IKATAN November 2012

Page 1

“Mahasiswa & Anak Tangga Kehidupanâ€? Perjalanan hidup kita ibarat perjalanan menaiki anak tangga. Apabila kita berjaya menaiki anak tangga baru, kita akan rasakan kegembiraan yang sukar diungkap dengan kata-kata. Teramat gembira. Ingat lagikah kita tarikh kita mula mengenal Allah SWT? Segar lagikah detik pertama kita diajak berusrah? Pada tahun apakah kita berjaya mengajak madâ€&#x;u kita menyertai barisan tarbiyah dan dakwah? Semua di atas adalah ibarat anak tangga. Kita melangkah dari satu anak tangga ke anak tangga seterusnya. Setiap tarikh kenaikan itu perlu diingati dan disambut seperti sambutan hari lahir. Hakikatnya, kenaikan itu lebih berharga daripada kelahiran kita ke muka bumi.

HIJRAH = Perubahan Hijrah amat signifikan dengan perubahan dan peningkatan. Pada zaman ArRasul SAW, setiap individu yang memeluk

Bersambung di m/s 3 ...


Selamat berjumpa kembali mahasiswa dan mahasiswi pada Buletin IKATAN edisi November 2012 ini. Semoga ikhwah dan akhwat sekalian berada dalam keadaan sihat, hebat dan dirahmati Allah. Sepertimana bulan-bulan yang sebelum, diari Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir pasti penuh diisi dengan pelbagai aktiviti untuk mahasiswa dan mahasiswi di perlembahan Nil, sesuai dengan slogan ISMA “Membangun Umat Beragenda” Pada 27 Oktober yang lepas, telah berlansungnya sambutan korban bertemakan “Setulus Pengorbanan Semurni Ikatan” bertempat di Markaz ISMA Mesir di Hayyu Sabe‟. Sebanyak 3 ekor lembu dan 15 ekor Khuruf berjaya ditumbangkan pada hari semalamnya untuk diagihkan dan dimasak untuk sambutan korban kali ini. Lebih kurang 300 orang mahasiswa hadir ke sambutan aidiladha kali ini. Dua hari selepas itu, iaitu pada 29 Oktober, ISMA Mesir telah menganjurkan

forum “Tak kenal maka tak cinta (TAKEMATACI)” iaitu sebuah forum yang bertujuan untuk memperkenalkan ISMA di mata masyarakat selain menyatakan beberapa pendirian penting berhubung isuisu tertentu. Sekurang-kurangnya, 120 orang mahasiswa dan mahasiswi hadir mendengar forum yang disampaikan. Dalam masa yang sama, pada 30 Oktober , Mahasiswi ISMA Mesir cawangan Mansurah telah mengadakan program yang serupa iaitu “Ada Apa Dengan ISMA” . Untuk pengetahuan, siri jelajah untuk memperkenalkan tentang ISMA akan diadakan di setiap muhafazah. Nantikan pengumuman dan pemberitahuan tarikh. Pada 5 November pula telah diadakan Ceramah perdana bahaya syiah dan ancamannya oleh Ustaz Muhammad Bin Ismail , Ketua unit kajian syiah dan Ahli JKP ISMA Pusat bertempat Wisma Seri Melaka pada 5 November yang lalu. Ceramah yang dihadiri 250 orang mahasiswa dan mahasiswi ini telah berjaya memberikan pencerahan tentang bahaya Syiah khususnya ancaman mereka di Negara kita.

Tidak dilupakan juga, baru-baru ini ISMA Mesir telah menghantar dua orang wakilnya ke republik Czech dan Ireland. bertujuan untuk meningkatkan potensi tarbiyah dalam kalangan ahli sebagai persiapan mereka khususnya golongan mahasiswa di luar negara. Ia juga sebagai sistem sokongan selain membantu pengurusan organisasi mahasiswa di sana agar benar-benar berupaya untuk menjadi peneraju utama kerja dakwah sekembalinya mereka ke tanah air kelak. Kedua-dua wakil tersebut ialah Ustaz Muhammad Izzuddin bin Selamat, graduan Usuluddin Al-Azhar dan Ustazah Nur Fatin Halil, Sarjana Syariah Islamiyah, Kuliah Darul Ulum, Universiti Kaherah. Teruskan bersama kami pada IKATAN yang akan datang dan sila layari laman sesawang kami di ismamesir.com untuk maklumat, keterangan dan pembacaan lanjut. LAYARI ISMAMESIR.COM MAKLUMAT LANJUT

UTK


“Jika dia terus kekal di negeri asal, dikhuatiri dia tak mengalami peningkatan, malah lebih menakutkan, dia kembali kepada kekufuran” … Dari muka surat 1 Islam perlu bergabung dengan masyarakat Islam Madinah.

untuk menaiki anak tangga baru setiap hari.

