atau perbuatan yang dilakukan dilakukan menjadi

supaya semua yang

sebahagian daripada amalan terbaik (amal

soleh). Apa yang dipentingkan dalam konteks pendekatan Islam ialah membangunkan keperibadian manusia seutuhnya selaras dengan bakat dan potensi

yang dimiliki menerusi program

pendidikan dan latihan. Penekanan yang diberikan ialah setiap


179

manusia perlu dibangunkan dengan kekuatan spiritual untuk menggerakkan daya kerja yang tulus ikhlas, kekuatan minda untuk

memikirkan

tentang kerja yang

lebih sistematik dan

berdaya maju, kekuatan fizikal untuk melaksanakan kerja den gan sepenuh ten aga serta dipupuk dengan kesedaran dalaman, kesungguhan,disiplin dan visi masa hadapan yang jelas.

Ini

kerana manusia perlu dididik supaya mempunyai nilai dan harga diri, kep ercayaan diri dan keutuhan diri untuk merangsang masa hadapan

yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Jelasnya, konsep pembangunan modal insan di dalam sesebuah organisasi menurut pendekatan Islam mengkehendaki sesuatu yang hendak dilakukan itu dilakukan dengan penuh ilmu pengetahuan dan kesedaran. Setiap pekerja perlu mengetahui dan mendapat keredaan Allah. Kejayaan sebenar ini dapat dicapai apabila

kedua-dua kehidupan

tersebut

dapat

diseimbangkan; menyedari tentang apa yang dilakukan kerana ianya akan dihitung sebagai amalan soleh. Justeru, ian ya berkehendakkan tanggungjawab.

kepada

satu perincian

tugas

dan

Oleh itu jelaslah pembangunan modal insan

perlu melip uti kekuatan jasmani dan rohani. Malah modal insan melalui kekuatan jasmani dan rohani adalah aset terpenting yang harus dijana sebaik mungkin demi mencapai

al-falah. Ini


180

bertepatan dengan p ernyataan dan gesaan Allah dalam firmanNya yang bermaksud: “Kami tinggikan darjat orang yang Kami kehendaki dan di atas tiap-tiap orang yang berpengetahuan itu, ada lagi yang maha mengetahui�. 16

Pembentukan

Modal

Insan

Sebagai

Pekerja

yang

Berakhlak Mulia

Akhlak memainkan p eranan penting dalam kehidupan individu Muslim. Tanpa akhlak akan pincanglah sebuah kehidupan dan akan hancurlah sesebuah negara. Dewasa ini pelbagai kejadian yang berlaku ekoran d ari kelunturan akhlak di kalangan individu seperti

rasuah,

jen ayah,

bunuh diri,

rogol

dan

sebagainya. Apa yang menyedihkan ialah kelunturan akhlak yang berlaku di kalangan individu Muslim khususn ya. Ramai yang mengakui dirin ya sebagai Muslim, tetapi tidak memiliki akhlak

sebagaimana

seorang

Muslim yang

benar-benar

menghayati Islam dan panduan yang digariskan dalam alQurâ€&#x;an. Sesebuah

negara

akan

mencapai

kemajuan

jika

warganegaranya terdiri daripada individu yang berakhlak luhur.


181

Sebaliknya

jika

rosaklah bangsa

warganegaran ya dan

negara

itu.

berakhlak Seorang

buruk,

maka

pen yair

Arab

bernama Syauqi Bey pernah berkata: “ Satu bangsa dikenali kerana akhlaknya (budi pekertinya ).

Jika akhlaknya telah

runtuh, maka runtuh pulalah bangsa itu �.

Perbuatan kebaikan (ihsan) yang menentukan nilai dan status akhlak seseorang dan inilah tujuan sebenar penciptaan manusia sebagaimana firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “(Allah) yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang paling baik perbuatannya.� Perbuatan atau akhlak yang baik

itu bukan sahaja akan

membawa kebahagiaan kepada oran

g lain, tetapi

juga

membahagiakan pelaku itu sendiri. Allah S.W.T. turut mengasihi dan berserta dengan orang-orang yan g melakukan kebaikan. Allah S.W.T. tidak akan mensia-siakan pahala mereka dan tidak ada balasan yang setimpal den gan kebaikan

kecu ali kebaikan.

