Asahi Kosei case in defence of CH - BM

Page 1

Asahi Kosei (M) Sdn Bhd menyaman Charles Hector RM10 juta Hector kerana mendedahkan ketidakadilan yang menimpa pekerja migran Burma. Pada masa ini terdapat beberapa juta pekerja migran di Malaysia. Ketidak seimbangan kuasa dan halangan bahasa menyebabkan golongan tersebut terdedah kepada eksploitasi oleh majikan dan agensi pekerjaan yang tidak prihatin. Mereka juga berdepan dengan kedutaan yang tidak membantu, akses terhad kepada sistem keadilan dan perundingan kolektif serta kekurangan pemantauan dan perlindungan hak oleh pihak berkuasa Malaysia.

Charles Hector merupakan seorang aktivis hak asasi manusia dan peguam di Malaysia yang dikenali ramai. Bertahun‐tahun, beliau telah mewakili pekerja dan pekerja migran yang menuntut keadilan. Beliau memberikan bantuan guaman kepada lebih 1,500 migran dalam satu tahun, serta juga kaunseling melalui telefon dan internet kepada ribuan yang lain. Charles Hector juga banyak mencatatkan naklumat mengenai kes pencabulan hak yang dihadapi pekerja migran dalam blog beliau yang digunakan sebagai alat advokasi kearah perubahan perundangan perlu untuk memperbaiki situasi hak asasi manusia dan hak pekerja.

Baru‐baru ini setelah menerima aduan dari beberapa orang pekerja migran dari Burma berkaitan ancaman pembuangan kerja dan penghantaran pulang oleh majikan, Charles Hector telah menghubungi syarikat berkaitan iaitu Asahi Kosei untuk mendapatkan maklum balas dan menggesa majikan tersebut agar menghormati hak pekerja migran daripada Burma tersebut. Apabila tidak mendapat maklum balas, beliau mula mendokumentasi situasi tersebut melalui blog beliau dan menuntut perlindungan hak 31 pekerja secara umumnya, dan secara khusus, mereka yang menghadapi ancaman penghantaran pulang.

Serangan terhadap Charles Hector ini dilihat sebagai satu serangan terhadap setiap pembela hak asasi manusia dan orang yang diwakili mereka. Ia juga merupakan satu ancaman kepada kebebasan bersuara dan akses kepada maklumat yang diperlukan bagi memastikan akauntabiliti dan keadilan sejati.

Maka, kami segera meminta sokongan anda untuk membantu Charles Hector dengan mengambil tindakan di bawah:

Kepentingan awam adalah untuk memastikan aduan kilanan mana‐mana individu yang telah dicabul hak asasi untuk didengar. Tanpa ini, akses kepada keadilan tidak wujud. Jika individu atau pertubuhan yang membawa aduan kilanan pekerja migran kepada perhatian umum menghadapi risiko sanksi punitif saperti ini, ini akan mengakibatkan keadaan genting pekerja migran akan melarat lebih parah lagi.

Menuntut Asahi Kosei segera menarikbalik tindakan guaman terhadap Charles Hector. Menuntut Asahi Kosei berdialog dengan serius dan ikhlas dengan para pekerja, wakil dan pembela hak asasi untuk memastikan aduan pekerja dan penyelesaian sewajarnya sebarang perlanggaran hak pekerja dan hak asasi manusia yang berlaku di Asahi Kosei berlaku.

3.

Menuntut Asahi Kosei memastikan pengambilan semula bekerja segera tanpa kehilangan apa‐apa hak dan faedah untuk kesemua pekerja migran dari Burma tersebut, terutama mereka yang masih bersembunyi dan masih tidak dibenarkan kembali bekerja semula di kilang Asahi Kosei.

4.

Meminta agar perkara berkenaan perlanggaran hak pekerja dan hak asasi manusia tidak berulang kembali, Asahi Kosei harus mengambil bertanggungjawab untuk setiap agensi pembekal pekerja yang mereka gunakan dan menerima semua pekerja yang bekerja di Asahi Kosei sebagai pekerja mereka sendiri.

Sebagai maklum balas, Asahi Kosei telah memfailkan tindakan Mahkamah menuntut RM10 juta (USD 3.3 juta), di samping permohonan maaf secara terbuka dan juga pemadaman maklumat dalam blognya berkenaan kes pekerja tersebut. Asahi Kosei menyatakan bahawa mereka tidak bertanggungjawab untuk apa yang berlaku kepada pekerja yang bekerja di kilang mereka itu kerana semua pekerja tersebut dibekalkan oleh outsourcing ejen.

1. 2.

Asahi Kosei (M) Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat Jepun beroperasi di Selangor, Malaysia, dan merupakan anak syarikat Asahi Kosei Japan Co. Ltd. Terdapat hampir 1,300 pekerja dalam kilang yang mengeluarkan barangan elektronik dan peralatan automotif untuk syarikat dan syarikat pembuatan termasuk Hitachi, Sony, Toshiba, Toyota, General Motors, Ford dan Chrysler.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi: Ms Liz Hilton Ms Pranom Somwong Email: hrdef.chector@gmail.com http://indefenceofcharleshector.blogspot.com


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.