Antara hikmah penggabungan ini ialah seseorang itu dapat hidup dalam suasana yang lebih baik berbanding suasana kufur di negeri asalnya. Dengan demikian, dia dapat berubah dan meningkat. Jika dia terus kekal di negeri asal, dikhuatiri dia tak mengalami peningkatan, malah lebih menakutkan, dia kembali kepada kekufuran.

Bila ditanya tentang visi dan misi, kau boleh jawab dengan segera tanpa „emmm…‟ dan berfikir panjang. Segalanya terpahat jelas di minda dan hati.

Selain itu, pengumpulan muslimin di Madinah dapat menzahirkan bahawa satu masyarakat baru yang amat hebat telah wujud, maka bolehlah masyarakat lain mencontohi mereka dan berpegang dengan pegangan mereka. Kewujudan satu masyarakat baru yang unggul ini adalah satu titik tolak perubahan dunia ke arah yang lebih baik. Kita pada zaman ini juga banyak menerima kesan kekuatan tamadun mereka. Jadi, hijrah memang amat signifikan dengan perubahan.

Hijrah Mahasiswa Wahai mahasiswa, Rancanglah hijrahmu sebaiknya. Lakarkan peta seterang mentari di meja belajarmu untuk kau tatapi setiap hari. Agenda hijrah tak boleh luput dari fikiranmu walau sesaat. Kita mesti mempunyai semangat yang meluap-luap

Isu utama dalam agenda perubahan diri ini bukanlah pada saiznya; agenda kecil atau besar. Yang lebih penting ialah sudut kewujudannya; sudah lakar atau belum? Orang yang ada agenda kecil lebih baik daripada orang yang tidak mempunyai agenda langsung! Keluarlah dari bilik kejahilan yang sempit menuju majlis ilmu di masjid yang luas dan lapang. Ubahlah mentaliti mad‟u yang banyak bergantung itu kepada mentaliti da‟i yang banyak memimpin. Andai tidak punya kemahiran, belajarlah perlahan-lahan agar kau menjadi orang yang bermanfaat untuk orang lain. Pilihlah mana-mana kemahiran yang boleh memperkasa perjuangan Islam; Adobe Photoshop, nasyid, media, penulisan atau pengucapan awam. Juga, doamu yang berbunyi „ ‫وجعلنا‬ ‟‫ للوتقين إهاها‬jelas menunjukkan bahawa kau bukan orang di bangku simpanan, tapi seorang playmaker di tengah padang pertembungan ideologi hak dan batil. Pimpinlah arus kebangkitan dan bergembiralah dengan apa yang sedang kau lakukan. Kristianisasi, liberalism, K-Pop itu

perlu kau lahadkan. Jadikan 90% fokusmu terhadap pembinaan generasi baru dan usaha mengislah masyarakat. Angkatlah kembali kedudukan umat terpilih ini. Moga nasib umat Islam semakin baik di tanganmu.

Penutup Semakin banyak anak tangga yang kau naiki, semakin dekat kau dengan Allah SWT. Jangan berada di satu -satu anak tangga terlalu lama kerana ia akan menatijahkan kebosanan. Terokalah perkara baru dengan panduan murabbi yang soleh. Ketahuilah bahawa fasa mahasiswa adalah fasa terbaik untuk kau lakukan hijrah terbesar dalam hidupmu. Jadikanlah tahun 1434H atau 2012-2013 sebagai „best year ever‟, sebagaimana Manchester United pada sesi 1998/1999nya. “BERSAMA MEMBANGUN BERAGENDA”