Antara kebaikan yang diperolehi oleh pelaku akhlak mulia juga dinyatakan bahawa sesungguhnya perbuatan-perbuatan kebaikan akan menghapus (memakan d osa) perbuatan-perbuatan kejahatan. B ahkan lagi, amalan akhlak mulia akan menambah rezeki

daripada

Allah S.W.T.

sebagaimana

Allah

S.W.T.


182

menjanjikan bahawa sekiranya manusia bersyukur, nescaya Allah S.W.T. akan tambahkan lagi rezeki dan sebaliknya jika mereka kufur, sesungguhnya azab Allah S.W.T. sangat pedih.

Pembangunan Modal Insan Melalui Pendidikan Akhlak

Pendidikan akhlak merupakan wadah penting untuk merungkai permasalahan akhlak individu dan untuk melahirkan manusia yang baik. Penekanan pendidikan sangat penting bagi

akhlak adalah

membangun dan melahirkan insan secara

bersepadu dan seimbang demi merealisasikan

fungsi manusia

sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi. Pendidikan akhlak Islamiyyah merupakan satu-satunya cara pendidikan akhlak individu ke arah melahirkan manusia yang dap at membina masyar akat yang membangun selaras dengan maksud pembangunan dalam Islam. Melalui pendidikan yang benar dan tepat, akh lak individu dapat dibentuk dan seterusn ya segala kegiatan

yang

tidak

bermoral

akan dapat dikawal d an

dihapuskan.

Akhlak seseorang tidak bersifat jumud, beku atau statik tetapi berubah melalui pendidikan, latihan dan disiplin. Menurut


183

Miskawaih, seseorang

berpotensi

untuk

merubah

akhlak

menjadi baik, sama ada dalam tempoh yan g singkat ataupun panjang. Namun begitu, Miskawaih menyatakan lagi bahawa kemampuan dan pencapaian seseorang dalam menerima p endidikan dan perubahan lain adalah berbeza. Sesetengah mereka bersikap responsif terhadap pendidikan dan berubah menjadi baik dalam jangka masa yang singkat. Manakala sesetengah yang lain pula, kekal dalam bentuk yang asal dan akhlak mereka sukar dibentuk Selain itu, pembentukan insan yang berakhlak mulia merupakan agenda utama dalam sistem pendidikan

negara.

Ini

jelas termaktub

Pendidikan

Keban gsaan. Falsafah

dalam

Pendidikan

Falsafah

Kebangsaan

dengan jelas menyatakan ciri-ciri akhlak mulia iaitu insan yang mempunyai pengetahuan tentang nilai-nilai baik dan buruk, mempunyai kesedaran tentang kesan daripada perbuatan baik dan buruk, berkeyakinan terhadap nilai murni, mengamalkan perbuatan

yang

baik,

menghindari

perlakuan

yang buruk,

menghayati nilai mulia yang merangkumi nilai-nilai kerohanian, kemanusiaan

dan kewargan egaraan.Pernyataan

„memiliki sahsiah seimbang dan sepaduâ€&#x; dalam

huraian

Falsafah

insan

yang

yang dijelaskan

Pendidikan Kebangsaan tersebut

antaranya ialah berkaitan den gan keseimbangan dari segi rohani


184

iaitu : “ Men yedari dan menginsafi adanya Pencipta, menyedari dan menginsafi tanggungjawab dan penanggungjawab, menghargai dan mensyukuri pemberian Pencipta, memupuk dan membina disiplin diri serta membentuk akhlak mulia .

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tu han. Usah a ini adalah bertujuan untuk melahirkan rak yat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketerampilan,

berakhlak

mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

keluarga, masyarak at dan negara. Pendidikan

akhlak merupakan asas pembinaan minda dan sahsiah individu ke arah membentuk budi pekerti yang luhur sesuai dengan fitrah kejadian manusia. Pendidikan akhlak yang benar akan membentuk individu agar mampu mengendalikan kekuatan diri daripada terdorong ke arah kejahatan. Justeru terdapat pelbagai


185

perspektif dalam al-Qurâ€&#x;an yang melibatkan pelaksanaan akhlak dan kepentingan akhlak sama ada kepada diri, masyarakat, bangsa ataupun negara. Ini kerana kemurniaan akhlak individu turut mempengaruhi kecemerlangan dan kejatuhan sesuatu tamadun. Individu Muslim yang berupaya akhlaknya

kepada

memindahkan

pendidikan

pembentukan peribadi mulia dan berbudi

pekerti indah akan mampu memberi kesan yang positif terhadap pembinaan masyarakat dan tamadun manusia.

Mengurus Modal Insan Secara Holistik dalam Sesebuah Organisasi

Kecemerlan gan sesebuah organisasi adalah bergantung kepada kualiti

pekerjanya.

Pekerja

yang

berkualiti

bukan

sahaja

bergantung kepada tahap pembelajaran mereka malah lebih penting adalah tahap tahap pengalaman mereka yang dilalui di dalam pelbagai bidang. Kemahiran dan

pengalaman ini akan

melahirkan individu yang mempunyai keyakinan dalam bidang mereka. Lantaran itu mengurus modal insan secara holistik adalah perlu dititikberatkan. Perhatian perlu diberikan kepada kumpulan profesional dan juga pengurusan dalam sesuatu bidang

yang merupakan

aset

penting

dalam

sesebuah


186

organisasi. Namun begitu, tumpuan dan perhatian juga perlulah diberik an kepada kumpulan pertengahan seperti juruteknik, penyelia,

pengatur cara dan sebagainya dalam organisasi yang

sama. Kebajikan pekerja yang tidak terjaga akan menyebabkan kumpulan tenaga kerja berpengalaman ini akan meninggalkan organisasi apabila menerima tawaran yang lebih baik.

Pihak

majikan

perlulah

memperkenalkan

sistem

pengurusan yang tidak memandang kepada kelebihan jawatan ketua. Ketua hanya dilihat

sebagai

satu

jawatan

dalam

pengurusan sahaja. Dari segi pendapatan ia hanya bergantung kepada pengalaman dan mutu perkhidmatan yang mereka berikan

kepada

organisasi.

Golongan muda

juga

perlulah

diberikan peluang menjadi ketua kepada kakitangan yang lebih kanan dalam sesuatu projek. Ini mewujudkan persekitaran yang menggalakan terutaman ya

wujudnya

kumpulan yang lebih kanan. Ini mengurangkan

bebanan

pengurusan

kerjasama pasti yang

dikalangan

dapat membantu dihadapi

oleh

pengurusan yang lebih kanan.

Oleh itu, bagi menjayakan pembangunan modal insan


187

maka kita perlu mengubah sistem pen gurusan mewujudkan suasana

yang

menggalakkan

dahulu bagi

untuk

Kebajikan pekerja perlulah dipelihara untuk

bekerja.

memastikan

sesebuah organisasi tersebut berdaya maju dengan para pekerja yang berpengalaman dan komitmen yang tinggi. Tegasnya, pengurusan

modal

insan

yang

berkesan

dalam sesebuah

organisasi perlulah berupaya untuk melahirkan pekerja yang baik yang mempunyai ciri-ciri utama seb agaimana berikut :

1. Keikhlasan dan semangat

Keikhlasan

dalam

diri

untuk

memberi

sumbangan

yang

bermakna .sifat keikhlasan ini kita sendiri yang boleh mengetahui dan merasainya. Sekiran ya keikhlasan wujud, ia sudah tentu akan

dapat menimbulkan

semangat

juang

yang

tinggi.

Keihlasan bukan terletak pada apa yang kita cakap atau apa yang kita janji tetapi ianya terserlah melalui perbuatan dan etika seseorang.

2. Berorientasikan pelanggan

Pekerja yang berjaya di dalam sesebuah organisasi mestilah


188

mengutamakan pelanggan. Pelanggan tidak semestinya orang yang memberi kita perniagaan bahkan pelajar juga dianggap pelanggan kepada seorang guru. Oleh itu pekerja yang baik akan sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan pelanggan. Seorang pekerja yang baik hendaklah mempunyai pen getahu an dan

memahami pelanggannya.

Bagi

organisasi

sekolah

misalnya, murid adalah pelanggan utama d an memahami pelan ggan adalah memahami dari segi pembangunan jasmani, emosi, rohani dan inteleknya (JERI).

3. Keupayaan berfikir

Pemimpin yang

baik

berupaya untuk

berfikir dengan baik.