MAHASISWA

Bilal Bin Jailani Tahun 4 Kuliyah Syariah Islamiyah Universiti Al-Azhar Kaherah


min, meninggalkan segala jahiliyah dan berjanji berpegang teguh dengan agama Allah adalah suatu yang perlu difokuskan dalam hijrah kali ini. Semua muslimin perlu memperbaharui(tajdid) iman dan janji untuk menegakkan agama ini kembali. Janji ini perlu dikotakan oleh semua yang bergelar muslim supaya al-Haq ini dapat kembali. Perayaan-perayaan umat Islam adalah suatu rahmat dan seolah menjadi jadual dan susunan program tarbiyah sepanjang tahun kepada umat Islam. Hijrah bererti meninggalkan. Iaitu meninggalkan apa yang dilarang Allah dan kembali kepada fitrah iman. Pengorbanan sahabat-sahabat dalam menjaga iman mereka dan berhijrah meninggalkan semua harta dan keluarga suatu yang perlu kita ambil pengajaran daripadanya iaitu agama ini tiada yang setanding dengannya dan juga agama ini perlukan pengorbanan daripada pengikutnya. Hijrah adalah sebuah simbolik meninggalkan kejahilan dan menuju ketakwaan kepada Allah. Bagi orang muk-

Sifat perubahan(taghyir) ini perlu kepada manusia itu sendiri untuk mengubah keadaan dirinya. Sama halnya dengan agama ini yang tidak akan berubah kecuali terdapat padanya pemuda(rijal) yang membawa arus perubahan kepada dunia dan umat sekarang ini. Seorang salaf soleh ada menyebut, “Alangkah indahnya agama ini jikalau ada pemuda(rijal) yang mendokongnya.” Kalam ini menunjukkan betapa kurangnya pemuda yang berani memikul risalah supaya tertegaknya islam ke tempatnya. Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir mengajak semua mahasiswa dan mahasiswi di perlembahan nil ini untuk bersama-sama bersatu hati membawa perubahan kepada diri dan seterusnya kepada umat yang masih ternanti-nanti cahaya

islam bersinar semula. Jika bukan kita, siapa lagi yang sanggup dan berani memikul amanah ini. ISMA Mesir juga menasihati semua warga Malaysia yang berada di Mesir meletakkan azam yang baru untuk belajar bersungguh-sungguh supaya dapat memindahkan ilmu-ilmu dan kefahaman daripada bumi Mesir ini ke negara kita Malaysia dengan jayanya supaya masyarakat yang sedang dahaga ini menemui penawar yang boleh menghilangkan dahaga mereka itu. Akhir kalam, ISMA Mesir mengucapkan selamat menyambut tahun baru Islam 1434 hijrah dengan penuh bermakna dan semoga tahun ini lebih baik dari tahuntahun sebelumnya.

‫كل عام وأنتن بخير وأنتن الى اهلل‬ ‫أتقى وأقرب‬ Ustaz Ikram bin Abu Hasan Ketua Exco Dakwah Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA) Mesir


KETIKA TAKDIR MENGURNIAKAN HAMMASAH DUBRAK…bunyi pintu. Hari yang melelahkan. Bibirnya getar perlahan-lahan. Selepas menekan butang lampu bilik, Huzaifah mencampakkan beg galas Puma, lantas direbahkan badannya. Jam di dinding menunjukkan tepat jam tiga petang. Masih berbaki tiga jam. Ucapnya perlahan. Huzaifah membaringkan diri untuk berehat sebelum beliau keluar pergi memenuhi jemputan untuk menyampaikan forum „Perpaduan membawa Kesatuan‟ yang akan dihadiri oleh 400 mahasiswa di perlembahan Nil. Sempat juga Huzaifah memberikan ruang kepada telinganya, mendengar rakaman perkongsian daripada Ustaz Abdullah Zaik. Kata beliau : "Dalam setiap kebangkitan, Pemuda merupakan rahsia kekuatannya. Allah telah berfirman dalam surah Al-Kahfi, "Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda

-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk" Sambung beliau lagi, "Cita-cita kita tinggi. Perlu pengorbanan yang besar untuk mewujudkannya. Dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertaqwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kehendak yang kuat. Itu semua tidak akan diperolehi kecuali pada diri para pemuda…." Perlahan-lahan dilelapkan.

mata

Huzaifah

berjaya

Sesaat sangat penting baginya. Jadual yang cukup padat. Pergi ke kuliah, menghadiri kelas talaqqi, memenuhi undangan ceramah dan berziarah dengan tujuan dapat mengutip sebanyak mungkin pengalaman dan mutiara ilmu di bumi para anbiya' yang tercinta. Juga sentiasa bijak dalam mengawal sikap suka berehat dan bertangguh, kerana mo-