Pemikiran yang baik pula hanya dapat dihasilkan daripada ilmu dan pen galaman yang dimiliki. Mereka yang tidak berilmu tidak akan mampu menjadi pemimpin yang baik di dalam dunia moden ini di mana ilmu merupakan sumber utama bagi kejayaan sesuatu bangsa. Seseorang pemimpin yang baik bukan sahaja perlu memiliki ilmu itu sendiri malah mereka berupaya menggunakan

dan

mengolah

maklumat

bagi menghasilkan

strategi yang baik. Oleh itu kepelbagaian ilmu seperti memiliki limu dalam bidang kepimpinan, pengurusan, kewangan, strategi


189

organisasi, sumber manusia dan lain-lain adalah penting dalam membentuk strategi, program, aktiviti dan lain-lain tugasan. Keupayaan berfikir boleh dipraktikkan den gan memperkayakan ilmu. Cara yang paling mudah untuk mendapat ilmu adalah dengan membaca.

Nabi Muhammad S.A.W. diberi tugas

sebagai pemimpin bermula dengan BACA.

4.

Keupayaan berkomunikasi

Kepimpinan dalam organ isasi sering didefinisikan sebagai keupayaan seseorang untuk

untuk

mempengaruhi

satu

kumpulan

melakukan sesuatu yang lazimnya, tanpanya perkara

tersebut tidak dilakukan atau tidak dilakukan

sebaliknya. Ini

bermakna pemimpin sebenar perlulah berupaya untuk memberi nilai tambah kepada or ganisasi. Ianya juga bererti melibatkan keupayaan mempengaruhi atau men gorientasikan orang lain untuk melaksana atau

menjaya sesuatu yang

dihasrat

oleh

pemimpin tersebut. Ini bermakna seseoran g pemimpin perlu berupaya untuk berkomunikasi secara berkesan sama ada secara lisan, penulisan atau lain-lain. Dalam konteks ini, komunikasi bermakna

pemimpin tersebut

berupaya

dan

senantiasa

berkomunikasi secara berkesan dengan pegawai-pegawai dan


190

pekerja

di

bawahnya

dalam

memahami, menghayati dan

konteks untuk

sama-sama

komited dengan strategi, misi,

visi, matlamat dan wawasan serta aktiviti yang dirancang. Ini juga bererti pemimpin mestilah selalu berbincang, meminta pandangan, mendengar dan berinteraksi dengan baik dalam organisasi

yang

diterajuinya. Dalam hal ini pendekatan

turunpadang (management by working around)

adalah perlu

untuk menjayakan komunikasi dengan berk esan.

Bentuk-bentuk Kemahiran Dalam Pembangunan Modal Insan

Setiap pekerja di dalam sesebu ah organisasi perlu mewujudkan suatu persefahaman dan rasa percaya mempercayai di antara sesama pekerja sama ada peringkat atasan mahu pun peringkat orang bawahan dengan mengambilkira aspek-aspek positif seperti prihatin, mengambil berat, mesra, tulen, ikhlas dan menerima. Kebolehan

ini memerlukan b eberap a kemahiran

tertentu bagi memastikan hubungan yang dibina itu berada pada tahap yang boleh diterima dalam situasi hubungan sosial biasa.

Antara

bentuk

kemahiran

yang

diperlukan

untuk


191

melahirkan modal insan atau pekerja yang berkualiti dan efisyen ialah:

1.

Kemahiran

pekerja

menggunakan

bentuk-bentuk

komunikasi yang sesuai dengan keadaan orang lain supaya hubungan yang terjalin di antara mereka adalah hubungan b erkesan dan ia dapat membantu tahap kualiti pekerja dalam bidang pengurusan

2.

Kemahiran

kepekaan

kemanusiaan yang diperlukan

pekerja

terhadap

keperluan

dalam aspek pekerjaan dan

tidak tertumpu kepada orientasi kualiti pengurusan semata-mata.

3.

Kemahiran pekerja untuk memb ina su asana pengurusan

yang lebih harmoni, mesra, mengambil berat, empati, dan memupuk semangat setiakawan di kalangan pekerja terh adap pekerja mereka. Elemen-elemen ini penting kerana organisasi perlu

dirasakan

oleh pekerja

sebagai

suatu

tempat

yang

kondusif dan disukai bagi mencapai matlamat pengurusan yang maksimum.

4.

Kemahiran pekerja sebagai seorang pemudahcara yang


192

berkemahiran dalam hubungan menolong.

Peranan pekerja

bukan semata-mata kepada soal pengurusan kerja pekerjanya sahaja, malah pada ketika tertentu pekerja juga terbabit dengan urusan yang melibatkan masalah peribadi pekerja misalnya dalam soal disiplin atau keluarga. Sehubungan itu, pekerja memerlukan kemahiran untuk membantu menyelesaikan masalah pekerja.

5.

Kemahiran memujuk atau mempengaruhi bagi mendorong

perubahan

tingkahlaku

terutama

tingkahlaku

negatif

di

kalangan pekerja. Tanpa teknik dan kemahiran interpersonal yang efektif sudah pasti tugas ini menjadi lebih sukar. Perkara yang menjadi keutamaan dalam hal ini ialah perubahan tingkahlaku negatif dapat dilaksanakan manakala hubun gan baik dengan pekerja dapat diteruskan. Pengurusan organisasi perlu mengur angkan jarin gan hubungan sosial yang tidak baik di antara pekerja dan pekerja.

6.

Kemahiran psikologi merupakan satu kemahiran yang

boleh membantu individu untuk mendapat keseimbangan dari segi intelektual, fizikal, emosi dan kerohanian. Ini adalah kerana psikologi merupakan ilmu sains mengenai tin gkahlaku manusia dan proses memahami

perkembangan kognitif serta afektif


193

seseorang individu. Melalui pendekatan psikologi, seseorang individu mampu diterapkan dengan kehidupan,

kebolehan

untuk

nilai-nilai

berfikir dan

murni

dalam

menyelesaikan

masalah secara kritis dan kreatif. Kemahiran ini mampu mendidik individu agar bijak untuk mengendalikan tingkahlaku dengan baik seterusnya dap at memberi kesan yang positif dalam sosialisasi

sehari-hari.

Ia

juga

mampu

untuk

memimpin

individu ke ar ah mengenali diri sendiri dengan lebih baik, terutamanya dari aspek emosi.

7.

Kemahiran melayan bermaksud memberi tumpuan dan

perhatian yang sepenuhnya kepada orang yang dilayan. Kemahiran ini termasuk memberi perhatian terhadap aspek fizikal, observasi atau melakukan pemerhatian terhadap perasaan, pemikiran dan tindakan serta mendengar dengan b aik.

8.

Kemahiran mendengar merujuk kepda keupayaan untuk

menangkap dan memahami mesej-mesej komunikasi orang lain yang disampaikan

secara

lisan.

Setiap

pekerja

harus

mendengar dengan aktif bukan mendengar secara pasif. Aktif mendengar bermaksud kebolehan untuk mentafsir maklumat yang

didengar,

kemudian melakukan

penilaian

terhadap


194

maklumat yang diterima tanpa menghukum seterusnya memberi maklum balas yang berpatutan terhadap maklumat tersebut.

9.

Kemahiran Memberi dan Menerima Maklum Balas juga

amat penting dalam mewujudk an hubungan yang berkesan di antara pekerja dalam sesebuah organisasi. Dalam hubungan berkesan, maklum balas biasanya

berlaku

daripada

seorang

pekerja kep ada orang bawahan hasil pemerhatiannya terhadap sebarang tingkahlaku yang ditunjukkan

dalam pengurusan

organisasi. Maklum balas yang diberikan hendaklah merangkumi kedua-dua aspek negatif dan positif yang ada p ada diri pekerja.

Kepentingan Pembangunan Modal Insan Bersepadu

Sistem pengurusan secara Islam adalah bersifat komprehensif dan berteraskan kepada falsafah tauhid dan b erasaskan ilmu wahyu iaitu al-Qurâ€&#x;an, al-Hadith dan amalan ulama-ulama silam. Oleh itu pembangunan modal insan bersepadu adalah amat penting dalam konteks pengurusan Islam. Dalam sistem ini, segala proses pembuatan keputusan, peran cangan, pengawalan, pelaksanaan

projek,

perhubungan

dan

komunikasi,

tanggungjawab di antara majikan dan pekerja, etika kerja dan


195

aspek-aspek lain yang berkaitan dengan pengurusan adalah berpandukan kepada prinsip-prinsip pengurusan Islam yang telah digariskan oleh ajaran Islam.