to hidupnya jelas, „ MUMTAZ untuk UMMAH‟. Baginya hak pada diri dan ummah harus disempurnakan sebaik mungkin. Tit…tit…tit… Tidurnya terganggu dengan bunyi pesanan ringkas telefon bimbit Samsungnya. "Bolehkah akhi ajarkan subjek Qowaid Fiqhiah untuk pelajar Tahun empat pada Jumaat hadapan? Syukran." Tanggungjawab lebih banyak daripada masa. Getus hati kecilnya. Tangannya lantas mencapai planner untuk diisi. Baginya hidup perlu ada perancangan. Hanya Islam yang terancang mampu mengalahkan kebatilan yang terancang. *** Sejurus pulang dari forum, Huzaifah menyandarkan badan pada dinding ruang tamu rumahnya. Tangan pantas menyalakan komputer riba. Matanya sudah cukup sabar untuk menahan rasa mengantuk. Huzaifah telah mewajibkan dirinya cakna akan isu dunia setiap hari walaupun sebentar, kerana memahami bahawa ummat itu SATU. Hadis," Barangsiapa yang tidak

memperhatikan persoalan kaum muslimin, dia bukan termasuk dalam golonganku." Disimpan baik-baik dalam kotak ingataannya.

Sedang sibuk mencari berita, matanya tiba -tiba segar tatkala membaca artikel seorang tokoh terkemuka. Imam Syahid Hassan Al-banna. "Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, setiap kali saya berada di tengah-tengah masyarakat, saya memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, agar Dia memperkenankan hajat untuk mendekatkan saya kepada suatu masa di mana ketika itu kita telah meninggalkan medan kata-kata menuju medan amal, dari medan penentuan strategi dan manhaj menuju medan penerapan dan realisasi. Telah sekian la-

ma, kita menghabiskan waktu dengan hanya sebagai tukang pidato dan ahli bicara, sementara zaman telah menuntut kita untuk segera mempersembahkan bahkan amal-amal nyata yang profesional dan produktif. Dunia kini dalam berlumba untuk membangun unsur-unsur kekuatan dan mematangkan persiapan." "Wahai orang-orang yang beriman, men-

gapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apaapa yang tidak kamu kerjakan." (As-Saff ayat 2-3)

Dalam kedinginan suhu timur tengah, hujan yang turun seolah turut sama syahdu melihat susuk tubuh yang tidak henti-henti merintih agar dikurniakan keikhlasan dalam perjuangan. Angin menghembus lembut menyamankan jiwa-jiwa yang terus gigih membenarkan janji kepada Tuhannya. Alunan al-Quran yang indah mampu menetapkan keyakinan dan mengobarkan semangat dalam merealisasikannya. Keharuman bunga kekwa turut menyegarkan jiwa-jiwa optimis yang merindukan tertegaknya Islam di muka bumi. Di penghujung witir, Huzaifah menanamkan azam. „Harapanku, untuk Menjadi Mahasiswa beragenda! Pulangku ke Malaysia nanti dengan sebuah Misi. Ya Allah, perkenankanlah!" Glosari :

Hammasah – Semangat Akhi –Saudara lelaki Nasyitah Farhanah Johari Faisal, Tahun 4, Kuliah Syariah Universiti Al-Azhar, Kaherah.


1. Warna daging segar selalunya berwarna putih kekuningan. 2. Warna lemak seharusnya putih kekuningan dan merasa di bawah kulit ayam. 3. Bau daging segar, jika ada bau yang kurang menyenangkan, lupakan saja niat untuk memiliki ayam tersebut. 4. Apabila dagingnya ditekan, daging yang segar akan kembali ke bentuk asal. Berbanding dengan daging ayam yang tidak segar, kesan jari anda akan kelihatan untuk beberapa ketika sebelum kembali ke bentuk asal. 5. Tidak ada bekas lebam kecuali lebam akibat pendarahan ketika penyembelihan. 6. Bagi ayam yang siap dipotong, pastikan daging yang melekat di tulang ayam itu padat. 7. Kulit ayam perlu kelihatan cantik. Tidak kelihatan robek atau terlalu banyak kesan luka. 8. Pastikan juga kulit ayam yang anda pilih bersih dari sebarang bulu halus. Selalunya bakteria mudah terkumpul pada bahagian ini. Oleh kerana itu, adalah baik jika anda membuang kulit ayam sebelum dimasak. 9. Jangan beli ayam yang terlalu banyak patah tulang. 10. Jika daging ayam yang anda pegang berlendir dan lembut, bermakna ia tidak lagi boleh dikategorikan sebagai daging ayam yang segar. Jagalah kesihatan diri, dengan pemilihan makanan yang terbaik.


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.