Walau bagaimanapun, pengurusan Islam tidak menolak pengurusan barat

seratus peratus. Sistem integratif amat

penting dalam membangun modal insan. Ia

seharusnya

mengambilkira faktor bermanfaat daripada luar lingkungan sama ada dari Barat atau Timur boleh dikembangkan sebagai pelengkap asas yang memberi tumpuan kepada pembangunan akliah sains dan

teknologi

serta

pembangunan akhlak insan. Pengurusan

dalam Islam amat menekankan tentang aspek pengurusan kerja berkualiti dan pembangunan modal insan secara terancang. Ianya telah dibincangkan sejak wujudnya dan terbin anya sejarah tamadun manusia. Dari segi sejarah misalnya, telah ditonjolkan corak pengurusan Nabi Musa a.s. dalam catatan penghijrahan bani Israel dari Mesir ke Semenanjung Sinai. Pekerjanya iaitu Nabi Musa a.s. dan baginda mempunyai pengikut yang ramai pada masa itu. Selepas diadakan mesyuarat, Nabi Musa a.s. bersetuju untuk mengikut pandangan yang diutarakan oleh bapa mertuanya iaitu menyediakan

beberapa

orang yang berkemampuan menjadi pekerja. Pekerja ini dilantik


196

dan mereka bertanggungjawab sepenuhnya kepada pengikut masing-masing. Corak pengurusan berasaskan kekuatan modal insan

ini

telah

dipraktikkan

sehingga

kini

dan

ianya

mempunyai persamaan dengan co rak pengurusan sekarang yang menekankan

kepada

konsep

disentralisasi

dan

empowerment kepada subordinates yang dipilih dan dilantik oleh pihak pengurusan. Rasulullah S.A.W. sendiri bagi o rang Islam adalah model pekerja yang

berwawasan dalam konteks

pengurusan Islam yang sebenar. Baginda telah mempelopori sistem pengurusan Islam pada zaman awal Islam lagi, melalui praktik-praktik kepimpinan dalam pengurusan organisasi dan negara.

Fungsi-fungsi

pengurusan

barat seperti perancangan

(plan), pengor ganisasian ( organize ), pengawalan ( control ), penstaf an ( recruitment ), kepimpinan ( leadership ) dan pelaksanaan ( execute ) telahpun dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W. dalam

mengurus

modal

insan

iaitu

pengikut-

pengikutnya semasa penghijrahan baginda dari Mekah ke Madinah dan juga dalam usaha baginda menyeb arkan agama Islam di muka bumi ini. Berpandukan fakta sejarah ini, adalah perlu bagi setiap pekerja untuk mencontohinya. Dalam konteks ini, seoran g

pekerja o rganisasi yang

baik

akan

sentiasa

berusaha untuk menambah baik pencapaian organisasi dengan


197

penuh komitmen dan semangat. Justeru itu, pekerja yang baik akan

menetapkan

sepenuhnya

akan

objektif-objektif

yang

beliau

percaya

dapat

kesan

positif

kepada

memberi

organisasi dalam suasana kerja yang penuh bersemangat dan ceria. Ini bererti kepimpinan yang berkesan merup akan agen perubah kepada organisasi. Mereka ini akan sentiasa berusaha untuk menambahbaik organisasi. Dengan perkataan yang lebih mudah, ciri utama pekerja yang baik ialah mengetahui dan menetapkan halatuju organisasi dari segi visi dan misi serta objektif yang jelas yang hendak dicapai. Malah pekerja juga bertanggungjawab mengatur

strategi,

dalam

mengawalselia

mewujudkan

program

perancangan dan dan

memantau

pelaksanaan projek. Pekerja yang berkesan bukan sahaja berupaya dalam melaksana perkara yang b etul dan dirancang tetapi juga memastikan pelaksanaan nya adalah mengikut jadual dan mencapai objektif dan matlamat dengan sumber mentah yang boleh digemblengkan.

Seterusnya, budaya kerja cemerlang ialah budaya kerja murni dan berkualiti yang menjadi amalan kerja bersama, diperkukuhkan dengan sistem, proses, prosedur, peraturan yang jelas dan mudah dilaksanakan. Ianya perlu dimulakan oleh perin


198

gkat atas pentadbiran organisasi, diimplementasikan

di

seterusnya

kalangan pengurusan

diturun

dan

eksekutif

atau

pertengahan dan seterusnya diamal dan dihayati oleh pekerja bawahan (subordinates). Dalam hal ini, sesebuah organisasi perlu sama-sama berganding bahu dengan pihak kerajaan dalam membangunkan sumber manusia atau modal insan yang berkualiti dan berpengetahuan tinggi. Ini boleh dilaksanakan dengan cara menyediakan peluang pendidikan yang terbaik dan secara berterusan kepada golongan pekerja sama ada di peringkat atasan mahupun peringkat bawahan. Ini kerana sumber manusia berpengetahuan

tinggi

itu

akan

menjadi tunjang

kepada

organisasi atau industri yang mencatat pertumbuhan yang pesat.


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.